SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
UNIT 1
UNIT 3
Unit 5: Masyarakat Makmur dan Hubungan Kaum
Menurut F.S. Furnival konsep masyarakat majmuk adalah:
i- Terdiri daripada penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan mengamalkan kebudayaan,
agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain.
ii- Masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan social yang
tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unit politik yang
sama.
iii- Rakyat dari keturunan asal yang berbeza lebih suka hidup didalam kawasan petempatan
yang berasingan.
iv- Kehidupan masyarakat bercirikan pertentangan, konflik dan paksaan.
v- Interaksi sosial antara anggota masyarakat sangat terbatas, interaksi yang berlaku hanya
terhad dalam kegiatan ekonomi berjual beli.
Menurut Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai
”stable tension”. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa hubungan kaum di Malaysia jika
tidak dipupuk akan menjurus kepada pertembungan etnik yang memberikan kesan yang tidak
baik sebagaimana peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu rusuhan
kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, masyarakat majmuk di Malaysia haruslah dipupuk dan disemai
agar peristiwa itu tidak berulang.
Masyarakat Sebelum Kedatangan Barat
Pembentukan masyarakat majmuk secara intensif bermula bila kedatangan British
khasnya ke Tanah Melayu atas faktor utamanya dalam menggerakkan aktiviti ekonomi.
Masyarakat luar yang datang sebelum kedatangan barat adalah berlaku dalam jumlah
yang kecil dan hanya tertumpu di beberapa tempat yang aktif dengan aktiviti
perdagangan sahaja seperti Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Jorhor, Sungai Pahang
dan Kelantan.
Kelompok pedagang ini datang untuk berdagang secara suka rela untuk mencari
kehidupan dan kekayaan.
Para pendatang secara suka rela sanggup berkahwin dengan orang tempatan.
Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan
masyarakat tempatan.
Pembentukan Masyarakat Semasa Kedatangan Barat
Kaum China dan India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara adalah demi kepentingan
ekonomi-politik British. Mereka dibawa masuk khas untuk bekerja sebagai buruh.
Buruh-buruh China dikerah untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan emas.
Manakala buruh-buruh India pula dikerah untuk bekerja di ladang-ladang getah.
Mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-
agama yang wujud di Asia Tenggara. maka mereka mewujudkan kelompok masyarakat
berserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Akibatnya, setiapkelompok gagal
mengenali antara satu sama lain. Inilah masyarakat plural seperti yang dimaksudkan
oleh Furnivall.
Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi penjajahan
mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Dari aspek imperialisme, mereka menjajah
secara fizikal di mana segala kekayaan muka bumi akan diperah demi untuk kepentingan
ekonomi negara mereka sendiri. Dari segi kolonialisme pula mereka memperkenalkan
sistem sosial-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan. Maka dikatakan inilah
permulaan kepada pemisahan di antara pluralistik dan masyarakat plural.
Kerajaan Melaka dan Masyarakat Majmuk
Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan
kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang mempunyai
Misi dan visi yang hebat. Melaka menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu
serta sebahagian pulau Sumatera seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan
Kepulauan Riau-Ringga.
Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala kehebatannya amat berkait rapat
dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Perlembagaan Melaka yang dilaksanakan
berdasarkan ajaran Islam menyumbang besar kepada kemakmuran dan kemajuan
sistem pemerintahan Melaka.
Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undang
pemerintahan terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah Hukum Kanun Melaka
yang mengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang-
undang Keluarga, Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi
pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan. Kedua ialah Undang-undang
Laut Melaka. Ianya berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan
jenayah perniagaan dan bidang kuasa nakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan.
Kedudukan yang strategik, membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan,
ia menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur, barat, dan selatan. Dari arah timur,
Melaka didatangi oleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun. Dari arah barat Pedagang
India berpusu-pusu datang berdagang, manakala di sebelah selatan pula, Melaka
menjadi tumpuan para pedagang dari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah
jajahannya.
Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh panglima
dan laksamana Melaka yang proaktif.Ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk
para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh
Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam dilaksanakan.
Melalui dasar pintu terbuka ini, wujudlah masyarakat majmuk pertama dalam sejarah
Malaysia.
Zaman empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti di mana proses
penghijrahan berlaku secara alamiah (perubahan yang berlaku ke atas sesebuah
kumpulan etnik sehingga cirri-ciri budaya asal itu berubah kepada budaya baru) tanpa
ada pemaksaan daripada mana-mana pihak.
Masyarakat Baba lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka memanggil
diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan".
Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka
adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka yang terbentuk
hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang
tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain.
Proses Kemasukan Kaum Imigran
British berperanan penting dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah
Melayu dengan membawa kaum imigran iaitu kaum Cina dan India.
Keperluan British untuk memajukan sektor perlombongan dapat dilengkapi dengan
kehadiran tenaga buruh daripada orang Cina yang terkenal dengan sikap rajin tetapi
sanggup pula menerima upah yang murah.
pada waktu itu peluang-peluang yang diberikan oleh British untuk berhijrah adalah
menarik dimana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk berhijrah seperti
adanya sistem tiket kredit, pengambilan oleh majikan dan sistem pengambilan rumah
kongsi.
Sistem tiket kredit memberikan kemudahan hutang untuk menampung segala kos
perjalanan mereka dari negara China ke Tanah Melayu.
Sistem pengambilan oleh majikan pula lebih kurang sama dengan sistem tiket kredit
Cuma perbelanjaan adalah ditanggung oleh majikan itu sendiri.
Sistem pengambilan rumah kongsi pula adalah dimana urusan perpindahan buruh-
buruh diuruskan oleh rumah tumpangan atau dikenali sebagai Rumah Kongsi dan segala
kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh rumah kongsi tersebut. Sekiranya majikan
mengambil buruh dari rumah kongsi mereka perlu membayar kepada rumah kongsi
tersebut.
Masyarakat Cina di Malaysia sebagai golongan majoriti ke dua teramai di Malaysia
sekarang ini dan memberikan kesan penting dalam sistem pentadbiran dan
perekonomian negara.
India merupakan tanah jajahan british pada masa itu.
Perkembangan yang pesat dalam sector perladangan di Tanah Melayu dalam pertanian
dagang seperti getah, kelapa sawit, kopi, the dan tebu memerlukan tenaga buruh yang
ramai. Masyarakat India merupakan bangsa yang berpengalaman luas dalam sektor
pertanian ladang adalah aset terbaik untuk digunakan bagi membangukan sektor
perladangan di Tanah Melayu.
Mereka merupakan buruh yang berdaya tahan dan lasak jika dibandingkan dengan
buruh tempatan.
Terdapat tiga cara buruh India di bawa ke Tanah Melayu iaitu Sistem Kontrak, Sistem
Kangani dan Tabung Imigran India.
Sistem kontrak menyebabkan buruh dari India terikat dengan majikannya dan sering
berlaku penindasan terhadap buruh-buruh berkenaan menyebabkan sistem ini
dihapuskan pada 1910.
Sistem Kangani diperkenalkan bagi menggantikan sistem kontrak. Sistem ini lebih bebas
di mana buruh-buruh berkenaan bebas memilih pekerjaan yang dikehendakinya dan
hanya perlu membayar balik kos perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu.
Tabung imigran India merupakan tabung yang diwujudkan oleh British untuk membawa
masuk buruh-buruh India bekerja di Tanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah
ditanggung dengan dana dari tabung ini.
Kadar kepulangan buruh-buruh India ke negara mereka adalah paling tinggi. Daripada
38,801 orang buruh yang datang lebih kurang 12,000 orang telah pulang ke India
menjelang tahun 1908.
Kesan dan Pengaruhnya Kepada Hubungan Kaum
Dasar penjajahan British iaitu ‘Pecah dan Perintah’ telah menimbulkan kesan yang
ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga
buruh di Malaysia.
British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan ini
kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di
kampong dan menjalankan ekonomi tradisi. Penyertaan orang-orang Melayu dalam
sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara kecil kecilan atau sederhana
hampir tiada kerana ketiadaan modal.
Inggeris lebih menggalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombonglombong dan
orang-orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sector
perlombongan dan perladangan telah mendatangkan keuntungan besar lebih-lebih lagi
bijih timah dan getah amat diperlukan di pasaran dunia.
Apabila berlakunya darurat kebanyakan orang-orang Cina yang tinggal di kawasan-
kawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar
oleh pihak Inggeris. Mereka yang telah ditempatkan semula itu diberikan modal oleh
Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan
perniagaan di bandar.
Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini telah memberikan impak yang besar
kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang
besar dan aktiviti yang berlainan, polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat
tinggal dan pekerjaan, sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing
berlandaskan etnik.
Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah
tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telah
memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata
iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
UNIT 6: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Definisi Perlembagaan
perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi set undang-undang yang
berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh
mentadbir dengan lancar.
KONSEP PERLEMBAGAAN
Malaysia mempunyai suatu undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang
merupakan Undang-Undang Tertinggi Negara.
perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang
tertinggi bagi memerintah negara.
Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan juga dikonsepkan sebagai Keluhuran
Perlembagaan.
Konsep Federalisme Dalam Perlembagaan Persekutuan
Konsep federalisme secara umum adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa antara
kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Perkara berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam
perkara-perkara berikut:
 Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan).
 Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan).
 Perkara 75 (Ketinggian undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang
negeri).
 Perkara 76 (Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang kepada negeri).
 Perkara 76A (Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri).
 Perkara 80 (Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa
perundangan)
Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan
TIDAK BERTULIS- Merupakan bentuk perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu
surat
BERTULIS-Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu
surat
Kepentingan Perlembagaan
Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan.
Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Perlembagaan menentukan juga tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan
seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak
boleh dipersoalkan.
Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 Dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.
 Merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada
dua dokumen sebelumnya iaitu 1) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
2) Perlembagaan Persekutuan 1957
 Ia menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan
persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan
raya, kehakiman, perkhidmatan awam, kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif
dan darurat, Am dan pelbagai, peruntukan sementara dan peralihan, perkecualian bagi
kedaulatan raja-raja, prosiding terhadap Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja
 Perlembagaan telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya yang telah
melakukan kajian dalam tahun 1956.
 Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31-8-1957
 Kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun
1963.
 Singapura keluar dari persekutuan Malaysia pada tahun 1965.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK SEJARAH
 Suruhanjaya Perlembagaan ditubuhkan pada bulan Mac 1956.
 Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh 4 orang hakim dari
Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik
(India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
 Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bualan Februari
1957.
 Rangka Perlembagaan dikaji oleh Jawatankuasa Kerja yang mengandungi 11 Orang ahli,
iaitu empat orang wakil raja Melayu, empat orang wakil Parti Perikatan, Pesuruhjaya
Tinggi British, Setiausaha Persekutuan dan Peguam negara.
 Rangka Perlembagaan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan
dan diluluskan pada 15 Ogos 1957.
 Semenjak merdeka hingga tahun 1982 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 22 kali.
Kandungan Perlembagaan Malaysia
 Terdapat 3 aspek yang saling berkait iaitu: kerohanian perlembagaan, peruntukan
perlembagaan dan pelaksanaan perlembagaan.
 Isi kandungan Perlembagaan Malaysia
Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan
Kebebasan Asasi
Kewarganegaraan
Persekutuan
Negeri-Negeri
Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri.
Peruntukan Kewangan
Pilihan Raya
Kehakiman
Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam
Kuasa-kuasa Khas Menentang kegiatan Subversif dan Darurat.
Am Dan Pelbagai peruntukan sementara dab peralihan
Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja
Prosiding terhadap Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja
KANDUNGAN
PERLEMBANGAN
MALAYSIA
Kerohanian
perlembagaan
Pelaksanaan
perlembangan
Peruntukan
perlembagaan
181 Artikel
14 bahagian
Sejarah pindaan
Isu pemisahan
Singapura
Isu berkaitan
jantina
kekebalan raja
Pembahagian kuasa
Senarai persekutuan
Senarai negeri
Senarai bersama
Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan
persekutuan
Pemerintahan beraja
Kedudukan istimewa orang Melayu
Agama Islam
Bahasa Melayu

