SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
analisis novel
                           tingkatan 4

      Ke Arah SPM            1


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:



                             (i)     Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
                             (ii)    PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
                             (iii)   Renyah karya Gunawan Mahmood
                             (iv)    Melunas Rindu karya Hartini Hamzah




(a)   Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
(b)   Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan daripada novel tersebut.




      Ke Arah SPM            2


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:



                             (i)     Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
                             (ii)    PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
                             (iii)   Renyah karya Gunawan Mahmood
                             (iv)    Melunas Rindu karya Hartini Hamzah




(a)   Latar tempat merupakan ruang sesuatu peristiwa itu berlaku serta dapat mencerminkan perwatakan sesuatu
      watak.
      Jelaskan latar tempat dalam novel yang telah anda pelajari.
(b)   Huraikan secara ringkas bahagian peleraian novel yang telah anda kaji.
Ke Arah SPM             3


Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:



                              (i)     Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
                              (ii)    PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof
                              (iii)   Renyah karya Gunawan Mahmood
                              (iv)    Melunas Rindu karya Hartini Hamzah




(a)   Huraikan klimaks novel yang telah anda kaji.
(b)   Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan empat nilai murni yang terkandung dalam novel
      tersebut.




                                           JAWAPAN

      Ke Arah SPM             1


(i)    Novel Azfa Hanani

       (a)   Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

             ➥ Kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain.
                Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar
                sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos
                perubatan penyakit sepupunya Zurina.

             ➥ Kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri.
                Contohnya, Azfa Hanani yang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca
                bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris.

       (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

             ➥ Kehilangan anak tersayang yang menyebabkan penderitaan batin.
                Contohnya, Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku
                Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa.

             ➥ Perhubungan yang terhalang kerana perbezaan darjat.
                Contohnya, perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku
                Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku
                Murni menganggap Ekran berasal dari keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran.
(ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua! )

    (a)   Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

          ➥ Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkan
            zuriat.
             Contohnya, Intan Maliana yang ingin memenuhi impian suaminya Jeffri, membelakangkan risiko
             yang bakal dihadapinya memandangkan dia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa
             melahirkan Intan Julia.

          ➥ Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan untuk melaksanakan
            sesuatu tugas.
             Contohnya, Jeffri telah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menjaga Intan Julia
             dengan sebaik-baiknya semasa isterinya koma dan dia juga telah menjaga isterinya yang koma
             dengan baik walaupun terpaksa meninggalkan beberapa aktiviti yang sering dilakukannya semasa
             isterinya sihat.

    (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

          ➥ Kasih sayang suami kepada isteri.
             Jeffri sangat mengasihi isterinya. Demi kasih sayangnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang sakit
             di rumah.

          ➥ Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.
             Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati
             isterinya supaya pulih seperti sediakala. Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematian
             anak kembarnya.


(iii) Novel Renyah

    (a)   Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

          ➥ Jangan mengamalkan rasuah untuk hidup senang.
             Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang menerima rasuah sebanyak RM300 ribu daripada
             Tengku Munir bagi mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan tender-tendernya. Hasnol
             bernasib malang, apabila Tengku Munir tidak berpuas hati dan melaporkan hal itu kepada Menteri
             Besar yang akhirnya Hasnol ditahan atas kes rasuah.

          ➥ Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan bersungguh-
            sungguh supaya dapat mencapai kejayaan.
             Contohnya, Amera yang menjalankan tugasnya sebagai pendidik dengan penuh dedikasi sehingga
             dipilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri.

    (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

          ➥ Golongan muda yang terlibat dalam kegiatan dakwah secara melulu.
             Contohnya, Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga
             terjebak dalam masalah kehidupan.

          ➥ Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah.
             Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi
             membantu Tengku Munir mendapatkan tendernya.
(iv) Novel Melunas Rindu


       (a)   Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah:

             ➥ Kita mesti taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan.
                Contohnya, Fuad yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika bermusafir. Dia juga rajin
                membaca al-Quran dan solat secara berjemaah.

             ➥ Kita mestilah sentiasa berusaha bagi mencapai sesuatu yang diinginkan.
                Fuad telah berusaha untuk mencari ibu kandungnya melalui keluarga sebelah ibu kandungnya
                sehingga bertemu dengan ibu kandungnya semula.

       (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah:

             ➥ Cinta adik-beradik terjalin akibat tidak mengenali asal usul.
                Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah adiknya sendiri.

             ➥ Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan.
                Fuad menjalankan tugasnya sebagai guru sandaran dengan penuh dedikasi.




      Ke Arah SPM              2


(i)    Novel Azfa Hanani

       (a)   Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:

             ➥ Di Sekolah Menengah Sri Diah : Sekolah lama Hanani yang terletak kira-kira 15 kilometer dari
               rumahnya.

             ➥ Di Sekolah Menengah Taman Sari : Tempat Hanani belajar semasa dia menyamar sebagai Tengku
               Murni.

             ➥ Di Hotel Universe : Tempat Hanani diajar oleh Tengku Mazran cara-cara untuk makan, minum, dan
               bertutur apabila berhadapan dengan Tengku Maziah.

