SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
ANALISIS KOMUNIKASI DUA HALA GURU DENGAN
PELAJAR DALAM PERSEDIAAN MENGAJAR GURU
PELATIH
MOHD YUSOP AB. HADI
BAHAROM MOHAMAD
JAMALUDIN HASHIM
ABDUL RASHID RAZZAQ
INTERNATIONAL CONFERENCE ON
COMMUNICATION AND MEDIA (i COME 2008)
1 4 - 1 7 JUN 2008
KUALA LUMPUR
1
Analisis komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar
guru pelatih
Mohd Yusop bin Ab.Hadi
Baharom bin Mohamad
Jamaludin bin Hashim
Abdul Rashid bin Razzaq
Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
ABSTRAK
Elemen komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran menuntut guru menggunakan kemahiran interaksi dua hala bagi
memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan lancar dan pelajar-pelajarnya
menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang tepat mengenai maksud yang
terkandung dalam mesej. Berbeza dengan komunikasi sehala, komunikasi dua hala
memberi peluang penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh
penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi ruang kepada penutur
untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej. Perlaksanaan
pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan pengajaran bagi satu satu sesi
pengajaran. Rancangan untuk menyampaikan sesuatu objektif pengajaran yang jelas dan
berasas kepada pelajar oleh guru ialah guru merancang dan menyediakan rancangan
mengajar secara bertulis. Perancangan seperti ini memudahkan bakal individu yang akan
melaksanakan pengajaran, menyemak, memperbaiki dan menjalankan simulasi sebelum
melaksanakan proses pengajaran yang sebenar. Dalam kalangan guru pelatih mereka
telah diajar bagaimana untuk merancang pengajaran dan sebelum memulakan sesuatu sesi
pengajaran. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mematuhi semua perancangan
mengajar. Mendapati bahawa komikasi dua hala adalah memainkan peranan dalam
menjayakan proses pengajaran untuk mencapai matlamatnya maka perancangan mengajar
yang dihasilkan oleh seseorang guru boleh dijadikan wadah untuk mengesan jangkaan
penggunaan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam proses
pengajaran. Sehubungan dengan ini tinjauan telah dijalankan untuk mengenai pasti
penggunaan komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru
pelatih sebelum menjalankan proses pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan pelatih-
pelatih lebih banyak menggambarkan penggunaan komunikasi sehala berbanding
komuniasi dua hala dalam persediaan mengajar. Dengan ini adalah dicadangkan supaya
pelatih-pelatih didedahkan peranan komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran dan
2
format serta teknik penulisan komunikasi dua hala dalam penyediaan rancangan
mengajar.
Pendahuluau
Komunikasi dua hala memainkan peranan dalam membantu mencapai matlamat
kewujudan komunikasi. Proses komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran menuntut guru menggunakan kemahiran interaksi dua hala
bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan lancar dan pelajar-pelajarnya
menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang tepat mengenai maksud yang
terkandung dalam mesej. Berbeza dengan komunikasi sehala, komunikasi dua hala
memberi peluang penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh
penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi ruang kepada penutur
untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej. Sehubungan dengan
sifat komunikasi dua hala yang memberi makluman timbal balas antara penyampai mesej
dengan penerima mesej maka adalah wajar komunikasi dua hala dipraktikkan oleh guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui komunikasi dua hala ini guru
mempunyai banyak peluang untuk menilai keberkesanan proses pengajaran mereka.
Latar belakang kajian
Perlaksanaan pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan pengajaran bagi
satu satu sesi pengajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum dilaksanakan
oleh guru ke atas pelajar-pelajar, perlu dirancang dengan teliti dengan memasukkan
unsur-unsur psikologi, sosiologi dan pedagogi. Ketiga-tiga aspek ini perlaksanaannya
adalah melalui mekanisme komunikasi guru dengan pelajar. Perancangan yang jelas dan
berasas adalah dengan penyediaan rancangan mengajar yang bertulis. Perancangan
seperti ini memudahkan bakal individu yang akan melaksanakan pengajaran, menyemak,
memperbaiki dan menjalankan simulasi sebelum melaksanakan proses pengajaran yang
sebenar. Dalam kalangan guru pelatih mereka diajar bagaimana untuk merancang
pengajaran sebelum sesuatu sesi pengajaran bermula. Pengajaran yang dilaksanakan
tanpa persediaan mengajar dianggap sebagai pengajaran yang tidak memenuhi prinsip
dan prosedur pengajaran. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mematuhi semua
perancangan mengajar. Memandangkan bahawa komunikasi dua hala mampu
memainkan peranan dalam menjayakan proses pengajaran untuk mencapai matlamatnya
maka perancangan mengajar yang dihasilkan oleh seseorang guru boleh dijadikan wadah
untuk mengesan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar yang akan
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Sehubungan dengan ini tinjauan
dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan komunikasi dua hala antara guru dengan
pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih sebelum menjalankan proses pengajaran.
3
Metodologi kajian
Sebanyak lapan rancangan mengajar yang dihasilkan oleh lapan guru pelatih digunakan
untuk mengesan penggunaan komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam
proses pengajaran. Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
pengendaliannya oleh guru pelatih dikumpul dan kemudiannya dianalisis dengan
mengkategorikan bahan mengenainya kepada tiga kategori skala;
1. Aktiviti yang sepenuhnya tidak mengandungi unsur komunikasi dua hala.
2. Aktiviti yang sebahagiannya mengandungi unsur komunikasi dua hala.
3. Aktiviti yang sepenuhnya mengandungi unsur komunikasi dua hala.
Kekerapan menggunakan komunikasi dua hala dalam rancangan pengajaran diperlihatkan
dalam bentuk purata skor skala dan peratusan. Tafsiran purata skor skala bagi
menyatakan kecederungan guru pelatih menggunakan komunikasi dua hala dalam proses
pengajaran adalah seperti dalam Jadual 1.
Jadual 1: Tafsiran kecenderungan guru pelatih menggunakan komunikasi dua hala
dalam proses pengajaran
Julat skor skala Tafsiran kecenderungan guru pelatih menggunakan
komunikasi dua hala dalam proses pengajaran
1 hingga 1.7 Tidak cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
>1.7 hingga 2.4 Cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
> 2.4 hingga 3 Sangat cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
Dapatan kajian
Dapatan kajian mengenai analisis penggunaan komunikasi dua hala dalam rancangan
pengajaran lapan guru pelatih ditunjukkan dalam Jadual 2.
4
Jadual 2: Analisis Penggunaan Komunikasi Dua Hala Dalam Rancangan Mengajar
Bil
Aktiviti
Aktiviti pengajaran guru pelatih Penggunaan
komunikasi
dua hala
1 2 3
Guru pelatih 1
Subjek: Teknologi Elektrik : Tajuk : Kemagnetan (medan magnet dan
keelektrometan)
1
Pengenalan:
Memberi salam dan bertanyakan khabar
/
2 Memastikan kelas dalam keadaan bersedia /
3 Mengedarkan borang kedatangan untuk ditandatangani oleh pelajar. /
4 Bercerita dan menunjukkan gambar yang berkaitan dengan tajuk. /
5 Soal jawab secara ringkas bagi mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar. /
6 Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan isi pelajaran /
7
Penyampaian isi pelajaran:
Menunjukkan magnet sebenar kepada pelajar supaya pelajar dapat mengetahui
sifat magnet yang mempunyai daya magnet
/
8 Menerangkan prinsip asas kemagnetan dan sifat-sifatnya. /
9 Menerangkan medan magnet dan menyenaraikan sifat-sifat medan magnet /
10 Meminta pelajar menyebut sifat-sifat garisan daya magnet/fluks. /
11 Menerangkan sifat-sifat medan magnet yang tidak dinyatakan oleh pelajar. /
12 Menerangkan keelektromagnetan dan menentukan arah medan magnet dengan
menggunakan kompas, hukum tangan kanan dan hukum skrew tangan kanan.
