Unlocking the Power of ChatGPT and AI in Testing - A Real-World Look, present...
Document
1. kesan-kesan jerebu
Terdapat banyak kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan kesihatan
manusia yang paling ketara ahíla terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit
asma, sakit kerongkong, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Bagi
haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan
yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Teranakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang
memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar
kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti perkhidmatan udara
dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.
Risiko kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di jalan
raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang
paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama
hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan
semua sekolah terpaksa ditutup.
Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan.
Selimut jerebu ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas
fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan
asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai
keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem
akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.