SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
NAMA : ALYA ARDINI HAIRUL AZIZI
NO MATRIK : A169459
TAHUN : 3 SESI 2020/2021
FAKULTI : FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
KURSUS: LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR
NAMA PENSYARAH : PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN
O.K RAHMAT
LAPORAN PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR:
KANGAR, PERLIS
PETA BANDAR KANGAR, PERLIS
Bandar Kangar merupakan
ibu negeri Perlis yang
terletak di Utara
Semenanjung Malaysia.
Bandar Kangar merupakan
ibu negeri yang paling
kecil di Malaysia.
FAKTA
Gambar 1: Peta Bandar Kangar, Perlis
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA
1. Masalah pengangkutan yang dihadapi
2. Polisi pengangkutan yang dicadangkan
3. Perancangan jangka pendek (dalam masa 3 tahun)
4. Perancangan jangka panjang (sehingga 30 tahun)
1. MASALAH PENGANGKUTAN YANG DIHADAPI DI
BANDAR KANGAR
a) Tiada laluan
khas basikal
b) Jalan raya yang
sempit
c) Lampu isyarat lintasan
pejalan kaki masih belum
diwujudkan
d) Kesesakan jalan
raya
e) Parking tidak
mencukupi
a) Tiada laluan khas basikal
~ Kini berbasikal bukan
sahaja menjadi hobi
kebanyakan penduduk di
Kangar bahkan menjadi
suatu trend penduduk tanpa
mengira latar belakang umur
mahupun jantina.
~ Walaubagaimanapun,
seiring dengan trend
berbasikal dilihat bahawa
laluan khas masih belum
diwujudkan lagi untuk
pengguna basikal di bandar
ini. Perkara ini menimbulkan
kebimbangan terutama sekali
penunggang basikal.
~ Laluan berbasikal sering
ditandai dengan gelaran
‘laluan biru’.
~ Amalan berbasikal
merupakan mod
pengangkutan yang mesra
alam atau sifar pencemaran.
Gambar 2: Laluan basikal
~ Dengan adanya
pembinaan laluan khas
basikal di bandar Kangar
maka secara tidak
langsung bukan sahaja
kadar kemalangan dapat
dikurangkan di kawasan
tersebut tetapi juga
keselamatan pengguna
jalan raya yang lain akan
terpelihara.
~ Oleh itu, pembinaan laluan
basikal di bandar Kangar perlu
dilaksanakan dengan mengambil
kira kawasan jalan raya yang
menjadi pusat tumpuan orang
ramai serta di kawasan-kawasan
perumahan mahupun institusi
pendidikan seperti sekolah.
~ Selain itu, pembinaan
laluan basikal di bandar
Kangar juga dapat
mengalakkan lagi penduduk
di kawasan tersebut untuk
mengurangkan penggunaan
kenderaan peribadi.
Hasilnya, pencemaran
hingar atau udara akan dapat
dimaksimumkan
b) Jalan raya yang sempit
 Kebanyakan jalan raya di bandar ini masih lagi
menggunakan jalan raya yang lama dan sempit.
Hubungan guna tanah 10 tahun yang lepas adalah
berbeza dengan hubungan guna tanah masa kini.
 Hal ini kerana, seiring dengan kemajuan
maka pertambahan penduduk dan juga
pembangunan di peringkat negeri juga
berkembang pesat. Pemilikan kenderaan
peribadi juga semakin meningkat di
kawasan bandar Kangar.
 Oleh itu, dapat dilihat bahawa jalan raya yang sempit sudah tentu tidak dapat menampung
pertambahan bilangan kenderaan yang semakin bertambah sehingga menyebabkan berlakunya
pelbagai isu pengangkutan yang lain misalnya kemalangan jalan raya dan juga boleh
menyebabkan jalan menjadi sesak dan tidak sistematik.
 Jalan raya yang sempit juga menyukarkan kenderaan berat seperti treler, bas atau kenderaan
perdagangan untuk melakukan pergerakan keluar. Lebih merisaukan lagi jika terdapat
kemalangan jalan raya atau situasi kecemasan menyukarkan ambulance, kenderaan bomba
mahupun polis untuk bergerak dengan pantas ke tempat kejadian.
 Penduduk juga perlu mengambil masa yang lama
untuk sampai ke destinasi yang ditujui sedangkan
jarak antara suatu kawasan dengan kawasan yang
lain di Kangar tidak memerlukan masa yang lama
untuk sampai.
c) Lampu isyarat lintasan pejalan kaki masih belum diwujudkan
 Di sekitar bandar Kangar masih lagi belum diwujudkan lampu isyarat lintasan
pejalan kaki. Walaubagaimanapun, lintasan zebra line telah diwujudkan
terutamanya di kawasan jalan raya yang sibuk dan kawasan tumpuan penduduk.
Sebagai contoh, di kawasan sekolah, pasar raya, hospital dan juga pusat kemudahan
rakyat Negeri Perlis.
 Jika keadaan ini berterusan maka para penduduk bukan sahaja di sekitar Kangar
bahkan juga dari kawasan-kawasan yang lain akan berhadapan situasi yang agak
mencemaskan terutama sekali untuk melintas jalan. Perkara ini turut membawa
risiko berlakunya kemalangan yang tidak diduga antara pemandu kenderaan dan
juga pejalan kaki.
 Lampu isyarat pejalan kaki perlu diwujudkan walaupun kewujudan jejantas sebagai
salah satu kemudahan lintasan kaki disediakan. Hal ini kerana, faktor umur
mahupun tahap kesihatan sememangnya akan menjadi suatu halangan untuk
menggunakan jejantas terutama bagi mereka yang terdiri daripada golongan warga
emas atau orang kurang upaya (OKU).
 Oleh itu, melalui pembinaan lampu isyarat lintasan pejalan kaki bukan sahaja dapat
mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi juga memberi peluang pejalan kaki
melintas dalam keadaan yang teratur dan tidak teragak-agak untuk melintas jalan.
Lalu lintas juga akan berjalan dengan lancar dan sistematik.
d) Kesesakan jalan raya
 Di Kangar, kesesakan jalan
raya sering berlaku terutama
sekali apabila tiba waktu
‘peek hours’ iaitu pada waktu
pagi, tengah hari dan juga
waktu petang.
 Faktor utama kesesakan jalan
raya berlaku di bandar Kangar
adalah pertambahan bilangan
penggunaan kereta peribadi
berbanding pengangkutan
awam seperti MyBus dan teksi.
 Hal ini dikatakan berlaku kerana
penduduk di kawasan Kangar
kebanyakkan menanggap bahawa
penggunaan kereta persendirian
adalah lebih mudah untuk ke
tempat yang hendak ditujui.
 Tambahan pula mereka sering
menganggap bahawa negeri Perlis
adalah kecil maka tidak
bermasalah jika bergerak
menggunakan kenderaan peribadi
berbanding pengangkutan awam.
 Kesesakan jalan raya menyebabkan pengguna
membuang lebih banyak masa, menjejaskan
aspek emosi dan psikologikal pengguna dan juga
meningkatkan risiko untuk berlakunya
kemalangan jalan raya. Hal ini kerana, setiap
kenderaan akan berebut-rebut untuk bergerak
pada masa yang sama.
 Kesesakan jalan raya juga secara tidak langsung akan
memberi kesan terhadap ekonomi, sosial dan juga
alam sekitar.
e) Parking tidak mencukupi
~ Jalan raya yang sempit secara tidak langsung turut mempengaruhi penyediaan ruang parking di kawasan bandar Kangar.
~ Kesukaran untuk mendapatkan tempat parking kereta sering menjadi cabaran kepada pengguna untuk meletakkan kenderaan
mereka berhampiran dengan tempat yang ditujui.
