Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
PENDAHULUAN
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah
mengisy...
terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari
hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia men...
3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang
disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan keh...
BAB 1 – AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa DI SEKOLAH
1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PPDa DI SEKOLAH
Bagi menjayak...
1.1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH/SEKOLAH MENENGAH
PENASIHAT
(PENGARAH)...
1.1.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH
PENASIHAT
(GURU BESAR)
PENGERUSI
(PK ...
1.1.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN
DADAH SEKOLAH RENDAH
1.2 RANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN PEN...
Aktiviti
Bulan Pelaksanaan
J F M A M J J O S O N D
1. PENGURUSAN DAN
KEPIMPINAN
1. Jawatankuasa PPDa
2. Rancangan Pendidik...
PERKEMBANGAN STAF
Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah
dalam PPDa. Program in...
• Kemahiran Personal dan Interpersonal
• Pendedahan Kadeah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa
• Aktiviti permuafakatan dalam...
• Pameran PPDa
• Bersama tokoh
• Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat Setempat
• Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah
RUJUKA...
• Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah
• Guru Disiplin
• Guru Kaunseling
• Pengawai Khas Dadah JPN/Daerah
• Agensi Dadah...
• Guru-guru dan kakitangan sekolah.
• Ibu bapa
KAEDAH PELAKSANAAN
• Perhimpunan
• Ceramah
• Pameran
• Pertandingan
• Perse...
BAB 2 – AKTIVITI KURIKULUM
2.1 MESEJ JAUHI DADAH
Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Ant...
• Ketua Panitia
• Guru Bimbingan & Kaunseling
• Guru Bertugas Mingguan
• Guru Kokurikulum
• Pemimpin Murid
PENGISIAN
• Men...
KUMPULAN SASARAN
• Murid Tingkatan Satu hingga Lima.
KAEDAH PELAKSANAAN
• Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik d...
OBJEKTIF
• Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh negatif
rakan sebaya.
• Meningkatkan pengharga...
3. Alternatif-alternatif Yang Sihat
4. Pengaruh Rakan Sebaya
5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i)
6. Kemahiran Membuat Kepu...
• Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah.
PERSONALIA
• Pegawai daripada JPN, ADK, Jabatan Narkotik PDRM, Jabatan Kesih...
• Pegawai Khas Dadah Negeri/Daerah
• Agensi Dadah Kebangsaan
• Jabatan Narkotik PDRM
• Jabatan Kesihatan
• Jabatan Kastam
...
• Ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah (Tingkatan 2 dan 4)
KAEDAH PELAKSANAAN
• Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpand...
Bahagian II (Amali)
Aktiviti Pilihan
• Pertandingan Melukis Poster
• Pertandingan Esei
• Pertandingan Sajak
• Pertandingan...
• Perkhemahan
• Latihan dalam kumpulan
• Ceramah
• Forum
PERSONALIA
• Guru PK Kokurikulum
• Setiausaha PPDa
• Guru SLAD
• ...
murid.
KUMPULAN SASARAN
• Murid sekolah menengah dan rendah
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan,p...
BAB 4 – PEMBENTUKAN SAHSIAH
4.1 KEMAHIRAN PERSONAL/INTERPERSONAL
Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada...
• Kursus
• Forum
• Kolokium
• Perkhemahan
PERSONALIA
• Guru Kaunseling/Guru Bimbingan
• Guru PPDa
• Fasilitator
PENGISIAN
...
KUMPULAN SASARAN
• Murid yang datang secara sukrela
• Murid yang dirujuk
• Murid yang dikenal pasti melalui ujian urin
KAE...
• Murid urin positi(ujian kertas jalur).
• Murid mengaku mencuba dadah.
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Program ini dilaksanakan men...
• Pegawai ADK Daerah
PENGISIAN
• Ujian urin
• Sesi kaunseling
• Perjumpaan dengan waris
• Aktiviti pembangunan insan
• Ruj...
• Latihan Dalam Kumpulan
• Ceramah
PERSONALIA
• Guru Penolong Kanan Kokurikulum
• Guru Kaunseling
• Penyelaras Badan Berun...
• Murid berisiko atau kumpulan sederhana yang berpotensi terlibat dengan
gejala dadah.
KAEDAH PERLAKSANAAN
• Perkhemahan
a...
OBJEKTIF
• Meningkatkan pengetahuan,pengalaman dan juga maklumat mengenai
pendidikan pencegahan dadah.
• Menyampaikan mese...
4.7 PROGRAM KEIBU BAPAAN
Program keibu bapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga
semua pihak termasuk ...
• ADK
• PDRM
• Jabatan Kesihatan
• PEMADAM
RUJUKAN
• Surat Siaran PIBG 1973 – Kaedah dan Peraturan
PENILAIAN
Nama Sekolah ...
i. Pengurusan dan Kepimpinan.
ii. Kurikulum.
iii. Kokurikulum.
iv. Pembentukan Sahsiah.
5. Program PPDa yang dilaksanakan ...
* Surat Pekeliling Ikhtisas : Program Skim Lencana Anti Dadah
Bil.3/1988 Pasukan Berpakaian Seragam
bertarikh 3 Februari 1...
6 Jumlah guru = ______________ _________ org.(L) _________________ org.(P)
B. Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa...
2.4.5 Program Waja Diri A T
2.4.6 Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah A T
2.4.7 Program Keibubapaan A T
Nyatakan aktiviti ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

2 panduaan pelaksanaan_pp_da

2,950 views

Published on

ppda

Published in: Education
  • Be the first to comment

2 panduaan pelaksanaan_pp_da

  1. 1. PENDAHULUAN LATAR BELAKANG PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan ‘Dadah Musuh Utama Negara’ . Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’. RASIONAL Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa
  2. 2. terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan. OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH a) Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. b) Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani. c) Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni. d) Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah. Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah 1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa. 2. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
  3. 3. 3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. 4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murikd. 5. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab semua warga sekolah. 6. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjuruskan ke arah ‘Sekolah Bebas Dadah’ Strategi Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dengan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai strategi PPDa di sekolah telah dicapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan Kokurikulum. Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dan pemurnian dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepafda strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.
