1. PENGENALAN
“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi
member peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui
bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan
melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”
(Huraian Pra Sekolah Kebangsaan, 2003)
Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat
menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-
kanak melakukan aktiviti kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah
satu keperluan. Melalui bermain, kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali
sebagai pembelajaran tidak formal.
Menurut Rubin et.al.(1983) dan Frost (1992) permainan mempunyai beberapa faktor
disposisi yang boleh membezakan main dengan tingkah laku atau aktiviti yang lain. Iaitu
main merupakan suatu yang dimotivasikan secara dalaman,fokus aktiviti main adalah proses
aktiviti itu sendiri dan bukan hasil atau aktiviti tersebut, permainan adalah satu aktiviti bebas
dari peraturan luaran bukanlah satu tugas yang dipaksa, permainan menentukan penglibatan
diri individu secara aktif , permainan selalu melibatkan kesan perasaan positif seperti gembira
dan seronok yang selalu disertai dengan gelak ketawa dan main juga mempunyai ciri-ciri
imaginasi, simulatif, pura-pura atau olak-olak. Kepentingan aktiviti –aktiviti permainan bagi
kanak-kanak prasekolah dapat dilihat berdasarkan penekanan dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak pada peringkat ini yang lebih menekankan pendekatan Belajar
Melalui Bermain kerana ia boleh mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari berbagai
aspek iaitu fizikal, kognitif, mental, bahasa dan sosio emosi. Bagi tujuan ini, aktiviti-aktiviti
yang dirancang perlu memberi keutamaan kepada semua aspek perkembangan sebagai
landasan bagi membantu mengembangkan aspek-aspek yang lainnya (Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan, 2003) di samping dalam masa yang sama kanak-kanak akan
menggunakan objek di sekitarnya sebagai lambang atau simbol sebenar mengikut
pemerhatian mereka terhadap persekitaran ( Liszkowski, Carpenter, Striano & Tomasello,
2006; Tomasello& Haberl, 2003).
Manakala permainan bebas menurut Abu Bakar & Rohaty (1998), kanak-kanak
dibenarkan memilih aktiviti tertentu untuk bermain dan ini tidak bermaksud guru hanya
2. pemerhati dan tanpa merancang bahan-bahan yang boleh digunakan dalam permainan atau
yang boleh mereka pelajari daripada bahan tersebut. Morrison (2000) pula menjelaskan
bahawa permainan bebas adalah aktiviti bermain secara informal dan spontan yang boleh
wujud dalam situasi di mana-mana sudut dalam kelas. Bagi permainan kreatif, ia memberi
peluang pada kanak-kanak dalam melahirkan perasaan mereka ketika bermain (Stevens,2003;
Johnson,1999). Permainan Fizikal pula melibatkan motor kasar sama ada di luar atau dalam
kelas prasekolah (Johnson, 1999). Permainan Kumpulan pula merupakan salah satu sub
kategori permainan sosial iaitu permainan kooperative yang mana melibatkan permainan
kumpulan (Parten, 1932) dan terancang (Rubin, 1978). Bagi permainan berstruktur merujuk
kepada permainan yang berperaturan dan terdapat undang-undang cara-cara bermain (Frost,
1992).
Parten (1932) mengkategorikan permainan kepada beberapa kategori iaitu
Perlakuan Tidak Menentu (Unoccupied Behaviour) kanak-kanak tidak bermain dengan
sesiapa dan juga sebarang permainan, Main Sendirian (Solitary Play) kanak-kanak bermain
seorang diri tanpa melibatkan kanak-kanak lain), Main Pemerhatian (Onlooker play) kanak-
kanak memerhati dan melihat permainan kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan
diri dalam permainan, Main Selari (Parallel Play) kanak-kanak bermain bersendirian tetapi
dengan cara yang sama dengan kanak-kanak lain atau menggunakan alat permainan yang
serupa, Main Asosiatif (Associative Play) kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu
sama lain, menggunakan alatan yang sama tetapi mereka tidak berkongsi) dan Main
Koperatif (Cooperative play) Melibatkan permainan yang agak komplek, berkongsi
alat,wujudnya interaksi dan terlibat secara aktif.
