Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan

35,710 views
35,289 views

Published on

0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
35,710
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
95
Actions
Shares
0
Downloads
222
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan

  1. 1. nPENUTUP Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Jerebu punca kanser paru-paru Orang ramai yang terdedah kepada keadaan berjerebu dalam tempoh lama berisiko menghidap penyakit kanser selain penyakit lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar bernafas. Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat berbahaya kerana ketika bernafas, manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen tetapi termasuk bahan-bahan asing yang terkandung dalam udara terus memasuki paruparu. Kata beliau, bahan-bahan asing yang berupa sisa toksik yang terkandung dalam jerebu itu kemudian merangsang perkembangan sel-sel kanser di dalam tubuh manusia. “Ketika krisis jerebu, udara di sekeliling mengandungi debu, habuk halus dan gas toksik seperti gas sulfur dioksida dan karbon monoksida. “Meskipun udara yang disedut manusia akan melalui beberapa tapisan seperti di hidung dan tekak tetapi organ penapis semula jadi itu tidak mampu menyekat 100 peratus apa yang disedut dari udara. “Udara tercemar yang tidak dapat ditapis itu akan terus masuk ke paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan manusia mungkin dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser paru-paru dan radang paru-paru,” kata beliau Sumber: Kosmo [27062013]erebu Malaysia : Fenomena pencemaran udara di Semenanjung
  2. 2. Jerebu : Fenomena pencemaran udara di Semenanjung Malaysia Fenomena jerebu merupakan fenomena yang tidak asing lagi dan sering berlaku di semenanjung Malaysia. Jerebu adalah partikal-partikal atau zarah-zarah halus seperti debu, gas pencemar dan asap yang tidak nampak oleh mata kasar yang terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi(Borneo Post : 1997). Fenomena jerebu yang sering berlaku di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia bukan sahaja berlaku hasil daripada pencemaran udara di kawasan itu sendiri, tetapi membabitkan unsur dari negara jiran.(Shaharudin : 2006). Selain itu, kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada fenomena El-Nino dan amalan pembakaran terbuka di kawasan pertanian yang luas di Sumatera menjadi penyebab dan penggalak masalah jerebu di Malaysia(Norazuan Hashim: 2006). Pada tahun 2005, Majlis Keselamatan Malaysia telah mengumumkan tentang pengisytiharaan darurat di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia. Kawasan yang pernah diisytiharkan darurat ketika berlakunya masalah jerebu ialah Lembah Klang, Kuala Lumpur, dan Hulu Selangor(Sautun Nhadhah: 2005). Keadaan ini berlaku kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara kelebihi bacaan 500 iaitu mencapai tahap berbahaya(Shafinaz; 2005). Memang tidak dinafikan bahawa pelepasan gas dari kenderaan, perindustrian, dan pelupusan sisa pertanian menjadi punca utama kepada berlakunya masalah jerebu. Namun masalah ini turut berlaku akibat pencemaran merentasi benua. Selain itu, fenomena semulajadi turut menjadi penyumbang kepada berlakunya fenomena jerebu di semenanjung Malaysia.(Sautun Nhadhah: 2005). Tiupan angin umpamanya akan memindahkan bahan-bahan terampai tersebut ke kawasan lain. Ini dapat dibuktikan dimana tiupan angin monsun telah memindahkan jerebu dari kawasan selatan semenanjung ke kawasan utara iaitu di Pulau Pinang (Sautun Nhadhah: 2005). Masalah jerebu turut memberi kesan kepada aktiviti manusia, ekosistem alam sekitar dan turut mempengaruhi psikologi seseorang seperti kemurungan, kekurangan tenaga,
  3. 3. tiada motivasi untuk melakukan sebarang aktiviti, rasa cemas dan takut, masalah tidur, lebih cepat naik marah, dan masalah selera makan.