1. PERINGKAT PEMAHAMAN MEMBACA
Pemahaman membaca bermaksud suatu sistem
yang merekod segala maklumat secara
kontekstual dalam pemikiran pembaca. Setiap
konsep membentuk satu set minda dalam pada
waktu yang sama, pembinaan makna berlaku.
Pengalaman lalu, sedia ada menggabungkan
pengalaman baru,memberi kekuatan kepada
pemahaman makna yang sebenar.
Terdapat empat peringkat pemahaman bacaan,
iaitu:
Peringkat Lateral (Penubuhan makna)
Peringkat Interptretasi (Pentafsiran makna)
Peringkat Inferens (Perumusan makna)
Peringkat Menilai (Penilaian makna)
Ciri-ciri Penubuhan Makna
(i) Memahami makna perkataan sebagaimana
yang digunakan dalam ayat atau konteks tertentu.
(ii) Mengecam dan memahami makna perkataan
yang membawa erti yang sama atau berlawanan.
(iii) Mengenal dan mengecam ayat-ayat topik, isi-
isi penting dan sampingan dalam perenggan.
(iv) Memahami dan mengecam urutan idea dan
peristiwa sesuatu petikan.
(v) Mengenal pasti dan memahami bahasa
www.slideshare.net/Intelek-Melayu
1/3
2. kiasan, perumpamaan, simpulan bahasa dan
bidalan.
(vi) Mengecam dan memahami makna perkataan,
frasa, ayat dan perenggan sama ada dalam prosa
atau puisi.
Ciri-ciri Pentafsiran Makna
(i) Memahami maksud idea atau isi yang tersurat
atau isi yang tersirat dalam bahan bacaan.
(ii) Mengenali hubungan sebab dan akibat serta
dapat mengenal pasti bahan yang dibaca
berdasarkan isi dan jalan cerita.
(iii) Membuat andaian tentang masa, tempat, dan
nada sesuatu bahan yang dibaca.
(iv) Menggabungkan pengetahuaan sedia ada
dengan bahan bacaan untuk dibuat bandingan.
(v) Memahami makna perkataan atau rangkai
kata dalam pelbagai situasi.
(vi) Membuat ramalan dan memahami tujuan
penulisan sesuatu tulisan bahan yang dibaca.
Ciri-ciri Perumusan Makna
(i) Rumusan yang terdapat dalam bahan bacaan
menjadikan pengetaahuan sedia ada semakin
berkembang. Bahan atau bteks dapat dirumus
selepas proses pembacaan.
(ii) Makna dapat ditafsirkan sendiri oleh pembaca
sebagai satu proses minda.
www.slideshare.net/Intelek-Melayu
2/3
3. (iii) Merumus makna luaran dan makna dalaman.
Makna luaran makna yang disepakati oleh
pembaca. Makna dalaman pula makna yang
penulis sahaja yang boleh merumuskan.
(iv) Perumusan merupakan satu tindakan
mengambil satu keputusan dari pelbagai sudut.
(v) Perumusan dapat mengubah tingkah laku
pembaca.
Ciri-ciri Penilaian Makna
(i) Pembentukan pendapat peribadi berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam teks.
(ii) Memberikan alasan atau sebab mengapa
sesuatu isu itu dipilih.
(iii) Mampu membuat keputusan atau rumusan
terhadap bahan yang telah dibaca.
(iv) Mengenal pasti bahan bacaan yang dibaca
mengandungi propaganda, prasangka atau emosi
lain.
(v) Dapat membezakan antara fakta dan
pendapat.
(vi) Menganalisia bahan yang dibaca dari
pelbagai sudut kandungan.
www.slideshare.net/Intelek-Melayu
3/3