SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
Download to read offline
INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
JOHOR BAHRU
ADVANCED DIPLOMA IN MIDWIFERY
CCRM 4013: RESEARCH METHODOLOGY AND
STATISTIC
TAHAP PENGETAHUAN DI KALANGAN IBU
POSTNATAL MENGENAI PENJAGAAN
LUKA PEMBEDAHAN LSCS DI
HOSPITAL ENCHE’ BESAR
HAJJAH KHALSOM
KLUANG
NAMA : AZIZAH BINTI HUSIN
NO MATRIK : ADMW 1/2022 (10) - 0002
NAMA PEMERIKSA : PUAN HARTATI BINTI ISAM
TARIKH HANTAR : 8 DISEMBER 2022
i
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga saya
kami menyempurnakan tugasan ‘Research proposal’ dengan tajuk tahap pengetahuan
di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka LSCS di Hospital Enche’ Besar
Hajjah Khasom Kluang
Sepanjang menjalankan kajian ini pelbagai pengalaman pahit manis telah
diperolehi dan amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelatih
kebidanan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
Penyelaras saya iaitu Pn Hamidah binti Denan yang telah mengajar dalam subjek ini.
Tidak ketinggalan juga kepada mentor saya iaitu, Puan Hartati Binti Isam kerana
beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan
tugasan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli
keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi
menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana
telah banyak menghulurkan bantuan bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala
bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
dari semua pihak, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
ii
ISI KANDUNGAN
Penghargaan……………………………………………………………...…….… i
Isi kandungan ..................................................................................................... ii - iii
Bab 1 : Pengenalan..................................................................................................... 1
1.1 Pengenalan.......................................................................................................... 1
1.2 Latar belakang kajian ....................................................................................1 - 2
1.3 Pernyataan masalah ............................................................................................ 2
1.4 Objektif kajian...............................................................................................2 - 3
1.5 Persoalan kajian.................................................................................................. 3
1.6 Hipotesis kajian ................................................................................................. 3
1.7 Kepentingan kajian........................................................................................3 - 4
1.8 Definisi operasi..............................................................................................4 - 5
Bab 2 : Tinjauan kajian lepas ................................................................................... 6
2.1 Semakan kajian lepas yang relevan................................................................... 6
2.1.1 Tahap pengetahuan ....................................................................................6 - 7
2.1.2 Faktor yang mempengaruhi jagaan luka pembedahan ...............................7 - 8
2.3 Kerangka konseptual kajian ..........................................................................8 - 9
Bab 3 : Metodologi ................................................................................................... 10
3.1 Lokasi kajian .................................................................................................... 10
3.2 Rangka bentuk kajian ....................................................................................... 10
3.3 Populasi dan sampel ......................................................................................... 11
3.4 Instrument kajian.......................................................................................11 - 12
3.5 Kaedah pengumpulan data ............................................................................... 12
3.6 Rangka kerja untuk analisa data................................................................12 - 13
3.7 Kajian rintis ...................................................................................................... 13
3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan........................................................................ 14
3.9 Pertimbangan etika........................................................................................... 15
iii
3.10 Limitasi kajian................................................................................................ 15
Rujukan..............................................................................................................16 - 18
Lampiran ......................................................................................................................
Lampiran A : Gantt chart......................................................................................... iv
Lampiran B : Borang persetujuan kajian.................................................................. v
Lampiran C : Surat permohonan menjalankan kajian ............................................. vi
Lampiran D : Borang keizinan maklumat ..................................................... vii - viii
Lampiran E : Borang soal selidik .....................................................................ix - xii
Lampiran F : Data cencus....................................................................................... xv
Lampiran G : Jadual Krejcie dan Morgan ............................................................ xvi
Lampiran H : Skala linkert ..................................................................................xvii
Lampiran I : Jadual conbach’s alpha (Konting et al) ..........................................xvii
1
BAB 1
Pengenalan
1.1 Pengenalan
Bab ini akan menerangkan mengenai latar belakang kajian, pernyataan masalah,
objektif kajian secara umum dan spesifik, soalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan
kajian dan batasan kajian. Menurut Buku Essential of Obstetrics 3 rd edition dalam
tempoh 2 dekat ini terdapat peningkatan 12 – 25% kelahiran secara pembedahan
direkodkan. Kelahiran secara pembedahan adalah pilihan yang ideal untuk
menyelamatkan ibu dan bayi terutamanya bagi kes yang berisiko tinggi dan dapat
mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti.
1.2 Latar Belakang Kajian
Di Malaysia Pembedahan Cesarean merupakan satu altenatif lain untuk melahirkan
bayi dengan selamat terutamanya bagi kes-kes yang berisiko. Kurang pengetahuan
berkaitan dengan penjagaan luka LSCS boleh mendatangkan komplikasi kepada ibu.
Menurut Shamala Devi Karalasingam et al. (2020) terdapat 24.8 % bayi dilahirkan
secara pembedahan di Malaysia pada tahun 2015 iaitu 32,418 daripada 130,738
kelahiran. Pembedahan Caesarean adalah satu prosedur pembedahan yang dijalankan
untuk mengeluarkan fetus, placenta dan membrane melalui insisi yang dilakukan pada
dinding abdomen dan uterus. Menurut Sivan Zuarez-Easton et al. (2017) bahagian luar
luka pembedahan secara klinikalnya sudah kelihatan pulih pada hari ke 4 hingga ke 7
2
selapas pembedahan, tetapi proses penyembuhan luka secara kesuluruhannya
memakan masa hingga 2 tahun. Namun begitu, masih terdapat komplikasi yang
berlaku terhadap luka pembedahan caesarean antaranya bengkak, pendarahan, dan
hematoma. Oleh itu, penjagaan luka pembedahan seharusnya di ambil berat oleh
semua pihak terutamanya bagi anggota kesihatan dan juga ibu-ibu posnatal. Ibu-ibu
perlu diberi pengetahuan berkaitan penjagaan luka pembedahan sebelum dibenarkan
discaj dari wad, kerana bukan semua prosedur pembedahan adalah dirancang, terdapat
juga kes-kes pembedahan yang dilakukan secara emergency contonya bagi kes cord
prolapse dan pre eclampsia. Oleh itu ibu dapat membuat persediaan dari segi mental
dan fizikal untuk melakukan penjagaan luka pembedahan yang berkesan semasa dalam
tempoh posnatal bagi mengelakkan sebarang komplikasi serta proses penyembuhan
dapat berlaku dengan sempurna.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang dijalankan adalah berkaitan peningkatan kes kemasukan ke wad akibat
daripada LSCS wound breakdown iaitu sebanyak 29 kes tahun ini sehingga bulan
oktober 2022. Ia juga berlanjutan daripada peningkatan kes sepsis. Kajian ini memberi
tumpuan menilai dan meningkatkan tahap pengetahun ibu kepada pengawasan dan
penjagaan luka pembedahan bagi mengelakkan kompikasi serta mengelakkan
belakunya infeksi luka pembedahan yang mana ia boleh mengakibatkan kematian
dalam kalangan ibu postnatal. Di akhir kajian ini pengkaji berharap tahap pengetahuan
ibu tentang penjagaan luka pembedahan dapat ditingkatkan dan penyembuhan luka
berlaku dengan baik tanpa sebarang komplikasi dan dapat mengelakkan kejadian
morbidity dan mortaliti. Maka kajian ini dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan
di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan di Wad Kenanga 6B
Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK).
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Am
Untuk menilai tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka
pembedahan di Wad Kenanga 6B HEBHK.
3
1.4.2 Objektif Spesifik
1. Menilai tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka
pembedahan.
2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka
pembedahan kepada ibu-ibu postnatal.
1.5 Persoalan Kajian
1. Adakah ibu-ibu postnatal mempunyai pengetahuan dalam penjagaan luka
pembedahan?
2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka pembedahan
kepada ibu-ibu postnatal?
1.6 Hipotesis Kajian
1.6.1 Hipotesis Null (Na)
Tiada pengetahuan tentang jagaan luka dikalangan ibu postnatal yang bersalin secara
pembedahan.
1.6.2 Hipotesis Alternatif (Ha)
Adakah faktor pemakanan semasa tempoh berpantang mempengaruhi dalam
penyembuhan luka pembedahan.
1.7 Kepentingan Kajian
1.7.1 Kepentingan kajian tehadap profesion
Dalam bidang kejururawatan penyelidik berharap agar kajian ini dapat meningkatkan
kemahiran jururawat dalam memberikan pendidikan kesihatan mengenai penjagaan
luka pembedahan kepada ibu postnatal. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat
mengukuhkan pengetahuan jururawat dalam mengenalpasti faktor yang
4
mempengaruhi penyembuhan serta pencegahan komplikasi pada luka pembedahan.
Secara tidak langsung, melalui kajian ini, jururawat dapat memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada ibu postnatal yang bersalin secara pembedahan di fasiliti
kesihatan.
1.7.2 Kepentingan kajian terhadap ibu
Kepentingan kepada Ibu pula penyelidik berharap agar kajian ini dapat meningkatkan
tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan. Selain itu, ibu
mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan luka pembedahan semasa
tempoh posnatal. Secara tidak langsung, ia juga dapat menggalakkan proses
penyembuhan luka LSCS yang cepat serta komplikasi pada luka pembedahan di
sepanjang tempoh posnatal dapat dielakkan. Oleh itu, ibu akan mencapai tahap
kesihatan yang optima di sepanjang tempoh posnatal.
1.7.3 Kepentingan kajian terhadap organisasi
Kepentingan kajian kepada organisasi pula, penyelidik berharap agar kajian ini dapat
meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan ibu di semua fasiliti kesihatan dan
secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti ibu
posnatal yang disebabkan oleh komplikasi daripada luka pembedahan. Kajian
memfokus kepada ibu postnatal yang melahirkan bayi secara pembedahan LSCS.
Selain itu, fasiliti yang terlibat merupakan sebuah fasiliti yang kecil dan secara tidak
langsung keadaan ini menyebabkan kekurangan sampel yang terlibat dalam kajian ini.
Di samping itu, kekangan masa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan
saiz sampel dalam kajian ini kecil.
1.8 Istilah Definisi
1.8.1 Ibu posnatal
Dalam kajian ini, istilah “ibu posnatal” merujuk kepada ibu selepas bersalin dan
dalam tempoh berpantang. postnatal adalah setelah uri dilahirkan sehingga hari ke 42
selepas bersalin.
(Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga).
5
1.8.2 Anggota kesihatan
Menerusi kajian ini, “anggota kesihatan” merujuk kepada individu yang memberikan
perkhidmatan terhadap ibu semasa sesi antenatal dan posnatal seperti doktor dan
jururawat yang bertugas sama ada di hospital mahupun klinik kesihatan.
(Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM].
1.8.3 LSCS
Lower Segment Caesarean Section ialah salah satu prosedur pembedahan untuk
mengeluarkan atau melahirkan bayi melalui dinding abdomen dilakukan secara
melintang di bahagian segmen bawah uterus
1.8.4 HEBHK
Adalah singkatan nama salah satu fasiliti kesihatan iaitu Hospital Enche’ Besar Hajjah
Khalsom Kluang
1.8.4 Mortaliti
Kadar kematian
1.8.5 Morbiditi
Kecacatan atau kemerosotan aktiviti fizikal dan mental akibat daripada penyakit atau
komplikasi
6
BAB 2
TINJAUAN KAJIAN LEPAS
2.1 Semakan Kajian Lepas Yang Relevan
2.1.1 Tahap pengetahuan
Menurut kajian yang dibuat oleh Solomon Atuhairea (2021) menyatakan bahawa
pengetahuan tentang penjagaan diri selepas pembedahan cesarean dalam kalangan
wanita selepas bersalin di MRRH di Mbarara adalah lemah kerana majoriti peserta 90
(60%) dilaporkan tidak pernah mendengar tentang penjagaan diri selepas pembedahan
LSCS, manakala hanya 60 (40%) menyatakan pernah mendengar tentang penjagaan