  4. 4. BAB 1 – AKTIVITI PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PPDa DI SEKOLAH 1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PPDa DI SEKOLAH Bagi menjayakan program PPDa di sekolah komponen pengurusan berikut hendaklah dijalankan. a. Menubuhkan Jawatankuasa PPDa induk dan Jawatankuasa Pelaksana di sekolah. b. Menyenaraikan peranan/tugas Jawatankuasa Pelaksana. c. Merancang program/aktiviti PPDa di sekolah. d. Melaksanakan program/aktiviti PPDa di sekolah. e. Menyelaras program/aktiviti peringkat sekolah. f. Membuat pemantauan dan penilaian. g. Menyediakan laporan.
  5. 5. 1.1.1 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH/SEKOLAH MENENGAH PENASIHAT (PENGARAH) PENGERUSI (PENGETUA/GURU BESAR) NAIB PENGERUSI (PEN.KANAN 1 /PEN.KANAN PENTADBIRAN) SETIAUSAHA (PEN.KANAN HEM) PEN.SETIAUSAHA 1 (PK KOKURIKULUM/PENYELIA PETANG) PEN.SETIAUSAHA 11 (GURU PPDa) AHLI JAWATANKUASA JABATAN KESIHATAN PIBG PDRM ADK PEMADA M WAKIL PEKERJA SEKOLAH
  6. 6. 1.1.2 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH PENASIHAT (GURU BESAR) PENGERUSI (PK HEM) NAIB PENGERUSI (PENYELIA PETANG/PK KOKURIKULUM) SETIAUSAHA (GURU PPDa) AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (S/U PPDa) PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (S/U PENYELARAS KOKURIKULUM) PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GURU BIMBINGAN DAN S/U DISIPLIN KUMPULAN SASARAN MURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT
  7. 7. 1.1.3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH SEKOLAH RENDAH 1.2 RANCANGAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PENASIHAT (GURU BESAR) PENGERUSI (PK HEM) NAIB PENGERUSI (PENYELIA PETANG/PK KOKURIKULUM) SETIAUSAHA (GURU PPDa) AHLI JAWATANKUASA PENYELARAS PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN (S/U PPDa) PENYELARAS AKTIVITI KURIKULUM (KETUA BIDANG) PENYELARAS AKTIVITI KOKURIKULUM AKTIVITI SLAD: (GURU PPDa) AKTIVITI SENI PPDa PENYELARAS BADAN BERUNIFORM/ KELAB DAN PERSATUAN/ SUKAN DAN PERMAINAN PENYELARAS PEMBENTUKAN SAHSIAH (GURU KAUNSELING/ GURU DISIPILN KUMPULAN SASARAN MURID, GURU, KAKITANGAN BUKAN GURU, IBU BAPA DAN MASYARAKAT SETEMPAT
  8. 8. Aktiviti Bulan Pelaksanaan J F M A M J J O S O N D 1. PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN 1. Jawatankuasa PPDa 2. Rancangan Pendidikan Pencegahan Dadah 3. Perkembangan Staf 4. Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRESS) 5. Ujian Urin 6. Minggu Antidadah 2. KURIKULUM 1. Mesej Jauh Dadah 2. PPDa Dalam KBSM 3. Program PINTAR 4. Ceramah Antidadah 5. Pameran Antidadah 3. KOKURIKULUM 3.1 Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) 3.2 Perkhemahan 3.3 Aktiviti Seni Jauhi Dadah • Dikir Barat • Poster Antidadah • Penulisan Sajak Antidadah • Deklamasi Antidadah • Boria Antidadah • Nasyid Antidadah • Buku Skrap Antidadah 4. PEMBENTUKAN SAHSIAH ANTIDADAH 1. Kemahiran Personel dan Interpersonel 2. Kaunseling PPDa 3. Program Intervensi Pelajar (PIP) 4. Kolokium Kepimpinan PPDa 5. Program Waja Diri 6. Seminar PPDa 7. Program Keibubapaan
  9. 9. PERKEMBANGAN STAF Perkembangan staf merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan memerangi dadah dalam PPDa. Program ini boleh menjana kekuatan dan kebekesanan PPDa di sekolah. RASIONAL • Guru-guru dan kakitangan sekolah memerlukan maklumat terkini mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah. • Pengetahuan kemahiran yang diperolehi membantu memantapkan usaha-usaha menggerakkan PPDa di sekolah. OBJEKTIF • Memberi pengetahuan, kefahaman dan kesedaran menmgenai bahaya dadah. • Meningkatkan kemahiran PPDa. • Memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran PPDa merentasi kurikulum. • Menyebarkan pengetahuan dan kemahiran PPDa kepada warga sekolah. KUMPULAN SASAR • Guru sekolah • Kakitangan sekolah KAEDAH PELAKSANAAN • Ceramah • Bengkel • Seminar • Forum • Lawatan PERSONALIA • Pengetua / Guru Besar • S/U PPDa • Guru Kauseling / Guru Bimbingan • Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah • Penceramah Jemputan (ADK, Kesihatan, Jabatan Narkotik, PEMADAM, Penjara, Jabatan Kebajikan dan jabatan Agama. PENGISIAN • Pengetahuan PPDa • Strategi menangani masalah dadah • Senario dadah di Malaysia
  10. 10. • Kemahiran Personal dan Interpersonal • Pendedahan Kadeah Pengajaran dan Pembelajaran PPDa • Aktiviti permuafakatan dalam PPDa PROGRAM GERAK SEDAR BERSEPADU (PROGRESS) Program Gerak Sedar Bersepadu adalah satu aktivti dalam bentuk kempen yang boleh meminbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah. Program ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan pihak sekolah, PDRM, Agensi Dadah kebangsaan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Agama dan PEMADAM. RASIONAL • Murid-murid sekolah perlu diberi pendedahan untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah tentang bahaya dadah. Kempen adalah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan maklumat. OBJEKTIF • Mewujudkan kesedaran murid, guru dan masyarakat tentang bahaya dadah. • Menggalakkan interaksi sosial positif antara murid dengan masyarakat. • Murid dapat menyampaikan maklumat mengenai bahaya dadah kepada rakan- rakan dan masyarakat. KUMPULAN SASARAN • Semua murid sekolah. KAEDAH PELAKSANAAN • Perhimpunan • Kempen (1 – 3) • Ceramah • Pameran PERSONALIA • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid • Guru Pendidikan Pencegahan Dadah • Guru Kauseling • Guru Disiplin • Pegawai Penceramah Jemputan PENGISIAN • Ceramah PPDa