             ➥ Di Institut Lingua Franca : Tempat Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.

             ➥ Di banglo Datin Maziah : Tempat Tengku Maziah dan Datuk Tengku Makmur tinggal bersama-
               sama dengan anak-anaknya dan tempat Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.

       (b) Peleraian novel ini ialah:

             ➥ Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia bahawa
               merekalah yang menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa
               Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada
               Hanani. Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak perlu menyamar
               sebagai Nini lagi.

             ➥ Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan sebanyak RM16 655.00.

             ➥ Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang membonceng motosikal itu cedera
               parah.

             ➥ Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan
               sebuah gerai.

             ➥ Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.
(ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua! )


    (a)   Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:

          ➥ Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu
            rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni.

          ➥ Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru
            Matematik.

          ➥ Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya
            dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma.

          ➥ Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan
            meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah.

          ➥ Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan
            di sinilah jugalah mereka terserempak dua kali dengan papa Julia minum bersama Aisyah.


    (b) Peleraian novel ini ialah:

          ➥ Kematian Mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya papa menangis.




(iii) Novel Renyah


    (a)   Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:

          ➥ Di rumah Datuk Dolhi : Tempat Datuk Dolhi dan isterinya berbincang tentang anak-anak.

          ➥ Di Bukit Serakah : Tempat Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging.

          ➥ Di Wisma Dolhi-Albert Lee Holding : Tempat beroperasinya perniagaan Datuk Dolhi.

          ➥ Di Jepun : Tempat Wahi belajar serta tempat Datuk Dolhi bercuti selama dua minggu.

          ➥ Di Teratai Inn : Tempat Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir berkaitan dengan tender Jambatan
            Kota yang bernilai RM80 juta.

          ➥ Di Kelab Mawar : Tempat Amera bertemu dengan lelaki yang meminatinya, iaitu YB Wahab.

          ➥ Di Lapangan Terbang Narita : Tempat Wahi menjemput ayahnya yang datang dari Malaysia.

          ➥ Di kawasan hutan di Sarawak : Tempat Ilham menghasut orang-orang asli supaya menunjuk
            perasaan terhadap penerokaan hutan dan pembalakan.


    (b) Peleraian novel ini ialah:

          ➥ Wahi pulang dari Jepun dengan isterinya, Yuka seorang warga Jepun.

          ➥ Wahi dilantik sebagai pengarah syarikat menggantikan Datuk Dolhi yang bersara.

          ➥ Datuk Dolhi berehat mencari ketenangan sambil berdoa agar anak-anaknya diberikan hidayah.
(iv) Novel Melunas Rindu


       (a)   Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
             ➥ Di Danau Seberang : Tempat tinggal Pak Ismail, Mak Salamah, dan Fuad
             ➥ Di Sekolah Menengah Seri Setia : Tempat Fuad bertugas sebagai seorang guru sandaran.
             ➥ Di Kuantan Rumah ibu Farhana
             ➥ Di Sungai Ruan : Tempat Fuad dibesarkan oleh bapa saudarnya, Peter Lim.
             ➥ Di Lembah Klau : Tempat asal ibu kandung Fuad.
             ➥ Di Kampung Sedili : Tempat tinggal kakak kepad aibunya, Mariah.
             ➥ Di Restoran Terapung di Taman Syahbandar : Tempat Fuad dan Farhana singgah untuk meraikan
               hari lahir Farhana.
             ➥ Di Pantai Batu Buruk : Tempat Fuad menenangkan jiwanya.
             ➥ Di Hospital Tengku ampuan Afzan : Tempat ibu Farhana, Mariana dirawat kerana penyakit lelah.


       (b) Peleraian novel ini ialah:
             ➥ Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik.
             ➥ Fuad membawa ibu kandungnya serta ibu dan bapa angkatnya ke Makkah.
             ➥ Sewaktu hendak berangkat ke Makkah, Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan.




      Ke Arah SPM               3


(i)    Novel Azfa Hanani

       (a)   Klimaks novel ini ialah:
             Klimaks dalam novel ini bermula pada Hari Sumbangsih diadakan. Pada hari itu, Hanani berpeluang
             bersemuka dengan Ekran dan mendengar penjelasan daripada Ekran tentang hubungannya dengan
             Tengku Murni terputus atas sebab-sebab tertentu. Hanani juga diberitahu tentang dompet Tengku
             Murni yang ada pada Ekran. Melalui diari Tengku Murni, Hanani mendapat tahu bahawa hubungan
             Ekran dan Tengku Murni terputus disebabkan oleh Tengku Muzaffar yang menghalang hubungan
             tersebut demi menjaga nama baik keluarga meraka. Hanani berasa terhina lalu terjadi pertengkaran
             antara mereka. Pertengkaran itu menyebabkan Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran
             Hanani. Akibatnya Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.

       (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

             ➥ Bertanggungjawab
               Contohnya, sikap pak long dan mak long Hanani yang menjaga dan menyekolahkannya walaupun
               mereka sendiri hidup dalam kesempitan.

