SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis
hasil karya    Muhammad Isa al-Jambuli yang bertajuk Cerpen Seekor Manusia
Seorang Manusia Seorang Binatang, iaitu :


1)     Sinopsis
2)     Tema
3)     Persoalan
4)     Watak Dan Perwatakan
         i. Zaniyah
        ii. Zaney
        iii. Ibu Monyet
        iv. Ibu Zaniyah
        v. Ayah Zaniyah
5)     Latar
         i. Latar Masa
        ii. Latar Tempat
        iii. Latar Masyarakat
6)     Gaya Bahasa
7)     Nilai
         i. Nilai Pengajaran
        ii. Nilai Kemanusiaan




                                                                                1
CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG MANUSIA SEORANG BINATANG
                             (Muhammad Isa al-Jambuli)


SINOPSIS
       Cerpen ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zaniyah yang terlanjur
dalam hubungan dengan kekasihnya. Ibarat habis madu sepah dibuang, maka Zaniyah
yang sedang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya, Zaney, sesudah dia mendapatkan
apa yang dimahukannya daripada Zaniyah. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir
hutan Lembah Darah Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut.
Namun, apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa
menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf, lantas kembali mendapatkan semula
anak yang telah ditinggalkannya itu.




TEMA
       Cerpen ini bertemakan tentang keinsafan seorang wanita bernama Zaniyah atas
kesalahan dan keterlanjuran diri hasil daripada hubungan luar nikah dan terjebak dalam
kancah maksiat. Kerana keterlanjurannya bersama lelaki yang tidak bertanggungjawab
Zaniyah telah hamil dan melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Dara Terbelah.
Walaubagaimanapun Zaniyah telah meninggalkan bayinya di pinggir hutan tersebut.
Namun, Tuhan memberi petunjuk kepada Zaniyah dengan memberikannya peluang
melihat kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya.
Setelah melihat kejadian ini, Zaniyah menjadi insaf dan lantas mendapatkan semula anak
yang ditinggalkannya itu.




                                                                                    2
PERSOALAN
1. Pembuangan Bayi.
Contohnya, Zaniyah telah bertindak meninggalkan bayi yang telah dilahirkannya di
pinggir sungai Lembah Dara Terbelah kerana tidak mahu menanggung malu melahirkan
anak luar nikah.


2. Hubungan Tanpa Ikatan Perkahwinan.
Contohnya, Zaniyah pernah mempunyai hubungan dengan suami orang. Setelah
meninggalkan lelaki tersebut, Zaniyah kemudian menjalinkan hubungan dengan Zaney
menyebabkan dia telah hamil anak luar nikah.


3. Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Muda Mudi (Budaya Hedonisme).
Contohnya, Zaniyah telah menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney dan seterusnya
menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan
rakan-rakan bohjan.


4. Ketidaksetiaan Dan Kecurangan Dalam Perhubungan.
Contohnya, Ibu Zaniyah walaupun sudah bersuami tetapi telah bertindak curang dengan
sanggup melarikan diri bersama pemuda lain hanya kerana rupa, harta, kuasa dan
kedudukan.


5. Kasih Sayang.
Contohnya, ibu monyet bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang hampir
dimakan oleh buaya.
6. Sikap Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab.
Contohnya, Zaney telah menghilangkan diri setelah Zaniyah hamil.




                                                                                       3
WATAK DAN PERWATAKAN
1. Zaniyah
      Watak utama dalam cerpen ini.
      Berasal dari kampung dan telah menetap di kota.
      Merupakan anak perempuan kepada lelaki yang menjadi tali barut semasa zaman
pendudukan Jepun.
      Pernah hamil anak luar nikah kerana hubungan dengan kekasihnya.
      Membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai .
      kuat semangat,berani,tabah,contohnya melahirkan anaknya seorang diri di dalam
sebuah hutan.
      Bertindak mengikut perasaan. Contohnya, Zanyiah telah pergi ke hutan Lembah
dara untuk melahirkan bayinya dan seterusnya telah bertindak untuk meninggalkan bayi
tersebut. (halaman 50).
      Pernah menjadi mangsa buaya darat dan pasangan belangkas darat kepada Zaney.
(halaman 51).
      Cepat menerima pujukan. Contohnya, Zaniyah dengan mudah menerima kata-kata
pujukan Zaney untuk meninggalkan lelaki yang dikatakan sudah berbini dan seterusnya
menjadi pasangan kekasih kepada Zaney.( halaman 51).
      Menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney. Contohnya, Zaniyah menceburi
alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-
rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney. (halaman 52).
      Insaf akan kesalahan diri. Contohnya, Zaniyah telah mendapatkan semula bayinya
yang telah ditinggalkan di pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah setelah melihat
kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa menyelamatkan anaknya yang hampir
dimakan buaya.




