SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1
Biografi Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad (1884-1962):
Mufti Negeri Johor Darul Takzim
Atikah Binti Ishak (A157676)
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia
Abstrak: Artikel ini bertujuan membincangkan secara lengkap berkenaan biografi
Dato’ Sayyid Alwi Bin Tahir al-Haddad berikutan ketokohan yang dimiliki oleh beliau
sebagai mantan tokoh besar di negeri Johor yang muncul pada akhir abad ke-19
sehingga pertengahan abad ke-20. Ironinya, sejarah dan perjalanan hidup Dato’ Sayyid
Alwi Bin Tahir al-Haddad masih lagi asing pada dunia global terutamanya dalam
kalangan masyarakat walaupun masa zaman kemasyhurannya yang terkenal dan
dikenali di Malaysia, Asia Tenggara dan di Semenanjung Arab. Isu yang menjadi pokok
utama dalam artikel ini adalah berkenaan susur galur, riwayat hidup dan sumbangan
beliau kepada masyarakat Islam. Metodologi penulisan artikel ini adalah berdasarkan
kajian perpustakaan dan deskriptif. Kesimpulannya, ketokohan Dato’ Sayyid Alwi
sebagai Mufti Johor menunjukkan beliau diberi kepercayaan penuh oleh Sultan Johor
untuk menjawatnya sebanyak dua kali iaitu menjadi Mufti keempat dan keenam pada
tahun 1934 sehingga 1962.
1.1 PENGENALAN
Dato’ Sayyid Alwi Bin Tahir al-Haddad atau lebih dikenali dengan Habib Alwi
merupakan antara tokoh ilmuwan yang terkenal di abad ke 19 Masihi. Beliau
merupakan mantan Mufti Negeri Johor. Beliau telah memberi sumbangan yang
signifikasi dalam pengembangan Islam dalam kalangan masyarakat Islam Nusantara
khususnya di Alam Melayu dengan mengeluarkan fatwa-fatwa untuk kemaslahatan
masyarakat Islam. Keluasan keilmuan beliau dalam pelbagai bidang menjadikan beliau
seorang tokoh ulama yang disegani oleh masyarakat Islam. Bahkan ketegasan beliau
dalam memerangi golongan ajaran sesat menyumbang kepada kesejahteraan ummah
pada suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan mengenai
latar belakang kehidupan beliau secara mendalam sehingga diangkat sebagai Mufti
Johor.
2
1.2 LATAR BELAKANG
1.2.1 Kelahiran
Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad dilahirkan di sebuah perkampungan Qaidun di
Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H bersamaan 7 Ogos 1884 (Daeng Sanusi
1992: 109). Beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mulia
keturunannya. Menurut M.A Uswah (2010: 102) dan Muhammad Yusri et al. (2012: 5)
nama lengkap beliau ialah Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad bin Abdullah bin Taha
Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu
Tahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini sehingga nasabnya kepada Ali bin Abi Talib yang
bernikah dengan Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w. Gelaran Al-Haddad yang
diberikan kepada beliau adalah bermaksud besi yang bersifat pengasah kerana beliau
terkenal dengan sifat pengasuh dan pelembut hati (Azman et al. 2008: 2). Nasab
keluarganya yang mempunyai susur galur dengan ahlul bait telah melahirkan tokoh-
tokoh yang hebat dan dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat Islam.
1.2.2 Keturunan Sayyid
Perkataan ‘sayyid’, ‘syed’ )‫ّد‬‫ي‬‫(س‬ berasal daripada kata dasar kalimah Arab sa wa da (sa
da) )‫(سادة‬ yang bermaksud ketua atau pemimpin. Dalam konteks yang lain pula,
perkataan ‘sayyid’ bererti ketua suku kaum (sayyid al-qabilah). Pengertian ini
berdasarkan kepada kelazimannya yang digunakan kepada masyarakat bersukuan
(Mahayudin 1980: 141). Menurut Ibn Hisham (1955), pada zaman Rasulullah terdapat
beberapa orang Arab telah mendakwa diri sebagai ‘sayyid’, ketua suku. Antaranya ialah
Abu Mascud yang mendakwa sebagai pemimpin bagi suku Thaqif dan al-Walid bin al-
Mughirah bagi suku Quraisy. Manakala menurut Isfahani (1285), yang mendefinisikan
‘sayyid’ sebagai tuan dan menurutnya pada zaman Khalifah cUthman bin cAffan pernah
disifatkan ‘sayyid’ (tuan) dalam keluarganya.
Perkataan ‘sayyid’ juga adalah sama maksudnya dengan erti perkataan ‘syarif’
daripada kata kerja sya ra fa yang merujuk pada pengertian yang telah disebutkan.
3
Sebagai contoh, salah seorang naqib1 daripada keturunan Rasulullah bersama Abu al-
Barakat bin cAli al-Husaini abad kelapan hijrah telah digelar ‘al-Sayyid al-Sharif’. Di
sini jelas menunjukkan bahawa gelaran-gelaran ‘sayyid’ dan ‘syarif’ mempunyai kaitan
dengan keturunan Nabi. Bagaimanapun, menurut kebiasaannya gelaran ‘syarif’ hanya
ditentukan kepada keluarga Saidina Husain yang kebanyakan terdapat di Yaman dan
Hadhramaut (Mahayudin 1980: 143).
Pembentukan keturunan keluarga Sayyid Alawiyyah di Hadhramaut adalah
berasal daripada Ahmad bin Isa yang telah berpindah dari Iraq ke Hadhramaut pada
tahun 929M. Dengan perpindahan ini, lantas Ahmad bin Isa digelar ‘al-Muhajir’ iaitu
orang yang berhijrah. Sekitar tahun 1127M, sebahagian dari keluarga al-Muhajir yang
diketuai oleh Ali bin Alawi telah berpindah ke bandar Tarim iaitu sebuah pusat ilmu
pengetahuan penting di Hadhramaut pada ketika itu. Di sinilah mereka memulakan
pengaruh dan berkembang menjadi sebuah keluarga besar yang dipanggil ‘Keluarga
Sayyid Alawiyyah’ dan kemudiannya mendakwa berasal dari nasab Rasulullah s.a.w
iaitu dari keturunan Saidina Husain (Mahayudin 2001: 9).
Ahli sejarawan seperti Mahayudin (1980); Ismail Mat (1992); Wan Mohd
Shaghir (2006) berpendapat bahawa kebanyakan keturunan ‘sayyid’ yang tinggal di
Tanah Melayu pada ketika itu adalah dari keturunan yang sama iaitu berasal dari daerah
Tarim, Hadhramaut. Mereka mula sampai ke Asia Tenggara untuk menyebarkan
dakwah Islam sekitar abad ke-8 dan 9 Hijrah bersamaan abad 14 dan 15 Masihi. Mereka
kemudiannya bertebaran sehingga ke Afrika, India dan Nusantara. Namun
kebanyakannya berhijrah ke Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera, Acheh, Borneo,
Filipina dan Semenanjung Tanah Melayu. Menurut Abd Latif & Masnoridah (2010:
78) sebahagian besar dari kalangan mereka yang datang ke Asia Tenggara adalah dari
keturunan Sayyid Alawiyyah.
1 Naqib yang bermakna pemimpin atau ketua bagi suatu kumpulan manusia. Pada zaman
Rasulullah s.a.w. terdapat seramai 12 orang Arab dari kaum Ansar yang terlibat dengan peristiwa
Perjanjian Aqabah telah dilantik menjadi naqib bagi mengetuai kaum Ansar di Madinah (Ibn Manzur
1968: 769).
4
1.2.3 Pendidikan
Dato’ Sayyid Alwi semenjak kecil lagi telah bercita-cita menjadi ulama seperti
saudaranya yang lain. Kepintaran dan kecerdasannya dalam mendalami ilmu
memudahkan beliau menghimpunkan pelbagai ilmu naqli dan aqli lebih dari rakan-
rakannya dan mampu menguasai suatu bidang ilmu dengan cepat. Bahkan menurut M.
A Uswah (2010: 102) beliau mampu melakukan istinbat dan ijtihad yang cermat
sehingga tidak dapat dilakukan oleh sebahagian orang. Beliau juga telah menerima ilmu
melalui muzakarah atau perbincangan dengan gurunya berpandukan pengajian halaqah
kitab yang diadakan di masjid-masjid di tempat mereka (Mohd Jasmy 1993).
Pada usianya 12 tahun, Dato’ Sayyid Alwi dikatakan telah khatam kitab Ihya
Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Minatnya yang mendalam dalam bidang ilmu hadis
sehinggakan beliau membaca berulang kali kitab as-Sittah, Riyadus Salihin, Bulughul
Maram dan Syarah Jamic as-Saghir. Untuk memperdalami ilmu hadis beliau telah
mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadis seperti ad-Dawabidh al-Jaliyah fi al-
Asanid al-cAliyah karya Syeikh Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi.
Demikian juga kitab ats-Tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh
Safiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyaasy al-Madani. Beliau telah berhasil
memperoleh ilmu dan ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang
bersambung sampai Rasulullah s.a.w. Seterusnya dalam usia 17 tahun, beliau telah
mengajar kitab yang besar-besar dan ilmu yang berat seperti ilmu tafsir, hadis, feqah,
usul fiqh, tarikh, falak, nahu, sorof, balaghah, filsafat dan tasawuf (Wan Mohd. Shaghir
2006; M.A Uswah 2010: 103).
Guru-guru beliau di Hadhramaut kebanyakannya dari kalangan keluarganya
sendiri yang bergelar ulama seperti Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib
Abdullah bin Taha al-Haddad, Habib Tahir bin Abi Bakri al-Haddad, Habib Tahir bin
Umar al-Haddad dan Habib Muhammad bin Tahir al-Haddad. Dato’ Sayyid Alwi juga
sempat mendengar riwayat hadis daripada Sayyid Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal
yang meninggal dunia pada tahun 1250H/1834M. Selain itu, beliau juga pernah berguru
dengan Syed Umar al-Mudi dan Syed Ahmad bin Hassan al-Attas (M.A Uswah 2010:
103). Mengikut pemerhatian Daeng Sanusi (1992: 109) yang menyatakan bahawa
5
bidang pengajian Dato’ Sayyid Alwi meliputi aspek ajaran Islam seperti feqah, syariah,
usuluddin, dan sebagainya. Oleh kerana berkat ketekunan dan kesabarannya dalam
menuntu ilmu, Dato’ Sayyid Alwi telah dilantik menjadi kadi di Hadhramaut oleh
penduduk di situ.
1.2.4 Perkahwinan
Menurut keterangan Haji Abd. Ghani bin Haji Yahya semasa temu bual dengan Mohd
Jasmy (1993) pada 19 September 1992, semasa di Hadhramaut Dato’ Sayyid Alwi telah
berkahwin dengan seorang gadis yang mempunyai kaitan dengan keluarganya. Pada
ketika itu beliau berusia dalam lingkungan 16 tahun. Begitu juga semasa berdakwah di
Habsyah, beliau telah bertemu jodoh dengan seorang gadis di sana. Namun menurut
ahli sejarawan seperti Abd. Latif & Masnorindah (2010); Mohd Jasmy (1993); Azman
Ab Rahman et al. (2008) Dato’ Sayyid Alwi menamatkan zaman bujangnya semasa
berada di Tanah Jawa kerana setelah dipertemukan jodoh dengan seorang gadis
berketurunan Raden (kerabat diraja) dalam usia yang muda, iaitu pada ketika usia 16
tahun. Agak sukar untuk menentukan sama ada Dato’ Sayyid Alwi turut membawa
bersama anak isteri beliau yang berasal dari Hadhramaut dan Habsyah itu ke Tanah
Jawa. Sumber yang terhad menyebabkan kesukaran untuk menemui maklumat yang
tepat dan terperinci. Namun secara pastinya Dato’ Sayyid Alwi mempunyai seorang
isteri dan lima orang anak ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Johor Bahru semasa
memegang jawatan Mufti Johor pada tahun 1934.
1.3 SUMBANGAN DAN JASA
1.3.1 Berkhidmat di Indonesia
Merujuk temubual Daeng Sanusi (1992: 109) dan M.A Uswah (2010: 106) yang telah
menemuramah Tan Sri Abdul Jalil Hassan2 pada 8 Mac 1984 telah menyatakan Dato’
2 Tan Sri Dato’ Abd Jalil Bin Haji Hassan dilahirkan di Kg. Serom, Muar, Johorpada 10 Januari
1912. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu di Johor, Royal English School Singapura, Maahad al-
Azhari Bil Jamik al-Azhar as-Syarif fil Kasam al-Ibtidai dan Sanawi di Kaherah, Mesir. Beliau
merupakan bekas Penolong Mufti Johor(1947-1962), Mufti Johor(1962-1964), Mudir Kolej Islam Klang
6
Sayyid Alwi mula berhijrah ke Somalia, Kenya, Mekah, Indonesia, Malaysia dan lain-