diri selepas pembedahan dan tiada wanita selepas bersalin yang mengetahui
sepenuhnya semua aspek penjagaan diri selepas pembedahan dan hanya 26% boleh
menerangkan lebih daripada 2 aspek penjagaan diri selepas pembedahan. Dapatan
kajian juga mendedahkan bahawa 22% (33) wanita selepas bersalin tidak melakukan
penjagaan diri selepas pembedahan. Ini menunjukkan amalan penjagaan selepas
pembedahan yang rendah dalam kalangan wanita selepas bersalin.
Kajian telah dijalankan oleh Savitri.T (2011), di hospital Kerajaan Chennai.
menyatakan bahawa ibu primid perlu diberi pengetahuan yang lebih mengenai
penjagaan luka LSCS. Keputusan diperolehi daripada kajian tersebut adalah amalan
penjagaan diri mereka adalah lemah iaitu (40.8%). Didapati bahawa terdapat korelasi
sederhana positif yang signifikan antara keperluan peningkatan tahap pengetahuan dan
amalan penjagaan diri ibu primid yang menjalani pembedahan LSCS.
7
Elizabeth M Campa (2020) berpendapat bahawa sebelum ibu dibenarkan
pulang kerumah pendidikan kesihatan tentang penjagaan luka yang efektif perlu
diberikan kepada ibu untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada luka LSCS,
contohnya penekanan perlu diberikan kepada ibu tentang penjagaan luka LSCS,
penjagaan kebersihan diri, senaman dan rehat yang mencukupi, dan perlu patuh pada
tarikh temujanji yang ditetapkan untuk menilai keadaan luka dalam masa 7-10 hari
selepas pembedahan.
Wahyuni Abd. Rahim et. all. (2019) menyatakan bahawa pengetahuan dan
sikap ibu selepas bersalin cecara pembedahan dapat membantu dalam proses
penyembuhan luka dan dapat membantu ibu memantau perubahan yang berlaku pada
diri, menjaga kesihatan dan membuat keputusan yang tepat apabila berlaku masalah
semasa tempoh berpantang. Kajian menunjukkan bahawa pengetahuan penjagaan luka
pada ibu-ibu selepas pembedahan LSCS adalah baik iaitu (81.2%). Tahap
pengetahuan yang baik akan membentuk kesedaran dan sikap yang positif dalam
penjagaan luka LSCS.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Annalize Weckesser et. al. (2019)
menyatakan bahawa sesetengah wanita berasa bimbang tentang jangkitan luka
pembedahan, tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk mengenal pasti
tanda-tanda infeksi. penyelidik juga berpendapat bahawa meningkatkan pengetahuan
tentang proses pemulihan luka pembedahan dan memupuk tahap kesedaran tentang
tanda dan gejala infeksi penting supaya mereka boleh mengambil langkah yang
selamat sekiranya mengalami komplikasi pada luka LSCS. Ia harus dimasukkan ke
dalam aktiviti Pendidikan kesihatan rutin selepas bersalin.
2.1.2 Faktor yang mempengaruhi jagaan luka pembedahan
Menurut Wahyuni Abd. Rahim et. Al. (2019) menyatakan faktor umur memberi kesan
yang sangat positif terhadap pencapaian ilmu seseorang ia juga mempengaruhi
kefahaman dan pemikiran seseorang terhadap maklumat yang diberikan. Manakala
factor pendidikan sangat berkait rapat dengan ilmu. Tahap pendidikan akan membantu
dalam memperolehi pengetahuan, pemahaman, dan nilai-nilai lain yang akan
membantu untuk berfikir dengan lebih rasional dalam mendapatkan maklumat.
Pengetahuan yang baik boleh disebabkan kerana mereka mendapat maklumat dari luar
8
melalui interaksi sosial seperti perjumpaan sosial, pertemuan antara penduduk,
televisyen, media sosial, dan lain-lain. Faktor persekitaran kerja boleh menjadikan
seseorang mengalami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Interaksi dengan
persekitaran serta maklumat daripada media massa elektronik akan membantu
seseorang mendapatkan maklumat yang diingini mempengaruhi pengetahuan ke arah
yang lebih baik.
Menurut Pujud Widodo et al.(2016) proses penyembuhan luka akan berlaku
dengan cepat tiada gangguan dan komplikasi seperti infeksi, kajian menunjukan
bahawa adanya hubungkait antara pengetahuan dengan penyembuhan luka LSCS.
Taraf Pendidikan juga memainkan peranan terhadap tahap pengetahuan pesakit
tentang penjagaan luka, semakin tinggi tahap pendidikan pesakit semakin tinggi tahap
pengetahuannya. Penjagaan kebersihan diri juga adalah salah satu faktor yang
mempengaruhi proses penyembuhan luka.
Secara keseluruhannya daripada beberapa semakan dari kajian lepas dapat
disimpulkan bahawa tahap pengetahuan adalah sangat penting dalam proses penjagaan
dan proses penyembuhan luka LSCS. Pendidikan awal tentang penjagaan luka
pembedahan perlu didedahkan lebih awal iaitu semasa sessi antenatal lagi kerana
kebanyakan ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mempunyai pengetahuan
tentang penjagaan luka LSCS. Risalah atau bahan bacaan tentang penjagaan luka
LSCS perlu diberikan kepada ibu yang telah menjalani pembedahan LSCS untuk
meningatkan pengetahuan ibu..
2.2 Kerangka konseptual kajian
Kerangka kerja konseptual diilustrasikan dalam bentuk diagram atau rajah yang
mengandungi anak panah bertujuan untuk memberi gambaran secara visual supaya
mudah difahami. Kerangka konseptual yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian
ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka
LSCS. Ia mengandungi independent variables iaitu data demografik, tahap
pengetahuan, dan faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka LSCS. Selain itu,
melalui kerangka konseptual ini juga, penyelidik menjelaskan bagaimana elemen-
elemen tersebut mempengaruhi dependent viarables. Hubungkait antara independent
variables dan dependent variable akan membawa kepada objektif kajian.
9
2.2(a) Gambar rajah kerangka konseptual kajian
Independent variable Dependent variable
variable
Mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi dalam
penjagaan luka LSCS
Menilai tahap pengetahuan
pesakit dalam penjagaan
luka LSCS
Jagaan Luka
LSCS
Mengenal pasti data
demografik pesakit
10
BAB 3
METODOLOGI
Bab ini akan menjelaskan kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini.
Tujuan metodologi kajian adalah untuk memberi penjelasan tentang bagaimana kajian
dijalankan, data-data diperolehi dan dianalisa bagi mendapatkan maklumat yang tepat.
Perkara-perkara tersebut mengandungi reka bentuk kajian, subjek kajian, lokasi kajian,
populasi dan pengambilan sampel, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data,
proses pengumpulan data, pertimbangan etika, limitasi kajian, kajian rintis dan tatacara
analisa data .
3.1 Lokasi kajian
Kajian ini dilakukan kepada ibu postnatal yang bersalin secara pembedahan LSCS di
Wad Kenanga 6B HEBHK Johor.
3.2 Reka bentuk kajian
Menurut Kamarul (2015), reka bentuk kajian ialah satu tatacara pengolahan data yang
dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep
pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat
dalam sesuatu kajian. Manakala Kamidin (2017) menyatakan bahawa reka bentuk
kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendali kajian, dan prosedur atau teknik
yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Ia bertujuan untuk mengawal punca-
punca bias yang boleh mengganggu keputusan kajian.
Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih menggunakan kaedah tinjauan bagi
mendapatkan data kuantitatif untuk menilai tahap pengetahuan di kalangan ibu
postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS di Wad Kenangan 6B HEBHK,
menggunakan borang soal selidik yang telah dibuat oleh penyelidik.
11
3.3 Populasi dan sample
3.3.1 Populasi
Populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji (Mohd Yusof, 2005).
Sementara itu, Fraenkel dan Wallen (2006) berpendapat bahawa populasi sasaran ialah
populasi yang ingin diselidiki oleh penyelidik serta dijadikan asas untuk membuat
generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh
sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal. Berdasarkan
kajian ini, populasi ibu yang bersalin secara pembedahan di HEBHK, adalah seramai
221 orang dari bulan Ogos hingga Oktober 2022.
3.3.2 Sample
Menurut Sekaran (2000), berpendapat bahawa persampelan adalah merujuk kepada
proses memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya pemahaman
terhadap sifat-sifat sampel dapat memungkinkan penyelidik membuat generalisasi
terhadap sifat-sifat populasi sampel berkenaan. Pemilihan sampel sebagai responden
adalah sebanyak 140 orang daripada jumlah populasi, kajian ini menggunakan kaedah
krejcie & Morgan (1970) iaitu ciri-ciri responden yang diperlukan untuk kajian ini
telah ditetapkan, rujuk lampiran G.
3.4 Instrumen kajian
Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Kajian ini akan dijalankan berdasarkan kaedah
kuantitatif. Instrumen atau alat kajian yang akan digunakan untuk mendapatkan data
adalah melalui soal selidik yang dijalankan ke atas ibu postnatal mengenai penjagaan
luka pembedahan di Wad Kenanga 6B HEBHK. Menurut (Tabrani, 2019) soal selidik
merupakan satu kaedah yang popular dan sering digunakan oleh penyelidik dalam
sesuatu kajian. Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang
dapat menjawab persoalan kajian. Satu set borang soal selidik yang disediakan oleh
12
penyelidik berdasarkan daripada pelbagai pembacaan dan nasihat dari golongan yang
pakar seperti penasihat kajian, ketua jabatan dan kajian rintis yang telah dijalankan.
Maklumat mengenai responden akan dirahsiakan. Soalan soal selidik terdiri daripada
beberapa bahagian iaitu Bahagian A : Demografik, Bahagian B: Pengetahuan
mengenai penjagaan luka pembedahan, Bahagian C : Faktor yang mempengaruhi
dalam penjagaan luka pembedahan. Bahagian A merangkumi soalan yang berkaitan
dengan data peribadi responden seperti bangsa, umur, pariti, tahap pendidikan dan
pekerjaan. Bahagian B pula merangkumi soalan yang tertutup dalam bentuk skala
berkaitan pengetahuan mengenai penjagaan luka pembedahan. Bahagian B bertujuan
untuk menilai pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan.
Bahagian C adalah soalan yang tertutup dalam bentuk skala tentang faktor yang
mempengaruhi dalam penjagaan luka pembedahan. Soalan yang disediakan adalah
jenis tertutup supaya ia senang dianalisa oleh penyelidik dan memudahkan responden
untuk menjawab soalan tersebut. Setiap responden diberi masa selama 30 minit untuk
menjawab soal selidik tersebut. Borang soal selidik bahagian B dan C menggunakan
skala linkert seperti yang terdapat dalam lampiran H.
3.5 Kaedah pengumpulan data
Pengumpulan data diperolehi daripada responden dengan pengisian borang soal selidik
yang diedarkan melalui ‘google form’. Penyelidik akan menjalankan soal selidik
selama dua minggu. Responden diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab
soalan soal selidik yang diedarkan. Data yang diperolehi direkodkan ke dalam ‘google
form’ dan dipindahkan ke excel dan dianalisis menggunakan ‘Statistical Package
Social Science’ (SPSS) versi 26.0.
3.6 Rangka kerja untuk analisa data
Analisis data merupakan langkah yang sangat penting dalam penelitian. Analisis data
yang benar dan tepat akan menghasilkan kesimpulan yang benar. Analisis data
dilakukan setelah data yang diperoleh dari sampel melalui instrumen yang dipilih dan
akan digunakan untuk menjawab masalah dalam penelitian. Kajian dianalisa
mengunakan kaedah ‘Statistical Package for the Social Sciences version 26.0 (SPSS)
13
untuk mendapatkan data Cronbach’s Alpha kerana pengumpulan data kajian ialah
questionnaire dan carta Linkert.
Rajah 3.6(a) : Proses pengumpulan data
3.7 Kajian rintis
Menurut Chua(2014), kajian rintis (pilot study) merupakan kajian secara kecil-kecilan
yang dilaksanakan sebelum melakukan kajian sebenar. Kajian ini dilakukan untuk
melihat kebolehan melaksanakan sesuatu kajian yang bakal dilakukan. Kajian rintis
ini dilakukan untuk menguji kefahaman responden terhadap instrumen yang
disediakan dari segi bahasa dan kefahaman responden untuk menjawab soalan yang
disediakan. Responden yang terlibat dalam kajian rintis dikecualikan daripada kajian
sebenar untuk mengelakkan bias pada keputusan kajian. Pilot study telah dijalankan ke
atas 14 orang responden iaitu dengan kiraan 10% dari jumlah sampel dan peserta ini
akan dikecualikan daripada kajian utama dan butiran kajian tidak disampaikan kepada
peserta kajian utama.
kenalpasti responden
Mendapatkan kebenaran bertulis dari responden
Edar borang kaji selidik
Pungut borang kaji selidik yang telah diisi oleh responden
Analisis data menggunakan SPSS version 26.0
14
3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan
3.8.1 Kesahan (Reliabiliti)
Idris Awang (2001) menyatakan bahawa ujian rintis bertujuan untuk memastikan
kaedah yang dilaksanakan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi serta mampu mengumpul data sebagaimana yang diperlukan. Seterusnya hasil
dari perlaksanaan ujian rintis ini membolehkan penyelidik mengenalpasti kelemahan
dan kekuatan instrumennya. Kajian rintis dijalankan di Wad Kenanga 6B HEBHK
untuk mendapat maklum balas ibu-ibu postnatal mengenai latar belakang demografik
serta pengetahuan berkaitan penjagaan luka LSCS. Subjek kajian diminta memberi
maklum balas tentang sebarang kekeliruan yang timbul dalam menjawab soalan kajian
dan item yang mengelirukan diubahsuai atau disingkirkan nilai reliabiliti Cronbach’s
Alpha bagi mengkaji tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka
pembedahan. Semakin tinggi bacaan Cronbach’s Alpha maka semakin baik
kebolehpercayaan item yang digunakan dalam kajian.
3.8.2 Kebolehpercayaan (Validiti)
Setelah kajian rintis dilakukan ke atas responden. Pengumpulan data telah dilakukan
dan data telah dimasukkan di SPSS versi 26 menggunakan ujian cronbach’s alpha
