SlideShare a Scribd company logo
1 of 48
Download to read offline
KAEDAH       DAN    TEKNIK      PENGAJARAN      DAN     PEMBELAJARAN         DALAM
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN




Pengenalan

        Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik
pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan
merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam
kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar,
pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk
komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran
pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai
berikut.

        Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud
jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi
faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

        Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran
yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.         Padanya, kaedah mengajar
bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk
mencapai objektif pengajaran.

        Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah
itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan
dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi
mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai
nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-
lain.
Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk
     semua mata pelajaran bagi semua       pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus
     berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus
     pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan
     pelajar.

            Al-Kailany   (1986)   menyenarai   sedikit   panduan   kepada   guru   sebelum
     mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1.    Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran.
2.    Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.
3.    Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar.
4.    Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar.
5.    Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru.
6.    Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.
7.    Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.


           An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh
     memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,
     malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan
     cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran
     dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah
     pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula
     dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

                Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan
     strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,
     matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah
     satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
     Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu
     disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai
     perkara-perkara berikut, iaitu:
1. Tujuan am (learning goal)
2. Objektif pelajar (specific objective)
3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk
menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.
4. Perlu ada mekanisma untuk memantau kemajuan pelajar.
5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar.



       Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan
teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,
membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk
belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang
diperlukan.

       Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,
pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang
dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup
menghasilkan tindak balas yang baru.

       Umumnya ³Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan
atau kemahiran´. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning,
pembelajaran merupakan ³perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang
dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan´.
1.Kaedah Pembelajaran Koperatif




       Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan
murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

saling bergantung antara satu sama lain secara positif,

saling berinteraksi secara bersemuka,

akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,

kemahiran koperatif, dan

pemprosesan kumpulan

       Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan
kumpulan digalakkan.

       Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh
pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students
Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan
Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

       Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara
Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam
kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik
kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah
menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam
kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas
itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami
dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran
berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

      Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif
dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri
dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.




2.Pembelajaran Masteri (Mastery Learning)

      Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan
(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini
mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru,
membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar.
Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya µThe Condition of Learning¶ mendefinisikan
pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat
dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut
Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang
melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah
perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi
pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang
mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri
kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

      Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya.
Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan
berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam
proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan
masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk
memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom
1981).

2.1 Konsep Pembelajaran Masteri
1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya:

ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan

pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat
menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran.
3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke
unit pembelajaran atau tajuk yang lain.
4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai.
5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang
sesuai.
6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar.
7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri.

2.2 Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri
Terdapat empat elemen-elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu:
1. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan
memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai.
Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada
hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting
yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai,
kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian
yang akan digunakan dalam pembelajaran.

2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri.
Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut
minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi
tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-
peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat
seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata
pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1.

Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar
mengikut kadar mereka sendiri , antaranya:
i. Modul dan pakej pembelajaran.
ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka
(frame) (³Programmed Instruction´).
iii. Audio-tutorial.
iv. ³Keller Plan´ iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap
tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya.
v. Pembelajaran berbantukan komputer.

3. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah
pemulihan yang sesuai.
Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan
cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran.
Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara
lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu
dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar
seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.

4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai.
Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai
terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada
akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama
ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan.

2.3 Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah, iaitu:
1. Penentuan hasil pembelajaran.
2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan.
3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan
4. Pelaksanaan tindakan susulan.




2.4 Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut:
1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian
murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru
apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari.

2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil
yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih
kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan.

3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.
Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar
memahami dan mencapainya.

4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau
bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran
pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur
sehingga mencapai 80%.

5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan
dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan
atau secara individu.
Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu
pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya
aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan
menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan.

6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan
pembelajaran murid.
Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam
bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah
bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah
dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid.
Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum
balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran.

8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan
setiap murid.
Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum
menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai
aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti
pengayaan.

3.Kaedah Pembelajaran Kontekstual

      APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan
kaedah kontekstual?

       Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal
bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam
konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.

Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

       Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud
kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat
pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga
memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.

       Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang
mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku
oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar
tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah
syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk
memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh
kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.

       Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri
apabila berada di luar bilik darjah.Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa
pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau
melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.

       Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan
mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka
sendiri).

       Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan
mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang
diterima akal dan kelihatan bermakna. Terbentuk daripada pemahaman ini, teori
pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran
pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer,
tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih
dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak
bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah
mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar
menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam
konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan
menghubungkaitkan.

      Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan
tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan
pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk
atau memanaskan bangunan itu. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang
mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara
bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan
persekitaran.

      Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan
situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara
pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli
keluarga, warga masyarakat dan pekerja.

4. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

Pengajaran berasakan kajian masa depan mengandungi lima bahagian:

Bahagian 1: mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan,
prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan.

Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri (apa? mengapa? bagaimana?) yang
menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa
depan. konsep utamanya ialah:

berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa
depan.
Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.

Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.

Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan.

Membina sikap dan nilai tentang masa depan.

Bahagian 3: Cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan (rangka
perancangan) serta renungan dan penilaian kendiri.

4.1 Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan :


Aktiviti                    Bahan/keadaan


                            Carta, spesimen,benda maujud, model
Memerhati                   situasi,proses.


