Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Di indonesia

1,993 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Di indonesia

  1. 1. Di IndonesiaMasalah politik dan ekonomi sesebuah negara akan menjadi kayu pengukur kepada keamanannya. Jelas sekalisewaktu keadaan ekonomi di Indonesia mengalami masalah dengan kejatuhan nilai mata wang rupiah. Makatimbulkan masalah konflik etnik yang serious di Indonesia. Politik perkauman yang telah wujud di kalangan-kalangan etnik boleh menjadi punca kepada konflik etnik ini. Dasar kerajaan yang melihat masalah politik danekonomi di negara ini sebagai masalah ethik.Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan rakyatnya menjadi punca utama penyebab konflik ini. Ini dapat dilihatdengan timbulnya golongan perniagaan dan perusahaan yang tidak sama besar antara kaum, maka ketidakwujudnya perseimbangan ekonomi di kalangan rakyat boleh membawa kepada masalah etnik. Masalahkepincangan ekonomi di kalangan rakyat ini sebagai masalah keturunan atau masalah kumpulan etnik. Bolehdikatakan bahawa masalah ekonomi dan politik memberi kesan yang mendalam kepada keamanan sesebuahnegara.Dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan kepentingan kumpulan etnik tertentu dan mengabaikan kepentingankumpulan etnik lain bukan saja tidak akan berjaya menimbulkan keseimbangan ekonomi di antara kumpulanetnik itu, tetapi tidak akan berjaya mewujudkan persefahaman dan perpaduan yang tulen di kalangan rakyatnya.Sebaliknya dasar yang demikian akan melebarkan lagi jurang perbezaan ekonomi di antara kumpulan etnik itudan seterusnya akan menimbulkan pula jurang ekonomi dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu sendiri.Dasar perjuangan parti-parti politik perkauman yang lebih mengutamakan perjuangan untuk kepentingan satu-satu kumpulan etnik tertentu daripada kepentingan negara dan rakyat secara umunnya. Keadaan ini telahmenyebabkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat yang berbagai etnik gagal mencapai tujuannya.Kecenderungan mahu mengasingkan dan memisahkan rakyat mengikut garis etnik itu sebenarnya lebih kuatdaripada kecenderungan yang mahu menyatupadukan mereka. Keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puashati, curiga mencurigai dan permusuhan di kalangan kumpulan etnik berterusan dan mengugat keamanan.Konflik di antara kumpulan etnik di Indonesia bukan berpunca dari faktor keturunan atau fizikal tetapi berpuncadari faktor politik, ekonomi dan kebudayaan. Ketiga-tiga faktor ini menarik kumpulan-kumpulan tersebut kearah yang berlainan dan mendorong mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan kepada garis etnik.Dengan demikian maka kerenggangan dan pengasingan yang sedia wujud di kalangan mereka itu akanbertambah kritikal lagi. Selanjutnya perbezaan-perbezaan ini boleh menimbulkan perbezaan dalam kepentingan,nilai dan penentangan dalam cita-cita.Manifestasi perbezaan kelas dalam tiap-tiap kumpulan etnik itu juga boleh menyebabkan berlakunya konflik.Tiap-tiap kumpulan etnik itu mempunyai kedudukan yang berbeza-beza berdasarkan kepada kelas ekonomi danstatus sosial mereka. Penggolongan diri mereka ke dalam kelas-kelas yang berbeza ini boleh menimbulkanmasalah etnik.Konflik Etnik Dan Ras Di Negara-negara BalkanSenario di negara-negara Balkan adalah amat berbeza dan kompleks. Kemelut di negara-negara Balkandiselubungi oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan sejarah, struktur etnik dan prasangka. Salah satu puncaberlakunya konflik di bekas negara Yugoslavia adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dankewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik.Bayangkanlah dalam sebuah negara yang kecil, terdapat tiga jenis agama, empat jenis bahasa ibunda dan salingterpengaruh dengan budaya dari tujuh buah negara sempadan yang lain, tetapi malangnya mempunyai lima jeniskerakyatan dalam pembahagian enam wilayah autonomi (Slovenia, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Montenegro,Macedonia dan Serbia) (Macionis, 1998:44)