  11. 11. • Pameran PPDa • Bersama tokoh • Aktiviti PPDa Bersama Masyarakat Setempat • Penyebaran Maklumat Oleh Murid Sekolah RUJUKAN • Modul Aktivti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah oleh bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.5 UJIAN URIN MURID Ujian Urin Murid merupakan langkah pencegahan awal yang bertujuan utnuk mengesan murid yang disyaki mencuba dadah. RASIONAL • Ujian urin amat perlu dilaksanakan di peringkat sekolah sebagai satu cara untuk mengesan murid yang ingin mencuba dadah supaya boleh dicegah dan diberi bimbingan. OBJEKTIF • Mengesan murid yang terlibat dengan dadah. • Memberi bimbingan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid yang positif urin KUMPULAN SASAR • Murid sekolah KAEDAH PELAKSANAAN • Menggunakan kertas jalur (saringan) • Ujian Pengesahan (Makmal) PERSONALIA
  12. 12. • Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah • Guru Disiplin • Guru Kaunseling • Pengawai Khas Dadah JPN/Daerah • Agensi Dadah Kebangsaan/Kementerian Kesihatan PENGISIAN • Menyenaraikan nama murid yang dikenalpasti. • Memaklumkan kepada PPD / JPN. • Menyediakan jadual pelaksanaan (senarai murid dan tarikh). • Taklimat ujian urin kepada murid. • Pengambilan dan pengujian sampel. • Soal selidik atau pengakuan murid. RUJUKAN • Surat siaran KP(BS/HEP) 8543 / 064 (36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian urin Pelajar Sekolah. • Buku Panduan Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-kes Penggunaan Dadah. Di Kalangan Murid Di Sekolah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.6 MINGGU ANTIDADAH Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah Narkotik (UNCND) telah mengisytiharkan bahawa 26 Jun pada setiap tahun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa manakala kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan pada 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Kedua-dua minggu ini perlu diisi dengan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah supaya hasrat kita menjadi Sekolah Bebas Dadah akan tercapai. RASIONAL • Langkah pencegahan awal perlu diadakan kepada murid bagi menyedarkan mereka tentang bahaya dadah. OBJEKTIF • Memberi pengetahuan kepada murid mengenai bahaya dadah. • Menimbulkan kesedaran kepada murid mengenai pentingnya Pendidikan Pencegahan Dadah. • Membentuk tingkah laku an nilai positif di kalangan warga sekolah. KUMPULAN SASARAN • Murid sekolah rendah dan menengah.
  13. 13. • Guru-guru dan kakitangan sekolah. • Ibu bapa KAEDAH PELAKSANAAN • Perhimpunan • Ceramah • Pameran • Pertandingan • Persembahan • Bacaan Perutusan dan ikrar PERSONALIA • Setiausaha Pendidikan Pencegahan Dadah • Guru Disiplin • Guru Kaunseling/Bimbingan • Pegawai Khas Dadah JPN/Daerah • Agensi Dadah Kebangsaan/Polis/Kesihatan RUJUKAN Surat Siaran KP)BS/HEP)8543/064(36) bertarikh 24 Julai 1998 – Ujian Urin Pelajar Sekolah.
  14. 14. BAB 2 – AKTIVITI KURIKULUM 2.1 MESEJ JAUHI DADAH Mesej Jauhi Dadah ini merupakan inovasi daripada Program Cuma 5 Minit Antidadah. Program ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa kepada warga sekolah. Program yang menggunakan pendekatan kurikulum ini bertujuan menyampaikan maklumat PPDa. RASIONAL • Kurikulum yang mudah dan ringkas wajar digunakan dalam penyebaran maklumat PPDa di sekolah.Satu set bahan maklumat yang jelas perlu disediakan untuk memudahkan personalia menyampaikan mesej antidadah. OBJEKTIF • Memberi maklumat pendidikan pencegahan dadah kepada warga sekolah. • Memberikan kesedaranbahaya dadah kepada warga sekolah ke arah gaya hidup cemerlang. • Meningkatkan kemahiran menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah kepada warga sekolah. KUMPULAN SASARAN • Warga sekolah KAEDAH PERLAKSANAAN • Menyampaikan mesej jauhi dadah melalui ceramah/pidato semasa • Pengajaran dan Pembelajaran • Perhimpunan • Aktiviti kokurikulum PERSONALIA • Guru Pendidikan Pencegahan Dadah
  15. 15. • Ketua Panitia • Guru Bimbingan & Kaunseling • Guru Bertugas Mingguan • Guru Kokurikulum • Pemimpin Murid PENGISIAN • Menyampaikan maklumat Pendidikan Pencegahan Dadah • Penilaian ringkas melalui soal selidik RUJUKAN • Buku mesej Jauhi Dadah, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Buku Kenali dan Perangi Dadah, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur. 2.2 PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DALAM KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH (KBSM) Pendidikan Pencegahan Dadah dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tidak disampaikan sebagai satu masa pelajaran tersendiri tetapi disepadukan dalam semua mata pelajaran. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Kemahiran Hidup serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Unsur-unsur PPDa disampaikan melalui mata pelajaran berkenanan. RASIONAL • Institusi pendidikan merupakan intitusi yang mempunyai kekuatan untuk menyedarkan maklumat andidadah secara yang lebih berkesan dengan kaedah yang sistematik dan kumpulan sasar yang lebioh luas. • Proses pendidikan diyakini berupaya membentuk murid menyedari tentang bahaya dadah dan berupaya menjauhi diri daripadanya. OBJEKTIF • Memperolehi pengetahuan dan kefahaman mengenai perkembangan jasmani, emosi, rohani serta kesan penggunaan dadah, minuman keras dan merokok dalam kehidupan. • Memperolehi kemahiran untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah remaja serta membuat keputusan dengan baik. • Menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dalam menjalani kehidupan yang sihat, selamat dan sejahtera.