                            Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter,
Mengukur                    perimeter, jarak,pepenjuru.


Menyukat                    Isipadu, suhu.


Menimbang                   berat


Melukis dan melabel         Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta.


                            Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman,
Mendengar                   syarahan,ceramah.


Membaca                     Bahan-bahan bertulis dan cetakan


Menonton
                            Tayangan vedio, filem,slid, televesyen,
pertunjukan, simulasi


Mencerita            Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa


Menghurai            Prosedur, proses, pemerhatian


Menerang, bersoal    Kesan, sebab, akibat, situasi, proses,
jawab,berbincang     peristiwa


Memasang             Alat, radas, model


                     Hasil kajian,eksperemen, lawatan,
Membuat laporan      pemerhatian


Menemubual           Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain.


Membuat rujukan      Bahan bacaan, spesimen, tokoh


                     Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan,
                     pameran, pertunjukan, ekspo, pusat
                     pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman
                     tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lain-
Membuat lawatan      lain.


Merancang            Aktiviti pembelajaran


Membuat hipotesis    Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah


                     Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan
Membuat eksperimen   fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori
Membuat kajian          Semua situasi


Mengumpul data dan
maklumat                Menggunakan berbagai-bagai cara


                        Berdasarkan kepada konsep atau prinsip
                        dengan menggunakan format seperti tangga-
                        ular,teka-teki, silang kata, mencari benda
Permainan               tersembunyi, jigsaw dan lain-lain.


Melakon simulasi        Peristiwa, situasi dan kejadian.


Memeta                  Taburan dan lokasi


                        Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan lain-
Membuat model           lain.


Membanding              Objek, situasi, proses


                        Benda yang mempunyai persamaan dan
Mengelas                perbezaan


Menjadual               Aktiviti, kepurusan, prosedur.


Menyenarai              Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh.


Menyusun                Benda dalam kumpulan atau kategori


Menganalisa/mentafsir   Data, maklumat
Membuat perkiraan           Berdasarkan data dan maklumat terkumpul


Membuat ramalan
telahan                     Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan


Menyelesaikan
masalah                     Isu, situasi


Membuat kesimpulan          Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian


Membuat generalisasi        Keputusan, Prinsip, hukum, teori




Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang saya tahu yang merangkumi
perincian dan nota guru.

Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu.

Kajian masa depan merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran boleh
memberi kesan penting kepada guru dan murid yang bersedia menghadapi abad baru
(penuh dengan cabaran dan dugaan).

Mereka diharapkan dapat merancang masa depan dan ini akan mewujudkan
masyarakat berwawasan yang lebih rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima dan
menangani perubahan.

Teori Kecerdasan Pelbagai

Konsep dan Definisi

      Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan
mental seseorang individu yang boleh diukur. Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang
psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan ± Skala 1905.
Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek
keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang
abstrak.

      Pada tahun 1912, William Stern telah memperkenalkan konsep darjah
kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. Mengikut sesetengah pendidik,
kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara
langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan
mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian.

      Menurut Vygotsky, keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan
orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding.



Potensi Dan Kecerdasan Manusia
      Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika
dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu. Dikaitkan dengan bakat manusia
yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia ± kebolehan manusia
melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. Ditinjau dari aspek-
aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial
      ³« memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan «´ (Falsafah
Pendidikan Kebangsaan )


Kecerdasan-Kecerdasan

Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang
berbeza dalam fitrahnya.

Kecerdasan Linguistik

Kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi,
perbahasan, berjenaka dan bercerita.
kecerdasan logikal-matematikal
Kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah
dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta
mengamati dunia visual.


Kecerdasan visual-spatial
Kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan
membina gambaran mental serta mengamati dunia visual


Kecerdasan muzik
Kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta
mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik.


Kecerdasan tubuh kinestetik
Kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota,
sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.


Kecerdasan interpersonal
Kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin
serta berkomunikasi dengan berkesan.


Kecerdasan intrapersonal
Kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri.


kecerdasan spritual
Ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.



Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai

   1. Menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan
      Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
2. Menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap
      murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan.
   3. Meningkatkan    kecerdasan   pelbagai   seseorang   dan     menyedari   bahawa
      potensinya tidak terbatas.
   4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan
      pembelajaran yang menyeronokkan.
   5. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan
      dalam pengajaran dan pembelajaran.
   6. Mewujudkan kolaboratif disekolah.
   7. Mempelbagaikan penilaian.




Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

   1. Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.
   2. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan
      murid
   3. Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum
      menyerlah



Kontekstual

Definisi

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-
on dan hands-on.

Matlamat

Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Objektif

Guru berupaya:

   1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan
      pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
   2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
   3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah
      dengan yakin dan berkesan.
   4. Melatih      guru   lain   menjalankan   pengajaran   menggunakan   pendekatan
      kontekstual.




Teori Kontekstual

      Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang
bermakna dalam rangka minda mereka.

Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut:

1. Konteks pembelajaran yang pelbagai

      ‡ Budaya

      ‡ Sosial

      ‡ Psikologi

       ‡ Fizikal

2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran

      ‡ Bilik darjah

      ‡ Makmal

      ‡ Tempat kerja
‡ Kehidupan harian

3. Kepelbagaian disiplin ilmu

      ‡ Matematik

      ‡ Sains

      ‡ Komunikasi

      ‡ Teknikal dan Vokasional

      ‡ Kemanusiaan




      Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih
berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna
kepada murid.

      Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian
persekitaran    pembelajaran    untuk   menghasilkan   pembelajaran   yang   berkesan.
Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains,
Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional.




Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual

      Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau
lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut ,ia dapat diringkaskan menjadi
³REACT´

a) Relating (menghubungkait)

      Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya
berlaku di kalangan kanak-kanak.
Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan
konteks    pembelajaran   yang   bermakna.   Kurikulum   yang    cuba   menempatkan
pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar
kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan
keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu
masalah.

       Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk
menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan
aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat
tinggal mereka setiap hari.




b) Experiencing (mengalami)

       Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta
merupakan     nadi   pembelajaran   konteksual.   Walaupun      pelajar-pelajar   boleh
dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau
aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang
pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-
pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan
yang aktif.

       Contoh murid dibawa melawat kawasan bersejarah dan diceritakan sumbangan
tokoh-tokoh. Pengalaman ini boleh digunakan sebagai satu tauladan dan meningkatkan
semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tokoh-tokoh dan tempat bersejarah.

c) Applying (Mengaplikasi)
       Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam
situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya
berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan
amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan, merayakan hari kebudayaan,
dan sebagainya.
Contohnya, apabila murid mempelajari teori dan konsep menghormati orang
     yang lebih tua. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu dengan orang
     yang lebih tua seperti guru, atuk, nenek dan sebagainya.

d) Cooperating (Bekerjasama):

            Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan
     pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam
     pembelajaran    konteksual.   Pengalaman    bekerjasama    bukan   sahaja   membantu
     kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten
     dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual.

            Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan sewaktu melakukan aktiviti
     berkumpulan di dalam kelas. Penyelesaian untuk meyiapkan tugasan tersebut
     memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti
     data yang dikumpul oleh sesuatu kumpulan bergantung secara langsung kepada
     prestasi setiap ahlinya.



e)    Transferring (Memindahkan):

            Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau
     memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan
     ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan
     diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran
     yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh
     membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat
     menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui
     pelajar.

            Contoh murid mempelajari cara menghormati orang tua di sekolah, seterusnya
     dengan ilmu yang diperolehi tersebut, murid dapat mempraktikkan ilmu tersebut apabila
     bertemu dengan orang yang lebih tua dengan cara memberi salam, senyum dan
     sebagainya.
Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual

Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, dan
terdorong melakukan aktiviti hands-on.

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual

Perlaksanaan ini memerlukan:

Motivasi

Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk
yang akan dibincangkan. Contohnya sebelum cikgu mengajar tajuk keluarga
kembangan, guru boleh menyuruh murid melakonkan watak dalam suatu ahli keluarga
tersebut dan ini akan membuat murid tertarik dan bermotivasi serta bersedia dengan
apa yang akan di ajar oleh guru selepas aktiviti tersebut.

Pemahaman
Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah
penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap
sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang
berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat
kajian.


Kemahiran
          Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan
pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian.


Penilaian
Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti
boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio


Kesimpulan
Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat
    atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang
    akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang
    bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual
    menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik
    darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian.

            Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran
    pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial,
    budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
    Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
    mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah
    pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.




    Konstruktivisme

    Definisi dan Konsep

            Menurut    pendapat     John    Dewey    (1910),   ³Pendidik   yang   cekap   harus
    melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara
    berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti
    P&P.´

            Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran
    kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu :

·      Fasa Pertama
    Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik.
·      Fasa Kedua
    Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal.
·      Fasa Ketiga
    Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran.
·      Fasa Keempat
Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi.



           Konstruktivisme   adalah   satu   fahaman   bahawa   murid   membina   sendiri
    pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
    sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima
    dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru




    Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme

‡   Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong
    pembelajaran secara koperatif

‡   Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid

‡   Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha

‡   Memberi peluang kepada murid untuk           membina pengetahuan baru dengan
    memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

‡   Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea.

    Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme

    y   Guru merasa mereka tidak mengajar.
    y   Kawalan kelas agak merosot.
    y   Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.


    y   Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme
        memerlukan sokongan profesional.



    Implikasi Konstruktivisme
1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah
   pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid.

3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan
   oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif.

4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang
   kepada murid untuk membina pengetahuan baru.




   TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

         Semasa menyampaikan pengajaran sivik dalam kelas, guru harus boleh memilih
   dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah
   berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu
   pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Ia
   bukanlah seharusnya lahir daripada gerak hati atau institusi guru itu sahaja. Jika
   demikian halnya, tentulah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang
   berkesan.

         Dalam pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan, sememangnya terdapat
   pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan
   pengajarannya, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat
   digunakan untuk semua keadaan, atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Teknik
   yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid
   serta pengajaran yang hendak disampaikan.

         Teknik pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan mempunyai beberapa objekif. Di
   antaranya ialah :

      a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara ang yang boleh menarik
         minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin
         tahu mereka.
b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang
   dipelajari dengan mudah dan berkesan.
Teknik mengajar yang dimaksudkan di sini ditakrifkan sebagai cara atau alat yang
digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Cara-cara atau peralatan itu
meliputi pelbagai jenis cara bermain (permainan), perbincangan, penyelesaian
masalah, bercerita, bersyarah, berlakon, latih tubi, tunjuk ajar dan menghafaz. Cara-
cara lain seperti menggunakan filem 16 mm, televisyen, radio, video, simulasi, buku
teks, lawatan boleh digunakan sebagai teknik mengajar. Berikut adalah di antara
teknik-teknik mengaar yang biasa digunakan.