untuk menguji kebolehpercayaan kajian. Cronbach’s Alpha adalah
kebolehanpercayaan yang sering digunakan untuk mempertimbangkan tahap
kebolehpercayaan skala borang soal selidik. Ujian ini telah dilakukan terhadap 14
sampel iaitu 10% daripada 140 sampel. Keputusan ujian yang telah dibuat didalam
SPSS versi 26 ialah .838 . Ini menunjukkan soalan yang digunakan baik dan difahami
oleh responden. Menurut Konting et al. (2009) nilai ini dianggap baik kerana terletak
0.81 hingga 0.90, rujuk lampiran I.
Rajah 3.8.2 (a) Cronbach’s Alpha
Reliability Statistics
Cronbach's Alpha N of Items
.838 21
15
3.9 Pertimbangan etika
Tujuan pertimbangan etika adalah bagi melindugi responden yang terlibat sepanjang
penyelidikan ini. Pendekatan topik yang dibincangkan adalah mengikut dasar
perlindungan dan menerangkan semua aspek dimana individu yang digunakan adalah
sebagai subjek penyelidikan. Oleh itu penyelidik telah mendapat kelulusan daripada
Ketua Jabatan Obstetrics & Gynaecology HEBHK untuk melakukan kajian ini dengan
menghantar surat secara rasmi. LAMPIRAN B
3.10 Limitasi kajian
Kajian ini mempunyai dua batasan kajian iaitu batasan terkawal dan batasan tidak
terkawal. Batasan terkawal adalah kajian hanya dijalankan untuk menilai tahap
pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS di HEBHK
Dapatan kajian ini tidak mewakili tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai
penjagaan luka pembedahan di tempat lain di seluruh Malaysia. Selain itu, ibu
postnatal yang bersalin secara SVD, vaccume dan forcep tidak akan terlibat dalam
kajian ini. Manakala batasan tidak terkawal pula, penyelidik mengandaikan bahawa
semua subjek kajian dan responden memberikan jawapan secara jujur dan ikhlas dalam
menjawab setiap soalan yang disediakan.
(2979 patah perkataan)
16
Rujukan
Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill Education
Malaysia Sdn. Bhd.
Elizabeth M. Campa, (2020). Cesarean wound care after hospital discharge: A
qualitative study in rural Haiti. Cambridge: Master's thesis, Harvard Medical
School.
Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E. (2006). How to Design and Evaluate Research. USA:
Mc. Fraw-Hill Inc.
Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur : Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya, hh. 6-7.
Kamarul. (2015, April 20). Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul. From
https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/reka-bentuk-kajian-dr-kamarul
Kamidin. (2017). Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan. from
https://www.slideshare.net/kamektok2011/pengenalanrekabentuk-
penyelidikan-pendidikan
Konting, Mohd. Majid. (2009). Research method in education. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohd Yusof. (2005). Populasi dan persampelan dalam kajian. Kuala Lumpur,
Malaysia
Pujud WidodoPuj, Rusjiyanto, SKM., M.Si, Luluk Ria Rakhma, M.Gizi. (2016).
Relationship between the knowlage about nutrition, fat and protein intakes and
woung healing process in out patien post caesarean section in PKU
Muhammadiyah Surkarta. Surakarta Indonesia: Publishers karya ilmiah.
17
Sabaratnam Arulkumaran, V Sivanesaratnam, Alokendu Chatterjee, & Pratap Kumar.
(2017). Essential Of Obstetrics (3rd Edition ed.). New Delhi: Jaypee Brothers
Medical Publishers (P) Ltd.
Savitri T, (2017). A study to Assess the learning needs and self care practices
regarding postnatal care among primi para mothers who underwent
emergency LSCS Institute of Obstetrics and Gynecology, Government Hospital
for Women and Children, Egmore, Chennai. Chennai; 2017. p. 1–73. Available
from: http://repository-tnmgrmu.ac.in/4713/.
Sekaran. (2000). Populasi dan persampelan dalam kajian. Kuala Lumpur, Malaysia
Shamala Devi Karalasingam, Jeganathan, et al. (2020). Caesarean section rates from
Malaysian tertiary hospitals using Robson's 10-group classification - BMC
pregnancy and childbirth. BioMed Central. From
https://bmcpregnancychildbirth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12884-
020-2760-2
Sivan Zuarez-Easton, Noah Zafran, Gali Garmi, & Raed Salim. (2017, February 17).
Postcesarean wound infection: Prevalence, impact, prevention, and mana:
IJWH. International Journal of Women's Health. from
https://www.dovepress.com/postcesarean-wound-infection-prevalence-
impact-prevention-and-manageme-peer-reviewed-fulltext-article-IJWH
Solomon Atuhaire. (2021). Knowledge and practices of post cesarean section mothers
towards self-care after delivery at Mbarara Regional Referral Hospital.
Student's Journal of Health Research Africa. from
https://www.sjhresearchafrica.org/index.php/public-html/article/view/23
Tabarani. (2019, September 13). Apa Maksud Soal Selidik Beserta Kaedah Soal
Selidik. From https://www.tarahap.xyz/2019/09/apa-maksudsoal-selidik-
beserta-kaedah.html
18
Wahyuni Abd. Rahim, Sefti Rompas, Vandri D. Kallo, (2019). Hubungan Antara
Pengetahuan perawatan Luka Pasca Bedah sectio caesarea. e-journal
Keperawatan (e-Kp) Volume 7 Nombor 1, Universitas Sam Ratulangi, from
https://www.researchgate.net/publication/
iv
LAMPIRAN A
GANTT CHART
Jadual gerak kerja proposal penyelidikan
BIL AKTIVITI
SEP 2022 OKT 2022 NOV 2022 DIS 2022
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
1
Pencarian Tajuk dan
Cadangan
Penyelidikan.
2
Perbincangan dengan
penyelia mengenai
tajuk cadangan
penyelidikan.
3 Menyiapkan Bab 1
4 Menyiapkan Bab 2
5 Menyiapkan Bab 3
6
Menghantar soft copy
proposal
7
Pemeriksaan oleh
penyelia
8 Keputusan semakan
9
Pembaikian /
Pembetulan
10
Menghantar Hard
Copy Proposal kepada
Penyelia & Penilai
v
LAMPIRAN B
Azizah binti Husin,
Pelatih Diploma Lanjutan Kebidanan,
ILKKM Johor Bahru.
Ketua Jabatan Obstetrics & Gynaecology Y/M
Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom,
Km 5 Jalan Kota Tinggi,
86000 Kluang, Johor. 20 Oktober 2022
Tuan / Puan,
MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT KAJIAN SOAL SELIDIK DI WAD
KENANGA 6B HEBHK.
Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan pelatih Pelatih Diploma Lanjutan
Kebidanan kumpulan 1/2022.
2) Untuk makluman Tuan/Puan, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap
pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS.
3) Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membenarkan saya
menjalankan kes kajian ini di fasiliti kesihatan di bawah jagaan Puan/Tuan.
Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/Puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
……………………………………..
(ADMW AZIZAH BINTI HUSIN)
ILKKM Johor Bahru, Johor.
vi
LAMPIRAN C
BORANG KEIZINAN MAKLUMAT UNTUK MENJALANKAN KAJIAN
Tajuk Kajian : Tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka
pembedahan LSCS di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang.
Nama Penyelia Penyelidik : Puan Hartati Binti Isam
Nama Penyelidik : ADMW Azizah binti Husin
Saya ………………………..………………………..….
Nombor kad pengenalan ………………….………………
•Telah membaca maklumat didalam borang pesakit termasuk maklumat berkaitan
risiko di dalam kajian ini.
•Telah diberi masa yang mencukupi untuk berfikir dan menjawab mengikut pandangan
saya yang mencukupi untuk berfikir dan menjawab mengikut pandangan saya dengan
sebaiknya.
•Memahami bahawasanya saya bebas menarik diri pada bila- bila masa tanpa sebarang
alasan.
•Memahami bahawa identiti saya akan dirahsiakan dalam kajian ini
Saya secara sukarela mengambil bahagian dalam soal selidik ini, mematuhi prosedur
kajian.memberi maklumat yang diperlukan kepada jururawat atau staf yang terlibat
seperti yang diminta.
Tandatangan Responden, Tandatangan Penyelidik,
………………………………. ……………………………….
( ) ( )
Tarikh Tarikh
vii
LAMPIRAN D
BORANG MAKLUMAT UNTUK PESAKIT
Tajuk Kajian: Tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai
penjagaan luka pembedahan LSCS di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom
Kluang.
Pengenalan:
Anda dipelawa untuk mengambil bahagian di dalam kajian ini. Sebelum terlibat dalam
kajian ini anda digalakkan untuk membaca dan memahami dengan teliti maklumat
yang terkandung di dalam borang ini.
Tujuan :
Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka
LSCS di Wad Kenanga 6B HEBHK.
Bagaimana anda akan dilibatkan?
Responden akan diberi soalan kaji selidik dan hendaklah menjawab dalam masa 30
minit dan serahkan kembali kepada penyelidik.
Faedah Penyelidikan :
Hasil kajian ini dapat membantu jururawat dalam memberikan pendidikan kesihatan
yang berkesan kepada ibu postnatal dan kejadian infeksi pada luka pembedahan dapat
dielakkan.
Risiko :
Tiada risiko tambahan kerana anda hanya akan diberikan kelas pendidikan kesihatan
dan menjawab soalan kaji selidik sahaja.
Perlukah Saya Mengambil Bahagian :
Penglibatan dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela. Jika bersetuju, borang
persetujuan akan diberikan terlebih dahulu sebelum mengisi borang soal selidik.
viii
Sekiranya anda memilih untuk tidak mengambil bahagian, tiada tindakan akan diambil
dan ia tidak akan menjejaskan rawatan yang diberikan di wad ini.
Hak Untuk Menarik Diri :
Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa dan ia tidak akan menjejaskan rawatan
yang diberikan kepada anda di wad ini.
Kerahsiaan :
Keputusan yang diperolehi akan dimaklumkan secara keseluruhan dan tidak akan
merujuk pada individu tertentu. Justeru maklumat dari soalan kaji selidik tersebut
adalah sulit.
Bayaran Dan Pampasan :
Anda tidak akan dikenakan apa-apa bayaran dan anda juga tidak akan dibayar bagi
penglibatan dalam penyelidikan ini.
ix
LAMPIRAN E
SOAL SELIDIK MENGKAJI TAHAP PENGETAHUAN IBU POSTNATAL
MENGENAI PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN LSCS DI HOSPITAL ENCHE’
BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANG.
Soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan
ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS. Maklumat yang diperoleh
daripada kajian ini adalah sulit dan hasil kajian ini hanya digunakan untuk laporan
sahaja. Diharapkan anda dapat memberikan kerjasama untuk memberikan maklumat
yang diperlukan dalam kajian ini.
Bahagian A: Data Demografi
Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden.
Arahan: Sila tandakan (√) di dalam kotak berkenaan
1. Bangsa
Melayu Cina India Lain-lain
2. Umur
< 19 tahun 20 – 29 tahun 30 – 39 tahun >40 tahun
3. Pariti
0 1-5 >6
4. Tahap Pendidikan
Rendah Menengah Pengajian tinggi Tidak bersekolah
5. Pekerjaan
Pelajar Kerajaan Swasta Tidak bekerja
x
Bahagian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan responden mengenai penjagaan
pembedahan LSCS dan faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan pembedahan
LSCS.
Arahan: Sila tandakan (√) di ruang yang disediakan berpandukan skala berikut:
1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti
4. Setuju 5. Sangat Setuju
Bil Perkara 1 2 3 4 5
Bahagian B: Pengetahuan mengenai penjagaan luka LSCS
6 Saya mendapat maklumat mengenai pembedahan
LSCS semasa lawatan di klinik kesihatan atau di
hospital
7 Saya juga mendapat maklumat mengenai
penjagaan luka LSCS melalui pembacaan di media
cekak dan media elektronik
8 Saya pernah menjalani prosedur pembedahan
LSCS semasa kelahiran anak yang lalu
9 Ahli keluarga dan rakan-rakan saya pernah
berkongsi pengalaman mereka dalam penjagaan
luka LSCS
10 Saya tahu sekiranya luka LSCS tidak dijaga
dengan baik, ia boleh menyebabkan jangkitan dan
melambatkan proses penyembuhan luka
Bahagian C: Faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka LSCS
Pemakanan
11 Pengambilan makanan mengikut piramid makanan
yang tinggi protein dan vitamin adalah penting
untuk penyembuhan luka LSCS
12 Ibu postnatal perlu minum air 2 hingga 3 liter
sehari untuk mengelak sembelit dan menyebabkan
tekanan pada luka ketika meneran.
xi
13 Pengambilan sumber protein seperti daging merah,
dan telur akan menyebabkan gatal dan bernanah di
bahagian luka LSCS
14 Amalan berpantang dalam pengambilan makanan
boleh melambatkan proses penyembuhan luka
LSCS
15 Kuantiti pengambilan makanan untuk setiap
hidangan yang diambil oleh ibu postnatal boleh
mempengaruhi proses penyembuhan luka LSCS
Luka Pembedahan LSCS
16 Mandi sekurang-sekurangnya 2 kali sehari untuk
menjaga kebersihan diri dan mengelakkan
berlakunya jangkitan di luka pembedahan
17 Hendaklah sentiasa mencuci tangan setiap kali
sebelum atau selepas menyentuh luka pembedahan
18 Jangan letak apa-apa ubat di bahagian luka
pembedahan
19 Amalan ampu perut ketika batuk dan bersin boleh
mengelakkan tekanan pada kawasan luka
pembedahan
20 Lap kering bahagian luka pembedahan untuk
elakkan lembapan yang boleh menyebabkan
jangkitan
21 Rasa sakit, bengkak, kemerahan, berbau dan
kehadiran nanah menunjukkan luka telah
mengalami jangkitan
Senaman
22 Saya mendapat maklumat mengenai senaman
postnatal semasa lawatan di klinik dan melalui
pembacaan di media cetak dan elektronik
23 Senaman postnatal dapat membantu dalam proses
penyembuhan luka LSCS
24 Senaman dilakukan mengikut kemampuan ibu
xii
25 Senaman postnatal perlu dilakukan setiap hari
26 Saya tidak takut melakukan senaman dalam
tempoh berpantang.
Maklumbalas untuk penahbahbaikan:-
Terima kasih
xv
LAMPIRAN F
Data census
xvi
xvi
LAMPIRAN G
Jadual krejcie & Mogan 1970
xvii
LAMPIRAN H
Skala linkert
1 2 3 4 5
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju
LAMPIRAN I
The Alpha Conbach Value (Konting et al., 2009)
Cronbach Value Interpretation
0.91 – 1.00 Excellent
0.81 – 0.90 Good
0.71 – 0.80 Good and Acceptable
0.61 – 0.70 Acceptable
0.01 – 0.60 Non acceptable

