SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN
FAKULTI PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SESI 2014/2015
GGGE 2123
TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
KAJIAN MENGENAI TAHAP KEBERSIHAN DI SEKITAR PPUKM SERTA
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI
SEKITAR PPUKM
NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK
SITI NABILAH BINTI SUDARMIN A141946
SITI NABIHAH BINTI SANEK A141983
SHERY JOUFLIN A141808
HAIRONI BINTI ZAINAL ABIDIN A143710
NUR NAJIBAH BINTI MARZUKI A141401
PENSYARAH ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
PENDAHULUAAN
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tentang tahap kebersihan di sekitar kawasan Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta langkah-langkah untuk
meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan PPUKM. Kajian ini dijalankan secara berkumpulan
oleh pelajar tahun 3 ijazah sarjanamuda kejururawatan dengan kepujian seramai enam orang.
Kajian ini juga dijalankan menggunakan borang kaji selidik yang diedarkan kepada seramai 30
orang responden, tergolong daripada orang awam, kakitangan PPUKM serta pelajar. Maklumat
yang diperoleh daripada responden akan dianalisa untuk mendapatkan maklumat bagi kajian
yang dijalankan.Setelah borang kaji selidik selesai dianalisa, sesi perbincangan antara ahli
kumpulan diadakan bagi bertukar-tukar maklumat serta pendapat mengenai hasil analisa kajian
yang dijalankan. Penyertaan daripada setiap ahli kumpulan akhirnya dapat menghasilkan satu
kajian yang lengkap. Kajian merangkumi tahap kebersihan di kawasan PPUKM, kaedah
meningkatkan kualiti di kawasan PPUKM dan penilaian tahap kesedaran pelanggan terhadap
kepentingan kebersihan di PPUKM.
PERMASALAHAN KAJIAN
Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan telah diberi tugasan untuk menjalankan
kajian tentang langkah-langkah unuk meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan PPUKM.
Sepanjang kajian dijalankan, kami telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang timbul.
Antaranya adalah proses menstruktur soalan-soalan kajian yang dimasukkan ke dalam borang
kaji selidik kami. Kami mendapati kami tidak mahir dalam menstruktur soalan positif dalam
setiap ayat kajian. Setelah mendapat tunjuk ajar serta nasihat daripada pensyarah yang memberi
dorongan, akhirnya satu set soalan lengkap selesai dihasilkan. Hal yang demikian menyumbang
kepada proses pengedaran borang kajian soal selidik yang memakan masa yang panjang dan
akhirnya melambatkan proses kajian berjalan.
Di samping itu, pencaria responden bagi mengisi borang kaji selidik turut menyumbang
kepada permasalaha kajian kami yang kedua. Walaupun pesakit dan kakitangan di PPUKM
ramai, namun kekangan masa bekerja serta jadual yang padat membataskan proses pengedaran
borang kajian. Sementelahan, ada dalam kalangan responden tidak memberi kerjasama dalam
menjayakan kaji selidik ini meskipun setelah berulang kali dijelaskan mengenai tujuannya.
Dalam masa yang sama, kebanyakan wad atau tempat posting klinikal tidak bersesuaian dengan
pengedaran borang kaji selidik kerana faktor pengurusan masa dan pesakit yang rigid.
Permasalahan seterusnya adalah melibatkan proses menganalisa hasil kajian. Hal yang
demikian kerana, kami kurang arif dalam memindahkan data-data mentah ke dalam sistem SSPS.
Masalah juga timbul apabila sistem SSPS tersebut tidak ada dalam tangan. Namun, kami
berusaha mencari alternative lain dengan menggantikan sistem SSPS dengan Microsoft Excel.
Kami menggunakan maklumat-maklumat yang ada dalam internet dan carian Youtube untuk
mempelajari langkah-langkah memindahkan data-data mentah kajian ke dalam sistem. Akhirnya,
satu hasil kajian lengkap dapat dihasilkan.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Menilai tahap kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM).
ii. Kaedah meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
iii. Menilai tahap kesedaran pelanggan terhadap kepentingan kebersihan di kawasan Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS
i. Adakah tahap kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM) dalam keadaan bersih?
ii. Apakah kaedah dalam meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia?
iii. Apakah tahap kesedaran pelanggan terhadap kepentingan kebersihan di kawasan Pusat
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)?
METODOLOGI KAJIAN/ KAEDAH
Bagi menjayakan kajian ini, kami telah mengunakan borang kajian yang mengunakan skala likert
sebagai metod bagi mendapatkan maklumat terkumpul untuk dapatan kajian. Borang ini
terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemolehubah terikat (Bahagian A) dan pembolehubah tidak
terikat (Bahagian B,C,dan D). Pembolehubah tidak terikat terdiri daripada soalan demografik
data responden, manakala pembolehubah terikat terdiri daripada soalan berbentuk pernyataan
mengunakan skala likert, iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat
setuju.(1-5)
Kaji selidik ini telah dilakukan di sekitar kawasan Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dengan jumlah responden sebanyak 30 orang. Responden yang
menyertai kajian ini terdiri daripada pelbagai lapisan profesionalisme.
Melalui kajian ini, kami telah berjaya mengumpul data yang dikehendaki untuk
dijadikan satu hasil dapatan kajian yang lengkap.
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
RAJAH 1 : JANTINA RESPONDEN
Borang kaji selidik telah diagihkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada
kakitangan , pelajar dan orang awam yang berada di PPUKM. Daripada 30 orang responden
yang terlibat, 25 daripada mereka adalah perempuan bersamaan dengan 83% manakala
selebihnya terdiri daripada 5 orang responden lelaki yang mewakili 17% carta pai.
83%
17%
JANTINA
PEREMPUAN
LELAKI
RAJAH 2 : UMUR RESPONDEN
Daripada perspektif umur, kami dapati responden yang terlibat 9ajority terdiri daripada
lingkungan umur 31-40 tahun diikuti dengan 21-30 tahun dan 41-50 tahun. Masing-masing
diwakili oleh, 51%, 45% dan 2%. Daripada data ini, kami dapat simpulkan bahawa responden
yang terlibat dalam kajian kali ini terdiri daripada golongan dewasa (31-40 tahun).
RAJAH 3 : KELAYAKAN AKADEMIK
Dapatan kajian ini juga meliputi data kelayakan akademik responden bagi mengetahui
taraf pendidikan responden yang terlibat. Data ini diperlukan kerana, taraf pendidikan
memainkan peranan penting dalam menyuarakan pendapat dan mengutarakan idea bagi
membantu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM. Setelah menganalisa, kami dapati
majoriti responden mempunyai kelayakan akademik diperingkat ijazah sarjanamuda (67%),
diikuti diploma (23%), SPM (7%) serta lain-lain (3%).
RAJAH 4: KEBERSIHAN PERSEKITARAN PPUKM BERADA DALAM KEADAAN YANG
SANGAT BAIK.
Bagi menilai tahap kebersihan dikawasan persekitaran PPUKM kami telah mendapatkan
