SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
BIODATA PENGARANG-IHSAN NOORZALI
Ihsan Noorzali iaitu nama pena dalam penulisan kreatif atau nama sebenarnya Ghazali bin
Din. Dilahirkan di Kampung Tengah, Kuala Kedah, Kedah, Darul Aman pada 23 Disember
1963. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Nyonya
(1970-1975) dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Keat
Hwa (1976-1975), Kolej Bakti (1981) dan Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor
Merah (1982-1983) sehingga tamat Sijil Tinggi PersekolahanMalaysia (STPM). Pada tahun
1985 beliau mengikuti kursus Percetakan Offset di Institut Latihan Perindustrian, Kuala
Lumpur dan menamatkan pengajiannya dalam Bachelor Komunikasi di Universiti Putra
Malaysia pada April 2003.
Karya beliau hampir 200 sajak yang tersiar di pelbagai media amat mengagumkan.
Puisinya banyak tersiar dalam Mingguan Malaysia, DPB, Berita Harian, Pustaka dan
sebagainya. Antara karya beliau yang mendapat perhatian ialah Ceritera dari rumah
kegelapan yang berjaya mendapat anugerah yang disampaikan oleh Tun Mahathir di
Langkawi pada 4 Julai 2004. Puisi ini adalah luahan hati Ihsan Noorzali yang mengisahkan
PPSMI.
Dalam buku Antologi Puisi Danau Di Dadaku ini terdapat sebanayak 50 karya sajak
yang telah dinukilkan oleh Ihsan Noorzali. Antaranya adalah seperti Balada Sekuntum Puspa,
Kuketuk Pintu Malam-Mu, Sungai, Terima Kasih Tuhanku, Di Kaki Malam, Embun Terlebih
Mengerti, Makna Dalam Duka, Larikan Angkuhmu Ke Laut Dan Padang, Dalam Nafas
Duka,Gelisah, Darah Dan Air Mata Itu Kekasihmu, Memimpin Bicara, Ketemu,Tanganmu
Yang Memberi, Di Luar Rumah Fikir, Engkau Hulur Tanda Tangan dan sebagainya.
Sajak yang saya pilih untuk dianalisis dalam buku Antologi Puisi Danau Di Dadaku
oleh Ihsan Noorzali ini adalah sajak yang bertajuk Kuketuk Pintu Malam-Mu.
SAJAK
KUKETUK PINTU MALAMMU
Kuketuk pintu malam-Mu
di anak tangga lumpur kotor
lidah dan hatiku
meraung-raung pada-Mu.
Kuketuk pintu malam-Mu
ingin bersimpuh di kamar
simpati dan Maha Pengasih.
Bukakan pintu penyayang-Mu
untukku masuk merintih
berikan sinar dari lentara agung
hidayah-Mu.
ANALISIS BERKENAAN SAJAK
Antara criteria yang digunakan untuk menganalisis sesuatu sajak adalah seperti makna
daripada setiap rangkap dalam sajak, tema dan persoalan yang timbul dalam penceritaan
sajak, nada atau diksi, bentuk sajak, nilai yang terdapat dalam sajak sama ada nilai murni
ataupun nilai kemanusiaan, gaya bahasa dan ciri-ciri lain.
Makna Rangkap :
Rangkap 1:
Kuketuk pintu malam-Mu
di anak tangga lumpur kotor
lidah dan hatiku
meraung-raung pada-Mu.
Penyajak mengetuk pintu malam di hadapan anak tangga yang dipenuhi dengan lumpur yang
kotor. Lidah dan hati penyajak meraung untuk meminta pertolongan daripada yang Maha
Esa. Keadaan ini bermaksud penyajak bangun pada malam hari dengan lidah dan hati
penyajak memohon kepada Tuhan dengan bersungguh-sungguh.
Rangkap 2:
Kuketuk pintu malam-Mu
ingin bersimpuh di kamar
simpati dan Maha Pengasih.
Penyajak mengetuk pintu malam iaitu bangun pada malam hari dan duduk bersimpuh di
dalam biliknya memohon simpati doa daripada Tuhan yang Maha pengasih.
Rangkap 3:
Bukakan pintu penyayang-Mu
untukku masuk merintih
berikan sinar dari lentara agung
hidayah-Mu.
Penyajak memohon agar dibukakan pintu kasih sayang Tuhannya agar penyajak dapat
memohon untuk diberikan sinar harapan daripada junjungan agung hidayah Maha Esa.
Tema Sajak
Tema sajak Kuketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali ini adalah ketabahan dan tidak
putus asa dalam memohon petunjuk dan hidayah daripada yang Maha Esa untuk menghadapi
segala dugaan dan cabaran hidup.
Persoalan
1. Persoalan tentang kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.
-Penyajak sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran hidup dengan sentiasa berdoa
kepada Tuhan.
2. Berserah kepada Tuhan.
- Penyajak menyerahkan semua yang dialaminya ini kepada Tuhan.
3. Ketabahan dan tidak putus asa.
-Penyajak sentiasa bangun malam untuk berdoa agar dibukakan pintu kasih sayang
untuknya.
Nada atau Diksi
