SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PEREKAYASAAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2012
LATAR BELAKANG
1. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal
insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian
mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara
maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara
kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta
peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk
berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
2. Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K) di
Malaysia, ianya telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION DEPARTMENT OF
THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE FEDERATED MALAY
STATES telah menerbitkan sebuah buku panduan kerjaya untuk murid sekolah
1
yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils.
Langkah penerbitan buku berkenaan diambil sebagai meniru sistem pendidikan
di Amerika Syarikat yang mewujudkan unit bimbingan dan kaunseling kerjaya di
sekolah.
3. Kemudian pada tahun 1966, KPM melalui Bahagian Sekolah-Sekolah
menerbitkan pula buku yang berjudul SCHOOL GUIDANCE SERVICES. Buku
tersebut telah dibiayai oleh Unesco dan telah ditulis oleh pakar bimbingan dan
kaunseling kerjaya bernama RK McKenzie daripada Kanada. Beliau dibantu
oleh 11 orang pegawai Hal Ehwal Murid daripada Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) seluruh negara untuk menulisnya.
4. Sejak itu, perkhidmatan B & K di sekolah telah diberi pengiktirafan oleh KPM di
mana sebagai contoh pada awal tahun 1960an hingga tahun 1980an, daripada
tidak mempunyai bilik khas B & K telah dipastikan perkhidmatan ini ada
mempunyai bilik khas untuk menjalankan perkhidmatan tersebut di sekolah pada
tahun 1996. Sebelum tahun 1996, tidak ada perjawatan sepenuh masa guru
bimbingan dan kaunseling, namun bermula pada tahun 1996, kerajaan telah
bersetuju meluluskan perjawatan tersebut secara sepenuh masa.
5. Dalam hal ini, semua guru B & K mesti memahami bahawa perkhidmatannya
adalah secara over and above di sekolah. Kuota guru B & K di sekolah tidak
2
sama dengan guru mata pelajaran akademik. Enrolment kelayakan untuk setiap
sekolah adalah bagi sekolah menengah, 500 orang murid nisbah seorang guru
dan bagi sekolah rendah, 350 orang murid bagi seorang guru. Perkhidmatan
guru B & K secara sepenuh masa membawa maksud guru B & K (sekolah
rendah dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu
bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata pelajaran biasa.
6. Kesemua yang dilakukan seperti yang disebutkan tadi adalah kerana
kepercayaan dan keyakinan KPM bahawa perkhidmatan ini akan benar-benar
dapat membantu usaha-usaha membangunkan sahsiah dan disiplin murid di
peringkat sekolah. Jemaah Menteri pula pada tahun 2001 semasa
menimbangkan memorandum bagi mewujudkan jawatan guru kaunseling
sepenuh masa juga menekankan bahawa aspek pembangunan sahsiah dan
disiplin murid perlu diberi penekanan dan keutamaan dengan wujudnya jawatan
ini.
7. Setelah hampir lima belas tahun perkhidmatan tersebut diberi peranan secara
sepenuh masa, apakah perkhidmatan tersebut telah mencapai objektifnya.
Harapan yang telah diamanahkan kepada guru-guru B & K, apakah telah dapat
ditunaikan dengan jayanya? Kesemua persoalan ini perlu kita analisa secara
konstruktif dan mendalam. Sekiranya harapan tersebut belum mencapai
3
kejayaan seperti diharapkan, maka kita perlu melakukan perubahan yang dikira
drastik bagi memulihkan kepercayaan stake holder KPM terhadap perkhidmatan
ini.
8. Hari ini, isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya masih belum
dapat diatasi sepenuhnya. Sungguh pun data yang dikumpul oleh KPM masih
dikatakan boleh dikawal, di mana dalam tempoh 5 tahun (2007 hingga 2011)
menunjukkan ianya berada pada kadar purata 2.07%, namun dari segi jumlah
yang terlibat masih besar.
9. Sebagai contoh, pada tahun 2011 sahaja, kes-kes melibatkan disiplin murid
adalah berjumlah seramai 110218 atau 2.05%. Kes-kes ini termasuklah kes-kes
yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin
yang ringan seperti kekemasan diri. Hal ini menunjukkan bahawa sekitar 2
hingga 3 peratus bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya.
Daripada jumlah tersebut, seramai 72,873 (66.1%) orang adalah melibatkan
murid sekolah menengah dan seramai 37,345 (33.9%) orang adalah murid
sekolah rendah.
10. Berdasarkan maklumat tersebut, KPM masih berhadapan dengan isu yang
melibatkan sahsiah dan disiplin murid. Ternyata bahawa KPM perlu membuat
4
perubahan terhadap perkhidmatan ini. Ditambah pula isu yang sedang dihadapi
sekarang bertambah kompleks kerana latar belakang puncanya yang pelbagai.
11. Generasi anak muda kita hari ini yang dikenali sebagai generasi Y, mereka
ini celik IT. Perhubungan dalam kalangan mereka berasaskan twitter, facebook,
