SlideShare a Scribd company logo
1 of 23
Pengenalan 
Kaedah Abjad merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan 
membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari 
a hingga z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf 
konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. 
Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. 
Contoh: 
1. Memperkenalkan huruf a hingga z 
2. Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u 
3. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu 
4. Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu 
5. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. 
Kekuatan kaedah ini adalah kerana ianya sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu 
yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak 
mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini 
memberi asas yang kukuh dalam membaca. 
Aa Bb Cc Dd Ee Ff 
Gg Hh Ii Jj Kk Ll 
Mm Nn Oo Pp Qq Rr 
Ss Tt Uu Vv Ww Xx 
Yy Zz
Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula 
membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal 
dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk 
kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada 
‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan. 
Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang 
mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini 
juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad 
iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. 
Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. 
Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak 
belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya. 
Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang 
bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah 
pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan 
kaedah cerita (Isahak Harun, 1989). 
Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas 
membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah 
kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum 
(PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah 
Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan 
kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas. 
Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid 
ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas 
bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua 
Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti.
2. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK) 
2.1. Latar belakang 
Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang 
dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh 
Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah 
ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah, 
terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut 
telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980. 
Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum 
baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981. 
Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) 
Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah 
ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. 
Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia 
dengan menggunakan buku ‘Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca’ yang 
diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004). 
2.2. Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata 
Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya 
mengambil kira perkara-perkara berikut; 
2.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik . Hal ini menjelaskan 
bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal 
ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru. 
2.2.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan 
bahasa-bahasa lain.
2.2.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu 
yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu 
juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai 
perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah. 
Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang 
digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa 
pertama yang berbeza. 
Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan 
dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara 
‘developmental’, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan 
memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan susunan bahan 
secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh 
perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini. 
Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau 
dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan 
KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal 
membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan 
sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar 
telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat 
dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan. 
2.3: Ciri-ciri 
2.3.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu 
sebelum mereka boleh diajar membaca. 
2.3.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca 
perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.
2.3.3: Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-ansur 
memperkembangkan kemahiran sebelumnya. 
2.3.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti 
yang disarankan. 
2.3.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-bahan 
bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca 
sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid 
sentiasa dekat dengan membaca. 
3. Cara Mengajar Menggunakan KGBK 
Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu 
diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah 
‘a i u’ 
dan susunan konsonan berikut; 
b k c s t m n g l j h y f w q v z 
Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut; 
i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan 
kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli. 
ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan 
menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan 
bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.
iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata. 
ba bi bu 
da di du 
ka ki ku 
seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna; 
da da - dada 
ba ba - baba 
bu bu - bubu 
ku ku kuku
Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid 
membacanya: 
dada baba 
bubu baba 
kuku baba
iv. Perkenalkan gabungan lain; 
a da ada 
a ku aku 
ku da kuda 
bu ku buku 
bu ka buka
suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas; 
baba ada buku 
baba ada kuda 
baba ada bubu 
baba buka buku 
kemudian gantikan ‘baba’ dengan ‘aku’ dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat 
berikut;
kuda dia 
kuda baba 
kuda aku/ ku 
Gantikan ‘kuda’ dengan ‘buku’, ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.
i bu ibu 
bu di budi 
u da uda 
budi ibu 
budi ibuku 
budi uda 
da a dia 
ka ki kaki 
kaki dia 
kaki ibun 
kaki kuda 
v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.
suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta; 
ibu buku buku uda 
baba uda bubu 
udaku ada kuda 
dia kaki kuda 
vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang 
telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan 
membuat latih tubi. 
vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti;
ibu buku buku uda 
baba uda bubu 
udaku ada kuda 
dia kaki kuda 
ng bising, datang, sayang 
nga nganga, singa 
sy, sya syarat , syarikat 
gh (gha) nyanyi, nyaring, punya 
Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah; 
i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan 
Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak 
perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z). 
ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung 
kemudian. 
iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, 
bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran. 
iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis.
Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan. 
v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu 
tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan 
dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas 
untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara 
berperingkat-peringkat. 
vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan 
kemahiran. 
vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis 
berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran 
membaca. 
4. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas di Sekolah 
Menengah 
Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mula-mula 
belajar membaca. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas telah berjaya 
mengenalpasti perbezaan tersebut. Penulis telah menggunakan dua orang murid pemulihan 
khas untuk mengajar membaca. Oleh itu, guru perlu menyedari bahawa murid-murid sekolah 
menengah adalah berbeza daripada segi pendedahan kepada membaca. 
Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya terdedah 
kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Antara yang dikenalpasti aspek yang telah 
dikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah adalah; 
i. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( a – z) sama ada semua atau 
sebilangan sahaja. 
ii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. 
iii. Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan. 
iv. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka. 
v. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.
Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas mempunyai 
masalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah kecacatan lain. 
Aspek- aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di sekolah 
menengah adalah; 
i. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut nama abjad. 
Guru perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya nama abjad. Namun begitu, 
guru perlulah mengelakkan daripada terlalu banyak menegur murid dalam aspek ini dan lebih 
utama murid menguasai kemahiran. Dengan itu, guru boleh membiarkan sahaja murid 
membaca cara yang biasa kepada mereka. 
ii. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Oleh itu, perlulah guru banyak 
menggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka. 
iii. Murid inginkan aktiviti menulis. Oleh itu, menulis boleh dijalankan untuk tujuan sebagai 
pengukuhan. 
iv. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya murid-murid 
pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit. 
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian diagnostik 
yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Ujian diagnostik kaedah ini 
telah dibina oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak yang dibahagikan kepada 12 tahap. Tahap-tahap ini 
dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan kepada penguasaan mengenal huruf, suku kata, 
perkataan dan frasa (rujuk lampiran A). Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai 
beberapa tahap membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar 
dapat dlakukan. 
5. Dapatan 
5.1: Kekuatan 
Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat 
membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara 
kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah;
i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas. 
ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad. 
iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru 
mengajar dan murid belajar. 
iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan 
dan frasa dalam satu pelajaran. 
v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang. 
vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan 
Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam. 
vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan. 
viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid. 
ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita. 
x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini. 
xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran membaca 
dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa. 
5.2: Kelemahan 
i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan 
berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa 
bermula semula. 
ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad. 
iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran. 
iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar. 
v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan 
daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan 
memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan 
bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup. 
5.3: Dapatan-dapatan lain 
i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat 
membaca frasa. 
ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara
kumpulan atau kelas. 
iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang 
telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang. 
iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan. 
v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan 
murid-murid. 
Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan 
Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun 
guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. 
Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan 
yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan 
pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru 
akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang 
menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah 
diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak 
menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. 
Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak 
menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan 
satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi 
perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf 
”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. 
Kaedah Fonik/bunyi 
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. 
Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. 
Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada 
suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan 
diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. 
Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan 
begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus 
disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. 
[ b ] + [ a ] = [ ba ] 
[ t ] + [ a ] = [ ta ] 
[ ba ] + [ta ] = [ bata ] 
Kaedah gabungan bunyi – kata( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan ) 
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid 
diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan 
nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan 
seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan 
pelbagai deria (multisensory). 
Contoh; 
 Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah 
belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut. 
 Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf. 
 Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
 Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf. 
 Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil 
menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan 
seterusnya murid menulis huruf-huruf. 
 Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan 
huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar). 
 Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf 
Itu. 
Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh 
teruskan dengan latih/tubi berikut; 
 Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat 
(proses bacaan). 
 Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut 
nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). 
Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih 
dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat 
diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula. 
Teori Membaca 
Teori membaca terbahagi kepada enam teori iaitu: 
1. MEMBACA NYARING (oral reading ) 
Membaca nyaring adalah proses melisankan dengan menggunakan suara, intonasi, 
tekanan secara tepat , serta pemahaman makna bacaan oleh pembaca. Membaca 
nyaring memiliki beberapa aspek iaitu: 
 Membaca dengan pikiran dan perasaan pengarang 
 Memerlukan keterampilan menafsirkan lambang-lambang grafis. 
 Memerlukan kecepatan pandangan mata 
 Memerlukan keterampilan membaca , terutama mengelompokkan kata secara tepat.
 Memerlukan pemahaman makna secara tepat. 
Manfaat membaca nyaring antara lain ialah: 
1) Boleh memperoleh kesenangan dan memupuk keyakinan atau percaya diri. 
2) Boleh menanamkan disiplin diri 
3) Boleh berimaginasi apabila dilakukan dalam membaca fiksi. 
4) Boleh meningkatkan pemahaman mengenai makna bahan yang dibaca. 
2. MEMBACA DALAM HATI ialah kegiatan membaca yang hanya meningkatkan kemampuan visual, 
pemahaman, serta ingatan dalam menghadapi bacaan tanpa mengeluarkan suara. Salah satu cara membaca 
dalam hati, iaitu membaca secara Ekstensif ( proses membaca yang dilakukan secara luas). 
Jenis – jenis membaca Ekstensif : 
 Membaca survey ialah : kegiatan membaca yang bertujuan mengetahui gambaran umum mengenai 
isi dan ruang lingkup bahan bacaan. 
 Membaca sekilas ialah : membaca yang bertujuan untuk mencapai / mendapatkan informasi secara 
cepat . 
3. Membaca skimming, scanning adalah membaca dengan cepat sesuatu bahan bacaan untuk mendapatkan 
kesan awal dan untuk menemukan sesuatu maklumat yang kita cari, yang terdapat dalam bacaan. Membaca 
skimming adalah membaca untuk memperoleh kesan umum. Membaca scanning pula adalah membaca 
dengan tujuan untuk mendapatkan informasi khusus sahaja. 
4. Membaca pemahaman ialah kegiatan membaca yang bertujuan untuk memperoleh pengertian atau 
memahami bahan bacaan secara cepat dan tepat. Dalam membaca pemahaman ada beberapa aspek yang 
diperlukan antaranya ialah 
 Seorang pembaca harus mempunyai kosa kata yang banyak. 
 Memiliki kemampuan mentafsirkan makna kata 
 Memiliki kemampuan idea pokok 
 Memiliki kemampuan menangkap urutan peristiwa sesuatu cerita. 
5. MEMBACA CEPAT Ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara cepat dan disertai dengan pemahaman 
terhadap isi bacaan. Kecepatan membaca boleh disebut kemampuan membaca. Kemampuan membaca ialah 
kepantasan yang dicapai oleh pembaca dalam membaca sesuatu bahan bacaan. 
6. MEMBACA FIKSI ialah membaca buku non fiksi dengan menggunakan cara S Q 3 R iaitu 
Survey – Question – Read – Recite – Review. 
Posted by jaque luc at 03:35 
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest 
Definisi Membaca 
M enurut kamus Dewan edisi Empat, ’bac a’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau terc etak 
dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya 
manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah 
memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. 
Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang 
tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi 
bentuk tulisan tesebut. 
Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan bahawa proses membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak 
dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran 
membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau 
telah merumuskan proses membaca seperti berikut: 
1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua 
komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran 
mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. 
2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan 
penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak 
perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan 
yang dibacanya. 
3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. 
Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan 
mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan 
seperti berikut: 
 mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat. 
 mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna. 
 menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala. 
 mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap. 
 mencuba menghuraikan idea kepada orang lain. 
4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu 
proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
Penutup 
Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah 
menengah belum lagi dijalankan. Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas 
kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis 
mengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu 
lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa 
yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu 
abjad ‘a hingga z’ semenjak di sekolah rendah lagi. 
Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca ‘abc’. Dengan 
menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu 
untuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya 
kemahiran asas ini dapat dikuasai. 
Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan 
penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah. Hal ini dibuktikan 
dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita 
mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup. 
Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan pada masa 
pembelajaran biasa dalam kelas. Pembelajaran formal selama 40 minit dan melibat waktu 
khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja. Manakala pembelajaran biasa dalam kelas 
adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di samping mengajar sukatan pelajaran biasa. 
Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid pemulihan 
sekolah menengah perlu dilakukan. Hal ini penting untuk mendapat hasil kajian dan dapatan 
yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Sebenarnya di sekolah 
menengah banyak bilangan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca. 
Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsir 
simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid 
memahami apa yang dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad. 
BIBLIOGRAFI 
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. 
Tanjung Malim: Quantum Books.
Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala 
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. 
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: 
UPSI. 
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: 
Penerbit Fajar Bakti. 
Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: 
Penerbit Fajar Bakti. 
J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group 
Limited 
Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional 
Books.