(Teoh Hsien Jin: 2008). Selain itu, masalah jerebu turut menjejaskan ekonomi Malaysia (Shaharudin : 2006). Keadaan ini perlu diambil perhatian kerana semenanjung Malaysia merupakan kawasan pentadbiran pusat bagi kerajaan Malaysia. Mengapakah isu jerebu ini masih menjadi permasalahan sedangkan ia pernah menimbulkan masalah yang besar suatu masa dahulu? Tanggal 26 September, 1997 menyaksikan kejadian jerebu teruk dikatakan menjadi punca kecelakaan pesawat Airbus A300 B4-220 milik Garuda Indonesia yang membunuh kesemua 234 orang penumpang dan anak kapal di Medan, Indonesia apabila jarak penglihatan dilaporkan sekitar 600800 meter sahaja. Jerebu juga merupakan punca perlanggaran sebuah kapal kargo dan kapal tangki di Selat Melaka pada tahun yang sama. Dikatakan juga bahawa akibat dari jerebu ini, kerugian yang disebabkan oleh turunnya kadar pelancongan dan hasil pertanian dianggarkan mencecah berbilion dolar (Sautun Nhadhah: 2005). Seterusnya pada tahun 2005, Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor telah diishtiharkan darurat berpunca dari fenomena jerebu ini. Jika dilihat dari skop yang luas, fenomena jerebu sememangnya menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh setiap negara. Walau bagaimanapun, jika dilihat dalam skop yang lebih kecil sebagai contoh di Semenanjung Malaysia, fenomena jerebu sememangnya menjadi satu masalah yang amat berat. Selain itu, masalah ini turut mengganggu aktiviti seharian serta menjejaskan kesihatan manusia(Shafinaz: 2006). Fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia akan menjadi skop kajian ini. Dalam mengkaji apakah permasalahan dalam fenomena jerebu di semananjung Malaysia, dapat disimpulkan beberapa permasalahan yang ingin dikaji:1. Apakah punca yang mendorong berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia? 2. Bagaimanakah kaedah yang digunakan bagi mengukur tahap pencemaran udara ini?
  4. 4. 3. Apakah langkah yang wajar diambil bagi mengatasi dan mengawal daripada berlakunya masalah jerebu. 4. Apakah kesan dari fenomena jerebu kepada manusia, alam sekitar dan ekonomi di kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia. Melalui persoalan ini, kajian tentang masalah jerebu yang sering berlaku di Semenanjung Malaysia akan dikaji. Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti sebagai lokasi kajian. Lokasi seperti Lembah Klang, Hulu Selangor dan Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai lokasi yang sesuai bagi menjalankan kajian ini. Lokasi ini sering menjadi lokasi terjadinya fenomena jerebu(Mastura Mahmud: 2009). Fenomena jerebu yang terjadi di semenanjung Malaysia sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Peristiwa jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan telah memberi kesan yang hebat di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang sehingga menyebabkan darurat jerebu diistiharkan di Kuala Selangor dan Kelang pada 11 Ogos 2005(Mastura Mahmud: 2009). Dalam kajian ini, objektif kajian yang ingin dicapai merangkumi seperti berikut:1. Mengenalpasti punca kepada berlakunya masalah jerebu di semenanjung Malaysia. 2. Mengenalpasti kaedah yang digunakan bagi menganalisis tahap pencemaran udara ini. 3. Mencadangkan langkah-langkah yang wajar dilakukan bagi mengatasi serta mengawal daripada berlakunya masalah jerebu. 4. Meneliti kesan dari fenomena jerebu keatas manusia, alam sekitar, serta ekonomi di kawasan yang dilanda jerebu terutama di semenanjung Malaysia. Kesimpulannya, masalah jerebu merupakan satu masalah yang amat membimbangkan terutama di Semenanjung Malaysia. Dengan kajian ini, beberapa aspek tentang fenomena jerebu di Semenanjung Malaysia dapat dirungkaikan. Dengan
  5. 5. menjadikan beberapa objektif kajian sebagai pandu arah kepada kajian, diharapkan fenomena jerebu di Malaysia dapat dikawal serta peristiwa darurat jerebu yang berlaku di Hulu Selangor pada tahun 2005 tidak berulang. Contoh Karangan: Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Udara Udara yang bersih amat penting untuk kita menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna. Isu pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran udara berada dalam tahap yang amat membimbangkan.Kebimbangan ini menunjukkan bahawa manusia semakin peka akan kesihatan dan alam sekitar. Namun hakikatnya, punca pencemaran udara adalah kerana sikap segelintir manusia yang semata-mata lepas tangan apabila mengejar kemajuan. Lantaran itu, langkah-langkah yang proaktif dan pragmatik perlu diambil oleh segenap masyarakat untuk mengatasi masalah pencemaran udara. Salah satu langkah yang paling penting ialah kerajaan perlu mengariskan dan mengaplikasikan undang-undang tegas kepada mereka yang terlibat dalam pembakaran terbuka. Para petani bukan sahaja di negara kita tetapi di negara jiran memilih cara mudah dengan membakar kawasan hutan untuk menebus guna hutan sebagai kawasan pertanian. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila pembakaran sampah terbuka dilakukan oleh orang awam dan kilang-kilang pula membebaskan gas karbon dioksida secara berlebihan. Kesannya, jerebu yang serius berlaku di negara kita. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang oleh kerajaan harus dilakukan secara berterusan dan tidak ‘seperti melepaskan batuk di tangga’. Selain itu, pengguna kenderaan terutamanya kenderaan berat seperti lori dan bas harus sentiasa memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengeluarkan asap hitam yang berlebihan. Begitu juga pengguna kenderaan yang lain, mereka seboleh-bolehnya harus mengamalkan sikap berkongsi kereta apabila ke tempat kerja. Pengurangan penggunaan kenderaan di jalan raya boleh mengelakkan berlakunya pencemaran udara yang serius. Penggunaan kenderaan menggunaakan tenaga elektrik juga boleh mengurangkan pencemaran udara tetapi mungkin mahal namun bak kata pepatah Melayu’hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’. Di samping itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar. Kepesatan pembangunan negara menyebabkab pembuangan pelbagai barangan walaupun masih boleh digunakan berleluasa. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan semula. Kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, masyarakat tidak akan membakar, membuang dan melupuskan sampah dengan keterlaluan. Sekali gus, pencemaran bau, udara dan air dapat dikurangkan. Secara tuntas, setiap anggota masyarakat harus peka terhadap kesan pencemaran udara dan bekerjasama memainkan peranan mengekalkan bumi indah ini untuk generasi akan datang. Jadi janganlah mengamalkan sikap menuding jari terutamanya pada kerajaan kerana bumi ini milik kita bersama.
  6. 6. LANGKAH DAN KESAN JEREBU Jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan beberapa panduan kepada orang ramai mengenai tindakan yang perlu dilakukan semasa Jerebu sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan ia memberi kesan dan mengganggu tahap kesihatan Untuk yang berada di kawasan yang terjejas dengan masalah jerebu, boleh mengikuti panduan yang disertakan dibawah
  7. 7. Read more: http://www.infoharian.com/info/perkara-perlu-buat-semasa-jerebu-dan-kesankesihatan#ixzz4NWGIzpHi Status bacaan Indeks Pencemaran Udara pada 24 June 2013 seluruh Malaysia Panduan Rujukan Status Tahap kualiti udara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, yang diisytiharkan kawasan darurat pada Ahad, semalam menunjukan perkembangan positif dengan bacaan 148, setakat pukul 7 pagi Isnin Menurut laporan semasa dari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar hanya satu kawasan dikategorikan sebagai berbahaya iaitu Port Dickson, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 335 Dalam perkembangan yang sama dua kawasan masih mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat iaitu masing-masing di Bukit Rambai, Melaka, 260 dan di Kemaman, Terengganu, 249 Selanjutnya, ikuti carta Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi negeri dan daerah yang terjejas dengan bencana jerebu yang telah direkodkan pada Isnin melalui rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar Negeri Kawasan 7 Pagi 11 Pagi 5 Ptg Johor Kota Tinggi 78* 74* 68* Johor Larkin Lama 111* 107* 108* Johor Muar 148* 132* 125* Johor Pasir Gudang 83* 75* 74* Kedah Alor Setar 63* 64* 64* Kedah Bakar Arang, Sg. Petani 75* 77* 98c Kedah Langkawi 58* 57* 55*
  8. 8. Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu 108* 114* 114* Kelantan Tanah Merah 90* 93* 98* Melaka Bandaraya Melaka 182* 141* 128* Melaka Bukit Rambai 260* 170* 150* Negeri Sembilan Nilai 145* 149* 150* Negeri Sembilan Port Dickson 335* 292* 193* Negeri Sembilan Seremban 153* 169* 171* Pahang Balok Baru, Kuantan 198* 191* 147* Pahang Indera Mahkota, Kuantan 171* 166* 138* Pahang Jerantut 106* 111* 123* Perak Jalan Tasek, Ipoh 70* 73* 87* Perak Kg. Air Putih, Taiping 63* 66* 76* Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh 79* 82* 100* Perak Seri Manjung 141* 148* 171* Perak Tanjung Malim 128* 137* 152* Perlis Kangar 62* 63* 63* Pulau Pinang Perai 72* 72* 83* Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai 79* 79* 88* Pulau Pinang USM 70* 71* 81* Sabah Keningau 78* 77* 74* Sabah Kota Kinabalu 76* 75* 73* Sabah Sandakan 50* 50* 51* Sabah Tawau 39* 41* 41* Sarawak Bintulu 75* 77* 73* Sarawak ILP Miri 75* 76* 80* Sarawak Kapit 63* 66* 71* Sarawak Kuching 70* 72* 75* Sarawak Limbang 72* 73* 69* Sarawak Miri 81* 82* 84*