More Related Content

What's hot

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikNoredatul Gabo
 
Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosioAFIQAH
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kinimurni mohamat
 
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10afi_fiz
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3mus mus
 
Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19李 舜生
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuMisiah Bayani
 
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)Ashikin Azeman
 
C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik en.boon\bab 3 - pluralist...
C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik   en.boon\bab 3 - pluralist...C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik   en.boon\bab 3 - pluralist...
C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik en.boon\bab 3 - pluralist...lynaatika Yusof
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaNaayla Asiyah
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliaisyamafiza
 
Kesan2 dasar ekonomi
Kesan2 dasar ekonomiKesan2 dasar ekonomi
Kesan2 dasar ekonomiShakila Isa
 
SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi dzulkiflijks
 

What's hot (20)

Tutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnikTutorial minggu 3 hubungan etnik
Tutorial minggu 3 hubungan etnik
 
Asement kum sosio
Asement kum sosioAsement kum sosio
Asement kum sosio
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
 
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
dasar British dan kesan kepada ekonomi sejarah bab 10
 
Kuliah 3
Kuliah 3Kuliah 3
Kuliah 3
 
Masyarakatmajmuk
MasyarakatmajmukMasyarakatmajmuk
Masyarakatmajmuk
 
Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19Asia Tenggara Abad ke-19
Asia Tenggara Abad ke-19
 
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah MelayuKesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
Kesan Kedatangan Masyarakat Cina ke Tanah Melayu
 
MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik MPU 3122 : hubungan etnik
MPU 3122 : hubungan etnik
 
Ctu
CtuCtu
Ctu
 
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik en.boon\bab 3 - pluralist...
C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik   en.boon\bab 3 - pluralist...C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik   en.boon\bab 3 - pluralist...
C:\users\user\documents\pismp sem3\hubungan etnik en.boon\bab 3 - pluralist...
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razaliTugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
Tugasan 1 kenegaraan sem 1 rosliza bt razali
 
Kesan2 dasar ekonomi
Kesan2 dasar ekonomiKesan2 dasar ekonomi
Kesan2 dasar ekonomi
 
SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi SJH1034 - Kesan sosioekonomi
SJH1034 - Kesan sosioekonomi
 

Viewers also liked

Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-KenegaraanNota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraanlurve_shasha
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysiaNur Az
 
NOTA RINGKAS BAB 3
NOTA RINGKAS BAB 3NOTA RINGKAS BAB 3
NOTA RINGKAS BAB 3Meera Zaheed
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduanRosli Dol Haji
 
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARANOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARARusslan Ssvs
 
Cinta tanah air dan patriotisme power point
Cinta tanah air dan patriotisme power pointCinta tanah air dan patriotisme power point
Cinta tanah air dan patriotisme power pointhasan_dr
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tasamranaziz67
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikMahyuddin Khalid
 

Viewers also liked (8)

Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-KenegaraanNota ringkas Bab 2-Kenegaraan
Nota ringkas Bab 2-Kenegaraan
 
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
1 pengenalan kepada kenegaran malaysia
 
NOTA RINGKAS BAB 3
NOTA RINGKAS BAB 3NOTA RINGKAS BAB 3
NOTA RINGKAS BAB 3
 
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduanAsigment kenegaraan    kontrak sosial membentuk perpaduan
Asigment kenegaraan kontrak sosial membentuk perpaduan
 
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARANOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
NOTA KONSEP KENEGARAAN DAN KONSEP NEGARA
 
Cinta tanah air dan patriotisme power point
Cinta tanah air dan patriotisme power pointCinta tanah air dan patriotisme power point
Cinta tanah air dan patriotisme power point
 
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman taspertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
pertandingan syarahan 2014 sjkc taman tas
 
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & PluralistikHubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
Hubungan Etnik - Pluraliti & Pluralistik
 

Similar to Kenegaraan nota 1

MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)Stylist Girl
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)kim rae KI
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01jasfida
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaSyah Nizam
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptctwa1
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sejDhani Ahmad
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalNur Az
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalWanBK Leo
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02faizah12
 
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msiaBab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msiaCgkhairi Sksrikinta
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfAnisFikriyah2
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaMohd Tarmizi
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumUmizah Khamis
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnikkhatijah1889
 
Apa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaApa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaAi Peng Chong
 

Similar to Kenegaraan nota 1 (20)

MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
MPU21032-ETIKA & PERADABAN DALAM MASYARAKAT KEPELBAGAIAN(3.3/3.4)
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
Bab6 cabaranterhadaphubunganetnikdimalaysiadanglobal-091117022931-phpapp01
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
 
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.pptChapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
Chapter 6 - Multiracional and National Unity.ppt
 
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sejBab 2  pluraliti masyarakat melayu dlm sej
Bab 2 pluraliti masyarakat melayu dlm sej
 
Pluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakatPluraliti dan masyarakat
Pluraliti dan masyarakat
 
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan globalBab 5  cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
Bab 5 cabaran terhadap hubungan etnik di msia dan global
 
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan GlobalHubungan Etnik Bab 6   Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
Hubungan Etnik Bab 6 Cabaran Terhadap Hubungan Etnik Di Malaysia Dan Global
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
Bab5 cabaranterhadaphubunganetnikdimsiadanglobal-121209020418-phpapp02
 
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msiaBab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
Bab 3 pluraliti n masy pluralistik di msia
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 
Acuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi MalaysiaAcuan Ekonomi Malaysia
Acuan Ekonomi Malaysia
 
Imigren presentation 1
Imigren presentation 1Imigren presentation 1
Imigren presentation 1
 
Etnk bab 3
Etnk bab 3Etnk bab 3
Etnk bab 3
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Apa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysiaApa itu kontrak sosial malaysia
Apa itu kontrak sosial malaysia
 