  2. 2. Konflik etnik di Yugoslavia berlaku selepas kejatuhan regim komunis pada tahun 1980. Kesempatan ini telahmemperlihatkan tiga kelompok etnik utama iaitu Serb, Croat dan Muslim terheret dalam kancah pertempuranpada awal 1990an. Kaum Serb merupakan kaum dominan dari segi politik dan ketenteraan. Mereka wujudsebagai kaum majoriti di Serbia dan Montenegro, tetapi juga wujud sebagai kaum minoriti di Croatia danBosnia. Konflik di negara Balkan bermula pada 25 Jun 1991, apabila wilayah Slovenia dan Croatiamengisytiharkan kemerdekaan.Walaupun mendapat pengikhtirafan antarabangsa, tindakan Slovenia dan Croatia segera mendapat reaksi darikaum Serb di Serbia dengan penghantaran tentera bagi menyekat kemerdekaan di kedua-dua wilayah tersebut.Kemerdekaan Slovenia berjalan lancar dan tidak mendapat tentangan hebat dari pihak Serb kerana tidakmempunyai kaum minoriti Serb. Croatia sebaliknya terpaksa mempertahankan wilayahnya dari tentangan kaumminoriti Serb di bumi mereka dan juga tentera persekutuan Serbia.Pergerakan menuntut kemerdekaan di wilayah jiran turut memaksa Bosnia-Herzegovina menuntut kemerdekaanpada 7 April, 1992 selepas suatu pungutan suara. Tindakan parlimen Bosnia ternyata gagal mengambil kiratahap kepekaan di kalangan etniknya. Struktur etnik wilayah Bosnia yang terdiri daripada gabungan kaumMuslim, Serb dan Croat telah terdedah kepada bahaya pertumpahan darah yang bakal menanti (Fogelquist,1995).Selain dari tidak terkecuali dari tentangan pihak Serbia, kedudukan geografi turut menyebabkan Bosnia secaratidak tidak langsung terheret dalam pertem ejarah penubuhan republik Yugoslavia. Bermula dengan zamanpenaklukan oleh Empayar Rom, zaman kebangkitan Islam oleh Empayar Ottoman, dan kedua-dua PerangDunia, kebencian dan rasa tidak puas hati sememangnya tersemat di jiwa setiap etnik. Walau bagaimanapun,cengkaman politik oleh diktator Josip Broz Tito semasa pemerintahan komunis telah berjaya menangkissebarang konflik etnik (Reidlmayer, 1993).Konflik di Balkan juga berpunca dari pemimpin yang mementingkan kekuasaan. Selepas kejatuhan fahamanSosialis, muncul pemimpin radikal Serbia, Slobodan Miloshevich yang melaung-laungkan agenda “nartionalquestion“. Agenda tersebut bercita-cita untuk menyatupadukan kaum Serb di Serbia dalam sebuah negara yangbebas dari kaum bukan Serb (Reidlmayer, 1993). Akibatnya, kaum minoriti Albania di wilayah Kosovo diusirdari bumi Serbia. Melalui kempen “pembersihan etnik” (ethnic cleansing), kaum Bosnia telah dibunuh,dirompak, diusir dari kampung halaman, wanita-wanita Bosnia dirogol, manakala lelaki pula ditahan sertadiseksa di kem-kem tahanan.Selain daripada itu, wujud juga ketidakadilan pembahagian sosio-ekonomi. Miloshevich berusaha untukmemperluaskan pengaruh kaum Serb dari segi pendidikan, ekonomi, ketenteraan dan politik di seluruhYugoslavia. Akhir sekali, konflik Bosnia juga memperlihatkan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) dalam misi keamanan di Yugoslavia.Sekatan senjatan dan ekonomi yang dipengaruhi oleh kuasa-kuasa Barat seperti Amerika Syarikat dan KesatuanEropah (EU), ternyata berbelah bagi dan memihak kepada Serbia serta mengeruhkan lagi konflik etnik diYugoslavia (Fogelquist, 1995).Konflik Etnik Dan Ras Di Lain-lain negaraKonflik Etnik Dan Ras Di BritainDi Britain juga tidak lepas dari masalah diskriminasi walaupun kaum pendatang di Britain (yang terdiri daripenduduk yang berasal dari Hindi Barat, India, Pakistan dan lain-lain) tidak melebihi dari dua peratus darijumlah penduduknya. Walaupun diskriminasi ras diharamkan di sisi undang-undang, bentuk-bentukdiskriminasi yang tidak rasmi masih berlaku, terutama sekali dalam segi pembahagian pekerjaan danperumahan.
