SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
PPPJ1173
FIQH SIRAH
TAJUK:
KEUSAHAWANAN TALHAH BIN UBAIDILLAH
PENSYARAH:
DR. FARID BIN MAT ZAIN
NAMA:
NURSYAFIQAH ‘AQILAH BINTI SHARIN (A159009)
IZZATUL AMIRA BINTI KHAIRUL AZMI (A161843)
SEMESTER 1- SESI 2016/2017
JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PENDAHULUAN
Darsawarsa ini, ramai pengkaji dan penulis sejarah Islam yang membuat kajian dan
menulis mengenai sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.. Namun begitu, mereka lebih
memfokuskan kepada sejarah kehidupan dan riwayat hidup seseorang sahabat Rasulullah
S.A.W. itu dan tidak menyentuh aspek-asek tertentu. Oleh itu, kami membuat keputusan
untuk mengambil topik Tokoh Sahabat dalam Bidang Keusahawanan. Tujuan utama
penulisan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai keusahawanan dan
perniagaan mereka. Penulisan ini adalah satu usaha untuk menjelaskan tentang tingginya
semangat sahabat dalam menjalankan dakwah melalui perniagaan dan sifat dermawan
mereka. Pengkaji memilih Talhah bin Ubaidillah kerana beliau merupakan seorang ahli
perniagaan yang berjaya pada masa itu. Beliau dilatih menjadi ahli perniagaan semenjak
beliau masih kecil lagi. Beliau adalah saudagar yang kaya dan bijak dalam menjalankan
perniagaannya. Namun ketika berjuang di jalan Allah, beliau tidak memikirkan kekayaannya.
Melalui keuntungan perniagaannya, Talhah banyak bersedekah kepada orang ramai. Sikap
murah hatinya itu terkenal di kalangan para sahabat. Beliau telah menjalankan hidupnya
semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan membelanjakan hartanya di jalan
Allah. Keperibadian diri Talhah inilah yang menjadikan beliau salah seorang sahabat
daripada sepuluh orang sahabat yang dijamin syurga sepertimana yang diriwayatkan oleh Ali
bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya,“ Talhah dan
Zubair adalah jiran aku di syurga.” (Riwayat Tarmidzi). (Abu Irsyad, 2006:237)
1.0 LATAR BELAKANG TOKOH
TALHAH BIN UBAIDILLAH
Talhah bin Ubaidillah bin Uthman bin Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin
Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai dilahirkan di kota Mekah pada tahun ke-27 selepas Tahun Gajah
bersamaan tahun 597 Masihi. Beliau berasal daripada Bani Taim, keturunan yang sama
dengan Abu Bakar. Beliau diberi gelaran Abu Muhammad kerana anak sulung beliau, iaitu
Muhammad As-Sajjad yang sangat soleh dan rajin beribadah. Ayah Talhah adalah Ubaidillah
merupakan salah seorang tokoh hartawan di Mekah. Manakala ibunya adalah Sha’bah binti
al-Hadrami berketurunan daripada Wahb bin Abdillah, seorang dermawan berhati mulia.
(Ibnu Hisyam, 2009:157)
Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga oleh
Rasulullah S.A.W.. Beliau juga merupakan antara orang yang terawal dan remaja pertama
yang memeluk Islam. Bukan itu sahaja, Talhah merupakan salah seorang daripada enam
orang ahli majlis syura yang dicalonkan sebagai pengganti Khalifah Umar al-Khattab.
Zaman kanak-kanaknya dan masa mudanya berkembang dibawah pengawasan ayah
dan ibunya. Talhah banyak belajar daripada keduanya urusan kehidupan, mencontohi akhlak-
akhlak mulia dan sifat-sifat yang terpuji.
Talhah hidup di Mekah sehingga dia mengenal selok-belok di kota tersebut. Beliau
bergerak di antara gunung-gunung dan bukit-bukit. Beliau belajar memanah dan melempar
tombak. Beliau telah dididik dengan ilmu peperangan sejak kecil lagi. Apabila meningkat
dewasa, Talhah memilih untuk berniaga. Pada awalnya, Talhah hanya berniaga kain di
Mekah. Kemudian perniagaannya berkembang sehingga ke Basrah dan Syam. Meskipun
masih muda, Talhah mempunyai kelebihan dalam strategi berdagang, serta bijak dalam
menjalankan urusannya hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua.
(Mahmud al-Misri, 2011:423)
PENGISLAMAN TALHAH
Ketika Talhah bin Ubaidillah dan rombongannya pergi berniaga di Bushra, beliau
mengalami satu peristiwa yang telah mengubah seluruh hidupnya. Seorang pendeta tiba-tiba
berteriak, “Wahai para peniaga sekalian, adakah antara tuan yang berasal daripada Mekah?”
Kebetulan Talhah berdiri tidak jauh dari pendeta itu. “Ya, aku penduduk Mekah,” sahut
Talhah. “Sudah munculkah di antara kamu orang yang bernama Ahmad?” tanya pendeta itu
kepadanya. “Ahmad yang mana?”. “Ahmad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Bulan ini pasti
muncul sebagai nabi, penutup para nabi. Kelak dia akan berhijrah dari negeri yang berbatu-
batu hitam yang banyak pohon kurmanya ke negeri yang subur, memancarkan air dan garam.
Sebaiknya engkau segera menemuinya, wahai anak muda,” sambung pendeta itu.
Ucapan pendeta itu begitu memberi kesan di hati Thalhah hingga beliau tidak
menghiraukan kafilah dagang di pasar dan terus pulang ke Mekah. Setibanya di Mekah,
beliau bertanya kepada keluarganya, "Apakah ada peristiwa yang berlaku sepeninggalku?"
"Ada, Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai
dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. “Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang
yang berlapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan
teguh. Kami bersahabat baik, banyak orang menyukai majlisnya, kerana dia merupakan ahli
sejarah Quraisy," gumam Thalhah.
Setelah itu Thalhah mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah
menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Lalu Abu Bakar menceritakan kisah
Muhammad sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya wahyu pertama. Abu Bakar
mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita Thalhah ganti bercerita
tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Lalu Abu Bakar mengajak Thalhah untuk
menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra.
Di hadapan Rasulullah, beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah. (Ibnu Kasir, 1966:
212)
Keimanan beliau diuji dengan seksaan yang dahsyat di mana beliau telah didera oleh
ibunya sendiri, Sha’bah binti Al-Hadrami dan lima orang pemuda yang diupah oleh ibunya.
Bukan itu sahaja, Talhah diikat bersama Abu Bakar dan dipukul sehingga luka dan darah
mengalir daripada tubuh keduanya. Namun begitu, Talhah bin Ubaidillah tetap teguh dengan
akidahnya dan tidak pernah menyerah. (al-Zahabi, 1999:275)
PERJUANGAN TALHAH
Pengorbanan Talhah bin Ubaidillah yang menjadi pelindung kepada Rasulullah
S.A.W. daripada serangan kaum Musyrikin Mekah dalam Perang Uhud amatlah dikagumi.
Talhah r.a menerima sebanyak lebih kurang dua puluh empat luka bekas libasan pedang,
tusukan lembing, dan lemparan panah pada tubuhnya. Beliau kehilangan dua jarinya dalam
peperangan ini. Hal ini menyebabkan beliau diberi gelaran “Syahid yang Hidup”. Gelaran itu
diberikan Rasulullah S.A.W. melalui sabdanya:, “Sesiapa yang ingin melihat seorang yang
mati berjalan di muka bumi, maka lihatlah Talhah bin Ubaidillah”. (al-Husaini Ma’addi,
2011:144)
Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar, maka
beliau selalu menyahut, "Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya. Hingga
akhir hayatnya, perjuangan sahabat mulia itu tak kenal henti. Sebuah sejarah besar diukir,
sejarah itu bernama Thalhah bin Ubaidillah." (al-Kandahlawi, 1994:268)
Semenjak peperangan Uhud, Talhah telah mengambil bahagian dalam semua
peperangan yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Beliau juga menyertai peperangan Hunain
selepas penaklukan Mekah dan turut serta dalam peristiwa Baitul Ridhwan.
KEWAFATAN TALHAH
Pada tahun 36 Hijrah bersamaan 656 Masihi, Talhah bin Ubaidillah yang berada di
pihak Saidatina Aishah binti Abu Bakar bersama Zubair bin al-Awwam terlibat dalam Perang
Jamal menentang Khalifah Ali bin Abi Talib dan terbunuh di dalam peperangan tersebut.
Sewaktu terjadi pertempurann Al-Jamal itu, sebatang panah beracun yang dilepaskan oleh
Marwan bin al-Hakam mengenai betisnya. Maka beliau segera dipindahkan ke Basrah dan
tidak beberapa lama kemudian beliau wafat. Ketika itu, beliau berusia 64 tahun. Mayat
beliau disemadikan di suatu tempat berdekatan padang rumput di kota Basrah. (Abu Irshad,
2006:92)
2.0 TALHAH SEBAGAI TOKOH USAHAWAN ISLAM
2.1 SUMBER KEKAYAAN TALHAH
Talhah bin Ubaidillah merupakan antara sahabat yang mempunyai banyak harta dan
antara saudagar yang kaya. Talhah termasuk antara sahabat yang paling kaya selain daripada
Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, Zubair al-Awwam, dan
Abu Ubaidah al-Jarrah. Punca kekayaan beliau datang daripada empat sumber utama.
Pertama, beliau bijak berniaga seperti Abdul Rahman bin Auf. Talhah memang
dikenali sebagai saudagar yang bijak berniaga sejak beliau belum memeluk Islam lagi. Ibnu
Khaldun di dalam kitab Muqaddimah membawakan satu riwayat, bahawa pada zaman
Khalifah Uthman bin Affan, perolehan perniagaan Talhah di Iraq sahaja sudah mencecah
1000 dinar setiap hari iaitu bersamaan dengan RM600 ribu. Ini bermakna keuntungannya di
Iraq adalah lebih dari setengah juta. Manakala, hasil perniagaan beliau di as-Sharah adalah
lebih banyak daripada hasil perniagaannya di Iraq. Bukan itu sahaja, beliau memiliki banyak
ladang di Madinah seperti ladang tamar, dan ladang gandum. Beliau juga memiliki ramai
hamba untuk mengusahakan ladang-ladang tersebut. (al-Kandahlawi, 1994:268)
Kedua, Talhah menerima wang persaraan yang banyak kerana jawatan yang
disandangnya. Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, Talhah yang dilantik
sebagai ahli Majlis Syura dalam sistem pentadbiran menerima wang persaraan sebanyak lima
ribu dinar setahun.
Ketiga, Talhah mempunyai wang dan tanah pemberian Uthman bin Affan. Semasa
Uthman baru dilantik menjadi khalifah, beliau telah memberi wang sebanyak seratus ribu
dinar dan sebidang tanah yang berharga 300 ribu dinar kepada Talhah. (Mahmud al-Misri,
2011:424)
Keempat, beliau memperoleh harta yang banyak hasil daripada harta rampasan
perang-perang yang telah disertainya sepanjang beliau hidup. Harta rampasan perang atau
ghanimah selalunya akan dibahagikan di mana sebahagian daripadanya masuk ke dalam
baitul mal, manakala sebahagian lagi akan diagihkan kepada tentera-tentera yang berjuang
dalam suatu peperangan. Talhah telah menyertai hampir semua perang bersama Rasulullah
SAW seperti perang Badar, perang Uhud, perang Khandak dan peperangan-perangan lain.
Dengan itu, Talhah mendapat beberapa bahagian harta rampasan perang daripada setiap
