SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK
MUKA
SURAT
1. Pendahuluan 3 - 4
2. Punca-punca Jerebu 5 - 7
3. Kesan Terhadap Kesihatan 8 – 10
4
Langkah-langkah untuk mengatasi 11-14
5 Penutup 15
6
Rujukan 16
Type text] HBHE 3103
2
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SJKC Chun Yin, Titi,
Jelebu, guru-guru dan murid-murid sekalian.Pada pagi yang indah ini saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan Alam
Sekitar untuk menyampaikan ceramah tentang isu Jerebu yang melanda negara kita baru-
baru ini kepada semua warga sekolah dan ibu bapa sekalian.
Para hadiri yang dihormati,
Apakah jerebu?
Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila
debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini disebabkan
kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang
banyak dan terapung-apung di udara.
Jerebu bukan sekadar asap biasa ! Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi
amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan
Type text] HBHE 3103
3
kimia termasuk magnesium. Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru
sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran bahan terampai tersebut
menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang
mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan
berbahaya kepada paru-paru dan kesihatakan tubuh badan seseorang. .
Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil
yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini
mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami
oleh negara kita saban tahun. Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di
atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Apabila
partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat
pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak
pandangan matakasar.
Para hadirin yang dikasihi,
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa
jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida,
nitrogen dioksida dan ozon.
IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap
kesihatan seperti berikut:
Nilai IPU Status
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
Type text] HBHE 3103
4
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat
Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala
Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara
(IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006,
masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang
kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua ,
“ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”.
Keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan
rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu?
Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya
melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam
Type text] HBHE 3103
5
sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan
Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia
membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN
Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari
kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai
Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu
yang membimbangkan.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan
pembakaran terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka
tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini
dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan
buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota
masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri.
Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah
atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan
sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Ada pula sesetengah
petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum
Type text] HBHE 3103
6
melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak
akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat
luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan
jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu
tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya,
pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan
jerebu.Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah
yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan.
Asap daripada kenderaan
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon
monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya
akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara
kita.
Asap daripada kilang
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah pengeluaran asap yang tidak
terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan
minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang
yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap
dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak
sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk
menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan
Type text] HBHE 3103
7
ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi
berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang
corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh
kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang.
Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan
pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa
yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan
kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas
ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang
berjerebu.
Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas
sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat
sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global.
Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan
keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya
mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini
menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala.
Para hadirin sekalian ,
Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama
terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan
kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma,
sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan
jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi
semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan
Type text] HBHE 3103
8
dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima
rawatan di hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh
berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin
besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh
mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa.
Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila
Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang
bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu,
banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan
acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah
mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita.
Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas
akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah
menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan
demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat
dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari
pendapatan buat sementara waktu.
Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan
timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-
Type text] HBHE 3103
9
negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot
kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam
negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih
berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa
melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat
jerebu.
Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan
masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi
masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi.
Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia
selama 20 tahun, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam banyak bidang.
Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan
kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan
kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh
menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang
berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut
memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti
lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan
makanan.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar
kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan
udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.
Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan
Type text] HBHE 3103
10
negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat
Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar
Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk
dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750)
Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan.
Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca
daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Para hadirin yang dihormati,
Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu
yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri
yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di
beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala
penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang
berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah-
langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita?
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara
terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan
alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah
jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau
syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Type text] HBHE 3103
11
Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah
jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón
monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian,
bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang
terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan
hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar
telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri
pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau
gas yang berlebihan dapat diatasi.
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran
dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama
boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan
kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu penyebab jerebu boleh mendatangkan
kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai penyakit wujud terutama yang
melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta mengancam
golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan kepada udara yang tidak sihat.
Oleh kerana jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan
daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan
kesannya amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi
Type text] HBHE 3103
12
kehidupan yang sihat. Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada
golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu : orang tua , kanak-kanak, perokok, mereka
yang sentiasa bekerja di luar rumah, golongan berpenyakit seperti asma, bronchitis, radang
paru-paru ,penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung, alahan
Untuk maklumat para hadirin , kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara
berterusan kepada jerebu termasuklah :
Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih
dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan sakit-sakit dada
Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi
mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah
pencegahan tersebut ialah :
Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung
atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan
penyakit bertambah buruk.Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat
seperti yang dinasihatkan.
Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang
bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko
tinggi.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.Orang ramai
dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
Type text] HBHE 3103
13
Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa
tua dan sanak saudara yang berpenyakit. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok
apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100).
Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti
sukan di luar rumah.Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar
kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di
kawasan mereka.
Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran
hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan
penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan
masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak
atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu
di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan
sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan
yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala
Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan.
Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah
bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan
awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran
Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan
susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa
ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang
berlebihan dapat dilakukan.
Type text] HBHE 3103
14
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran
dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik
digiatkan untuk menangani masalah ini.
Hadirin yang dikasihi,
Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang
buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi
tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh
aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya
langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan
persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak
mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan
alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan
masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup
dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah-
langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu
ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti udara yang bersih
amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Semua pihak perlu
berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini
sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan sesebuah negara
kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'.
Sekian ,terima kasih. Sampai disinilah ucapan ceramah saya pada pagi yang mulia ini.
Bahan Rujukan Internet :
Aifen(2011) Koleksikarangan Jerebu .Dicapai dari lamanweb
Type text] HBHE 3103
15
http://bmngaifen.blogspot.com/2011/10/koleksi-internet-karangan-jerebu.html
AzharSalleh(2009) Punca fenomena jerebu.Dicapai dari lamanweb
http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/03/karangan-punca-fenomena-
jerebu.html
BencanaJerebu;Kesan pembakaran terbuka (2009) Dicapai dari lamanweb
http://institutsmat.blogspot.com/2009/12/jerebu_15.html
Geografi STPM , Jerebu . Dicapai dari lamanweb
http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html
KalsomBinti Haron.( 2013) Langkah-langkahmengatasi jerebu.Dicapai dari lamanweb
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-17-langkah-langkah.html
KalsomBinti Haron.( 2013) Kesan-kesan negatif jerebu .Dicapai dari lamanweb
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-16-kesan-kesan-negatif-jerebu.html
Ng Ai Fen.(2011) Bencana alamdi Malaysia.Dicapai dari lamanweb
http://forum.engkabang.net/index.php?topic=47221.0
TempoyakMa Sin.(2013) Jerebu.Dicapai dari lamanweb
http://tempoyakduriangoreng.blogspot.com/2013/06/jerebu.html
Ust.Kazim.(2011) Apakah jerebu.Dicapai dari lamanweb
http://bernama548.blogspot.com/2011/07/apakah-jerebu.html

