Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kaedah sembelihan menurut islam shafiqolbu

4,145 views

Published on

  • Be the first to comment

Kaedah sembelihan menurut islam shafiqolbu

  1. 1. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 1/11 Shafiqolbu SAMPAIKANLAH WALAUPUN HANYA SATU AYAT ! 7 NOV Kaedah Sembelihan Menurut Islam Posted 07/11/2011 by Shafi-Q in AMALAN, PANDUAN, Tahukah Anda?, Zulhijjah. Tagged: Kaedah / Cara Penyembelihan / Sembelihan Binatang Menurut Islam, Kaedah Yang Paling Baik Sembelihan. 6 Comments ِ‫ﯿﻢ‬ِ‫ﺣ‬‫ﱠ‬‫اﻟﺮ‬ ِ‫ـﻦ‬َ‫ﻤ‬ْ‫ﺣ‬‫ﱠ‬‫اﻟﺮ‬ ِ‫ﱠ‬‫ﷲ‬ ِ‫ﻢ‬ْ‫ﺳ‬ ِ◌‫ب‬ (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/urat- sembelihan.png)Konsep sembelihan dalam Islam atau ‘Zabiha’ telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik dan teliti. Pengetahuan mendalam mengenai kaedah penyembelihan yang mengikut syariat amat penting kerana ia berkait rapat dengan faktor kerohanian dan kesihatan. Islam adalah agama ‘Rahmat – Kasih Sayang’ untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Islam sangat berhemah dalam penyembelihan binatang ternakan. . Sembelihan ialah mematikan binatang dan menghalalkan dagingnya. Sembelihan menurut bahasa ialah ‘Thayyib‘ iaitu mengelokkan. Pengertian kedua adalah ‘Tatmim’ membawa maksud menyempurnaan iaitu menyempurnakan apa yang diharuskan dengan cara sembelihan. . Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala.” (Surah Al-Maidah: 3)
  2. 2. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 2/11 . Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: “Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik”. (Surah Al-Maidah: 4) . . A. Rukun Sembelihan Ijma’ para fuqaha mengatakan rukun sembelihat terhadap binatang terbahagi kepada 4: 1. Penyembelih 2. Binatang sembelihan 3. Alat untuk menyembelih 4. Keadaan (tempat / perbuatan) sembelihan. . . B. Syarat-Syarat Sembelihan . 1) Orang yang menyembelih a) Hendaklah beragama Islam atau Ahli Kitab (Kitabiyah). b) Baligh; tidak sah jika kanak-kanak. c) berakal; tidak sah jika orang gila d) Tidak dalam ihram haji atau umrah e) Dengan sengaja membaca Basmalah. . Firman Allah SWT: “Maka makanlah haiwan (yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika kamu beriman kepada ayat-ayatnya” (Surah al-An’aam, ayat 118). . . 2) Binatang Yang Disembelih a) Binatang yang halal dimakan b) binatang itu masih hidup c) Mati dengan sekali sembelihan d) wajib putus urat pernafasan (urat merih) dan urat tempat lalu makanan (halkum). .
  3. 3. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 3/11 . 3) Alat Sembelihan a) Mestilah alat yang tajam seperti pisau b) Dibolehkan dari besi (logam), kayu, buluh, kaca, batu atau alat-alat lain yang ditajamkan. c) Tidak termasuk gigi, tulang dan kuku. . Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi’ ibnu khadij Radhiallahu ‘anhu: “Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah.” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim) . Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu” (Hadis riwayat Muslim). . . 4) Tempat Sembelihan Terdapat 2 keadaan penyembelihan iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya. . a) Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya. Wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan marih pula tempat salur makan dan minum.) . b) Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya. Binatang yang sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati. . Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat
  4. 4. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 4/11 Mazhab Syafi’e berpendapat hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian. . . GAMBARAJAH LEHER HAIWAN (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/keratan- rentas-leher.png) Gambarajah kedudukan URAT HALKUM (salur makan) dan URAT MARIH (salur nafas) bagi haiwan sembelihan. . (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/keratan-rentas-leher1.png)Keratan rentas leher binatang sembelihan. Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang
  5. 5. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 5/11 Jelas kelihatan 2 salur makan dan salur pernafasan di tengah-tengah leher. Kawasan yang berwarna merah pula adalah salur yang membawa darah dari jantung ke otak. . . (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/leher-ayam1.png)Gambarajah dalaman leher seekor ayam. . .
  6. 6. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 6/11 (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/bahagian-sembelihan-ayam-png1.png)Keadaan ketika sembelihan dijalankan . .
  7. 7. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 7/11 (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/rajah-penyembelihan-lembu.png) (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/urat-leher-utama-lembu.png) Gambarajah dalaman leher seekor lembu . . (http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2011/11/rajah-penyembelihan-lembu.png)Keadaan ketika sembelihan dijalankan . . C. Syarat Sah Sembelihan 1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih
  8. 8. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 8/11 1. Sembelihan dilakukan dengan niat menyembelih 2. Sembelihan dilakukan kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain seperti untuk disembah kepada jembalang dan sebagainya. 3. Putus urat halkum (saluran penafasan) dan urat marih (saluran marih) 4. Binatang tersebut halal dimakan dan masih hidup 5. Binatang tersebut mati dengan sekali sembelihan 6. Disembelih oleh orang Islam 7. Menggunakan alat yang tajam selain daripada kuku, gigi dan tulang 8. Binatang itu mati disembelih bukan kerana yang lain seperti mati terjut atau terjatuh dalam perigi ketika disembelih. . . D. Sunat Sembelihan 1. Membaca Bismillah 2. Berselawat ke atas nabi 3. Mengadap kiblat 4. Membaringkan binatang di rusuk kiri semasa menyembelih 5. Menyembelih di pangkal leher binatang 6. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di kiri dan kanan leher supaya binatang cepat mati. 7. Melakukan sembelihan pada waktu siang. 8. Menggunakan alat sembelihan yang paling tajam. . . E. Makruh Sembelihan 1. Menggunakan alat yang tumpul 2. Menampakkan alat sembelihan kepada binatang 3. Mematahkan leher binatang sebelum nyawanya hilang 4. Tidak menyebut nama Allah 5. Tidak menghalakan binatang ke arah kiblat 6. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang akan disembelih. Jika putus tengkok atau leher ayam, tidak membatalkan syarat atau rukun sembelihan. Walaubagaimanapun perlu dilihat pula dari segi lain iaitu penyembelih itu berdosa jika dia sengaja memutuskan leher ayam tersebut yang boleh dikira melakukan satu kezaliman kepada ayam tersebut. . . F. Cara Penyembelihan. Disyaratkan penyembelihan itu:
  9. 9. 8/30/13 Kaedah Sembelihan Menurut Islam | Shafiqolbu shafiqolbu.wordpress.com/2011/11/07/kaedah-sembelihan-menurut-islam/ 9/11 1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman). 2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan. 3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut. 4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih). . Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun- rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.” (Surah Al-Nahl: 115) . . G. Hikmah Sembelihan 1. Boleh mematikan binatang dengan cara yang cepat dan selamat. 2. Dapat mengeluarkan darah dan membersihkan daging darinya bagi menghindarkan penyakit. 3. Memastikan daging bersih dan bermutu. 4. Sebagai tanda penghormatan kepada makhluk-makhluk lain ciptaan Allah. 5. Membezakan antara daging halal dan haram. 6. Binatang yang disembelih tidak terseksa berbanding dengan cara lain. . Wallahua’lam bish showab . ‫ﺑرﻛﺎﺗﮫ‬ ‫و‬ ‫ﷲ‬ ‫رﺣﻣﺔ‬ ‫و‬ ‫ﻋﻠﺑﻛم‬ ‫واﻟﺳﻼم‬ . http://shafiqolbu.wordpress.com/ (http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/23/) .

×