Melankolik ialah gaya bahasa yang dipenuhi dengan perasaan emosi yang sedih dan pilu.
Unsur melankolik akan menimbulkan perasaan kesedihan dan kepiluan. Tujuan penyajak
menggunakan unsur melankolik dalam sajak ini ialah untuk menarik simpati pembaca.
Penyajak berharap agar pembaca akan turut merasa pilu seperti mereka juga.
Bentuk
1. Sajak Kuketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali ini terdiri daripada tiga rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap antara 3 baris dalam setiap rangkap.
3. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah perkataan.
4. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 4 hingga 12 suku kata.
Contohnya:
Rangkap 2 baris 1
Be/ri/kan/ si/nar/ da/ri/ len/te/ra/ a/gung (12 suku kata)
Rangkap 3 baris 4
hi/da/yah/- mu. (4 suku kata)
5. Rima akhir adalah bebas.
Rangkap 1 ialah a-b-a-aa
Rangkap 2 ialah -e-b-c
Rangkap 3 ialah a-d-e-a
NILAI MURNI DAN GAYA BAHASA
Gaya Bahasa
1. Sinkof
Sinkof bermaksud pemendekkan sesuatu perkataan. Contohnya seperti ‘Kuketuk pintu
malam-Mu’. Kuketuk pintu dalam perkataan tersebut sama makna dengan aku ketuk pintu
dan maksud perkataan malam-Mu bererti malam kamu.
2. Personifikasi
Personifikasi bermaksud gaya bahasa perbandingan dengan memberikan ciri-ciri peribadi
manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan dan peristiwa tidak
bernyawa. Contohnya seperti yang terdapat dalam rangkap 1 baris 2 iaitu di anak tangga
lumpur kotor, dan dalam rangkap 3 baris 3 iaitu berikan sinar dari lentara agung.
3. Metafora
Metafora bermaksud perbandingan yang terdiri daripada abstrak dan konkrit yang jelas.
Contohnya dalam rangkap 1 dan rangkap 2 pada baris pertama setiap rangkap tersebut iaitu
pintu malam-Mu.
4. Aliterasi
Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan iaitu yang terdapat dalam rangkap3 baris 3 iaitu
pengulangan huruf konsonan r. Contohnya berikan sinar dari lentara agung.
5. Asonansi
Asonansi merupakan pengulangan huruf vocal. Contohnya yang terdapat dalam rangkap 1
baris 1 iaitu pengulangan huruf vokal u seperti dalam kuketuk pintu malam-Mu.
6. Hiperbola
Hiperbola bermaksud mengunakan perbandingan yang melampau atau kiasan yang berlebih-
lebihan terhadap sesuatu perkara.
Nilai dan Pengajaran
1. Ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian.
-Penyajak merupakan seorang yang sangat tabah dalam menjalani ujian hidup suka
dukanya. Hidup perlu diteruskan walau apapun cabaran yang mendatang dalam hidup
kita.
2. Keredhaan dengan ketentuan dari yang Maha Kuasa.
-Penyajak menyelitkan perasaan untuk mencapai keinginan yang didambakan iaitu
kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupannya.
3. Kita janganlah cepat berputus asa dan tabah menghadapi ujian daripada-Nya.
-Kita sebagai hambanya janganlah cepat berputus asa dengan sesuatu perkara yang
berlaku. Kita perlulah mempunyai semangat untuk meneruskan hidup dan tabah
menghadapi ujian tersebut.
HURAIAN DAN PENELITIAN TENTANG KELEBIHAN
Setiap karya mempunyai kelebihannya tersendiri. Sajak ini terdiri daripada pemilihan
perkataan yang menarik kerana genre ini mempunyai perkataan yang sedikit tetapi berupaya
mewakili maksud yang mendalam. Puisi ini dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di
dalam penguasaan aspek bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Puisi ini mengutamakan
hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, puisi
ini diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
i. Menerapkan kesabaran dan keyakinan diri dalam menghadapi ujian hidup;
ii. Membangkitkan kesedaran tentang perlunya mempunyai cita-cita dan usaha gigih
dalam melakukan sesuatu;
iii. Memupuk semangat kasih sayang dan keberanian menghadapi dugaan hidup.
Penulis pada umumnya mengharapkan karyanya dapat mendorong pembaca mencontohi
perbuatan baik tentang apa yang diceritakannya. Dalam sajak yang bernafas keagamaan
kesan moral dan psikologi yang ingin dicapai ialah supaya pembaca berkeinginan melakukan
perubahan spiritual untuk mendekati Tuhan seperti yang terdapat dalam sajak Kuketuk Pintu
Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali.

