Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Sajak aku membaca lagi latihan
1. CIKGU SHAMSUL BIN PONIJAN
SMK SEG HWA (CF)
SEGAMAT, JOHOR.
AKU MEMBACA LAGI
LATIHAN
2. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
Objektif:
Dapat menjawab soalan latihan
sajak Aku Membaca Lagi.
3. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
1. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperoleh
daripada sajak tesebut.
JAWAPAN
Pengajaran yang diperoleh daripada sajak tersebut
ialah kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu kerana
bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain
itu, kita mestilah cinta akan alam sekitar agar terus
terpelihara bagi mengekalkan ekosistem alam dan
untuk dinikmati generasi akan datang.
4. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
2. jelaskan tiga nilai murni yang terkandung dalam
sajak di atas. JAWAPAN
Tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak ialah, nilai
kesyukuran. Penyajak menghargai alam ciptaan tuhan
seperti langit, udara, gunung dan lain-lain. Nilai kedua
ialah nilai mengekalkan warisan. Penyajak menyayangi
bahasa Melayu walaupun kian terpinggir penggunaannya.
Selain itu terdapat nilai patriotik. Penyajak berasa sedih
kerana bahasa Melayu kian terpinggir penggunaannya
sedangkan bahasa tersebut merupakan bahasa rasmi
negara ini.
5. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
3. Jelaskan maksud rangkap kedua sajak di atas.
JAWAPAN
Maksud rangkap kedua di atas ialah penyajak meneliti
keadaan sekililing sambil mendengar kicauan burung,
melihat cantiknya pelangi dan menikmati kelunakan
bunyi ombak. Baginya fenomena alam ini
mencorakkan kehidupan manusia
6. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
4. Berikan maksud membaca garis dan titik.
JAWAPAN
Maksud membaca garis dan titik ialah penyajak
melihat sebesar-besar sehingga sekecil-kecil ciptaan
tuhan.
7. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
5. Jelaskan maksud rangkai kata mewarnai
kehidupan.
JAWAPAN
Maksud rangkai kata mewarnai kehidupan ialah
menjadikan hari-hari yang dilalui lebih indah.
8. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
6. Jelaskan maksud rangkai kata meratapi luka
nasib bangsa
JAWAPAN
Maksud rangkai kata kata meratapi luka nasib bangsa
ialah bersedih akan nasib bahasa Melayu yang
dipinggirkan oleh rakyat sendiri.
9. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
7. Jelaskan maksud rangkai kata di lantai tanah
airku yang makmur.
JAWAPAN
Maksud rangkai kata kata di lantai tanah airku yang
makmur ialah di negara kita yang aman sejahtera.
10. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
8. Berikan maksud
membasahi bahasa Melayuku
yang berdarah.
JAWAPAN
Maksud membasahi bahasa Melayuku yang berdarah.
ialah menangisi akan nasib bahasa Melayu yang kian
tenat dilupakan oleh anak bangsa.
11. SAJAK : AKU MEMBACA LAGI
SOALAN
9. Berikan maksud rangkai kata hembusan bayu
dan banjaran gunung.
JAWAPAN
Maksud rangkai kata kata hembusan bayu dan
banjaran gunung. ialah tiupan angin dan ketinggian
gunung-ganang