             ➥ Prihatin
               Contohnya, Tengku Mazran dan isterinya Safinaz yang membantu pak long Hanani dengan
               membiayai kos perubatan Zurina.

             ➥ Merendah diri
               Ekran bersikap merendah diri walaupun keluarganya berada.

             ➥ Berdikari
               Ekran menjual burger.
(ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua! )

    (a)   Klimaks novel ini ialah:
          Klimaks cerita ini bermula semasa Julia mengajak papanya bersembahyang maghrib secara berjemaah.
          Selepas bersembahyang bersama, mereka menjenguk mama di biliknya. Setelah ditegur oleh suaminya,
          mama mula membuka mata dan mula bercakap. Pada masa itu, semua ahli keluarganya ada di sisi.
          Walau bagaimanapun, air muka mama berubah tatkala melihat Aisyah yang berada di sisi suaminya.
          Jeffri yang dalam keadaan serba salah itu akhirnya menjelaskan hal yang sebenar. Intan Maliana berasa
          kecewa dan akhirnya meninggal dunia.

    (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:
          ➥ Bertanggungjawab
             Jefri bertanggungjawab membawa Mak Cik Noraini tinggal bersamanya setelah keluarganya
             meninggal dunia dalam kemalangan.
          ➥ Prihatin
             Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan dari rumah JKM menjadi anak angkatnya.
          ➥ Kasih sayang
             Jefri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa isterinya balik dari hospital untuk
             membolehkannya menjaga isterinya.
          ➥ Berhati mulia
             Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari JKM.



(iii) Novel Renyah

    (a)   Klimaks novel ini ialah:
          Klimaks dalam novel ini bermula pada majlis pernikahan Amera. Di majlis ini, Datuk Dolhi bertemu
          dengan rakannya, Ustaz Wahab dan bercerita tetang Mukhlis. Mereka mencari Mukhlis tetapi gagal
          sehinggalah mendapat berita bahawa Mukhlis menjadi tidak siuman dan cuba menyerang tuk guru
          dan kini merayau-rayau sambil membawa pedang. Sementara itu, Hasnol didesak oleh Tengku Munir
          supaya meluluskan semua tendernya dan gesaan ini menyebabkan Hasnol berasa tertekan kerana dia
          tahu bahawa dia tidak dapat berbuat demikian. Walau bagaimanapun, Hasnol meneruskan percutian
          dengan keluarganya. Tengku Munir yang tidak berpuas hati melaporkan kepada Menteri Besar. Akhirnya
          Hasnol ditahan semasa pulang dari percutian. Dani pula ditahan oleh polis kerana terlibat dalam
          penagihan dadah. Berita penangkapannya disiarkan dalam akhbar yang menyebabkan imej Datuk Dolhi
          terjejas. Ilham dianggap pengkhianat negara kerana memburuk-burukkan negara berkaitan dengan isu
          pembalakan. Semua kejadian yang dialami oleh anak-anak Datuk Dolhi menaikkan kemarahan Albert
          Lee dan mahu merampas tampuk penguasaan dalam syarikat.

    (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:
          ➥ Kasih sayang
             Albert Lee tetap meluangkan amsa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk
             dengan urusan perniagaannya.
          ➥ Patriotik
             Datuk Dolhi yang menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun dia mampu untuk
             menggunakan kereta mewah yang diimport.
          ➥ Ketabahan
             Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya.

          ➥ Kerajinan
             Datuk Dolhi rajin membaca pelbagai bahan bacaan bagi memantapkan ilmu keusahawanannya.
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah


    (a)   Klimaks novel ini ialah:
          Klimaks dalam novel ini bermula apabila berlakunya pertengkaran antara Cikgu Farhana dengan
          Cikgu Zamani. Pertengkaran ini telah mengganggu perasaan Fuad sehingga dia mengambil langkah
          drastik dengan menyusul Farhana ke Kuantan yang pulang kerana melawat ibunya di hospital.
          Sewaktu di hospital, Fuad terbaca nama ibu Farhana yang sama dengan nama ibu kandungnya. Hal
          ini menyebabkan Fuad menyelidiki latar belakang ibu Farhana. Kemusykilannya terjawab apabila
          bapa kandungnya Robert Lim sampai di hospital dan mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu
          kandung Fuad.

    (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah:

          ➥ Dedikasi
             Contohnya, Fuad yang sangat berdedikasi sewaktu menjalankan tugasnya sebagai tenaga pengajar.

          ➥ Bekerjasama
             Contohnya, Fuad dan Farhana sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid-murid
             mereka dalam Bahasa Inggeris.

          ➥ Bertindak secara rasional
             Contohnya, Fuad dan Farhana reda menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik, walaupun
             mereka saling mencintai.

          ➥ Prihatin
             Contohnya, Fuad yang prihatin terhadap kesusahan keluarga Peter Lim dan keluarganya yang
             akhirnya membantu menanggung segala perbelanjaan persekolahan anak-anak Peter Lim.

