SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi
Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM
Ahmad bin Esa
Kamarudin bin Khalid
Sarebah binti Warman
Pusat Kokurikulurn
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Email: ahmad@uthm.edu.my
Aida Ilyani Binti Ali
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
ABSTRAK
Kemahiran kepimpinan merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi terutama bagi
mencapai matlamat organisasi itu. Namun begitu, pembentukan jati diri berlandaskan budaya
bangsa kurang diberi perhatian oleh pelajar dalam membangun kemahiran kepimpinan
mereka. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti wujudnya pembangunan
kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi kegiatan kokurikulum Silat Seni Gayung Malaysia
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (PSSGMUTHM). Seramai 15 orang pelajar dan
seorang jurulatih PSSGMUTHM terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes
dengan mengaplikasikan kaedah analisis data secara triangulasi berasaskan Model Teori
Pembangunan Chickering. Data kajian diperolehi daripada analisis dokumen PSSGMUTHM,
pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik. Dapatan diperolehi daripada borang soal
selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) Versi 19.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga skor min.
Dapatan kajian mendapati pelajar yang menyertai PSSGMUTHM telah diterapkan dengan
kemahiran kepimpinan seterusnya sedar dan menguasai kemahiran ini. PSSGMUTHM
disyorkan agar dapat mempelbagaikan lagi aktiviti dan program dalam persatuan seperti
mengadakan program pengantarabangsaan.
Kata kunci:kemahiran kepimpinan, silat, pelajar,jati diri
PENGENALAN
Kebolehan dari segi kepimpinan merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan
masyarakat yang bersatu padu. Oleh yang dernikian, kepemimpinan yang cemerlang juga
merupakan wadah bagi menguatkan perpaduan antara kaum, mengelakkan konflik dan
memangkin rakyat sesebuah negara itu bergerak mencapai matlamat yang sama di samping
mampu mempengaruhi mereka untuk menjadi warga yang baik (Mohd. Dom, 2011 dan
Ahmad, Ghazali & Hassan, 2011). Pemimpin negara hams memandang serius dalam isu
menghasilkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dengan dalam memacu
pembangunan negara (Supaat, 2012). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010juga
menggariskan pembentukan jati diri yang h a t perlu dititik beratkan dalam melahirkan
individu yang berkarisma mengikut acuan Malaysia seiring dengan kebolehan memimpin
mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Kajian oleh Lussier & Achua (2007) dan Wictor & Andersson (2012) menyatakan
bahawa sebuah negara itu dilihat berjaya, berdaya maju dan disegani adalah disebabkan oleh
pemimpinnya yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi. Menurut Robinson
(2009), seorang pemimpin yang baik boleh mempengaruhi pasukannya untuk menyertai
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
aktiviti yang dilakukan dan mampu berinteraksi dengan baik kepada ahli pasukannya bagi
menimbulkan perasaan hormat, timbang rasa dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli.
Fan (2010)mendapati bahawa seni bela diri dapat membentuk kemahiran kepimpinan
pelajar yang akhirnya boleh diaplikasikan dalam pekerjaan dan juga dalam hubungan dengan
masyarakat. Ini dikukuhkan lagi apabila Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan denganjelas
bahawa pertubuhan seni silat dapat mendidik seseorang individu itu mempunyai semangat
kepimpinan (Bernama, 2010). Lee-Barron (2011)juga berpendapat seni bela diri termasuklah
silat bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan pelajar tetapi juga dapat membentuk
kemahiran interpersonal pelajar yang merangkumipenerapan kemahiran kepimpinan.
Oleh itu, pembangunan kepimpinan di peringkat universiti adalah penting dalam
menghasilkan graduan yang berketerampilan dan mempunyai nilai tambah jati diri sebagai
memenuhi cabaran pada masa depan.
PENYATAAN MASALAH
Dalam menangani masalah kepimpinan ini, Malaysia serta kebanyakan negara Asean
menstruktur semula kepimpinan di institusi pendidikan mereka dalam menempuh persaingan
di peringkat global (Chang, Ahmad, Ibrahim, & Kho, 2012). Walau bagaimanapun, masih
terdapat ramai bekas pemimpin pelajar yang aktif dalam kokurikulum serta menyumbang
kepada universiti dan pelajar lain, tetapi tidak mendapat pekerjaan sesuai selepas menamatkan
pengajian (Bernama, 2010).
Icepincangan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar dilihat sangat signifikan
berdasarkan dapatan Tahir & Othman (2011)yang mendapati masih wujud isu kepimpinan di
universiti yang melibatkan masalah disiplin pelajar dan mencadangkan penyertaan pelajar
dalam aktiviti kokurikulum. Sungguhpun begitu, ha1 ini sukar dilaksanakan berdasarkan
dapatan Ismail, Anwar, Ahmad & Selamat (2010) iaitu ramai
pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana
ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Ahrnad Faisal, Amat &
Mohd Ishak, (2010) dalam kajiannya mendapati kebanyakan pelajar masih tidak sedar akan
kewujudannya kesan daripada penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di universiti.
Oleh itu, penyertaan dalam kokwikulum silat dilihat dapat memberi nilai tambah
kepada baltal graduan dari segi pengetahuan, peningkatan diri dan kemahiran diri (Binder,
2007). Wahab (2011) menjelaskan bahawa silat mampu membina ketahanan dalaman, jati
diri, disiplin serta sahsiah pelajar. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang masih
memandang serong pada persatuan silat kerana merasakan wujudnya unsur negatif dalam
teknik pembelajaran silat (Sinar Harian, 2010). Hal ini disokong oleh Binder (2007) yang
menjelaskan dalam kajiannya bahawa silat menyebabkan pergaduhan, perilaku agresif dan
masalah sosial yang sering menjadi perhatian media massa. Namun begitu, Champ (2004)
berpendapat bahawa pembelajaran silat gayung mampu diadaptasi dalam pelbagai bentuk
situasi.
Daripada keterangan kajian-kajian di atas, pengkaji merasakan perlunya kajian dibuat
bagi mengenalpasti sama ada terdapat penerapan dan kesedaran pelajar terhadap elemen
kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGMUTHM. Kajian ini dilihat sangat
signifkan untuk dilakukan dalam kalangan pelajar UTHM kerana kurangnya penyertaan
pelajar secara aktif dalam membangun kemahiran kepimpinan pelajar. h i juga dijelaskan oleh
Ghanie (2005) dalam temu bualnya dengan jumlatih utama PSSGMUTHM merangkap
Pemegang Amanah Gayung Negeri Johor yang menyatakan bahawa silat seni gayung bukan
sahaja mengajar ahlinya untuk bersilat malahan dapat melahirkan generasi yang sempuma
sahsiah,jati diri dan nilai mulia dalam hidup disampingmenghargai negara.
OBJEKTIFKAJIAN
Prosiding Persidangan KebangsaanPembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014
Objektif kajian adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti persepsi pelajar mengenai penerapan kemahiran kepimpinan dalam
diri mereka menerusi aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM.
ii. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan
dalam aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM.
METODOLOGI
Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes deskriptif.
Penyelidik telah memilih lokasi kajian berdasarkan kepentingan terhadap pendidikan teknik
dan vokasional. Disebabkan UTHM merupakan universiti yang menawarkan kursus tenik dan
vokasional serta aktiviti kokurikulum Silat Seni Gayung Malaysia dijalankan dengan aktif,
penyelidik telah memilih UTHM sebagai lokasi kajian. Dalam kajian ini, sampel kajian
adalah pelajar yang menyertai kokurikulum Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia UTHM.
Ahli PSSGMUTHM yang aktif adalah terdiri daripada 15 orang pelajar, seorang pensyarah
penasihat dan seorang jurulatih silat dari luar. Oleh kerana saiz sampel bagi kajian ini kecil,
maka sampel kajian dalam kajian ini ialah semua individu yang terlibat secara aktif dalam
aktiviti PSSGMUTHM. Penyelidlk menggunakan kaedah trianggulasi data dalam kajian ini.
Data kajian diperolehi dari analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
Kaedah triangulasi digunakan bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian
yang dibuat. Analisis dokumen dilakukan sepanjang kajian dijalankan dengan iaitu mulai
bulan Disember 2012 hingga Mei 2013. Penyelidik telah membuat lima kali pemerhatian
terhadap aktiviti dan program yang dijalankan oleh PSSGMUTHM selama satu jam bagi
setiap aktiviti. Temu bual pula dilakukan kepada seorang pelajar yang menyertai
PSSGMUTHM, seorang rakan karib pelajar tersebut dan seorang jurulatih PSSGMUTHM.
Soal selidik pula telah dilakukan kepada ahli PSSGMUTHM yang menghadiri latihan berkala
secara aktif.
Kumar (2004) menjelaskan bahawa instrumen kajian adalah komponen yang sangat
penting dalam menjalankan sesuatu kajian bagi mendapatkan data yang bererti (Goddard &
Melville, 2006 dan Iskandar, 2008). Instrumen yang digunakan dalam kajian kes ialah borang
analisis dokumen, set soal selidik, skrip temu bual dan borang pemerhatian. Ringkasan
metodologi kajian dijelaskan dalam Rajah 1.
DAPATAN KAJIAN
Persepsi pelajar mengenai penerapan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka
menerusi aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM
Kaedah pertama dalam menganalisis data bagi persepsi pelajar dalam penerapan kemahiran
kepimpinan menerusi PSSGMUTHM ialah dengan menganalisis dokumen berkaitan
PSSGMUTHM. Punca dokumen yang dianalisis ialah daripada profil persatuan, kertas kerja,
gambar dan video berkaitan PSSGMUTHM yang diperolehi dari fail persatuan di Pusat
Kokurikulum UTHM dan AJIC persatuan. Penyelidik mendapati wujudnya unsur penerapan
bagi setiap elemen kemahiran kepimpinan daripada data yang dianalisis. Penerapan elemen
kepimpinan jelas dibuktikan apabila kesemua perkara dalam dokumen yang dikaji
mempunyai keempat-empat elemen kemahiran kepimpinan. Salinan asal profil dan kertas
kerja PSSGMUTHM. Selain dari dokumen tersebut, dokumen lain seperti gambar dan video
sesi latihan PSSGMUTHM yang lepas juga dianalisis .Berdasarkan Penerapan elemen
pengetahuan tentang teori asas kepimpinan oleh jurulatih dikenalpasti dari gambar dan video
apabila ahli mengikut arahan denganbaik.
Bagi dapatan pemerhatian pula penyelidik mendapati kemahiran kepimpinan sangat
diterapkan bagi elemen pengetahuan tentang teori asas kepimpinan, kebolehan untuk
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pernbangunan Holistik Pelajar [NAHSDEC) 2014
memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan
dan kebolehan untuk menyelia anggota pasukan. Walaupun begitu, berdasarkan pemerhatian
yang dijalankan penyelidik mendapati elemen kemahiran kepimpinan bagi kebolehan untuk
memimpin projek adalah sangat sedikit diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan
PSSGMUTHM dari segi menyatakan objektif program. Jurulatih tidak menyatakan dengan
jelas matlamat sesuatu aktiviti tang dijalankan terutamanya semasa latihan berkala. Walau
bagaimanapun, penerapan kemahiran kepimpinan bagi elemen yang lain ada diterapkan
semasa latihan berkala. Penerapan kemahiran kepimpinan juga tidak dilihat semasa aktiviti
mesyuarat kerana mesyuarat hanya dlhadiri oleh pelajar. Sungguhpun begitu, penyelidik juga
mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan telah diterapkan semasa program Kursus
Kejurulatihan Silat di UTM. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penerapan kemahiran
kepimpinan kepada pelajar berdasarkan pemerhatian penyelidik menerusi PSSGMUTHM
adalah sangat tinggi.
Bagi mengukuhkan hasil kajian, penyelidik telah membuat temu bual separa
berstruktur kepada seorang pelajar (responden pertama), seorang jwulatih (responden kedua)
dan rakan sebilik pelajar (responden ketiga). Temu bual responden pertama dan ketiga
dilakukan di perpustakaan UTHM manakala temu bual responden ltedua dilakukan di UTM.
Sebelum temu bual dilakukan, penyelidik telah membuat temu janji dengan kesemua
responden ltajian bagi temu bual. Temu bual yang dilakukan oleh penyelidlk adalah
berdasarkan skrip temu bual yang telah dibina sebelum temu bual dijalankan. Daripada hasil
temu bual, responden pertama mengatakan bahawa jurulatih ada menerapkan kemahiran
kepimpinan melalui aktiviti persatuan. Bagi responden kedua pula, penerapan kemahiran
kepimpinan memang menjadi agenda utama seperti yang dinyatakan denganjelas dalam asas
penubuhan silat gayung itu sendiri. Responden ketiga menjelaskan bahawa sikap kepimpinan
yang dipunyai oleh responden pertama mungkin disebabkan oleh PSSGMUTHM yang
disertainya. Berikut adalah antara kenyataanmereka :
"Adaditerapkan contohnya apabila mengorganisasikansesuatu program,
kita menjadi lebih mahir dalam tutu cara kerjaprogram serta bagaimana
nak melaksanakanprogram dengan lebilz baik... " (R1,Q5).
"Kemahiranini sangat diterapkan. anda boleh lihat sendiri dalam sejarah
penubuhan Silat Gayung, semua ada. Silat memerlukan disiplin diri yang
tinggiyang perlu ada dalam seseorangpemimpin... " (R2,Q4).
" ... mungkin silatjuga membentuksikap kepimpinan dia... "(R3,Q6).
Hasil analisis temu bual yang dijalankan oleh penyelidik mendapati kesemua elemen
kemahiran kepimpinan ada diterapkan dalam PSSGWTHM.
Analisis data ini juga disokong oleh soal selidik yang dilakukan penyelidik terhadap
penerapan kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM. Daripada analisis soal selidik
tersebut didapati kebanyakan responden berpendapat penerapan kemahiran kepimpinan dalam
semua aktiviti PSSGMUTHM adalah tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan skor min
keseluruhan item bagi elemen penerapan kemahiran kepimpinan iaitu 4.17. Item yang