Kenegaraan nota 1

  • 2.
  • 3.
  • 4.
  • 5.
  • 7.
  • 8.
  • 9.
  • 10.
  • 11.
  • 12. Unit 5: Masyarakat Makmur dan Hubungan Kaum Menurut F.S. Furnival konsep masyarakat majmuk adalah: i- Terdiri daripada penduduk berbagai kaum yang mempunyai dan mengamalkan kebudayaan, agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain. ii- Masyarakat yang mempunyai dua atau lebih unsur kebudayaan atau susunan social yang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup di dalam satu unit politik yang sama. iii- Rakyat dari keturunan asal yang berbeza lebih suka hidup didalam kawasan petempatan yang berasingan. iv- Kehidupan masyarakat bercirikan pertentangan, konflik dan paksaan. v- Interaksi sosial antara anggota masyarakat sangat terbatas, interaksi yang berlaku hanya terhad dalam kegiatan ekonomi berjual beli. Menurut Prof. Dato’ Dr. Shamsul Amri masyarakat di Malaysia dikategorikan sebagai ”stable tension”. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa hubungan kaum di Malaysia jika tidak dipupuk akan menjurus kepada pertembungan etnik yang memberikan kesan yang tidak baik sebagaimana peristiwa hitam yang pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, masyarakat majmuk di Malaysia haruslah dipupuk dan disemai agar peristiwa itu tidak berulang. Masyarakat Sebelum Kedatangan Barat Pembentukan masyarakat majmuk secara intensif bermula bila kedatangan British khasnya ke Tanah Melayu atas faktor utamanya dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Masyarakat luar yang datang sebelum kedatangan barat adalah berlaku dalam jumlah yang kecil dan hanya tertumpu di beberapa tempat yang aktif dengan aktiviti perdagangan sahaja seperti Melaka, Kuala Terengganu, Sungai Jorhor, Sungai Pahang dan Kelantan. Kelompok pedagang ini datang untuk berdagang secara suka rela untuk mencari kehidupan dan kekayaan. Para pendatang secara suka rela sanggup berkahwin dengan orang tempatan. Contohnya, masyarakat Cina Baba ialah keturunan Cina yang telah berkahwin dengan masyarakat tempatan. Pembentukan Masyarakat Semasa Kedatangan Barat Kaum China dan India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara adalah demi kepentingan ekonomi-politik British. Mereka dibawa masuk khas untuk bekerja sebagai buruh. Buruh-buruh China dikerah untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan emas. Manakala buruh-buruh India pula dikerah untuk bekerja di ladang-ladang getah.
  • 13. Mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik- agama yang wujud di Asia Tenggara. maka mereka mewujudkan kelompok masyarakat berserta dengan sosial-politik-agama mereka sendiri. Akibatnya, setiapkelompok gagal mengenali antara satu sama lain. Inilah masyarakat plural seperti yang dimaksudkan oleh Furnivall. Inggeris pula menggunakan ‘senjata’ serampang dua mata di dalam misi penjajahan mereka iaitu imperialisme dan kolonialisme. Dari aspek imperialisme, mereka menjajah secara fizikal di mana segala kekayaan muka bumi akan diperah demi untuk kepentingan ekonomi negara mereka sendiri. Dari segi kolonialisme pula mereka memperkenalkan sistem sosial-politik-agama mereka kepada penduduk tempatan. Maka dikatakan inilah permulaan kepada pemisahan di antara pluralistik dan masyarakat plural. Kerajaan Melaka dan Masyarakat Majmuk Zaman empayar Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesar yang mempunyai Misi dan visi yang hebat. Melaka menakluki hampir seluruh Semenanjung Tanah Melayu serta sebahagian pulau Sumatera seperti Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderagiri dan Kepulauan Riau-Ringga. Kewujudan Empayar Melayu Melaka dengan segala kehebatannya amat berkait rapat dengan pengamalan hukum-hukum Islam. Perlembagaan Melaka yang dilaksanakan berdasarkan ajaran Islam menyumbang besar kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka. Undang-undang Melaka yang disusun lengkap dan dijadikan undang-undang pemerintahan terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah Hukum Kanun Melaka yang mengandungi Undang-undang Jenayah, Undang-undang Muamalah, Undang- undang Keluarga, Undang-undang Keterangan dan Acara syarat-syarat menjadi pemerintah serta tanggungjawab terhadap pemerintahan. Kedua ialah Undang-undang Laut Melaka. Ianya berhubung dengan peraturan pelayaran dan perniagaan, kesalahan jenayah perniagaan dan bidang kuasa nakhoda kapal serta kes-kes yang berkaitan. Kedudukan yang strategik, membolehkan Melaka menjadi pusat lalu lintas perdagangan, ia menjadi tumpuan dari tiga arah iaitu timur, barat, dan selatan. Dari arah timur, Melaka didatangi oleh pedagang Cina dan sedikit dari Jepun. Dari arah barat Pedagang India berpusu-pusu datang berdagang, manakala di sebelah selatan pula, Melaka menjadi tumpuan para pedagang dari arah nusantara sendiri khususnya dari wilayah jajahannya. Keselamatan laut daripada ancaman perompak dan lanun dapat dikawal oleh panglima dan laksamana Melaka yang proaktif.Ini menjadikan suasana selamat dan aman untuk para pedagang datang berdagang di pelabuhan Melaka. Keadaan ini disokong kuat oleh Undang-undang Laut Melaka yang berteraskan ajaran Islam dilaksanakan. Melalui dasar pintu terbuka ini, wujudlah masyarakat majmuk pertama dalam sejarah Malaysia.
