Your SlideShare is downloading. ×
P3120 undang undang syarikat-bab 3
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

P3120 undang undang syarikat-bab 3

2,957
views

Published on


0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,957
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
89
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Bab 3 : Penubuhan Syarikat3.0 Penubuhan Syarikat A. Nama SyarikatPerkara pertama yang harus dilakukan untuk menubuhkan syarikat ialah dengan membuattempahan nama bagi syarikat. Menurut Sek 16 (1) Akta Syarikat 1965, seseorang yangingin menubuhkan syarikat mestilah menyerahsimpan dengan Pendaftar Syarikat,memorandum dan artikel syarikat (sekiranya ada) yang dicadangkan itu. Syarikat BerhadOleh Syer mempunyai opsyen untuk menghantar / tidak menghantar artikel persatuannyasendiri. Sekiranya syarikat ini tidak menghantar artikel persatuannya, maka Susunan Ajadual 4 akan terpakai automaticSementara itu Sek 18 (1) Akta Syarikat 1965, menyatakan bahawa nama syarikathendaklah dinyatakan di dalam memorandum persatuanMenurut Sek 22 (6) Akta Syarikat 1965, sebelum sesebuah syarikat ingin didaftarkan,syarikat tersebut mestilah membuat tempahan nama terlebih dahulu di pejabat PendaftarSyarikat. Sek 22 (7) pula menyatakan jika Pendaftar berpuashati tentang bona fidepermohonan itu dan nama itu boleh didaftar tanpa melanggar subseksyen (1), diahendaklah menrizabkan nama yang dicadangkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikhpermohonan diserahsimpan.Mengikut kelazimannya, mahkamah tidak akan campur tangan berhubung dengantempahan nama syarikat. Ini adalah kerana Pendaftar Syarikat mempunyai kuasa samadauntuk menerima tempahan atau menolak temapahan nama syarikat yang dibuat. Namunbegitu, sekiranya keputusan yang diambil oleh Pendaftar Syarikat menyalahi peruntukanundang2 / Pendaftar dipengaruhi oleh unsur2 yang bersalahan dengan undang2 semasamembuat keputusan berhubungan dengan penerimaan dan penolakkan tempahan namasyarikat ini, barulah mahkamah akan campur tangan.Sek 4 Akta Syarikat memberikan definisi syarikat sebagai syarikat yang ditubuhkanmenurut Akta ini atau mengikut mana2 enakmen yang sama pada masa lalu.Kuasa dan liability syarikat sebaik sahaja selepas penubuhannya ialah, ia mempunyaientity berasingan dari orang2 yang menubuhkannya. Dalam kebanyakkan keadaan,syarikat diiktiraf oleh undang2 sebagai mempunyai kuasa dan liability sebagai seorangindividu.
  • 2. B. Syarikat boleh memiliki hartanya sendiriWalaupun Sek 16 (5) Akta Syarikt, hanya menyebut tentang ‘tanah’ sahaja, tetapi dalamerti kata sebenrnya, syarikat juga boleh memiliki harta benda yang lain. Walaupunseseorang ahli itu mungkin merupakan pemegang saham terbesar atau memiliki kesemuasaham syarikat, ini bukanlah bererti harta syarikat adalah milik peribadi beliau.Di dalam kes Macaura lwn Northern Assurance Co. Ltd. (1925) AC 619 (HOL).Macaura memiliki sebuah ladang di Ireland. Beliau telah menjual semua kayu-kayan(balak) yang ada di ladang tersebut kepada sebuah syarikat iaitu Irish Canadian SawmillsLtd. Semua saham di dalam syarikat ini adalah kepunyaan beliau dan penama2 beliau.Beliau juga merupakan pemiutang bg syarikat tersebut. Macaura telah m’insurankansemua kayu kayan yang ada di ladangnya itu atas nama beliau. 