.HPDKLLUDQ      .H P D K U D Q%HUIILLNLLU               %H U N U                          GDODP           3HQJDMDUDQGDQ   ...
.HPDKLUDQ          % H U IL N L U                                        GDODP                      3HQJDMDUDQGDQ         ...
Cetakan Pertama 2001© Kementerian Pendidikan MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bah...
KATA PENGANTAR      Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekananatas strategi pembelajaran yang ber...
KANDUNGAN                               HALAMANUNIT 1Pengenalan                                        1UNIT 2Apakah Berfi...
UNIT 1       PENGENALANKemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajarandan dikenali seba...
UNIT 2      APAKAH BERFIKIR?         %HUILNLU           ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku da...
Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti...
Rajah 2.1 Model Kemahiran Berfikir                                  KEMAHIRAN                                   BERFIKIR  ...
UNIT 3 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITISBerikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis.1. MencirikanMengenal...
EHUPLVDL                        Bermisai                         Bermisai                  EHUHNRU                        ...
Contoh :Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan.Cari persamaan dan perbezaan anta...
3. Mengumpulkan dan MengelaskanMengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan...
Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item                     Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item4. Membuat Urutan...
Contoh :Yang berikut ialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik.           Binakan saturentetan kerja yang munasabah...
Kemahiran ini digunakan untuk:a) Menonjolkan perkara yang mustahak.b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.Langkah...
6. MenganalisisMengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagimemahami sesuatu konsep atau ...
Kemahiran ini digunakan apabila :a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat   seseorang...
Untuk mengesan kecondongan, langkah dalam Jadual 3.2 diikuti.        Langkah                                  Penerangan1....
Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:a) Memilih sesuatu.b) Menerima atau menolak sesuatu idea.Langkah peng...
Langkah penggunaan:a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).b) Susun semula maklumat dalam urutan ...
L OXDU                                                  ELOLN luar                                                   Di   ...
UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIFUnit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.1. Menjanakan Id...
vii. Murid bawa balik ke rumah   viii. Bakar untuk guna semula    ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makananc) Imbas k...
c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan   tetapi ini tidak membawa sebarang makna ...
A ir s u ng ai tidak          S u ng ai m en jad i         H ak is an tan ah        m eng alir den gan laju               ...
iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat        iv. Kadar kemalangan meningkat        v. Bilangan pelancong bertamba...
i.    Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal.     ii.    Lembu kurang bergerak pada hari hujan, t...
Kemahiran ini digunakan untuk:a) Mencari polab) Menyusun maklumatc) MeramalLangkah penggunaan:a)   Kumpulkan data.b)   Car...
8. MenganalogiMembentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu denganperkara yang mudah, maujud dan...
Contoh :Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumisecara tiba-tiba.Untuk membuat ga...
Untuk mereka cipta kita perlu :a) Kenal pasti cabaran.   Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.b) Men...
UNIT 5 STRATEGI BERFIKIRUnit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir.1. MengkonsepsiMembuat pengitla...
Langkah mengkonsepsi                            KBKK Utamaa) Mengenal pasti maklumat atau contoh-         •   menjana idea...
c) Kelaskan ciri tersebut.     i.       Berbangga sebagai rakyat Malaysia    ii.       Bersemangat setia negara   iii.    ...
2. Menyelesaikan MasalahMencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti,mencabar atau k...
Contoh :Berpandukan gambar yang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelakimenghadapi masalah untuk menyelamatkan ...
Kesan                  Sokong                   Nilai (Apakah akan berlaku jika pilihan ini      atau tidak    (Penting at...
Rajah 5.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan dan KBKK Utama            Langkah membuat                            KBKK ...
Untuk membuat keputusan:a)   Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai.     Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya s...
e) Pilih dua alternatif yang paling baik        i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta  ...
UNIT 6 KEMAHIRAN MENAAKULUnit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul.Kemahiran ini digunakan untuk me...
Contoh :Rajah 6.1 menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulanberasaskan ciri atau pola sepunya bag...
c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan.   i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernila...
Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu :a) Teliti situasi umum   i.      Segitiga sama sisi mempunyai ciri ti...
UNIT 7 ALAT BERFIKIRPenguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melaluipenggunaan alat berfikir ...
**Nota: (Penyusun Grafik)1 Carta Maklumat               5   Carta Edaran             9 Pohon Fikiran2 Carta T             ...
Jawapan terdapat secara langsung               Jawapan tidak terdapat secara langsungdaripada teks bacaan.                ...
Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 :                            Jadual 7.3   Soalan ...
h)    Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik      dan berkesan.i)    Gunakan kreati...
UNIT 8      PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIRDalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir .Selai...
SS Mengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakang                  SS Menyusun mengikut paling atas kepada paling...
2        PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIFRajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif     Pemikiran ...
h. Mensintesis     SS   mengabungkan idea                       SS   menggubal semula                       SS   menyatuka...
3 PETUNJUK STRATEGI BERFIKIRRajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah dan          membua...
SS   cari penyelesaianb. Menyelesai Masalah        SS   selesaikan                             SS   carikan cara penyelesa...
iii. Menganalisis alternatif SS mencerakin alternatif                             SS menghurai pilihan                    ...
UNIT 9 METAKOGNISIMetakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara merekameneroka pelbagai kaedah ...
Ketiga-tiga langkah tersebut adalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.Proses metakognisi perlu dirangsang dalam...
Contoh Soalan:Anda diberikan dua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya.                  Jadual 9.1   Per...
UNIT 10 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR        DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSatu strategi yang difikirkan dapat ...
Penerangan Maksud Pembelajaran BerfikrahPembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatanutama. ...
Langkah 1: Memperkenalkan KBa) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang   baru.b) Guru m...
Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam situasi baru dan diperkembang dengan           bimbingan gurua) Memberitahu murid KB y...
11 PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir da...
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Kbkk
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Kbkk

1,873 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,873
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
17
Actions
Shares
0
Downloads
191
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kbkk

  1. 1. .HPDKLLUDQ .H P D K U D Q%HUIILLNLLU %H U N U GDODP 3HQJDMDUDQGDQ 3HPEHODMDUDQ
  2. 2. .HPDKLUDQ % H U IL N L U GDODP 3HQJDMDUDQGDQ 3HPEHODMDUDQ JU@ Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Persiaran Duta 50604 Kuala Lumpur APRIL 2002
  3. 3. Cetakan Pertama 2001© Kementerian Pendidikan MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua samaada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izinbertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian PendidikanMalaysia, Persiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-PenerbitanMalaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran / Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bibliografi: ms. 85 ISBN 983-222340-28-4 1. Creative thinking-Study and teaching. 2. Critical thinking- Study and teaching. 3. Cognitive learning. I. Judul. 370.152
  4. 4. KATA PENGANTAR Pelaksanaan kurikulum sekolah yang disemak semula memberi penekananatas strategi pembelajaran yang berkesan sesuai dengan kehendak pendidikanmasa kini dan masa depan. Sebagai usaha untuk membantu guru memahami dan mengamalkan strategitersebut, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menghasilkan pelbagai bahansokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran danpembelajaran dan buku penerangan am tentang pengurusan dan pelaksanaankurikulum. Modul pengajaran dan pembelajaran boleh membantu guru mempelbagaikankaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mewujudkansuasana bilik darjah yang menggembirakan. Buku penerangan am bertujuan untukmenjadi panduan kepada pengurus dan pelaksana kurikulum dalam usaha merekauntuk melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan. Pusat Perkembangan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaandan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan penyediaan modul-modulserta buku penerangan am ini. Semoga bahan sokongan berkenaan dapatdimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat.Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZINPengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
