Teknologi alam sekitar menggunakan sains untuk melindungi sumber dan alam sekitar serta mengawal kesan aktiviti manusia. Ia berfokus kepada tenaga boleh diperbaharui, bangunan hijau, dan nanoteknologi hijau untuk memastikan pembangunan mampan dari segi sosial, ekonomi dan alam sekitar. Insinerator merupakan kaedah mengurus sisa pepejal melalui pembakaran terkawal untuk men
1. Teknologi Alam Sekitar
Penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan
mengawal kesan negatif aktiviti manusia .
Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud
penyelesaian perlu mengambil kira dari segi aspek sosial , ekonomi , dan alam sekitar .
Teknologi alam sekitar ialah teknologi yang menggunakan segala kaedah, metodologi, teknik dan
bahan yang berasaskan sumber semulajadi, bahan kitar semula yang ‘non toxic’ kepada alam sekitar
dan kehidupan. Teknologi ini juga dikenali sebagai teknologi bersih dan teknologi selamat.
Bidang Tumpuan
->Tenaga : Pembangunan bahan bakar alternatif atau tenaga boleh diperbaharui.
-> Bangunan hijau : Merangkumi semuanya daripada pilihan bahan bangunan kepada lokasi
bangunan. (bangunan yang ‘mesra alam’)
-> Nanoteknologi hijau : Nanoteknologi yang melibatkan manipulasi bahan pada skala atau per bilion
meter. Aplikasi teknologi alam sekitar dalam bidang nanoteknologi.
Peranan Teknologi Alam Sekitar
- Meminimumkan degrasi kualiti persekitaran.
- Mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar.
- Selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat (lebih baik untuk semua hidupan)
- Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
- Menggalakkkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Insinerator
Pendahuluan
- Sisa pepejal : Bahan yang dihasilkan daripada aktiviti manusia dan juga haiwan yang akan
dilupuskan kerana tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan.
- Pengurusan sisa pepejal : Disiplin atau peraturan yang dihubungkaitkan dengan mengawal
pengeluaran, penyimpanan, pengutipan, pemindahan dan pengangkutan, pemprosesan dan
pelupusan sisa-sisa pepejal.
2. Sisa Pepejal
- Domestik atau perbandaran : Kertas, plastik, bekas bahan berbahaya, ‘Bulky Waste’.
- Hospital atau perubatan : Sisa klinik, jarum, ubat tamat tempoh.
- Kawasan pembinaan : Debris, jubin, cat, konkrit.
- Pertanian : Bekas racun perosak dan baja, vegetasi.
- Perindustrian : Sisa pemprosesan, sisa baki bahan mentah.
Kaedah Pengurusan Sisa Pepejal
- Pembakaran : Insinerator, pirolisis.
- Kaedah perawatan kimia.
- Kaedah kitar semula.
- Kaedah pembajaan.
- Kaedah landfill (Tapak kambus tanah) : Open Dumping, Sandwish.
Insinerator
- Teknologi olahan sisa pepeja terkawal yang melibatkan pembakaran bahan atau benda organik
kepada gas dan sisa.
- Jenis bahan buangan yang terlibat : Bahan buangan umum, bahan buangan industri.
- Kaedah yang digunakan untuk mengawal pembakaran sisa.
- Aplikasi haba terkawal dengan pengubahan dari sisa kepada bentuk gas.
- Hasil pembakaran : Karbon dioksida, wap air, debu dan bahan-bahan yang tidak boleh dibakar lagi.
Jenis-jenis insinerator
- Multiple Chamber @ Multiple Heart
- Modular Starved Air
- Open Pit Type
- Conical Type
- Gasification Processes
3. Proses Insinerator
- Penyimpanan sisa pembahagian sisa dan penyaluran sisa ke dalam insinerator.
- Pembakaran.
- Teknik pengurangan suhu gas.
- Teknik mengawal pencemaran udara.
- Proses pengeluaran.
Kebaikan Penggunaan Insinerator
- Penjimatan kos.
- Pengurangan kandungan sisa.
- Penggunaan sisa (salvage)
- Keselamatan.
- Penghasilan tenaga.
- Kestabilan bahan buangan.
Keburukan Penggunaan Insinerator
- Pembebasan bahan-bahan kimia yang beracun : Zarah terampai, gas-gas dan aerosol yang berasid,
karbon monoksida.
- Kos penggunaan kaedah insinerator.
- Masalah operasi.
- Masalah teknikal.
Perbincangan Dalam Islam
Sentuhan dari Al-Quran
Telah timbul berbagai kerosakan di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh
tangan manusia ; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan
bertaubat).
(surah Ar-Rum : 41)
4. Lambang Kepatuhan Amaran Allah
- Kerosakan alam adalah akibat dari perbuatan manusia.
- Derita yang dialami akibat pencemaran alam adalah balasan Allah ke atas jenayah pencemaran.
- Umat Islam sepatutnya mengepalai masyarakat dunia dalam menjuarai perjuangan menjaga alam
sekitar.
Tuntutan Dari Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad Saw bersabda :
“Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam
neraka”.
(riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani)