SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
1
`
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
________________________________________________________________________
HBHE 3103
GAYA HIDUP SIHAT
MEI 2016
________________________________________________________________________
TUGASAN:
1. TEKS CERAMAH JEREBU
2. POWER POINT
3. REFLEKSI 5 ARTIKEL BERKENAAN BENCANA JEREBU
NAMA : MOHD SHARUL ANUARBIN ABD AZIZ
NO. MATRIKULASI : 810210065801001
NO. KAD PENGNEALAN : 810210065801
NO. TELEFON : 0199906690
E-MEL : raunags@gmail.com
TUTOR : EN.AZHAR BIN ARIFFIN
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB
2
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 TEKS UCAPAN 1-8
3.0 PERSEMBAHAN POWER POINT 9-12
4.0 REFLEKSI ARTIKEL 13- 24
5.0 RUJUKAN 25
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
1
1
1.0 PENDAHULUAN
Jerebu di negara kita bukanlah satu fenomena yang baru. Namun terdapat sebahagian populasi
di negara ini yang tidak mengendahkan kesan jerebu kepada mereka dan tidak mengambil
langkah-langkah keselamatan. Tabiat buruk ini menjadi ikutan kepada kanak-kanak walaupun
terdapat pelbagai amaran dan peringatan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib apabila
berlaku jerebu.
Kementerian Pendidikan juga telah menggariskan beberapa langkah serta merta bagi mengatasi
masalah jerebu. Malahan pihak sekolah juga telah mengadakan pelbagai program ‘ad hoc’
untuk mengatasi masalah ini. Salah satu daripada aktiviti yang boleh dijalankan adalah memberi
ceramah kepada para pelajar dan ibu bapa. Dalam tugasan ini
2.0 TEKS UCAPAN
JEREBU, PUNCA-PUNCA, KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR, LANGKAH-
LANGKAH KESELAMATAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGATASINYA.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis, yang berusaha Tuan guru besar SK. Penjom
Timur, rakan-rakan guru, ibubapa dan murid-murid sekalian. Bersempena dengan sambutan Hari
Alam Sekitar peringkat sekolah , saya ingin berkongsi maklumat bersama semua warga dalam
ceramah saya yang bertajuk “Jerebu.”
Hadirin yang di kasihi sekalian,
Tahukah anda apa itu jerebu? Apakah yang kita tahu tentang Jerebu?
Menurut kamus dewan edisi keempat jerebu boleh ditakrifkan sebagai kabut yang bercampur
debu dan terapung-apung di atmosfera sehingga menyebabkan pemandangan menjadi kabur dan
kotor. Jerebu juga ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-
partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-
partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
2
2
manusia. Apabila ia wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, pancaran matahari
kebumi boleh tersekat. Ini menyebabkan jarak pengelihatan mata kasar menjadi kurang dan
rendah.
Warga sekolah yang dikasihi,
Jerebu mengandungi pelbagai jenis bahan dan ia boleh menjejaskan kesihatan antaranya ialah
partikulat rampai, sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrigen dioksida dan plumbum.
Partikulat terampai boleh didapati dalam asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu
letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji
tenaga dan kilang. Sulfur dioksida pula berpunca daripada letusan gunung berapi, loji tenaga,
industri berat dan enjin diesel. Penggunaan bahan api fosil untuk aktiviti pada loji tenaga,
industri dan sebagai penggerak kenderaan khususnys diesel dan berplumbum juga menghasilkan
karbon monoksida. Nitrogen dioksida pula dihasilkan oleh loji tenaga, industri berat dan
kenderaan bermotor. Tidak terkecuali penghasilan plumbum atau merkuri dalam industri tertentu
juga antara penyebab terjejasnya kesihatan manusia.
Hadirin yang di hormati,
Seperti yang kita ketahui, keadaan jerebu yang di alami oleh negara Malaysia terutama di
bahagian semenanjung adalah sangat membimbangkan. Apakah penyebabnya? Segalanya adalah
disebabkan berlakunya kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Pemantauan oleh
Pusat Meterologi Indonesia mendapati terdapat 123 titik panas di Sumatera ketika ini.
Selain itu, faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk
monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke semenanjung
dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau
akan berlaku dalam tahun ini.
Daripada peristiwa tersebut, kita boleh membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan
melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang
menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
3
3
berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan
jerebu yang teruk.
Hadirin yang dihormati
Masalah jerebu berpunca daripada beberapa kegiatan manusia. Kegiatan pertama adalah melalui
pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti
yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini. Walaupun atas nama
pertanian, kegiatan tersebut membawa masalah yang besar di kemudian hari.
Kegiatan yang kedua pula adalah kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang
batu sebagai bahan api . Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Selain itu, proses-proses dalam industri juga akan
menyingkirkan bahan bahan yang tercemar ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah
Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang di Selangor.
Selain itu, industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahan-bahan
buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu
biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur
dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke
udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.
Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan
pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
Hadirin sekalian,
Faktor semulajadi juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jerebu . Contohnya fenomena
El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi
berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada
masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering. Hal ini akan
memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya,
asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan
yang berjerebu.
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
4
4
Selain El-Nino, jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung
berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963. Letusan gunung berapi
pada tahun tersebut telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara.
Para hadirin yang di kasihi,
Jerebu boleh berlaku bukan hanya di sebabkan oleh industri besar mahupun semula jadi.
Kegiatan seharian kita juga boleh menyebabkan berlakunya jerebu Contohnya, pembakaran
secara terbuka, asap rokok dan asap dari kenderaan. Di sini saya ingin menyeru anda semua
supaya menghindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu.
Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian,
Di Malaysia Indeks Pencemaran Udara (IPU) digunakan untuk mengukur tahap kebersihan
udara di sekeliling kita. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke
bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur
dioksidadan nitrogen dioksida . IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara
statusnya adalah seperti berikut :-
NILAI IPU STATUS
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya
Kita hendaklah peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa seperti
akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat sendiri supaya
dapat mengambil langkah - langkah pencegahan yang sewajarnya dengan segera.
Hadirin yang dihormati,
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan risiko kesihatan yang tinggi sehingga boleh
mengancam nyawa. Beberapa golongan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
5
5
disebabkan oleh jerebu ialah kanak-kanak,orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di
luar pejabat atau rumah dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang
paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung,alahan
Gas-gas yang terdapat dalam jerebu boleh mendatangkan kesan kesihatan keatas tubuh manusia
penghasilan gas Karbon monoksida yang melebihi had sepatutnya akan melemahkan
pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Ia juga
mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik.
Kandungan seterusnya ialah gas sulfur dioksida. Gas ini akan meruncingkan lagi masalah
penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis . Ia juga mengganggu saluran pernafasan
pengidap penyakit asma dan batuk.
Selain itu, gas nitrogen dioksida yang terdapat dalam jerebu akan merangsang hidung
dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Gas ini juga akan meningkatkan jangkitan
penyakit melalui udara. Plumbum pula akan merosakkan sistem saraf dan otak seseorang.
Partikulat terampai akan menjadikan penyakit paru-paru dan jantung bertambah parah, ia juga
mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru
terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik. Selain itu jerebu juga menyebabkan
kegatalan pada mata dan kulit. Jika terlalu serius ia akan memberikan kesan yang panjang
terhadap kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling ketara yerhadap manusia
ialah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong,
pneumonia atau pun radang paru-paru dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Jerebu juga boleh mengurangkan jarak pengelihatan. Pengurangan jarak penglihatan membawa
masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Pada tahun 1997, negeri Sarawak
merupakan negeri yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak
diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti
ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup.
Aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta perjalanan darat juga turut terganggu. Disebabkan
oleh jarak pengelihatan yang terhad, risiko kemalangan diudara, air dan darat semakin besar.
Disebabkan untuk menjamin keselamatan banyak perjalanan pengangkutan telah ditangguh. Ini
turut menjejaskan ekonomi negara.
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
6
6
Hadirin yang dimuliakan,
Selain dari memudaratkan kesihatan manusia terdapat kesan-kesan lain jerebu terhadap haiwan
dan tumbuhan. Haiwan akan sakit dan pertumbuhan tumbuhan akan terbantut. Bagi haiwan,
kesihatan mereka boleh terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang
diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang
memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan.
Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses
fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan.
Ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi,
Selimut jerebu ini biasanya akan hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada
hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan. Ia akan