pandangan serta pendapat daripada responden yang terlibat melalui satu boring kaji selidik yang
telah diedarkan. Daripada kaji selidik tersebut, kami mendapati seramai 18 orang daripada 30
responden bersetuju bahawa kebersihan persekitaran ppukm secara keseluruhan berada dalam
keadaan yang sangat baik. Ini mewakili peratusan tertinggi iaitu 60%, namun begitu masih
terdapat 7 responden mewakili 23% kurang setuju bahawa kebersihan persekitaran ppukm secara
keseluruhan berada dalam keadaan yang sangat baik. Walau bagaimanapun terdapat seorang
responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan soalan yang diajukan dalam borang kaji
selidik.
RAJAH 5 : TAHAP KEBERSIHAN TERHADAP KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI
PPUKM BERADA DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAIK
Bagi menilai tahap kebersihan di PPUKM, kami telah mengecilkan skop soalan kajian
kepada tahap kebersihan kemudahan yang disediakan di PPUKM seperti tandas dan kafe. Soalan
ini bertujuan untuk meninjau pendapat responden terhadap kualiti kebersihan fasiliti di sekitar
kawasan PPUKM samada dalam keadaan yang memuaskan atau sebaliknya. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa, 47% daripada jumlah keseluruhan responden bersetuju dengan persoalan
kajian manakala, 36% responden kurang bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa, lebih daripada
separuh responden berpuas hati dengan tahap kebersihan fasiliti yang disediakan di sekitar
kawasan PPUKM.
RAJAH 6 : SISTEM ADUAN YANG DISEDIAKAN DI PPUKM MEMBANTU WARGA
DAN PELANGGAN PPUKM MEMBERI MAKLUM BALAS TERHADAP KEBERSIHAN
HOSPITAL
Seterusnya dalam konteks objektif kajian yang sama, kami mendapati bahawa seramai
37% responden sangat setuju dengan pernyataan soalan untuk mengadakan sistem aduan di
PPUKM bagi membantu warga dan pelanggan PPUKM untuk memberi maklum balas teradap
tahap kebersihan hospital. Dapatan kajian ini, turut mendapati 30% responden bersetuju dengan
pernyataan soalan kajian manakala, selebihnya sebanyak 23% responden menyatakan bahawa
mereka kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
orang ramai kebanyakannya bersetuju dengan inisiatif mengadakan peti aduan dalam kawasan
PPUKM mampu membantu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM melalui pandangan para
kakitangan serta pelanggan PPUKM.
RAJAH 7 : PELAWAT DIGALAKKAN UNTUK MAKAN DI KAWASAN YANG
DISEDIAKAN BAGI MENJAGA KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM
Kajian kami yang seterusnya memberi 14ajor kepada kaedah meningkatkan kualiti
kebersihan di sekitar kawasan PPUKM. Melalui dapatan kajian ini, sebanyak 43% daripada
bilangan keseluruhan responden menyatakan mereka berasa sangat setuju dengan persoalan
kajian yang menyatakan bahawa pelawat digalakkan untuk makan di kawasan yang disediakan
bagi menjaga kualiti kbersihan di PPUKM. Peratusan yang tinggi ini diikuti dengan 40%
responden lain yang turut setuju dengan persoalan kajian yang diberikan. Namun, dapatan kajian
turut mendapati sebanyak 16% daripada keseluruhan responden menyatakan mereka kurang
bersetuju dengan persoalan kajian yang diutarakan. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa
pernyataan untuk para pelawat makan di tempat yang disediakan oleh pihak pengurusan PPUKM
dipersetujui oleh 15ajority responden yang terlibat.
RAJAH 8 : BILANGAN TONG SAMPAH DIDALAM DAN LUAR HOSPITAL PERLU
DITAMBAH BAGI MENINGKATKAN KEBERSIHAN DI PPUKM
Dalam konteks objektif kajian kedua yang lain, kami mengkaji tentang keperluan
bilangan tong sampah yang diperlukan di sekitar kawasan PPUKM termasuk di bahagian dalam
dan luar kawasan bagi meningkatkan kebersihan di PPUKM. Melalui dapatan kajian ini,
sebanyak 44% responden sangat bersetuju dengan persoalan kajian. Peratusan ini diikuti dengan,
40% responden setuju, 10% responden kurang bersetuju, 3% tidak bersetuju dan selebihnya 3%
responden menyatakan mereka berasa sangat tidak setuju dengan persoalan kajian yang diajukan.
Jika dilihat dari aspek keseluruhan dapatan kajian untuk soalan di bawah seksyen C ini, kami
dapat simpulkan bahawa sebanyak 84% daripada bilangan peratusan keseluruhan responden
menyambut baik cadangan untuk menaik taraf kualiti kebersihan di sekitar kawasan PPUKM
dengan meningkatkan bilangan tong sampah.
RAJAH 9 : PERTANDINGAN KEBERSIHAN ANTARA JABATAN DIWUJUDKAN
SEBAGAI AKTIVITI BULANAN
Seterusnya, selain daripada menambah bilangan tong sampah, kami turut mencadangkan
untuk mengadakan pertandingan antara jaabatan sebagai aktiviti bulanan dalam membantu
meningkatkan semangat warga PPUKM untuk mengekalkan kebersihan pada tahap yang
maksima. Melaui dapatan kajian soalan borang kaji selidik ini, seramai 18 daripada 30 responden
berasa sangat setuju dengan perlaksanaan pertandingan antara jabatan. 11 responden yang lain
pula menyatakan mereka setuju dengan alternatif yang dicadangkan. Dapatan kajian untuk
mereka yang kurang setuju hanya diwakili oleh seorang responden. Melalui pemerhatian kami
terhadap carta bar di atas, kami dapati hamper keseluruhan responden bersetuju dengan cadangan
yang diutarakan dalam borang kaji selidik. Mereka percaya bahawa pertandingan antara jabatan
mampu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM.
RAJAH 10 : SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN TANDAS DISEKITAR PPUKM
Alternatif lain yang diutarakan dalam soalan kaji selidik yang diedarkan turut menyentuh
kepada etika sentiasa menjaga kebersihan tandas di sekitar kawasan PPUKM. Melalui carta bar
di atas, seramai 19 orang responden mewakili 63% peratusan kajian, berasa sangat setuju bahawa
mereka menjaga etika ketika menggunakan tandas seperti mengepam tandas, dan membuang tisu
serta tuala wanita ke dalam tong sampah yang disediakan. Manakala, seramai 9 orang mewakili
30% daripada keseluruhan responden setuju bahawasanya mereka berbuat perkara yang sama.
Namun, 2 orang mewakili 7% responden menyatakan mereka kurang bersetuju dengan persoalan
kajian. Hal ini menunjukkan bahawa dalam kebanyakan warga dan pelawat PPUKM, terdapat
segelintir daripada mereka yang masih tidak mengamalkan etika ketika menggunakan fasiliti-
fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan PPUKM, sekaligus menukjukkan tahap kesedaran
serta tanggungjawab kendiri segelintir pihak yang terbabit.
RAJAH 11 : TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN PPUKM TIDAK
HANYA BERGANTUNG KEPADA KAKITANGAN KEBERSIHAN SEMATA-MATA
Dalam sample soalan kaji selidik ini, kami turut mengkaji tentang pendapat responden
terhadap kebergantungan tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan PPUKM samada terletak
pada kakitangan kebersihan semata-mata ataupun sebaliknya. Hasil kajian mendapati bahawa,
50% responden sangat setuju bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan tidak hanya
bergantung kepada kakitangan kebersihan, sebaliknya ianya adalah tanggungjawab bersama.