  • 14. Zaman empayar kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman pluraliti di mana proses penghijrahan berlaku secara alamiah (perubahan yang berlaku ke atas sesebuah kumpulan etnik sehingga cirri-ciri budaya asal itu berubah kepada budaya baru) tanpa ada pemaksaan daripada mana-mana pihak. Masyarakat Baba lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan". Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chitty Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain. Proses Kemasukan Kaum Imigran British berperanan penting dalam proses pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dengan membawa kaum imigran iaitu kaum Cina dan India. Keperluan British untuk memajukan sektor perlombongan dapat dilengkapi dengan kehadiran tenaga buruh daripada orang Cina yang terkenal dengan sikap rajin tetapi sanggup pula menerima upah yang murah. pada waktu itu peluang-peluang yang diberikan oleh British untuk berhijrah adalah menarik dimana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk berhijrah seperti adanya sistem tiket kredit, pengambilan oleh majikan dan sistem pengambilan rumah kongsi. Sistem tiket kredit memberikan kemudahan hutang untuk menampung segala kos perjalanan mereka dari negara China ke Tanah Melayu. Sistem pengambilan oleh majikan pula lebih kurang sama dengan sistem tiket kredit Cuma perbelanjaan adalah ditanggung oleh majikan itu sendiri. Sistem pengambilan rumah kongsi pula adalah dimana urusan perpindahan buruh- buruh diuruskan oleh rumah tumpangan atau dikenali sebagai Rumah Kongsi dan segala kos perbelanjaan adalah ditanggung oleh rumah kongsi tersebut. Sekiranya majikan mengambil buruh dari rumah kongsi mereka perlu membayar kepada rumah kongsi tersebut. Masyarakat Cina di Malaysia sebagai golongan majoriti ke dua teramai di Malaysia sekarang ini dan memberikan kesan penting dalam sistem pentadbiran dan perekonomian negara. India merupakan tanah jajahan british pada masa itu. Perkembangan yang pesat dalam sector perladangan di Tanah Melayu dalam pertanian dagang seperti getah, kelapa sawit, kopi, the dan tebu memerlukan tenaga buruh yang ramai. Masyarakat India merupakan bangsa yang berpengalaman luas dalam sektor pertanian ladang adalah aset terbaik untuk digunakan bagi membangukan sektor perladangan di Tanah Melayu. Mereka merupakan buruh yang berdaya tahan dan lasak jika dibandingkan dengan buruh tempatan.
  • 15. Terdapat tiga cara buruh India di bawa ke Tanah Melayu iaitu Sistem Kontrak, Sistem Kangani dan Tabung Imigran India. Sistem kontrak menyebabkan buruh dari India terikat dengan majikannya dan sering berlaku penindasan terhadap buruh-buruh berkenaan menyebabkan sistem ini dihapuskan pada 1910. Sistem Kangani diperkenalkan bagi menggantikan sistem kontrak. Sistem ini lebih bebas di mana buruh-buruh berkenaan bebas memilih pekerjaan yang dikehendakinya dan hanya perlu membayar balik kos perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu. Tabung imigran India merupakan tabung yang diwujudkan oleh British untuk membawa masuk buruh-buruh India bekerja di Tanah Melayu. Segala kos perjalanan adalah ditanggung dengan dana dari tabung ini. Kadar kepulangan buruh-buruh India ke negara mereka adalah paling tinggi. Daripada 38,801 orang buruh yang datang lebih kurang 12,000 orang telah pulang ke India menjelang tahun 1908. Kesan dan Pengaruhnya Kepada Hubungan Kaum Dasar penjajahan British iaitu ‘Pecah dan Perintah’ telah menimbulkan kesan yang ketara dalam mewujudkan polarisasi pekerjaan dalam struktur perkembangan tenaga buruh di Malaysia. British tidak banyak menggunakan orang Melayu sebagai tenaga buruh. Keadaan ini kerana mereka telah menetapkan dasar supaya orang-orang Melayu terus hidup di kampong dan menjalankan ekonomi tradisi. Penyertaan orang-orang Melayu dalam sektor perladangan dan perniagaan sama ada secara kecil kecilan atau sederhana hampir tiada kerana ketiadaan modal. Inggeris lebih menggalakkan orang-orang Cina untuk bekerja di lombonglombong dan orang-orang India menjadi buruh di ladang-ladang mereka. Perkembangan sector perlombongan dan perladangan telah mendatangkan keuntungan besar lebih-lebih lagi bijih timah dan getah amat diperlukan di pasaran dunia. Apabila berlakunya darurat kebanyakan orang-orang Cina yang tinggal di kawasan- kawasan luar bandar telah ditempatkan semula di kampung-kampung baru di bandar oleh pihak Inggeris. Mereka yang telah ditempatkan semula itu diberikan modal oleh Inggeris untuk memulakan penghidupan baru terutamanya menjalankan kegiatan perniagaan di bandar. Dalam keadaan masyarakat yang terpisah ini telah memberikan impak yang besar kepada hubungan kaum terutamanya dalam aspek lompang ekonomi antara etnik yang besar dan aktiviti yang berlainan, polarisasi kaum cukup jelas dalam aspek tempat tinggal dan pekerjaan, sementara aktiviti persatuan dan akhbar masing-masing berlandaskan etnik. Selepas berlaku rusuhan kaum 13 Mei 1969 timbul kesedaran kepada pemerintah tentang masalah polarisasi pekerjaan ini. Untuk memulihkan keadaan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru yang mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