sms dan daya imaginasi pahlawan mereka berimejkan robot. Istilah Robocop,
Transformers dan The X-Men menyaksikan zaman ini, manusia dilihat hebat
kerana menggunakan kecanggihan sains, teknologi dan telekomunikasi yang
global.
12. Sungguh pun hukuman dan penguatkuasaan merupakan sebahagian daripada
usaha membendung permasalahan ini, namun ia juga terbukti dewasa kini
kurang berkesan sepenuhnya. Anak-anak kita hari ini telah semakin terbuka dan
mengetahui hak-hak mereka. Hukuman secara tradisional telah mula
dipertikaikan dan ironinya disokong pula oleh ibu bapa mereka. Lagi pun
hukuman sahaja tanpa diikuti dengan langkah-langkah berkesan dalam usaha
intervensi terhadap salah laku tersebut tidak akan membawa apa-apa makna
kepada pembangunan sahsiah yang disebutkan tadi.
13. Hari ini, disebabkan isu-isu yang disebutkan tadi masih berterusan, maka
kewajaran perkhidmatan B & K secara sepenuh masa di sekolah telah mula
dipertikaikan. Hal ini disebabkan perkhidmatan ini yang sepatutnya memberi
5
fokus kepada membangunkan sahsiah dan disiplin murid telah kurang diberi
perhatian. Guru-guru B & K pula sering diberi persepsi yang negatif, misalnya
sering menjalankan tugas di luar sekolah. Tanggung jawab memberikan
perkhidmatan kaunseling dalam membendung isu tersebut juga telah mula
kedengaran dipertikaikan keberkesannya.
14. Kesemua ini menuntut agar KPM melaksanakan perubahan bukan sahaja dari
segi konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari segi fokus operasinya
agar dapat direkayasa semula dalam membendung permasalahan
yang disebutkan tadi.
15. Dalam hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah meminta
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM untuk mengambil langkah
berkesan dalam usaha merekayasa Perkhidmatan B & K di sekolah. KPPM
telah meminta agar perkhidmatan ini memberi fokus sepenuhnya
kepada usaha pembangunan sahsiah serta membendung
permasalahan disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini
disebabkan guru B & K merupakan guru yang telah dilepaskan daripada
tanggungjawab dalam P&P dan mereka diharap boleh memberi tumpuan
sepenuhnya bagi menangani permasalahan tersebut.
6
PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN B & K DI SEKOLAH
TUJUAN
16. Supaya Guru B & K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha
Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah.
KONSEP
17. Perkhidmatan B & K di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra murid, rakan
guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan boleh
membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif
dan berkesan.
18. Guru B & K menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting yang
perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan
yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya.
OBJEKTIF
19. Objektif perkhidmatan B & K di sekolah adalah;
19.1 Sebagai perkhidmatan yang mesra murid
7
19.2 Meningkatkan disiplin diri murid
19.3 Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid
FOKUS PERKHIDMATAN B & K
20. Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada
program dan aktiviti;
20.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
20.2 Peningkatan disiplin diri murid
20.3 Pendidikan Kerjaya murid
20.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid
20.5 Pengurusan Profil Murid
20.6 Pendidikan Pencegahan
20.7 Konsultasi keibubapaan
20.8 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
8
Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:
21. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector)
murid dari aspek;
21.1 Sikap penyayang (kepedulian)
21.2 Budi bahasa
21.3 Konsep kendiri
21.4 Kepemimpinan
21.5 Komunikasi
21.6 Kekemasan diri
21.7 Ketepatan masa
Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid
22. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu
dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut;
22.1 Perlakuan ponteng sekolah
22.2 Perlakuan berunsur jenayah
22.3 Perlakuan berunsur kelucahan
22.4 Perlakuan berunsur kurang sopan
22.5 Perlakuan berunsur vandalisme
Fokus Pendidikan Kerjaya Murid
9
23. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai
maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus
ini, guru B & K perlu;
23.1 melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi
memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap
dan hala tuju kerjaya.
23.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah
sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan
kerjaya mereka.
23.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke
kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau
swasta.
Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid
24. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
24.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
24.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
10
24.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif
Fokus Pengurusan Profil Murid
25. Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk
membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan
membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan.
Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
25.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin
25.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah
25.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid
25.4 Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi
26. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid,
latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca
masalah, status tindakan penyelesaian.
Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan
27. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar
berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan
11
yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV,
dadah, rokok termasuk bahan inhalan.
28. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid
agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.
Fokus Konsultasi Keibubapaan:
29. Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam
keluarga di mana;
29.1 kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam
persekolahan,
29.2 melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.
Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
30. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran
generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;
30.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS.
30.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya
berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan;
a. PRS sebagai role model kepada orang lain
12
b. Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif
c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain
KAEDAH
31. Kaedah perkhidmatan:
31.1 Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau
kelompok
31.2 Pelaksanaan program dan aktiviti murid
31.3 Penyampaian (Outreach) yang berkesan
31.4 Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa
Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok
32. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi
Sasaran Kerja Utama guru B & K.
33. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau
kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu
pengajaran dan pembelajaran (P & P).
13
Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid
34. Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus
perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan
matlamat yang ditetapkan.
35. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu
diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.
Menjalankan Tugas Luar
36. Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain
daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20 peratus setahun.
Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat
mereka bertugas.
37. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;
37.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh
masa yang panjang.
14
37.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala
petaka di sesuatu tempat.
37.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang
ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat
mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri
terlebih dahulu.
38. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi
atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.
Penyampaian (Outreach) yang berkesan
39. Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra
murid, maka guru B & K hendaklah;
39.1 Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan
aktiviti yang ditawarkan kepada murid.
39.2 Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh
daripada perkhidmatan B & K di sekolah.
15
Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa
40. Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K
hendaklah;
40.1 Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan
keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid.
40.2 Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan
guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.
40.3 Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk
murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum
balas terhadap perkhidmatan yang diberi.
Kelas Ganti
41. Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8
waktu seminggu.
42. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah
melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K.
16
43. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti
bimbingan di dalam kelas ganti.
Sokongan Pentadbir Sekolah
44. Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K,
sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan.
Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat
pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan
keberkesanan perkhidmatan mereka.
17