Sementelahan, 47% responden setuju dan 3% responden kurang bersetuju. Kesimpulan daripada
dapatan kajian ini menunjukkan bahawa meskipun terdapat segilintir responden yang tidak
menganggap kebersihan adalah tanggungjawab bersama, rata-rata responden yang lain
bersependapat 18ea rah pemikiran yang lebih positif.
RAJAH 12 : SESI PERMANTAUAN BERKALA MAMPU MENINGKATKAN
KEBERSIHAN DI PPUKM
Soalan kaji selidik terakhir di bawah objektif kajian menilai tahap kesedaran pelanggan
dan warga PPUKM terhadap kebersihan di sekitar kawasan PPUKM menyentuh kepada
cadangan untuk mengadakan sesi pemantauan secara berkala. Hal yang demikian kerana, kami
ingin mengkaji pendapat responden terhadap peratusan keberkesanan metodologi ini untuk
meningkatkan kualiti kebersihan di sekitar kawasan PPUKM. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa, 73% daripada responden secara majoritinya berasa sangat setuju, diikuti dengan 17%
responden berasa setuju dan 10% respoden yang selebihnya menyatakan mereka kurang setuju.
Konklusi daripada dapatan kajian soalan ini ialah sesi pemantauan berkala oleh dijadikan antara
inisiatif untuk dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan PPUKM untuk memastikan kualiti
kebersihan di kawasan PPUKM berada pada tahap yang optima.
PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami dapati bahawa tahap kebersihan dikawasan
sekitar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berada dalam keadaan yang
sangat memuaskan. Hal ini kerana, majoriti responden yang terlibat bersetuju bahawa kebersihan
di PPUKM adalah sangat memuaskan. Melalui pemerhatian kami juga mendapati bahawa
PPUKM tidak mempunyai sebarang permasalahan berkaitan dengan kebersihan seperti lambakan
sampah dimerata-rata tempat. Kami juga mendapati bahawa pihak pengurusan sangat menitik
beratkan kebersihan di PPUKM kerana kebersihan hospital mempengaruhi kadar jangkitan
kuman kepada pelanggan mahupun kakitangan. Hal ini dibuktikan melalui pengurusan sampah
dan sisa klinikal yang sistematik serta jadual tugasan kakitangan kebersihan yang teratur. Selain
daripada itu, kami juga mendapati lantai hospital akan dibersihkan setiap hari, manakala tandas
hospital pula akan dibersihkan mengikut jadual yang disediakan.
Kami juga telah menjalankan kajian tentang kaedah dalam meningkatkan kualiti
kebersihan disekitar PPUKM. Kami telah mencadangkan beberapa kaedah seperti pengiklanan
kempen kesedaran tentang kebersihan menggunakan paparan papan-papan digital yang terdapat
di PPUKM, penjadualan dan pengurusan sampah dan sisa klinikal, pertandingan bulanan
kebersihan diantara jabatan serta menggalakkan pelawat untuk makan dikafe hospital. Hasil kaji
selidik kami mendapati responden majoritinya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.
Namun begitu, masih terdapat segelintir responden yang kurang bersetuju dengan cadangan
menggalakkan pelawat untuk makan diruang makan hospital yang disediakan. Hal ini mungkin
terjadi kerana bilangan kafeteria yang terhad menyebabkan kafe-kafe tersebut tidak dapat
menampung kadar permintaan yang tinggi dari kalangan pelawat dan juga kakitangan PPUKM.
Hal yang demikian menyumbang kepada kesesakan di kafeteria hospital, secara tidak langsung
menyebabkan kebanyakan pelanggan lebih selesa untuk membeli makanan dari sumber luar
hospital. Keadaan ini dilihat telah mengakibatkan peningkatan sisa-sisa makanan dan sampah di
PPUKM. Sehubungan dengan itu, kami mensarankan kepada pihak pengurusan hospital untuk
menyediakan ruang makan disetiap wad untuk para pelawat menggunakannya seperti yang telah
disediakan dibeberapa wad di PPUKM. Cadangan ini diharapkan berjaya agar para pelawat dapat
makan ditempat yang disediakan sekaligus pengurusan sampah dapat dilakukan dengan lebih
efektif.
Penilaian tentang tahap kesedaran pelanggan terhadap kebersihan disekitar PPUKM telah
dilakukan, dan hasilnya mendapati bahawa para responden mempunyai tahap kesedaran yang
tinggi terhadap kebersihan. Hal ni dibuktikan oleh responden dengan amalan yang dilakukan
seperti membuang sampah ke dalam tong sampah yang diberikan, para responden juga mengakui
bahawasanya tanggungjawab kebersihan bukan sahaja terletak pada kakitangan kebersihan
sahaja malahan mereka juga turut berperanan dalam menjaga kebersihan hospital.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, kualiti kebersihan disekitar PPUKM berada dalam keadaan yang sangat
memuaskan. Namun begitu, langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti kebersihan masih perlu
dilakukan agar kebersihan disekitar PPUKM sentiasa berada ditahap yang paling optimum.
Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, kami mendapati objektif-objektif yang telah
dikemukakan dapat dicapai dengan jayanya. Selain daripada itu, kajian ini turut membantu pihak
pengurusan untuk menilai semula tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti kebersihan disekitar
PPUKM.
RUJUKAN
Zanariah Kadir. 2007. Persepsi Pelanggan Terhadap Aplikasi Perjanjian Tahap Perkhidmatan
Dalam Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Di Institusi Pengajian Tinggi.
Teuku Afrizal. 2012. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Penglibatankomuniti Tempatan
Dalam Pengurusan Sisa Pepejaldi Malaysia: Kajian Kes Di Kota Bharu Kelantan. Institut
Kajian Malaysia Dan Antarabangsauniversiti Kebangsaan Malaysiabangi.
Wahid, Murad. 2002. Poverty and Environment: Case Study of Solid Waste Management Among
The Squaters and Low-Cost Flat Dwellers in KualaLumpur City, Malaysia. Tesis Doktor
Falsafah, LESTARI, UniversitiKebangsaan Malaysia.
Anschutz, J. 1996. Community Based Solid Waste Management and Water Supply Projects:
Problems and Solutions Compared A Survey of Literature. Kertas Dokumen Kerja No.2.
Netherland: Urban Waste Expertise Programme.
Edi Suharto. 2005. Membangun Masyarakat Memberdayakan Rakyat. Bandung: P.T.
RefikaAditama.
Ellie, H.M.; Gilbertson, W.E., Jaaq,O., Okun, D.A., Shural, H.I. &; Summer, J. 1969. Problem
in Community Waste Management. Geneva: World Health Organisation.
Flintoff, F. 1976. Management of Solid Waste in Developing Countries. SEA Series (1).
NewDelhi : WHO Regional Publication.
Furedy, C. 1992. Garbage: exploring non-conventional options in Asian cities. Environment and
Urbanisation. 4(2) : 42-61.
Furedy, C. 1993. Working with waste pickers, Asian approaches to urban solid
Wastemanagement. Alternative 19(2): 18-23.
Jamaluddin Md. Jahi. 1998. Environmental Quality Management : What The LocalAuthorities
Can Do. Dlm Mohd Nordin Hassan, Ibrahim Komoo and LizuryatiAzlina Abdullah (pnyt.).
National Review on Environmental Quality Management: Towards The Next Two
Decades, hlm 112-129. Bangi:LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Malaysia. 2007. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta672). Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Sdn.Bhd.