/
13 Meminta pelajar mencuba melukis arah medan magnet bagi pengalir pada arah
arus berlainan.
/
14 Meminta pelajar membuat kesimpulan hasil dari lukisan rajah medan magnet
yang dibuat.
/
15 Penutup:
Menyoal pelajar dengan beberapa soalan bagi mengetahui tahap pemahaman
mereka terhadap isi pelajaran hari ini.
/
16 Membuat rumusan is pelajaran secara keseluruhan. /
Guru pelatih 2
Subjek: Multimedia; Tajuk: Persembahan multi media
17 Pengenalan:
Pemasangan alat.
/
18 Mengucapkan salam. /
19 Bertanyakan khabar. /
20 Mengarahkan pelajar membaca doa. /
21 Bertanyakan soalan gambar apakah yang terdapat dalam slaid power point. /
22 Penyampaian isi pelajaran:
Membentangkan slid power point mengenai jenis-jenis penyampaian multi
media.
/
23 Membentangkan slaid power point serta menerangkan perancangan dan
pembinaan projek multi media semasa membangunkan projek multi media.
/
24 Menunjukkan slaid power point dan menerangkan tugas dan tanggungjawab
Pengurus Produksi.
/
25 Menerangkan slaid power point mengenai lima proses penghasilan produk
multi media tugas pasukan pembangunan produk multi media.
/
26 Mengarahkan pelajar untuk menjawab soalan-soalan pendek. /
27 Penutup:
Menerangkan secara ringkas isi pelajaran untuk dibawa ke minggu hadapan.
/
Guru pelatih 3
Subjek: Fizik: Tajuk: Pengukuran
28 Pengenalan:
Memberi salam dan pelajar menjawabnya.
/
29 Menunjukkan beberapa batang pen. /
30 Meminta pelajar menerangkan cara untuk mengukur panjang dan diameter pen. /
31 Meminta pelajar memberikan respon mengenai apa yang dilihat untuk dikaitkan
dengan isi pelajaran.
/
32 Menyatakan pengukuran menggunakan pembaris tidak tepat. /
33 Menerangkan secara ringkas mengenai peralatan yang telah dipelajari. /
34 Menanyakan beberapa soalan. /
35 Memberi penerangan berdasarkan slaid, jenis dan saiz mikrometer, nama dan
lakaran bahagian-bahagian mokrometer luar, prinsip asas mikrometer, bacaan
dan lakaran pada mikrometer dan cara penggunaan mikrometer.
/
36 Soal jawab sekiranya pelajar kurang faham. /
37 Pengujianan berdasarkan penerangan yang telah dibuat. Soalan mengenai
bahagian-bahagian mikrometer, skala mokrometer dan membaca mikrometer.
/
38 Menghendaki pelajar mengambil bacaan pada mikrometer yang ditunjukkan. /
39 Memberi penerangan berdasarkan slaid, lakaran dan nama bahagian-bahagian
angkup vernier, prinsip asas vernier, cara menggunakan angkup vernier dan
bacaan angkup vernier.
/
40 Soal jawab sekiranya pelajar kurang faham. /
41 Pengujianan berdasarkan penerangan yang telah dibuat. Soalan-soalan
berkaitan dengan bahagian-bahagian angkup vernier, skala vernier dan
membaca angkup vernier.
/
42 Penutup:
Memberi tugasan dalam bentuk laporan ringkas dan dihasilkan secara individu.
/
Guru pelatih 4
Subjek: Komputer dan Teknologi Maklumat; Tajuk: Aplikasi Sistem Operasi
43 Pengenalan:
Menyenaraikan arahan-arahan DOS.
/
44 Menerangkan dan mengaplikasi fungsi-fungsi arahan-arahan DOS. /
45 Penyampaian isi pelajaran:
Bertanyakan pelajar apa yang mereka faham tentang DOS.
/
46 Memberi penerangan mengenai fungsi DOS dan mengedar nota kuliah. /
47 Memberi penerangan tentang arahan-arahan DOS dan perbezaan antara satu
sama lain iaitu DIR, COPY,RENAME,DELETE.
/
48 Menggalakkan pelajar bertanya jika kurang jelas. /
49 Menunjukkan contoh-contoh penggunaan DOS. /
50 Memberi penerangan tentang kepentingan kepentingan DOS kepada komputer. /
51 Penutup:
Memberi soalan pengukuhan tentang arahan-arahan DOS.
/
6
Guru pelatih 5
Subjek: Hidrolik 1; Tajuk: Aliran Dalam Saluran Terbuka
52 Pengenalan:
Memberi salam dan bertanyakan khabar
/
53 Memastikan kebersihan dan susunan kelas teratur serta mengedarkan borang
kedatangan.
/
54 Penyampaian isi pelajaran:
Menjelaskan mengenai jenis-jenis aliran dalam saluran terbuka.
/
55 Meminta pelajar mengkelaskan jenis-jenis aliran dalam saluran terbuka. /
56 Memberi takrifan cerun hidraul, cerun dasar, perimeter basah dan jejari
hidraulik.
/
57 Memotivasikan supaya tidak kenal erti jemu dalam menimba ilmu dan saling
bekeijasama dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat
beijalan dengan baik.
/
58 Menerangkan takrifan istilah Mekanik Bendalir. /
59 Penutup:
Mengulangi secara ringkas keseluruhan pelajaran. _j
/
60 Merumuskan isi pelajaran yang lebih mudah difahami oleh pelajar. /
61 Menjadualkan senarai rumus yang perlu digunakan dalam kerja-kerja pengiraan
yang terlibat bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan.
/
62 Menerangkan mengenai apa yang bakal dipelajari pada kelas yang akan datang. /
Guru pelatih 6
Subjek: Instrumentasi; Tajuk: Meter Upaya
63 Pengenalan:
Memberi salam
/
64 Memberi senarai kedatangan /
65 Menunjukkan seterika dan gambar-gambar seterika. /
66 Meminta pelajar memberi maklum balas bagaimana seterika dilaraskan. /
67
Penyampaian isi pelajaran:
Menunjukkan slaid dan memperkenalkan meter upaya, struktur bahan binaan
dan jenis-jenisnya.
/
68 Memberi takrifan meter upaya sebagai alat untuk mengukur voltan. /
69 Mengulang semula sekiranya pelajar kurang faham dan membantu untuk
mengingat.
/
70 Menunjukkan slaid dan menerangkan struktur dan simbol galvanometer yang
sering digunakan serta kedudukan galvanometer dalam litar meter upaya dawai
gelangsar asas.
/
71 Menunjukkan slaid dan menerangkan mengenai struktur litart meter upaya
dawai gelangsar asas melalui lakaran.