  16. 16. KUMPULAN SASARAN • Murid Tingkatan Satu hingga Lima. KAEDAH PELAKSANAAN • Semasa Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti yang dicadangan: • Karangan/penbincangan • Projek/Kajian Lapangan • Perbahasaan/Syarahan • Ulasan filem, video dan rancangan televisyen • Main peranan PERSONALIA • Ketua Bidang • Guru Panitia • Guru Mata Pelajaran PENGISIAN • Bahagian 1 – Punca dan Jenis-jenis dadah • Bahagian 2 – Sebab-sebab Penggunaan Dadah • Bahagian 3 – Kesan Penggunaan Dadah dan Bahan Bahaya • Bahagian 4 – Pencegahan Penggunaan Dadah RUJUKAN • Buku Pendidikan Pencegahan Dadah Merentasi Kurikulum KBSM Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996. 2.3 PROGRAM INTELEK ASUHAN ROHANI (PINTAR) Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) merupakan satu program terasa pendidikan pencegahan dadah di sekolah rendah berasaskan kurikulum dan kokurikulum.Program ini dilaksanakan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. RASIONAL • Melahirkan golongan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menolak gejala negatif bermula di peringkat sekolah rendah lagi.
  17. 17. OBJEKTIF • Menambah pengetahuan dan kemahiran supaya dapat menolak pengaruh negatif rakan sebaya. • Meningkatkan penghargaan kendiri serta kemahiran interpersonal murid supaya mengatakan “TIDAK” kepada dadah. • Menggalakkan murid supaya mengikuti aktiviti kurikulum untuk menjauhi dadah. • Membina ketahanan diri murid supaya tidak terlibat dengan dadah. KUMPULAN SASARAN • Tahap Dua Sekolah Rendah KAEDAH PERLAKSANAAN • Pelaksanaan di semua sekola rendah terpilih di seluruh negara. • Lapan waktu pengajaran dalam setahun. • Lapan waktu pengajaran dalam setahun: 2 waktu kepada Agensi Dadah Kebangsaan.2 waktu kepada Polis Diraja Malaysia, 4 waktu kepada guru PJK. • Dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. • Kem Pintar (Peringkat Negeri). PERSONALIA • Penyelaras PINTAR • Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan • Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan • Pegawai Polis (Jabatan Narkotik) PENGISIAN PINTAR DALAM MATA PELAJARAN KBSR 24 tajuk pengajaran adalah seperti berikut: Tahun Empat 1. Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun 2. Jenis-jenis Dadah 3. Kesan Atau Akibat Dadah Terhadap Kesihatan Seseorang 4. Meningkatkan Penghargaan Kendiri 5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i) 6. Kemahiran Membuat Keputusan (i) 7. Kemahiran Berkomunikasi (i) 8. Kemahiran Berkomunikasi (ii) Tahun Lima 1. Faktor-faktor Penagihan Dadah 2. Meningkatkan Penghargaan Kendiri
  18. 18. 3. Alternatif-alternatif Yang Sihat 4. Pengaruh Rakan Sebaya 5. Kemahiran Mengatakan “TIDAK” (i) 6. Kemahiran Membuat Keputusan (i) 7. Kemahiran Membuat Keputusan (ii) 8. Undang-undang Dadah 9. Kemahiran Pengurusan Tekanan Tahun Enam 1. Kesan dan Akibat Dadah Dari Segi Sosial, Ekonomi, dan Keselamatan Negara 2. Masalah Dadah Semasa 3. Dasar Dadah Negara dan Strategi-strateginya 4. Penghargaan Kendiri (iii) 5. Tingkah Laku Berisiko 6. Peranan Agensi-agensi/Masysrakat dalam Pengawalan dan Pencegahan Dadah 7. Media Massa dan Dadah 8. Kemahiran Aserif RUJUKAN • Modul Latihan Mengajar PINTAR, Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Lumpur, 1999 2.3 CERAMAH ANTIDADAH Ceramah Antidadah merupakan satu daripada kepelbagaian pendekatan untuk memerangi dadah.Aktiviti ini boleh digunakan untuk menyampaikan mesej PPDa secara menyeluruh kepada kumpulan sasaran. RASIONAL • Perkongsian maklumat, pengetahuan dan pengalaman PPDa lebih mudah disampaikan melalui ceramah.Ini dapat membantu warga sekoalh memperolehi maklmat PPDa terkini bagi menjana kesedaran akan bahaya dadah. OBJEKTIF • Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah. • Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah. • Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah. KUMPULAN SASARAN • Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga KAEDAH PERLAKSANAAN • Semasa perhimpunan sekolah • Semasa sambutan Minggu PPDa (19 Feb/26 Jun)
  19. 19. • Semasa kursus/seminar/majlis rasmi sekolah. PERSONALIA • Pegawai daripada JPN, ADK, Jabatan Narkotik PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kastam, Jabatan Penjara, Jabatan Farmasi dan PEMADAM. PENGISIAN • Seperti dalam Mesej Jauhi Dadah (kecuali penilaian) Tajuk-tajuk yang bersesuaian dalam mencapai objektif PPDa RUJUKAN • Mesej Jauhi Dadah Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia. • Surat pekeliling Am Bil. 1/1985: • Ruj.PPAS(S) 133/883/1 bertarikh 29 Januari 1985.Program-program Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-Agensi Kerajaan. 2.4 PAMERAN ANTIDADAH Pameran Antidadah merupakan antara aktiviti pencegahan dadah yang berkesan dalam menyampaikan mesej bahaya dadah. RASIONAL • Bahan media yang dipamerkan akan meningkatkan kesedaran dan menimbulkan perasaan benci terhadap dadah. OBJEKTIF • Meningkatkan pengetahuan tentang jenis dan kesan dadah. • Memberi kesedaran dan menyemai perasaan benci akan dadah. • Meningkatkan kemahiran kendiri menjauhi dadah. KUMPULAN SASARAN • Warga sekolah dan ibu bapa/penjaga KAEDAH PELAKSANAAN • Semasa Sambutan Minggu PPDa (19 Feb / 26 Jun) • Semasa kursus-kursus motivasi • Semasa Program PPDa PERSONALIA