More Related Content

What's hot

Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Mohd Fahmi Abu Bakar
 
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
veera vasu
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
smk changlun
 
4 pentaksiran psikometrik
4 pentaksiran psikometrik4 pentaksiran psikometrik
4 pentaksiran psikometrik
laichunseong
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_
Arafeh Karimi
 

What's hot (20)

INVENTORI
INVENTORIINVENTORI
INVENTORI
 
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayangPanduan aktiviti  pelaksanaan guru penyayang
Panduan aktiviti pelaksanaan guru penyayang
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
perancangan strategik
perancangan  strategikperancangan  strategik
perancangan strategik
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Teori personaliti
Teori personalitiTeori personaliti
Teori personaliti
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
 
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH 	     KELAS DI SEK...
PELAKSANAAN UJIAN MINAT KERJAYA KE ATAS MURID-MURID SEBUAH KELAS DI SEK...
 
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
Garis panduan mengurus murid berisiko cicir di sekolah
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
Laporan aplikasi ujian psikologi dalam proses bimbingan dan kaunseling kerjay...
 
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
8 KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN M7 2017.ppt
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Intelligence
IntelligenceIntelligence
Intelligence
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
4 pentaksiran psikometrik
4 pentaksiran psikometrik4 pentaksiran psikometrik
4 pentaksiran psikometrik
 
Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_Pencerapan guru _skpm_2010_
Pencerapan guru _skpm_2010_
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
 
Contoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakanContoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakan
 

Similar to Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)

Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Mgkk Kluang Johor
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
noorqaseh_ramadhan
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Abdul Karim Kamaruzaman
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Zulkifle Othman
 

Similar to Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012) (20)

Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
A10 johari talib
A10 johari talibA10 johari talib
A10 johari talib
 
JUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdfJUKUBIL1.pdf
JUKUBIL1.pdf
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
 
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
Power point perekayasaan b&k di sekolah (21.3.2012)
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
PENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIFPENDIDIKAN INKLUSIF
PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Isu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolahIsu ponteng sekolah
Isu ponteng sekolah
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 

Merekayasa perkhidmatan bimbingan dan kaunseling (13.1.2012)