/
72 Menerangkan cara membentuk persamaan Ex=Es/LlL2. /
73 Menerangkan fungsi empat komponen yang terdapat dalam litar meter upaya
dawai gelangsar asas.
/
74 Menyatakan dan menerangkan prinsip kendalian meter upaya dawai gelangsar. /
75 Menyatakan dan menerangkan kegunaan Potentiometer. /
76 Penutup:
Menguji kefahaman pelajar dengan menulis isi-isi yang dikehendaki di papan
putih.
/
77 Membuat rumusan daripada keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. /
7
Guru pelatih 7
Subjek: Instrumentasi; Tajuk: Cas dan Arus
78 Pengenalan:
Guru menceritakan satu situasi rod politena yang digosok dengan kain lembut
/
79 Guru menunjukkan contoh-contoh logam dan bahan logam yang
mempengaruhi pengaliran arus elektrik
/
80 Pelajar diminta memberi contoh lain yang berkaitan dengan cas elektrik /
81 Penyampaian isi pelajaran:
Guru menerangkan konsep cas elektrik be rdasarkan takrifannya
/
82 Guru menunjukkan konsep cas elektrik pada rod politena. /
83 Pelajar diminta mengulangi takrifan /
84 Guru menerangkan konsep arus elektrik dengan menggunakan contoh-contoh
yang diberi sebelumnya.
/
85 Guru menggunakan ammeter, miliammeter untuk menerangkan konsep
pengaliran arus.
/
86 Pelajar diminta untuk mengulang semula takrifan istilah arus elektrik dengan
betul.
/
87 Guru menerangkan konsep elektron bebas berdasarkan kuantiti bagi elektron
bercas positif dan elektron bercas negatif.
/
88 Pelajar diminta mengulang makna elektron bebas. /
89 Guru menerangkan konsep penebat elektrik dengan memberikan contoh-contoh
logam yang bersifat penebat elektrik.
/
90 Pelajar diminta untuk mengulangi makna penebat elektrik. /
91 Guru menerangkan konsep semikonduktor dengan memberikan contoh-contoh
bahan yang bersifat semikonduktor.
/
Pelajar diminta untuk mengulang makna semikonduktor.
Penutup:
92 Guru merumuskan semua tajuk pelajaran hari ini sambil menyoal para pelajar. /
Guru pelatih 8
Subjek: Pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik;
Tajuk: Litar Arus Terus AT
93 Pengenalan:
Guru bertanya kepada pelajar mengenai penggunaan elektrik di rumah pelajar.
/
94 Guru bertanya kepada pelajar adakah bil elektrik di rumah boleh dijimatkan
atau tidak.
/
95 Penyampaian isi pelajaran:
Guru menerangkan defmisi kuantiti dan unit elektrik.
/
96 Guru menerangkan definisi bagi setiap kuantiti dan unit yang diukur iaitu cas,
arus, voltan, rintangan, tenaga dan kuasa.
/
97 Guru memberi contoh ahli-ahli sains yang telah menemui unit dan kuantiti
elektrik seperti Charles A. Coulomb, Andre Marie Ampere, Alessandro Volta
dan James Watt.
/
98 Pelajar diminta menulis di hadapan kelas jenis-jenis dan simbol kuantiti dan
unit elektrik
/
99 Guru menerangkan jenis-jenis meter yang terdapat di dalam meter analog. /
100 Guru menggunakan meter ampere, meter volt dan meter ohm untuk
menerangkan gambaran fizikal dan juga konsep pergerakan pada meter.
/
101 Pelajar diminta membezakan ciri-ciri dan fungsi bagi setiap meter.. /
8
102 Guru menerangkan mengenai meter watt. /
103 Guru menggunakan meter watt untuk menerangkan gambaran fizikal dan juga
konsep pergerakan pada meter.
/
104 Guru menerangkan rajah litar kepada pelajar. /
105 Pelajar diminta memberi takrifan meter watt dan menerangkan rajah litar. /
106 Guru menerangkan mengenai meter tenaga.. /
107 Guru menggunakan meter tenaga untuk menerangkan gambaran fizikal dan
juga konsep pergerakan pada meter.
/
108 Guru menerangkan cara membuat pengiraan bagi takrif. /
109 Pelajar diminta membuat pengiraan bagi tarif. /
110 Guru menerangkan mengenai meter pelbagai. /
111 Guru menggunakan meter pelbagai berdigit untuk menerangkan gambaran
fizikal dan juga konsep pergerakan pada meter.
/
112 Pelajar dimina memberikan perbezaan antara meter pelbagai analog dengan
meter pelbagai berdigit.
/
Penutup:
113 Guru merumuskan semua tajuk pelajaran hari ini sambil menyoal pelajar. /
114 Guru membincangkan perbezaan bagi setiap meter dan hubungannnya dengan
kuantiti elektrik.
/
Jumlah skala 73
(64.0
4%)
15
(13.1
5%)
26
(22.8
1%)
181 Jumlah skor skala 73 30 78
Purata skor skala 181-114=1.588
Berdasarkan kepada Jadual 1 dapat dirumukan bahawa guru pelatih tidak cenderung
menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran. Ini berdasarkan kepada
purata skor skala kecenderungan menggunakan komunikasi dua hala adalah 1.588. Skor
skala 1.588 terletak dalam julat 1 hingga 1.7 yang ditafsirkan sebagai" Tidak cenderung
menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran'.
Berdasarkan bilangan kekerapan penggunaan aktiviti komunikasi dua hala oleh guru
pelatih dalam rancangan mengajar; didapati 73 daripada 114 aktiviti pengajaran guru
pelatih atau 64.04% tidak mengandungi unsur komunikasi dua hala, 15 aktiviti
pengajaran atau 13.15% sebahagiannya mengandungi unsur komunikasi dua hala dan
hanya 26 aktiviti pengajaran atau 22.81% sepenuhnya mengandungi unsur komunikasi
dua hala.
Perbincangan dan cadangan
Analisis komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru
pelatih menunjukkan bahawa kecenderungan guru pelatih untuk menggunakan
komunikasi dua hala dalam menyampaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah
rendah. Walau bagaimanapun ini bukan bermakna guru pelatih tidak mengetahui atau
menyedari bahawa peranan kemahiran komunikasi dua hala dalam proses pengajaran
9
juga memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar. Ini berdasarkan kepada
terdapatnya 13.15% aktiviti pengajaran guru pelatih mengandungi unsur komunikasi dua
hala dan 22.81% aktiviti pengajaran guru pelatih sepenuhnya mengandungi unsur
komunikasi dua hala. Mereka kurang merancang penggunaan komunikasi dua hala
dalam rancangan pengajaran mungkin kerana mereka beranggapan bahawa kekerapan
menggunakan aktiviti komunikasi seperti ini adalah memadai atau tidak memasukkan
rancangan penggunaan aktiviti komunikasi dua hala dalam rancangan pengajaran tetapi
akan menggimakannya dalam proses pengajaran yang sebenar.