More Related Content

What's hot

8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.pptPalaganeshNaidu
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiakmalmustafakamal
 
Financial Account group assignment on Financial statement of Golden Agriculture
Financial Account group assignment on Financial statement of Golden AgricultureFinancial Account group assignment on Financial statement of Golden Agriculture
Financial Account group assignment on Financial statement of Golden Agricultureamykua
 
Tokoh : Ibnu Sina
Tokoh : Ibnu SinaTokoh : Ibnu Sina
Tokoh : Ibnu Sinaaimezayu
 
Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah ATIEYSMKSP
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
Islam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al dinIslam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al dinSyahirah Suhalim
 
Islam agamaku
Islam agamakuIslam agamaku
Islam agamakumilla_ana
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Bab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif Barat
Bab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif BaratBab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif Barat
Bab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif BaratSiti Azzyati
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangRahila Najihah
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasisuibhamid
 
Kesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di MalaysiaKesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di MalaysiaIrfan Shafie
 

What's hot (20)

Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Arras dan deffraac
Arras dan deffraacArras dan deffraac
Arras dan deffraac
 
Beck Depression Uji Kemurungan
Beck Depression Uji KemurunganBeck Depression Uji Kemurungan
Beck Depression Uji Kemurungan
 
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
 
Ciri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologiCiri-ciri pengukuran psikologi
Ciri-ciri pengukuran psikologi
 
Financial Account group assignment on Financial statement of Golden Agriculture
Financial Account group assignment on Financial statement of Golden AgricultureFinancial Account group assignment on Financial statement of Golden Agriculture
Financial Account group assignment on Financial statement of Golden Agriculture
 
Sistem perakaunan perniagaan
Sistem perakaunan perniagaanSistem perakaunan perniagaan
Sistem perakaunan perniagaan
 
Tokoh : Ibnu Sina
Tokoh : Ibnu SinaTokoh : Ibnu Sina
Tokoh : Ibnu Sina
 
Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah Pengertian jahiliyah
Pengertian jahiliyah
 
Ciri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologiCiri pengukuran psikologi
Ciri pengukuran psikologi
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
Islam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al dinIslam bukan hanya agama tetapi al din
Islam bukan hanya agama tetapi al din
 
Islam agamaku
Islam agamakuIslam agamaku
Islam agamaku
 
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKANLAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
LAPORAN POST MORTEM PROGRAM SAINS SUKAN
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Bab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif Barat
Bab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif BaratBab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif Barat
Bab 1: Teori Pengurusan dari Perspektif Barat
 
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yangKepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
Kepentingan pendidikan islam dalam melahirkan modal insan yang
 
Surat kebenaran menggunakan kenderaan
Surat kebenaran menggunakan kenderaanSurat kebenaran menggunakan kenderaan
Surat kebenaran menggunakan kenderaan
 
Isu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasiIsu penilaian prestasi
Isu penilaian prestasi
 
Kesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di MalaysiaKesatuan sekerja di Malaysia
Kesatuan sekerja di Malaysia
 

