SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Muzani Anh
30 Jun 2013
BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJING
Disusun oleh : Muzani Anh
Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif
Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga
dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua
haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori
najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air
mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing
tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam.
Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu.
Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu
disamak,seperti Sabda nabi Saw :
Dari Abu Hurairah radliyallahu „anhu berkata : Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam
bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh
kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim)
tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia
sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu,
sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh
Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka
sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-
Muslim, m/s 61)
Air liur anjing
2 keadaan keturunan anjing:
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir
juga.
- anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan
lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.
Muzani Anh
30 Jun 2013
Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya
Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan
demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan
anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi
anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan
Non-Muslim).
Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib :
“ Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir
dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.”
oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan „ainnya dan
kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak.
BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAK
Najis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai
membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada
anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh
Manhaji m/s 47 Jilid 1).
1. Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah :
- 7 kali
basuhan pertama dicampur dengan tanah.
(Rujuk Nailul Authar, m/s 75)
2. Bilangan basuhan air ketika samak ialah :
- 7 kali
basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)
Basuhan pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah
kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya.
Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satu-
satunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun.
(Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)
Muzani Anh
30 Jun 2013
Maksud air yang dicampurkan dengan tanah
Dalam Furu‟ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata:
“ Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya
hanya dengan melalukan air pada tanah.”
Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanah
ini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak cucu
Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga
akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail ,
m/s 165)
Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh
daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh
cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran
maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89)
BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN
Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah
mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur
dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia
menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat).
Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata ,
“ tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali)
dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.”
Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya
terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika
susah megelakkannya.
(Fathul Muin, 1/105 bersama I‟anah Tolibin)
Muzani Anh
30 Jun 2013
PERSOALAN DAN JAWAPAN
Soalan
salam ustaz. saya sangat musykil mengenai hukum menyentuh anjing dan najisnya.
terdapat pendapat bahawa hukum menyentuh anjing yang kering bulunya tidak perlu
disamak. begitu juga dengan hukum menyentuh najisnya yang kering walaupun. namun
terdapat juga pendapat bahawa menyentuh anjing dan najisnya yang kering walaupun
tangan kering perlu disamak. apa pendapat ustaz mengenai kedua pendapat yang saya
nyatakan?
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut pandangan ulamak fekah dan para sarjana dalam bidang berkaitan hukum
menyentuh anjing dan babi adalah seperti berikut:
1.Sekiranya anggota badan anda kering dan benda (ain binatang) itu pun kering,anda tidak
perlu menyamaknya.