lain berikutan proses lanjutan penghijrahan para ulama keturunan ‘sayyid’ untuk
menyampaikan dakwah Islam. Kehidupan tradisi masyarakat Arab yang gemar
berpindah randah dari suatu tempat ke suatu tempat turut mempengaruhi kegiatan
dakwah beliau. Secara tidak langsung tradisi ini telah dapat membantu penyebaran
agama Islam dari suatu tempat ke suatu tempat dengan lebih berkesan lagi (Mohd Jasmy
1993).
Menurut Abd. Latif & Masnorindah (2010: 78); Azman Ab Rahman et al. (2008:
3) Dato’ Sayyid Alwi telah berhijrah dari tempat kelahirannya di Hadhramaut ke Bogor,
Jawa pada tahun 1920-an dengan menjadi menjadi guru dan mufti tidak rasmi kepada
masyarakat Islam di sana, di samping menjadi ketua Rabithah Alawiyyah di Jakarta.
Menurut Mohd. Jasmy (1993) kedatangan Dato’ Sayyid Alwi ke Tanah Jawa telah
disambut baik oleh masyarakat sana. Kemasyhuran beliau sebagai seorang alim ulama
telah membawa kepada perlantikannya sebagai ketua Rabithah Alawiyyah.
Berdasarkan Nabir (1982: 99) dan L.C. Harn (1963: 18), Rabithah Alawiyyah atau
Persatuan Kaum Sayyid Alawiyyah ialah pemeliharaan keturunan ‘sayyid’ oleh
keluarga ‘sayyid’ Alawiyyah secara kolektif atau berkumpulan.
Di Jakarta, Dato’ Sayyid Alwi ditugaskan mengajar di Madrasah Jamciyah al-
Khair yang didirikan oleh keturunan ‘sayyid’ di Indonesia. Madrasah Jamciyah al-Khair
ialah sekolah Islam yang mengikut sistem pendidikan moden yang pertama di
Indonesia, Dato’ Sayyid Alwi termasuk salah seorang guru yang pertama sekolah itu.
Oleh itu, jawatan pertama beliau ialah wakil mudir sekolah tersebut. Dan antara
muridnya ialah Sayyid Umar bin Saqaf as-Saqqaf, Sayyid Alwi bin Syeikh Bilfaqih al-
Alawi, Sayyid Alwi bin Abbas al-Maliki, Sayyid Salim Aali Jindan, Sayyid Muhammad
bin Ahmad al-Haddad, Sayyid Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih, Sayyid Husein bin
Abdullah bin Husein al-Attas, Syeikh Hasan Muhammad al-Masyath al-Makki dan
Kiyai Haji Abdullah bin Nuh (M.A Uswah 2010: 106).
(1964-1970), Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM (1970-1972) dan Ketua Jabatan Usuluddin dan
Falsafah, UKM (1970-1977) (Fakulti Pengajian Islam 2017 [4 Okt 2017]).
7
Merujuk Mohd. Jasmy (1993: 14) dan Mohd Fawzi (1978: 177) lagi semasa
menyertai Rabitah Alawiyyah, Dato’ Sayyid Alwi telah mempelbagaikan kegiatannya
dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah di sana. Pelbagai usaha telah dijalankan
termasuklah menerbitkan hasil-hasil penulisan mengenai kegiatan agama. Selain itu
juga, beliau juga turut berhasrat untuk menyebarkan syiar Islam ke kawasan-kawasan
sekitar kepulauan Nusantara ini. Pada masa yang sama di Johor jawatan Mufti telah
dikosongkan oleh Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohsin Al-Attas kerana tamat tempoh
perkhidmatannya pada tahun 1934.
1.3.2 Mufti Kerajaan Johor
Berikutan persaraan Mufti Kerajaan Johor, Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohsin Al-
Attas, Kerajaan Johor telah mengiklankan jawatan tersebut melalui ‘Warta Melayu’
untuk mencari seorang ulama bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Iklan itu telah
dikirimkan ke Bogor Indonesia dan beliau telah disyorkan untuk memohon jawatan itu.
Dato’ Sayyid Alwi berminat dan telah bersetuju untuk mengirimkan surat dari Bogor
berserta tiga buah buku agama yang ditulis dalam bahasa Arab untuk membuktikan
kesediaannya dan membuktikan ketinggian ilmu agama yang dimilikinya. Baginda
Sultan Johor berkenan lalu memerintahkan supaya dihantar tawaran kepadanya bagi
menjawat jawatan mufti. Ketibaan beliau di Johor Bahru disambut baik dan
ditempatkan di rumah kerajaan di Bukit Ledang. Menurut Mohd Jasmy (1993) sebelum
menjadi Mufti Johor, beliau terlebih dahulu dilantik sebagai Pemangku Mufti dalam
tempoh percubaan selama setahun dengan bayaran gaji sebanyak RM 456.00 sebulan
dengan tambahan setahun sebanyak RM 300.00 di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim
Ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar. Seterusnya selepas berjaya menempuhi tempoh
percubaan selama setahun, Dato’ Sayyid Alwi telah dilantik secara rasmi menjadi Mufti
Kerajaan Johor yang keempat pada 8 Mac 1934 ketika berusia 49 tahun (Abd. Latiff &
Masnoridah 2010: 79; Azman Ab Rahman et al. 2008: 3; Ismail Mat 1992: 110; Farid
Mat Zain 2006: 538; M.A Uswah 2010: 106).
Merujuk Mohd Jasmy (1993) yang telah menemubual Haji Abd Ghani Bin
Yahya pada 19 September 1992 yang menyatakan terdapat satu masalah yang timbul
sejak beliau berkhidmat di Jabatan Agama Johor ialah penguasaan Bahasa Melayu yang
8
lemah. Walaupun beliau telah menetap di Indonesia untuk tempoh beberapa tahun tetapi
beliau hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa pasar sahaja. Tambah Mohd Jasmy
(1993) lagi, Dato’ Sayyid Alwi telah meminta pihak Jabatan Agama Johor supaya
menyediakan seorang kerani bangsa Melayu yang boleh menguasai bahasa Arab dengan
baik untuk membantu beliau dalam kerja-kerja menterjemah. Terdapat beberapa nama
telah dicadangkan untuk mengisi jawatan tersebut. Namun pihak Jabatan Agama Johor
telah melantik Haji Abd Ghani Bin Yahya untuk memegang jawatan tersebut. Ini kerana
beliau dapat menguasai bahasa Arab dengan baik, walaupun di dalam Jabatan Agama
Johor beliau merupakan Pemeriksa Hal Ehwal Agama. Dengan itu juga tercatatlah
dalam sejarah bahawa beliau merupakan anak Melayu pertama yang diberi kepercayaan
untuk memegang jawatan kerani bahasa Arab iaitu kepada Dato’ Sayyid Alwi.
Namun setelah berkhidmat selama kira-kira tujuh tahun, Dato’ Sayyid Alwi
terpaksa meninggalkan sementara tugasnya ekoran ancaman tentera Jepun di Tanah
Melayu sekitar tahun 1941. Menurut Ghazali (1979: 16) hal ini berikutan Tanah Melayu
telah diserang oleh tentera Jepun pada 8 Disember 1941 dan dengan cepat telah ditawan.
Ini kerana penaklukan keseluruhan Tanah Melayu hanya berjaya dilakukan setelah
pengeboman bandar Muar kerana kedudukan Muar dan Johor yang strategik bagi
pertahanan di Selatan Tanah Melayu dan Muar yang dianggap sebagai kubu kedua
terkuat selepas Kedah.
Menurut Abd. Latif & Masnoridah (2010: 80) pada tahun 1941 bersamaan
1360H, Dato’ Sayyid Alwi telah meninggalkan sementara jawatan Mufti tersebut
kerana ancaman Jepun dan beliau telah berhijrah bersama keluarganya ke Batu Pahat,
Johor. Jawatan Mufti Johor kemudiannya telah diambil alih oleh Datuk Haji Hassan bin
Haji Yunos. Namun, Dato’ Sayyid Alwi telah dilantik semula menjawat jawatan itu
sebagai Mufti Johor yang keenam mulai tahun 1948 sehingga tahun 1951. Hal ini
berikutan Mufti kelima Datuk Haji Hassan Bin Haji Yunos meletakkan jawatan kerana
memasuki arena politik pada tahun 1948 dan dinyatakan Dato’ Sayyid Alwi sepatutnya
bersara wajib mengikut peraturan kerajaan, namun atas titah perintah Sultan Ibrahim,
perkhidmatannya telah disambung semula sehingga tahun 1961.
9
Rentetan kehilangan Dato’ Sayyid Alwi tanpa pengetahuan Jabatan Agama
Johor telah menjadi isu hangat ketika itu. Tetapi disebabkan keadaan tidak tenteram
ketika itu, maka usaha-usaha mengesan beliau sukar dijalankan. Dipercayai Dato’
Sayyid Alwi telah melarikan diri bersama ahli keluarganya ke Batu Pahat, Johor.
Berdasarkan laporan dalam fail Pejabat Agama Johor 493/47 yang menunjukkan beliau
tinggal di 22-1, Jalan Ampuan. Semasa ketiadaan Dato’ Sayyid Alwi, Datuk Haji
Hassan Bin Haji Yunos telah mengambil alih jawatan Mufti Johor. Tetapi tidak kekal
lama berikutan hubungan yang tegang dengan pihak istana apabila beliau bersama
Datuk Abd. Rahman Mohd Yassin menentang Sultan Ibrahim kerana menandatangi
perjanjian dengan British untuk membolehkan British campur tangan di negeri Johor.
Oleh itu, Datuk Haji Hassan telah meletak jawatan sebagai Mufti Johor pada tahun 1945
untuk bergiat di dalam politik (Mohd Jasmy 1993).
Semasa menjawat semula jawatan Mufti, beliau berusaha bersungguh-sungguh
untuk meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan orang ramai dengan
menyampaikan ilmu pengetahuan agama di masjid-masjid dan berusaha sedaya upaya
membasmi ajaran-ajaran sesat yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam (Abd
Latif & Masnoridah 2010: 80).
Dato’ Sayyid Alwi yang telah dilantik sebagai Mufti Johor sebanyak dua kali
iaitu bermula 1934-1941 dan 1947-1961 oleh Sultan Ibrahim, menunjukkan bahawa
beliau seorang yang disegani, dihormati dan disenangi oleh Sultan untuk memangku
jawatan tersebut.
1.3.3 Sumbangan kepada Masyarakat
Keterlibatan Dato’ Sayyid Alwi dalam bidang penulisan tidak dapat disangkal lagi.
Menurut M.A Uswah (2010: 103) Dato’ Sayyid Alwi telah menulis di akhbar pelbagai
artikel dan hasil kajian beliau dalam bermacam-macam persoalan masyarakat, politik,
aqidah, sejarah dan fatwa yang kesemuanya mencapat 13,000 masalah. Sebagai ulama
dan mufti, beliau kerap diminta menyampaikan pidato dan ceramah dalam pertemuan-
pertemuan umum.
10
Ketika berkhidmat di Indonesia, beliau pernah menyampaikan ceramah di
hadapan Jong Islamieten Bond (Perkumpulan Pemuda Muslimin)3 telah diterbitkan
dalam dua bahasa iaitu bahasa Indonesia dan Arab. Selain itu, Haji Oemar Said
Tjokroaminoto, Pemimpin Sarekat Islam, juga sering berhubungan dengannya. Ketika
Haji Oemar sedang mengarang buku tentang sejarah Nabi dalam bahasa Indonesia,
beliau menunjukkan kepada Dato’ Sayyid Alwi yang kemudian memeriksanya dan
memberikan kata pengantar untuk buku itu. Buku itu kemudian diterbitkan atas biaya
seorang dermawan dan terbit sebanyak dua kali (M.A Uswah 2010: 104). Beliau juga
telah mengarang beberapa kitab semasa di Tanah Jawa di antaranya adalah al-Qaulul
al-Faslul pada tahun 1920-an ketika berusia 52 tahun dan mengarang dalam Majalah
al-Rabittah al-Alawiyah di Bogor (Azman Ab Rahman et al. 2008: 3). Hal ini
membuktikan kealiman Dato’ Sayyid Alwi sehingga menjadi rujukan pada masyarakat
di Indonesia pada ketika itu.
Semasa di Johor, Tanah Melayu, selain tugas sebagai mufti beliau juga
merupakan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pelajaran Agama Johor. Dengan usaha beliau
juga Mahkamah Syariah Johor dan Pejabat Zakat Johor telah diperkemaskan agar lebih
sistematik (Abd Latif & Masnoridah 2010: 2). Beliau juga salah seorang pengarang
kepada Lembaga Malaya dan Warta Ahad sekitar tahun 1930-an. Kemudian pada tahun
1935, beliau telah mengarang Kitab Ahkam Syariat Johor dan juga Kitab al-Anwarul
Quran pada tahun 1956. Beliau juga banyak menghasilkan kitab terutama dalam bidang
sejarah dan di antaranya adalah cUqud al-Amas, Sejarah Islam di Filipina, al-Madkhal
ila al-Tarikh, al-Islam Bishrirqub al-Aqsa dan Tarikh perkembangan Asia Tenggara
(Azman Ab Rahman et al. 2008: 4).
Selain itu, sumbangan lain yang telah diberikan oleh beliau adalah dengan
mengeluarkan fatwa-fatwanya yang terkenal dan menjadi panduan masyarakat Islam di
Johor khususnya dan di seluruh Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya. Peranannya