  5. 5. KANDUNGAN HALAMANUNIT 1Pengenalan 1UNIT 2Apakah Berfikir ? 2UNIT 3Kemahiran Berfikir Kritis 5UNIT 4Kemahiran Berfikir Kreatif 18UNIT 5Strategi Berfikir 28UNIT 6Kemahiran Menaakul 37UNIT 7Alat Berfikir 41UNIT 8Petunjuk Kemahiran Berfikir 46UNIT 9Metakognisi 53UNIT 10Strategi Penerapan Kemahiran Berfikir 56Dalam Pengajaran Dan PembelajaranUNIT 11Pengoperasian Kemahiran Berfikir 60 Mata Pelajaran Sains 60 Mata Pelajaran Bahasa 87 Mata Pelajaran Kajian Tempatan 91 Mata Pelajaran Sejarah 95 Mata Pelajaran Pendidikan Seni 99BACAAN LANJUTAN 102
  6. 6. UNIT 1 PENGENALANKemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajarandan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumenkhusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa matapelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan KajianTempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan(JNSP, 1998). Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapatmemperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua matapelajaran.Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengantuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsurutama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat.MATLAMATModul ini bertujuan memberikan pemahaman dan panduan tentang kemahiran berfikirdan pengoperasiannya agar guru dapat menerapkan dalam pengajaran danpembelajaran bagi semua mata pelajaran.OBJEKTIFSelepas mengikuti modul ini pendidik:1) memahami maksud dan konsep kemahiran berfikir;2) menguasai teknik penerapan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;3) mengaplikasikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran;4) menyebarkan konsep dan aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran kepada guru lain; dan5) membina semangat untuk mendalami aplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran dan dalam kehidupan harian. 1
  7. 7. UNIT 2 APAKAH BERFIKIR? %HUILNLU ... melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977) … merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu. (Fraenkel, 1980) … ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan . (Beyer, 1991)Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat dirumuskansebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahamanterhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikanmasalah.PROSES BERFIKIRPada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatuobjek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yanganda mungkin bertanya ialah :-1. Apakah objek itu?2. Apakah kegunaannya?3. Bagaimanakah menggunakannya?4. Adakah ia memberi manfaat?Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam prosesberfikir. Untuk mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut: Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu) Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu) Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu) 2
  8. 8. Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan,kemahiran kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1 Proses BerfikirMODEL KEMAHIRAN BERFIKIRKemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu ideadan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencernadan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham ataugabungan idea-idea yang ada.Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya danmengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dankreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusanatau menyelesaikan masalah.Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita membuatpertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategiberfikir.Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikirmenaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.2. 3
  9. 9. Rajah 2.1 Model Kemahiran Berfikir KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF KRITIS• Menjanakan idea MENAAKUL • Mencirikan• Menghubung kaitkan • Logik • Membandingkan dan• Membuat inferens • Rasional membezakan• Meramalkan • Mengumpul dan• Membuat hipotesis mengelaskan• Mensintesiskan • Membuat urutan• Mengitlak • Menyusun mengikut• Membuat gambaran mental keutamaan• Menganalogikan • Menganalisis• Mereka cipta • Mengesan kecondongan • Menilai • Membuat kesimpulan STRATEGI BERFIKIR Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalah Membuat keputusan KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, KB perlu diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul dan mengelas. 4
  10. 10. UNIT 3 KEMAHIRAN BERFIKIR KRITISBerikut ialah penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kritis.1. MencirikanMengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.Kemahiran ini digunakan untuk:a) Mendefinisikan konsep atau item.b) Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa.Langkah Penggunaan:a) Tumpukan perhatian kepada item atau konsep secara menyeluruh.b) Kenal pasti ciri.Contoh :Lihat gambar yang diberikan dalam Rajah 3.1. Tuliskan cirri-ciri yang terdapat padahaiwan tersebut. Rajah 3.1 Gambar seekor haiwanKita boleh gunakan rajah pancaran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.2 untukmembantu kita mencirikan. 5
  11. 11. EHUPLVDL Bermisai Bermisai EHUHNRU Berekor +DLZDQ Haiwan EHUNDNL Berbulu HPSDW EHUEXOX Berkaki empat Rajah 3.2 Rajah pancaran ciri haiwana) Lukiskan satu bulatan.b) Tuliskan tajuk bagi konsep atau item dalam bulatan.c) Lukiskan satu garisan yang memancar keluar daripada bulatan.d) Tuliskan satu ciri yang ada pada konsep atau item pada hujung garisan.e) Ulangi dengan melukis garisan lain untuk ciri yang lain.2. Membandingkan dan MembezakanMencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti danunsur sesuatu objek atau peristiwa.Kemahiran ini digunakan apabila :a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.b) Membuat pilihan atau keputusan.Langkah penggunaan:a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza. 6
  12. 12. Contoh :Perhatikan dua helai daun dalam Rajah 3.3 yang diambil dari pohon yang berlainan.Cari persamaan dan perbezaan antara dua helai daun ini. Daun /,:3 A /,:3 B Daun Rajah 3.3 Gambar daunKita boleh gunakan rajah Venn seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.4 untukmembandingkan dan membezakan. kasar kesat keras hijau lembut licin leper panjang Rajah 3.4 Rajah Venn perbandingan dan perbezaan ciri daun a) Lukis dua bulatan yang bertindih. b) Rekodkan ciri daun A dalam bulatan A c) Rekodkan ciri daun B dalam bulatan B. d) Jika ciri daun A sama dengan daun B, rekod ciri dalam kawasan bertindih antara dua bulatan. 7
  13. 13. 3. Mengumpulkan dan MengelaskanMengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalahberdasarkan ciri atau sifat sepunya.Kemahiran ini digunakan apabila terdapat :a) Banyak item atau maklumat.b) Item atau maklumat yang tidak tersusun.Langkah penggunaan:a) Kenal pasti ciri umum sekumpulan item.b) Beri nama kepada kumpulan item itu.c) Kenal pasti ciri lain.d) Masukkan item berciri sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.e) Ulangi langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam suatu kumpulan.Contoh :Diberikan item-item yang berikut: gelas, bata, kerusi, songkok, pukat, cawan porselin,baju hujan, pen dan pensil.Kita boleh gunakan carta organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.5 untukmengelas item-item tersebut.a) Tuliskan nama kepada sekumpulan item di bahagian paling atas.b) Bahagikan item-item tersebut kepada kumpulan yang lebih kecil. Namakan kumpulan-kumpulan ini.c) Bahagikan lagi item-item tersebut kepada kumpulan-kumpulan yang lebih kecil lagi. 8
  14. 14. Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item Rajah 3.5 Carta organisasi pengelasan item4. Membuat UrutanMenyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciriatau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.Kemahiran ini digunakan untuk menyusun item atau maklumat supaya:1. Mudah difahami.2. Item tertentu mudah dikesan.Langkah penggunaan:a) Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut saiz, nilai, abjad, kronologi, corak atau masa.b) Ambil satu item sebagai asas.c) Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan yang ditentukan.d) Semak semula susunan. 9
  15. 15. Contoh :Yang berikut ialah satu senarai kerja untuk membuat teh tarik. Binakan saturentetan kerja yang munasabah daripada senarai ini. Pasang api dapur, isi air dalam cerek, letak cerek di atas dapur, selepas mendidih padamkan api, masukkan teh dalam penapis, masuk air dalam kole, masukkan penapis dalam koleh berisi air, masuk susu dalam koleh, kacau ramuan dalam kolah, tarik............Kita boleh menggunakan rantai urutan seperti contoh yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6untuk menyusun langkah-langkah kerja bagi menyediakan teh tarik supaya menjadisatu urutan yang logik.a) Imbas kembali semua langkah.b) Pilih satu langkah sebagai permulaan.c) Imbas kembali langkah yang seterusnya.d) Pilih satu langkah yang lain.e) Bandingkan langkah yang dipilih dengan langkah pertama.f) Letakkan langkah itu di hadapan jika langkah itu lebih awal atau di belakang jika ia langkah yang terkemudian.g) Ulangi aktiviti di atas sehingga semua langkah telah disusun. Isikan air Letak Pasang Selepas Masukkan ke dalam cerek api mendidih teh ke cerek di atas dapur padamkan dalam dapur api penapis Tarik… Kacau Masukkan Masukkan Masukkan ramuan susu penapis air ke Dalam ke dalam dalam kole kole.. kole Rajah 3.6 Rantai urutan menyediakan teh tarik5. Menyusun Mengikut KeutamaanMenyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan ataukesegeraan. 10