Teknik Bercerita.

Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru,
malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan
sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat
anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru
menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan
lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku
dalam keadaan yang menyeronokkan.

          Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar
mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan
kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadang kala dapat pula sekaligus
memahami maksud cerita itu tadi. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi
peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pembelajaran
akan lebih berkesan.

          Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita
dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Janganlah disebabkan
terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar hendak disampaikan
ketika itu menjadi menjadi kabur, sedangkan aspek-aspek yang hendak
disampaikan adalahlebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.
Cara perlaksanaan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan
   pengajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak
   diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus
   dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita

   Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita
   adalah seperti berikut:

      a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
          Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
      b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak
          disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.
      c) Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilai
          yang hendak disampaikan itu.
      d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-
          kurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini.
      e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada
          aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu.
      f) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar, atau lain-lain alat
          bantu mengajar.
      g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain
          berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk
          pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.


Teknik Bersyarah.

      Teknik bersyarah sering juga diertikan sebagai teknik kuliah dan ia melibatkan
pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Teknik ini
sebenarnya banyak menerima tentangan kerana dikatakan murid-murid selalunya pasif,
dan tidak mengambil bahagian yang cergas. Interksi satu hala seperti yang biasnya
berlaku, tidak banyak dapat melibatkan aktiviti murid.
Bersyarah bukanlah bermakna membaca sahaja daripada sesuatu teks, tetapi
guru mestilah menerangkan, memberikan intepretasi dan menghuraikan idea-idea dan
konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Ini akan dapat memudahkan murid-
murid memhami prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya.

      Teknik ini tidaklah semestinya digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar
dan ia boleh disingkatkan. Waktu-waktu yang selebihnya boleh dijalankan
perbincangan. Waktu yang terlalu panjang untuk satu-satu syarahan itu hanya akan
membosankan dan murid tidak berupaya memberikan tumpuan kepada pengajaran
sepenuhnya. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah
kerana masa penumpuan perhatian mereka singkat .

      Teknik bersyarah ini mempunyai beberapa kelebihan. Guru dapat menjimatkan
masa, kerana segala idea dan pengalaman guru dapat dikmukakan sekaligus. Dengan
itu masa tidak terbuang sebagaimana yang berlaku apaila murid-murid itu dibiarkan
belajar sendiri atau berbincang. Walaubagaimanapun, kejayaan teknik ini sebagai salah
satu cara mengajar bergantung kepada kebolehan guru yang menyampaikan syarahan
tersebut.

      Di sudut lain, kelebihan-kelebihan yang ada pada teknik boleh menjadi lemah
jika ia disalahgunakan. Guru-guru yang tidak mahir menggunakannya akan hanya
menambahkan kesusahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus
terlebih dahulu menyelidik dan meninjau setakat manakah kebolehan murid-murid
mereka unttuk mengikuti syarahan yang disampaikan.Pastikan sama ada mereka telah
boleh memahami konsep-konsep, pekara-perkara asas yang menjadi isi bagi bahan
yang dikuliahkan. Setelah mengkaji maklumat-maklumat mengenai mengenai muid,
guru harus merancang dan menyusun kuliahnya dengan rapi.

      Disamping perancangan ini, guru harus juga menyediakan rangka kuliah, dicetak
dan diedarkan kepada kelas. Rangka kuliah seperti ini menjadi panduan kepada murid-
murid. Selain daropada itu guru harus banyak menggunakan rangsangan seperti peta,
bahan pengajaran sebenat, papan tulis dan sebagainya.
Berikut diperlihatkan beberapa langkah untuk mempertingkatkan mutu teknik
bersyarah:

   a) Sediakan nota-nota yang mencukupi.
   b) Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara yang
       telah dikaji terdahulu daripada itu.
   c) Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau
       beberapa masalah. Masalah-masalah itu boleh dituliskan di papan tulis. Kaitkan
       isi pelajara dengan masalah-masalah ini.
   d) Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang penting
       sahaja.
   e) Syarahan tersebut harus disampaikan dalam bentuk peraturan biasa. Jangan
       baca sahaja, guru harus menerangkan, membuat interpretasi, menghuraikan
       idea-idea dan sebagainya.
   f) Tunjukkan rasa yakin semasa menyampaikan syarahan.
   g) Hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat untuk pelajaran
       tersebut.
   h) Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorong pemikiran murid-murid.
   i) Guru harus membuat kesimpulan di akhir syarahannya. Ini boleh dilakukan
       dengan cara mengulang-ulangkan perkara-perkara yang penting.



Teknik Berbincang.

Perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia
dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru.
Sewaktu perbincangan dijalankan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan
pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu dan
mengarahkan pandangan ±pandangan mereka ke suatu prinsip yang menyeluruh.

      Melalui teknik mengajar ini, murid-murid dapat memperkembangkan
pertumbuhan dan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir
dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama
bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan
masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat
menggalakkan. Mereka kelihatan cergas, berani dan tegas.

      Ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu
menjalankan aktiviti perbincangan:

   a) Guru harus memilih tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang
      murid-murid. Ia juga harus mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka.
   b) Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting oleh
      murid.
   c) Bahan-bahan juga harus terdiri daripada isu-isu terbaru dan ia mungkin dapat
      mengekalkan minat ketika perbincangan dijalankan.
   d) Bahan-bahan harus mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang
      diperuntukkan.
Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut:

   a) Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan .
   b) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan memilih
      seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua
      aspek perbincangan dapat dicapai.
   c) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan
      cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan mereka.
   d) Ketika perbincangan, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
      lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan
      perbincangan menghala ke jalan yang betul¶
   e) Setelah tamat perbincangan, guru boleh meminta laporan daripada setiap
      kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut mana-
      mana yang penting. Selepas itu guru bolehlah meneruskan dengan aktiiviti-
      aktiviti seperti penulisan.
Teknik Main Peranan.

Main peranan adalah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh
pengalaman secara spontan. Biasanya, main peranan melibatkan gambaran-gambaran
murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa
bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut sebagai µambil peranan¶
atau µsosiodrama¶yang mementingkan interaksi iindividu serta kumpulan dan sentiasa
pula dikelolakan dalam situasi kumpulan.




      Main peranan boleh dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau
besar. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang
sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya,
atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya. Selepas itu diminta mereka melakonkannya.

      Teknik ini menekankan perkara-perkara berikut :

   a) Main peranan tersebut hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti.
      Tentukan peranan-peranan yang diperlukan, pelakon-pelakon yang sesuai, alat
      kelengkapan yang diperlukan dan sebagainya.
   b) Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih dahulu kepada
      kelas situasi dan masalahnya.
   c) Sewaktu main pernan itu dijalankan, murid-murid lain diminta memerhati.
      Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila
      sampai pada penghujung masa yan sesuai, guru harus menamatkannya.
   d) Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid. Perbincangan harus
      menumpukan kepada kekuatan dan kelemahan peranan terutama dari segi
      perkara yang dituturkannya an mnilai sama ada main peranan itu telah dapat
      menyelesaikan masalah asal.
Teknik Bersoal Jawab.

Teknik ini adalah satu cara penyampaian pelajaran yang paling popular dan paling
kerap dilakukan guru-guru di sekolah. Pemilihan guru-guru ke atas teknik ini bukanlah
kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan
interaksi guru dan murid secara berkesan. Di samping itu ia menjadi teras kepada
pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan
perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan murid-murid.




      Teknik soal jawab mementingkan perkara-perkara berikut :

   a) Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan keruan. Ia tidak dikaburkan
      dengan hentian-hentian yang tidak diperlukan. Soalan itu harus disebut dengan
      cara yang tenang, ringkas dan tepat, dan ditujukan khusus kepada orang tertentu
      dalam kelas. Soalan-soalan itu tidak seharusnya menimbulkan jawapan-jawapan
      yang bertentangan dan tidak pula mengelirukan murid-murid.
   b) Hentian dan cepat-lambat dalam penyoalan harus diberi perhatian. Sebaik-baik
      sahaja menyoal, guru harus berhenti sekejap dan memerhatikan seluruh kelas.
      Biasanya memang ada isyarat-isyarat bukan lisan yang dapat menyatakan sama
      ada seseorang murid itu sudah bersedia untuk menjawab. Mengangkat tangan
      itu menyatakan secara formal bahawa seseorang itu telah ada jawapannya tetapi
      sebelum ini ada-ada tanda lain yang harus diperhatikan.
   c) Soala-soalan yang dikemukakan haruslah tersebar dengan baik. Guru harus
      mengurangkan kecenderungannya untuk mengarahkan soalan-soalan kepada
      murid-murid tertentu
   d) Soalan-soalan yang dikemukan itu juga haruslah bersifat mencungkil. Guru
      patutlah membentu murid-murid untuk mengeluarkan jawapan yang betul.
      Galakkan mereka berfikir dan mencuba menjawab soalan-soalan tersebut secara
      mendalam dan berkesan.
   e) Soalan-soalan yang baik biasanya tidak mengandungi terlalu banyak maklumat.
      Soalan-soalan ini mungkin akan mengelirukan.
KOMPONEN UTAMA PENGAJARAN

Komponen utama pengajaran berasaskan model Glaser

Secara umum, sesuatu proses pengajaran mempunyai empat komponen asas iaitu:

1.Objektif pengajaran

2.Pengetahuan sedia ada,

3.Kaedah pengajaran

4.Proses penilaian.

Pada setiap komponen, guru memberikan maklum balas untuk membantu dan
membimbing pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep. Model umum proses
pengajaran yang melibatkan empat komponen ini adalah sebagaimana yang
dicadangkan oleh Glaser (1968) adalah seperti rajah di bawah




                        Proses pengajaran berasaskan Model Glaser

Model Robert Glaser

      Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan
proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran,
pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga
menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan
pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan
objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.

      Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran
dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,agar guru dapat mengubahsuai proses
pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.
Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep
pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran
iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Sim

      Selain membahagikan sesuatu pengajaran kepada empat komponen asas di
atas, terdapat juga kecenderungan melihat proses pengajaran sebagai interaksi antara
sumber pengajaran (persekitaran dan isi pelajaran) dengan manusia (guru dan pelajar),
berasaskan kepada matlamat tertentu(objektif). Interaksi antara kelima-lima komponen
dalam sesuatu proses pengajaran ini adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah
dibawah.




                                       Model pengajaran Sim
Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Generatif

        Model pengajaran ini diperkembangkan oleh Osborne & Freyberg (1985). Model
ini adalah berguna untuk tujuan mengembangkan idea pelajar terhadap sesuatu topik
pelajaran yang telah sedia diketahui dengan lebih lanjut. Ciri utama model ini adalah
fasa cabaran iaitu semasa pandangan beberapa tokoh seperti tokoh kemerdekaan yang
menerangkan tentang erti kemerdekaan sebenar. Guru akan cuba mewujudkan satu
keadaan sama ada pandangan itu diterima sebagai lanjutan kepada pemahaman awal
pelajar mahupun pandangan itu bertentangan dengan pemahaman awal mereka.

        Oleh itu, objektif pengetahuan yang ingin dicapai adalah pada asasnya
menumpu. Model ini sengaja mengenakan cabaran minda ke atas konsep awal pelajar
yang berbeza daripada idea asal mereka supaya pelajar dapat mengubahsuai apa yang
telah diketahuinya. Model pengajaran interaktif melibatkan empat komponen/fasa
seperti jadual di bawah.

Komponen/fasa                Aktiviti guru                    Aktiviti pelajar

Persediaan                   Meninjau         pendangan
                             pelajar secara informal

                             Mencetuskan               satu
                             pandangan tokoh

                             Mengenalpasti pandangan
                             lama       dan    sebabnya
                             pandangan lama ditolak.

Fokus                        Menetapkan         konteks. Mula memberi sumbangan
                             Menyediakan pengalaman kepada                  perbincangan
                             yang memotivasikan               tentang konsep

                                                              Memikirkan         apa   yang
                                                              berlaku, menanya soalan
Menyertai dan         menanya berkaitan dengan konsep.
           soalan       terbuka          dan
                                               Menentukan                 dan
           berorientasikan       diri    dan
                                               memerihalkan       apa     yang
           individu.
                                               diketahuinya           tentang
           Mentafsir      gerak         balas peristiwa berkenaan.
           pelajar.
                                               Menjelaskan        pandangan
           Mentafsir dan menjelaskan diri tentang konsep.
           pandangan pelajar
                                               Membentangkan
                                               pandangan       diri     kepada
                                               kumpulan dan kelas melaui
                                               perbincangan               dan
                                               persembahan.

Cabaran    Memperkenalkan                      Membandingkan
           pandangan           tokoh-tokoh pandangan             tokoh-tokoh
           pejuang        kemerdekaan, dengan pandangan kelas.
           menggunakan             analogi,
                                               Menguji                kesahan
           mengemukakan             konsep
                                               pandangan       dengan     cara
           alternatif    dan     mentakrif
                                               mendapatkan bukti.
           semula istilah.

           Mengemukakan bukti-bukti
           yang                menyokong
           pandangan           tokoh-tokoh
           pejuang kemerdekaan.

Aplikasi   Meminta                  pelajar Menimbangkan              aplikasi
           menggunakan         pandangan untuk diri sendiri, waktu
           tokoh-tokoh       kemerdekaan lapang,         pekerjaan        dan
           dalam konteks diri mereka.          persekitaran.
Memudahkan            pelajar Menikmati permainan, teka-
                             mengaitkan      konsep     ini teki,   kuiz,   perbincangan
                             dengan konsep lain yang yang mengeratkan konsep
                             dipegang mereka.               baru      dengan      bidang
                                                            pemahaman yang lain.
                             Memikirkan masalah yang
                             dapat diselesaikan dengan Menyelesaikan             masalah
                             mudah dan elok dengan yang              praktikal   dengan
                             menggunakan      pandangan menggunakan               konsep
                             tokoh      pejuang       yang sebagai asas.
                             diterima umum

                             Contohnya        pandangan;
                             Tunku     Abd   Rahman,Tun
                             Hussein         Onn      dan
                             sebagainya.




                   Komponen/Fasa Model Pengajaran Generatif




Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pembelajaran Koperatif

      Pembelajaran koperatif melibatkan pelajar-pelajar bekerjasama dalam struktur
dengan matlamat bekerjasama, berlainan dengan struktur yang bermatlamat bersaing
atau berindividu secara kaedah pembelajaran tradisional. Pembelajaran koperatif
dicirikan melalui saling bergantungan secara positif di kalangan setiap ahli kumpulan,
tanggungjawab individu kepada kejayaan kumpulan, interaksi bersemuka dalam ahli-
ahli kumpulan, kemahiran kolaboratif dengan interaksi sosial serta pemprosesan
refleksi tentang cara perbincangan dijalankan. Kajian telah menunjukkan bahawa model
pembelajaran ini membawa kesan positif kepada pencapaian akademik, harga diri,
saling hormat antara budaya, tingkahlaku, kerjasama, dan sikap terhadap ahli yang
kurang upaya.