  3. 3. Konflik Etnik Dan Ras Di Afrika SelatanDiskriminasi ras melalui Dasar Apartheid yang telah dimansuhkan pada tahun 1994 di Afrika Selatan,memperlihatkan bagaimana kaum kulit putih yang juga kaum pemerintah melakukan berbagai-bagai jenispenindasan dan eksploitasi ke atas kaum bukan kulit putih (Frederickson, 1981).Berbeza dari keadaan di kalangan masyarakat lain seperti Amerika Syarikat dan Britain, di mana diskriminasidan prasangka diharamkan oleh pemerintah. Di Afrika Selatan, diskriminasi adalah disokong oleh pihakpemerintah melalui undang-undangnya. Diskriminasi dan rasisme telah menjadi satu amalan hidup.Dalam Dasar Apartheid, kaum bukan kulit putih dianggap sebagai inferior atau lebih rendah dan diberi layanankelas kedua dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi adalah sah darisegi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah (kaum kulit putih) untukmemastikan kekuasaan mereka ke atas kaum majoriti iaitu kaum kulit hitam.Konflik Etnik Dan Ras Di RwandaKonflik etnik dan ras di Rwanda pula melibatkan kaum minoriti Tutsi dengan kaum majoriti Hutu. Konflik diRwanda adalah bersangkut-paut dengan faktor kolonialisme. Semasa zaman penjajahan Jerman dan Belgium,kaum minoriti Tutsi telah diberikan peluang pendidikan dan diserapkan dalam pentadbiran. Ketidakadilanpembahagian sosio ekonomi yang dipraktikkan oleh penjajah telah meninggalkan kesan yang mendalam dalamhubungan antara kelompok etnik. Kaum Hutu nyata ketinggalan jauh dari segi pembangunan dan sentiasadiketepikan oleh penjajah.Pada tahun 1961, kaum minoriti Tutsi telah memenangi pilihanraya dan memegang tunggak kepimpinan negaraRwanda. Keadaan ini telah mendapat bantahan dari pihak kaum majoriti Hutu. Akbibatnya, konflik etniktercetus dan hampir sejuta rakyat tempatan terkorban (Neil Weiner, 1994). Seluruh negara Rwanda beradadalam kancak peperangan dengan pembunuhan antara kaum Tutsi dengan Hutu.Konflik Etnik Dan Ras Di Indo-ChinaKonflik di negara-negara Indo-China seperti Kampuchea dan Laos pula adalah disebabkan oleh perebutankuasa. Dalam tempoh 1975 hingga 1979 sahaja, lebih daripada 2 juta rakyat Kemboja terkorban di bawahpemerintahan pemimpin Khmer Rouge, Pol Pot (Macionis, 1998: 223). Pertempuran ini juga merebak ke Laosdan pertempuran yang bermula sejak tahun 1975 oleh pihak kerajaan komunis, telah meragut nyawa seramai300,000 orang (Pobzeb, 1997). Konflik di negara-negara Indo-China lebih merupakan jenayah kemanusiaan, dimana rakyat jelata yang tidak berdosa telah dijadikan mangsa dalam usaha penyebaran ideologi komunis.Faktor-faktor Konflik Etnik Dan RasTerdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik etnik dan ras, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain. Terdapat beberapa faktor yang utama yangmendorong kepada berlakunya masalah etnik dan ras ini :- 1. Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek politik dan ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan masyarakat. Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu. Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-bagai isu perkauman yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya penindasan. Ini boleh
  4. 4. menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan mungkin boleh menyebabkan ketegangan di kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat. 2. Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang utama pendorong berlakunya konflik etnik dan ras. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanafaatkan kaum yang berstatus rendah ini. 3. Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap individu atau kelompok yang lain. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan menganggap bahawa perbezaan ras, kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai sesuatu yang boleh membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan mereka sendiri. Ia juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak kesamarataan atau beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud konflik . Ini dapat dilihat dari perspektif “transcendentalisme” di mana sifat murni diri perlu wujud agar terhindar konflik etnik dan ras. 4. Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan ras, jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu di kalangan masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras. 5. Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo di kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-unsur integrasi nasional. 6. Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa di kalangan mereka. Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.Langkah-Langkah Mengatasi Konflik etnik dan RasKonflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun rakyatnya. Ramai rakyatyang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang musnah. Malah ia membawa kerugian danpengalaman pahit kepada rakyat di negara yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras.Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi untukmempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi.Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengiraperbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaikiketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatanekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakandaripada kepentingan kaum atau kumpulan-kumpulan yang tertentu.Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Denganini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmatikemakmuran negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkanberlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perludihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yangsependapat.