  16. 16. Kemahiran ini digunakan untuk:a) Menonjolkan perkara yang mustahak.b) Menentukan tindakan yang perlu dibuat dahulu.Langkah penggunaan:a) Tentukan matlamat anda.b) Ambil satu item sebagai asas.c) Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat atau lebih jauh kepada matlamat.d) Jika lebih dekat kepada matlamat letakkan di atas item asas, jika tidak letakkan di bawah.e) Ulangi langkah di atas bagi item yang lain, satu demi satu.Contoh :Anda diberikan senarai beberapa item: cerek, seterika, radio, perakam video, lampuberpendafluor dan televisyen. Susun item tersebut mengikut keutamaan penggunaanalat elektrik di rumah anda dan terangkan mengapa .Kita boleh gunakan tangga hierarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.7 untukmenyusun item mengikut keutamaan.a) Lukiskan beberapa anak tangga.b) Tuliskan item yang paling penting pada anak tangga paling atasc) Tuliskan item lain yang kurang penting pada anak tangga di bawahnya.d) Ulangi sehingga item yang paling tidak penting pada anak tangga yang paling bawah. Lampu berpendaflour Televisyen Perakam video Radio Seterika Cerek Rajah 3.7 Tangga hierarki keutamaan penggunaan alat elektrik 11
  17. 17. 6. MenganalisisMengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagimemahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubung kaitantara bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Menganalisis ialah suatukemahiran yang kompleks menggunakan beberapa ciri kemahiran berfikir.Langkah penggunaan:a) Tentukan pendapat atau kenyataan.b) Cari andaian yang tersirat, huraikannya kepada ciri yang lebih terperinci.c) Renung semula pendapat atau andaian.d) Buat pernyataan yang telah diperbaiki dengan sokongan fakta.Contoh : Buat analisis bagi kenyataan yang berikut: Televisyen adalah penting kepada kehidupan.Untuk menganalisis kita perlu: a) Menentukan pendapat atau kenyataan: Televisyen adalah penting kepada kehidupan. b) Huraikan andaian yang tersirat penting kepada kehidupan dari segi televisyen: i. Menyampaikan maklumat. ii. Berunsurkan pendidikan. iii. Boleh mengisi masa lapang. iv. Memberi hiburan. c) Membuat kenyataan yang telah diperbaiki : Televisyen adalah penting kepada kehidupan kerana televisyen dapat menyampaikan maklumat umum yang berunsurkan pendidikan, boleh mengisi masa lapang dan memberi hiburan .7. Mengesan KecondonganMengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada sesuatu atau menentangsesuatu. 12
  18. 18. Kemahiran ini digunakan apabila :a. terdapat sesuatu pernyataan yang cuba mempengaruhi keputusan atau pendapat seseorang,b. menimbangkan ketepatan sesuatu sumber maklumat atau pernyataan, atauc. mengenal pasti kecondongan pandangan seseorang.Langkah penggunaan:a) Nyatakan matlamat.b) Kenal pasti jenis petunjuk kecondongan. i. Kenyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat. ii. Pengitlakan yang keterlaluan. iii. Soalan retorik (soalan yang bersifat mempengaruhi atau memukau dan bermuslihat). iv. Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah. v. Menyatakan pendapat sebagai fakta.c) Analisis maklumat secara terperinci untuk mendapatkan petunjuk.d) Padankan pernyataan yang berunsur kecondongan dalam petikan dengan jenis petunjuk.e) Buat penilaian sejauh manakah kecondongan berlaku.Prasyarat: Pengetahuan tentang:a) Petunjuk atau kriteria kepada kecondongan.b) Isi kandungan pernyataan yang dianalisis.Contoh:Anda dikehendaki mengesan kecondongan dalam petikan iklan dalam Rajah 3.8. Kami ada cara… Cetusan! Inilah penawar yang dinanti-nantikan oleh anda sekalian. Anda pasti telah mencuba pelbagai penawar untuk mengurangkan berat badan tetapi kurang atau tidak berkesan langsung, atau kelebihan berat badan datang semula selepas berhenti memakan ubat berkenaan. Nah!, anda sekarang berpeluang mencuba Cetusan. Sejenis ramuan herba asli yang boleh mengurangkan berat badan anda, tanpa perlu berlapar atau melakukan senaman. Anda tidak perlu risau kalau-kalau berat badan datang semula selepas berhenti memakan Cetusan. Kajian telah membuktikannya. Ikut sahaja panduan kami dan jadilah ahli Kelab Cetusan untuk badan yang langsing sepanjang hayat. Belum cuba belum tahu, sudah cuba hendak selalu. Rajah 3.8 Petikan iklan 13
  19. 19. Untuk mengesan kecondongan, langkah dalam Jadual 3.2 diikuti. Langkah Penerangan1. Nyatakan matlamat Mengesan sama ada petikan iklan di atas mempunyai unsur kecondongan2. Kenalpasti petunjuk 1. Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat kecondongan 2. Pengitlakan yang keterlaluan 3. Soalan retorik( bersifat mempengaruhi) 4. Penyampaian yang berat sebelah 5. Menyatakan pendapat sebagai fakta Membaca petikan iklan untuk mengesan pernyataan yang3. Analisis maklumat berunsur kecondongan.4. Padankan pernyataan Pernyataan Berunsur yang berunsur Kecondongan Dalam Jenis-Jenis Petunjuk kecondongan dalam Petikan Iklan petikan dengan jenis petunjuk Mengambil cetusan boleh Pengiklanan yang keterlaluan mengurangkan berat badan Tanpa berlapar dan Keterlaluan “menyatakan melakukan senaman pendapat sebagai fakta” Mengambil cetusan Pernyataan yang berbentuk emosi atau bermuslihat Boleh Pengiklanan yang keterlaluan Mengurangkan berat badan Persembahan atau penyampaian yang berat sebelah Tanpa berlapar Tanpa senaman 5. Nilai sejauh mana Setelah menilai, hampir seluruh petikan iklan itu kecondongan mempunyai unsur kecondongan terutama sekali jenis tersebut kecondongan menyatakan pendapat sebagai fakta. Jadual 3.2 Langkah mengesan kecondongan petikan iklan8. MenilaiMembuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dankeburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. 14
  20. 20. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan bagi:a) Memilih sesuatu.b) Menerima atau menolak sesuatu idea.Langkah penggunaan:a) Perhatikan idea atau pilihan.b) Senaraikan ciri positif (kebaikan).c) Senaraikan ciri negatif (kelemahan).d) Beri wajaran kepada setiap ciri.e) Bandingkan wajaran secara keseluruhan.Contoh:Anak anda meminta supaya dihantar ke kelas bimbingan (tuition) bagi mata pelajaranBahasa Inggeris. Adakah anda akan menerima atau menolak permintaan tersebut?Kita boleh menggunakan Carta T untuk membantu kita menilai dan seterusnyamembuat keputusan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3. Positif Wajaran (+) Negatif Wajaran (-) Pencapaian BI penting (1) Kos tuisyen Kepentingan BI Waktu Pergaulan Pergaulan bebas Masa lapang dipenuhi Penghantaran Memudahkan buat rujukan Mengurangkan pergantungan kepada ibu bapa Jumlah wajaran (+) Jumlah wajaran (-) Jadual 3.3 Ciri-ciri positif dan negatif kelas bimbingan Bahasa Inggeris9. Membuat KesimpulanMembuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatuhipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramaldan menyokong pernyataan. 15
  21. 21. Langkah penggunaan:a) Kumpulkan maklumat (misalnya daripada eksperimen atau kajian).b) Susun semula maklumat dalam urutan yang logik.c) Analisis maklumat dan buat gambaran mental untuk mendapatkan sesuatu corak perhubungan.d) Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada.Contoh:Ahmad telah menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji gerak balas tumbuhanterhadap cahaya. Dia telah menyediakan dua buah kotak besar yang masing-masingmempunyai satu lubang kecil di dindingnya. Dalam kedua-dua kotak ini diletakkananak-anak benih kacang. Kotak yang pertama diletakkan di luar bilik darjah. Kotakyang kedua diletak dalam almari. Pemerhatian dibuat selepas beberapa hari. Rajah3.9 menunjukkan keadaan sebenar selepas beberapa hari.Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada pemerhatian ini?Untuk membuat kesimpulan kita perlu:a) Susun maklumat dalam urutan yang logik : Setiap kali pemerhatian dibuat didapati batang dan pucuk tumbuhan bertumbuh semakin dekat dengan lubang kotak .b) Menganalisis maklumat dan mendapatkan corak perhubungan : Cahaya masuk melalui lubang kotak tersebut, batang dan pucuk tumbuhan tumbuh ke arah sumber cahaya.c) Membuat pernyataan kesimpulan : Anak benih kacang tumbuh ke arah sumber cahaya. 16
  22. 22. L OXDU ELOLN luar Di GDUMDK bilik darjah +DUL 3HUWDPD +DUL .HHPSDW +DUL .HODSDQ L GDODP DOPDULdalam Di WHUWXWXS bilik darjahRajah 3.9 Eksperimen gerak balas anak benih terhadap cahaya 17
  23. 23. UNIT 4 KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIFUnit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran berfikir kreatif.1. Menjanakan IdeaMenjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara.Kemahiran ini digunakan apabila:a) Mencari idea baru.b) Mencari alternatif.Langkah penggunaan:a) Tetapkan tajuk perbincangan.b) Senaraikan semua idea yang dikemukakan.c) Renung kembali idea yang dikemukakan.d) Tambah lagi idea yang boleh difikirkan.e) Hubung kaitkan idea-idea yang telah disumbangkan.Contoh :Di sekolah anda terdapat banyak bahan buangan pepejal. Anda dikehendakimenguruskan bahan buangan ini secara sistematik dan berfaedah.a) Tetapkan tajuk perbincangan : Cara menguruskan bahan buangan di sekolah secara sistematik dan berfaedah.b) Senarakan semua idea yang dikemukakan tanpa menilai atau menolak : i. Menjual ii. Mengumpul mengikut kelas iii. Guna semula iv. Bakar v. Kambus vi. Kitar semula 18
