SlideShare a Scribd company logo
1 of 80
Download to read offline
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
             2001
Cetakan Pertama 2001
© Kementerian Pendidikan Malaysia


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.


Perpustakaan Negara Malaysia        Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum
      Belajar Cara Belajar / Pusat Perkembangan Kurikulum,
      Kementerian Pendidikan Malaysia.
      Bibliografi: ms. 83
      ISBN 983-2340-36-5
      1. Study skills. I. Judul.
      371.30281




                                             i
KATA PENGANTAR

      Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan
atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan
masa kini dan masa depan.



      Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi
tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan pelbagai
bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum.



       Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang
menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada
pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan
kurikulum dengan lebih berkesan.



      PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am
ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak
yang terlibat.




Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN
Pengarah
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia




                                     ii
Isi Kandungan

                                             Muka Surat


1.   Pengenalan                                  1

2.   Objektif Modul                              2

3.   Rasional Belajar Cara Belajar               3

4.   Apakah Belajar Cara Belajar                 5

5.   Peranan Guru dan Murid                      6

6.   Kemahiran Belajar                          11

7.   Kemahiran Maklumat                         25

8.   Strategi Metakognitif                      39

9.   Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran      51

10. Persediaan Peperiksaan                      67

11. Contoh Rancangan Pelajaran                  77

12. Bibliografi                                 84

13. Panel Penulis                               85




                               iii
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                      PENGENALAN

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup.
Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid
supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang
berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka
dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah
yang sewajarnya untuk      memperbaiki sesuatu kelemahan.
Justeru, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang
pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik
pengajaran dan pembelajaran        yang sesuai dengan murid
mereka. Modul ini dibina untuk membantu guru memahami
kemahiran belajar dan seterusnya mengaplikasikannya ke
dalam pengajaran dan pembelajaran.


Modul ini meliputi perkara yang berikut:
           Pengenalan
           - Objektif Modul
           - Rasional Belajar Cara Belajar
           - Objektif Belajar Cara Belajar
           - Apakah Belajar Cara Belajar
           - Peranan Guru; Peranan Murid
           Kemahiran Belajar
           Kemahiran Maklumat
           Strategi Metakognitif
           Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran
           Persediaan Peperiksaan
           Contoh Rancangan Pelajaran




                                   1
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



                       1. OBJEKTIF
                          MODUL

  Selepas membaca Modul Belajar Cara Belajar (BCB), diharapkan guru
  mendapati beberapa idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan
  pembelajaran (p & p) di bilik darjah yang menyerapkan BCB. Ke arah ini,
  objektif modul ini adalah untuk:

                     1.
                     Menjelaskan
                     konsep
                     belajar cara
                     belajar
                     kepada guru.                    2.
                                                     Memahami faktor
                                                     yang
                                                     mempengaruhi
                                                     pembelajaran
                     3.                              murid.
                     Membimbing guru
                     mengenal pasti
                     strategi pembelajaran
                     yang sesuai
                     untuk murid.


                                              4.
                                              Membantu guru
                                              mengaplikasikan
                                              kemahiran belajar cara
                                              b l j d l     &

6.
Menyediakan contoh
rancangan p & p
untuk guru.                                  5. Membantu guru melatih
                                             guru lain menjalankan
                                             p & p berdasarkan Belajar
                                             Cara Belajar.


                                    2
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



               2. RASIONAL BELAJAR
                   CARA BELAJAR


Belajar Cara Belajar diperkenalkan kerana beberapa sebab :


           Masa di bilik darjah
           terhad.
           Pengetahuan dan
           maklumat yang diterima



  -                                 Murid perlu bertanggungjawab
                                    terhadap pembelajaran
                                    mereka.

                                 Murid perlu belajar untuk
                                 memperoleh maklumat tambahan
                                 di luar waktu persekolahan.




            Murid perlu meningkatkan
            keupayaan mereka untuk
            mempelajari sesuatu.




      Kemahiran Belajar Cara Belajar sejajar
      dengan matlamat pendidikan untuk
      menyemai kemahiran belajar seumur hidup di
      kalangan murid.




                                    3
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




      3. OBJEKTIF BELAJAR
          CARA BELAJAR




Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti yang berikut:




                    Menyediakan murid
                    yang berupaya belajar
                    sendiri tanpa guru.



   Membolehkan murid
   menggunakan pengetahuan
   sedia ada, rakan dan bahan
   lain sebagai sumber
   pembelajaran.




                             Membolehkan murid membuat
                             refleksi dan menilai tahap
                             pembelajaran sendiri.




                               Membolehkan murid
                               mengaplikasikan pengetahuan
                               & kemahiran ke situasi lain,
                               sama ada dalam mata pelajaran
                               lain dan pergaulan.



                         4
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




 4. APAKAH BELAJAR
    CARA BELAJAR




Pengertian Belajar Cara Belajar

Belajar Cara Belajar ialah proses untuk
memperoleh teknik belajar sama ada
bersama guru atau tanpa guru.




                  5
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




              5. PERANAN GURU DAN
                   MURID DALAM
             BELAJAR CARA BELAJAR




                     a)    Peranan Guru




Menentukan objektif pembelajaran.


    Menyesuaikan gaya pengajaran guru
    dengan gaya pembelajaran murid.


          Menyediakan pelbagai teknik dan
          aktiviti untuk menjalankan p&p.

                Memilih bahan p&p yang sesuai.


                     Berbincang dengan murid.


                          Menilai secara formatif & sumatif
                          dan merekod pencapaian murid.



                               Mengambil tindakan susulan yang
                              sewajarnya.




                               6
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                         b) Peranan Murid



Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran.


  Menilai keupayaan diri untuk belajar dan
  mengambil tindakan seterusnya.

        Menetapkan matlamat & diharapkan dapat menjayakannya.


             Berbincang dengan guru sama ada
             matlamat yang ditetapkan mampu dicapai atau tidak.

                    Merancang pembelajaran secara terperinci.


                   Melaksanakan perancangan.


                  Melaporkan kemajuan pencapaian.


         Berbincang dengan rakan sebaya dan guru
         tentang tugasan, kerja projek, penguasaan
         kosa kata.

       Membuat refleksi dan menilai pencapaian.


     Memberikan ganjaran atas kejayaan diri.




                              7
Kemahiran
  Belajar
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



                    KEMAHIRAN BELAJAR

   Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk
menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam
                peperiksaan dan kehidupan.

Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti:



                     Mendengar
                     dengan berkesan


                         Membaca
                           Luncuran (Skimming)
                           Imbasan (Scanning)
                           Intensif
                           Laju



                 Mencatat Nota




                              Menulis
                                Laporan
                                Cepat




                           Mengingat



                              11
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




   a. Kemahiran Mendengar Dengan Cekap

   Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses
       komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif
       dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan
       kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar.

   Kemahiran mendengar melibatkan:




        Apa yang didengar              Pelbagai teks seperti


                               puisi
              arahan                               muzik

                                                   ucapan
           lakonan

                                                     lagu
     pengumuman
                                                 berita
                              syarahan


                                   Untuk mendapatkan maklumat, fakta,
Mengapa mendengar                  data, pengetahuan

                                   Untuk menghayati keindahan bahasa
                                   dan muzik

                                   Untuk mengetahui perkembangan
                                   semasa

                                   Untuk mendengar penjelasan guru
                                   tentang sesuatu




                              12
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                             Sesiapa sahaja yang:
Siapa yang didengar             Memberikan maklumat

                                Memberikan penjelasan

                                membuat pertanyaan

                                memberikan pendapat




Bagaimana
mendengar
                             Dengan teliti dan penuh
dengan berkesan              perhatian

                             Dalam suasana yang tenang
                             dan selesa




Bagaimana              Motivasikan diri untuk memberikan
meningkatkan           sepenuh tumpuan dan perhatian kepada
kemahiran              pembelajaran hari itu
mendengar
                       Memandang ke arah guru

                       Menumpukan perhatian kepada apa
                       yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis




                      13
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR


       b. Kemahiran Membaca
                  .


Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat,
pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah
proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat
jenis gaya bacaan, iaitu:


i. Skimming (Luncuran)

                  Skimming    ialah     kemahiran membaca    untuk
                  mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai
                  sesuatu bahan atau maklumat.
      Tujuannya untuk mendapatkan:
                     maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan
                     atau dokumen
                     pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
      Bagaimanakah membuat skimming:

                     membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan
                     atau dokumen

                     membaca dengan menggunakan pergerakan mata
                     yang cepat

                     memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang
                     dibaca


ii.     Imbasan (Scanning)
        Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat
        yang lebih mendalam daripada skimming.

        Tujuannya adalah untuk :
                    mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan
                    kepada sesuatu persoalan.

        Bagaimana membuat imbasan:

                          Membaca pendahuluan dan rumusan teks
                          secara mendalam
                          Membaca kandungan bab dengan pantas
                          sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang
                          dinyatakan
                          Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik
                          yang ada


                                 14
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




iii. Bacaan Intensif
            Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca
            untuk mendapatkan maklumat terperinci.

            Bacaan Intensif memerlukan:

                            tumpuan

                            ketekunan

                            masa yang lebih panjang untuk
                            mendapat makna

     Tujuannya adalah untuk :
         mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan
         perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.




 iv. Bacaan Laju

                       Memerlukan:

                            kebolehan laju membaca

                            kefahaman serentak membaca



                       Tujuannya adalah untuk :

                           menggunakan masa terhad dengan lebih
                           produktif

                           menjimatkan masa

                           memperoleh     maklumat    tambahan      pada
                           kadar
                           yang cepat




                                15
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

          Tip Bacaan Laju (Speed Reading)


                     Bagaimanakah membaca laju

i.   Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama.
     Ini boleh dibuat dengan:
         membaca cepat seluruh buku
         membaca cepat senarai bab
         membaca cepat semua bahagian
         membaca cepat semua perenggan

ii. Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda-
    tanda perbezaan seperti:
       tulisan condong
       tulisan bergaris
       tulisan tebal
       fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, …)
       fakta yang bersiri abjad (a, b, c, …)

iii. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kata
     awalan ayat seperti:
       Pertama…,Kedua…., Ketiga…..
       Sebaliknya…
       Contohnya….
       Dengan itu ….
       Selanjutnya….

iv. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada bentuk grafik seperti:
      Graf
      Jadual
      Gambar rajah

v.    Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca:
       mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukar
       membaca laju diikuti dengan catatan nota kerana catatan nota
       memaksa pembaca berfikir
       berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama
       bahan yang dibaca.

vi. Mengaplikasikan atau mengaitkan
    bacaan dengan pengalaman pembaca.




                                  16
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




 c. Kemahiran Mencatat Nota

  Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta,
  maklumat dan isi penting daripada bahan yang
  dibaca, dilihat atau didengar.

  Mencatat nota berlaku dalam semua situasi
  belajar seperti semasa kuliah, ceramah,
  penerangan, temuduga, membaca buku atau
  bahan lain.




 Mengapakah                   Mencatat isi utama penting sebagai
perlu mencatat                rujukan.
    nota ?
                              Daripada isi penting boleh
                              dikembangkan kepada fakta asas.

                              Catatan nota dikumpulkan untuk
                              keperluan rujukan tambahan masa
                              depan.




                         17
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                           Ciri nota yang baik

             Mengandungi rangka kasar sahaja.

             Terdiri daripada idea utama.

             Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas.

             Catatan terang dan mudah dibaca.

             Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama
             dengan =) dan singkatan perkataan (contoh:yang =
             yg, dengan = dgn).

             Ada lakaran dan grafik yang menyokong teks.

             Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai
             nota dan maklumat tambahan.

             Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting.

            Nota disemak semula supaya tidak tertinggal
            idea penting.

Bagaimanakah mencatat catatan

    Berikan perhatian pada maklumat yang
    didengar, dibaca dan dilihat.

    Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan
    sebelum dicatat.

    Hanya fakta baru sahaja yang dicatatkan
    kerana ini merupakan pembelajaran baru.

    Baca dan susun semula catatan.

    Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk
    grafik seperti anak panah, garisan,
    bulatan, dan sebagainya.

                            18
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




d. Kemahiran Menulis

 i.   Menulis Laporan


      Panduan umum untuk menyediakan laporan adalah
      seperti yang berikut:

           Memiilih topik sekiranya topik tidak diberikan

           Mendapatkan maklumat daripada pelbagai
           sumber

           Meneliti dan memilih maklumat yang relevan
           dengan topik

           Membuat nota

           Menyediakan kerangka laporan

           Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber
           yang dipetik

           Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan
           bahan grafik yang lain yang sesuai

           Menyemak draf

           Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua

           Menerbitkan laporan




                               19
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR


ii.     Kemahiran Menulis Cepat


      Menulis    cepat    ditafsirkan  sebagai
      kemahiran menulis dengan kepantasan
      yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca
      oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat
      memerlukan unsur:
           Kelajuan menulis
           Tulisan yang boleh dibaca.
           Kandungannya difahami.




Mengapakah
perlu menulis
   cepat?
   cepat?                Banyak maklumat yang boleh dicatat.

                         Dalam peperiksaan masa terhad tetapi
                         memerlukan banyak isi jawapan yang boleh
                         ditulis.

                         Menjimatkan masa.




       Apakah pra-
              pra-
      syarat menulis
         cepat ?
                             Murid mempunyai banyak maklumat atau
                             fakta dalam ingatannya semasa menjawab
                             soalan peperiksaan.

                       Murid boleh mengingat kembali fakta atau
                       maklumat dengan cepat.

                       Murid menyediakan alat tulis yang sesuai seperti
                       pen yang sempurna dan pensel yang tajam.




                              20
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                             Latihan untuk menulis cepat

                          Pilih satu topik untuk dikarang.
                          Peruntukkan masa untuk mengarang
                          topik.
                          Tulis karangan itu dalam masa yang
                          ditentukan.
                          Minta rakan membaca karangan dan
                          memberikan maklum balas dari segi
                          tulisan dan isi karangan.
                          Ulang latihan dengan mempercepat
                          masa menulis.



       e. Kemahiran Mengingat



    Mengingat ialah proses pembelajaran yang
    berkaitan dengan kefahaman dan
    penggunaan deria dengar dan deria lihat
    yang baik.

    Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk
    mengingat kembali dengan menyebut atau
    menulis fakta dan kejadian yang telah
    berlaku selepas beberapa lama.

Jenis Ingatan

 Ingatan jangka pendek         maklumat tersimpan sebentar
 sahaja.

 Ingatan jangka panjang           maklumat yang kekal dalam
 ingatan.




                             21
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




Proses Ingatan
Proses ingatan terbahagi kepada tiga langkah, iaitu:

                                  Mendaftar maklumat hingga boleh
                                  dikekalkan dalam ingantan (encoding )




                                          Menyimpan maklumat




                                     Mengingat kembali maklumat
                                             (decoding)




   Cara Mengingat


                         Mereka cerita
                         Mencipta irama atau lagu
                         Membuat catatan
                         Membuat lakonan
                         Membuat senarai semak
                         Mencipta akronim –
                         contoh: HKL (Hospital Kuala Lumpur)
                         Mencipta akrostik - contoh: MAGERAN
                         (Majlis Gerakan Negara)
                         Membuat rantaian atau berlawan
                         contoh: piring - cawan
                         Melakar grafik dan ilustrasi - peta, graf dan
                         peta minda
                         Mengingat secara kumpulan - terutama
                         nombor – contoh: nombor telefon: 795 88 345
                         Mengulang
                         Melatih tubi




                                     22
Kemahiran
Maklumat
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                    KEMAHIRAN MAKLUMAT


            Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan
      ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting.
Mengenal pasti sumber pembelajaran, cara mendapatkan maklumat daripada
 temu ramah, membuat rujukan, mengenal maklumat dalam buku, dan cara
   merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada
           kemahiran maklumat yang perlu dikuasai oleh murid.




i. Definisi Maklumat

 Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran,
 fakta, keterangan, maklumat atau cerita
 tentang sesuatu perkara atau seseorang.




ii. Definisi Kemahiran Maklumat

Keupayaan seseorang mengenal pasti
keperluan maklumat mencari dan
mengumpulkan, mengurus dan mengolah
maklumat dan membekalkan maklumat bagi
memenuhi keperluan tertentu.




