Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim

1,315 views
1,218 views

Published on

Buku ini akan membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagi membolehkan ia menjadi seorang muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Penggabungan diri dengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukan penggabungan secara zahir sahaja.

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,315
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
29
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Mahasiswa Islam: Erti Seorang Muslim

  1. 1. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM1MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIMOleh:Mohd Kaizan Bin NazlanNurul Atiqah Binti AbdullahTerjemahan dan adabtasi dari kitab asal bertajuk:“Madha Ya’ni Intima’I Lil-Islam”
  2. 2. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM2MukadimahMahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu jugamahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemudaitu kuat tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat keinginnannya begitu jugamahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa. Jelas disini begitu pentingnyagolongan pemuda, golongan mahasiswa."Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kamitambahi mereka dengan hidayah petunjuk" (Surah Al-Kahfi:13)Impian dan cita-cita akan terlaksana dengan wujudnya keyakinan yang kuat, keikhlasan,semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia berkorban dan berusaha untukmerealisasikanya.Buku ini akan membentangkan sifat-sifat penting yang wajib ada pada seseorang bagimembolehkan ia menjadi seorang muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Penggabungan diridengan agama Islam bukanlah secara warisan, bukan secara hobi malah ia juga bukanpenggabungan secara zahir sahaja.Sebenarnya penggabungan yang dimaksudkan ialah penggabungan dengan ajaran Islam itusendiri dengan cara berpegang teguh dengan seluruh ajaran Islam serta menyesuaikan diridengan Islam di segenap bidang kehidupan dengan penuh kerelaan.
  3. 3. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM3Seterusnya kami akan menerangkan secara ringkas sifat-sifat yang wajib dimiliki oleh setiapmuslim untuk memastikan penggabungan dengan agama ini merupakan penggabungan yang sahdan benar.Firman Allah Subhanahu Wataala:Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini,supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamudan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang member keterangan kepada umatmanusia (tentang yang benar dan yang salah). (Surah Al-Hajj 22: Ayat 78).
  4. 4. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM4
  5. 5. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM5Bab 1Mahasiswa Islam itu Mestilah Muslim Di Sudut Akidaherpegang dengan akidah yang benar lagi murni adalah syarat pertama bagi seseorangmengaku dirinya beragama Islam dan menjadikan Islam sebagai cara hidupnya.Pegangan tersebut mestilah selari dengan apa yang terkandung di dalam Kitabullah(Al-Quran) dan sunnah Rasulullah s.a.w. Ia mestilah beriman dengan apa yang telah diimani olehorang-orang Islam terdahulu yang terdiri dari angkatan Salafus-Saleh serta para Imampenyampai agama ini yang telah diakui kebaikan, kebaktian serta ketakwaan mereka. Mereka inimempunyai kefahaman yang mendalam lagi bersih dalam urusan agama. Bagi memastikanmahasiswa Islam itu benar-benar muslim dalam akidah, maka mahasiswa Islam itu mestilahberiman dengan perkara-perkara berikut:1. Mahasiswa Islam itu mestilah beriman bahawa pencipta alam ini adalah Allah, Tuhan yangMaha Bijaksana lagi Berkuasa, Maha Mengetahui serta tidak memerlukan pertolongansesiapapun. Buktinya jelas pada kejadian alam ini yang penuh dengan keindahan, kerapian dankeseimbangan, saling perlu memerlukan di antara juzuk dengan juzuk yang lain. Adalah mustahilsemua kejadian ini akan kekal dan berterusan sekiranya tidak berada di bawah penjagaan Tuhanyang Maha Tinggi lagi Maha Kuasa. Firman Allah s.w.t:Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbirankedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah,Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. (Surah Al-Anbiya 21: Ayat 22)2. Mahasiswa Islam itu mestilah beriman bahawa Tuhan yang Maha Mulia tidaklah menciptasegala kejadian alam secara sia-sia tanpa apa-apa tujuan. Kerana mustahil bagi Allah yangbersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan itu mencipta sesuatu secara sia-sia. Adalah mustahilseseorang itu dapat memahami maksud tujuan Allah menjadikan sesuatu secara terperincimelainkan melalui penjelasan Rasulullah s.a.w dan wahyu dari Allah s.w.t sendiri. Firman Allahs.w.t:B
  6. 6. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM6Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepadaada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidakakan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah YangMenguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yangmempunyai Arasy yang mulia. (Surah Al-Muminun 23: Ayat 115-116)3. Mahasiswa Islam itu mestilah beriman bahawasanya Allah s.w.t telah mengutuskan rasul-rasuldan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenaliAllah dan memahami matlamat kejadian mereka, mengetahui asal-usul mereka dan ke manamereka akan kembali. Mahasiswa Islam itu juga beriman bahawa Rasul terakhir dari kalanganRasulrasul yang mulia itu ialah Nabi Muhammad s.a.w yang Allah kurniakan kepadanya Al-Quran Al-Karim sebagai satu mukjizat yang berkekalan.Firman Allah s.w.t:Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (denganmemerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayat petunjukoIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi,kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakanRasulrasulnya.(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)
  7. 7. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM74. Mahasiswa Islam itu mestilah beriman bahawa matlamat kewujudan insan ialah mengenaliAllah Azzawajalla seperti mana yang Allah s.w.t sendiri menjelaskannya, memberi penuhketaatan kepadaNya dan mengabdikan diri kepadaNya. Firman Allah s.w.t:Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah danberibadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari merekadan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya AllahDialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) YangMempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.(Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58)5. Mahasiswa Islam itu mestilah beriman bahawa ganjaran bagi orang mukmin yang taat kepadaAllah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang kafir lagi derhaka ialah api neraka. Allahmenjelaskan:"....sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka." (Surah Al-Syura 42: Ayat 7)6. Mahasiswa Islam itu mestilah beriman bahawa sekalian manusia melakukan kebaikan dankejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Namun demikian kebaikan yangdilakukan itu tidaklah berlaku, melainkan dengan taufik dan inayah dari Allah. Manakala amalanjahat pula tidaklah merupakan paksaan dari Allah tetapi ianya termasuk dalam batasan keizinandan kehendakNya. Firman Allah s.w.t:
  8. 8. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM8Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuaidengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanyakepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orangyang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amalkebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itususut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).(Surah al- Syams 91: Ayat 7-10)Dan firman Allah s.w.t;Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yangdikerjakannya. (Surah Al-Muddathir 74: Ayat 38).7. Mahasiswa Islam itu juga mestilah beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang ituadalah hak mutlak Allah s.w.t. Tidak harus sama sekali manusia mendahului ataumembelangkanginya. Apa yang dibolehkan ialah ilmuan Muslim atau para ulama berijtihadmengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas Syariat dalam batas-batas yang diizinkan. FirmanAllah s.w.t:Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikut-pengikutmu): Apa jua perkara agama yangkamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yangdemikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dankepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan). (Surah Al-Syura 42: Ayat 10)8. Mahasiswa Islam itu mestilah berusaha mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah yanglayak bagi kemuliaanNya. Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
  9. 9. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM9"Allah s.w.t mempunyai sembilan puluh sembilan nama, kurang satu seratus. Sesiapa yangmenghafaznya akan memasuki syurga. Allah itu ganjil (tunggal) dan menyukai (bilangan) yangganjil."(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)9. Mahasiswa Islam itu mestilah berfikir merenungi kehebatan kejadian-kejadian Allah, bukanmemikirkan tentang ZatNya sebagai mengikuti dan mentaati perintah Rasulullah s.a.w:"Berfikirlah kamu tentang makhluk ciptaan Allah dan janganlah kamu memikirkan tentangZatNya kerana kamu tidaklah mengetahui keadaan sebenarnya."(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam Al-Halyah dan Al- Asbahani meriwayatkannyadi dalam Al-Taghrib wa Al-Tarhib)10. Berhubung dengan sifat-sifat Allah s.w.t terdapat banyak ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karimyang membuktikan kesempurnaan ketuhana(UluhiyyahNya). Kita dapati beberapa ayat Al-Quranmembuktikan kewujudan Allah, sifat baqa (kekal), sifat qadim (sedia ada), sifat Ia berlainandengan segala makhluk, tidak mempunyai anak, tidak ada yang menandingiNya. Kita jugamenemui ayat-ayat yang menunjukkan Tuhan itu wujud dengan sendirinya, Maha Kaya darisegala makhlukNya dan makhluk berhajat berhajat kepada kebesaranNya. Demikian juga kitamenemui ayat-ayat yang menunjukkan keEsaan Allah pada ZatNya, sifat-sifatNya danperbuatanNya, kekuasaanNya, keagunganNya dan keluasan ilmuNya ke atas sesuatu. Kita temuilagi ayat-ayat yang menunjukkan iradah Allah mengatasi segala iradah yang lain dan Allah itubersifat hidup yang penuh dengan kesempurnaan. Selain dari sifat-sifat yang disebut tadi, masihbanyak lagi ayat-ayat yang menerangkan sifat-sifat kesempurnaan lain bagi Allah s.w.t yangtidak tercapai oleh daya pemikiran manusia yang terbatas, tentang hakikat sebenarnya. MahaSuci Allah, kita tidaklah dapat membataskan pujian kita terhadapNya sebagaimana memujidirinya sendiri.11. Mahasiswa Islam itu mesti meyakini bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebihutama untuk diikuti supaya dapat menyelesaikan perbahasan tentang pentawilan danpenthathilan sesetengah ayat suci Al-Quran, yakni membiarkan sebahagian dari sifat-sifat Allah
  10. 10. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM10di dalam Al-Quran dengan menyerahkan hakikat sebenar mengenai maknanya kepada Allahs.w.t. Mahasiswa Islam itu juga mesti meyakini bahawa berbagai bentuk pentawilan sesetengahayat-ayat tertentu oleh golongan khalaf (terkemudian) tidak wajar dijadikan sebab kepadaperselisihan yang berlarutan dan jangan sampai timbul kembali perbalahan di antara golongankhalaf di masa lampau mahupun masa kini.12. Mahasiswa Islam itu juga mesti mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata tidakmenyekutukan dengan yang lain. Ini mahasiswa Islam itu lakukan kerana menyahut seruan Allahdan RasulNya yang menyeru manusia supaya mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-matadan tidak tunduk kepada sesuatu selain Allah. Amaran ini jelas dalam firman Allah s.w.t:Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (denganmemerintahkannya menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut.(Surah Al-Nahl 16: Ayat 36)13. Mahasiswa Islam itu juga mestilah takut hanya kepadaNya dan tidak takut kepada yang lain.Perasaan takut tersebut seharusnya menyebabkan mahasiswa Islam itu menjauhi kemurkaanAllah dan larangan-laranganNya. Allah s.w.t menjelaskan:Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta,menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yangberoleh kemenangan. (Surah Al-nur 24: Ayat 52)Firman Allah s.w.t seterusnya:
  11. 11. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM11Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidakdilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan danpahala yang besar.(Surah Al-Mulk 67: Ayat 12)14. Mahasiswa Islam itu mesti sentiasa mengingati Allah dan berzikir menyebut namaNya untukmenjadikan diam mahasiswa Islam itu itu adalah dalam keadaan berfikir dan apabila bercakapadalah kerana berzikir. Ini paling mujarab untuk jiwa dan senjata paling ampuh untukmenghadapi serangan-serangan zaman ini, pancaroba kehidupan serta asam garamnya. Inilahpenawar yang sangat diperlukan oleh manusia zaman ini. Sungguh benar peringatan Allah yangmenyatakan:(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah".Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Surah Al-Raad 13: Ayat 28)FirmanNya lagi:Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) YangMaha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya),lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. 37- Dan sesungguhnyaSyaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangkabahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (Surah Al-Zukhruf 43: Ayat 36-37).Dr. Briel sendiri mengakui kenyataan ini dengan menegaskan "sesungguhnya orang-orang yangberpegang teguh dengan agama, ia tidak akan dihinggapi penyakit jiwa. Manakala seorang pakar
  12. 12. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM12jiwa Dr. Riel Karienji menyatakan: "Sebenarnya para doktor penyakit jiwa menyedari bahawakeimanan yang kukuh dan pegangan yang teguh terhadap ajaran agama oleh seseorang adalahsatu jaminan untuk menyembuhkan mereka darri penyakit gelisah, tegang perasaan, penyakitsaraf dan lain-lain.15. Mahasiswa Islam itu juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yangmenjadikan hati mahasiswa Islam itu sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya. Kecintaan itujuga mendorong mahasiswa Islam itu menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban danberjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokandunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang mahasiswaIslam itu dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan hartabenda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamucintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, makatunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidakakan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka).(Surah Al- Taubah 9: Ayat 24)Pengorbanan demikian mahasiswa Islam itu lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dankemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:a. Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.
  13. 13. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM13b. Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.c. Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki apineraka.16. Mahasiswa Islam itu mesti bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam setiap keadaan danmenyandarkan setiap urusan kepadanya. Sifat tawakal inilah yang membangkitkan kekuatanzahir dan batin di dalam jiwa dan diri mahasiswa Islam itu yang menyebabkan segala kepayahandapat dihadapi dengan mudah. Sifat ini menepati seruan Allah s.w.t:"....sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untukmenolong dan menyelamatkannya). (Surah Al-Talaq 65: Ayat 3)Lihat betapa indahnya pesanan Rasulullah s.a.w untuk kita, di dalam sebuah hadisnya:"Peliharatitah perintah Allah nescaya ia akan memelihara engkau (sepanjang masa),peliharalah larangan Allah nescaya engkau dapati ia selalu di hadapanmu. Apabila kamumeminta, hendaklah kamu meminta kepada Allah dan apabila kamu engkau memohon hendaklahengkau memohon petolongan dari Allah. Ketahuilah, seandainya umat manusia sepakat untukmemberi sesuatu manfaat untukmu, mereka tidak dapat memberinya melainkan mengikut apayang telah Allah tetapkan untukmu dan sekiranya mereka sepakat untuk menimpakan engkaudengan sesuatu keburukan tidaklah mereka dapat melakukannya melainkan dengaan sesuatuyang Allah Taala telah tentukan ke atas dirimu, kerana telah terangkat pena dan telah keringkertas (telah ditentukan kesemuanya)."(Hadith diriwayatkan oleh At-Tirmizi berkata: Ini hadith Hasan Sahih)17. Mahasiswa Islam itu mestilah mensyukuri nikmat-nikmatnya ke atas diri mahasiswa Islamitu yang merupakan kurniaan dan rahmat yang tidak terhitung jumlahnya. Bersyukur itu adalahsatu dari tanda kemuliaan adab seseorang penerima terhadap pemberi dan pengurnia. Allahmenyatakan:
  14. 14. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM14Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahuisesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akalfikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl 16: Ayat 78)Seterusnya Allah berfirman:Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumiyang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan. 34- Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dankami pancarkan padanya beberapa mata air, 35- Supaya mereka makan dari buah-buahannyadan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?.(Surah Yasin 36: Ayat 33-35)Sebenarnya Allah s.w.t telahpun menambahkan kurnianya kepada orang-orang yang bersyukurdan mengugut akan menambah kerugian terhadap golongan yang ingkar. Firman Allah:Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukurnescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufuringkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. (Surah Ibrahim 14: Ayat 7)
  15. 15. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM1518. Mahasiswa Islam itu mestilah sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah,istighfar itu dapat membersihkan diri dari dosa di samping memperbaharui taubat dan iman.Istighfar juga dapat memberikan kerehatan dan keheningan kepada jiwa.Allah berfirman:Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukanmaksiat) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati Allah MahaPengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Al- Nisa 4: Ayat 110)Firman Allah seterusnya:Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnyatidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskanperbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnyadan akibatnya).(Surah Ali-Imran 3: ayat: 135)19. Akhir sekali mahasiswa Islam itu juga mestilah sentiasa bermuraqabah (merasai berada dibawah pengawasan) dengan Allah s.w.t dalam keadaan terang mahupun tersembunyi keranamengingatkan firman Allah:
  16. 16. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM16Tiada berlaku bisikan antara tiga orang melainkan Dialah yang keempatnya dan tiada (berlakuantara) lima orang melainkan Dialah yang keenamnya dan tiada yang kurang dari bilangan itudan tiada yang lebih ramai, melainkan Dia ada bersama-sama mereka di mana sahaja merekaberada. Kemudian Dia akan memberitahu kepada mereka pada hari kiamat, apa yang merekatelah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Surah Al-Mujadalah 58: ayat: 7)
  17. 17. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM17Bab 2Mahasiswa Islam Mestilah Muslim Di Sudut Ibadahbadah di dalam Islam merupakan kemuncak bagi sifat kepatuhan dan kerendahan kepadaAllah dan ia juga adalah kemuncak betapa ia merasai keagungan Tuhan yang disembah. Iamenjadi anak tangga pertatehan di antara si hamba dengan Tuhannya. Ibadah ini jugamemberi kesan yang mendalam di dalam perhubungan manusia dengan makhluk lainnya. Begitujuga dengan ibadah-ibadah dalam rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sertaamalan-amalan lainnya yang dilaksanakan untuk mendapat keredaan Ilahi dan dalammengamalkan Syariat-Nya adalah termasuk dalam pengertian ibadah. Bertitik tolak daripengertian inilah Islam menetapkan supaya seluruh hidup manusia dipelihara agar menjadiibadah dan taat kepada Allah s.w.t seperti yang dinyatakan oleh Allah:“ dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembahdan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian darimereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. SesungguhnyaAllah Dia lah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja)Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”(adz-Dzar’iyyat:56-58)Firman Allah seterusnya:“ katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untukAllah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (al-An’am:162)I
  18. 18. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM181- Mahasiswa Islam mestilah memastikan ibadah mahasiswa Islam mempunyai hubungandengan Tuhan yang disembah. Inilah apa yang dikatakan martabat "keihsanan dalam ibadah".Rasulullah s.a.w sendiri pernah ditanya (oleh malaikat Jibril) tentang martabat "ihsan" ini, lalubaginda menjawab:"Baha engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya, jika engkau tidak melihatnya(sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau (Hadis Muttafaqun Alaih).2- Mahasiswa Islam mestilah melakukan ibadah dengan penuh khusyuk sehinggamahasiswa Islam dapat merasai kelazatan serta kemanisannya malah mendatangkan kekuatankepada saya untuk berterusan mengerjakannya.Aisyah r.a mengatakan:"Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara dengannya tetapi bilatiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak mengenali kami dan kami pula tidakmengenalinya." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Azdi)Kekhusyukan inilah yang diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w:"Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima hanyalahpenat dan lelah. (Hadis Riwayat Al-Nasai)"Berapa ramai orang yang berpuasa, ia tidak memperolehi apa-apa ganjaran kecualilapar dan dahaga. (An-Nasa’I dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah)3- Mahasiswa Islam mestilah beribadah dalam keadaan hati mahasiswa Islam merasaikehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia dan hiruk pikuknya. Beribadatdalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya:
  19. 19. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM19"Allah s.w.t tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpakehadiran hati berserta gerak badannya." (Hadith ini diriwayatkan juga oleh Abu Mansur Ad-Dailami dlam “Musnad Al-Firdaus” daripada Ubayy Ibn. Ka’ab dan sanadnya da’if.)Berkata ulama:"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya (bererti) kamu telahkeluar dari dunia."Al-Hassan Al-Basri meriwayatkan:"Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia adalah lebih hampir kepadaseksaan."4- Mahasiswa Islam mesti beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidakmerasa cukup dan tidak kenyang. Mahasiswa Islam perlu menghampirkan diri kepada Allahdengan amalan-amalan sunat sebagai menyahut seruan Allah, di dalam sebuah hadis qudsi:"Sesiapa yang memusuhi kekasihku (waliKu), maka Aku mengisytiharkan perang terhadapnya.Tidak ada satu perbuatan mendekatkan diri (taqarrab) kepada Aku oleh hambaKu yang lebihAku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardukan ke atasnya. Hamba Ku akanterus beramal menghampiri diri kepadaKu dengan melakukan amalan-amalan sunat sehinggaAku mencintainya. Apabila Aku sudah mencintainya maka Aku (menjadikan) pendengarannyayang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yangdengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon sesuatudari Aku nescaya Aku berikannya. Dan jika dia memohon perlindungan Aku (dari sesuatu)nescaya Aku akan melindunginya. Aku tidak pernah ragu dari sesuatu yang Aku lakukan sepertiAku ragu (hendak mengambil) nyawa hambaKu yang Mukmin, di mana dia membenci mautsedang Aku tidak menyakitinya." (Hadis oleh Al-Bukhari)5- Mahasiswa Islam mestilah mengambil berat terhadap ibadat qiamullail (sembahyangmalam) serta melatih diri melakukannya sehingga ia menjadi satu kebiasaan. Ini adalah keranaqiamullail itu adalah sumber kekuatan yang memantapkan iman. Sungguh benar firman Allah:
  20. 20. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM20“sebenarnya sembahyang dan Ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetapbetul bacaannya.” (al-Muzammil:6)Allah s.w.t juga menerangkan sifat hamba-hambanya yang mukmin:“mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. danpada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah(memohon ampun).” (adz-Dzar’iyyat:17-18)Firman Allah seterusnya:“mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakansembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan merekaDengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta Dengan perasaan ingin memperolehi lagi(keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa Yang Kami berikepada mereka.” (as-Sajdah:16)Di antara amalan-amalan sunat yang dikerjakan antara lain qiamullail, sembahyang dhuha,sembahyang tarawih, puasa pada hari Isnin dan Khamis, puasa pada Hari Arafah, puasa padaHari Asyura, puasa enam hari dalam bulan Syawal, tiga hari di setiap pertengahan bulan (13,14dan 15) dan beriktikaf di masjid.6- Mahasiswa Islam mestilah meluangkan waktu tertentu untuk membaca Al-Quran dengancara merenungi maksud dan pengajarannya terutama di waktu dhuha kerana Allah berfirman:
  21. 21. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM21“dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan(dirikanlah) sembahyang subuh Sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan(keistimewaannya).” (al-Isra’:78)Mahasiswa Islam mesti membacanya dengan penuh tadabbur, berfikir,merenunginya dengankhusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah s.a.w:"Sesungguhnya Al-Quran diturunkan dalam keadaan dukacita, maka apabila kamu membacanyahendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut." (Diriwayatkan oleh Abu Yala dan AbuNuaim). Demikian juga saya mestilah sentiasa ingat peringatan Allah dalam firmanNya:“sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya Engkau melihat Gunungitu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. dan (ingatlah), misal-misalPerbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.” (al-Hasyr:21)Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidaklah beriman dengan Al-Quran oleh orang yang menghalalkan apa yang diharamkan olehAl-Quran" (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)Sabdanya lagi:"Ibadah yang paling utama bagi umatku ialah membaca Al-Quran".(Diriwayatkan oleh Abu Nuaim di dalam Fadhailul-Quran)Di dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Masud Rasulullah bersabda:"Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan Allah, oleh itu hendaklah kamu menyebutnyasekadar yang terdaya oleh kamu menyebutnya. Sesungguhnya Al-Quran ini adalah tali Allah,
  22. 22. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM22cahaya yang terang benderang dan penawar yang berguna. Penjaga kepada siapa yang berpegangkepadanya, jaminan kejayaan bagi yang mengikutinya. Ia tidak salah yang menyebabkan iatercela, ia tidak bengkok yang menyebabkan ia perlu diperbetulkan, keajaibannya tidak kunjunghabis dan ia tidak menjadi cacat sekalipun banyak (kandungannya) ditolak orang. Bacalah Al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf dari bacaanmu dengan sepuluhkebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat Al-Hakim)Dalam satu wasiat kepada Abu Zar Rasulullah berkata:"Kamu wajib melazimkan dirimu membaca Al-Quran kerana ia adalah cahaya untuk kamu dibumi dan perbendaharaan untuk di langit." (Riwayat Ibnu Hibban)7- Mahasiswa Islam mestilah menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalamsetiap urusan hidup kerana doa adalah otak bagi segala ibadah. Untuk itu mahasiswa Islammestilah memilih doa-doa yang mathur dari Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya benar firman Allahbila Ia mengatakan:"Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu".1. Doa ketika hendak tidur."Dengan nama-Mu wahai Tuhanku, aku baringkan pinggangku dan kerana Engkau akumengangkatnya; jika Engkau tahan jiwaku (Kau ambil jiwaku) ampunilah diriku, jika Engkaulepaskan ruhnya, maka peliharalah diriku sebagaimana Kau pelihara hamba-hambaMu yangsalih. (Hadis riwayat Jamaah).2. Doa ketika bangun dari tidur."Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah kami mati. Dan kepadaNya kamikembali." (Hadis riwayat Bukhari)