mendapat min tertinggi ialah item B13 dan B15 iaitu 4.33 yang menunjukkanjurulatih sangat
menerapkan sikap toleransi dan jujur dalam melaksanakan tugasan, manakala min yang
terendah ialah item B9 iaitu penerapan dari segi penyumbangan idea dalam memajukan
pasukan. Ini menunjukkan bahawa jurulatih sangat menerapkan elemen kepimpinan dalam
aktiviti PSSGMUTHM.
Secara keselwuhannya, analisis data dari setiap instrumen yang digunakan mendapati
pelajar diterapkan dengan elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGUTHM.
ii. Tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam aktiviti
kokurikulum Silat Gayung di UTHM
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014
I<aedah pertama dalam menganalisis data bagi tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya
kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM ialah dengan membuat temu bual separa
berstruktur. Penyelidik menggunakan temu bual yang sama dalam mendapatkan data
mengenai penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar iaitu responden yang terlibat
adalah responden yang sama. Daripada hasil temu bual, responden pertama mengatakan
bahawa beliau sedar berlakunya kemahiran kepimpinan melalui aktiviti persatuan. Responden
kedua pula menjelaskan elemen kemahiran kepimpinan dalam persatuan merupakan perkara
yang disedari oleh pelajar silat kerana aspek kesedaran wujud semasa mereka belajar sejarah
persilatan itu sendiri. Responden ketiga menyatakan bahawa responden pertama mungkin
menyedari adanya elemen kepimpinan dalam silat kerana beliau dapat menjalankan tugasan
yang diberikan dengan baik serta boleh mernimpin dengan baik. Berikut adalah kenyataan
mereka :
"Ya... Cikgu(Juru1atih)pun ada ajar tentang sikap hormat, adap dalam silat.
Ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran kepimpinan
pelajar... "(RI,Q9).
"Pesilat dapat sedar konsep kepimpinan jika mereka kaji sejarah silat
dengan lebih mendalam, saya raya merekajelas perkara ni..." (R2,Q5).
"Ada, dia sangat positif dalam melaksanakan tugas. Dia juga seorang yang
sangatyakin dalam mengendalikansesuatuprojek... " (R3,Q6).
Hasil analisis temu bual yang dijalankan oleh penyelidik mendapati kesemua elemen
kemahiran kepimpinan disedari oleh pelajar yang menyertai PSSGMUTHM.
Analisis data bagi kaedah temu bual disokong oleh dapatan soal selidik yang
dilakukan penyelidik iaitu tahap kesedaran responden terhadap elemen kemahiran kepimpinan
dalam semua aktiviti PSSGMUTHM adalah tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan skor min
keseluruhan item kesedaran pelajar terhadap kemahiran kepimpinan iaitu 4.07. Item yang
mendapat min tertinggi ialah item C17 dan C20 iaitu 4.27 yang menunjukkan pelajar sangat
menyedari bahawa mereka menghargai ahli persatuan yang menjalankan tugas dengan baik
dan mereka memberi komitmen kepada tugasan yang diberikan, manakala min yang terendah
ialah item C19 iaitu kesedaran dari segi sumbangan idea dalam memajukan pasukan. Ini
menunjukkan bahawa pelajar kurang sedar bahawa menyumbangkan idea dalam pasukan
menerusi aktiviti PSSGMUTHM membantu mereka meningkatkan kemahiran kepimpinan.
Secara keseluruhannya, analisis data dari setiap instrumen yang digunakan mendapati
pelajar menyedari adanya elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGUTHM.
PERBINCANGAN
i. Penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar dalam PSSGMUTHM
Hasil analisis berdasarkan dapatan kajian mendapati penerapan elemen kemahiran
kepimpinan iaitu pengetahuan tentang teori asas kepimpinan wujud dalam dokumen
PSSGMUTHM, senarai semak pemerhatian, transkrip temu bual serta analisis soal selidik.
Oleh itu, penyelidik mendapati penerapan elemen ini dalam kajian yang dilakukan adalah
tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh Amirianzadeh,Jaafari, Ghourchian, & Jowkar (2010)
yang menyatakan aspek kepimpinan perlu diterapkan dalam aktiviti kokurikulum bagi
melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa. Berikutan itu, penerapan pengetahuan
tentang teori asas kepimpinan dalam pembentukan individu yang mampu mengikut arahan
ketua adalah perlu bagi memastikan kelancaran dalam aktiviti persatuan seni bela diri
(Hamilton, 2010). Dapatan kajian ini juga adalah selari dengan dapatan Burke & Collin
(2005) dan kenyataan dari Kementerian Pengajian Tinggi (2006) iaitu teori asas kepimpinan
perlu diterapkan kepada pelajar dalam membangunkemahiran kepimpinan mereka.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014
Dapatan kajian kaedah pemerhatian didapati berbeza dengan dapatan dari analisis
dokumen, temu bual dan soal selidik iaitu elemen kemahiran kepimpinan yang kedua iaitu
elemen kebolehan memimpin projek apabila elemen ini kurang diterapkan dalam
PSSGMUTHM oleh jurulatih terutamanya dari segi menyatakan objektif program. Matlamat
sesuatu aktiviti kokurikulum adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kokurikulum
berdasarkan ltenyataan Lussier et. a1 (2007) Dalam kajian ini, jurulatih tidak menyatakan
dengan jelas matlamat sesuatu aktiviti yang dijalankan khususnya semasa latihan berkala.
Namun, penerapan kemahiran kepimpinan bagi elemen yang lain ada diterapkan semasa
latihan berkala. Penerapan kemahiran kepimpinanjuga tidak dilihat semasa aktiviti mesyuarat
kerana mesyuarat hanya dihadiri oleh pelajar. Penyelidik mendapati kesemua elemen
kemahiran kepimpinan telah diterapkan semasa program Kursus Kejurulatihan Silat di UTM.
Dapatan kajian menghampiri dapatan Mohd. Noor & Borhan (2010) iaitu penerapan
kemahiran kepimpinan dari aspek kebolehan memimpin projek adalah pada tahap sederhana.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian tidak selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh
Thompson (2012) yang menyatakan pelajar diterapkan dengan elemen teori asas kepimpinan
semasa menjalankan aktivitikokurikulum.
Dapatan kajian juga mendapati penerapan kemahiran kepimpinan dalam
menyumbangkan idea kepada pasukan kurang dilakukan oleh jurulatih. Pendedahan kepada
konsep menyumbangkan idea dalam memajukan pasukan dalam aktiviti kokurikulum adalah
sangat perlu diterapkan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar berdasarkan dapatan
kajian Abd. Razzaq, Yunos, Hashim & Sawah(2010). Abdul Sitra et al. (2005) berpendapat
pelajar perlu diterapkan dengan kebolehan menyampaikan pendapat menerusi aktiviti
kokurikum bagi membina insan yang seimbang dari aspek fizikal dan mental. Kajian oleh
Hsu (2012) mendapati dengan mendedahkan pelajar kepada kemahiran kepimpinan dalam
aktiviti kokurikulum yang disertainya, kreativiti pelajar dalam menterjemahkan idea mereka
dapat dipertingkatkan.
Seterusnya, penerapan elemen kemahiran kepimpinan dari sudut kebolehan untuk
memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan
pula didapati ada diterapkan dalam setiap data yang dianalisis oleh penyelidik. Dapatan kajian
dijelaskan oleh Robinson (2009) yang merumuskan aspek kerjasama pelajar dalam pasukan
menerusi aktiviti kokurikulum akan memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati.
Dapatan inijuga disokong oleh Wictor et. al., (2012) yang menegaskan komunikasi yang baik
dalam memahami dan mengambil peranan anggota lain perlu diterapkan oleh pengajar supaya
sesebuah aktiviti kokurilulum itu dapat mencapai visinya. Thompson (2012) mengukuhkan
kenyataan ini dengan merumuskan bahawa pelajar yang baik boleh boleh dibentuk dengan
memberi mereka ruang untuk memahami pelajar lain dalam pasukannya sebelum diberi
peluang memimpin aktiviti kokurikulum yang disertainya.
Penemuan kajian juga mendapati berlaku penerapan elemen kebolehan menyelia
anggota pasukan dalam PSSGMUTHM. Menurut Burke et al. (2005), penerapan kemahiran
kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan menggalakkan pelajar
menyertai aktiviti yang dirancang. Bertepatan dengan dapatan kajian, ha1 ini mampu memberi
peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman sendiri. Penerapan elemen kebolehan
menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM juga adalah sejajar dengan kenyataan
Fincher et. al. (2007) bahawa kemahiran kepimpinan dapat dipelajari menerusi pengalaman
dalam kokurikulum. Selain itu, penerapan kemahiran menyelia anggota pasukan juga didasari
dengan sikap pemimpin di dalam persatuan tersebut. Daripada kajian ini, penyelidik
mendapati jurulatih ada menerapkan elemen nilai murni semasa latihan berlangsung. Menurut
Robinson (2009) aspek ini mampu menjadikan seorang pelajar itu disenangi dan dihormati
dalam pasukan kokurikulum mereka.
Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati elemen kemahiran kepimpinan
sememangnya dapat diterapkan melalui aktiviti kokurikulum PSSGWTHM. Disamping itu,
terdapat juga elemen kemahiran insaniah lain yang dapat diterapkan iaitu kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi interpersonal dan kemahiran kerja
berpasukan dalam melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan berkualiti. Hal ini
membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini sangat signifikan terhadap pelajar bagi
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
membantu pelajar menempuhi alam cabaran pada masa depan. Selain ifu, kajian ini turut
signifikan terhadap jurulatih bagi membolehkan jurulatih menyampaikan matlamat dengan
jelas semasa latihan berkala dilakultan agar dapat menerapkan kemahiran kepimpinan dengan
lebih baik. Keadaan ini juga amat signifikan terhadap teori pembangunan pelajar yang
digunakan dalam kajian ini. Hal ini kerana penyelidik dapat menilai wujud atau tidak
penerapan kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum PSSGMUTHM.
Oleh itu, penyelidik merumuskan bahawa penglibatan pelajar secara langsung dalam
aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM menepati hasrat pihak KPT untuk
melahirkan modal insan yang berdaya saing diperingkat global. Selain itu juga, penyelidik
mendapati bahawa aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM mampu
menerapkan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dalarn kalangan pelajar
IPT di Malaysia dengan jayanya. Usaha ini seiring dengan misi dan visi negara ke arah
pembangunan pelajar berkepimpinan dalarn era globalisasi masa kini agar setanding dengan
luar negara.
ii. Kesedaran pelajar terhadap kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM
Hasil analisis berdasarkan dapatan kajian mendapati kesedaran pelajar terhadap elemen
kemahiran kepimpinan iaitu pengetahuan tentang teori asas kepirnpinan mempunyai
hubungan yang signifikan dengan analisis transkrip temu bual serta analisis soal selidik.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan dapatan kajian oleh Ibrahim, Mastor, Mohd Salleh &
Sulaiman (2010) yang menyatakan bahawa aktiviti kokurlkulum memberi kesedaran kepada
pelajar dalam meningkatkan kebolehan mereka mencapai matlamat pasukan. Supaat (2012)
pula menyatakan kurangnya kesedaran mengenai asas kepimpinan dalam kokurikulum boleh
menyebabkan kesukaran pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Narnun, dapatan
kajian ini didapati berbeza dengan dapatan oleh Mohd. Noor et. a1 (2010) iaitu pelajar kurang
sedar mengenai pengetahuan tentang teori asas kepimpinan kerana rnereka lebih selesa
menjadi pengikut berbanding ketua dalam aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka.
Seterusnya, analisis dapatan kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran
kepimpinan yang kedua iaitu kebolehan memimpin projek dalam PSSGMUTHM juga
disedari oleh pelajar yang menyertai PSSGMUTHM. Dapatan ini adalah selaras kajian yang
dibuat oleh Shuriye (2011) yang menyatakan pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum
maklum bahawa mereka memperolehi nilai tambah kemahiran kepimpinan melalui aktiviti
kokurikulum yang disertai oleh mereka. Selain itu, kajian ini juga selari dengan dapatan
Ismail et. al. (2010) iaitu seorang pemimpin pelajar faham bahawa sikap tolak ansur dengan
keadaan-keadaan tertentu perlu dalam membuat keputusan semasa memimpin sesuatu projek
dalam aktiviti kokurikulum.
Dalam kajian ini, dapatan kajian mengenai kesedaran pelajar terhadap elemen
kemahiran kepimpinan dari sudut kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan
bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan juga adalah tinggi. Dapatan kajian
adalah selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Guimba et al. (2011) iaitu pelajar
faham bahawa aktiviti kokurikulum memberi impak positif dalam meningkatkan kebolehan
sikap tanggung jawab mereka kepada suatu tugasan yang diberikan kepada mereka. Fan
(2010) pula menegaskan bahawa dari aspek seni bela diri, sifat tanggung jawab itu
diterjemahkan melalui sikap prihatin, kerjasama dan tanggungjawab pelajar dalam
melindungi ahli kumpulan semasa sesuatu aktiviti atau program dijalankan.
Berdasarkan analisis dapatan kajian, kemahiran kepimpinan menerusi elemen
kebolehan menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM juga didapati disedari oleh
pelajar. Dapatan kajian ini menyemai dapatan kajian Arnirianzadeh et. al. (2010) bahawa
pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum dapat mengorganisasi pasukannya dengan lebih
baik berbanding pelajar yang tidak menyertainya. Selain itu, Fincher & Shalka (2009) juga
mendapati aktiviti kokurikulum telah menyedarkan pelajar tentang kemahiran kepimpinan
dari aspek mengawal selia rakan pelajar yang lain semasa aktiviti tersebut berlangsung.
Dapatan kajian Mohd Isa (2012) juga merumuskan bahawa pelajar faham dengan memberi
maklum balas kepada pemimpin dalam aktiviti kokurikulum, kemahiran kepimpinan mereka
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
dapat diketengahkan. Hal ini bertepatan dengan kajian yang telah dibuat oleh Fan (2010)
berkaitan seni bela diri iaitu peningkatan kesedaran dari aspek kepimpinan dikenal pasti