                                   25
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




iii. Mengenal Pasti Sumber Pembelajaran

Maklumat boleh didapati melalui sesuatu yang didengar, dibaca dan ditonton.
Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberikan maklumat iaitu:




      Sumber yang berasaskan manusia
      (Contohnya: ibu bapa, guru, pakar bidang, rakan)

      Bahan bercetak (contohnya: akhbar, buku, majalah, ensiklopedia,
      atlas, almanak, kamus, direktori, buku tahunan, buku panduan,
      buku bibliografi, indeks, jurnal, abstrak dan buku teks).

      Bahan audiovisual (contohnya: piring hitam, radio, pita video,
      kaset video, mikrofis, filem, slaid, lutsinar, dan cakera laser).

      Sumber berasaskan komputer (contohnya: disket, CD ROM, dan
      Internet).


Setiap sumber maklumat yang dinyatakan mempunyai kelebihan dan
kelemahan sebagai akibat sifat fizikal, tenaga, harga dan cara penggunaan
bahan tersebut. Walau bagaimanapun, faktor penentu ialah kuantiti dan
kualiti maklumat yang terkandung dalam sesuatu sumber.

iv. Jenis Sumber/Bahan

        1.Jurnal
         .                              13. Buku Tahunan
        2.Laporan                       14. Almanak
        3.Kertas Kerja                  15. Indeks
        4. Paten                        16. Abstrak
        5.Standard/Piawaian             17. Bibliografi
        6.Tesis/Disertasi               18. Ulasan/Resensi
        7.Katalog Perdagangan           19. Direktori
        8.Ensiklopedia                  20. Biografi
        9.Kamus                         21. Buku Panduan /Manual
        10.Tesaurus                     22. Pangkalan Data Dalam Talian
        11.Atlas                        23. Internet
        12.Gazetiar                     24. CD-ROM




                                      26
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




v.   Mengenal Pasti Masalah Dan Maklumat
     Yang Diperlukan

     •   Memahami tugasan
     •   Menggunakan pelbagai sumber rujukan
     •   Membaca (secara imbasan dan luncuran)
         pelbagai maklumat
     •   Membina soalan asas
     •   Menentukan maklumat yang diperlukan
     •   Mengenal pasti skop sumber
     •   Membuat sumbang saran untuk mentafsir
         dan mentafsir semula masalah




vi. Menilai Dan Mengumpulkan Maklumat


• Gunakan teknik imbasan dan luncuran.
• Pilih bahan, baca, dengar dan tonton.
• Pastikan sumber sama ada sumber primer
  atau sekunder.
• Mentafsir maklumat visual seperti graf,
  peta dan carta.
• Kumpulkan buktii alasan dan butiran yang
  dapat menyokong pandangan/hujah.
• Menilai sumber maklumat dan laman web
  untuk mendapatkan yang tepat, boleh
  dipercayai, diperakui, dan sesuai dengan
  tugasan.




                               27
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

vii. Kemahiran Menemu Ramah


Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu
seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan
atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa.




                      Tentukan maklumat yang diperlukan.

                      Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak
                      ditemu ramah.

                      Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan
                      maklumat yang dikehendaki (latar belakang
                      tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya).

                      Buat temu janji dengan tokoh (tarikh, masa
                      dan tempat).

                      Sediakan dan susun soalan untuk
                      mencungkil maklumat yang dikehendaki.

                      Sediakan alat perakam, kamera dan
                      sebagainya mengikut keperluan.




                               28
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                        Tepati janji temu.

                        Beradab dan gunakan bahasa yang santun
                        (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran
                        dan ganti nama diri yang betul, menyatakan
                        tujuan, dan mengucapkan terima kasih).

                        Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika
                        tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat.

                        Adakan hubungan mata dan mendengar
                        dengan penuh perhatian.

                        Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah
                        suai soalan jika perlu.

                        Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam
                        buku catatan.

                        Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh
                        (gambar foto dan lain-lain).




Teliti semula maklumat yang dicatat dan
dirakamkan.

Rangka persembahan maklumat dan tulis
draf pertama.

Lengkapkan persembahan dengan
mendapatkan maklumat tambahan
daripada sumber lain atau hubungi orang
yang ditemu ramah semula.

Lengkapkan persembahan dengan bahan
grafik, gambar, lampiran dan senarai
rujukan.



                              29
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

viii. Kemahiran Membuat Rujukan

      Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang
      perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan
      maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya.


            Kaedah Mengesan Maklumat & Merujuk
             Bahan di Pusat Sumber Perpustakaan




        dengan
        menggunakan kad
        katalog
                                         dengan                    dengan
                                         alat baca                 komputer
                                         mikrofis                  OPAC.
        yang berasaskan
        sistem pengelasan
        yang tertentu
        misalnya Library of
        Congress atau
        Sistem Perpuluhan
        Dewey




Menggunakan Laci Kad Katalog

                                         laci kad pengarang
Ada tiga jenis laci kad katalog          kad perkara
                                         kad judul


Anda boleh menggunakan satu daripada laci tersebut berdasarkan maklumat
yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara atau / dan judul.
Anda boleh menggunakan mana-mana laci yang anda ada maklumatnya.




                                  30
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem
Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh
kelas maklumat iaitu:

000-099    Karya Am
100-199    Falsafah
200-299    Agama
300-399    Sains Kemasyarakatan
400-499    Bahasa
500-599    Sains Tulen
600-699    Teknologi
700-799    Kesenian dan Hiburan
800-899    Kesusasteraan
900-999    Geografi, Sejarah dan Biografi


ix. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku


Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman
judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar
kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu.


Pada kulit hadapan tertera tajuk buku dan nama     Penterjamahan
pengarang.                                         oleh
                                                   A.M.Mohd.Ali
                                                   Virginia M.
                                                   Hooker




Pada halaman judul terdapat maklumat tentang
judul buku, judul kecil, nama pengarang            Sejarah
sepenuhnya, nama penyunting (jika ada) dan         Melayu-Islam
nama penerbit.                                     Virginia M.
                                                   Hooker




                               31
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




Pada bahagian halaman verso (belakang halaman              ISBN 983-622-2123-9
judul) terdapat maklumat hak cipta, tahun hak cipta,
                                                             Cetakan Pertama
tempat terbitan, catatan tentang halangan menyalin                 1991
semula,     alamat     penerbit   dan     maklumat         Karya –V.M. Hooker
pengkatalogan iaitu nombor kad katalog.                    Terjemahan: A.M.
                                                           Mohd.
                                                           Penerbitan: DBP
                                                           Dicetak oleh DBP




Bertentangan dengan halaman ini kadangkala
disertakan pengenalan atau kata aluan.                     Untuk
                                                           mengingati
                                                           guru-guruku.



                                                                 Kandungan
Jadual kandungan ialah bahagian yang penting
dalam buku. Dalamnya terkandung nama bab,                  Pengenalan 1
nama tajuk, perincian tajuk dan halaman                    Masa Lalu dan Kini 3
yang selaras dengan tajuk.                                 Dua Versi Teks 5




                                                         Bibliografi
Bibliografi terdapat selepas tajuk akhir sesebuah        Asraf Wahab 1979.
buku atau pada akhir bagi setiap bab. Dalamnya           “Rumusan Pola-pola Ayat
terkandung senarai pengarang, tahun penerbitan,          Inti”, DBP 1979.
tajuk buku/majalah/jurnal, penerbit dan                  Brown C.C. 1956. Studies
tahun terbitan disusun mengikut urutan abjad.            in Malay. London: Luzac.




Sesetengah buku memperuntukkan ruangan              klausa
daftar kata atau glosari yang mengandungi           satu unit rangkaian
                                                    perkataan yang
keterangan atau makna tentang istilah               mengandungi satu subjek &
dan singkatan yang digunakan dalam                  satu predikat.
buku tersebut.
                                                    konsonan
                                                    bunyi-bunyi bahasa
                                                    penggalan...



                                32
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




Sebelum kulit belakang terdapat ruangan      Saka, 111
                                             Salehah, 39
indeks sama ada indeks perkara atau indeks   Sayid Umar, 53
pengarang yang disusun mengikut urutan       Sejarah Bugis, 28,
abjad. Pada senarai perkara atau pengarang   32-4,
disertakan    nombor      halaman     yang   39-40, 69
memperincikan maklumat tersebut.             Universiti Riau,13
                                             Universiti Leiden, 6
                                             Universiti Malaya, 91




Pada kulit belakang kadangkala diberikan
maklumat tentang isi buku misalnya
sinopsis cerita dan biodata pengarang.       Sinopsis Cerita
                                             …………………………
                                             …………………………
                                             …………………………
                                             ……………………….

                                             Biodata:
                                             …………………………
                                             …………………………
                                             …………………………
                                             ……………………..




                              33
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

x. Kemahiran Merujuk Ensiklopedia

       Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku
       dan CD ROM) yang mengandungi maklumat
       bagi semua bidang ilmu pengetahuan.

       Maklumat ini termasuklah definisi,
       keterangan, sejarah, perangkaan dan
       bibliografi yang disusun mengikut urutan
       abjad.

       Setiap edisi ensiklopedia biasanya
       dibahagikan kepada beberapa jilid yang
       berurutan.

       Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu
       am dan khas.
       - Contoh ensiklopedia am: Oldham’s
         Encyclopedia Illustrated (ensiklopedia am
         kanak-kanak) dan Oxford Junior
         Encyclopedia.
       - Contoh ensiklopedia khas: Encyclopedia
         of Animals dan Encyclopedia of Art.


Mengesan Maklumat daripada Ensiklopedia

       Perhatikan                                    Ada ensiklopedia
       barisan                                       mempunyai jilid
       ensiklopedia di                               maklumat umum atau
       rak khas                                      kasar yang disebut
       dan lihat                                     makro. Jilid yang
       tulang                                        menerangkan secara
       belakang                                      terperinci disebut jilid
       setiap jilid.                                 mikro.

       Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau
       huruf yang pertama yang berkaitan dengan
       maklumat yang hendak dikesan.

       Kata utama seperti SUNGAI, TOKOH,
       TEMPAT, dan KEJADIAN dicap dengan huruf
       besar diikuti keterangan tentang perkataan
       tersebut.



                                 34
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



xi. Kemahiran Merujuk Kamus

   Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang
   perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti
   definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi,
   penggunaan dan kedudukan semasa sesuatu perkataan yang
   disusun mengikut urutan abjad.

   Terdapat dua jenis kamus iaitu:
     Kamus umum
     Kamus khas atau kamus istilah

Mengesan Maklumat Daripada Kamus
  Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad.


                                               fabulous               fast



                             Pada sudut atas kiri              pada sudut atas
                             setiap halaman dalam              kanan tertulis kata
                             kamus tertulis kata               terakhir bagi
                             pertama.                          halaman tersebut.



  Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama
  kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat
  halaman tersebut, cari perkataannya.

     perkataan
                                 Fabulous
                                                  keterangan makna perkataan
                     fabulous – wonderful,
                     a fabulous day
    contoh frasa     It was a fabulous week.
                     Everything went well.

    contoh ayat




                                  35
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

xii. Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet



      SENARAI ENJIN PENCARIAN

      1.   Infoseek     (http://www.go. com)
      2.   Alta Vista   (http://www.altavista. com)
      3.   Yahoo        (http://www.yahoo. com)
      4.   Google       (http://www.google.com)
      5.   Lycos        (http://www.lycos. com)
      6.   Cari         (http://www.cari.com)


                            CARA MENCARI MAKLUMAT

           1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netscape,
              Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin
              utama.

           2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang
              ditetapkan.

           3. Taip kata carian (search word/ search term) yang berkait
              Dengan perkara, topik atau tugasan yang dicari.

           4. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat tugasan tentang
              keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilih menyediakan
              versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada. Pilihan
              Bahasa Melayu.

           5. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman-
              laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan
              dengan kata carian yang dimasukkan.

           6. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk
              menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan
              maklumat yang dikehendaki.

           7. Cuba kata carian yang lain sekiranya masih tidak memperoleh
              maklumat yang sesuai atau kurang lengkap.




                                      36
Strategi
Metakognitif
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                STRATEGI METAKOGNISI


 Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa
 yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara
  untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan
    pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud,
   seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang,
           memantau dan menilai apa yang dipelajari.


Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal
pembelajarannya melalui proses yang berikut:




                             i. Merancang apa yang hendak
                                dipelajari.


                             ii. Memantau kemajuan
                                 pembelajaran diri.


                             iii. Menilai apa yang dipelajari.




                              39
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR


                   i. Proses Metakognitif

                         a.    Proses Merancang


  Proses ini memerlukan murid:

     Meramal apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara
     itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari;

     Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi;

     Membuat perancangan dari semasa ke semasa cara
     terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.




                          b.    Proses Memantau


Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri
sendiri dari semasa ke semasa perkara yang berikut:



           Apakah                    Adakah ini
           soalan yang               membawa makna
           boleh saya                kepada saya?



                                     Bagaimanakah
                                     perkara ini boleh
                                     dijelaskan?


                                 Mengapakah saya
                                 tidak memahami
                                 cerita ini?




                                40
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR


                        c.    Proses Menilai

Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:




                                        Bagaimana sesuatu
                                        kemahiran, nilai dan
                                        pengetahuan dikuasai
                                        oleh saya?



                                        Mengapakah saya
                                        mudah/sukar
                                        menguasainya?
   Apakah tindakan/
   pengubahsuaian
   yang harus saya
   ambil?




   Dengan pengetahuan ini, murid dapat memikirkan strategi yang lebih
   sesuai untuk menguasai pelajaran baru.




                                   41
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                ii. Cara Mengajar Metakognitif

                             Metakognitif tidak perlu diajar
                             sebagai satu mata pelajaran atau
                             strategi secara berasingan.




Oleh itu


Metakognitif sepatutnya diajar secara infusi iaitu
dengan menyerapkan metakognitif dalam kaedah
kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses
penyeliaan.




  iii. Kesan Daripada Penerapan Metakognitif


  Dengan penerapan ini, amalan menerapkan
  Metakognitif dalam setiap tahap pembelajaran
  secara spontan dan tanpa disedari dapat dipupuk.


  Murid    diajarkan  menggunakan     strategi
  Metakognitif untuk membantu menyelesaikan
  masalah secara bersendirian atau berbincang
  dengan rakan.




                                   42
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR


 iv. Strategi Untuk Meningkatkan Metakognitif
 Yang berikut ialah beberapa strategi untuk meningkatkan Metakognitif:


                            Terdapat 3 peringkat:
   a. Merancang


                  Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan,
                  guru perlu
                     mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut
                     dipatuhi dan strategi serta langkah untuk
                     menangani masalah dan tuju hala yang harus
                     diikuti.



                 Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu
                 memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi
                 pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang
                 tingkah laku mereka.



                  Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu
                 meminta murid menilai sejauh mana peraturan yang
                 diajarkan itu dipatuhi.




b. Menyoal Pada Semua Peringkat

                                               Apa ?
                                               Mengapa?
  Menyoal ialah satu teknik penting untuk
                                               Bagaimana?
  menjelaskan fikiran.
  Galakkan murid menimbulkan soalan kepada
  diri mereka sendiri sebelum, semasa dan
  selepas membaca, mendengar, melihat dan
  menonton sesuatu.