  23. 23. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM233. Doa ketika memakai pakaian dan menanggalnya."Ya Allah aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Akuberlindung padaMu dari kejelikan pakaian ini dan kejelikan apa yang ada padanya". (HadisRiwayat Ibnus Sunni)4. Doa ketika keluar dari rumah dan memasukinya."Dengan nama Allah aku bertawakal kepadaNya; tidak ada daya, tidak ada kekuatan kecualikerana Allah". (Sunan Tirmizi)5. Doa ketika berjalan ke Masjid."Ya Allah, jadikanlah dalam hatiku cahaya, dalam pandanganku cahaya, pada pendengarankucahaya, sebelah tangan kananku cahaya dan pada sebelah tangan kiriku cahaya, di atasku cahaya,di bawahku cahaya, di mukaku cahaya dan di belakangku cahaya dan jadikanlah bagiku cahaya."(Hadis riwayat Bukhari)6. Doa ketika memasuki masjid."Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu-pintu rahmatmu".7. Doa ketika keluar dari masjid."Ya Allah, aku memohon kepadamu kurniaanMu". (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud danNasai)8. Doa ketika hendak makan."Ya Allah, berkatilah kami pada apa-apa yang Kamu rezekikan kepada kami dan jauhkanlahkami dari seksa neraka, dengan nama Allah". (Hadis riwayat Ibnu Sunni)9. Doa setelah selesai makan."Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami, memberi minumankepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslim". (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi,Nasaie dan Ibnu Majah)
  24. 24. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM2410. Doa ketika memasuki tandas."Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari khubuth dan khabaith". (Hadis riwayatBukhari dan Muslim).11. Doa ketika keluar tandas."Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku mengecap kelazatannya dan menjauhkan akudari kesakitannya". (Hadis riwayat Ibn Sunni dan Al-Tabarani)12. Doa sebelum bersetubuh."Dengan namaMu, ya Allah jauhkanlah dari kami syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa yangKau kurniakan kepada kami". (Hadis riwayat Bukhari).Jika ditakdirkan bagi mereka memperolehi anak, syaitan tidak akan memudaratkannya selama-lamanya.13. Doa ketika tidak dapat tidur."Ya Allah, sudah terbenam bintang-bintang sudah terkatup banyak mata sedangkan Engkauhidup dan jaga, tidak tidur. Wahai Yang Tegak, Yang Hidup dan Yang Jaga, tenteramkanlahmataku". (Hadith riwayat Ibnus Sunni daripada Zaid Ibn Thabit)14. Wirid selepas sembahyang.“Sesiapa yang bertasbih kepada Allah (membaca Subhanallah) sesudah setiap sembahyang 33kali, membaca tahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan membesarkan Allah (Allahuakbar) 33 kali.(Hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)Dan digenapkan menjadi seratus dengan membaca:"Tidak ada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagiNya, kepunyaanNyasegala kekuatan dan kepunyaanNya segala pujian dan Dia berkuasa atas segala sesuatu". (Hadisriwayat Muslim)
  25. 25. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM2515. Doa ketika selesai majlis."Maha suci Engkau ya Allah dengan segala pujiMu aku bersaksi tidak ada Tuhan kecualiEngkau, aku bermohon ampun kepadamu dan kau bertaubat kepadaMU".(Hadith riwayatMuslim daripada Ibn Umar)16. Doa ketika menaiki kenderaan."Segala puji bagi Allah yang menggerakkan bagi kami kenderaan ini, padahal kami tidaksanggup melakukannya, dan sesungguhnya kami semuanya kembali kepada Tuhan kami".(Hadith riwayat Muslim daripada Ibn Umar)17. Doa ketika bermusafir."Ya Allah kerana Engkau aku berusadan kerana Engkau aku berjalan dan kerana Engkau pulaaku berpergian. Ya Allah, aku bermohon kepadaMu dalam perjalanan ini kebajikan danketakwaan dan berupa amal yang Engkau redai. Ya Allah, ringankanlah bagi kami perjalanankami ini dan dekatkanlah bagi kami yang jauhnya. Ya Allah, Engkaulah sahabat dalamperjalanan dan Wakil di tengah-tengah keluarga. Ya Allah, sesungguhnya aku berlindungkepadaMu dari kepayahan perjalanan, dari kesedihan penglihatan, dari kejelekan saat kembalipada harta, keluarga dan anak-anak". (Ini sambungan daripada hadith dahulu)18. Doa ketika hujan turun."Ya Allah, turunkanlah hujan yang bermanfaat (dua kali atau tiga kali)". (Hadis riwayat IbnuSyaibah dari hadis Aisyah).19. Doa ketika mendengar guruh."Ya Allah, jangan Engkau bunuh kami dengan murkaMu dan jangan Engkau binasakan kamidengan siksaMu dan selamatkan kami sebelum itu". (Hadis riwayat Tirmizi, Al-Hakim dalamAl- Mustadrak, dari hadis Abdullah bin Umar)20. Doa ketika melihat anak bulan."Allah Maha Besar, ya Allah, muncullah bulan ini bagi kami dengan penuh berkat dan iman,keselamatan dan keIslaman, taufik pada apa-apa yang Engkau cintai dan Engkau redai, ya
  26. 26. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM26Tuhanku dan Tuhanmu, Allah". (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Hibban daripada TakhahIbn Ubaidillah dan Tirmizi berkata: Hadith ini Hasan, tetapi bahagian ‘Allahuakbar’ di sebutoleh ad-Darimi sahaja)21. Doa kepada pengantin."Semoga Allah memberkati engkau dan memberkati atas kau dan mengumpulkan kalian berduadalam kebaikan". (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan empat ahli hadis dari Anas dan AbuHurairah).22. Doa ketika melihat kanak-kanak."Aku bermohon perlindungan untukmu dengan kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitandan racun, dan dari setiap mata yang membawa kejelikan". (Hadis riwayat Bukhari dari hadisIbnu Abbas)23. Doa ketika menziarahi orang sakit."Ya Allah, hilangkanlah penyakit ini, wahai yang memelihara manusia. Sembuhkanlah,sesungguhnya Engkaulah yang menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhanyang diberikan olehMu, kesembuhan yang tidak disertai rasa sakit". (Hadith riwayat Bukhari danMuslim daripada ‘Aisyah)24. Doa ketika dukacita"Tidak ada Tuhan yang berhak menyembuhkan melainkan Engkau, sesungguhnya aku termasukdi kalangan orang-orang yang zalim". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Usamah IbnZaid)25. Doa takziah kematian."Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang Ia ambil dan kepunyaanNya apa yang Ia berikan dansegala sesuatu pada sisiNya sampai waktu yang ditentukan. Hendaklah kamu bersabar danmengharapkan ganjaran". (Hadis riwayat Bukhari dari hadis Usamah).
  27. 27. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM2726. Doa dalam sembahyang jenazah."Ya Allah, maafkanlah dia dan berilah rahmat ke atasnya, selamatkanlah dia dan ampunilah dia,muliakanlah tempatnya, luaskan tempat masuknya dan bersihkanlah dia dengan air salju dan airdingin. Sucikanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan pakaian yang putih darikotoran, gantikanlah baginya rumah yang lebih baik daripada rumahnya, keluarganya danpasangan yang lebih baik daripada pasangan yang dimilikinya. Masukkanlah dia ke syurga danlindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka". (Hadith riwayat Muslim daripada ‘Aus IbnMalik)
  28. 28. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM28Bab 3Mahasiswa Islam Mestilah Muslim Dari Sudut Aqidah1. Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat.2. Memelihara pandangan.3. Memelihara lidah.4. Bersifat pemalu.5. Sersifat lemah-lembut.6. Bersifat benar.7. Bersifat tawaduk.8. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.9. Bermurah hati.Kemuliaan akhlak adalah matlamat utama bagi ajaran Islam sebagaimana yang ditegaskan olehRasulullah s.a.w tentang tujuan pengutusan baginda:Yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak".Hal ini dipertegaskan lagi di dalam Al-Quran:“Iaitu mereka (umat Islam) Yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di buminescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuatkebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara Yang mungkar. dan (ingatlah)bagi Allah jualah kesudahan Segala urusan.” (surah al Hajj:41)
  29. 29. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM29Firman Allah lagi:“bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat,tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segalamalaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanyasedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskindan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untukmemerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang sertamengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila merekamembuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, danDalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman danmengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.” (surah alBaqarah:177)Kemuliaan akhlak adalah tanda keimanan seseorang kerana ia adalah hasil dari keimanannya.Adalah tidak dikira beriman seseorang yang tidak berakhlak. Berhubung dengan hal inilahRasulullah s.a.w menyatakan:Bukanlah iman itu hanya dengan cita-cita tetapi iman itu ialah keyakinan yang tertanam di dalamhati dan dibuktikan dengan amalan. (Hadis riwayat Ad- Dailami).
