SlideShare a Scribd company logo
1 of 29
Download to read offline
GARIS PANDUAN KURIKULUM
KELAB DOKTOR MUDA
KANDUNGAN
Kata Alu-Aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia ...... 2
Kata Alu-Aluan Pengarah Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia ...... 3
Panduan Penggunaan Garis Panduan ...... 4
Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda
i. Latar belakang ...... 5
ii. Rasional ...... 5
iii. Matlamat ...... 6
iv. Objektif ...... 6
v. Kurikulum ...... 7
vi. Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan ...... 8
vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda – Tahun 4 ...... 9
viii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda – Tahun 5 ...... 15
ix. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda – Tahun 6 ...... 21
Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan Kurikulum
Kelab Doktor Muda ...... 26
Penghargaan ...... 27
1
2
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada Pengurusan Sekolah yang telah memilih Kelab Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah. Dengan pelaksanaan yang teratur dan berkesan, adalah diharapkan Kelab Doktor Muda ini dapat memenuhi
hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang peka kepada kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Doktor Muda merupakan murid yang terlatih dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan dan mereka memainkan peranan sebagai
‘Pembimbing Rakan Sebaya’ di sekolah. Bagi memastikan Kelab Doktor Muda dapat dilaksanakan dengan terancang dan teratur,
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan Doktor Muda
dan bahan-bahan bantu mengajar untuk diguna pakai di peringkat sekolah.
Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini pula memberi panduan kepada Guru Penasihat dalam mengendalikan aktiviti
Kelab Doktor Muda dengan menggunakan Modul Latihan Doktor Muda dan bahan-bahan bantu mengajar yang sedia ada.
Adalah menjadi harapan saya agar pihak Pengurusan Sekolah menjadikan Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda sebagai
bahan rujukan dan panduan dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda.
Selamat Maju Jaya
HAJI ABDUL JABAR BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan usaha sama
Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atas penerbitan Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini. Matlamat
Kelab Doktor Muda ini diperkenalkan di sekolah adalah untuk memperkasakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran
tentang kesihatan agar mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri di samping dapat membimbing rakan sebaya, komuniti sekolah
dan ahli keluarga mereka.
Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini adalah untuk panduan kepada Guru-Guru Penasihat dalam memastikan aktiviti
Kelab Doktor Muda dijalankan secara terancang dan menepati kurikulum yang perlu diajar bagi melahirkan Doktor Muda yang berjaya.
Maka adalah wajar Guru Penasihat menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan utama dalam mengendalikan Kelab Doktor Muda di
sekolah.
Penggunaan buku ini di semua sekolah yang mempunyai Kelab Doktor Muda akan membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pemantauan, penilaian dan penambahbaikan pelaksanaan Kelab Doktor Muda dari masa ke
semasa. Ini adalah penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Kelab Doktor Muda di sekolah.
Saya berharap buku ini akan digunakan sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan pengurusan kelab ini berjalan dengan sistematik
dan melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekian, terima kasih.
HAJI ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR
Pengarah
Bahagian Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
3
4
PANDUAN PENGGUNAAN GARIS PANDUAN
1. Garis panduan ini merupakan bahan rujukan bagi Guru Penasihat dalam mengendalikan aktiviti Kelab Doktor Muda.
2. Garis panduan ini mengandungi Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda yang memperincikan aktiviti bagi setiap sesi
pertemuan Kelab Doktor Muda.
3. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda menggariskan aktiviti Kelab untuk 20 sesi pertemuan dalam setahun. Pelan ini
memberikan penekanan dan input yang berbeza bagi murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Guru Penasihat
boleh melaksanakan aktiviti seperti mana yang disarankan mengikut kesesuaian di sekolah masing-masing.
4. Doktor Muda tahun 6 diberi peluang untuk menjadi fasilitator bagi melatih Doktor Muda tahun 4 dan 5.
5. Sekiranya sesuatu penyakit merupakan masalah kesihatan semasa di sesuatu tempat, maka topik berkaitan dengan
penyakit tersebut perlu dimasukkan sebagai skop / unit pengajaran Kelab Doktor Muda.
6. Aktiviti Operasi Tandas (Ops Tandas), Operasi Kantin (Ops Kantin) dan Operasi Denggi (Ops Denggi) hendaklah
dilakukan secara berkumpulan dan dijadualkan secara berkala.
7. Penilaian bagi tahap kecekapan Doktor Muda (Doktor Muda Harapan, Doktor Muda Cemerlang dan Doktor Muda
Gemilang) dilakukan sekali bagi setiap tahun.
8. Dokumen sokongan dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda adalah seperti berikut :
i. Modul Latihan Doktor Muda Edisi Ketiga, 2008.
ii. DVD Kit Latihan dan Pengajaran
9. Guru Penasihat adalah juga digalakkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti Kelab mengikut kreativiti dan
sumber yang ada di sekolah masing-masing.
KELAB DOKTOR MUDA
LATAR BELAKANG
Kelab Doktor Muda ialah satu program mempromosikan aspek kesihatan secara menyeluruh kepada murid sekolah rendah.
Semua maklumat asas kesihatan tersebut akan disampaikan melalui modul yang terancang merangkumi kefahaman,
kemahiran serta pengalaman murid. Matlamat kelab ini adalah untuk melahirkan murid yang mengutamakan kesihatan dan
berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan yang baik kepada rakan sebaya, sekolah, ahli keluarga serta
masyarakat.
Doktor muda adalah sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
Murid ini kemudian dilatih daripada segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan
berdasarkan kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Seterusnya murid ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan
sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan.
Penubuhan kelab ini merupakan hasil perkongsian bijak antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran
Malaysia.
RASIONAL
Penubuhan Kelab Doktor Muda ini menepati konsep healthy setting yang diperkenalkan bagi tujuan mempertingkatkan
pengetahuan dalam aspek kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat.
5
6
MATLAMAT
Penubuhan Kelab Doktor Muda ini mempunyai matlamat untuk memperkasakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran
kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan mereka.
OBJEKTIF
1. Melahirkan murid yang berwawasan serta modal insan yang diimpikan oleh negara.
2. Membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
3. Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah amalan cara hidup sihat.
4. Membolehkan murid membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
5. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah dalam usaha meningkatkan kesihatan murid.
6. Menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan murid.
7. Mempertingkatkan usahasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan murid.
KURIKULUM
Kurikulum Kelab Doktor Muda berpandukan Modul Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2003 yang merangkumi skop seperti berikut:
1. Saya Doktor Muda
2. Amalan Kebersihan Diri
3. Amalan Kebersihan Persekitaran
4. Amalan Kesihatan Pergigian
5. Amalan Kesihatan Mental Yang Baik
6. Mencegah Penyakit Semasa
7. Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan
8. Amalan Makan Yang Sihat
9. Amalan Cara Hidup Sihat
10. Amalan Kesihatan Remaja
7
8
PERUNTUKAN AKTA / SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN
1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1 / 1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah.
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 1988 Keselamatan diri pelajar di sekolah.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1 / 1991 Penceramah jemputan untuk majlis dan aktiviti Agama Islam di sekolah.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1997 Program dan aktiviti sekolah yang melibatkan dasar dan atau pungutan
wang.
6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 / 2000 Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 2000 Lawatan sekolah pada hari Persekolahan.
PELAN PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA MURID TAHUN 4
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti Catatan
Modul Latihan
Kit Latihan
(Slaid)
1 Pendaftaran Ahli
dan Pemilihan
AJK.
1. Mendaftarkan ahli kelab
2. Sesi suai kenal.
3. Pelantikan AJK Induk
(Mesyuarat Agung)
4. Pembentangan rancangan.
5. Memperkenalkan perlembagaan
Doktor Muda
Melibatkan
semua ahli
2 Saya Doktor
Muda
Skop 1 Unit 1 Skop 1 Unit 1 1. Penerangan tentang peranan dan
aktiviti Doktor Muda
2. Tayangan Video ‘Saya Doktor
Muda’
3. Panduan mengisi Buku Catatan
Aktiviti dan Buku Laporan Aktiviti.
3 Menyampaikan
Mesej kepada
Rakan Sebaya
Skop 1 Unit 3 Skop 1 Unit 4 1. Penerangan tentang
menyampaikan mesej secara
berkesan.
2. Pengucapan Awam
9
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
4 Menjamin
Kebersihan
Tangan
Skop 2 Unit 1 Skop 1 unit 1 1. Penerangan tentang kebersihan
tangan
2. Tayangan Video - 7 Langkah
Mencuci Tangan
3. Demonstrasi Mencuci Tangan
4. Permainan 7 Serangkai
5 Menjaga
Kebersihan
Badan dan
Rambut
Skop 2 Unit 2 Skop 2 Unit 2 1. Penerangan tentang menjaga
kebersihan badan dan rambut.
2. Pemeriksaan kebersihan diri rakan
sebaya.
6 Menjamin
Kebersihan Kuku
Skop 2 Unit 3 Skop 2 Unit 3 1. Penerangan tentang menjaga
kebersihan kuku.
2. Pemeriksaan kebersihan kuku
3. Memotong kuku secara betul
7 Mengekalkan
Berat Badan
Unggul
Skop 9 Unit 3 Skop 9 Unit 3
Skop 1 Unit 3
1. Penerangan tentang mengekalkan
berat badan yang sihat dan
timbangan sihat
2. Timbangan Sihat
3. Cara Mengukur Indeks Jisim
Tubuh (IJT )
10
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
8 Ketajaman
Penglihatan
Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman
penglihatan
2. Penglihatan Sihat (latihan dan
pemeriksaan penglihatan rakan
sebaya menggunakan Carta
Snellen)
9 Mari Berkawan Skop 5 Unit 2 Skop 5 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan
berkawan.
2. Prinsip Persahabatan.
10 Persekitaran
Bersih (sekolah /
rumah)
Skop 3 Unit 1 Skop 3 Unit 1 1. Penerangan tentang amalan
kebersihan persekitaran.
2. Xplore School
3. Teka Silang Kata Persekitaran
4. Teka Kata Persekitaran
5. Permainan Riang Ria
6. Ops Kantin
Ops Kantin
menggunakan
senarai semak.
11 Penggunaan
Tandas
Sempurna
Skop 3 Unit 2 Skop 3 Unit 2 1. Penerangan tentang penggunaan
tandas sempurna.
2. Ops Tandas
Ops tandas
menggunakan
senarai semak.
11
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
12 Mencegah
Demam Denggi
Skop 6 Unit 1 Skop 6 Unit 1 1. Penerangan tentang Demam
Denggi
2. Tayangan Video Cegah Aedes
3. Ops Cari
4. Teka Kata Denggi
Sekiranya
Denggi
merupakan
masalah
tempatan
semasa, unit ini
hendaklah
didahulukan.
13 Mencegah
Demam Denggi
Skop 6 Unit 1 1. Cari dan Musnah Guru / Anggota
Kesihatan
memperkenal-
kan jentik-jentik
Aedes dan
tunjuk cara
memusnahkan
tempat
pembiakan.
14 Senyuman Manis
Sepanjang Hayat
Skop 4 Unit 1 Skop 4 Unit 1 1. Perbincangan kumpulan
2. Demonstrasi memberus gigi
dengan betul.
3. Latihan menggunakan flos gigi.
12
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
15 Penggunaan
Pelindung Mulut
Skop 4 Unit 2 Skop 4 Unit 2 1. Penerangan tentang penggunaan
pelindung mulut.
2. Demonstrasi penggunaan
pelindung mulut.
16 Menjamin
Keselamatan Diri
Skop 7 Unit 1 Skop 7 Unit 1 1. Penerangan tentang keselamatan
diri.
2. Ceramah
Penceramah
jemputan
seperti Polis,
Jabatan
Kebajikan
Masyarakat.
17 Lawatan Sambil
Belajar
Skop 1 Unit 2 Lawatan ke lokasi yang mempunyai
kemudahan kesihatan ( Klinik
Kesihatan, Klinik Desa dan Klinik
Pergigian)
18 Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan Bakat
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
konvensyen
peringkat negeri
dan peringkat
kebangsaan.
13
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
7. Penulisan Esei
8. Melukis Poster
9. Tokoh Doktor Muda
19 Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan Bakat
7. Penulisan Esei
8. Melukis Poster
9. Tokoh Doktor Muda
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
konvensyen
peringkat negeri
dan peringkat
kebangsaan.
20 Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan Bakat
7. Penulisan Esei
8. Melukis Poster
9. Tokoh Doktor Muda
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
konvensyen
peringkat negeri
dan peringkat
kebangsaan.
14
PELAN PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA MURID TAHUN 5
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti Catatan
Modul Latihan
Kit Latihan
(Slaid)
1 Pendaftaran Ahli
dan Pemilihan
AJK.
1. Mendaftarkan ahli kelab.
2. Sesi suai kenal.
3. Pelantikan AJK Induk
(Mesyuarat Agung).
4. Pembentangan rancangan.
5. Memperkenalkan perlembagaan
Doktor Muda.
Melibatkan
semua ahli
2 Makan Secara
Sihat
Skop 8 Unit 1 Skop 8 Unit 1 1. Penerangan tentang pemakanan
sihat.
2. ‘Puzzle’ Piramid Makanan.
3. Permainan Sandwich Sihat.
Guru boleh
membuat
pilihan
permainan
mengikut
kesesuaian
3 Mengutamakan
Sarapan Pagi
Skop 8 Unit 2 Skop 8 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan
sarapan pagi.
2. Sarapan Pagi Saya
3. Permainan Sampul Ajaib.
15
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
4 Memilih Premis
Makanan Yang
Bersih dan
Selamat
Skop 8 Unit 3 Skop 8 Unit 3 1. Penerangan tentang ciri-ciri premis
makanan yang bersih dan selamat.
2. Permainan Di Mana Saya.
5 Memberi
Pertolongan
Cemas
Skop 7 Unit 3 Skop 7 Unit 3 1. Penerangan tentang pertolongan
cemas.
Penceramah
jemputan :
Guru PBSM,
Jabatan
Kesihatan
dan lain-lain.
6 Memberi
Pertolongan
Cemas
Skop 7 Unit 3 Skop 7 Unit 3 1. Demonstrasi pertolongan cemas.
2. Latihan pertolongan cemas.
Penceramah
jemputan : Guru
PBSM, Jabatan
Kesihatan
dan lain-lain.
7 Mencegah
Kecederaan
Skop 7 Unit 2 Skop 7 Unit 2 1. Penerangan tentang pencegahan
kemalangan dan mencegah
kecederaan.
2. Ceramah jemputan.
3. Jom Jalan-jalan (mengenal pasti
lokasi berisiko kemalangan).
Penceramah
jemputan
seperti Polis,
Jabatan
Keselamatan
Jalanraya.
16
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
8 Ketajaman
Penglihatan
Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman
penglihatan.
2. Demonstrasi dan latihan
penggunaan Carta Snellen.
9 Harga Diri Skop 5 Unit 1 Skop 5 Unit 1 1. Penerangan tentang harga diri.
2. Cermin Diri.
10 Tegas Diri Skop 5 Unit 3 Skop 5 Unit 3 1. Penerangan tentang kepentingan
tegas diri.
2. Perbincangan kumpulan.
11 Berfikiran Positif
Untuk Hidup Sihat
Skop 5 Unit 4 Skop 5 Unit 4 1. Penerangan tentang kepentingan
berfikiran positif.
2. Mengenali perasaan.
12 Jangan Mula
Merokok