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Code Of Nursing Ethics
Code Of Nursing EthicsCode Of Nursing Ethics
Code Of Nursing Ethics
 
26. sirkulasi fetal
26. sirkulasi fetal26. sirkulasi fetal
26. sirkulasi fetal
 
Susu Ibu
Susu IbuSusu Ibu
Susu Ibu
 
BERSALIN ( LABOUR )
BERSALIN  ( LABOUR )BERSALIN  ( LABOUR )
BERSALIN ( LABOUR )
 
Kerjaya jururawat
Kerjaya jururawatKerjaya jururawat
Kerjaya jururawat
 
Standar Asuhan Kebidanan
Standar Asuhan KebidananStandar Asuhan Kebidanan
Standar Asuhan Kebidanan
 
Modul 3 etikolegal
Modul 3 etikolegalModul 3 etikolegal
Modul 3 etikolegal
 
Breech presentation in pregnancy 2
Breech presentation in pregnancy 2 Breech presentation in pregnancy 2
Breech presentation in pregnancy 2
 
Kawalan infeksi
Kawalan infeksiKawalan infeksi
Kawalan infeksi
 
Antenatal care.
Antenatal care.Antenatal care.
Antenatal care.
 
Modul 4 kb 1
Modul 4   kb 1Modul 4   kb 1
Modul 4 kb 1
 
PENJAGAAN ANTENATAL
PENJAGAAN ANTENATALPENJAGAAN ANTENATAL
PENJAGAAN ANTENATAL
 
Soal try out ukom
Soal try out ukomSoal try out ukom
Soal try out ukom
 
KEADAAN SEMASA PUERPERIUM
KEADAAN SEMASA PUERPERIUMKEADAAN SEMASA PUERPERIUM
KEADAAN SEMASA PUERPERIUM
 
PENYAKIT JANTUNG - KEADAAN BERKAITAN DENGAN KEHAMILAN
PENYAKIT JANTUNG - KEADAAN BERKAITAN DENGAN KEHAMILANPENYAKIT JANTUNG - KEADAAN BERKAITAN DENGAN KEHAMILAN
PENYAKIT JANTUNG - KEADAAN BERKAITAN DENGAN KEHAMILAN
 
Litigation issue on midwives profession and carrier pathway
Litigation issue on midwives profession and carrier  pathwayLitigation issue on midwives profession and carrier  pathway
Litigation issue on midwives profession and carrier pathway
 
Studi kasus bendungan asi
Studi kasus bendungan asiStudi kasus bendungan asi
Studi kasus bendungan asi
 
Tajuk research
Tajuk research Tajuk research
Tajuk research
 
Anatomy of Female Pelvic Slideshow (in Malay)
Anatomy of Female Pelvic Slideshow (in Malay)Anatomy of Female Pelvic Slideshow (in Malay)
Anatomy of Female Pelvic Slideshow (in Malay)
 