  30. 30. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM30Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak(Husnul Khuluq). Apabila ditanya tentang apa itu kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yangburuk (Suul Khuluq). Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang hamba merupakan amalanyang paling berat dalam timbangan di hari kiamat nanti. Oleh itu sesiapa yang rosak akhlaknyadan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah s.a.w bersabda: Yangbermaksud: Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di harikiamat selain dari akhlak yang baik. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).Di dalam Islam akhlak yang mulia itu lahir sebagai hasil dari berbagai ibadat yang dilakukan.Tanpa hasil ini, tinggallah ibadat-ibadat itu sebagai upacara dan gerak-geri yang tidak memilikiapa-apa nilai dan tidak membawa apa-apa faedah. Berhubung dengan sembahyang contohnya,Allah s.w.t menyebut di dalam Al-Quran:“ bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegahdari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan.”(surah al Ankabut:45)Rasulullah menjelaskan perkara ini dengan sabdanya:Yang bermaksud: Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah (dirinya) dari berbuatkeji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah. (Hadis riwayat Tabrani).Rasulullah s.a.w juga menyebut perkara yang sama bagi faedah ibadat puasa: Yang bermaksud:Apabila seseorang yang berpuasa, janganlah dia melakukan rafath (mengeluarkan kata-kata yangboleh menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan bertengkar. Jika dia dicerca ataudiperangi maka katakanlah: Saya ini sedang berpuasa. (Muttafaqun alaih).
  31. 31. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM31Berhubung dengan ibadat Haji pula Allah berfirman:“ (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh Yangdemikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu,maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak bolehbertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakanadalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya keranaSesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); danbertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir danmemahaminya).” (surah al Baqarah:197)Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Sesiapa yang telah sempurna menunaikan Hajitanpa melakukan rafath (mengeluarkan kata-kata yang boleh menimbulkan rasa berahi, lucahatau bersetubuh) dan melakukan perkara-perkara yang fasiq, (bererti) dia kembali (dalamkeadaan suci bersih) sebagaimana hari dia dilahirkan oleh ibunya. (Muttafaqun Alaih).Sifat-sifat Akhlak Seorang MuslimDi antara ciri-ciri akhlak yang sewajarnya menghiasi diri seseorang insan supaya dia menjadiseorang muslim yang benar adalah akhlak-akhlak yang berikut:1. Bersifat warak dari melakukan perkara-perkara yang syubhat.Seorang muslim mestilah menjauhkan dirinya dari segala perkara yang dilarang oleh Allah danjuga perkara-perkara yang samar-samar di antara halal dan haramnya (syubhat) berdasarkanajaran dari hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Yang bermaksud: Sesungguhnya yang hala itunyata (terang) dan haram itu nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yangkesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka sesiapa yang memelihara(dirinya dari) segala yang kesamaran, sesungguhnya dia memelihara bagi agamanya dan
  32. 32. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM32kehormatannya. Dan sesiapa yang jatuh ke dalam kesamaran, jatuhlah ia ke dalam yang haram,seperti seorang penggembala yang menggembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat(ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan.Ketahuilah bahawa larangan Allah ialah segala yang diharamkannya. Ketahuilah! Bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak,rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. (Diriwayatkan oleh Imam Bukharidan Muslim). Adapun setinggi-tinggi pencapaian darjat wara adalah sebagaimana yangdiriwayatkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda: Yang bermaksud: Seorang hamba(Allah) itu tidaklah termasuk di dalam martabat golongan muttaqin sehinggalah diameninggalkan sesuatu perkara yang tidaklah menjadi kesalahan (jika dilakukan tetapi iameninggalkannya) kerana sikap berhati-hati dari terjerumus ke dalam kesalahan. (Hadith riwayatTirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim dan Tirmizi berkata: Hadith ini Hassan)2. Memelihara Penglihatan:Seseorang muslim itu mestilah memelihara dirinya dari melihat perkara-perkara yangdiharamkan oleh Allah kerana pandangan terhadap sesuatu (yang menarik itu) boleh merangsangsyahwat dan merupakan faktor yang membawanya ke kancah pelanggaran dan maksiat.Berhubung dengan perkara-perkara ini Al-Quran mengingatkan orang-orang mukmin supayamemelihara diri dari penglihatan yang tidak memberi faedah.Allah s.w.t berfirman:“ Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya merekamenyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatanmereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalampengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” (surah an-Nur:30)
  33. 33. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM33Rasulullah s.a.w pula bersabda: Yang bermaksud: Pandangan itu ada satu penahanan daripenahanan iblis. (Hadith riwayat Al-Hakim dan At-Tabrani)Baginda juga mengingatkan: Yang bermaksud: Kamu hendaklah memelihara pandangan kamu,menjaga kehormatan (kemaluan) kamu aAllah akan memburukkan muka kamu. (Hadis riwayatTabrani).3. Memelihara Lidah:Seseorang muslim mestilah memelihara lidahnya dari menuturkan kata-kata yang tidakberfaedah, perbuatan-perbuatan yang buruk dan kotor, percakapan-percakapan kosong,mengumpat keji dan mengadu domba. Imam Nawawi rahimahullah mengatakan: Ketahuilah,seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya dari sebarang percakapan kecualipercakapan yang menghasilkan kebaikan. Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama sahajahasilnya maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri kerana percakapan yangdiharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh. Kejadian demikian telahbanyak berlaku tetapi kebaikan darinya adalah jarang.Sebenarnya banyak dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan keburukan dan bencanalidah ke atas yang empunya diri: Yang bermaksud: Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya. (Hadis Riwayat Tirmizi).Rasulullah s.a.w juga bersabda: Yang bermaksud: Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia sukamenuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji. (Hadis riwayat Tirmizi).Sabdanya lagi: Yang bermaksud: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya,sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, apinerakalah paling layak untuk dirinya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi).4. Bersifat Pemalu:Seseorang muslim mestilah bersifat pemalu dalam setiap keadaan. Namun demikian sifattersebut tidak seharusnya menghalangnya dari memperkatakan kebenaran. Di antara sifat pemaluseseorang ialah ia tidak masuk campur urusan orang lain, memelihara pandangan, merendah diri,
  34. 34. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM34tidak meninggikan suara ketika bercakap, berasa cukup serta memadai sekadar yang ada sertasifat-sifat seumpamanya. Diceritakan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda adalah seorangyang sangat pemalu, lebih pemalu dari anak gadis yang berada di balik tabir.Rasulullah s.a.w bersabda: Yang bermaksud: Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enampuluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Lailaha Illallah (Tidak ada tuhan yangsebenarnya melainkan Allah) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifatmalu ialah satu cabang dari iman. (Hadis riwayat Baihaqi).Berhubung dengan sifat malu ini para ulama mengatakan: Hakikat malu itu ialah sifat yangmenggerakkan seseorang itu meninggalkan kejahatan dan menghalangnya dari mencuaikan hakorang lain.5. Bersifat Lemah-lembut dan Sabar:Di antara sifat-sifat yang paling ketara yang wajib tertanam di dalam diri seseorang Muslim ialahsifat sabar dan lemah-lembut kerana kerja-kerja untuk Islam akan berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, malah jalan dakwah sememangnya penuh dengan kepayahan,penyeksaan, penindasan, tuduhan, ejekan dan persendaan yang memalukan. Semua halangan-halangan ini sering dihadapi oleh para petugas amal Islami, sehingga hemah mereka menjadipudar, gerakan menjadi lumpuh malah mereka mungkin terus berpaling meninggalkan medandakwah.Dari keterangan ini jelaslah tugas dan tanggungjawab seseorang pendakwah adalah satu tugasyang amat sukar. Ia bertanggungjawab menyampaikan dakwah kepada seluruh lapisan manusiayang berbeza kebiasaan, taraf pemikiran dan tabiatnya. Daie akan menyampaikan dakwahnyakepada orang-orang jahil dan orang alim, orang yang berfikiran terbuka dan orang yangemosional (sensitif), orang yang mudah bertolak ansur dan orang yang keras kepala, orang yangtenang dan orang yang mudah tersinggung. Oleh yang demikian dia wajib menyampaikandakwah kepada semua golongan itu sesuai dengan kadar kemampuan penerimaan akal mereka.Ia mestilah berusaha menguasai dan memasuki jiwa mereka seluruhnya. Semua ini sudah pastimemerlukan kekuatan dari kesabaran yang tinggi, ketabahan dan lemah-lembut. Oleh itu kita