2.Jika anggota anda kering dan benda itu (ain binantang) basah atau sebaliknya tangan
anda basah dan benda tersebut kering,anda wajib samak.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan jika kedua-duanya berada dalam kering iaitu
tangan dan binatang tersebut kering mengikut hukum fekah berdasarkan perbincangan yang
panjang lebar oleh para sarjana dalam bidang berkaitan memutuskan bahawa anda tidak
wajib menyamaknya.Wallahu a'lam.
(rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/53571 )
Muzani Anh
30 Jun 2013
Persoalan 1: Apakah yang harus dilakukan jika kulit badan Muslim atau pakaiannya
bersentuhan dengan anjing?
Jawapan Perbahasan:
Menurut hukum kenajisan anjing, mazhab Syafi'i mewajibkan basuhan tujuh kali kepada
jilatan anjing. Imam Nawawi berkata:
"Dan ketahuilah bahawa tiada beza di sisi kami antara jilatan anjing dan lainnya daripada
komponen-komponennya. Maka apabila mengena oleh kencingnya, najisnya, darahnya,
peluhnya, bulunya, air liurnya dan satu anggota daripada anggotanya akan sesuatu yang
suci pada keadaan kelembapan/ basah salah satunya, wajiblah basuhannya tujuh kali, salah
satunya dengan tanah....".
(Rujuk Syarah Sahih Muslim, jilid 1, kitab At-Taharah, bab jilatan anjing, hal. 521)
Manakala Mazhab Maliki tidak mewajibkan demikian. Sebaliknya kalau dijilat (air liur) oleh
anjing, barulah wajib dibasuh.
Oleh itu kalau sekadar bergesel, tersentuh dan seumpamanya tanpa melibatkan jilatan dan
mulut anjing, masayarakat Muslim ada dua pilihan:
1) Mazhab Syafi'i iaitu WAJIB disamak
2) Mazhab Maliki iaitu TIDAK WAJIIB disamak
Walau bagaimanapun, jika badan anjing tersebut basah maka hendaklah dibasuh. Ini
kerana kebasahan kulit/ bulu anjing berkemungkinan besar berpunca daripada jilatan anjing
kerana anjing memang menjilat tubuhnya.
Dalam suasana hari ini, kebanyakan ulama kontemporari berpendapat bahawa pendapat
Mazhab Maliki lebih praktikal. Ini kerana suasana hari ini mneyaksikan hubungan
masyarakat Muslim dan non-Muslim makin luas. Masyarakat non-Muslim memelihara anjing.
Jika berdasarkan fiqah mazhab Syafi'i sahaja, masyarakat akan menjadi tidak selesa untuk
bergaul dengan non-Muslim kerana takut dan khuatir dijilat atau bersentuhan dengan anjing.
Muzani Anh
30 Jun 2013
Persoalan 2: Jika Muslim berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru menggosokkan
anjing, adakah wajib disamak tangannya?
Jawapan perbahasan:
Konsepnya masih sama seperti di atas. Jika menurut Mazhab Syafi'i, menyentuh tubuh
anjing yang basah atau bendalir daripada badannya mewajibkan samak. Namun Mazhab
Maliki tidak mewajibkannya. Namun, ia bukanlah perkara yang wajib(ikut pendapat
Mazhab Maliki). Jika nyata cairan itu air liur maka wajib disamak ketika itu.
Maka jika menyentuh tempat seperti berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru
menyentuh anjing, eloklah dibasuh.
Persoalan 3: Sebuah rumah dibeli atau disewa oleh seorang Muslim. Pemilik sebelumnya
ialah seorang non-Muslim yang memelihara anjing di rumah tersebut. Persoalannya, adakah
wajib disamak satu rumah?
Jawapan perbahasan:
Persoalan hendaklah difahami berdasarkan kepada beberapa konsep"
1) Keyakinan
Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak atau keraguan. Adakah kita yakin bahawa
seluruh rumah tersebut telah dijilat oleh anjing?
2) Tidak nampak
Benda yang berada di luar ilmu dan pengetahuan kita adalah dimaafkan. Kita tidak tahu di
mana anjing tersebut berada dan di mana pula tempat yang telah dijilat oleh anjing.
3) Perbezaan pendapat ulama
Wujud perbezaan ulama tentang kenajisan anjing. Maka pilihlah pendapat yang mudah dan
sesuai untuk diamalkan.
Berdasarkan konsep ini, tidak salah untuk kita bersihkan rumah. Lagipun memang rumah
yang baru nak diduduki perlu dibersihkan bukan? Maka ambillah kesempatan itu untuk
membersihkan rumah. Kalau perlu dibasuh tempat-tempat yang mungkin menjadi jilatan
anjing, sila kenal pasti berdasarkan ilmu dan juga logik.
Muzani Anh
30 Jun 2013
Kesimpulan:
Kesepakatan ulama ialah jika tersentuh atau terkena jilatan anjing (mengandungi air liur)
maka perlu dibasuh tujuh kali, salah satunya air tanah.
Tetapi jika bergesel dengan bulu anjing (atau apa-apa situasi selain terkena jilatan), boleh
ikut Mazhab Syafi'i ataupun Maliki.
PENUTUP
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua insyaAllah. Jika ada silap dan salah pada
perkongsian ini, sila maklumkan kepada saya. Syukran.
RUJUKAN
- Fiqh Islam Wa Adillatuh, Dr Wahbah Zuhaili
- Fiqh Manhaji, Dr Mustofa Bugho, Dr Mustofa Khin, Ali Syarbiji
- Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud Al-Fathoni
- Nailul Author , Imam Syaukani
- Nihayah al-Muhtaj, Sheikh Ramli (Ulama Mazhab Syafie)
- Fiqh Berinteraksi dengan Non Muslim, Ust Mohd Nizam Abdul Kadir
- Soal Jawab Remeh Temeh berkenaan Toharah.
http://www.ustazshauqi.com/2011/04/hukum-memelihara-anjing.html
http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/10/fiqah-berkaitan-anjing.html
http://majelisfiqih.wordpress.com/2011/11/10/fawaid-hadits-faedah-hadits-jilatan-anjing-bangkai-dan-darah/