peperangan yang memperoleh kemenangan. (al-Kandahlawi, 2012:264)
2.2 BARANG DAGANGAN TALHAH
Seperti yang semua sudah sedia maklum, Talhah bin Ubaidillah merupakan seorang
ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Talhah dikenali sebagai pedagang ulung.
Dalam ekspedisi perdagangannya, Talhah dan rombongan dagangnya mampu menempuh
perjalanan yang jauh serta padang pasir yang luas lagi tandus. Dari Madinah, beliau
membawa barang dagangannya ke seluruh semenanjung tanah Arab termasuklah Basrah,
Syam, Hadramaut, dan Hijjaz. Ketekunan dan kesungguhan Talhah dalam perdagangan inilah
yang menjadi faktor kejayaan perniagaannya. Bukan itu sahaja, kejayaan Talhah turut
disumbang oleh beberapa faktor lain.
Antara faktor lain adalah barang dagangan yang dimiliki olehnya. Hal ini adalah
berikutan daripada barang dagangannya yang banyak dan pelbagai. Antara barang
dagangannya ialah kain dan barangan tekstil. Talhah bin Ubaidillah adalah seorang peniaga
kain yang terkenal di Tanah Arab. Imam al-Bukhari ada menyatakan dalam Sahih Bukhari
tentang Talhah bin Ubaidillah adalah antara sahabat Rasulullah SAW yang merupakan
pedagang pakaian yang memasarkan produknya di pasar Madinah dan kawasan di sekitarnya.
Talhah mempunyai industri tekstil yang maju kerana terdapat berbagai bahan mentah seperti
bulu kambing biri-biri atau dikenali sebagai wol. Wol ini digunakan untuk digunakan oleh
tukang jahit dan penenun untuk membuat pakaian. Talhah menggunakan benang wol untuk
membuat pakaian dan menghasilkan produk tekstilnya untuk dijual kepada orang ramai. Oleh
kerana pakaian dan tekstil penting bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat,
perniagaan Talhah mendapat sambutan dan memperoleh keuntungan yang besar. (Dr.
Muhammad Syafii Antonio, 2010:272)
Selain dari berniaga kain, Talhah bin Ubaidillah memiliki banyak ladang anggur dan
ladang kurma. Hasil pertanian daripada ladang-ladang milik Talhah yang berupa anggur dan
kurma ini turut menyumbang kepada kejayaan perniagaannya. Talhah juga memiliki sebidang
tanah di Hadramaut yang luas. Hadramaut terkenal sebagai tempat yang menghasilkan kayu-
kayuan yang harum. Kayu-kayuan inilah yang diperdagangkan apabila beliau berdagang di
pasar. Talhah juga berjaya dalam bidang penternakan, di mana beliau memiliki unta dan
kambing biri-biri yang banyak. Bukan itu sahaja, Talhah memiliki ramai hamba untuk
mengerjakan ladangnya, menjaga binatang ternakannya, menjahit pakaian dan membantunya
berdagang. (al-Husaini al-Husaini Ma’addi, 2011:146)
2.3 STRATEGI PERNIAGAAN TALHAH
Setiap usahawan pasti mempunyai strategi mereka tersendiri dalam perniagaan
mereka, begitulah juga Talhah bin Ubaidillah yang sangat hebat dalam perniagaan, walaupun
beliau masih muda, kemajuan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi
sehinggakan beliau mampu mengalahkan orang-orang yang lebih tua daripada beliau.
Diantara strategi perniagaan beliau yang menjadi kunci kejayaan kepada perniagaanya ialah,
keupayaan beliau dalam mendapatkan kepercayaan orang ramai. Sepanjang keislamannya ,
beliau tidak pernah memungkiri janji, berkhianat dan menipu. Dalam menjalankan
urusniaganya, Talhah tidak pernah menyembunyikan kecacatan barang dan tidak pernah
menipu timbangangan dan sukatan. Sifat kejujuran Talhah bin Ubaidillah menyebabkan
beliau sangat dipercayai oleh masyarakat dan orang ramai. Hal ini, membuatkan perniagaan
beliau semakin mendapat keuntungan. Tambahan pula, beliau mempunyai kredibiliti yang
tinggi dan seorang yang sangat berintegeriti. Hal ini membuatkan beliau menjadi seorang
ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat dan para sahabat. Ramai pelanggan
yang ingin berusniaga dengan Talhah bin Ubaidillah kerana menyenangi dengan sifatnya
yang jujur dan amanah dalam perniagaan. (Hadji Sjech Marhaban, 1967:144)
Selain itu, strategi perniagaan Talhah bin Ubaidillah adalah kompentesi, kemampuan
dan teknik perniagaan beliau yang cekap. Talhah tahu cara berinteraksi dan cara mengambil
hati para pelanggan dan pembeli. Apabila berurusniaga, Talhah akan memberikan
perkhidmatan terbaik dengan menerangkan kebaikan dan manfaat produknya. Oleh itu, tidak
hairanlah beliau mampu memperoleh keuntungan sebanyak 700 000 dirham sehari sehingga
membuatkan beliau pening memikirkan duit banyak yang disimpannya di dalam rumah.
Seterusnya, dalam mencapai kemajuan dalam perniagaan ini, Talhah bin Ubaidillah juga
mengetahui dan mengenali pasar-pasar serta tempat perdagangan di jazirah Arab yang
menjadi tumpuan orang ramai dan mampu memperolehi keuntungan yang berlipat ganda.
Talhah selalu membawa barang dagangannya ke pasar-pasar yang terkenal dan tempat
keramaian. Antara pasar yang sering dikunjungi Talhah ialah Pasar Busra, Pasar Ukaz, Pasar
Dzul Majaz, Pasar Majinna, Pasar Musyaqqa, dan banyak lagi pasar-pasar yang lain. Bukan
itu sahaja, Talhah sangat memahami dan arif dalam selok-belok aktiviti perniagaan dan
perdagangan. Oleh kerana Talhah telah menceburi bidang perdagangan sejak beliau masih
kecil lagi, beliau mempunyai kelebihan dalam strategi berdagang, serta bijak dalam
menjalankan urusannya.
Talhah bin Ubaidilllah juga berani mengambil dan menanggung risiko dalam
menjalankan perniagaannya. Walaupun lahir dalam keluarga yang berharta, beliau memilih
untuk mencari pendapatan sendiri melalui perniagaan. Apabila Talhah memeluk Islam dan
ikut serta dalam berhijrah ke Madinah, beliau meninggalkan semua hartanya di Mekah. Oleh
itu, beliau memulakan perniagaannya di Madinah daripada bawah. Beliau berani menjalankan
perniagaan di Madinah walaupun pada permulaannya Talhah hanya menggunakan modal
yang sedikit. Talhah pernah meminjam wang yang berjumlah 50 ribu dirham daripada
Uthman bin Affan. Beliau menggunakan wang yang dipinjamnya daripada Uthman ini untuk
menjalnkan perniagaannya. Setelah perniagaan Talhah bertambah maju, beliau sudah mampu
membayar hutangnya itu. Suatu hari, Talhah bin Ubaidillah terserempak dengan Uthman bin
Affan yang sedang berjalan menuju ke Masjid Madinah. “Tuan Uthman, sekarang saya sudah
mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang tuan.” Uthman menjawab “Saya
hadiahkan wang itu kepada saudara kerana saudara berhutang kerana menanggung keperluan
orang lain.” Benarlah apa yang dinyatakan Uthman kerana segala keuntungan yang diperolehi
oleh Talhah akan diberikan dan disedekahkan kepada orang yang memerlukan. (Mahmud al-
Misri, 2011:427)
2.4 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM BERDAGANG
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh Talhah bin Ubaidillah dan para sahabat yang lain
dalam bidang perdagangan ialah perdagangan di Madinah dikuasai oleh peniaga yahudi dan
peniaga Madinah yang bukan Islam. Oleh itu, persaingan amatlah sengit dan untuk
melakukan urus niaga dengan penduduk amatlah susah.
Sebelum pembentukan Kerajaan Madinah, ekonomi negara dikawal oleh bangsa
Yahudi terutama dari Bani Qainuqa’. Mereka memiliki Pusat Perdagangan Bani Qainuqa’
yang cukup terkenal. Antara pasar utama di Madinah ialah Pasar Ansar, iaitu pasar yang
diasaskan Nabi Muhammad S.A.W. setelah Nabi Muhammad menjadi pemimpin kerajaan
Madinah. Di pusat perdagangan inilah para sahabat turut terlibat. Antara sahabat yang terlibat
adalah Abdul Rahman Bin Auf, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Talhah bin
Ubaidillah, Zubbair al-Awwam dan ramai lagi.
Seterusnya timbul pula persoalan bagaimana sahabat Rasulullah S.A.W., Talhah bin
Ubaidillah berjaya mencipta sejarah menang besar di Madinah dalam persaingan perniagaan
dengan peniaga yahudi dan peniaga bukan Islam Madinah?
Rahsianya ialah setiap malam, Talhah akan bermunajat kepada Allah, untuk
memudahkan urusannya dan membantu dalam perniagaannya. Berkat doanya, keramahan dan
strateginya, beliau akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk
mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga Islam yang datang daripada Mekah
atau dikenali sebagai Muhajirin. Maka, ramailah penduduk Madinah yang berurus niaga
dengan Talhah bin Ubaidillah.
Rindu untuk duduk bersama Rasulullah dan para sahabat membuatkan orang Madinah
akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula
meninggalkan kota Madinah.
Di samping kebergantungan kepada Allah, cabaran dalam bidang perdagangan ini
mampu dihadapi dengan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W. mempersaudarakan golongan
Muhajirin dan Ansar. Nabi Muhammad S.A.W. memandang penting aspek persaudaraan
antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Ia merupakan satu manifestasi keadilan
Islam dari segi akhlak kemanusiaan.
Satu hal yang perlu dilihat di sini ialah Muhajirin menghadapi masalah persoalan
ekonomi dan sosial. Mereka tiba di Madinah tanpa memiliki apa-apa harta. Penghijrahan
golongan Muhajirin membolehkan mereka melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di
Madinah yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib. Namun ia agak susah untuk dilakukan
memandangkan kegiatan ekonomi di Yathrib lebih berasaskan pertanian dan penternakan. Ini
jelas sekali berbeza dengan kegiatan ekonomi mereka di Makkah sebelum ini yang lebih
tertumpu pada kegiatan perdagangan. Nabi Muhammad S.A.W. sedar bahawa keadaan
golongan Muhajirin ini boleh dibantu oleh golongan Ansar yang kaya dengan hasil pertanian,
harta dan pertukangan mereka.
Golongan Ansar berperanan besar dalam meringankan beban Talhah dan sahabat yang
lain. Golongan Ansar inilah yang menjaga keselamatan dan menyediakan modal untuk
berniaga kepada golongan Muhajirin. Rasulullah S.A.W. telah mempersaudarakan Talhah
dengan Abdullah bin Zubair dan Abu Ayub al-Ansari sewaktu di Madinah. Dengan adanya
bantuan dan kerjasama daripada golongan Ansar yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj,
Talhah bin Ubaidillah berjaya menghadapi cabaran dalam menjalankan perdagangannya.
(Hadji Sjech Marhaban, 1967:147)
2.5 PERIBADI TALHAH YANG PEMURAH
Talhah bin Ubaidillah bukan sahaja terkenal sebagai seorang pejuang yang berjihad di
medan perang, beliau juga terkenal sebagai seorang yang murah hati dan dermawan.
Tambahan pula, Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada beliau. Daripada
rezeki yang dilimpahkan Allah itu, Talhah menanggung nafkah kaum kerabatnya tanpa
berkira walau sedikit. Hal ini menyebabkan tiada seorang pun daripada Bani Taim yang