Makalah pelayanan kebidanan dalam pendekatan melalui pesantren
Makalah pelayanan kebidanan dalam pendekatan melalui pesantrenMakalah pelayanan kebidanan dalam pendekatan melalui pesantren
Makalah pelayanan kebidanan dalam pendekatan melalui pesantren
 

Similar to 0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf

Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatNurerie Nishazlan
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatNurerie Nishazlan
 
Buku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdf
Buku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdfBuku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdf
Buku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdfInthumathiGovindasam
 
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]k007572k
 
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKMLANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKMBella Damin
 
Sejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke II
Sejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke IISejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke II
Sejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke IIIndry Ardina
 
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]k007572k
 
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]kartinamuhammadnoor
 
surat sumbangan ukhuwah aidilfitri
surat sumbangan ukhuwah aidilfitrisurat sumbangan ukhuwah aidilfitri
surat sumbangan ukhuwah aidilfitriinovatifinsan
 
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Joyce Robert
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSfarahinyaziz
 
kertas kerja one for all all for one
kertas kerja one for all all for onekertas kerja one for all all for one
kertas kerja one for all all for oneArika Khairul Azam
 
Kertas kerja hc melaka 2014
Kertas kerja hc melaka 2014Kertas kerja hc melaka 2014
Kertas kerja hc melaka 2014Ct Aisyah
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2gschong83
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanNUR HUMAIRAH AMIRA
 
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptx
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptxPerkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptx
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptxAzfaElias
 
G panduan kurikulum
G panduan kurikulumG panduan kurikulum
G panduan kurikulumMohd Rizal
 

Similar to 0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf (20)

Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatHhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Hhhc9301 set 22 kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md SaidHHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
 
Buku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdf
Buku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdfBuku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdf
Buku-Panduan-Perkhidmatan-Ujian-Genetik-Pusat-Genom-Manusia-2015-web-version.pdf
 
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
 
Kertas kerja 25th ibs for jppel
Kertas kerja 25th ibs for jppelKertas kerja 25th ibs for jppel
Kertas kerja 25th ibs for jppel
 
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKMLANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM
LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM
 
Sejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke II
Sejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke IISejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke II
Sejarah Keperawatan Pada Masa Perang Dunia ke II
 
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
 
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
Minit mesy. klinikal_26.2.13.3rd_draf[1]
 
surat sumbangan ukhuwah aidilfitri
surat sumbangan ukhuwah aidilfitrisurat sumbangan ukhuwah aidilfitri
surat sumbangan ukhuwah aidilfitri
 
PELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docxPELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docx
 
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
 
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLSHP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
HP 9801: CREATIVE AND INNOVATIVE SKILLS
 
kertas kerja one for all all for one
kertas kerja one for all all for onekertas kerja one for all all for one
kertas kerja one for all all for one
 
Kertas kerja hc melaka 2014
Kertas kerja hc melaka 2014Kertas kerja hc melaka 2014
Kertas kerja hc melaka 2014
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2
 
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: KepercayaanContoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
Contoh KK Pengajian Am: Kepercayaan
 
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptx
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptxPerkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptx
Perkhidmatan Kesihatan Sekolah.pptx
 