More Related Content

What's hot

TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
fitri norlida
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Gulit Rukag
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
nurul2307
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Shida Abu Bakar
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
Ismail Mamat
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
wanbaizura88
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Noor Syazwanni
 

What's hot (20)

Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
Aktiviti pengamatan penglihatan (1)
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar137305127 kemahiran-mendengar
137305127 kemahiran-mendengar
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
CONTOH RPH PRASEKOLAH (bahasa inggeris)
 
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasaStandard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
Standard kandungan &standard pembelajaran aspek tatabahasa
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Rph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulisRph kemahiran membaca & menulis
Rph kemahiran membaca & menulis
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
 

Viewers also liked

Kenapa murid susah membaca
Kenapa murid susah membacaKenapa murid susah membaca
Kenapa murid susah membaca
mahanummokhtar
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
ijam
 
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapaBunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
kaknita
 

Viewers also liked (8)

Emodul
EmodulEmodul
Emodul
 
Kenapa murid susah membaca
Kenapa murid susah membacaKenapa murid susah membaca
Kenapa murid susah membaca
 
Fonetik
 Fonetik Fonetik
Fonetik
 
Kaedah membaca
Kaedah membacaKaedah membaca
Kaedah membaca
 
Bacalah sayang buku 2
Bacalah sayang buku 2Bacalah sayang buku 2
Bacalah sayang buku 2
 
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapaBunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
Bunyi huruf2 fonik & asosiasinya utk panduan ibubapa
 
Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1Bacalah sayang buku 1
Bacalah sayang buku 1
 
Kaedah Abjad
Kaedah AbjadKaedah Abjad
Kaedah Abjad
 

Similar to Kab awal membaca

Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
harzilia
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
ermahfir
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
fikratulhaq
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
fardzli71
 
Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1
Zashila Aziz
 
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariTugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
aizam277
 
OLIL_Tugas Bahasa Indonesia
OLIL_Tugas Bahasa IndonesiaOLIL_Tugas Bahasa Indonesia
OLIL_Tugas Bahasa Indonesia
sam_anam_mankuh
 
Pengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjadPengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjad
erdayani
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
Shamsul Amir
 

Similar to Kab awal membaca (20)

Kgbk
KgbkKgbk
Kgbk
 
membaca permulaan
membaca permulaanmembaca permulaan
membaca permulaan
 
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan danMembuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
Membuat analsis ralat berkaitan bacaan lisan dan
 
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
Prosedur Dan Teknik Pengajaran Aswat Dan Maharah Al Istima’
 
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
Tugasan Literasi Bahasa Semester 2
 
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan KhasPentaksiran dalam Pendidikan Khas
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas
 
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdfCalistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
Calistung: Membaca, Menulis, dan Menghitung .pdf
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
 
Lngkran soaln
Lngkran soalnLngkran soaln
Lngkran soaln
 
Summary of ALM
Summary of ALMSummary of ALM
Summary of ALM
 
Kaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral auralKaedah eklektik oral aural
Kaedah eklektik oral aural
 
Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1Kkbi lit bhs nota 1
Kkbi lit bhs nota 1
 
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaariTugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
Tugasan individu literasi bahasa. mohd zulkefle bin saari@shaari
 
OLIL_Tugas Bahasa Indonesia
OLIL_Tugas Bahasa IndonesiaOLIL_Tugas Bahasa Indonesia
OLIL_Tugas Bahasa Indonesia
 
jurnal metode.pptx
jurnal metode.pptxjurnal metode.pptx
jurnal metode.pptx
 
Pengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjadPengenalan kaedah abjad
Pengenalan kaedah abjad
 
Bmm-siap
 Bmm-siap Bmm-siap
Bmm-siap
 
Uka
UkaUka
Uka
 
Kaedah abjad
Kaedah abjadKaedah abjad
Kaedah abjad
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 

Kab awal membaca

  • 1. Pengenalan Kaedah Abjad merupakan kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Kaedah ini mementingkan kanak-kanak mengenal nama-nama huruf dari a hingga z. Selepas itu kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi. Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan. Contoh: 1. Memperkenalkan huruf a hingga z 2. Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u 3. Menggabungkan huruf konsonan dan vokal : ba, be, bi, bo, bu 4. Membentuk perkataan daripada suku kata : ba + tu = batu 5. Seterusnya membentuk rangkai kata dan ayat mudah. Kekuatan kaedah ini adalah kerana ianya sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajarinya. Selain itu, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca. Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz
  • 2. Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada ‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan. Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak. Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989). Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh digunakan kepada murid-murid pemulihan khas. Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat ‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti.
  • 3. 2. Kaedah Gabungan Bunyi-kata (KGBK) 2.1. Latar belakang Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak murid di sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Rentetan itu kertas kerja tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa, jilid 24 bil. 7, Julai 1980. Kaedah ini turut dijadikan salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981. Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR) Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu. Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia dengan menggunakan buku ‘Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca’ yang diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004). 2.2. Asas Kaedah Gabungan Bunyi-Kata Kaedah ini merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004) perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut; 2.2.1: Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik . Hal ini menjelaskan bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal ini berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru. 2.2.2: Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain.
  • 4. 2.2.3: Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dengan murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai perbendaharaan kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah. Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa tidak sesuai digunakan kaedah yang digunakan mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris untuk mengajar bahasa pertama yang berbeza. Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara ‘developmental’, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik, pendekatan seluruh perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini. Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina-dan-membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan. 2.3: Ciri-ciri 2.3.1: Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu sebelum mereka boleh diajar membaca. 2.3.2: Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membaca perkataan/ frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.
  • 5. 2.3.3: Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya. 2.3.4: Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan. 2.3.5: Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih membaca sendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid sentiasa dekat dengan membaca. 3. Cara Mengajar Menggunakan KGBK Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah ‘a i u’ dan susunan konsonan berikut; b k c s t m n g l j h y f w q v z Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut; i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli. ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas.
  • 6. iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata. ba bi bu da di du ka ki ku seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna; da da - dada ba ba - baba bu bu - bubu ku ku kuku
  • 7. Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya: dada baba bubu baba kuku baba