  5. 5. Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negarayang mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagimemupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat.Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golonganetnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskandengan pendidikan yang berkesan .Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran inimenyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yangtimbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalanpenyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik.Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yangberlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasawujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itusendiri.KesimpulanDalam perbincangan ini kami cuba mengemukakan faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakunya konfliketnik dan ras di negara-negara Balkan, USA dan Asia Tenggara. Kesimpulan yang dapat kami perkatakan dalamberlakunya konflik etnik dan ras ini terdapat persamaan satu negara dengan negara lain. Cuma ada negara-negara tertentu mempunyai sejarah tersendiri yang boleh menyebabkan konflik ini berlaku.Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat danberkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapatdipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbangakan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga bolehmerumitkan lagi masalah ras.Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yangberlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasawujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itusendiri. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawalebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuatpilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilahdibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .RUJUKANDollard, T., Frustration and Aggression, dalam Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: NewJersey.Fredrickson, G. M., White Supremacy: A Comparative Study in American and South African History, dalamMacionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.Fogerquist, A. F., 1995. How the War Started, UCLA.
  6. 6. Katz, Phyllis A., 1976. Towards The Elimination Of Racism, New York: Pergamon Press.Macionis, J.J., 1989. Society: The Basics, Prentice-Hall: New Jersey.Oliver C., 1976. Race Relations : Elements And Social Dynamics, Wayne State University Press: Detroit.Riedlmayer, A., 1993. A Brief History of Bosnia-Herzegonia, Harvard University.Sanusi Osman, 1989. Ikatan Etnik Dan Kelas Di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.Ting Chew Peh, 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: Kuala Lumpur.Van den Berghe, 1967. Race and Racism, dalam Ting, C.P., 1983. Konsep Asas Sosiologi, DBP: KualaLumpur.WAWASAN NUSANTARA (KEHIDUPAN SOSIAL, POLITIK,BUDAYA)PENDAHULUANWawasan NusantaraSalah satu persyaratan mutlak harus dimiliki oleh sebuah negara adalah wilayahkedaulatan, disamping rakyat dan pemerintahan yang diakui. Konsep dasar wilayah negara kepulauan telah diletakkanmelalui Deklarasi Djuanda 13 Desember 1957. Deklarasi tersebut memiliki nilai sangat strategisbagi bangsa Indonesia, karena telah melahirkan konsep Wawasan Nusantara yang menyatukan wilayahIndonesia. LautNusantara bukan lagi sebagai pemisah, akan tetapi sebagai pemersatu bangsa Indonesia yangdisikapi sebagai wilayah kedaulatan mutlak Negara Kesatuan Republik Indonesia.Ada bangsa yang secara eksplisit mempunyai cara bagaimana ia memandang tanah airnya besertalingkungannya. Cara pandang itu biasa dinamakan wawasan nasional. Sebagai contoh, Inggris