                                 43
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



c. Memilih Secara Sedar


berbincang dengan murid tentang pemilihan
dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan
nya sebelum keputusan dibuat.


d. Menilai Berdasarkan Pelbagai Kriteria


Metakognisi boleh dikembangkan dengan
     memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan
     mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih
     kriteria penilaian.
 Contohnya:       mengenal pasti dan membezakan apa yang dilakukan
                  sama ada sesuatu itu membantu atau menghindar

                     mengenal apa yang disukai dan tidak disukai

                     menyenaraikan baik dan buruk sesuatu aktiviti.




 e. Mengambil Kredit


   Guru harus minta murid mengenal pasti apa yang positif atau
   baik daripada tindakan murid. Murid juga boleh mendapatkan
    maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukan
                         soalan seperti :
         Apakah tindakan                       Bagaimanakah
         ini membanggakan                      tindakan itu
         diri anda?                            sepatutnya
                                               diberi


 Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan
 akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan.




                                 44
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




f. Mengelak Daripada Menyatakan ‘Saya Tidak ‘Boleh’


Cara yang boleh diaplikasikan ialah murid
memikirkan beberapa soalan:
      “Apakah informasi yang diperlukan?”
      “Apakah alatan yang diperlukan?”
      “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan
       tingkah laku berkenaan?”

Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang
pengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perlu
diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan
murid bahawa mereka boleh melakukannya.




g.   Menggalakkan Idea Daripada Murid


      Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan
      memparafrasa pernyataan yang diutarakan oleh murid
      Contohnya:

      a) GURU: Apa yang ingin anda katakan ialah …

      b) GURU: Saya rasa anda ingin mem beritahu saya bahawa …

      Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan,
      memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan
      lebih mendalam.




                              45
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



      h.    Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan


       Guru boleh menyedarkan murid mengenai tingkah laku kognitif
       mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil.

       Contohnya: Guru boleh memuji dan memberi pengiktirafan dengan;
             “Bagus, awak sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …..”
             “ Apa yang kamu semua ialah satu eksperimen yang baik.”
                “Awak telah memberikan kerjasama kepada rakan
              kamu, dan itu satu sifat yang terpuji.”




i.    Menjelaskan Maksud Perkataan Tertentu Kepada Murid


nya murid mengeluarkan perkataan seperti “tidak adil’,              ‘tidak baik’,
“Dia sangat tegas.”

perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan
 adil”, “tidak baik”, atau “sangat tegas” agar murid lebih sedar dan
bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka.




 j.    Main Peranan Dan Simulasi


           Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri
           mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah
           laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut.

           Simulasi memberikan peluang kepada murid untuk memikirkan
           bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi
           berlainan.




                                      46
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



k.    Menyimpan Jurnal


      Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu
      pengalaman dalam buku log/ harian/diari sepanjang pengalaman
      itu.

      Ini dapat membantu murid:
            - mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan
               kelakuan mereka dalam bentuk simbol atau grafik
            - melihat     kembali   persepsi   asal   mereka    dan
               membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru
            - mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut
               dan cara membuat keputusan
            - mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang
               diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan
               dalam sesuatu percubaan




 l.   Memberikan Teladan


                   Contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh guru
                   sebagai ikutan oleh murid adalah sangat
                   berkesan.

                   Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan
                   dengan jelas bagaimana beliau merancang,
                   mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah
                   laku beliau supaya murid dapat mencontohinya.




                               47
Pengurusan Masa
        &
Gaya Pembelajaran
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                    PENGURUSAN MASA


Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan
perancangan yang tersusun dan sistematik.

Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang
terperinci yang merangkumi:
      sesi pembelajaran, dan
      aktiviti-aktiviti lain dalam sehari.

Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi
pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain.




i. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian?

      Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan
      masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran.
      Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata
      pelajaran atau topik.
      Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata
      pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar.
      Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan
      sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian.
      Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah
      terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda
      belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu
      berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk
      satu hari dalam seminggu.




                             51
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



ii. Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain

Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan
untuk:

 -   berehat
 -   membuat kerja rumah
 -   bersukan
 -   membantu ibu bapa
 -   melakukan aktiviti-aktiviti yang
     diminati atau menghadiri kelas
     tambahan.

iii. Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu ?


Jadual waktu persendirian harus
disediakan supaya:


Mengurangkan pembaziran waktu

Lebih memberi fokus kepada pelajaran

Pengurusan masa lebih teratur

Mengambil kira semua mata pelajaran

Memberi keutamaan kepada
mata pelajaran yang sukar

Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja




                                  52
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




    GAYA PEMBELAJARAN


i. Mengapakah Perlunya Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran?

     Setiap individu   mempunyai    gaya   belajar
     tersendiri.


     Apa yang penting bukanlah gaya tersebut
     tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah
     dilakukan.


     Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya
     bermakna      sekiranya   murid  itu dapat
     memahami dan mengingati fakta dan konsep
     penting pelajaran berkenaan.


     Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya
     kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari
     tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka
     tidak langsung dapat memahami atau
     mengingati perkara-perkara penting tentang
     pelajaran berkenaan.


     Murid harus mengenal pasti gaya
     pembelajaran yang disukai agar murid dapat
     memberikan fokus yang lebih terhadap apa
     yang dipelajari.




                             53
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




     ii. Apakah Gaya Pembelajaran?

        Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu
        mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai
        teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu
        mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut
        supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran
        yang sesuai untuk diri mereka.

        Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang
        dibincangkan di sini:

           Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik )

           Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn


1.   GAYA VAK

     Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran
     Visual, Auditori dan Kinestetik

     1.1 Gaya Pembelajaran Visual

           Murid belajar lebih baik dengan
           melihat sesuatu teks berbentuk
           perkataan dalam buku, di papan hitam
           atau paparan komputer.

           Mereka     lebih mengingati   dan
           memahami arahan dan penerangan
           menerusi pembacaan ayat atau teks
           berkenaan.

           Murid “visual” tidak memerlukan
           penerangan     lisan    seperti  murid
           “auditori” tetapi mereka selalunya
           dapat belajar melalui pembacaan.




                                54
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

          Murid “visual” selalunya menulis nota
          syarahan dan arahan lisan jika mereka
          hendak mengingati sesuatu.



1.2 Gaya Pembelajaran Auditori

                         Murid Auditori belajar dengan
                         mendengar perkataan yang disebut
                         dan juga arahan lisan.

                         Mereka boleh mengingati penerangan
                         melalui bacaan kuat atau
                         menggerakkan bibir ketika membaca
                         terutama apabila mempelajari sesuatu
                         yang baru.

                         Murid dapat mengukuhkan ingatan
                         dengan mendengar semula rakaman
                         pita audio, mengajar murid lain dan
                         berbincang dengan guru.



1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik

       Murid “kinestetik” belajar dengan baik
       melalui pengalaman dan mengambil
       bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik
       darjah.


       Mereka dapat mengingati sesuatu dengan
       baik apabila mencuba terus aktivitimelalui
       hands-on.




                                55
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

2. GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN
   Gaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa
   aspek penting yang diperincikan seperti yang berikut:

      STIMULUS     UNSUR                      CIRI


                 Bunyi       Suka belajar tanpa bising atau dengan
                             bunyi latar belakang seperti muzik.
     Alam
     Sekitar
                 Cahaya      Suka belajar di tempat yang cerah
                             atau di tempat yang kurang cahaya.


                 Suhu        Suka belajar di tempat yang nyaman
                             atau di tempat yang panas.


                 Pola        Suka belajar di tempat formal yang
                             ada kerusi dan meja atau di tempat
                             tidak formal seperti berbaring atau
                             duduk di lantai.



                 Motivasi    Boleh merangsang diri untuk belajar
                             atau perlu diransang oleh guru.


                 Ketabahan   Boleh belajar dalam masa yang panjang
                             atau boleh belajar dalam masa yang
                             pendek.
       Emosi
                 Tanggung    Bertanggungjawab untuk belajar atau
                 jawab       perlu bimbingan guru.


                 Struktur    Suka belajar mengikut jadual waktu atau
                             suka belajar sekiranya diberikan lebih
                             masa untuk sesuatu mata pelajaran atau
                             perkara.




                               56
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



 STIMULUS     UNSUR                      CIRI


            Sendiri    Suka belajar sendiri.


            Pasangan   Suka belajar secara berpasangan.


            Rakan      Suka belajar dengan rakan sebaya.
            sebaya

Sosiologi
            Pasukan    Suka belajar dalam kumpulan .


            Guru       Suka    belajar    dengan      guru     di
                       sebelahnya.


            Pelbagai   Suka belajar dengan kombinasi
            cara       beberapa cara di atas.




            Persepsi   Suka belajar dengan benda atau
                       pengalaman maujud atau dengan
                       perkara abstrak.


            Makan      Suka atau tidak suka makan dan minum
                       semasa belajar.
Fizikal
            Waktu      Suka belajar pada waktu yang sesuai
                       atau pada bila-bila masa sahaja.


            Gerakan    Suka atau tidak suka bergerak semasa
                       belajar.




                       57
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




STIMULUS      UNSUR                        CIRI


            Global atau   Murid global suka belajar secara
            Analitik      menyeluruh; murid analitik suka belajar
                          mengikut urutan dan membuat analisis.


            Otak kiri     Murid ini lebih cenderung memproses
            atau Otak     maklumat di otak kiri , suka belajar
            kanan         sesuatu bahagian demi bahagian,
                          meminati      bahasa dan membuat
                          pengiraan dan analisis; murid yang
                          lebih cenderung memproses maklumat
Psikologi                 di otak sebelah kanan suka belajar
                          secara keseluruhan, membuat sintesis,
                          melukis,    membuat    gerakan   dan
                          mencipta sesuatu.


            Impulsif atau Murid yang impulsif bertindak secara
            Reflektif     spontan manakala murid yang reflektif
                          berfikir sebelum bertindak.




                          58
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



3. SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN

Soal selidik yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenal
pasti gaya pembelajaran yang sesuai bagi seseorang murid.


Nama : ……………………………………………………..

Kelas : ……………………………………………………….

 Arahan : Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti. Lengkapkan ruang di
          bawah memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai
          paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap
          pernyataan itu berdasarkan skala yang berikut:



    SS                 S               TP              TS               STS
Sangat Setuju        Setuju        Tidak Pasti     Tidak Setuju     Sangat Tidak
                                                                       Setuju
       5                4               3                2                 1

Bil.                     Item                      SS     S       TP     TS      STS
                                                   (5)   (4)      (3)    (2)      (1)
1.     Apabila guru memberikan arahan, saya
       dapat memahaminya dengan baik.

2.     Saya gemar belajar dengan cara
       melakukan sesuatu di kelas.

3.     Saya dapat menyiapkan lebih banyak
       tugasan jika saya melakukannya
       bersama dengan murid lain.

4.     Lebih banyak yang saya pelajari jika saya
       belajar dalam kumpulan.

5.     Di dalam kelas, saya belajar dengan lebih
       baik apabila bekerjasama dengan murid
       yang lain.

6.     Saya mempelajari sesuatu dengan lebih
       baik dengan membaca apa yang ditulis
       oleh guru di papan tulis.
7.     Saya belajar dengan lebih baik jika
       seseorang memberitahu saya bagaimana
       melakukan sesuatu.

8.     Jika saya melakukan sesuatu di kelas,
       saya belajar dengan lebih baik.




                                         59
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

9.    Saya lebih mengingati perkara yang saya
      dengar dikelas daripada perkara yang
      saya baca.

10.   Jika saya membaca arahan/panduan,
      saya mengingatnya dengan lebih baik.

11.   Lebih banyak yang saya pelajari dengan
      membuat model bagi sesuatu perkara.

12.   Saya lebih memahami sesuatu dengan
      membaca arahan/panduan.

13.   Saya lebih mengingati sesuatu dengan
      belajar bersendirian.

14.   Lebih banyak yang saya pelajari dengan
      melakukan sesuatu bagi projek kelas.

15.   Saya berasa seronok melakukan
      eksperimen di kelas.

16.   Saya belajar dengan lebih baik dengan
      membuat lukisan semasa mempelajari
      sesuatu.

17.   Saya belajar dengan lebih baik jika guru
      menyampaikan penerangan.

18.   Jika saya belajar bersendirian saya
      belajar dengan lebih baik.
19.   Saya lebih memahami sesuatu perkara
      apabila saya mengambil bahagian dalam
      main peranan.
20.   Saya belajar dengan lebih baik jika saya
      mendengar sesuatu perkara.

21.   Saya genar membuat tugasan bersama
      dengan dua atau tiga orang rakan yang
      lain.
22.   Jika saya membina sesuatu, saya lebih
      mengingati sesuatu yang saya pelajari
      dengan lebih baik.
23.   Saya lebih gemar belajar dengan
      seseorang.
24.   Saya belajar dengan lebih baik dengan
      membaca daripada mendengar sesuatu.
25.   Saya seronok membuat sesuatu untuk
      projek kelas.




                                        60
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

 26.   Saya belajar dengan begitu baik di kelas
       apabila saya mengambil bahagian dalam
       aktiviti yang berkaitan.
 27.   Di kelas, saya membuat sesuatu dengan
       lebih baik apabila saya melakukannya
       sendiri.
 28.   Saya lebih gemar menjalankan sesuatu
       projek secara bersendirian.

 29.   Saya mempelajari sesuatu dengan lebih
       baik dengan membaca buku teks
       daripada mendengar penerangan guru.
 30.   Saya suka bekerja bersendirian.
(Diubahsuaikan daripada Joy Reid, 1984)

Lembaran Permarkahan Kendiri
Terdapat lima pernyataan bagi setiap jenis gaya pembelajaran. Pernyatan di
atas dikelompokkan berdasarkan gaya tersebut. Setelah anda melengkapkan
jadual di atas, jumlahkan semua skor bagi setiap kelompok gaya
pembelajaran dan darab dua jumlah tersebut dan catatkan jumlahnya pada
ruang yang betul.

                             Visual
           Pernyataan                             Skor
 6
 10
 12
 24
 29
 Jumlah
 Skor = Jumlah x 2
                        Kecekatan Tangan
           Pernyataan                             Skor
 11
 14
 16
 22
 25
 Jumlah
 Skor = Jumlah x 2
                            Auditori
          Pernyataan                              Skor
 1
 7
 9
 17
 20
 Jumlah
 Skor = Jumlah x 2



                                         61
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




                             Berkumpulan
             Pernyataan                       Skor
 3
 4
 5
 21
 23
 Jumlah
 Skor = Jumlah x 2

                              Kinestetik
             Pernyataan                       Skor
 2
 8
 16
 15
 19
 Jumlah
 Skor = Jumlah x 2

                             Bersendirian
             Pernyataan                       Skor
 13
 18
 27
 28
 30
 Jumlah
 Skor = Jumlah x 2




SKOR

Gaya pembelajaran utama               38-50

Gaya pembelajaran kedua               25-37

Gaya pembelajaran yang tidak penting 0-24




                                 62
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR


     Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama
Gaya Pembelajaran                        Penerangan
      Utama
1. Visual            Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat
                     perkataan dalam buku dan papan tulis, tidak
                     memerlukan penerangan lisan yang banyak, dapat
                     belajar bersendrian dengan membaca buku, dan perlu
                     mencatat penerangan atau arahan lisan yang
                     disampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatu
                     maklumat.
2. Auditori          Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan,
                     dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat
                     atau dengan menggerak-gerakkan bibir ketika
                     membaca, serta mendapat manfaat daripada
                     mendengar pita audio, syarahan, dan perbincangan
                     kelas.
3. Kinestetik        Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman,
                     dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, dan
                     main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti
                     dan pita audio memudahkan pelajar memahami
                     perkara baru.
4. Kecekatan         Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila
   Tangan            berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan
                     bahan seperti melakukan eksperimen di makmal,
                     membina model, dan menyentuh dan menggunakan
                     bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu
                     pelajar memahami maklumat baru.
5. Berkumpulan       Pelajar    belajar dengan lebih mudah sekiranya
                     berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan
                     bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat
                     apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, dan
                     stimulasi daripada rakan membantu anda memahami
                     perkara baru.
6.   Bersendirian    Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan
                     mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila
                     bekerja atau melakukan sesuatu bersendirian.

Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat belajar
dengan baik
melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang
tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya
tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu
pelajar dalam pembelajaran.

(Diubahsuaikan daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher
Center, Wichita, Kansas).




                                   63
Persediaan
Peperiksaan
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




               PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN



   Kebiasaannya peperiksaan tidak digemari murid. Setelah belajar
    bersungguh-sungguh, setiap murid mengharapkan keputusan
   yang baik dalam peperiksaan. Menghadapi sesuatu peperiksaan
   memang berat dan masalah yang berkaitan dengannya memang
      banyak. Kemahiran belajar cara belajar membantu murid
      beranggapan positif terhadap peperiksaan dan seterusnya
            menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.



                               MENGECEWAKAN

 MENDUKACITAKAN


                                                    MENDEBARKAN
                          Peperiksaan
                      memberikan pelbagai
                    pengalaman kepada murid
                            seperti
MENGGEMBIRAKAN                                     MENAKUTKAN


                             MERISAUKAN




                                67
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




GURU BOLEH:

  Memotivasikan murid agar
  tekun belajar.




                         Membantu murid untuk
                         memberikan tumpuan pada
                         pelajaran.




Menggalakkan murid agar
sentiasa berminat dengan kerja
sekolah.




                          Mengajar murid teknik belajar
                          yang betul.



        Mengajar murid cara
        mengulang kaji dan
        mengambil nota yang betul.



                                 68
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



MURID PERLU :



                      Sentiasa bersedia dan
                      membuat ulang kaji untuk
                      mengekalkan ingatan jangka
                      panjang.




                         Tidur secukupnya pada malam
                         sebelum hari peperiksaan




    Hadapi peperiksaan dengan
    perasaan yakin diri




                       Elakkan menduduki peperiksaan
                       dengan perut yang kosong.
                       Makan makanan yang berzat dan
                       seimbang.




                         69
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




 Datang awal dengan persiapan yang
 secukupnya.
 Bawalah peralatan yang diperlukan
 seperti pen, pensel, pemadam, jam
 tangan, pembaris dan lain-lain.




                        Berdoa dan tenangkan diri sebentar
                        sebelum memulakan peperiksaan.
                        Ingatkan diri bahawa anda telah
                        bersiap sedia untuk menghadapi
                        peperiksaan dengan baik.




Jangan sesekali cuba membuat ulang
kaji pada saat-saat akhir.




                          70
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




Jangan gementar dan panik.




       Ubah sedikit posisi duduk
       supaya anda berasa selesa.




           Membaca arahan dan soalan terlebih dahulu
           - Luangkan sedikit masa untuk membaca
             soalan-soalan secara mendalam.
           - Putuskan tempoh masa diperlukan untuk
             menjawab setiap soalan.
           - Jawab soalan yang mudah dahulu.
           - Ketika membaca soalan, tandakan kata-kata
             kunci.
           - Catatkan idea-idea yang timbul yang boleh
             digunakan sebagai jawapan.




                             71
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



Strategi menjawab soalan
 - Jawab soalan mudah yang anda ketahui
     jawapannya dan diikuti dengan soalan
     yang susah.
 - Jika ada pilihan, hindari soalan susah
     yang anda tidak pasti jawapannya serta
     diperuntukkan jumlah markah yang
     sedikit.




   Ketika menjawab soalan aneka
   pilihan:
    - abaikan jawapan yang anda tahu
        salah.
    - buat pilihan kepada baki jawapan
        sedia ada.




             Ketika menjawab soalan berbentuk karangan,
             fikirkan dahulu jawapannya sebelum anda
             menulis
                   - Buat kerangka jawapan. Catatkan idea.
                 - Gunakan perenggan pertama sebagai
                   gambaran keseluruhan.
                 - Gunakan perenggan berikutnya untuk
                   membincangkan isi-isi penting secara
                   mendalam.
                 - Perlihatkan pertautan antara perenggan.
                 - Berikan contoh tertentu.




                              72
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




Sisihkan     10    peratus     masa    yang
diperuntukkan untuk memeriksa jawapan
anda
   - Periksa semula jawapan anda.
   - Hindari perasaan ingin segera
     meninggalkan dewan atau kelas setelah
     anda menjawab semua soalan
     peperiksaan atau ujian.




    Selepas peperiksaan :



                      Kenal pasti kelemahan dan baiki
                      cara pembelajaran

                      Ini dapat menajamkan minda anda dan
                      mendapat ilmu pengetahuan yang baru.




                               73
Contoh
Rancangan
 Pelajaran
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



            Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu
Tingkatan      :      4
Masa           :      80 Minit
Tajuk          :      Berita / Laporan Sukan
Bidang         :      Maklumat Dan Interpersonal

Hasil pembelajaran:

7.1   Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi
      penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton.

7.2   Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks.

1.4   Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan
      menggunakan soalan pelbagai aras.

Kemahiran bahasa            : Mendengar, membaca dan menulis
Sistem bahasa               : Kosa kata
Peraturan Sosiobudaya       : bekerjasama, bertolak ansur dan patriotisme
Kemahiran bernilai tambah   : - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat
                                  nota ringkas dan metakognisi)
                                - Kajian Masa Depan

Langkah pengajaran dan pembelajaran:

1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan
   bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi)

2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan
   sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi)

3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan
   kandungan dan format laporan sukan yang didengar.

4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenal
   dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi)

5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai
   isi yang disediakan oleh guru.

6. Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting
   dalam teks tersebut .(kemahiran mengenal isi penting)

7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta
   merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks.
   (kemahiran merujuk)

8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan
   wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan
   dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan.

9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog.


                                       77
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



                           Lesson Plan for English
Topic        :        Sports
Target Group :        Form 2
Proficiency  :        Beginner to Intermediate
Lesson: :             Lesson 3 in the week

Objectives:
By the end of the lesson, students should be able to:
    (a)   understand subject-verb agreement rules;
    (b)   identify errors in subject-verb agreement exercises.

LHTL Strategies:
   Learning grammar rules by Identifying patterns and errors in language use.

Procedure:

   1.      Provide 10 sentences in a worksheet. (Worksheet 1)
   2.      Students try and work our for themselves the similarities and differences
           in sentences.

        Examples:
        I write to my brother once a week.
        They jog every evening.
        She sleeps in the afternoon.

        Singular subject     = singular verb (verb + -s or -es)
        Plural subject       = plural verb (verb -s)
        I / You              = plural verb (verb -s)

   3.      Teacher explains the ‘rules’ relating to subject-verb agreement.
   4.      Students are provided with a worksheet of 10 – 15 sentences
           ( worksheet 2). Students fill in the tables in the worksheet.
   5.      Students are provided with another worksheet (worksheet 3)
           with sentences that contain errors in subject-verb agreement.
   6.      Students identify the errors and correct them.




                                         78
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



WORKSHEET 1

                      Building Language Awareness
                    LOOKING FOR LANGUAGE RULES

Look at the sentences below.
     1. My brother plays football once a week.
     2. My friends and I jog every evening.
     3. He plays tennis every afternoon.
     4. They take swimming lessons once a week.
     5. Azmi and Ah Kow play hockey every evening.
     6. He hurt his foot while kicking the ball.
     7. Mei Mei scores a goal. Well done!

a)    In small groups, discuss the structure of the sentences above.
      Are there any similarities in the way these sentences are formed?
b)    Try to write a rule to explain the common structure in these sentences:
c)    Write a few sentences using this ‘rule’.


WORKSHEET 2

1.    The boy kicks the ball.
2.    My sister scores a goal.
3.    She hit the ball hard.
4.    They train every evening.
5.    Ali drinks a glass of orange juice before a game.
6.    He wears shin guards to protect his shins.
7.    The hockey stick cost him RM 90.00.
8.    We need another player for our team.
9.    He wears a black jersey, white shorts, and red stockings.

Use the sentences above and complete the table.

                            SUBJECT                   VERB

SINGULAR               1. The boy             kicks               the ball.

PLURAL




                                            79
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



WORKSHEET 3

Identify and correct the errors in these sentences.


1.    Mariam grow a lot of flowers.
2.    The boys is always doing things together.
3.    Lalita’s grandparents lives on a farm
4.    We gets starch from tapioca.
5.    Encik Mohamed burn the padi stalks.
6.    Dadah bring danger to our lives
7.    These is the eyes and this are the nose.
8.    Firemen rescues people in a fire.
9.    Mrs. Tan teach in a secondary school.
10.   Rohani and Rohana is twins.




                                          80
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

                                   MATEMATIK
     Contoh 1:
     Berpandukan gaya pembelajaran kinestetik.

     Mata Pelajaran       :        Matematik
     Tingkatan            :        2
     Tajuk                :        Bulatan
     Bahan                :        Bekas berbentuk silinder berbagai saiz,
                                   benang, pembaris, kertas mahjung,
     Hasil Pembelajaran    :

                       1. Mengukur lilitan dengan menggunakan benang.
                       2. Menganggarkan nilai     dengan mencari nisbah
                           lilitan kepada
                                       diameter bagi beberapa bulatan,
                                     22
                       3. Menyatakan    atau 3.142 sebagai
                                     7
                          penghampiran kepada
                       4. Mengira lilitan suatu bulatan, apabila diberikan
                          diameter dan jejari
                       5. Mengira diameter dan jejari apabila diberikan
                          lilitan bulatan.

     Aktiviti 1 (Berkumpulan)

1   Murid mengukur lilitan dan diameter beberapa bekas (sekurang-kurangnya
    5. Nilai-nilai yang didapati dicatatkan ke dalam jadual
2   Murid mencari nisbah lilitan kepada diameter bagi setiap ukuran yang
    telah dicatat. Mereka digalakkan menggunakan kalkulator.
3   Murid membentangkan dapatan mereka kepada kelas dengan
    menerangkan secara terperinci proses yang telah diambil dan juga
    kesimpulan yang telah mereka buat tentang nisbah litlitan kepada
    diameter.
4   Di akhir sesi pembentangan, guru perlu memprkukuhkan konsep
    dengan menerangkan bahawa nisbah lilitan kepada diameter sebenarnya
    adalah ‘sama’ bagi sebarang bulatan. Nilai tersebut dinamakan        .

     Lilitan
5            =
    Diameter

6   Terbitkan juga rumus l =       d
                       l=2     j

7   Berikan beberapa contoh yang berkaitan.



                                       81
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



Contoh 2:

Berpandukan gaya pembelajaran Visual


    Mata Pelajaran       :    Matematik
    Tingkatan            :    2
    Tajuk                :    Persamaan Linear
    Hasil Pembelajaran   :

                    1. Menentukan sama ada suatu kuantiti dalam situasi
                       tertentu  yang     diberikan  adalah      suatu
                       pembolehubah atau pemalar.

                    2. Menentukan pembolehubah dalam situasi yang
                       diberikan dan mewakilkannya dengan huruf abjad
                       yang sesuai.

                    3. Menyatakan nilai-nilai yang mungkin           bagi
                       pembolehubah dalan keadaan tertentu.

                    4. Membentuk rumus berasaskan data yang diberikan
                       atau data yang diperoleh daripada aktiviti.

                    5. Menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus.



    Murid diminta membincangkan lembaran berikut dalam kumpulan kecil.




                                  82
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR




Biji benih yang anda semai sudah bercambah. Hari pertama anda
ukur tinggi anak semai tersebut ialah 2.4 cm. Setiap hari anda ukur
anak semai itu dan mendapati ketinggiannya adalah seperti
berikut :




                      Hari 1          Hari 2      Hari 3         Hari 4
                      2.4 cm          3.8 cm      5.2 cm         6.6 cm


   1.   Sekiranya anak benih itu membesar dengan kadar yang sama
        pada setiap hari, berapakah ketinggian yang akan dicapai setelah
        4 hari ?

   2.   Berapakah ketinggiannya selepas 5 dan 6 hari ?

   3.   Bentukkan satu rumus yang mengaitkan ketinggian anak benih
        dengan bilangan hari selepas ketinggian anak benih itu mula
        diukur.

   4.   Gunakan rumus anda untuk mencari ketinggian anak benih
        tersebut selepas 7 hari.

   5.   Gunakan rumus anda untuk mencari bilangan hari yang diambil
        untuk anak benih itu mencapai ketinggian 32 cm.

   6.   Berikan alasan anda kenapa rumus yang dibentuk itu tidak lagi
        tepat digunakan untuk menentukan ketinggian pokok tersebut
        selepas tempoh yang tertentu.




                                 83
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Bibliografi


Ab. Rahim Selamat, 1989. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin
     Enterprise

Ab. Rahim Selamat, 1989. Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya:
     Penerbitan Fajar Bakti

Blosser, P.E., 1991. How to Ask the Right Questions. Washington, D.C.:
      National Science Teachers Association

Burley-Allen, M., 1995. Listening:The forgotten skill. New York:
      John Wiley & Sons

Fogarty, R., 1994. How To Teach For Metacognitive Reflection. Victoria:
      Hawker Brownlow Education

Freeman, R., 1982. Mastering Study Skills. Surrey: The Macmillan Press Ltd.