Skop 9 Unit 1 Skop 9 Unit 1 1. Penerangan tentang bahaya
merokok.
2. Katakan TAK NAK Merokok.
3. Melukis poster TAK NAK Merokok.
17
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
13 Jangan Mula
Merokok
Skop 9 Unit 1 1. Teka Silang Kata katakan
TAK NAK Merokok.
2. Main Peranan ’Merokok Membawa
Padah’.
14 Mari Bersenam Skop 9 Unit 2 Skop 9 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan
bersenam secara betul.
2. Mari Bersenam
Murid
dikehendaki
memakai
pakaian sukan.
15 Lawatan Sambil
Belajar
Skop 1 Unit 2 Lawatan ke hospital.
16 Mengekalkan
Berat Badan
Unggul
Skop 9 Unit 3 Skop 9 Unit 3
Skop 1 Unit 3
1. Penerangan tentang mengekalkan
berat badan yang sihat dan
timbangan sihat.
2. Timbangan Sihat.
3. Cara Mengukur Indeks Jisim
Tubuh (IJT).
18
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
17 Ketajaman
Penglihatan
Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman
penglihatan.
2. Penglihatan Sihat (latihan dan
pemeriksaan penglihatan rakan
sebaya menggunakan Carta
Snellen).
18 Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan bakat
7. Penulisan esei
8. Melukis poster
9. Tokoh Doktor Muda
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
konvensyen
peringkat negeri
dan
kebangsaan.
19
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
19
Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan bakat
7. Penulisan esei
8. Melukis poster
9. Tokoh Doktor Muda
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
konvensyen
peringkat negeri
dan
kebangsaan.
20 Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan bakat
7. Penulisan esei
8. Melukis poster
9. Tokoh Doktor Muda
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
konvensyen
peringkat negeri
dan
kebangsaan.
20
PELAN PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA MURID TAHUN 6
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti Catatan
Modul Latihan
Kit Latihan
(Slaid)
1 Pendaftaran Ahli
dan Pemilihan
AJK.
1. Mendaftarkan ahli persatuan.
2. Sesi suai kenal.
3. Pelantikan AJK Induk
(Mesyuarat Agung).
4. Pembentangan rancangan.
5. Memperkenalkan perlembagaan
Doktor Muda
Melibatkan
semua ahli
2 Mengenali Alam
Remaja
Skop 10 Unit 1 Skop 10 Unit 1 1. Penerangan tentang perubahan
awal remaja dan persiapan diri dari
segi fizikal dan emosi.
2. Alami Alam Remaja
Murid lelaki dan
perempuan
diasingkan.
3 Mengenali Alam
Remaja
Skop 10 Unit 1 1. Penulisan esei mengenai masalah
sosial remaja.
2. Perbincangan masalah sosial
remaja masa kini.
4 Mengenali Alam
Remaja
Skop 10 Unit 1 1. Ceramah Isu Remaja Dari
Perspektif Agama Dan Moral.
Penceramah
jemputan
21
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
5 Bijak Menangani
’Stres’
Skop 9 Unit 4 1. Penerangan tentang ‘stres’.
2. Tangani ‘stres’ secara bijak
3. Api dan Air
4. Penawar Marah Saya
6 Kenali Bidang
Kerjaya
1. Ceramah kerjaya dalam bidang
kesihatan dan perubatan.
Penceramah
jemputan
7 Lawatan Sambil
Belajar
Skop 1 Unit 2 1. Lawatan ke Fakulti Perubatan
Institut Pengajian Tinggi Awam.
8 Mengekalkan
Berat Badan
Unggul
Skop 9 Unit 3 Skop 9 Unit 3
Skop 1 Unit 3
1. Penerangan tentang mengekalkan
berat badan yang sihat dan
timbangan sihat.
2. Timbangan Sihat.
3. Cara Mengukur Indeks Jisim
Tubuh (IJT).
9 Ketajaman
Penglihatan
Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman
penglihatan.
2. Penglihatan Sihat ( latihan dan
pemeriksaan penglihatan rakan
sebaya menggunakan Carta
Snellen).
22
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
10 Harga Diri Skop 5 Unit 1 Skop 5 Unit 1 1. Penerangan tentang harga diri.
2. Cermin Diri.
11 Mari Berkawan Skop 5 Unit 2 Skop 5 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan
berkawan.
2. Prinsip Persahabatan.
12 Tegas Diri Skop 5 Unit 3 Skop 5 Unit 3 1. Penerangan tentang kepentingan
tegas diri.
2. Perbincangan kumpulan
13 Berfikiran Positif
Untuk Hidup Sihat
Skop 5 Unit 4 Skop 5 Unit 4 1. Penerangan tentang kepentingan
berfikiran positif.
2. Mengenali perasaan.
14 Jangan Mula
Merokok
Skop 9 Unit 1 Skop 9 Unit 1 1. Penerangan tentang bahaya
merokok
2. Katakan TAK NAK Merokok
3. Melukis poster TAK NAK Merokok
23
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
15 Jangan Mula
Merokok
Skop 9 Unit 1 1. Teka Silang Kata TAK NAK
Merokok.
2. Main Peranan ’Merokok Membawa
Padah’.
16 Makan Secara
Sihat
Skop 8 Unit 1 Skop 8 Unit 1 1. Penerangan tentang pemakanan
sihat.
2. ‘Puzzle’ Piramid Makanan.
3. Permainan Sandwich Sihat.
Guru boleh
membuat
pilihan
permainan
mengikut
kesesuaian
17 Mengutamakan
Sarapan Pagi
Skop 8 Unit 2 Skop 8 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan
sarapan pagi.
2. Sarapan Pagi Saya
3. Permainan Sampul Ajaib.
18 Memberi
Pertolongan
Cemas
1. Demonstrasi pertolongan cemas.
2. Latihan pertolongan cemas.
Penceramah
jemputan :
Guru PBSM,
Jabatan
Kesihatan
dan lain-lain.
24
Perjumpaan Tajuk
Isi Kandungan
Aktiviti CatatanKit Latihan
Modul Latihan
(Slaid)
19 Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan Bakat
7. Penulisan Esei
8. Melukis poster
9. Tokoh Doktor Muda
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
Konvensyen
peringkat negeri
dan
kebangsaan.
20 Persiapan
Konvensyen
Doktor Muda
1. Penerangan tentang Konvensyen
Doktor Muda.
2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda
3. Buku Skrap
4. Pameran
5. Bercerita
6. Persembahan Bakat
7. Penulisan Esei
8. Melukis poster
9. Tokoh Doktor Muda
Rujukan :
Garis panduan
penyertaan
Konvensyen
peringkat negeri
dan
kebangsaan.
25
JAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUAN KURIKULUM KELAB DOKTOR MUDA
Penasihat
Pengarah
Bahagian Pendidikan Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Ahli-ahli :
1. En. Munshi B. Abdullah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
2. En. Imtiaz Ahmad B. Ghulam Kadir SK Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Selatan.
3. En. Che Mohd Khalib B. Che Omar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
4. Cik Norhidayahtun Fadhilah Mohd Nor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
5. En. Yusaini B. Hashim Jabatan Kesihatan Negeri Perak
6. Pn. Khauthar Bt. Ahmad Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
7. Cik Melor Bt. Selar Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Fasilitator
1. Pn. Maznun Bt. Mohd Isa Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
2. HJ. Wan Rokman B. HJ. Wan Yaacob Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
3. En. Aminullah B. Zakaria Jabatan Pelajaran Perlis
4. En. Faridon Kamal B. Radzi Jabatan Pelajaran Pulau Pinang
5. En. Zulkefli B. Manaf SMK Bukit Kepayang , Seremban , Negeri Sembilan.
6. En. Mokhtar B. Husin SMK Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan
7. Pn. Samsiah Bt. Awang SMK Shahbandaraya Klang, Selangor
8. En. Chan Kau Chai SK Jelai 1( F), Gemas, Negeri Sembilan
9. En. Putra B. Hj. Ahmad SK Bangsar , Kuala Lumpur
26
27
PENGHARGAAN
Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menyediakan Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini, khususnya :
• Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
• Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
• Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
• Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang
• Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
• Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
• Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan
• Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
• Jabatan Kesihatan Negeri Perak
• Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
• Jabatan Kesihatan Negeri Johor