More Related Content

What's hot

Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...
Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...
Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...
sarinah othman
 
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukanTopik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Botol Budu
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindam
NZulkifli MH
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Mohd Rasdi
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
Rasit Masrii
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Rosnani Hassan
 
39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu
39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu
39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu
Izham Jaafar
 
Menterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMenterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayat
Maheram Ahmad
 
Puisi teks lukisan zaman
Puisi teks  lukisan zamanPuisi teks  lukisan zaman
Puisi teks lukisan zaman
shamarsetia
 

What's hot (20)

Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...
Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...
Cdocumentsandsettingsadministratordesktopmunzirspresentation 090417113812-php...
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Definisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokohDefinisi wacana -pendapat tokoh
Definisi wacana -pendapat tokoh
 
Perbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan SyairPerbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan Syair
 
PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3PRAGMATIK STPM SEM3
PRAGMATIK STPM SEM3
 
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukanTopik 10-pasangan-kata-mengelirukan
Topik 10-pasangan-kata-mengelirukan
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Syair dan- gurindam
Syair dan- gurindamSyair dan- gurindam
Syair dan- gurindam
 
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdfMANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
MANIFESTASI PUISI TRADISIONAL (GURINDAM).pdf
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Semantik Topik 7
Semantik Topik 7Semantik Topik 7
Semantik Topik 7
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu
39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu
39747382 analisis-wacana-bahasa-melayu
 
Menterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayatMenterjemah fungsi ayat
Menterjemah fungsi ayat
 
Puisi teks lukisan zaman
Puisi teks  lukisan zamanPuisi teks  lukisan zaman
Puisi teks lukisan zaman
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 

Similar to Ihsan noorzali (10)

ANALISIS STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
ANALISIS STILISTIK  PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...ANALISIS STILISTIK  PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
ANALISIS STILISTIK PUISI MEMBUNUH MIMPI (SEBUAH PESAN UNTUK MAYAWATI) KARYA ...
 
