2. Aliah (2019)
2
Jawapan:
Bagi meringkaskan fakta kes ini, SWSB mempunyai kontrak pra-
pemerbadanan bersama Jack, Bill dan Jeff. Kontrak pra-pemerbadanan
bersama Jackialahservis pendaftaran bagi syarikat; bagi Bill adalahkontrak
untuk melantik Bill sebagai pengarah urusan syarikat; dan Jeff iaitu
pembelian rumah dengan harga pembelian.
Oleh itu, isunya adalah samada SWSB terikat dengan kontrak pra-
pemerbadanan?
Kontrak pra-pemerbadanan ialah kontrak yang dimasuki oleh syarikat
sebelum syarikat itu diperbadankan. S 35 Akta Syarikat 1965 menyatakan
bahawa kontrak pra-pemerbadanan boleh disahkan oleh syarikat selepas
penubuhan. Syarikat akan bertanggungan serta berhak mendapat apa-apa
faedah daripada kontrak pada tarikh kontrak itu dibuat.
S 35 (2) Akta Syarikat 1965 pula menegaskan bahawa sebelum pengesahan
dibuat oleh syarikat, sesiapa yang bertindak atas nama syarikat atau pihak
syarikat akan bertanggungan secara peribadi kecuali adanya persetujuan
nyata sebaliknya.
Dalam kes Cosmic Insurance Corporation Ltd v Khoo Chiang Poh,
responden telah menuntut kemungkiran kontrak untuk melantiknya sebagai
pengarah. Kontrak tersebut telah dibuat sebelum perbadanan syarikat. Telah
diputuskan bahawa kontrak tersebut adalah mengikat. L. Roskill
menyatakan tiga perkara yang perlu dibuktikan sebelum s 35(1) boleh
digunakan iaitu:
1. Kontrak mestilah dibuat bagi pihak syarikat oleh mana-mana orang
sebelum penubuhannya,
2. Setelah syarat (1) dipenuhi, kontrak boleh disahkan oleh syarikat itu.
3. Setelah syarat (2) dipenuhi, barulah tarikh penguatkuasaan tersebut
dikebelakangkan pada tarikh kontrak itu dibuat.
Oleh itu, SWSB boleh membuat pengesahan kontrak pra-pemerbadanan
yang dimasuki oleh orang bagi pihaknya. Setelah pengesahan telah dibuat
melalui s 35, maka SWSB akan terikat untuk melaksanakan kontrak
3. Aliah (2019)
3
tersebut. SWSB hendaklah menunggu sijil perbadanannya terlebih dahulu
kerana sijil perbadanan mengikut s 361 adalah bukti pendaftaran yang
kukuh. Kepentingan sijil perbadanan ini adalah untuk menghalang soal
siasat pendaftaran, mengukuhkan kewujudan syarikata sebagai entiti
undang-undang berasingan. Saya juga menasihati SWSB untuk tidak
melanggar tanggungjawabnya kerana pihak ketiga iaitu Jack dan Bill boleh
menyamannya.
Untuk menyimpulkan nasihat ini, saya menasihati SWSB untuk menunggu
sijil perbadanan, dan setalah mendapatkan sijil, mengesahkan kontrak pra-
pemerbadanannya dan melaksanakan tanggungjawabnya iaitu; membayar
Jack bagi perbelanjaan dan caj lain bagi pendaftaran syarikat; untuk
menguatkuasakan kontrak untuk melantik Bill sebagai pengarah urusan
syarikat; dan untuk membayar RM1,000,000 bagi harga pembelian rumah
daripada Jeff.