2 minggu selepas beliaum’insurnkan kayu-kayan itu,ladang tersebut telah mengalami kebakaran yangmenyebabkan kemusnahan kayu-kayan diladang tersebut. Macaura telah membuattuntuntan gantu rugi dari syrikat insuran tetapi syarikat insuran enggan membuatpembayaran.Persoalannya ialah samada Macaura boleh membuat tuntutan pampasan terhadap kayu2balak kepunyaan Irish Canadian Sawmills Ltd yang musnah akibat kebakaran tersebut?House of Lords telah memutuskan bahawa, apabila Macaura telah menjualkan kayu2 blaktersebut, ini menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai kepentinagn lagi terhadapkayu2 balak tersebut. Oleh itu syarikat insuran adalah tidak bertanggungan untukmembayar pampasan kepada Macaura. C. syarikat boleh mendakwa dan didakwaapabila sesebuah syarikat itu ingin membuat dakwaan / didakwa oleh pihak lain yangberurusan dengannya, maka dakwaan tersebut perlulah menggunakan nama syarikatsendiri bukannya nama ahli bagi syarikat tersebut. Begitu juga bagi ahli, di mana merekatidak boleh menggunakan nama snediri untuk membuat dakwaan bagi pihak syarikat.Di dalam kes Foss lwn Harbottle (1843) 2 HARE 461, 2 orang pemegang saham diVictoria Park Company telah mengambil tindakan undang2 terhadap pengarah syarikatdan beberapa orang yang lain. Mereka mendakwa bahawa set/ harta syarikat tersebuttelah disalahgunakan. Isu yang timbul ialah samada 2 orang pemegang saham itu layakuntuk membuat dakwaan bagi pihak syrikat?Mahkamah telah memutuskan bahawa penyalahgunaan harta tersebut adalah merupakan1 kerugian kepada syarikat, bukannya kepada ahli2 syarikat tersebur. Ahli syarikat dansyarikat mempunyai entity yang berbeza. Justeru itu, mereka tidak layak untuk membuatdakwaan tersebut. Sepatutunya syarikat itu sendiri yang mendakwa pihak2 yang terlibat.
  • 3. D. Jangka hayat adalah kekalsesebuah syarikat itu tidak akan mengalami pembubaran akibat dari kematian salahseorang atau kesemua ahli2nya. Syarikat akan sampai ke pengakhiran hayatnya apabilasyarikat tersebut m’alami penggulungan ataupun pendaftar syarikat memberikan perintahpenggulungan.Di dalam kes Re Noel Tedman Holding Pty Ltd. (1967) Qdr 561, syarikat hanyamempunyai 2 orang ahli yang merupakan suami isteri. Kedua2 mereka ini merupakanpengarah syarikat tetapi malangnya mereka telah meniggal dunia akibat kemalangan.Anak tunggal mereka terselamat di dalam kemalangan itu. Masalah timbul kerana artikelmemerlukan kebenaran dari pengarah sebelum syer boleh dipindahmilik menurut wasiatsi mati. Kebiasaanya, masalah ini akan selesai dengan perlantikan pengarah baru tetapi didalam kes ini, pengarah baru tidak boleh dilantik kerana tiada ahli yang akan mengundi.Mahkamah telah membenarkan wakil peribadi kepada kedua-dua si mati untuk melantikpengarah baru bagi membolehkan pengarah tersebut memberikan keizinan untukmemindahkan saham kepada waris mereka. E. Tanggungan/liability ahli-ahli syarikat adalah terhadTanggungan/ liability ahli2 syarikat terhadap hutang syarikat adalah ditanggung olehsyarikat itu sendiriDi dalam kes Re Application by Yee Yut Ee (1978) 2 MLJ 142, Yee adalah seorangsetiausaha bagi Trans Market Research Pte. Ltd. Syarikat ini adalah anak syarikat bagisebuah perbadanan Amerika Syarikat ini telah memberhentikan pekerja2nya dan kes initelah dirujuk ke mahkamah industri. Semasa penghakiman dilaksanakan, tiada wakil darisyarikat yang hadir dan penghakiman yang diberikan memihak kepada pekerja2. Yeekemudiannya telah dilantik menjadi wakil kepada syarikat TMR. Mahkamah industritelah memutuskan bahawa Yee adalah bertanggungan secara peribadi terhadap hutang2syarikatAdakah Yee bertanggungan secara peribadi terhadap hutang syarikat?Mahkamah tinggi memutuskan bahawa Yee adalah tidak bertanggungan secara peribaditerhadap hutang syarikat TMR kerana syarikat dengan ahli2 adalah mempunyi entityyang berasingan