G panduan kurikulum
G panduan kurikulumG panduan kurikulum
G panduan kurikulum
 

0002 AZIZAH BINTI HUSIN.pdf

  • 1. INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JOHOR BAHRU ADVANCED DIPLOMA IN MIDWIFERY CCRM 4013: RESEARCH METHODOLOGY AND STATISTIC TAHAP PENGETAHUAN DI KALANGAN IBU POSTNATAL MENGENAI PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN LSCS DI HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANG NAMA : AZIZAH BINTI HUSIN NO MATRIK : ADMW 1/2022 (10) - 0002 NAMA PEMERIKSA : PUAN HARTATI BINTI ISAM TARIKH HANTAR : 8 DISEMBER 2022
  • 2. i PENGHARGAAN Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnianya dapat juga saya kami menyempurnakan tugasan ‘Research proposal’ dengan tajuk tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka LSCS di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khasom Kluang Sepanjang menjalankan kajian ini pelbagai pengalaman pahit manis telah diperolehi dan amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelatih kebidanan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada Penyelaras saya iaitu Pn Hamidah binti Denan yang telah mengajar dalam subjek ini. Tidak ketinggalan juga kepada mentor saya iaitu, Puan Hartati Binti Isam kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah banyak menghulurkan bantuan bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan dari semua pihak, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Sekian, terima kasih.
  • 3. ii ISI KANDUNGAN Penghargaan……………………………………………………………...…….… i Isi kandungan ..................................................................................................... ii - iii Bab 1 : Pengenalan..................................................................................................... 1 1.1 Pengenalan.......................................................................................................... 1 1.2 Latar belakang kajian ....................................................................................1 - 2 1.3 Pernyataan masalah ............................................................................................ 2 1.4 Objektif kajian...............................................................................................2 - 3 1.5 Persoalan kajian.................................................................................................. 3 1.6 Hipotesis kajian ................................................................................................. 3 1.7 Kepentingan kajian........................................................................................3 - 4 1.8 Definisi operasi..............................................................................................4 - 5 Bab 2 : Tinjauan kajian lepas ................................................................................... 6 2.1 Semakan kajian lepas yang relevan................................................................... 6 2.1.1 Tahap pengetahuan ....................................................................................6 - 7 2.1.2 Faktor yang mempengaruhi jagaan luka pembedahan ...............................7 - 8 2.3 Kerangka konseptual kajian ..........................................................................8 - 9 Bab 3 : Metodologi ................................................................................................... 10 3.1 Lokasi kajian .................................................................................................... 10 3.2 Rangka bentuk kajian ....................................................................................... 10 3.3 Populasi dan sampel ......................................................................................... 11 3.4 Instrument kajian.......................................................................................11 - 12 3.5 Kaedah pengumpulan data ............................................................................... 12 3.6 Rangka kerja untuk analisa data................................................................12 - 13 3.7 Kajian rintis ...................................................................................................... 13 3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan........................................................................ 14 3.9 Pertimbangan etika........................................................................................... 15
  • 4. iii 3.10 Limitasi kajian................................................................................................ 15 Rujukan..............................................................................................................16 - 18 Lampiran ...................................................................................................................... Lampiran A : Gantt chart......................................................................................... iv Lampiran B : Borang persetujuan kajian.................................................................. v Lampiran C : Surat permohonan menjalankan kajian ............................................. vi Lampiran D : Borang keizinan maklumat ..................................................... vii - viii Lampiran E : Borang soal selidik .....................................................................ix - xii Lampiran F : Data cencus....................................................................................... xv Lampiran G : Jadual Krejcie dan Morgan ............................................................ xvi Lampiran H : Skala linkert ..................................................................................xvii Lampiran I : Jadual conbach’s alpha (Konting et al) ..........................................xvii
  • 5. 1 BAB 1 Pengenalan 1.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan mengenai latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian secara umum dan spesifik, soalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Menurut Buku Essential of Obstetrics 3 rd edition dalam tempoh 2 dekat ini terdapat peningkatan 12 – 25% kelahiran secara pembedahan direkodkan. Kelahiran secara pembedahan adalah pilihan yang ideal untuk menyelamatkan ibu dan bayi terutamanya bagi kes yang berisiko tinggi dan dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti. 1.2 Latar Belakang Kajian Di Malaysia Pembedahan Cesarean merupakan satu altenatif lain untuk melahirkan bayi dengan selamat terutamanya bagi kes-kes yang berisiko. Kurang pengetahuan berkaitan dengan penjagaan luka LSCS boleh mendatangkan komplikasi kepada ibu. Menurut Shamala Devi Karalasingam et al. (2020) terdapat 24.8 % bayi dilahirkan secara pembedahan di Malaysia pada tahun 2015 iaitu 32,418 daripada 130,738 kelahiran. Pembedahan Caesarean adalah satu prosedur pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan fetus, placenta dan membrane melalui insisi yang dilakukan pada dinding abdomen dan uterus. Menurut Sivan Zuarez-Easton et al. (2017) bahagian luar luka pembedahan secara klinikalnya sudah kelihatan pulih pada hari ke 4 hingga ke 7
  • 6. 2 selapas pembedahan, tetapi proses penyembuhan luka secara kesuluruhannya memakan masa hingga 2 tahun. Namun begitu, masih terdapat komplikasi yang berlaku terhadap luka pembedahan caesarean antaranya bengkak, pendarahan, dan hematoma. Oleh itu, penjagaan luka pembedahan seharusnya di ambil berat oleh semua pihak terutamanya bagi anggota kesihatan dan juga ibu-ibu posnatal. Ibu-ibu perlu diberi pengetahuan berkaitan penjagaan luka pembedahan sebelum dibenarkan discaj dari wad, kerana bukan semua prosedur pembedahan adalah dirancang, terdapat juga kes-kes pembedahan yang dilakukan secara emergency contonya bagi kes cord prolapse dan pre eclampsia. Oleh itu ibu dapat membuat persediaan dari segi mental dan fizikal untuk melakukan penjagaan luka pembedahan yang berkesan semasa dalam tempoh posnatal bagi mengelakkan sebarang komplikasi serta proses penyembuhan dapat berlaku dengan sempurna. 1.3 Pernyataan Masalah Kajian yang dijalankan adalah berkaitan peningkatan kes kemasukan ke wad akibat daripada LSCS wound breakdown iaitu sebanyak 29 kes tahun ini sehingga bulan oktober 2022. Ia juga berlanjutan daripada peningkatan kes sepsis. Kajian ini memberi tumpuan menilai dan meningkatkan tahap pengetahun ibu kepada pengawasan dan penjagaan luka pembedahan bagi mengelakkan kompikasi serta mengelakkan belakunya infeksi luka pembedahan yang mana ia boleh mengakibatkan kematian dalam kalangan ibu postnatal. Di akhir kajian ini pengkaji berharap tahap pengetahuan ibu tentang penjagaan luka pembedahan dapat ditingkatkan dan penyembuhan luka berlaku dengan baik tanpa sebarang komplikasi dan dapat mengelakkan kejadian morbidity dan mortaliti. Maka kajian ini dilakukan untuk menilai tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan di Wad Kenanga 6B Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang (HEBHK). 1.4 Objektif Kajian 1.4.1 Objektif Am Untuk menilai tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan di Wad Kenanga 6B HEBHK.
  • 7. 3 1.4.2 Objektif Spesifik 1. Menilai tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan. 2. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka pembedahan kepada ibu-ibu postnatal. 1.5 Persoalan Kajian 1. Adakah ibu-ibu postnatal mempunyai pengetahuan dalam penjagaan luka pembedahan? 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka pembedahan kepada ibu-ibu postnatal? 1.6 Hipotesis Kajian 1.6.1 Hipotesis Null (Na) Tiada pengetahuan tentang jagaan luka dikalangan ibu postnatal yang bersalin secara pembedahan. 1.6.2 Hipotesis Alternatif (Ha) Adakah faktor pemakanan semasa tempoh berpantang mempengaruhi dalam penyembuhan luka pembedahan. 1.7 Kepentingan Kajian 1.7.1 Kepentingan kajian tehadap profesion Dalam bidang kejururawatan penyelidik berharap agar kajian ini dapat meningkatkan kemahiran jururawat dalam memberikan pendidikan kesihatan mengenai penjagaan luka pembedahan kepada ibu postnatal. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat mengukuhkan pengetahuan jururawat dalam mengenalpasti faktor yang
  • 8. 4 mempengaruhi penyembuhan serta pencegahan komplikasi pada luka pembedahan. Secara tidak langsung, melalui kajian ini, jururawat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ibu postnatal yang bersalin secara pembedahan di fasiliti kesihatan. 1.7.2 Kepentingan kajian terhadap ibu Kepentingan kepada Ibu pula penyelidik berharap agar kajian ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan. Selain itu, ibu mempunyai pengetahuan mengenai kepentingan penjagaan luka pembedahan semasa tempoh posnatal. Secara tidak langsung, ia juga dapat menggalakkan proses penyembuhan luka LSCS yang cepat serta komplikasi pada luka pembedahan di sepanjang tempoh posnatal dapat dielakkan. Oleh itu, ibu akan mencapai tahap kesihatan yang optima di sepanjang tempoh posnatal. 1.7.3 Kepentingan kajian terhadap organisasi Kepentingan kajian kepada organisasi pula, penyelidik berharap agar kajian ini dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan ibu di semua fasiliti kesihatan dan secara tidak langsung ia juga dapat mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti ibu posnatal yang disebabkan oleh komplikasi daripada luka pembedahan. Kajian memfokus kepada ibu postnatal yang melahirkan bayi secara pembedahan LSCS. Selain itu, fasiliti yang terlibat merupakan sebuah fasiliti yang kecil dan secara tidak langsung keadaan ini menyebabkan kekurangan sampel yang terlibat dalam kajian ini. Di samping itu, kekangan masa juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan saiz sampel dalam kajian ini kecil. 1.8 Istilah Definisi 1.8.1 Ibu posnatal Dalam kajian ini, istilah “ibu posnatal” merujuk kepada ibu selepas bersalin dan dalam tempoh berpantang. postnatal adalah setelah uri dilahirkan sehingga hari ke 42 selepas bersalin. (Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga).
  • 9. 5 1.8.2 Anggota kesihatan Menerusi kajian ini, “anggota kesihatan” merujuk kepada individu yang memberikan perkhidmatan terhadap ibu semasa sesi antenatal dan posnatal seperti doktor dan jururawat yang bertugas sama ada di hospital mahupun klinik kesihatan. (Kementerian Kesihatan Malaysia [KKM]. 1.8.3 LSCS Lower Segment Caesarean Section ialah salah satu prosedur pembedahan untuk mengeluarkan atau melahirkan bayi melalui dinding abdomen dilakukan secara melintang di bahagian segmen bawah uterus 1.8.4 HEBHK Adalah singkatan nama salah satu fasiliti kesihatan iaitu Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang 1.8.4 Mortaliti Kadar kematian 1.8.5 Morbiditi Kecacatan atau kemerosotan aktiviti fizikal dan mental akibat daripada penyakit atau komplikasi