  24. 24. vii. Murid bawa balik ke rumah viii. Bakar untuk guna semula ix. Bawa masuk haiwan untuk makan sisa makananc) Imbas kembali idea yang telah dikemukakan. Setelah semua idea dicatatkan, idea- idea itu bolehlah dinilai, disaring, diubahsuai atau digugurkan mengikut keperluan.d) Tambah idea lain dan hubung kaitkan idea-idea yang disumbangkan.2. Membuat InferensMembuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumatdaripada pemerhatian.Kemahiran ini digunakan apabila :a) Hendak merancang langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan.b) Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan.Langkah penggunaan:a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.c) Beri alasan mengapa anda menyatakan demikian.d) Semak alasan samada alasan itu berasaskan pendapat atau pemerhatian daripada situasi. Jika alasan itu berasaskan pendapat atau pandangan, berikan alasan.Contoh :Seorang jejaka dan seorang wanita yang memakai baju berwarna yang sama kelihatansedang berjalan seiringan . Di suatu persimpangan jalan mereka berpisah menuju kearah yang berlainan. Apakah inferens boleh dibuat mengenai situasi tersebut?Untuk membuat inferens kita perlu :a) Buat pemerhatian : Dua orang, seorang lelaki dan seorang perempuan memakai baju dengan warna sama dan berjalan seiring. Di satu persimpangan mereka berpisah.b) Beri alasan : Berpisah di persimpangan jalan. 19
  25. 25. c) Inferens : Walaupun mereka memakai baju berwarna sama dan berjalan seiringan tetapi ini tidak membawa sebarang makna atau prasangka.3. Menghubung kaitkanMembuat perkaitan untuk mencari sesuatu struktur atau corak perhubungan.Kemahiran ini digunakan untuk membuat inferens, meramal, membuat hipotesis,membuat kesimpulan dan mengitlak.Langkah penggunaan:a) Kenal pasti masalah.b) Buat analisis tentang keadaan.c) Kenal pasti aspek yang boleh dihubung kaitkand) Buat pernyataan tentang perkaitan.Contoh :Satu projek perumahan sedang dijalankan berhampiran Kg. Sentosa. Kg. Sentosamerupakan sebuah kampung tersusun. Penduduk Kampung mula bersungut sebabsungai yang terdapat di situ tidak lagi boleh digunakan seperti dulu. Di samping itukeadaan persekitaran tidak lagi senyaman dahulu. Ini mungkin disebabkan banyakpokok-pokok telah ditebang. Apabila hujan turun, kampung mereka dilanda banjir danini menimbulkan kesulitan. Kenapa banjir berlaku ?Kita boleh gunakan Pohon Fikiran seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.1 untukmenghubung kait.a) Kenal pasti masalah.b) Tuliskan masalah di bawah sekali.c) Kenal pasti kemungkinan sebab.d) Tuliskan inferens sebab mengikut urutan.e) Ulangi untuk sebab-sebab yang lain. 20
  26. 26. A ir s u ng ai tidak S u ng ai m en jad i H ak is an tan ah m eng alir den gan laju c etek b erlak u P ec em aran P enyerapan tan ah S u ng ai kuran g baik S is tem p erparitan P okok k uran g baik d iteb ang P em b ang un an P es at % D Q MLU Rajah 4.1 Pohon Fikiran.4. MeramalMembuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian danpengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.Kemahiran ini digunakan untuk menjuruskan, merancang dan mempertimbangkanpilihan.Langkah penggunaan :a) Perhati atau kumpul maklumat.b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat.c) Buat jangkaan yang paling sesuai.Contoh :Ramalkan apakah yang akan berlaku di Kuala Lumpur sekiranya semua JabatanKerajaan berpindah ke Putra Jaya.a) Kumpulkan maklumat i. Semakin hari semakin sesak di jalan raya ii. Manusia semakin ramai setiap hari 21
  27. 27. iii. Pembangunan di Kuala Lumpur semakin pesat iv. Kadar kemalangan meningkat v. Bilangan pelancong bertambah b) Tentukan pola yang terdapat pada kumpulan maklumat : Keadaan di Kuala Lumpur senantiasa sibuk dan berkembang c) Buat jangkaan yang paling sesuai : Pada peringkat awal keadaan di Kuala Lumpur akan menjadi sunyi dan kurang sibuk dalam tempoh masa tertentu dan akan kembali sibuk seperti keadaan asal.5. Membuat HipotesisMembuat pernyataan umum yang menghubungkaitkan pembolehubah-pembolehubahbagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Kenyataan ini boleh diuji untukmembuktikan kesahihannya.Kemahiran ini digunakan pada peringkat awal apabila hendak menjalankan sesuatueksperimen, kajian atau penyelidikan.Langkah penggunaan :a) Perhatikan suatu situasi atau keadaan.b) Nyatakan mengapa situasi atau keadaan sedemikian terjadi.c) Berikan satu jawapan yang rasional sebagai hipotesis.d) Semak semula sama ada hipotesis tersebut boleh diuji.Contoh :Dalam sebuah ladang ternakan lembu, terdapat kawasan rumput yang mencukupi dansebuah bangsal untuk lembu berteduh. Didapati hasil pengeluaran susu dari ladangternakan ini pada hari biasa secara purata ialah 1.5 liter, manakala pada hari hujanhasilnya ialah 20 liter. Bina hipotesis berdasarkan fakta ini.Untuk membuat hipotesis kita perlu :a) Situasi : pengeluaran susu pada hari hujan lebih banyak daripada hari biasa .b) Beri hipotesis yang mungkin (kenyataan awal): 22
  28. 28. i. Pada hari hujan, lembu makan makanan yang disediakan di bangsal. ii. Lembu kurang bergerak pada hari hujan, tenaga lembu digunakan untuk menghasilkan susu. iii. Lebih banyak lembu berada di bangsal pada hari hujan untuk diambil susu.c) Semak sama ada hipotesis tersebut boleh diuji atau tidak, jika tidak boleh diuji ia tidak boleh dijadikan hipotesis.6. MensintesisMenggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkangambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan , esei, lukisan dan artifak.Kemahiran ini digunakan untuk:a) Membuat kesimpulan, mengitlak atau menyediakan tajuk.b) Menghasilkan bentuk komunikasi seperti lukisan, peta, rajah, puisi dan laporan.Langkah penggunaan:a) Kenal pasti dan definisikan tajuk, perkara atau subjek.b) Kumpulkan data atau maklumat yang berkaitan.c) Kelaskan idea, data atau maklumat dalam kategori yang berkaitan dengan tajuk, perkara atau subjek.d) Kenal pasti hubung kait antara kategori dengan kategori, kategori dengan tajuk.Contoh 1:Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah tanah air sebelumkemerdekaan:a) Minta murid senaraikan beberapa peristiwa penting.b) Hubung kaitkan antara peristiwa.c) Susun atur peristiwa mengikut garisan masa.d) Gabungkan peristiwa-peristiwa mengikut rentetan masa dalam bentuk esei yang membawa kepada kemerdekaan negara.7 MengitlakMembuat pernyataan umum terhadap keseluruhan kumpulan maklumat berdasarkanpemerhatian ke atas sampel kumpulan itu. 23
  29. 29. Kemahiran ini digunakan untuk:a) Mencari polab) Menyusun maklumatc) MeramalLangkah penggunaan:a) Kumpulkan data.b) Cari pola yang sepunya dan buatkan pengitlakan.c) Imbas semula kesahihan pengitlakan yang dibuat.d) Buat kenyataan.Contoh :Buat pengitlakan rancangan TV1, TV2 dan TV3 di Malaysia pada hari Isnin. Rancangan TV 1 TV 2 TV 3 Berita Filem Dokumentari Komedi Agama Pendidikan Sukan Jadual 4.1 . Rancangan TV pada hari Isnin :Untuk mengitlak kita perlu :a) Mengumpul data: Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.b) Mencari pola yang sama: Rancangan TV yang disiarkan pada hari Isnin.d) Buat pengitlakan: Ketiga-tiga saluran ada menyiarkan rancangan berita dan dokumentari pada hari Isnin. 24
  30. 30. 8. MenganalogiMembentuk kefahaman tentang sesuatu konsep secara mengaitkan konsep itu denganperkara yang mudah, maujud dan mempunyai ciri yang serupa.Kemahiran ini digunakan untuk memahami konsep atau perkara yang mujarat dengancara mengaitkannya dengan sesuatu yang maujud yang telah diketahui.Langkah penggunaan:a) Bandingkan dua perkara yang tidak sama.b) Cari sifat yang serupa yang boleh dihubung kaitkan.c) Nyatakan hubung kait sebagai metafora.Contoh :Membuat analogi mengenai fungsi jantung dalam mengepam darah ke seluruh badan.Untuk menganalogi kita perlu :a) Buat perbandingan : Jantung dengan pam.b) Cari sifat yang serupa : Kedua-dua mengepam cecair.c) Nyatakan hubung kait : Jantung adalah seperti pam.9. Membuat Gambaran MentalMembuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan ataugagasan dalam minda atau fikiran.Kemahiran ini digunakan untuk:c) Memahami konsep yang mujaradd) Mengingat konsep yang kompleks.Langkah penggunaan :a) Bayangkan matlamat tertentu.b) Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.c) Bayangkan langkah demi langkah yang berlaku ke arah matlamat.d) Lihat keseluruhan gambaran. 25
  31. 31. Contoh :Bayangkan apa yang terjadi di tempat anda berada sekarang jika berlaku gempa bumisecara tiba-tiba.Untuk membuat gambaran mental kita perlu :a) Bayangkan matlamat: Keadaan apabila berlaku gempa bumi.b) Menetapkan titik permulaan: Keadaan sebelum berlaku gempa bumi.c) Bayangkan langkah demi langkah ke arah matlamat: Apakah yang terjadi kepada bangunan, lif, bekalan elektrik, jalan raya? Bagaimanakah keadaan manusia dan seterusnya?d) Bina satu senario keseluruhan .10. Mereka CiptaMenghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatuyang sedia ada dalam bentuk maujud atau mujarad.Langkah penggunaan :a) Kenal pasti keperluan, cabaran atau persoalan.b) Janakan idea.c) Pilih idea yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan.d) Mencuba dan menguji idea.e) Jika tidak memenuhi keperluan, ubah suai atau pilih idea yang lain.Contoh 1 : (maujud)Cadangkan bahan yang diperbuat daripada kulit kerang yang boleh dipasarkan.Contoh 2 : (mujarad)Hasilkan sebuah sajak bertemakan patriotisme.Contoh 3 : (mujarad)Cadangkan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pengajaranBahasa Melayu. 26
  32. 32. Untuk mereka cipta kita perlu :a) Kenal pasti cabaran. Menghasilkan sesuatu hiasan dalaman dari pada kulit kerang.b) Menjanakan idea Membuat perhiasan rumah Membuat pakaian Membuat kapur Membuat makanan Membuat simenc) Menjanakan idea khusus Membuat tabungd) Pilih satu reka bentuke) Membina, mencuba dan menguji.f) Ulangi langkah-langkah. 27
  33. 33. UNIT 5 STRATEGI BERFIKIRUnit ini memberikan penjelasan dan contoh setiap strategi berfikir.1. MengkonsepsiMembuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkanciri-ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.Langkah penggunaan :a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan.b) Kenal pasti ciri-ciri sepunya pada maklumat atau contoh-contoh.c) Kelaskan ciri-ciri.d) Hubung kaitkan kelas untuk membina konsep awal.e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal.f) Bina konsep sebenar.Jadual 5.1 menunjukkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalamsetiap langkah mengkonsepsi.Contoh :Berdasarkan tayangan video yang bertajuk “BUKIT KEPONG” dan “LEFTENANADNAN”, murid diminta mengkonsepsikan patriotisme dalam konteks Malaysia.Untuk mengkonsepsi :a) Kenal pasti maklumat atau contoh-contoh yang berkaitan. Maklumat: jalan cerita, tema, plot, watak dan dialog filemb) Kenal pasti ciri sepunya pada maklumat atau contoh. i. Cerita berkisar tentang perjuangan orang-orang tempatan dalam mempertahankan negara dari serangan musuh dalaman dan luaran. ii. Filem bertemakan perjuangan orang-orang tempatan dalam menegakkan maruah bangsa dan dan negara. 28