Oleh yang demikian langkah perlu diambil bagi menyedarkan guru pelatih bahawa
mereka perlu memberi penekananan kepada memasukkan aktiviti komunikasi dua hala
dalam menyediakan rancangan pengajaran. Alasan manyatakan bahawa guru pelatih akan
menggunakan kemahiran dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun
tidak dinyatakan dalam rancangan mengajar kurang tepat kerana tanpa perancangan yang
rapi agak sukar untuk memasukkan kemahiran komunikasi dua hala secara adhock dalam
proses pengajaran sebenar. Oleh kerana melalui analisis yang dijalankan ini
menunjukkan guru pelatih lebih cenderung memilih penggunaan komunikasi sehala
berbanding komunikasi dua hala dalam persediaan mengajar maka dengan ini adalah
dicadangkan supaya pelatih-pelatih didedahkan dengan pengetahuan mengenai peranan
komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran, format dan teknik penulisan komunikasi
dua hala dalam penyediaan rancangan mengajar. Antara teknik untuk memasukkan
penggunaan komunikasi dua hala dalam rancangan mengajar ialah;
i. Guru mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar dalam aktiviti
pengajaran walaupun pada waktu itu peranan guru adalah untuk memberi
penerangan atau penjelasan mengenai konsep yang berkaitan dengan isi
pelajaran.
ii. Guru sentiasa mengamalkan penilaian berterusan sepanjang masa pengajaran
untuk mengetahui sama ada isi pelajaran yang disampaikan kepada pelaajar
telah dikuasai oleh pelajar atau sebaliknya. Penilaian dijalankan sama ada
berbentuk soalan atau berbentuk tugasan.
Kesimpulan dan Penutup
Analisis komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru
pelatih telah dijalankan. Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa guru pelatih
tidak begitu menekankan kepada penggunaan komunikasi dua hala dalam merancang
sesuatu sesi pengajaran. Memandangkan penggunaan komunikasi dua hala juga
membantu keberkesanan guru menyampaikan mesej kepada pelajar maka penggunaan
komunikasi ini sewajarnya dijadikan amalan dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
10
Usaha perlu dilakukan untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan gurtu pelatih
bahawa penggunaan kemahiran komunikasi dua hala dalam pengajaran perlu dijadikan
amalan tugas harian seseorang guru. Antara aspek yang ketara menampakkan bahawa
guru beijaya memasukkan unsur komunikasi dua hala dalam pengajaran dan
pemnbelajaran ialah pengunaan soalan dalam penyampaian isi pelajaran, pelajar secara
sukarela memberi jawapan atau bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru, pelajar
tidak rasa takut malah berasa bebas dan berani unuk memberi pendapat mereka semasa
mengikuti pengajaran guru, dan pelajar berani meminta penjelasan lanjut apabila mereka
tidak memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru.
Bibliografi
Andersen, J. F., & Powell, R. (1982). Intercultural communication and the classroom. In
L. A. Samovar & R. E. Porter (Eds.), Intercultural communication: a reader (6th ed.)
(pp. 208-214). Belmont, CA: Wadsworth.
Berko, R. M., Bostwick, F. & Miller, M. (1989). BasicΒ₯ly communicating: an activity
approach (2nd ed.). Dubuque, LA: Wm. C. Brown.
Cooper, Pamela J.(1991). Speech Communication for the Classroom Teacher. (4th ed).,
Scottsdale: Gorsuch Scarisbrick, Publishers.
Flacks, Niki and Robert W. Rasberry. (1982). Power Talk: How to Use Theater
Techniques to Win Your Audience. New York: The Free Press.
Ilardo, Joseph A. (1981). Speaking Persuasively, New York: Macmillan Publishing Co.,
Inc.

More Related Content

Similar to Analisa Komunikasi Dua Hala Guru Dengan Pelajar Dalam Persediaan Mengajar Guru Pelatih.

Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxPaparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Nardi25
Β 
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptxPPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
YumnaJelita
Β 
Propopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuPropopsal penelitianku
Propopsal penelitianku
Susi Yanti
Β 

Similar to Analisa Komunikasi Dua Hala Guru Dengan Pelajar Dalam Persediaan Mengajar Guru Pelatih. (20)

Makalah
MakalahMakalah
Makalah
Β 
Makalah metode ceramah
Makalah metode ceramahMakalah metode ceramah
Makalah metode ceramah
Β 
Pemanfaatan Media Pembelajaran.ppt
Pemanfaatan Media Pembelajaran.pptPemanfaatan Media Pembelajaran.ppt
Pemanfaatan Media Pembelajaran.ppt
Β 
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.docBAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
Β 
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptxPaparan Mendikbudristek ok.pptx
Paparan Mendikbudristek ok.pptx
Β 
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai 3
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai  3Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai  3
Prinsip prinsip pengembangan kurikulum pai 3
Β 
Karya ilmiah
Karya ilmiahKarya ilmiah
Karya ilmiah
Β 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
Β 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
Β 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
Β 
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...
Β 
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...
ANALISIS EFEKTIVITAS PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATERI JARING-JAR...
Β 
Peran dan Urgensi Media Pembelajaran dalam Kegiatan Belajar Mengajar
Peran dan Urgensi Media Pembelajaran dalam Kegiatan Belajar MengajarPeran dan Urgensi Media Pembelajaran dalam Kegiatan Belajar Mengajar
Peran dan Urgensi Media Pembelajaran dalam Kegiatan Belajar Mengajar
Β 
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua halaKajian tindakan komunikasi dua hala
Kajian tindakan komunikasi dua hala
Β 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Β 
Upaya Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Melalui Metode Elaborasi Pokok Ba...
Upaya Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Melalui Metode Elaborasi Pokok Ba...Upaya Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Melalui Metode Elaborasi Pokok Ba...
Upaya Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Melalui Metode Elaborasi Pokok Ba...
Β 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
Β 
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptxPPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
PPT Komunikasi Efektif daalam Pembelajaran.pptx
Β 
LK 3.1 Best Practice .pdf
LK 3.1 Best Practice .pdfLK 3.1 Best Practice .pdf
LK 3.1 Best Practice .pdf
Β 
Propopsal penelitianku
Propopsal penelitiankuPropopsal penelitianku
Propopsal penelitianku
Β 

More from Audrey Britton

More from Audrey Britton (20)

Developing And Writing A Diversity Statement Cent
Developing And Writing A Diversity Statement CentDeveloping And Writing A Diversity Statement Cent
Developing And Writing A Diversity Statement Cent
Β 
RESEARCH PAPER WRITING FORMAT Tanh
RESEARCH PAPER WRITING FORMAT TanhRESEARCH PAPER WRITING FORMAT Tanh
RESEARCH PAPER WRITING FORMAT Tanh
Β 
How To Plan And Write An Essay Fast. A Teacher Tells All. Writers Bureau
How To Plan And Write An Essay Fast. A Teacher Tells All. Writers BureauHow To Plan And Write An Essay Fast. A Teacher Tells All. Writers Bureau
How To Plan And Write An Essay Fast. A Teacher Tells All. Writers Bureau
Β 
Disney Stationary Tinkerbell And Friends, Disney Scrapb
Disney Stationary Tinkerbell And Friends, Disney ScrapbDisney Stationary Tinkerbell And Friends, Disney Scrapb
Disney Stationary Tinkerbell And Friends, Disney Scrapb
Β 
Websites That Write Essays For You Top 10 Services
Websites That Write Essays For You Top 10 ServicesWebsites That Write Essays For You Top 10 Services
Websites That Write Essays For You Top 10 Services
Β 
Digital Elephant Writing Paper Printable Elephant P
Digital Elephant Writing Paper Printable Elephant PDigital Elephant Writing Paper Printable Elephant P
Digital Elephant Writing Paper Printable Elephant P
Β 
Top Experts To Write Paper For Money In All Disciplines
Top Experts To Write Paper For Money In All DisciplinesTop Experts To Write Paper For Money In All Disciplines
Top Experts To Write Paper For Money In All Disciplines
Β 
This May Be The Worst College Paper Ever WrittenBut A Whistleblower ...