More Related Content

What's hot

Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliBimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliNajwa Norizam
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Sistem 4 mat
Sistem 4 matSistem 4 mat
Sistem 4 matmimi
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaranKomalam Mariappan
 
Konsep Pendidikan dari Perspektif Islam
Konsep Pendidikan dari Perspektif IslamKonsep Pendidikan dari Perspektif Islam
Konsep Pendidikan dari Perspektif IslamAmeerul Syarief
 
PSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunselingAmin Upsi
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Tazkirah PTAR
 
Teori keperibadian sosial kognitif
Teori keperibadian sosial kognitifTeori keperibadian sosial kognitif
Teori keperibadian sosial kognitifBernard Ah Thau Tan
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU aishah zafiera
 
Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliKaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliNajwa Norizam
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriFLORINA SIGAY
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahSiti Mariah
 
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiKaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiShamsuddin Frans
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 

What's hot (20)

Topik 1 konsep komunikasi
Topik 1 konsep komunikasiTopik 1 konsep komunikasi
Topik 1 konsep komunikasi
 
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliBimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
 
Kk mukjizat
Kk mukjizatKk mukjizat
Kk mukjizat
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
Mantik moden
Mantik modenMantik moden
Mantik moden
 
Sistem 4 mat
Sistem 4 matSistem 4 mat
Sistem 4 mat
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
 
Konsep Pendidikan dari Perspektif Islam
Konsep Pendidikan dari Perspektif IslamKonsep Pendidikan dari Perspektif Islam
Konsep Pendidikan dari Perspektif Islam
 
PSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunselingPSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunseling
PSIKOLOGI KAUNSELING pengenalan psikologi kaunseling
 
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Kelebihan Sunnah Rasulullah s.a.w.
 
Teori keperibadian sosial kognitif
Teori keperibadian sosial kognitifTeori keperibadian sosial kognitif
Teori keperibadian sosial kognitif
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliKaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
 
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diriMinggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
Minggu 8 dan 10 topik 5 kesihatan dan kesejahteraan diri
 
Bab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwahBab 8 konsep dakwah
Bab 8 konsep dakwah
 
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologiKaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
Kaedah pnyelidikan-dlm-psikologi
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
Carl gustav jung
Carl gustav jungCarl gustav jung
Carl gustav jung
 

Viewers also liked

Viewers also liked (9)

Iman kepada yang ghaib
Iman kepada yang ghaibIman kepada yang ghaib
Iman kepada yang ghaib
 
Iman kepada allah
Iman kepada allahIman kepada allah
Iman kepada allah
 
Kinerja setan 3
Kinerja setan 3Kinerja setan 3
Kinerja setan 3
 
Cara syetan menelanjangi wanita
Cara syetan menelanjangi wanitaCara syetan menelanjangi wanita
Cara syetan menelanjangi wanita
 
Godaan setan
Godaan  setanGodaan  setan
Godaan setan
 
Kinerja setan
Kinerja setanKinerja setan
Kinerja setan
 
Fiqh Qurban
Fiqh QurbanFiqh Qurban
Fiqh Qurban
 
Materi presentasi dedem it
Materi presentasi dedem itMateri presentasi dedem it
Materi presentasi dedem it
 