More Related Content

What's hot

Pk kesihatan dan keceriaan
Pk  kesihatan dan keceriaanPk  kesihatan dan keceriaan
Pk kesihatan dan keceriaan
salamha
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2
gschong83
 
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatanPelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
KOLEKSI BATIK SUTERA Terengganu
 
Senarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawabSenarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawab
Sharifah Wan Man
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besar
Mok Pey Weng
 
Objektif / MISI & VISI
Objektif / MISI & VISIObjektif / MISI & VISI
Objektif / MISI & VISI
jinggojohan
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Irene Linda Lawan
 
Fail meja-hem
Fail meja-hemFail meja-hem
Fail meja-hem
Aki Ntol
 
Senarai tugas gb
Senarai tugas gbSenarai tugas gb
Senarai tugas gb
tabur
 
Program jom-tangani-stres
Program jom-tangani-stresProgram jom-tangani-stres
Program jom-tangani-stres
Ahmad NazRi
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Rosdi Ramli
 

What's hot (20)

Pk kesihatan dan keceriaan
Pk  kesihatan dan keceriaanPk  kesihatan dan keceriaan
Pk kesihatan dan keceriaan
 
Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2Fail meja 2014 pkhemskbud2
Fail meja 2014 pkhemskbud2
 
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-160505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
60505853 fail-meja-gpk-hem-sk-shah-alam-1
 
Senarai tugas
Senarai tugasSenarai tugas
Senarai tugas
 
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatanPelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
Pelan tindakan jangka panjang program pembangunan 3 k ( kesihatan
 
Kertas kerja bulan kecergasan pj
Kertas kerja bulan kecergasan pjKertas kerja bulan kecergasan pj
Kertas kerja bulan kecergasan pj
 
Laporan unit kesihatan 2016 obesiti
Laporan unit kesihatan 2016 obesitiLaporan unit kesihatan 2016 obesiti
Laporan unit kesihatan 2016 obesiti
 
Hal ehwal murid
Hal ehwal muridHal ehwal murid
Hal ehwal murid
 
Senarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawabSenarai tugas dan tanggungjawab
Senarai tugas dan tanggungjawab
 
Fail meja guru besar
Fail meja guru besarFail meja guru besar
Fail meja guru besar
 
Objektif / MISI & VISI
Objektif / MISI & VISIObjektif / MISI & VISI
Objektif / MISI & VISI
 
Tugasan 2 qgk3023 laporan
Tugasan 2 qgk3023   laporanTugasan 2 qgk3023   laporan
Tugasan 2 qgk3023 laporan
 
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan
 
Badan disiplin
Badan disiplinBadan disiplin
Badan disiplin
 
Fail meja-hem
Fail meja-hemFail meja-hem
Fail meja-hem
 
Senarai tugas gb
Senarai tugas gbSenarai tugas gb
Senarai tugas gb
 
Badminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengahBadminton sekolah menengah
Badminton sekolah menengah
 
Program jom-tangani-stres
Program jom-tangani-stresProgram jom-tangani-stres
Program jom-tangani-stres
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Esei RMT di sekolah )_Tugasan Individu Sem ...
 