Similar to LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

Research chapter 3 METHODOLOGI
Research chapter 3 METHODOLOGIResearch chapter 3 METHODOLOGI
Research chapter 3 METHODOLOGIHanissa Rafee
 
Bab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchBab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchSharah Ayumi
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...hazwani1989
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Kulasingam Kula
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Nadzirah Bazlaa' Kamaruzzamri
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal shila siti
 
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)mohdharmanmdrodzi
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...Zaharah Alang Ahmad
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal webMaslizaOthman
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1iniaron
 
Esei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejarEsei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejarhalizasidek
 
Pembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalPembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalNor Fiz
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehlyza_ms
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxJAYANTHYARUMUGOM1
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Wana Irwana
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105maheswary2402
 
TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM ppt
TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM pptTAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM ppt
TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM pptNoor Afiza
 

Similar to LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM (20)

Research chapter 3 METHODOLOGI
Research chapter 3 METHODOLOGIResearch chapter 3 METHODOLOGI
Research chapter 3 METHODOLOGI
 
Bab 3 Business Research
Bab 3 Business ResearchBab 3 Business Research
Bab 3 Business Research
 
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
ulasan jurnal Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran dalam Kalang...
 
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNALTUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
 
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)Tugasan 1 kpp6044 ( web)
Tugasan 1 kpp6044 ( web)
 
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Kajian berkaitan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
 
Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal Tugasan 1 jurnal
Tugasan 1 jurnal
 
Tugasan 3
Tugasan 3 Tugasan 3
Tugasan 3
 
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
Tugasan 1 ulasan jurnal (mohd harman md rodzi)
 
Analisis jurnal kpt 6044
Analisis jurnal   kpt 6044Analisis jurnal   kpt 6044
Analisis jurnal kpt 6044
 
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil  Teknologi Elektrik : Dari...
Kajian Terhadap Kepuasan Mengikuti Pengajian Sijil Teknologi Elektrik : Dari...
 
Critical journal web
Critical journal webCritical journal web
Critical journal web
 
Jurnal 1
Jurnal 1Jurnal 1
Jurnal 1
 
Esei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejarEsei kumpulan mejar
Esei kumpulan mejar
 
Pembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnalPembentangan ulasan jurnal
Pembentangan ulasan jurnal
 
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md sallehUlasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
Ulasan jurnal m20132001996-roslyza md salleh
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044Tugasan3.kpt6044
Tugasan3.kpt6044
 
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
Kpt6044 ulasan jurnal maheswary rasalingam m20131001105
 
TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM ppt
TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM pptTAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM ppt
TAHAP KEMUDAHAN ICT DI PPUKM ppt
 

Recently uploaded

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 

Recently uploaded (12)

ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 

LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM

  • 1. IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN FAKULTI PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2014/2015 GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KAJIAN MENGENAI TAHAP KEBERSIHAN DI SEKITAR PPUKM SERTA LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN KUALITI KEBERSIHAN DI SEKITAR PPUKM NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIK SITI NABILAH BINTI SUDARMIN A141946 SITI NABIHAH BINTI SANEK A141983 SHERY JOUFLIN A141808 HAIRONI BINTI ZAINAL ABIDIN A143710 NUR NAJIBAH BINTI MARZUKI A141401 PENSYARAH ENCIK MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN
  • 2. PENDAHULUAAN Kajian ini dilakukan bagi mengkaji tentang tahap kebersihan di sekitar kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan PPUKM. Kajian ini dijalankan secara berkumpulan oleh pelajar tahun 3 ijazah sarjanamuda kejururawatan dengan kepujian seramai enam orang. Kajian ini juga dijalankan menggunakan borang kaji selidik yang diedarkan kepada seramai 30 orang responden, tergolong daripada orang awam, kakitangan PPUKM serta pelajar. Maklumat yang diperoleh daripada responden akan dianalisa untuk mendapatkan maklumat bagi kajian yang dijalankan.Setelah borang kaji selidik selesai dianalisa, sesi perbincangan antara ahli kumpulan diadakan bagi bertukar-tukar maklumat serta pendapat mengenai hasil analisa kajian yang dijalankan. Penyertaan daripada setiap ahli kumpulan akhirnya dapat menghasilkan satu kajian yang lengkap. Kajian merangkumi tahap kebersihan di kawasan PPUKM, kaedah meningkatkan kualiti di kawasan PPUKM dan penilaian tahap kesedaran pelanggan terhadap kepentingan kebersihan di PPUKM.
  • 3. PERMASALAHAN KAJIAN Kami pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan telah diberi tugasan untuk menjalankan kajian tentang langkah-langkah unuk meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan PPUKM. Sepanjang kajian dijalankan, kami telah mengenal pasti beberapa permasalahan yang timbul. Antaranya adalah proses menstruktur soalan-soalan kajian yang dimasukkan ke dalam borang kaji selidik kami. Kami mendapati kami tidak mahir dalam menstruktur soalan positif dalam setiap ayat kajian. Setelah mendapat tunjuk ajar serta nasihat daripada pensyarah yang memberi dorongan, akhirnya satu set soalan lengkap selesai dihasilkan. Hal yang demikian menyumbang kepada proses pengedaran borang kajian soal selidik yang memakan masa yang panjang dan akhirnya melambatkan proses kajian berjalan. Di samping itu, pencaria responden bagi mengisi borang kaji selidik turut menyumbang kepada permasalaha kajian kami yang kedua. Walaupun pesakit dan kakitangan di PPUKM ramai, namun kekangan masa bekerja serta jadual yang padat membataskan proses pengedaran borang kajian. Sementelahan, ada dalam kalangan responden tidak memberi kerjasama dalam menjayakan kaji selidik ini meskipun setelah berulang kali dijelaskan mengenai tujuannya. Dalam masa yang sama, kebanyakan wad atau tempat posting klinikal tidak bersesuaian dengan pengedaran borang kaji selidik kerana faktor pengurusan masa dan pesakit yang rigid. Permasalahan seterusnya adalah melibatkan proses menganalisa hasil kajian. Hal yang demikian kerana, kami kurang arif dalam memindahkan data-data mentah ke dalam sistem SSPS. Masalah juga timbul apabila sistem SSPS tersebut tidak ada dalam tangan. Namun, kami berusaha mencari alternative lain dengan menggantikan sistem SSPS dengan Microsoft Excel. Kami menggunakan maklumat-maklumat yang ada dalam internet dan carian Youtube untuk
  • 4. mempelajari langkah-langkah memindahkan data-data mentah kajian ke dalam sistem. Akhirnya, satu hasil kajian lengkap dapat dihasilkan.
  • 5. OBJEKTIF KAJIAN i. Menilai tahap kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). ii. Kaedah meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). iii. Menilai tahap kesedaran pelanggan terhadap kepentingan kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
  • 6. PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS i. Adakah tahap kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dalam keadaan bersih? ii. Apakah kaedah dalam meningkatkan kualiti kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia? iii. Apakah tahap kesedaran pelanggan terhadap kepentingan kebersihan di kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)?
  • 7. METODOLOGI KAJIAN/ KAEDAH Bagi menjayakan kajian ini, kami telah mengunakan borang kajian yang mengunakan skala likert sebagai metod bagi mendapatkan maklumat terkumpul untuk dapatan kajian. Borang ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemolehubah terikat (Bahagian A) dan pembolehubah tidak terikat (Bahagian B,C,dan D). Pembolehubah tidak terikat terdiri daripada soalan demografik data responden, manakala pembolehubah terikat terdiri daripada soalan berbentuk pernyataan mengunakan skala likert, iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju.(1-5) Kaji selidik ini telah dilakukan di sekitar kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dengan jumlah responden sebanyak 30 orang. Responden yang menyertai kajian ini terdiri daripada pelbagai lapisan profesionalisme. Melalui kajian ini, kami telah berjaya mengumpul data yang dikehendaki untuk dijadikan satu hasil dapatan kajian yang lengkap.
  • 8. ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN RAJAH 1 : JANTINA RESPONDEN Borang kaji selidik telah diagihkan kepada 30 orang responden yang terdiri daripada kakitangan , pelajar dan orang awam yang berada di PPUKM. Daripada 30 orang responden yang terlibat, 25 daripada mereka adalah perempuan bersamaan dengan 83% manakala selebihnya terdiri daripada 5 orang responden lelaki yang mewakili 17% carta pai. 83% 17% JANTINA PEREMPUAN LELAKI
  • 9. RAJAH 2 : UMUR RESPONDEN Daripada perspektif umur, kami dapati responden yang terlibat 9ajority terdiri daripada lingkungan umur 31-40 tahun diikuti dengan 21-30 tahun dan 41-50 tahun. Masing-masing diwakili oleh, 51%, 45% dan 2%. Daripada data ini, kami dapat simpulkan bahawa responden yang terlibat dalam kajian kali ini terdiri daripada golongan dewasa (31-40 tahun).
  • 10. RAJAH 3 : KELAYAKAN AKADEMIK Dapatan kajian ini juga meliputi data kelayakan akademik responden bagi mengetahui taraf pendidikan responden yang terlibat. Data ini diperlukan kerana, taraf pendidikan memainkan peranan penting dalam menyuarakan pendapat dan mengutarakan idea bagi membantu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM. Setelah menganalisa, kami dapati majoriti responden mempunyai kelayakan akademik diperingkat ijazah sarjanamuda (67%), diikuti diploma (23%), SPM (7%) serta lain-lain (3%).