  • 4. 3.1 Prinsip Pengenepian Tirai PerbadananPrinsip pengenepian tirai perbadanan adalah merupakan pengecualian kepada ciri2istimewa sesebuah syarikat iaitu mempunyai keperibadian yang tersendiri / berasingandaripada ahli2 syarikat tersebutPrinsip ini memberi maksud bahawa mahkamah di dalam membuat sebarang keputusanberhubung dengan keperibadian berasingan sesebuah syarikat akan melihat pihak atauindividu yang memainkan peranan utama di belakang tirai perbadananTujuannya adalah untuk membolehkan pihak atau individu yang memainkan perananpenting itu (kontroler) bertanggungjawab terhadap segala tindakan syarikatPrinsip pengenepian tirai perbadanan ini boleh dibahagikan kepada 2 pengecualian iaitu : a. Pengecualian statutory (berkanun) b. Pengecualian kehakiman a. Pengecualian statutory 1. syarikat tidak boleh menjalankan perniagaannya sekiranya keahlian syarikat adalah kurang daripada 2 orang ahli. Kenyataan ini merujuk kepada Sek 36 Akta Syarikat. Oleh itu, syarikat yang mempunyai keahlian kurang daripada 2 orang ahli akan menyebabkan ahli yang seorang itu bertanggungan secara peribadi terhadap tindakan/perbuatan syarikat. Tanggungan ini hanyalah terhad kepada hutang2 yang dibuat selepas 6 bulan pertama bilamana keahlian syarikat iu hanya tinggal seorang 2. Sek 121 (2) Akta Syarikat menyatakan bahawa pegawai bagi sesebuah syarikat akan bertanggungan peribadi sekiranya beliau menandatangani/ mengeluarkan sebarang surat cara boleh niaga, surat janji hutang/ pesanan/ pengesahan keatasnya di mana nama syarikat tidak dicatat 3. merujuk kepada Sek 303 (3) & 304(2) Akta Syarikat, seseorang pegawai yang berhutang bagi pihak syarikat beliau semasa melaksanakan tindakan itu berkepercayaan bahawa syarikat itu tidak mempunyai kemampuan untuk menyelesaikn hutang2 itu 4. sesebuah syarikat yang menjalankan perniagaan yang bertujuan untuk melakukan perbuatan menipu/frod, membolehkan mahkamah mengisytiharkan sesiapa yang merupakan salah seorang pegawai yang menjalankan aktiviti itu bagi pihak syarikat, akan bertanggungan secara peribadi. Kenyataan ini merujuk kepada Sek 304 (1) Akta Syarikat 5. merujuk kepada Sek 365 (2) (b) Akta Syarikat pula menyatakan dividen hanya boleh dibayar kepada pemegang2 saham syarikat apabila syarikat tersebut memperolehi keuntungan. Maka pengarah yang mengisytiharkan dividen bagi syarikat yang tidak mendapat keuntungan, akan bertanggungan sendiri ke atas amaun dividen yang diisytiharkannya itu
  • 5. 6. Sek 67 (3) Akta Syarikat memperuntukkan, seseorang pegawai yang melanggar larangan terhadap syarikat daripada memberi bantuan kewangan kepada pihak lain untuk membeli sahamnya sendiri, akan bertanggunagn secara peribadi terhadap pembuatannya. 7. Sek 140 (1) Akta Cukai Pendapatan membenarkan Ketua Pengarah Lembaga Hasil untuk tidak mengambil kira transaksi2 yang mempunyai kesan pengelakan cukai. Di dalam hal ini, prinsip pengenepian tirai perbadanan akan terpakai b. Pengecualian Kehakiman Tujuan pengecualian kehakiman terhadap prinsip keperibadian korporat yang berasingan adalah untuk melihat individu/ pihak yang memainkan peranan di belakang tabir perbadanan Lord Halsbury di dalam kes Salomon teah menutarakan kaedah berikut : - ‘ whether it is within the legislative intent of the Companies Act that the company should be treated as a person