Hamzah Dadu ( 1994) dalam kajian beliau telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti
permainan kepada enam kumpulan dalam kajian beliau iaitu permainan berkumpulan,
permainan fizikal permainan kreatif, permainan dramatik, permainan berstruktur dan
permainan bebas. Berdasarkan pengelasan permainan yang disyorkan oleh Parten (1932),
kajian Hamzah Dadu (1994) yang dan aktiviti main yang disenaraikan oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) dalam buku panduan aktiviti prasekolah, pengkaji
telah mengelompokkan aktiviti-aktiviti permainan kepada beberapa kategori iaitu
berstruktur,fizikal,kreatif, kumpulan, imaginatif dan bebas.
3. 1. Identify the type of play that you want to observe. (10m)
Kenal pasti jenis main yang kamu ingin buat pemerhatian. (10m)
Untuk kerja kursus ini, saya telah merancang untuk membuat pemerhatian terhadap
murid Pra Sekolah Gemilang, SK Kampung Cheras baru dalam melakukan aktiviti main
kooperatif (cooperative play). Main Kooperatif ialah jenis permainan yang melibatkan
sekumpulan kanak-kanak bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama
dan berkongsi aktiviti. Menurut Piaget, pembelajaran bermakna memerlukan masa „untuk
memainkannya dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu, kanak-
kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamat. Main
kooperatif boleh dimulakan oleh sekumpulan kanak-kanak itu sendiri atau melaluli arahan
guru. Main Kooperatif ini sangat sesuai dijalankan untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun
ke atas. Aktiviti Main Kooperatif ini biasanya merupakan aktiviti permainan yang dirancang
dan mempunyai peraturan yang perlu dipatuhi oleh kanak-kanak prasekolah untuk mencapai
matlamat atau hasil permainan.
4. 2. Video tape the play activity that you observed.
Buat rakaman video terhadap aktiviti main yang diperhatikan.
5. 3. Describe in writing, the play that you have video taped and disscuss it benefits and how
this support the development of young children. (20m)
Jelaskan dalam bentuk penulisan tentang main yang dirakam dan faedahnya dalam
membentuk perkembangan kanak-kanak. (20m)
Tajuk main kooperatif yang saya rancang dan jalankan bersama guru pra sekolah ialah
permainan “ Tin-Tin Tumbang”. Permainan ini dijalankan di luar kelas pras sekolah dan
mengambil masa lebih kurang 60 minit untuk menjayakannya. Murid-murid prasekolah
dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai 6 orang ahli. Objektif
permainan ini ialah setiap kumpulan perlulah menjatuhkan seberapa banyak tin yang disusun.
Permainan ini memerlukan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan untuk mendapatkan
keputusan yang baik. Setiap ahli kumpulan perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan
ketika membuat balingan ke arah susunan tin. Mereka juga perlu memberi sokongan kepada
ahli pasukan masing-masing untuk memberi semangat. Permainan ini juga memerlukan
pemain untuk mematuhi arahan yang disediakan iaitu setiap pemain perlu membuat balingan
di dalam gelung rotang yang disediakan, pemain hanya boleh membuat balingan sebanyak
sekali bagi setiap pusingan secara bergilir-gilir, dan kumpulan yang menang ditentukan
melalui jumlah jatuhan tin yang telah dibuat. Permainan “Tin-Tin Tumbang” merupakan
salah satu aktiviti main kooperatif yang amat seronok dan berkesan dalam membentuk
perkembangan kanak-kanak prasekolah.
Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan murid-murid dari segi fizikal
bahasa, sosioemosi dan juga kognitif mereka. Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat
pengalaman untuk berkerjasama sesama ahli kumpulan untuk bersaing dengan kumpulan
lain. Berikut adalah faedah-faedah permainan ini dari segi fizikal, bahasa, sosioemosi dan
kognitif murid-murid;
Dari segi perkembangan fizikal murid-murid,
(a) Semasa permainan ini, murid-murid menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
mereka seperti tangan, kaki dan mata untuk bergerak. Murid-murid juga berasa
seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan
mereka untuk bersenam. Aktiviti-aktiviti membaling dan menangkap bola
membolehkan murid-murid membentuk perkembangan motor halus dan motor kasar
mereka. Seterusnya, ianya juga dapat mambantu murid-murid untuk membentuk
koordinasi dan pergerakan mata serta tangan mereka ketika membuat balingan.
Permainan ini juga dapat meningkatkan kekuatan otot dan keseimbangan anggota
tubuh badan murid-murid. Selain itu, murid-murid dapat meningkatkan keyakinan
mereka melalui aktiviti fizikal seperti ini.
Dari segi perkembangan bahasa murid-murid,
(a) Permainan yang dijalankan merupakan cara yang paling berkesan untuk
meningkatkan perkembangan bahasa murid-murid. Melalui permainan ini, murid-
murid berinteraksi secara lisan atau menggunakan pergerakan tubuh untuk
6. berkomunikasi sesama mereka dan juga guru. Interaksi seperti ini merupakan aspek
yang sangat penting untuk membentuk hubungan sosial antara mereka.
Dari segi perkembangan sosioemosi murid-murid;
(a) Murid-murid juga dapat belajar untuk mengadakan hubungan sosial sesama mereka
melalui permainan ini. Sebagai contoh, Murid-murid perlu memberi sokongan kepada
ahli pasukan mereka untuk memenangi permainan atau pertandingan yang disertai.
Untuk bermain dengan jayanya, murid-murid perlu berkomunikasi dengan rakan-
rakan mereka dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba
disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan
bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan
komunikasi dan bahasa murid-murid.
(b) Melalui permainan ini juga, murid-murid belajar untuk menyelesaikan masalah yang
berlaku. Mereka berkolaborasi sesama ahli kumpulan mereka untuk menjatuhkan
seberapa banyak sususan tin yang boleh dengan menggunakan ketepatan dan teknik
yang betul. Dengan cara ini, murid-murid akan lebih bersemangat dan bersungguh-
sungguh untuk menjatuhkan susunan tin seberapa banyak yang boleh.
(c) Murid-murid juga dapat belajar untuk menjadi pemimpin dan pengikut. Dalam
permainan ini, kumpulan murid-murid ini akan dibimbing oleh guru untuk melantik
seorang ketua bagi setiap kumpulan masing-masing. Apabila permainan dijalankan,
ahli kumpulan akan mematuhi arahan ketua dan ketua memainkan peranan penting
untuk memberi semangat kepada ahli kumpulannya. Namun begitu, murid-murid di
peringkat pra sekolah ini perlu diberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang peranan
seorang ketua dalam permainan ini.
(d) Permainan ini juga membolehkan murid-murid belajar untuk bekerjasama dan
bertolak ansur. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu bekerjasama untuk membuat
balingan yang tepat ke arah susunan tin supaya dapat menjatuhkan tin tersebut dengan
jumlah yang banyak. Mereka juga perlu bertolak ansur dan memberi semangat kepada
ahli pasukan mereka sekiranya tidak dapat membuat balingan yang baik dan jatuhan
tin yang banyak.
Dari segi perkembangan kognitif murid-murid pula, bermain dapat member kesan ke atas
perkembangan kognitif murid-murid. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses
pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya, Kegunaan permainan ini dari
segi perkembangan kognitif murid-murid adalah;
(a) Membantu murid-murid dalam perkembangan intelek. Secara tidak langsung
permainan ini membantu murid-murid dalam perkembangan inteleknya seperti
memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati situasi yang berlaku
disekelilingnya. Konsep awal yang digunakan dalam permainan ini ialah konsep
nombor dan operasi nombor. Sebagai contoh, setiap kumpulan perlu mengira jumlah
jatuhan tin yang telah dibuat.