mempunyai tanggungan, melainkan dicukupi perbelanjaan keluarganya, dinikahkan anak-
anak yatim mereka, diberinya pekerjaan kepada keluarga mereka, dan dilunaskan hutang-
hutang mereka. (Khalid Muhammad Khalid, 1994:418)
Dikeluarkan oleh Al-Hasan bin Sufyan dan Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Hilyah
daripada Salmah bin Al-‘Akwa’ r.a. berkata,:”Talhah bin Ubaidillah telah membeli sebuah
telaga berhampiran dengan sebuah gunung. Beliau telah menjemput orang ramai untuk
menghadiri jamuan makan. Sehubungan dengan itu, Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
“Sesungguhnya kamu, ya Talhah, seorang yang amat pemurah.”
Daripada Qabishah bin Jabir berkata:”Aku pernah menyertai Talhah. Aku tidak
pernah melihat orang yang mudah memberikan harta melimpah tanpa diminta melebihi
dirinya.” (al-Kandahlawi, 2012:321)
Daripada Musa bin Talhah, daripada ayahnya bahawa dia memperolehi harta daripada
Hadramaut sebanyak 700 ribu dirham, maka di malam itu Talhah tidak boleh tidur. Isterinya
bertanya kepadanya: “Ada apa denganmu?” Talhah menjawab: “Daripada malam tadi aku
berfikir. Aku berkata dalam hatiku, apa kira-kira yang diduga oleh seorang lelaki kepada
Tuhannya di mana dia bermalam, sedangkan di rumahnya terdapat harta sebanyak ini?”
Isterinya berkata: “Apakah engkau melupakan sahabat-sahabat karibmu. Apabila pagi
menyinsing, siapkan talam dan piring lalu bahagikan harta itu kepada mereka.” Maka Talhah
berkata: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah wanita yang memperolehi bimbingan
anak perempuan daripada seorang lelaki yang memperolehi bimbingan.” Isterinya itu adalah
Ummu Kalthum dinti al-Siddiq. Keesokannya, Talhah meminta talam lalu membahagikan
hartanya kepada orang-orang Muhajirin dan Ansar. Beliau mengirimkan satu talam kepada
Ali, maka isterinya berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apakah kami tidak memperoleh
bahagian daripada harta tersebut?” Talhah menjawab: “Engkau di mana saja dari tadi? Yang
tinggal itu bahagianmu.” Isterinya berkata: “Sebuah guni berisi kurang lebih seribu dirham.”
(‘Abdurrahman Ra’fat Basya, 1984:239)
Riwayat lain ada menyatakan daripada Hassan al-Basri, bahawa “Talhah menjual
sebidang tanah dengan harga 700 ribu dirham. Malam itu dia tidak boleh tidur kerana harta
tersebut. Ketika pagi tiba, dia lansung membahagikan hartanya.”
Daripada Su’da binti ‘Auf al-Murriyah, dia berkata: “Suatu hari aku datang menemui
Talhah. Dia terlihat lesu, maka aku bertanya kepadanya: “Ada apa dengan dirimu? Apakah
ada sesuatu yang membuatmu curiga kepada keluargamu?” Talhah menjawab: “Tidak ada,
demi Allah, engkau adalah sebaik-baik kawan bagi seorang muslim, tetapi harta yang ada
padaku itulah yang mebuatku seperti ini.” Aku bertanya: “Apa yang merisaukanmu?
Bahagikan saja kepada kaummu.” Maka Talhah berkata: “Pelayan, panggilkan kaumku ke
mari!” Maka Talhah membahagikan harta itu kepada mereka. Aku bertanya kepada
pelayan:”Berapa yang dia bahagikan?” Dia menjawab: “400 ribu dirham.” (al-Kandahlawi,
1998:226)
Daripada Ali bin Zaid, dia berkata: “Seorang Arab Badwi datang meminta harta
kepada Talhah. Dia bertawassul kepadanya dengan jalinan Rahim, maka Talhah berkata: “Ini
adalah jalinan Rahim. Tidak ada seorang pun sebelummu yang memintaku dengannya. Aku
mempunyai tanah pemberian Uthman berharga 300 ribu dirham, ambillah! Tetapi jika engkau
berkenan, aku menjualnya kepada Uthman dan memberikan hartanya kepadamu.” Maka
lelaki itu menjawab: “Harganya sahaja.” Maka Talhah memberikannya. (‘Abdurrahman
Ra’fat Basya, 1984:239)
Bagi masyarakat Arab yang tinggal di kota Madinah, air dan garam adalah bahan
yang berharga. Disebabkan kegunaannya yang pelbagai dan kesukaran bagi mendapatkannya,
harga garam menjadi sangat mahal pada masa itu. Orang-orang miskin tidak berkemampuan
bagi mendapatkan garam apabila mereka memerlukannya. Menyedari hakikat ini, Talhah bin
Ubaidillah membeli sebuah kawasan yang mengandungi sumber garam yang luas di pantai
Laut Merah. Kemudian, beliau bertindak mewakafkan hasil garam daripada kawasan itu bagi
kegunaan masyarakat.
Sifat murah hati dan dermawan Talhah ini terkenal dalam kalangan sahabat sehingga
Rasulullah memberikan gelaran Talhah al-Khair (Tahah yang baik), Talhah al-Jaud (Talhah
yang pemurah), Talhah al-Fayyadh (Talhah yang dermawan) dan banyak lagi gelaran yang
lain. Talhah banyak meninfakkan hartanya bukan sahaja untuk membantu masyarakat, tetapi
juga untuk kegunaan dalam peperangan. Keperibadian diri Talhah bin Ubaidillah yang
dermawan ini patut dicontohi dan diteladani. (Harun Ar-Rasyid Haji Tuskan, 2010:7)
2.6 HARTA WARISAN TALHAH
Talhah bin Ubaidillah diberkati dan dirahmati Allah dengan limpahan rezeki dan harta
yang banyak. Ketika beliau masih hidup, hartanya disedekahkan dan diinfakkan kepada orang
ramai. Namun begitu, hartanya tidak pernah habis dan rezekinya pula semakin bertambah.
Beliau meninggalkan untuk keluarganya harta yang sangat banyak sehingga mereka mampu
hidup dalam keadaan yang selesa.
Ibnu Sa’ad dan Ibnu Asakir meriwayatkan dari Musa bin Thalhah, “Bahawasanya
Mu’awiyah bertanya kepadanya, “Berapakah harta yang ditinggalkan oleh Abu
Muhammad?” Ia menjawab, “Dua juta dua ratus ribu dirham, dan dari emas sebanyak dua
ratus ribu dinar.” Maka Mu’awiyah berkata, “Talhah telah hidup dalam keadaan terpuji,
dermawan, dan mulia, dan terbunuh sebagai orang yang dirindukan, semoga Allah
merahmatinya.” (al-Husaini al-Husaini Ma’addi, 2011:148)
Dan mereka berdua juga meriwayatkan dari Ibrahim bin Muhammad bin Thalhah
berkata, “Nilai harta yang ditinggalkan Thalhah yang berupa perhiasan adalah sebanyak tiga
puluh juta dirham, dan beliau meninggalkan wang sebanyak dua juta dua ratus ribu dirham
dan dua ratus ribu dinar, dan sisanya adalah ‘Urudh (bentuk jamak, dan mufradnya adalah
‘Ardh, yaitu menyelisihi harga dirham dan dinar).
Ibnu Sa’ad dan Al-Hakim meriwayatkan dari Su’da binti Auf Al-Murriyyah, isteri
Thalhah berkata, “Thalhah bin Ubaidillah, semoga Allah merahmatinya, terbunuh dan saat
itu di tangan bendaharanya terdapat dua juta dua ratus ribu dirham dan kemudian tanah serta
hartanya dianggarkan bernilai tiga puluh juta dirham.”
Ibnu Sa’ad menuturkan sebuah riwayat yang mencengangkan dari Amru bin Al-Ash,
berkata, “Aku diberitahu bahawasanya Thalhah bin Ubaidillah meninggalkan seratus bahar,
setiap bahar berisi tiga kintal emas, dan aku mendengar bahawa bahar adalah kantung dari
kulit sapi jantan.” (Abdul Basit Ahmad, 2000:41)
KESIMPULAN
Kesimpulannya, Talhah bin Ubaidillah merupakan salah seorang peniaga yang sangat
berjaya pada zaman Rasulullah S.A.W. dan pada zaman sahabat. Talhah bin Ubaidillah bijak
dalam memasang strategi perniagaan dengan menitikberatkan urusannya dari segi tempat,
barang dagangan, dan prinsip yang diamalkan. Hal inilah yang membuatkan perniagaan
beliau sering maju, malah dapat mengalahkan peniaga-peniaga yang lebih tua daripada
beliau. Tambahan pula, tempat yang dipilih oleh beliau merupakan tempat tumpuan para
pembeli seperti di Iraq, Madinah, Hijjaz dan lain-lain tempat. Di samping itu, sifat jujur dan
peramah beliau menjadi salah satu sebab perniagaannya selalu memperoleh keuntungan.
Bukan itu sahaja, sikap beliau yang suka berkongsi keuntungan dengan membahagikan harta
kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan membuatkan rezeki beliau diberkati
oleh Allah S.W.T. Sikap meminta-minta dan bergantung harap kepada orang lain seakan-
akan tidak pernah wujud dalam kamus hidup Talhah. Beliau berusaha dengan sendirinya
tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapapun. Oleh itu, sebagai umat Islam, sikap dan
cara Talhah bin Ubaidillah dalam perniagaan harus dicontohi dan dijadikan teladan terutama
bagi usahawan masa kini.
RUJUKAN
al-Tabari, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir. 1999. Tarikh at-Thabari. Beirut: Darul Kutub al-
‘Ilmiya.
Ibnu Kasir, Ismail bin Umar. 1966. Al-Bidayah wa Al-Nihayah. Beirut: Maktabah al-Ma’arif.
Ibnu Hisyam, Abu Muhammad Abdul Malik. 2009. Sirah Nabawiyyah. Jilid 1. Selangor: Al-
Hidayah Publication.
al-Mubarakfuri, Syeikh Shafiyyurrahman. 1997. Sirah Nabawiyah. Kuala Lumpur: Pustaka
Al-Kautsar.
Ibnu Hajar al-‘Askolani, Ahmad bin Ali. 1939. Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah. Mesir:
Maktabah Mustafa Muhammad.
al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad bin Uthman. 1994. Siyar A’lam Al-Nubala’. Beirut:
Muassasah al-Risalah.
al-Kandahlawi, As-Sheikh Muhammad Yusof. 1994. Hayatus Sahabah. Kuala Lumpur:
Darul Nu’man.
al-Kandahlawi, Syeikh Muhammad Yusuf. 2012. Mukhtasar Hayatus Sahabah. Johor Bahru:
Perniagaan Jahabersa.
al-Husaini al-Husaini Ma’addi. 2011. Rijalun wa Nisa’un Haula al-Rasul. Al-Qahirah: Darul
Haram Lil at-Turath.
‘Izzi ad-Din bin al-Sir Abi Hassan. 1996. Asadul Ghabah fi Ma’rifat as-Sahabah. Jilid Dua.
Lebanon: Darul Fikr.
Ibnu ‘Asakir. 2009. Tarikh Madinah Damishq. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr.
Mahmud al-Misri. 2011. Lelaki-lelaki Hebat di Sekeliling Rasulullah S.A.W. (Men Around
Muhammad). Terjemahan Abdul Rahman Saleh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
Abdul Basit Ahmad. 2000. Talhah bin Ubaidillah The Living Martyr. Riyadh: Darus Salam
Abu Irsyad. 2006. 10 Sahabat Dijanjikan Syurga. Kuala Lumpur: Klang Book Centre (KBC).
Hadji Sjech Marhaban. 1967. Tokoh-tokoh Islam di Zaman Nabi. Singapura: Pustaka
Nasional.
‘Abdurrahman Ra’fat Basya. 1984. Kepahlawanan Generasi Sahabat Rasulullah. Jakarta:
Dewan Pustaka Fajar.
K.H.M. Ali Usman. 1976. Sepuluh Sahabat Utama Rasulullah S.A.W. Turut Merubah
Sejarah Dunia. Jakarta: Bulan Bintang.
Dr. Muhammad Syafii Antonio. 2010. Ensiklopedia Leadership and Manajemen Muhammad
S.A.W. (Bisnis dan Kewirausahaan). Jakarta Selatan: Tazkia Publishing.
Khalid Muhammad Khalid. 1994. Karakteristik Perihidup Enam Puluh Sahabat Rasulullah.
Kuala Lumpur: Victory Agencie.
Harun Ar-Rasyid Haji Tuskan. 2010. Siri 100 Pahlawan Syurga (Jilid 3: Teman Bidadari).
Kuala Lumpur: Yamani Angle Sdn. Bhd.
Syaikh Muhammad Yusuf Rah.a.. 2008. Kisah Teladan Sepanjang Zaman Rasulullah dan
Para Sahabat. Yogyakarta: Citra Risalah.
Moh. Shobirienur Rasyid. 2000. Sebuah Prisma Seribu Cahaya (Sirah Sahabi). Penyunting
Endang Dedih. Bandung: Humaniara Utama Press.

More Related Content

What's hot

Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahakhmal ali
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhDanialkmal
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.jimoh370
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarZuraihi Razali
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Noor Aziah Mamat
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...LOGHA ANBARASU
 
Perjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahPerjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahAnin Shabrina
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanNajid Jamal
 
Sirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAWSirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAWAbuNailah
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quranWan Syafawati
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahQhaiyum Shah
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamEzad Azraai Jamsari
 
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihAsmidahIsdal
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHGuru Sejarah PraU
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual belishahirah44
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 

What's hot (20)

Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansarPel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
Pel. 25 unit 2 persaudaraan antara muhajirin dan ansar
 
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
Senarai Qiraat Sab'ah (Imam Tujuh)
 
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
Penentangan yang dihadapi oleh rasulullah semasa pembinaan masyarakat islam d...
 
Perjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahPerjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyah
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
Sirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAWSirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAW
Sirah Nabawiyah 08: Kelahiran Nabi Muhammad SAW
 
Pengumpulan al quran
Pengumpulan al quranPengumpulan al quran
Pengumpulan al quran
 
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal RahimahullahPend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
Pend. Agama Islam Tingkatan 4 - Sirah: Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Sultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatihSultan muhammad al fatih
Sultan muhammad al fatih
 
Perang uhud
Perang uhudPerang uhud
Perang uhud
 
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAHHIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
HIJRAH NABI MUHAMMAD SAW KE MADINAH
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
 
Saidatina khadijah
Saidatina khadijahSaidatina khadijah
Saidatina khadijah
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
 

Similar to Keusahawanan Talhah bin Ubaidillah

Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufUNISZA
 
Uitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talibUitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talibsakura rena
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufUNISZA
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZGuru Sejarah PraU
 
Uthman
UthmanUthman
UthmanTqabel
 
Uitm~ctu151 saidina ali bin abi talib
Uitm~ctu151 saidina ali bin abi talibUitm~ctu151 saidina ali bin abi talib
Uitm~ctu151 saidina ali bin abi talibsakura rena
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Ezad Azraai Jamsari
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Ezad Azraai Jamsari
 
Sejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSasi Villa
 
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...Ezad Azraai Jamsari
 
Power point sarah tasya
Power point sarah tasyaPower point sarah tasya
Power point sarah tasyaputri135
 
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Wan Anwar
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALkkqsmkta
 
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...sakura rena
 
Pel. 21 saidina ali pemuda yang berani
Pel. 21 saidina ali pemuda yang beraniPel. 21 saidina ali pemuda yang berani
Pel. 21 saidina ali pemuda yang beraniIzzat Hakim
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun IslamNurulainRizal
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malikAngah Rahim
 

Similar to Keusahawanan Talhah bin Ubaidillah (20)

Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
Uitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talibUitm~ctu151 ali bin abi talib
Uitm~ctu151 ali bin abi talib
 
Slide presentation tasawuf
Slide presentation tasawufSlide presentation tasawuf
Slide presentation tasawuf
 
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZSUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ
 
Uthman
UthmanUthman
Uthman
 
Uitm~ctu151 saidina ali bin abi talib
Uitm~ctu151 saidina ali bin abi talibUitm~ctu151 saidina ali bin abi talib
Uitm~ctu151 saidina ali bin abi talib
 
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
Pencerakinan Reflektif Peradaban dan Kebudayaan Pada Zaman Kerajaan-Kerajaan ...
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
 
Sejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umarSejarah T4 Khalifah umar
Sejarah T4 Khalifah umar
 
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
Al-Hajib al-Mansur bi Allah ibn Abi 'Amir (Almanzor): Satu Kajian Bibliografi...
 
Power point sarah tasya
Power point sarah tasyaPower point sarah tasya
Power point sarah tasya
 
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Salmanal farisi
Salmanal farisiSalmanal farisi
Salmanal farisi
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
Uitm~ctu151 perbezaan amalan prinsip islam dalam pentadbiran khalifah ‘umar b...
 