berlaku menerusi maklurn balas dari ahli pasukan.
Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati pelajar sememangnya menyedari
elemen kemahiran kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum PSSGMUTHM. Hal ini
membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini sangat signifikan terhadap pelajar dalam
memberi kesedaran tentang kepentingan kemahiran kepimpinan sebagai landasan untuk
menjadi pemimpin yang dihormati kelak. Selain itu, kajian ini turut signifikan terhadap
jurulatih bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kemahiran kepimpinan.
Malahan, kajian ini amat signifikan dengan Teori Vektor Pembangunan Individu Chikering
(1993) iaitu aspek kesedaran terhadap kemahiran kepimpinan dapat memotivasikan diri
pelajar.
Oleh itu, berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan penyelidik penyelidik
merumuskan bahawa pelajar PSSGMUTHM menyedari elemen-elemen kemahiran
kepimpinan wujud dalam kehidupan seharian mereka. Penglibatan pelajar secara langsung
dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM menunjukkan kesedaran
terhadap kemahiran kepimpinan. Hal ini menepati hasrat pihak KPT untuk melahirkan pelajar
IPT di Malaysia yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah khususnya kemahiran
kepimpinan secara holistik.
CADANGAN
Berikutan perbincangan dan rumusan yang dibuat, penyelidik ingin mengemukakan beberapa
cadangan dan saranan kepada pihak yang berkepentingan dalam kajian ini khususnya kepada
PSSGMUTHM, HEP UTHM serta para penyelidik lain terutamanya kepada individu yang
membuat kajian berkaitan kemahiran kepimpinan. Cadangannya adalah seperti berikut:
1. Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik mendapati masih terdapat kekangan bagi
jurulatih untuk menerapkan kemahiran kepimpinan secara maksimum kepada pelajar yang
menyertai PSGMUTHM kerana jadual pelajar yang bertindan dengan waktu latihan
menyebabkan hanya pelajar yang mempunyai kelapangan sahaja dapat menghadiri latihan
asas dan program yang dianjurkan oleh PSSGMUTHM. Oleh itu, penyelidik mencadangkan
agar pihak PSSGMUTHM mendapatkan kebenaran daripada HEP memberi peluang kepada
pelajar dalam kalangan ahli PSSGMUTHM sendiri menjadi tenaga pengajar supaya sesi
latihan dan program persatuan dapat dilaksanakan dengan lebih fleksibel. Di samping
membantu persatuan mengatasi masalah kehadiran pelajar, tahap penguasaan kemahiran
kepimpinan pelajar juga dapat ditingkatkan ke aras maksimum kerana pelajar dapat
mengembangkan potensi, meningkatkan keyakinan serta berpeluang merasai situasi
kepimpinan sebenar. Hal ini perlu disertakan dengan pengawasan berkala secara minimum
dari pihak penasihat PSSGMUTHM dan HEP. Selain itu, pelajar akan lebih bermotivasi
untuk menghadiri setiap aktiviti persatuan kerana peluang menjadi pemimpin merupakan nilai
tambah yang bermakna kepada diri pelajar.
ii. Penyelidik mencadangkan pihak PSSGMUTHM melaksanakan program
pengantarabangsaan. Program pengantarabangsaan ini boleh dibuat melaluijalinan kerjasama
di antara PSSGUTHM dengan institut pengajian tinggi di luar negara dalam bentuk lawatan
penanda aras, pertukaran pelajar, kolaborasi aktiviti kesenian, perkongsian ilmu dan
pengalaman kepimpinan. Melalui program seumpama ini, pelajar-pelajar dapat meningkatkan
kemahiran kepimpinan dari aspek interaksi sosial secara global. Kejayaan program ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar di dalam memimpin dan
mengkoordinasi organisasi dengan lebih baik.
iii. Bagi melaksanakan cadangan di atas, PSSGMUTHM memerlukan dana yang besar.
Walaupun pihak HEP dan UTHM memberi peruntukan yang sewajarnya kepada
PSSGMUTHM, pihak PSSGMUTHM menerusi HEP dan Kementerian Pendidikan
dicadangkan membuat kolaborasi bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia (MOTOUR) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai satu usaha yang
mampu memberi kelebihan dari aspek peruntukan kewangan kepada PSSGMUTHM untuk
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunon Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
mempelbagaikan program dan aktiviti. Kerjasama bersama MOTOUR membolehkan
PSSGMUTHM mendapatkan dana tambahan di bawah Program Pelancongan Sukan
manaltala KBS berperanan mempromosikan silat gayung kepada pelajar dan pihak lux.
Kerjasama seperti ini membolehkan PSSGMUTHM dilihat sebagai sebuah organisasi yang
utuh seterusnya menarik minat lebih ramai pelajar untuk mengenali dan menyertai persatuan.
Penyertaan yang tinggi di dalam organisasi ini membolehkan lebih ramai pemimpin dalam
kalangan pelajar dapat dihasilkan.
iv. Akhirnya, penyelidik mencadangkan kajian lanjutan yang boleh digunakan bagi
mengukuhkan lagi penyelidikan kajian ini di samping mampu mendapatkan hasil kajian yang
lebih baik dan dapat dikembangkan kepada umum. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan
memperluaskan lagi skop dan sampel kajian selain dari aspek dan elemen dalam kajian ini
contohnya seperti elemen komunikasi, motivasi, dan pengumsan. Penyelidik akan datang
boleh mengambil sampel kajian dari persatuan silat yang lain atau menambahkan lagi jumlah
sampel kajian.
Berdasarkan cadangan yang dikemukakan, penyelidik yakin penerapan, kesedaran
dan penguasaan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum PSSGMUTHM dapat
dipertingkatkan jika pihak yang berkepentingan dalam kajian ini iaitu PSSGMUTHM, HEP
UTHM dan KPT melaksanakan cadangan yang dikemukakan.
Abd. Razzaq, A. R., Md. Yunos, J., Hashim, J. & Sawah, N. (2010). Penerapan dan
Penguasaan Kemahiran Generik dalam Proses P&P bagi Program Pengurusan Hotel
dan Katering di Politeknik ke Arah Keperluan Industri.. Kemahiran Insaniah :Kajian
di Institusi-Institusi Pengajian.. Dlm. Esa, A. & Mustafa, M. Z.. Batu Pahat :
Unversiti Tun Hussien Onn. ms. 153-182.
Abdul Sitra, A. R. & Sasidhar, B. (2005). Teachers' Perception On The Effectiveness Of
Co-Curricular Activities: A Case Study Of Malaysian Schools. UnitarE- Journal
](I), ms. 32-44. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://mvais.fsktm.um.edu.mv.
Ahmad Faisal, R., Amat, S. & Ishak, N. (2010). Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat
Masyarakat dan Pembangunan Kesejahteraan Sosial dalam Kalangan Pelajar Tahun
Satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar. 13(3),ms. 37-56.
Di capai pada 30 Disember 2012 dari httv://www.ukm.rnv/~a~/.
Ahmad, J., Ghazali, M & Hassan, A. (2011).The Relationship Between Self Concept
And Response Towards Student's Academic Achievement Among Students
Universiti Putra Malaysia. International Journal of Instruction 4(2),23-38. Dicapai
pada Mei 26,2012 dari httv://www.e-iii.net/dosvalar.
Amirianzadeh, P. J., Jaafari, P., Ghourchian, N. & Jowkar, B. (2010). College Student
Leadership CompetenciesDevelopment :A Model. International Journal for
Cross-Disciplinary Subjects in Education (IJCDSE), 1(3), ms. 168-172. Dicapai
pada Mei 26, 2012 dari http://infonomics-societv.org.
Bernama (2010, Disember 30). Cari Punca Pemimpin Pelajar Gaga1Dapat Kerja Sesuai.
Harian Metro. Dicapai pada Mei 26,20 12 dari http://www.hmetro.com.mv/.
Bernama (2010, November 20). Pertubuhan Silat Harus Main Peranan Penyumbang
Modal Insan. mStar. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://www.mstar.com.my/.
Binder, B. (2007). Psycosocial Benefits of the Martial Arts : Myth or Reality?
International Ryuku Karate Research Society's Journal, 1(1), 23-28. Dicapai
pada Mei 26, 2012 dari http://ftp.vwv.att.net/.
Burke, V. & Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership development
programmes: A framework for analysingthe learning and transfer of leadership
skills. Management Decision. 43(7/8), ms. 975-987. Dicapai pada Mei 26,
2012 dari htt~://dx.doi.org;/lO.1108/00251740510609974.
Champ, J. (2004). Malaysia's Martial Arts Treasure. Inside Kung Fu. ms. 46-50.
Chang, P. K., Ahmad, F., Ibrahim, F. & Kho, S. N. (2012). Correlating Graduate
Marketability Dimensions with the Measurements of University-Student
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
Relationship.Asian Social Science Journal. 8(6), Dicapai pada Mei 26,2012 dari
www.ccsenet.ordass.
Fan, M. (2010).Systema and LeadershipOne Tool to Enhance Foundational Leadership
Competencies.The Engineering Leadership Review, ](I), ms. 45- 56. Dicapai
pada Mei 26,2012dari http://lot.utoronto.ca.
Fincher, J. & Shalka, T. R. (2009).Co-curricularLeadership Education : ConsideringCritical
Questions.Journal of Leadership Education, 8(1),ms. 228-237.Dicapai pada Mei
26,2012dari http://www.leadershipeducators.org
Ghanie, A. (2005).Tokoh : Cikgu Mat Noor Genggam Falsafah & Arnanah. Seni Beladiri
Unity ThroughMartial Arts. ms. 4-11.
Goddard, W. & Melville, S. (2007)Research Methodology :An Introduction. Lansdowne
: Juta & Company Ltd.
Guimba, W., Hashim, C. N., Hussien, S., Razikin, M. & Esteban, I. (2011). Leadership
Experiencesof UndergraduateMuslim Student Leaders : An Exploratory Case
Study.European Journal of Social Sciences, 20(1), ms. 112-122.Dicapai pada Mei
26,2012dari http://www.eurojournals.comtEJSS.
Hamilton, M (2010).The Interaction of Transactionaland Transformational Leadership,
Online Journal of Education and Development 3(3), ms. 1-11. Dicapai pada Mei
26,2012dari htte://o~ensiuc.lib.siu.edu/oiwed/vol3/iss3/4/
Hsu, T. C. (2011). Enhancing College Students' Global Awareness Through Campus
Toastmasters Clubs. International Journal of Research Studies in Education,
I(]),ms. 21-34.Dicapai pada Mei 26,2012dari http://www.consortiac ademia.ord.
Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd. Salleh, K. M. & Sulaiman, N. L. (2010). Kemahiran
Berpasukan Menerusi Penyertaan di Dalam Kokurikulum Universiti Tun Hussien
Onn. Kemahiran lnsaniah :Kajian di Institusi-Institusi Pengajian. Dlm. Esa, A. &
Mustafa,M. 2..Batu Pahat :Unversiti Tun Hussien Onn. ms. 45-72.
Iskandar, M. P. (2008).Metodologi Penelitian Pendidikan dun Sosial (Kuantitatif dun
Kualitatfl. Jakarta : GaungPersada Press.
Ismail, K., Anwar, K., Ahrnad, S. & Selamat, J. (2010).Profil PersonalitiBakal Calon Majlis
Perwakilan Pelajar UKM: Suatu Perbandingan Antara Lelaki dan Wanita. Jurnal
Personalia Pelajar. 13(3), ms. 37-56.Di capai pada 30 Disember 2012 dari
http://www.ukm.mv/pap/.
Kementerian PelajaranMalaysia (2006).Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
putrajayae:~ementeiian~elajaranMalaysia.
-
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul Pembangunan Kemahiran
insaniah (Soft skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang :
Universiti Putra Malaysia.
Kumar, R. (2005). ~esearchMethodology : A Step-By-Step Guide For Beginners.
London : SAGEPublication Ltd.
Lee-Barron, J. R. (2011). Martial Arts Training as a Method of Modifying Attitudes and
Behaviors in The Clasroom. International Journal of CombatMartial Arts and
Sciences ICMAUA. 11(I), ms. 17-22.Di capai pada 1 Disember 2012 melalui
http://www.icmaua.com/JoumPDFRO11ICMAUAJournal.pdf.
Lussier, R. N. & Achua, C. F. (2007). Leadership : Theory, application and skill
development. 3rd.ed. New York : Southwestern Thomson.
Mohd. Dom, A. (2011, Januari 4). Pentingnya Pemimpin dan Kepimpinan. Utusan
Malaysia. Dicapai pada Mei 26,2012dari http://www.utusm.com.mv/utusm.
Mohd Isa, M. R. (2012), Cara-cara Bagi Meningkatkan Keberkesanan Kepimpinan
Organisasi. Lading Emas. Dicapai pada Mei 2013 dari http://ladinaemas.
wordpress.com.
Mohd. Noor, N. & Borhan, N. (2010). Penerapan Kemahiran Generik dalam
Kokurikulum di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan, UTM Skudai :Universiti Teknologi Malaysia.
Pardey, D. (2007). Introducing Leadership, Butterworth : Heinemann Ltd Business
&amp; Eco.
Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014
Robinson, L. J. (2009). The Importance Of Leadership And Group Facilitation In
Learning Communities.Mcmaster School For Advancing Humanity Journal. ms
89-93. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://www.defiance.edulmedia/
McMaster Journal 2009.
Shuriye, A. 0 . (2011). The Role of Credited Co-Curricular Programmnes on The
Internationalization and Infusing Values Into Student's Personality :The IIUM
Model. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy
Studies, 2(2), ms. 100-107. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari
http://jeteraps.scholarlinkresearch.or~/articles.
Sinar Harian (2010). Pesaka Tangkis TanggapanNegatiJ:Dicapai pada November 26,
2012 dari http://pesakaraub.wordvress.com.
Supaat, Z. (2008, Disember 26). Menanti Kilauan Emas Pertama. Kosmo! Dicapai
pada Mei 26, 2012 dari http://www.kosmo.com.m~/.
Tahir, L. M. & Othrnan, 0 . (2011). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada
Pelajar Tingkatan Empat Di SekolahMenengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi.
Journal of Science Social, 4(1), ms. 51-63.Dicapai pada Mei 26, 2012 dari
ht~://proeduiournal.com.
Thompson, M. D. (2012). Student Leadership Development and Orientaion : Contributing
Resources within the Liberal Art. American Journal of Educational Research, ](I),
ms. 1-5.Dicapai pada Mac 2013 dari http://vubs.sciepub.com/education.
Wictor, I. & Andersson, S. (2012). The Importance of Leadership and Vision in Born
Globals. Business and Management Research., 22(1), ms. 13-25. Dicapai
pada Mei 26,2012 dari http://dx.doi.ordl0.5430/bmr.vlnlpl3.
Rajah 1:Metodologi
Langkah 1 :Mengenal pasti masalah dan membina objektif
P
la :menyatakan isu
kajian
+ 1b : membina
ob-jektif persoalan kajian
Langkah 2 :mengumpul data
2a :analisis dokumen
1 1 1
Langkah 3 :Analisis data
r - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
I
: 3b :Analisis Kuantitatif
I
------------- _ - - - _ - - _ - - _ ,
4
Langkah 4 :membuat perbincangan dan menyatakan kesan kajian
2b :pemerhatian dan
temu bual
2c : membuat soal
selidik

