3. Beramallah Dengan Ilmu Yang Telah Dipelajari
ا
َلِب ِ
راجَّشالاك ٍلاماع ا
َلِب ُمْلِعْلا
اماث
ٍ
ر
Maksudnya:
“Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah.”
Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat
memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut
tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga
perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu
seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau perkongsikan samalah
seperti pohon yang tidak berbuah.
4. Syeikh Abdurrahman bin Qasim rahimahullah juga
pernah mengatakan bahawa:
“Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu ada dalam
rangka mencapai sesuatu yang lainnya. Ilmu
diibaratkan seperti sebuah pohon, sedangkan amalan
adalah seperti buahnya. Maka setelah mengetahui
ajaran agama Islam seseorang harus menyertainya
dengan amalan. Sebab orang yang berilmu akan tetapi
tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya
daripada orang bodoh.”
5. Oleh itu saudara, amalkanlah sesuatu ilmu walaupun
sedikit kerana ia pasti akan membawa keberkahan
dalam hidup kita. Begitu juga, janganlah kita
meninggalkan ilmu yang telah kita pelajari kerana
lambat laun ilmu itu pasti akan hilang dan lari
meninggalkan kita. Sebaliknya, genggamlah ilmu itu
dengan kuat, nescaya ilmu itu pasti akan memberi
manfaat kepada kita baik di dunia, mahupun di akhirat.
6. Akhir sekali, marilah bersama-sama kita mengamalkan doa
yang pernah dibacakan oleh nabi s.a.w yang berbunyi:
” Ya Allah, aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat,
rezeki yang baik, dan amalan yang diterima”.
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Doa ini pernah dibacakan oleh nabi s.a.w selepas selesai
menunaikan solat fardu subuh. Mudah-mudahan kita
dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, amalan
yang diterima serta diberikan kekuatan untuk mengamalkan
setiap ilmu yang telah kita pelajari sehingga akhir hayat kita,
allahumma amin.