  • 8. iv. Perkenalkan gabungan lain; a da ada a ku aku ku da kuda bu ku buku bu ka buka
  • 9. suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas; baba ada buku baba ada kuda baba ada bubu baba buka buku kemudian gantikan ‘baba’ dengan ‘aku’ dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat berikut;
  • 10. kuda dia kuda baba kuda aku/ ku Gantikan ‘kuda’ dengan ‘buku’, ‘kuku’ dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan.
  • 11. i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda da a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibun kaki kuda v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.
  • 12. suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta; ibu buku buku uda baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi. vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti;
  • 13. ibu buku buku uda baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda ng bising, datang, sayang nga nganga, singa sy, sya syarat , syarikat gh (gha) nyanyi, nyaring, punya Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah; i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z). ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian. iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran. iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis.
  • 14. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan. v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara berperingkat-peringkat. vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran. vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca. 4. Mengajar Menggunakan Kaedah KGBK Murid Pemulihan Khas di Sekolah Menengah Murid pemulihan khas sekolah menengah berbeza dengan kanak-kanak yang mula-mula belajar membaca. Pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas telah berjaya mengenalpasti perbezaan tersebut. Penulis telah menggunakan dua orang murid pemulihan khas untuk mengajar membaca. Oleh itu, guru perlu menyedari bahawa murid-murid sekolah menengah adalah berbeza daripada segi pendedahan kepada membaca. Biasanya murid-murid di sekolah menengah telah belajar membaca dan semestinya terdedah kepada kaedah-kaedah awal membaca yang lain. Antara yang dikenalpasti aspek yang telah dikuasai oleh murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah adalah; i. Sudah mengenal abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu ( a – z) sama ada semua atau sebilangan sahaja. ii. Sudah boleh menyebut nama-nama abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayu. iii. Sudah boleh menyebut bunyi abjad mudah dan biasa digunakan. iv. Sudah boleh mengeja suku kata terbuka. v. Sudah boleh membatang suku kata terbuka.
  • 15. Didapati juga bahawa murid-murid yang tidak menguasai aspek-aspek di atas mempunyai masalah yang lain seperti terencat akal atau masalah-masalah kecacatan lain. Aspek- aspek yang perlu disedari untuk mengajar membaca menggunakan KGBK di sekolah menengah adalah; i. Murid akan mengeja suku kata atau perkataan yang dibaca dengan menyebut nama abjad. Guru perlulah membiasakan murid menyebut bunyi huruf bukannya nama abjad. Namun begitu, guru perlulah mengelakkan daripada terlalu banyak menegur murid dalam aspek ini dan lebih utama murid menguasai kemahiran. Dengan itu, guru boleh membiarkan sahaja murid membaca cara yang biasa kepada mereka. ii. Murid akan terganggu dengan kaedah baru bagi mereka. Oleh itu, perlulah guru banyak menggunakan latih tubi untuk membiasakan mereka. iii. Murid inginkan aktiviti menulis. Oleh itu, menulis boleh dijalankan untuk tujuan sebagai pengukuhan. iv. Guru membantu membentuk perbendaharaan kata murid-murid kerana biasanya murid-murid pemulihan khas mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru ialah menjalankan ujian diagnostik yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar murid. Ujian diagnostik kaedah ini telah dibina oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak yang dibahagikan kepada 12 tahap. Tahap-tahap ini dibahagikan kepada tahap-tahap berdasarkan kepada penguasaan mengenal huruf, suku kata, perkataan dan frasa (rujuk lampiran A). Biasanya murid di sekolah menengah sudah menguasai beberapa tahap membaca. Setelah dikenalpasti tahap pencapaian barulah pengajaran sebenar dapat dlakukan. 5. Dapatan 5.1: Kekuatan Penulis memilih KGBK kerana keistimewaan yang terdapat dalam kaedah ini yang dilihat dapat membantu murid-murid pemulihan khas untuk menguasai kemahiran membaca. Antara kekuatan dan keistimewaan kaedah ini adalah;