3 Jong Islamieten Bond adalah perkumpulan pemuda Islam yang didirikan di Jakarta pada
tanggal 1 Januari 1925 oleh pemuda pelajar ketika itu. Tujuan pertama pembentukannya adalah untuk
mengadakan kursus-kursus agama Islam bagi para pelajar Islam dan untuk mengikat rasa persaudaraan
antara para pemuda terpelajar Islam yang berasal dari pelbagai daerah di Nusantara. Organisasi ini
bukanlah organisasipolitik kerana tidak terlibat dalam kegiatan politik, tetapi menyelenggarakan kursus-
kursus pendidikan dan mempererat persatuan bagi pemuda dan pelajar Islam Hindia Belanda (Kopral
Cepot 2012 [7 Okt 2017]).
11
yang amat besar adalah dalam membanteras ajaran-ajaran sesat seperti agama Qadiani,
Bahai, Taslim, Kaum Muda dan lain-lain lagi (Azman Ab Rahman et al. 2008: 4).
Sebagai seorang ulama, Dato’ Sayyid Alwi memiliki sifat-sifat keperibadian yang wajar
diteladani iaitu sifat berani dan tegas dalam memperkatakan soal-soal keagamaan.
Antara isu hangat yang berlaku dan mendapat perhatian Dato’ Sayyid Alwi ialah
gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu. Beliau berpendapat bahawa Kaum Muda ini
termasuk dalam golongan yang sesat kerana menurut beliau mereka berusaha untuk
menyatukan atau menyamakan Islam dengan agam lain, meringan-ringankan hukum
fiqh seperti tidak menganggap babi itu najis, membolehkan membaca al-Quran
walaupun berhadas besar, Nabi Isa dikatakan mempunyai bapa dan sebagainya. Dalam
masa yang sama Kaum Muda juga dikatakan membesar-besarkan perkara kecil seperti
talkin, tahlil, lafaz ‘usalli’, menghalalkan riba dan sebagainya (Daeng Sanusi 1992:
117).
Dato’ Sayyid Alwi antara tokoh Kaum Tua yang bersama-sama tokoh ulama
lain yang terlibat memerangi Kaum Muda sekitar abad ke-20. Antara usaha yang
dilakukan oleh beliau dalam memerangi ajaran sesat ini ialah dengan menumpukan
usaha dalam bentuk penulisan dalam makalah-makalah. Beliau juga telah mengarahkan
kadi-kadi yang dilantik bagi setiap daerah membanteras ajaran sesat di daerah masing-
masing. Selain itu beliau juga berusaha membasmi amalan khurafat yang berlaku dalam
kalangan masyarakat Islam Johor selain mengeluarkan fatwa-fatwa dan menjadi
panduan masyarakat bagi memerangi ajaran sesat (Abd Latif & Masnoridah 2010: 82).
Menurut Nik Yusri (2005: 540) langkah-langkah untuk menyekat dan
membanteras ajaran sesat dipandang serius Dato’ Sayyid Alwi dalam memerangi
golongan ini dengan menyekat kemasukan kitab-kitab ajaran tersebut. Antara kitab
yang diharamkan oleh beliau ialah kitab Kaum Muda yang bertajuk Kitab al-Tauhid
dan Soal Jawab Agama karya A. Hassan Bandung. Menerusi karyanya Fatwa-Fatwa
Mufti Kerajaan Johor, beliau menjelaskan bahawa kitab A. Hassan Bandung dan rakan-
rakannya dalam Persatuan Islam tersebut sebagai sesat lagi menyesatkan yang ditulis
oleh pengikut Qadiani, Khawarij dan sebagainya (Tamar Jaya 1958).
12
1.3.4 Hasil Karya
Dengan pengetahuannya yang sangat luas, Dato’ Sayyid Alwi al-Haddad telah
mengahsilkan begitu banyak karya. Antara karya beliau ialah (M.Auswah 2010: 104;
Ismail Mat 1992: 111):
i. Anwar al-Quran al-Mahiyah li Talamat Mutanabic Qadyani
ii. Al-Qaul al-Fashl fi ma li Bani Hashim wa al-Arab min Fadhl
iii. Al-Khulasah al-Wafiah fi al-Asanid al-cAliyah
iv. cUqud al-Amas bi Manaqib al-Habib Ahmad bin Hasan al-cAttas
v. cIqd al-Yaqut fi Tarikh Hadramaut
vi. Kitab as-Sirah an-Nabawiyah asy-Syarifah
vii. Thabaqat al-cAlawiyin
viii. Ahkam asy-Syarciyyah
ix. Fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Johor
x. ‘Tulisan Melayu dan Rumi’ dalam Warta Jabatan Agama Johor Jilid 51, 52 dan
53
xi. ‘Kaum Muda dan Kaum Muslimin’ dalam Warta Jabatan Agama Johor, bil. 90-
91
1.4 KEWAFATAN
Menurut Mohd Jasmy (1993) Dato’ Sayyid Alwi telah menghabiskan masanya di rumah
selepas berakhir perkhidmatannya sebagai Mufti Johor memandangkan usia beliau pada
ketika itu sudah lanjut. Beliau telah menghabiskan usia tuanya dengan banyak membaca
kitab-kitab agama. Walaupun tugas beliau sebagai Mufti sudah berakhir, namun beliau
tetap menjadi rujukan penduduk sekitar dalam menyelesaikan masalah agama. Di
samping itu, beliau juga tidak lagi memberi ceramah di masjid-masjid disebabkan
ketidakupayaan untuk bergerak seperti sebelum ini. Selepas berakhir perkhidmatannya
sebagai Mufti Johor, beliau telah tinggal di kediaman yang berdekatan dengan Kolej
Tengku Ampuan, Johor Bahru dan di situlah tempat beliau meninggal dunia pada 14
November 1962 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Mahmodiah,
Johor Bahru. Dikatakan juga kematian Dato’ Sayyid Alwi dipercayai disebabkan oleh
keuzuran memandangkan usianya pada ketika itu sudah lanjut.
13
Menurut Ismail Mat (1992: 110); Farid Mat Zain (2006: 538); Azman Ab
Rahman (2008: 3); Abd Latif & Masnoridah (2010: 85); M.A Uswah (2010: 107) Dato’
Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad telah meninggal dunia pada 14 November 1962
bersamaan 1382H pada usia 77 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan
Mahmodiah, Johor Bahru.
1.5 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad terbilang di antara
barisan ulama yang terkenal bukan sahaja di Malaysia dan Asia Tenggara malahan di
Semenanjung Arab. Keistimewaan beliau yang utama adalah beliau mampu menguasai
pelbagai cabang ilmu yang sukar dilakukan oleh seorang manusia biasa. Malahan susur
galur beliau yang berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. yang terdiri dari kalangan
ulama yang disegani dan dihormati di Semenanjung Arab dan Asia Tenggara.
Penghijrahan beliau ke Nusantara sekitar awal abad ke-19 membawa dakwah Islam
memberi sinar baru dalam kehidupan masyarakat khususnya di Indonesia dan Malaysia.
Selain itu, tugas beliau sebagai Mufti dan ulama dengan berusaha dan bersikap tegas
dalam memerangi golongan yang membawa pemikiran baru yang semakin menular
dalam kalangan masyarakat yang dianggap menyimpang dari ajaran sebenar Islam.
14
1.6 RUJUKAN
Abd. Latif Juffri & Masnoridah Mohd Masry. 2010. 40 Tokoh Ulama Johor. Johor:
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor.
Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa, Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Adel M.
Abdul Aziz. 2008. Biografi Mufti-Mufti Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti
Sains Islam Malaysia.
Farid Mat Zain, Jaffary Awang & Rabitah Mohd. Ghazali. 2006. Polemik Dato’ Sayed
‘Alwi bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan Bandung: Gambaran Pemikiran Fiqh
Nusantara. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III: Ketokohan dan Pemikiran
Ulama Melayu, hlm. 536-543.
Fawzi Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1946: Suatu
Perbincangan dari Pelbagai Aspek. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium
Semenanjung Malaysia.
Ghazali Mayudin. 1979. Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Latihan Ilmiah.
Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
al-Haddad, Sayed Alwi Tahir. 1990. Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Johor:
Jabatan Agama Islam Johor.
al-Haddad, Sayid Alwi Tahir. 1968. cUqud al-Amas. Kaherah: Matbacah al-Madani.
Jil.1. hlmn.144-146.
al-Haddad, Sayyid Alwi Tahir. 2001. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh. Jakarta:
PT. Lentera Basritama.
Ibn Hisham. 1955. Sirah, F. Wustenfeld (peny.). The Life of Muhammad. London:
Oxford University Press.
Ibn Manzur. 1968. Lisan al- cArab. Beirut: Dar al-Sadir.
Isfahani. 1285. Kitab al-Aghani. Kaherah: Matbacah Bulaq. Jil. V. Hlmn. 12.
Ismail Mat. 1992. Ulama Silam dalam kenangan. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Loh Chee Harn. 1963. The Arab Population of Singapore 1819-1959. Singapore:
Academic Exercise. B. A., University of Singapore.
M.A Uswah. 2010. Ulama Warisan Rasulullah: Biografi Ulama Habaib. Kuala
Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.
15
Mahayudin Haji Yahaya. 1980. Latar Belakang Sejarah Keturunan Sayyid di Malaysia
dalam Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.
Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mohd Jasmy Abd. Rahman. 1993. Syed Alwe B. Tahir al-Haddad: Perkhidmatan,
Sumbangan dan Peranannya Membasmi Ajaran Sesat di Negeri Johor 1934-
1961. Tesis Sarjana. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Yusri bin Yusuf @ Soleh, Muhammad Zahirwan Halim bin Zainal Abidin,
Hamdi Rahman bin Muhammad Yaakob & Faiz bin Hassan. 2012. Pemikiran
Datuk Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad Terhadap Survival Tulisan Jawi.
Prosiding Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu, hlm. 5.
Nabir bin Haji Abdullah. 1982. Pelajaran Orang Melayu Singapura dari Awal Hingga
Tahun 1920 Satu Kajian Terhadap Dasar Pelajaran Inggeris, Pengaruh
Kemasyarakatan dan Peranan Agama ke Atasnya. Tesis Sarjana. Jabatan
Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Nik Yusri Musa. 2005. Polemik Datuk Sayid bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan
Bandung: Gambaran Pemikiran Fiqh Nusantara. Prosiding Nadwah Ulama
Nusantara III, hlm. 538.
Nur Zainatul Nadra. 2017. Kajian Sumbangan Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad dalam
Pengembangan Islam di Johor: Analisis Sumbangan dalam Fatwa-fatwa Negeri
Johor. Latihan Ilmiah. Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.
Nurulwahidah Fauzi, Abdullah Yusuf, Tarek Ladjal & Mohd Roslan Mohd Nor. 2013.
Hadhrami ‘Ulama’ Within the Malay-Johor Activism: The Role of Sayyid ‘Alwi
Bin Tahir al-Haddad (1934-1961). Middle-East Journal of Scientific Research
13(3): 354-362.
Wan Kamilah Hadana. 2017. Biografi Syed ‘Alwi bin Tahir al-Haddad (1884-1962):
Mufti Johor Terkenal. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun
Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abu Nasr Al-Khairy. 2011. Habib Alwi bin Tahir Al-Haddad, Penulis Hebat Mufti
Johor. http://abunasralkhairy.blogspot.my/2011/02/habib-alwi-bin-tahir-al-
haddad-penulis.html [1 Okt 2017].
Fakulti Pengajian Islam. 2017. Tan Sri Dato’ Abd. Jalil Bin Hj. Hassan.
http://www.ukm.my/fpi/tan-sri-dato-abd-jalil-bin-hj-hassan/ [4 Okt 2017].
16
Habib Ahmad. 2010. Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad, Penulis Hebat, Sejarawan dan
Mufti Johor. https://pondokhabib.wordpress.com/2010/04/06/habib-alwi-bin-
thahir-al-haddad-penulis-hebat-sejarawan-dan-mufti-johor/ [1 Okt 2017].
Kopral Cepot. 2012. Jong Islamieten Bond : Meng-Islam-kan Kaum Terpelajar.
https://serbasejarah.wordpress.com/2012/10/19/jong-islamieten-bond-meng-
islam-kan-kaum-terpelajar/ [7 Okt 2017].
Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 2006. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad Mufti Kerajaan
Johor.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0821&pub=Utusan_M
alaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm [1 Okt 2017].