This May Be The Worst College Paper Ever WrittenBut A Whistleblower ...This May Be The Worst College Paper Ever WrittenBut A Whistleblower ...
This May Be The Worst College Paper Ever WrittenBut A Whistleblower ...
Β 
What Cause Climate Change Essay. The Causes Of Cli
What Cause Climate Change Essay. The Causes Of CliWhat Cause Climate Change Essay. The Causes Of Cli
What Cause Climate Change Essay. The Causes Of Cli
Β 
Essay Writing Service Write My Essay Essay Writing Help
Essay Writing Service Write My Essay Essay Writing HelpEssay Writing Service Write My Essay Essay Writing Help
Essay Writing Service Write My Essay Essay Writing Help
Β 
Thesis Vs. Dissertation Vs. Research Paper - Basic Dif
Thesis Vs. Dissertation Vs. Research Paper - Basic DifThesis Vs. Dissertation Vs. Research Paper - Basic Dif
Thesis Vs. Dissertation Vs. Research Paper - Basic Dif
Β 
013 Good Persuasive Essay Topics Example Thatsno
013 Good Persuasive Essay Topics Example Thatsno013 Good Persuasive Essay Topics Example Thatsno
013 Good Persuasive Essay Topics Example Thatsno
Β 
Using Quotes In An Essay Ultimate B
Using Quotes In An Essay Ultimate BUsing Quotes In An Essay Ultimate B
Using Quotes In An Essay Ultimate B
Β 
Brown Paper Texture Background Stock Photos Creative Market
Brown Paper Texture Background  Stock Photos  Creative MarketBrown Paper Texture Background  Stock Photos  Creative Market
Brown Paper Texture Background Stock Photos Creative Market
Β 
Critique Paper Example How To Write An Article Cr
Critique Paper Example  How To Write An Article CrCritique Paper Example  How To Write An Article Cr
Critique Paper Example How To Write An Article Cr
Β 
Write My Paper Hub - Your Reliable Academic Writing Assi
Write My Paper Hub - Your Reliable Academic Writing AssiWrite My Paper Hub - Your Reliable Academic Writing Assi
Write My Paper Hub - Your Reliable Academic Writing Assi
Β 
ITALIAN LESSON Italian Writing 1 By DrakeCroft On
ITALIAN LESSON Italian Writing 1 By DrakeCroft OnITALIAN LESSON Italian Writing 1 By DrakeCroft On
ITALIAN LESSON Italian Writing 1 By DrakeCroft On
Β 
Manuscript Paper Japanese Writing Paper Stock Illustra
Manuscript Paper Japanese Writing Paper Stock IllustraManuscript Paper Japanese Writing Paper Stock Illustra
Manuscript Paper Japanese Writing Paper Stock Illustra
Β 
Star Writing Template Freebie By Cupcakes A
Star Writing Template Freebie By Cupcakes AStar Writing Template Freebie By Cupcakes A
Star Writing Template Freebie By Cupcakes A
Β 
Short Paragraph On Water Pollution. Paragraph On Water Pollution ...
Short Paragraph On Water Pollution. Paragraph On Water Pollution ...Short Paragraph On Water Pollution. Paragraph On Water Pollution ...
Short Paragraph On Water Pollution. Paragraph On Water Pollution ...
Β 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
Β 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
Β 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
Β 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
AlfandoWibowo2
Β 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
Β 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
Β 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
SusanSanti20
Β 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
Β 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
Β 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
Β 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
Β 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
Β 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
Β 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
Β 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Β 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Β 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
Β 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
Β 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Β 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
Β 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Β 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Β 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Β 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Β 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Β 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
Β 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Β 

Analisa Komunikasi Dua Hala Guru Dengan Pelajar Dalam Persediaan Mengajar Guru Pelatih.

  • 1. ANALISIS KOMUNIKASI DUA HALA GURU DENGAN PELAJAR DALAM PERSEDIAAN MENGAJAR GURU PELATIH MOHD YUSOP AB. HADI BAHAROM MOHAMAD JAMALUDIN HASHIM ABDUL RASHID RAZZAQ INTERNATIONAL CONFERENCE ON COMMUNICATION AND MEDIA (i COME 2008) 1 4 - 1 7 JUN 2008 KUALA LUMPUR
  • 2. 1 Analisis komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih Mohd Yusop bin Ab.Hadi Baharom bin Mohamad Jamaludin bin Hashim Abdul Rashid bin Razzaq Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. ABSTRAK Elemen komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut guru menggunakan kemahiran interaksi dua hala bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan lancar dan pelajar-pelajarnya menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang tepat mengenai maksud yang terkandung dalam mesej. Berbeza dengan komunikasi sehala, komunikasi dua hala memberi peluang penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi ruang kepada penutur untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej. Perlaksanaan pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan pengajaran bagi satu satu sesi pengajaran. Rancangan untuk menyampaikan sesuatu objektif pengajaran yang jelas dan berasas kepada pelajar oleh guru ialah guru merancang dan menyediakan rancangan mengajar secara bertulis. Perancangan seperti ini memudahkan bakal individu yang akan melaksanakan pengajaran, menyemak, memperbaiki dan menjalankan simulasi sebelum melaksanakan proses pengajaran yang sebenar. Dalam kalangan guru pelatih mereka telah diajar bagaimana untuk merancang pengajaran dan sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mematuhi semua perancangan mengajar. Mendapati bahawa komikasi dua hala adalah memainkan peranan dalam menjayakan proses pengajaran untuk mencapai matlamatnya maka perancangan mengajar yang dihasilkan oleh seseorang guru boleh dijadikan wadah untuk mengesan jangkaan penggunaan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran. Sehubungan dengan ini tinjauan telah dijalankan untuk mengenai pasti penggunaan komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih sebelum menjalankan proses pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan pelatih- pelatih lebih banyak menggambarkan penggunaan komunikasi sehala berbanding komuniasi dua hala dalam persediaan mengajar. Dengan ini adalah dicadangkan supaya pelatih-pelatih didedahkan peranan komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran dan
  • 3. 2 format serta teknik penulisan komunikasi dua hala dalam penyediaan rancangan mengajar. Pendahuluau Komunikasi dua hala memainkan peranan dalam membantu mencapai matlamat kewujudan komunikasi. Proses komunikasi antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran menuntut guru menggunakan kemahiran interaksi dua hala bagi memastikan isi pelajaran dapat disampaikan dengan lancar dan pelajar-pelajarnya menerima dengan jelas serta membuat interpretasi yang tepat mengenai maksud yang terkandung dalam mesej. Berbeza dengan komunikasi sehala, komunikasi dua hala memberi peluang penutur menilai sama ada mesej yang dihantarnya dapat diterima oleh penerima atau sebaliknya. Komunikasi dua hala juga memberi ruang kepada penutur untuk menilai ketepatan mesej yang diterima oleh penerima mesej. Sehubungan dengan sifat komunikasi dua hala yang memberi makluman timbal balas antara penyampai mesej dengan penerima mesej maka adalah wajar komunikasi dua hala dipraktikkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui komunikasi dua hala ini guru mempunyai banyak peluang untuk menilai keberkesanan proses pengajaran mereka. Latar belakang kajian Perlaksanaan pengajaran yang berkesan bermula dengan perancangan pengajaran bagi satu satu sesi pengajaran. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebelum dilaksanakan oleh guru ke atas pelajar-pelajar, perlu dirancang dengan teliti dengan memasukkan unsur-unsur psikologi, sosiologi dan pedagogi. Ketiga-tiga aspek ini perlaksanaannya adalah melalui mekanisme komunikasi guru dengan pelajar. Perancangan yang jelas dan berasas adalah dengan penyediaan rancangan mengajar yang bertulis. Perancangan seperti ini memudahkan bakal individu yang akan melaksanakan pengajaran, menyemak, memperbaiki dan menjalankan simulasi sebelum melaksanakan proses pengajaran yang sebenar. Dalam kalangan guru pelatih mereka diajar bagaimana untuk merancang pengajaran sebelum sesuatu sesi pengajaran bermula. Pengajaran yang dilaksanakan tanpa persediaan mengajar dianggap sebagai pengajaran yang tidak memenuhi prinsip dan prosedur pengajaran. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang mematuhi semua perancangan mengajar. Memandangkan bahawa komunikasi dua hala mampu memainkan peranan dalam menjayakan proses pengajaran untuk mencapai matlamatnya maka perancangan mengajar yang dihasilkan oleh seseorang guru boleh dijadikan wadah untuk mengesan kemahiran komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar yang akan digunakan oleh guru dalam proses pengajaran. Sehubungan dengan ini tinjauan dijalankan untuk mengenalpasti penggunaan komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih sebelum menjalankan proses pengajaran.