~ Akibat daripada ruang parking yang tidak mencukupi maka pengguna kenderaan peribadi terutamanya
bertindak sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan, berhampiran pili bomba, tempat meletak
kenderaan OKU serta memakirkan kenderaan mereka secara tidak teratur di lorong-lorong kecil.
~ Keadaan ini sudah tentu akan mengakibatkan lalu lintas tidak berjalan dengan sistematik, menganggu urusan
orang lain, kemalangan atau kecurian berlaku serta yang lebih utama adalah kesesakan jalan raya sudah tentu
akan berlaku akibat daripada masalah ini.
~ Selain itu, penyediaan ruang parking yang tidak mencukupi atau terhad ini akan menyebabkan ada
segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengenakan caj tempat meletak
kenderaan secara haram.
~ Parking yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan pengguna kenderaan berasa terkesan dari segi
emosi seperti tertekan atau hilang tahap kesabaran mencari tempat memakir kenderaan terutama sekali jika
berada dalam situasi kecemasan.
2. POLISI PENGANGKUTAN YANG DICADANGKAN
1) Pengangkutan aktif: laluan khas basikal
Polisi yang memberi keutamaan dan kemudahan kepada pengangkutan
aktif (berbasikal):
 Reka bentuk laluan khas basikal yang memenuhi piawaian
keselamatan penunggang basikal.
 Mewajibkan pihak pemaju untuk membina kemudahan laluan khas
basikal yang sesuai dan bersepadu di sekitar bandar dan luar bandar.
 Menyediakan rangkaian laluan khas basikal yang menghubungkan
antara suatu destinasi dengan destinasi yang ingin ditujui.
 Mengintegrasikan pembangunan laluan khas basikal dengan
perancangan jalan raya dan juga lorong pejalan kaki.
 Pembinaan laluan khas basikal mengikut klasifikasi jenis-jenis
laluan berbasikal. Sebagai contoh,
Laluan tersendiri (laluan basikal di
taman riadah yang dapat
memberikan suasana damai. Laluan
bersebelahan
pejalan kaki
Laluan basikal
berasingan
dengan jalan raya
Laluan basikal
terkawal
2) Melebarkan jalan raya
Polisi yang menyediakan pelan tindakan kadar segera untuk melebarkan
jalan raya yang sempit dengan menggunakan kos yang rendah dan
mewujudkan lalu lintas yang sistematik:
 Melebarkan jalan raya termasuk menyediakan laluan khas motosikal
untuk pengguna motosikal sahaja.
 Mengkaji ketumpatan guna tanah dengan permintaan masa hadapan iaitu
dari aspek peningkatan penggunaan kenderaan.
 Memastikan dengan melaksanakan tindakan memperlebarkan jalan raya
maka tingkat kegembiraan dan kesihatan pengguna tidak terganggu akibat
daripada pembaziran masa di atas jalan raya.
 Memberi keutamaan kepada jalan raya yang dikenal pasti paling sempit
bagi menampung isi padu trafik yang semakin meningkat.
Gambar 3: Ukuran pelebaran jalan
raya
3) Pembinaan lampu isyarat lintasan pejalan kaki
Polisi yang melaksanakan rancangan dan tindakan mewujudkan lampu isyarat pejalan kaki
terutama di kawasan jalan raya yang menjadi tumpuan penduduk:
 Menaiktaraf lintasan zebra line kepada lintasan pejalan kaki yang mempunyai lampu
isyarat pejalan kaki di setiap kawasan yang tidak mempunyai penenangan lalu lintas.
 Pembinaan lampu isyarat secara beraras dengan lintasan pejalan kaki satu peringkat dan
lintasan pejalan kaki dua peringkat.
 Lampu isyarat lintasan pejalan kaki yang dibina haruslah sentiasa diselenggara dengan
sistematik dan selari agar konflik lalu lintas antara kenderaan dan pejalan kaki tidak
berlaku.
 Kenderaan yang bergerak di jalan raya haruslah memberi keutamaan kepada pejalan
kaki yang melintas jalan. Gambar 4: Lampu isyarat
lintasan pejalan kaki
4) Mengatasi kesesakan jalan raya
Polisi yang dibangunkan bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang
disebabkan oleh pelbagai faktor:
 Menyekat penggunaan kereta peribadi dengan menaikkan kadar cukai
jalan dan cukai pembelian kereta.
 Meningkatkan spesifikasi infrastruktur jalan raya yang sempit.
 Mewajibkan penduduk di bandar mahupun luar bandar menggunakan
perkhidmatan awam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
 Pengkhususan jalan raya untuk kenderaan berat atau kenderaan
dagangan seperti treler dan bas.
 Memberi perhatian terhadap pembinaan jalan mengikut pembahagian
hieraki jalan tertentu- jalan pengagih primer, jalan masuk dan jalan
pengagih daerah.
Gambar 5: Hierarki jalan
raya
5) Menambahbaik tempat parking kenderaan
Polisi yang memberi keutamaan terhadap kemudahan tempat parking kenderaan kepada
penduduk:
 Meluaskan ruang parking yang sedia ada dengan lebih sistematik dan mesra pengguna
terutama kepada golongan OKU.
 Menggunakan ‘real time parking lots location’ dan juga penggunaan sensor pemberian
maklumat di setiap tempat parking.
 Reka bentuk tempat parking mengikut keluasan medan meletak kenderaan dan juga
mengambil kira hieraki jalan.
 Mewujudkan ruang parking bertingkat dan bawah tanah terutama sekali di setiap
kawasan yang mempunyai bangunan atau kompleks.
 Laluan keluar dan masuk dititikberatkan termasuk juga aspek jarak antara kenderaan di
kiri dan kanan parking serta risiko keselamatan pengguna di tempat parking.
Gambar 6: Ukuran ruang
parking kenderaan
3. Perancangan jangka pendek (dalam masa 3 tahun)
A) JALAN RAYA
Bil. Perkara Huraian
1. Menambahbaik jalan yang masih lagi tiada
hieraki sama ada di bandar atau luar bandar.
 Mewujudkan hieraki jalan raya seperti jalan
pengagih primer, jalan pengagih daerah, jalan
pengagih tempatan, jalan masuk serta jalan khas
buat pejalan kaki.
2. Menaiktaraf infrastruktur jalan raya di
kawasan luar bandar.
 Infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar
yang menjadi penghubung kepada pusat bandar
perlu dinaiktarafkan dan dimodenkan agar
pembangunan seimbang akan dapat diwujudkan.
3. Memperbaiki jalan raya yang rosak dan
berlubang.
 Setiap jalan raya di kawasan bandar dan luar
bandar yang rosak dan berlubang perlu diturap
semula.
4. Pembinaan jalan raya yang memenuhi
piawaian keselamatan pengguna.
 Penenangan lalu lintas seperti pulau perlindungan,
bantal kelajuan dan banyak lagi perlu
dilaksanakan di setiap jalan raya mengikut
kesesuaian keadaan jalan raya.
B) PENGANGKUTAN AWAM
Bil. Perkara Huraian
1. Mewujudkan sistem pengangkutan awam yang
menarik, selesa, tambang yang berpatutan, moden
serta fleksibel.
 Meningkatkan kadar aksesibiliti yang tinggi dan juga
memperluas penggunaan teknologi digital dalam
sistem pengangkutan awam.
2. Menyediakan pengangkutan awam secara
menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan
kesemua lapisan masyarakat dari pelbagai daerah.
 Sistem pengangkutan awam yang diwujudkan juga
perlu menyediakan perkhidmatan di kawasan kampung