  9. 9. Sarawak Samarahan 74* 75* 78* Sarawak Sarikei 85* 88* 92* Sarawak Sibu 85* 102* 106* Sarawak Sri Aman 64* 67* 70* Selangor Banting 178* 180* 209* Selangor Kuala Selangor 117* 128* 157* Selangor Pelabuhan Kelang 296* 288* 319* Selangor Petaling Jaya 198* 193* 196* Selangor Shah Alam 157* 162* 171* Terengganu Kemaman 249* 253* 197* Terengganu Kuala Terengganu 95* 98* 100* Terengganu Paka 159* 158* 151* Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur 191* 198* 189* Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur 157* 160* 168* Wilayah Persekutuan Labuan 82* 80* 79* Wilayah Persekutuan Putrajaya 155* 152* 156* Nota * =Habuk Halus (PM10) | c = Ozon (O3) a =Sulfur Dioksida (SO2) | d = Karbon Monoksida (CO) b =Nitrogen Dioksida (NO2) | & = Lebih daripada satu pencemar Read more: http://www.infoharian.com/info/status-terkini-bacaan-indeks-ipu-24-6-2013-seluruhnegeri#ixzz4NWErDJya
  10. 10. Langkah-langkah mengatasi jerebu Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah : 1. Penguatkuasaan undang-undang. Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi. Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. 2. Pendidikan alam sekitar. Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu. 3. Kempen kesedaran alam sekitar. Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar. 4. Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu! Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan. 4. Penggunaan petrol tanpa plumbum Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara. 5. Penggunaan catalytic converter Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan. 6. Memakai topeng muka. Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan. 7. Kempen kitar semula. Melalui kempen kitar semula bahan buangan/sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi.
  11. 11. Karangan Contoh 17 - Langkah-langkah Mengatasi Jerebu LANGKAH-LAGKAH MENGATASI JEREBU Oleh: Tan Hui Lian Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita? Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi
  12. 12. Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah bersinergi dan berganding bahu dalam menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, “bagai aur dengan tebing.” Sekiranya masalah ini dipandang enteng, nyawa modal insan negara kita akan menjadi “seperti telur di hujung tanduk.” Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lama-kelamaan efek buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Jerebu ialah keadaan partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara. Punca-punca berlakunya jerebu Di Malaysia tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia iaitu: Pertama melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan masalah jerebu di negara kita. Kedua, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahanbahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahanbahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu. Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Ketiga, masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan
  13. 13. angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu. Jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara Kesan-kesan jerebu Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan. Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750) Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara. Langkah-langkah mengatasi masalah jerebu Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan
  14. 14. penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat dilakukan. Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Sumber : http://geografialamsekitar.blogspot.com Dicatat oleh Cikgu Taufiq di 3:49 PG Label: INFO PILIHAN Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/30 0 0 Google +0 2 0 KEADAAN jerebu semasa telah memaksa kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan Muar dan Ledang. Beberapa buah negeri juga menutup sekolah-sekolah bagi mengelakkan masalah kesihatan yang serius, terutama buat kanak-kanak. Masalah jerebu sejak sedekad kebelakangan ini sudah menjadi masalah tahunan. Pembakaran di Indonesia bagi pembersihan ladang menjadi punca utama kedatangan jerebu secara bermusim ini. Meskipun di peringkat kerajaan Malaysia, Singapura dan Indonesia sudah wujud usaha serantau bagi mengatasi masalah jerebu, namun setakat ini tidak ada hasil yang ketara. Langkah-langkah yang diambil adalah reaktif dan tidak membawa kepada penyelesaian menyeluruh.