  34. 34. Langkah mengkonsepsi KBKK Utamaa) Mengenal pasti maklumat atau contoh- • menjana idea contoh yang berkaitan • membanding dan membezab) Mengenal pasti ciri-ciri sepunya pada • mencirikan maklumat atau contoh-contoh. • menghubungkaitc) Mengelaskan ciri-ciri tersebut. • menghubung kait • mengumpul dan mengelasd) Menghubung kaitkan kelas-kelas ciri itu • menghubungkait untuk membina konsep awal. • mensintesise) Memberi maklumat atau contoh-contoh • menjana idea lain untuk menguji atau mengubah suai • menghubungkait konsep awal yang telah dibina. • mensintesisf) Membina konsep sebenar • mensintesis • mengitlak Rajah 5.1 : Langkah dan KBKK Utama iii. Watak-watak dalam filem menggambarkan budi pekerti yang tinggi dan tabah menghadapi cabaran iv. Terdapat juga watak-watak yang menggambarkan musuh dalam selimut v. “Negara kita, kita mesti pertahankan” (dialog) vi. Prinsip perjuangan ialah : S cinta akan bangsa dan negara S sedia berkorban untuk mempertahankan negara S berjuang hingga ke titisan darah terakhir S bersatu padu S mematuhi prinsip S berusaha ke arah perkembangan negara 29
  35. 35. c) Kelaskan ciri tersebut. i. Berbangga sebagai rakyat Malaysia ii. Bersemangat setia negara iii. Bersemangat kekitaan iv. Berdisiplin v. Berusaha dan produktifd) Hubung kaitkan kelas itu untuk membina konsep awal: Menghubung kaikan pengelasan ciri-ciri dengan ciri-ciri sepunya. Contoh : sedia berkorban untuk mempertahankan negara dengan bersemangat setia negara.e) Kenal pasti maklumat atau contoh lain dan bukan contoh untuk menguji atau mengubah suai konsep awal yang telah dibina i. Contoh-contoh lain : Sambutan Hari Pahlawan dan Sambutan Hari Kemerdekaan. Ulasan : Kedua-dua contoh mempunyai unsur-unsur patriotisme S Cinta akan bangsa dan negara S bersyukur sebagai warganegara Malaysia S taat dan setia kepada raja dan pemimpinnya ii. Bukan contoh : Sambutan Hari Valentine Ulasan: Contoh tersebut tidak mempunyai unsur-unsur patriotismef) Membina konsep sebenar. Satu konsep yang mantap dibina : Unsur-unsur patriotisme adalah berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif. Catatan : Sekiranya guru mendapati konsep yang dibina oleh murid tidak selari dengan konsep yang diterima umum, guru mesti membimbing murid untuk mendapatkan konsep yang betul dengan mengulangi langkah kedua. 30
  36. 36. 2. Menyelesaikan MasalahMencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti,mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan.Strategi ini digunakan apabila diketahuia) tiada jawapan yang betul,b) ada perbezaan antara apa yang dijangkakan dengan apa yang sepatutnya berlaku.Langkah penggunaan:a) Kenal pasti dan fahami masalah.b) Jelaskan masalah.c) Cari alternatif penyelesaian masalah.d) Lakukan operasi penyelesaian.e) Nilaikan penyelesaian. Langkah menyelesaikan masalah KBKK utama a) Mengenal pasti dan memahami masalah mencirikan membanding dan membeza mengumpul dan mengelas b) Menjelaskan masalah membuat inferens menghubung kait c) Mencari alternatif penyelesaian masalah menjana idea meramal mengesan kocondongan menilai membuat gambaran mental mensintesis d) Melakukan operasi mensintesis menyusun mengikut keutamaan menganalisis mereka cipta e) Menilai penyelesaian menganalisis mengesan kecondongan menilai membuat kesimpulan mengitlak Rajah 5.2: Menunjukkan langkah penyelesaian masalah serta kemahiran berfikir kritis dan kreatif utama yang terlibat dalam setiap langkah. 31
  37. 37. Contoh :Berpandukan gambar yang diberikan yang menunjukkan situasi dua orang lelakimenghadapi masalah untuk menyelamatkan kanak-kanak kerana arus sungai derasdan pokok tempat di mana tali diikat hampir tumbang.Untuk menyelesaikan masalah :a) Kenal pasti dan memahami masalah : Dua orang lelaki sedang berusaha menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada dihanyutkan oleh arus deras sedangkan mereka sendiri menghadapi masalah dihanyut oleh arus.b) Jelaskan masalah : Menyelamatkan ketiga-tiganya daripada dibawa arus sungai yang deras.c) Cari alternatif penyelesaian masalah: i. Ikat tali ke pokok lain yang teguh. ii. Terjun ke sungai untuk membantu. iii. Gunakan kayu untuk menarik mereka bertiga. iv. Dapatkan bantuan orang lain.d) Lakukan operasi penyelesaian masalah dengan meninjau kesan dan akibat alternatif yang dipilih Contoh alternatif : Ikat tali ke pokok lain yang teguh.e) Nilaikan penyelesaian : i. Alternatif yang terbaik sebagai penyelesaian ialah alternatif yang banyak kesan positif atau yang disokong berdasarkan Rajah 5.3. ii. Sekiranya alternatif penyelesaian itu mempunyai kesan negatif ubah suai cara penyelesaian yang perlu untuk mengelakkan masalah lain. 32
  38. 38. Kesan Sokong Nilai (Apakah akan berlaku jika pilihan ini atau tidak (Penting atau tidak kesan itu, diambil?) mengapa?) a) Ambil masa untuk buka dan ikat Tidak keadaan cemas perlu semula tali tindakan cepatb) Arus deras lebih cepat Tidak mangsa perlu diselamatkan menghanyutkan merekac) Orang yang beri bantuan mungkin Tidak keselamatan diri perlu dijaga. terjatuh ke dalam sungai Rajah 5.3 : Kesan daripada alternatif yang dipilih3. Membuat KeputusanMemilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatifberdasarkan kriteria tertentu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.Strategi ini digunakan untuk :a) Membuat satu pilihan bagi situasi yang berkemungkinan mempunyai pelbagai penyelesaian.b) Menentukan cara penyelesaian terbaik bagi kaedah yang dipilih.Langkah penggunaan :a) Kenal pasti matlamat untuk dicapaib) Kenal pasti semua alternatif bagi mencapai matlamatc) Analisis semua alternatif mengikut criteria umum.d) Susun alternatif mengikut keutamaan.e) Pilih sekurang-kurangnya dua alternatif yang terbaik.f) Nilaikan secara terperinci alternatif yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti risiko, strategi dan nilai.g) Buat keputusan dengan memilih satu alternatif terbaik.Jadual 5.4 menunjukkan langkah membuat keputusan serta ciri kemahiran berfikir kritisdan kreatif yang utama dalam setiap langkah. 33
  39. 39. Rajah 5.4 Pelaksanaan langkah membuat keputusan dan KBKK Utama Langkah membuat KBKK keputusan utama a) Mengenal pasti matlamat mencirikan membanding dan membezakan mengumpul dan mengelaskan menganalisis b) Mengenal pasti alternatif menjanakan idea membuat inferens menghubung kaitkan meramal membuat hipotesis c) Menganalisis alternatif meramal membuat gambaran mental mengesan kecondongan menilai d) Menyusun alternatif mensintesis membuat urutan menyusun mengikut keutamaan menganalisis e) Memilih sekurang-kurangnya menganalisis dua alternatif terbaik menilai mengitlak membuat kesimpulan f) Membuat keputusan Membuat kesimpulanContoh:Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Hujan turun dengan lebat dan kilat sabungmenyabung. Tiba-tiba anda menerima panggilan kecemasan yang menyatakan ibuanda sakit tenat dan berada dalam keadaan nazak. Walaupun keadaan cuaca kurangbaik anda terus memandu kereta menuju ke rumah ibu anda yang mengambil masa 60minit untuk sampai. Dalam perjalanan, kereta anda mengalami kerosakan enjin. Andatidak dapat meneruskan perjalanan, sedangkan anda harus sampai di rumah ibu andasecepat mungkin. Jarak perjalanan tinggal kira-kira 20 km lagi. Apa yang harus andalakukan? 34
  40. 40. Untuk membuat keputusan:a) Kenal pasti matlamat yang hendak dicapai. Matlamat: saya mesti sampai ke rumah ibu saya secepat mungkin untuk bersama ibu yang sedang nazak.b) Kenal pasti alternatif bagi mencapai matlamat. Alternatif 1: Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain Alternatif 2: Cari formen/mekanik. Alternatif 3: Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah Alternatif 4: Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolonganc) Analisis alternatif Alternatif 1: Pengangkutan awam tiada di waktu sedemikian. Alternatif 2: Susah mencari bengkel yang beroperasi 24 jam. Alternatif 3: Sekurang kurangnya alternatif ini mendekatkan kepada destinasi tetapi ‘menakutkan’. Alternatif 4: Pertolongan lebih senang didapati di siang hari, tetapi mungkin terlewat untuk bersama ibu nanti di saat-saat akhir.d) Susun alternatif mengikut keutamaan dengan mendahulukan yang paling utama. i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolongan iii. Oleh kerana kenderaan rosak, guna pengangkutan lain iv. Cari formen/mekanik. 35
  41. 41. e) Pilih dua alternatif yang paling baik i. Teruskan berjalan kaki menuju destinasi dengan meminta tumpang kereta lain serta berdoa kepada Allah ii. Tunggu sahaja di situ sehingga hari siang untuk mendapatkan pertolonganf) Nilaikan kedua-dua alternatif menggunakan carta T-Rujuk seperti Jadual 5.5 Jadual 5.5 Menilai Alternatif Pilihan a. Menilai Alternatif (i) Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran Semakin dekat ke destinasi 10 Meletihkan 2 Masa tidak terbuang 9 Kereta mungkin dicuri orang 4 19 6 b. Menilai Alternatif (ii) Kebaikan Wajaran Keburukan Wajaran Kereta lebih selamat 4 Masa terbuang 5 Saya lebih selamat 8 Mungkin tidak sempat 7 jumpa ibu 12 12 g) Buat keputusan dengan memilih alternatif yang terbaik Alternatif (i) dipilih kerana wajaran kebaikan lebih besar dari wajaran kebaikan untuk alternatif (ii), dan wajaran keburukannya lebih kecil berbanding dengan wajaran keburukan untuk alternatif (ii). 36