                                                                                   4
2. Zaney
      Pandai memujuk. Contohnya, Zaney menggunakan kata-kata manisnya untuk
mendapatkan Zaniyah.
      Kekasih Zaniyah.
      Telah terlanjur dengan zaniyah
Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Zaney tidak bertanggungjawab
atas keterlanjuran hubungannya dengan Zaniyah dan telah bertindak melarikan diri dan
meninggalkan Zaniyah yang sedang hamil hasil hubungan mereka.


3. Ibu Monyet
      Berperasaan seperti manusia.
      Sanggup berkorban nyawa demi anaknya.


4. Ibu Zaniyah
      Mempunyai dahi yang licin. (halaman 54)
      Seorang isteri yang curang atau tidak setia. Contohnya, walaupun masih bersuami
tetapi dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan telah lari bersama lelaki
tersebut ke Selatan Thailand. (halaman 54)


5. Ayah Zaniyah
      Merupakan seorang tali barut tenteraJepun semasa zaman pendudukan Jepun.
(halaman 54).
      Seorang kacak dan gagah semasa zaman mudanya. (halaman 54).
      Menggunakan kedudukan, harta dan kuasa untuk memenuhi tuntutan nafsu.
Contohnya, kuasa, harta dan kedudukan yang ada pada ayah Zaniyah semasa zaman
pendudukan Jepun menyebabkan dia telah berjaya merampas isteri orang dan bertindak
melarikannya ke Selatan Thailand.




                                                                                       5
LATAR
i) Latar Masa
- Awal pagi
Berlaku pada waktu awal pagi ketika zaniyah melahirkan anaknya.


ii) Latar Tempat
•      Pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah (bawah pokok menggading besar).
•      Tempat Zaniyah melahirkan bayi, seterusnya meninggalkan bayi tersebut.
       (halaman 50).
•      Di kota
•      Dipinggir sungai hutan lembah dara
•
iii) Latar Masyarakat
      Masyarakat Yang Kejam.
Contohnya: Zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya demi
menjaga maruahnya kerana tidak mahu dimalukan mengandungkan anak luar nikah.
      Masyarakat Kota Yang Lair.
Contohnya: Zaniyah mempunyai hubungan dengan suami orang sebelum menjadi
kekasih kepada Zaney dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan teman-teman bohsia
dan rakan-rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney.
      Masyarakat Yang Tidak Bertanggungjawab.
Contohnya: Zaney seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan
Zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya.
      Masyarakat Yang Mementingkan Harta, Kuasa Dan Kedudukan.
Contohnya:
i) Ibu Zaniyah seorang yang mementingkan harta, kuasa dan kedudukan kerana sanggup
meninggalkan suaminya untuk mengikuti lelaki lain yang lebih berkedudukan.
ii) Ayah Zaniyah yang sanggup menjadi tali barut jepun demi harta.



                                                                                6
         Masyarakat Binatang Yang Penyayang.
Contohnya: Ibu monyet yang sangat menyayangi anaknya sanggup bergadai nyawa untuk
menyelamatkan anaknya yang hampir dibaham buaya.
         Masyarakat Kota
Contoh: Zaniyah merupakan gadis yang berhijrah dari kampung hidup mencari rezeki
dikota.
         Masyarakat Yang Jahil Tentang Agama
         Contoh:   Zaniyah   seorang   gadis   yang   jahil   tentang   agama    dengan
membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan
bohjan malah pernah terlanjur dengan kekasihnya hingga melahirkan anak luar nikah.