Similar to G panduan kurikulum

Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Nas Lin
 
2012 paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton
2012   paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton2012   paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton
2012 paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton
Matt Apitt
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
Mohd Faizal Jan
 
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Pensil Dan Pemadam
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksm
Malek Hassan
 
pelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docx
pelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docxpelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docx
pelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docx
ELYSSABINTIAROFMoe
 
PELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docx
PELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docxPELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docx
PELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docx
HusnaKeifly
 

Similar to G panduan kurikulum (20)

KELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDAKELAB DOKTOR MUDA
KELAB DOKTOR MUDA
 
Program kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolahProgram kesihatan-sekolah
Program kesihatan-sekolah
 
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
 
Carta organisasi dr muda
Carta organisasi dr mudaCarta organisasi dr muda
Carta organisasi dr muda
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
 
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatanSp kbsr kbsm_p_kesihatan
Sp kbsr kbsm_p_kesihatan
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
2012 paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton
2012   paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton2012   paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton
2012 paper work karnival 1 m1s sk bagan baharu badminton
 
PELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docxPELAN STRATEGIK.docx
PELAN STRATEGIK.docx
 
Program kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolahProgram kesihatan sekolah
Program kesihatan sekolah
 
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
Laporan bulan-kecergasan-tahun-2011
 
Contoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksmContoh fail meja gbksm
Contoh fail meja gbksm
 
pelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docx
pelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docxpelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docx
pelan-strategik-unit-kesihatan-hem-2019.docx
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
 
FAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.docFAIL MEJA PK HEM.doc
FAIL MEJA PK HEM.doc
 
Kem sukan sekolah 1 m1s
Kem sukan sekolah 1 m1sKem sukan sekolah 1 m1s
Kem sukan sekolah 1 m1s
 
PELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docx
PELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docxPELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docx
PELAN STRATEGIK DOKTOR MUDA.docx
 
Sofbol
SofbolSofbol
Sofbol
 
Strategik swot-pjk-2016
Strategik swot-pjk-2016Strategik swot-pjk-2016
Strategik swot-pjk-2016
 
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaranHbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
Hbhe3203 kebersihan da keselamatan persekitaran
 

Recently uploaded (8)