IMAN KEPADA RASUL
IMAN KEPADA RASULIMAN KEPADA RASUL
IMAN KEPADA RASUL
 

Similar to Hukum berkaitan anjing

Memelihara anjing dalam islam
Memelihara anjing dalam islamMemelihara anjing dalam islam
Memelihara anjing dalam islamKarta Wae
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Norafsah Awang Kati
 
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\Rasyadan Hussin
 
Pembangunan mapan (Bahagian 3)
Pembangunan mapan (Bahagian 3)Pembangunan mapan (Bahagian 3)
Pembangunan mapan (Bahagian 3)wadhihah mazlan
 
QV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdf
QV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdfQV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdf
QV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdfQIROATI
 
Najis Mughallazah
Najis MughallazahNajis Mughallazah
Najis MughallazahRazma
 
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadistMakanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadistzhakim farsi
 
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAHBAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAHEvaariva
 

Similar to Hukum berkaitan anjing (16)

Memelihara anjing dalam islam
Memelihara anjing dalam islamMemelihara anjing dalam islam
Memelihara anjing dalam islam
 
Fiqh luar negara
Fiqh luar negaraFiqh luar negara
Fiqh luar negara
 
Analisa tentang Kebiasaan Memelihara Anjing
Analisa tentang Kebiasaan Memelihara AnjingAnalisa tentang Kebiasaan Memelihara Anjing
Analisa tentang Kebiasaan Memelihara Anjing
 
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
Tugasan fiqh islami (kenajisan anjing mengikut pandangan ulama)
 
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 TaharahRingkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
Ringkasan Materi PAI Kelas 7 Bab 5 Taharah
 
Fakta ilmiah kucing
Fakta ilmiah kucingFakta ilmiah kucing
Fakta ilmiah kucing
 
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
Haiwan al-Jallalah: Hukum & Istihalah\
 
Pembangunan mapan (Bahagian 3)
Pembangunan mapan (Bahagian 3)Pembangunan mapan (Bahagian 3)
Pembangunan mapan (Bahagian 3)
 
QV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdf
QV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdfQV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdf
QV 17 Nurafidata Nasution AGA6.pdf
 
Najis Mughallazah
Najis MughallazahNajis Mughallazah
Najis Mughallazah
 
Haiwan jalalah fb
Haiwan jalalah   fbHaiwan jalalah   fb
Haiwan jalalah fb
 
Memahami Asas Istihalah
Memahami Asas IstihalahMemahami Asas Istihalah
Memahami Asas Istihalah
 
Wahyudi fiqih
Wahyudi fiqihWahyudi fiqih
Wahyudi fiqih
 
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadistMakanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
Makanan & minuman halal dan haram menurut al'qur'an & hadist
 
Kaedah sembelihan menurut islam shafiqolbu
Kaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbuKaedah sembelihan menurut islam   shafiqolbu
Kaedah sembelihan menurut islam shafiqolbu
 
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAHBAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
BAB V MATERI QURBAN DAN AQIQAH
 