  • 16. i. Sesuai dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata yang jelas. ii. Murid-murid tidak terbeban dengan menghafal abjad. iii. Susunan bahan secara developmental, kumulatif dan sisitematik memudahkan guru mengajar dan murid belajar. iv. Menarik minat dan tidak menjemukan kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan frasa dalam satu pelajaran. v. Murid-murid tidak perlu mengeja dan membatang. vi. Tidak memerlukan bahan Bantu mengajar yang banyak dan tidak susah untuk dibina. Bahan Bantu mengajar utama ialah kad imbasan dan papan hitam. vii. Sesuai dengan murid pemulihan khas kerana tidak memerlukan hafalan. viii. Menekankan aspek bahasa berirama yang menarik minat murid-murid. ix. Boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita. x. Penggunaan ICT boleh digunakan dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini. xi. Murid-murid pemulihan khas di sekolah menengah boleh menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding menggunakan kaedah yang biasa. 5.2: Kelemahan i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa bermula semula. ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad. iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran. iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar. v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan. Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang cukup. 5.3: Dapatan-dapatan lain i. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid dapat membaca frasa. ii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding secara
  • 17. kumpulan atau kelas. iii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang. iv. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan. v. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan murid-murid. Kaedah Pandang dan sebut/Kaedah Seluruh Perkataan Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, lari, main, emak, bapa dan sebagainya. Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali. Sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu, guru digalak menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu pelajar menyebut perkataan tersebut. Misalnya bagi perkataan ”rumah”, guru boleh membantu murid dengan menyebut bunyi huruf ”r” iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan suku kata [ ru ]. Kaedah Fonik/bunyi Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
  • 18. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. [ b ] + [ a ] = [ ba ] [ t ] + [ a ] = [ ta ] [ ba ] + [ta ] = [ bata ] Kaedah gabungan bunyi – kata( Dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan ) Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron, dan dalam kaedah ini murid diajar langkah demi langkah, dimulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf. Selepas itu membina suku kata dan seterusnya perkataan. Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan pendekatan pelbagai deria (multisensory). Contoh;  Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.  Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.  Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.
  • 19.  Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.  Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan bunyi yang didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid menulis huruf-huruf.  Murid membaca apa yg telah ditulisnya, iaitu membunyikan huruf (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh didengar).  Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf Itu. Setelah murid sudah biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh teruskan dengan latih/tubi berikut;  Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).  Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja). Hubungan antara nama , bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan. Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula. Teori Membaca Teori membaca terbahagi kepada enam teori iaitu: 1. MEMBACA NYARING (oral reading ) Membaca nyaring adalah proses melisankan dengan menggunakan suara, intonasi, tekanan secara tepat , serta pemahaman makna bacaan oleh pembaca. Membaca nyaring memiliki beberapa aspek iaitu:  Membaca dengan pikiran dan perasaan pengarang  Memerlukan keterampilan menafsirkan lambang-lambang grafis.  Memerlukan kecepatan pandangan mata  Memerlukan keterampilan membaca , terutama mengelompokkan kata secara tepat.
  • 20.  Memerlukan pemahaman makna secara tepat. Manfaat membaca nyaring antara lain ialah: 1) Boleh memperoleh kesenangan dan memupuk keyakinan atau percaya diri. 2) Boleh menanamkan disiplin diri 3) Boleh berimaginasi apabila dilakukan dalam membaca fiksi. 4) Boleh meningkatkan pemahaman mengenai makna bahan yang dibaca. 2. MEMBACA DALAM HATI ialah kegiatan membaca yang hanya meningkatkan kemampuan visual, pemahaman, serta ingatan dalam menghadapi bacaan tanpa mengeluarkan suara. Salah satu cara membaca dalam hati, iaitu membaca secara Ekstensif ( proses membaca yang dilakukan secara luas). Jenis – jenis membaca Ekstensif :  Membaca survey ialah : kegiatan membaca yang bertujuan mengetahui gambaran umum mengenai isi dan ruang lingkup bahan bacaan.  Membaca sekilas ialah : membaca yang bertujuan untuk mencapai / mendapatkan informasi secara cepat . 3. Membaca skimming, scanning adalah membaca dengan cepat sesuatu bahan bacaan untuk mendapatkan kesan awal dan untuk menemukan sesuatu maklumat yang kita cari, yang terdapat dalam bacaan. Membaca skimming adalah membaca untuk memperoleh kesan umum. Membaca scanning pula adalah membaca dengan tujuan untuk mendapatkan informasi khusus sahaja. 