TEKNIK PENCERITAAN
1. Pemerian
i) Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok
menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir
kota. Barulah rasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. (halaman 50).
ii) Matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi
aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu.            (halaman 53).


2. Imbas kembali/flashback
i)    Pengarang menceritakan peristiwa Zaney memujuk Zaniyah supaya meninggalkan
kekasih Zaniyah yang dikatakannya sudah beristeri dan mempunyai anak. (halaman 51)
ii)   Pengarang menceritakan semula peristiwa pernikahan ayah dan ibu Zaniyah yang
berlaku pada zaman pendudukan Jepun. Peristiwa berkisar mengenai ibu Zaniyah yang
pada mulanya sudah bersuami tetapi bertindak curang dan telah mengikuti lelaki lain
kerana harta, kuasa dan kedudukan. (halaman 54).
iii) Zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya


3. Teknik Dialog




                                                                                       7
Contoh: ”percayalah , zan.Dia tu dah punya bini,dah punya anak pun.Aku kesiankan
kau.Sebagai seorang kawan,aku berkewajipan mengingatkan kau.’Zaney mempamerkan
wajah                               simpatinya.(halaman                            51).


GAYA BAHASA


1. Pemilihan diksi
- Memang begitulah, waktu tidak menjadi perhitungan dan masa berlalu di luar kesedaran
apabila diri dihanyutkan oleh arus lautan qhaflah, dilambung gelombang dalalah.


2. Hiperbola
- Jantung hatinya kencang berdengup dijentik debaran cemas dan takut yang berterusan.
(halaman 50)


3. Personifikasi
- Para unggas melafazkan zikir masing-masing, mensyukuri kemunculan sang suria.
(halaman 52)
- Air yang keruh itu mengalir lesu. (halaman 52)


4. Sinkof
- Dia tu dah punya bini. (halaman 51)
        tu – itu
        dah - sudah


5. Paradoks
- Keruh air di hulu, keruhlah air di hilir. (halaman 53)


6. Repitisi anafora
- Terus ke kuala. Terus ke samudera luas yang bergelombang ganas. (halaman 54)




                                                                                        8
NILAI DAN PENGAJARAN


NILAI
1. Nilai Kasih Sayang
Contoh:    Ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup
menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya.


2. Nilai Keinsafan
Contoh: Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah
menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.
Akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya.


3. Nilai Pengorbanan
Contoh: Ibu monyet sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada
dibaham buaya.


4. Nilai Ketabahan dan Keberanian
Contoh: Zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat getir melahirkan
anak seorang diri di hutan walaupun risikonya tinggi.




PENGAJARAN


1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita.
Contohnya:
i) Zaney seharusnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang telah menyebabkan
Zaniyah hamil anak luar nikah mereka.



                                                                                 9
ii) Zaniyah sepatutya menyedari tenggungjawabnya menjaga dan menyayangi anaknya
bukannya berniat untuk membuagnya.


2. Kita seharusnya menyayangi anak.
Contohnya:
i) Zaniyah seharusnya menyayangi anak yang telah dilahirkan dan bukan membuangnya.
ii) Contohilah sikap ibu monyet yang sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet
sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya


3. Kita hendaklah bertindak rasional dalam setiap tindakan.
Contohnya:
ii) Zaniyah seharusnya bertindak rasional dengan memikirkan kesan buruk tindakannya
membuang bayi.
ii) Zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak
dengan hubungan terlarang dan mengandung sepatutnya berfikir terlebih dahulu akibat
tindakannya itu.


4. Kita seharusnya bersyukur dengan anugerah Tuhan.
Contoh: Zaniyah seharusnya memelihara anak yang dilahirkannya dan tidak
membuangnya kerana anak tersebut tidak berdosa dan ia merupakan anugerah Tuhan
yang sangat berharga.


5. . Insaf Dan Sedar Setelah Terlanjur Melakukan Dosa Atau Kesalahan
Contoh: zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah
menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan
anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya.


6. Kita hendaklah mempunyai sikap sanggup berkorban.
Contohnya: Ibu monyet sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada
dimakan buaya.