atau pedalaman.
3. Meningkatkan ciri-ciri keselamatan dalam
pengangkutan awam.
 Keselamatan dalam setiap pengangkutan awam dapat
ditingkatkan melalui satu sistem berpusat yang
berperanan memantau, mengaudit dan mengumpul
data perjalanan dan aktiviti setiap pengangkutan
awam.
4. Pembangunan berorientasikan transit.  Kesinambungan antara satu pengangkutan awam
dengan pengangkutan awam yang lain di samping
penyediaan kemudahan awam. Misalnya, terminal bas
awam bersambung dengan stesen KTM dan teksi.
C) KEMUDAHAN PEJALAN KAKI
Bil. Perkara Huraian
1. Mewujudkan kesinambungan (inter-connected)
jaringan jalan untuk pejalan kaki yang jelas di
setiap hieraki jalan.
 Kesinambungan dilakukan agar pengguna kenderaan
sedar akan kewujudan pejalan kaki seterusnya
keselamatan pejalan kaki lebih terjamin.
2. Pencahayaan dan bumbung disediakan di setiap
lorong pejalan kaki.
 Pencahayaan dan bumbung di sepanjang laluan pejalan
kaki disediakan setelah mengambil kira penyediaan
elemen teduhan yang sesuai.
3. Menanam pokok landskap di setiap laluan pejalan
kaki.
 Tanaman landskap dapat berfungsi sebagai tempat
teduhan kepada pengguna daripada cahaya matahari.
4. Meletakkan tanda amaran berbunyi dan berlampu
di setiap lorong pejalan kaki.
 Tanda amaran yang berbunyi atau berlampu diletakkan
terutama sekali di kawasan yang tidak terdedah kepada
pusat kejiranan atau pusat transit untuk tujuan
keselamatan pengguna.
E) KEMUDAHAN BASIKAL
Bil. Perkara Huraian
1. Mengintegrasikan laluan basikal sebagai salah satu
bentuk kemudahan basikal dengan perancangan
pembinaan jalan raya.
 Perancangan laluan basikal dijalankan dengan
mengutamakan piawaian keselamatan penunggang
basikal dan juga pengguna jalan raya yang lain.
2. Menjalankan Audit Berbasikal.  Audit Berbasikal dijalankan semasa perancangan laluan
basikal akan dibina bagi melihat faktor peluang dan juga
faktor risiko pembinaan laluan basikal di sesuatu
kawasan.
3. Penyediaan kemudahan tempat meletak basikal di
pusat rekreasi, pusat perniagaan dan juga tempat
bekerja.
 Faktor mudah dilihat, keselamatan, perlindungan cuaca
serta tidak menghalang pejalan kaki diambil kira semasa
penyediaan kemudahan tempat meletak basikal.
4. Gabungan kemudahan basikal dengan perkhidmatan
pengangkutan awam.
 Menyediakan kemudahan basikal ‘bike and ride’ di
kawasan pengangkutan awam.
A) JALAN RAYA
Bil. Perkara Huraian
1. Penggubalan dasar yang memfokuskan pelaksanaan
Sistem Pengangkutan Pintar atau Intelligent
Transport System (ITS).
 Sistem ini dapat menguruskan lalu lintas dengan lebih
sistematik dan efisien ketika di jalan raya.
2. Pembangunan jalan raya diswastakan.  Pembangunan jalan raya dapat dijalankan berterusan
dan lebih cepat melalui pembahagian tanggungjawab
pembangunan antara pihak kerajaan dan agensi swasta.
3. Pelaburan berterusan ke atas pembinaan atau
penambahbaikkan jalan raya.
 Pelaburan secara berterusan daripada pihak kerajaan
atau pihak persendirian harus dimanfaatkan sebaik
mungkin agar pengeluaran kos dapat dimaksimumkan
terutama sekali di peringkat ramalan keberhasilan
projek.
4. Melaksanakan audit keselamatan jalan raya di
setiap peringkat daerah atau kawasan.
 Setiap daerah atau kawasan perlu melaksanakan audit
keselamatan jalan raya agar pembinaan jalan raya yang
dilakukan memenuhi piawaian kebangsaan.
4. Perancangan jangka panjang (sehingga 30 tahun)
B) PENGANGKUTAN AWAM
Bil. Perkara Huraian
1. Membangunkan kepakaran dalam penyelidikan
pengangkutan awam.
 Kepakaran dalam pelbagai bidang seperti teknologi,
pembinaan model pengangkutan awam dan juga
kajian berterusan berkenaan dengan keseragaman
pergerakan dan impak pengangkutan awam terhadap
sosioekonomi penduduk.
2. Mengalakkan kemampanan alam sekitar.  Pemberian subsidi atau pengurangan cukai kepada
pengangkutan awam yang memaksimumkan
pencemaran udara.
3. Melaksanakan transformasi pengangkutan awam
yang lebih canggih, mesra jantina serta OKU.
 Transformasi pengangkutan bukan sahaja dari aspek
reka bentuk atau operasi bahkan juga transformasi
dengan menyediakan tenaga kerja yang terlatih untuk
memudahkan kemudahsampaian pengguna
pengangkutan awam misalnya OKU.
4. Pembinaan model pengangkutan awam.  Pembinaan model pengangkutan awam seperti model
penyampaian bas, teksi dan juga rel yang dirancang
perlu meliputi kos yang berpatutan dan peluang
penyelesaian masalah yang tinggi.
C) KEMUDAHAN PEJALAN KAKI
Bil. Perkara Huraian
1. PBT mewujudkan kerjasama penyediaan
kemudahan pejalan kaki dengan syarikat-syarikat
koporat sebagai rakan kongsi.
 Melalui kerjasama yang terbentuk maka secara tidak
langsung beban kewangan untuk penyediaan
kemudahan pejalan kaki dapat dikurangkan.
2. Pelan induk perancangan laluan pejalan kaki yang
komprehensif dan jangka panjang perlu
disediakan.
 Pelan induk tersebut akan menjadi panduan dalam
merancang, menganggarkan kos perbelanjaan serta
potensi timbulnya masalah di kemudian hari akibat
daripada sesuatu pembinaan kemudahan pejalan kaki.
3. Ramalan awal keperluan pembinaan kemudahan
pejalan kaki.
 Tujuannya supaya perabot jalan, laluan berbumbung,
pokok teduhan, bahan binaan dan landskap adalah
mengambil kira ciri-ciri reka bentuk bandar selamat
dan ‘universal design’.
4. Perancangan kejiranan hijau.  Melaksanakan kemudahan pejalan kaki yang
bersambungan dengan laluan berbasikal serta mudah
untuk pejalan kaki mengakses kepada pengangkutan
awam.
E) KEMUDAHAN BASIKAL
Bil. Perkara Huraian
1. Reka bentuk bandar selamat berkaitan laluan
basikal.
 Laluan basikal yang dibina terutama sekali di kawasan
bandar haruslah terpisah dengan jalan raya.
 Dibina bersebelahan dengan laluan pejalan kaki.
2. Pelan susunatur jalan raya dirangka dan diaudit.  Susunatur jalan raya direka dan diaudit supaya semua
pembangunan menghadap jalan termasuk juga
kawasan taman.
 Maka, laluan basikal akan dicadang dan direka bentuk
berdasarkan garis panduan pelan susunatur jalan raya
agar konflik pembinaan tidak berlaku.
3. Peruntukan pembangunan dasar, perundangan dan
garis panduan berkenaan kemudahan basikal.
 Pembangunan dasar, perundangan dan garis panduan
pembinaan kemudahan basikal haruslah mengambil
kira faedah sosial, ekonomi sesebuah bandar dan juga
kos pembangunan yang diperuntukkan kerajaan.
4. Pembinaan laluan basikal mengikut klasifikasi
jenis-jenis laluan.
 Antaranya laluan basikal tersendiri, laluan
bersebelahan pejalan kaki dan laluan basikal di tepi
jalan berasingan.
A169459 (alya ardini) laporan projek akhir bandar kangar, perlis