More Related Content

What's hot

Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...
Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...
Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...Ezad Azraai Jamsari
 
Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)
Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)
Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)Ezad Azraai Jamsari
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAHAmiruddin Ahmad
 
Salahuddin al ayyubi
Salahuddin al ayyubiSalahuddin al ayyubi
Salahuddin al ayyubiAnsyari Win
 
Empayar umayyah pt 1 muqaddimah
Empayar umayyah pt 1   muqaddimahEmpayar umayyah pt 1   muqaddimah
Empayar umayyah pt 1 muqaddimahAmiruddin Ahmad
 
Daulah Umayyah di Andalusia
Daulah Umayyah di AndalusiaDaulah Umayyah di Andalusia
Daulah Umayyah di AndalusiaRizkita Putri
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti ShafawiSejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti ShafawiBhayu Sulistiawan
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyahSarah Nurafiqah SaraHumaira
 
Dinasti al ayyubiyah
Dinasti al ayyubiyahDinasti al ayyubiyah
Dinasti al ayyubiyahrizafifah
 
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASFarra Shahirra
 
18.9.2012 hadis qudsi complete
18.9.2012   hadis qudsi complete18.9.2012   hadis qudsi complete
18.9.2012 hadis qudsi completeAngah Rahim
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya Ezad Azraai Jamsari
 
Keusahawanan Talhah bin Ubaidillah
Keusahawanan Talhah bin UbaidillahKeusahawanan Talhah bin Ubaidillah
Keusahawanan Talhah bin UbaidillahSyafiqah Aqilah
 
Qada' dan qadar. skcl
Qada' dan qadar. skclQada' dan qadar. skcl
Qada' dan qadar. skclYatie Emkay
 
Era Gabenor Umawiyyah di al-Andalus
Era Gabenor Umawiyyah di al-AndalusEra Gabenor Umawiyyah di al-Andalus
Era Gabenor Umawiyyah di al-AndalusEzad Azraai Jamsari
 

What's hot (20)

Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...
Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...
Kebudayaan dan Pendidikan Banu Umayyah serta Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di...
 
Al sam'iyyat
Al sam'iyyatAl sam'iyyat
Al sam'iyyat
 
Ulumul hadits 1 (Pengantar)
Ulumul hadits 1 (Pengantar)Ulumul hadits 1 (Pengantar)
Ulumul hadits 1 (Pengantar)
 
Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)
Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)
Kerajaan Nasriyyah di Granada (1238-1492M)
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
1. FIQH AWLAWIYYAT DAN FIQH MUWAZZANAH
 
Salahuddin al ayyubi
Salahuddin al ayyubiSalahuddin al ayyubi
Salahuddin al ayyubi
 
Empayar umayyah pt 1 muqaddimah
Empayar umayyah pt 1   muqaddimahEmpayar umayyah pt 1   muqaddimah
Empayar umayyah pt 1 muqaddimah
 
Daulah Umayyah di Andalusia
Daulah Umayyah di AndalusiaDaulah Umayyah di Andalusia
Daulah Umayyah di Andalusia
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti ShafawiSejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Dinasti Shafawi
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyah
 
Dinasti umayyah
Dinasti umayyahDinasti umayyah
Dinasti umayyah
 
Dinasti al ayyubiyah
Dinasti al ayyubiyahDinasti al ayyubiyah
Dinasti al ayyubiyah
 
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
 
18.9.2012 hadis qudsi complete
18.9.2012   hadis qudsi complete18.9.2012   hadis qudsi complete
18.9.2012 hadis qudsi complete
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
Kerajaan-kerajaan Kecil Islam di al-Andalus serta Peradaban dan Kebudayaannya
 
Keusahawanan Talhah bin Ubaidillah
Keusahawanan Talhah bin UbaidillahKeusahawanan Talhah bin Ubaidillah
Keusahawanan Talhah bin Ubaidillah
 
Qada' dan qadar. skcl
Qada' dan qadar. skclQada' dan qadar. skcl
Qada' dan qadar. skcl
 
Era Gabenor Umawiyyah di al-Andalus
Era Gabenor Umawiyyah di al-AndalusEra Gabenor Umawiyyah di al-Andalus
Era Gabenor Umawiyyah di al-Andalus
 

Similar to Dato' Sayyid Alwi bin Syeikh Tahir al-Haddad

Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Ezad Azraai Jamsari
 
Biodata al mawardi
Biodata al  mawardiBiodata al  mawardi
Biodata al mawardizakwan azhar
 
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"
Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"SMK Jeram
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufUNISZA
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufUNISZA
 
PY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdf
PY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdfPY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdf
PY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdfsafarizansalim
 
Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Truffle Lu'lu
 
Slide tarekat muhammadiah as sanusiah
Slide tarekat muhammadiah as sanusiahSlide tarekat muhammadiah as sanusiah
Slide tarekat muhammadiah as sanusiahhaziqah94
 
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Wan Anwar
 
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamNur Paşa
 
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...KOSPATI UKM
 

Similar to Dato' Sayyid Alwi bin Syeikh Tahir al-Haddad (18)

Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
 
Biodata al mawardi
Biodata al  mawardiBiodata al  mawardi
Biodata al mawardi
 
Salmanal farisi
Salmanal farisiSalmanal farisi
Salmanal farisi
 
TOKOH .pptx
TOKOH .pptxTOKOH .pptx
TOKOH .pptx
 
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"
Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"
Pendidikan islam "AJARAN SESAT"
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
Imam al ghazali
Imam al ghazaliImam al ghazali
Imam al ghazali
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
Ajaran qodiani
Ajaran qodiani Ajaran qodiani
Ajaran qodiani
 
Imam al ghazali
Imam al ghazaliImam al ghazali
Imam al ghazali
 
PY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdf
PY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdfPY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdf
PY1262 STI K04-B14 (Gerakan Islah dan Tajdid).pdf
 
Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014
 
Slide tarekat muhammadiah as sanusiah
Slide tarekat muhammadiah as sanusiahSlide tarekat muhammadiah as sanusiah
Slide tarekat muhammadiah as sanusiah
 
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
 
Sheikh tahir jalaluddin al
Sheikh tahir jalaluddin alSheikh tahir jalaluddin al
Sheikh tahir jalaluddin al
 
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
Usuluddin 2 (tokoh hadis zaman sahabat abu hurairah)
 
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan IslamPeranan Wanita dalam Peperangan Islam
Peranan Wanita dalam Peperangan Islam
 
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
Kegemilangan Dinasti Ayyubiyah ketika Zaman Pemerintahan Sultan Salahuddin al...
 