Hukum berkaitan anjing

  • 1. Muzani Anh 30 Jun 2013 BEBERAPA PERSOALAN BERKAITAN ANJING Disusun oleh : Muzani Anh Disemak oleh : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzal Abdul Latif Anjing merupakan antara haiwan yang termasuk dalam najis mughallazah, begitu juga dengan babi. Babi diqiyaskan kepada anjing kerana terdapat mudarat pada kedua-dua haiwan ini. Mengikut pandangan Mazhab Shafie, anjing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau menyalahi hukum Islam. Anjing merupakan najis ‘ain merangkumi peluh, sisa dan seluruh keturunan anjing itu. Meskipun dalam hadith hanya menyebut berkenaan jilatan anjing kepada bekas perlu disamak,seperti Sabda nabi Saw : Dari Abu Hurairah radliyallahu „anhu berkata : Rasulullah shallallahu „alaihi wasallam bersabda: “Sucinya bejana kamu apabila dijilat airnya oleh anjing adalah dengan dicuci tujuh kali, yang pertama dengan tanah. (HR.Muslim) tetapi menurut Mazhab Syafie, mulut adalah anggota yang terbaik bagi anjing itu kerana ia sering membuka mulut dan mengeluarkan lidahnya, tetapi ia tetap dihukum najis. Oleh itu, sudah tentu bahagian badannya yang lain lebih utama dihukum sebagai najis. (rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh). Secara logiknya, apabila mulutnya dan air liur adalah najis maka sumber datangnya air liur juga dira sebagai najis (rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non- Muslim, m/s 61) Air liur anjing 2 keadaan keturunan anjing: - anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dan khinzir dikira sebagai anjing atau khinzir juga. - anak yang lahir hasil persenyawaan anjing dengan haiwan suci lain seperti kambing dan lembu dikira najis kerana mengikut hukum anjing. Begitu juga dengan khinzir.
  • 2. Muzani Anh 30 Jun 2013 Berkaitan dengan kenajisan anjing,terdapat perbezaan pendapat para ulama, antaranya Imam Abu Hanifah mengatakan bahawa anjing ialah najis. Imam Syaukani juga mengatakan demikian serta ini adalah pendapat jumhur(majoriti) ulama,. Ada juga yang mengatakan anjing bukan najis seperti dalam Mazhab Maliki. Meskipun demikian, berkaitan dengan tahi anjing, semua ulama bersepakat bahawa ia adalah najis. (Rujuk Fiqh Berinteraksi dengan Non-Muslim). Dalam matan fiqh iaitu Fath al-Qarib : “ Dan kulit bangkai menjadi suci dengan proses samak melainkan kulit anjing dan khinzir dan apa yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya.” oleh itu, kita dapat fahami bahawa kenajisan anjing itu ialah pada zat dan „ainnya dan kulitnya tidak dapat disucikan walaupun telah disamak. BILANGAN BASUHAN AIR KETIKA SAMAK Najis anjing dan babi perlu merupakan najis mughallazah (berat) dan tidak memadai membasuhnya sebanyak satu kali basuhan seperti najis-najis lain. Babi diqiyaskan kepada anjing(dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing. (Rujuk Fiqh Manhaji m/s 47 Jilid 1). 1. Bilangan basuhan air ketika samak berdasarkan hadith Abu Hurairah : - 7 kali basuhan pertama dicampur dengan tanah. (Rujuk Nailul Authar, m/s 75) 2. Bilangan basuhan air ketika samak ialah : - 7 kali basuhan pertama atau terakhir dicampur dengan tanah. (Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161) Basuhan pertama lebih utama menggunakan air yang dicampur dengan tanah kerana air basuhan seterusnya dapat membersihkannya. Dalam Mazhab Syafie, pendapat yang azhar (kuat) ialah tanah sebagai satu- satunya bahan yang mesti digunakan dan tidak memadai mengunakan sabun. (Rujuk Fiqh Islam Wa Adillatuh, m/s 161)
