GIMNASTIK ARTISTIK

Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pegerakkan yang terdiri daripada
beberapa kemahiran. Antaranya adalah kumpulan pergerakkan pendaratan, statik,gerak edar,
hamburan, ayunan dan putaran. Di tingkatan 3 hanya 2 putaran dipelajari iaitu:

    a) Pola 4- putaran

    b) Pola 5- rangkaian

Objektif

Selepas mempelajari topik ini, kita akan dapat:

    •   Mengenal pastilakuan unsur maju yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan
        kemahiran sepenuhnya.

    •   Melakukan langkah-langkah keselamatan yang perlu dalam aktiviti gimnastik artistik.

    •   Melakukan kemahiran putaran dan rangkaian gimnastik artistik dengan betul dan selamat.

    •   Menyatakan sekurang-kurangnya tiga tekniklakuan dalam kemahiran putaran dan
        rangkaian.

    •   Menganalisis bentuk pergerakkan yang sempurna

    •   Merancang dan mempersembahkan rangkaian pergerakkan.

POLA 4 – PUTARAN

Putaran ialah kumpulan pergerakkan utama dalam gimnastik artistik. Pergerakkan yang termasuk
dalam pola putaran ialah berpusing, berputar dan berguling. Pergerakkan ini berlaku pada salah
satu paksi badan, iaitu:




        Pegerakkan putaran pada paksi badan tertakluk kepada 3 prinsip iaitu:

  i.    Pusat graviti
Apabila pusat graviti terkeluar dari tempat asalnya dan berada di luar tapak sokongan,
          badan akan cenderung untuk berputar. Oleh itu, apabila ingin berputar ke hadapan, badan
          perlu dicondong ke depan.



 ii.      Jejari putaran

          Kadar putaran pada satu titik atau paksi meningkat apabila jarak dari titik atau paksi
          dipendekkan. Oleh itu, kita boleh mengawal kelajuan pergerakkan putaran dengan
          melipat atau meluruskan badan.



iii.      Fokus mata

          Kemahiran memfokuskan mata pada satu titik tetap amat penting ketika melakukan
          putaran. Hal ini kerana, kita akan sedar lakuan yang dilakukan serta mengetahui arah dan
          ruang pergerakan, di samping membantu mengekalkan imbangan badan dan
          mengelakkan pitam.

KEMAHIRAN PUTARAN

       A. Putar Roda (Cartwheels)

          Putar roda adalah satu variasi dinamik kedudukan dirian tangan yang lurus. Kemahiran
          ini melibatkan pemindahan berat badan dari tapak kaki (kedudukan berdiri) ke tangan
          (dalam kedudukan terbalik) dan kembali ke tapak kaki. Ansur maju bagi pergerakan putar
          roda terbahagi kepada dua, iaitu teknik pemindahan berat badan dan teknik meletakkan
          tapak tangan.



          Ansur maju 1: Teknik memindahkan berat badan

          Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan tilam yang disusun atau bangku rendah. Ini
          boleh menghasilkan tendangan yang lebih kuat bagi memudahkan pemindahan berat
          badan.
Ansur maju 2: Teknik meletakan tapak tangan dan kaki

   Arah kedudukan jari-jari tangan sangat penting untuk pelaksanaan putar roda. Kita boleh
   menandakan terlebih dahulu tapak tangan dengan kapur atau pita pelekat bewarna.




          1. Berdiri tegak, tangan lurus.

          2. Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu
              ke sisi arah pergerakan.

          3. Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat
              lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan
              kangkangkan kaki.

          4. Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam
              kedudukan lunge.



B. Guling depan di atas bangku senam

Permulaan dan akhiran gulingan boleh dilakukan dengan pelbagai teknik. Walau
bagaimanapun, sesetengah teknik gulingan bergantung pada kedudukan tangan, kaki atau
badan ketika memulakan gulingan. Selain bangku senam, gulingan boleh dilakukan di atas
lantai, batang titian (balance beam) atau peti simbol.

Ansur maju kemahiran gulingan

Ansur maju gulingan boleh dilaksanakan di atas tilam gimnastik dengan ditandai dengan dua
garisan lurus yang selari.
1. Berdiri tegak dengan tangan lurus ke atas.