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

G panduan kurikulum

  • 2.
  • 3. KANDUNGAN Kata Alu-Aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia ...... 2 Kata Alu-Aluan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ...... 3 Panduan Penggunaan Garis Panduan ...... 4 Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda i. Latar belakang ...... 5 ii. Rasional ...... 5 iii. Matlamat ...... 6 iv. Objektif ...... 6 v. Kurikulum ...... 7 vi. Peruntukan Akta / Surat Pekeliling Ikhtisas Berkaitan ...... 8 vii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda – Tahun 4 ...... 9 viii. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda – Tahun 5 ...... 15 ix. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda – Tahun 6 ...... 21 Jawatankuasa Penyediaan Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ...... 26 Penghargaan ...... 27 1
  • 4. 2 KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya merakamkan tahniah dan syabas kepada Pengurusan Sekolah yang telah memilih Kelab Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di sekolah. Dengan pelaksanaan yang teratur dan berkesan, adalah diharapkan Kelab Doktor Muda ini dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi muda yang peka kepada kesihatan dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Doktor Muda merupakan murid yang terlatih dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan dan mereka memainkan peranan sebagai ‘Pembimbing Rakan Sebaya’ di sekolah. Bagi memastikan Kelab Doktor Muda dapat dilaksanakan dengan terancang dan teratur, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Modul Latihan Doktor Muda dan bahan-bahan bantu mengajar untuk diguna pakai di peringkat sekolah. Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini pula memberi panduan kepada Guru Penasihat dalam mengendalikan aktiviti Kelab Doktor Muda dengan menggunakan Modul Latihan Doktor Muda dan bahan-bahan bantu mengajar yang sedia ada. Adalah menjadi harapan saya agar pihak Pengurusan Sekolah menjadikan Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda sebagai bahan rujukan dan panduan dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda. Selamat Maju Jaya HAJI ABDUL JABAR BIN AHMAD Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • 5. KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan usaha sama Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia atas penerbitan Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini. Matlamat Kelab Doktor Muda ini diperkenalkan di sekolah adalah untuk memperkasakan murid-murid dengan pengetahuan dan kemahiran tentang kesihatan agar mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri di samping dapat membimbing rakan sebaya, komuniti sekolah dan ahli keluarga mereka. Buku Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini adalah untuk panduan kepada Guru-Guru Penasihat dalam memastikan aktiviti Kelab Doktor Muda dijalankan secara terancang dan menepati kurikulum yang perlu diajar bagi melahirkan Doktor Muda yang berjaya. Maka adalah wajar Guru Penasihat menjadikan buku ini sebagai sumber rujukan utama dalam mengendalikan Kelab Doktor Muda di sekolah. Penggunaan buku ini di semua sekolah yang mempunyai Kelab Doktor Muda akan membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam pemantauan, penilaian dan penambahbaikan pelaksanaan Kelab Doktor Muda dari masa ke semasa. Ini adalah penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan Kelab Doktor Muda di sekolah. Saya berharap buku ini akan digunakan sepenuhnya bagi memastikan pelaksanaan pengurusan kelab ini berjalan dengan sistematik dan melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih. HAJI ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 3
  • 6. 4 PANDUAN PENGGUNAAN GARIS PANDUAN 1. Garis panduan ini merupakan bahan rujukan bagi Guru Penasihat dalam mengendalikan aktiviti Kelab Doktor Muda. 2. Garis panduan ini mengandungi Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda yang memperincikan aktiviti bagi setiap sesi pertemuan Kelab Doktor Muda. 3. Pelan Pelaksanaan Kelab Doktor Muda menggariskan aktiviti Kelab untuk 20 sesi pertemuan dalam setahun. Pelan ini memberikan penekanan dan input yang berbeza bagi murid-murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Guru Penasihat boleh melaksanakan aktiviti seperti mana yang disarankan mengikut kesesuaian di sekolah masing-masing. 4. Doktor Muda tahun 6 diberi peluang untuk menjadi fasilitator bagi melatih Doktor Muda tahun 4 dan 5. 5. Sekiranya sesuatu penyakit merupakan masalah kesihatan semasa di sesuatu tempat, maka topik berkaitan dengan penyakit tersebut perlu dimasukkan sebagai skop / unit pengajaran Kelab Doktor Muda. 6. Aktiviti Operasi Tandas (Ops Tandas), Operasi Kantin (Ops Kantin) dan Operasi Denggi (Ops Denggi) hendaklah dilakukan secara berkumpulan dan dijadualkan secara berkala. 7. Penilaian bagi tahap kecekapan Doktor Muda (Doktor Muda Harapan, Doktor Muda Cemerlang dan Doktor Muda Gemilang) dilakukan sekali bagi setiap tahun. 8. Dokumen sokongan dalam melaksanakan aktiviti Kelab Doktor Muda adalah seperti berikut : i. Modul Latihan Doktor Muda Edisi Ketiga, 2008. ii. DVD Kit Latihan dan Pengajaran 9. Guru Penasihat adalah juga digalakkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti Kelab mengikut kreativiti dan sumber yang ada di sekolah masing-masing.
  • 7. KELAB DOKTOR MUDA LATAR BELAKANG Kelab Doktor Muda ialah satu program mempromosikan aspek kesihatan secara menyeluruh kepada murid sekolah rendah. Semua maklumat asas kesihatan tersebut akan disampaikan melalui modul yang terancang merangkumi kefahaman, kemahiran serta pengalaman murid. Matlamat kelab ini adalah untuk melahirkan murid yang mengutamakan kesihatan dan berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan yang baik kepada rakan sebaya, sekolah, ahli keluarga serta masyarakat. Doktor muda adalah sekumpulan murid yang dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Murid ini kemudian dilatih daripada segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan berdasarkan kepada Modul Latihan Kelab Doktor Muda. Seterusnya murid ini akan bertindak sebagai pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan. Penubuhan kelab ini merupakan hasil perkongsian bijak antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia. RASIONAL Penubuhan Kelab Doktor Muda ini menepati konsep healthy setting yang diperkenalkan bagi tujuan mempertingkatkan pengetahuan dalam aspek kesihatan dan mengamalkan cara hidup sihat. 5
  • 8. 6 MATLAMAT Penubuhan Kelab Doktor Muda ini mempunyai matlamat untuk memperkasakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran kesihatan supaya mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan mereka. OBJEKTIF 1. Melahirkan murid yang berwawasan serta modal insan yang diimpikan oleh negara. 2. Membolehkan pelajar membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. 3. Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh (role model) ke arah amalan cara hidup sihat. 4. Membolehkan murid membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah. 5. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah dalam usaha meningkatkan kesihatan murid. 6. Menggalakkan ibu bapa / penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan murid. 7. Mempertingkatkan usahasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan murid.