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2012 LATAR BELAKANG 1. Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. 2. Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K) di Malaysia, ianya telah bermula sejak tahun 1939. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION DEPARTMENT OF THE STRAITS SETTLEMENTS AND THE FEDERATED MALAY STATES telah menerbitkan sebuah buku panduan kerjaya untuk murid sekolah 1
  • 2. yang berjudul A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers and Pupils. Langkah penerbitan buku berkenaan diambil sebagai meniru sistem pendidikan di Amerika Syarikat yang mewujudkan unit bimbingan dan kaunseling kerjaya di sekolah. 3. Kemudian pada tahun 1966, KPM melalui Bahagian Sekolah-Sekolah menerbitkan pula buku yang berjudul SCHOOL GUIDANCE SERVICES. Buku tersebut telah dibiayai oleh Unesco dan telah ditulis oleh pakar bimbingan dan kaunseling kerjaya bernama RK McKenzie daripada Kanada. Beliau dibantu oleh 11 orang pegawai Hal Ehwal Murid daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) seluruh negara untuk menulisnya. 4. Sejak itu, perkhidmatan B & K di sekolah telah diberi pengiktirafan oleh KPM di mana sebagai contoh pada awal tahun 1960an hingga tahun 1980an, daripada tidak mempunyai bilik khas B & K telah dipastikan perkhidmatan ini ada mempunyai bilik khas untuk menjalankan perkhidmatan tersebut di sekolah pada tahun 1996. Sebelum tahun 1996, tidak ada perjawatan sepenuh masa guru bimbingan dan kaunseling, namun bermula pada tahun 1996, kerajaan telah bersetuju meluluskan perjawatan tersebut secara sepenuh masa. 5. Dalam hal ini, semua guru B & K mesti memahami bahawa perkhidmatannya adalah secara over and above di sekolah. Kuota guru B & K di sekolah tidak 2
  • 3. sama dengan guru mata pelajaran akademik. Enrolment kelayakan untuk setiap sekolah adalah bagi sekolah menengah, 500 orang murid nisbah seorang guru dan bagi sekolah rendah, 350 orang murid bagi seorang guru. Perkhidmatan guru B & K secara sepenuh masa membawa maksud guru B & K (sekolah rendah dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata pelajaran biasa. 6. Kesemua yang dilakukan seperti yang disebutkan tadi adalah kerana kepercayaan dan keyakinan KPM bahawa perkhidmatan ini akan benar-benar dapat membantu usaha-usaha membangunkan sahsiah dan disiplin murid di peringkat sekolah. Jemaah Menteri pula pada tahun 2001 semasa menimbangkan memorandum bagi mewujudkan jawatan guru kaunseling sepenuh masa juga menekankan bahawa aspek pembangunan sahsiah dan disiplin murid perlu diberi penekanan dan keutamaan dengan wujudnya jawatan ini. 7. Setelah hampir lima belas tahun perkhidmatan tersebut diberi peranan secara sepenuh masa, apakah perkhidmatan tersebut telah mencapai objektifnya. Harapan yang telah diamanahkan kepada guru-guru B & K, apakah telah dapat ditunaikan dengan jayanya? Kesemua persoalan ini perlu kita analisa secara konstruktif dan mendalam. Sekiranya harapan tersebut belum mencapai 3
  • 4. kejayaan seperti diharapkan, maka kita perlu melakukan perubahan yang dikira drastik bagi memulihkan kepercayaan stake holder KPM terhadap perkhidmatan ini. 8. Hari ini, isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Sungguh pun data yang dikumpul oleh KPM masih dikatakan boleh dikawal, di mana dalam tempoh 5 tahun (2007 hingga 2011) menunjukkan ianya berada pada kadar purata 2.07%, namun dari segi jumlah yang terlibat masih besar. 9. Sebagai contoh, pada tahun 2011 sahaja, kes-kes melibatkan disiplin murid adalah berjumlah seramai 110218 atau 2.05%. Kes-kes ini termasuklah kes-kes yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin yang ringan seperti kekemasan diri. Hal ini menunjukkan bahawa sekitar 2 hingga 3 peratus bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 72,873 (66.1%) orang adalah melibatkan murid sekolah menengah dan seramai 37,345 (33.9%) orang adalah murid sekolah rendah. 10. Berdasarkan maklumat tersebut, KPM masih berhadapan dengan isu yang melibatkan sahsiah dan disiplin murid. Ternyata bahawa KPM perlu membuat 4
  • 5. perubahan terhadap perkhidmatan ini. Ditambah pula isu yang sedang dihadapi sekarang bertambah kompleks kerana latar belakang puncanya yang pelbagai. 11. Generasi anak muda kita hari ini yang dikenali sebagai generasi Y, mereka ini celik IT. Perhubungan dalam kalangan mereka berasaskan twitter, facebook, sms dan daya imaginasi pahlawan mereka berimejkan robot. Istilah Robocop, Transformers dan The X-Men menyaksikan zaman ini, manusia dilihat hebat kerana menggunakan kecanggihan sains, teknologi dan telekomunikasi yang global. 12. Sungguh pun hukuman dan penguatkuasaan merupakan sebahagian daripada usaha membendung permasalahan ini, namun ia juga terbukti dewasa kini kurang berkesan sepenuhnya. Anak-anak kita hari ini telah semakin terbuka dan mengetahui hak-hak mereka. Hukuman secara tradisional telah mula dipertikaikan dan ironinya disokong pula oleh ibu bapa mereka. Lagi pun hukuman sahaja tanpa diikuti dengan langkah-langkah berkesan dalam usaha intervensi terhadap salah laku tersebut tidak akan membawa apa-apa makna kepada pembangunan sahsiah yang disebutkan tadi. 13. Hari ini, disebabkan isu-isu yang disebutkan tadi masih berterusan, maka kewajaran perkhidmatan B & K secara sepenuh masa di sekolah telah mula dipertikaikan. Hal ini disebabkan perkhidmatan ini yang sepatutnya memberi 5
  • 6. fokus kepada membangunkan sahsiah dan disiplin murid telah kurang diberi perhatian. Guru-guru B & K pula sering diberi persepsi yang negatif, misalnya sering menjalankan tugas di luar sekolah. Tanggung jawab memberikan perkhidmatan kaunseling dalam membendung isu tersebut juga telah mula kedengaran dipertikaikan keberkesannya. 14. Kesemua ini menuntut agar KPM melaksanakan perubahan bukan sahaja dari segi konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari segi fokus operasinya agar dapat direkayasa semula dalam membendung permasalahan yang disebutkan tadi. 15. Dalam hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM untuk mengambil langkah berkesan dalam usaha merekayasa Perkhidmatan B & K di sekolah. KPPM telah meminta agar perkhidmatan ini memberi fokus sepenuhnya kepada usaha pembangunan sahsiah serta membendung permasalahan disiplin dalam kalangan murid di sekolah. Hal ini disebabkan guru B & K merupakan guru yang telah dilepaskan daripada tanggungjawab dalam P&P dan mereka diharap boleh memberi tumpuan sepenuhnya bagi menangani permasalahan tersebut. 6
