MODEL-MODEL PEMBELAJARAN INOVATIF dalam proses pembelajaran
REKABENTUK PENGAJARAN
1. REKA BENTUK DAN MODEL
PENGAJARAN
PENGENALAN
TEORI PEMBELAJARAN
-Pengajaraan dan pembelajaran adalah dua
proses yang seakan sama, tetapi sebenarnya
berbeza. Kedua-duanya berkait rapat dan saling
lengkap melengkapi dalam satu proses
pencapaian ilmu dan bagaimana ilmu tersebut
digapai atau diperolehi.
2. pengajaran
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti
yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan
guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik
mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya
mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan.
3. Pembelajaran
Apa dia pembelajaran?
Kamus Dewan Edisi keempat (2010), mentakrifkan
pembelajaran sebagai proses belajar untuk
memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani
latihan. Menurut pandangan ahli kognitif,
pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses
dalaman yang menghasilkan perubahan tingkahlaku
yang agak kekal. Manakala aliran behavioris
pula berpendapat bahawa pembelajaran ialah
perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang
bertindak dalam suatu situasi. Dalam psikologi
humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat
membantu seseorang mencapai sempurna kendiri
dan nilai individu.
4. RUMUSAN
Terdapat beberapa teori yang dibincangkan
mengenai pembelajaran di sini. Setiap
teori mempunyai konsep atau prinsip
tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan
berbezaan sudut pandang ini maka teori
pembelajaran tersebut dapat dikategorikan
kepada beberapa bahagian. Proses
pembelajaran yang berterusan digabungkan
dengan pengalaman yang sedia ada akan
menghasilan perubahan tingkah laku yang
kekal pada seseorang individu tersebut.
5. Sambungan Rumusan
Model atau rekabentuk pengajaran adalah satu
proses pada dasarnya digunakan untuk
memperkembangkan pelbagai jenis teknik pengajaran
dan bahan-bahan alat bantu pengajaran. Ianya
digunakan bagi merancang, melaksana dan menilai
pengajaran. Reka bentuk pengajaran pula dapat
membantu guru dalam mencipta atau membina alat
bahan bantu mengajar (ABBM) yang lebih kreatif dan
kritis bagi menarik minat pelajar untuk belajar dengan
lebih bersemangat dan mendorong dalam
menghasilkan keputusan yang cemerlang di dalam
pelajaran.