  • 9. KURIKULUM Kurikulum Kelab Doktor Muda berpandukan Modul Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia tahun 2003 yang merangkumi skop seperti berikut: 1. Saya Doktor Muda 2. Amalan Kebersihan Diri 3. Amalan Kebersihan Persekitaran 4. Amalan Kesihatan Pergigian 5. Amalan Kesihatan Mental Yang Baik 6. Mencegah Penyakit Semasa 7. Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan 8. Amalan Makan Yang Sihat 9. Amalan Cara Hidup Sihat 10. Amalan Kesihatan Remaja 7
  • 10. 8 PERUNTUKAN AKTA / SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1 / 1985 Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. 2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar. 3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 / 1988 Keselamatan diri pelajar di sekolah. 4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1 / 1991 Penceramah jemputan untuk majlis dan aktiviti Agama Islam di sekolah. 5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 / 1997 Program dan aktiviti sekolah yang melibatkan dasar dan atau pungutan wang. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12 / 2000 Lawatan Pendidikan Murid Di Hari Persekolahan. 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 / 2000 Lawatan sekolah pada hari Persekolahan.
  • 11. PELAN PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA MURID TAHUN 4 Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan Modul Latihan Kit Latihan (Slaid) 1 Pendaftaran Ahli dan Pemilihan AJK. 1. Mendaftarkan ahli kelab 2. Sesi suai kenal. 3. Pelantikan AJK Induk (Mesyuarat Agung) 4. Pembentangan rancangan. 5. Memperkenalkan perlembagaan Doktor Muda Melibatkan semua ahli 2 Saya Doktor Muda Skop 1 Unit 1 Skop 1 Unit 1 1. Penerangan tentang peranan dan aktiviti Doktor Muda 2. Tayangan Video ‘Saya Doktor Muda’ 3. Panduan mengisi Buku Catatan Aktiviti dan Buku Laporan Aktiviti. 3 Menyampaikan Mesej kepada Rakan Sebaya Skop 1 Unit 3 Skop 1 Unit 4 1. Penerangan tentang menyampaikan mesej secara berkesan. 2. Pengucapan Awam 9
  • 12. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 4 Menjamin Kebersihan Tangan Skop 2 Unit 1 Skop 1 unit 1 1. Penerangan tentang kebersihan tangan 2. Tayangan Video - 7 Langkah Mencuci Tangan 3. Demonstrasi Mencuci Tangan 4. Permainan 7 Serangkai 5 Menjaga Kebersihan Badan dan Rambut Skop 2 Unit 2 Skop 2 Unit 2 1. Penerangan tentang menjaga kebersihan badan dan rambut. 2. Pemeriksaan kebersihan diri rakan sebaya. 6 Menjamin Kebersihan Kuku Skop 2 Unit 3 Skop 2 Unit 3 1. Penerangan tentang menjaga kebersihan kuku. 2. Pemeriksaan kebersihan kuku 3. Memotong kuku secara betul 7 Mengekalkan Berat Badan Unggul Skop 9 Unit 3 Skop 9 Unit 3 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang mengekalkan berat badan yang sihat dan timbangan sihat 2. Timbangan Sihat 3. Cara Mengukur Indeks Jisim Tubuh (IJT ) 10
  • 13. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 8 Ketajaman Penglihatan Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman penglihatan 2. Penglihatan Sihat (latihan dan pemeriksaan penglihatan rakan sebaya menggunakan Carta Snellen) 9 Mari Berkawan Skop 5 Unit 2 Skop 5 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan berkawan. 2. Prinsip Persahabatan. 10 Persekitaran Bersih (sekolah / rumah) Skop 3 Unit 1 Skop 3 Unit 1 1. Penerangan tentang amalan kebersihan persekitaran. 2. Xplore School 3. Teka Silang Kata Persekitaran 4. Teka Kata Persekitaran 5. Permainan Riang Ria 6. Ops Kantin Ops Kantin menggunakan senarai semak. 11 Penggunaan Tandas Sempurna Skop 3 Unit 2 Skop 3 Unit 2 1. Penerangan tentang penggunaan tandas sempurna. 2. Ops Tandas Ops tandas menggunakan senarai semak. 11
  • 14. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 12 Mencegah Demam Denggi Skop 6 Unit 1 Skop 6 Unit 1 1. Penerangan tentang Demam Denggi 2. Tayangan Video Cegah Aedes 3. Ops Cari 4. Teka Kata Denggi Sekiranya Denggi merupakan masalah tempatan semasa, unit ini hendaklah didahulukan. 13 Mencegah Demam Denggi Skop 6 Unit 1 1. Cari dan Musnah Guru / Anggota Kesihatan memperkenal- kan jentik-jentik Aedes dan tunjuk cara memusnahkan tempat pembiakan. 14 Senyuman Manis Sepanjang Hayat Skop 4 Unit 1 Skop 4 Unit 1 1. Perbincangan kumpulan 2. Demonstrasi memberus gigi dengan betul. 3. Latihan menggunakan flos gigi. 12
  • 15. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 15 Penggunaan Pelindung Mulut Skop 4 Unit 2 Skop 4 Unit 2 1. Penerangan tentang penggunaan pelindung mulut. 2. Demonstrasi penggunaan pelindung mulut. 16 Menjamin Keselamatan Diri Skop 7 Unit 1 Skop 7 Unit 1 1. Penerangan tentang keselamatan diri. 2. Ceramah Penceramah jemputan seperti Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat. 17 Lawatan Sambil Belajar Skop 1 Unit 2 Lawatan ke lokasi yang mempunyai kemudahan kesihatan ( Klinik Kesihatan, Klinik Desa dan Klinik Pergigian) 18 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan Bakat Rujukan : Garis panduan penyertaan konvensyen peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. 13
  • 16. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 7. Penulisan Esei 8. Melukis Poster 9. Tokoh Doktor Muda 19 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan Bakat 7. Penulisan Esei 8. Melukis Poster 9. Tokoh Doktor Muda Rujukan : Garis panduan penyertaan konvensyen peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. 20 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan Bakat 7. Penulisan Esei 8. Melukis Poster 9. Tokoh Doktor Muda Rujukan : Garis panduan penyertaan konvensyen peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. 14
  • 17. PELAN PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA MURID TAHUN 5 Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan Modul Latihan Kit Latihan (Slaid) 1 Pendaftaran Ahli dan Pemilihan AJK. 1. Mendaftarkan ahli kelab. 2. Sesi suai kenal. 3. Pelantikan AJK Induk (Mesyuarat Agung). 4. Pembentangan rancangan. 5. Memperkenalkan perlembagaan Doktor Muda. Melibatkan semua ahli 2 Makan Secara Sihat Skop 8 Unit 1 Skop 8 Unit 1 1. Penerangan tentang pemakanan sihat. 2. ‘Puzzle’ Piramid Makanan. 3. Permainan Sandwich Sihat. Guru boleh membuat pilihan permainan mengikut kesesuaian 3 Mengutamakan Sarapan Pagi Skop 8 Unit 2 Skop 8 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan sarapan pagi. 2. Sarapan Pagi Saya 3. Permainan Sampul Ajaib. 15
  • 18. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 4 Memilih Premis Makanan Yang Bersih dan Selamat Skop 8 Unit 3 Skop 8 Unit 3 1. Penerangan tentang ciri-ciri premis makanan yang bersih dan selamat. 2. Permainan Di Mana Saya. 5 Memberi Pertolongan Cemas Skop 7 Unit 3 Skop 7 Unit 3 1. Penerangan tentang pertolongan cemas. Penceramah jemputan : Guru PBSM, Jabatan Kesihatan dan lain-lain. 6 Memberi Pertolongan Cemas Skop 7 Unit 3 Skop 7 Unit 3 1. Demonstrasi pertolongan cemas. 2. Latihan pertolongan cemas. Penceramah jemputan : Guru PBSM, Jabatan Kesihatan dan lain-lain. 7 Mencegah Kecederaan Skop 7 Unit 2 Skop 7 Unit 2 1. Penerangan tentang pencegahan kemalangan dan mencegah kecederaan. 2. Ceramah jemputan. 3. Jom Jalan-jalan (mengenal pasti lokasi berisiko kemalangan). Penceramah jemputan seperti Polis, Jabatan Keselamatan Jalanraya. 16
  • 19. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 8 Ketajaman Penglihatan Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman penglihatan. 2. Demonstrasi dan latihan penggunaan Carta Snellen. 9 Harga Diri Skop 5 Unit 1 Skop 5 Unit 1 1. Penerangan tentang harga diri. 2. Cermin Diri. 10 Tegas Diri Skop 5 Unit 3 Skop 5 Unit 3 1. Penerangan tentang kepentingan tegas diri. 2. Perbincangan kumpulan. 11 Berfikiran Positif Untuk Hidup Sihat Skop 5 Unit 4 Skop 5 Unit 4 1. Penerangan tentang kepentingan berfikiran positif. 2. Mengenali perasaan. 12 Jangan Mula Merokok Skop 9 Unit 1 Skop 9 Unit 1 1. Penerangan tentang bahaya merokok. 2. Katakan TAK NAK Merokok. 3. Melukis poster TAK NAK Merokok. 17