More Related Content

What's hot

Analisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novelAnalisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novelWarnet Raha
 
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-194901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1inanisrina
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwanTENGKUFARHANA98
 
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)Muhammad Abdurrohman
 
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin LoveiArika
 
Juru Masak & Sulaiman ke Tanjung Cina
Juru Masak & Sulaiman ke Tanjung CinaJuru Masak & Sulaiman ke Tanjung Cina
Juru Masak & Sulaiman ke Tanjung Cinasena 21
 
Fungsi Struktur Teks dan Membedah Cerpen “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”
Fungsi Struktur Teks dan  Membedah Cerpen  “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”Fungsi Struktur Teks dan  Membedah Cerpen  “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”
Fungsi Struktur Teks dan Membedah Cerpen “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”Lisa Tri Setiawati
 
Pelangi di Langit Singosari by SH Mintardja
Pelangi di Langit Singosari by SH MintardjaPelangi di Langit Singosari by SH Mintardja
Pelangi di Langit Singosari by SH MintardjaBudhi Emha
 
Bin 8 bab 6 ulasan karya kita
Bin 8 bab 6 ulasan karya kitaBin 8 bab 6 ulasan karya kita
Bin 8 bab 6 ulasan karya kitaSMPK Stella Maris
 
Panduan Menulis Karangan
Panduan Menulis KaranganPanduan Menulis Karangan
Panduan Menulis KaranganJumaina Aman
 
Analisa novel remaja – novel andai itu takdirnya
Analisa novel remaja – novel andai itu takdirnyaAnalisa novel remaja – novel andai itu takdirnya
Analisa novel remaja – novel andai itu takdirnyaAhmad NazRi
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangMomee Rain
 

What's hot (17)

Analisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novelAnalisis unsur intrinsik novel
Analisis unsur intrinsik novel
 
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-194901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
94901288 ringkasan-laskar-pelangi-1
 
Drama melayu anwar ridhwan
Drama melayu   anwar ridhwanDrama melayu   anwar ridhwan
Drama melayu anwar ridhwan
 
Laskar pelangi
Laskar pelangiLaskar pelangi
Laskar pelangi
 
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
Bahasa Indonesia (Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal Orang Miskin)
 
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina dan Perihal orang Miskin
 
Juru Masak & Sulaiman ke Tanjung Cina
Juru Masak & Sulaiman ke Tanjung CinaJuru Masak & Sulaiman ke Tanjung Cina
Juru Masak & Sulaiman ke Tanjung Cina
 
Fungsi Struktur Teks dan Membedah Cerpen “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”
Fungsi Struktur Teks dan  Membedah Cerpen  “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”Fungsi Struktur Teks dan  Membedah Cerpen  “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”
Fungsi Struktur Teks dan Membedah Cerpen “Sulaiman Pergi ke Tanjung Cina”
 
Novel tebeng
Novel tebengNovel tebeng
Novel tebeng
 
Pelangi di Langit Singosari by SH Mintardja
Pelangi di Langit Singosari by SH MintardjaPelangi di Langit Singosari by SH Mintardja
Pelangi di Langit Singosari by SH Mintardja
 
Bin 8 bab 6 ulasan karya kita
Bin 8 bab 6 ulasan karya kitaBin 8 bab 6 ulasan karya kita
Bin 8 bab 6 ulasan karya kita
 
Panduan Menulis Karangan
Panduan Menulis KaranganPanduan Menulis Karangan
Panduan Menulis Karangan
 
Analisa novel remaja – novel andai itu takdirnya
Analisa novel remaja – novel andai itu takdirnyaAnalisa novel remaja – novel andai itu takdirnya
Analisa novel remaja – novel andai itu takdirnya
 
171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117
 
Modul pkp 3117
Modul pkp 3117Modul pkp 3117
Modul pkp 3117
 
20 Resensi Novel
20 Resensi Novel20 Resensi Novel
20 Resensi Novel
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
 

Viewers also liked

Logo sensación presentación
Logo sensación presentaciónLogo sensación presentación
Logo sensación presentaciónDo! Advertainment
 
Brenden Brown Resume
Brenden Brown ResumeBrenden Brown Resume
Brenden Brown ResumeBrenden Brown
 
Presentazione pedala frara
Presentazione pedala fraraPresentazione pedala frara
Presentazione pedala fraragiulia
 
Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0
Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0
Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0Brenden Brown
 
24 hours technology free assignment brown
24 hours technology free assignment brown24 hours technology free assignment brown
24 hours technology free assignment brownBrenden Brown
 
Livluv 8 last
Livluv 8 lastLivluv 8 last
Livluv 8 lastmattie
 
Oracle Berkeley Db 11g R2
Oracle Berkeley Db 11g R2Oracle Berkeley Db 11g R2
Oracle Berkeley Db 11g R2Prem Kumar
 
한지로과일모형 만들기
한지로과일모형 만들기한지로과일모형 만들기
한지로과일모형 만들기dd
 
Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010
Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010
Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010Avicenna Laser Technology
 