   2. Lipatkan badan dan letakan kedua-dua belah tangan di atas tilam. Rapatkan dagu ke dada.

   3. Mulakan gulingan dari atas bahu.

   4. Guling ke hadapan dengan kaki rapat dengan badan.

   5. Tamatkan gulingan dalam posisi duduk kaki rapat di antara dua garisan lurus.

Teknik guling depan di atas bangku senaman

Selepas menguasai teknik guling depan, kita boleh melakukan kemahiran ini atas bangku senam.
Pada peringkat ini, penyokong diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan dan
meningkatkan keyakinan diri.
TIP KEMAHIRAN

Tip melakukan guling depan di atas bangku senam.

   •   lakukan seperti guling depan di atas tilam

   •   fokus mata ke depan

   •   pastikan postur badan tegak semasa berdiri

C. Pusing setempat dengan sebelah kaki (pangsi) di atas bangku senam

Pangsi (pirouette) melibatkan putaran pada paksi memanjang. Kemahiran ini biasanya dilakukan
untuk acara senam lantai dan batang titian. Sebagai aktiviti ansur maju, latihan untuk kemahiran
ini dilakukan di atas lantai. Tindakan bulatan di atas lantai menandakan kawasan melakukan
pangsi.
Gambar foto 2.13 pastikan hujung jari kaki “penanda” menyentuh lantai ketika menanda
bulatan.




   •   depa tangan untuk mengakhiri pusingan .

   •   pastikan pangsi berlaku ditengah-tengah bulatan yang dilukis.




ASPEK KESELAMATAN

   •   pastikan bangku yang digunakan stabil dan selamat digunakan
•   fokus mata supaya tidak berasa pening.

   •   Pastikan badan tegak.

Apabila aktiviti ansur maju ini dikuasai, kemahiran pangsi boleh dilakukan di atas bangku senam
dengan penyokong.




POLA 5 – RANGKAIAN

Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pergerakan. Rangkaian pergerakan
ini seharusnya merangkumi beberapa pola pergerakan yang berlainan. Beberapa contoh
rangkaian pergerakan adalah seperti berikut:




TIP KEMAHIRAN

Aplikasi prinsip makanik jejari putaran

Kedudukan dirian tangan diubah dengan melipat badan ( jejari putaran dipendekkan). Kelajuan
pergerakan yang dijana membantu melengkapkan gulingan. Badan diluruskan selepas gulingan
untuk menghentikan momentum pergerakan.
Gimnastik artistik memberi penekanan kepada seni pegerakan manusia. Dalam pertandingan,
aspek pergerakan ini dinilai secara terperinci berdasarkan buku peraturan “Code of Poins”.
Pergerakan yang baik perlu mempunyai form (chin-up dan jari kaki yang dilunjurkan), postur
dan penjajaran yang betul. Penilaian persembahan gimnastik artistik juga melibatkan kualiti
rangkaian pergerakan yang merangkumi semua atau beberapa pola pergerakan.



RUMUSAN

   1. Putaran adalah salah satu pola pergerakan dalam gimnastik artistik yang juga
      merangkumi pendaratan, statik, gerak edar, hamburan ayunan dan imbangan.

   2. Kemahiran putaran seperti putar roda, pusingan setempat dan gulingan depan atau
      belakang boleh dilakukan dalam paksi memanjang, mendatar atau melintang.

   3. Langkah-langkah keselamatan mesti diambil untuk memastikan aktiviti gimnastik artistik
      memberi pengalaman yang menyeronokkan.

   4. Antara aspek makanik yang diutamakan semasa melakukan putaran seperti guling depan
      ialah pusat graviti, jejari putaran dan fokus mata.

   5. Kemahiran putaran digabungkan dengan kemahiran daripada pola pergerakan lain untuk
      membentuk rangkaian pergerakan.