Dirgahayu bahasaku 2
Dirgahayu bahasaku 2Dirgahayu bahasaku 2
Dirgahayu bahasaku 2
 
Perbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan SyairPerbandingan Pantun dan Syair
Perbandingan Pantun dan Syair
 
Pendidikan Sastera Melayu Tradisional - Nazam
Pendidikan Sastera Melayu Tradisional - NazamPendidikan Sastera Melayu Tradisional - Nazam
Pendidikan Sastera Melayu Tradisional - Nazam
 
Pantun empat kerat budi
Pantun empat kerat budiPantun empat kerat budi
Pantun empat kerat budi
 
Pengenalan komsas
Pengenalan komsasPengenalan komsas
Pengenalan komsas
 
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologiAzman hj amin   tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Sajak aku membaca lagi latihan
Sajak aku membaca lagi  latihanSajak aku membaca lagi  latihan
Sajak aku membaca lagi latihan
 
Teknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisiTeknik menjawab sastera puisi
Teknik menjawab sastera puisi
 

More from Shizuka Jijie (SBP)

More from Shizuka Jijie (SBP) (12)

Nyatakan dua contoh peribahasa dan makna
Nyatakan dua contoh peribahasa dan maknaNyatakan dua contoh peribahasa dan makna
Nyatakan dua contoh peribahasa dan makna
 
Forum semantik
Forum semantikForum semantik
Forum semantik
 
Seni mengarang
Seni mengarangSeni mengarang
Seni mengarang
 
Permodelan geospatial dalam gis
Permodelan  geospatial dalam gisPermodelan  geospatial dalam gis
Permodelan geospatial dalam gis
 
Nota & soalan lompat jauh.
Nota & soalan lompat jauh.Nota & soalan lompat jauh.
Nota & soalan lompat jauh.
 
Soalan
SoalanSoalan
Soalan
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Pencemaran udara
Pencemaran udaraPencemaran udara
Pencemaran udara
 
Puisi berdiri aku amir hamzah
Puisi berdiri aku amir hamzahPuisi berdiri aku amir hamzah
Puisi berdiri aku amir hamzah
 
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
Bincangkan bagaimana sistem bumi dapat mempengaruhi aktiviti maniusia serta k...
 
Perbezaan pengurus dan pemimpin
Perbezaan pengurus dan pemimpinPerbezaan pengurus dan pemimpin
Perbezaan pengurus dan pemimpin
 
Sistem bumi-tenaga-1218296840666858-8
Sistem bumi-tenaga-1218296840666858-8Sistem bumi-tenaga-1218296840666858-8
Sistem bumi-tenaga-1218296840666858-8
 