  20. 20. • Pegawai Khas Dadah Negeri/Daerah • Agensi Dadah Kebangsaan • Jabatan Narkotik PDRM • Jabatan Kesihatan • Jabatan Kastam • Jabatan Penjara • PEMADAM Kebangsaan PENGISIAN BAHAN • Gambar, buku skrap, keratan akhbar, carta, media elektronik dan bahan maujud mengenai PPDa RUJUKAN: Surat Pekeliling Am Bil. 1/1985:Ruj.PPAD(S) 133/883/1.Program-program Mencegah dan Membasmi Kegiatan Penagihan Dadah di Agensi-agensi Kerajaan, 29 Januari 1985. BAB 3 - AKTIVITI KOKURIKULUM 3.1 SKIM LENCANA ANTIDADAH Skim Lencana Antidadah (SLAD) adalah satu usaha terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pakaian Seragam Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar. RASIONAL • Murid lebih murid ditemui dan dipengaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu, penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan sahabat handai. OBJEKTIF • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah. • Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan sahabat handai. • Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling. • Memberi khidmat sukarela dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan KUMPULAN SASAR
  21. 21. • Ahli Persatuan Pakaian Seragam Sekolah (Tingkatan 2 dan 4) KAEDAH PELAKSANAAN • Guru melaksanakan kurikulum SLAD berpandukan buku log SLAD. • Mengedarkan buku-buku log SLAD kepada ahli dan menyelaras aktiviti SLAD untuk tempoh satu hingga dua tahun. • Menganugerahkan sijil dan lencana kepada peserta yang layak menerimanya. PERSONALIA • Guru Penyelaras SLAD • Guru Penasihat Persatuan Pakaian Seragam Sekolah PENGISIAN Kurikulum SLAD 1. Rekod Penilaian Guru • Ujian teori -Secara objektif -20% (markah) • Ujian teori -Secara mengarang -20% (markah) • Ujian amali: • Menghadiri ceramah -10% (markah) • Membuat lawatan -10% (markah) • Aktiviti Seranta -10% (markah) • Penyertaan pertandingan -10% (markah) • Menghasilkan buku skrap -10% (markah) • Menyampaikan penerangan -10% (markah) 2. Aktiviti SLAD (Teori dan Amali):- Bahagian 1 (Teori) Akitviti wajib • Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian • Hubungan remaja dengan kemahiran komunikasi • Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya • Khidmat bantu di sekolah dan institut lain • Sebab dan kesan merokok • Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah • Bahan dan kesan inhalan • Kesan dan akibat penggunaan dadah • Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya • Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) – gantung sampai mati
  22. 22. Bahagian II (Amali) Aktiviti Pilihan • Pertandingan Melukis Poster • Pertandingan Esei • Pertandingan Sajak • Pertandingan Kuiz • Pertandingan Nasyid RUJUKAN • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1998 : Program Skim Lecana Antidadah, Pasukan Pakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) bertarikh 3 Februari 1998 • Buku Log Skim Lencana Antidadah, Kementerian Pendidikan Malaysia 3.2 PERKHEMAHAN SKIM LENCANA ANTIDADAH Perkhemahan Skim Lencana Antidadah (SLAD) di peringkat sekolah atau Jambori SLAD bagi pelaksanaan diperingkat negeri dan daerah merupakan satu program perhimpunan tahunan ahli-ahli Skim Lencana Antidadah sekolah menengah. Menerusi Perkhemahan ini, setiap ahli akan didedahkan dengan pelbagai pendekatan dan strategi pendidikan pencegahan dadah. RASIONAL • Program Perkhemahan SLAD merupakan satu keperluan ke arah pemantapan aktiviti SLAD di sekolah. Ahli-ahli SLAD perlu diberi penghargaan dan peluang bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman PPDa di kalangan rakan sebaya. Perhimpunan secara bersepadu ini akan menjadikan usaha pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah lebih berkesan. OBJEKTIF • Memperkasakan lagu penguasaan pengetahuan, pengalaman dan nilai pendidikan pencegahan dadah di kalangan ahli SLAD. • Mempertingkatkan semangat, permuafakatan, kemampuan, kemahuan dan tindakan ahli SLAD dalam menerangi dan membendung pengaruh ancaman dadah. • Memupuk tanggungjawab bersama dalam usaha memerangi dadah. KUMPULAN SASARAN • Ahli Skim Lencana Antidadah Sekolah KAEDAH PELAKSANAAN
  23. 23. • Perkhemahan • Latihan dalam kumpulan • Ceramah • Forum PERSONALIA • Guru PK Kokurikulum • Setiausaha PPDa • Guru SLAD • Penyelaras Badan Beruniform • Guru Kaunseling PENGISIAN • Kemahiran Interpersonal • Perkembangan Sahsiah/Pendidikan Moral • Pertandingan Kecekapan Unit Beruniform • Persembahan Kumpulan • Kembara • Riadah • Penilaian RUJUKAN • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1988 bertarikh 3 Februari 1988: Program Skim Lencana Antidadah Pasukan Berpakaian Seragam Sekolah Menengah (SLAD) 3.3 AKTIVITI SENI JAUHI DADAH Aktiviti Seni Jauhi Dadah adalah sebahagian daripada strategi Pendidikan Pencegahan Dadah yang boleh meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah. RASIONAL • Murid merupakan golongan remaja aktif yang sukakan aktiviti-aktiviti yang dapat memantapkan emosi dan mengembangkan bakat melalui aktiviti seni. OBJEKTIF • Mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran murid di semua peringkat mengenai bahaya dadah. • Menggunakan aktiviti kesenian sebagai media ke arah memberi kesedaran pencegahan dadah kepada murid. • Mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi yang ada di kalangan