4. Membaca pemahaman ialah kegiatan membaca yang bertujuan untuk memperoleh pengertian atau memahami bahan bacaan secara cepat dan tepat. Dalam membaca pemahaman ada beberapa aspek yang diperlukan antaranya ialah  Seorang pembaca harus mempunyai kosa kata yang banyak.  Memiliki kemampuan mentafsirkan makna kata  Memiliki kemampuan idea pokok  Memiliki kemampuan menangkap urutan peristiwa sesuatu cerita. 5. MEMBACA CEPAT Ialah kegiatan membaca yang dilakukan secara cepat dan disertai dengan pemahaman terhadap isi bacaan. Kecepatan membaca boleh disebut kemampuan membaca. Kemampuan membaca ialah kepantasan yang dicapai oleh pembaca dalam membaca sesuatu bahan bacaan. 6. MEMBACA FIKSI ialah membaca buku non fiksi dengan menggunakan cara S Q 3 R iaitu Survey – Question – Read – Recite – Review. Posted by jaque luc at 03:35 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Definisi Membaca M enurut kamus Dewan edisi Empat, ’bac a’ ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu yang tertulis atau terc etak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
  • 21. Robert Lado (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan makna bagi bentuk tulisan tesebut. Marohaini Yusoff (1989) telah merumuskan bahawa proses membaca merupakan perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Beliau telah merumuskan proses membaca seperti berikut: 1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. 2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan pemahaman selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan. Maksudnya, untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu dapat menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu makna perkataan-perkataan yang dibacanya. 3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan membayangkan apa yang dibaca. Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya. Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:  mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.  mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.  menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia ada di kepala.  mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah idea yang lengkap.  mencuba menghuraikan idea kepada orang lain. 4. Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan pemikiran yang aktif.
  • 22. Penutup Sebenarnya kajian mengajar menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi-kata di peringkat sekolah menengah belum lagi dijalankan. Apa yang dilakukan oleh penulis dalam menyediakan kertas kerja ini ialah pengalaman penulis mengajar murid-murid pemulihan khas di sekolah penulis mengajar. Pada mula penulis mengajar menggunakan kaedah fonik tetapi kesannya begitu lambat dan mengambil masa. Selain itu juga, terlihat sikap murid-murid yang boring dengan apa yang diajar. Perkara ini lumrah kerana murid-murid terpaksa menghafal perkara yang sama iaitu abjad ‘a hingga z’ semenjak di sekolah rendah lagi. Murid-murid juga mungkin berasa rendah diri kerana masih membaca ‘abc’. Dengan menggunakan KGBK kata ini murid-murid berasakan satu kelainan dan mereka sudah mampu untuk membaca buku cerita yang mudah. Keyakinan murid-murid dapat ditegarkan suapaya kemahiran asas ini dapat dikuasai. Tuntasnya, penulis mendapati Kaedah Gabungan Bunyi-kata mampu mempercepatkan penguasaan kemahiran menulis murid pemulihan khas di sekolah menengah. Hal ini dibuktikan dengan kejayaan murid-murid penulis yang kini mampu membaca dengan lancar buku cerita mudah termasuklah buku cerita yang mempunyai suku kata tertutup. Penulis hanya mengajar lebih kurang tiga bulan; secara formal seminggu sekali dan pada masa pembelajaran biasa dalam kelas. Pembelajaran formal selama 40 minit dan melibat waktu khusus untuk murid-murid pemulihan khas sahaja. Manakala pembelajaran biasa dalam kelas adalah pengajaran pemulihan dalam kelas biasa di samping mengajar sukatan pelajaran biasa. Oleh itu, keperluan untuk kajian terhadap keberkesanan KGBK kepada murid-murid pemulihan sekolah menengah perlu dilakukan. Hal ini penting untuk mendapat hasil kajian dan dapatan yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Sebenarnya di sekolah menengah banyak bilangan murid-murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca. Terutama untuk memenuhi tuntutan difinisi boleh membaca iaitu mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Selain itu yang memerlukan murid-murid memahami apa yang dibaca bukan setakat bunyi-bunyi abjad dan gabungan bunyi-bunyi abjad. BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.
  • 23. Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim: UPSI. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti. J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman Group Limited Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: Professional Books.