denganpandangan nasionalnya berbunyi: “Brittain rules the waves”. Ini berarti tanah Inggris bukan hanya sebataspulaunya, tetapi juga lautnya.Tetapi cukup banyak juga negara yang tidak mempunyai wawasan, seperti: Thailand,Perancis, Myanmar dansebagainya. Indonesia wawasan nasionalnya adalah wawasan nusantara yang disingkat wasantara.Wasantara ialah cara pandang bangsa Indonesia berdasarkan Pancasila dan Undang-Undang Dasar1945 tentang diri dan lingkungannya dalam eksistensinya yang sarwa nusantara dan penekanannya dalammengekspresikan diri sebagai bangsa Indonesia di tengah-tengah lingkungannya yang sarwa nusantara itu.Unsur-unsur dasar wasantara itu ialah: wadah (contour atau organisasi), isi, dan tata laku. Dari wadah dan isiwasantara itu, tampak adanya bidang-bidang usaha untuk mencapai kesatuan dan keserasian dalam bidang-bidang: Satu kesatuan Wilayah Satu kesatuan Bangsa Satu kesatuan Budaya Satu kesatuan Ekonomi
  7. 7. Satu kesatuan HankamJelaslah disini bahwa wasantara adalah pengejawantahan falsafah Pancasila dan UUD 1945 dalam wadahnegara Republik Indonesia. Kelengkapan dan keutuhan pelaksanaan wasantara akan terwujud dalamterselenggaranya ketahanan nasional Indonesia yang senantiasa harus ditingkatkan sesuai dengan tuntutanzaman. Ketahanan nasional itu akan dapat meningkat jika ada pembangunan yang meningkat, dalam “koridor”wasantara.Hakekat Wawasan NusantaraWawasan Nusantara adalah cara pandang Bangsa Indonesia terhadap rakyat, bangsa dan wilayah NegaraKesatuan Republik Indonesia yang meliputi darat, laut dan udara di atasnya sebagai satu kesatuan Politik,Ekonomi, Sosial, Budaya dan Pertahanan Keamanan.ISI & MAKSUD TUJUANSistem Theokrasi menindas MinoritasSeperti yang sudah sudah, kini mulai timbul segelintir kelompok yang menginginkan perubahan dasar negaraindonesia yang selama ini menggunakan azaz tunggal Pancasila menjadi sebuah negara yang berdasarkanKhilafah atau untuk kalangan awam disebut Syariat Islam.Kini pertanyaanya adalah apakah memang sistem tersebut sangat sempurna sehingga patut mengganti azasPancasila yang selama ini telah menjadi rumah yang nyaman bagi berbagai umat beragama. Sebagai contohyang paling kongkret adalah keadialan sistem itu sendiri. Sebagai contoh paling mudah adalah definisi benarsalah menurut agama tertentu bukan definisi bersama berdasarkan Pancasila yang mengakui lima agama.Apakah itu yang kita inginkan? dimana semua kebenaran, kesalahan dan standar moral di nilai hanyaberdasarkan standar satu agama mayoritas? Apakah nasib penganut agama minoritas akan disingkirkan atautersingkirkan dengan sendirinya?Ingat, “Keharusan Partai Berazaskan Pancasila” yang kini digadang oleh partai Golkar dan PDIPerjuangan telah membuat kepanasan partai partai Islam radikal yang pada dasarnya inginmenghancurkan kebhinekaan dan keberagaman budaya Indonesia dengan menggantinya menjadisistem Syariat Islam. Jika memang ingin merubah PANCASIlA kami siap membela PANCASILAsampai titik darah penghabisan.Perda Syariat – Mengancam Integrasi BangsaPikirkan jika suatu kebenaran, kesalahan maupun etika moral ditentukan oleh sebuah definisi sebuah agamadalam hal ini agama Islam. Sedangkan ketika anda terlibat didalamnya anda adalah seseorang yang memelukagama diluar Islam! Apakah yang anda pikirkan dan bagai mana perasaan di hati anda ketika sebuahkebenaran dan moralitas pada hati nurani anda ditentukan oleh agama lain yang bukan anda anut?Sekarang dibeberapa provinsi telah terjadi, dengan alasan moral dan budaya maka diterapkanlah aturantersebut. Sebagai contoh, kini di sebuah provinsi semua wanita harus menggunakan jilbab. Mungkin bagisebagian kecil orang yang tinggal di Indonesia merupakan keindahan namun bagai mana dengan budayayang selama ini telah ada? Jangankan di tanah Papua, pakaian Kebaya pun artinya dilarang dipakai olah putridaerah. Bukankah ini merupakan penghianatan terhadap kebhinekaan bangsa Indonesia yang begituheterogen. Jika anda masih ragu, silahkan lihat apa yang terjadi di Saudi Arabia dengan aliran SalafyWahabinya. Tidak ada pemilu, tidak ada kesetaraan gender dan lihat betapa tersisihnya kaum wanita dan