  • 10. 6 BAB 2 TINJAUAN KAJIAN LEPAS 2.1 Semakan Kajian Lepas Yang Relevan 2.1.1 Tahap pengetahuan Menurut kajian yang dibuat oleh Solomon Atuhairea (2021) menyatakan bahawa pengetahuan tentang penjagaan diri selepas pembedahan cesarean dalam kalangan wanita selepas bersalin di MRRH di Mbarara adalah lemah kerana majoriti peserta 90 (60%) dilaporkan tidak pernah mendengar tentang penjagaan diri selepas pembedahan LSCS, manakala hanya 60 (40%) menyatakan pernah mendengar tentang penjagaan diri selepas pembedahan dan tiada wanita selepas bersalin yang mengetahui sepenuhnya semua aspek penjagaan diri selepas pembedahan dan hanya 26% boleh menerangkan lebih daripada 2 aspek penjagaan diri selepas pembedahan. Dapatan kajian juga mendedahkan bahawa 22% (33) wanita selepas bersalin tidak melakukan penjagaan diri selepas pembedahan. Ini menunjukkan amalan penjagaan selepas pembedahan yang rendah dalam kalangan wanita selepas bersalin. Kajian telah dijalankan oleh Savitri.T (2011), di hospital Kerajaan Chennai. menyatakan bahawa ibu primid perlu diberi pengetahuan yang lebih mengenai penjagaan luka LSCS. Keputusan diperolehi daripada kajian tersebut adalah amalan penjagaan diri mereka adalah lemah iaitu (40.8%). Didapati bahawa terdapat korelasi sederhana positif yang signifikan antara keperluan peningkatan tahap pengetahuan dan amalan penjagaan diri ibu primid yang menjalani pembedahan LSCS.
  • 11. 7 Elizabeth M Campa (2020) berpendapat bahawa sebelum ibu dibenarkan pulang kerumah pendidikan kesihatan tentang penjagaan luka yang efektif perlu diberikan kepada ibu untuk mengelakkan risiko jangkitan kepada luka LSCS, contohnya penekanan perlu diberikan kepada ibu tentang penjagaan luka LSCS, penjagaan kebersihan diri, senaman dan rehat yang mencukupi, dan perlu patuh pada tarikh temujanji yang ditetapkan untuk menilai keadaan luka dalam masa 7-10 hari selepas pembedahan. Wahyuni Abd. Rahim et. all. (2019) menyatakan bahawa pengetahuan dan sikap ibu selepas bersalin cecara pembedahan dapat membantu dalam proses penyembuhan luka dan dapat membantu ibu memantau perubahan yang berlaku pada diri, menjaga kesihatan dan membuat keputusan yang tepat apabila berlaku masalah semasa tempoh berpantang. Kajian menunjukkan bahawa pengetahuan penjagaan luka pada ibu-ibu selepas pembedahan LSCS adalah baik iaitu (81.2%). Tahap pengetahuan yang baik akan membentuk kesedaran dan sikap yang positif dalam penjagaan luka LSCS. Dalam kajian yang dilakukan oleh Annalize Weckesser et. al. (2019) menyatakan bahawa sesetengah wanita berasa bimbang tentang jangkitan luka pembedahan, tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk mengenal pasti tanda-tanda infeksi. penyelidik juga berpendapat bahawa meningkatkan pengetahuan tentang proses pemulihan luka pembedahan dan memupuk tahap kesedaran tentang tanda dan gejala infeksi penting supaya mereka boleh mengambil langkah yang selamat sekiranya mengalami komplikasi pada luka LSCS. Ia harus dimasukkan ke dalam aktiviti Pendidikan kesihatan rutin selepas bersalin. 2.1.2 Faktor yang mempengaruhi jagaan luka pembedahan Menurut Wahyuni Abd. Rahim et. Al. (2019) menyatakan faktor umur memberi kesan yang sangat positif terhadap pencapaian ilmu seseorang ia juga mempengaruhi kefahaman dan pemikiran seseorang terhadap maklumat yang diberikan. Manakala factor pendidikan sangat berkait rapat dengan ilmu. Tahap pendidikan akan membantu dalam memperolehi pengetahuan, pemahaman, dan nilai-nilai lain yang akan membantu untuk berfikir dengan lebih rasional dalam mendapatkan maklumat. Pengetahuan yang baik boleh disebabkan kerana mereka mendapat maklumat dari luar
  • 12. 8 melalui interaksi sosial seperti perjumpaan sosial, pertemuan antara penduduk, televisyen, media sosial, dan lain-lain. Faktor persekitaran kerja boleh menjadikan seseorang mengalami sama ada secara langsung atau tidak langsung. Interaksi dengan persekitaran serta maklumat daripada media massa elektronik akan membantu seseorang mendapatkan maklumat yang diingini mempengaruhi pengetahuan ke arah yang lebih baik. Menurut Pujud Widodo et al.(2016) proses penyembuhan luka akan berlaku dengan cepat tiada gangguan dan komplikasi seperti infeksi, kajian menunjukan bahawa adanya hubungkait antara pengetahuan dengan penyembuhan luka LSCS. Taraf Pendidikan juga memainkan peranan terhadap tahap pengetahuan pesakit tentang penjagaan luka, semakin tinggi tahap pendidikan pesakit semakin tinggi tahap pengetahuannya. Penjagaan kebersihan diri juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi proses penyembuhan luka. Secara keseluruhannya daripada beberapa semakan dari kajian lepas dapat disimpulkan bahawa tahap pengetahuan adalah sangat penting dalam proses penjagaan dan proses penyembuhan luka LSCS. Pendidikan awal tentang penjagaan luka pembedahan perlu didedahkan lebih awal iaitu semasa sessi antenatal lagi kerana kebanyakan ibu yang bersalin secara pembedahan tidak mempunyai pengetahuan tentang penjagaan luka LSCS. Risalah atau bahan bacaan tentang penjagaan luka LSCS perlu diberikan kepada ibu yang telah menjalani pembedahan LSCS untuk meningatkan pengetahuan ibu.. 2.2 Kerangka konseptual kajian Kerangka kerja konseptual diilustrasikan dalam bentuk diagram atau rajah yang mengandungi anak panah bertujuan untuk memberi gambaran secara visual supaya mudah difahami. Kerangka konseptual yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka LSCS. Ia mengandungi independent variables iaitu data demografik, tahap pengetahuan, dan faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka LSCS. Selain itu, melalui kerangka konseptual ini juga, penyelidik menjelaskan bagaimana elemen- elemen tersebut mempengaruhi dependent viarables. Hubungkait antara independent variables dan dependent variable akan membawa kepada objektif kajian.
  • 13. 9 2.2(a) Gambar rajah kerangka konseptual kajian Independent variable Dependent variable variable Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka LSCS Menilai tahap pengetahuan pesakit dalam penjagaan luka LSCS Jagaan Luka LSCS Mengenal pasti data demografik pesakit
  • 14. 10 BAB 3 METODOLOGI Bab ini akan menjelaskan kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini. Tujuan metodologi kajian adalah untuk memberi penjelasan tentang bagaimana kajian dijalankan, data-data diperolehi dan dianalisa bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Perkara-perkara tersebut mengandungi reka bentuk kajian, subjek kajian, lokasi kajian, populasi dan pengambilan sampel, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, proses pengumpulan data, pertimbangan etika, limitasi kajian, kajian rintis dan tatacara analisa data . 3.1 Lokasi kajian Kajian ini dilakukan kepada ibu postnatal yang bersalin secara pembedahan LSCS di Wad Kenanga 6B HEBHK Johor. 3.2 Reka bentuk kajian Menurut Kamarul (2015), reka bentuk kajian ialah satu tatacara pengolahan data yang dipungut berdasarkan perancangan khusus dan sistematik terhadap konsep pembentukan rangkaian hubungan antara pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu kajian. Manakala Kamidin (2017) menyatakan bahawa reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendali kajian, dan prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab soalan kajian. Ia bertujuan untuk mengawal punca- punca bias yang boleh mengganggu keputusan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih menggunakan kaedah tinjauan bagi mendapatkan data kuantitatif untuk menilai tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS di Wad Kenangan 6B HEBHK, menggunakan borang soal selidik yang telah dibuat oleh penyelidik.
  • 15. 11 3.3 Populasi dan sample 3.3.1 Populasi Populasi ialah sekumpulan besar individu yang hendak dikaji (Mohd Yusof, 2005). Sementara itu, Fraenkel dan Wallen (2006) berpendapat bahawa populasi sasaran ialah populasi yang ingin diselidiki oleh penyelidik serta dijadikan asas untuk membuat generalisasi. Walau bagaimanapun populasi sasaran ini jarang dapat diperoleh. Oleh sebab itulah populasi sasaran dikatakan sebagai populasi pilihan ideal. Berdasarkan kajian ini, populasi ibu yang bersalin secara pembedahan di HEBHK, adalah seramai 221 orang dari bulan Ogos hingga Oktober 2022. 3.3.2 Sample Menurut Sekaran (2000), berpendapat bahawa persampelan adalah merujuk kepada proses memilih jumlah elemen yang mencukupi daripada populasi supaya pemahaman terhadap sifat-sifat sampel dapat memungkinkan penyelidik membuat generalisasi terhadap sifat-sifat populasi sampel berkenaan. Pemilihan sampel sebagai responden adalah sebanyak 140 orang daripada jumlah populasi, kajian ini menggunakan kaedah krejcie & Morgan (1970) iaitu ciri-ciri responden yang diperlukan untuk kajian ini telah ditetapkan, rujuk lampiran G. 3.4 Instrumen kajian Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan penyelidikan yang telah ditetapkan. Kajian ini akan dijalankan berdasarkan kaedah kuantitatif. Instrumen atau alat kajian yang akan digunakan untuk mendapatkan data adalah melalui soal selidik yang dijalankan ke atas ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan di Wad Kenanga 6B HEBHK. Menurut (Tabrani, 2019) soal selidik merupakan satu kaedah yang popular dan sering digunakan oleh penyelidik dalam sesuatu kajian. Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat menjawab persoalan kajian. Satu set borang soal selidik yang disediakan oleh
  • 16. 12 penyelidik berdasarkan daripada pelbagai pembacaan dan nasihat dari golongan yang pakar seperti penasihat kajian, ketua jabatan dan kajian rintis yang telah dijalankan. Maklumat mengenai responden akan dirahsiakan. Soalan soal selidik terdiri daripada beberapa bahagian iaitu Bahagian A : Demografik, Bahagian B: Pengetahuan mengenai penjagaan luka pembedahan, Bahagian C : Faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka pembedahan. Bahagian A merangkumi soalan yang berkaitan dengan data peribadi responden seperti bangsa, umur, pariti, tahap pendidikan dan pekerjaan. Bahagian B pula merangkumi soalan yang tertutup dalam bentuk skala berkaitan pengetahuan mengenai penjagaan luka pembedahan. Bahagian B bertujuan untuk menilai pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan. Bahagian C adalah soalan yang tertutup dalam bentuk skala tentang faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka pembedahan. Soalan yang disediakan adalah jenis tertutup supaya ia senang dianalisa oleh penyelidik dan memudahkan responden untuk menjawab soalan tersebut. Setiap responden diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soal selidik tersebut. Borang soal selidik bahagian B dan C menggunakan skala linkert seperti yang terdapat dalam lampiran H. 3.5 Kaedah pengumpulan data Pengumpulan data diperolehi daripada responden dengan pengisian borang soal selidik yang diedarkan melalui ‘google form’. Penyelidik akan menjalankan soal selidik selama dua minggu. Responden diberikan masa selama 30 minit untuk menjawab soalan soal selidik yang diedarkan. Data yang diperolehi direkodkan ke dalam ‘google form’ dan dipindahkan ke excel dan dianalisis menggunakan ‘Statistical Package Social Science’ (SPSS) versi 26.0. 3.6 Rangka kerja untuk analisa data Analisis data merupakan langkah yang sangat penting dalam penelitian. Analisis data yang benar dan tepat akan menghasilkan kesimpulan yang benar. Analisis data dilakukan setelah data yang diperoleh dari sampel melalui instrumen yang dipilih dan akan digunakan untuk menjawab masalah dalam penelitian. Kajian dianalisa mengunakan kaedah ‘Statistical Package for the Social Sciences version 26.0 (SPSS)
  • 17. 13 untuk mendapatkan data Cronbach’s Alpha kerana pengumpulan data kajian ialah questionnaire dan carta Linkert. Rajah 3.6(a) : Proses pengumpulan data 3.7 Kajian rintis Menurut Chua(2014), kajian rintis (pilot study) merupakan kajian secara kecil-kecilan yang dilaksanakan sebelum melakukan kajian sebenar. Kajian ini dilakukan untuk melihat kebolehan melaksanakan sesuatu kajian yang bakal dilakukan. Kajian rintis ini dilakukan untuk menguji kefahaman responden terhadap instrumen yang disediakan dari segi bahasa dan kefahaman responden untuk menjawab soalan yang disediakan. Responden yang terlibat dalam kajian rintis dikecualikan daripada kajian sebenar untuk mengelakkan bias pada keputusan kajian. Pilot study telah dijalankan ke atas 14 orang responden iaitu dengan kiraan 10% dari jumlah sampel dan peserta ini akan dikecualikan daripada kajian utama dan butiran kajian tidak disampaikan kepada peserta kajian utama. kenalpasti responden Mendapatkan kebenaran bertulis dari responden Edar borang kaji selidik Pungut borang kaji selidik yang telah diisi oleh responden Analisis data menggunakan SPSS version 26.0
  • 18. 14 3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan 3.8.1 Kesahan (Reliabiliti) Idris Awang (2001) menyatakan bahawa ujian rintis bertujuan untuk memastikan kaedah yang dilaksanakan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mampu mengumpul data sebagaimana yang diperlukan. Seterusnya hasil dari perlaksanaan ujian rintis ini membolehkan penyelidik mengenalpasti kelemahan dan kekuatan instrumennya. Kajian rintis dijalankan di Wad Kenanga 6B HEBHK untuk mendapat maklum balas ibu-ibu postnatal mengenai latar belakang demografik serta pengetahuan berkaitan penjagaan luka LSCS. Subjek kajian diminta memberi maklum balas tentang sebarang kekeliruan yang timbul dalam menjawab soalan kajian dan item yang mengelirukan diubahsuai atau disingkirkan nilai reliabiliti Cronbach’s Alpha bagi mengkaji tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan. Semakin tinggi bacaan Cronbach’s Alpha maka semakin baik kebolehpercayaan item yang digunakan dalam kajian. 3.8.2 Kebolehpercayaan (Validiti) Setelah kajian rintis dilakukan ke atas responden. Pengumpulan data telah dilakukan dan data telah dimasukkan di SPSS versi 26 menggunakan ujian cronbach’s alpha untuk menguji kebolehpercayaan kajian. Cronbach’s Alpha adalah kebolehanpercayaan yang sering digunakan untuk mempertimbangkan tahap kebolehpercayaan skala borang soal selidik. Ujian ini telah dilakukan terhadap 14 sampel iaitu 10% daripada 140 sampel. Keputusan ujian yang telah dibuat didalam SPSS versi 26 ialah .838 . Ini menunjukkan soalan yang digunakan baik dan difahami oleh responden. Menurut Konting et al. (2009) nilai ini dianggap baik kerana terletak 0.81 hingga 0.90, rujuk lampiran I. Rajah 3.8.2 (a) Cronbach’s Alpha Reliability Statistics Cronbach's Alpha N of Items .838 21