                                                                                      10
7. Jagalah Maruah Diri Apabila Merantau Jauh Atau Berjauhan Dengan Ibu Dan Bapa.
Contoh:    Zaniyah gadis kampung berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah
mencemarkan nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga
melahirkan anak luar nikah.




                                                                                   11

More Related Content

What's hot

Analisis novel novel negri 5 menara
Analisis novel novel negri 5 menaraAnalisis novel novel negri 5 menara
Analisis novel novel negri 5 menaraBelajar Sabar
 
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)Muhammad Abdurrohman
 
Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4Veshal Rock
 
Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12Wibowo Kusuma
 
Contoh Resensi Buku Fiksi
Contoh Resensi Buku FiksiContoh Resensi Buku Fiksi
Contoh Resensi Buku FiksiVika Mubarokah
 
Pudarnya Pesona Cleopatra
Pudarnya Pesona CleopatraPudarnya Pesona Cleopatra
Pudarnya Pesona CleopatraRobby Angryawan
 

What's hot (11)

Website
WebsiteWebsite
Website
 
Penglipur lara
Penglipur lara Penglipur lara
Penglipur lara
 
Analisis novel novel negri 5 menara
Analisis novel novel negri 5 menaraAnalisis novel novel negri 5 menara
Analisis novel novel negri 5 menara
 
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
 
Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4Israk (B.M.) form 4
Israk (B.M.) form 4
 
Resensi Novel
Resensi Novel Resensi Novel
Resensi Novel
 
Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12Bu Kek Siansu Jilid 12
Bu Kek Siansu Jilid 12
 
Cerita hutan
Cerita hutanCerita hutan
Cerita hutan
 
Contoh Resensi Buku Fiksi
Contoh Resensi Buku FiksiContoh Resensi Buku Fiksi
Contoh Resensi Buku Fiksi
 
Pudarnya Pesona Cleopatra
Pudarnya Pesona CleopatraPudarnya Pesona Cleopatra
Pudarnya Pesona Cleopatra
 
Cerita hutan
Cerita hutanCerita hutan
Cerita hutan
 

Viewers also liked

Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013
Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013
Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013Paralegal Rainmakers
 
Presentación intercambio
Presentación intercambioPresentación intercambio
Presentación intercambioiconcepcion
 
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Anil Dhami
 
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and SoundsQualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and SoundsBrian Izenson
 
Concept Presentation on “Connecting To Bottom”
Concept Presentation on “Connecting To Bottom”Concept Presentation on “Connecting To Bottom”
Concept Presentation on “Connecting To Bottom”Rajesh Kumar
 
Carol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamondsCarol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamondselena_procopio
 
Colombia Científica - Octubre 10 de 2016
Colombia Científica - Octubre 10 de 2016 Colombia Científica - Octubre 10 de 2016
Colombia Científica - Octubre 10 de 2016 SALONVIRTUAL
 
Igcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for public
Igcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for publicIgcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for public
Igcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for publicKuan-Ting Chen
 
Presentación intercambio
Presentación intercambioPresentación intercambio
Presentación intercambioiconcepcion
 
Hiragana3 revisi 3
Hiragana3 revisi 3Hiragana3 revisi 3
Hiragana3 revisi 3Bobi Tea
 
診療ガイドラインで間違いやすい点
診療ガイドラインで間違いやすい点診療ガイドラインで間違いやすい点
診療ガイドラインで間違いやすい点Hidemichi Yuasa
 
Propostes ambit A
Propostes ambit APropostes ambit A
Propostes ambit Axiprersampa
 
Caboodle Ranch - The Truth and Pain
Caboodle Ranch - The Truth and PainCaboodle Ranch - The Truth and Pain
Caboodle Ranch - The Truth and PainCaboodle Ranch
 
Aremenia georgiapresentation draft (1)
Aremenia georgiapresentation draft (1)Aremenia georgiapresentation draft (1)
Aremenia georgiapresentation draft (1)Tom Buckley
 
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...Peter Goodyear
 
Community Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture WebinarCommunity Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture WebinarChris Michael
 

Viewers also liked (20)

Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013
Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013
Paralegal Rainmakers Digest Jan 2013
 
Presentación intercambio
Presentación intercambioPresentación intercambio
Presentación intercambio
 
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
 
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and SoundsQualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
Qualtrics Insight Summit: Dialsmith Sights and Sounds
 