  8. 8. penganut agama minoritas disana. Jika memang anda cinta dengan Adat, Budaya dan Toleransi umatberagama di Indonesia dukung dan jagalah kesucian Pancasila sebagai ideologi pemersatu bangsa.Pemilihan Ideologi PacasilaSeperti yang telah kita ketahui bahwa di Indonesia terdapat berbagai macam suku bangsa, adatistiadat hingga berbagai macam agama dan aliran kepercayaan. Dengan kondisi sosiokultur yangbegitu heterogen dibutuhkan sebuah ideologi yang netral namun dapat mengayomi berbagaikeragaman yang ada di Indonesia.Karena itu dipilihlah Pancasila sebagai dasar negara. Namun saat ini yang menjadi permasalahanadalah bunyi dan butir pada sila pertama. Sedangkan sejauh ini tidak ada pihak manapun yangsecara terang terangan menentang bunyi dan butir pada sila kedua hingga ke lima, kecuali HizbutTahrir Indonesia yang secara terang terangan menentang pasal ke 4. Namun hal itu akan dibahaslain kali.Sila pertama yang berbunyi “ketuhanan yang maha esa” pada saat perumusan pernah diusulkan oleh PDUPPP dan FDU (kini PKS) ditambah dengan kata kata “… dengan kewajiban menjalankan syariat islam bagipemeluknya“ sejak saat itu dikenal sebagaiPiagam Jakarta. Namun dua ormas Islam terbesar saat itu – hinggakini yaitu Nahdatul Ulama dan Muahmmadiyah menentang penerapan Piagam Jakarta tersebut, karena duaormas Islam tersebut menyadari bahwa jika penerapan syariat Islam diterapkan secara tidak langsung namunpasti akan menjadikan indonesia sebagai negara Islam dan secara “fair” hal tersebut dapat memojokan umatberagama lain. Yang lebih buruk lagi adalah dapat memicu disintegrasi bangsa terutama bagi profinsi yangmayoritas beragama non Islam. Karena itulah sampai detik ini bunyi sila pertama adalah “ketuhanan yangmaha esa” yang berarti bahwa Pancasila mengakui dan menyakralkan keberadaan Agama, tidak hanya Islamnamun termasuk juga Kristen, Katholic, Budha dan Hindu sebagai agama resmi negara.Akibat maraknya parpol dan ormas Islam yang tidak mengakui keberadaan Pancasila dengan menjual namaSyariat islam dapat mengakibatkan disintegrasi bangsa. Bagi kebanyakan masyarakat indonesia yang cintaatas keutuhan NKRI maka banyak dari mereka yang mengatasnamakan diri mereka Islam Pancasilais, atauIslam Nasionalis.KESIMPULANArtinya Ideologi Pancasila merupakan dasar negara yang mengakui dan mengagungkan keberadaanagama dalam pemerintahan. Sehingga kita sebagai warga negara Indonesia tidak perlu meragukankonsistensi atas Ideologi Pancasila terhadap agama. Tidak perlu berusaha mengganti ideologi Pancasiladengan ideologi berbasis agama dengan alasan bahwa ideologi Pancasila bukan ideologi beragama. IdeologiPancasila adalah ideologi beragama.Sesama umat beragama seharusnya kita saling tolong menolong. Tidak perlu melakukan permusuhanataupun diskriminasi terhadap umat yang berbeda agama, berbeda keyakinan maupun berbeda adat istiadat.Hanya karena merasa berasal dari agama mayoritas tidak seharusnya kita merendahkan umat yang berbedaagama ataupun membuat aturan yang secara langsung dan tidak langsung memaksakan aturan agama yangdianut atau standar agama tertentu kepada pemeluk agama lainya dengan dalih moralitas.REFERENSIhttp://www.google.com/artikel wawasan nusantara

×