Geddes, Doreen S., 1995. Keys To Communication: A Handbook for School
     Success. Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Rowe, Mary Budd. 1986. Wait Time: Slowing down may be a way of speeding
      up. Journal of Teacher Education. 37, 736-741




                                      84
MODUL BELAJAR CARA BELAJAR



Panel Penulis
Penasihat : Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin
            Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Pengerusi   : Dr. Rohani bt Abd Hamid
              Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahli        : Cik S. Sivagnanachelvi (Ketua)
              En. M. Govindan
              Tn. Hj. Ibrahim bin Sakimin
              Cik Norkiahanum bt Mohd. Noor
              Pn Noraziah bt Ahmad Ghazali
              Pn. Rozita bt. Mat Zain
              En. Khiruddin bin Ahmad




                                    85

More Related Content

What's hot

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Kurikulum dan pembelajarandalam paradigma baru
Kurikulum dan pembelajarandalam paradigma baruKurikulum dan pembelajarandalam paradigma baru
Kurikulum dan pembelajarandalam paradigma baruIin Nuryanti
 
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Bernilai TambahKemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Bernilai TambahAnisah Mokhtar
 
Bakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti GuruBakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti GuruDr22s
 
Kssr
KssrKssr
Kssrguru
 
analisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajarananalisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajaranFransky Athoriq
 
Diklat perangkat pembelajaran
Diklat perangkat pembelajaranDiklat perangkat pembelajaran
Diklat perangkat pembelajaranFKIP UHO
 
Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2Nik Rosmaniza
 
1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didik1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didikEko Supriyadi
 
Model pembelajaran terpadu
Model pembelajaran terpaduModel pembelajaran terpadu
Model pembelajaran terpaduMia Nurul Aida
 
Strategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri AnitahStrategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri AnitahHariyatunnisa Ahmad
 
Modul bahan belajar pedagogi - 2021
Modul bahan belajar   pedagogi - 2021Modul bahan belajar   pedagogi - 2021
Modul bahan belajar pedagogi - 2021Budi Yanto
 
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratifPengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratifImam Makruf
 
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran bernilai tambahKemahiran bernilai tambah
Kemahiran bernilai tambahhallen77
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumhuzaipah
 

What's hot (19)

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Kurikulum dan pembelajarandalam paradigma baru
Kurikulum dan pembelajarandalam paradigma baruKurikulum dan pembelajarandalam paradigma baru
Kurikulum dan pembelajarandalam paradigma baru
 
Kemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Bernilai TambahKemahiran Bernilai Tambah
Kemahiran Bernilai Tambah
 
Bakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti GuruBakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
Bakat, Kemahiran & Kreativiti Guru
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
analisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajarananalisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajaran
 
Guru cemerlang(kemahiran)
Guru cemerlang(kemahiran)Guru cemerlang(kemahiran)
Guru cemerlang(kemahiran)
 
Diklat perangkat pembelajaran
Diklat perangkat pembelajaranDiklat perangkat pembelajaran
Diklat perangkat pembelajaran
 
Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2
Dokumen standard dunia sains dan teknologi tahun 2
 
1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didik1. menguasai karakteristik peserta didik
1. menguasai karakteristik peserta didik
 
Model pembelajaran terpadu
Model pembelajaran terpaduModel pembelajaran terpadu
Model pembelajaran terpadu
 
Strategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri AnitahStrategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
Strategi Belajar Mengajar - Sri Anitah
 
Pakem
PakemPakem
Pakem
 
Modul bahan belajar pedagogi - 2021
Modul bahan belajar   pedagogi - 2021Modul bahan belajar   pedagogi - 2021
Modul bahan belajar pedagogi - 2021
 
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratifPengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
 
Kemahiran bernilai tambah
Kemahiran bernilai tambahKemahiran bernilai tambah
Kemahiran bernilai tambah
 
Tugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulumTugas uas kurikulum
Tugas uas kurikulum
 
Mayang ds, kurikulum
Mayang ds, kurikulumMayang ds, kurikulum
Mayang ds, kurikulum
 

Similar to Bcb

Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadunani nurnaeni
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadunani nurnaeni
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadunani nurnaeni
 
Pedagogik guru
Pedagogik guruPedagogik guru
Pedagogik guruGus Andy
 
Andy Write
Andy WriteAndy Write
Andy WriteGus Andy
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriHishamuddin Jabar
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteriinovatifinsan
 
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2Heri Suryono
 
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam PembelajaranJabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam PembelajaranAfrina Astuti
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceNasrudinPGMI10
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeMuhammad_Fajar21
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceParno_M
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceAbdul_Hakim21
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaranAhmad NazRi
 
09 topik 2 pengajaran makro
09 topik 2  pengajaran makro09 topik 2  pengajaran makro
09 topik 2 pengajaran makroLailaBadriah
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )Fitri Lusmiyati
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )KomariyahFitri
 

Similar to Bcb (20)

Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadu
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadu
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadu
 
Pedagogik guru
Pedagogik guruPedagogik guru
Pedagogik guru
 
Andy Write
Andy WriteAndy Write
Andy Write
 
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteriKonsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
Konsep+dan+cara+melaksanakan+pembelajaran+masteri
 
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
 
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam PembelajaranJabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill Practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Masteri
MasteriMasteri
Masteri
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
09 topik 2 pengajaran makro
09 topik 2  pengajaran makro09 topik 2  pengajaran makro
09 topik 2 pengajaran makro
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
Tugas kurikulum dan pembelajaran ( fitri k.l )
 

More from wmzuri

Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depanwmzuri
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnpwmzuri
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasanwmzuri
 
Operasi pbs[terkini)
Operasi pbs[terkini)Operasi pbs[terkini)
Operasi pbs[terkini)wmzuri
 
Operasi pbs
Operasi pbsOperasi pbs
Operasi pbswmzuri
 
Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2
Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2
Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2wmzuri
 
Mengurus perubahan
Mengurus perubahanMengurus perubahan
Mengurus perubahanwmzuri
 
Menghayati kurikulum sains
Menghayati kurikulum sainsMenghayati kurikulum sains
Menghayati kurikulum sainswmzuri
 
Surat siaranpelaksanaanmodulelektifkssr
Surat siaranpelaksanaanmodulelektifkssrSurat siaranpelaksanaanmodulelektifkssr
Surat siaranpelaksanaanmodulelektifkssrwmzuri
 
Spi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khas
Spi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khasSpi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khas
Spi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khaswmzuri
 
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bmModul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bmwmzuri
 
Modul pengajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pengajaran dst tmk thn 2 skModul pengajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pengajaran dst tmk thn 2 skwmzuri
 
Modul pembelajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pembelajaran sains tahun 2 versi bmModul pembelajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pembelajaran sains tahun 2 versi bmwmzuri
 
Modul pembelajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pembelajaran dst tmk thn 2 skModul pembelajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pembelajaran dst tmk thn 2 skwmzuri
 
Kemahiran abad 21
Kemahiran  abad 21Kemahiran  abad 21
Kemahiran abad 21wmzuri
 
Kelantan
KelantanKelantan
Kelantanwmzuri
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmwmzuri
 
Contoh format rph kssr
Contoh format rph kssrContoh format rph kssr
Contoh format rph kssrwmzuri
 

More from wmzuri (20)

Kbkk
KbkkKbkk
Kbkk
 
Kajian masa depan
Kajian masa depanKajian masa depan
Kajian masa depan
 
Ict in pnp
Ict in pnpIct in pnp
Ict in pnp
 
Fpk
FpkFpk
Fpk
 
Teori kecerdasan
Teori kecerdasanTeori kecerdasan
Teori kecerdasan
 
Operasi pbs[terkini)
Operasi pbs[terkini)Operasi pbs[terkini)
Operasi pbs[terkini)
 
Operasi pbs
Operasi pbsOperasi pbs
Operasi pbs
 
Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2
Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2
Modul teras tema dunia sains dan teknologi thn2
 
Mengurus perubahan
Mengurus perubahanMengurus perubahan
Mengurus perubahan
 
Menghayati kurikulum sains
Menghayati kurikulum sainsMenghayati kurikulum sains
Menghayati kurikulum sains
 
Surat siaranpelaksanaanmodulelektifkssr
Surat siaranpelaksanaanmodulelektifkssrSurat siaranpelaksanaanmodulelektifkssr
Surat siaranpelaksanaanmodulelektifkssr
 
Spi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khas
Spi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khasSpi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khas
Spi bil 5 2011 pelaksanaan kssr pendidikan khas
 
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bmModul pengajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pengajaran sains tahun 2 versi bm
 
Modul pengajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pengajaran dst tmk thn 2 skModul pengajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pengajaran dst tmk thn 2 sk
 
Modul pembelajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pembelajaran sains tahun 2 versi bmModul pembelajaran sains tahun 2 versi bm
Modul pembelajaran sains tahun 2 versi bm
 
Modul pembelajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pembelajaran dst tmk thn 2 skModul pembelajaran dst tmk thn 2 sk
Modul pembelajaran dst tmk thn 2 sk
 
Kemahiran abad 21
Kemahiran  abad 21Kemahiran  abad 21
Kemahiran abad 21
 
Kelantan
KelantanKelantan
Kelantan
 
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bmDs dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
Ds dunia sains dan teknologi thn 2 versi bm
 
Contoh format rph kssr
Contoh format rph kssrContoh format rph kssr
Contoh format rph kssr
 