More Related Content

What's hot

Perancangan pengangkutan bandar ipoh
Perancangan pengangkutan bandar ipohPerancangan pengangkutan bandar ipoh
Perancangan pengangkutan bandar ipohSITIFARHANA29
 
Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)
Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)
Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)Atika Sharida
 
Tugasan 7 cadangan memperbaharui bandar
Tugasan 7 cadangan memperbaharui bandarTugasan 7 cadangan memperbaharui bandar
Tugasan 7 cadangan memperbaharui bandarmuzammilamran
 
Perancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar MapanPerancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar MapanNURUL JANNAH
 
tugasan 12 group projek pembangunan bandar mapan
tugasan 12 group projek pembangunan bandar mapantugasan 12 group projek pembangunan bandar mapan
tugasan 12 group projek pembangunan bandar mapannajwakhalid777
 
Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.
Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.
Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.Kenny Lew
 
PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANG
PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANGPERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANG
PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANGSyuhadaNoh
 
A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)
A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)
A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)AlyaArdini1
 
Lmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan Bandar
Lmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan BandarLmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan Bandar
Lmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan BandarNURULHAZIQAHBINTIHAS
 
Projek akhir pengangkutan bandar
Projek akhir pengangkutan bandarProjek akhir pengangkutan bandar
Projek akhir pengangkutan bandarikramafifi
 
A165349 - projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.
A165349 -  projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.A165349 -  projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.
A165349 - projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.umi Nabilah
 
Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)
Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)
Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)454711
 

What's hot (20)

Perancangan pengangkutan bandar ipoh
Perancangan pengangkutan bandar ipohPerancangan pengangkutan bandar ipoh
Perancangan pengangkutan bandar ipoh
 
Perancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar MapanPerancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar Mapan
 
Aktiviti 7 PEMBANGUNAN BANDAR KAJANG
Aktiviti 7 PEMBANGUNAN BANDAR KAJANGAktiviti 7 PEMBANGUNAN BANDAR KAJANG
Aktiviti 7 PEMBANGUNAN BANDAR KAJANG
 
Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)
Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)
Tugasan 4 Amalan Terbaik (2016/2017 UKM)
 
Tugasan 7 cadangan memperbaharui bandar
Tugasan 7 cadangan memperbaharui bandarTugasan 7 cadangan memperbaharui bandar
Tugasan 7 cadangan memperbaharui bandar
 
Perancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar MapanPerancangan Bandar Mapan
Perancangan Bandar Mapan
 
Tugasan 12
Tugasan 12Tugasan 12
Tugasan 12
 
tugasan 12 group projek pembangunan bandar mapan
tugasan 12 group projek pembangunan bandar mapantugasan 12 group projek pembangunan bandar mapan
tugasan 12 group projek pembangunan bandar mapan
 
Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.
Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.
Perubahan Bandar Bangi-Kajang pada tahun 30 yang akan datang.
 
Projek akhir pengangkutan bandar
Projek akhir pengangkutan bandarProjek akhir pengangkutan bandar
Projek akhir pengangkutan bandar
 
PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANG
PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANGPERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANG
PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR KAJANG
 
TUGASAN 12
TUGASAN 12TUGASAN 12
TUGASAN 12
 
A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)
A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)
A169459 LAPORAN BANDAR KANGAR PERLIS (ALYA ARDINI)
 
Lmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan Bandar
Lmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan BandarLmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan Bandar
Lmcp2502 Pengangkutan Bandar - Laporan Bandar
 
Projek akhir pengangkutan bandar
Projek akhir pengangkutan bandarProjek akhir pengangkutan bandar
Projek akhir pengangkutan bandar
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
A165349 - projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.
A165349 -  projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.A165349 -  projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.
A165349 - projek akhir Kursus Asas Pengangkutan Bandar.
 
Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)
Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)
Projek Akhir A159901 (lmcp 1532)
 
Tugasan akhir
Tugasan akhirTugasan akhir
Tugasan akhir
 
Perancangan bandar mapan tugasan akhir-01
Perancangan bandar mapan tugasan akhir-01Perancangan bandar mapan tugasan akhir-01
Perancangan bandar mapan tugasan akhir-01
 

Similar to A169459 (alya ardini) laporan projek akhir bandar kangar, perlis

A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)
A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)
A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)AlyaArdini1
 
A170001 projek akhir pengangkutan bandar
A170001 projek akhir pengangkutan bandarA170001 projek akhir pengangkutan bandar
A170001 projek akhir pengangkutan bandarNURZARITHAMIRABINTIJ
 
A169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptxA169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptxNuralyaaNatasha1
 
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhirLmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhirmuhdbadrulAmin
 
Projek Akhir LMCP2502 Pengangkutan Bandar Projek Akhir
Projek Akhir LMCP2502  Pengangkutan Bandar Projek AkhirProjek Akhir LMCP2502  Pengangkutan Bandar Projek Akhir
Projek Akhir LMCP2502 Pengangkutan Bandar Projek AkhirMUHAMMADMUSTAQIMMOHD3
 
A175996 Projek Akhir.pptx
A175996 Projek Akhir.pptxA175996 Projek Akhir.pptx
A175996 Projek Akhir.pptxUKM
 
A176378 Projek Akhir Pengangkutan Bandar
A176378 Projek Akhir Pengangkutan BandarA176378 Projek Akhir Pengangkutan Bandar
A176378 Projek Akhir Pengangkutan BandarNURINSYAZWANIEBINTIS
 
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarTugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarImranFirdaus5
 
A174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptxA174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptxALIFNURHAKIMBINMOHDA
 
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDARLMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDARAishahZulkifli7
 
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972SemalathaPadmanathan
 
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhirLmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhirzuraini123
 
Projek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandar
Projek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandarProjek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandar
Projek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandarAzza Malisa
 
Projek akhir asas asas pengangkutan bandar
Projek akhir asas asas pengangkutan bandarProjek akhir asas asas pengangkutan bandar
Projek akhir asas asas pengangkutan bandarAlis Ghani
 
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219TUANNURFARIHATUANAZL
 
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarTugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarImranFirdaus5
 
a177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandar
a177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandara177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandar
a177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandarNorshakireen
 

Similar to A169459 (alya ardini) laporan projek akhir bandar kangar, perlis (20)

A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)
A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)
A169459 (laporan projek akhir pengangkutan bandar kangar)
 
A170001 projek akhir pengangkutan bandar
A170001 projek akhir pengangkutan bandarA170001 projek akhir pengangkutan bandar
A170001 projek akhir pengangkutan bandar
 
A169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptxA169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A169885 - Projek Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
 
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhirLmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
 
Projek Akhir LMCP2502 Pengangkutan Bandar Projek Akhir
Projek Akhir LMCP2502  Pengangkutan Bandar Projek AkhirProjek Akhir LMCP2502  Pengangkutan Bandar Projek Akhir
Projek Akhir LMCP2502 Pengangkutan Bandar Projek Akhir
 
A175996 Projek Akhir.pptx
A175996 Projek Akhir.pptxA175996 Projek Akhir.pptx
A175996 Projek Akhir.pptx
 
PROJEK AKHIR (A179819).pdf
PROJEK AKHIR (A179819).pdfPROJEK AKHIR (A179819).pdf
PROJEK AKHIR (A179819).pdf
 
A176378 Projek Akhir Pengangkutan Bandar
A176378 Projek Akhir Pengangkutan BandarA176378 Projek Akhir Pengangkutan Bandar
A176378 Projek Akhir Pengangkutan Bandar
 
LMCP 2502 : Projek akhir
LMCP 2502 : Projek akhir LMCP 2502 : Projek akhir
LMCP 2502 : Projek akhir
 
PENGANGKUTAN BANDAR..pdf
PENGANGKUTAN BANDAR..pdfPENGANGKUTAN BANDAR..pdf
PENGANGKUTAN BANDAR..pdf
 
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarTugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
 
A174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptxA174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
A174901 - Laporan Akhir Pengangkutan Bandar.pptx
 
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDARLMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
LMCP2502-PENGANGKUTAN BANDAR
 
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972
LMCP 2502 PENGANGKUTAN BANDAR | PROJEK AKHIR | A171972
 
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhirLmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
Lmcp 2502 pengangkutan bandar projek akhir
 
Projek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandar
Projek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandarProjek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandar
Projek akhir lmcp 2502 pengangkutan bandar
 
Projek akhir asas asas pengangkutan bandar
Projek akhir asas asas pengangkutan bandarProjek akhir asas asas pengangkutan bandar
Projek akhir asas asas pengangkutan bandar
 
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
Projek Akhir Pengangkutan Bandar - A172219
 
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandarTugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
Tugasan projek akhir lmcp2502 pengangkutan bandar
 
a177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandar
a177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandara177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandar
a177622_Norshakireen_Tugasan akhir pengangkutan bandar
 