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Hadirin yang bijaksana,
Jerebu adalah sangat bahaya sekiranya kita terdedah secara terus tanpa perlindungan. Kesan-
kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah pertamanya
terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Keduanya, terasa sukar untuk
bernafas atau sesak nafas. Kemudian, mata terasa pedih dan berair. Seterusnya, hidung berair dan
kerap bersin. Tanda ke lima pula ialah kulit badan terasa gatal-gatal dan kesan terakhir ialah
terasa sakit dada. Jika ada antara hadirin yang menghadapi tanda-tanda tersebut semasa musin
jerebu ini. Sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran dengan segera.
Hadirin yang budiman,
‘Cegah Sebelum Parah’ inilah kata-kata hikmat yang perlu kita ingati. Tindakan awal pasti boleh
menyelamatkan nyawa. Terdapat banyak tindakan yang boleh diambil Mereka yang mengalami
penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-
paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
7
7
buruk. Seterusnya kepada mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa
mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor.
Penunggang motorsikal atau basikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-
tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah
menggunakan penutup muka (nasal mask). Kepada Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu
bapa yang sudah tua dan sanak saudara yang berpenyakit perlu elakkan merokok di dalam
rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah dan
mengurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila
gunakannya.
Paling penting ialah sentiasa meminum air dalam kuantiti yang banyak. Dan sekiranya keadaan
jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka adalah dinasihatkan mengambil cuti di luar
kawasan yang berjerebu
Hadirin yang di hormati sekalian,
Di Malaysia, kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak yang berwajib sudah semakin
meningkat. Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kesejahteraan
alam sekitar dan kualiti hidup kita. Untuk mengatasi masalah jerebu ini semua pihak wajib
bekerjasama agar bumi yang tercinta ini dapat dinikmati generasi akan datang. Antara tindakan
yang perlu di laksanakan adalah pertamanya, Penguatkuasaan undang-undang. Kilang-kilang
diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah
ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap
syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang
telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini.
Ke dua, Pendidikan alam sekitar.Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains,
diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap
oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi
daripada fenomena cuaca seperti jerebu.
Ketiga, Kempen kesedaran alam sekitar.Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan
(NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
8
8
melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai
alam sekitar.
Ke empat, Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. Walaupun hujan yang turun
merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu. Udara akan kembali bersih
selepas berlakunya hujan.
Ke lima, Penggunaan petrol tanpa plumbum.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon
kenderaan yang mencemarkan udara.
Ke enam, Penggunaan catalytic converter.Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan
pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.
Ke tujuh, memakai topeng muka. Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk
dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan.
Ke lapan, kempen kitar semula. Melalui kempen kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian
boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh
dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan
perabot seperti meja dan kerusi.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Berdasarkan ceramah saya tentang jerebu ini, saya berharap agar kita dapat mengambil iktibar
daripada peristiwa yang telah berlaku di negara ini, dan juga peristiwa-peristiwa yang telah
berlaku di luar negara. Sejarah yang buruk mungkin akan berulang jika kita alpa untuk
menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang perihatin. Marilah kita sama-sama menjaga
alam sekitar, bersikap penyayang dan sentiasa berwaspada supaya tiada seorang pun di kalangan
kita pada hari ini akan menerima akibat buruk daripada jerebu.
Sekian, terima kasih.
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
9
9
3.0 PERSEMBAHAN POWER POINT.
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
10
10
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
11
11
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
12
12
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
13
13
4.0 REFLEKSI DARI 5 ARTIKEL
Artikel 1
ARKIB : 01/07/2013
Tiganegarabincangisujerebu
KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang
lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan
ketiga-tiga buah negara sejak beberapa minggu lalu.
Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang
diusahakan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-46 di Bandar Seri
Begawan di Brunei semalam.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya
dari Indonesia dan Singapura Dr. RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam.
Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-ASEAN, Kementerian Luar di sini
hari ini, antara cara yang praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu itu yang dibincangkan dalam
mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu
Merentas Sempadan.
"Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa
berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan
sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu. -
BERNAMA
Sumber Bahan :
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiga-negara-
bincang-isu-jerebu
© Utusan Melayu (M) Bhd
Refleksi Artikel 1
Kita perlu menerima hakikat bahawa bencana jerebu yang melanda Malaysia , Indonesia dan
Singpura hanya dapat diatasi dengan berkesan melalui semangat kerjasama serantau dengan
ikhlas.Tiada guna untuk menuding jari dan menuduh antara satu sama lain dalam isu jerebu
yang melibatkan tiga negara tersebut.
Melalui mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN merupakan salah satu saluran yang proaktif dan
pratikal dalam mengatasi masalah jerebu yang telah melanda negara-negara ASEAN sekian
lamanya.Harapan semua pihak mencapai kata sepakat dalam mengoperasikan Perjanjian
Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
14
14
Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan
pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari
segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk
menangani masalah ini.
Syarikat-syarikat Malaysia dan Singapura yang beroperasi di Indonesia pula perlu mematuhi
undang-undang Indonesia dalam isu pembakaran hutan secara terbuka .Pihak Indonesia dan
Malaysia boleh mengambl tindakan tegas seperti menamatkan permit syarikat tersebut jika
dapati mereka melanggar undang-undang pencemaran alam sekitar.
Artikel 2
Jerebu jejas mata pencarian nelayan tradisional di Selangor
2013/06/26 - 14:09:07 PMCetakEmel Kawan
SHAH ALAM: Bencana jerebuyang melanda beberapanegeri sekarang bukan saja mengancam
kesihatan rakyat tetapi juga menjejaskanpendapatan sesetengahgolongan,khususnyanelayan
tradisional.
Persatuan NelayanKuala SelangormemberitahuBERNAMA kira-kira 1,000 anggotanya terjejas
pendapatan berikutanbencana itu.
Pengerusinya,Omar Abdul Rahman, berkata pihaknya meminta bantuan daripada kerajaan negeri
namun masih belummenerimamaklum balas.
“Persatuanjuga meminta KementerianPertaniandan Industri Asas Tani menimbangcadangan
menaikkan elaunsara hidupnelayan dari RM200 sekarang ke RM400 sebulanbagi mengurangkan
beban mereka,” katanya.
Sementara itu,Pegawai PerikananSelangor, Saufi Affandi Talib berkata, jarak penglihatanyang terhad
menyukarkan dan membahayakan kebanyakan nelayantradisional yang menggunakansampan dan
bot kecil untuk keluar dan masuk ke kuala ataupun pangkalan.
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
15
15
"Sesetengahnelayanhanya beroperasi menangkapikan di pesisirpantai sekitar satu hingga dua batu
nautika dari pantai ketika ini," katanya kepada BERNAMA, hari ini.
Sauffi Affandi berkata, nelayanjuga bolehterlanggar pukat hanyut kerana keadaan berjerebu
menyebabkanmereka tidak dapat melihatpelampungpenanda.
Sehubunganitu beliaumenasihatkannelayan yang ingin ke laut ketika jerebuini supaya mengambil
langkah keselamatandengan membawa bersama jaket keselamatan,lampu suluhdan keperluanlain.
Kualiti udara di kebanyakan tempat di Selangorsehinggajam 7 pagi hari ini adalah pada tahap tidak
sihat.
PelabuhanKlang setakat ini mencatatkan Indeks PencemaranUdara (IPU) tertinggi pada 140
berbandingkawasan laindi Selangor.
Kawasan lainyang turut mencatatkan IPUtidak sihat ialah Kuala Selangor(134), PetalingJaya (111),
Banting (114) dan Shah Alam (118).
Jerebuasap daripada kebakaran di Sumatera dibawa anginkencang yang bertiupdari arah barat daya
atau barat, menjejaskankualiti udara sebahagian kawasan di Selangor, Johor dan Melaka. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/articles/JerebujejasmatapencariannelayantradisionaldiSelangor/Article/
Refleksi Artikel 2
Kesan jerebu kepada subsektor perikanan boleh dibahagikan kepada 2 kesan utama:
Kesan Jangka Pendek
Kerugian kepada nelayan berdasarkan bilangan hari tidak dapat keluar menangkap ikan kerana
faktor penglihatan yang terhad. Contohnya, nelayan di daerah Muar mengalami kerugian
dianggar sebanyak RM100 sehari apabila tidak dapat keluar menangkap ikan.
Jumlah kerugian yg dianggarkan untuk subsektor perikanan adalah sebanyak RM1,285,200
untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yang dijangka dihadapi oleh
kira-kira 3,285 orang nelayan di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu.
Kesan Jangka Panjang
Kesan ke atas ekosistem perairan laut akibat kurang cahaya matahari yang akan menjejaskan
pertumbuhan plankton yang seterusnya akan menjejaskan rantaian makanan dalam ekosistem
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
16
16
tersebut. Bagaimanapun jerebu biasanya belaku dalam tempoh yang singkat dan sementara. Oleh
itu kesan secara keseluruhannya kepada eksosistem primer di laut adalah kecil.
Selain itu ,antara industri lain yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan.
Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif
jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Pelancong asing tidak lagi mahu
datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan.