Pel. 21 saidina ali pemuda yang berani
Pel. 21 saidina ali pemuda yang beraniPel. 21 saidina ali pemuda yang berani
Pel. 21 saidina ali pemuda yang berani
 
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 -  Perkembangan Tamadun IslamCTU151 -  Perkembangan Tamadun Islam
CTU151 - Perkembangan Tamadun Islam
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malik
 

More from Syafiqah Aqilah

Bab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasi
Bab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasiBab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasi
Bab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasiSyafiqah Aqilah
 
Tugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar MapanTugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar MapanSyafiqah Aqilah
 
Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]
Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]
Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]Syafiqah Aqilah
 
Perbandingan antara takaful dan insurans
Perbandingan antara takaful dan insuransPerbandingan antara takaful dan insurans
Perbandingan antara takaful dan insuransSyafiqah Aqilah
 
Projek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanak
Projek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanakProjek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanak
Projek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanakSyafiqah Aqilah
 
Penggunaan Dinar Emas dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas dalam Dunia ModenPenggunaan Dinar Emas dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas dalam Dunia ModenSyafiqah Aqilah
 
Projek Akhir Pembanguanan Mapan dalam Islam
Projek Akhir Pembanguanan Mapan dalam IslamProjek Akhir Pembanguanan Mapan dalam Islam
Projek Akhir Pembanguanan Mapan dalam IslamSyafiqah Aqilah
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialSyafiqah Aqilah
 

More from Syafiqah Aqilah (18)

Bab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasi
Bab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasiBab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasi
Bab 7 perkembangan ilmu sains zaman umawi dan abbasi
 
Tugasan 12
Tugasan 12Tugasan 12
Tugasan 12
 
Tugasan 11
Tugasan 11Tugasan 11
Tugasan 11
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Tugasan 8
Tugasan 8Tugasan 8
Tugasan 8
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Tugasan 5
Tugasan 5Tugasan 5
Tugasan 5
 
Tugasan 3
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Tugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar MapanTugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar Mapan
Tugasan 4 Amalan Terbaik Pembangunan Bandar Mapan
 
Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]
Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]
Keusahawanan dan Inovasi - [Q'ri ch.co business idea]
 
Perbandingan antara takaful dan insurans
Perbandingan antara takaful dan insuransPerbandingan antara takaful dan insurans
Perbandingan antara takaful dan insurans
 
Konsep Akhlak
Konsep AkhlakKonsep Akhlak
Konsep Akhlak
 
Projek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanak
Projek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanakProjek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanak
Projek akhir Pendidikan Awal Kanak-kanak
 
Penggunaan Dinar Emas dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas dalam Dunia ModenPenggunaan Dinar Emas dalam Dunia Moden
Penggunaan Dinar Emas dalam Dunia Moden
 
Projek Akhir Pembanguanan Mapan dalam Islam
Projek Akhir Pembanguanan Mapan dalam IslamProjek Akhir Pembanguanan Mapan dalam Islam
Projek Akhir Pembanguanan Mapan dalam Islam
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 

Recently uploaded

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 

Recently uploaded (11)