More Related Content

What's hot

Manajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahManajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
Nuruddin Arranirri
 
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baruTugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
smugilah
 
Ejournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria ungin
Ejournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria unginEjournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria ungin
Ejournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria ungin
AGUS SETIYONO
 
Cth desertasi
Cth desertasiCth desertasi
Cth desertasi
Lea Dagol
 
Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_
Mahni Ma'arof
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Nurdin Aminudin
 
Upaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikanUpaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikan
Mastudiar Daryus
 

What's hot (19)

Manajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolahManajemen%20 berbasis%20sekolah
Manajemen%20 berbasis%20sekolah
 
4. jilid 3 bil 1 jun 2011
4. jilid 3 bil 1 jun 20114. jilid 3 bil 1 jun 2011
4. jilid 3 bil 1 jun 2011
 
Efektivitas bimbingan kelompok islami untuk meningkatkan aspirasi karir mahas...
Efektivitas bimbingan kelompok islami untuk meningkatkan aspirasi karir mahas...Efektivitas bimbingan kelompok islami untuk meningkatkan aspirasi karir mahas...
Efektivitas bimbingan kelompok islami untuk meningkatkan aspirasi karir mahas...
 
Resensi buku manajemen mutu pendidikan islam Deden Makbuloh-Agus Mukhandar
Resensi buku manajemen mutu pendidikan islam Deden Makbuloh-Agus MukhandarResensi buku manajemen mutu pendidikan islam Deden Makbuloh-Agus Mukhandar
Resensi buku manajemen mutu pendidikan islam Deden Makbuloh-Agus Mukhandar
 
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baruTugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
 
Ejournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria ungin
Ejournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria unginEjournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria ungin
Ejournal 1 studi tentang kualitas tenaga pengajar_maria ungin
 
Resensi buku
Resensi bukuResensi buku
Resensi buku
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-siti azkiyah
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-siti azkiyahManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-siti azkiyah
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-siti azkiyah
 
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-istuti
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-istutiManajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-istuti
Manajemen pendidikan-islam deden-makbuloh-istuti
 
Cth desertasi
Cth desertasiCth desertasi
Cth desertasi
 
Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_
 
Kepemimpinan dan komponen mbs
Kepemimpinan dan komponen mbsKepemimpinan dan komponen mbs
Kepemimpinan dan komponen mbs
 
Prof. maisah, m.pd.i 1.zarkoni 2. muhammad toyib riview jurnal managemen peru...
Prof. maisah, m.pd.i 1.zarkoni 2. muhammad toyib riview jurnal managemen peru...Prof. maisah, m.pd.i 1.zarkoni 2. muhammad toyib riview jurnal managemen peru...
Prof. maisah, m.pd.i 1.zarkoni 2. muhammad toyib riview jurnal managemen peru...
 
Manajemen pendidikan-islam.dedenmakbuloh
Manajemen pendidikan-islam.dedenmakbulohManajemen pendidikan-islam.dedenmakbuloh
Manajemen pendidikan-islam.dedenmakbuloh
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulum
 
Upaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikanUpaya peningkatan mutu pendidikan
Upaya peningkatan mutu pendidikan
 
Pemikiran-pemikiran Baru dalam Manajemen Kelas
Pemikiran-pemikiran Baru dalam Manajemen KelasPemikiran-pemikiran Baru dalam Manajemen Kelas
Pemikiran-pemikiran Baru dalam Manajemen Kelas
 
Optimalisasi Fungsi Manajemen Pembimbing Akademik Bagi Sukses Studi Mahasiswa...
Optimalisasi Fungsi Manajemen Pembimbing Akademik Bagi Sukses Studi Mahasiswa...Optimalisasi Fungsi Manajemen Pembimbing Akademik Bagi Sukses Studi Mahasiswa...
Optimalisasi Fungsi Manajemen Pembimbing Akademik Bagi Sukses Studi Mahasiswa...
 

Viewers also liked

Certificate iv in frontline management ohs issues and how to properly addres...
Certificate iv in frontline management  ohs issues and how to properly addres...Certificate iv in frontline management  ohs issues and how to properly addres...
Certificate iv in frontline management ohs issues and how to properly addres...
AustralianTrainingReviews
 
Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...
Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...
Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...
AustralianTrainingReviews
 
Microsoft-Certificate_2
Microsoft-Certificate_2Microsoft-Certificate_2
Microsoft-Certificate_2
Zeeshan Fazal
 
Cfv presentation degreesusannah
Cfv presentation degreesusannahCfv presentation degreesusannah
Cfv presentation degreesusannah
Sooz Hynes
 

Viewers also liked (17)

Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Peng...
 
Certificate iv in frontline management ohs issues and how to properly addres...
Certificate iv in frontline management  ohs issues and how to properly addres...Certificate iv in frontline management  ohs issues and how to properly addres...
Certificate iv in frontline management ohs issues and how to properly addres...
 
Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...
Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...
Certificate iv in frontline management – legal requirements, regulatory requi...
 
Microsoft-Certificate_2
Microsoft-Certificate_2Microsoft-Certificate_2
Microsoft-Certificate_2
 
Annabelle
AnnabelleAnnabelle
Annabelle
 
رياضيات الصف الرابع : المليارات
رياضيات الصف الرابع : المليارات رياضيات الصف الرابع : المليارات
رياضيات الصف الرابع : المليارات
 
Keeble steel presentation
Keeble  steel presentationKeeble  steel presentation
Keeble steel presentation
 
Fsn15oldfans
Fsn15oldfansFsn15oldfans
Fsn15oldfans
 
Parcial de didáctica 3
Parcial de didáctica 3Parcial de didáctica 3
Parcial de didáctica 3
 
Dsk bi sk tahun 3
Dsk bi sk tahun 3Dsk bi sk tahun 3
Dsk bi sk tahun 3
 
SAP FORUM Espedia presentazione_i2p_4.3.
SAP FORUM Espedia presentazione_i2p_4.3.SAP FORUM Espedia presentazione_i2p_4.3.
SAP FORUM Espedia presentazione_i2p_4.3.
 
Presentación1
Presentación1Presentación1
Presentación1
 
Cfv presentation degreesusannah
Cfv presentation degreesusannahCfv presentation degreesusannah
Cfv presentation degreesusannah
 
It’s time to renovate your home but how?
It’s time to renovate your home but how? It’s time to renovate your home but how?
It’s time to renovate your home but how?
 
Alessandra Lupinacci - Web Reputation - Digital for Job
Alessandra Lupinacci - Web Reputation - Digital for JobAlessandra Lupinacci - Web Reputation - Digital for Job
Alessandra Lupinacci - Web Reputation - Digital for Job
 
Fsn ethics panel
Fsn ethics panelFsn ethics panel
Fsn ethics panel
 
Контент-маркетинг как стабильный канал продаж в кризис
Контент-маркетинг как стабильный канал продаж в кризис Контент-маркетинг как стабильный канал продаж в кризис
Контент-маркетинг как стабильный канал продаж в кризис
 

Similar to Penerapan dan kesedaran_kemahiran_kepimpinan

Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Alex King
 
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factorPengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Nur Arifaizal Basri
 
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesanProceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
ZAMILAH EKHWAN
 

Similar to Penerapan dan kesedaran_kemahiran_kepimpinan (20)

Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
Kemahiran insaniah dan kepentingan penerapannya dalam program baktisiswa perd...
 
PISA
PISAPISA
PISA
 
Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)
 
Slide pisa
Slide pisaSlide pisa
Slide pisa
 
Isu Berkaitan Dengan PISA
Isu Berkaitan Dengan PISAIsu Berkaitan Dengan PISA
Isu Berkaitan Dengan PISA
 
Slide pisa
Slide pisaSlide pisa
Slide pisa
 
Kumpulan 4 Isu Berkaitan dengan PISA
Kumpulan 4   Isu Berkaitan dengan PISAKumpulan 4   Isu Berkaitan dengan PISA
Kumpulan 4 Isu Berkaitan dengan PISA
 
Development issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntriesDevelopment issue di developing cuntries
Development issue di developing cuntries
 
Journal
JournalJournal
Journal
 
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
2987-Article Text-12025-2-10-20200108.pdf
 
MAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docx
MAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docxMAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docx
MAKALAH PEMBELAJARAN BERBASIS RISET..docx
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
Heylen Amildha Yanuarita, Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Dosen U...
Heylen Amildha Yanuarita, Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Dosen U...Heylen Amildha Yanuarita, Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Dosen U...
Heylen Amildha Yanuarita, Pengaruh Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Dosen U...
 
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factorPengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
Pengembangan Buku Panduan Bimbingan Karier Berdasarkan Teori Trait and factor
 
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMMINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
MINAT & MOTIVASI MURID TERHADAP PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Artikel Psikologi Olahraga ( Ari Armadi Pranajaya-22087006).docx
Artikel Psikologi Olahraga ( Ari Armadi Pranajaya-22087006).docxArtikel Psikologi Olahraga ( Ari Armadi Pranajaya-22087006).docx
Artikel Psikologi Olahraga ( Ari Armadi Pranajaya-22087006).docx
 
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
Jurnal Penelitian Minat Berwirausaha Mahasiswa Administrasi Polban angkatan 2...
 
Artikel Pembiayaan Pendidikan Kelompok 11 (Sudarsih dkk).docx
Artikel Pembiayaan Pendidikan Kelompok 11 (Sudarsih dkk).docxArtikel Pembiayaan Pendidikan Kelompok 11 (Sudarsih dkk).docx
Artikel Pembiayaan Pendidikan Kelompok 11 (Sudarsih dkk).docx
 
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesanProceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
 
Bil1 2 artikel3
Bil1 2 artikel3Bil1 2 artikel3
Bil1 2 artikel3
 

Recently uploaded

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
 

Recently uploaded (20)

Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 

Penerapan dan kesedaran_kemahiran_kepimpinan

  • 1. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014 Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM Ahmad bin Esa Kamarudin bin Khalid Sarebah binti Warman Pusat Kokurikulurn Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Email: ahmad@uthm.edu.my Aida Ilyani Binti Ali Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia ABSTRAK Kemahiran kepimpinan merupakan elemen penting dalam sesebuah organisasi terutama bagi mencapai matlamat organisasi itu. Namun begitu, pembentukan jati diri berlandaskan budaya bangsa kurang diberi perhatian oleh pelajar dalam membangun kemahiran kepimpinan mereka. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti wujudnya pembangunan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi kegiatan kokurikulum Silat Seni Gayung Malaysia Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (PSSGMUTHM). Seramai 15 orang pelajar dan seorang jurulatih PSSGMUTHM terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kes dengan mengaplikasikan kaedah analisis data secara triangulasi berasaskan Model Teori Pembangunan Chickering. Data kajian diperolehi daripada analisis dokumen PSSGMUTHM, pemerhatian, temu bual dan borang soal selidik. Dapatan diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Versi 19.0 untuk mendapat nilai frekuensi, peratus dan juga skor min. Dapatan kajian mendapati pelajar yang menyertai PSSGMUTHM telah diterapkan dengan kemahiran kepimpinan seterusnya sedar dan menguasai kemahiran ini. PSSGMUTHM disyorkan agar dapat mempelbagaikan lagi aktiviti dan program dalam persatuan seperti mengadakan program pengantarabangsaan. Kata kunci:kemahiran kepimpinan, silat, pelajar,jati diri PENGENALAN Kebolehan dari segi kepimpinan merupakan salah satu aspek penting dalam pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Oleh yang dernikian, kepemimpinan yang cemerlang juga merupakan wadah bagi menguatkan perpaduan antara kaum, mengelakkan konflik dan memangkin rakyat sesebuah negara itu bergerak mencapai matlamat yang sama di samping mampu mempengaruhi mereka untuk menjadi warga yang baik (Mohd. Dom, 2011 dan Ahmad, Ghazali & Hassan, 2011). Pemimpin negara hams memandang serius dalam isu menghasilkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi dengan dalam memacu pembangunan negara (Supaat, 2012). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010juga menggariskan pembentukan jati diri yang h a t perlu dititik beratkan dalam melahirkan individu yang berkarisma mengikut acuan Malaysia seiring dengan kebolehan memimpin mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Kajian oleh Lussier & Achua (2007) dan Wictor & Andersson (2012) menyatakan bahawa sebuah negara itu dilihat berjaya, berdaya maju dan disegani adalah disebabkan oleh pemimpinnya yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi. Menurut Robinson (2009), seorang pemimpin yang baik boleh mempengaruhi pasukannya untuk menyertai
  • 2. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014 aktiviti yang dilakukan dan mampu berinteraksi dengan baik kepada ahli pasukannya bagi menimbulkan perasaan hormat, timbang rasa dan semangat kerjasama dalam kalangan ahli. Fan (2010)mendapati bahawa seni bela diri dapat membentuk kemahiran kepimpinan pelajar yang akhirnya boleh diaplikasikan dalam pekerjaan dan juga dalam hubungan dengan masyarakat. Ini dikukuhkan lagi apabila Menteri Pelajaran Malaysia menyatakan denganjelas bahawa pertubuhan seni silat dapat mendidik seseorang individu itu mempunyai semangat kepimpinan (Bernama, 2010). Lee-Barron (2011)juga berpendapat seni bela diri termasuklah silat bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kecergasan pelajar tetapi juga dapat membentuk kemahiran interpersonal pelajar yang merangkumipenerapan kemahiran kepimpinan. Oleh itu, pembangunan kepimpinan di peringkat universiti adalah penting dalam menghasilkan graduan yang berketerampilan dan mempunyai nilai tambah jati diri sebagai memenuhi cabaran pada masa depan. PENYATAAN MASALAH Dalam menangani masalah kepimpinan ini, Malaysia serta kebanyakan negara Asean menstruktur semula kepimpinan di institusi pendidikan mereka dalam menempuh persaingan di peringkat global (Chang, Ahmad, Ibrahim, & Kho, 2012). Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai bekas pemimpin pelajar yang aktif dalam kokurikulum serta menyumbang kepada universiti dan pelajar lain, tetapi tidak mendapat pekerjaan sesuai selepas menamatkan pengajian (Bernama, 2010). Icepincangan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar dilihat sangat signifikan berdasarkan dapatan Tahir & Othman (2011)yang mendapati masih wujud isu kepimpinan di universiti yang melibatkan masalah disiplin pelajar dan mencadangkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Sungguhpun begitu, ha1 ini sukar dilaksanakan berdasarkan dapatan Ismail, Anwar, Ahmad & Selamat (2010) iaitu ramai pelajar beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Ahrnad Faisal, Amat & Mohd Ishak, (2010) dalam kajiannya mendapati kebanyakan pelajar masih tidak sedar akan kewujudannya kesan daripada penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum di universiti. Oleh itu, penyertaan dalam kokwikulum silat dilihat dapat memberi nilai tambah kepada baltal graduan dari segi pengetahuan, peningkatan diri dan kemahiran diri (Binder, 2007). Wahab (2011) menjelaskan bahawa silat mampu membina ketahanan dalaman, jati diri, disiplin serta sahsiah pelajar. Namun, terdapat segelintir masyarakat yang masih memandang serong pada persatuan silat kerana merasakan wujudnya unsur negatif dalam teknik pembelajaran silat (Sinar Harian, 2010). Hal ini disokong oleh Binder (2007) yang menjelaskan dalam kajiannya bahawa silat menyebabkan pergaduhan, perilaku agresif dan masalah sosial yang sering menjadi perhatian media massa. Namun begitu, Champ (2004) berpendapat bahawa pembelajaran silat gayung mampu diadaptasi dalam pelbagai bentuk situasi. Daripada keterangan kajian-kajian di atas, pengkaji merasakan perlunya kajian dibuat bagi mengenalpasti sama ada terdapat penerapan dan kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGMUTHM. Kajian ini dilihat sangat signifkan untuk dilakukan dalam kalangan pelajar UTHM kerana kurangnya penyertaan pelajar secara aktif dalam membangun kemahiran kepimpinan pelajar. h i juga dijelaskan oleh Ghanie (2005) dalam temu bualnya dengan jumlatih utama PSSGMUTHM merangkap Pemegang Amanah Gayung Negeri Johor yang menyatakan bahawa silat seni gayung bukan sahaja mengajar ahlinya untuk bersilat malahan dapat melahirkan generasi yang sempuma sahsiah,jati diri dan nilai mulia dalam hidup disampingmenghargai negara. OBJEKTIFKAJIAN
  • 3. Prosiding Persidangan KebangsaanPembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014 Objektif kajian adalah seperti berikut: 1. Mengenal pasti persepsi pelajar mengenai penerapan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka menerusi aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM. ii. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM. METODOLOGI Reka bentuk penyelidikan yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kes deskriptif. Penyelidik telah memilih lokasi kajian berdasarkan kepentingan terhadap pendidikan teknik dan vokasional. Disebabkan UTHM merupakan universiti yang menawarkan kursus tenik dan vokasional serta aktiviti kokurikulum Silat Seni Gayung Malaysia dijalankan dengan aktif, penyelidik telah memilih UTHM sebagai lokasi kajian. Dalam kajian ini, sampel kajian adalah pelajar yang menyertai kokurikulum Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia UTHM. Ahli PSSGMUTHM yang aktif adalah terdiri daripada 15 orang pelajar, seorang pensyarah penasihat dan seorang jurulatih silat dari luar. Oleh kerana saiz sampel bagi kajian ini kecil, maka sampel kajian dalam kajian ini ialah semua individu yang terlibat secara aktif dalam aktiviti PSSGMUTHM. Penyelidlk menggunakan kaedah trianggulasi data dalam kajian ini. Data kajian diperolehi dari analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan soal selidik. Kaedah triangulasi digunakan bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan hasil kajian yang dibuat. Analisis dokumen dilakukan sepanjang kajian dijalankan dengan iaitu mulai bulan Disember 2012 hingga Mei 2013. Penyelidik telah membuat lima kali pemerhatian terhadap aktiviti dan program yang dijalankan oleh PSSGMUTHM selama satu jam bagi setiap aktiviti. Temu bual pula dilakukan kepada seorang pelajar yang menyertai PSSGMUTHM, seorang rakan karib pelajar tersebut dan seorang jurulatih PSSGMUTHM. Soal selidik pula telah dilakukan kepada ahli PSSGMUTHM yang menghadiri latihan berkala secara aktif. Kumar (2004) menjelaskan bahawa instrumen kajian adalah komponen yang sangat penting dalam menjalankan sesuatu kajian bagi mendapatkan data yang bererti (Goddard & Melville, 2006 dan Iskandar, 2008). Instrumen yang digunakan dalam kajian kes ialah borang analisis dokumen, set soal selidik, skrip temu bual dan borang pemerhatian. Ringkasan metodologi kajian dijelaskan dalam Rajah 1. DAPATAN KAJIAN Persepsi pelajar mengenai penerapan kemahiran kepimpinan dalam diri mereka menerusi aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM Kaedah pertama dalam menganalisis data bagi persepsi pelajar dalam penerapan kemahiran kepimpinan menerusi PSSGMUTHM ialah dengan menganalisis dokumen berkaitan PSSGMUTHM. Punca dokumen yang dianalisis ialah daripada profil persatuan, kertas kerja, gambar dan video berkaitan PSSGMUTHM yang diperolehi dari fail persatuan di Pusat Kokurikulum UTHM dan AJIC persatuan. Penyelidik mendapati wujudnya unsur penerapan bagi setiap elemen kemahiran kepimpinan daripada data yang dianalisis. Penerapan elemen kepimpinan jelas dibuktikan apabila kesemua perkara dalam dokumen yang dikaji mempunyai keempat-empat elemen kemahiran kepimpinan. Salinan asal profil dan kertas kerja PSSGMUTHM. Selain dari dokumen tersebut, dokumen lain seperti gambar dan video sesi latihan PSSGMUTHM yang lepas juga dianalisis .Berdasarkan Penerapan elemen pengetahuan tentang teori asas kepimpinan oleh jurulatih dikenalpasti dari gambar dan video apabila ahli mengikut arahan denganbaik. Bagi dapatan pemerhatian pula penyelidik mendapati kemahiran kepimpinan sangat diterapkan bagi elemen pengetahuan tentang teori asas kepimpinan, kebolehan untuk
  • 4. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pernbangunan Holistik Pelajar [NAHSDEC) 2014 memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan dan kebolehan untuk menyelia anggota pasukan. Walaupun begitu, berdasarkan pemerhatian yang dijalankan penyelidik mendapati elemen kemahiran kepimpinan bagi kebolehan untuk memimpin projek adalah sangat sedikit diterapkan dalam aktiviti yang dijalankan PSSGMUTHM dari segi menyatakan objektif program. Jurulatih tidak menyatakan dengan jelas matlamat sesuatu aktiviti tang dijalankan terutamanya semasa latihan berkala. Walau bagaimanapun, penerapan kemahiran kepimpinan bagi elemen yang lain ada diterapkan semasa latihan berkala. Penerapan kemahiran kepimpinan juga tidak dilihat semasa aktiviti mesyuarat kerana mesyuarat hanya dlhadiri oleh pelajar. Sungguhpun begitu, penyelidik juga mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan telah diterapkan semasa program Kursus Kejurulatihan Silat di UTM. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar berdasarkan pemerhatian penyelidik menerusi PSSGMUTHM adalah sangat tinggi. Bagi mengukuhkan hasil kajian, penyelidik telah membuat temu bual separa berstruktur kepada seorang pelajar (responden pertama), seorang jwulatih (responden kedua) dan rakan sebilik pelajar (responden ketiga). Temu bual responden pertama dan ketiga dilakukan di perpustakaan UTHM manakala temu bual responden ltedua dilakukan di UTM. Sebelum temu bual dilakukan, penyelidik telah membuat temu janji dengan kesemua responden ltajian bagi temu bual. Temu bual yang dilakukan oleh penyelidlk adalah berdasarkan skrip temu bual yang telah dibina sebelum temu bual dijalankan. Daripada hasil temu bual, responden pertama mengatakan bahawa jurulatih ada menerapkan kemahiran kepimpinan melalui aktiviti persatuan. Bagi responden kedua pula, penerapan kemahiran kepimpinan memang menjadi agenda utama seperti yang dinyatakan denganjelas dalam asas penubuhan silat gayung itu sendiri. Responden ketiga menjelaskan bahawa sikap kepimpinan yang dipunyai oleh responden pertama mungkin disebabkan oleh PSSGMUTHM yang disertainya. Berikut adalah antara kenyataanmereka : "Adaditerapkan contohnya apabila mengorganisasikansesuatu program, kita menjadi lebih mahir dalam tutu cara kerjaprogram serta bagaimana nak melaksanakanprogram dengan lebilz baik... " (R1,Q5). "Kemahiranini sangat diterapkan. anda boleh lihat sendiri dalam sejarah penubuhan Silat Gayung, semua ada. Silat memerlukan disiplin diri yang tinggiyang perlu ada dalam seseorangpemimpin... " (R2,Q4). " ... mungkin silatjuga membentuksikap kepimpinan dia... "(R3,Q6). Hasil analisis temu bual yang dijalankan oleh penyelidik mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan ada diterapkan dalam PSSGWTHM. Analisis data ini juga disokong oleh soal selidik yang dilakukan penyelidik terhadap penerapan kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM. Daripada analisis soal selidik tersebut didapati kebanyakan responden berpendapat penerapan kemahiran kepimpinan dalam semua aktiviti PSSGMUTHM adalah tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan skor min keseluruhan item bagi elemen penerapan kemahiran kepimpinan iaitu 4.17. Item yang mendapat min tertinggi ialah item B13 dan B15 iaitu 4.33 yang menunjukkanjurulatih sangat menerapkan sikap toleransi dan jujur dalam melaksanakan tugasan, manakala min yang terendah ialah item B9 iaitu penerapan dari segi penyumbangan idea dalam memajukan pasukan. Ini menunjukkan bahawa jurulatih sangat menerapkan elemen kepimpinan dalam aktiviti PSSGMUTHM. Secara keselwuhannya, analisis data dari setiap instrumen yang digunakan mendapati pelajar diterapkan dengan elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGUTHM. ii. Tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum Silat Gayung di UTHM