  • 11. RAJAH 4: KEBERSIHAN PERSEKITARAN PPUKM BERADA DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAIK. Bagi menilai tahap kebersihan dikawasan persekitaran PPUKM kami telah mendapatkan pandangan serta pendapat daripada responden yang terlibat melalui satu boring kaji selidik yang telah diedarkan. Daripada kaji selidik tersebut, kami mendapati seramai 18 orang daripada 30 responden bersetuju bahawa kebersihan persekitaran ppukm secara keseluruhan berada dalam keadaan yang sangat baik. Ini mewakili peratusan tertinggi iaitu 60%, namun begitu masih terdapat 7 responden mewakili 23% kurang setuju bahawa kebersihan persekitaran ppukm secara keseluruhan berada dalam keadaan yang sangat baik. Walau bagaimanapun terdapat seorang responden yang tidak bersetuju dengan kenyataan soalan yang diajukan dalam borang kaji selidik.
  • 12. RAJAH 5 : TAHAP KEBERSIHAN TERHADAP KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PPUKM BERADA DALAM KEADAAN YANG SANGAT BAIK Bagi menilai tahap kebersihan di PPUKM, kami telah mengecilkan skop soalan kajian kepada tahap kebersihan kemudahan yang disediakan di PPUKM seperti tandas dan kafe. Soalan ini bertujuan untuk meninjau pendapat responden terhadap kualiti kebersihan fasiliti di sekitar kawasan PPUKM samada dalam keadaan yang memuaskan atau sebaliknya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, 47% daripada jumlah keseluruhan responden bersetuju dengan persoalan kajian manakala, 36% responden kurang bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa, lebih daripada
  • 13. separuh responden berpuas hati dengan tahap kebersihan fasiliti yang disediakan di sekitar kawasan PPUKM. RAJAH 6 : SISTEM ADUAN YANG DISEDIAKAN DI PPUKM MEMBANTU WARGA DAN PELANGGAN PPUKM MEMBERI MAKLUM BALAS TERHADAP KEBERSIHAN HOSPITAL Seterusnya dalam konteks objektif kajian yang sama, kami mendapati bahawa seramai 37% responden sangat setuju dengan pernyataan soalan untuk mengadakan sistem aduan di PPUKM bagi membantu warga dan pelanggan PPUKM untuk memberi maklum balas teradap tahap kebersihan hospital. Dapatan kajian ini, turut mendapati 30% responden bersetuju dengan pernyataan soalan kajian manakala, selebihnya sebanyak 23% responden menyatakan bahawa
  • 14. mereka kurang setuju dengan pernyataan tersebut. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa orang ramai kebanyakannya bersetuju dengan inisiatif mengadakan peti aduan dalam kawasan PPUKM mampu membantu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM melalui pandangan para kakitangan serta pelanggan PPUKM. RAJAH 7 : PELAWAT DIGALAKKAN UNTUK MAKAN DI KAWASAN YANG DISEDIAKAN BAGI MENJAGA KUALITI KEBERSIHAN DI PPUKM Kajian kami yang seterusnya memberi 14ajor kepada kaedah meningkatkan kualiti kebersihan di sekitar kawasan PPUKM. Melalui dapatan kajian ini, sebanyak 43% daripada bilangan keseluruhan responden menyatakan mereka berasa sangat setuju dengan persoalan kajian yang menyatakan bahawa pelawat digalakkan untuk makan di kawasan yang disediakan bagi menjaga kualiti kbersihan di PPUKM. Peratusan yang tinggi ini diikuti dengan 40% responden lain yang turut setuju dengan persoalan kajian yang diberikan. Namun, dapatan kajian
  • 15. turut mendapati sebanyak 16% daripada keseluruhan responden menyatakan mereka kurang bersetuju dengan persoalan kajian yang diutarakan. Secara keseluruhannya, dapat dilihat bahawa pernyataan untuk para pelawat makan di tempat yang disediakan oleh pihak pengurusan PPUKM dipersetujui oleh 15ajority responden yang terlibat. RAJAH 8 : BILANGAN TONG SAMPAH DIDALAM DAN LUAR HOSPITAL PERLU DITAMBAH BAGI MENINGKATKAN KEBERSIHAN DI PPUKM Dalam konteks objektif kajian kedua yang lain, kami mengkaji tentang keperluan bilangan tong sampah yang diperlukan di sekitar kawasan PPUKM termasuk di bahagian dalam dan luar kawasan bagi meningkatkan kebersihan di PPUKM. Melalui dapatan kajian ini, sebanyak 44% responden sangat bersetuju dengan persoalan kajian. Peratusan ini diikuti dengan, 40% responden setuju, 10% responden kurang bersetuju, 3% tidak bersetuju dan selebihnya 3% responden menyatakan mereka berasa sangat tidak setuju dengan persoalan kajian yang diajukan. Jika dilihat dari aspek keseluruhan dapatan kajian untuk soalan di bawah seksyen C ini, kami
  • 16. dapat simpulkan bahawa sebanyak 84% daripada bilangan peratusan keseluruhan responden menyambut baik cadangan untuk menaik taraf kualiti kebersihan di sekitar kawasan PPUKM dengan meningkatkan bilangan tong sampah. RAJAH 9 : PERTANDINGAN KEBERSIHAN ANTARA JABATAN DIWUJUDKAN SEBAGAI AKTIVITI BULANAN Seterusnya, selain daripada menambah bilangan tong sampah, kami turut mencadangkan untuk mengadakan pertandingan antara jaabatan sebagai aktiviti bulanan dalam membantu meningkatkan semangat warga PPUKM untuk mengekalkan kebersihan pada tahap yang maksima. Melaui dapatan kajian soalan borang kaji selidik ini, seramai 18 daripada 30 responden berasa sangat setuju dengan perlaksanaan pertandingan antara jabatan. 11 responden yang lain pula menyatakan mereka setuju dengan alternatif yang dicadangkan. Dapatan kajian untuk mereka yang kurang setuju hanya diwakili oleh seorang responden. Melalui pemerhatian kami
  • 17. terhadap carta bar di atas, kami dapati hamper keseluruhan responden bersetuju dengan cadangan yang diutarakan dalam borang kaji selidik. Mereka percaya bahawa pertandingan antara jabatan mampu meningkatkan kualiti kebersihan di PPUKM. RAJAH 10 : SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN TANDAS DISEKITAR PPUKM Alternatif lain yang diutarakan dalam soalan kaji selidik yang diedarkan turut menyentuh kepada etika sentiasa menjaga kebersihan tandas di sekitar kawasan PPUKM. Melalui carta bar di atas, seramai 19 orang responden mewakili 63% peratusan kajian, berasa sangat setuju bahawa mereka menjaga etika ketika menggunakan tandas seperti mengepam tandas, dan membuang tisu serta tuala wanita ke dalam tong sampah yang disediakan. Manakala, seramai 9 orang mewakili 30% daripada keseluruhan responden setuju bahawasanya mereka berbuat perkara yang sama. Namun, 2 orang mewakili 7% responden menyatakan mereka kurang bersetuju dengan persoalan kajian. Hal ini menunjukkan bahawa dalam kebanyakan warga dan pelawat PPUKM, terdapat segelintir daripada mereka yang masih tidak mengamalkan etika ketika menggunakan fasiliti-
  • 18. fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan PPUKM, sekaligus menukjukkan tahap kesedaran serta tanggungjawab kendiri segelintir pihak yang terbabit. RAJAH 11 : TANGGUNGJAWAB MENJAGA KEBERSIHAN KAWASAN PPUKM TIDAK HANYA BERGANTUNG KEPADA KAKITANGAN KEBERSIHAN SEMATA-MATA Dalam sample soalan kaji selidik ini, kami turut mengkaji tentang pendapat responden terhadap kebergantungan tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan PPUKM samada terletak pada kakitangan kebersihan semata-mata ataupun sebaliknya. Hasil kajian mendapati bahawa, 50% responden sangat setuju bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan tidak hanya bergantung kepada kakitangan kebersihan, sebaliknya ianya adalah tanggungjawab bersama. Sementelahan, 47% responden setuju dan 3% responden kurang bersetuju. Kesimpulan daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa meskipun terdapat segilintir responden yang tidak menganggap kebersihan adalah tanggungjawab bersama, rata-rata responden yang lain bersependapat 18ea rah pemikiran yang lebih positif.