Ihsan noorzali

  • 1. BIODATA PENGARANG-IHSAN NOORZALI Ihsan Noorzali iaitu nama pena dalam penulisan kreatif atau nama sebenarnya Ghazali bin Din. Dilahirkan di Kampung Tengah, Kuala Kedah, Kedah, Darul Aman pada 23 Disember 1963. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Nyonya (1970-1975) dan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Keat Hwa (1976-1975), Kolej Bakti (1981) dan Sekolah Menengah Tunku Abdul Malik, Alor Merah (1982-1983) sehingga tamat Sijil Tinggi PersekolahanMalaysia (STPM). Pada tahun 1985 beliau mengikuti kursus Percetakan Offset di Institut Latihan Perindustrian, Kuala Lumpur dan menamatkan pengajiannya dalam Bachelor Komunikasi di Universiti Putra Malaysia pada April 2003. Karya beliau hampir 200 sajak yang tersiar di pelbagai media amat mengagumkan. Puisinya banyak tersiar dalam Mingguan Malaysia, DPB, Berita Harian, Pustaka dan sebagainya. Antara karya beliau yang mendapat perhatian ialah Ceritera dari rumah kegelapan yang berjaya mendapat anugerah yang disampaikan oleh Tun Mahathir di Langkawi pada 4 Julai 2004. Puisi ini adalah luahan hati Ihsan Noorzali yang mengisahkan PPSMI. Dalam buku Antologi Puisi Danau Di Dadaku ini terdapat sebanayak 50 karya sajak yang telah dinukilkan oleh Ihsan Noorzali. Antaranya adalah seperti Balada Sekuntum Puspa, Kuketuk Pintu Malam-Mu, Sungai, Terima Kasih Tuhanku, Di Kaki Malam, Embun Terlebih Mengerti, Makna Dalam Duka, Larikan Angkuhmu Ke Laut Dan Padang, Dalam Nafas Duka,Gelisah, Darah Dan Air Mata Itu Kekasihmu, Memimpin Bicara, Ketemu,Tanganmu Yang Memberi, Di Luar Rumah Fikir, Engkau Hulur Tanda Tangan dan sebagainya. Sajak yang saya pilih untuk dianalisis dalam buku Antologi Puisi Danau Di Dadaku oleh Ihsan Noorzali ini adalah sajak yang bertajuk Kuketuk Pintu Malam-Mu.
  • 2. SAJAK KUKETUK PINTU MALAMMU Kuketuk pintu malam-Mu di anak tangga lumpur kotor lidah dan hatiku meraung-raung pada-Mu. Kuketuk pintu malam-Mu ingin bersimpuh di kamar simpati dan Maha Pengasih. Bukakan pintu penyayang-Mu untukku masuk merintih berikan sinar dari lentara agung hidayah-Mu.
  • 3. ANALISIS BERKENAAN SAJAK Antara criteria yang digunakan untuk menganalisis sesuatu sajak adalah seperti makna daripada setiap rangkap dalam sajak, tema dan persoalan yang timbul dalam penceritaan sajak, nada atau diksi, bentuk sajak, nilai yang terdapat dalam sajak sama ada nilai murni ataupun nilai kemanusiaan, gaya bahasa dan ciri-ciri lain. Makna Rangkap : Rangkap 1: Kuketuk pintu malam-Mu di anak tangga lumpur kotor lidah dan hatiku meraung-raung pada-Mu. Penyajak mengetuk pintu malam di hadapan anak tangga yang dipenuhi dengan lumpur yang kotor. Lidah dan hati penyajak meraung untuk meminta pertolongan daripada yang Maha Esa. Keadaan ini bermaksud penyajak bangun pada malam hari dengan lidah dan hati penyajak memohon kepada Tuhan dengan bersungguh-sungguh. Rangkap 2: Kuketuk pintu malam-Mu ingin bersimpuh di kamar simpati dan Maha Pengasih. Penyajak mengetuk pintu malam iaitu bangun pada malam hari dan duduk bersimpuh di dalam biliknya memohon simpati doa daripada Tuhan yang Maha pengasih. Rangkap 3: Bukakan pintu penyayang-Mu untukku masuk merintih berikan sinar dari lentara agung hidayah-Mu.
  • 4. Penyajak memohon agar dibukakan pintu kasih sayang Tuhannya agar penyajak dapat memohon untuk diberikan sinar harapan daripada junjungan agung hidayah Maha Esa. Tema Sajak Tema sajak Kuketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali ini adalah ketabahan dan tidak putus asa dalam memohon petunjuk dan hidayah daripada yang Maha Esa untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup. Persoalan 1. Persoalan tentang kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup. -Penyajak sentiasa bersabar dalam menghadapi cabaran hidup dengan sentiasa berdoa kepada Tuhan. 2. Berserah kepada Tuhan. - Penyajak menyerahkan semua yang dialaminya ini kepada Tuhan. 3. Ketabahan dan tidak putus asa. -Penyajak sentiasa bangun malam untuk berdoa agar dibukakan pintu kasih sayang untuknya. Nada atau Diksi Melankolik ialah gaya bahasa yang dipenuhi dengan perasaan emosi yang sedih dan pilu. Unsur melankolik akan menimbulkan perasaan kesedihan dan kepiluan. Tujuan penyajak menggunakan unsur melankolik dalam sajak ini ialah untuk menarik simpati pembaca. Penyajak berharap agar pembaca akan turut merasa pilu seperti mereka juga. Bentuk 1. Sajak Kuketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali ini terdiri daripada tiga rangkap. 2. Bilangan baris dalam setiap rangkap antara 3 baris dalam setiap rangkap. 3. Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 5 patah perkataan.