  • 4. 3 Metodologi kajian Sebanyak lapan rancangan mengajar yang dihasilkan oleh lapan guru pelatih digunakan untuk mengesan penggunaan komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam proses pengajaran. Perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang pengendaliannya oleh guru pelatih dikumpul dan kemudiannya dianalisis dengan mengkategorikan bahan mengenainya kepada tiga kategori skala; 1. Aktiviti yang sepenuhnya tidak mengandungi unsur komunikasi dua hala. 2. Aktiviti yang sebahagiannya mengandungi unsur komunikasi dua hala. 3. Aktiviti yang sepenuhnya mengandungi unsur komunikasi dua hala. Kekerapan menggunakan komunikasi dua hala dalam rancangan pengajaran diperlihatkan dalam bentuk purata skor skala dan peratusan. Tafsiran purata skor skala bagi menyatakan kecederungan guru pelatih menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran adalah seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Tafsiran kecenderungan guru pelatih menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran Julat skor skala Tafsiran kecenderungan guru pelatih menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran 1 hingga 1.7 Tidak cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran >1.7 hingga 2.4 Cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran > 2.4 hingga 3 Sangat cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran Dapatan kajian Dapatan kajian mengenai analisis penggunaan komunikasi dua hala dalam rancangan pengajaran lapan guru pelatih ditunjukkan dalam Jadual 2.
  • 5. 4 Jadual 2: Analisis Penggunaan Komunikasi Dua Hala Dalam Rancangan Mengajar Bil Aktiviti Aktiviti pengajaran guru pelatih Penggunaan komunikasi dua hala 1 2 3 Guru pelatih 1 Subjek: Teknologi Elektrik : Tajuk : Kemagnetan (medan magnet dan keelektrometan) 1 Pengenalan: Memberi salam dan bertanyakan khabar / 2 Memastikan kelas dalam keadaan bersedia / 3 Mengedarkan borang kedatangan untuk ditandatangani oleh pelajar. / 4 Bercerita dan menunjukkan gambar yang berkaitan dengan tajuk. / 5 Soal jawab secara ringkas bagi mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar. / 6 Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada pelajar dengan isi pelajaran / 7 Penyampaian isi pelajaran: Menunjukkan magnet sebenar kepada pelajar supaya pelajar dapat mengetahui sifat magnet yang mempunyai daya magnet / 8 Menerangkan prinsip asas kemagnetan dan sifat-sifatnya. / 9 Menerangkan medan magnet dan menyenaraikan sifat-sifat medan magnet / 10 Meminta pelajar menyebut sifat-sifat garisan daya magnet/fluks. / 11 Menerangkan sifat-sifat medan magnet yang tidak dinyatakan oleh pelajar. / 12 Menerangkan keelektromagnetan dan menentukan arah medan magnet dengan menggunakan kompas, hukum tangan kanan dan hukum skrew tangan kanan. / 13 Meminta pelajar mencuba melukis arah medan magnet bagi pengalir pada arah arus berlainan. / 14 Meminta pelajar membuat kesimpulan hasil dari lukisan rajah medan magnet yang dibuat. / 15 Penutup: Menyoal pelajar dengan beberapa soalan bagi mengetahui tahap pemahaman mereka terhadap isi pelajaran hari ini. / 16 Membuat rumusan is pelajaran secara keseluruhan. / Guru pelatih 2 Subjek: Multimedia; Tajuk: Persembahan multi media 17 Pengenalan: Pemasangan alat. / 18 Mengucapkan salam. / 19 Bertanyakan khabar. / 20 Mengarahkan pelajar membaca doa. / 21 Bertanyakan soalan gambar apakah yang terdapat dalam slaid power point. / 22 Penyampaian isi pelajaran: Membentangkan slid power point mengenai jenis-jenis penyampaian multi media. / 23 Membentangkan slaid power point serta menerangkan perancangan dan pembinaan projek multi media semasa membangunkan projek multi media. / 24 Menunjukkan slaid power point dan menerangkan tugas dan tanggungjawab Pengurus Produksi. /
  • 6. 25 Menerangkan slaid power point mengenai lima proses penghasilan produk multi media tugas pasukan pembangunan produk multi media. / 26 Mengarahkan pelajar untuk menjawab soalan-soalan pendek. / 27 Penutup: Menerangkan secara ringkas isi pelajaran untuk dibawa ke minggu hadapan. / Guru pelatih 3 Subjek: Fizik: Tajuk: Pengukuran 28 Pengenalan: Memberi salam dan pelajar menjawabnya. / 29 Menunjukkan beberapa batang pen. / 30 Meminta pelajar menerangkan cara untuk mengukur panjang dan diameter pen. / 31 Meminta pelajar memberikan respon mengenai apa yang dilihat untuk dikaitkan dengan isi pelajaran. / 32 Menyatakan pengukuran menggunakan pembaris tidak tepat. / 33 Menerangkan secara ringkas mengenai peralatan yang telah dipelajari. / 34 Menanyakan beberapa soalan. / 35 Memberi penerangan berdasarkan slaid, jenis dan saiz mikrometer, nama dan lakaran bahagian-bahagian mokrometer luar, prinsip asas mikrometer, bacaan dan lakaran pada mikrometer dan cara penggunaan mikrometer. / 36 Soal jawab sekiranya pelajar kurang faham. / 37 Pengujianan berdasarkan penerangan yang telah dibuat. Soalan mengenai bahagian-bahagian mikrometer, skala mokrometer dan membaca mikrometer. / 38 Menghendaki pelajar mengambil bacaan pada mikrometer yang ditunjukkan. / 39 Memberi penerangan berdasarkan slaid, lakaran dan nama bahagian-bahagian angkup vernier, prinsip asas vernier, cara menggunakan angkup vernier dan bacaan angkup vernier. / 40 Soal jawab sekiranya pelajar kurang faham. / 41 Pengujianan berdasarkan penerangan yang telah dibuat. Soalan-soalan berkaitan dengan bahagian-bahagian angkup vernier, skala vernier dan membaca angkup vernier. / 42 Penutup: Memberi tugasan dalam bentuk laporan ringkas dan dihasilkan secara individu. / Guru pelatih 4 Subjek: Komputer dan Teknologi Maklumat; Tajuk: Aplikasi Sistem Operasi 43 Pengenalan: Menyenaraikan arahan-arahan DOS. / 44 Menerangkan dan mengaplikasi fungsi-fungsi arahan-arahan DOS. / 45 Penyampaian isi pelajaran: Bertanyakan pelajar apa yang mereka faham tentang DOS. / 46 Memberi penerangan mengenai fungsi DOS dan mengedar nota kuliah. / 47 Memberi penerangan tentang arahan-arahan DOS dan perbezaan antara satu sama lain iaitu DIR, COPY,RENAME,DELETE. / 48 Menggalakkan pelajar bertanya jika kurang jelas. / 49 Menunjukkan contoh-contoh penggunaan DOS. / 50 Memberi penerangan tentang kepentingan kepentingan DOS kepada komputer. / 51 Penutup: Memberi soalan pengukuhan tentang arahan-arahan DOS. /