  42. 42. UNIT 6 KEMAHIRAN MENAAKULUnit ini memberi penjelasan dan contoh setiap kemahiran menaakul.Kemahiran ini digunakan untuk meningkatkan keberkesanan :a) Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan.b) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.1. Penaakulan Secara InduktifMembuat pertimbangan dari beberapa contoh atau situasi yang spesifik untukmembuat satu kesimpulan atau pengitlakan.Langkah penggunaan:a) Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik.b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya.c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan. P 8 10 8 8 Q R N M 8 6 3 6 U C B T 4 5 6 6 A S 6.1 : Rajah Berbentuk Segitiga 37
  43. 43. Contoh :Rajah 6.1 menunjukkan rajah berbentuk segitiga. Kumpulkan dan buat kesimpulanberasaskan ciri atau pola sepunya bagi setiap segitiga tersebut.Untuk membuat penaakulan secara induktif kita perlu :a) Teliti beberapa contoh dan situasi yang spesifik. Senaraikan ciri atau pola sepunya bagi setiap rajah segitiga tersebut, seperti rajah berbentuk segitiga, mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi , mempunyai tiga sisi yang sama panjang, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai satu sudut pedalaman ialah 90º , nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180º.b) Perhatikan ciri atau pola yang sepunya. Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga LMN PQR STU ABC Ciri/Pola Mempunyai tiga bucu ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi yang - ¥ ¥ - sama panjang Nilai satu sudut ¥ - - ¥ pedalaman ialah 90º Nilai sudut-sudut - ¥ ¥ - pedalaman ialah 60º Jumlah sudut-sudut pedalaman bagi setiap ¥ ¥ ¥ ¥ segitiga ialah 180º Jadual 6.1 Ciri atau pola yang sepunya bagi setiap segitiga. 38
  44. 44. c) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan. i. Semua segitiga sama sisi mempunyai ketiga-tiga sudut pedalaman yang bernilai 60 º dan ketiga-tiga sisi sama panjang. ii. Semua segitiga bersudut tegak mempunyai satu sudut pedalaman bernilai 90º dan ketiga-tiga sisi yang tidak sama panjang.2. Penaakulan Secara DeduktifMembuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yangspesifik.Langkah penggunaan :b) Teliti situasi umum.c) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik.Contoh :Jadual 6.2 menyenaraikan ciri-ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak.Berdasarkan ciri yang dinyatakan, padankan segitiga dalam Rajah 6.1 kepada kelasmasing-masing. Segitiga sama sisi Segitiga bersudut tegak Nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60º Nilai satu sudut pedalaman ialah 90º Mempunyai sisi-sisi yang sama panjang Mempunyai sisi-sisi yang tidak sama panjang Jadual 6.2 Ciri segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak . 39
  45. 45. Untuk membuat penaakulan secara deduktif kita perlu :a) Teliti situasi umum i. Segitiga sama sisi mempunyai ciri tiga sisi yang sama panjang, dan nilai sudut- sudut pedalaman ialah 60º. ii. Segitiga bersudut tegak mempunyai ciri sisi yang tidak sama panjang, dan nilai satu sudut pedalaman ialah 90ºb) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik. Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Segitiga Ciri/Pola LMN PQR STU ABC Mempunyai tiga bucu ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi ¥ ¥ ¥ ¥ Mempunyai tiga sisi yang sama - ¥ ¥ - panjang Nilai satu sudut pedalaman 90º ¥ - - ¥ Nilai sudut-sudut pedalaman 60º - ¥ ¥ - Jumlah sudut-sudut pedalaman ¥ ¥ ¥ ¥ bagi setiap segitiga 180º Rajah 6.3 : Contoh spesifik segitiga sama sisi dan segitiga bersudut tegak Segitiga PQR dan STU adalah segitiga sama sisi kerana mempunyai ciri berikut : mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi sama panjang, nilai sudut-sudut pedalaman ialah 60° dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°. Segitiga ABC dan LMN adalah segitiga bersudut tegak kerana mempunyai ciri yang berikut: mempunyai tiga bucu, mempunyai tiga sisi yang tidak sama panjang, nilai satu sudut pedalaman ialah 90º dan jumlah sudut-sudut pedalaman ialah 180°. 40
  46. 46. UNIT 7 ALAT BERFIKIRPenguasaan murid dalam kemahiran berfikir (KB) menjadi lebih berkesan melaluipenggunaan alat berfikir yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaran. Alatberfikir yang biasa digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalahpenyusun grafik, soalan dan penyoalan, serta peta minda.1 PENYUSUN GRAFIKPenggunaan penyusun grafik yang sesuai dengan KB tertentu semasa melaksanakantugasan berfikir akan meningkatkan penguasaan murid terhadap KB tersebut. Adakahpenyusun grafik sesuai digunakan untuk satu kemahiran berfikir atau pelbagaikemahiran berfikir? Pemilihan penyusun grafik yang sesuai dengan sesuatu KB danstrategi berfikir ada diberikan pada Jadual 7.1. Jadual 7.1 Pemilihan penyusun grafik kemahiran berfikirKemahiran Berfikir dan Penyusun Grafik**Strategi Berfikir 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12Mencirikan x x x x x xMembanding dan membezakan x x xMengumpul dan mengelaskan x x xMembuat urutan x x xMenyusun mengikut keutamaan xMenganalisis x x xMengesan kecondongan x xMenilai x xMembuat kesimpulan x xMenjanakan idea x xMenghubungkaitkan x x x x x xMembuat inferens xMeramal xMengitlak xMembuat gambaran mental x xMensintesiskanMembuat hipotesis x xMenganalogikan xMereka cipta xMengkonsepsikan xMenyelesaikan masalah xMembuat keputusan x 41
  47. 47. **Nota: (Penyusun Grafik)1 Carta Maklumat 5 Carta Edaran 9 Pohon Fikiran2 Carta T 6 Rantai Urutan 10 Tangga Hierarki3 Carta Selari Masa 7 Rajah Pancaran 11 Rajah Venn4 Carta Tulang Ikan 8 Jadual Mantik 12 Carta Alir2 SOALAN DAN PENYOALANSoalan dan penyoalan boleh membantu murid membuat pertimbangan, menjanakanidea baru, mengembangkan proses berfikir secara kritis dan kreatif, mengujikebolehan serta menilai pencapaian.Antara tujuan menggunakan soalan dan penyoalan ialah:a) Memperkembang kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.b) Meningkatkan metakognisi.c) Merangsang penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran.d) Menggalakkan pertimbangan idea baru dan penggunaan idea sedia ada.e) Menggalakkan suasana untuk perkongsian idea di antara guru dengan murid.f) Menguji kebolehan berfikir.g) Menilai tahap penguasaan kemahiran berfikir.h) Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.Soalan berkualiti terdapat dalam bentuk soalan bertumpu, bercapah dan lingkaransoalan.a) Soalan Bertumpu dan BercapahSoalan jenis ini memberi tumpuan kepada sama ada suatu soalan itu memerlukanjawapan yang lebih objektif atau subjektif. Rajah 7.2 menunjukkan perbandinganantara soalan bertumpu dengan soalan bercapah. Soalan bertu Soalan berca Soalan Bertumpu mpu Soalan Bercapah pahJenis soalan ini berdasarkan kepada Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiransusunan beberapa soalan secara bersiri. murid yang kritis, kreatif dan rasional sebelumSoalan jenis ini bertujuan untuk memberi jawapan. Ia bertujuan untukmenumpukan idea atau hujah yang mengalihkan perhatian murid daripada satuhendak diketengahkan. hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas. Skop - terhad dan spesifik Skop - luas dan terbuka 42
  48. 48. Jawapan terdapat secara langsung Jawapan tidak terdapat secara langsungdaripada teks bacaan. daripada teks bacaan.Berbentuk penaakulan dan tafsiran yang Berbentuk penaakulan dan tafsiran di manamana jawapannya tidak perlu diolah. jawapan memerlukan olahan.Jawapan bersifat objektif dan spesifik. Jawapan yang bersifat subjektif. Contoh : Contoh :i. Huraikan peringkat perkembangan i. Bincangkan apa yang akan terjadi jika kupu-kupu. satu daripada peringkat kitaran hidupii. Terangkan punca-punca pencemaran kupu-kupu diganggu. air. ii. Mengapakah ramai orang tidakiii. Berikan tiga keburukan perkembangan mengambil berat tentang masalah teknologi dalam sektor pertanian. pencemaran? iii. Pada pendapat anda, apakah kesan sampingan perkembangan teknologi kepada peradaban manusia? Jadual 7.2 Perbandingan antara soalan bertumpu dengan soalan bercapahb) Lingkaran SoalanLingkaran soalan ialah satu jenis soalan yang mempunyai tumpuan kepada skop-skoptertentu iaitu skop perkara, individu dan persekitaran seperti dalam Rajah 7.1. Individu perkara persekitaran Rajah 7.1 Skop lingkaran soalan 43
  49. 49. Contoh soalan lingkaran ialah ialah seperti ditunjukkan dalam Jadual 7.3 : Jadual 7.3 Soalan Tajuk AIDS Skop Soalan • Apakah maksud AIDS? Perkara • Apakah punca penyakit AIDS? • Bagaimanakah aid berkembang? • Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap Individu penyakit AIDS? • Apakah tindakan anda untuk mencegah bahaya AIDS? • Adakah anda pernah membaca tentang sesiapa yang mengidap penyakit AIDS? • Ada pendapat menyatakan ancaman AIDS adalah balasan kepada manusia yang mengingkari perintah Tuhan. Nyatakan pendapat anda. • Selain Malaysia, negara manakah yang mengalami masalah Persekitaran peningkatan jumlah pesakit AIDS? • Apakah tindakan yang telah diambil oleh negara lain untuk mencegah bahaya AIDS? • Jumlah pengidap AIDS semakin bertambah. Cadangkan aktiviti yang boleh dijalankan untuk mendidik murid tentang bahaya AIDS?3 PETA MINDAPeta minda adalah suatu lakaran grafik pemikiran individu. Peta ini boleh menjadikanyang tersirat kepada yang tersurat. Peranan peta minda dalam merangka, mencatatnota, merekod maklumat atau peristiwa, merancang aktiviti dan membuat suatupersembahan adalah suatu yang penting.Garis panduan membina peta minda adalah seperti yang berikut :a) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea.b) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk.c) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu.d) Gunakan kata kunci, gambar , imej tiga matra atau simbol.e) Tuliskan kata penghubung di atas garisan.f) Jadikan corak yang menarik.g) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan. 44
  50. 50. h) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi untuk menjadikannya lebih menarik dan berkesan.i) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda lebih asli.Satu contoh peta minda adalah ditunjukkan dalam Rajah 7.2. Rajah 7.2 Contoh peta minda tentang pengelasan tumbuhan 45