More from Atikah Ishak

Pembubaran Institusi Khilafah Uthmaniyyah
Pembubaran Institusi Khilafah UthmaniyyahPembubaran Institusi Khilafah Uthmaniyyah
Pembubaran Institusi Khilafah UthmaniyyahAtikah Ishak
 
LOST LIBRARIES OF TIMBUKTU
LOST LIBRARIES OF TIMBUKTULOST LIBRARIES OF TIMBUKTU
LOST LIBRARIES OF TIMBUKTUAtikah Ishak
 
GAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADAT
GAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADATGAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADAT
GAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADATAtikah Ishak
 
Wawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan Datang
Wawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan DatangWawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan Datang
Wawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan DatangAtikah Ishak
 
Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
 Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Bandar Terjejas dengan Pemanasan GlobalAtikah Ishak
 
قاعدة النحو والصرف
قاعدة النحو والصرفقاعدة النحو والصرف
قاعدة النحو والصرفAtikah Ishak
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...Atikah Ishak
 
KEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
KEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANGKEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
KEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANGAtikah Ishak
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)Atikah Ishak
 
AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)
AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)
AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)Atikah Ishak
 
Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialBahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAtikah Ishak
 

More from Atikah Ishak (11)

Pembubaran Institusi Khilafah Uthmaniyyah
Pembubaran Institusi Khilafah UthmaniyyahPembubaran Institusi Khilafah Uthmaniyyah
Pembubaran Institusi Khilafah Uthmaniyyah
 
LOST LIBRARIES OF TIMBUKTU
LOST LIBRARIES OF TIMBUKTULOST LIBRARIES OF TIMBUKTU
LOST LIBRARIES OF TIMBUKTU
 
GAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADAT
GAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADATGAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADAT
GAMBAR-GAMBAR BANDAR BERPUSATKAN RUMAH IBADAT
 
Wawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan Datang
Wawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan DatangWawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan Datang
Wawasan Bangi-Kajang untuk 30 Tahun akan Datang
 
Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
 Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
Bandar Terjejas dengan Pemanasan Global
 
قاعدة النحو والصرف
قاعدة النحو والصرفقاعدة النحو والصرف
قاعدة النحو والصرف
 
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
SEJARAH ASAL USUL NEGERI KEDAH YANG SEZAMAN DENGAN LANGKASUKA SEHINGGA KEDATA...
 
KEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
KEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANGKEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
KEMAPANAN BANDAR TASEK GELUGOR, PULAU PINANG
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21 (Pulau Pinang)
 
AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)
AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)
AMALAN TERBAIK BANDAR (PULAU PINANG DAN SINGAPURA)
 
Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialBahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Bahagian 3 Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
 

Recently uploaded

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (15)

Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

Dato' Sayyid Alwi bin Syeikh Tahir al-Haddad

  • 1. 1 Biografi Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad (1884-1962): Mufti Negeri Johor Darul Takzim Atikah Binti Ishak (A157676) Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia Abstrak: Artikel ini bertujuan membincangkan secara lengkap berkenaan biografi Dato’ Sayyid Alwi Bin Tahir al-Haddad berikutan ketokohan yang dimiliki oleh beliau sebagai mantan tokoh besar di negeri Johor yang muncul pada akhir abad ke-19 sehingga pertengahan abad ke-20. Ironinya, sejarah dan perjalanan hidup Dato’ Sayyid Alwi Bin Tahir al-Haddad masih lagi asing pada dunia global terutamanya dalam kalangan masyarakat walaupun masa zaman kemasyhurannya yang terkenal dan dikenali di Malaysia, Asia Tenggara dan di Semenanjung Arab. Isu yang menjadi pokok utama dalam artikel ini adalah berkenaan susur galur, riwayat hidup dan sumbangan beliau kepada masyarakat Islam. Metodologi penulisan artikel ini adalah berdasarkan kajian perpustakaan dan deskriptif. Kesimpulannya, ketokohan Dato’ Sayyid Alwi sebagai Mufti Johor menunjukkan beliau diberi kepercayaan penuh oleh Sultan Johor untuk menjawatnya sebanyak dua kali iaitu menjadi Mufti keempat dan keenam pada tahun 1934 sehingga 1962. 1.1 PENGENALAN Dato’ Sayyid Alwi Bin Tahir al-Haddad atau lebih dikenali dengan Habib Alwi merupakan antara tokoh ilmuwan yang terkenal di abad ke 19 Masihi. Beliau merupakan mantan Mufti Negeri Johor. Beliau telah memberi sumbangan yang signifikasi dalam pengembangan Islam dalam kalangan masyarakat Islam Nusantara khususnya di Alam Melayu dengan mengeluarkan fatwa-fatwa untuk kemaslahatan masyarakat Islam. Keluasan keilmuan beliau dalam pelbagai bidang menjadikan beliau seorang tokoh ulama yang disegani oleh masyarakat Islam. Bahkan ketegasan beliau dalam memerangi golongan ajaran sesat menyumbang kepada kesejahteraan ummah pada suatu masa dahulu. Oleh yang demikian, artikel ini membincangkan mengenai latar belakang kehidupan beliau secara mendalam sehingga diangkat sebagai Mufti Johor.
  • 2. 2 1.2 LATAR BELAKANG 1.2.1 Kelahiran Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad dilahirkan di sebuah perkampungan Qaidun di Hadhramaut, Yaman pada 14 Syawal 1301H bersamaan 7 Ogos 1884 (Daeng Sanusi 1992: 109). Beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mulia keturunannya. Menurut M.A Uswah (2010: 102) dan Muhammad Yusri et al. (2012: 5) nama lengkap beliau ialah Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad bin Abdullah bin Taha Abdullah bin Umar bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad bin Abi Bakar Abu Tahir al-Alawi asy-Syarif al-Huseini sehingga nasabnya kepada Ali bin Abi Talib yang bernikah dengan Fatimah binti Nabi Muhammad s.a.w. Gelaran Al-Haddad yang diberikan kepada beliau adalah bermaksud besi yang bersifat pengasah kerana beliau terkenal dengan sifat pengasuh dan pelembut hati (Azman et al. 2008: 2). Nasab keluarganya yang mempunyai susur galur dengan ahlul bait telah melahirkan tokoh- tokoh yang hebat dan dipandang mulia dan dihormati oleh masyarakat Islam. 1.2.2 Keturunan Sayyid Perkataan ‘sayyid’, ‘syed’ )‫ّد‬‫ي‬‫(س‬ berasal daripada kata dasar kalimah Arab sa wa da (sa da) )‫(سادة‬ yang bermaksud ketua atau pemimpin. Dalam konteks yang lain pula, perkataan ‘sayyid’ bererti ketua suku kaum (sayyid al-qabilah). Pengertian ini berdasarkan kepada kelazimannya yang digunakan kepada masyarakat bersukuan (Mahayudin 1980: 141). Menurut Ibn Hisham (1955), pada zaman Rasulullah terdapat beberapa orang Arab telah mendakwa diri sebagai ‘sayyid’, ketua suku. Antaranya ialah Abu Mascud yang mendakwa sebagai pemimpin bagi suku Thaqif dan al-Walid bin al- Mughirah bagi suku Quraisy. Manakala menurut Isfahani (1285), yang mendefinisikan ‘sayyid’ sebagai tuan dan menurutnya pada zaman Khalifah cUthman bin cAffan pernah disifatkan ‘sayyid’ (tuan) dalam keluarganya. Perkataan ‘sayyid’ juga adalah sama maksudnya dengan erti perkataan ‘syarif’ daripada kata kerja sya ra fa yang merujuk pada pengertian yang telah disebutkan.
  • 3. 3 Sebagai contoh, salah seorang naqib1 daripada keturunan Rasulullah bersama Abu al- Barakat bin cAli al-Husaini abad kelapan hijrah telah digelar ‘al-Sayyid al-Sharif’. Di sini jelas menunjukkan bahawa gelaran-gelaran ‘sayyid’ dan ‘syarif’ mempunyai kaitan dengan keturunan Nabi. Bagaimanapun, menurut kebiasaannya gelaran ‘syarif’ hanya ditentukan kepada keluarga Saidina Husain yang kebanyakan terdapat di Yaman dan Hadhramaut (Mahayudin 1980: 143). Pembentukan keturunan keluarga Sayyid Alawiyyah di Hadhramaut adalah berasal daripada Ahmad bin Isa yang telah berpindah dari Iraq ke Hadhramaut pada tahun 929M. Dengan perpindahan ini, lantas Ahmad bin Isa digelar ‘al-Muhajir’ iaitu orang yang berhijrah. Sekitar tahun 1127M, sebahagian dari keluarga al-Muhajir yang diketuai oleh Ali bin Alawi telah berpindah ke bandar Tarim iaitu sebuah pusat ilmu pengetahuan penting di Hadhramaut pada ketika itu. Di sinilah mereka memulakan pengaruh dan berkembang menjadi sebuah keluarga besar yang dipanggil ‘Keluarga Sayyid Alawiyyah’ dan kemudiannya mendakwa berasal dari nasab Rasulullah s.a.w iaitu dari keturunan Saidina Husain (Mahayudin 2001: 9). Ahli sejarawan seperti Mahayudin (1980); Ismail Mat (1992); Wan Mohd Shaghir (2006) berpendapat bahawa kebanyakan keturunan ‘sayyid’ yang tinggal di Tanah Melayu pada ketika itu adalah dari keturunan yang sama iaitu berasal dari daerah Tarim, Hadhramaut. Mereka mula sampai ke Asia Tenggara untuk menyebarkan dakwah Islam sekitar abad ke-8 dan 9 Hijrah bersamaan abad 14 dan 15 Masihi. Mereka kemudiannya bertebaran sehingga ke Afrika, India dan Nusantara. Namun kebanyakannya berhijrah ke Asia Tenggara seperti Jawa, Sumatera, Acheh, Borneo, Filipina dan Semenanjung Tanah Melayu. Menurut Abd Latif & Masnoridah (2010: 78) sebahagian besar dari kalangan mereka yang datang ke Asia Tenggara adalah dari keturunan Sayyid Alawiyyah. 1 Naqib yang bermakna pemimpin atau ketua bagi suatu kumpulan manusia. Pada zaman Rasulullah s.a.w. terdapat seramai 12 orang Arab dari kaum Ansar yang terlibat dengan peristiwa Perjanjian Aqabah telah dilantik menjadi naqib bagi mengetuai kaum Ansar di Madinah (Ibn Manzur 1968: 769).
  • 4. 4 1.2.3 Pendidikan Dato’ Sayyid Alwi semenjak kecil lagi telah bercita-cita menjadi ulama seperti saudaranya yang lain. Kepintaran dan kecerdasannya dalam mendalami ilmu memudahkan beliau menghimpunkan pelbagai ilmu naqli dan aqli lebih dari rakan- rakannya dan mampu menguasai suatu bidang ilmu dengan cepat. Bahkan menurut M. A Uswah (2010: 102) beliau mampu melakukan istinbat dan ijtihad yang cermat sehingga tidak dapat dilakukan oleh sebahagian orang. Beliau juga telah menerima ilmu melalui muzakarah atau perbincangan dengan gurunya berpandukan pengajian halaqah kitab yang diadakan di masjid-masjid di tempat mereka (Mohd Jasmy 1993). Pada usianya 12 tahun, Dato’ Sayyid Alwi dikatakan telah khatam kitab Ihya Ulumuddin karya Imam al-Ghazali. Minatnya yang mendalam dalam bidang ilmu hadis sehinggakan beliau membaca berulang kali kitab as-Sittah, Riyadus Salihin, Bulughul Maram dan Syarah Jamic as-Saghir. Untuk memperdalami ilmu hadis beliau telah mempelajari kitab-kitab mengenai sanad hadis seperti ad-Dawabidh al-Jaliyah fi al- Asanid al-cAliyah karya Syeikh Syamsuddin Abdullah bin Fathi al-Farghali al-Hamisyi. Demikian juga kitab ats-Tsabat yang berjudul as-Samth al-Majid karya Syeikh Safiyuddin Ahmad bin Muhammad al-Qasyaasy al-Madani. Beliau telah berhasil memperoleh ilmu dan ijazah daripada para gurunya serta dengan sanad-sanad yang bersambung sampai Rasulullah s.a.w. Seterusnya dalam usia 17 tahun, beliau telah mengajar kitab yang besar-besar dan ilmu yang berat seperti ilmu tafsir, hadis, feqah, usul fiqh, tarikh, falak, nahu, sorof, balaghah, filsafat dan tasawuf (Wan Mohd. Shaghir 2006; M.A Uswah 2010: 103). Guru-guru beliau di Hadhramaut kebanyakannya dari kalangan keluarganya sendiri yang bergelar ulama seperti Habib Ahmad bin al-Hasan al-Attas al-Alawi, Habib Abdullah bin Taha al-Haddad, Habib Tahir bin Abi Bakri al-Haddad, Habib Tahir bin Umar al-Haddad dan Habib Muhammad bin Tahir al-Haddad. Dato’ Sayyid Alwi juga sempat mendengar riwayat hadis daripada Sayyid Abdurrahman bin Sulaiman al-Ahdal yang meninggal dunia pada tahun 1250H/1834M. Selain itu, beliau juga pernah berguru dengan Syed Umar al-Mudi dan Syed Ahmad bin Hassan al-Attas (M.A Uswah 2010: 103). Mengikut pemerhatian Daeng Sanusi (1992: 109) yang menyatakan bahawa
  • 5. 5 bidang pengajian Dato’ Sayyid Alwi meliputi aspek ajaran Islam seperti feqah, syariah, usuluddin, dan sebagainya. Oleh kerana berkat ketekunan dan kesabarannya dalam menuntu ilmu, Dato’ Sayyid Alwi telah dilantik menjadi kadi di Hadhramaut oleh penduduk di situ. 1.2.4 Perkahwinan Menurut keterangan Haji Abd. Ghani bin Haji Yahya semasa temu bual dengan Mohd Jasmy (1993) pada 19 September 1992, semasa di Hadhramaut Dato’ Sayyid Alwi telah berkahwin dengan seorang gadis yang mempunyai kaitan dengan keluarganya. Pada ketika itu beliau berusia dalam lingkungan 16 tahun. Begitu juga semasa berdakwah di Habsyah, beliau telah bertemu jodoh dengan seorang gadis di sana. Namun menurut ahli sejarawan seperti Abd. Latif & Masnorindah (2010); Mohd Jasmy (1993); Azman Ab Rahman et al. (2008) Dato’ Sayyid Alwi menamatkan zaman bujangnya semasa berada di Tanah Jawa kerana setelah dipertemukan jodoh dengan seorang gadis berketurunan Raden (kerabat diraja) dalam usia yang muda, iaitu pada ketika usia 16 tahun. Agak sukar untuk menentukan sama ada Dato’ Sayyid Alwi turut membawa bersama anak isteri beliau yang berasal dari Hadhramaut dan Habsyah itu ke Tanah Jawa. Sumber yang terhad menyebabkan kesukaran untuk menemui maklumat yang tepat dan terperinci. Namun secara pastinya Dato’ Sayyid Alwi mempunyai seorang isteri dan lima orang anak ketika pertama kali menjejakkan kaki ke Johor Bahru semasa memegang jawatan Mufti Johor pada tahun 1934. 1.3 SUMBANGAN DAN JASA 1.3.1 Berkhidmat di Indonesia Merujuk temubual Daeng Sanusi (1992: 109) dan M.A Uswah (2010: 106) yang telah menemuramah Tan Sri Abdul Jalil Hassan2 pada 8 Mac 1984 telah menyatakan Dato’ 2 Tan Sri Dato’ Abd Jalil Bin Haji Hassan dilahirkan di Kg. Serom, Muar, Johorpada 10 Januari 1912. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu di Johor, Royal English School Singapura, Maahad al- Azhari Bil Jamik al-Azhar as-Syarif fil Kasam al-Ibtidai dan Sanawi di Kaherah, Mesir. Beliau merupakan bekas Penolong Mufti Johor(1947-1962), Mufti Johor(1962-1964), Mudir Kolej Islam Klang