Malahan keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor
perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang,
kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus
diberhentikan.
Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini
merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos
tinggi tanpa pulangan yang diharapkan.
Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil
untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini.
Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek
jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan
hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa
ditanggung masyarakat.
Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri
mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya.
Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan
menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh
tangan-tangan manusia. Semua pihak perlu memandang serious kesan jerebu keatas ekonomi
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
17
17
Negara dan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini ke akar
umbi.
Artikel 3
mStar Online > BERITA
Saturday June 16, 2012
Jerebu Di Lembah Klang Dijangka Lebih
Buruk
Oleh TEH ENG HOCK, REGINA LEE
PETALING JAYA: Jerebu kembali melanda Semenanjung Malaysia dengan empat kawasan
mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Lembah Klang dan bakal menjadi lebih
buruk.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, jerebu disebabkan beberapa 'kawasan panas' yang terletak di
tengah pulau Sumatra, Indonesia.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa Indonesia, kedua-duanya menjangkakan keadaan
bertambah buruk dengan musim panas dan kering di daerah Riau Sumatra yang mana keadaan ini
akan sampai ke kemuncaknya dalam tempoh dua minggu akan datang.
Kualiti udara di Lembah Klang merosot secara progresif pada Jumaat dengan empat kawasan
mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat sehingga pukul 5 petang.
Lokasi ini ialah Pelabuhan Klang (147), Kuala Selangor (129), Shah Alam (120) dan Cheras (105).
Kebanyakan daripada 51 kawasan yang dipantau oleh JAS juga menunjukkan peningkatan, dengan
beberapa tempat di lembah Klang dan Kinta menghampiri pinggir bacaan IPU tidak sihat, lebih dari
100.
JAS mengklasifikasikan bacaan IPU antara 0 dan 50 sebagai Baik, 51-100 (sederhana), 101-200
(tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan lebih dari 301 sebagai berbahaya.
"Dengan cuaca yang agak kering di beberapa bahagian utara dan pantai timur negeri-negeri di
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
18
18
Semenanjung, jerebu dijangka akan berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata J
AS dalam satu kenyataan.
Akhbar harian Indonesia The Jakarta Post, baru-baru ini melaporkan kebakaran hutan dan tanah
gambut di daerah ini telah menyebabkan jerebu dan dijangka lebih banyak kebakaran akan berlaku
.Laporan imej satelit yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan
peningkatan kawasan panas di Sumatera daripada 67 pada Selasa kepada 122 pada Rabu.
Pusat ini juga melaporkan penurunan dalam bilangan kawasan panas di daerah Riau kerana awan
melindungi satelit tetapi menyatakan bahawa angin barat telah meniup jerebu ke arah Semenanjung
Malaysia.
Sementara itu, JAS telah mengaktifkan pelan tindakan untuk mengawal pembakaran terbuka serta
meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.
Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran, Jabatan Meteorologi juga melaporkan bahawa hampir seluruh
negara berisiko tinggi mengalami kebakaran akibat cuaca panas dan kering.
Carta FFMC di laman web jabatan memberi nilai potensi kebakaran di kebanyakan bahagian negara
ini sebagai "melampau".
Kod, yang merupakan penarafan berangka bagi kandungan lembapan sampah sarap dan bahan api
lain (rumput, semak, daun kering), digunakan sebagai penunjuk potensi bermulanya kebakaran dan
tersebar di sesuatu kawasan.
Ia dipengaruhi oleh suhu, kelembapan relatif, hujan dan kelajuan angin
Di Selangor, satu kes kebakaran dicatatkan semalam di Pulau Kempas, Kuala Langat, di mana
bomba berjaya meletakkannya di bawah kawalan.
Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata rakyat perlu minum
lebih banyak air manakala pesakit yang berisiko tinggi dengan masalah pernafasan perlu
mendapatkan rawatan awal jika gejala semakin membimbangkan.
Beliau juga menggesa orang ramai untuk melawat laman web Kementerian Kesihatan di
www.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat kesihatan untuk menghadapi jerebu.
© 1995-2012 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D)
Sumber Rujukan :
http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061...
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
19
19
Refleksi Artikel 3 :
Isu jerebu melanda Semenanjung Malaysia telah berlanjutan hampir lima belas tahun. Sejak
kebelakangan ini apabila menjelang bulan Jun dan Julai rakyat Malaysia terpaksa menghadapi
masalah jerebu akibat dari punca utama iaitu pembakaran hutan di Indonesia. Malahan keadaan
jerebu menjadi semakin teruk setiap tahun kesan dari musim cuaca yang panas dan kering .Pihak
berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlu bertindak tegas untuk mengawal pembakaran
terbuka serta penguatkuasa ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang.
Orang ramai juga pula prihatin tentang isu jerebu dan jangan ambil mudah menganggap masalah
jerebu merupakan perkara yang biasa dan remeh sahaja kerana setiap tahun akan berulang
dengan masalah yang sama dan akan menjadi reda atau kian dilupai selepas beberapa bulan
kemudian. Bak kata pepatah “ sediakan payung sebelum hujan ” maka kita perlu ambil tindakan
yang proaktif dalam mengatasi masalah jerebu.Menjalankan programm mendidikan rakyat jelata
supaya menghargai dan memelihara alam sekitar merupakan tindakan yang paling berkesan
dalam menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti mengambil jalan mudah
dalam pembakaran hutan dan pembakaran terbuka. .
Artikel 4
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
20
20
Refleksi Artikel 4
Masalah jerebu yang memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar juga menjejaskan
aktiviti harian manusia. Apabila Indeks Pencemaran Udara mencapai tahap berbahaya iaitu
melebihi 300, Kementerian Kesihatan akan menasihatkan Kementerian Pendidikan Malaysia
supaya tutup sekolah demi kesihatan dan keselamatan murid-murid dan warga sekolah.
Pada 24 Jun 2013 dilaporkan banyak 1817 buah sekolah ditutup ekoran krisis jerebu yang
semakin kritikal dan telah mencapai tahap amat berbahaya.Kawasan yang terlibat ialah
Muar,Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan.
Pada kawasan yang pada tahap kritikal pula seperti di BatuBahat, Johor ,jabatan pendidikan
telah mengarahkan supaya tutup sekolah selama dua hari dan perlu ada kelas gantian.
Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan Malaysia
juga memaklumkan bahawa ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika
bimbang kesihatan anak mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang. Beliau juga meminta
pihak sekolah mematuhi dan selalu merujuk pada arahan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
21
21
Pendidikan Daerah mengenai status terkini jerebu mengenai keperluan penutupan sekolah serta
pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid.
Sebagai seorang guru disekolah ,kami telah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah dan
aktiviti kokurikulum bagi menjamin kesihatan murid. Pihak sekolah juga memaklumkan kepada
murid tentang bahaya jerebu dan memberitahu cara menjaga kesihatan diri semasa jerebu.Guru
besar juga meminta semua guru supaya lebih prihatin terhadap keadaan kesihatan murid
terutamanya murid yang mempunyai masalah asma dan sistem pernafasan.
.
Artikel 5
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
22
22
© Utusan Melayu (M) Bhd
Sumberbahan:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/Jerebu-Semua-sekolah-di-KL-
Selangor-diarah-tutup-esok
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
23
23
Refleksi Artikel 2:
Masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia selama lebih kurang sebulan akhirnya dijangka
beransur pulih.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatakan penurunan di kebanyakan
kawasan. Keadaan jerebu berada dalam tahap terkawal dan kualiti udara dilaporkan dalam
keadaan sederhana dan baik berbanding dengan keadaan sebelumnya. Menurut juruckap Jabatan
Alam Sekitar (JAS),ramalan hujan akan memulihkan keadaan jerebu yang diakibatkan oleh
partikel halus terampai di udara selain pengawalan pembakaran terbuka.
Pada keadaan kritikal apabila terjadi pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia lalu
mencetus bencana jerebu yang teruk di Malaysia dan Singapura, pembakaran terbuka merupakan
satu isu yang menjadi salah satu faktor punca masalah jerebu bertambah buruk di negara kita.
Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran
terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan
sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh
pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada
individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan
pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk
membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah
semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri
bahan buangan kilang mereka.
Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat
sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran
terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini
nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan
kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Diharap walaupun selepas masalah jerebu pulih , rakyat Malaysia perlu peka dan elak dari
melakukan tabiat yang buruk tersebut. Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
24
24
dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar
dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.
HBHE3103
GAYA HIDUP SIHAT
25
25
5.0 Rujukan:
Diambil daripada http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2013/06/punca-jerebu-di-
semenanjung-malaysia.html pada 13 Mei 2016.
Diambil daripada http://sifuliterapi.wordpress.com/2013/06/25/penyakit-kesan-jerebu/ pada 13
Mei 2016
Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu pada pada 13 Mei 2016
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/Jerebu-Semua-sekolah-di-
KL-Selangor-diarah-tutup-esok. Muat turun pada 25 jun 2016
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiga-negara-bincang-isu-
jerebu muat turun pada 25 jun 2016
http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061...
Muat turun pada 28 Jun 2016

