1. PEMBELAJARAN
BERASASKAN WEB DAN
TEKNOLOGI
KPT 6043
NAMA : NORASIKIN BINTI ABDULLAH
NO. MATRIK : M20091000316
PROGRAM : SARJANA KEPIMPINAN PEDAGOGI
SEMESTER :3
PENGAJAR : PM. DR. ABD. LATIF HJ. GAPOR
BLOG ID : http://araiikpt6043.blogspot.com
2. REKABENTUK BAHAN BANTU
PENGAJARAN
Rekabentuk pengajaran (RP) sering dikitkan dengan pembinaan
pengajaran (PP). kedua-dua aspek ini sebenarnya telah menjadi
amalan harian guru-guru disekolah. Guru-guru membuat RP dan
PP sebagai persediaan untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar. Kepentingan RP dan PP kepada
guru amat ketara kerana dapat menentukan hala tuju mereka
dalam menjalankan tugas mendidik dan melahirkan modal insan
yang berkualiti.
3. MODEL ASSURE
Model ASSURE dicipta oleh Heinch, Molenda dan
Russel (1993), untuk menyediakan panduan merancang
dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan
penggunaan media.
Model ini berskala kecil dan lebih bertumpu kepada
perancangan pengajaran dalam kelas dan boleh
dijadikan panduan untuk merancang penggunaan media
dalam pengajaran.
Model ini mengalami perubahan dan yang terbaru ialah
pada tahun 2002.
4. Model ASSURE mengandungi enam
langkah iaitu:
• A : Analisis murid (Analyse Learners)
• S : Nayatkan Objektif (State Objectives)
• S : Pemiihan media dan bahan (Select Media
and Materials)
• U : Penggunaan media dan bahan (Utilise
Media and Materials)
• R : Penglibatan pelajar dalam pembelajaran
(Require Learner Participation)
• E : Penilaian / Semak Semula Bahan
(Evaluation / Review)
5. Pemilihan, Penggunaan dan Penilaian Media
Pengajaran Menggunakan Model ASSURE
Guru-guru perlu merancang dengan teliti
penggunaan media dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat memberikan
keberkesanan kepada hasil pembelajaran pelajar.
Model ASSURE boleh dijadikan panduan untuk
merancang penggunaan media dalam pengajaran
(Heinich, Molenda, Russel, 1989).
7. Analisis Sifat-sifat Murid
• Penggunaan sesuatu media dalam proses pengajaran
dan pembelajran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri
pelajar supaya penggunaannya berkesan dan bermakna
kepada pelajar itu sendiri.
• Terdapat tiga ciri penting, iaitu:
– Ciri-ciri Umum
– Kompetensi khusus peringkat masuk
– Stail Pembelajaran
8. Nyatakan Objektif:
• Penyataan objektif pembelajaran dapat membantu
guru lebih fokus kepada perkaa yang sepatutnya
dipelajari dan dikuasai oleh pelajar. Setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah
untuk menyampaikan makluat berdasrakan objektif
pembelajaran.
• Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian
dapat dipilih kerana guru telah focus terhadap
pengetahuanm kemahiran dan sikap baru yang perlu
dikuasai oleh murid.
• Penentuan objektif-objektif adalah berdasarkan
peringkat prestasi yang ingin dicapai dan objektif
tersebut mungkin diambil aripada sukatan pelajaran,
panduan krikulum atau buku teks.
9. Memilih dan Membaiki Kaedah,
Media dan Bahan
• Dalam proses pemilihan, membaiki atau mengubah suai
media, ketiga-tiga aspek ini mesti berdarsakan kepada
tingkat kebolehan pelajar dan objektif pemeblajaran yang
ingin dicapai.
• Terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan dalam
langkah ini, iaitu:
Memilih kaedah
Memilih Media
Mengubah suai dan mereka bentuk media
10. Menggunakan Bahan/ Media
• Proses meggunakan media ialah proses yang paling
penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada
keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan sepenuhnya media ini
secara bermakna oleh guru dapat memberikan motivasi
kepada pelajar untuk aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
11. Terdapat 5 langkah untuk memastikan
penggunaan media secara optimum:
• Melihat isi kandungan media tersebut
terlebih dahulu
• Menyediakan peralatan dan bahan yang
diperlukan semasa menggunakan
media.
• Menyediakan persekitaran atau tempat.
• Menyediakan pelajar
• Menyediakan pengalaman pembelajaran
12. Tindakbalas Pelajar
Untuk memastikan proses pembelajaran itu berlaku,
aktiviti-aktiviti yang dirancang semasa menggunakan
media perlu melibatkan pelajar seperti perbincangan,
gerak kerja kumpulan, latihan dan latih tubi. Kegiatan
pengukuhan hendaklah disepadukan supaya pelajar
dapat memberi tindak balas yang betul.
13. Menilai dan Menyemak Semula
Bahan
Setelah selesai pengajaran, penilaian
perlu dilakukan untuk melihat kekuatan
dan keberkesanan media secara
menyeluruh agar penambahbaikan ndapat
dilakukan utuk mendapatkan kesan
penggunaan media yang maksimum
dalam pengajaran.
14. Secara umumnya, pencapaian pelajar dibahagikan
kepada tiga, iaitu:
Prestasi pelajar berdasarkan rujukan criteria (penilaian
pelajar berdasarkan suatu set objekif yang telah
ditentukan)
Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran
Sikap pelajar
Berdasarkan model ASSURE, pemilihan dan penggunaan media yang
dibuat secara teliti dapat memastikan guru membuat pilihan media
yang tepat dan menggunakan media secara optimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.