A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 

Keusahawanan Talhah bin Ubaidillah

  • 1. PPPJ1173 FIQH SIRAH TAJUK: KEUSAHAWANAN TALHAH BIN UBAIDILLAH PENSYARAH: DR. FARID BIN MAT ZAIN NAMA: NURSYAFIQAH ‘AQILAH BINTI SHARIN (A159009) IZZATUL AMIRA BINTI KHAIRUL AZMI (A161843) SEMESTER 1- SESI 2016/2017 JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  • 2. PENDAHULUAN Darsawarsa ini, ramai pengkaji dan penulis sejarah Islam yang membuat kajian dan menulis mengenai sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.. Namun begitu, mereka lebih memfokuskan kepada sejarah kehidupan dan riwayat hidup seseorang sahabat Rasulullah S.A.W. itu dan tidak menyentuh aspek-asek tertentu. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk mengambil topik Tokoh Sahabat dalam Bidang Keusahawanan. Tujuan utama penulisan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai keusahawanan dan perniagaan mereka. Penulisan ini adalah satu usaha untuk menjelaskan tentang tingginya semangat sahabat dalam menjalankan dakwah melalui perniagaan dan sifat dermawan mereka. Pengkaji memilih Talhah bin Ubaidillah kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya pada masa itu. Beliau dilatih menjadi ahli perniagaan semenjak beliau masih kecil lagi. Beliau adalah saudagar yang kaya dan bijak dalam menjalankan perniagaannya. Namun ketika berjuang di jalan Allah, beliau tidak memikirkan kekayaannya. Melalui keuntungan perniagaannya, Talhah banyak bersedekah kepada orang ramai. Sikap murah hatinya itu terkenal di kalangan para sahabat. Beliau telah menjalankan hidupnya semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah dan membelanjakan hartanya di jalan Allah. Keperibadian diri Talhah inilah yang menjadikan beliau salah seorang sahabat daripada sepuluh orang sahabat yang dijamin syurga sepertimana yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya,“ Talhah dan Zubair adalah jiran aku di syurga.” (Riwayat Tarmidzi). (Abu Irsyad, 2006:237)
  • 3. 1.0 LATAR BELAKANG TOKOH TALHAH BIN UBAIDILLAH Talhah bin Ubaidillah bin Uthman bin Amru bin Ka’ab bin Sa’ad bin Taim bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’ai dilahirkan di kota Mekah pada tahun ke-27 selepas Tahun Gajah bersamaan tahun 597 Masihi. Beliau berasal daripada Bani Taim, keturunan yang sama dengan Abu Bakar. Beliau diberi gelaran Abu Muhammad kerana anak sulung beliau, iaitu Muhammad As-Sajjad yang sangat soleh dan rajin beribadah. Ayah Talhah adalah Ubaidillah merupakan salah seorang tokoh hartawan di Mekah. Manakala ibunya adalah Sha’bah binti al-Hadrami berketurunan daripada Wahb bin Abdillah, seorang dermawan berhati mulia. (Ibnu Hisyam, 2009:157) Beliau merupakan salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah S.A.W.. Beliau juga merupakan antara orang yang terawal dan remaja pertama yang memeluk Islam. Bukan itu sahaja, Talhah merupakan salah seorang daripada enam orang ahli majlis syura yang dicalonkan sebagai pengganti Khalifah Umar al-Khattab. Zaman kanak-kanaknya dan masa mudanya berkembang dibawah pengawasan ayah dan ibunya. Talhah banyak belajar daripada keduanya urusan kehidupan, mencontohi akhlak- akhlak mulia dan sifat-sifat yang terpuji. Talhah hidup di Mekah sehingga dia mengenal selok-belok di kota tersebut. Beliau bergerak di antara gunung-gunung dan bukit-bukit. Beliau belajar memanah dan melempar tombak. Beliau telah dididik dengan ilmu peperangan sejak kecil lagi. Apabila meningkat dewasa, Talhah memilih untuk berniaga. Pada awalnya, Talhah hanya berniaga kain di Mekah. Kemudian perniagaannya berkembang sehingga ke Basrah dan Syam. Meskipun masih muda, Talhah mempunyai kelebihan dalam strategi berdagang, serta bijak dalam menjalankan urusannya hingga dapat mengalahkan pedagang-pedagang lain yang lebih tua. (Mahmud al-Misri, 2011:423)
  • 4. PENGISLAMAN TALHAH Ketika Talhah bin Ubaidillah dan rombongannya pergi berniaga di Bushra, beliau mengalami satu peristiwa yang telah mengubah seluruh hidupnya. Seorang pendeta tiba-tiba berteriak, “Wahai para peniaga sekalian, adakah antara tuan yang berasal daripada Mekah?” Kebetulan Talhah berdiri tidak jauh dari pendeta itu. “Ya, aku penduduk Mekah,” sahut Talhah. “Sudah munculkah di antara kamu orang yang bernama Ahmad?” tanya pendeta itu kepadanya. “Ahmad yang mana?”. “Ahmad bin Abdullah bin Abdul Mutalib. Bulan ini pasti muncul sebagai nabi, penutup para nabi. Kelak dia akan berhijrah dari negeri yang berbatu- batu hitam yang banyak pohon kurmanya ke negeri yang subur, memancarkan air dan garam. Sebaiknya engkau segera menemuinya, wahai anak muda,” sambung pendeta itu. Ucapan pendeta itu begitu memberi kesan di hati Thalhah hingga beliau tidak menghiraukan kafilah dagang di pasar dan terus pulang ke Mekah. Setibanya di Mekah, beliau bertanya kepada keluarganya, "Apakah ada peristiwa yang berlaku sepeninggalku?" "Ada, Muhammad bin Abdullah mengatakan dirinya Nabi dan Abu Bakar telah mempercayai dan mengikuti apa yang dikatakannya," jawab mereka. “Aku kenal Abu Bakar. Dia seorang yang berlapang dada, penyayang dan lemah lembut. Dia pedagang yang berbudi tinggi dan teguh. Kami bersahabat baik, banyak orang menyukai majlisnya, kerana dia merupakan ahli sejarah Quraisy," gumam Thalhah. Setelah itu Thalhah mencari Abu Bakar. "Benarkah Muhammad bin Abdullah telah menjadi Nabi dan engkau mengikutinya?" "Betul." Lalu Abu Bakar menceritakan kisah Muhammad sejak peristiwa di gua Hira' sampai turunnya wahyu pertama. Abu Bakar mengajak Thalhah untuk masuk Islam. Usai Abu Bakar bercerita Thalhah ganti bercerita tentang pertemuannya dengan pendeta Bushra. Lalu Abu Bakar mengajak Thalhah untuk menemui Muhammad dan menceritakan peristiwa yang dialaminya dengan pendeta Bushra. Di hadapan Rasulullah, beliau telah mengucapkan dua kalimah syahadah. (Ibnu Kasir, 1966: 212) Keimanan beliau diuji dengan seksaan yang dahsyat di mana beliau telah didera oleh ibunya sendiri, Sha’bah binti Al-Hadrami dan lima orang pemuda yang diupah oleh ibunya. Bukan itu sahaja, Talhah diikat bersama Abu Bakar dan dipukul sehingga luka dan darah mengalir daripada tubuh keduanya. Namun begitu, Talhah bin Ubaidillah tetap teguh dengan akidahnya dan tidak pernah menyerah. (al-Zahabi, 1999:275)
  • 5. PERJUANGAN TALHAH Pengorbanan Talhah bin Ubaidillah yang menjadi pelindung kepada Rasulullah S.A.W. daripada serangan kaum Musyrikin Mekah dalam Perang Uhud amatlah dikagumi. Talhah r.a menerima sebanyak lebih kurang dua puluh empat luka bekas libasan pedang, tusukan lembing, dan lemparan panah pada tubuhnya. Beliau kehilangan dua jarinya dalam peperangan ini. Hal ini menyebabkan beliau diberi gelaran “Syahid yang Hidup”. Gelaran itu diberikan Rasulullah S.A.W. melalui sabdanya:, “Sesiapa yang ingin melihat seorang yang mati berjalan di muka bumi, maka lihatlah Talhah bin Ubaidillah”. (al-Husaini Ma’addi, 2011:144) Sejak saat itu bila orang membicarakan perang Uhud di hadapan Abu Bakar, maka beliau selalu menyahut, "Perang hari itu adalah peperangan Thalhah seluruhnya. Hingga akhir hayatnya, perjuangan sahabat mulia itu tak kenal henti. Sebuah sejarah besar diukir, sejarah itu bernama Thalhah bin Ubaidillah." (al-Kandahlawi, 1994:268) Semenjak peperangan Uhud, Talhah telah mengambil bahagian dalam semua peperangan yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Beliau juga menyertai peperangan Hunain selepas penaklukan Mekah dan turut serta dalam peristiwa Baitul Ridhwan. KEWAFATAN TALHAH Pada tahun 36 Hijrah bersamaan 656 Masihi, Talhah bin Ubaidillah yang berada di pihak Saidatina Aishah binti Abu Bakar bersama Zubair bin al-Awwam terlibat dalam Perang Jamal menentang Khalifah Ali bin Abi Talib dan terbunuh di dalam peperangan tersebut. Sewaktu terjadi pertempurann Al-Jamal itu, sebatang panah beracun yang dilepaskan oleh Marwan bin al-Hakam mengenai betisnya. Maka beliau segera dipindahkan ke Basrah dan tidak beberapa lama kemudian beliau wafat. Ketika itu, beliau berusia 64 tahun. Mayat beliau disemadikan di suatu tempat berdekatan padang rumput di kota Basrah. (Abu Irshad, 2006:92)
  • 6. 2.0 TALHAH SEBAGAI TOKOH USAHAWAN ISLAM 2.1 SUMBER KEKAYAAN TALHAH Talhah bin Ubaidillah merupakan antara sahabat yang mempunyai banyak harta dan antara saudagar yang kaya. Talhah termasuk antara sahabat yang paling kaya selain daripada Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar as-Siddiq, Uthman bin Affan, Zubair al-Awwam, dan Abu Ubaidah al-Jarrah. Punca kekayaan beliau datang daripada empat sumber utama. Pertama, beliau bijak berniaga seperti Abdul Rahman bin Auf. Talhah memang dikenali sebagai saudagar yang bijak berniaga sejak beliau belum memeluk Islam lagi. Ibnu Khaldun di dalam kitab Muqaddimah membawakan satu riwayat, bahawa pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, perolehan perniagaan Talhah di Iraq sahaja sudah mencecah 1000 dinar setiap hari iaitu bersamaan dengan RM600 ribu. Ini bermakna keuntungannya di Iraq adalah lebih dari setengah juta. Manakala, hasil perniagaan beliau di as-Sharah adalah lebih banyak daripada hasil perniagaannya di Iraq. Bukan itu sahaja, beliau memiliki banyak ladang di Madinah seperti ladang tamar, dan ladang gandum. Beliau juga memiliki ramai hamba untuk mengusahakan ladang-ladang tersebut. (al-Kandahlawi, 1994:268) Kedua, Talhah menerima wang persaraan yang banyak kerana jawatan yang disandangnya. Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab, Talhah yang dilantik sebagai ahli Majlis Syura dalam sistem pentadbiran menerima wang persaraan sebanyak lima ribu dinar setahun. Ketiga, Talhah mempunyai wang dan tanah pemberian Uthman bin Affan. Semasa Uthman baru dilantik menjadi khalifah, beliau telah memberi wang sebanyak seratus ribu dinar dan sebidang tanah yang berharga 300 ribu dinar kepada Talhah. (Mahmud al-Misri, 2011:424) Keempat, beliau memperoleh harta yang banyak hasil daripada harta rampasan perang-perang yang telah disertainya sepanjang beliau hidup. Harta rampasan perang atau ghanimah selalunya akan dibahagikan di mana sebahagian daripadanya masuk ke dalam baitul mal, manakala sebahagian lagi akan diagihkan kepada tentera-tentera yang berjuang dalam suatu peperangan. Talhah telah menyertai hampir semua perang bersama Rasulullah SAW seperti perang Badar, perang Uhud, perang Khandak dan peperangan-perangan lain. Dengan itu, Talhah mendapat beberapa bahagian harta rampasan perang daripada setiap peperangan yang memperoleh kemenangan. (al-Kandahlawi, 2012:264)