Bcb

  • 1. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2001
  • 2.
  • 3. Cetakan Pertama 2001 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Belajar Cara Belajar / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 83 ISBN 983-2340-36-5 1. Study skills. I. Judul. 371.30281 i
  • 4. KATA PENGANTAR Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekanan atas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikan masa kini dan masa depan. Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategi tersebut, Pusat Perkembangan Kurikuljum (PPK) telah menghasilkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaan kurikulum. Modul (P&P) boleh membantu guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkan suasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untuk menjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha mereka untuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan. PPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modul serta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat. Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia ii
  • 5. Isi Kandungan Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Objektif Modul 2 3. Rasional Belajar Cara Belajar 3 4. Apakah Belajar Cara Belajar 5 5. Peranan Guru dan Murid 6 6. Kemahiran Belajar 11 7. Kemahiran Maklumat 25 8. Strategi Metakognitif 39 9. Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran 51 10. Persediaan Peperiksaan 67 11. Contoh Rancangan Pelajaran 77 12. Bibliografi 84 13. Panel Penulis 85 iii
  • 6. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR PENGENALAN Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka. Modul ini dibina untuk membantu guru memahami kemahiran belajar dan seterusnya mengaplikasikannya ke dalam pengajaran dan pembelajaran. Modul ini meliputi perkara yang berikut: Pengenalan - Objektif Modul - Rasional Belajar Cara Belajar - Objektif Belajar Cara Belajar - Apakah Belajar Cara Belajar - Peranan Guru; Peranan Murid Kemahiran Belajar Kemahiran Maklumat Strategi Metakognitif Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran Persediaan Peperiksaan Contoh Rancangan Pelajaran 1
  • 7. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 1. OBJEKTIF MODUL Selepas membaca Modul Belajar Cara Belajar (BCB), diharapkan guru mendapati beberapa idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran (p & p) di bilik darjah yang menyerapkan BCB. Ke arah ini, objektif modul ini adalah untuk: 1. Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru. 2. Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran 3. murid. Membimbing guru mengenal pasti strategi pembelajaran yang sesuai untuk murid. 4. Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara b l j d l & 6. Menyediakan contoh rancangan p & p untuk guru. 5. Membantu guru melatih guru lain menjalankan p & p berdasarkan Belajar Cara Belajar. 2
  • 8. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 2. RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR Belajar Cara Belajar diperkenalkan kerana beberapa sebab : Masa di bilik darjah terhad. Pengetahuan dan maklumat yang diterima - Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan. Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu. Kemahiran Belajar Cara Belajar sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid. 3
  • 9. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 3. OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti yang berikut: Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru. Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran. Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan & kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan. 4
  • 10. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 4. APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR Pengertian Belajar Cara Belajar Belajar Cara Belajar ialah proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru. 5
  • 11. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 5. PERANAN GURU DAN MURID DALAM BELAJAR CARA BELAJAR a) Peranan Guru Menentukan objektif pembelajaran. Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid. Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan p&p. Memilih bahan p&p yang sesuai. Berbincang dengan murid. Menilai secara formatif & sumatif dan merekod pencapaian murid. Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. 6
  • 12. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR b) Peranan Murid Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran. Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya. Menetapkan matlamat & diharapkan dapat menjayakannya. Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai atau tidak. Merancang pembelajaran secara terperinci. Melaksanakan perancangan. Melaporkan kemajuan pencapaian. Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, penguasaan kosa kata. Membuat refleksi dan menilai pencapaian. Memberikan ganjaran atas kejayaan diri. 7
  • 14. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR KEMAHIRAN BELAJAR Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran seperti: Mendengar dengan berkesan Membaca Luncuran (Skimming) Imbasan (Scanning) Intensif Laju Mencatat Nota Menulis Laporan Cepat Mengingat 11
  • 15. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR a. Kemahiran Mendengar Dengan Cekap Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan: Apa yang didengar Pelbagai teks seperti puisi arahan muzik ucapan lakonan lagu pengumuman berita syarahan Untuk mendapatkan maklumat, fakta, Mengapa mendengar data, pengetahuan Untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik Untuk mengetahui perkembangan semasa Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu 12
  • 16. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Sesiapa sahaja yang: Siapa yang didengar Memberikan maklumat Memberikan penjelasan membuat pertanyaan memberikan pendapat Bagaimana mendengar Dengan teliti dan penuh dengan berkesan perhatian Dalam suasana yang tenang dan selesa Bagaimana Motivasikan diri untuk memberikan meningkatkan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada kemahiran pembelajaran hari itu mendengar Memandang ke arah guru Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjuk dan ditulis 13
  • 17. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR b. Kemahiran Membaca . Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat jenis gaya bacaan, iaitu: i. Skimming (Luncuran) Skimming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Tujuannya untuk mendapatkan: maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen pandangan umum mengenai dokumen dengan segera Bagaimanakah membuat skimming: membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca ii. Imbasan (Scanning) Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Tujuannya adalah untuk : mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. Bagaimana membuat imbasan: Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan Memberikan perhatian kepada rajah dan grafik yang ada 14
  • 18. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR iii. Bacaan Intensif Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan Intensif memerlukan: tumpuan ketekunan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna Tujuannya adalah untuk : mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut. iv. Bacaan Laju Memerlukan: kebolehan laju membaca kefahaman serentak membaca Tujuannya adalah untuk : menggunakan masa terhad dengan lebih produktif menjimatkan masa memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat 15
  • 19. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Tip Bacaan Laju (Speed Reading) Bagaimanakah membaca laju i. Menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan: membaca cepat seluruh buku membaca cepat senarai bab membaca cepat semua bahagian membaca cepat semua perenggan ii. Pembaca laju boleh mengesan penjelasan isi utama dengan melihat tanda- tanda perbezaan seperti: tulisan condong tulisan bergaris tulisan tebal fakta yang bersiri atau bernombor (1,2,3, …) fakta yang bersiri abjad (a, b, c, …) iii. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada perkataan atau rangkai kata awalan ayat seperti: Pertama…,Kedua…., Ketiga….. Sebaliknya… Contohnya…. Dengan itu …. Selanjutnya…. iv. Penjelasan isi utama boleh didapati daripada bentuk grafik seperti: Graf Jadual Gambar rajah v. Mengingat sebanyak mungkin maklumat yang dibaca: mengingat isi yang senang dahulu daripada isi yang sukar membaca laju diikuti dengan catatan nota kerana catatan nota memaksa pembaca berfikir berfikir dengan cergas untuk memahami dan mengingat isi utama bahan yang dibaca. vi. Mengaplikasikan atau mengaitkan bacaan dengan pengalaman pembaca. 16
  • 20. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR c. Kemahiran Mencatat Nota Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti semasa kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain. Mengapakah Mencatat isi utama penting sebagai perlu mencatat rujukan. nota ? Daripada isi penting boleh dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota dikumpulkan untuk keperluan rujukan tambahan masa depan. 17
  • 21. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Ciri nota yang baik Mengandungi rangka kasar sahaja. Terdiri daripada idea utama. Dicatat dalam buku atau kertas catatan yang khas. Catatan terang dan mudah dibaca. Menggunakan kata kunci, simbol (contoh: sama dengan =) dan singkatan perkataan (contoh:yang = yg, dengan = dgn). Ada lakaran dan grafik yang menyokong teks. Catatan di sebelah kiri dan kanan NOTA sebagai nota dan maklumat tambahan. Tanda bulatan dan garisan dibuat pada isi penting. Nota disemak semula supaya tidak tertinggal idea penting. Bagaimanakah mencatat catatan Berikan perhatian pada maklumat yang didengar, dibaca dan dilihat. Maklumat tersebut dipilih atau ditafsirkan sebelum dicatat. Hanya fakta baru sahaja yang dicatatkan kerana ini merupakan pembelajaran baru. Baca dan susun semula catatan. Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk grafik seperti anak panah, garisan, bulatan, dan sebagainya. 18
  • 22. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR d. Kemahiran Menulis i. Menulis Laporan Panduan umum untuk menyediakan laporan adalah seperti yang berikut: Memiilih topik sekiranya topik tidak diberikan Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik Membuat nota Menyediakan kerangka laporan Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai Menyemak draf Membuat pemurniaan dan menulis draf kedua Menerbitkan laporan 19
  • 23. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Kemahiran Menulis Cepat Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu, menulis cepat memerlukan unsur: Kelajuan menulis Tulisan yang boleh dibaca. Kandungannya difahami. Mengapakah perlu menulis cepat? cepat? Banyak maklumat yang boleh dicatat. Dalam peperiksaan masa terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis. Menjimatkan masa. Apakah pra- pra- syarat menulis cepat ? Murid mempunyai banyak maklumat atau fakta dalam ingatannya semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Murid menyediakan alat tulis yang sesuai seperti pen yang sempurna dan pensel yang tajam. 20
  • 24. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Latihan untuk menulis cepat Pilih satu topik untuk dikarang. Peruntukkan masa untuk mengarang topik. Tulis karangan itu dalam masa yang ditentukan. Minta rakan membaca karangan dan memberikan maklum balas dari segi tulisan dan isi karangan. Ulang latihan dengan mempercepat masa menulis. e. Kemahiran Mengingat Mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama. Jenis Ingatan Ingatan jangka pendek maklumat tersimpan sebentar sahaja. Ingatan jangka panjang maklumat yang kekal dalam ingatan. 21
  • 25. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Proses Ingatan Proses ingatan terbahagi kepada tiga langkah, iaitu: Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingantan (encoding ) Menyimpan maklumat Mengingat kembali maklumat (decoding) Cara Mengingat Mereka cerita Mencipta irama atau lagu Membuat catatan Membuat lakonan Membuat senarai semak Mencipta akronim – contoh: HKL (Hospital Kuala Lumpur) Mencipta akrostik - contoh: MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) Membuat rantaian atau berlawan contoh: piring - cawan Melakar grafik dan ilustrasi - peta, graf dan peta minda Mengingat secara kumpulan - terutama nombor – contoh: nombor telefon: 795 88 345 Mengulang Melatih tubi 22
  • 27. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR KEMAHIRAN MAKLUMAT Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah suatu aspek kemahiran belajar cara belajar yang penting. Mengenal pasti sumber pembelajaran, cara mendapatkan maklumat daripada temu ramah, membuat rujukan, mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasai oleh murid. i. Definisi Maklumat Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. ii. Definisi Kemahiran Maklumat Keupayaan seseorang mengenal pasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu. 25
  • 28. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR iii. Mengenal Pasti Sumber Pembelajaran Maklumat boleh didapati melalui sesuatu yang didengar, dibaca dan ditonton. Terdapat pelbagai sumber yang dapat memberikan maklumat iaitu: Sumber yang berasaskan manusia (Contohnya: ibu bapa, guru, pakar bidang, rakan) Bahan bercetak (contohnya: akhbar, buku, majalah, ensiklopedia, atlas, almanak, kamus, direktori, buku tahunan, buku panduan, buku bibliografi, indeks, jurnal, abstrak dan buku teks). Bahan audiovisual (contohnya: piring hitam, radio, pita video, kaset video, mikrofis, filem, slaid, lutsinar, dan cakera laser). Sumber berasaskan komputer (contohnya: disket, CD ROM, dan Internet). Setiap sumber maklumat yang dinyatakan mempunyai kelebihan dan kelemahan sebagai akibat sifat fizikal, tenaga, harga dan cara penggunaan bahan tersebut. Walau bagaimanapun, faktor penentu ialah kuantiti dan kualiti maklumat yang terkandung dalam sesuatu sumber. iv. Jenis Sumber/Bahan 1.Jurnal . 13. Buku Tahunan 2.Laporan 14. Almanak 3.Kertas Kerja 15. Indeks 4. Paten 16. Abstrak 5.Standard/Piawaian 17. Bibliografi 6.Tesis/Disertasi 18. Ulasan/Resensi 7.Katalog Perdagangan 19. Direktori 8.Ensiklopedia 20. Biografi 9.Kamus 21. Buku Panduan /Manual 10.Tesaurus 22. Pangkalan Data Dalam Talian 11.Atlas 23. Internet 12.Gazetiar 24. CD-ROM 26
  • 29. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR v. Mengenal Pasti Masalah Dan Maklumat Yang Diperlukan • Memahami tugasan • Menggunakan pelbagai sumber rujukan • Membaca (secara imbasan dan luncuran) pelbagai maklumat • Membina soalan asas • Menentukan maklumat yang diperlukan • Mengenal pasti skop sumber • Membuat sumbang saran untuk mentafsir dan mentafsir semula masalah vi. Menilai Dan Mengumpulkan Maklumat • Gunakan teknik imbasan dan luncuran. • Pilih bahan, baca, dengar dan tonton. • Pastikan sumber sama ada sumber primer atau sekunder. • Mentafsir maklumat visual seperti graf, peta dan carta. • Kumpulkan buktii alasan dan butiran yang dapat menyokong pandangan/hujah. • Menilai sumber maklumat dan laman web untuk mendapatkan yang tepat, boleh dipercayai, diperakui, dan sesuai dengan tugasan. 27
  • 30. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR vii. Kemahiran Menemu Ramah Maklumat boleh didapati dengan menemu ramah individu tertentu seperti tokoh, pakar dalam bidang berkenaan, orang kenamaan atau orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu peristiwa. Tentukan maklumat yang diperlukan. Kenal pasti tokoh atau orang yang hendak ditemu ramah. Selidik kesesuaian tokoh tersebut dengan maklumat yang dikehendaki (latar belakang tokoh, bidang pekerjaan dan sebagainya). Buat temu janji dengan tokoh (tarikh, masa dan tempat). Sediakan dan susun soalan untuk mencungkil maklumat yang dikehendaki. Sediakan alat perakam, kamera dan sebagainya mengikut keperluan. 28
  • 31. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Tepati janji temu. Beradab dan gunakan bahasa yang santun (memperkenalkan diri, menggunakan gelaran dan ganti nama diri yang betul, menyatakan tujuan, dan mengucapkan terima kasih). Bersikap ramah dan menunjukkan minat ketika tokoh bercerita atau menyampaikan maklumat. Adakan hubungan mata dan mendengar dengan penuh perhatian. Kemukakan soalan yang telah disediakan; ubah suai soalan jika perlu. Gunakan alat perakam dan catat butiran dalam buku catatan. Dapatkan bahan tambahan daripada tokoh (gambar foto dan lain-lain). Teliti semula maklumat yang dicatat dan dirakamkan. Rangka persembahan maklumat dan tulis draf pertama. Lengkapkan persembahan dengan mendapatkan maklumat tambahan daripada sumber lain atau hubungi orang yang ditemu ramah semula. Lengkapkan persembahan dengan bahan grafik, gambar, lampiran dan senarai rujukan. 29
  • 32. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR viii. Kemahiran Membuat Rujukan Dalam era ledakan maklumat, terlalu banyak maklumat yang perlu diingati. Oleh itu, kita perlu mengetahui cara mengesan maklumat dengan cekap tanpa perlu mengingat semuanya. Kaedah Mengesan Maklumat & Merujuk Bahan di Pusat Sumber Perpustakaan dengan menggunakan kad katalog dengan dengan alat baca komputer mikrofis OPAC. yang berasaskan sistem pengelasan yang tertentu misalnya Library of Congress atau Sistem Perpuluhan Dewey Menggunakan Laci Kad Katalog laci kad pengarang Ada tiga jenis laci kad katalog kad perkara kad judul Anda boleh menggunakan satu daripada laci tersebut berdasarkan maklumat yang anda ada seperti maklumat pengarang, perkara atau / dan judul. Anda boleh menggunakan mana-mana laci yang anda ada maklumatnya. 30
  • 33. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Pada amnya, pusat sumber sekolah menggunakan Sistem Perpuluhan Dewey. Berdasarkan sistem ini, terdapat sepuluh kelas maklumat iaitu: 000-099 Karya Am 100-199 Falsafah 200-299 Agama 300-399 Sains Kemasyarakatan 400-499 Bahasa 500-599 Sains Tulen 600-699 Teknologi 700-799 Kesenian dan Hiburan 800-899 Kesusasteraan 900-999 Geografi, Sejarah dan Biografi ix. Mengenal Maklumat Bahagian Dalam Buku Setiap bahagian buku iaitu kulit hadapan, kulit belakang, halaman judul, halaman kandungan, indeks, bibliografi dan daftar kata/glosari menawarkan maklumat yang tertentu. Pada kulit hadapan tertera tajuk buku dan nama Penterjamahan pengarang. oleh A.M.Mohd.Ali Virginia M. Hooker Pada halaman judul terdapat maklumat tentang judul buku, judul kecil, nama pengarang Sejarah sepenuhnya, nama penyunting (jika ada) dan Melayu-Islam nama penerbit. Virginia M. Hooker 31