  • 16. UNIT 6: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Definisi Perlembagaan perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi set undang-undang yang berfungsi menjaga dan memerintah negara ini supaya kerajaan yang memerintah boleh mentadbir dengan lancar. KONSEP PERLEMBAGAAN Malaysia mempunyai suatu undang-undang Perlembagaan Persekutuan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi Negara. perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi bagi memerintah negara. Konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan juga dikonsepkan sebagai Keluhuran Perlembagaan. Konsep Federalisme Dalam Perlembagaan Persekutuan Konsep federalisme secara umum adalah berkaitan dengan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Perkara berkaitan dengan federalisme dalam perlembagaan dapat dikesan dalam perkara-perkara berikut:  Perkara 73 (had sempadan kuasa perundangan).  Perkara 74 (bidang kuasa perundangan dengan merujuk jadual kesembilan).  Perkara 75 (Ketinggian undang-undang persekutuan mengatasi undang-undang negeri).  Perkara 76 (Kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang kepada negeri).  Perkara 76A (Kuasa Parlimen untuk meluaskan kuasa perundangan negeri).  Perkara 80 (Pembahagian kuasa pemerintahan iaitu mengikut kuasa perundangan) Bentuk-bentuk Perlembagaan Persekutuan TIDAK BERTULIS- Merupakan bentuk perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat BERTULIS-Merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu surat
  • 17. Kepentingan Perlembagaan Menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Perlembagaan menentukan juga tanggungjawab rakyat dan batasan atau larangan seperti hak istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak yang tidak boleh dipersoalkan. Memudahkan perpaduan nasional dan pembangunan negara. PERLEMBAGAAN MALAYSIA  Dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan.  Merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu 1) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 2) Perlembagaan Persekutuan 1957  Ia menentukan pelbagai perkara tentang kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan, kedudukan negeri-negeri dalam Malaysia, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam, kuasa-kuasa Khas menentang kegiatan subversif dan darurat, Am dan pelbagai, peruntukan sementara dan peralihan, perkecualian bagi kedaulatan raja-raja, prosiding terhadap Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja  Perlembagaan telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956.  Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31-8-1957  Kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.  Singapura keluar dari persekutuan Malaysia pada tahun 1965. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DARI ASPEK SEJARAH  Suruhanjaya Perlembagaan ditubuhkan pada bulan Mac 1956.  Suruhanjaya ini diketuai oleh Lord Reid dan dianggotai oleh 4 orang hakim dari Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).  Rangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada bualan Februari 1957.  Rangka Perlembagaan dikaji oleh Jawatankuasa Kerja yang mengandungi 11 Orang ahli, iaitu empat orang wakil raja Melayu, empat orang wakil Parti Perikatan, Pesuruhjaya Tinggi British, Setiausaha Persekutuan dan Peguam negara.  Rangka Perlembagaan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan dan diluluskan pada 15 Ogos 1957.  Semenjak merdeka hingga tahun 1982 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda 22 kali.
  • 18. Kandungan Perlembagaan Malaysia  Terdapat 3 aspek yang saling berkait iaitu: kerohanian perlembagaan, peruntukan perlembagaan dan pelaksanaan perlembagaan.  Isi kandungan Perlembagaan Malaysia Negeri-Negeri, Agama Dan Undang-Undang Bagi Persekutuan Kebebasan Asasi Kewarganegaraan Persekutuan Negeri-Negeri Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri-Negeri. Peruntukan Kewangan Pilihan Raya Kehakiman Perkhidmatan-Perkhidmatan Awam Kuasa-kuasa Khas Menentang kegiatan Subversif dan Darurat. Am Dan Pelbagai peruntukan sementara dab peralihan Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja Prosiding terhadap Yang di Pertuan Agong dan Raja-raja
  • 19. KANDUNGAN PERLEMBANGAN MALAYSIA Kerohanian perlembagaan Pelaksanaan perlembangan Peruntukan perlembagaan 181 Artikel 14 bahagian Sejarah pindaan Isu pemisahan Singapura Isu berkaitan jantina kekebalan raja Pembahagian kuasa Senarai persekutuan Senarai negeri Senarai bersama Unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan persekutuan Pemerintahan beraja Kedudukan istimewa orang Melayu Agama Islam Bahasa Melayu