  • 5. 4. Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 4 hingga 12 suku kata. Contohnya: Rangkap 2 baris 1 Be/ri/kan/ si/nar/ da/ri/ len/te/ra/ a/gung (12 suku kata) Rangkap 3 baris 4 hi/da/yah/- mu. (4 suku kata) 5. Rima akhir adalah bebas. Rangkap 1 ialah a-b-a-aa Rangkap 2 ialah -e-b-c Rangkap 3 ialah a-d-e-a
  • 6. NILAI MURNI DAN GAYA BAHASA Gaya Bahasa 1. Sinkof Sinkof bermaksud pemendekkan sesuatu perkataan. Contohnya seperti ‘Kuketuk pintu malam-Mu’. Kuketuk pintu dalam perkataan tersebut sama makna dengan aku ketuk pintu dan maksud perkataan malam-Mu bererti malam kamu. 2. Personifikasi Personifikasi bermaksud gaya bahasa perbandingan dengan memberikan ciri-ciri peribadi manusia kepada sesuatu benda, binatang, tumbuh-tumbuhan, keadaan dan peristiwa tidak bernyawa. Contohnya seperti yang terdapat dalam rangkap 1 baris 2 iaitu di anak tangga lumpur kotor, dan dalam rangkap 3 baris 3 iaitu berikan sinar dari lentara agung. 3. Metafora Metafora bermaksud perbandingan yang terdiri daripada abstrak dan konkrit yang jelas. Contohnya dalam rangkap 1 dan rangkap 2 pada baris pertama setiap rangkap tersebut iaitu pintu malam-Mu. 4. Aliterasi Aliterasi ialah pengulangan huruf konsonan iaitu yang terdapat dalam rangkap3 baris 3 iaitu pengulangan huruf konsonan r. Contohnya berikan sinar dari lentara agung. 5. Asonansi Asonansi merupakan pengulangan huruf vocal. Contohnya yang terdapat dalam rangkap 1 baris 1 iaitu pengulangan huruf vokal u seperti dalam kuketuk pintu malam-Mu. 6. Hiperbola Hiperbola bermaksud mengunakan perbandingan yang melampau atau kiasan yang berlebih- lebihan terhadap sesuatu perkara.
  • 7. Nilai dan Pengajaran 1. Ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian. -Penyajak merupakan seorang yang sangat tabah dalam menjalani ujian hidup suka dukanya. Hidup perlu diteruskan walau apapun cabaran yang mendatang dalam hidup kita. 2. Keredhaan dengan ketentuan dari yang Maha Kuasa. -Penyajak menyelitkan perasaan untuk mencapai keinginan yang didambakan iaitu kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupannya. 3. Kita janganlah cepat berputus asa dan tabah menghadapi ujian daripada-Nya. -Kita sebagai hambanya janganlah cepat berputus asa dengan sesuatu perkara yang berlaku. Kita perlulah mempunyai semangat untuk meneruskan hidup dan tabah menghadapi ujian tersebut. HURAIAN DAN PENELITIAN TENTANG KELEBIHAN Setiap karya mempunyai kelebihannya tersendiri. Sajak ini terdiri daripada pemilihan perkataan yang menarik kerana genre ini mempunyai perkataan yang sedikit tetapi berupaya mewakili maksud yang mendalam. Puisi ini dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek bahasa, keindahan dan kehalusan bahasa. Puisi ini mengutamakan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Sehubungan dengan itu, puisi ini diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut: i. Menerapkan kesabaran dan keyakinan diri dalam menghadapi ujian hidup; ii. Membangkitkan kesedaran tentang perlunya mempunyai cita-cita dan usaha gigih dalam melakukan sesuatu; iii. Memupuk semangat kasih sayang dan keberanian menghadapi dugaan hidup. Penulis pada umumnya mengharapkan karyanya dapat mendorong pembaca mencontohi perbuatan baik tentang apa yang diceritakannya. Dalam sajak yang bernafas keagamaan kesan moral dan psikologi yang ingin dicapai ialah supaya pembaca berkeinginan melakukan perubahan spiritual untuk mendekati Tuhan seperti yang terdapat dalam sajak Kuketuk Pintu Malam-Mu oleh Ihsan Noorzali.