  • 7. 2.2 BARANG DAGANGAN TALHAH Seperti yang semua sudah sedia maklum, Talhah bin Ubaidillah merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya pada zamannya. Talhah dikenali sebagai pedagang ulung. Dalam ekspedisi perdagangannya, Talhah dan rombongan dagangnya mampu menempuh perjalanan yang jauh serta padang pasir yang luas lagi tandus. Dari Madinah, beliau membawa barang dagangannya ke seluruh semenanjung tanah Arab termasuklah Basrah, Syam, Hadramaut, dan Hijjaz. Ketekunan dan kesungguhan Talhah dalam perdagangan inilah yang menjadi faktor kejayaan perniagaannya. Bukan itu sahaja, kejayaan Talhah turut disumbang oleh beberapa faktor lain. Antara faktor lain adalah barang dagangan yang dimiliki olehnya. Hal ini adalah berikutan daripada barang dagangannya yang banyak dan pelbagai. Antara barang dagangannya ialah kain dan barangan tekstil. Talhah bin Ubaidillah adalah seorang peniaga kain yang terkenal di Tanah Arab. Imam al-Bukhari ada menyatakan dalam Sahih Bukhari tentang Talhah bin Ubaidillah adalah antara sahabat Rasulullah SAW yang merupakan pedagang pakaian yang memasarkan produknya di pasar Madinah dan kawasan di sekitarnya. Talhah mempunyai industri tekstil yang maju kerana terdapat berbagai bahan mentah seperti bulu kambing biri-biri atau dikenali sebagai wol. Wol ini digunakan untuk digunakan oleh tukang jahit dan penenun untuk membuat pakaian. Talhah menggunakan benang wol untuk membuat pakaian dan menghasilkan produk tekstilnya untuk dijual kepada orang ramai. Oleh kerana pakaian dan tekstil penting bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat, perniagaan Talhah mendapat sambutan dan memperoleh keuntungan yang besar. (Dr. Muhammad Syafii Antonio, 2010:272) Selain dari berniaga kain, Talhah bin Ubaidillah memiliki banyak ladang anggur dan ladang kurma. Hasil pertanian daripada ladang-ladang milik Talhah yang berupa anggur dan kurma ini turut menyumbang kepada kejayaan perniagaannya. Talhah juga memiliki sebidang tanah di Hadramaut yang luas. Hadramaut terkenal sebagai tempat yang menghasilkan kayu- kayuan yang harum. Kayu-kayuan inilah yang diperdagangkan apabila beliau berdagang di pasar. Talhah juga berjaya dalam bidang penternakan, di mana beliau memiliki unta dan kambing biri-biri yang banyak. Bukan itu sahaja, Talhah memiliki ramai hamba untuk mengerjakan ladangnya, menjaga binatang ternakannya, menjahit pakaian dan membantunya berdagang. (al-Husaini al-Husaini Ma’addi, 2011:146)
  • 8. 2.3 STRATEGI PERNIAGAAN TALHAH Setiap usahawan pasti mempunyai strategi mereka tersendiri dalam perniagaan mereka, begitulah juga Talhah bin Ubaidillah yang sangat hebat dalam perniagaan, walaupun beliau masih muda, kemajuan beliau dalam perniagaan tidak dapat disangkal lagi sehinggakan beliau mampu mengalahkan orang-orang yang lebih tua daripada beliau. Diantara strategi perniagaan beliau yang menjadi kunci kejayaan kepada perniagaanya ialah, keupayaan beliau dalam mendapatkan kepercayaan orang ramai. Sepanjang keislamannya , beliau tidak pernah memungkiri janji, berkhianat dan menipu. Dalam menjalankan urusniaganya, Talhah tidak pernah menyembunyikan kecacatan barang dan tidak pernah menipu timbangangan dan sukatan. Sifat kejujuran Talhah bin Ubaidillah menyebabkan beliau sangat dipercayai oleh masyarakat dan orang ramai. Hal ini, membuatkan perniagaan beliau semakin mendapat keuntungan. Tambahan pula, beliau mempunyai kredibiliti yang tinggi dan seorang yang sangat berintegeriti. Hal ini membuatkan beliau menjadi seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat dan para sahabat. Ramai pelanggan yang ingin berusniaga dengan Talhah bin Ubaidillah kerana menyenangi dengan sifatnya yang jujur dan amanah dalam perniagaan. (Hadji Sjech Marhaban, 1967:144) Selain itu, strategi perniagaan Talhah bin Ubaidillah adalah kompentesi, kemampuan dan teknik perniagaan beliau yang cekap. Talhah tahu cara berinteraksi dan cara mengambil hati para pelanggan dan pembeli. Apabila berurusniaga, Talhah akan memberikan perkhidmatan terbaik dengan menerangkan kebaikan dan manfaat produknya. Oleh itu, tidak hairanlah beliau mampu memperoleh keuntungan sebanyak 700 000 dirham sehari sehingga membuatkan beliau pening memikirkan duit banyak yang disimpannya di dalam rumah. Seterusnya, dalam mencapai kemajuan dalam perniagaan ini, Talhah bin Ubaidillah juga mengetahui dan mengenali pasar-pasar serta tempat perdagangan di jazirah Arab yang menjadi tumpuan orang ramai dan mampu memperolehi keuntungan yang berlipat ganda. Talhah selalu membawa barang dagangannya ke pasar-pasar yang terkenal dan tempat keramaian. Antara pasar yang sering dikunjungi Talhah ialah Pasar Busra, Pasar Ukaz, Pasar Dzul Majaz, Pasar Majinna, Pasar Musyaqqa, dan banyak lagi pasar-pasar yang lain. Bukan itu sahaja, Talhah sangat memahami dan arif dalam selok-belok aktiviti perniagaan dan perdagangan. Oleh kerana Talhah telah menceburi bidang perdagangan sejak beliau masih kecil lagi, beliau mempunyai kelebihan dalam strategi berdagang, serta bijak dalam menjalankan urusannya.
  • 9. Talhah bin Ubaidilllah juga berani mengambil dan menanggung risiko dalam menjalankan perniagaannya. Walaupun lahir dalam keluarga yang berharta, beliau memilih untuk mencari pendapatan sendiri melalui perniagaan. Apabila Talhah memeluk Islam dan ikut serta dalam berhijrah ke Madinah, beliau meninggalkan semua hartanya di Mekah. Oleh itu, beliau memulakan perniagaannya di Madinah daripada bawah. Beliau berani menjalankan perniagaan di Madinah walaupun pada permulaannya Talhah hanya menggunakan modal yang sedikit. Talhah pernah meminjam wang yang berjumlah 50 ribu dirham daripada Uthman bin Affan. Beliau menggunakan wang yang dipinjamnya daripada Uthman ini untuk menjalnkan perniagaannya. Setelah perniagaan Talhah bertambah maju, beliau sudah mampu membayar hutangnya itu. Suatu hari, Talhah bin Ubaidillah terserempak dengan Uthman bin Affan yang sedang berjalan menuju ke Masjid Madinah. “Tuan Uthman, sekarang saya sudah mempunyai wang yang cukup untuk membayar hutang tuan.” Uthman menjawab “Saya hadiahkan wang itu kepada saudara kerana saudara berhutang kerana menanggung keperluan orang lain.” Benarlah apa yang dinyatakan Uthman kerana segala keuntungan yang diperolehi oleh Talhah akan diberikan dan disedekahkan kepada orang yang memerlukan. (Mahmud al- Misri, 2011:427)
  • 10. 2.4 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM BERDAGANG Cabaran terbesar yang dihadapi oleh Talhah bin Ubaidillah dan para sahabat yang lain dalam bidang perdagangan ialah perdagangan di Madinah dikuasai oleh peniaga yahudi dan peniaga Madinah yang bukan Islam. Oleh itu, persaingan amatlah sengit dan untuk melakukan urus niaga dengan penduduk amatlah susah. Sebelum pembentukan Kerajaan Madinah, ekonomi negara dikawal oleh bangsa Yahudi terutama dari Bani Qainuqa’. Mereka memiliki Pusat Perdagangan Bani Qainuqa’ yang cukup terkenal. Antara pasar utama di Madinah ialah Pasar Ansar, iaitu pasar yang diasaskan Nabi Muhammad S.A.W. setelah Nabi Muhammad menjadi pemimpin kerajaan Madinah. Di pusat perdagangan inilah para sahabat turut terlibat. Antara sahabat yang terlibat adalah Abdul Rahman Bin Auf, Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Talhah bin Ubaidillah, Zubbair al-Awwam dan ramai lagi. Seterusnya timbul pula persoalan bagaimana sahabat Rasulullah S.A.W., Talhah bin Ubaidillah berjaya mencipta sejarah menang besar di Madinah dalam persaingan perniagaan dengan peniaga yahudi dan peniaga bukan Islam Madinah? Rahsianya ialah setiap malam, Talhah akan bermunajat kepada Allah, untuk memudahkan urusannya dan membantu dalam perniagaannya. Berkat doanya, keramahan dan strateginya, beliau akhirnya dapat menawan hati penduduk kota Madinah. Para penduduk mula beralih daripada peniaga yahudi kepada peniaga Islam yang datang daripada Mekah atau dikenali sebagai Muhajirin. Maka, ramailah penduduk Madinah yang berurus niaga dengan Talhah bin Ubaidillah. Rindu untuk duduk bersama Rasulullah dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Maka akhirnya peniaga yahudi mula meninggalkan kota Madinah. Di samping kebergantungan kepada Allah, cabaran dalam bidang perdagangan ini mampu dihadapi dengan kejayaan Nabi Muhammad S.A.W. mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Nabi Muhammad S.A.W. memandang penting aspek persaudaraan antara golongan Muhajirin dengan golongan Ansar. Ia merupakan satu manifestasi keadilan Islam dari segi akhlak kemanusiaan.
  • 11. Satu hal yang perlu dilihat di sini ialah Muhajirin menghadapi masalah persoalan ekonomi dan sosial. Mereka tiba di Madinah tanpa memiliki apa-apa harta. Penghijrahan golongan Muhajirin membolehkan mereka melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi di Madinah yang dahulunya dikenali sebagai Yathrib. Namun ia agak susah untuk dilakukan memandangkan kegiatan ekonomi di Yathrib lebih berasaskan pertanian dan penternakan. Ini jelas sekali berbeza dengan kegiatan ekonomi mereka di Makkah sebelum ini yang lebih tertumpu pada kegiatan perdagangan. Nabi Muhammad S.A.W. sedar bahawa keadaan golongan Muhajirin ini boleh dibantu oleh golongan Ansar yang kaya dengan hasil pertanian, harta dan pertukangan mereka. Golongan Ansar berperanan besar dalam meringankan beban Talhah dan sahabat yang lain. Golongan Ansar inilah yang menjaga keselamatan dan menyediakan modal untuk berniaga kepada golongan Muhajirin. Rasulullah S.A.W. telah mempersaudarakan Talhah dengan Abdullah bin Zubair dan Abu Ayub al-Ansari sewaktu di Madinah. Dengan adanya bantuan dan kerjasama daripada golongan Ansar yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj, Talhah bin Ubaidillah berjaya menghadapi cabaran dalam menjalankan perdagangannya. (Hadji Sjech Marhaban, 1967:147)