  24. 24. murid. KUMPULAN SASARAN • Murid sekolah menengah dan rendah KAEDAH PERLAKSANAAN • Dilaksanakan dalam bentuk pertandingan,persembahan dan pameran pada Minggu Antidadah,Bulan Bahasa dan Hari Perayaan Sekolah. PERSONALIA 1. Sekolah Rendah:  Penyelia Kokurikulum  S/U PPDa 2. Sekolah Menengah:  Penyelaras Kokurikulum  Penyelaras Badan Uniform/Kelab/Persatuan  Penyelaras Sukan/Permainan PENGISIAN  Dikir Barat Antidadah-Menengah  Poster Antidadah –Rendah,Menengah Rendah dan Menengah Atas  Penulisan Sajak Antidadah-Menengah  Deklamasi Sajak Antidadah-Rendah dan Menengah  Boria Antidadah-Rendah  Nasyid Antidadah-Menengah  Buku Skrap Antidadah-Menengah RUJUKAN • Syarat-syarat Pertandingan Seni Jauhi Dadah,Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  25. 25. BAB 4 – PEMBENTUKAN SAHSIAH 4.1 KEMAHIRAN PERSONAL/INTERPERSONAL Usaha memberi kemahiran personal dan interpersonal kepada murid merupakan aktiviti yang sangat baik dan sememangnya digalakkan.Usaha ini akan membantu murid menjadi individu yang pandai mengurus diri,bertingkah laku positif,mahir berinteraksi dan berpotensi menjadi pemimpin yang cemerlang. RASIONAL • Murid yang mempunyai kemahiran personal dan interpersonal perlu dilatih melalui satu latihan yang sistematik supaya kebolehan dan ketrampilan mereka terserlah. OBJEKTIF * Melahirkan murid yang berperibadi mulia. • Meningkatkan kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan. • Meningkatkan kemahiran tegas diri. • Mengatakan “TIDAK” kepada dadah. • Meningkatkan kemahiran membuat keputusan. • Meningkatan kemahiran memimpin di kalangan murid. KUMPULAN SASARAN • Murid sekolah rendah dan menengah KAEDAH PERLAKSANAAN • Bengkel • Seminar • Kaunseling kelompok
  26. 26. • Kursus • Forum • Kolokium • Perkhemahan PERSONALIA • Guru Kaunseling/Guru Bimbingan • Guru PPDa • Fasilitator PENGISIAN • Kesedaran kendiri • Asas komunikasi • Asas kaunseling • Perkembangan remaja • Kemahiran lanjutan: a) Tegas diri b) Membuat keputusan c) Mengatakan “TIDAK” kepada dadah RUJUKAN • Buku Mencegah Salah nGuna Dadah Melalui Kaunseling – Dewan Bahasa dan Pustaka 1984 4.2 KAUNSELING PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) berperanan untuk membantu murid yang telah dikesan terlibat dengan dadah.Mirid boleh mendapatkan perkhidmatan Kaunseling PPDa ini secara sukarela atau dirujuk. RASIONAL • Murid sekolah yang dikesan terlibat mencuba dadah perlu diberikan pertolongan secara khusus melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling supaya bebas daripada dadah. OBJEKTIF • Menyedarkan murid tentang bahaya dadah. • Mengesan dan membasmi serta menyelesaikan masalah berkenaan dadah di kalangan murid. • Menolong murid meningkatkan keyakinan diri supaya bebas daripada dadah. • Menghentikan atau mengurangkan perkembangan masalah penggunaan dadah di kalangan murid.
  27. 27. KUMPULAN SASARAN • Murid yang datang secara sukrela • Murid yang dirujuk • Murid yang dikenal pasti melalui ujian urin KAEDAH PERLAKSANAAN • Melalui kaunseling individu,kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga. PERSONALIA • Guru Kaunseling/Guru Bimbingan PENGISIAN • Perubahan tingkah laku • Pengurusan diri,masa dan tekanan • Kemahiran interpersonal • Kemahiran membuat keputusan • Perkembangan konsep kendiri • Kemahiran tegas diri RUJUKAN • Buku Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan.DBP 1983. 4.3 PROGRAM INTERVASI PELAJAR(PIP) Program Intervasi Pelajar ini dilaksanakan bertujuan memantau dan membantu murid yang didapati positif urin. RASIONAL • Murid yang terlibat dengan dadah perlu dibimbing ke arah gaya hidup sihat dan sejahtera. OBJEKTIF • Membina ketahanan diri yang positif serta memberi kesedaran yang menyeluruh kepada murid tentang bahaya dadah. • Menimbulkan keinsafan diri agar tidak lagi terjebak dengan dadah. • Membina personaliti proaktif ke arah pembangunan sahsiah diri yang cemerlang. • Memupuk komitmen keluarga dalam usaha membantu murid ke arah perkembangan diri yang positif. KUMPULAN SASARAN
  28. 28. • Murid urin positi(ujian kertas jalur). • Murid mengaku mencuba dadah. KAEDAH PERLAKSANAAN • Program ini dilaksanakan mengikut tiga fasa sebagaimana berikut:- BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN 1 Ujian pengesahan(kertas jalur) Dilaksanakan oleh ADK 2 Menerima keputusan jalur Memaklumkan untuk pengetahuan pengetua, kaunselor dan waris murid 3 Laporan keputusan dihantar Untuk perhatian dan tindakan Kepada Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah Pegawai Khas Dadah negeri dan daerah 4 Perjumpaan dengan waris Menjemput waris ke sekolah 5 Mengadakan perjumpaan dengan murid berkenaan (kaunseling PPDa) Tindakan kaunselor sekolah 6 Penerusan ke Fasa II Kaunselor sekolah FASA II (Dilakasanakan di peringkat daerah oleh ADK dan JPN) BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN 1. Program Pembangunan insan (Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah, kursus, kajian lapangan, forum dan lain-lain yang berkaitan) dadah. Berfokuskan ketahanan mental, jasmani dan rohani, dan penekanan kepada kemahiran kepada kemahiran mengatakan “TIDAK” kepada FASA III (Dilaksanakan oleh ADK dan JPN) BIL KANDUNGAN/AKTIVITI CATATAN/TINDAKAN 1 Ujian urin untuk murid yang Urinnya positif Fasa I ADK 2 Positif saringan (murid urin positif Kali kedua) Rujuk pada pakar Perubatan atau psikologi untuk tindakan lanjutan Rawatan dan pemulihan. PERSONALIA • Pengetua • Penyelaras Program Inteversi • Kaunselor • Pegawai Dadah Daerah