      Pembelajaran koperatif menekankan kemahiran berfikir aras tinggi seperti
analisis dan penilaian. Guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan
pembelajaran jenis ini. Persediaan bahan dan maklumat bacaan adalah paling penting
kerana memerlukan bahan rujukan secukupnya semasa perbincangan dijalankan.
Terdapat beberapa jenis pembelajaran koperatif. Tiga jenis yang popular ialah Student
Team Achievement Division (STAD), Jigsaw, dan Group Investigation (GI) yang
disenaraikan mengikut format tiga fasa dalam pembelajaran koperatif seperti jadual di
bawah.


                                      Persediaan


             Kelas bersama guru memilih tajuk lalu mencari maklumat latar belakang.




                             Pandangan terdahulu
                Kelas atau individu menyatakan apa yang diketahui tentang tajuk



                               Aktiviti penerokaan

                          Melibatkan pelajar secara aktif tentang tajuk




                               Penyoalan pelajar
                   kelas dijemput untuk menanyakan soalan tentang tajuk
Penyiasatan

      Guru dan pelajar memilih soalan untuk disiasat, katakan 2-3 soalan sehari.



                                  Pandangan kemudian

Kenyataan individu atau kumpulan dikumpul dan dibandingkan dengan kenyataan awal
mereka.



                                         Refleksi

Masa untuk mengukuhkan apa yang telah dibuktikan dan apa yang masih perlu
diselidiki.

                      Komponen dalam pengajaran koperatif
Komponen Utama Pengajaran Mengikut Model Lima Fasa Needham

       Model Pengajaran dan Pemelajaran (P&P) Lima Fasa Needham ini dicadangkan
dalam "Children's Learning in Science Project" (Needham, 1987). Terdapat lima
fasa/komponen dalam model ini.

       Fasa pertama dimulakan dengan pencetusan idea, sama seperti set induksi, fasa
ini bertujuan untuk menarik perhatian murid supaya bersedia mengikuti sesi
pemelajaran. Fasa kedua, iaitu dalam pencetusan idea, murid digalakkan bertukar-tukar
fikiran. Fasa ini dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka.
Seterusnya menerusi fasa ketiga, iaitu penstrukturan semula idea, guru digalakkan
merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka.
Murid diberikan peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan
mereka. Adalah dipercayai bahawa idea baru yang dibina oleh murid itu sendiri
biasanya lebih mudah diterima oleh mereka sekiranya idea tersebut mudah difahami
dan berguna.

       Dalam   fasa   keempat,   iaitu   penggunaan   (aplikasi)   idea,   murid     boleh
menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan
fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali (refleksi)
merupakan fasa yang terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka
dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah
menyebabkan perubahan terhadap idea mereka. Fasa ini juga dapat mengembangkan
kemahiran                                 meta                                     kognitif.
Fasa-fasa berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham adalah seperti
berikut:

   1. Orientasi: Fasa ini bertujuan untuk menimbulkan minat murid dan menyediakan
    mereka dengan suasana pemelajaran. Kaedah/teknik yang digunakan seperti amali
    penyelesaian masalah sebenar, tunjuk cara oleh guru, penggunaan perisian atau
    permainan komputer, tayangan video dan keratan akhbar.
2. Pencetusan Idea: Fasa ini bertujuan supaya murid dan guru sedar tentang idea
   terdahulu. Kaedah/teknik yang digunakan seperti soal jawab, perbincangan dalam
   kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan.
  3. Penstrukturan Semula Idea: Tujuan fasa ini ialah untuk mewujudkan kesedaran
   tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik, menyedari bahawa idea-idea sedia
   ada perlu diubah suai, dikembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik,
   mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada
   sendiri, menguji kesahan idea-idea sedia ada, melakukan pengubahsuaian,
   pengembangan/pertukaran idea. Kaedah/teknik yang digunakan biasanya ialah
   perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan, pembacaan, input guru,
   amali, kerja projek, eksperimen dan tunjuk cara oleh guru.
  4. Penggunaan Idea (Aplikasi Idea): Fasa ini pula bertujuan untuk mengukuhkan
   atau mengaplikasikan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa.
   Kedah/teknik biasanya dengan cara penyelesaian masalah yang baharu seperti
   penulisan kerja projek dan reka cipta.
  5. Renungan Kembali (Refleksi): Fasa terakhir ini untuk menyedari tentang
   perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal
   mereka telah berubah. Biasanya fasa ini menggunakan kaedah/teknik seperti
   penyoalan reflektif, penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan
   lain-lain.
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini sesuai dilaksanakan jika sesuatu P&P
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran itu menekankan aktiviti ³hands-on´ dan ³minds-
on´.
Unsur-Unsur Pengajaran Berkesan

Pendahuluan

      Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para
murid-muridnya.    Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat
menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga
perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di
samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

      Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza
dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan
pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai
dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain
berpotensi meransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga haruslah mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta
dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

      Seorang guru perlu bijak menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran,
aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk
membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Aktiviti juga
harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam
merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan
yang baik serta diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran         bagi
menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.

      Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi
penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan
suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif
terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu
guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke
atas pembelajaran yang berlaku.

       Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah
merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir
yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi
bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal
pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka
tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran.    Oleh itu, pembentukan proses pengajaran
berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk
melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan.

