Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran menjawab soalan tolak murid tahun 3 dengan menggunakan aktiviti suluh dan litar pembilang mudah (EQ). Hasilnya, prestasi murid meningkat selepas rawatan klinikal dengan hanya dua orang murid yang masih lemah berbanding 36 orang sebelum rawatan. Model Kemmis dan McTaggert digunakan untuk proses kajian tindakan satu lingkaran.