A169459 (alya ardini) laporan projek akhir bandar kangar, perlis

  • 1. NAMA : ALYA ARDINI HAIRUL AZIZI NO MATRIK : A169459 TAHUN : 3 SESI 2020/2021 FAKULTI : FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN KURSUS: LMCP2502 PENGANGKUTAN BANDAR NAMA PENSYARAH : PROF DATO’ IR. DR RIZA ATIQ ABDULLAH BIN O.K RAHMAT LAPORAN PERANCANGAN PENGANGKUTAN BANDAR: KANGAR, PERLIS
  • 2. PETA BANDAR KANGAR, PERLIS Bandar Kangar merupakan ibu negeri Perlis yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia. Bandar Kangar merupakan ibu negeri yang paling kecil di Malaysia. FAKTA Gambar 1: Peta Bandar Kangar, Perlis
  • 3. ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA 1. Masalah pengangkutan yang dihadapi 2. Polisi pengangkutan yang dicadangkan 3. Perancangan jangka pendek (dalam masa 3 tahun) 4. Perancangan jangka panjang (sehingga 30 tahun)
  • 4. 1. MASALAH PENGANGKUTAN YANG DIHADAPI DI BANDAR KANGAR a) Tiada laluan khas basikal b) Jalan raya yang sempit c) Lampu isyarat lintasan pejalan kaki masih belum diwujudkan d) Kesesakan jalan raya e) Parking tidak mencukupi
  • 5. a) Tiada laluan khas basikal ~ Kini berbasikal bukan sahaja menjadi hobi kebanyakan penduduk di Kangar bahkan menjadi suatu trend penduduk tanpa mengira latar belakang umur mahupun jantina. ~ Walaubagaimanapun, seiring dengan trend berbasikal dilihat bahawa laluan khas masih belum diwujudkan lagi untuk pengguna basikal di bandar ini. Perkara ini menimbulkan kebimbangan terutama sekali penunggang basikal. ~ Laluan berbasikal sering ditandai dengan gelaran ‘laluan biru’. ~ Amalan berbasikal merupakan mod pengangkutan yang mesra alam atau sifar pencemaran. Gambar 2: Laluan basikal ~ Dengan adanya pembinaan laluan khas basikal di bandar Kangar maka secara tidak langsung bukan sahaja kadar kemalangan dapat dikurangkan di kawasan tersebut tetapi juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain akan terpelihara. ~ Oleh itu, pembinaan laluan basikal di bandar Kangar perlu dilaksanakan dengan mengambil kira kawasan jalan raya yang menjadi pusat tumpuan orang ramai serta di kawasan-kawasan perumahan mahupun institusi pendidikan seperti sekolah. ~ Selain itu, pembinaan laluan basikal di bandar Kangar juga dapat mengalakkan lagi penduduk di kawasan tersebut untuk mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi. Hasilnya, pencemaran hingar atau udara akan dapat dimaksimumkan
  • 6. b) Jalan raya yang sempit  Kebanyakan jalan raya di bandar ini masih lagi menggunakan jalan raya yang lama dan sempit. Hubungan guna tanah 10 tahun yang lepas adalah berbeza dengan hubungan guna tanah masa kini.  Hal ini kerana, seiring dengan kemajuan maka pertambahan penduduk dan juga pembangunan di peringkat negeri juga berkembang pesat. Pemilikan kenderaan peribadi juga semakin meningkat di kawasan bandar Kangar.  Oleh itu, dapat dilihat bahawa jalan raya yang sempit sudah tentu tidak dapat menampung pertambahan bilangan kenderaan yang semakin bertambah sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai isu pengangkutan yang lain misalnya kemalangan jalan raya dan juga boleh menyebabkan jalan menjadi sesak dan tidak sistematik.  Jalan raya yang sempit juga menyukarkan kenderaan berat seperti treler, bas atau kenderaan perdagangan untuk melakukan pergerakan keluar. Lebih merisaukan lagi jika terdapat kemalangan jalan raya atau situasi kecemasan menyukarkan ambulance, kenderaan bomba mahupun polis untuk bergerak dengan pantas ke tempat kejadian.  Penduduk juga perlu mengambil masa yang lama untuk sampai ke destinasi yang ditujui sedangkan jarak antara suatu kawasan dengan kawasan yang lain di Kangar tidak memerlukan masa yang lama untuk sampai.
  • 7. c) Lampu isyarat lintasan pejalan kaki masih belum diwujudkan  Di sekitar bandar Kangar masih lagi belum diwujudkan lampu isyarat lintasan pejalan kaki. Walaubagaimanapun, lintasan zebra line telah diwujudkan terutamanya di kawasan jalan raya yang sibuk dan kawasan tumpuan penduduk. Sebagai contoh, di kawasan sekolah, pasar raya, hospital dan juga pusat kemudahan rakyat Negeri Perlis.  Jika keadaan ini berterusan maka para penduduk bukan sahaja di sekitar Kangar bahkan juga dari kawasan-kawasan yang lain akan berhadapan situasi yang agak mencemaskan terutama sekali untuk melintas jalan. Perkara ini turut membawa risiko berlakunya kemalangan yang tidak diduga antara pemandu kenderaan dan juga pejalan kaki.  Lampu isyarat pejalan kaki perlu diwujudkan walaupun kewujudan jejantas sebagai salah satu kemudahan lintasan kaki disediakan. Hal ini kerana, faktor umur mahupun tahap kesihatan sememangnya akan menjadi suatu halangan untuk menggunakan jejantas terutama bagi mereka yang terdiri daripada golongan warga emas atau orang kurang upaya (OKU).  Oleh itu, melalui pembinaan lampu isyarat lintasan pejalan kaki bukan sahaja dapat mengurangkan kemalangan jalan raya tetapi juga memberi peluang pejalan kaki melintas dalam keadaan yang teratur dan tidak teragak-agak untuk melintas jalan. Lalu lintas juga akan berjalan dengan lancar dan sistematik.
  • 8. d) Kesesakan jalan raya  Di Kangar, kesesakan jalan raya sering berlaku terutama sekali apabila tiba waktu ‘peek hours’ iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan juga waktu petang.  Faktor utama kesesakan jalan raya berlaku di bandar Kangar adalah pertambahan bilangan penggunaan kereta peribadi berbanding pengangkutan awam seperti MyBus dan teksi.  Hal ini dikatakan berlaku kerana penduduk di kawasan Kangar kebanyakkan menanggap bahawa penggunaan kereta persendirian adalah lebih mudah untuk ke tempat yang hendak ditujui.  Tambahan pula mereka sering menganggap bahawa negeri Perlis adalah kecil maka tidak bermasalah jika bergerak menggunakan kenderaan peribadi berbanding pengangkutan awam.  Kesesakan jalan raya menyebabkan pengguna membuang lebih banyak masa, menjejaskan aspek emosi dan psikologikal pengguna dan juga meningkatkan risiko untuk berlakunya kemalangan jalan raya. Hal ini kerana, setiap kenderaan akan berebut-rebut untuk bergerak pada masa yang sama.  Kesesakan jalan raya juga secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap ekonomi, sosial dan juga alam sekitar.