separate from its members and controllers in the situation under consideration. If the legislative intention doesn’t necessitate the separation of the company and us members, they may be treated as one’ 1. Syarikat hanya sebagai satu alat untuk melakukan penipuan atau mengabaikan tanggungjawabKadang-kala, sebuah syarikat itu diperbadankan untuk sesuatu tujuan yang bertentangandengan undang2/ ianya dijadikan alat untuk melakukan penipuan. Seseorang individumenggunakan syarikat untuk melarikan diri daripada melaksanakan tanggungjawab yangdiperuntukan oleh undang2. sekiranya perkara ini berlaku, mahkamah boleh mengambiltindakan secara peribadi kepada individu tersebut.Di dalam kes Gilford Motor Company lwn Horne (1933) CH. 935, Horne adalahmerupakan bekas pengarah urusan bagi syarikat plaintif. Beliau telah menandatanganiperjanjian ‘restain of trade’ dengan syarikat plaintif untuk tidak menarik pelanggan2syarikat apabila beliau tidak lagi berkhidmat dengan syarikat tersebutWalau bagaimanapun, apabila beliau meninggalkan syarikat plaintif, beliau telahmenubuhkan sebuah syarikat JM Home & Co. Ltd. dan melantik isterinya dan seorangyang lain sebagai pengarah2nya. Mereka telah menggunakan syarikat tersebut untukmenarik pelanggan syarikat plaintifAdalah syarikat plaintif boleh mengambil tindakan mahkamah terhadap Horne secaraperibadi?Mahkamah Rayuan di England telah memberikan injunksi terhadap Horne dan syarikatbeliau kerana beliau telah memungkiri perjanjian beliau dengan syarikat plaintif.
  • 6. Sementar itu di dalam kes Jones lwn Lipman (1962) A11 ER 442, pada mulanyaLipman telah bersetuju untuk menjual sebuah rumah kepada Jones. Kemudianya Lipmancuba lari dari tanggungjawab terhadap Jones degan menjual dan memindahkan hak milikrumah itu kepada sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk tujuan tersebut. Syarikat inipada hakikatnya dikuasai oleh Lipman sendiri. Mahkamah memutuskan bahawa Lipmandan syarikat yang baru ditubuhkan itu hanyalah merupakan satu alat untuk melarikan diridari tanggungjawabnya. 2. Syarikat bertindak sebagai ejen bagi syarikat yang lainDi dalam kes Aspatra Sdn. Bhd. Lwn Bank Bumiputra Malaysia Bhd. (1988) 1 MIJ97, BBMB dan anak syarikatnya BMF telah mendakwa Lorrain kerana menerimakeuntungan rahsia semasa beliau memegang jawatan pengarah di BBMB dan pengerusiBMF. BBMB dan BMF juga telah membuat permohonan ex parte untuk mendapatkaninjuksi Mareva untuk menghalang Lorrain dari memindahkan aset2nya ke luar negeri.Injuksi ini juga memberi kesan kepada Aspatra perintah Anton Piller juga telahdikeluarkan oleh mahkamah terhadap Aspatra. Aspatra telah membuat bantahan terhadapkedua2 perintah mahkamah ini kerana syarikat berpendapat mahkamah tidak seharusnyaberanggapan bahawa aset2 syarikat adalah merupakan aset2 peribadi Lorrain keranasyarikat dan Lorrain adalah mempunyai entity yang berasinganMahkamah memutuskan bahawa antara Lorrain dan Aspatra mempunyai entity yangsama kerana Lorrain merupakan orang yang memainkan peranan penting di belakangtebir syarikat Aspatra. Oleh itu mahkamah akan mengenepian tirai perbadanan demiuntuk keadilan 3. Syarikat hanya sebagai topeng untuk melindungi fakta sebenarDi dalam kes RE FG (Films) Ltd. (1953) 1 WLR 483, 90% daripada saham syarikatadalag dipegang oleh A, seorang Amerika dan 10% adalah dipegang oleh B, seorangBritish. Syarikat ini tidak mempunyai pejabat yang tetap selain daripada alamat yangdidatarkan. Syarikat juga tidak mempunyai pekerja2. syarikat