  • 19. 15 3.9 Pertimbangan etika Tujuan pertimbangan etika adalah bagi melindugi responden yang terlibat sepanjang penyelidikan ini. Pendekatan topik yang dibincangkan adalah mengikut dasar perlindungan dan menerangkan semua aspek dimana individu yang digunakan adalah sebagai subjek penyelidikan. Oleh itu penyelidik telah mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan Obstetrics & Gynaecology HEBHK untuk melakukan kajian ini dengan menghantar surat secara rasmi. LAMPIRAN B 3.10 Limitasi kajian Kajian ini mempunyai dua batasan kajian iaitu batasan terkawal dan batasan tidak terkawal. Batasan terkawal adalah kajian hanya dijalankan untuk menilai tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS di HEBHK Dapatan kajian ini tidak mewakili tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan di tempat lain di seluruh Malaysia. Selain itu, ibu postnatal yang bersalin secara SVD, vaccume dan forcep tidak akan terlibat dalam kajian ini. Manakala batasan tidak terkawal pula, penyelidik mengandaikan bahawa semua subjek kajian dan responden memberikan jawapan secara jujur dan ikhlas dalam menjawab setiap soalan yang disediakan. (2979 patah perkataan)
  • 20. 16 Rujukan Chua, Y. P. (2014). Asas Statistik penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill Education Malaysia Sdn. Bhd. Elizabeth M. Campa, (2020). Cesarean wound care after hospital discharge: A qualitative study in rural Haiti. Cambridge: Master's thesis, Harvard Medical School. Fraenkel, J.R., and Wallen, N.E. (2006). How to Design and Evaluate Research. USA: Mc. Fraw-Hill Inc. Idris Awang. (2001). Kaedah Penyelidikan : Suatu Sorotan, Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, hh. 6-7. Kamarul. (2015, April 20). Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul. From https://www.slideshare.net/wmkfirdaus/reka-bentuk-kajian-dr-kamarul Kamidin. (2017). Pengenalan rekabentuk penyelidikan pendidikan. from https://www.slideshare.net/kamektok2011/pengenalanrekabentuk- penyelidikan-pendidikan Konting, Mohd. Majid. (2009). Research method in education. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Yusof. (2005). Populasi dan persampelan dalam kajian. Kuala Lumpur, Malaysia Pujud WidodoPuj, Rusjiyanto, SKM., M.Si, Luluk Ria Rakhma, M.Gizi. (2016). Relationship between the knowlage about nutrition, fat and protein intakes and woung healing process in out patien post caesarean section in PKU Muhammadiyah Surkarta. Surakarta Indonesia: Publishers karya ilmiah.
  • 21. 17 Sabaratnam Arulkumaran, V Sivanesaratnam, Alokendu Chatterjee, & Pratap Kumar. (2017). Essential Of Obstetrics (3rd Edition ed.). New Delhi: Jaypee Brothers Medical Publishers (P) Ltd. Savitri T, (2017). A study to Assess the learning needs and self care practices regarding postnatal care among primi para mothers who underwent emergency LSCS Institute of Obstetrics and Gynecology, Government Hospital for Women and Children, Egmore, Chennai. Chennai; 2017. p. 1–73. Available from: http://repository-tnmgrmu.ac.in/4713/. Sekaran. (2000). Populasi dan persampelan dalam kajian. Kuala Lumpur, Malaysia Shamala Devi Karalasingam, Jeganathan, et al. (2020). Caesarean section rates from Malaysian tertiary hospitals using Robson's 10-group classification - BMC pregnancy and childbirth. BioMed Central. From https://bmcpregnancychildbirth.biomedcentral.com/articles/10.1186/s12884- 020-2760-2 Sivan Zuarez-Easton, Noah Zafran, Gali Garmi, & Raed Salim. (2017, February 17). Postcesarean wound infection: Prevalence, impact, prevention, and mana: IJWH. International Journal of Women's Health. from https://www.dovepress.com/postcesarean-wound-infection-prevalence- impact-prevention-and-manageme-peer-reviewed-fulltext-article-IJWH Solomon Atuhaire. (2021). Knowledge and practices of post cesarean section mothers towards self-care after delivery at Mbarara Regional Referral Hospital. Student's Journal of Health Research Africa. from https://www.sjhresearchafrica.org/index.php/public-html/article/view/23 Tabarani. (2019, September 13). Apa Maksud Soal Selidik Beserta Kaedah Soal Selidik. From https://www.tarahap.xyz/2019/09/apa-maksudsoal-selidik- beserta-kaedah.html
  • 22. 18 Wahyuni Abd. Rahim, Sefti Rompas, Vandri D. Kallo, (2019). Hubungan Antara Pengetahuan perawatan Luka Pasca Bedah sectio caesarea. e-journal Keperawatan (e-Kp) Volume 7 Nombor 1, Universitas Sam Ratulangi, from https://www.researchgate.net/publication/
  • 23. iv LAMPIRAN A GANTT CHART Jadual gerak kerja proposal penyelidikan BIL AKTIVITI SEP 2022 OKT 2022 NOV 2022 DIS 2022 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 Pencarian Tajuk dan Cadangan Penyelidikan. 2 Perbincangan dengan penyelia mengenai tajuk cadangan penyelidikan. 3 Menyiapkan Bab 1 4 Menyiapkan Bab 2 5 Menyiapkan Bab 3 6 Menghantar soft copy proposal 7 Pemeriksaan oleh penyelia 8 Keputusan semakan 9 Pembaikian / Pembetulan 10 Menghantar Hard Copy Proposal kepada Penyelia & Penilai
  • 24. v LAMPIRAN B Azizah binti Husin, Pelatih Diploma Lanjutan Kebidanan, ILKKM Johor Bahru. Ketua Jabatan Obstetrics & Gynaecology Y/M Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Km 5 Jalan Kota Tinggi, 86000 Kluang, Johor. 20 Oktober 2022 Tuan / Puan, MEMOHON KEBENARAN MEMBUAT KAJIAN SOAL SELIDIK DI WAD KENANGA 6B HEBHK. Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan pelatih Pelatih Diploma Lanjutan Kebidanan kumpulan 1/2022. 2) Untuk makluman Tuan/Puan, kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS. 3) Oleh yang demikian, saya berharap agar pihak Tuan/Puan dapat membenarkan saya menjalankan kes kajian ini di fasiliti kesihatan di bawah jagaan Puan/Tuan. Kerjasama dan perhatian dari pihak Tuan/Puan amat dihargai. Sekian, terima kasih. Yang Benar, …………………………………….. (ADMW AZIZAH BINTI HUSIN) ILKKM Johor Bahru, Johor.
  • 25. vi LAMPIRAN C BORANG KEIZINAN MAKLUMAT UNTUK MENJALANKAN KAJIAN Tajuk Kajian : Tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang. Nama Penyelia Penyelidik : Puan Hartati Binti Isam Nama Penyelidik : ADMW Azizah binti Husin Saya ………………………..………………………..…. Nombor kad pengenalan ………………….……………… •Telah membaca maklumat didalam borang pesakit termasuk maklumat berkaitan risiko di dalam kajian ini. •Telah diberi masa yang mencukupi untuk berfikir dan menjawab mengikut pandangan saya yang mencukupi untuk berfikir dan menjawab mengikut pandangan saya dengan sebaiknya. •Memahami bahawasanya saya bebas menarik diri pada bila- bila masa tanpa sebarang alasan. •Memahami bahawa identiti saya akan dirahsiakan dalam kajian ini Saya secara sukarela mengambil bahagian dalam soal selidik ini, mematuhi prosedur kajian.memberi maklumat yang diperlukan kepada jururawat atau staf yang terlibat seperti yang diminta. Tandatangan Responden, Tandatangan Penyelidik, ………………………………. ………………………………. ( ) ( ) Tarikh Tarikh
  • 26. vii LAMPIRAN D BORANG MAKLUMAT UNTUK PESAKIT Tajuk Kajian: Tahap pengetahuan di kalangan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom Kluang. Pengenalan: Anda dipelawa untuk mengambil bahagian di dalam kajian ini. Sebelum terlibat dalam kajian ini anda digalakkan untuk membaca dan memahami dengan teliti maklumat yang terkandung di dalam borang ini. Tujuan : Untuk mengenal pasti tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka LSCS di Wad Kenanga 6B HEBHK. Bagaimana anda akan dilibatkan? Responden akan diberi soalan kaji selidik dan hendaklah menjawab dalam masa 30 minit dan serahkan kembali kepada penyelidik. Faedah Penyelidikan : Hasil kajian ini dapat membantu jururawat dalam memberikan pendidikan kesihatan yang berkesan kepada ibu postnatal dan kejadian infeksi pada luka pembedahan dapat dielakkan. Risiko : Tiada risiko tambahan kerana anda hanya akan diberikan kelas pendidikan kesihatan dan menjawab soalan kaji selidik sahaja. Perlukah Saya Mengambil Bahagian : Penglibatan dalam penyelidikan ini adalah secara sukarela. Jika bersetuju, borang persetujuan akan diberikan terlebih dahulu sebelum mengisi borang soal selidik.
  • 27. viii Sekiranya anda memilih untuk tidak mengambil bahagian, tiada tindakan akan diambil dan ia tidak akan menjejaskan rawatan yang diberikan di wad ini. Hak Untuk Menarik Diri : Anda boleh menarik diri pada bila-bila masa dan ia tidak akan menjejaskan rawatan yang diberikan kepada anda di wad ini. Kerahsiaan : Keputusan yang diperolehi akan dimaklumkan secara keseluruhan dan tidak akan merujuk pada individu tertentu. Justeru maklumat dari soalan kaji selidik tersebut adalah sulit. Bayaran Dan Pampasan : Anda tidak akan dikenakan apa-apa bayaran dan anda juga tidak akan dibayar bagi penglibatan dalam penyelidikan ini.
  • 28. ix LAMPIRAN E SOAL SELIDIK MENGKAJI TAHAP PENGETAHUAN IBU POSTNATAL MENGENAI PENJAGAAN LUKA PEMBEDAHAN LSCS DI HOSPITAL ENCHE’ BESAR HAJJAH KHALSOM KLUANG. Soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat mengenai tahap pengetahuan ibu postnatal mengenai penjagaan luka pembedahan LSCS. Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah sulit dan hasil kajian ini hanya digunakan untuk laporan sahaja. Diharapkan anda dapat memberikan kerjasama untuk memberikan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini. Bahagian A: Data Demografi Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden. Arahan: Sila tandakan (√) di dalam kotak berkenaan 1. Bangsa Melayu Cina India Lain-lain 2. Umur < 19 tahun 20 – 29 tahun 30 – 39 tahun >40 tahun 3. Pariti 0 1-5 >6 4. Tahap Pendidikan Rendah Menengah Pengajian tinggi Tidak bersekolah 5. Pekerjaan Pelajar Kerajaan Swasta Tidak bekerja
  • 29. x Bahagian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan responden mengenai penjagaan pembedahan LSCS dan faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan pembedahan LSCS. Arahan: Sila tandakan (√) di ruang yang disediakan berpandukan skala berikut: 1. Sangat Tidak Setuju 2. Tidak Setuju 3. Tidak Pasti 4. Setuju 5. Sangat Setuju Bil Perkara 1 2 3 4 5 Bahagian B: Pengetahuan mengenai penjagaan luka LSCS 6 Saya mendapat maklumat mengenai pembedahan LSCS semasa lawatan di klinik kesihatan atau di hospital 7 Saya juga mendapat maklumat mengenai penjagaan luka LSCS melalui pembacaan di media cekak dan media elektronik 8 Saya pernah menjalani prosedur pembedahan LSCS semasa kelahiran anak yang lalu 9 Ahli keluarga dan rakan-rakan saya pernah berkongsi pengalaman mereka dalam penjagaan luka LSCS 10 Saya tahu sekiranya luka LSCS tidak dijaga dengan baik, ia boleh menyebabkan jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan luka Bahagian C: Faktor yang mempengaruhi dalam penjagaan luka LSCS Pemakanan 11 Pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang tinggi protein dan vitamin adalah penting untuk penyembuhan luka LSCS 12 Ibu postnatal perlu minum air 2 hingga 3 liter sehari untuk mengelak sembelit dan menyebabkan tekanan pada luka ketika meneran.
  • 30. xi 13 Pengambilan sumber protein seperti daging merah, dan telur akan menyebabkan gatal dan bernanah di bahagian luka LSCS 14 Amalan berpantang dalam pengambilan makanan boleh melambatkan proses penyembuhan luka LSCS 15 Kuantiti pengambilan makanan untuk setiap hidangan yang diambil oleh ibu postnatal boleh mempengaruhi proses penyembuhan luka LSCS Luka Pembedahan LSCS 16 Mandi sekurang-sekurangnya 2 kali sehari untuk menjaga kebersihan diri dan mengelakkan berlakunya jangkitan di luka pembedahan 17 Hendaklah sentiasa mencuci tangan setiap kali sebelum atau selepas menyentuh luka pembedahan 18 Jangan letak apa-apa ubat di bahagian luka pembedahan 19 Amalan ampu perut ketika batuk dan bersin boleh mengelakkan tekanan pada kawasan luka pembedahan 20 Lap kering bahagian luka pembedahan untuk elakkan lembapan yang boleh menyebabkan jangkitan 21 Rasa sakit, bengkak, kemerahan, berbau dan kehadiran nanah menunjukkan luka telah mengalami jangkitan Senaman 22 Saya mendapat maklumat mengenai senaman postnatal semasa lawatan di klinik dan melalui pembacaan di media cetak dan elektronik 23 Senaman postnatal dapat membantu dalam proses penyembuhan luka LSCS 24 Senaman dilakukan mengikut kemampuan ibu
  • 31. xii 25 Senaman postnatal perlu dilakukan setiap hari 26 Saya tidak takut melakukan senaman dalam tempoh berpantang. Maklumbalas untuk penahbahbaikan:- Terima kasih
  • 33. xvi
  • 35. xvii LAMPIRAN H Skala linkert 1 2 3 4 5 Sangat tidak setuju Tidak setuju Tidak pasti Setuju Sangat setuju LAMPIRAN I The Alpha Conbach Value (Konting et al., 2009) Cronbach Value Interpretation 0.91 – 1.00 Excellent 0.81 – 0.90 Good 0.71 – 0.80 Good and Acceptable 0.61 – 0.70 Acceptable 0.01 – 0.60 Non acceptable