  15. 15. Sikap pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri dengan membakar ladang untuk membersihkannya menunjukkan betapa kepentingan sosial tidak diambil peduli oleh mereka. Ya, kosnya murah buat syarikat ladang, namun kos kepada umum adalah mahal. Kesan jerebu boleh dilihat dalam jangka masa panjang dan pendek. Gangguan kepada aktiviti ekonomi dan sosial harian boleh membawa kesan kepada segala perancangan yang telah sedia dibuat. Jika keadaan berjerebu ini berakhir kurang dari seminggu dan tidak melangkau jauh ke banyak kawasan, impak ekonominya mungkin minimum, tidak mencecah bilion ringgit. Sekiranya keadaan jerebu kali ini bertambah serius, berpanjangan serta melangkau kebanyakan kawasan, kesan ke atas ekonomi boleh menjejaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun semasa. Kerugian boleh mencecah hingga berbilion ringgit ekoran daripada banyak kegiatan sosial dan ekonomi yang tergendala. Banyak lagi kesan negatif jerebu yang mungkin kita terlepas pandang dalam menilai kesannya. Misalnya, kita tidak pasti apakah kesan ke atas kesihatan akibat terdedah dengan sinaran matahari yang terbias dek jerebu. Kos juga sukar dikira bagi impak pertanian yang musnah dek kurangnya pancaran matahari akibat bumi diselubungi jerebu. Sehinggalah saintis mengenal pasti perkara-perkara ini, barulah kita dapat membuat anggaran kos jerebu kepada ekonomi dan kesejahteraan hidup manusia. Antara industri yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Lebih dikhuatiri jika masalah jerebu ini konsisten trendnya dan agensi-agensi pelancongan asing tidak mengesyorkan pelanggan mereka untuk datang ke rantau ini dalam bulan-bulan jerebu. Di sinilah impak jangka panjang jerebu akan mula kita rasai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan. Keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan. Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan. Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.
  16. 16. Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat. Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya. Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Masalah ini menjadi ketara sekarang kerana wujudnya estet-estet perladangan berskala besar. Natijahnya, pembakaran ladang untuk tujuan pembersihan juga mencapai ke skala industri yang mencemarkan. Jika pihak syarikat tidak ambil peduli dengan kesan kegiatan mereka, pihak berkuasa mesti mengambil langkah serius untuk menangani masalah ini ke akar umbi. Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang. Udara bersih merupakan hak semua yang wajar dipelihara. Rakyat marah dengan pencemaran ini dan rakyat menuntut kebajikan mereka dipelihara! PENULIS ialah Pensyarah Kanan Pusat Ekonomi IslamUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130626/re_01/Kesan-jerebu-keatas-ekonomi#ixzz4NW7qjFS3 © Utusan Melayu (M) Bhd JEREBU
  17. 17. Fenomena jerebu yang melanda negara kita kini semakin serius dan berleluasa.Hal ini menyebabkan langit kelihatan mendung,jarak penglihatan jauh,pernafasan menjadi sesak dan sebagainya.