ini telah mengeluarkansebuah filem yang berjudul ‘MOONSOON’. Melalui perjanjian di antara sayarikatdengan sebuah syarikat Amerika yang dikenali sebagai FGI. FGI membiayaiperbelanjaan di dalam bentuk kewangan dan juga peralatan2 bagi pembuatan file mini.Syarikat telag mendaftarkan filen ‘MOONSOON’ ini sebagai filem keluaran British dibawah Akta Sinematografi Filem 1938-48. Walau bagaimanapun pihak pendaftar telahenggan melaksanakan pendaftaran memandangkan dari segi pegangan saham danindividu yang sebenrnya yang memainkan peranan penting di sebalik syarikat bukanlahorang British sendiriMahkamah telah memutuskan bahawa keputusan Lembaga Pendaftaran Filem adalahbenar
  • 7. 4. Mahkamah menggunakan dasar equiti dan analogiSekiranya mahkamah merasakan ianya adil dan berekuiti untuk mengetahui siapakahyang sebenarnya yang mempunyai kepentingan disebalik tabir perbadanan, mahkamahbolehlah mengenepikan tabir tersebut. Keadaan ini dapat dilihat apabila mahkamah inginmemberikan perintah penggantungan pelaksanaan ( stay of execution). Di dalam keadaanini, mahkamah akan mengenepian tabir perbadanan dan pandangan mahkamah tidak akandikaburi oleh topeng2 persyarikatan yang ditubuhkan untuk tujuan yang menyalahiundang2Kes yang boleh dirujuk ialah Orri lwn Moundreas (1981) Com LR 168 5. Kumpulan syarikat-syarikatSyarikat induk dan anak syarikat adalah mempunyai entity yang berasingan di antara satusama lain. Di dalam keadaan2 yang dinyatakan terdahulu daripada ini, mahkamah akanmenganggap bahawa syarikat induk dan anak syarikat adalah mepunyai entity yang samaDi dalam kes DHN Food Distributors Ltd lwn Tower Hamlets London BoroughCouncil (1976) 1 WLR 852, terdapat tiga syarikat yang menjalankan perniagaan.Perniagaan itu dipunyai oleh DHN sendiri tetapt tempat di mana perniagaan itudijalankan dipunyai oleh anak syarikat iaitu Bronze Investment Ltd. Sementara itu,kenderaan yang digunakan dipunyai oleh DHN Food Transport Ltd. yang jugamerupakan anak syarikatnya. Tidak berapa lama kemudian, tanah di mana tempatperniagaan itu dijalankan, telah diambil oleh Tower Hamlet London Borough Councilatas alas an bahawa DHN dan anak syarikatnya mempunyai 2 entiti yang berbeza, makaDHN tidak mempunyai kepentingan dalam hal ini.Mahkamah Rayuan menolak pendapat ini dan menganggap syarikat2 ini sebagai satu. Inibermakna pihak DHN berhak untuk memohon gantirugiSementara itu, di dalam kes Hotel Jaya Puri Bhd lwn National Union of Hotel, Barand Restaurant Workers (1980) 1 MLJ 109, restoran yang diperbadankan pada tahun1974 adalah merupakan anak syarikat kepada Hotel Jaya Puri Bhd. Restoran ini telahditutup pada tahun 1976 dan pekerja2nya telah diberhentikan. Pekerja2 itu meminta gantirugi daripada Hotel Jaya Puri Bhd. Mahkamah Buruh telah memerintahkan pihak hotelsupaya membayar ganti rugi kepada pekerja2 yang telah diberhentikan itu. Hotel jayaPuri Bhd membuat rayuan ke Mahkamah TinggiMahkamah Tinggi memutuskan, walaupun hotel dan restoran itu secara amnya adalahdua entity yang berbeza tetapi hakikatnya, kedua-dua syarikat itu adalah dua syarikatyang beroperasi sebagai satu. Maka, Hotel Jaya Puri Bhd. diarahkan untuk membayarganti rugi tesebut
  • 8. Di dalam menentukan samada kumpulan syarikat itu mempunyai entity yang samaataupun tidak, kebiasaannya mahkamah akan melihat kepada persamaan dari segikeempunyaan dan jga persamaan dari segi kawalan. Sekiranya perkara ini tidak wujud.Kedua2 syarikat ini tidak boleh dianggap sebagai mempunyai entity yang sama.