   6. Penilaian dalam gimnastik artistik menekankan postur, form kemahiran dan penjajaran.

Gimnastik artistik

  • 1.
    GIMNASTIK ARTISTIK Gimnastik artistikdipersembahkan dalam bentuk rangkaian pegerakkan yang terdiri daripada beberapa kemahiran. Antaranya adalah kumpulan pergerakkan pendaratan, statik,gerak edar, hamburan, ayunan dan putaran. Di tingkatan 3 hanya 2 putaran dipelajari iaitu: a) Pola 4- putaran b) Pola 5- rangkaian Objektif Selepas mempelajari topik ini, kita akan dapat: • Mengenal pastilakuan unsur maju yang perlu dilakukan sebelum melaksanakan kemahiran sepenuhnya. • Melakukan langkah-langkah keselamatan yang perlu dalam aktiviti gimnastik artistik. • Melakukan kemahiran putaran dan rangkaian gimnastik artistik dengan betul dan selamat. • Menyatakan sekurang-kurangnya tiga tekniklakuan dalam kemahiran putaran dan rangkaian. • Menganalisis bentuk pergerakkan yang sempurna • Merancang dan mempersembahkan rangkaian pergerakkan. POLA 4 – PUTARAN Putaran ialah kumpulan pergerakkan utama dalam gimnastik artistik. Pergerakkan yang termasuk dalam pola putaran ialah berpusing, berputar dan berguling. Pergerakkan ini berlaku pada salah satu paksi badan, iaitu: Pegerakkan putaran pada paksi badan tertakluk kepada 3 prinsip iaitu: i. Pusat graviti
  • 2.
    Apabila pusat gravititerkeluar dari tempat asalnya dan berada di luar tapak sokongan, badan akan cenderung untuk berputar. Oleh itu, apabila ingin berputar ke hadapan, badan perlu dicondong ke depan. ii. Jejari putaran Kadar putaran pada satu titik atau paksi meningkat apabila jarak dari titik atau paksi dipendekkan. Oleh itu, kita boleh mengawal kelajuan pergerakkan putaran dengan melipat atau meluruskan badan. iii. Fokus mata Kemahiran memfokuskan mata pada satu titik tetap amat penting ketika melakukan putaran. Hal ini kerana, kita akan sedar lakuan yang dilakukan serta mengetahui arah dan ruang pergerakan, di samping membantu mengekalkan imbangan badan dan mengelakkan pitam. KEMAHIRAN PUTARAN A. Putar Roda (Cartwheels) Putar roda adalah satu variasi dinamik kedudukan dirian tangan yang lurus. Kemahiran ini melibatkan pemindahan berat badan dari tapak kaki (kedudukan berdiri) ke tangan (dalam kedudukan terbalik) dan kembali ke tapak kaki. Ansur maju bagi pergerakan putar roda terbahagi kepada dua, iaitu teknik pemindahan berat badan dan teknik meletakkan tapak tangan. Ansur maju 1: Teknik memindahkan berat badan Aktiviti ini dilakukan dengan menggunakan tilam yang disusun atau bangku rendah. Ini boleh menghasilkan tendangan yang lebih kuat bagi memudahkan pemindahan berat badan.
  • 3.
    Ansur maju 2:Teknik meletakan tapak tangan dan kaki Arah kedudukan jari-jari tangan sangat penting untuk pelaksanaan putar roda. Kita boleh menandakan terlebih dahulu tapak tangan dengan kapur atau pita pelekat bewarna. 1. Berdiri tegak, tangan lurus. 2. Langkah sebelah kaki ke hadapan dalam kedudukan lunge. Condongkan bahu ke sisi arah pergerakan. 3. Letak tangan kiri kemudian tangan kanan di lantai. Kaki tendangan diangkat lurus diikuti kaki mendahului, sehingga ke kedudukan dirian tangan kangkangkan kaki. 4. Mendarat di atas kaki tendangan, diikuti dengan kaki berikutnya dalam kedudukan lunge. B. Guling depan di atas bangku senam Permulaan dan akhiran gulingan boleh dilakukan dengan pelbagai teknik. Walau bagaimanapun, sesetengah teknik gulingan bergantung pada kedudukan tangan, kaki atau badan ketika memulakan gulingan. Selain bangku senam, gulingan boleh dilakukan di atas lantai, batang titian (balance beam) atau peti simbol. Ansur maju kemahiran gulingan Ansur maju gulingan boleh dilaksanakan di atas tilam gimnastik dengan ditandai dengan dua garisan lurus yang selari.