  • 19. RAJAH 12 : SESI PERMANTAUAN BERKALA MAMPU MENINGKATKAN KEBERSIHAN DI PPUKM Soalan kaji selidik terakhir di bawah objektif kajian menilai tahap kesedaran pelanggan dan warga PPUKM terhadap kebersihan di sekitar kawasan PPUKM menyentuh kepada cadangan untuk mengadakan sesi pemantauan secara berkala. Hal yang demikian kerana, kami ingin mengkaji pendapat responden terhadap peratusan keberkesanan metodologi ini untuk meningkatkan kualiti kebersihan di sekitar kawasan PPUKM. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, 73% daripada responden secara majoritinya berasa sangat setuju, diikuti dengan 17% responden berasa setuju dan 10% respoden yang selebihnya menyatakan mereka kurang setuju. Konklusi daripada dapatan kajian soalan ini ialah sesi pemantauan berkala oleh dijadikan antara inisiatif untuk dikuatkuasakan oleh pihak pengurusan PPUKM untuk memastikan kualiti kebersihan di kawasan PPUKM berada pada tahap yang optima.
  • 20.
  • 21. PERBINCANGAN Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami dapati bahawa tahap kebersihan dikawasan sekitar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berada dalam keadaan yang sangat memuaskan. Hal ini kerana, majoriti responden yang terlibat bersetuju bahawa kebersihan di PPUKM adalah sangat memuaskan. Melalui pemerhatian kami juga mendapati bahawa PPUKM tidak mempunyai sebarang permasalahan berkaitan dengan kebersihan seperti lambakan sampah dimerata-rata tempat. Kami juga mendapati bahawa pihak pengurusan sangat menitik beratkan kebersihan di PPUKM kerana kebersihan hospital mempengaruhi kadar jangkitan kuman kepada pelanggan mahupun kakitangan. Hal ini dibuktikan melalui pengurusan sampah dan sisa klinikal yang sistematik serta jadual tugasan kakitangan kebersihan yang teratur. Selain daripada itu, kami juga mendapati lantai hospital akan dibersihkan setiap hari, manakala tandas hospital pula akan dibersihkan mengikut jadual yang disediakan. Kami juga telah menjalankan kajian tentang kaedah dalam meningkatkan kualiti kebersihan disekitar PPUKM. Kami telah mencadangkan beberapa kaedah seperti pengiklanan kempen kesedaran tentang kebersihan menggunakan paparan papan-papan digital yang terdapat di PPUKM, penjadualan dan pengurusan sampah dan sisa klinikal, pertandingan bulanan kebersihan diantara jabatan serta menggalakkan pelawat untuk makan dikafe hospital. Hasil kaji selidik kami mendapati responden majoritinya bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. Namun begitu, masih terdapat segelintir responden yang kurang bersetuju dengan cadangan menggalakkan pelawat untuk makan diruang makan hospital yang disediakan. Hal ini mungkin terjadi kerana bilangan kafeteria yang terhad menyebabkan kafe-kafe tersebut tidak dapat
  • 22. menampung kadar permintaan yang tinggi dari kalangan pelawat dan juga kakitangan PPUKM. Hal yang demikian menyumbang kepada kesesakan di kafeteria hospital, secara tidak langsung menyebabkan kebanyakan pelanggan lebih selesa untuk membeli makanan dari sumber luar hospital. Keadaan ini dilihat telah mengakibatkan peningkatan sisa-sisa makanan dan sampah di PPUKM. Sehubungan dengan itu, kami mensarankan kepada pihak pengurusan hospital untuk menyediakan ruang makan disetiap wad untuk para pelawat menggunakannya seperti yang telah disediakan dibeberapa wad di PPUKM. Cadangan ini diharapkan berjaya agar para pelawat dapat makan ditempat yang disediakan sekaligus pengurusan sampah dapat dilakukan dengan lebih efektif. Penilaian tentang tahap kesedaran pelanggan terhadap kebersihan disekitar PPUKM telah dilakukan, dan hasilnya mendapati bahawa para responden mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap kebersihan. Hal ni dibuktikan oleh responden dengan amalan yang dilakukan seperti membuang sampah ke dalam tong sampah yang diberikan, para responden juga mengakui bahawasanya tanggungjawab kebersihan bukan sahaja terletak pada kakitangan kebersihan sahaja malahan mereka juga turut berperanan dalam menjaga kebersihan hospital.
  • 23. KESIMPULAN Kesimpulannya, kualiti kebersihan disekitar PPUKM berada dalam keadaan yang sangat memuaskan. Namun begitu, langkah-langkah untuk meningkatkan kualiti kebersihan masih perlu dilakukan agar kebersihan disekitar PPUKM sentiasa berada ditahap yang paling optimum. Melalui hasil perbincangan yang dijalankan, kami mendapati objektif-objektif yang telah dikemukakan dapat dicapai dengan jayanya. Selain daripada itu, kajian ini turut membantu pihak pengurusan untuk menilai semula tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti kebersihan disekitar PPUKM.
  • 24. RUJUKAN Zanariah Kadir. 2007. Persepsi Pelanggan Terhadap Aplikasi Perjanjian Tahap Perkhidmatan Dalam Pengurusan Penyelenggaraan Fasiliti Di Institusi Pengajian Tinggi. Teuku Afrizal. 2012. Peranan Pihak Berkuasa Tempatan Dan Penglibatankomuniti Tempatan Dalam Pengurusan Sisa Pepejaldi Malaysia: Kajian Kes Di Kota Bharu Kelantan. Institut Kajian Malaysia Dan Antarabangsauniversiti Kebangsaan Malaysiabangi. Wahid, Murad. 2002. Poverty and Environment: Case Study of Solid Waste Management Among The Squaters and Low-Cost Flat Dwellers in KualaLumpur City, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, LESTARI, UniversitiKebangsaan Malaysia. Anschutz, J. 1996. Community Based Solid Waste Management and Water Supply Projects: Problems and Solutions Compared A Survey of Literature. Kertas Dokumen Kerja No.2. Netherland: Urban Waste Expertise Programme. Edi Suharto. 2005. Membangun Masyarakat Memberdayakan Rakyat. Bandung: P.T. RefikaAditama. Ellie, H.M.; Gilbertson, W.E., Jaaq,O., Okun, D.A., Shural, H.I. &; Summer, J. 1969. Problem in Community Waste Management. Geneva: World Health Organisation. Flintoff, F. 1976. Management of Solid Waste in Developing Countries. SEA Series (1). NewDelhi : WHO Regional Publication. Furedy, C. 1992. Garbage: exploring non-conventional options in Asian cities. Environment and Urbanisation. 4(2) : 42-61. Furedy, C. 1993. Working with waste pickers, Asian approaches to urban solid Wastemanagement. Alternative 19(2): 18-23. Jamaluddin Md. Jahi. 1998. Environmental Quality Management : What The LocalAuthorities Can Do. Dlm Mohd Nordin Hassan, Ibrahim Komoo and LizuryatiAzlina Abdullah (pnyt.). National Review on Environmental Quality Management: Towards The Next Two Decades, hlm 112-129. Bangi:LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia. 2007. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta672). Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Sdn.Bhd.