Oracle Embedded
Oracle EmbeddedOracle Embedded
Oracle EmbeddedPrem Kumar
 
Data Privacy in HR Business Process Outsourcing
Data Privacy in HR Business Process OutsourcingData Privacy in HR Business Process Outsourcing
Data Privacy in HR Business Process OutsourcingBrenden Brown
 
TMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology Overview
TMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology OverviewTMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology Overview
TMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology OverviewAvicenna Laser Technology
 
A Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy Online
A Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy OnlineA Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy Online
A Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy OnlineBrenden Brown
 

Viewers also liked (20)

Logo sensación presentación
Logo sensación presentaciónLogo sensación presentación
Logo sensación presentación
 
Brenden Brown Resume
Brenden Brown ResumeBrenden Brown Resume
Brenden Brown Resume
 
Presentazione pedala frara
Presentazione pedala fraraPresentazione pedala frara
Presentazione pedala frara
 
Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0
Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0
Brenden Brown | StrengthsFinder 2.0
 
24 hours technology free assignment brown
24 hours technology free assignment brown24 hours technology free assignment brown
24 hours technology free assignment brown
 
Livluv 8 last
Livluv 8 lastLivluv 8 last
Livluv 8 last
 
Expocision de investigacion
Expocision de  investigacionExpocision de  investigacion
Expocision de investigacion
 
Oracle Berkeley Db 11g R2
Oracle Berkeley Db 11g R2Oracle Berkeley Db 11g R2
Oracle Berkeley Db 11g R2
 
el cenepa
el cenepael cenepa
el cenepa
 
한지로과일모형 만들기
한지로과일모형 만들기한지로과일모형 만들기
한지로과일모형 만들기
 
Software libre
Software libreSoftware libre
Software libre
 
Avicenna AVI HPLL 12 User Manual
Avicenna AVI HPLL 12 User ManualAvicenna AVI HPLL 12 User Manual
Avicenna AVI HPLL 12 User Manual
 
Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010
Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010
Avicenna High Power Laser Therapy European seminars october2010
 
Oracle Embedded
Oracle EmbeddedOracle Embedded
Oracle Embedded
 
Data Privacy in HR Business Process Outsourcing
Data Privacy in HR Business Process OutsourcingData Privacy in HR Business Process Outsourcing
Data Privacy in HR Business Process Outsourcing
 
TMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology Overview
TMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology OverviewTMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology Overview
TMA International — Class IV High Power Lasers — Laser Technology Overview
 
Avicenna Laser Patient Presentation
Avicenna Laser Patient PresentationAvicenna Laser Patient Presentation
Avicenna Laser Patient Presentation
 
Producto integrador
Producto integradorProducto integrador
Producto integrador
 
Producto integrador
Producto integradorProducto integrador
Producto integrador
 
A Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy Online
A Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy OnlineA Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy Online
A Call to Action: Protecting the Right to Consumer Privacy Online
 

Similar to SPMNovelAnalisis

Soalan azfa hanani..new
Soalan azfa hanani..newSoalan azfa hanani..new
Soalan azfa hanani..newYusmi Yusuf
 
Soalan azfa hanani
Soalan azfa hananiSoalan azfa hanani
Soalan azfa hananiYusmi Yusuf
 
Soalan azfa hanani
Soalan azfa hananiSoalan azfa hanani
Soalan azfa hananiYusmi Yusuf
 
Soalan azfa hanani
Soalan azfa hananiSoalan azfa hanani
Soalan azfa hananiYusmi Yusuf
 
Komsas moodle qina
Komsas moodle qinaKomsas moodle qina
Komsas moodle qinaYusmi Yusuf
 
Azfa hanani (repaired)
Azfa hanani (repaired)Azfa hanani (repaired)
Azfa hanani (repaired)liyanafrizz
 
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANIWATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANISHiRa_96
 

Similar to SPMNovelAnalisis (10)

Soalan azfa hanani..new
Soalan azfa hanani..newSoalan azfa hanani..new
Soalan azfa hanani..new
 
Soalan azfa hanani
Soalan azfa hananiSoalan azfa hanani
Soalan azfa hanani
 
Soalan azfa hanani
Soalan azfa hananiSoalan azfa hanani
Soalan azfa hanani
 
Soalan azfa hanani
Soalan azfa hananiSoalan azfa hanani
Soalan azfa hanani
 
Komsas moodle qina
Komsas moodle qinaKomsas moodle qina
Komsas moodle qina
 
Azfa hanani (repaired)
Azfa hanani (repaired)Azfa hanani (repaired)
Azfa hanani (repaired)
 
Azfa hanani 404
Azfa hanani 404Azfa hanani 404
Azfa hanani 404
 
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANIWATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI
WATAK UTAMA NOVEL AZFA HANANI
 
Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr Contoh jawapan kajian novel pmr
Contoh jawapan kajian novel pmr
 