  • 34. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Pada bahagian halaman verso (belakang halaman ISBN 983-622-2123-9 judul) terdapat maklumat hak cipta, tahun hak cipta, Cetakan Pertama tempat terbitan, catatan tentang halangan menyalin 1991 semula, alamat penerbit dan maklumat Karya –V.M. Hooker pengkatalogan iaitu nombor kad katalog. Terjemahan: A.M. Mohd. Penerbitan: DBP Dicetak oleh DBP Bertentangan dengan halaman ini kadangkala disertakan pengenalan atau kata aluan. Untuk mengingati guru-guruku. Kandungan Jadual kandungan ialah bahagian yang penting dalam buku. Dalamnya terkandung nama bab, Pengenalan 1 nama tajuk, perincian tajuk dan halaman Masa Lalu dan Kini 3 yang selaras dengan tajuk. Dua Versi Teks 5 Bibliografi Bibliografi terdapat selepas tajuk akhir sesebuah Asraf Wahab 1979. buku atau pada akhir bagi setiap bab. Dalamnya “Rumusan Pola-pola Ayat terkandung senarai pengarang, tahun penerbitan, Inti”, DBP 1979. tajuk buku/majalah/jurnal, penerbit dan Brown C.C. 1956. Studies tahun terbitan disusun mengikut urutan abjad. in Malay. London: Luzac. Sesetengah buku memperuntukkan ruangan klausa daftar kata atau glosari yang mengandungi satu unit rangkaian perkataan yang keterangan atau makna tentang istilah mengandungi satu subjek & dan singkatan yang digunakan dalam satu predikat. buku tersebut. konsonan bunyi-bunyi bahasa penggalan... 32
  • 35. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Sebelum kulit belakang terdapat ruangan Saka, 111 Salehah, 39 indeks sama ada indeks perkara atau indeks Sayid Umar, 53 pengarang yang disusun mengikut urutan Sejarah Bugis, 28, abjad. Pada senarai perkara atau pengarang 32-4, disertakan nombor halaman yang 39-40, 69 memperincikan maklumat tersebut. Universiti Riau,13 Universiti Leiden, 6 Universiti Malaya, 91 Pada kulit belakang kadangkala diberikan maklumat tentang isi buku misalnya sinopsis cerita dan biodata pengarang. Sinopsis Cerita ………………………… ………………………… ………………………… ………………………. Biodata: ………………………… ………………………… ………………………… …………………….. 33
  • 36. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR x. Kemahiran Merujuk Ensiklopedia Ensiklopedia ialah bahan (berbentuk buku dan CD ROM) yang mengandungi maklumat bagi semua bidang ilmu pengetahuan. Maklumat ini termasuklah definisi, keterangan, sejarah, perangkaan dan bibliografi yang disusun mengikut urutan abjad. Setiap edisi ensiklopedia biasanya dibahagikan kepada beberapa jilid yang berurutan. Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu am dan khas. - Contoh ensiklopedia am: Oldham’s Encyclopedia Illustrated (ensiklopedia am kanak-kanak) dan Oxford Junior Encyclopedia. - Contoh ensiklopedia khas: Encyclopedia of Animals dan Encyclopedia of Art. Mengesan Maklumat daripada Ensiklopedia Perhatikan Ada ensiklopedia barisan mempunyai jilid ensiklopedia di maklumat umum atau rak khas kasar yang disebut dan lihat makro. Jilid yang tulang menerangkan secara belakang terperinci disebut jilid setiap jilid. mikro. Pilih jilid yang mengandungi perkataan atau huruf yang pertama yang berkaitan dengan maklumat yang hendak dikesan. Kata utama seperti SUNGAI, TOKOH, TEMPAT, dan KEJADIAN dicap dengan huruf besar diikuti keterangan tentang perkataan tersebut. 34
  • 37. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR xi. Kemahiran Merujuk Kamus Kamus ialah bahan koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan dalam satu atau lebih daripada satu bahasa seperti definisi atau makna, asal usul, ejaan, sebutan, silabikasi, penggunaan dan kedudukan semasa sesuatu perkataan yang disusun mengikut urutan abjad. Terdapat dua jenis kamus iaitu: Kamus umum Kamus khas atau kamus istilah Mengesan Maklumat Daripada Kamus Perkataan atau kata masukan disusun mengikut abjad. fabulous fast Pada sudut atas kiri pada sudut atas setiap halaman dalam kanan tertulis kata kamus tertulis kata terakhir bagi pertama. halaman tersebut. Buka terus halaman yang bermula dengan huruf pertama kata yang ingin dicari maknanya. Setelah mendapat halaman tersebut, cari perkataannya. perkataan Fabulous keterangan makna perkataan fabulous – wonderful, a fabulous day contoh frasa It was a fabulous week. Everything went well. contoh ayat 35
  • 38. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR xii. Kemahiran Mencari Maklumat Melalui Internet SENARAI ENJIN PENCARIAN 1. Infoseek (http://www.go. com) 2. Alta Vista (http://www.altavista. com) 3. Yahoo (http://www.yahoo. com) 4. Google (http://www.google.com) 5. Lycos (http://www.lycos. com) 6. Cari (http://www.cari.com) CARA MENCARI MAKLUMAT 1. Pergi ke mana-mana pelayar Internet seperti Netscape, Internet Explorer dan sebagainya yang tertera pada skrin utama. 2. Taip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang ditetapkan. 3. Taip kata carian (search word/ search term) yang berkait Dengan perkara, topik atau tugasan yang dicari. 4. Sebagai contoh, jika anda ingin membuat tugasan tentang keris taipkan keris jika enjin carian yang dipilih menyediakan versi Bahasa Melayu atau taip dagger sekiranya tiada. Pilihan Bahasa Melayu. 5. Selepas kata carian ditaip, skrin akan memaparkan laman- laman web yang akan memberikan rangkaian yang berkaitan dengan kata carian yang dimasukkan. 6. Klik halaman web (web page) yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dikehendaki. 7. Cuba kata carian yang lain sekiranya masih tidak memperoleh maklumat yang sesuai atau kurang lengkap. 36
  • 40. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STRATEGI METAKOGNISI Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari. Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses yang berikut: i. Merancang apa yang hendak dipelajari. ii. Memantau kemajuan pembelajaran diri. iii. Menilai apa yang dipelajari. 39
  • 41. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR i. Proses Metakognitif a. Proses Merancang Proses ini memerlukan murid: Meramal apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari; Menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi; Membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara. b. Proses Memantau Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara yang berikut: Apakah Adakah ini soalan yang membawa makna boleh saya kepada saya? Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan? Mengapakah saya tidak memahami cerita ini? 40
  • 42. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR c. Proses Menilai Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui: Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya? Mengapakah saya mudah/sukar menguasainya? Apakah tindakan/ pengubahsuaian yang harus saya ambil? Dengan pengetahuan ini, murid dapat memikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru. 41
  • 43. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Cara Mengajar Metakognitif Metakognitif tidak perlu diajar sebagai satu mata pelajaran atau strategi secara berasingan. Oleh itu Metakognitif sepatutnya diajar secara infusi iaitu dengan menyerapkan metakognitif dalam kaedah kaedah mengajar, perkembangan staf dan proses penyeliaan. iii. Kesan Daripada Penerapan Metakognitif Dengan penerapan ini, amalan menerapkan Metakognitif dalam setiap tahap pembelajaran secara spontan dan tanpa disedari dapat dipupuk. Murid diajarkan menggunakan strategi Metakognitif untuk membantu menyelesaikan masalah secara bersendirian atau berbincang dengan rakan. 42
  • 44. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR iv. Strategi Untuk Meningkatkan Metakognitif Yang berikut ialah beberapa strategi untuk meningkatkan Metakognitif: Terdapat 3 peringkat: a. Merancang Sebelum sesuatu aktiviti pembelajaran dimulakan, guru perlu mengajar atau menunjukkan peraturan yang patut dipatuhi dan strategi serta langkah untuk menangani masalah dan tuju hala yang harus diikuti. Semasa aktiviti itu dilaksanakan, guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk berkongsi pengalaman, proses berfikir dan pandangan tentang tingkah laku mereka. Selepas aktiviti pembelajaran, guru perlu meminta murid menilai sejauh mana peraturan yang diajarkan itu dipatuhi. b. Menyoal Pada Semua Peringkat Apa ? Mengapa? Menyoal ialah satu teknik penting untuk Bagaimana? menjelaskan fikiran. Galakkan murid menimbulkan soalan kepada diri mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas membaca, mendengar, melihat dan menonton sesuatu. 43
  • 45. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR c. Memilih Secara Sedar berbincang dengan murid tentang pemilihan dibuat oleh murid dari segi kesan baik dan nya sebelum keputusan dibuat. d. Menilai Berdasarkan Pelbagai Kriteria Metakognisi boleh dikembangkan dengan memberikan peluang kepada murid untuk membuat refleksi dan mengkategorikan tindakan mereka berdasarkan dua atau lebih kriteria penilaian. Contohnya: mengenal pasti dan membezakan apa yang dilakukan sama ada sesuatu itu membantu atau menghindar mengenal apa yang disukai dan tidak disukai menyenaraikan baik dan buruk sesuatu aktiviti. e. Mengambil Kredit Guru harus minta murid mengenal pasti apa yang positif atau baik daripada tindakan murid. Murid juga boleh mendapatkan maklum balas daripada rakan mereka dengan mengajukan soalan seperti : Apakah tindakan Bagaimanakah ini membanggakan tindakan itu diri anda? sepatutnya diberi Melalui cara ini, murid akan menyedari tingkah laku yang baik dan akan menerapkan tingkah laku tersebut dalam situasi yang berlainan. 44
  • 46. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR f. Mengelak Daripada Menyatakan ‘Saya Tidak ‘Boleh’ Cara yang boleh diaplikasikan ialah murid memikirkan beberapa soalan: “Apakah informasi yang diperlukan?” “Apakah alatan yang diperlukan?” “Apakah kemahiran yang diperlukan untuk melakukan tingkah laku berkenaan?” Soalan-soalan ini akan menimbulkan kesedaran tentang pengetahuan batasan yang diketahui dan apa yang perlu diketahui. Kesedaran ini akan membangkitkan keyakinan murid bahawa mereka boleh melakukannya. g. Menggalakkan Idea Daripada Murid Guru boleh membantu murid dalam metakognisi dengan memparafrasa pernyataan yang diutarakan oleh murid Contohnya: a) GURU: Apa yang ingin anda katakan ialah … b) GURU: Saya rasa anda ingin mem beritahu saya bahawa … Melalui cara ini, mereka dibimbing agar menjelaskan, memikirkan semula atau memikirkan idea mereka dengan lebih mendalam. 45
  • 47. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR h. Memberikan Label Bagi Sesuatu Tindakan Guru boleh menyedarkan murid mengenai tingkah laku kognitif mereka dengan memberikan label bagi tindakan yang diambil. Contohnya: Guru boleh memuji dan memberi pengiktirafan dengan; “Bagus, awak sedang membuat satu rangka tindakan yang baik bagi …..” “ Apa yang kamu semua ialah satu eksperimen yang baik.” “Awak telah memberikan kerjasama kepada rakan kamu, dan itu satu sifat yang terpuji.” i. Menjelaskan Maksud Perkataan Tertentu Kepada Murid nya murid mengeluarkan perkataan seperti “tidak adil’, ‘tidak baik’, “Dia sangat tegas.” perlu bertanya dan menjelaskan apakah yang dimaksudkan adil”, “tidak baik”, atau “sangat tegas” agar murid lebih sedar dan bertanggungjawab terhadap impak kata-kata mereka. j. Main Peranan Dan Simulasi Dengan kaedah main peranan murid dapat membayangkan diri mereka dalam sesuatu watak dan membuat modifikasi tingkah laku secara metakognitif terhadap peranan tersebut. Simulasi memberikan peluang kepada murid untuk memikirkan bagaimana seseorang itu akan bertindak dalam situasi berlainan. 46
  • 48. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR k. Menyimpan Jurnal Murid perlu digalakkan mencatat dan mengilustrasikan sesuatu pengalaman dalam buku log/ harian/diari sepanjang pengalaman itu. Ini dapat membantu murid: - mensintesiskan dan menterjemahkan fikiran dan kelakuan mereka dalam bentuk simbol atau grafik - melihat kembali persepsi asal mereka dan membandingkan persepsi asal dengan keputusan baru - mencatatkan proses pemikiran tentang strategi tersebut dan cara membuat keputusan - mengenal pasti kelemahan dalam tindakan yang diambil dan mengingat kembali kejayaan dan kesulitan dalam sesuatu percubaan l. Memberikan Teladan Contoh dan teladan yang ditunjukkan oleh guru sebagai ikutan oleh murid adalah sangat berkesan. Untuk tujuan ini, guru hendaklah menunjukkan dengan jelas bagaimana beliau merancang, mengenal pasti dan menilai sesuatu tingkah laku beliau supaya murid dapat mencontohinya. 47
  • 49. Pengurusan Masa & Gaya Pembelajaran
  • 50. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR PENGURUSAN MASA Pelajar yang berjaya biasanya mempunyai jadual waktu dan perancangan yang tersusun dan sistematik. Jadual waktu ialah pembahagian masa hari ke hari yang terperinci yang merangkumi: sesi pembelajaran, dan aktiviti-aktiviti lain dalam sehari. Perancangan ialah pandangan menyeluruh tentang sesi pembelajaran dan aktiviti-aktiviti lain. i. Bagaimanakah Menghasilkan Jadual Waktu Persendirian? Tentukan tempoh masa yang harus anda peruntukkan masa untuk mengulang kaji sesuatu mata pelajaran. Pilih keutamaan mengikut susah senang sesuatu mata pelajaran atau topik. Berikan tumpuan dan masa yang lebih kepada mata pelajaran dan topik yang anda rasakan sukar. Pastikan masa belajar seboleh-bolehnya dibahagikan sama rata sepanjang minggu, mengikut kesesuaian. Keupayaan minda menerima sesuatu pelajaran adalah terhad. Oleh itu, adalah lebih baik sekiranya anda belajar selama 2 jam sehari sepanjang minggu berbanding dengan belajar selama 10 jam hanya untuk satu hari dalam seminggu. 51
  • 51. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Penggunaan Masa Untuk Aktiviti Lain Selain belajar, masa juga harus diperuntukkan untuk: - berehat - membuat kerja rumah - bersukan - membantu ibu bapa - melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati atau menghadiri kelas tambahan. iii. Apakah Kelebihan Mempunyai Jadual Waktu ? Jadual waktu persendirian harus disediakan supaya: Mengurangkan pembaziran waktu Lebih memberi fokus kepada pelajaran Pengurusan masa lebih teratur Mengambil kira semua mata pelajaran Memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang sukar Melatih diri supaya tidak menangguhkan kerja 52
  • 52. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR GAYA PEMBELAJARAN i. Mengapakah Perlunya Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran? Setiap individu mempunyai gaya belajar tersendiri. Apa yang penting bukanlah gaya tersebut tetapi hasil daripada pembelajaran yang telah dilakukan. Setiap minit yang diperuntukkan akan hanya bermakna sekiranya murid itu dapat memahami dan mengingati fakta dan konsep penting pelajaran berkenaan. Sebaliknya seseorang murid itu akan hanya kerugian masa sekiranya apa yang dipelajari tidak dapat dihayati sepenuhnya dan mereka tidak langsung dapat memahami atau mengingati perkara-perkara penting tentang pelajaran berkenaan. Murid harus mengenal pasti gaya pembelajaran yang disukai agar murid dapat memberikan fokus yang lebih terhadap apa yang dipelajari. 53
  • 53. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR ii. Apakah Gaya Pembelajaran? Gaya pembelajaran ialah cara mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran. Murid perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka. Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang dibincangkan di sini: Gaya VAK (Visual, Auditouri, Kinestetik ) Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn 1. GAYA VAK Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran Visual, Auditori dan Kinestetik 1.1 Gaya Pembelajaran Visual Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Murid “visual” tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid “auditori” tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan. 54
  • 54. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Murid “visual” selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu. 1.2 Gaya Pembelajaran Auditori Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. 1.3 Gaya Pembelajaran Kinestetik Murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktivitimelalui hands-on. 55
  • 55. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 2. GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN Gaya pembelajaran Dunn & Dunn mengandungi beberapa aspek penting yang diperincikan seperti yang berikut: STIMULUS UNSUR CIRI Bunyi Suka belajar tanpa bising atau dengan bunyi latar belakang seperti muzik. Alam Sekitar Cahaya Suka belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya. Suhu Suka belajar di tempat yang nyaman atau di tempat yang panas. Pola Suka belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal seperti berbaring atau duduk di lantai. Motivasi Boleh merangsang diri untuk belajar atau perlu diransang oleh guru. Ketabahan Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek. Emosi Tanggung Bertanggungjawab untuk belajar atau jawab perlu bimbingan guru. Struktur Suka belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya diberikan lebih masa untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara. 56
  • 56. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STIMULUS UNSUR CIRI Sendiri Suka belajar sendiri. Pasangan Suka belajar secara berpasangan. Rakan Suka belajar dengan rakan sebaya. sebaya Sosiologi Pasukan Suka belajar dalam kumpulan . Guru Suka belajar dengan guru di sebelahnya. Pelbagai Suka belajar dengan kombinasi cara beberapa cara di atas. Persepsi Suka belajar dengan benda atau pengalaman maujud atau dengan perkara abstrak. Makan Suka atau tidak suka makan dan minum semasa belajar. Fizikal Waktu Suka belajar pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila masa sahaja. Gerakan Suka atau tidak suka bergerak semasa belajar. 57
  • 57. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR STIMULUS UNSUR CIRI Global atau Murid global suka belajar secara Analitik menyeluruh; murid analitik suka belajar mengikut urutan dan membuat analisis. Otak kiri Murid ini lebih cenderung memproses atau Otak maklumat di otak kiri , suka belajar kanan sesuatu bahagian demi bahagian, meminati bahasa dan membuat pengiraan dan analisis; murid yang lebih cenderung memproses maklumat Psikologi di otak sebelah kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat gerakan dan mencipta sesuatu. Impulsif atau Murid yang impulsif bertindak secara Reflektif spontan manakala murid yang reflektif berfikir sebelum bertindak. 58