More Related Content

Viewers also liked

Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatSok Moi Lee
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupZana Idsar
 
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanWan Suhaimi Wan Setapa
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantungkakapalapes
 
Mise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forte
Mise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forteMise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forte
Mise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forteSylvain Maret
 
Presentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidad
Presentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidadPresentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidad
Presentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidadIEBS Business School
 
Semana 2 actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - ges
Semana 2   actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - gesSemana 2   actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - ges
Semana 2 actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - gesSea Experto
 
Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...
Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...
Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...olsonqswrkyjwxq
 
Story To Reflect Upon 25,26
Story To Reflect Upon 25,26Story To Reflect Upon 25,26
Story To Reflect Upon 25,26OH TEIK BIN
 
Media Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-Adaptive
Media Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-AdaptiveMedia Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-Adaptive
Media Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-AdaptiveMBrainDE
 
Pal oil mill machines
Pal oil mill machinesPal oil mill machines
Pal oil mill machinesMusa Sabri
 

Viewers also liked (20)

Hbhe 3103
Hbhe 3103Hbhe 3103
Hbhe 3103
 
Cara hidup sihat
Cara hidup sihatCara hidup sihat
Cara hidup sihat
 
Hbhe31039pk)
Hbhe31039pk)Hbhe31039pk)
Hbhe31039pk)
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Konsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidupKonsep kesihatan & gaya hidup
Konsep kesihatan & gaya hidup
 
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan KesejahteraanModul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
Modul Pembelajaran Kesihatan dan Kesejahteraan
 
Gaya hidup sihat
Gaya hidup sihatGaya hidup sihat
Gaya hidup sihat
 
Group 4 dectar ukm
Group 4   dectar ukmGroup 4   dectar ukm
Group 4 dectar ukm
 
50508576 padi
50508576 padi50508576 padi
50508576 padi
 
Sistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular JantungSistem Kardiovaskular Jantung
Sistem Kardiovaskular Jantung
 
Mise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forte
Mise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forteMise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forte
Mise en œuvre d’une solution biométrique d’authentification forte
 
Presentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidad
Presentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidadPresentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidad
Presentación Pacto de Socios para certificado de profesionalidad
 
Semana 2 actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - ges
Semana 2   actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - gesSemana 2   actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - ges
Semana 2 actividad 2.2 función de un lms - josé jaime ruiz - ges
 
Conor2011
Conor2011Conor2011
Conor2011
 
Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...
Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...
Name one gay club/bar for each of these global cities? And a little descripti...
 
Story To Reflect Upon 25,26
Story To Reflect Upon 25,26Story To Reflect Upon 25,26
Story To Reflect Upon 25,26
 
Media Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-Adaptive
Media Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-AdaptiveMedia Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-Adaptive
Media Monitoring als Erfolgsfaktor - Beispiel M-Adaptive
 
Informatica bb 2011
Informatica bb 2011Informatica bb 2011
Informatica bb 2011
 
Pal oil mill machines
Pal oil mill machinesPal oil mill machines
Pal oil mill machines
 

Similar to hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziZauhari Hussein
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara Nur Syafika
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Muhammad Zhahir
 
Jerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaJerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaBiani Mawal
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalexraiderz
 
Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3Syed AnWar
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarRosdi Ramli
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalIZZATUL AMIRA
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Nur Syafiqah
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalTugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalfaizalnizam3
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentationFara Dila
 

Similar to hbhe gaya hidup sihat-Jerebu (20)

Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudziTemplet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi
 
Jerebuh
JerebuhJerebuh
Jerebuh
 
Pencemaran udara
Pencemaran udara Pencemaran udara
Pencemaran udara
 
Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar Pencemaran Alam Sekitar
Pencemaran Alam Sekitar
 
Model Latih Tubi 2
Model Latih Tubi 2Model Latih Tubi 2
Model Latih Tubi 2
 
Jerebu Di Malaysia
Jerebu Di MalaysiaJerebu Di Malaysia
Jerebu Di Malaysia
 
Pencemaran
PencemaranPencemaran
Pencemaran
 
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan globalSTAG 3073 Krypton : Pemanasan global
STAG 3073 Krypton : Pemanasan global
 
Alanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 kAlanna farisha 2 k
Alanna farisha 2 k
 
Bm tahun 3
Bm tahun 3Bm tahun 3
Bm tahun 3
 
Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3Tapak pembelajaran h3
Tapak pembelajaran h3
 
Pencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitarPencemaran alam sekitar
Pencemaran alam sekitar
 
Isu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran SemasaIsu dan Cabaran Semasa
Isu dan Cabaran Semasa
 
Tugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan globalTugasan 6 pemanasan global
Tugasan 6 pemanasan global
 