  • 3. Muzani Anh 30 Jun 2013 Maksud air yang dicampurkan dengan tanah Dalam Furu‟ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud al-Fathoni berkata: “ Air yang bercampur dengan tanah bermaksud air itu digaul dengan tanah. Bukannya hanya dengan melalukan air pada tanah.” Hikmah membersihkan najis mughallazah dengan air bercampur tanah ini adalah satu simbolik kepada asal kejadian Nabi Adam sehingga akhirnya anak cucu Adam dilahirkan dan hidup membesar di atas perut bumi yang dilingkungi tanah hingga akhirnya meninggal dunia dimasukkan ke dalam tanah.( rujuk Furu Masail Wa Usul Wasail , m/s 165) Kajian saintifik terhadap tanah menunjukkan bahawa terdapat bacteria yang diperoleh daripada tanah menghasilkan produk yang bernama ivermectin. Ubat ini mampu membunuh cacing yang menyerang manusia dan binatang dengan cara menghalang penyebaran maklumat dalam system saraf cacing. ( Rujuk Al-Quran Saintifik,Bab 88 dan 89) BERKAITAN TAHI ANJING BANYAK DI JALANAN Di maafkan tanah jalan yg diyakini najisnya walaupun dgn najis mugallazah, kerana susah mengelakkannya, selagi tidak kekal ain najisnya terasing daripada tanah dan tidak hancur dalam tanah. Sekiranya ain najis terasing dpd tanah maka tidak dimaafkan, walaupun ia menyeluruh pada jalan, atas pendapat yg aujah (pendapat ashab yg terkuat). Di sebut dalam Nihayah Al-Muhtaj Syarah Al-Minhaj oleh Syaikh Ramli berkata , “ tetapi jika najis menyeluruh pada jalan, maka Zarkasyi mempunyai ihtimal (barangkali) dimaafkan dan cenderung kalamnya kepada berpegang kpd maaf.” Syaikh Ibnu Hajar telah berfatwa sekiranya jalan tidak mempunyai tanah, dan di dalamnya terdapat najis manusia dan anjing, dan telah ditimpa hujan, bahwa ia dimaafkan, ketika susah megelakkannya. (Fathul Muin, 1/105 bersama I‟anah Tolibin)
  • 4. Muzani Anh 30 Jun 2013 PERSOALAN DAN JAWAPAN Soalan salam ustaz. saya sangat musykil mengenai hukum menyentuh anjing dan najisnya. terdapat pendapat bahawa hukum menyentuh anjing yang kering bulunya tidak perlu disamak. begitu juga dengan hukum menyentuh najisnya yang kering walaupun. namun terdapat juga pendapat bahawa menyentuh anjing dan najisnya yang kering walaupun tangan kering perlu disamak. apa pendapat ustaz mengenai kedua pendapat yang saya nyatakan? Jawapan Waalaikumusalam, Menurut pandangan ulamak fekah dan para sarjana dalam bidang berkaitan hukum menyentuh anjing dan babi adalah seperti berikut: 1.Sekiranya anggota badan anda kering dan benda (ain binatang) itu pun kering,anda tidak perlu menyamaknya. 2.Jika anggota anda kering dan benda itu (ain binantang) basah atau sebaliknya tangan anda basah dan benda tersebut kering,anda wajib samak. Berbalik kepada soalan yang dikemukakan jika kedua-duanya berada dalam kering iaitu tangan dan binatang tersebut kering mengikut hukum fekah berdasarkan perbincangan yang panjang lebar oleh para sarjana dalam bidang berkaitan memutuskan bahawa anda tidak wajib menyamaknya.Wallahu a'lam. (rujuk http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/53571 )
  • 5. Muzani Anh 30 Jun 2013 Persoalan 1: Apakah yang harus dilakukan jika kulit badan Muslim atau pakaiannya bersentuhan dengan anjing? Jawapan Perbahasan: Menurut hukum kenajisan anjing, mazhab Syafi'i mewajibkan basuhan tujuh kali kepada jilatan anjing. Imam Nawawi berkata: "Dan ketahuilah bahawa tiada beza di sisi kami antara jilatan anjing dan lainnya daripada komponen-komponennya. Maka apabila mengena oleh kencingnya, najisnya, darahnya, peluhnya, bulunya, air liurnya dan satu anggota daripada anggotanya akan sesuatu yang suci pada keadaan kelembapan/ basah salah satunya, wajiblah basuhannya tujuh kali, salah satunya dengan tanah....". (Rujuk Syarah Sahih Muslim, jilid 1, kitab At-Taharah, bab jilatan anjing, hal. 521) Manakala Mazhab Maliki tidak mewajibkan demikian. Sebaliknya kalau dijilat (air liur) oleh anjing, barulah wajib dibasuh. Oleh