  • 6. 6 Sayyid Alwi mula berhijrah ke Somalia, Kenya, Mekah, Indonesia, Malaysia dan lain- lain berikutan proses lanjutan penghijrahan para ulama keturunan ‘sayyid’ untuk menyampaikan dakwah Islam. Kehidupan tradisi masyarakat Arab yang gemar berpindah randah dari suatu tempat ke suatu tempat turut mempengaruhi kegiatan dakwah beliau. Secara tidak langsung tradisi ini telah dapat membantu penyebaran agama Islam dari suatu tempat ke suatu tempat dengan lebih berkesan lagi (Mohd Jasmy 1993). Menurut Abd. Latif & Masnorindah (2010: 78); Azman Ab Rahman et al. (2008: 3) Dato’ Sayyid Alwi telah berhijrah dari tempat kelahirannya di Hadhramaut ke Bogor, Jawa pada tahun 1920-an dengan menjadi menjadi guru dan mufti tidak rasmi kepada masyarakat Islam di sana, di samping menjadi ketua Rabithah Alawiyyah di Jakarta. Menurut Mohd. Jasmy (1993) kedatangan Dato’ Sayyid Alwi ke Tanah Jawa telah disambut baik oleh masyarakat sana. Kemasyhuran beliau sebagai seorang alim ulama telah membawa kepada perlantikannya sebagai ketua Rabithah Alawiyyah. Berdasarkan Nabir (1982: 99) dan L.C. Harn (1963: 18), Rabithah Alawiyyah atau Persatuan Kaum Sayyid Alawiyyah ialah pemeliharaan keturunan ‘sayyid’ oleh keluarga ‘sayyid’ Alawiyyah secara kolektif atau berkumpulan. Di Jakarta, Dato’ Sayyid Alwi ditugaskan mengajar di Madrasah Jamciyah al- Khair yang didirikan oleh keturunan ‘sayyid’ di Indonesia. Madrasah Jamciyah al-Khair ialah sekolah Islam yang mengikut sistem pendidikan moden yang pertama di Indonesia, Dato’ Sayyid Alwi termasuk salah seorang guru yang pertama sekolah itu. Oleh itu, jawatan pertama beliau ialah wakil mudir sekolah tersebut. Dan antara muridnya ialah Sayyid Umar bin Saqaf as-Saqqaf, Sayyid Alwi bin Syeikh Bilfaqih al- Alawi, Sayyid Alwi bin Abbas al-Maliki, Sayyid Salim Aali Jindan, Sayyid Muhammad bin Ahmad al-Haddad, Sayyid Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih, Sayyid Husein bin Abdullah bin Husein al-Attas, Syeikh Hasan Muhammad al-Masyath al-Makki dan Kiyai Haji Abdullah bin Nuh (M.A Uswah 2010: 106). (1964-1970), Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM (1970-1972) dan Ketua Jabatan Usuluddin dan Falsafah, UKM (1970-1977) (Fakulti Pengajian Islam 2017 [4 Okt 2017]).
  • 7. 7 Merujuk Mohd. Jasmy (1993: 14) dan Mohd Fawzi (1978: 177) lagi semasa menyertai Rabitah Alawiyyah, Dato’ Sayyid Alwi telah mempelbagaikan kegiatannya dalam menyebarkan dakwah Islamiyyah di sana. Pelbagai usaha telah dijalankan termasuklah menerbitkan hasil-hasil penulisan mengenai kegiatan agama. Selain itu juga, beliau juga turut berhasrat untuk menyebarkan syiar Islam ke kawasan-kawasan sekitar kepulauan Nusantara ini. Pada masa yang sama di Johor jawatan Mufti telah dikosongkan oleh Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohsin Al-Attas kerana tamat tempoh perkhidmatannya pada tahun 1934. 1.3.2 Mufti Kerajaan Johor Berikutan persaraan Mufti Kerajaan Johor, Dato’ Syed Abd. Kadir bin Mohsin Al- Attas, Kerajaan Johor telah mengiklankan jawatan tersebut melalui ‘Warta Melayu’ untuk mencari seorang ulama bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Iklan itu telah dikirimkan ke Bogor Indonesia dan beliau telah disyorkan untuk memohon jawatan itu. Dato’ Sayyid Alwi berminat dan telah bersetuju untuk mengirimkan surat dari Bogor berserta tiga buah buku agama yang ditulis dalam bahasa Arab untuk membuktikan kesediaannya dan membuktikan ketinggian ilmu agama yang dimilikinya. Baginda Sultan Johor berkenan lalu memerintahkan supaya dihantar tawaran kepadanya bagi menjawat jawatan mufti. Ketibaan beliau di Johor Bahru disambut baik dan ditempatkan di rumah kerajaan di Bukit Ledang. Menurut Mohd Jasmy (1993) sebelum menjadi Mufti Johor, beliau terlebih dahulu dilantik sebagai Pemangku Mufti dalam tempoh percubaan selama setahun dengan bayaran gaji sebanyak RM 456.00 sebulan dengan tambahan setahun sebanyak RM 300.00 di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni al-Marhum Sultan Abu Bakar. Seterusnya selepas berjaya menempuhi tempoh percubaan selama setahun, Dato’ Sayyid Alwi telah dilantik secara rasmi menjadi Mufti Kerajaan Johor yang keempat pada 8 Mac 1934 ketika berusia 49 tahun (Abd. Latiff & Masnoridah 2010: 79; Azman Ab Rahman et al. 2008: 3; Ismail Mat 1992: 110; Farid Mat Zain 2006: 538; M.A Uswah 2010: 106). Merujuk Mohd Jasmy (1993) yang telah menemubual Haji Abd Ghani Bin Yahya pada 19 September 1992 yang menyatakan terdapat satu masalah yang timbul sejak beliau berkhidmat di Jabatan Agama Johor ialah penguasaan Bahasa Melayu yang
  • 8. 8 lemah. Walaupun beliau telah menetap di Indonesia untuk tempoh beberapa tahun tetapi beliau hanya mampu berkomunikasi dalam bahasa pasar sahaja. Tambah Mohd Jasmy (1993) lagi, Dato’ Sayyid Alwi telah meminta pihak Jabatan Agama Johor supaya menyediakan seorang kerani bangsa Melayu yang boleh menguasai bahasa Arab dengan baik untuk membantu beliau dalam kerja-kerja menterjemah. Terdapat beberapa nama telah dicadangkan untuk mengisi jawatan tersebut. Namun pihak Jabatan Agama Johor telah melantik Haji Abd Ghani Bin Yahya untuk memegang jawatan tersebut. Ini kerana beliau dapat menguasai bahasa Arab dengan baik, walaupun di dalam Jabatan Agama Johor beliau merupakan Pemeriksa Hal Ehwal Agama. Dengan itu juga tercatatlah dalam sejarah bahawa beliau merupakan anak Melayu pertama yang diberi kepercayaan untuk memegang jawatan kerani bahasa Arab iaitu kepada Dato’ Sayyid Alwi. Namun setelah berkhidmat selama kira-kira tujuh tahun, Dato’ Sayyid Alwi terpaksa meninggalkan sementara tugasnya ekoran ancaman tentera Jepun di Tanah Melayu sekitar tahun 1941. Menurut Ghazali (1979: 16) hal ini berikutan Tanah Melayu telah diserang oleh tentera Jepun pada 8 Disember 1941 dan dengan cepat telah ditawan. Ini kerana penaklukan keseluruhan Tanah Melayu hanya berjaya dilakukan setelah pengeboman bandar Muar kerana kedudukan Muar dan Johor yang strategik bagi pertahanan di Selatan Tanah Melayu dan Muar yang dianggap sebagai kubu kedua terkuat selepas Kedah. Menurut Abd. Latif & Masnoridah (2010: 80) pada tahun 1941 bersamaan 1360H, Dato’ Sayyid Alwi telah meninggalkan sementara jawatan Mufti tersebut kerana ancaman Jepun dan beliau telah berhijrah bersama keluarganya ke Batu Pahat, Johor. Jawatan Mufti Johor kemudiannya telah diambil alih oleh Datuk Haji Hassan bin Haji Yunos. Namun, Dato’ Sayyid Alwi telah dilantik semula menjawat jawatan itu sebagai Mufti Johor yang keenam mulai tahun 1948 sehingga tahun 1951. Hal ini berikutan Mufti kelima Datuk Haji Hassan Bin Haji Yunos meletakkan jawatan kerana memasuki arena politik pada tahun 1948 dan dinyatakan Dato’ Sayyid Alwi sepatutnya bersara wajib mengikut peraturan kerajaan, namun atas titah perintah Sultan Ibrahim, perkhidmatannya telah disambung semula sehingga tahun 1961.
  • 9. 9 Rentetan kehilangan Dato’ Sayyid Alwi tanpa pengetahuan Jabatan Agama Johor telah menjadi isu hangat ketika itu. Tetapi disebabkan keadaan tidak tenteram ketika itu, maka usaha-usaha mengesan beliau sukar dijalankan. Dipercayai Dato’ Sayyid Alwi telah melarikan diri bersama ahli keluarganya ke Batu Pahat, Johor. Berdasarkan laporan dalam fail Pejabat Agama Johor 493/47 yang menunjukkan beliau tinggal di 22-1, Jalan Ampuan. Semasa ketiadaan Dato’ Sayyid Alwi, Datuk Haji Hassan Bin Haji Yunos telah mengambil alih jawatan Mufti Johor. Tetapi tidak kekal lama berikutan hubungan yang tegang dengan pihak istana apabila beliau bersama Datuk Abd. Rahman Mohd Yassin menentang Sultan Ibrahim kerana menandatangi perjanjian dengan British untuk membolehkan British campur tangan di negeri Johor. Oleh itu, Datuk Haji Hassan telah meletak jawatan sebagai Mufti Johor pada tahun 1945 untuk bergiat di dalam politik (Mohd Jasmy 1993). Semasa menjawat semula jawatan Mufti, beliau berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan orang ramai dengan menyampaikan ilmu pengetahuan agama di masjid-masjid dan berusaha sedaya upaya membasmi ajaran-ajaran sesat yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam (Abd Latif & Masnoridah 2010: 80). Dato’ Sayyid Alwi yang telah dilantik sebagai Mufti Johor sebanyak dua kali iaitu bermula 1934-1941 dan 1947-1961 oleh Sultan Ibrahim, menunjukkan bahawa beliau seorang yang disegani, dihormati dan disenangi oleh Sultan untuk memangku jawatan tersebut. 1.3.3 Sumbangan kepada Masyarakat Keterlibatan Dato’ Sayyid Alwi dalam bidang penulisan tidak dapat disangkal lagi. Menurut M.A Uswah (2010: 103) Dato’ Sayyid Alwi telah menulis di akhbar pelbagai artikel dan hasil kajian beliau dalam bermacam-macam persoalan masyarakat, politik, aqidah, sejarah dan fatwa yang kesemuanya mencapat 13,000 masalah. Sebagai ulama dan mufti, beliau kerap diminta menyampaikan pidato dan ceramah dalam pertemuan- pertemuan umum.
  • 10. 10 Ketika berkhidmat di Indonesia, beliau pernah menyampaikan ceramah di hadapan Jong Islamieten Bond (Perkumpulan Pemuda Muslimin)3 telah diterbitkan dalam dua bahasa iaitu bahasa Indonesia dan Arab. Selain itu, Haji Oemar Said Tjokroaminoto, Pemimpin Sarekat Islam, juga sering berhubungan dengannya. Ketika Haji Oemar sedang mengarang buku tentang sejarah Nabi dalam bahasa Indonesia, beliau menunjukkan kepada Dato’ Sayyid Alwi yang kemudian memeriksanya dan memberikan kata pengantar untuk buku itu. Buku itu kemudian diterbitkan atas biaya seorang dermawan dan terbit sebanyak dua kali (M.A Uswah 2010: 104). Beliau juga telah mengarang beberapa kitab semasa di Tanah Jawa di antaranya adalah al-Qaulul al-Faslul pada tahun 1920-an ketika berusia 52 tahun dan mengarang dalam Majalah al-Rabittah al-Alawiyah di Bogor (Azman Ab Rahman et al. 2008: 3). Hal ini membuktikan kealiman Dato’ Sayyid Alwi sehingga menjadi rujukan pada masyarakat di Indonesia pada ketika itu. Semasa di Johor, Tanah Melayu, selain tugas sebagai mufti beliau juga merupakan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pelajaran Agama Johor. Dengan usaha beliau juga Mahkamah Syariah Johor dan Pejabat Zakat Johor telah diperkemaskan agar lebih sistematik (Abd Latif & Masnoridah 2010: 2). Beliau juga salah seorang pengarang kepada Lembaga Malaya dan Warta Ahad sekitar tahun 1930-an. Kemudian pada tahun 1935, beliau telah mengarang Kitab Ahkam Syariat Johor dan juga Kitab al-Anwarul Quran pada tahun 1956. Beliau juga banyak menghasilkan kitab terutama dalam bidang sejarah dan di antaranya adalah cUqud al-Amas, Sejarah Islam di Filipina, al-Madkhal ila al-Tarikh, al-Islam Bishrirqub al-Aqsa dan Tarikh perkembangan Asia Tenggara (Azman Ab Rahman et al. 2008: 4). Selain itu, sumbangan lain yang telah diberikan oleh beliau adalah dengan mengeluarkan fatwa-fatwanya yang terkenal dan menjadi panduan masyarakat Islam di Johor khususnya dan di seluruh Tanah Melayu dan Asia Tenggara amnya. Peranannya 3 Jong Islamieten Bond adalah perkumpulan pemuda Islam yang didirikan di Jakarta pada tanggal 1 Januari 1925 oleh pemuda pelajar ketika itu. Tujuan pertama pembentukannya adalah untuk mengadakan kursus-kursus agama Islam bagi para pelajar Islam dan untuk mengikat rasa persaudaraan antara para pemuda terpelajar Islam yang berasal dari pelbagai daerah di Nusantara. Organisasi ini bukanlah organisasipolitik kerana tidak terlibat dalam kegiatan politik, tetapi menyelenggarakan kursus- kursus pendidikan dan mempererat persatuan bagi pemuda dan pelajar Islam Hindia Belanda (Kopral Cepot 2012 [7 Okt 2017]).