Concept Presentation on “Connecting To Bottom”
Concept Presentation on “Connecting To Bottom”Concept Presentation on “Connecting To Bottom”
Concept Presentation on “Connecting To Bottom”
 
Carol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamondsCarol vernallis analysis:marina and the diamonds
Carol vernallis analysis:marina and the diamonds
 
Colombia Científica - Octubre 10 de 2016
Colombia Científica - Octubre 10 de 2016 Colombia Científica - Octubre 10 de 2016
Colombia Científica - Octubre 10 de 2016
 
Igcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for public
Igcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for publicIgcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for public
Igcs教育雲端教學服務平台介紹與展示 final v4_for public
 
Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)
Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)
Introduction to the Asian & Pacific Islander American Scholarship Fund (APIASF)
 
Presentación intercambio
Presentación intercambioPresentación intercambio
Presentación intercambio
 
Hiragana3 revisi 3
Hiragana3 revisi 3Hiragana3 revisi 3
Hiragana3 revisi 3
 
診療ガイドラインで間違いやすい点
診療ガイドラインで間違いやすい点診療ガイドラインで間違いやすい点
診療ガイドラインで間違いやすい点
 
Simple Self-Care Practices
Simple Self-Care PracticesSimple Self-Care Practices
Simple Self-Care Practices
 
Propostes ambit A
Propostes ambit APropostes ambit A
Propostes ambit A
 
Caboodle Ranch - The Truth and Pain
Caboodle Ranch - The Truth and PainCaboodle Ranch - The Truth and Pain
Caboodle Ranch - The Truth and Pain
 
Dheeraj Bhatt CV
Dheeraj Bhatt CVDheeraj Bhatt CV
Dheeraj Bhatt CV
 
Aremenia georgiapresentation draft (1)
Aremenia georgiapresentation draft (1)Aremenia georgiapresentation draft (1)
Aremenia georgiapresentation draft (1)
 
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
Design for networked learning: framing relations between participants’ activi...
 
Community Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture WebinarCommunity Supported Agriculture Webinar
Community Supported Agriculture Webinar
 
EL SER HUMANO SOCIAL
EL SER HUMANO SOCIALEL SER HUMANO SOCIAL
EL SER HUMANO SOCIAL
 

More from Momee Rain

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014Momee Rain
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiMomee Rain
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinMomee Rain
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungMomee Rain
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenMomee Rain
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaMomee Rain
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYAMomee Rain
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHMomee Rain
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16Momee Rain
 

More from Momee Rain (15)

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
 
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang DatinKajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Puisi adalah
Puisi adalahPuisi adalah
Puisi adalah
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan Multimedia
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYA
 
Bahasa Kita
Bahasa KitaBahasa Kita
Bahasa Kita
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
 

Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang

  • 1. Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis hasil karya Muhammad Isa al-Jambuli yang bertajuk Cerpen Seekor Manusia Seorang Manusia Seorang Binatang, iaitu : 1) Sinopsis 2) Tema 3) Persoalan 4) Watak Dan Perwatakan i. Zaniyah ii. Zaney iii. Ibu Monyet iv. Ibu Zaniyah v. Ayah Zaniyah 5) Latar i. Latar Masa ii. Latar Tempat iii. Latar Masyarakat 6) Gaya Bahasa 7) Nilai i. Nilai Pengajaran ii. Nilai Kemanusiaan 1
  • 2. CERPEN SEEKOR MANUSIA SEORANG MANUSIA SEORANG BINATANG (Muhammad Isa al-Jambuli) SINOPSIS Cerpen ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Zaniyah yang terlanjur dalam hubungan dengan kekasihnya. Ibarat habis madu sepah dibuang, maka Zaniyah yang sedang hamil telah ditinggalkan oleh kekasihnya, Zaney, sesudah dia mendapatkan apa yang dimahukannya daripada Zaniyah. Zaniyah yang melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Darah Terbelah telah meninggalkan bayinya di pinggir sungai tersebut. Namun, apabila dia kemudiannya melihat seekor ibu monyet bergadai nyawa menyelamatkan anaknya, Zaniyah menjadi insaf, lantas kembali mendapatkan semula anak yang telah ditinggalkannya itu. TEMA Cerpen ini bertemakan tentang keinsafan seorang wanita bernama Zaniyah atas kesalahan dan keterlanjuran diri hasil daripada hubungan luar nikah dan terjebak dalam kancah maksiat. Kerana keterlanjurannya bersama lelaki yang tidak bertanggungjawab Zaniyah telah hamil dan melahirkan anak di pinggir hutan Lembah Dara Terbelah. Walaubagaimanapun Zaniyah telah meninggalkan bayinya di pinggir hutan tersebut. Namun, Tuhan memberi petunjuk kepada Zaniyah dengan memberikannya peluang melihat kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya. Setelah melihat kejadian ini, Zaniyah menjadi insaf dan lantas mendapatkan semula anak yang ditinggalkannya itu. 2
  • 3. PERSOALAN 1. Pembuangan Bayi. Contohnya, Zaniyah telah bertindak meninggalkan bayi yang telah dilahirkannya di pinggir sungai Lembah Dara Terbelah kerana tidak mahu menanggung malu melahirkan anak luar nikah. 2. Hubungan Tanpa Ikatan Perkahwinan. Contohnya, Zaniyah pernah mempunyai hubungan dengan suami orang. Setelah meninggalkan lelaki tersebut, Zaniyah kemudian menjalinkan hubungan dengan Zaney menyebabkan dia telah hamil anak luar nikah. 3. Pergaulan Bebas Dalam Kalangan Muda Mudi (Budaya Hedonisme). Contohnya, Zaniyah telah menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney dan seterusnya menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan. 4. Ketidaksetiaan Dan Kecurangan Dalam Perhubungan. Contohnya, Ibu Zaniyah walaupun sudah bersuami tetapi telah bertindak curang dengan sanggup melarikan diri bersama pemuda lain hanya kerana rupa, harta, kuasa dan kedudukan. 5. Kasih Sayang. Contohnya, ibu monyet bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang hampir dimakan oleh buaya. 6. Sikap Manusia Yang Tidak Bertanggungjawab. Contohnya, Zaney telah menghilangkan diri setelah Zaniyah hamil. 3
  • 4. WATAK DAN PERWATAKAN 1. Zaniyah  Watak utama dalam cerpen ini.  Berasal dari kampung dan telah menetap di kota.  Merupakan anak perempuan kepada lelaki yang menjadi tali barut semasa zaman pendudukan Jepun.  Pernah hamil anak luar nikah kerana hubungan dengan kekasihnya.  Membuang anaknya sebaik sahaja dilahirkan di pinggir sungai .  kuat semangat,berani,tabah,contohnya melahirkan anaknya seorang diri di dalam sebuah hutan.  Bertindak mengikut perasaan. Contohnya, Zanyiah telah pergi ke hutan Lembah dara untuk melahirkan bayinya dan seterusnya telah bertindak untuk meninggalkan bayi tersebut. (halaman 50).  Pernah menjadi mangsa buaya darat dan pasangan belangkas darat kepada Zaney. (halaman 51).  Cepat menerima pujukan. Contohnya, Zaniyah dengan mudah menerima kata-kata pujukan Zaney untuk meninggalkan lelaki yang dikatakan sudah berbini dan seterusnya menjadi pasangan kekasih kepada Zaney.( halaman 51).  Menjadi liar setelah ditinggalkan oleh Zaney. Contohnya, Zaniyah menceburi alam hedonistik, mengintimkan perhubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan- rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney. (halaman 52).  Insaf akan kesalahan diri. Contohnya, Zaniyah telah mendapatkan semula bayinya yang telah ditinggalkan di pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah setelah melihat kejadian seekor ibu monyet yang bergadai nyawa menyelamatkan anaknya yang hampir dimakan buaya. 4