  • 5. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014 I<aedah pertama dalam menganalisis data bagi tahap kesedaran pelajar terhadap wujudnya kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM ialah dengan membuat temu bual separa berstruktur. Penyelidik menggunakan temu bual yang sama dalam mendapatkan data mengenai penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar iaitu responden yang terlibat adalah responden yang sama. Daripada hasil temu bual, responden pertama mengatakan bahawa beliau sedar berlakunya kemahiran kepimpinan melalui aktiviti persatuan. Responden kedua pula menjelaskan elemen kemahiran kepimpinan dalam persatuan merupakan perkara yang disedari oleh pelajar silat kerana aspek kesedaran wujud semasa mereka belajar sejarah persilatan itu sendiri. Responden ketiga menyatakan bahawa responden pertama mungkin menyedari adanya elemen kepimpinan dalam silat kerana beliau dapat menjalankan tugasan yang diberikan dengan baik serta boleh mernimpin dengan baik. Berikut adalah kenyataan mereka : "Ya... Cikgu(Juru1atih)pun ada ajar tentang sikap hormat, adap dalam silat. Ini dapat meningkatkan penguasaan kemahiran kepimpinan pelajar... "(RI,Q9). "Pesilat dapat sedar konsep kepimpinan jika mereka kaji sejarah silat dengan lebih mendalam, saya raya merekajelas perkara ni..." (R2,Q5). "Ada, dia sangat positif dalam melaksanakan tugas. Dia juga seorang yang sangatyakin dalam mengendalikansesuatuprojek... " (R3,Q6). Hasil analisis temu bual yang dijalankan oleh penyelidik mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan disedari oleh pelajar yang menyertai PSSGMUTHM. Analisis data bagi kaedah temu bual disokong oleh dapatan soal selidik yang dilakukan penyelidik iaitu tahap kesedaran responden terhadap elemen kemahiran kepimpinan dalam semua aktiviti PSSGMUTHM adalah tinggi. Ini dibuktikan dengan dapatan skor min keseluruhan item kesedaran pelajar terhadap kemahiran kepimpinan iaitu 4.07. Item yang mendapat min tertinggi ialah item C17 dan C20 iaitu 4.27 yang menunjukkan pelajar sangat menyedari bahawa mereka menghargai ahli persatuan yang menjalankan tugas dengan baik dan mereka memberi komitmen kepada tugasan yang diberikan, manakala min yang terendah ialah item C19 iaitu kesedaran dari segi sumbangan idea dalam memajukan pasukan. Ini menunjukkan bahawa pelajar kurang sedar bahawa menyumbangkan idea dalam pasukan menerusi aktiviti PSSGMUTHM membantu mereka meningkatkan kemahiran kepimpinan. Secara keseluruhannya, analisis data dari setiap instrumen yang digunakan mendapati pelajar menyedari adanya elemen kemahiran kepimpinan dalam kokurikulum PSSGUTHM. PERBINCANGAN i. Penerapan kemahiran kepimpinan kepada pelajar dalam PSSGMUTHM Hasil analisis berdasarkan dapatan kajian mendapati penerapan elemen kemahiran kepimpinan iaitu pengetahuan tentang teori asas kepimpinan wujud dalam dokumen PSSGMUTHM, senarai semak pemerhatian, transkrip temu bual serta analisis soal selidik. Oleh itu, penyelidik mendapati penerapan elemen ini dalam kajian yang dilakukan adalah tinggi. Dapatan kajian ini disokong oleh Amirianzadeh,Jaafari, Ghourchian, & Jowkar (2010) yang menyatakan aspek kepimpinan perlu diterapkan dalam aktiviti kokurikulum bagi melahirkan lebih ramai pemimpin yang berwibawa. Berikutan itu, penerapan pengetahuan tentang teori asas kepimpinan dalam pembentukan individu yang mampu mengikut arahan ketua adalah perlu bagi memastikan kelancaran dalam aktiviti persatuan seni bela diri (Hamilton, 2010). Dapatan kajian ini juga adalah selari dengan dapatan Burke & Collin (2005) dan kenyataan dari Kementerian Pengajian Tinggi (2006) iaitu teori asas kepimpinan perlu diterapkan kepada pelajar dalam membangunkemahiran kepimpinan mereka.
  • 6. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) 2014 Dapatan kajian kaedah pemerhatian didapati berbeza dengan dapatan dari analisis dokumen, temu bual dan soal selidik iaitu elemen kemahiran kepimpinan yang kedua iaitu elemen kebolehan memimpin projek apabila elemen ini kurang diterapkan dalam PSSGMUTHM oleh jurulatih terutamanya dari segi menyatakan objektif program. Matlamat sesuatu aktiviti kokurikulum adalah sangat penting dalam sesebuah organisasi kokurikulum berdasarkan ltenyataan Lussier et. a1 (2007) Dalam kajian ini, jurulatih tidak menyatakan dengan jelas matlamat sesuatu aktiviti yang dijalankan khususnya semasa latihan berkala. Namun, penerapan kemahiran kepimpinan bagi elemen yang lain ada diterapkan semasa latihan berkala. Penerapan kemahiran kepimpinanjuga tidak dilihat semasa aktiviti mesyuarat kerana mesyuarat hanya dihadiri oleh pelajar. Penyelidik mendapati kesemua elemen kemahiran kepimpinan telah diterapkan semasa program Kursus Kejurulatihan Silat di UTM. Dapatan kajian menghampiri dapatan Mohd. Noor & Borhan (2010) iaitu penerapan kemahiran kepimpinan dari aspek kebolehan memimpin projek adalah pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, dapatan kajian tidak selari dengan dapatan kajian yang dibuat oleh Thompson (2012) yang menyatakan pelajar diterapkan dengan elemen teori asas kepimpinan semasa menjalankan aktivitikokurikulum. Dapatan kajian juga mendapati penerapan kemahiran kepimpinan dalam menyumbangkan idea kepada pasukan kurang dilakukan oleh jurulatih. Pendedahan kepada konsep menyumbangkan idea dalam memajukan pasukan dalam aktiviti kokurikulum adalah sangat perlu diterapkan bagi meningkatkan tahap keyakinan diri pelajar berdasarkan dapatan kajian Abd. Razzaq, Yunos, Hashim & Sawah(2010). Abdul Sitra et al. (2005) berpendapat pelajar perlu diterapkan dengan kebolehan menyampaikan pendapat menerusi aktiviti kokurikum bagi membina insan yang seimbang dari aspek fizikal dan mental. Kajian oleh Hsu (2012) mendapati dengan mendedahkan pelajar kepada kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum yang disertainya, kreativiti pelajar dalam menterjemahkan idea mereka dapat dipertingkatkan. Seterusnya, penerapan elemen kemahiran kepimpinan dari sudut kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan pula didapati ada diterapkan dalam setiap data yang dianalisis oleh penyelidik. Dapatan kajian dijelaskan oleh Robinson (2009) yang merumuskan aspek kerjasama pelajar dalam pasukan menerusi aktiviti kokurikulum akan memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati. Dapatan inijuga disokong oleh Wictor et. al., (2012) yang menegaskan komunikasi yang baik dalam memahami dan mengambil peranan anggota lain perlu diterapkan oleh pengajar supaya sesebuah aktiviti kokurilulum itu dapat mencapai visinya. Thompson (2012) mengukuhkan kenyataan ini dengan merumuskan bahawa pelajar yang baik boleh boleh dibentuk dengan memberi mereka ruang untuk memahami pelajar lain dalam pasukannya sebelum diberi peluang memimpin aktiviti kokurikulum yang disertainya. Penemuan kajian juga mendapati berlaku penerapan elemen kebolehan menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM. Menurut Burke et al. (2005), penerapan kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan dengan menggalakkan pelajar menyertai aktiviti yang dirancang. Bertepatan dengan dapatan kajian, ha1 ini mampu memberi peluang kepada pelajar belajar melalui pengalaman sendiri. Penerapan elemen kebolehan menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM juga adalah sejajar dengan kenyataan Fincher et. al. (2007) bahawa kemahiran kepimpinan dapat dipelajari menerusi pengalaman dalam kokurikulum. Selain itu, penerapan kemahiran menyelia anggota pasukan juga didasari dengan sikap pemimpin di dalam persatuan tersebut. Daripada kajian ini, penyelidik mendapati jurulatih ada menerapkan elemen nilai murni semasa latihan berlangsung. Menurut Robinson (2009) aspek ini mampu menjadikan seorang pelajar itu disenangi dan dihormati dalam pasukan kokurikulum mereka. Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati elemen kemahiran kepimpinan sememangnya dapat diterapkan melalui aktiviti kokurikulum PSSGWTHM. Disamping itu, terdapat juga elemen kemahiran insaniah lain yang dapat diterapkan iaitu kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi interpersonal dan kemahiran kerja berpasukan dalam melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan berkualiti. Hal ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini sangat signifikan terhadap pelajar bagi
  • 7. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014 membantu pelajar menempuhi alam cabaran pada masa depan. Selain ifu, kajian ini turut signifikan terhadap jurulatih bagi membolehkan jurulatih menyampaikan matlamat dengan jelas semasa latihan berkala dilakultan agar dapat menerapkan kemahiran kepimpinan dengan lebih baik. Keadaan ini juga amat signifikan terhadap teori pembangunan pelajar yang digunakan dalam kajian ini. Hal ini kerana penyelidik dapat menilai wujud atau tidak penerapan kemahiran kepimpinan dalam aktiviti kokurikulum PSSGMUTHM. Oleh itu, penyelidik merumuskan bahawa penglibatan pelajar secara langsung dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM menepati hasrat pihak KPT untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing diperingkat global. Selain itu juga, penyelidik mendapati bahawa aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM mampu menerapkan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan dalarn kalangan pelajar IPT di Malaysia dengan jayanya. Usaha ini seiring dengan misi dan visi negara ke arah pembangunan pelajar berkepimpinan dalarn era globalisasi masa kini agar setanding dengan luar negara. ii. Kesedaran pelajar terhadap kemahiran kepimpinan dalam PSSGMUTHM Hasil analisis berdasarkan dapatan kajian mendapati kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan iaitu pengetahuan tentang teori asas kepirnpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan analisis transkrip temu bual serta analisis soal selidik. Dapatan kajian ini bertepatan dengan dapatan kajian oleh Ibrahim, Mastor, Mohd Salleh & Sulaiman (2010) yang menyatakan bahawa aktiviti kokurlkulum memberi kesedaran kepada pelajar dalam meningkatkan kebolehan mereka mencapai matlamat pasukan. Supaat (2012) pula menyatakan kurangnya kesedaran mengenai asas kepimpinan dalam kokurikulum boleh menyebabkan kesukaran pelajar dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Narnun, dapatan kajian ini didapati berbeza dengan dapatan oleh Mohd. Noor et. a1 (2010) iaitu pelajar kurang sedar mengenai pengetahuan tentang teori asas kepimpinan kerana rnereka lebih selesa menjadi pengikut berbanding ketua dalam aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka. Seterusnya, analisis dapatan kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan yang kedua iaitu kebolehan memimpin projek dalam PSSGMUTHM juga disedari oleh pelajar yang menyertai PSSGMUTHM. Dapatan ini adalah selaras kajian yang dibuat oleh Shuriye (2011) yang menyatakan pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum maklum bahawa mereka memperolehi nilai tambah kemahiran kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum yang disertai oleh mereka. Selain itu, kajian ini juga selari dengan dapatan Ismail et. al. (2010) iaitu seorang pemimpin pelajar faham bahawa sikap tolak ansur dengan keadaan-keadaan tertentu perlu dalam membuat keputusan semasa memimpin sesuatu projek dalam aktiviti kokurikulum. Dalam kajian ini, dapatan kajian mengenai kesedaran pelajar terhadap elemen kemahiran kepimpinan dari sudut kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan juga adalah tinggi. Dapatan kajian adalah selari dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Guimba et al. (2011) iaitu pelajar faham bahawa aktiviti kokurikulum memberi impak positif dalam meningkatkan kebolehan sikap tanggung jawab mereka kepada suatu tugasan yang diberikan kepada mereka. Fan (2010) pula menegaskan bahawa dari aspek seni bela diri, sifat tanggung jawab itu diterjemahkan melalui sikap prihatin, kerjasama dan tanggungjawab pelajar dalam melindungi ahli kumpulan semasa sesuatu aktiviti atau program dijalankan. Berdasarkan analisis dapatan kajian, kemahiran kepimpinan menerusi elemen kebolehan menyelia anggota pasukan dalam PSSGMUTHM juga didapati disedari oleh pelajar. Dapatan kajian ini menyemai dapatan kajian Arnirianzadeh et. al. (2010) bahawa pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum dapat mengorganisasi pasukannya dengan lebih baik berbanding pelajar yang tidak menyertainya. Selain itu, Fincher & Shalka (2009) juga mendapati aktiviti kokurikulum telah menyedarkan pelajar tentang kemahiran kepimpinan dari aspek mengawal selia rakan pelajar yang lain semasa aktiviti tersebut berlangsung. Dapatan kajian Mohd Isa (2012) juga merumuskan bahawa pelajar faham dengan memberi maklum balas kepada pemimpin dalam aktiviti kokurikulum, kemahiran kepimpinan mereka