  29. 29. • Pegawai ADK Daerah PENGISIAN • Ujian urin • Sesi kaunseling • Perjumpaan dengan waris • Aktiviti pembangunan insan • Rujukan pakar RUJUKAN • Modul Inteversi Pelajar oleh Agensi Dadah Kebangsaan • Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia 4.4 KOLOKIUM KEMPIMPINAN PPDA Kolokium Kempipinan PPDa merupakan program pengukuhan pendidikan pencegahan dadah di sekolah demi melahirkan pemimpin murid yang berketrampilan dan berkeupayaan menyampaikan mesej antidadah. RASIONAL • Pemimpin murid perlu diberi pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah sebagai pengukuhan diri.Hal ini penting supaya mereka berperanan sebagai pemimpin yang berkesan untuk memerangi dadah. OBJEKTIF • Berkongsi pengetahuan,pengalaman dan maklumat mengenai Pendidikan Pendidikan Pencegahan Dadah. • Membina ketahanan diri yang positif di kalangan murid. • Meningkatkan kemahiran kendiri murid untuk menangani gejala sosial di sekolah. • Meninghkatkan daya kepimpinan dan semangat kerjasama di kalangan peserta. KUMPULAN SASARAN • Pemimpin murid dan ahli SLAD sekolah. KAEDAH PERLAKSANAAN • Perkhemahan • Perhimpunan
  30. 30. • Latihan Dalam Kumpulan • Ceramah PERSONALIA • Guru Penolong Kanan Kokurikulum • Guru Kaunseling • Penyelaras Badan Beruniform PENGISIAN • Kepimpinan dan Antidadah • Kembara • Bengkel Komunikasi • Qiamullail • Kerohanian dan moral • Pidato spontan antidadah • Riadah • Penilaian RUJUKAN • Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.5 PROGRAM WAJA DIRI Program Waja Diri memberi fikus kepada pembangunan sahsiah dan disiplin diri di kalangan murid. RASIONAL • Murid masa kini terdedah dengan pelbagai masalah sosial terutamanya gejala penggunaan dadah.Oleh itu,mereka perlu didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan tentang bahaya serta risiko pangambilan dadah. OBJEKTIF • Meningkatkan kemahiran serta pengetahuan dalam Pendidikan Pencegahan Dadah di kalangan peserta. • Membina ketahanan diri yang positif di kalangan peserta serta mengeratkan silaturahim antara mereka. • Perkongsian pengalaman dan pengetahuan berhubung dengan Pendidikan Pencegahan Dadah. KUMPULAN SASARAN
  31. 31. • Murid berisiko atau kumpulan sederhana yang berpotensi terlibat dengan gejala dadah. KAEDAH PERLAKSANAAN • Perkhemahan a) Cadangan tempoh : 4 hari 3 malam b) Cadangan tempat : Pusat Kokurikulum Negeri,tepi pantai,kawasan rekreasi,kawasan perhilitan. • Latihan Dalam Kumpulan • Ceramah PERSONALIA • Guru Penolong Kanan Kokurikulum • Setiausaha PPDa • Guru Kaunseling/Guru Bimbingan • Guru Agama PENGISIAN • Ikhtiar Hidup • Kem Solo • Kembara • Bengkel • Persembahan Kumpulan • Kerohanian dan Moral • Riadah RUJUKAN • Modul Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah,Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. 4.6 SEMINAR PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH MENENGAH ATAS Aktiviti seminar merupakan suatu pendekatan bagi memerangi dadah dalam Pendidikan Pencegahan Dadah. RASIONAL • Murid sekolah menengah atas mempunyai potensi untuk membantu usaha – usaha memerangi dadah.
  32. 32. OBJEKTIF • Meningkatkan pengetahuan,pengalaman dan juga maklumat mengenai pendidikan pencegahan dadah. • Menyampaikan mesej antidadah dengan jelas. • Meningkatkan kemahiran membuat keputusan supaya mereka mampu mengubah orang lain. KUMPULAN SASARAN • Murid Menengah Atas KAEDAH PERLAKSANAAN • Seminar • Forum • Bengkel PERSONALIA • Guru Kaunseling • Guru Disiplin • Guru Pendidikan Pencegahan Dadah • Pemimpin Murid di Sekolah • Penceramah jemputan - Agensi Dadah Kebangsaan - PDRM , Kastam - Jabatan Kesihatan PENGISIAN • Senario masalah dadah • Punca terlibat dengan dadah • Teknik dan kemahiran pengucapan awam • Kemahiran Asertif • Kemahiran membuat keputusan • Perkongsian pengalaman RUJUKAN • Modul Aktiviti Pencegahan Dadah di Sekolah , Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia.
  33. 33. 4.7 PROGRAM KEIBU BAPAAN Program keibu bapaan merupakan satu pendekatan untuk menggemblengkan tenaga semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membanteras masalah dadah. Usaha yang bersepadu , berwawasan dan penbglibatan yang aktif ibu bapa akan dapat mewujudkan kesedaran maksimum di kalangan generasi muda dalam membina sikap membenci dan menjauhi dadah. RASIONAL • Keluarga merupakan institusi masyarakat terkecil yang menjadi asas kepada kebahagiaan dan kesejahteraan negara.Peranan keluarga amat penting dalam memastikan generasi muda tidak terlibat dengan dadah. OBJEKTIF • Memberi kesedaran dan pendedahan tentang ancaman dan bahaya dadah kepada ibu bapa. • Meningkatkan kesedaran dan memberi bimbingan kepada peserta tentang peranan ibu bapa dalam pendidikan pencegahan dadah dan juga dalam mewujudkan keluarga bahagia. • Memberi peluang kepada ibu bapa bertukar pendapat dan idea berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah. KUMPULAN SASARAN • Peserta yang terdiri daripada ibu bapa. KAEDAH PERLAKSANAAN • Ceramah • Latihan Dalam Kumpulan • Seminar • Forum • Bengkel PENGISIAN • Pameran Antidadah • Kemahiran Keibubapaan • Pengurusan Keluarga Bahagia • Ancaman Dadah Terhadap Keluarga • Peranan Ibu Bapa Dalam Mengatasi Dadah di Sekolah PERSONALIA • Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) • Guru Kaunseling/Guru Bimbingan • AJK PIBG