  • 7. 6 Guru pelatih 5 Subjek: Hidrolik 1; Tajuk: Aliran Dalam Saluran Terbuka 52 Pengenalan: Memberi salam dan bertanyakan khabar / 53 Memastikan kebersihan dan susunan kelas teratur serta mengedarkan borang kedatangan. / 54 Penyampaian isi pelajaran: Menjelaskan mengenai jenis-jenis aliran dalam saluran terbuka. / 55 Meminta pelajar mengkelaskan jenis-jenis aliran dalam saluran terbuka. / 56 Memberi takrifan cerun hidraul, cerun dasar, perimeter basah dan jejari hidraulik. / 57 Memotivasikan supaya tidak kenal erti jemu dalam menimba ilmu dan saling bekeijasama dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat beijalan dengan baik. / 58 Menerangkan takrifan istilah Mekanik Bendalir. / 59 Penutup: Mengulangi secara ringkas keseluruhan pelajaran. _j / 60 Merumuskan isi pelajaran yang lebih mudah difahami oleh pelajar. / 61 Menjadualkan senarai rumus yang perlu digunakan dalam kerja-kerja pengiraan yang terlibat bagi memudahkan kerja-kerja pengiraan. / 62 Menerangkan mengenai apa yang bakal dipelajari pada kelas yang akan datang. / Guru pelatih 6 Subjek: Instrumentasi; Tajuk: Meter Upaya 63 Pengenalan: Memberi salam / 64 Memberi senarai kedatangan / 65 Menunjukkan seterika dan gambar-gambar seterika. / 66 Meminta pelajar memberi maklum balas bagaimana seterika dilaraskan. / 67 Penyampaian isi pelajaran: Menunjukkan slaid dan memperkenalkan meter upaya, struktur bahan binaan dan jenis-jenisnya. / 68 Memberi takrifan meter upaya sebagai alat untuk mengukur voltan. / 69 Mengulang semula sekiranya pelajar kurang faham dan membantu untuk mengingat. / 70 Menunjukkan slaid dan menerangkan struktur dan simbol galvanometer yang sering digunakan serta kedudukan galvanometer dalam litar meter upaya dawai gelangsar asas. / 71 Menunjukkan slaid dan menerangkan mengenai struktur litart meter upaya dawai gelangsar asas melalui lakaran. / 72 Menerangkan cara membentuk persamaan Ex=Es/LlL2. / 73 Menerangkan fungsi empat komponen yang terdapat dalam litar meter upaya dawai gelangsar asas. / 74 Menyatakan dan menerangkan prinsip kendalian meter upaya dawai gelangsar. / 75 Menyatakan dan menerangkan kegunaan Potentiometer. / 76 Penutup: Menguji kefahaman pelajar dengan menulis isi-isi yang dikehendaki di papan putih. / 77 Membuat rumusan daripada keseluruhan pengajaran dan pembelajaran. /
  • 8. 7 Guru pelatih 7 Subjek: Instrumentasi; Tajuk: Cas dan Arus 78 Pengenalan: Guru menceritakan satu situasi rod politena yang digosok dengan kain lembut / 79 Guru menunjukkan contoh-contoh logam dan bahan logam yang mempengaruhi pengaliran arus elektrik / 80 Pelajar diminta memberi contoh lain yang berkaitan dengan cas elektrik / 81 Penyampaian isi pelajaran: Guru menerangkan konsep cas elektrik be rdasarkan takrifannya / 82 Guru menunjukkan konsep cas elektrik pada rod politena. / 83 Pelajar diminta mengulangi takrifan / 84 Guru menerangkan konsep arus elektrik dengan menggunakan contoh-contoh yang diberi sebelumnya. / 85 Guru menggunakan ammeter, miliammeter untuk menerangkan konsep pengaliran arus. / 86 Pelajar diminta untuk mengulang semula takrifan istilah arus elektrik dengan betul. / 87 Guru menerangkan konsep elektron bebas berdasarkan kuantiti bagi elektron bercas positif dan elektron bercas negatif. / 88 Pelajar diminta mengulang makna elektron bebas. / 89 Guru menerangkan konsep penebat elektrik dengan memberikan contoh-contoh logam yang bersifat penebat elektrik. / 90 Pelajar diminta untuk mengulangi makna penebat elektrik. / 91 Guru menerangkan konsep semikonduktor dengan memberikan contoh-contoh bahan yang bersifat semikonduktor. / Pelajar diminta untuk mengulang makna semikonduktor. Penutup: 92 Guru merumuskan semua tajuk pelajaran hari ini sambil menyoal para pelajar. / Guru pelatih 8 Subjek: Pengajian kejuruteraan elektrik dan elektronik; Tajuk: Litar Arus Terus AT 93 Pengenalan: Guru bertanya kepada pelajar mengenai penggunaan elektrik di rumah pelajar. / 94 Guru bertanya kepada pelajar adakah bil elektrik di rumah boleh dijimatkan atau tidak. / 95 Penyampaian isi pelajaran: Guru menerangkan defmisi kuantiti dan unit elektrik. / 96 Guru menerangkan definisi bagi setiap kuantiti dan unit yang diukur iaitu cas, arus, voltan, rintangan, tenaga dan kuasa. / 97 Guru memberi contoh ahli-ahli sains yang telah menemui unit dan kuantiti elektrik seperti Charles A. Coulomb, Andre Marie Ampere, Alessandro Volta dan James Watt. / 98 Pelajar diminta menulis di hadapan kelas jenis-jenis dan simbol kuantiti dan unit elektrik / 99 Guru menerangkan jenis-jenis meter yang terdapat di dalam meter analog. / 100 Guru menggunakan meter ampere, meter volt dan meter ohm untuk menerangkan gambaran fizikal dan juga konsep pergerakan pada meter. / 101 Pelajar diminta membezakan ciri-ciri dan fungsi bagi setiap meter.. /