  • 20. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 13 Jangan Mula Merokok Skop 9 Unit 1 1. Teka Silang Kata katakan TAK NAK Merokok. 2. Main Peranan ’Merokok Membawa Padah’. 14 Mari Bersenam Skop 9 Unit 2 Skop 9 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan bersenam secara betul. 2. Mari Bersenam Murid dikehendaki memakai pakaian sukan. 15 Lawatan Sambil Belajar Skop 1 Unit 2 Lawatan ke hospital. 16 Mengekalkan Berat Badan Unggul Skop 9 Unit 3 Skop 9 Unit 3 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang mengekalkan berat badan yang sihat dan timbangan sihat. 2. Timbangan Sihat. 3. Cara Mengukur Indeks Jisim Tubuh (IJT). 18
  • 21. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 17 Ketajaman Penglihatan Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman penglihatan. 2. Penglihatan Sihat (latihan dan pemeriksaan penglihatan rakan sebaya menggunakan Carta Snellen). 18 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan bakat 7. Penulisan esei 8. Melukis poster 9. Tokoh Doktor Muda Rujukan : Garis panduan penyertaan konvensyen peringkat negeri dan kebangsaan. 19
  • 22. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 19 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan bakat 7. Penulisan esei 8. Melukis poster 9. Tokoh Doktor Muda Rujukan : Garis panduan penyertaan konvensyen peringkat negeri dan kebangsaan. 20 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan bakat 7. Penulisan esei 8. Melukis poster 9. Tokoh Doktor Muda Rujukan : Garis panduan penyertaan konvensyen peringkat negeri dan kebangsaan. 20
  • 23. PELAN PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA MURID TAHUN 6 Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti Catatan Modul Latihan Kit Latihan (Slaid) 1 Pendaftaran Ahli dan Pemilihan AJK. 1. Mendaftarkan ahli persatuan. 2. Sesi suai kenal. 3. Pelantikan AJK Induk (Mesyuarat Agung). 4. Pembentangan rancangan. 5. Memperkenalkan perlembagaan Doktor Muda Melibatkan semua ahli 2 Mengenali Alam Remaja Skop 10 Unit 1 Skop 10 Unit 1 1. Penerangan tentang perubahan awal remaja dan persiapan diri dari segi fizikal dan emosi. 2. Alami Alam Remaja Murid lelaki dan perempuan diasingkan. 3 Mengenali Alam Remaja Skop 10 Unit 1 1. Penulisan esei mengenai masalah sosial remaja. 2. Perbincangan masalah sosial remaja masa kini. 4 Mengenali Alam Remaja Skop 10 Unit 1 1. Ceramah Isu Remaja Dari Perspektif Agama Dan Moral. Penceramah jemputan 21
  • 24. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 5 Bijak Menangani ’Stres’ Skop 9 Unit 4 1. Penerangan tentang ‘stres’. 2. Tangani ‘stres’ secara bijak 3. Api dan Air 4. Penawar Marah Saya 6 Kenali Bidang Kerjaya 1. Ceramah kerjaya dalam bidang kesihatan dan perubatan. Penceramah jemputan 7 Lawatan Sambil Belajar Skop 1 Unit 2 1. Lawatan ke Fakulti Perubatan Institut Pengajian Tinggi Awam. 8 Mengekalkan Berat Badan Unggul Skop 9 Unit 3 Skop 9 Unit 3 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang mengekalkan berat badan yang sihat dan timbangan sihat. 2. Timbangan Sihat. 3. Cara Mengukur Indeks Jisim Tubuh (IJT). 9 Ketajaman Penglihatan Skop 2 Unit 4 Skop 1 Unit 3 1. Penerangan tentang ketajaman penglihatan. 2. Penglihatan Sihat ( latihan dan pemeriksaan penglihatan rakan sebaya menggunakan Carta Snellen). 22
  • 25. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 10 Harga Diri Skop 5 Unit 1 Skop 5 Unit 1 1. Penerangan tentang harga diri. 2. Cermin Diri. 11 Mari Berkawan Skop 5 Unit 2 Skop 5 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan berkawan. 2. Prinsip Persahabatan. 12 Tegas Diri Skop 5 Unit 3 Skop 5 Unit 3 1. Penerangan tentang kepentingan tegas diri. 2. Perbincangan kumpulan 13 Berfikiran Positif Untuk Hidup Sihat Skop 5 Unit 4 Skop 5 Unit 4 1. Penerangan tentang kepentingan berfikiran positif. 2. Mengenali perasaan. 14 Jangan Mula Merokok Skop 9 Unit 1 Skop 9 Unit 1 1. Penerangan tentang bahaya merokok 2. Katakan TAK NAK Merokok 3. Melukis poster TAK NAK Merokok 23
  • 26. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 15 Jangan Mula Merokok Skop 9 Unit 1 1. Teka Silang Kata TAK NAK Merokok. 2. Main Peranan ’Merokok Membawa Padah’. 16 Makan Secara Sihat Skop 8 Unit 1 Skop 8 Unit 1 1. Penerangan tentang pemakanan sihat. 2. ‘Puzzle’ Piramid Makanan. 3. Permainan Sandwich Sihat. Guru boleh membuat pilihan permainan mengikut kesesuaian 17 Mengutamakan Sarapan Pagi Skop 8 Unit 2 Skop 8 Unit 2 1. Penerangan tentang kepentingan sarapan pagi. 2. Sarapan Pagi Saya 3. Permainan Sampul Ajaib. 18 Memberi Pertolongan Cemas 1. Demonstrasi pertolongan cemas. 2. Latihan pertolongan cemas. Penceramah jemputan : Guru PBSM, Jabatan Kesihatan dan lain-lain. 24
  • 27. Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Aktiviti CatatanKit Latihan Modul Latihan (Slaid) 19 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan Bakat 7. Penulisan Esei 8. Melukis poster 9. Tokoh Doktor Muda Rujukan : Garis panduan penyertaan Konvensyen peringkat negeri dan kebangsaan. 20 Persiapan Konvensyen Doktor Muda 1. Penerangan tentang Konvensyen Doktor Muda. 2. Sekolah Cemerlang Doktor Muda 3. Buku Skrap 4. Pameran 5. Bercerita 6. Persembahan Bakat 7. Penulisan Esei 8. Melukis poster 9. Tokoh Doktor Muda Rujukan : Garis panduan penyertaan Konvensyen peringkat negeri dan kebangsaan. 25
  • 28. JAWATANKUASA PENYEDIAAN GARIS PANDUAN KURIKULUM KELAB DOKTOR MUDA Penasihat Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia Ahli-ahli : 1. En. Munshi B. Abdullah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 2. En. Imtiaz Ahmad B. Ghulam Kadir SK Permatang Tok Mahat, Seberang Prai Selatan. 3. En. Che Mohd Khalib B. Che Omar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan 4. Cik Norhidayahtun Fadhilah Mohd Nor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor 5. En. Yusaini B. Hashim Jabatan Kesihatan Negeri Perak 6. Pn. Khauthar Bt. Ahmad Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang 7. Cik Melor Bt. Selar Jabatan Kesihatan Negeri Johor Fasilitator 1. Pn. Maznun Bt. Mohd Isa Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia 2. HJ. Wan Rokman B. HJ. Wan Yaacob Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia 3. En. Aminullah B. Zakaria Jabatan Pelajaran Perlis 4. En. Faridon Kamal B. Radzi Jabatan Pelajaran Pulau Pinang 5. En. Zulkefli B. Manaf SMK Bukit Kepayang , Seremban , Negeri Sembilan. 6. En. Mokhtar B. Husin SMK Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan 7. Pn. Samsiah Bt. Awang SMK Shahbandaraya Klang, Selangor 8. En. Chan Kau Chai SK Jelai 1( F), Gemas, Negeri Sembilan 9. En. Putra B. Hj. Ahmad SK Bangsar , Kuala Lumpur 26
  • 29. 27 PENGHARGAAN Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyediakan Garis Panduan Kurikulum Kelab Doktor Muda ini, khususnya : • Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia • Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia • Jabatan Pelajaran Negeri Perlis • Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang • Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan • Jabatan Pelajaran Negeri Selangor • Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur • Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan • Jabatan Kesihatan Negeri Selangor • Jabatan Kesihatan Negeri Perak • Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang • Jabatan Kesihatan Negeri Johor