  • 5. 2. Zaney  Pandai memujuk. Contohnya, Zaney menggunakan kata-kata manisnya untuk mendapatkan Zaniyah.  Kekasih Zaniyah.  Telah terlanjur dengan zaniyah Seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Zaney tidak bertanggungjawab atas keterlanjuran hubungannya dengan Zaniyah dan telah bertindak melarikan diri dan meninggalkan Zaniyah yang sedang hamil hasil hubungan mereka. 3. Ibu Monyet  Berperasaan seperti manusia.  Sanggup berkorban nyawa demi anaknya. 4. Ibu Zaniyah  Mempunyai dahi yang licin. (halaman 54)  Seorang isteri yang curang atau tidak setia. Contohnya, walaupun masih bersuami tetapi dia mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dan telah lari bersama lelaki tersebut ke Selatan Thailand. (halaman 54) 5. Ayah Zaniyah  Merupakan seorang tali barut tenteraJepun semasa zaman pendudukan Jepun. (halaman 54).  Seorang kacak dan gagah semasa zaman mudanya. (halaman 54).  Menggunakan kedudukan, harta dan kuasa untuk memenuhi tuntutan nafsu. Contohnya, kuasa, harta dan kedudukan yang ada pada ayah Zaniyah semasa zaman pendudukan Jepun menyebabkan dia telah berjaya merampas isteri orang dan bertindak melarikannya ke Selatan Thailand. 5
  • 6. LATAR i) Latar Masa - Awal pagi Berlaku pada waktu awal pagi ketika zaniyah melahirkan anaknya. ii) Latar Tempat • Pinggir sungai hutan Lembah Darah Terbelah (bawah pokok menggading besar). • Tempat Zaniyah melahirkan bayi, seterusnya meninggalkan bayi tersebut. (halaman 50). • Di kota • Dipinggir sungai hutan lembah dara • iii) Latar Masyarakat  Masyarakat Yang Kejam. Contohnya: Zaniyah seorang yang kejam kerana sanggup membuang anaknya demi menjaga maruahnya kerana tidak mahu dimalukan mengandungkan anak luar nikah.  Masyarakat Kota Yang Lair. Contohnya: Zaniyah mempunyai hubungan dengan suami orang sebelum menjadi kekasih kepada Zaney dan seterusnya menjalinkan hubungan dengan teman-teman bohsia dan rakan-rakan bohjan setelah ditinggalkan oleh Zaney.  Masyarakat Yang Tidak Bertanggungjawab. Contohnya: Zaney seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan Zaniyah setelah dia mendapat apa yang diingininya.  Masyarakat Yang Mementingkan Harta, Kuasa Dan Kedudukan. Contohnya: i) Ibu Zaniyah seorang yang mementingkan harta, kuasa dan kedudukan kerana sanggup meninggalkan suaminya untuk mengikuti lelaki lain yang lebih berkedudukan. ii) Ayah Zaniyah yang sanggup menjadi tali barut jepun demi harta. 6
  • 7. Masyarakat Binatang Yang Penyayang. Contohnya: Ibu monyet yang sangat menyayangi anaknya sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya yang hampir dibaham buaya.  Masyarakat Kota Contoh: Zaniyah merupakan gadis yang berhijrah dari kampung hidup mencari rezeki dikota.  Masyarakat Yang Jahil Tentang Agama  Contoh: Zaniyah seorang gadis yang jahil tentang agama dengan membelakangkan garis panduan agama dengan terlibat dalam pergaulan bebas bohsia dan bohjan malah pernah terlanjur dengan kekasihnya hingga melahirkan anak luar nikah.  TEKNIK PENCERITAAN 1. Pemerian i) Darah dagingnya itu ditinggalkan di atas batu yang terhampar lebar di bawah pokok menggading besar di pinggir sungai di dalam hutan Lembah Dara Terbelah di pinggir kota. Barulah rasa lega dadanya dan berasa puas hatinya sekarang. (halaman 50). ii) Matanya yang kuyu dan cengkung diwajahnya yang pucat lesi itu masih merenungi aliran air sungai yang menghayutkan sampah sarap dan reba itu. (halaman 53). 2. Imbas kembali/flashback i) Pengarang menceritakan peristiwa Zaney memujuk Zaniyah supaya meninggalkan kekasih Zaniyah yang dikatakannya sudah beristeri dan mempunyai anak. (halaman 51) ii) Pengarang menceritakan semula peristiwa pernikahan ayah dan ibu Zaniyah yang berlaku pada zaman pendudukan Jepun. Peristiwa berkisar mengenai ibu Zaniyah yang pada mulanya sudah bersuami tetapi bertindak curang dan telah mengikuti lelaki lain kerana harta, kuasa dan kedudukan. (halaman 54). iii) Zaniyah terkenang kisah hitam bapa dan ibunya 3. Teknik Dialog 7
  • 8. Contoh: ”percayalah , zan.Dia tu dah punya bini,dah punya anak pun.Aku kesiankan kau.Sebagai seorang kawan,aku berkewajipan mengingatkan kau.’Zaney mempamerkan wajah simpatinya.(halaman 51). GAYA BAHASA 1. Pemilihan diksi - Memang begitulah, waktu tidak menjadi perhitungan dan masa berlalu di luar kesedaran apabila diri dihanyutkan oleh arus lautan qhaflah, dilambung gelombang dalalah. 2. Hiperbola - Jantung hatinya kencang berdengup dijentik debaran cemas dan takut yang berterusan. (halaman 50) 3. Personifikasi - Para unggas melafazkan zikir masing-masing, mensyukuri kemunculan sang suria. (halaman 52) - Air yang keruh itu mengalir lesu. (halaman 52) 4. Sinkof - Dia tu dah punya bini. (halaman 51) tu – itu dah - sudah 5. Paradoks - Keruh air di hulu, keruhlah air di hilir. (halaman 53) 6. Repitisi anafora - Terus ke kuala. Terus ke samudera luas yang bergelombang ganas. (halaman 54) 8
  • 9. NILAI DAN PENGAJARAN NILAI 1. Nilai Kasih Sayang Contoh: Ibu monyet sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya. 2. Nilai Keinsafan Contoh: Zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya. Akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya. 3. Nilai Pengorbanan Contoh: Ibu monyet sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada dibaham buaya. 4. Nilai Ketabahan dan Keberanian Contoh: Zaniyah seorang yang tabah dan berani menghadapi saat-saat getir melahirkan anak seorang diri di hutan walaupun risikonya tinggi. PENGAJARAN 1. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap segala perbuatan dan tindakan kita. Contohnya: i) Zaney seharusnya bertanggungjawab terhadap perbuatannya yang telah menyebabkan Zaniyah hamil anak luar nikah mereka. 9
  • 10. ii) Zaniyah sepatutya menyedari tenggungjawabnya menjaga dan menyayangi anaknya bukannya berniat untuk membuagnya. 2. Kita seharusnya menyayangi anak. Contohnya: i) Zaniyah seharusnya menyayangi anak yang telah dilahirkan dan bukan membuangnya. ii) Contohilah sikap ibu monyet yang sangat menyayangi anaknya,buktinya ibu monyet sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan anaknya dalam bahaya 3. Kita hendaklah bertindak rasional dalam setiap tindakan. Contohnya: ii) Zaniyah seharusnya bertindak rasional dengan memikirkan kesan buruk tindakannya membuang bayi. ii) Zaniyah merupakan gadis liar yang mengamalkan pergaulan bebas sehingga terjebak dengan hubungan terlarang dan mengandung sepatutnya berfikir terlebih dahulu akibat tindakannya itu. 4. Kita seharusnya bersyukur dengan anugerah Tuhan. Contoh: Zaniyah seharusnya memelihara anak yang dilahirkannya dan tidak membuangnya kerana anak tersebut tidak berdosa dan ia merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga. 5. . Insaf Dan Sedar Setelah Terlanjur Melakukan Dosa Atau Kesalahan Contoh: zaniyah insaf dan sedar akan dosanya yang membuang bayinya setelah menyaksikan ibu monyet sanggup menggadaikan nyawa menyelamatkan anaknya.akhirnya zaniyah pergi mengambil kembali anaknya. 6. Kita hendaklah mempunyai sikap sanggup berkorban. Contohnya: Ibu monyet sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan anaknya daripada dimakan buaya. 10
  • 11. 7. Jagalah Maruah Diri Apabila Merantau Jauh Atau Berjauhan Dengan Ibu Dan Bapa. Contoh: Zaniyah gadis kampung berhijrah ke kota mencari rezeki tetapi telah mencemarkan nama baik keluarganya dengan terlibat dalam pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah. 11