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jerebu,antaranya pembakaran hutan,pembebasan asap oleh kilang-kilang,pengeluaran gas oleh kenderaan serta pembakaran secara terbuka.Fenomena jerebu menyebabkan timbulnya kesan yang terdiri daripada kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.Justeru,langkah-langkah yang efektif perlu dirancang lebih awal bagi menghadapi masalah jerebu. KESAN-KESAN JEREBU IMPLIKASI KESIHATAN Kesan jangka pendek yang ketara ialah implikasi kesihatan.Jerebu mengandungi gas-gas yang merbahaya seperti nitrogen dioksida,sulfur dioksida,dan karbon dioksida.Gas-gas ini dan zarah terampai akan memasuki badan kita melalui pernafasan.Situasi ini akan menyebabkan mangsa diserang penyakit lelah,asma,sakit tekak, selesema,pedih mata,bronkitis dan sebagainya.Dalam kes yang lebih teruk,bendasing akan merosakkan tisu paru-paru,menghalang fungsi sel hemoglobin,dan seterusnya merosakkan sistem pernafasan.Selain itu,bahan-bahan seperti plumbum boleh menyebabkan kromosom mengalami mutasi.Di samping itu,zarah pencemar boleh menjejaskan kecerdasan otak terutamanya kanak-kanak yang sedang membesar.Bahan hidrokarbon yang dibawa oleh jerebu boleh mencetuskan kanser dan menyebabkan kerosakan otak. DARJAH PENGLIHATAN YANG RENDAH Fenomena jerebu juga mengakibatkan masalah penglihatan yang rendah.Masalah ini dapat dibuktikan melalui kejadian jerebu yang berlaku di bandar Kuching apabila darjah penglihatan hanya 5 meter sahaja ketika dilanda jerebu pada tahun 1997.Darjah penglihatan yang rendah boleh mengakibatkan kemalangan udara,darat dan laut yang ngeri.Kesan ini juga dapat dibuktikan apabila dua buah pesawat penumpang hampir-hampir berlanggar semasa berlakunya jerebu pada bulan September 1992 kerana pandangan juruterbang tersekat ketika melintasi Kuala Lumpur.Selain itu,pada tahun 1997 sebuah pesawat terhempas di Medan,Indonesia akibat daripada jerebu yang telah menyebabkan penlihatan juruterbang tersekat.Malaysia juga tidak terkecuali daripada mengalami kejadian jerebu yang teruk apabila kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat di beberapa tempat yang dilanda jerebu pada tahun 2005.Di samping itu,kapal juga terdedah kepada risiko kemalangan dalam keadaan cuaca buruk.Hal ini dapat dilihat apabila beberapa kes pelanggaran kapal kargo berlaku di Selat Melaka.Trajedi ini bukan sahaja mengakibatkan nyawa terkorban tetapi jga menyebabkan berlakunya pencemaran alam yang serius. EKONOMI NEGARA TERJEJAS Salah satu kesan jangka panjang akibat jerebu ialah ekonomi negara akan terjejas.Kesan ini dapat dilihat apabila pembatalan penerbangan kapal terbang terpaksa dibuat akibat kejadian jerebu.Salah satu syarikat penerbangan yang mengalami kerugian besar akibat pembatalan penerbangan ialah Syarikat Penerbangan Malaysia(MAS).Selain itu,kilang perindustrian,kuari,dan sektor pembinaan terpaksa menghentikan operasi.Tambahan pula,industri
  18. 18. pelancongan juga turut terkena tempias akibat jerebu apabila pelancong membatalkan lawatan ke Malaysia.Di samping itu,pekerja-pekerja yang yang bekerja di luar pejabat mungkin terpaksa mengambil cuti demi kebaikan kesihatan mereka.Para nelayan juga tidak keluar kelaut kerana keselamatan dan kesihatan tidak terjamin.Penjaja-penjaja di tepi jalan juga tidak dapat menjalankan aktiviti perniaagaan mereka akibat jerebu.Hal ini mengakibatkan sumber rezeki dan pendapatan terjejas serta pengusaha mengalami kerugian besar. HASIL DAN KUALITI PERTANIAN TERJEJAS Jerebu juga telah mengakibatkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.Hal ini berlaku apabila jerebu menghalang kepadatan cahaya rendah yang diperlukan oleh tanaman untuk membesar.Kadar pancaran cahaya yang rendah mengurangkan proses fotosintesis tanaman.Hal ini menyebabkan tempoh matang tanaman menjadi lebih panjang.Selain itu,aktiviti serangga pemangsa juga terjejas seterusnya menyebabkan letusan populasi makhluk perosak akan berlaku.Justeru,pendebungaan juga akan terganggu.Gejala seumpama ini telah menyebabkan hasil pertanian negara terjejas sebanyak 30 peratus.Lantaran itu,hasil dan kualiti tanaman akan merosot. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JEREBU MENDIDIK MASYARAKAT Langkah yang paling efektif bagi mengatasi masalah jerebu ialah dengan mendidik masyarakat.Media massa harus memainkan peranan menyiarkan kesan-kesan yang timbul akibat jerebu.Melalui langkah ini,masyarakat akan lebih memahami dan menyedari tentang kesan-kesan gejala tersebut.Oleh itu,masyarakat akan lebih bertanggungjawab dan menitikberatkan setiap kegiatan yang dilakukan oleh mereka misalnya tidak membakar sampah secara terbuka.Seruan kerajaan untuk menghijaukan alam,menggunakan petrol tanpa plumbum,dan sebagainya juga akan mendapat sambutan dan sokongan daripada masyarakat.Orang ramai juga akan memberikan kerjasama dengan menghubungi atau melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ada pihak yang mencetuskan maslah ini. MENGURANGKAN PENGELUARAN ASAP PENCEMAR Salah satu langkah yang penting bagi menangani masalah jerebu ialah mengurangkan pengeluaran asap pencemar.Kempen berkongsi kereta akan mengurangkan bilangan kenderaan di jalan dan langkah ini juga akan mengurangkan pengeluaran asap pencemar yang dibebaskan oleh kenderan.Penggunaan petrol tanpa plumbum dan pemasangan alat penukar bermangkin akan dapat mengurangkan asap pencemar kenderaan.Alat penukar bermangkin berfungsi sebagai alat yang menukarkan hidrokarbon dan nitrogen dioksida kepada karbon dioksida,nitrogen dan wap air yang tidak berbahaya.Selain itu,motosikal berenjin dua lejang harus diharamkan dan digantikan dengan motosikal berenjin empat lejang.Di samping itu,gas pencemar kilang industri juga mesti dikurangkan dengan penggunaan teknologi tinggi agar tidak mencemari atmosfera.Oleh yang demikian,pengeluaran gas beracun dapat dikurangkan. KERJASAMA ANTARABANGSA
  19. 19. Salah satu langkah yang tidak kurang pentingnya untuk mengatasi masalah jerebu ialah kerjasama antarabangsa.Kerjasama ini diperlukan untuk memadamkan kebakaran hutan.Kerajaan Indonesia harus mengawal kebakaran hutannya dengan ketat.Selain itu,Indonesia juga harus mementingkan kemajuan bersama negara jiran yang lain.Di samping itu,satu tabung kewangan untuk membeli alatan pemadam api yang canggih boleh diwujudkan dalam kalangan negara ASEAN.Alatan itu boleh dikongsi bersama untuk memadamkan api hutan.Penghantaran tentera,ahli bomba,dan pakar ke Indonesia untuk memadamkan kebakaran hutan merupakan kerjasama yang baik.Negara maju juga perlu membantu dengan menghulurkan bantuan kepakaran dan teknologi memadamkan api.Sikap negara Barat yang berpeluk tubuh menyaksikan kebakaran hutan di Indonesia selama beberapa bulan lamanya perlu dikikis. Langkah dalam mengatasi Pencemaran Udara dan Jerebu Undang-undang Mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah. Pembenihan Awan Pembenihan awan dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik. Menyedari hakikat itu, pihak Jabatan Alam Sekitar telah berkerjasam dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awam khusunya di kawasan sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Usaha ini dilakukan melalui dengan menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus. Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air. Melalui Pendidikan Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alamsekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga bolehdijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukankepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanakkanaksekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting
  20. 20. kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju. Tanggungjawab Orang Ramai Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

×