itu kalau sekadar bergesel, tersentuh dan seumpamanya tanpa melibatkan jilatan dan mulut anjing, masayarakat Muslim ada dua pilihan: 1) Mazhab Syafi'i iaitu WAJIB disamak 2) Mazhab Maliki iaitu TIDAK WAJIIB disamak Walau bagaimanapun, jika badan anjing tersebut basah maka hendaklah dibasuh. Ini kerana kebasahan kulit/ bulu anjing berkemungkinan besar berpunca daripada jilatan anjing kerana anjing memang menjilat tubuhnya. Dalam suasana hari ini, kebanyakan ulama kontemporari berpendapat bahawa pendapat Mazhab Maliki lebih praktikal. Ini kerana suasana hari ini mneyaksikan hubungan masyarakat Muslim dan non-Muslim makin luas. Masyarakat non-Muslim memelihara anjing. Jika berdasarkan fiqah mazhab Syafi'i sahaja, masyarakat akan menjadi tidak selesa untuk bergaul dengan non-Muslim kerana takut dan khuatir dijilat atau bersentuhan dengan anjing.
  • 6. Muzani Anh 30 Jun 2013 Persoalan 2: Jika Muslim berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru menggosokkan anjing, adakah wajib disamak tangannya? Jawapan perbahasan: Konsepnya masih sama seperti di atas. Jika menurut Mazhab Syafi'i, menyentuh tubuh anjing yang basah atau bendalir daripada badannya mewajibkan samak. Namun Mazhab Maliki tidak mewajibkannya. Namun, ia bukanlah perkara yang wajib(ikut pendapat Mazhab Maliki). Jika nyata cairan itu air liur maka wajib disamak ketika itu. Maka jika menyentuh tempat seperti berjabat tangan dengan non-Muslim yang baru menyentuh anjing, eloklah dibasuh. Persoalan 3: Sebuah rumah dibeli atau disewa oleh seorang Muslim. Pemilik sebelumnya ialah seorang non-Muslim yang memelihara anjing di rumah tersebut. Persoalannya, adakah wajib disamak satu rumah? Jawapan perbahasan: Persoalan hendaklah difahami berdasarkan kepada beberapa konsep" 1) Keyakinan Keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak atau keraguan. Adakah kita yakin bahawa seluruh rumah tersebut telah dijilat oleh anjing? 2) Tidak nampak Benda yang berada di luar ilmu dan pengetahuan kita adalah dimaafkan. Kita tidak tahu di mana anjing tersebut berada dan di mana pula tempat yang telah dijilat oleh anjing. 3) Perbezaan pendapat ulama Wujud perbezaan ulama tentang kenajisan anjing. Maka pilihlah pendapat yang mudah dan sesuai untuk diamalkan. Berdasarkan konsep ini, tidak salah untuk kita bersihkan rumah. Lagipun memang rumah yang baru nak diduduki perlu dibersihkan bukan? Maka ambillah kesempatan itu untuk membersihkan rumah. Kalau perlu dibasuh tempat-tempat yang mungkin menjadi jilatan anjing, sila kenal pasti berdasarkan ilmu dan juga logik.
  • 7. Muzani Anh 30 Jun 2013 Kesimpulan: Kesepakatan ulama ialah jika tersentuh atau terkena jilatan anjing (mengandungi air liur) maka perlu dibasuh tujuh kali, salah satunya air tanah. Tetapi jika bergesel dengan bulu anjing (atau apa-apa situasi selain terkena jilatan), boleh ikut Mazhab Syafi'i ataupun Maliki. PENUTUP Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua insyaAllah. Jika ada silap dan salah pada perkongsian ini, sila maklumkan kepada saya. Syukran. RUJUKAN - Fiqh Islam Wa Adillatuh, Dr Wahbah Zuhaili - Fiqh Manhaji, Dr Mustofa Bugho, Dr Mustofa Khin, Ali Syarbiji - Furu’ Masail Wa Usul Wasail, Sheikh Daud Al-Fathoni - Nailul Author , Imam Syaukani - Nihayah al-Muhtaj, Sheikh Ramli (Ulama Mazhab Syafie) - Fiqh Berinteraksi dengan Non Muslim, Ust Mohd Nizam Abdul Kadir - Soal Jawab Remeh Temeh berkenaan Toharah. http://www.ustazshauqi.com/2011/04/hukum-memelihara-anjing.html http://tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com/2010/10/fiqah-berkaitan-anjing.html http://majelisfiqih.wordpress.com/2011/11/10/fawaid-hadits-faedah-hadits-jilatan-anjing-bangkai-dan-darah/