  • 4.
    1. Berdiri tegakdengan tangan lurus ke atas. 2. Lipatkan badan dan letakan kedua-dua belah tangan di atas tilam. Rapatkan dagu ke dada. 3. Mulakan gulingan dari atas bahu. 4. Guling ke hadapan dengan kaki rapat dengan badan. 5. Tamatkan gulingan dalam posisi duduk kaki rapat di antara dua garisan lurus. Teknik guling depan di atas bangku senaman Selepas menguasai teknik guling depan, kita boleh melakukan kemahiran ini atas bangku senam. Pada peringkat ini, penyokong diperlukan untuk mengurangkan risiko kecederaan dan meningkatkan keyakinan diri.
  • 5.
    TIP KEMAHIRAN Tip melakukanguling depan di atas bangku senam. • lakukan seperti guling depan di atas tilam • fokus mata ke depan • pastikan postur badan tegak semasa berdiri C. Pusing setempat dengan sebelah kaki (pangsi) di atas bangku senam Pangsi (pirouette) melibatkan putaran pada paksi memanjang. Kemahiran ini biasanya dilakukan untuk acara senam lantai dan batang titian. Sebagai aktiviti ansur maju, latihan untuk kemahiran ini dilakukan di atas lantai. Tindakan bulatan di atas lantai menandakan kawasan melakukan pangsi.
  • 6.
    Gambar foto 2.13pastikan hujung jari kaki “penanda” menyentuh lantai ketika menanda bulatan. • depa tangan untuk mengakhiri pusingan . • pastikan pangsi berlaku ditengah-tengah bulatan yang dilukis. ASPEK KESELAMATAN • pastikan bangku yang digunakan stabil dan selamat digunakan
  • 7.
    • fokus mata supaya tidak berasa pening. • Pastikan badan tegak. Apabila aktiviti ansur maju ini dikuasai, kemahiran pangsi boleh dilakukan di atas bangku senam dengan penyokong. POLA 5 – RANGKAIAN Gimnastik artistik dipersembahkan dalam bentuk rangkaian pergerakan. Rangkaian pergerakan ini seharusnya merangkumi beberapa pola pergerakan yang berlainan. Beberapa contoh rangkaian pergerakan adalah seperti berikut: TIP KEMAHIRAN Aplikasi prinsip makanik jejari putaran Kedudukan dirian tangan diubah dengan melipat badan ( jejari putaran dipendekkan). Kelajuan pergerakan yang dijana membantu melengkapkan gulingan. Badan diluruskan selepas gulingan untuk menghentikan momentum pergerakan.
  • 8.
    Gimnastik artistik memberipenekanan kepada seni pegerakan manusia. Dalam pertandingan, aspek pergerakan ini dinilai secara terperinci berdasarkan buku peraturan “Code of Poins”. Pergerakan yang baik perlu mempunyai form (chin-up dan jari kaki yang dilunjurkan), postur dan penjajaran yang betul. Penilaian persembahan gimnastik artistik juga melibatkan kualiti rangkaian pergerakan yang merangkumi semua atau beberapa pola pergerakan. RUMUSAN 1. Putaran adalah salah satu pola pergerakan dalam gimnastik artistik yang juga merangkumi pendaratan, statik, gerak edar, hamburan ayunan dan imbangan. 2. Kemahiran putaran seperti putar roda, pusingan setempat dan gulingan depan atau belakang boleh dilakukan dalam paksi memanjang, mendatar atau melintang. 3. Langkah-langkah keselamatan mesti diambil untuk memastikan aktiviti gimnastik artistik memberi pengalaman yang menyeronokkan. 4. Antara aspek makanik yang diutamakan semasa melakukan putaran seperti guling depan ialah pusat graviti, jejari putaran dan fokus mata. 5. Kemahiran putaran digabungkan dengan kemahiran daripada pola pergerakan lain untuk membentuk rangkaian pergerakan. 6. Penilaian dalam gimnastik artistik menekankan postur, form kemahiran dan penjajaran.