  • 9. e) Parking tidak mencukupi ~ Jalan raya yang sempit secara tidak langsung turut mempengaruhi penyediaan ruang parking di kawasan bandar Kangar. ~ Kesukaran untuk mendapatkan tempat parking kereta sering menjadi cabaran kepada pengguna untuk meletakkan kenderaan mereka berhampiran dengan tempat yang ditujui. ~ Akibat daripada ruang parking yang tidak mencukupi maka pengguna kenderaan peribadi terutamanya bertindak sesuka hati meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan, berhampiran pili bomba, tempat meletak kenderaan OKU serta memakirkan kenderaan mereka secara tidak teratur di lorong-lorong kecil. ~ Keadaan ini sudah tentu akan mengakibatkan lalu lintas tidak berjalan dengan sistematik, menganggu urusan orang lain, kemalangan atau kecurian berlaku serta yang lebih utama adalah kesesakan jalan raya sudah tentu akan berlaku akibat daripada masalah ini. ~ Selain itu, penyediaan ruang parking yang tidak mencukupi atau terhad ini akan menyebabkan ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengenakan caj tempat meletak kenderaan secara haram. ~ Parking yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan pengguna kenderaan berasa terkesan dari segi emosi seperti tertekan atau hilang tahap kesabaran mencari tempat memakir kenderaan terutama sekali jika berada dalam situasi kecemasan.
  • 10. 2. POLISI PENGANGKUTAN YANG DICADANGKAN 1) Pengangkutan aktif: laluan khas basikal Polisi yang memberi keutamaan dan kemudahan kepada pengangkutan aktif (berbasikal):  Reka bentuk laluan khas basikal yang memenuhi piawaian keselamatan penunggang basikal.  Mewajibkan pihak pemaju untuk membina kemudahan laluan khas basikal yang sesuai dan bersepadu di sekitar bandar dan luar bandar.  Menyediakan rangkaian laluan khas basikal yang menghubungkan antara suatu destinasi dengan destinasi yang ingin ditujui.  Mengintegrasikan pembangunan laluan khas basikal dengan perancangan jalan raya dan juga lorong pejalan kaki.  Pembinaan laluan khas basikal mengikut klasifikasi jenis-jenis laluan berbasikal. Sebagai contoh,
  • 11. Laluan tersendiri (laluan basikal di taman riadah yang dapat memberikan suasana damai. Laluan bersebelahan pejalan kaki Laluan basikal berasingan dengan jalan raya Laluan basikal terkawal
  • 12. 2) Melebarkan jalan raya Polisi yang menyediakan pelan tindakan kadar segera untuk melebarkan jalan raya yang sempit dengan menggunakan kos yang rendah dan mewujudkan lalu lintas yang sistematik:  Melebarkan jalan raya termasuk menyediakan laluan khas motosikal untuk pengguna motosikal sahaja.  Mengkaji ketumpatan guna tanah dengan permintaan masa hadapan iaitu dari aspek peningkatan penggunaan kenderaan.  Memastikan dengan melaksanakan tindakan memperlebarkan jalan raya maka tingkat kegembiraan dan kesihatan pengguna tidak terganggu akibat daripada pembaziran masa di atas jalan raya.  Memberi keutamaan kepada jalan raya yang dikenal pasti paling sempit bagi menampung isi padu trafik yang semakin meningkat. Gambar 3: Ukuran pelebaran jalan raya
  • 13. 3) Pembinaan lampu isyarat lintasan pejalan kaki Polisi yang melaksanakan rancangan dan tindakan mewujudkan lampu isyarat pejalan kaki terutama di kawasan jalan raya yang menjadi tumpuan penduduk:  Menaiktaraf lintasan zebra line kepada lintasan pejalan kaki yang mempunyai lampu isyarat pejalan kaki di setiap kawasan yang tidak mempunyai penenangan lalu lintas.  Pembinaan lampu isyarat secara beraras dengan lintasan pejalan kaki satu peringkat dan lintasan pejalan kaki dua peringkat.  Lampu isyarat lintasan pejalan kaki yang dibina haruslah sentiasa diselenggara dengan sistematik dan selari agar konflik lalu lintas antara kenderaan dan pejalan kaki tidak berlaku.  Kenderaan yang bergerak di jalan raya haruslah memberi keutamaan kepada pejalan kaki yang melintas jalan. Gambar 4: Lampu isyarat lintasan pejalan kaki
  • 14. 4) Mengatasi kesesakan jalan raya Polisi yang dibangunkan bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang disebabkan oleh pelbagai faktor:  Menyekat penggunaan kereta peribadi dengan menaikkan kadar cukai jalan dan cukai pembelian kereta.  Meningkatkan spesifikasi infrastruktur jalan raya yang sempit.  Mewajibkan penduduk di bandar mahupun luar bandar menggunakan perkhidmatan awam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.  Pengkhususan jalan raya untuk kenderaan berat atau kenderaan dagangan seperti treler dan bas.  Memberi perhatian terhadap pembinaan jalan mengikut pembahagian hieraki jalan tertentu- jalan pengagih primer, jalan masuk dan jalan pengagih daerah. Gambar 5: Hierarki jalan raya
  • 15. 5) Menambahbaik tempat parking kenderaan Polisi yang memberi keutamaan terhadap kemudahan tempat parking kenderaan kepada penduduk:  Meluaskan ruang parking yang sedia ada dengan lebih sistematik dan mesra pengguna terutama kepada golongan OKU.  Menggunakan ‘real time parking lots location’ dan juga penggunaan sensor pemberian maklumat di setiap tempat parking.  Reka bentuk tempat parking mengikut keluasan medan meletak kenderaan dan juga mengambil kira hieraki jalan.  Mewujudkan ruang parking bertingkat dan bawah tanah terutama sekali di setiap kawasan yang mempunyai bangunan atau kompleks.  Laluan keluar dan masuk dititikberatkan termasuk juga aspek jarak antara kenderaan di kiri dan kanan parking serta risiko keselamatan pengguna di tempat parking. Gambar 6: Ukuran ruang parking kenderaan
  • 16. 3. Perancangan jangka pendek (dalam masa 3 tahun) A) JALAN RAYA Bil. Perkara Huraian 1. Menambahbaik jalan yang masih lagi tiada hieraki sama ada di bandar atau luar bandar.  Mewujudkan hieraki jalan raya seperti jalan pengagih primer, jalan pengagih daerah, jalan pengagih tempatan, jalan masuk serta jalan khas buat pejalan kaki. 2. Menaiktaraf infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar.  Infrastruktur jalan raya di kawasan luar bandar yang menjadi penghubung kepada pusat bandar perlu dinaiktarafkan dan dimodenkan agar pembangunan seimbang akan dapat diwujudkan. 3. Memperbaiki jalan raya yang rosak dan berlubang.  Setiap jalan raya di kawasan bandar dan luar bandar yang rosak dan berlubang perlu diturap semula. 4. Pembinaan jalan raya yang memenuhi piawaian keselamatan pengguna.  Penenangan lalu lintas seperti pulau perlindungan, bantal kelajuan dan banyak lagi perlu dilaksanakan di setiap jalan raya mengikut kesesuaian keadaan jalan raya.