  • 7. PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN B & K DI SEKOLAH TUJUAN 16. Supaya Guru B & K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di sekolah. KONSEP 17. Perkhidmatan B & K di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan. 18. Guru B & K menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh membuat keputusan yang wajar dan betul dalam menjalani kehidupannya. OBJEKTIF 19. Objektif perkhidmatan B & K di sekolah adalah; 19.1 Sebagai perkhidmatan yang mesra murid 7
  • 8. 19.2 Meningkatkan disiplin diri murid 19.3 Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid FOKUS PERKHIDMATAN B & K 20. Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti; 20.1 Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid 20.2 Peningkatan disiplin diri murid 20.3 Pendidikan Kerjaya murid 20.4 Psikososial dan kesejahteraan mental murid 20.5 Pengurusan Profil Murid 20.6 Pendidikan Pencegahan 20.7 Konsultasi keibubapaan 20.8 Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 8
  • 9. Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid: 21. Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri (charector) murid dari aspek; 21.1 Sikap penyayang (kepedulian) 21.2 Budi bahasa 21.3 Konsep kendiri 21.4 Kepemimpinan 21.5 Komunikasi 21.6 Kekemasan diri 21.7 Ketepatan masa Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid 22. Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala seperti berikut; 22.1 Perlakuan ponteng sekolah 22.2 Perlakuan berunsur jenayah 22.3 Perlakuan berunsur kelucahan 22.4 Perlakuan berunsur kurang sopan 22.5 Perlakuan berunsur vandalisme Fokus Pendidikan Kerjaya Murid 9
  • 10. 23. Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu; 23.1 melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya. 23.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka. 23.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi awam atau swasta. Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid 24. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu; 24.1 Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi 24.2 Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi 10
  • 11. 24.3 Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif Fokus Pengurusan Profil Murid 25. Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu; 25.1 Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin 25.2 Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah 25.3 Menyediakan profil kerjaya setiap murid 25.4 Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi 26. Profil murid hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan penyelesaian. Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan 27. Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan 11
  • 12. yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan. 28. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri. Fokus Konsultasi Keibubapaan: 29. Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana; 29.1 kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan, 29.2 melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid. Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 30. Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu; 30.1 Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS. 30.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan ‘Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain’ dengan; a. PRS sebagai role model kepada orang lain 12
  • 13. b. Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif c. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain KAEDAH 31. Kaedah perkhidmatan: 31.1 Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau kelompok 31.2 Pelaksanaan program dan aktiviti murid 31.3 Penyampaian (Outreach) yang berkesan 31.4 Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok 32. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K. 33. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P). 13
  • 14. Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid 34. Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian dengan matlamat yang ditetapkan. 35. Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan. Menjalankan Tugas Luar 36. Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20 peratus setahun. Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas. 37. Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan; 37.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian dalam tempoh masa yang panjang. 14
  • 15. 37.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau mala petaka di sesuatu tempat. 37.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pelajaran Negeri terlebih dahulu. 38. Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD. Penyampaian (Outreach) yang berkesan 39. Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang mesra murid, maka guru B & K hendaklah; 39.1 Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan, program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid. 39.2 Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah. 15
  • 16. Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa 40. Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru B & K hendaklah; 40.1 Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung murid. 40.2 Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat. 40.3 Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi. Kelas Ganti 41. Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih 8 waktu seminggu. 42. Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka hendaklah melaksanakan program atau aktiviti yang berkaitan perkhidmatan B & K. 16
  • 17. 43. Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti. Sokongan Pentadbir Sekolah 44. Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B & K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka. 17