More Related Content

What's hot

Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentationFara Dila
 
Pencemaran udara ting.1
Pencemaran udara ting.1Pencemaran udara ting.1
Pencemaran udara ting.1zuryanihussain
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDAsmawi Abdullah
 
MalIqhmal Buku Skrap Sains
MalIqhmal Buku Skrap SainsMalIqhmal Buku Skrap Sains
MalIqhmal Buku Skrap SainsMhd Iqhmal
 
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarKesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarmalavims
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Song Love Story
 

What's hot (9)

Pencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebuPencemaran udara dan jerebu
Pencemaran udara dan jerebu
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentation
 
Pencemaran udara ting.1
Pencemaran udara ting.1Pencemaran udara ting.1
Pencemaran udara ting.1
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASIDSISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PENCEMARAN UDARA, JEREBU DAN HUJAN ASID
 
MalIqhmal Buku Skrap Sains
MalIqhmal Buku Skrap SainsMalIqhmal Buku Skrap Sains
MalIqhmal Buku Skrap Sains
 
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitarKesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
 
Pencemaran udara 2
Pencemaran udara 2Pencemaran udara 2
Pencemaran udara 2
 
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
Jerebuh langkah mengatasi dan kesan
 
Pencemaran alam
Pencemaran alamPencemaran alam
Pencemaran alam
 

Similar to 211432800 ceramah-jerebu

Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara Nur Syafika
 
Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaDiana Razi
 
Jerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaJerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaBiani Mawal
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Muhammad Zhahir
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentationFara Dila
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalexraiderz
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarRosdi Ramli
 
kesan rumah hijau
kesan rumah hijaukesan rumah hijau
kesan rumah hijauZawani Din
 
Effects of air conditioning gases to global warming
Effects of air conditioning gases to global warmingEffects of air conditioning gases to global warming
Effects of air conditioning gases to global warmingMai Azuna
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologiqashah09
 
Kesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industriKesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industriCg Sue
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaranJata Unjah
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologiqashah09
 

Similar to 211432800 ceramah-jerebu (20)

Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
 
Alam sekitar emylia
Alam sekitar emyliaAlam sekitar emylia
Alam sekitar emylia
 
Jerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaJerebu Di Malaysia
Jerebu Di Malaysia
 
Jerebuh
JerebuhJerebuh
Jerebuh
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar
 
Alanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 kAlanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 k
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentation
 
Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3Folio geografi Form 3
Folio geografi Form 3
 
Isu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran SemasaIsu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran Semasa
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
 
LAPISAN OZON.pptx
LAPISAN OZON.pptxLAPISAN OZON.pptx
LAPISAN OZON.pptx
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
kesan rumah hijau
kesan rumah hijaukesan rumah hijau
kesan rumah hijau
 
Effects of air conditioning gases to global warming
Effects of air conditioning gases to global warmingEffects of air conditioning gases to global warming
Effects of air conditioning gases to global warming
 
Geogerakjhitg
GeogerakjhitgGeogerakjhitg
Geogerakjhitg
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
 
Kesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industriKesan pembuangan sisa industri
Kesan pembuangan sisa industri
 
Tapak pembelajaran
Tapak pembelajaranTapak pembelajaran
Tapak pembelajaran
 
Lmcp1532 tugasan 6
Lmcp1532 tugasan 6Lmcp1532 tugasan 6
Lmcp1532 tugasan 6
 
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- EkologiMalaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
Malaysia negara maju dan berdaulat- Ekologi
 

211432800 ceramah-jerebu

  • 1. ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1. Pendahuluan 3 - 4 2. Punca-punca Jerebu 5 - 7 3. Kesan Terhadap Kesihatan 8 – 10 4 Langkah-langkah untuk mengatasi 11-14 5 Penutup 15 6 Rujukan 16
  • 2. Type text] HBHE 3103 2 Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar SJKC Chun Yin, Titi, Jelebu, guru-guru dan murid-murid sekalian.Pada pagi yang indah ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya dari Jabatan Alam Sekitar untuk menyampaikan ceramah tentang isu Jerebu yang melanda negara kita baru- baru ini kepada semua warga sekolah dan ibu bapa sekalian. Para hadiri yang dihormati, Apakah jerebu? Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit.Fenomena ini disebabkan kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang banyak dan terapung-apung di udara. Jerebu bukan sekadar asap biasa ! Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan
  • 3. Type text] HBHE 3103 3 kimia termasuk magnesium. Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan sistem pernafasan manusia. Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru dan kesihatakan tubuh badan seseorang. . Jerebu merupakan satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Memang tidak dapat dinafikan, masalah jerebu merupakan fenomena cuaca yang dialami oleh negara kita saban tahun. Jerebu berlaku apabila kehadiran partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ia boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan matakasar. Para hadirin yang dikasihi, IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut: Nilai IPU Status Nilai IPU Kualiti udara 0 - 50 Baik 51 - 100 Sederhana 101 - 200 Tidak sihat
  • 4. Type text] HBHE 3103 4 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat. Pada tahun 2006, masalah jerebu turut berlaku sekali lagi. Masalah jerebu yang banyak mengundang kontroversi ini, sebenarnya disebabkan oleh beberapa punca, persis kata orang tua-tua , “ jikalau tiada angin, masakan pokok bergoyang ”. Keadaan udara yang berjerebu di negara kita amat membahayakan kesihatan rakyat. Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya masalah jerebu? Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam
  • 5. Type text] HBHE 3103 5 sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu yang membimbangkan. Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum
  • 6. Type text] HBHE 3103 6 melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Asap daripada kenderaan Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita. Asap daripada kilang Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka sedangkan asap-asap yang dikeluarkan
  • 7. Type text] HBHE 3103 7 ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu. Sementara itu, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri akibat suhu meningkat sehingga menyebabkan jerebu berlaku. Hal ini demikian kerana fenomena pemanasan global. Di samping itu, pembebasan debu daripada letupan gunung berapi juga menyebabkan keadaan cuaca berjerebu. Gunung-gunung yang masih aktif di negara Indonesia tamsilnya mengeluarkan asap tebal sebagai fenomena gunung berapi akan meletus. Hal ini menyebabkan jarak penglihatan terbatas dan penerbangan tergendala. Para hadirin sekalian , Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan
  • 8. Type text] HBHE 3103 8 dengan sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di hospital atau di klinik. Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa. Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita. Selain kemerosotan taraf kesihatan rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat kerenah jerebu yang berlaku di Malaysia. Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja. Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa mencari alternatif yang lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu. Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negeri-
  • 9. Type text] HBHE 3103 9 negeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu. Masalah jerebu telah menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang merunsingkan ini, semua pihak harus bersinergi dalam mengatasi masalah tersebut, persis kata orang-orang tua, “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Pelbagai langkah perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia bebas daripada belenggu masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia selama 20 tahun, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang maju dalam banyak bidang. Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan. Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat. Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan
  • 10. Type text] HBHE 3103 10 negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah angka 750) Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara. Para hadirin yang dihormati, Mutakhir ini, negara kita sedang bergelut dengan masalah pencemaran udara iaitu jerebu yang semakin membimbangkan. Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu terutamanya negeri Johor. 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup. Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual semula. Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn mendadak. Persoalannya, apakah langkah- langkah mengatasi masalah yang menjadi duri dalam daging bagi negara kita? Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
  • 11. Type text] HBHE 3103 11 Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Seterusnya, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermaslah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi maslah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat diatasi. Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Partikel yang mempunyai bahan kimia iaitu penyebab jerebu boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kesannya, pelbagai penyakit wujud terutama yang melibatkan penyakit salur pernafasan seperti asma dan konjunktivitis serta mengancam golongan yang berisiko dan mereka yang mengalami alahan kepada udara yang tidak sihat. Oleh kerana jerebu berbahaya kepada kesihatan manusia, maka nasihat dan perlindungan daripada bahaya jerebu amat penting diikuti oleh masyarakat. Kandungan jerebu dan kesannya amat signifikan kepada masyarakat dalam jangkamasa pendek dan panjang bagi
  • 12. Type text] HBHE 3103 12 kehidupan yang sihat. Jerebu memberi kesan terhadap kesihatan seseorang terutama kepada golongan tertentu yang berisiko tinggi iaitu : orang tua , kanak-kanak, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar rumah, golongan berpenyakit seperti asma, bronchitis, radang paru-paru ,penyakit paru-paru yang kronik, penyakit jantung, alahan Untuk maklumat para hadirin , kesan-kesan yang akan di alami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah : Gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk. sukar bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan sakit-sakit dada Justeru, langkah pencegahan perlu di ambil apabila terdapat tanda-tanda tersebut bagi mengelak diserang penyakit yang boleh membawa maut. Di antara langkah-langkah pencegahan tersebut ialah : Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. Penutup hidung hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu.Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • 13. Type text] HBHE 3103 13 Tidak merokok di dalam rumah terutamanya mereka yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. Antara langkah yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian. Kedua, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan. Ketiga, jerebu boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Keempat, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas yang berlebihan dapat dilakukan.
  • 14. Type text] HBHE 3103 14 Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Hadirin yang dikasihi, Sebagai penutup bicara, jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada manusia. Fenomena jerebu yang disebabkan oleh proses alam semula jadi tidaklah menyebabkan jerebu yang buruk berbanding dengan jerebu yang disebabkan oleh aktiviti manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan persis kata orang tua-tua, “sebelum nasi menjadi bubur”. Sekiranya masalah jerebu tidak mendapat perhatian ramai, nescaya generasi yang akan datang ketandusan nilai cinta akan alam sekitar. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat hidup dengan selamat. Tidak gunanya kita meratapi kehilangannya suatu ketika nanti jika langkah- langkah pencegahan tidak dimulakan dan dilakukan dari sekarang kerana pepatah melayu ada berbunyi, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan penduduk di rantau ini. Semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan sesebuah negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju'. Sekian ,terima kasih. Sampai disinilah ucapan ceramah saya pada pagi yang mulia ini. Bahan Rujukan Internet : Aifen(2011) Koleksikarangan Jerebu .Dicapai dari lamanweb
  • 15. Type text] HBHE 3103 15 http://bmngaifen.blogspot.com/2011/10/koleksi-internet-karangan-jerebu.html AzharSalleh(2009) Punca fenomena jerebu.Dicapai dari lamanweb http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/03/karangan-punca-fenomena- jerebu.html BencanaJerebu;Kesan pembakaran terbuka (2009) Dicapai dari lamanweb http://institutsmat.blogspot.com/2009/12/jerebu_15.html Geografi STPM , Jerebu . Dicapai dari lamanweb http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html KalsomBinti Haron.( 2013) Langkah-langkahmengatasi jerebu.Dicapai dari lamanweb http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-17-langkah-langkah.html KalsomBinti Haron.( 2013) Kesan-kesan negatif jerebu .Dicapai dari lamanweb http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-16-kesan-kesan-negatif-jerebu.html Ng Ai Fen.(2011) Bencana alamdi Malaysia.Dicapai dari lamanweb http://forum.engkabang.net/index.php?topic=47221.0 TempoyakMa Sin.(2013) Jerebu.Dicapai dari lamanweb http://tempoyakduriangoreng.blogspot.com/2013/06/jerebu.html Ust.Kazim.(2011) Apakah jerebu.Dicapai dari lamanweb http://bernama548.blogspot.com/2011/07/apakah-jerebu.html