  • 58. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 3. SOAL SELIDIK GAYA PEMBELAJARAN Soal selidik yang berikut boleh digunakan sebagai panduan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai bagi seseorang murid. Nama : …………………………………………………….. Kelas : ………………………………………………………. Arahan : Baca setiap pernyataan dibawah dengan teliti. Lengkapkan ruang di bawah memberikan nilai angka bagi setiap pernyataan yang dirasai paling tepat menerangkan perasaan anda berhubung dengan setiap pernyataan itu berdasarkan skala yang berikut: SS S TP TS STS Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju 5 4 3 2 1 Bil. Item SS S TP TS STS (5) (4) (3) (2) (1) 1. Apabila guru memberikan arahan, saya dapat memahaminya dengan baik. 2. Saya gemar belajar dengan cara melakukan sesuatu di kelas. 3. Saya dapat menyiapkan lebih banyak tugasan jika saya melakukannya bersama dengan murid lain. 4. Lebih banyak yang saya pelajari jika saya belajar dalam kumpulan. 5. Di dalam kelas, saya belajar dengan lebih baik apabila bekerjasama dengan murid yang lain. 6. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca apa yang ditulis oleh guru di papan tulis. 7. Saya belajar dengan lebih baik jika seseorang memberitahu saya bagaimana melakukan sesuatu. 8. Jika saya melakukan sesuatu di kelas, saya belajar dengan lebih baik. 59
  • 59. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 9. Saya lebih mengingati perkara yang saya dengar dikelas daripada perkara yang saya baca. 10. Jika saya membaca arahan/panduan, saya mengingatnya dengan lebih baik. 11. Lebih banyak yang saya pelajari dengan membuat model bagi sesuatu perkara. 12. Saya lebih memahami sesuatu dengan membaca arahan/panduan. 13. Saya lebih mengingati sesuatu dengan belajar bersendirian. 14. Lebih banyak yang saya pelajari dengan melakukan sesuatu bagi projek kelas. 15. Saya berasa seronok melakukan eksperimen di kelas. 16. Saya belajar dengan lebih baik dengan membuat lukisan semasa mempelajari sesuatu. 17. Saya belajar dengan lebih baik jika guru menyampaikan penerangan. 18. Jika saya belajar bersendirian saya belajar dengan lebih baik. 19. Saya lebih memahami sesuatu perkara apabila saya mengambil bahagian dalam main peranan. 20. Saya belajar dengan lebih baik jika saya mendengar sesuatu perkara. 21. Saya genar membuat tugasan bersama dengan dua atau tiga orang rakan yang lain. 22. Jika saya membina sesuatu, saya lebih mengingati sesuatu yang saya pelajari dengan lebih baik. 23. Saya lebih gemar belajar dengan seseorang. 24. Saya belajar dengan lebih baik dengan membaca daripada mendengar sesuatu. 25. Saya seronok membuat sesuatu untuk projek kelas. 60
  • 60. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR 26. Saya belajar dengan begitu baik di kelas apabila saya mengambil bahagian dalam aktiviti yang berkaitan. 27. Di kelas, saya membuat sesuatu dengan lebih baik apabila saya melakukannya sendiri. 28. Saya lebih gemar menjalankan sesuatu projek secara bersendirian. 29. Saya mempelajari sesuatu dengan lebih baik dengan membaca buku teks daripada mendengar penerangan guru. 30. Saya suka bekerja bersendirian. (Diubahsuaikan daripada Joy Reid, 1984) Lembaran Permarkahan Kendiri Terdapat lima pernyataan bagi setiap jenis gaya pembelajaran. Pernyatan di atas dikelompokkan berdasarkan gaya tersebut. Setelah anda melengkapkan jadual di atas, jumlahkan semua skor bagi setiap kelompok gaya pembelajaran dan darab dua jumlah tersebut dan catatkan jumlahnya pada ruang yang betul. Visual Pernyataan Skor 6 10 12 24 29 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Kecekatan Tangan Pernyataan Skor 11 14 16 22 25 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Auditori Pernyataan Skor 1 7 9 17 20 Jumlah Skor = Jumlah x 2 61
  • 61. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Berkumpulan Pernyataan Skor 3 4 5 21 23 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Kinestetik Pernyataan Skor 2 8 16 15 19 Jumlah Skor = Jumlah x 2 Bersendirian Pernyataan Skor 13 18 27 28 30 Jumlah Skor = Jumlah x 2 SKOR Gaya pembelajaran utama 38-50 Gaya pembelajaran kedua 25-37 Gaya pembelajaran yang tidak penting 0-24 62
  • 62. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Penerangan Tentang Gaya Pembelajaran Utama Gaya Pembelajaran Penerangan Utama 1. Visual Pelajar belajar dengan lebih baik dengan melihat perkataan dalam buku dan papan tulis, tidak memerlukan penerangan lisan yang banyak, dapat belajar bersendrian dengan membaca buku, dan perlu mencatat penerangan atau arahan lisan yang disampaikan sekiranya ingin mengingati sesuatu maklumat. 2. Auditori Pelajar belajar daripada perkataan yang diujarkan, dapat mengingat maklumat dengan membaca kuat atau dengan menggerak-gerakkan bibir ketika membaca, serta mendapat manfaat daripada mendengar pita audio, syarahan, dan perbincangan kelas. 3. Kinestetik Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman, dan terlibat secara aktif dalam aktiviti, lawatan, dan main peranan. Kombinasi rangsangan seperti aktiviti dan pita audio memudahkan pelajar memahami perkara baru. 4. Kecekatan Pelajar belajar dengan lebih berkesan apabila Tangan berpeluang membuat latih amal (hands-on) dengan bahan seperti melakukan eksperimen di makmal, membina model, dan menyentuh dan menggunakan bahan. Pergerakan fizikal dalam kelas membantu pelajar memahami maklumat baru. 5. Berkumpulan Pelajar belajar dengan lebih mudah sekiranya berteman, dapat menyiapkan sesuatu tugasan dengan bekerjasama dengan orang lain, mengingati maklumat apabila bekerja dengan rakan pelajar yang lain, dan stimulasi daripada rakan membantu anda memahami perkara baru. 6. Bersendirian Pelajar belajar, berfikir, serta memahami dan mengingat maklumat baru dengan lebih baik apabila bekerja atau melakukan sesuatu bersendirian. Gaya pembelajaran minor menunjukkan bahawa pelajar masih dapat belajar dengan baik melalui gaya pembelajaran tersebut, manakala gaya pembelajaran yang tidak penting bererti pelajar menghadapi kesulitan belajar melalui gaya tersebut dan harus memberikan tumpuan pada gaya yang lebih membantu pelajar dalam pembelajaran. (Diubahsuaikan daripada Instrumen Gaya Pembelajaran, Murdoch Teacher Center, Wichita, Kansas). 63
  • 64. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN Kebiasaannya peperiksaan tidak digemari murid. Setelah belajar bersungguh-sungguh, setiap murid mengharapkan keputusan yang baik dalam peperiksaan. Menghadapi sesuatu peperiksaan memang berat dan masalah yang berkaitan dengannya memang banyak. Kemahiran belajar cara belajar membantu murid beranggapan positif terhadap peperiksaan dan seterusnya menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin. MENGECEWAKAN MENDUKACITAKAN MENDEBARKAN Peperiksaan memberikan pelbagai pengalaman kepada murid seperti MENGGEMBIRAKAN MENAKUTKAN MERISAUKAN 67
  • 65. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR GURU BOLEH: Memotivasikan murid agar tekun belajar. Membantu murid untuk memberikan tumpuan pada pelajaran. Menggalakkan murid agar sentiasa berminat dengan kerja sekolah. Mengajar murid teknik belajar yang betul. Mengajar murid cara mengulang kaji dan mengambil nota yang betul. 68
  • 66. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR MURID PERLU : Sentiasa bersedia dan membuat ulang kaji untuk mengekalkan ingatan jangka panjang. Tidur secukupnya pada malam sebelum hari peperiksaan Hadapi peperiksaan dengan perasaan yakin diri Elakkan menduduki peperiksaan dengan perut yang kosong. Makan makanan yang berzat dan seimbang. 69
  • 67. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Datang awal dengan persiapan yang secukupnya. Bawalah peralatan yang diperlukan seperti pen, pensel, pemadam, jam tangan, pembaris dan lain-lain. Berdoa dan tenangkan diri sebentar sebelum memulakan peperiksaan. Ingatkan diri bahawa anda telah bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan baik. Jangan sesekali cuba membuat ulang kaji pada saat-saat akhir. 70
  • 68. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Jangan gementar dan panik. Ubah sedikit posisi duduk supaya anda berasa selesa. Membaca arahan dan soalan terlebih dahulu - Luangkan sedikit masa untuk membaca soalan-soalan secara mendalam. - Putuskan tempoh masa diperlukan untuk menjawab setiap soalan. - Jawab soalan yang mudah dahulu. - Ketika membaca soalan, tandakan kata-kata kunci. - Catatkan idea-idea yang timbul yang boleh digunakan sebagai jawapan. 71
  • 69. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Strategi menjawab soalan - Jawab soalan mudah yang anda ketahui jawapannya dan diikuti dengan soalan yang susah. - Jika ada pilihan, hindari soalan susah yang anda tidak pasti jawapannya serta diperuntukkan jumlah markah yang sedikit. Ketika menjawab soalan aneka pilihan: - abaikan jawapan yang anda tahu salah. - buat pilihan kepada baki jawapan sedia ada. Ketika menjawab soalan berbentuk karangan, fikirkan dahulu jawapannya sebelum anda menulis - Buat kerangka jawapan. Catatkan idea. - Gunakan perenggan pertama sebagai gambaran keseluruhan. - Gunakan perenggan berikutnya untuk membincangkan isi-isi penting secara mendalam. - Perlihatkan pertautan antara perenggan. - Berikan contoh tertentu. 72
  • 70. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Sisihkan 10 peratus masa yang diperuntukkan untuk memeriksa jawapan anda - Periksa semula jawapan anda. - Hindari perasaan ingin segera meninggalkan dewan atau kelas setelah anda menjawab semua soalan peperiksaan atau ujian. Selepas peperiksaan : Kenal pasti kelemahan dan baiki cara pembelajaran Ini dapat menajamkan minda anda dan mendapat ilmu pengetahuan yang baru. 73
  • 72. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Contoh Rancangan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan : 4 Masa : 80 Minit Tajuk : Berita / Laporan Sukan Bidang : Maklumat Dan Interpersonal Hasil pembelajaran: 7.1 Mengenal pasti dan menyatakan gambaran keseluruhan, idea, utama dan isi penting tentang pelbagai bahan yang didengar, dibaca dan ditonton. 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan berdasarkan konteks. 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras. Kemahiran bahasa : Mendengar, membaca dan menulis Sistem bahasa : Kosa kata Peraturan Sosiobudaya : bekerjasama, bertolak ansur dan patriotisme Kemahiran bernilai tambah : - Belajar Cara Belajar (merujuk kamus, membuat nota ringkas dan metakognisi) - Kajian Masa Depan Langkah pengajaran dan pembelajaran: 1. Murid mendengar rakaman audio muzik montaj rancangan sukan TV, dan bersoal jawab tentang irama, lagu tema yang didengar. (set induksi) 2. Guru mengemukakan soalan sebelum memperdengarkan rakaman audio laporan sukan dan mencatat isi penting kepada murid. (metakognisi) 3. Murid dan guru bersoal jawab untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kandungan dan format laporan sukan yang didengar. 4. Murid mendengar rakaman audio temu bual dengan seorang ahli sukan terkenal dan menyenaraikan isi penting. (kemahiran mencatat isi) 5. Murid menyenaraikan isi penting dan membandingkan jawapan dengan senarai isi yang disediakan oleh guru. 6. Guru mengedarkan teks temu bual dan menerangkan cara mengesan isi penting dalam teks tersebut .(kemahiran mengenal isi penting) 7. Murid membaca teks yang diedarkan dan mengesan perkataan sukar serta merujuk kamus untuk mengetahui makna perkataan mengikut konteks. (kemahiran merujuk) 8. Murid menjalankan main peranan sebagai pemain badminton negara dan wartawan. Murid mengulas tentang teknik penyoalan dan kata yang digunakan dalam temu bual. Guru membuat ulasan dan rumusan. 9. Murid menulis semula perbualan yang diikuti dalam bentuk dialog. 77
  • 73. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Lesson Plan for English Topic : Sports Target Group : Form 2 Proficiency : Beginner to Intermediate Lesson: : Lesson 3 in the week Objectives: By the end of the lesson, students should be able to: (a) understand subject-verb agreement rules; (b) identify errors in subject-verb agreement exercises. LHTL Strategies: Learning grammar rules by Identifying patterns and errors in language use. Procedure: 1. Provide 10 sentences in a worksheet. (Worksheet 1) 2. Students try and work our for themselves the similarities and differences in sentences. Examples: I write to my brother once a week. They jog every evening. She sleeps in the afternoon. Singular subject = singular verb (verb + -s or -es) Plural subject = plural verb (verb -s) I / You = plural verb (verb -s) 3. Teacher explains the ‘rules’ relating to subject-verb agreement. 4. Students are provided with a worksheet of 10 – 15 sentences ( worksheet 2). Students fill in the tables in the worksheet. 5. Students are provided with another worksheet (worksheet 3) with sentences that contain errors in subject-verb agreement. 6. Students identify the errors and correct them. 78
  • 74. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR WORKSHEET 1 Building Language Awareness LOOKING FOR LANGUAGE RULES Look at the sentences below. 1. My brother plays football once a week. 2. My friends and I jog every evening. 3. He plays tennis every afternoon. 4. They take swimming lessons once a week. 5. Azmi and Ah Kow play hockey every evening. 6. He hurt his foot while kicking the ball. 7. Mei Mei scores a goal. Well done! a) In small groups, discuss the structure of the sentences above. Are there any similarities in the way these sentences are formed? b) Try to write a rule to explain the common structure in these sentences: c) Write a few sentences using this ‘rule’. WORKSHEET 2 1. The boy kicks the ball. 2. My sister scores a goal. 3. She hit the ball hard. 4. They train every evening. 5. Ali drinks a glass of orange juice before a game. 6. He wears shin guards to protect his shins. 7. The hockey stick cost him RM 90.00. 8. We need another player for our team. 9. He wears a black jersey, white shorts, and red stockings. Use the sentences above and complete the table. SUBJECT VERB SINGULAR 1. The boy kicks the ball. PLURAL 79
  • 75. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR WORKSHEET 3 Identify and correct the errors in these sentences. 1. Mariam grow a lot of flowers. 2. The boys is always doing things together. 3. Lalita’s grandparents lives on a farm 4. We gets starch from tapioca. 5. Encik Mohamed burn the padi stalks. 6. Dadah bring danger to our lives 7. These is the eyes and this are the nose. 8. Firemen rescues people in a fire. 9. Mrs. Tan teach in a secondary school. 10. Rohani and Rohana is twins. 80
  • 76. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR MATEMATIK Contoh 1: Berpandukan gaya pembelajaran kinestetik. Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan : 2 Tajuk : Bulatan Bahan : Bekas berbentuk silinder berbagai saiz, benang, pembaris, kertas mahjung, Hasil Pembelajaran : 1. Mengukur lilitan dengan menggunakan benang. 2. Menganggarkan nilai dengan mencari nisbah lilitan kepada diameter bagi beberapa bulatan, 22 3. Menyatakan atau 3.142 sebagai 7 penghampiran kepada 4. Mengira lilitan suatu bulatan, apabila diberikan diameter dan jejari 5. Mengira diameter dan jejari apabila diberikan lilitan bulatan. Aktiviti 1 (Berkumpulan) 1 Murid mengukur lilitan dan diameter beberapa bekas (sekurang-kurangnya 5. Nilai-nilai yang didapati dicatatkan ke dalam jadual 2 Murid mencari nisbah lilitan kepada diameter bagi setiap ukuran yang telah dicatat. Mereka digalakkan menggunakan kalkulator. 3 Murid membentangkan dapatan mereka kepada kelas dengan menerangkan secara terperinci proses yang telah diambil dan juga kesimpulan yang telah mereka buat tentang nisbah litlitan kepada diameter. 4 Di akhir sesi pembentangan, guru perlu memprkukuhkan konsep dengan menerangkan bahawa nisbah lilitan kepada diameter sebenarnya adalah ‘sama’ bagi sebarang bulatan. Nilai tersebut dinamakan . Lilitan 5 = Diameter 6 Terbitkan juga rumus l = d l=2 j 7 Berikan beberapa contoh yang berkaitan. 81
  • 77. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Contoh 2: Berpandukan gaya pembelajaran Visual Mata Pelajaran : Matematik Tingkatan : 2 Tajuk : Persamaan Linear Hasil Pembelajaran : 1. Menentukan sama ada suatu kuantiti dalam situasi tertentu yang diberikan adalah suatu pembolehubah atau pemalar. 2. Menentukan pembolehubah dalam situasi yang diberikan dan mewakilkannya dengan huruf abjad yang sesuai. 3. Menyatakan nilai-nilai yang mungkin bagi pembolehubah dalan keadaan tertentu. 4. Membentuk rumus berasaskan data yang diberikan atau data yang diperoleh daripada aktiviti. 5. Menyelesaikan masalah yang melibatkan rumus. Murid diminta membincangkan lembaran berikut dalam kumpulan kecil. 82
  • 78. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Biji benih yang anda semai sudah bercambah. Hari pertama anda ukur tinggi anak semai tersebut ialah 2.4 cm. Setiap hari anda ukur anak semai itu dan mendapati ketinggiannya adalah seperti berikut : Hari 1 Hari 2 Hari 3 Hari 4 2.4 cm 3.8 cm 5.2 cm 6.6 cm 1. Sekiranya anak benih itu membesar dengan kadar yang sama pada setiap hari, berapakah ketinggian yang akan dicapai setelah 4 hari ? 2. Berapakah ketinggiannya selepas 5 dan 6 hari ? 3. Bentukkan satu rumus yang mengaitkan ketinggian anak benih dengan bilangan hari selepas ketinggian anak benih itu mula diukur. 4. Gunakan rumus anda untuk mencari ketinggian anak benih tersebut selepas 7 hari. 5. Gunakan rumus anda untuk mencari bilangan hari yang diambil untuk anak benih itu mencapai ketinggian 32 cm. 6. Berikan alasan anda kenapa rumus yang dibentuk itu tidak lagi tepat digunakan untuk menentukan ketinggian pokok tersebut selepas tempoh yang tertentu. 83
  • 79. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Bibliografi Ab. Rahim Selamat, 1989. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Ab. Rahim Selamat, 1989. Teknologi Sistem Pengajaran. Petaling Jaya: Penerbitan Fajar Bakti Blosser, P.E., 1991. How to Ask the Right Questions. Washington, D.C.: National Science Teachers Association Burley-Allen, M., 1995. Listening:The forgotten skill. New York: John Wiley & Sons Fogarty, R., 1994. How To Teach For Metacognitive Reflection. Victoria: Hawker Brownlow Education Freeman, R., 1982. Mastering Study Skills. Surrey: The Macmillan Press Ltd. Geddes, Doreen S., 1995. Keys To Communication: A Handbook for School Success. Thousand Oaks, CA: Corwin Press Rowe, Mary Budd. 1986. Wait Time: Slowing down may be a way of speeding up. Journal of Teacher Education. 37, 736-741 84
  • 80. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR Panel Penulis Penasihat : Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Pengerusi : Dr. Rohani bt Abd Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum Ahli : Cik S. Sivagnanachelvi (Ketua) En. M. Govindan Tn. Hj. Ibrahim bin Sakimin Cik Norkiahanum bt Mohd. Noor Pn Noraziah bt Ahmad Ghazali Pn. Rozita bt. Mat Zain En. Khiruddin bin Ahmad 85