  • 8. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014 dapat diketengahkan. Hal ini bertepatan dengan kajian yang telah dibuat oleh Fan (2010) berkaitan seni bela diri iaitu peningkatan kesedaran dari aspek kepimpinan dikenal pasti berlaku menerusi maklurn balas dari ahli pasukan. Secara keseluruhannya, penyelidik mendapati pelajar sememangnya menyedari elemen kemahiran kepimpinan melalui aktiviti kokurikulum PSSGMUTHM. Hal ini membuktikan bahawa kajian yang dijalankan ini sangat signifikan terhadap pelajar dalam memberi kesedaran tentang kepentingan kemahiran kepimpinan sebagai landasan untuk menjadi pemimpin yang dihormati kelak. Selain itu, kajian ini turut signifikan terhadap jurulatih bagi memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan kemahiran kepimpinan. Malahan, kajian ini amat signifikan dengan Teori Vektor Pembangunan Individu Chikering (1993) iaitu aspek kesedaran terhadap kemahiran kepimpinan dapat memotivasikan diri pelajar. Oleh itu, berdasarkan perbincangan yang telah dikemukakan penyelidik penyelidik merumuskan bahawa pelajar PSSGMUTHM menyedari elemen-elemen kemahiran kepimpinan wujud dalam kehidupan seharian mereka. Penglibatan pelajar secara langsung dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh PSSGMUTHM menunjukkan kesedaran terhadap kemahiran kepimpinan. Hal ini menepati hasrat pihak KPT untuk melahirkan pelajar IPT di Malaysia yang dilengkapi dengan kemahiran insaniah khususnya kemahiran kepimpinan secara holistik. CADANGAN Berikutan perbincangan dan rumusan yang dibuat, penyelidik ingin mengemukakan beberapa cadangan dan saranan kepada pihak yang berkepentingan dalam kajian ini khususnya kepada PSSGMUTHM, HEP UTHM serta para penyelidik lain terutamanya kepada individu yang membuat kajian berkaitan kemahiran kepimpinan. Cadangannya adalah seperti berikut: 1. Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik mendapati masih terdapat kekangan bagi jurulatih untuk menerapkan kemahiran kepimpinan secara maksimum kepada pelajar yang menyertai PSGMUTHM kerana jadual pelajar yang bertindan dengan waktu latihan menyebabkan hanya pelajar yang mempunyai kelapangan sahaja dapat menghadiri latihan asas dan program yang dianjurkan oleh PSSGMUTHM. Oleh itu, penyelidik mencadangkan agar pihak PSSGMUTHM mendapatkan kebenaran daripada HEP memberi peluang kepada pelajar dalam kalangan ahli PSSGMUTHM sendiri menjadi tenaga pengajar supaya sesi latihan dan program persatuan dapat dilaksanakan dengan lebih fleksibel. Di samping membantu persatuan mengatasi masalah kehadiran pelajar, tahap penguasaan kemahiran kepimpinan pelajar juga dapat ditingkatkan ke aras maksimum kerana pelajar dapat mengembangkan potensi, meningkatkan keyakinan serta berpeluang merasai situasi kepimpinan sebenar. Hal ini perlu disertakan dengan pengawasan berkala secara minimum dari pihak penasihat PSSGMUTHM dan HEP. Selain itu, pelajar akan lebih bermotivasi untuk menghadiri setiap aktiviti persatuan kerana peluang menjadi pemimpin merupakan nilai tambah yang bermakna kepada diri pelajar. ii. Penyelidik mencadangkan pihak PSSGMUTHM melaksanakan program pengantarabangsaan. Program pengantarabangsaan ini boleh dibuat melaluijalinan kerjasama di antara PSSGUTHM dengan institut pengajian tinggi di luar negara dalam bentuk lawatan penanda aras, pertukaran pelajar, kolaborasi aktiviti kesenian, perkongsian ilmu dan pengalaman kepimpinan. Melalui program seumpama ini, pelajar-pelajar dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dari aspek interaksi sosial secara global. Kejayaan program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri pelajar di dalam memimpin dan mengkoordinasi organisasi dengan lebih baik. iii. Bagi melaksanakan cadangan di atas, PSSGMUTHM memerlukan dana yang besar. Walaupun pihak HEP dan UTHM memberi peruntukan yang sewajarnya kepada PSSGMUTHM, pihak PSSGMUTHM menerusi HEP dan Kementerian Pendidikan dicadangkan membuat kolaborasi bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTOUR) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai satu usaha yang mampu memberi kelebihan dari aspek peruntukan kewangan kepada PSSGMUTHM untuk
  • 9. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunon Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014 mempelbagaikan program dan aktiviti. Kerjasama bersama MOTOUR membolehkan PSSGMUTHM mendapatkan dana tambahan di bawah Program Pelancongan Sukan manaltala KBS berperanan mempromosikan silat gayung kepada pelajar dan pihak lux. Kerjasama seperti ini membolehkan PSSGMUTHM dilihat sebagai sebuah organisasi yang utuh seterusnya menarik minat lebih ramai pelajar untuk mengenali dan menyertai persatuan. Penyertaan yang tinggi di dalam organisasi ini membolehkan lebih ramai pemimpin dalam kalangan pelajar dapat dihasilkan. iv. Akhirnya, penyelidik mencadangkan kajian lanjutan yang boleh digunakan bagi mengukuhkan lagi penyelidikan kajian ini di samping mampu mendapatkan hasil kajian yang lebih baik dan dapat dikembangkan kepada umum. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan memperluaskan lagi skop dan sampel kajian selain dari aspek dan elemen dalam kajian ini contohnya seperti elemen komunikasi, motivasi, dan pengumsan. Penyelidik akan datang boleh mengambil sampel kajian dari persatuan silat yang lain atau menambahkan lagi jumlah sampel kajian. Berdasarkan cadangan yang dikemukakan, penyelidik yakin penerapan, kesedaran dan penguasaan kemahiran kepimpinan menerusi kokurikulum PSSGMUTHM dapat dipertingkatkan jika pihak yang berkepentingan dalam kajian ini iaitu PSSGMUTHM, HEP UTHM dan KPT melaksanakan cadangan yang dikemukakan. Abd. Razzaq, A. R., Md. Yunos, J., Hashim, J. & Sawah, N. (2010). Penerapan dan Penguasaan Kemahiran Generik dalam Proses P&P bagi Program Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik ke Arah Keperluan Industri.. Kemahiran Insaniah :Kajian di Institusi-Institusi Pengajian.. Dlm. Esa, A. & Mustafa, M. Z.. Batu Pahat : Unversiti Tun Hussien Onn. ms. 153-182. Abdul Sitra, A. R. & Sasidhar, B. (2005). Teachers' Perception On The Effectiveness Of Co-Curricular Activities: A Case Study Of Malaysian Schools. UnitarE- Journal ](I), ms. 32-44. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://mvais.fsktm.um.edu.mv. Ahmad Faisal, R., Amat, S. & Ishak, N. (2010). Kepuasan Terhadap Aktiviti Khidmat Masyarakat dan Pembangunan Kesejahteraan Sosial dalam Kalangan Pelajar Tahun Satu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar. 13(3),ms. 37-56. Di capai pada 30 Disember 2012 dari httv://www.ukm.rnv/~a~/. Ahmad, J., Ghazali, M & Hassan, A. (2011).The Relationship Between Self Concept And Response Towards Student's Academic Achievement Among Students Universiti Putra Malaysia. International Journal of Instruction 4(2),23-38. Dicapai pada Mei 26,2012 dari httv://www.e-iii.net/dosvalar. Amirianzadeh, P. J., Jaafari, P., Ghourchian, N. & Jowkar, B. (2010). College Student Leadership CompetenciesDevelopment :A Model. International Journal for Cross-Disciplinary Subjects in Education (IJCDSE), 1(3), ms. 168-172. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://infonomics-societv.org. Bernama (2010, Disember 30). Cari Punca Pemimpin Pelajar Gaga1Dapat Kerja Sesuai. Harian Metro. Dicapai pada Mei 26,20 12 dari http://www.hmetro.com.mv/. Bernama (2010, November 20). Pertubuhan Silat Harus Main Peranan Penyumbang Modal Insan. mStar. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://www.mstar.com.my/. Binder, B. (2007). Psycosocial Benefits of the Martial Arts : Myth or Reality? International Ryuku Karate Research Society's Journal, 1(1), 23-28. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://ftp.vwv.att.net/. Burke, V. & Collins, D. (2005). Optimising the effects of leadership development programmes: A framework for analysingthe learning and transfer of leadership skills. Management Decision. 43(7/8), ms. 975-987. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari htt~://dx.doi.org;/lO.1108/00251740510609974. Champ, J. (2004). Malaysia's Martial Arts Treasure. Inside Kung Fu. ms. 46-50. Chang, P. K., Ahmad, F., Ibrahim, F. & Kho, S. N. (2012). Correlating Graduate Marketability Dimensions with the Measurements of University-Student
  • 10. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014 Relationship.Asian Social Science Journal. 8(6), Dicapai pada Mei 26,2012 dari www.ccsenet.ordass. Fan, M. (2010).Systema and LeadershipOne Tool to Enhance Foundational Leadership Competencies.The Engineering Leadership Review, ](I), ms. 45- 56. Dicapai pada Mei 26,2012dari http://lot.utoronto.ca. Fincher, J. & Shalka, T. R. (2009).Co-curricularLeadership Education : ConsideringCritical Questions.Journal of Leadership Education, 8(1),ms. 228-237.Dicapai pada Mei 26,2012dari http://www.leadershipeducators.org Ghanie, A. (2005).Tokoh : Cikgu Mat Noor Genggam Falsafah & Arnanah. Seni Beladiri Unity ThroughMartial Arts. ms. 4-11. Goddard, W. & Melville, S. (2007)Research Methodology :An Introduction. Lansdowne : Juta & Company Ltd. Guimba, W., Hashim, C. N., Hussien, S., Razikin, M. & Esteban, I. (2011). Leadership Experiencesof UndergraduateMuslim Student Leaders : An Exploratory Case Study.European Journal of Social Sciences, 20(1), ms. 112-122.Dicapai pada Mei 26,2012dari http://www.eurojournals.comtEJSS. Hamilton, M (2010).The Interaction of Transactionaland Transformational Leadership, Online Journal of Education and Development 3(3), ms. 1-11. Dicapai pada Mei 26,2012dari htte://o~ensiuc.lib.siu.edu/oiwed/vol3/iss3/4/ Hsu, T. C. (2011). Enhancing College Students' Global Awareness Through Campus Toastmasters Clubs. International Journal of Research Studies in Education, I(]),ms. 21-34.Dicapai pada Mei 26,2012dari http://www.consortiac ademia.ord. Ibrahim, B., Mastor, S., Mohd. Salleh, K. M. & Sulaiman, N. L. (2010). Kemahiran Berpasukan Menerusi Penyertaan di Dalam Kokurikulum Universiti Tun Hussien Onn. Kemahiran lnsaniah :Kajian di Institusi-Institusi Pengajian. Dlm. Esa, A. & Mustafa,M. 2..Batu Pahat :Unversiti Tun Hussien Onn. ms. 45-72. Iskandar, M. P. (2008).Metodologi Penelitian Pendidikan dun Sosial (Kuantitatif dun Kualitatfl. Jakarta : GaungPersada Press. Ismail, K., Anwar, K., Ahrnad, S. & Selamat, J. (2010).Profil PersonalitiBakal Calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM: Suatu Perbandingan Antara Lelaki dan Wanita. Jurnal Personalia Pelajar. 13(3), ms. 37-56.Di capai pada 30 Disember 2012 dari http://www.ukm.mv/pap/. Kementerian PelajaranMalaysia (2006).Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. putrajayae:~ementeiian~elajaranMalaysia. - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul Pembangunan Kemahiran insaniah (Soft skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang : Universiti Putra Malaysia. Kumar, R. (2005). ~esearchMethodology : A Step-By-Step Guide For Beginners. London : SAGEPublication Ltd. Lee-Barron, J. R. (2011). Martial Arts Training as a Method of Modifying Attitudes and Behaviors in The Clasroom. International Journal of CombatMartial Arts and Sciences ICMAUA. 11(I), ms. 17-22.Di capai pada 1 Disember 2012 melalui http://www.icmaua.com/JoumPDFRO11ICMAUAJournal.pdf. Lussier, R. N. & Achua, C. F. (2007). Leadership : Theory, application and skill development. 3rd.ed. New York : Southwestern Thomson. Mohd. Dom, A. (2011, Januari 4). Pentingnya Pemimpin dan Kepimpinan. Utusan Malaysia. Dicapai pada Mei 26,2012dari http://www.utusm.com.mv/utusm. Mohd Isa, M. R. (2012), Cara-cara Bagi Meningkatkan Keberkesanan Kepimpinan Organisasi. Lading Emas. Dicapai pada Mei 2013 dari http://ladinaemas. wordpress.com. Mohd. Noor, N. & Borhan, N. (2010). Penerapan Kemahiran Generik dalam Kokurikulum di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, UTM Skudai :Universiti Teknologi Malaysia. Pardey, D. (2007). Introducing Leadership, Butterworth : Heinemann Ltd Business &amp; Eco.
  • 11. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC)2014 Robinson, L. J. (2009). The Importance Of Leadership And Group Facilitation In Learning Communities.Mcmaster School For Advancing Humanity Journal. ms 89-93. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://www.defiance.edulmedia/ McMaster Journal 2009. Shuriye, A. 0 . (2011). The Role of Credited Co-Curricular Programmnes on The Internationalization and Infusing Values Into Student's Personality :The IIUM Model. Journal of Emerging Trends in Educational Research and Policy Studies, 2(2), ms. 100-107. Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://jeteraps.scholarlinkresearch.or~/articles. Sinar Harian (2010). Pesaka Tangkis TanggapanNegatiJ:Dicapai pada November 26, 2012 dari http://pesakaraub.wordvress.com. Supaat, Z. (2008, Disember 26). Menanti Kilauan Emas Pertama. Kosmo! Dicapai pada Mei 26, 2012 dari http://www.kosmo.com.m~/. Tahir, L. M. & Othrnan, 0 . (2011). Keperluan Aktiviti Kokurikulum (Beruniform) Kepada Pelajar Tingkatan Empat Di SekolahMenengah Kebangsaan Di Daerah Langkawi. Journal of Science Social, 4(1), ms. 51-63.Dicapai pada Mei 26, 2012 dari ht~://proeduiournal.com. Thompson, M. D. (2012). Student Leadership Development and Orientaion : Contributing Resources within the Liberal Art. American Journal of Educational Research, ](I), ms. 1-5.Dicapai pada Mac 2013 dari http://vubs.sciepub.com/education. Wictor, I. & Andersson, S. (2012). The Importance of Leadership and Vision in Born Globals. Business and Management Research., 22(1), ms. 13-25. Dicapai pada Mei 26,2012 dari http://dx.doi.ordl0.5430/bmr.vlnlpl3. Rajah 1:Metodologi Langkah 1 :Mengenal pasti masalah dan membina objektif P la :menyatakan isu kajian + 1b : membina ob-jektif persoalan kajian Langkah 2 :mengumpul data 2a :analisis dokumen 1 1 1 Langkah 3 :Analisis data r - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - I : 3b :Analisis Kuantitatif I ------------- _ - - - _ - - _ - - _ , 4 Langkah 4 :membuat perbincangan dan menyatakan kesan kajian 2b :pemerhatian dan temu bual 2c : membuat soal selidik