  35. 35. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM35dapati banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi menganjurkan dan mengarahkan agarseseorang daie itu itu berakhlak dengan sifat sabar, lemah-lembut dan berhati-hati.A. Arahan-arahan Dari Al-Quran:Di antara arahan-arahan Al-Quran ialah:1. Firman Allah SWT:Dalam pada itu (ingatlah), orang Yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya),Sesungguhnya Yang demikian itu adalah dari perkara-perkara Yang dikehendaki diambil berat(melakukannya). (surah as-Syura:43)2. Firman Allah SWT:oleh itu biarkanlah (golongan kafir Yang mendustakanmu itu Wahai Muhammad) serta layanlahmereka Dengan cara Yang elok. (surah al Hijr:85)3. Firman Allah SWT:Sesungguhnya orang-orang Yang Bersabarlah sahaja Yang akan disempurnakan pahala merekaDengan tidak terkira". (surah az-Zumar:10)4. Firman Allah SWT:
  36. 36. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM36dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu;tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? dan (ingatlah) Allah MahaPengampun lagi Maha Mengasihani. (surah an-Nur:22)5. Firman Allah SWT:dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka,mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini; (surah alFurqan:63)B. Arahan-arahan dari hadis-hadis Nabi ialah:1. Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Sesungguhnya seorang hamba itu akanmencapai darjat orang-orang yang berpuasa serta bersembahyang malam dengan sifat lemah-lembutnya. (Hadith riwayat Tirmizi daripada ‘Aishah dan Abdul Qadir al-Arnaut berkata:Sanadnya sahih).2. Sabda Rasulullah s.a.w: Yang bermaksud: Mahukah aku memberitahu kamu suatuperkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) danmengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah.Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yangmenzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamudan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.(Hadith riwayat At-Tabrani dan Al-Bazzar)3. Rasulullah s.a.w juga bersabda: Yang bermaksud: Apabila Allah s.w.t menghimpunkanmakhluk-Nya di hari Kiamat, penyeru pada hari itu menyeru: "Di manakah orang-orang yangmempunyai keistimewaan". Baginda bersabda: "Lalu bangun segolongan manusia dan bilanganmereka adalah sedikit. Mereka semua bergerak dengan cepat memasuki syurga lalu disambutoleh para malaikat." Kemudian mereka ditanya: "Apakah keistimewaan kamu?" Merekamenjawab: "Apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila dilakukan kejahatan kepada kami,
  37. 37. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM37kami berlemah-lembut". Lalu dikatakan kepada mereka: "Masuklah kamu ke dalam Syurgakerana ia adalah sebaikbaik ganjaran bagi orang-orang yang beramal". (Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam “Shuab al-Iman” dan beliau berkata: “Terdapat kelemahan dalam sanadnya.”)C. Contoh-contoh Praktikal Dari Nabi-nabi:1. Pada hari peperangan Hunain seorang (yang tidak puas hati dengan pembahagianrampasan perang) berkata: "Demi Allah, sesungguhnya ini adalah pembahagian yang tidak adildan tidak bertujuan mendapat keredaan Allah". Setelah diceritakan kepada Rasulullah s.a.w,baginda bersabda: Yang bermaksud: Semoga Allah merahmati Nabi Musa kerana ia disakitilebih dari ini tetapi ia sabar. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas’ud)2. Anas r.a telah berkata:Yang bermaksud: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w telah memasuki sebuah masjid. Ia memakaikain selendang buatan Najran yang kasar buatannya. Tiba-tiba seorang Arab Badwi datang dariarah belakang baginda lalu menarik kain tersebut dari belakang sehingga meninggalkan kesan dileher baginda. Badwi tersebut berkata: "Wahai Muhammad, berikanlah kepada kami harta Allahyang ada di sisimu, lalu Rasulullah s.a.w berpaling kepadanya dengan wajah yang tersenyum danbaginda bersabda: "Perintahkan kepada yang berkenaan supaya berikan kepadanya. (Hadithriwayat Bukhari dan Muslim)3. Abu Hurairah menceritakan:Yang bermaksud: Bahawa seorang Arab Badwi telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: "WahaiMuhammad! Bawalah gandum ke atas dua ekor untaku, kerana kalau engkau buat begitu iabukan harta engkau dan bukan juga harta bapa engkau". Kemudian dia menarik kain selendangRasulullah s.a.w meninggalkan kesan kemerahan di leher baginda. Lalu Rasulullah s.a.wmemerintahka supaya membawa kepada Badwi tersebut seguni gandum dan tamar.
  38. 38. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM384. At-Tabrani menceritakan:Yang bermaksud: Bahawa seorang wanita bercakap lucah (iaitu percakapan yang bolehmembangkitkan berahi) kepada sekumpulan lelaki, lalu dia melintas di hadapan Rasulullah s.a.wketika Nabi sedang memakan roti berkuah di atas tanah. Kemudian wanita tersebut berkata:"Kamu lihatlah kepadanya, dia duduk seperti seorang hamba abdi dan dia makan juga sepertiseorang hamba abdi".5. Abu Hurairah r.a menceritakan:Yang bermaksud: Seorang lelaki berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya saya mempunyaikaum kerabat yang selalu saya hubungi mereka tetapi mereka semua memutuskan hubungandengan saya, saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya, sayaberlemah-lembut dengan mereka tetapi mereka bersikap keras kepada saya". Lalu bagindabersabda: "Jika sekiranya engkau berbuat seperti yang engkau katakan seolah-olah engkaumenjemukan mereka dan engkau tetap akan mendapat pertolongan dari Allah selama engkauberbuat demikian".6. Pada suatu ketika datang seorang Yahudi menuntut hutang daripada Rasulullah s.a.wdengan berkata: "Kamu dari Bani Abd. Manaf adalah bangsa yang suka melambat lambatkanpembayaran hutang". Ketika itu Umar bin Al-Khattab ada bersama dan dia hampir-hampirmemenggal leher Yahudi itu, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: "Wahai Umar!Sepatutnya engkau menyuruhnya meminta kepadaku dengan cara yang baik dan menuntut akujuga membayar dengan baik".7. Diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s bersama para pengikut setianya (Hawariyyun)menjelajah dari satu kampung ke satu kampung yang lain kerana berdakwah. Lalu di dalamdakwahnya itu dia bercakap kepada manusia dengan cara yang baik, sebaliknya merekamembalasnya dengan kata-kata yang buruk, kutukan dan maki-hamun. Para pengikut setia NabiIsa merasa hairan terhadap tindakan itu lalu mereka bertanya tentang rahsia perbuatansedemikian. Baginda berkata: "Setiap orang itu mengeluarkan (membelanjakan) apa yang adapadanya".
  39. 39. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM39Semua peristiwa di atas dan peristiwa lainnya menjadi bukti yang menguatkan lagi tuntutan keatas para pendakwah supaya bersifat lemah-lembut, sabar dan berlapang dada khususnya apabilacabaran-cabaran yang menyakitkan itu datangnya dari kaum kerabat, sahabat handai, orang-orang yang dikasihi, teman-teman rapat dan saudara mara kerana sifat lemah-lembut, sabar danberlapang dada itu akan menghasilkan kasih-sayang, kelembutan hati dan menghapuskanperpecahan serta perbezaan. Cukuplah seseorang pendakwah itu melakukan apa yang diredaioleh Allah.8. Bersifat Benar dan Jujur.Seorang muslim itu mestilah bersifat benar dan tidak berdusta. Berkata benar sekalipun kepadadiri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalahsifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan.Seseorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta bererti dia memiliki pertahanan danbenteng yang dapat menghalang dari was-was syaitan dan lontaran-lontarannya. Berhati-hati danmemelihara diri dari sifat dusta akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan danbenteng yang kukuh menghadapi hasutan dan tipu-daya syaitan. Dengan demikian jiwaseseorang akan sentiasa besih, mulia dan terhindar dari tipu-daya syaitan. Sebaliknya sifat dustameruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi insan. Lantaran itu Islammengharamkan sifat dusta dan menganggap sebagai satu penyakit dari penyakit-penyakit yanglaknat.Rasulullah s.a.w bersabda:Yang bermaksud: Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnyakebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat disisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepadakezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasaberdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta". (Muttafaqun Alaih).
