2. TUGASAN:
Sebuah bandar kecil yang terpencil amat memerlukan bekalan tenaga
untuk memajukan agro-industrinya. Penduduk bandar itu hanya 5000
orang dan kedudukannya di kawasan pegunungan. Terdapat banyak
sungai-sungai kecil yang deras arusnya dan juga mata air panas yang
mengeluarkan wap panas. Berikan cadangan ringkas dengan gambar-
gambar yang sesuai. Muat naik jawapan anda.
3. Menggunakan Turbin Angin
Turbin angin merupakan peranti yang
menukar tenaga kinetik dari angin
kepada tenaga mekanikal. Tenaga mekanikal
diubah kepada tenaga elektrik.
Sesuai diletakkan di kawasan pergunungan,
iaitu di kawasan yang berangin.
1
4. Menggunakan Tenaga Hidroelektrik
Hidroelektrik merupakan elektrik yang
dijana oleh hidrokuasa yang sesuai diadakan di
bandar kecil ini. Bekalan air yang berterusan
membolehkan sumber tenaga ini takkan pupus.
2
5. Air ditakung pada suatu paras yang tinggi dan luas supaya dapat
menghasilkan suatu tenaga yang kuat bagi menggerakkan kipas turbin.
Air disalurkan menerusi saluran masuk ke turbin dengan suatu
tekanan yang kuat dan deras. Injap air berfungsi untuk mengawal
kelajuan air. Tekanan air yang kuat deras ini akan menggerakkan kipas
turbin. Apabila kipas turbin berputar maka pengalir rotor dalam
penjana akan bergerak dan urat daya akan dipotong, seterusnya daya
gerak elektrik (dge) terhasil.