Lmcp1532 tugasan 6
Lmcp1532 tugasan 6Lmcp1532 tugasan 6
Lmcp1532 tugasan 6
 
Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)Pulau haba (tingkatan 1)
Pulau haba (tingkatan 1)
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan globalTugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
Tugasan 6 bandar terjejas dengan pemanasan global
 
Pbl presentation
Pbl presentationPbl presentation
Pbl presentation
 

More from Sharul Anuar Abd Aziz (10)

Pertolongan cemas
Pertolongan cemasPertolongan cemas
Pertolongan cemas
 
Assembly script
Assembly scriptAssembly script
Assembly script
 
Sesi taklimat ragbi
Sesi taklimat ragbiSesi taklimat ragbi
Sesi taklimat ragbi
 
Suratmintasumbangan ragbi tshirt
Suratmintasumbangan ragbi tshirtSuratmintasumbangan ragbi tshirt
Suratmintasumbangan ragbi tshirt
 
Suratmintasumbangan ragbi
Suratmintasumbangan ragbiSuratmintasumbangan ragbi
Suratmintasumbangan ragbi
 
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balinghbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
 
Surat sumbangan
Surat sumbanganSurat sumbangan
Surat sumbangan
 
Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222Undanng2222222222222222
Undanng2222222222222222
 
Sukanbaru2013
Sukanbaru2013Sukanbaru2013
Sukanbaru2013
 
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgsKertas kerja liga ragbi tertutup skgs
Kertas kerja liga ragbi tertutup skgs
 

Recently uploaded

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (12)

SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

hbhe gaya hidup sihat-Jerebu

  • 1. 1 ` FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ________________________________________________________________________ HBHE 3103 GAYA HIDUP SIHAT MEI 2016 ________________________________________________________________________ TUGASAN: 1. TEKS CERAMAH JEREBU 2. POWER POINT 3. REFLEKSI 5 ARTIKEL BERKENAAN BENCANA JEREBU NAMA : MOHD SHARUL ANUARBIN ABD AZIZ NO. MATRIKULASI : 810210065801001 NO. KAD PENGNEALAN : 810210065801 NO. TELEFON : 0199906690 E-MEL : raunags@gmail.com TUTOR : EN.AZHAR BIN ARIFFIN PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN MENTAKAB
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 TEKS UCAPAN 1-8 3.0 PERSEMBAHAN POWER POINT 9-12 4.0 REFLEKSI ARTIKEL 13- 24 5.0 RUJUKAN 25
  • 3. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 1 1 1.0 PENDAHULUAN Jerebu di negara kita bukanlah satu fenomena yang baru. Namun terdapat sebahagian populasi di negara ini yang tidak mengendahkan kesan jerebu kepada mereka dan tidak mengambil langkah-langkah keselamatan. Tabiat buruk ini menjadi ikutan kepada kanak-kanak walaupun terdapat pelbagai amaran dan peringatan yang dikeluarkan oleh pihak yang berwajib apabila berlaku jerebu. Kementerian Pendidikan juga telah menggariskan beberapa langkah serta merta bagi mengatasi masalah jerebu. Malahan pihak sekolah juga telah mengadakan pelbagai program ‘ad hoc’ untuk mengatasi masalah ini. Salah satu daripada aktiviti yang boleh dijalankan adalah memberi ceramah kepada para pelajar dan ibu bapa. Dalam tugasan ini 2.0 TEKS UCAPAN JEREBU, PUNCA-PUNCA, KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR, LANGKAH- LANGKAH KESELAMATAN DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada saudara pengerusi majlis, yang berusaha Tuan guru besar SK. Penjom Timur, rakan-rakan guru, ibubapa dan murid-murid sekalian. Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar peringkat sekolah , saya ingin berkongsi maklumat bersama semua warga dalam ceramah saya yang bertajuk “Jerebu.” Hadirin yang di kasihi sekalian, Tahukah anda apa itu jerebu? Apakah yang kita tahu tentang Jerebu? Menurut kamus dewan edisi keempat jerebu boleh ditakrifkan sebagai kabut yang bercampur debu dan terapung-apung di atmosfera sehingga menyebabkan pemandangan menjadi kabur dan kotor. Jerebu juga ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel- partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel- partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti
  • 4. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 2 2 manusia. Apabila ia wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, pancaran matahari kebumi boleh tersekat. Ini menyebabkan jarak pengelihatan mata kasar menjadi kurang dan rendah. Warga sekolah yang dikasihi, Jerebu mengandungi pelbagai jenis bahan dan ia boleh menjejaskan kesihatan antaranya ialah partikulat rampai, sulfur dioksida, karbon monoksida, nitrigen dioksida dan plumbum. Partikulat terampai boleh didapati dalam asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi, perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga dan kilang. Sulfur dioksida pula berpunca daripada letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel. Penggunaan bahan api fosil untuk aktiviti pada loji tenaga, industri dan sebagai penggerak kenderaan khususnys diesel dan berplumbum juga menghasilkan karbon monoksida. Nitrogen dioksida pula dihasilkan oleh loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor. Tidak terkecuali penghasilan plumbum atau merkuri dalam industri tertentu juga antara penyebab terjejasnya kesihatan manusia. Hadirin yang di hormati, Seperti yang kita ketahui, keadaan jerebu yang di alami oleh negara Malaysia terutama di bahagian semenanjung adalah sangat membimbangkan. Apakah penyebabnya? Segalanya adalah disebabkan berlakunya kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia. Pemantauan oleh Pusat Meterologi Indonesia mendapati terdapat 123 titik panas di Sumatera ketika ini. Selain itu, faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke semenanjung dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini. Daripada peristiwa tersebut, kita boleh membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini.. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan
  • 5. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 3 3 berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu yang teruk. Hadirin yang dihormati Masalah jerebu berpunca daripada beberapa kegiatan manusia. Kegiatan pertama adalah melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini. Walaupun atas nama pertanian, kegiatan tersebut membawa masalah yang besar di kemudian hari. Kegiatan yang kedua pula adalah kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan api . Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Selain itu, proses-proses dalam industri juga akan menyingkirkan bahan bahan yang tercemar ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang di Selangor. Selain itu, industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu. Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya. Hadirin sekalian, Faktor semulajadi juga boleh menyebabkan berlakunya masalah jerebu . Contohnya fenomena El-Nino. Akibat dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering. Hal ini akan memudahkan kebakaran hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu.
  • 6. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 4 4 Selain El-Nino, jerebu juga terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963. Letusan gunung berapi pada tahun tersebut telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke dalam udara. Para hadirin yang di kasihi, Jerebu boleh berlaku bukan hanya di sebabkan oleh industri besar mahupun semula jadi. Kegiatan seharian kita juga boleh menyebabkan berlakunya jerebu Contohnya, pembakaran secara terbuka, asap rokok dan asap dari kenderaan. Di sini saya ingin menyeru anda semua supaya menghindari daripada perbuatan yang boleh menyebabkan jerebu. Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid sekalian, Di Malaysia Indeks Pencemaran Udara (IPU) digunakan untuk mengukur tahap kebersihan udara di sekeliling kita. IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksidadan nitrogen dioksida . IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara statusnya adalah seperti berikut :- NILAI IPU STATUS 0 – 50 Baik 51 – 100 Sederhana 101 – 200 Tidak Sihat 201 – 300 Sangat Tidak Sihat 301 – 500 Berbahaya Kita hendaklah peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa seperti akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat sendiri supaya dapat mengambil langkah - langkah pencegahan yang sewajarnya dengan segera. Hadirin yang dihormati, Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan risiko kesihatan yang tinggi sehingga boleh mengancam nyawa. Beberapa golongan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik
  • 7. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 5 5 disebabkan oleh jerebu ialah kanak-kanak,orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung,alahan Gas-gas yang terdapat dalam jerebu boleh mendatangkan kesan kesihatan keatas tubuh manusia penghasilan gas Karbon monoksida yang melebihi had sepatutnya akan melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang dibawa oleh darah. Ia juga mengurangkan keupayaan beriadah dan merbahaya bagi pengidap penyakit jantung yang kronik. Kandungan seterusnya ialah gas sulfur dioksida. Gas ini akan meruncingkan lagi masalah penyakit yang sedia ada terutamanya bronkitis . Ia juga mengganggu saluran pernafasan pengidap penyakit asma dan batuk. Selain itu, gas nitrogen dioksida yang terdapat dalam jerebu akan merangsang hidung dan tekak terutamanya yang mengidap asma. Gas ini juga akan meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara. Plumbum pula akan merosakkan sistem saraf dan otak seseorang. Partikulat terampai akan menjadikan penyakit paru-paru dan jantung bertambah parah, ia juga mengubah ketahanan badan melawan bahan yang disedut dan merosakkan tisu paru-paru terutamanya yang berpenyakit jantung dan paru-paru kronik. Selain itu jerebu juga menyebabkan kegatalan pada mata dan kulit. Jika terlalu serius ia akan memberikan kesan yang panjang terhadap kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan. Kesan yang paling ketara yerhadap manusia ialah terhadap sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, pneumonia atau pun radang paru-paru dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung. Jerebu juga boleh mengurangkan jarak pengelihatan. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Pada tahun 1997, negeri Sarawak merupakan negeri yang paling teruk dilanda jerebu dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa ditutup. Aktiviti perkhidmatan udara dan laut serta perjalanan darat juga turut terganggu. Disebabkan oleh jarak pengelihatan yang terhad, risiko kemalangan diudara, air dan darat semakin besar. Disebabkan untuk menjamin keselamatan banyak perjalanan pengangkutan telah ditangguh. Ini turut menjejaskan ekonomi negara.
  • 8. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 6 6 Hadirin yang dimuliakan, Selain dari memudaratkan kesihatan manusia terdapat kesan-kesan lain jerebu terhadap haiwan dan tumbuhan. Haiwan akan sakit dan pertumbuhan tumbuhan akan terbantut. Bagi haiwan, kesihatan mereka boleh terganggu sekiranya haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun. Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa keracunan makanan. Selain daripada itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah berkurangan. Ibu-bapa, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi, Selimut jerebu ini biasanya akan hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan. Ia akan meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara. Hadirin yang bijaksana, Jerebu adalah sangat bahaya sekiranya kita terdedah secara terus tanpa perlindungan. Kesan- kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu adalah pertamanya terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Keduanya, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas. Kemudian, mata terasa pedih dan berair. Seterusnya, hidung berair dan kerap bersin. Tanda ke lima pula ialah kulit badan terasa gatal-gatal dan kesan terakhir ialah terasa sakit dada. Jika ada antara hadirin yang menghadapi tanda-tanda tersebut semasa musin jerebu ini. Sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran dengan segera. Hadirin yang budiman, ‘Cegah Sebelum Parah’ inilah kata-kata hikmat yang perlu kita ingati. Tindakan awal pasti boleh menyelamatkan nyawa. Terdapat banyak tindakan yang boleh diambil Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru- paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah
  • 9. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 7 7 buruk. Seterusnya kepada mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor. Penunggang motorsikal atau basikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat- tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah menggunakan penutup muka (nasal mask). Kepada Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa yang sudah tua dan sanak saudara yang berpenyakit perlu elakkan merokok di dalam rumah. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah dan mengurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. Paling penting ialah sentiasa meminum air dalam kuantiti yang banyak. Dan sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya, mereka adalah dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu Hadirin yang di hormati sekalian, Di Malaysia, kesedaran di kalangan masyarakat dan pihak yang berwajib sudah semakin meningkat. Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar dan kualiti hidup kita. Untuk mengatasi masalah jerebu ini semua pihak wajib bekerjasama agar bumi yang tercinta ini dapat dinikmati generasi akan datang. Antara tindakan yang perlu di laksanakan adalah pertamanya, Penguatkuasaan undang-undang. Kilang-kilang diwajibkan memasang alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi lapisan atmosfera bumi.Tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat perladangan yang membakar ladang kelapa sawit di Sumatera, Riau atau Sumatera yang telah menyebabkan kejadian jerebu yang teruk di rantau ini. Ke dua, Pendidikan alam sekitar.Melalui pendedahan dalam mata pelajaran geografi dan sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap pembakaran terbuka sampah sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu. Ketiga, Kempen kesedaran alam sekitar.Kempen yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti MNS dan WWF Malaysia juga dapat mengatasi masalah jerebu. Badan NGO
  • 10. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 8 8 melalui ceramah dan seminar boleh memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menghargai alam sekitar. Ke empat, Pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. Walaupun hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu. Udara akan kembali bersih selepas berlakunya hujan. Ke lima, Penggunaan petrol tanpa plumbum.Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon kenderaan yang mencemarkan udara. Ke enam, Penggunaan catalytic converter.Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan. Ke tujuh, memakai topeng muka. Untuk mengatasi daripada mendapat kesesakan nafas, batuk dan selsema pemakaian topeng muka ketika berada di luar rumah amatlah digalakkan. Ke lapan, kempen kitar semula. Melalui kempen kitar semula bahan buangan atau sisa pertanian boleh dikitar menjadi bahan baru. Sisa-sisa pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh dijadikan baja kompos ataupun makanan ternakan. Manakala kayu getah pula boleh dijadikan perabot seperti meja dan kerusi. Hadirin yang dikasihi sekalian, Berdasarkan ceramah saya tentang jerebu ini, saya berharap agar kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku di negara ini, dan juga peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di luar negara. Sejarah yang buruk mungkin akan berulang jika kita alpa untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang perihatin. Marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar, bersikap penyayang dan sentiasa berwaspada supaya tiada seorang pun di kalangan kita pada hari ini akan menerima akibat buruk daripada jerebu. Sekian, terima kasih.
  • 11. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 9 9 3.0 PERSEMBAHAN POWER POINT.
  • 15. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 13 13 4.0 REFLEKSI DARI 5 ARTIKEL Artikel 1 ARKIB : 01/07/2013 Tiganegarabincangisujerebu KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak beberapa minggu lalu. Perbincangan itu dijalankan dalam mesyuarat tiga hala secara tidak rasmi yang diusahakan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN (AMM) Ke-46 di Bandar Seri Begawan di Brunei semalam. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menghadiri mesyuarat itu dengan rakan sejawatannya dari Indonesia dan Singapura Dr. RM Marty M.Natalegawa dan K.Shanmugam. Menurut satu kenyataan Sekretariat Kebangsaan Malaysia-ASEAN, Kementerian Luar di sini hari ini, antara cara yang praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu itu yang dibincangkan dalam mesyuarat itu termasuk pengesahan dan pengoperasian segera Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan. "Ketiga-tiga menteri mengadakan perbincangan yang konstruktif, berterus terang tanpa berselindung mengenai masalah yang disebabkan jerebu baru-baru ini yang menjejaskan sebahagian besar semenanjung Malaysia, Indonesia dan Singapura," kata kenyataan itu. - BERNAMA Sumber Bahan : Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiga-negara- bincang-isu-jerebu © Utusan Melayu (M) Bhd Refleksi Artikel 1 Kita perlu menerima hakikat bahawa bencana jerebu yang melanda Malaysia , Indonesia dan Singpura hanya dapat diatasi dengan berkesan melalui semangat kerjasama serantau dengan ikhlas.Tiada guna untuk menuding jari dan menuduh antara satu sama lain dalam isu jerebu yang melibatkan tiga negara tersebut. Melalui mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN merupakan salah satu saluran yang proaktif dan pratikal dalam mengatasi masalah jerebu yang telah melanda negara-negara ASEAN sekian lamanya.Harapan semua pihak mencapai kata sepakat dalam mengoperasikan Perjanjian Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan.
  • 16. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 14 14 Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini. Syarikat-syarikat Malaysia dan Singapura yang beroperasi di Indonesia pula perlu mematuhi undang-undang Indonesia dalam isu pembakaran hutan secara terbuka .Pihak Indonesia dan Malaysia boleh mengambl tindakan tegas seperti menamatkan permit syarikat tersebut jika dapati mereka melanggar undang-undang pencemaran alam sekitar. Artikel 2 Jerebu jejas mata pencarian nelayan tradisional di Selangor 2013/06/26 - 14:09:07 PMCetakEmel Kawan SHAH ALAM: Bencana jerebuyang melanda beberapanegeri sekarang bukan saja mengancam kesihatan rakyat tetapi juga menjejaskanpendapatan sesetengahgolongan,khususnyanelayan tradisional. Persatuan NelayanKuala SelangormemberitahuBERNAMA kira-kira 1,000 anggotanya terjejas pendapatan berikutanbencana itu. Pengerusinya,Omar Abdul Rahman, berkata pihaknya meminta bantuan daripada kerajaan negeri namun masih belummenerimamaklum balas. “Persatuanjuga meminta KementerianPertaniandan Industri Asas Tani menimbangcadangan menaikkan elaunsara hidupnelayan dari RM200 sekarang ke RM400 sebulanbagi mengurangkan beban mereka,” katanya. Sementara itu,Pegawai PerikananSelangor, Saufi Affandi Talib berkata, jarak penglihatanyang terhad menyukarkan dan membahayakan kebanyakan nelayantradisional yang menggunakansampan dan bot kecil untuk keluar dan masuk ke kuala ataupun pangkalan.
  • 17. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 15 15 "Sesetengahnelayanhanya beroperasi menangkapikan di pesisirpantai sekitar satu hingga dua batu nautika dari pantai ketika ini," katanya kepada BERNAMA, hari ini. Sauffi Affandi berkata, nelayanjuga bolehterlanggar pukat hanyut kerana keadaan berjerebu menyebabkanmereka tidak dapat melihatpelampungpenanda. Sehubunganitu beliaumenasihatkannelayan yang ingin ke laut ketika jerebuini supaya mengambil langkah keselamatandengan membawa bersama jaket keselamatan,lampu suluhdan keperluanlain. Kualiti udara di kebanyakan tempat di Selangorsehinggajam 7 pagi hari ini adalah pada tahap tidak sihat. PelabuhanKlang setakat ini mencatatkan Indeks PencemaranUdara (IPU) tertinggi pada 140 berbandingkawasan laindi Selangor. Kawasan lainyang turut mencatatkan IPUtidak sihat ialah Kuala Selangor(134), PetalingJaya (111), Banting (114) dan Shah Alam (118). Jerebuasap daripada kebakaran di Sumatera dibawa anginkencang yang bertiupdari arah barat daya atau barat, menjejaskankualiti udara sebahagian kawasan di Selangor, Johor dan Melaka. - BERNAMA http://www.bharian.com.my/articles/JerebujejasmatapencariannelayantradisionaldiSelangor/Article/ Refleksi Artikel 2 Kesan jerebu kepada subsektor perikanan boleh dibahagikan kepada 2 kesan utama: Kesan Jangka Pendek Kerugian kepada nelayan berdasarkan bilangan hari tidak dapat keluar menangkap ikan kerana faktor penglihatan yang terhad. Contohnya, nelayan di daerah Muar mengalami kerugian dianggar sebanyak RM100 sehari apabila tidak dapat keluar menangkap ikan. Jumlah kerugian yg dianggarkan untuk subsektor perikanan adalah sebanyak RM1,285,200 untuk tempoh 3 hingga 5 hari. Nilai ini adalah berdasarkan kerugian yang dijangka dihadapi oleh kira-kira 3,285 orang nelayan di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat jerebu. Kesan Jangka Panjang Kesan ke atas ekosistem perairan laut akibat kurang cahaya matahari yang akan menjejaskan pertumbuhan plankton yang seterusnya akan menjejaskan rantaian makanan dalam ekosistem