  51. 51. UNIT 8 PETUNJUK KEMAHIRAN BERFIKIRDalam model KB, perkataan tertentu digunakan untuk setiap kemahiran berfikir .Selain perkataan tersebut, terdapat frasa atau perkataan lain yang memberi maknayang sama. Perkataan atau frasa ini amatlah membantu guru dan muriduntuk memahami dan menguasai KB tersebut.1 Petunjuk Pemikiran KritisRajah 8.1 Perkataan atau frasa yang memberikan makna sama dengan KB kritis.Pemikiran Kritis Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama SS Menyatakan ciri-ciri unsur.a. Mencirikan SS Memperlihatkan sifat. SS Menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur.. SS Mengenal pasti kualiti, sifat, ciri dan unsur. SS Menyebut ciri-ciri, sifat dan unsur. SS Mencari persamaan dan perbezaan.b. Membanding dan SS Menyenaraikan ciri persamaan dan perbezaan. membeza SS Menentukan ciri sepadan dan tak sepadan. SS Menyatakan ciri serupa dan tidak serupa. SS Menyatakan persamaan dan perbezaan. SS Menyusun ciri-ciri yang sama dan berbeza. SS Membuat pengelasan berasaskan ciri-ciri yang sepunya.c. Mengumpul dan SS Mengumpulkan mengikut sesuatu kategori. mengelas SS Mengumpulkan mengikut ciri-ciri yang boleh dibandingkan. SS Menyenaraikan ciri-ciri yang boleh dibandingkan. SS Mengkategorikan ciri. SS Menyusun mengikut kriteria. SS Menyusun mengikut kumpulan. SS Menyusun mengikut sesuatu tertib berasaskan nilai, abjad,d. Membuat urutan kronologi, saiz, corak, masa dan lain-lain. SS Menyusun secara menaik atau menurun SS Menyusun secara rantai urutan SS Mengatur mengikut sesuatu kriteria daripada yang palinge. Menyusun penting kepada yang kurang penting atau menyenaraikan mengikut idea mengikut kepentingan. keutamaan SS Menyusun berdasarkan segera kepada kurang segera SS Menyenarai mengikut hierarki berdasarkan matlamat 46
  52. 52. SS Mengatur mengikut paling hadapan kepada paling belakang SS Menyusun mengikut paling atas kepada paling bawah SS Mencerakin maklumatf. Menganalisis SS Mengolah idea SS Mengesan penyebab SS Menghuraikan faktor-faktor penyebab SS Membuat andaian berasaskan maklumat SS Menghurai mengikut ciri-ciri SS Menghuraikan kepada bahagian SS Mencerakin komponen yang terlibat SS Mencari bukti-bukti yang menyokong SS Mengimbas kembali idea SS Mengkaji kesan baik dan buruk SS Mengkaji keputusan berasaskan fakta SS Menentukan pendirian berat sebelahg.Mengesan SS Menentukan pemberatan kepada satu pihak kecondongan SS Menentukan pendirian ke satu pihak SS Menaksir maklumath. Menilai SS Mempertimbangkan pendapat dan pandangan SS Mempertimbangkan cadangan SS Menyatakan rasional SS Membahaskan isu atau pernyataan SS Membuat pertimbangan SS Memberi alasan untuk menerima atau menolak SS Membuat wajaran SS Mempertimbangkan kesan dan akibat SS Membuat pilihan SS Mengimbas kembali pilihan SS Menentukan nilai SS Merumuskan isui. Membuat SS Menyatakan hasil selepas analisis kesimpulan SS Menyusun alasan SS Membuat resolusi SS Membuat persetujuan SS Membuat keputusan bijaksana yang muktamad SS Menggulung hujah 47
  53. 53. 2 PETUNJUK PEMIKIRAN KREATIFRajah 8.2 Perkataan atau frasa yang memberi makna sama dengan KB kreatif Pemikiran Kreatif Perkataan atau frasa yang memberi makna yang sama SS mengemukakan idea a. Menjana idea SS mencadangkan alternatif SS mencadangkan sebab SS menyenaraikan idea SS menyatakan cara lain SS menyumbangkan pendapat SS menyatakan kemungkinan SS menghasilkan idea SS mencetuskan idea SS melahirkan idea SS membuat kesimpulan awal daripada pemerhatian b. membuat inferens SS membuat rumusan awal daripada data SS membuat kesimpulan awal daripada maklumat SS membuat tanggapan awal SS membuat penyataan awal SS membuat pendirian awal SS menyatakan ketetapan awal SS menerangkan sebab dan akibat c. Men SS menyatakan perkaitan ghubung kait SS menyatakan sebab-musabab SS menyatakan implikasi SS mengkaji perkaitan SS mencari perkaitan SS mengaitkan idea SS menyatakan pertalian SS membuat perhubungan SS menyatakan apa yang akan berlaku d. Meramal SS membuat jangkaan SS menganggarkan apa yang akan berlaku SS membuat perlunjuran SS menyatakan kemungkinan yang akan berlaku SS menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya e. Membuat SS membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya hipotesis SS membuat pernyataan yang perlu diuji ketepatannya SS menyatakan pandangan yang perlu diuji kejituannya 48
  54. 54. h. Mensintesis SS mengabungkan idea SS menggubal semula SS menyatukan idea-idea SS menyepadukan idea-idea SS membuat pernyataan umum berdasarkan pola i. Mengitlak SS membuat generalisasi SS membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea SS memetafora i. Menganalogi SS membuat sindiran SS membuat kiasan SS membuat perlambangan SS membuat simulasi SS membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan SS mengimaginasi j. Membuat SS menggambarkan dalam bentuk lain gambaran mental SS membayangkan dalam minda SS melakarkan peta minda SS membuat khayalan SS cuba fikirkan suatu peristiwa SS cadangan idea asli k. Mereka cipta SS menghasilkan gubahan asli SS mereka bentuk . SS mencipta sesuatu SS membuat inovasi SS menghasilkan idea yang kreatif SS membuat pengubahsuaian. 49
  55. 55. 3 PETUNJUK STRATEGI BERFIKIRRajah 8.3 Petunjuk langkah dalam strategi mengkonsepsi, menyelesai masalah dan membuat keputusan Langkah Strategi Perkataan atau frasa yang memberi makna Berfikir yang sama SS menghasilkan konsep a. Mengkonsepsikan SS membentukkan konsep SS membina konsep i. Mengenal pasti SS menentukan contoh contoh atau SS memberikan contoh maklumat SS mendapatkan contoh SS menyatakan contoh SS menyenaraikan contoh ii. Mengenal pasti ciri SS menyenaraikan ciri sepunya SS menentukan ciri sepunya SS memberikan ciri SS mendapatkan ciri SS menyatakan ciri iii. Mengelaskan SS mengumpul ciri mengikut kategori ciri- ciri SS membuat pengelasan berasaskan ciri sepunya SS menyenarai ciri yang boleh dibandingkan SS mengkategorikan ciri SS menyusun mengikut kumpulan SS membahagikan ciri yang sama ke dalam kumpulan kecil iv. Menghubung kaitkan SS mencari perkaitan antara ciri kelas untuk membina SS mengkaji perkaitan antara ciri konsep awal SS menyatakan perkaitan ciri SS menyatakan pertalian ciri v. Memberikan contoh- SS mencari contoh-contoh tambahan contoh lain untuk SS mencari bukan contoh menguji atau SS mendapatkan contoh mengubah konsep SS menyatakan contoh awal SS menyenaraikan contoh SS menentukan contoh vi. Membina konsep SS bentukkan konsep SS hasilkan konsep 50
  56. 56. SS cari penyelesaianb. Menyelesai Masalah SS selesaikan SS carikan cara penyelesaian SS selesaikan persoalani. Mengenal pasti SS menentukan masalah masalah SS menyatakan masalah SS memerihalkan masalah SS menyenaraikan masalahii. Menjelaskan masalah SS menerangkan masalah SS menghuraikan masalahiii. Mencari alternatif SS mendapatkan alternatif penyelesaian SS mendapatkan penyelesaian lain masalah SS mencari cara lain SS menentukan kaedah berbezaiv. Melakukan operasi SS menjalankan operasi SS melaksanakan operasi SS menjalankan langkah-langkahv. Menilai penyelesaian SS mentaksir penyelesaian SS mempertimbangkan penyelesaian SS membuat wajaran SS membuat pilihan SS membuat kata putusc. Membuat Keputusan SS membuat cadangan yang terbaik SS memilih alternatif yang terbaik SS membuat ketetapan SS membuat ketentuani. Mengenal pasti SS menentukan matlamat matlamat SS memberikan matlamat SS mendapatkan matlamat SS menyatakan matlamat SS menyenaraikan matlamatii. Mengenal pasti SS menentukan alternatif alternatif SS memberikan alternatif SS mendapatkan alternatif SS menyatakan alternatif SS menyenaraikan alternatif 51
  57. 57. iii. Menganalisis alternatif SS mencerakin alternatif SS menghurai pilihan SS mengkaji kesan baik dan buruk SS membuat kajian mendalam terhadap alternatifiv. Menyusun alternatif SS mengatur alternatif mengikut keutamaan SS menyusun pilihan mengikut hierarki SS menyenaraikan alternatif yang terbaik SS menyusun pilihan terbaikv. Memilih sekurang- SS menentukan dua alternatif terbaik kurangnya dua SS mendapatkan dua pilihan terbaik alternatif terbaik SS menyenaraikan dua alternatif terbaikvi. Menilai alternatif yang SS mentaksir alternatif yang dipilih telah dipilih SS mempertimbangkan pilihan SS mengkaji alternatif yang telah dipilih SS membuat wajaran terhadap pilihanvii. Membuat keputusan SS membuat kata putus SS membuat cadangan yang terbaik SS memilih alternatif yang terbaik SS membuat ketetapan SS membuat ketentuan 52
  58. 58. UNIT 9 METAKOGNISIMetakognisi melibatkan individu sedar tentang cara mereka berfikir, cara merekameneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalampengalaman pembelajaran secara intelektual yang didorong oleh motivasi kendiri dansemangat ingin tahu yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah diridemi menghasilkan sesuatu yang maujud.OPERASI METAKOGNISIOperasi metakognisi melibatkan strategi merancang, memantau dan menilai prosesberfikir.a) Merancang adalah proses mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir serta bagaimana strategi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.b) Memantau adalah proses mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar.c) Menilai adalah proses mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir yang telah dilalui.Ketiga-tiga strategi metakognisi ini, membantu kita mengawal dan menjalankan prosesberfikir dengan berkesan.MENGEMBANGKAN METAKOGNISIMetakognisi boleh dikembangkan melalui tiga cara iaitu:a) Guru membimbing murid: i.Merancang operasi berfikir dalam tugasan yang diberikan. ii.Membuat pemantauan semasa melaksanakan operasi berfikir. iii.Menilai sejauh mana operasi itu dapat dilaksanakan dengan berkesan.b) Guru bersama murid merancang, memantau dan menilai aktiviti pembelajaran dalam kelas dan memberikan tugasan untuk mengukuhkan proses metakognisi murid.c) Murid saling menilai dan memberi penjelasan tentang strategi dan proses berfikir antara satu sama lain. 53