Novel indonesia
Novel indonesiaNovel indonesia
Novel indonesia
 

SPMNovelAnalisis

  • 1. analisis novel tingkatan 4 Ke Arah SPM 1 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mahmood (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (a) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (b) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua persoalan daripada novel tersebut. Ke Arah SPM 2 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mahmood (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (a) Latar tempat merupakan ruang sesuatu peristiwa itu berlaku serta dapat mencerminkan perwatakan sesuatu watak. Jelaskan latar tempat dalam novel yang telah anda pelajari. (b) Huraikan secara ringkas bahagian peleraian novel yang telah anda kaji.
  • 2. Ke Arah SPM 3 Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (ii) PAPA…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mahmood (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (a) Huraikan klimaks novel yang telah anda kaji. (b) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan empat nilai murni yang terkandung dalam novel tersebut. JAWAPAN Ke Arah SPM 1 (i) Novel Azfa Hanani (a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan penyakit sepupunya Zurina. ➥ Kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri. Contohnya, Azfa Hanani yang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris. (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Kehilangan anak tersayang yang menyebabkan penderitaan batin. Contohnya, Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa. ➥ Perhubungan yang terhalang kerana perbezaan darjat. Contohnya, perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku Murni menganggap Ekran berasal dari keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran.
  • 3. (ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua! ) (a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Janganlah membelakangkan aspek kesihatan dalam memenuhi keinginan mahu mendapatkan zuriat. Contohnya, Intan Maliana yang ingin memenuhi impian suaminya Jeffri, membelakangkan risiko yang bakal dihadapinya memandangkan dia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa melahirkan Intan Julia. ➥ Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepercayaan yang diberikan untuk melaksanakan sesuatu tugas. Contohnya, Jeffri telah melaksanakan tanggungjawab sebagai bapa dengan menjaga Intan Julia dengan sebaik-baiknya semasa isterinya koma dan dia juga telah menjaga isterinya yang koma dengan baik walaupun terpaksa meninggalkan beberapa aktiviti yang sering dilakukannya semasa isterinya sihat. (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Kasih sayang suami kepada isteri. Jeffri sangat mengasihi isterinya. Demi kasih sayangnya, Jeffri sanggup menjaga isterinya yang sakit di rumah. ➥ Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya supaya pulih seperti sediakala. Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematian anak kembarnya. (iii) Novel Renyah (a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Jangan mengamalkan rasuah untuk hidup senang. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang menerima rasuah sebanyak RM300 ribu daripada Tengku Munir bagi mempengaruhi jabatan tender agar meluluskan tender-tendernya. Hasnol bernasib malang, apabila Tengku Munir tidak berpuas hati dan melaporkan hal itu kepada Menteri Besar yang akhirnya Hasnol ditahan atas kes rasuah. ➥ Kita hendaklah menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan bersungguh- sungguh supaya dapat mencapai kejayaan. Contohnya, Amera yang menjalankan tugasnya sebagai pendidik dengan penuh dedikasi sehingga dipilih sebagai Tokoh Pendidik Cemerlang Negeri. (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Golongan muda yang terlibat dalam kegiatan dakwah secara melulu. Contohnya, Mukhlis yang menyertai kegiatan dakwah tanpa ilmu yang mencukupi sehingga terjebak dalam masalah kehidupan. ➥ Sikap tamak yang menguasai diri sehingga terlibat dalam rasuah. Contohnya, Hasnol yang kesempitan wang akhirnya menerima tawaran sebanyak RM300 ribu bagi membantu Tengku Munir mendapatkan tendernya.
