• menyenaraikan perubahan persekitaran luar dan dalam yang dihadapi oleh organisma.
• menyatakan mengapa organisma perlu peka terhadap perubahan persekitaran luar dan dalam.
• menjelaskan melalui contoh maksud rangsangan dan gerak balas.
• menyatakan komponen utama dan laluan yang terlibat dalam mengesan dan bergerakbalas terhadap perubahan persekitaran luar.
• menyatakan komponen utama dan laluan yang terlibat dalam mengesan dan mengawalatur perubahan persekitaran dalam.
• menjelaskan melalui contoh maksud ‘koordinasi’.
2. KOORDINASI DAN GERAKBALAS
Kamu perlu mengetahui:
i. Rangsangan
ii. Gerakbalas
iii. Impuls
iv. Aferen
v. Reseptor
vi. Eferen
vii. Homeostasis
viii. Koordinasi
3. Rangsangan (stimulus, plu: stimuli)
Perubahan yang berlaku di persekitaran luar atau
dalam badan yang dapat dikesan oleh sistem badan
4. GERAKBALAS
Gerak balas adalah apa yang badan kita lakukan
sebagai tindak balas terhadap rangsangan.
6. Keperluan haiwan bergerak balas terhadap
rangsangan adalah seperti berikut:
(a) menyesuaikan diri dengan persekitaran
(b) mendapat perlindungan daripada kecederaan
(c) menjaga keselamatan (bergerak ke tempat yang
lebih selamat)
(d) mengawal atur persekitaran dalam melalui
homeostasis
7. Keperluan tumbuhan bergerak balas
terhadap rangsangan adalah seperti berikut
(a) menerima lebih banyak cahaya matahari untuk
fotosintesis
(b) mendapat sokongan yang lebih baik
(c) mendapat bekalan air yang mencukupi
13. RANGSANGAN DALAM
(a) Rangsangan dalam adalah perubahan yang berlaku dalam
badan. Contohnya aras gula dalam darah, suhu badan dan
tekanan osmosis darah.
(b) Rangsangan yang dihasilkan di dalam badan dikesan oleh
reseptor dalam badan.
(c) Gerak balas organisma terhadap rangsangan dari persekitaran
dalam membolehkan proses homeostasis berlaku bagi
mengekalkan keseimbangan persekitaran dalammmya,
(d) Rangsangan dalam badan akan merangsang proses
pengawalaturan persekitaran dalam secara homeostasis
melalui suap balik negatif supaya keadaan persekitaran dalam
dikekalkan pada satu julat yang sesuai untuk organisma
tersebut.
14.
15. Mengesan dan mengawal atur perubahan di
persekitaran dalam
Gerak balas terhadap sebarang perubahan yang berlaku
di persekitaran dalam adalah untuk pengawalaturan
supaya menyediakan keadaan yang optimum untuk
proses fisiologi badan dan memastikan kemandirian sel
dapat dikekalkan.
Pengawalaturan bahan kimia dan komposisi fizikal di
persekitaran dalam (bendulir tisu) supaya keseimbangan
dapat dikekalkan pada takat yang optimum untuk sel
berfungsi. Proses ini dikenali sebagai homeostasis.
Homeostasis melibatkan pengawalaturan persekitaran
dalam badan melalui mekanisme suap balik negatif.
16.
17. Koordinasi
Proses penyelarasan organ dan sistem dalam badan
untuk menghasilkan gerak balas terhadap
rangsangan tertentu dinamakan koordinasi. Ia
melibatkan reseptor untuk mengesan rangsangan
dan efektor untuk menghasilkan gerak balas.
Proses koordinasi bermula dengan rangsangan dan
berakhir dengan gerak balas.
Koordinasi berlaku melalui dua sistem utama, iaitu;
(a) Sistem saraf yang melibatkan impuls saraf.
(b) Sistem endokrin yang melibatkan hormon.
18. UJI DIRI ANDA
1. Satu rangsangan dikesan oleh sejenis reseptor deria.
2. Tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya untuk
mendapat sokongan.
3. Gerak balas hujung pucuk terhadap cahaya
dinamakan fototropisme positif.
4. Perubahan aras gula darah merupakan satu contoh
rangsangan dalam.
5. Nasti adalah gerak balas haiwan terhadap sentuhan.
6. Efektor menghasilkan gerak balas.
7. Pusat integrasi menghubungkan reseptor deria dan
gerak balas.
8. Apabila reseptor deria dirangsang,impuls saraf
terhasil.