2. Nazam
• Mengikut sejarah, nazam dibawa ke Asia Tenggara pada abad ke 16 oleh
pedagang dan alim ulama yang menyebarkan agama Islam ke Alam Melayu.
• Nazam adalah puisi yang lahir dari kedatangan dan perkembangan
kesusasteraan Islam sejak zaman Kerajaan Pasai hingga ke empayar Melayu
Melaka.
• Nazam merupakan puisi Melayu tradisional yang berasal daripada puisi
Arab.
• Dalam bahasa Arab secara umumnya bermakna puisi tetapi setelah sampai
ke Alam Melayu dan diamalkan pula di beberapa tempat seperti di Melaka,
Pahang dan Terengganu maka ia lebih bermaksud lagu atau zikir.
• Nazam merupakan salah satu daripada cabang puisi Melayu tradisional yang
berasal daripada kesusasteraan Arab-Parsi.
3. Contoh nazam nasihat agama
Alhamdulillahil qadim kita puji,
Sebab dia boleh beri taufik kami
Hai saudara ini satu nasihat fakir,
Faham kamu baik-baik ambil fikir
Kita ini akan matilah sudahnya,
Tidak tahu bila datang ajalnya.
4. Bentuk
• Nazam dalam bahasa Arab bererti puisi secara umum.
• Tetapi dalam bahasa Melayu, kata nazam tidak merujuk kepada pengertian puisi
secara khusus, sebaliknya ada pula yang mengaitkan dengan lagu atau zikir.
• Nazam iaitu sejenis puisi yang pada umumnya terdiri daripada dua baris dengan
jumlah perkataan antara 4-6 atau lebih, dengan skima-rima a-a, a-a atau a-b atau
a-b, c-b atau serima (monorhyme), dengan sedikit variasi dengan kekecualian.
• Biasanya memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan satu keseluruhan
idea.
5. contoh Nazam
Padalah kamu mendengarkan nazam
agamanya juga manfaat sekalian.
Kanz al-Ula dengan bab dan sifat
Betul aturan Tuk Ku” tu buat.
Fikir olehmu akan bermartabat
Nabi Muhammad yang punya syafaat
6. Ciri-ciri utama nazam
1.Gubahan puisi yang mengandungi dua baris serangkap. Dalam aspek ini ia menyerupai pantun
dua kerat tetapi tidak mempunyai pembayang maksud. Kedua-dua baris adalah maksud.
2.Skima rima Nazam ialah a-a, b-b. Namun begitu skema rima ini tidaklah terlalu rigid.
Terdapat nazam yang selepas beberapa rangkap, skima rimanya menjadi agak longgar.
3.Lazimnya, tiap-tiap baris nazam terdiri daripada lima atau enam perkataan menjadikan suku
kata antara sepuluh hingga dua belas. Namun begitu ada juga yang lebih daripada enam
perkataan dan mempunyai hingga 20 suku kata.
4.Bilangan baris pada sesuatu nazam adalah tidak terhad. Ada nazam yang panjang hingga
seribu rangkap.
5.Nazam adalah puisi yang bertemakan keagamaan seperti menceritakan tentang hukum hakam
dan kisah kehidupan Nabi Muhammad SAW.
7. 6. Dari sudut gaya bahasa, terdapat banyak penggunaan perkataan Arab.
7. Ciri signifikan dalam Nazam ialah ia dimulakan dengan puji-pujian
terhadap Allah dan selawat ke atas Nabi. Baris yang berupa puji-pujian dan
selawat ini diulang-ulang hingga ke baris akhir.
8. Nazam biasanya disampaikan dengan lagu yang agak rancak,lazimnya
diiringi paluan rebana.
9. Pada masa ini nazam biasanya dinyanyikan dalam majlis-majlis berendoi
dan majlis-majlis keagamaan yang lain.
8. Tema atau Pemikiran
Tema dan mesej dalam
nazam biasanya
menyentuh tentang
keagamaan dan
pengajaran. Ilmu tauhid
dinazamkan dalam
mengenal agama Islam.