  • 4. (iv) Novel Melunas Rindu (a) Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Kita mesti taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan. Contohnya, Fuad yang tidak pernah meninggalkan solat walaupun ketika bermusafir. Dia juga rajin membaca al-Quran dan solat secara berjemaah. ➥ Kita mestilah sentiasa berusaha bagi mencapai sesuatu yang diinginkan. Fuad telah berusaha untuk mencari ibu kandungnya melalui keluarga sebelah ibu kandungnya sehingga bertemu dengan ibu kandungnya semula. (b) Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Cinta adik-beradik terjalin akibat tidak mengenali asal usul. Fuad terpaksa menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya ialah adiknya sendiri. ➥ Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan. Fuad menjalankan tugasnya sebagai guru sandaran dengan penuh dedikasi. Ke Arah SPM 2 (i) Novel Azfa Hanani (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Di Sekolah Menengah Sri Diah : Sekolah lama Hanani yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumahnya. ➥ Di Sekolah Menengah Taman Sari : Tempat Hanani belajar semasa dia menyamar sebagai Tengku Murni. ➥ Di Hotel Universe : Tempat Hanani diajar oleh Tengku Mazran cara-cara untuk makan, minum, dan bertutur apabila berhadapan dengan Tengku Maziah. ➥ Di Institut Lingua Franca : Tempat Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. ➥ Di banglo Datin Maziah : Tempat Tengku Maziah dan Datuk Tengku Makmur tinggal bersama- sama dengan anak-anaknya dan tempat Hanani menyamar sebagai Tengku Murni. (b) Peleraian novel ini ialah: ➥ Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia bahawa merekalah yang menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada Hanani. Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak perlu menyamar sebagai Nini lagi. ➥ Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan sebanyak RM16 655.00. ➥ Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang membonceng motosikal itu cedera parah. ➥ Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. ➥ Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.
  • 5. (ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua! ) (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Di rumah Jeffri di Kelana Jaya – Tempat Jeffri dan keluarganya serta Mak Cik Noraini pembantu rumah mereka tinggal dalam suasana yang harmoni. ➥ Di Sekolah Menengah Seri Gading – Tempat Julia belajar dan tempat Intan Maliana menjadi guru Matematik. ➥ Di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia – Tempat Intan Maliana melahirkan anak kembarnya dan dirawat semasa dia dalam keadaan koma. ➥ Di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) – Tempat Julia dan rakan rapatnya Rasylan meneruskan pengajian selepas tamat sekolah menengah. ➥ Di Restoran Starbucks Coffee di Mid Valley – Tempat Julia dan Rasylan kunjungi untuk minum dan di sinilah jugalah mereka terserempak dua kali dengan papa Julia minum bersama Aisyah. (b) Peleraian novel ini ialah: ➥ Kematian Mama amat menyedihkan Julia dan buat pertama kalinya papa menangis. (iii) Novel Renyah (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Di rumah Datuk Dolhi : Tempat Datuk Dolhi dan isterinya berbincang tentang anak-anak. ➥ Di Bukit Serakah : Tempat Datuk Dolhi dan Albert Lee berjoging. ➥ Di Wisma Dolhi-Albert Lee Holding : Tempat beroperasinya perniagaan Datuk Dolhi. ➥ Di Jepun : Tempat Wahi belajar serta tempat Datuk Dolhi bercuti selama dua minggu. ➥ Di Teratai Inn : Tempat Hasnol berjumpa dengan Tengku Munir berkaitan dengan tender Jambatan Kota yang bernilai RM80 juta. ➥ Di Kelab Mawar : Tempat Amera bertemu dengan lelaki yang meminatinya, iaitu YB Wahab. ➥ Di Lapangan Terbang Narita : Tempat Wahi menjemput ayahnya yang datang dari Malaysia. ➥ Di kawasan hutan di Sarawak : Tempat Ilham menghasut orang-orang asli supaya menunjuk perasaan terhadap penerokaan hutan dan pembalakan. (b) Peleraian novel ini ialah: ➥ Wahi pulang dari Jepun dengan isterinya, Yuka seorang warga Jepun. ➥ Wahi dilantik sebagai pengarah syarikat menggantikan Datuk Dolhi yang bersara. ➥ Datuk Dolhi berehat mencari ketenangan sambil berdoa agar anak-anaknya diberikan hidayah.
  • 6. (iv) Novel Melunas Rindu (a) Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Di Danau Seberang : Tempat tinggal Pak Ismail, Mak Salamah, dan Fuad ➥ Di Sekolah Menengah Seri Setia : Tempat Fuad bertugas sebagai seorang guru sandaran. ➥ Di Kuantan Rumah ibu Farhana ➥ Di Sungai Ruan : Tempat Fuad dibesarkan oleh bapa saudarnya, Peter Lim. ➥ Di Lembah Klau : Tempat asal ibu kandung Fuad. ➥ Di Kampung Sedili : Tempat tinggal kakak kepad aibunya, Mariah. ➥ Di Restoran Terapung di Taman Syahbandar : Tempat Fuad dan Farhana singgah untuk meraikan hari lahir Farhana. ➥ Di Pantai Batu Buruk : Tempat Fuad menenangkan jiwanya. ➥ Di Hospital Tengku ampuan Afzan : Tempat ibu Farhana, Mariana dirawat kerana penyakit lelah. (b) Peleraian novel ini ialah: ➥ Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik. ➥ Fuad membawa ibu kandungnya serta ibu dan bapa angkatnya ke Makkah. ➥ Sewaktu hendak berangkat ke Makkah, Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan. Ke Arah SPM 3 (i) Novel Azfa Hanani (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks dalam novel ini bermula pada Hari Sumbangsih diadakan. Pada hari itu, Hanani berpeluang bersemuka dengan Ekran dan mendengar penjelasan daripada Ekran tentang hubungannya dengan Tengku Murni terputus atas sebab-sebab tertentu. Hanani juga diberitahu tentang dompet Tengku Murni yang ada pada Ekran. Melalui diari Tengku Murni, Hanani mendapat tahu bahawa hubungan Ekran dan