  • 9. 8 102 Guru menerangkan mengenai meter watt. / 103 Guru menggunakan meter watt untuk menerangkan gambaran fizikal dan juga konsep pergerakan pada meter. / 104 Guru menerangkan rajah litar kepada pelajar. / 105 Pelajar diminta memberi takrifan meter watt dan menerangkan rajah litar. / 106 Guru menerangkan mengenai meter tenaga.. / 107 Guru menggunakan meter tenaga untuk menerangkan gambaran fizikal dan juga konsep pergerakan pada meter. / 108 Guru menerangkan cara membuat pengiraan bagi takrif. / 109 Pelajar diminta membuat pengiraan bagi tarif. / 110 Guru menerangkan mengenai meter pelbagai. / 111 Guru menggunakan meter pelbagai berdigit untuk menerangkan gambaran fizikal dan juga konsep pergerakan pada meter. / 112 Pelajar dimina memberikan perbezaan antara meter pelbagai analog dengan meter pelbagai berdigit. / Penutup: 113 Guru merumuskan semua tajuk pelajaran hari ini sambil menyoal pelajar. / 114 Guru membincangkan perbezaan bagi setiap meter dan hubungannnya dengan kuantiti elektrik. / Jumlah skala 73 (64.0 4%) 15 (13.1 5%) 26 (22.8 1%) 181 Jumlah skor skala 73 30 78 Purata skor skala 181-114=1.588 Berdasarkan kepada Jadual 1 dapat dirumukan bahawa guru pelatih tidak cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran. Ini berdasarkan kepada purata skor skala kecenderungan menggunakan komunikasi dua hala adalah 1.588. Skor skala 1.588 terletak dalam julat 1 hingga 1.7 yang ditafsirkan sebagai" Tidak cenderung menggunakan komunikasi dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran'. Berdasarkan bilangan kekerapan penggunaan aktiviti komunikasi dua hala oleh guru pelatih dalam rancangan mengajar; didapati 73 daripada 114 aktiviti pengajaran guru pelatih atau 64.04% tidak mengandungi unsur komunikasi dua hala, 15 aktiviti pengajaran atau 13.15% sebahagiannya mengandungi unsur komunikasi dua hala dan hanya 26 aktiviti pengajaran atau 22.81% sepenuhnya mengandungi unsur komunikasi dua hala. Perbincangan dan cadangan Analisis komunikasi dua hala guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih menunjukkan bahawa kecenderungan guru pelatih untuk menggunakan komunikasi dua hala dalam menyampaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Walau bagaimanapun ini bukan bermakna guru pelatih tidak mengetahui atau menyedari bahawa peranan kemahiran komunikasi dua hala dalam proses pengajaran
  • 10. 9 juga memberi kesan positif terhadap pembelajaran pelajar. Ini berdasarkan kepada terdapatnya 13.15% aktiviti pengajaran guru pelatih mengandungi unsur komunikasi dua hala dan 22.81% aktiviti pengajaran guru pelatih sepenuhnya mengandungi unsur komunikasi dua hala. Mereka kurang merancang penggunaan komunikasi dua hala dalam rancangan pengajaran mungkin kerana mereka beranggapan bahawa kekerapan menggunakan aktiviti komunikasi seperti ini adalah memadai atau tidak memasukkan rancangan penggunaan aktiviti komunikasi dua hala dalam rancangan pengajaran tetapi akan menggimakannya dalam proses pengajaran yang sebenar. Oleh yang demikian langkah perlu diambil bagi menyedarkan guru pelatih bahawa mereka perlu memberi penekananan kepada memasukkan aktiviti komunikasi dua hala dalam menyediakan rancangan pengajaran. Alasan manyatakan bahawa guru pelatih akan menggunakan kemahiran dua hala dalam proses pengajaran dan pembelajaran walaupun tidak dinyatakan dalam rancangan mengajar kurang tepat kerana tanpa perancangan yang rapi agak sukar untuk memasukkan kemahiran komunikasi dua hala secara adhock dalam proses pengajaran sebenar. Oleh kerana melalui analisis yang dijalankan ini menunjukkan guru pelatih lebih cenderung memilih penggunaan komunikasi sehala berbanding komunikasi dua hala dalam persediaan mengajar maka dengan ini adalah dicadangkan supaya pelatih-pelatih didedahkan dengan pengetahuan mengenai peranan komunikasi dua hala dalam aktiviti pengajaran, format dan teknik penulisan komunikasi dua hala dalam penyediaan rancangan mengajar. Antara teknik untuk memasukkan penggunaan komunikasi dua hala dalam rancangan mengajar ialah; i. Guru mengemukakan soalan untuk dijawab oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran walaupun pada waktu itu peranan guru adalah untuk memberi penerangan atau penjelasan mengenai konsep yang berkaitan dengan isi pelajaran. ii. Guru sentiasa mengamalkan penilaian berterusan sepanjang masa pengajaran untuk mengetahui sama ada isi pelajaran yang disampaikan kepada pelaajar telah dikuasai oleh pelajar atau sebaliknya. Penilaian dijalankan sama ada berbentuk soalan atau berbentuk tugasan. Kesimpulan dan Penutup Analisis komunikasi dua hala antara guru dengan pelajar dalam persediaan mengajar guru pelatih telah dijalankan. Hasil daripada analisis ini menunjukkan bahawa guru pelatih tidak begitu menekankan kepada penggunaan komunikasi dua hala dalam merancang sesuatu sesi pengajaran. Memandangkan penggunaan komunikasi dua hala juga membantu keberkesanan guru menyampaikan mesej kepada pelajar maka penggunaan komunikasi ini sewajarnya dijadikan amalan dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
  • 11. 10 Usaha perlu dilakukan untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan gurtu pelatih bahawa penggunaan kemahiran komunikasi dua hala dalam pengajaran perlu dijadikan amalan tugas harian seseorang guru. Antara aspek yang ketara menampakkan bahawa guru beijaya memasukkan unsur komunikasi dua hala dalam pengajaran dan pemnbelajaran ialah pengunaan soalan dalam penyampaian isi pelajaran, pelajar secara sukarela memberi jawapan atau bertindak balas terhadap aktiviti pengajaran guru, pelajar tidak rasa takut malah berasa bebas dan berani unuk memberi pendapat mereka semasa mengikuti pengajaran guru, dan pelajar berani meminta penjelasan lanjut apabila mereka tidak memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru. Bibliografi Andersen, J. F., & Powell, R. (1982). Intercultural communication and the classroom. In L. A. Samovar & R. E. Porter (Eds.), Intercultural communication: a reader (6th ed.) (pp. 208-214). Belmont, CA: Wadsworth. Berko, R. M., Bostwick, F. & Miller, M. (1989). BasicΒ₯ly communicating: an activity approach (2nd ed.). Dubuque, LA: Wm. C. Brown. Cooper, Pamela J.(1991). Speech Communication for the Classroom Teacher. (4th ed)., Scottsdale: Gorsuch Scarisbrick, Publishers. Flacks, Niki and Robert W. Rasberry. (1982). Power Talk: How to Use Theater Techniques to Win Your Audience. New York: The Free Press. Ilardo, Joseph A. (1981). Speaking Persuasively, New York: Macmillan Publishing Co., Inc.