  34. 34. • ADK • PDRM • Jabatan Kesihatan • PEMADAM RUJUKAN • Surat Siaran PIBG 1973 – Kaedah dan Peraturan PENILAIAN Nama Sekolah : …………………………………………………………………… Alamat Sekolah : …………………………………………………………………… Negeri : …………………………………………………………………… Arahan: 1. Pilih jawapan yang sesuai dengan apa yang anda rasa dan alami 2. Soal selidik ini mengandungi 16 soalan. Sila tandakan / Pilihan anda bagi setiap soalan BIL SOALAN YA TIDAK 1. Pihak sekolah merancang aktiviti PPDa 2. Pengurusan sekolah menyokong kuat kepada Usaha melaksanakan program PPDa. 3. Program PPDa yang dirancang mendapat Kerjasama daripada guru-guru dan kakitangan Sekolah. 4. Program PPDa yang dijalankan merangkumi 4 Strategi yang disarankan iaitu:
  35. 35. i. Pengurusan dan Kepimpinan. ii. Kurikulum. iii. Kokurikulum. iv. Pembentukan Sahsiah. 5. Program PPDa yang dilaksanakan menepati Keperluan sasaran. 6. Guru-guru selesa melaksanakan Program PPDa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. 7. Akitiviti PPDa memberi manfaat kepada murid. 8. Agensi luar dilibatkan dalam Program PPDa di sekolah. 9. PIBG memberikan sokongan yang padu dalam Program PPDa di sekolah. 10. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa dalam sesi perkembangan staf. 11. Program PPDa mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan murid. 12. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa kepada ibubapa 13. Pihak sekolah mendedahkan kemahiran PPDa kepada staf sokongan. 14. Pihak sekolah membuat penilaian bagi setiap Program PPDa. 15. Setiap program PPDa didokumentasikan. AKTA, SURAT SIARAN DAN SURAT PEKELILING IKHTISAS * Surat Pekeliling Ikhtisas : Salah Guna Dadah – Garis Panduan dan Bil. 7/1975 untuk Guru Panduan dan Guru Besar bertarikh 19 Ogos 1975 * Surat siaran : Laporan Penggal Kes-kes Kementerian Pendidikan Malaysia Penyalahgunaan Dadah KP(BS)8786-51 Jld.III (34) Bertarikh 27 Jun 1978 * Surat Pekeliling Ikhtisas : Laporan Murid-murid Dalam Keadaan Bil. 2/1979 Risiko Penyalahgunaan Dadah ynag bertarikh 26 Mac 1979 Memerlukan Pertolongan * Surat Pekeliling Ikhtisas : Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Bil.1/1985 Pelajar Sekolah Bertarikh 2 Januari 1985 * Surat Pekeliling Am : Program-Program Mencegah dan Bil.1/1985 Membasmi Kegiatan Penagihan bertarikh 29 Januari 1985 Dadah Di Agensi-Agensi Kerajaan
  36. 36. * Surat Pekeliling Ikhtisas : Program Skim Lencana Anti Dadah Bil.3/1988 Pasukan Berpakaian Seragam bertarikh 3 Februari 1988 Sekolah Menengah (SLAD) * Surat Siaran Ketua Pengarah : Pelaksanaan Program Pendidikan Pendidikan Malaysia Pencegahan Dadah Di Sekolah- bertarikh 14 November 1997 Sekolah * Undang-Undang Malaysia : Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Akta A1018 Pemulihan)(Pindaan) 1998 Terbitan 19 Mac 1998 * Surat Pekeliling Ikhtisas : Pelaksanaan Mata Pelajaran Bil.25/1998 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan bertarikh 18 November 1998 Kesihatan * Surat Siaran : Jawatan Penyelia (Mencegah Kementerian Pendidikan Malaysia Penyalahgunaan Dadah), Pegawai KP(BS/HEP)8543/26962) Perkhidmatan Pendidikan Lepasan bertarikh 18 Mac 2003 Diploma, Gred DGA5 Dalam Pengstrukturan Baru Di Pejabat Pendidikan Negeri Dan Daerah Borang PPDa Ren / Men SENARAI SEMAK PENGURUSAN AKTIVITI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) DI SEKOLAH TAHUN _________ A. Latar Belakang Sekolah 1. Nama Sekolah:__________________________________________________________ 2. Gred: __________________________ A / B / C (Kurang Murid) 3. Status sekolah (Bandar / Luar Bandar) B LB 4. Sesi persekolahan (Pagi / Petang) Pg. Ptg. 5. Jumlah murid = _____________ _________ org.(L) _________________org.(P)
  37. 37. 6 Jumlah guru = ______________ _________ org.(L) _________________ org.(P) B. Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 1. Takwim PPDa (dapatkan salinan) A T 2. Bilangan program / aktiviti yang dijalankan Aktiviti 2.1 Pengurusan dan kepimpinan 2.1.1 Carta Organisasi Jawatankuasa Pendidikan Pencegahan Dadah A T 2.1.2 Rancangan Aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah A T 2.1.3 Perkembangan Staf A T 2.1.4 Program Gerak Sedar Bersepadu A T 2.1.5 Ujian Urin Murid A T 2.1.6 Minggu Antidadah A T Nyatakan aktiviti lain jika ada: i. ii. 2.2 Kurikulum 2.2.1 Mesej Jauhi Dadah A T 2.2.2 PPDa dalam KBSM A T 2.2.3 Program PINTAR Sekolah Rendah A T 2.2.4 Ceramah PPDa A T 2.2.5 Pameran PPDa A T Nyatakan Aktiviti lain jika ada: i. ii. 2.3 Kurikulum 2.3.1 Poster Antidadah A T 2.3.2 Penulisan Sajak Antidadah A T 2.3.3 Deklamasi Sajak Antidadah A T 2.3.4 Dikir Barat Antidadah A T 2.3.5 Boria Antidadah A T 2.3.6 Nasyid Antidadah A T 2.3.7 Buku Skrap Antidadah A T Nyatakan aktiviti lain jika ada : i. ii. 2.4 Pembentukan Sahsiah 2.4.1 Kemahiran Personel dan Interpersonal A T 2.4.2 Kaunseling Pendidikan Pencegahan Dadah A T 2.4.3 Program Intervensi Murid A T
  38. 38. 2.4.5 Program Waja Diri A T 2.4.6 Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah A T 2.4.7 Program Keibubapaan A T Nyatakan aktiviti lain jika ada : i. ii. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas PPDa – 16 naskah A T 4. Sudut PPDa A T Disahkan Oleh : …………………………………………………… …………………………. Tandatangan dan Cop Sekolah Tarikh Catatan: 1. Isi maklumat di ruang yang disediakan 2. Bulatkan A untuk ada atau T untuk Tiada

×