Dan yang wajib bagi Allah dua puluh,
Jangan kurang jangan lalai bersungguh.
Wujud itu erti ada Tuhan kita,
Yang mustahil sudah nyata pada kita.
Qidam itu yang kedua sifat-Nya,
Sedia Tuhan tiada mula maknanya.
Baqa pula yang ketiga bilangannya,
Yang mustahil kena fana bagi-Nya.
Yang keempat mukhalafah adanya,
Yang mustahil tiada banding lawannya.
10. Irama Lagu Nazam
• Pada mulanya Nazam ini hanya didendangkan dalam bahasa Arab yang
terdapat dalam kitab berzanji yang bertajuk “Abdaubis”.
• Nazam dalam kitab berzanji ini telah diterjemahkan oleh seorang ulamak
terkenal di Melaka iaitu Tuan Hj. Ahmad bin Abdul Rauf, Mufti Negeri Melaka
yang pertama yang dinamakan nazam “Sifat Dua Puluh”.
• Lazimnya Nazam disampaikan dengan berlagu. Secara umum lagu nazam
boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu lagu atau intonasi zikir.
11. Penutup/Kesimpulan
• Nazam yang ingin diperbincangkan di sini ialah nazam versi Melayu yang
hanya popular di Melaka.
• Walaupun terdapat nazam di negeri-negeri lain tapi mungkin bentuk dan
persembahannya berbeza dengan yang terdapat di Melaka.
• Nazam digunakan tuan-tuan guru kerana ada antara pelajar ketika itu
tidak pandai membaca maka melalui iramanya para pelajar akan mudah
mengingati isi kandungan nazam tersebut.
12. Nazam; Dodoi Buai Anak
Pejamkan mata anakku sayang,
Dalam buaian ibu dodoikan,
Ibu berdoa kepada tuhan,
Minta jauhkan gangguan syaitan.
Harum mewangi si bunga melur,
Kembang berseri di hujung laman;
Anakku manis lekaslah tidur,
Ibumu ini banyak tugasan.
Baiknya laku bekal dunia,
Eloknya budi bekalnya mati,
Cantiknya rupa mainan mata,
Indah bahasa penambat hati.
Cepatlah besar anakku ini,
Boleh kuhantar tempat belajar,
Menghadap guru lebai dan haji,
Dunia akhirat biar sejajar.
Pergi ke hulu membeli buyung,
Buyung dibawa pulang bertiga;
Jadikan ilmu sebagai payung,
Payung hidupmu di hari muka.
Menanam temu di kampong sena,
Tanam bersama dengan halia;
Kalau hidupmu sudah sempurna,
Ibu dan bapa tumpang bahagia.
Asalnya kain jadi pakaian,
Ditiup angin jatuh ke lumpur;
Biar menangis dalam buaian,
Jangan menangis di dalam kubur.
13. Nazam : Tidurlah Intan
Tidurlah intan emas tempawan/ Tidur seorang dalam buaian
Ibu berdoa kepada Tuhan/ Hidup dan mati dalam beriman
Ratib- ratib bunga tanjung/ Bunga kembang di hujung galah
Ratib- ratib sama sekampung/ Ratib seorang memuji Allah
Tok Haji berserban merah/ Turun ke padang memburu rusa
Orang mengaji memuji Allah/ Orang sembahyang mencuci dosa
Lekaslah besar anakku ini,/ Boleh ku serah ke tempat mengaji
Menghadap guru lebai dan haji,/ Di akhirat kelak tidaklah rugi
Mudik ke hulu sambil berdayung/ Dayung dipaut selang berdua
Menuntut ilmu menjadi payung/ Menjadi payung di hari muka
Nyior manis tanam- tanaman/ Tanam mari di tepi dapur
Biar menangis dalam buaian/ Jangan menangis di dalam kubur
Tanam tebu di lembah sana/ Tali seurat bercalar lima
Kalaulah ilmu sudah sempurna/ Dunai akhirat Allah terima
(Sumber, Ali Bachik, Melaka)