  40. 40. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM409. Bersifat Rendah DiriSeseorang muslim mestilah bersifat tawaduk atau merendah diri khususnya terhadap saudara-saudaranya yang muslim dengan cara tidak membezakan (dalam memberikan layanan) sama adayang miskin mahupun yang kaya. Rasulullah s.a.w sendiri memohon perlindungan kepada Allahagar dijauhkan dari sifat-sifat takbur (membangga diri). Baginda bersabda: Yang bermaksud:“Tidak akan memasuki syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit)sifat takbut.” (Hadis riwayat Muslim).Di dalam Hadis Qudsi pula Allah berfirman:Yang bermaksud: Kemuliaan itu ialah pakaian-Ku dan membesarkan diri itu ialah selendang-Ku.Sesiapa yang cuba merebut salah satu dari kedua-duanya pasti Aku akan menyeksanya". (HadisQudsi riwayat Muslim).10. Menjauhi Sangka Buruk dan Mengumpat:Menjauhi sangka buruk, mengumpat dan mengintai-intai keburukan orang lain. Oleh ituseseorang itu mestilah menjauhi sifat-sifat ini kerana mematuhi firman Allah:“ Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidakmenyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalahdosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; danjanganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu sukamemakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudahtentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) danbertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi MahaMengasihani.” (surah al hujurat:12)
  41. 41. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM41Allah berfirman lagi:“ dan orang-orang Yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki Yang beriman danorang-orang perempuan Yang beriman Dengan perkataan atau perbuatan Yang tidak tepatDengan sesuatu kesalahan Yang dilakukannya, maka Sesungguhnya mereka telah memikulkesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa Yang amat nyata.” (surah al Ahzab:58)Dan Rasulullah s.a.w bersabda:Yang bermaksud: Wahai golongan yang beriman dengan lidahnya sahaja, sedang iman belummemasuki hatinya, janganlah kamu mengumpat orang-orang Islam yang lain dan janganlah kamumengintai-intai keburukan mereka, kerana sesiapa yang mengintai-intai keburukan saudaranya,Allah akan membongkar keburukannya sekalipun dia berada di dalam rumahnya. (Hadis riwayatAbu Daud).11. Bersifat Pemurah.Seorang Muslim mestilah bersifat pemurah, sanggup berkorban dengan jiwa dan harta bendanyapada jalan Allah. Di antara cara yang dapat menyingkap kebakhilan seseorang itu ialah dengancara memintanya membelanjakan wang ringgit kerana berapa banyak dari kalangan mereka yangberkedudukan, bercita-cita tinggi serta berpangkat gugur tercicir dari jalan ini, disebabkan olehsikap rakus terhadap mata benda. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat berpuluh-puluh ayat yangmenjelaskan ciri-ciri keimanan yang dikaitkan dengan sifat pemurah.Di antaranya:“ Iaitu orang-orang Yang mendirikan sembahyang dan Yang mendermakan sebahagian dari apaYang Kami kurniakan kepada mereka.” (surah al Anfal:3)
  42. 42. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM42“ dan apa jua harta Yang halal Yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya danpahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatumelainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua Yang kamu dermakan dari harta Yanghalal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula)tidak dikurangkan.” (surah al Baqarah:272)Orang-orang yang bakhil atau kikir seharusnya mendengar dan mengambil pengajaran daripesanan Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Yang bermaksud: Tidak ada suatu haripun yang dilaluioleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dia Malaikat lalu salah satu darinyaberdoa: "Ya Allah! Berikanlah ganti kepada si hamba yang menafkahkan hartanya". ManakalaMalaikat yang kedua pula berdoa: Ya Allah! Berikanlah kebinasaan kepada si hamba yangbakhil ini". (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)12. Qudwah Hasanah (Suri Teladan Yang Baik)Selain dari sifat-sifat yang dinyatakan di atas, seorang muslim mestilah menjadikan dirinyacontoh ikutan yang baik kepada orang ramai. Segala tingkah-lakunya adalah menjadi gambarankepada prinsip-prinsip Islam serta adab-adabnya seperti dalam hal makan minum, caraberpakaian, pertuturan, dalam suasana aman, dalam perjalanan malah dalam seluruh tingkah lakudan diamnya. (Kitab-kitab yang membicarakan secara khusus mengenai tajuk ini yang dapatdijadikan sebagai renungan oleh para pembaca di antaranya ialah Kitab Riadhus Salihinkarangan Imam Nawawi, Kitab Khuluqul Muslim (Akhlak Seorang Muslim) karanganMuhammad Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin karangan Imam Al- Ghazali dan Hayat As-Sahabahkarangan Al-Kandahlawi).
  43. 43. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM43Bab 4Mahasiswa Islam Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Keluarga Merekaebenarnya apabila seseorang telah menganut agama Islam, seseorang itu wajib menjadiseorang pendukung risalah ini di dalam kehidupan bahkan mahasiswa Islam wajibmenjadikan seluruh kehidupannya mengikuti segala arahan risalah Islam ini. Makaapabila anutan seseorang terhadap Islam mewajibkan seseorang itu menjadi Muslim di dalamsudut kejiwaan, akidah, ibadah dan akhlak maka kewajipan yang sama juga menuntut mahasiswaIslam berusaha menjadikan masyarakat yang mereka hidup di dalamnya sebagai masyarakatmuslim. Adalah tidak memadai dengan seorang muslim itu menjadi muslim seorang diri sahajasedangkan orang-orang di sekelilingnya tidak dihiraukan, kerana di antara kesan-kesan dariseruan Islam dan kemesraannya di dalam jiwa manusia (jika ia telah benar-benar beriman) ialahia merasai tanggungjawabnya terhadap orang lain dengan mengajak dan menasihati merekadengan Islam serta ghairah mengambil berat ke atas mereka sebagai realisasi dari amaranRasulullah:Yang bermaksud: "Barang siapa yang tidur nyenyak dan tidak mengambil peduli urusan umatIslam maka ia bukan dari golongan mereka". (Hadith riwayat al-Baihaqi dalam “Shuab al-Iman”,at-Tabari, Abu Nua’im dalam “Hilyah” dan al-Hakim.)Bertitik tolak dari sinilah menyusulnya satu tanggungjawab ke atas mahasiswa Islam, iaitutanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan tanggungjawab menyampaikan Islam kepadamasyarakat. Langkah pertama dari tanggungjawab ini dan merupakan langkah yang bersifat tabiidalam usaha ini, seseorang muslim mestilah jadikan rumah-tangga mereka sebuah rumah-tanggamuslim. Setiap muslim mestilah menyampaikan risalah Islam kepada "masyarakat kecil dalamkeloppok masyarakat Islam" yang terdiri dari ahli-ahli keluarga, isteri-isteri, anak-anak,seterusnya kepada kaum kerabat mereka yang dekat dan inilah cara yang dilakukan olehRasulullah di permulaan dakwahnya.S
  44. 44. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM44Firman Allah:“maka janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menyembah Tuhan Yang lain bersama-samaAllah, akibatnya Engkau akan menjadi dari golongan Yang dikenakan azab seksa. dan berilahperingatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat. dan hendaklah Engkau merendahdiri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang Yang beriman. (surah as-Syu’ara:213-215)Dari penjelasan di atas nyatalah bahawa tanggungjawab seorang muslim selepas tanggungjawabke atas dirinya sendiri ialah tanggungjawab terhadap ahli keluarganya, rumah-tangganya dananak-pinaknya. Berdasarkan dalil firman Allah:“Wahai orang-orang Yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yangbahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal olehmalaikat-malaikat Yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada AllahDalam Segala Yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan SegalaYang diperintahkan.” (surah at-Tahrim:6)4.1- Tanggungjawab Sebelum Berumah-tangga.Untuk membantu mahasiswa Islam menjayakan usaha membina sebuah rumahtangga yang baik,Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawabdan pencapaian matlamat pembinaan rumah-tangga mahasiswa Islam. Di antaranya ialah:
  45. 45. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM451. Setiap muslim mestilah memastikan perkahwinan mereka adalah kerana Allah ataudengan kata lain membina rumah-tangga muslim, untuk melahirkan keturunan yang salih,menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayahAllah itu secara berterusan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:“(Mereka kembang biak sebagai) satu keturunan (zuriat) Yang setengahnya berasal darisetengahnya Yang lain.” (surah ali Imran:34)2. Mahasiswa Islam mestilah menjadikan tujuan perkahwinan mereka adalah untuk menjagapandangan mata mereka, memelihara kemaluan mereka serta bertakwa kepada Allahsebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka. Pertama: Orang yang berjihad padajalan Allah. Kedua: hamba mukatab (yang berjanji untuk menebus diri) yang menunaikanbayaran dan ketiga orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya". (Hadis riwayat Al-Tirmizi).Dan sabdanya lagi yang bermaksud:"Sesiapa yang berkahwin sesungguhnya ia telah menyempurnakan separuh dari agamanya makabertakwalah ia pada separuh yang lain". (Hadis riwayat oleh Al-Tabrani Fil-Ausath)3. Setiap muslim mestilah memilih bakal isteri yang baik kerana dengannyalah merekaberkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan hidup, sebagaimana sabda Rasulullahs.a.w yang bermaksud:"Pilihlah untuk keturunanmu (wanita yang baik) kerana sesungguhnya keturunan itu menjadipertikaian. Dalam satu riwayat yang lain dikatakan: Keturunan itu menjadi desas-desus". Dalamsatu lagi riwayat yang lain disebut: "Hendaklah engkau berkahwin dengan orang sekufu dankahwinkanlah (anak-anakmu) dengan yang sekupu. (Hadith riwayat Ibn Majah dan Abu Mansurad-Dailami dalam Musnad al-firdaus)
  46. 46. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM464. Setiap muslim mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanyasekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah s.a.wyang bermaksud:"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan ituakan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, keranamungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya.Hamba perempuan yang rabik dan hodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama". (Hadisriwayat Ibnu Majah)5. Setiap muslim mestilah berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusanini, kerana takut kemurkaan dan seksaan Allah. Kerana mengingati amaran Rasulullah s.a.wyang bermaksud:"Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan (kedudukannya)sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapayang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yangberkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapisesiapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya(dari perkara haram) atau kerana menghubungkan silaturahim, Allah akan memberkatinya danisterinya". (Hadith riwayat Abu Nuaim)4.2- Tanggungjawab Selepas Berumah-tangga.Sebenarnya pemilihan bagi mendapatkan isteri yang baik oleh mahasiswa Islam tidaklah berertiterlepasnya tanggungjawab terhadapnya selepas perkahwinan. Malah tanggungjawab yang lebihbesar segera bermula sebaik sahaja saya berumah-tangga. Di antara tanggungjawab tersebutdiperturunkan seperti berikut:1. Setiap muslim mestilah berlaku baik terhadap isteri mereka dan memuliakan dalamhubungan rumah tangga mereka untuk membina jambatan saling mempercayai di antara mereka.Sebagaimana Rasulullah bersabda:
  47. 47. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM47"Orang yang paling baik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuan terhadapisterinya dan akulah orang yang paling baik perlakuan terhadap isteri". (Hadith riwayat Tirmizidaripada ‘Aisyah)Dan sabda Rasulullah s.a.w:"Orang-orang mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik akhlaknya danberlemah-lembut terhadap isteri mereka". (Hadith riwayat Tirmizi)2. Hubungan seseorang muslim dengan isteri tidak seharusnya terbatas kepada hubungan ditempat tidur dan melepaskan keinginan syahwat sahaja. Malah hubungan antara kami itumestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasihsayang. Kami sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari ibadat bersama-sama turutmengatur urusan rumah-tangga dan meluangkan waktu tertentuuntuk bergurau-senda danbermanja.Dalam urusan ibadah Allah s.w.t berfirman:“dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklahEngkau tekun bersabar menunaikannya.” (surah Toha:132)Dan firman Allah:“ dan adalah ia menyuruh keluarganya mengerjakan sembahyang dan memberi zakat, dan ia pulaadalah seorang Yang diredhai di sisi Tuhannya!” (surah Maryam:55)Dalam hal bermesra dengan isteri, Rasulullah s.a.w pernah berlumba-kejar dengan Aisyah r.a.Manakala dalam hal membantu urusan rumah-tangga, baginda melakukan banyak kerja, diantaranya baginda menjahit serta memperbaiki kasut.
  48. 48. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM483. Selain dari perkara-perkara di atas, seluruh hubungan seseorang muslim itu dengan isterimereka, mestilah tidak terkeluar dari batas-batas syariat, tidak menjatuhkan nama baik Islam dantidak tercebur ke dalam hal-hal yang haram kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w memberiamaran:"Tidak ada seorang yang tunduk menurut kehendak wanita melainkan Allah mencampakkannyake dalam neraka".Rasulullah juga bersabda:"Seorang itu tidak menemui Allah dengan membawa dosa yang sangat besar dari kejahilanisterinya".Sabda baginda lagi: "Celakalah orang yang menjadi hamba isterinya".4.3- Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik Anak-anak.Sebenarnya kejayaan dalam perkahwinan dengan memilih isteri yang solehah dan membentukpasangan suami-isteri yang serasi dengan acuan Islam merupakan saham yang sangat besardalam membantu melaksanakan pendidikan Islam kepada anak-anak. Sebaliknya kegagalanperkahwinan dan tersalah pilih bakal isteri adalah punca kepada keburukan dan keruntuhan keatas rumah-tangga seluruhnya.Apapun pertentangan yang berlaku dalam kehidupan suami isteri akan memberi kesan secaralangsung ke dalam pendidikan anak-anak dan jiwa mereka. Ekoran dari ini sebahagian dari sifat-sifat kekusutan jiwa dan penyimpangan akan diwarisi pula oleh anak-anak. Oleh yang demikiananasir yang pertama yang dapat menjamin terlaksananya pendidikan secara Islam ke atas kanak-kanak ialah melaksanakan perkahwinan menurut yang dianjurkan oleh Islam. Pada hakikatnyahasil yang diharapkan dari sebuah rumah-tangga Islam ialah melahirkan keturunan yang salihseperti firman Allah:
  49. 49. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM49“dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata:"Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orangYang (mahu) bertaqwa.” (surah al Furqan:74)Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrah). Ia akan menjadi seorang yang salih bilamendapat pendidikan yang baik. Sebaliknya jika ia hidup membesar dalam suasana keluargayang terpesong dan menyeleweng ia juga akan turut terpesong dan menyeleweng sebagaimanasabda Nabi s.a.w:"Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan bersih (fitrahnya) maka kedua ibu bapanyalah yangmenjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Muttafaqun Alaih)Oleh sebab itu Islam memandang berat dalam urusan mendidik anak-anak serta menggesasupaya mencari sebab-sebab, norma-norma serta udara yang baik untuk menjamin terlaksanatarbiah yang baik. Rasulullah bersabda:"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengansecupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).Rasulullah juga bersabda:"Tidak ada satu pemberian bapa terhadap anak-anak yang lebih dari adab yang mulia"Sabda baginda lagi:"Berlaku pemurahlah kepada anak-anakmu dan bentuklah mereka dengan akhlak yang mulia".(Hadith riwayat Ibn Majah daripada Ibn ‘Abbas)Sabda Rasulullah s.a.w:"Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segala amalan (dari dia) kecuali tiga (kebaikan):Sedekah jariah (yang ikhlas), ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang salih yang mendoakan(kebaikan) untuknya". (Hadith riwayat Muslim daripada Abu Hurairah)
  50. 50. MAHASISWA ISLAM: ERTI SEORANG MUSLIM50Bab 5Mahasiswa Islam Mestilah Dapat Menguasai Dirii dalam kehidupan ini insan bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menangdan adakalanya ia kecundang atau ia tetap dalam pertarungan yang berterusan.Sememangnya pertarungan ini berterusan sehinggalah ajal maut menjemputnya.Firman Allah:“Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuaiDengan keadaannya); serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan Yang membawanyakepada kejahatan, dan Yang membawanya kepada bertaqwa; - Sesungguhnya berjayalah orangYang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amalkebajikan), dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih -itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).” (surah as-Syams:7-10)Maksud inilah yang terkandung dalam sabda yang diisyaratkan oleh baginda s.a.w:Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak menegak antarasatu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanyabintik-bintik hitam. Begitu juga mana-mana hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanyabintik-bintik putih sehinggalah hati tersebut terbahagi dua: Sebahagiannya menjadi putihbagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada.Manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga berkarat,tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran. (Hadith riwayat Muslimdaripada Huzaifah Ibn Yaman)D

×