Tengku Murni terputus disebabkan oleh Tengku Muzaffar yang menghalang hubungan tersebut demi menjaga nama baik keluarga meraka. Hanani berasa terhina lalu terjadi pertengkaran antara mereka. Pertengkaran itu menyebabkan Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran Hanani. Akibatnya Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah. (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Bertanggungjawab Contohnya, sikap pak long dan mak long Hanani yang menjaga dan menyekolahkannya walaupun mereka sendiri hidup dalam kesempitan. ➥ Prihatin Contohnya, Tengku Mazran dan isterinya Safinaz yang membantu pak long Hanani dengan membiayai kos perubatan Zurina. ➥ Merendah diri Ekran bersikap merendah diri walaupun keluarganya berada. ➥ Berdikari Ekran menjual burger.
  • 7. (ii) Novel PAPA…(akhirnya kau tewas jua! ) (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks cerita ini bermula semasa Julia mengajak papanya bersembahyang maghrib secara berjemaah. Selepas bersembahyang bersama, mereka menjenguk mama di biliknya. Setelah ditegur oleh suaminya, mama mula membuka mata dan mula bercakap. Pada masa itu, semua ahli keluarganya ada di sisi. Walau bagaimanapun, air muka mama berubah tatkala melihat Aisyah yang berada di sisi suaminya. Jeffri yang dalam keadaan serba salah itu akhirnya menjelaskan hal yang sebenar. Intan Maliana berasa kecewa dan akhirnya meninggal dunia. (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Bertanggungjawab Jefri bertanggungjawab membawa Mak Cik Noraini tinggal bersamanya setelah keluarganya meninggal dunia dalam kemalangan. ➥ Prihatin Datuk Mustakim sanggup mengambil Rasylan dari rumah JKM menjadi anak angkatnya. ➥ Kasih sayang Jefri sangat mengasihi keluarganya. Dia sanggup membawa isterinya balik dari hospital untuk membolehkannya menjaga isterinya. ➥ Berhati mulia Julia tidak membenci Rasylan walaupun dia tahu bahawa Rasylan berasal dari JKM. (iii) Novel Renyah (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks dalam novel ini bermula pada majlis pernikahan Amera. Di majlis ini, Datuk Dolhi bertemu dengan rakannya, Ustaz Wahab dan bercerita tetang Mukhlis. Mereka mencari Mukhlis tetapi gagal sehinggalah mendapat berita bahawa Mukhlis menjadi tidak siuman dan cuba menyerang tuk guru dan kini merayau-rayau sambil membawa pedang. Sementara itu, Hasnol didesak oleh Tengku Munir supaya meluluskan semua tendernya dan gesaan ini menyebabkan Hasnol berasa tertekan kerana dia tahu bahawa dia tidak dapat berbuat demikian. Walau bagaimanapun, Hasnol meneruskan percutian dengan keluarganya. Tengku Munir yang tidak berpuas hati melaporkan kepada Menteri Besar. Akhirnya Hasnol ditahan semasa pulang dari percutian. Dani pula ditahan oleh polis kerana terlibat dalam penagihan dadah. Berita penangkapannya disiarkan dalam akhbar yang menyebabkan imej Datuk Dolhi terjejas. Ilham dianggap pengkhianat negara kerana memburuk-burukkan negara berkaitan dengan isu pembalakan. Semua kejadian yang dialami oleh anak-anak Datuk Dolhi menaikkan kemarahan Albert Lee dan mahu merampas tampuk penguasaan dalam syarikat. (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Kasih sayang Albert Lee tetap meluangkan amsa bersama-sama dengan isteri dan anak-anaknya walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya. ➥ Patriotik Datuk Dolhi yang menggunakan kereta buatan Malaysia walaupun dia mampu untuk menggunakan kereta mewah yang diimport. ➥ Ketabahan Datuk Dolhi tetap tabah menghadapi pelbagai musibah angkara perbuatan anak-anaknya. ➥ Kerajinan Datuk Dolhi rajin membaca pelbagai bahan bacaan bagi memantapkan ilmu keusahawanannya.
  • 8. (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (a) Klimaks novel ini ialah: Klimaks dalam novel ini bermula apabila berlakunya pertengkaran antara Cikgu Farhana dengan Cikgu Zamani. Pertengkaran ini telah mengganggu perasaan Fuad sehingga dia mengambil langkah drastik dengan menyusul Farhana ke Kuantan yang pulang kerana melawat ibunya di hospital. Sewaktu di hospital, Fuad terbaca nama ibu Farhana yang sama dengan nama ibu kandungnya. Hal ini menyebabkan Fuad menyelidiki latar belakang ibu Farhana. Kemusykilannya terjawab apabila bapa kandungnya Robert Lim sampai di hospital dan mengesahkan bahawa ibu Farhana itu ialah ibu kandung Fuad. (b) Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah: ➥ Dedikasi Contohnya, Fuad yang sangat berdedikasi sewaktu menjalankan tugasnya sebagai tenaga pengajar. ➥ Bekerjasama Contohnya, Fuad dan Farhana sentiasa bekerjasama dalam meningkatkan pencapaian murid-murid mereka dalam Bahasa Inggeris. ➥ Bertindak secara rasional Contohnya, Fuad dan Farhana reda menerima hakikat bahawa mereka adik-beradik, walaupun mereka saling mencintai. ➥ Prihatin Contohnya, Fuad yang prihatin terhadap kesusahan keluarga Peter Lim dan keluarganya yang akhirnya membantu menanggung segala perbelanjaan persekolahan anak-anak Peter Lim.