  • 17. B) PENGANGKUTAN AWAM Bil. Perkara Huraian 1. Mewujudkan sistem pengangkutan awam yang menarik, selesa, tambang yang berpatutan, moden serta fleksibel.  Meningkatkan kadar aksesibiliti yang tinggi dan juga memperluas penggunaan teknologi digital dalam sistem pengangkutan awam. 2. Menyediakan pengangkutan awam secara menyeluruh dan dapat memenuhi keperluan kesemua lapisan masyarakat dari pelbagai daerah.  Sistem pengangkutan awam yang diwujudkan juga perlu menyediakan perkhidmatan di kawasan kampung atau pedalaman. 3. Meningkatkan ciri-ciri keselamatan dalam pengangkutan awam.  Keselamatan dalam setiap pengangkutan awam dapat ditingkatkan melalui satu sistem berpusat yang berperanan memantau, mengaudit dan mengumpul data perjalanan dan aktiviti setiap pengangkutan awam. 4. Pembangunan berorientasikan transit.  Kesinambungan antara satu pengangkutan awam dengan pengangkutan awam yang lain di samping penyediaan kemudahan awam. Misalnya, terminal bas awam bersambung dengan stesen KTM dan teksi.
  • 18. C) KEMUDAHAN PEJALAN KAKI Bil. Perkara Huraian 1. Mewujudkan kesinambungan (inter-connected) jaringan jalan untuk pejalan kaki yang jelas di setiap hieraki jalan.  Kesinambungan dilakukan agar pengguna kenderaan sedar akan kewujudan pejalan kaki seterusnya keselamatan pejalan kaki lebih terjamin. 2. Pencahayaan dan bumbung disediakan di setiap lorong pejalan kaki.  Pencahayaan dan bumbung di sepanjang laluan pejalan kaki disediakan setelah mengambil kira penyediaan elemen teduhan yang sesuai. 3. Menanam pokok landskap di setiap laluan pejalan kaki.  Tanaman landskap dapat berfungsi sebagai tempat teduhan kepada pengguna daripada cahaya matahari. 4. Meletakkan tanda amaran berbunyi dan berlampu di setiap lorong pejalan kaki.  Tanda amaran yang berbunyi atau berlampu diletakkan terutama sekali di kawasan yang tidak terdedah kepada pusat kejiranan atau pusat transit untuk tujuan keselamatan pengguna.
  • 19. E) KEMUDAHAN BASIKAL Bil. Perkara Huraian 1. Mengintegrasikan laluan basikal sebagai salah satu bentuk kemudahan basikal dengan perancangan pembinaan jalan raya.  Perancangan laluan basikal dijalankan dengan mengutamakan piawaian keselamatan penunggang basikal dan juga pengguna jalan raya yang lain. 2. Menjalankan Audit Berbasikal.  Audit Berbasikal dijalankan semasa perancangan laluan basikal akan dibina bagi melihat faktor peluang dan juga faktor risiko pembinaan laluan basikal di sesuatu kawasan. 3. Penyediaan kemudahan tempat meletak basikal di pusat rekreasi, pusat perniagaan dan juga tempat bekerja.  Faktor mudah dilihat, keselamatan, perlindungan cuaca serta tidak menghalang pejalan kaki diambil kira semasa penyediaan kemudahan tempat meletak basikal. 4. Gabungan kemudahan basikal dengan perkhidmatan pengangkutan awam.  Menyediakan kemudahan basikal ‘bike and ride’ di kawasan pengangkutan awam.
  • 20. A) JALAN RAYA Bil. Perkara Huraian 1. Penggubalan dasar yang memfokuskan pelaksanaan Sistem Pengangkutan Pintar atau Intelligent Transport System (ITS).  Sistem ini dapat menguruskan lalu lintas dengan lebih sistematik dan efisien ketika di jalan raya. 2. Pembangunan jalan raya diswastakan.  Pembangunan jalan raya dapat dijalankan berterusan dan lebih cepat melalui pembahagian tanggungjawab pembangunan antara pihak kerajaan dan agensi swasta. 3. Pelaburan berterusan ke atas pembinaan atau penambahbaikkan jalan raya.  Pelaburan secara berterusan daripada pihak kerajaan atau pihak persendirian harus dimanfaatkan sebaik mungkin agar pengeluaran kos dapat dimaksimumkan terutama sekali di peringkat ramalan keberhasilan projek. 4. Melaksanakan audit keselamatan jalan raya di setiap peringkat daerah atau kawasan.  Setiap daerah atau kawasan perlu melaksanakan audit keselamatan jalan raya agar pembinaan jalan raya yang dilakukan memenuhi piawaian kebangsaan. 4. Perancangan jangka panjang (sehingga 30 tahun)
  • 21. B) PENGANGKUTAN AWAM Bil. Perkara Huraian 1. Membangunkan kepakaran dalam penyelidikan pengangkutan awam.  Kepakaran dalam pelbagai bidang seperti teknologi, pembinaan model pengangkutan awam dan juga kajian berterusan berkenaan dengan keseragaman pergerakan dan impak pengangkutan awam terhadap sosioekonomi penduduk. 2. Mengalakkan kemampanan alam sekitar.  Pemberian subsidi atau pengurangan cukai kepada pengangkutan awam yang memaksimumkan pencemaran udara. 3. Melaksanakan transformasi pengangkutan awam yang lebih canggih, mesra jantina serta OKU.  Transformasi pengangkutan bukan sahaja dari aspek reka bentuk atau operasi bahkan juga transformasi dengan menyediakan tenaga kerja yang terlatih untuk memudahkan kemudahsampaian pengguna pengangkutan awam misalnya OKU. 4. Pembinaan model pengangkutan awam.  Pembinaan model pengangkutan awam seperti model penyampaian bas, teksi dan juga rel yang dirancang perlu meliputi kos yang berpatutan dan peluang penyelesaian masalah yang tinggi.
  • 22. C) KEMUDAHAN PEJALAN KAKI Bil. Perkara Huraian 1. PBT mewujudkan kerjasama penyediaan kemudahan pejalan kaki dengan syarikat-syarikat koporat sebagai rakan kongsi.  Melalui kerjasama yang terbentuk maka secara tidak langsung beban kewangan untuk penyediaan kemudahan pejalan kaki dapat dikurangkan. 2. Pelan induk perancangan laluan pejalan kaki yang komprehensif dan jangka panjang perlu disediakan.  Pelan induk tersebut akan menjadi panduan dalam merancang, menganggarkan kos perbelanjaan serta potensi timbulnya masalah di kemudian hari akibat daripada sesuatu pembinaan kemudahan pejalan kaki. 3. Ramalan awal keperluan pembinaan kemudahan pejalan kaki.  Tujuannya supaya perabot jalan, laluan berbumbung, pokok teduhan, bahan binaan dan landskap adalah mengambil kira ciri-ciri reka bentuk bandar selamat dan ‘universal design’. 4. Perancangan kejiranan hijau.  Melaksanakan kemudahan pejalan kaki yang bersambungan dengan laluan berbasikal serta mudah untuk pejalan kaki mengakses kepada pengangkutan awam.
  • 23. E) KEMUDAHAN BASIKAL Bil. Perkara Huraian 1. Reka bentuk bandar selamat berkaitan laluan basikal.  Laluan basikal yang dibina terutama sekali di kawasan bandar haruslah terpisah dengan jalan raya.  Dibina bersebelahan dengan laluan pejalan kaki. 2. Pelan susunatur jalan raya dirangka dan diaudit.  Susunatur jalan raya direka dan diaudit supaya semua pembangunan menghadap jalan termasuk juga kawasan taman.  Maka, laluan basikal akan dicadang dan direka bentuk berdasarkan garis panduan pelan susunatur jalan raya agar konflik pembinaan tidak berlaku. 3. Peruntukan pembangunan dasar, perundangan dan garis panduan berkenaan kemudahan basikal.  Pembangunan dasar, perundangan dan garis panduan pembinaan kemudahan basikal haruslah mengambil kira faedah sosial, ekonomi sesebuah bandar dan juga kos pembangunan yang diperuntukkan kerajaan. 4. Pembinaan laluan basikal mengikut klasifikasi jenis-jenis laluan.  Antaranya laluan basikal tersendiri, laluan bersebelahan pejalan kaki dan laluan basikal di tepi jalan berasingan.