  • 18. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 16 16 tersebut. Bagaimanapun jerebu biasanya belaku dalam tempoh yang singkat dan sementara. Oleh itu kesan secara keseluruhannya kepada eksosistem primer di laut adalah kecil. Selain itu ,antara industri lain yang akan terjejas teruk oleh jerebu adalah sektor pelancongan. Hotel, restoran dan taman-taman tema di kawasan berjerebu akan menerima tempias negatif jerebu berikutan kurangnya aktiviti luaran oleh orang ramai. Pelancong asing tidak lagi mahu datang ke sini dan pelancong tempatan memilih destinasi luar negara sebagai pilihan. Malahan keadaan jerebu yang serius juga boleh membawa kesan negatif kepada sektor perindustrian. Dengan keadaan berjerebu, pihak berkuasa akan memerintahkan kilang-kilang, kuari dan semua aktiviti yang melibatkan pelepasan pencemaran ke udara dikurangkan atau terus diberhentikan. Di kawasan darurat jerebu misalnya, semua aktiviti ini mesti diberhentikan. Semua ini merenjatkan aktiviti ekonomi di mana banyak kilang dan syarikat akan terpaksa menanggung kos tinggi tanpa pulangan yang diharapkan. Jerebu juga membawa kepada masalah kesihatan yang serius dan kosnya sukar dikira. Bil-bil untuk mendapatkan rawatan dek masalah jerebu pastinya meningkat pada masa ini. Sekurang-kurangnya pun kita terpaksa membeli topeng muka. Semua ini merupakan kos dek jerebu. Meskipun industri kesihatan akan menyaksikan lonjakan hasil, pulangan ini kecil dan hanya untuk firma atau individu minoriti berbanding kesan dan kos negatif besar yang terpaksa ditanggung masyarakat. Para pekerja pasti ramai yang terpaksa mengambil cuti sakit atau pihak majikan sendiri mengambil langkah menutup syarikat dalam keadaan jerebu pada paras bahaya. Di sini, kos lepas atau kos akibat dari kegiatan ekonomi yang tidak dijalankan akan menambahkan lagi kesan negatif jerebu kepada ekonomi. Jerebu merupakan masalah oleh tangan-tangan manusia. Semua pihak perlu memandang serious kesan jerebu keatas ekonomi
  • 19. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 17 17 Negara dan perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini ke akar umbi. Artikel 3 mStar Online > BERITA Saturday June 16, 2012 Jerebu Di Lembah Klang Dijangka Lebih Buruk Oleh TEH ENG HOCK, REGINA LEE PETALING JAYA: Jerebu kembali melanda Semenanjung Malaysia dengan empat kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di Lembah Klang dan bakal menjadi lebih buruk. Seperti tahun-tahun sebelumnya, jerebu disebabkan beberapa 'kawasan panas' yang terletak di tengah pulau Sumatra, Indonesia. Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan pihak berkuasa Indonesia, kedua-duanya menjangkakan keadaan bertambah buruk dengan musim panas dan kering di daerah Riau Sumatra yang mana keadaan ini akan sampai ke kemuncaknya dalam tempoh dua minggu akan datang. Kualiti udara di Lembah Klang merosot secara progresif pada Jumaat dengan empat kawasan mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat sehingga pukul 5 petang. Lokasi ini ialah Pelabuhan Klang (147), Kuala Selangor (129), Shah Alam (120) dan Cheras (105). Kebanyakan daripada 51 kawasan yang dipantau oleh JAS juga menunjukkan peningkatan, dengan beberapa tempat di lembah Klang dan Kinta menghampiri pinggir bacaan IPU tidak sihat, lebih dari 100. JAS mengklasifikasikan bacaan IPU antara 0 dan 50 sebagai Baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan lebih dari 301 sebagai berbahaya. "Dengan cuaca yang agak kering di beberapa bahagian utara dan pantai timur negeri-negeri di
  • 20. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 18 18 Semenanjung, jerebu dijangka akan berterusan dalam tempoh beberapa hari akan datang," kata J AS dalam satu kenyataan. Akhbar harian Indonesia The Jakarta Post, baru-baru ini melaporkan kebakaran hutan dan tanah gambut di daerah ini telah menyebabkan jerebu dan dijangka lebih banyak kebakaran akan berlaku .Laporan imej satelit yang dikeluarkan oleh Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) menunjukkan peningkatan kawasan panas di Sumatera daripada 67 pada Selasa kepada 122 pada Rabu. Pusat ini juga melaporkan penurunan dalam bilangan kawasan panas di daerah Riau kerana awan melindungi satelit tetapi menyatakan bahawa angin barat telah meniup jerebu ke arah Semenanjung Malaysia. Sementara itu, JAS telah mengaktifkan pelan tindakan untuk mengawal pembakaran terbuka serta meningkatkan penguatkuasaan ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang. Sistem Penarafan Bahaya Kebakaran, Jabatan Meteorologi juga melaporkan bahawa hampir seluruh negara berisiko tinggi mengalami kebakaran akibat cuaca panas dan kering. Carta FFMC di laman web jabatan memberi nilai potensi kebakaran di kebanyakan bahagian negara ini sebagai "melampau". Kod, yang merupakan penarafan berangka bagi kandungan lembapan sampah sarap dan bahan api lain (rumput, semak, daun kering), digunakan sebagai penunjuk potensi bermulanya kebakaran dan tersebar di sesuatu kawasan. Ia dipengaruhi oleh suhu, kelembapan relatif, hujan dan kelajuan angin Di Selangor, satu kes kebakaran dicatatkan semalam di Pulau Kempas, Kuala Langat, di mana bomba berjaya meletakkannya di bawah kawalan. Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkata rakyat perlu minum lebih banyak air manakala pesakit yang berisiko tinggi dengan masalah pernafasan perlu mendapatkan rawatan awal jika gejala semakin membimbangkan. Beliau juga menggesa orang ramai untuk melawat laman web Kementerian Kesihatan di www.moh.gov.my bagi mendapatkan nasihat kesihatan untuk menghadapi jerebu. © 1995-2012 Star Publications (Malaysia) Bhd (Co No 10894-D) Sumber Rujukan : http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061...
  • 21. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 19 19 Refleksi Artikel 3 : Isu jerebu melanda Semenanjung Malaysia telah berlanjutan hampir lima belas tahun. Sejak kebelakangan ini apabila menjelang bulan Jun dan Julai rakyat Malaysia terpaksa menghadapi masalah jerebu akibat dari punca utama iaitu pembakaran hutan di Indonesia. Malahan keadaan jerebu menjadi semakin teruk setiap tahun kesan dari musim cuaca yang panas dan kering .Pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar perlu bertindak tegas untuk mengawal pembakaran terbuka serta penguatkuasa ke atas pengeluaran asap kenderaan dan kilang. Orang ramai juga pula prihatin tentang isu jerebu dan jangan ambil mudah menganggap masalah jerebu merupakan perkara yang biasa dan remeh sahaja kerana setiap tahun akan berulang dengan masalah yang sama dan akan menjadi reda atau kian dilupai selepas beberapa bulan kemudian. Bak kata pepatah “ sediakan payung sebelum hujan ” maka kita perlu ambil tindakan yang proaktif dalam mengatasi masalah jerebu.Menjalankan programm mendidikan rakyat jelata supaya menghargai dan memelihara alam sekitar merupakan tindakan yang paling berkesan dalam menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seperti mengambil jalan mudah dalam pembakaran hutan dan pembakaran terbuka. . Artikel 4
  • 22. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 20 20 Refleksi Artikel 4 Masalah jerebu yang memberi impak yang negatif terhadap alam sekitar juga menjejaskan aktiviti harian manusia. Apabila Indeks Pencemaran Udara mencapai tahap berbahaya iaitu melebihi 300, Kementerian Kesihatan akan menasihatkan Kementerian Pendidikan Malaysia supaya tutup sekolah demi kesihatan dan keselamatan murid-murid dan warga sekolah. Pada 24 Jun 2013 dilaporkan banyak 1817 buah sekolah ditutup ekoran krisis jerebu yang semakin kritikal dan telah mencapai tahap amat berbahaya.Kawasan yang terlibat ialah Muar,Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Port Dickson, Negeri Sembilan. Pada kawasan yang pada tahap kritikal pula seperti di BatuBahat, Johor ,jabatan pendidikan telah mengarahkan supaya tutup sekolah selama dua hari dan perlu ada kelas gantian. Timbalan Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan Malaysia juga memaklumkan bahawa ibu bapa dibenarkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah jika bimbang kesihatan anak mereka berikutan jerebu yang melanda sekarang. Beliau juga meminta pihak sekolah mematuhi dan selalu merujuk pada arahan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
  • 23. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 21 21 Pendidikan Daerah mengenai status terkini jerebu mengenai keperluan penutupan sekolah serta pelaksanaan sebarang aktiviti melibatkan murid. Sebagai seorang guru disekolah ,kami telah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah dan aktiviti kokurikulum bagi menjamin kesihatan murid. Pihak sekolah juga memaklumkan kepada murid tentang bahaya jerebu dan memberitahu cara menjaga kesihatan diri semasa jerebu.Guru besar juga meminta semua guru supaya lebih prihatin terhadap keadaan kesihatan murid terutamanya murid yang mempunyai masalah asma dan sistem pernafasan. . Artikel 5
  • 24. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 22 22 © Utusan Melayu (M) Bhd Sumberbahan: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/Jerebu-Semua-sekolah-di-KL- Selangor-diarah-tutup-esok
  • 25. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 23 23 Refleksi Artikel 2: Masalah jerebu yang melanda rakyat Malaysia selama lebih kurang sebulan akhirnya dijangka beransur pulih.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatakan penurunan di kebanyakan kawasan. Keadaan jerebu berada dalam tahap terkawal dan kualiti udara dilaporkan dalam keadaan sederhana dan baik berbanding dengan keadaan sebelumnya. Menurut juruckap Jabatan Alam Sekitar (JAS),ramalan hujan akan memulihkan keadaan jerebu yang diakibatkan oleh partikel halus terampai di udara selain pengawalan pembakaran terbuka. Pada keadaan kritikal apabila terjadi pembakaran hutan yang tidak terkawal di Indonesia lalu mencetus bencana jerebu yang teruk di Malaysia dan Singapura, pembakaran terbuka merupakan satu isu yang menjadi salah satu faktor punca masalah jerebu bertambah buruk di negara kita. Terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka melakukan pembakaran terbuka.Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Diharap walaupun selepas masalah jerebu pulih , rakyat Malaysia perlu peka dan elak dari melakukan tabiat yang buruk tersebut. Pemberian lesen, permit serta cukai pencemaran boleh
  • 26. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 24 24 dilaksanakan sebagai langkah kawalan. Semua ketidakpatuhan kepada undang-undang wajar dikenakan tindakan keras agar masalah tidak berulang.
  • 27. HBHE3103 GAYA HIDUP SIHAT 25 25 5.0 Rujukan: Diambil daripada http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2013/06/punca-jerebu-di- semenanjung-malaysia.html pada 13 Mei 2016. Diambil daripada http://sifuliterapi.wordpress.com/2013/06/25/penyakit-kesan-jerebu/ pada 13 Mei 2016 Diambil daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu pada pada 13 Mei 2016 http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130623/dn_34/Jerebu-Semua-sekolah-di- KL-Selangor-diarah-tutup-esok. Muat turun pada 25 jun 2016 http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130701/dn_06/Tiga-negara-bincang-isu- jerebu muat turun pada 25 jun 2016 http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2012/6/16/mstar_berita/2012061... Muat turun pada 28 Jun 2016