  59. 59. Ketiga-tiga langkah tersebut adalah diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.Proses metakognisi perlu dirangsang dalam mengembangkannya. Pernyataan,pendapat atau pandangan yang diberikan oleh guru yang bermula dengan frasa awalanyang tertentu boleh digunakan untuk merangsang metakognisi murid.Yang berikut adalah contoh frasa awalan:a) Saya fikir atau berpendapat ... Saya berpendapat bahawa fenomena El-Nino bukan penyebab utama jerebu.b) Saya kurang pasti bahawa ... Saya kurang pasti bahawa manusia boleh tinggal di planet Marikh.c) Pengetahuan dan pengalaman saya menunjukkan bahawa ... Pengalaman dan pengetahuan saya menunjukkan bahawa teknologi maklumat kurang memberi faedah kepada pembangunan negara.d) Saya yakin bahawa ... Saya yakin bahawa pengklonan manusia akan memberikan banyak faedah kepada manusia sejagat.Dengan mengemukakan pernyataan, pandangan atau pendapat yang menggunakanfrasa awalan tertentu, fikiran murid terangsang dan murid akan memberi respons.Berdasarkan respons daripada murid, soalan selanjutnya boleh dikemukakan untukmenggalakkan perbincangan berkaitan dengan tugasan dan mengembangkan prosesmetakognisi.Seterusnya dalam mengembangkan metakognisi, murid perlu mengemukakan soalankendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai. Denganmengemukakan soalan kendiri ini, pemikiran murid akan terkawal dan terarah kepadapencapaian matlamat tugasan berfikir.PERBEZAAN ANTARA SOALAN METAKOGNISIDAN SOALAN KOGNISISoalan metakognisi bertujuan untuk merangsang dan mengesan perkembanganmetakognisi. Soalan kognisi bertujuan untuk menguji penguasaan isi kandungan danKBSB. Soalan metakognisi berbeza dengan soalan kognisi. Perbezaan ini adalah darisegi tujuan soalan itu dikemukakan. Yang berikut adalah contoh soalan metakognisidan kognisi dalam satu topik pengajaran dan pembelajaran. 54
  60. 60. Contoh Soalan:Anda diberikan dua daun hidup. Bandingkan dan bezakan antara kedua-duanya. Jadual 9.1 Perbezaan antara soalan metakognisi dan soalan kognisi Soalan Metakognisi Soalan Kognisi (a) Apakah langkah yang anda fikirkan a) Senaraikan ciri persamaan dan sesuai untuk mencari persamaan perbezaan antara daun A dan dan perbezaan antara daun A dan daun B. daun B? (b) Bagaimanakah anda membezakan (b) Bandingkan corak umum urat daun daun A dan daun B? A dan daun B. (a) Mengapakah anda menggunakan (c) Daun manakah yang lebih: kaedah itu? (i) lebar? (ii) panjang? (d) Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda perolehi? 55
  61. 61. UNIT 10 STRATEGI PENERAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSatu strategi yang difikirkan dapat membantu guru mengembangkan minda murid ialahmelalui penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui strategi ini KBdipelajari bersama isi kandungan mata pelajaran. Walau bagaimanapun dalammenerapkan KB bersama isi kandungan, pengubahsuaian perlu dibuat dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran agar pembelajaran yang dihasilkan adalah pembelajaran yang berfikrah.PEMBELAJARAN BERFIKRAHApakah perkaitan antara penerapan KB dengan pembelajaran berfikrah?.Bandingkan dua situasi pengajaran dan pembelajaran yang berikut:Situasi 1Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata mengikut langkah berikut:a) Memberikan kepada pelajar pengelasan haiwan yang sedia ada.b) Memberi contoh yang berkaitan.c) Memberi ciri yang dipunyai oleh setiap kelas haiwan.Situasi 2Guru mengajar tajuk pengelasan haiwan vertebrata dengan menjalankan aktivitiberikut:a) Murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan berdasarkan ciri sepunya.b) Guru membimbing murid mengumpulkan dan mengelaskan haiwan kepada kumpulan sedia ada.c) Murid membuat kesimpulan tentang ciri tertentu bagi setiap kumpulan haiwan.Jika dibandingkan antara kedua situasi, dalam situasi 1 murid lebih berfungsi sebagaipenerima maklumat yang diberikan oleh guru. Manakala dalam situasi 2, muridmengalami proses berfikir. Dalam situasi 2 murid terlibat secara langsung dalamproses memerhati, membanding, membezakan, dan mengelaskan haiwan kepadakumpulan tertentu. Seterusnya murid membuat kesimpulan tentang ciri am bagi setiapkelas haiwan.Situasi 2 menggambarkan satu episod pembelajaran berfikrah. Murid terlibat secaralangsung dengan proses berfikir yang lebih tinggi daripada mengingat. Apakahperanan guru dalam situasi tersebut? 56
  62. 62. Penerangan Maksud Pembelajaran BerfikrahPembelajaran berfikrah menyepadukan kandungan dan proses sebagai pendekatanutama. Perkara yang ada dalam kandungan adalah konsep, prinsip, pengitlakan,masalah, fakta dan definisi. Proses pula adalah kemahiran berfikir, strategi berfikir,metakognisi dan kemahiran sosial ( Resnick, 1989).Penerapan KB, kemahiran proses serta sikap dan nilai murni dalam pengajaran danpembelajaran sains adalah strategi utama ke arah pembelajaran berfikrah. Kebolehanuntuk mengawal dan mengurus pemikiran atau metakognisi amat membantu ke arahpembelajaran berfikrah. Strategi penerapan perlu menggabungkan tiga pendekatanpengajaran dan pembelajaran KB iaitu:a) Mengajar cara berfikir (murid mempelajari tentang perincian KB).b) Mengajar untuk berfikir ( murid mengalami proses berfikir).c) Mengajar tentang berfikir (murid mengawal serta mengurus proses berfikir).Penggabungan ketiga-tiga pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran akanmenjadikan penerapan KB lebih berkesan dan dapat mengembangkan minda murid.Ketiga-tiga pendekatan tersebut perlu menjadi asas dalam rangka kerja yangdigunakan dalam program penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran.RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANTerdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajarandan pembelajaran . Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaranseperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll.a) KB diperkenalkan.b) KB dipraktikkan dengan bimbingan guru.c) KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.d) KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru.e) KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir. 57
  63. 63. Langkah 1: Memperkenalkan KBa) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang baru.b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut juga diperkenalkan kepada murid.c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepada perincian kemahiran dan strategi berfikir.d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakan bagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya.e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi.Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan gurua) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan.b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan.c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasi yang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KB terhadap data atau situasi tersebut.d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB.(Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada muridboleh ke peringkat seterusnya).Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan gurua) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untuk menjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain.b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari KB selanjutnya yang lebih kompleks.(Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telahdipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, merekaperlu dibimbing semula). 58
  64. 64. Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan gurua) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan.b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan.c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan dalam situasi baru itu.d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui.Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikirPada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untukmembuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lainseperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalambentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalahsangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjayamenjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahappenguasaan. 59
  65. 65. 11 PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANDalam Bab 1, lima peringkat dalam rangka kerja penerapan kemahiran berfikir danstrategi berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah dibincangkan. Setiapperingkat rangka kerja tersebut boleh dilaksanakan terus ke dalam strategi dankaedah pengajaran dan pembelajaran yang sedia ada seperti eksperimen, kajianlapangan dan simulasi. Dalam bab ini, contoh pengoperasian peringkat-peringkatrangka kerja dengan KBSB yang tertentu diberikan untuk menggambarkan situasisebenar dalam pengajaran dan pembelajaran.MATA PELAJARAN SAINSPERINGKAT 1 : MEMPERKENALKAN KBSBContoh pengoperasian ini berdasarkan objektif khusus membezakan haiwan mengikutsifat fizikal yang dikenal pasti dari bidang kajian Menyiasat Alam Kehidupan, KurikulumSains Sekolah Rendah Tahun 4. Pengoperasian ini menggunakan kaedah sumbangsaran semasa langkah set induksi dan pemerolehan pengetahuan. KBSB yang hendakdikuasai ialah membanding dan membezakan. KBSB yang telah dipelajari dan perludigunakan ialah mencirikan. Lokasi : Dalam Makmal/Bilik Sains. Bahan Bantu : Gambar pelbagai jenis haiwan, bola sepak, Mengajar bola takraw, bola tampar.(Cikgu Murni menghadap pelajar sambil memegang sebiji bola sepak)Cikgu Murni : Apakah objek yang saya pegang ini?Hashim : Bola sepak cikgu!Cikgu Murni : Mengapakah kamu katakan objek ini ialah bola sepak?Hashim : Kerana objek itu berbentuk sfera.Rani : Ada corak petak hitam putih, cikgu.Sabri : Ada tulisan FIFA, cikgu.Tham : Kerana saya pernah main bola sepak dengan bola seperti itu. 60

×