  • 11. 11 yang amat besar adalah dalam membanteras ajaran-ajaran sesat seperti agama Qadiani, Bahai, Taslim, Kaum Muda dan lain-lain lagi (Azman Ab Rahman et al. 2008: 4). Sebagai seorang ulama, Dato’ Sayyid Alwi memiliki sifat-sifat keperibadian yang wajar diteladani iaitu sifat berani dan tegas dalam memperkatakan soal-soal keagamaan. Antara isu hangat yang berlaku dan mendapat perhatian Dato’ Sayyid Alwi ialah gerakan Kaum Muda di Tanah Melayu. Beliau berpendapat bahawa Kaum Muda ini termasuk dalam golongan yang sesat kerana menurut beliau mereka berusaha untuk menyatukan atau menyamakan Islam dengan agam lain, meringan-ringankan hukum fiqh seperti tidak menganggap babi itu najis, membolehkan membaca al-Quran walaupun berhadas besar, Nabi Isa dikatakan mempunyai bapa dan sebagainya. Dalam masa yang sama Kaum Muda juga dikatakan membesar-besarkan perkara kecil seperti talkin, tahlil, lafaz ‘usalli’, menghalalkan riba dan sebagainya (Daeng Sanusi 1992: 117). Dato’ Sayyid Alwi antara tokoh Kaum Tua yang bersama-sama tokoh ulama lain yang terlibat memerangi Kaum Muda sekitar abad ke-20. Antara usaha yang dilakukan oleh beliau dalam memerangi ajaran sesat ini ialah dengan menumpukan usaha dalam bentuk penulisan dalam makalah-makalah. Beliau juga telah mengarahkan kadi-kadi yang dilantik bagi setiap daerah membanteras ajaran sesat di daerah masing- masing. Selain itu beliau juga berusaha membasmi amalan khurafat yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam Johor selain mengeluarkan fatwa-fatwa dan menjadi panduan masyarakat bagi memerangi ajaran sesat (Abd Latif & Masnoridah 2010: 82). Menurut Nik Yusri (2005: 540) langkah-langkah untuk menyekat dan membanteras ajaran sesat dipandang serius Dato’ Sayyid Alwi dalam memerangi golongan ini dengan menyekat kemasukan kitab-kitab ajaran tersebut. Antara kitab yang diharamkan oleh beliau ialah kitab Kaum Muda yang bertajuk Kitab al-Tauhid dan Soal Jawab Agama karya A. Hassan Bandung. Menerusi karyanya Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor, beliau menjelaskan bahawa kitab A. Hassan Bandung dan rakan- rakannya dalam Persatuan Islam tersebut sebagai sesat lagi menyesatkan yang ditulis oleh pengikut Qadiani, Khawarij dan sebagainya (Tamar Jaya 1958).
  • 12. 12 1.3.4 Hasil Karya Dengan pengetahuannya yang sangat luas, Dato’ Sayyid Alwi al-Haddad telah mengahsilkan begitu banyak karya. Antara karya beliau ialah (M.Auswah 2010: 104; Ismail Mat 1992: 111): i. Anwar al-Quran al-Mahiyah li Talamat Mutanabic Qadyani ii. Al-Qaul al-Fashl fi ma li Bani Hashim wa al-Arab min Fadhl iii. Al-Khulasah al-Wafiah fi al-Asanid al-cAliyah iv. cUqud al-Amas bi Manaqib al-Habib Ahmad bin Hasan al-cAttas v. cIqd al-Yaqut fi Tarikh Hadramaut vi. Kitab as-Sirah an-Nabawiyah asy-Syarifah vii. Thabaqat al-cAlawiyin viii. Ahkam asy-Syarciyyah ix. Fatwa-fatwa Mufti Kerajaan Johor x. ‘Tulisan Melayu dan Rumi’ dalam Warta Jabatan Agama Johor Jilid 51, 52 dan 53 xi. ‘Kaum Muda dan Kaum Muslimin’ dalam Warta Jabatan Agama Johor, bil. 90- 91 1.4 KEWAFATAN Menurut Mohd Jasmy (1993) Dato’ Sayyid Alwi telah menghabiskan masanya di rumah selepas berakhir perkhidmatannya sebagai Mufti Johor memandangkan usia beliau pada ketika itu sudah lanjut. Beliau telah menghabiskan usia tuanya dengan banyak membaca kitab-kitab agama. Walaupun tugas beliau sebagai Mufti sudah berakhir, namun beliau tetap menjadi rujukan penduduk sekitar dalam menyelesaikan masalah agama. Di samping itu, beliau juga tidak lagi memberi ceramah di masjid-masjid disebabkan ketidakupayaan untuk bergerak seperti sebelum ini. Selepas berakhir perkhidmatannya sebagai Mufti Johor, beliau telah tinggal di kediaman yang berdekatan dengan Kolej Tengku Ampuan, Johor Bahru dan di situlah tempat beliau meninggal dunia pada 14 November 1962 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Mahmodiah, Johor Bahru. Dikatakan juga kematian Dato’ Sayyid Alwi dipercayai disebabkan oleh keuzuran memandangkan usianya pada ketika itu sudah lanjut.
  • 13. 13 Menurut Ismail Mat (1992: 110); Farid Mat Zain (2006: 538); Azman Ab Rahman (2008: 3); Abd Latif & Masnoridah (2010: 85); M.A Uswah (2010: 107) Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad telah meninggal dunia pada 14 November 1962 bersamaan 1382H pada usia 77 tahun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmodiah, Johor Bahru. 1.5 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Dato’ Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad terbilang di antara barisan ulama yang terkenal bukan sahaja di Malaysia dan Asia Tenggara malahan di Semenanjung Arab. Keistimewaan beliau yang utama adalah beliau mampu menguasai pelbagai cabang ilmu yang sukar dilakukan oleh seorang manusia biasa. Malahan susur galur beliau yang berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. yang terdiri dari kalangan ulama yang disegani dan dihormati di Semenanjung Arab dan Asia Tenggara. Penghijrahan beliau ke Nusantara sekitar awal abad ke-19 membawa dakwah Islam memberi sinar baru dalam kehidupan masyarakat khususnya di Indonesia dan Malaysia. Selain itu, tugas beliau sebagai Mufti dan ulama dengan berusaha dan bersikap tegas dalam memerangi golongan yang membawa pemikiran baru yang semakin menular dalam kalangan masyarakat yang dianggap menyimpang dari ajaran sebenar Islam.
  • 14. 14 1.6 RUJUKAN Abd. Latif Juffri & Masnoridah Mohd Masry. 2010. 40 Tokoh Ulama Johor. Johor: Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat Cawangan Johor. Azman Ab Rahman, Zahari Mahad Musa, Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Adel M. Abdul Aziz. 2008. Biografi Mufti-Mufti Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. Farid Mat Zain, Jaffary Awang & Rabitah Mohd. Ghazali. 2006. Polemik Dato’ Sayed ‘Alwi bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan Bandung: Gambaran Pemikiran Fiqh Nusantara. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III: Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu, hlm. 536-543. Fawzi Basri & Hasrom Haron. 1978. Sejarah Johor Moden 1855-1946: Suatu Perbincangan dari Pelbagai Aspek. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Semenanjung Malaysia. Ghazali Mayudin. 1979. Johor Semasa Pendudukan Jepun 1942-1945. Latihan Ilmiah. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. al-Haddad, Sayed Alwi Tahir. 1990. Fatwa-Fatwa Mufti Kerajaan Johor. Johor: Jabatan Agama Islam Johor. al-Haddad, Sayid Alwi Tahir. 1968. cUqud al-Amas. Kaherah: Matbacah al-Madani. Jil.1. hlmn.144-146. al-Haddad, Sayyid Alwi Tahir. 2001. Sejarah Masuknya Islam di Timur Jauh. Jakarta: PT. Lentera Basritama. Ibn Hisham. 1955. Sirah, F. Wustenfeld (peny.). The Life of Muhammad. London: Oxford University Press. Ibn Manzur. 1968. Lisan al- cArab. Beirut: Dar al-Sadir. Isfahani. 1285. Kitab al-Aghani. Kaherah: Matbacah Bulaq. Jil. V. Hlmn. 12. Ismail Mat. 1992. Ulama Silam dalam kenangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Loh Chee Harn. 1963. The Arab Population of Singapore 1819-1959. Singapore: Academic Exercise. B. A., University of Singapore. M.A Uswah. 2010. Ulama Warisan Rasulullah: Biografi Ulama Habaib. Kuala Lumpur: Inteam Publishing Sdn. Bhd.
  • 15. 15 Mahayudin Haji Yahaya. 1980. Latar Belakang Sejarah Keturunan Sayyid di Malaysia dalam Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. Mahayudin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Jasmy Abd. Rahman. 1993. Syed Alwe B. Tahir al-Haddad: Perkhidmatan, Sumbangan dan Peranannya Membasmi Ajaran Sesat di Negeri Johor 1934- 1961. Tesis Sarjana. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhammad Yusri bin Yusuf @ Soleh, Muhammad Zahirwan Halim bin Zainal Abidin, Hamdi Rahman bin Muhammad Yaakob & Faiz bin Hassan. 2012. Pemikiran Datuk Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad Terhadap Survival Tulisan Jawi. Prosiding Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu, hlm. 5. Nabir bin Haji Abdullah. 1982. Pelajaran Orang Melayu Singapura dari Awal Hingga Tahun 1920 Satu Kajian Terhadap Dasar Pelajaran Inggeris, Pengaruh Kemasyarakatan dan Peranan Agama ke Atasnya. Tesis Sarjana. Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nik Yusri Musa. 2005. Polemik Datuk Sayid bin Tahir al-Haddad dan A. Hassan Bandung: Gambaran Pemikiran Fiqh Nusantara. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara III, hlm. 538. Nur Zainatul Nadra. 2017. Kajian Sumbangan Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad dalam Pengembangan Islam di Johor: Analisis Sumbangan dalam Fatwa-fatwa Negeri Johor. Latihan Ilmiah. Institut Ahli Sunnah Wal Jamaah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Nurulwahidah Fauzi, Abdullah Yusuf, Tarek Ladjal & Mohd Roslan Mohd Nor. 2013. Hadhrami ‘Ulama’ Within the Malay-Johor Activism: The Role of Sayyid ‘Alwi Bin Tahir al-Haddad (1934-1961). Middle-East Journal of Scientific Research 13(3): 354-362. Wan Kamilah Hadana. 2017. Biografi Syed ‘Alwi bin Tahir al-Haddad (1884-1962): Mufti Johor Terkenal. Latihan Ilmiah. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Abu Nasr Al-Khairy. 2011. Habib Alwi bin Tahir Al-Haddad, Penulis Hebat Mufti Johor. http://abunasralkhairy.blogspot.my/2011/02/habib-alwi-bin-tahir-al- haddad-penulis.html [1 Okt 2017]. Fakulti Pengajian Islam. 2017. Tan Sri Dato’ Abd. Jalil Bin Hj. Hassan. http://www.ukm.my/fpi/tan-sri-dato-abd-jalil-bin-hj-hassan/ [4 Okt 2017].
  • 16. 16 Habib Ahmad. 2010. Habib Alwi bin Thahir Al-Haddad, Penulis Hebat, Sejarawan dan Mufti Johor. https://pondokhabib.wordpress.com/2010/04/06/habib-alwi-bin- thahir-al-haddad-penulis-hebat-sejarawan-dan-mufti-johor/ [1 Okt 2017]. Kopral Cepot. 2012. Jong Islamieten Bond : Meng-Islam-kan Kaum Terpelajar. https://serbasejarah.wordpress.com/2012/10/19/jong-islamieten-bond-meng- islam-kan-kaum-terpelajar/ [7 Okt 2017]. Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 2006. Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad Mufti Kerajaan Johor. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0821&pub=Utusan_M alaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm [1 Okt 2017].