  • 12. 2.5 PERIBADI TALHAH YANG PEMURAH Talhah bin Ubaidillah bukan sahaja terkenal sebagai seorang pejuang yang berjihad di medan perang, beliau juga terkenal sebagai seorang yang murah hati dan dermawan. Tambahan pula, Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada beliau. Daripada rezeki yang dilimpahkan Allah itu, Talhah menanggung nafkah kaum kerabatnya tanpa berkira walau sedikit. Hal ini menyebabkan tiada seorang pun daripada Bani Taim yang mempunyai tanggungan, melainkan dicukupi perbelanjaan keluarganya, dinikahkan anak- anak yatim mereka, diberinya pekerjaan kepada keluarga mereka, dan dilunaskan hutang- hutang mereka. (Khalid Muhammad Khalid, 1994:418) Dikeluarkan oleh Al-Hasan bin Sufyan dan Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Hilyah daripada Salmah bin Al-‘Akwa’ r.a. berkata,:”Talhah bin Ubaidillah telah membeli sebuah telaga berhampiran dengan sebuah gunung. Beliau telah menjemput orang ramai untuk menghadiri jamuan makan. Sehubungan dengan itu, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Sesungguhnya kamu, ya Talhah, seorang yang amat pemurah.” Daripada Qabishah bin Jabir berkata:”Aku pernah menyertai Talhah. Aku tidak pernah melihat orang yang mudah memberikan harta melimpah tanpa diminta melebihi dirinya.” (al-Kandahlawi, 2012:321) Daripada Musa bin Talhah, daripada ayahnya bahawa dia memperolehi harta daripada Hadramaut sebanyak 700 ribu dirham, maka di malam itu Talhah tidak boleh tidur. Isterinya bertanya kepadanya: “Ada apa denganmu?” Talhah menjawab: “Daripada malam tadi aku berfikir. Aku berkata dalam hatiku, apa kira-kira yang diduga oleh seorang lelaki kepada Tuhannya di mana dia bermalam, sedangkan di rumahnya terdapat harta sebanyak ini?” Isterinya berkata: “Apakah engkau melupakan sahabat-sahabat karibmu. Apabila pagi menyinsing, siapkan talam dan piring lalu bahagikan harta itu kepada mereka.” Maka Talhah berkata: “Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah wanita yang memperolehi bimbingan anak perempuan daripada seorang lelaki yang memperolehi bimbingan.” Isterinya itu adalah Ummu Kalthum dinti al-Siddiq. Keesokannya, Talhah meminta talam lalu membahagikan hartanya kepada orang-orang Muhajirin dan Ansar. Beliau mengirimkan satu talam kepada Ali, maka isterinya berkata: “Wahai Abu Muhammad! Apakah kami tidak memperoleh bahagian daripada harta tersebut?” Talhah menjawab: “Engkau di mana saja dari tadi? Yang tinggal itu bahagianmu.” Isterinya berkata: “Sebuah guni berisi kurang lebih seribu dirham.” (‘Abdurrahman Ra’fat Basya, 1984:239)
  • 13. Riwayat lain ada menyatakan daripada Hassan al-Basri, bahawa “Talhah menjual sebidang tanah dengan harga 700 ribu dirham. Malam itu dia tidak boleh tidur kerana harta tersebut. Ketika pagi tiba, dia lansung membahagikan hartanya.” Daripada Su’da binti ‘Auf al-Murriyah, dia berkata: “Suatu hari aku datang menemui Talhah. Dia terlihat lesu, maka aku bertanya kepadanya: “Ada apa dengan dirimu? Apakah ada sesuatu yang membuatmu curiga kepada keluargamu?” Talhah menjawab: “Tidak ada, demi Allah, engkau adalah sebaik-baik kawan bagi seorang muslim, tetapi harta yang ada padaku itulah yang mebuatku seperti ini.” Aku bertanya: “Apa yang merisaukanmu? Bahagikan saja kepada kaummu.” Maka Talhah berkata: “Pelayan, panggilkan kaumku ke mari!” Maka Talhah membahagikan harta itu kepada mereka. Aku bertanya kepada pelayan:”Berapa yang dia bahagikan?” Dia menjawab: “400 ribu dirham.” (al-Kandahlawi, 1998:226) Daripada Ali bin Zaid, dia berkata: “Seorang Arab Badwi datang meminta harta kepada Talhah. Dia bertawassul kepadanya dengan jalinan Rahim, maka Talhah berkata: “Ini adalah jalinan Rahim. Tidak ada seorang pun sebelummu yang memintaku dengannya. Aku mempunyai tanah pemberian Uthman berharga 300 ribu dirham, ambillah! Tetapi jika engkau berkenan, aku menjualnya kepada Uthman dan memberikan hartanya kepadamu.” Maka lelaki itu menjawab: “Harganya sahaja.” Maka Talhah memberikannya. (‘Abdurrahman Ra’fat Basya, 1984:239) Bagi masyarakat Arab yang tinggal di kota Madinah, air dan garam adalah bahan yang berharga. Disebabkan kegunaannya yang pelbagai dan kesukaran bagi mendapatkannya, harga garam menjadi sangat mahal pada masa itu. Orang-orang miskin tidak berkemampuan bagi mendapatkan garam apabila mereka memerlukannya. Menyedari hakikat ini, Talhah bin Ubaidillah membeli sebuah kawasan yang mengandungi sumber garam yang luas di pantai Laut Merah. Kemudian, beliau bertindak mewakafkan hasil garam daripada kawasan itu bagi kegunaan masyarakat. Sifat murah hati dan dermawan Talhah ini terkenal dalam kalangan sahabat sehingga Rasulullah memberikan gelaran Talhah al-Khair (Tahah yang baik), Talhah al-Jaud (Talhah yang pemurah), Talhah al-Fayyadh (Talhah yang dermawan) dan banyak lagi gelaran yang lain. Talhah banyak meninfakkan hartanya bukan sahaja untuk membantu masyarakat, tetapi juga untuk kegunaan dalam peperangan. Keperibadian diri Talhah bin Ubaidillah yang dermawan ini patut dicontohi dan diteladani. (Harun Ar-Rasyid Haji Tuskan, 2010:7)
  • 14. 2.6 HARTA WARISAN TALHAH Talhah bin Ubaidillah diberkati dan dirahmati Allah dengan limpahan rezeki dan harta yang banyak. Ketika beliau masih hidup, hartanya disedekahkan dan diinfakkan kepada orang ramai. Namun begitu, hartanya tidak pernah habis dan rezekinya pula semakin bertambah. Beliau meninggalkan untuk keluarganya harta yang sangat banyak sehingga mereka mampu hidup dalam keadaan yang selesa. Ibnu Sa’ad dan Ibnu Asakir meriwayatkan dari Musa bin Thalhah, “Bahawasanya Mu’awiyah bertanya kepadanya, “Berapakah harta yang ditinggalkan oleh Abu Muhammad?” Ia menjawab, “Dua juta dua ratus ribu dirham, dan dari emas sebanyak dua ratus ribu dinar.” Maka Mu’awiyah berkata, “Talhah telah hidup dalam keadaan terpuji, dermawan, dan mulia, dan terbunuh sebagai orang yang dirindukan, semoga Allah merahmatinya.” (al-Husaini al-Husaini Ma’addi, 2011:148) Dan mereka berdua juga meriwayatkan dari Ibrahim bin Muhammad bin Thalhah berkata, “Nilai harta yang ditinggalkan Thalhah yang berupa perhiasan adalah sebanyak tiga puluh juta dirham, dan beliau meninggalkan wang sebanyak dua juta dua ratus ribu dirham dan dua ratus ribu dinar, dan sisanya adalah ‘Urudh (bentuk jamak, dan mufradnya adalah ‘Ardh, yaitu menyelisihi harga dirham dan dinar). Ibnu Sa’ad dan Al-Hakim meriwayatkan dari Su’da binti Auf Al-Murriyyah, isteri Thalhah berkata, “Thalhah bin Ubaidillah, semoga Allah merahmatinya, terbunuh dan saat itu di tangan bendaharanya terdapat dua juta dua ratus ribu dirham dan kemudian tanah serta hartanya dianggarkan bernilai tiga puluh juta dirham.” Ibnu Sa’ad menuturkan sebuah riwayat yang mencengangkan dari Amru bin Al-Ash, berkata, “Aku diberitahu bahawasanya Thalhah bin Ubaidillah meninggalkan seratus bahar, setiap bahar berisi tiga kintal emas, dan aku mendengar bahawa bahar adalah kantung dari kulit sapi jantan.” (Abdul Basit Ahmad, 2000:41)
  • 15. KESIMPULAN Kesimpulannya, Talhah bin Ubaidillah merupakan salah seorang peniaga yang sangat berjaya pada zaman Rasulullah S.A.W. dan pada zaman sahabat. Talhah bin Ubaidillah bijak dalam memasang strategi perniagaan dengan menitikberatkan urusannya dari segi tempat, barang dagangan, dan prinsip yang diamalkan. Hal inilah yang membuatkan perniagaan beliau sering maju, malah dapat mengalahkan peniaga-peniaga yang lebih tua daripada beliau. Tambahan pula, tempat yang dipilih oleh beliau merupakan tempat tumpuan para pembeli seperti di Iraq, Madinah, Hijjaz dan lain-lain tempat. Di samping itu, sifat jujur dan peramah beliau menjadi salah satu sebab perniagaannya selalu memperoleh keuntungan. Bukan itu sahaja, sikap beliau yang suka berkongsi keuntungan dengan membahagikan harta kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan membuatkan rezeki beliau diberkati oleh Allah S.W.T. Sikap meminta-minta dan bergantung harap kepada orang lain seakan- akan tidak pernah wujud dalam kamus hidup Talhah. Beliau berusaha dengan sendirinya tanpa mengharapkan bantuan daripada sesiapapun. Oleh itu, sebagai umat Islam, sikap dan cara Talhah bin Ubaidillah dalam perniagaan harus dicontohi dan dijadikan teladan terutama bagi usahawan masa kini.
  • 16. RUJUKAN al-Tabari, Abu Ja’far Muhammad bin Jarir. 1999. Tarikh at-Thabari. Beirut: Darul Kutub al- ‘Ilmiya. Ibnu Kasir, Ismail bin Umar. 1966. Al-Bidayah wa Al-Nihayah. Beirut: Maktabah al-Ma’arif. Ibnu Hisyam, Abu Muhammad Abdul Malik. 2009. Sirah Nabawiyyah. Jilid 1. Selangor: Al- Hidayah Publication. al-Mubarakfuri, Syeikh Shafiyyurrahman. 1997. Sirah Nabawiyah. Kuala Lumpur: Pustaka Al-Kautsar. Ibnu Hajar al-‘Askolani, Ahmad bin Ali. 1939. Al-Isabah fi Tamyiz al-Sahabah. Mesir: Maktabah Mustafa Muhammad. al-Zahabi, Muhammad bin Ahmad bin Uthman. 1994. Siyar A’lam Al-Nubala’. Beirut: Muassasah al-Risalah. al-Kandahlawi, As-Sheikh Muhammad Yusof. 1994. Hayatus Sahabah. Kuala Lumpur: Darul Nu’man. al-Kandahlawi, Syeikh Muhammad Yusuf. 2012. Mukhtasar Hayatus Sahabah. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. al-Husaini al-Husaini Ma’addi. 2011. Rijalun wa Nisa’un Haula al-Rasul. Al-Qahirah: Darul Haram Lil at-Turath. ‘Izzi ad-Din bin al-Sir Abi Hassan. 1996. Asadul Ghabah fi Ma’rifat as-Sahabah. Jilid Dua. Lebanon: Darul Fikr. Ibnu ‘Asakir. 2009. Tarikh Madinah Damishq. Beirut, Lebanon: Dar al-Fikr. Mahmud al-Misri. 2011. Lelaki-lelaki Hebat di Sekeliling Rasulullah S.A.W. (Men Around Muhammad). Terjemahan Abdul Rahman Saleh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Abdul Basit Ahmad. 2000. Talhah bin Ubaidillah The Living Martyr. Riyadh: Darus Salam Abu Irsyad. 2006. 10 Sahabat Dijanjikan Syurga. Kuala Lumpur: Klang Book Centre (KBC).
  • 17. Hadji Sjech Marhaban. 1967. Tokoh-tokoh Islam di Zaman Nabi. Singapura: Pustaka Nasional. ‘Abdurrahman Ra’fat Basya. 1984. Kepahlawanan Generasi Sahabat Rasulullah. Jakarta: Dewan Pustaka Fajar. K.H.M. Ali Usman. 1976. Sepuluh Sahabat Utama Rasulullah S.A.W. Turut Merubah Sejarah Dunia. Jakarta: Bulan Bintang. Dr. Muhammad Syafii Antonio. 2010. Ensiklopedia Leadership and Manajemen Muhammad S.A.W. (Bisnis dan Kewirausahaan). Jakarta Selatan: Tazkia Publishing. Khalid Muhammad Khalid. 1994. Karakteristik Perihidup Enam Puluh Sahabat Rasulullah. Kuala Lumpur: Victory Agencie. Harun Ar-Rasyid Haji Tuskan. 2010. Siri 100 Pahlawan Syurga (Jilid 3: Teman Bidadari). Kuala Lumpur: Yamani Angle Sdn. Bhd. Syaikh Muhammad Yusuf Rah.a.. 2008. Kisah Teladan Sepanjang Zaman Rasulullah dan Para Sahabat. Yogyakarta: Citra Risalah. Moh. Shobirienur Rasyid. 2000. Sebuah Prisma Seribu Cahaya (Sirah Sahabi). Penyunting Endang Dedih. Bandung: Humaniara Utama Press.