SK PANITIA PELAKSANA IHT SMPN 2 KEMPAS KECAMATAN KEMPAS
MODAL INSAN.doc
1. 1
Apa itu Modal Insan?
Konsep pembangunan modal insan adalah sinonim dengan manusia. Dalam hal ini,
pembangunan insan membawa maksud memperkasakan insan sebagai individu dan
anggota komuniti. Dalam proses pembangunan negara tidak dapat dinafikan modal
adalah faktor paling penting dan perlu. Modal material seperti wang, tanah, kilang dan
prasarana lain adalah penting. Tetapi tanpa modal manusia modal material tidak dapat
diadakan dan tak mampu untuk tambah nilai.
Konsep Kemahiran dalam Modal Insan
1. Kemahiran teknikal
2. keupayaan kepimpinan
3. kemahiran kongnitif
4. kemahiran bahasa dan komunikasi
5. kemahiran sosial
Pembangunan modal insan banyak bergantung kepada program pendidikan baik di
peringkat prasekolah, rendah, menengah, pendidikan khas dan tertiari. Justeru itu RMK-
9 memberi penekanan ke atas sistem penyampaian pendidikan, latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat serta program pembangunan keusahawanan supaya
peluang terbuka luas untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran serta menguji
keupayaan sama ada bersedia menganggotai kumpulan yang kreatif, progresif dan miliki
nilai moral yang tinggi untuk berjaya.
Generasi pada masa akan datang akan lebih matang dalam pergaulan seharian mereka
di mana kepentingan umum adalah lebih penting dari kepentingan individu atau sesuatu
kaum sahaja. Malaysia yang akan menjadi negara maju tidak harus mempunyai
masyarakat yang mengaitkan kemunduran ekonomi dengan kaum. Begitu juga dengan
penempatan.Tetapi usaha ke arah merapatkan jurang pendapatan kaum, melalui
persamaan perkhidmatan sosial, pemilikan ekonomi , infrastruktur yang lebih dekat,
melalui pembangunan budaya ekonomi yang sesuai akan tercapai jika semua kaum
bergerak kearah itu. Semua warganegara Malaysia mesti menanam cita-cita menjelang
tahun 2020 hendak mencapai tahap tidak seorang pun dapat mengatakan kumpulan
kaum tertentu pada asasnya mundur dari segi ekonomi manakala satu kaum lagi maju.
Keadaan seperti itulah yang mesti kita usahakan - secara lancar, berkesan, dengan adil
dan penuh dedikasi. "Perkongsian matlamat dalam ekonomi" bermaksud imbangan adil
dari segi penyertaan dan sumbangan semua kaum - termasuk Bumiputera Sabah dan
Sarawak - Ia mestilah bermaksud agihan yang adil dari segi kawalan, pengurusan dan
hakmilik ekonomi moden