       Untuk   memastikan     keberkesanan     pengajaran    dan    pembelajaran   subjek
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, terdapat tiga bahagian penting iaitu sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebelum Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Rancangan Pengajaran

       Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan
yang mantap oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru,ia perlu tahu
kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta
objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti.

       Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
pada awal semester lagi , seseorang guru mestilah membuat Rancangan Pengajaran
Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul PSVK yang telah
dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh teliti dan
bertanggungjawab. Guru juga mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) pada setiap hari dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti
persembahan ³power point´, kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah
terbukti, dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini akan
membantu seseorang guru itu untuk melangsungkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan.

Membuat Rujukan

      Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga seseorang guru
juga mestilah membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa dalam
kelas sewaktu sesi P&P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Selain dari membaca
dari buku-buku rujukan, guru juga boleh mendapatkan maklumat melalui internet dan
akhbar.

      Selain itu juga, guru boleh mengadakan perbincangan ilmiah ³ intellectual
discouse ´ bersama rakan guru yang lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan
mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seorang guru Pendidkan Sivik
seharusnya melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang luas dan sebanyak
mungkin kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat
± bulat tanpa diterangkan rasionalnya.       Seorang guru mestilah mempunyai
pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar dan kepakaran di dalam
bidang yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang
menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Komunikasi Berkesan.

      Bagi   memastikan   keberkesanan   proses   pengajaran   dan   pembelajaran,
seseorang guru mesti bijak dalam menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan
bukan lisan dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002),       komunikasi
adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan,
persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada
penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan.
Selain menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan
bersemangat, seorang guru juga perlu memastikan nada suaranya sentiasa berubah-
ubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi guru dan pelajar
berlaku dua hala iaitu dengan kaedah penyoalan dan pelajar menjawab. Dengan ini
pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik
kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya
kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar memahami apa yang diajar, maka guru
perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognitif kanak-
kanak sekolah rendah. Kaedah komunikasi berkesan yang diamalkan ini terbukti telah
membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah
laku, pencapaian dan prestasi akademik pelajar.

         Selain komunikasi secara lisan, seorang guru juga perlu mempraktikkan
komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan
persembahan diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri.   Kajian oleh Ray
Birdwhistell ( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65%
komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.          Dengan kaedah
komunikasi yang berhikmah, bijaksana, lemah-lembut dan percakapan yang baik
diharap akan menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik bagi
menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Berjenaka.
      Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan
dan perilaku yang mencuit hati.    Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan
perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya
merupakan suatu gurauan.     Apabila seorang guru itu melihat keadaan bilik kuliah
menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mengantuk , maka
ia sepatutnya berusaha untuk menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan.
Namun begitu ia perlu dipastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan atau
releven dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi
seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan
sempurna.

      Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti
dan sifat tertentu.    Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang
menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula
dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education, menjelaskan bahawa
bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan dan berpengaruh.
Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri guru yang
baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di
kalangan pelajar.     Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga
memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran.

Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

Refleksi & Penilaian

      Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis,
mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang
dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai,
seseorang guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan
kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah
disampaikan.

      Guru juga boleh meminta supaya pelajar menilai pengajarannya dengan mengisi
borang soal selidik. Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

      Selain itu, guru juga boleh membuat penilaian semula terhadap kefahaman
pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik tentang isi pelajaran, meminta
pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan
kajian tindakan. Dapatan atau tindak balas yang diterima daripada pelajar akan berguna
untuk     seseorang   guru   memperbaiki   cara   pengajaran   demi   pengajaran    dan
pembelajaran berkesan di masa hadapan.

PENUTUP

        Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu
yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk
menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia
berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar.
Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan.

        Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan
kepada murid-muridnya . Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan
kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Di samping itu, guru juga
memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara .
Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia
yang berbunyi:³ Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam
menjayakan Wawasan Negara,peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai
Nasional dapat disempurnakan.´( Y.B Dato¶ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein ,
Perutusan Hari Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya seorang guru yang mempunyai
komitmen, iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai
akhlak, budi pekerti dan     tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga akan berjaya menjalankan
tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif.

Sekian.

More Related Content

What's hot

Pengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkapPengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkapAjrina Pia
 
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...Rina Rahmawati
 
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sxSahlan Tuah Harahap
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUMuhammad Affrini Azim Zahari
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran mia elbugis
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganIrma Gurlz
 
Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Dedi Yulianto
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikadea nindria imansari
 
Team teaching
Team teachingTeam teaching
Team teachingarifin
 
Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj fitri norlida
 
Jenis jenis strategi pembelajaran
Jenis jenis strategi pembelajaranJenis jenis strategi pembelajaran
Jenis jenis strategi pembelajaranThuu Wien Ewie
 
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Ministry of Education
 
asas pedagogi
asas pedagogiasas pedagogi
asas pedagogirazihan
 
Klasifikasi Strategi Pembelajaran
Klasifikasi Strategi PembelajaranKlasifikasi Strategi Pembelajaran
Klasifikasi Strategi PembelajaranLutfi Koto
 

What's hot (20)

Pedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikanPedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikan
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Pengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkapPengertian strategi pembelajaran lengkap
Pengertian strategi pembelajaran lengkap
 
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
Ppt. Belajar dan Pembalajaran tentang Pendekatan, Strategi, Metode Dan Model ...
 
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx13.  bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
13. bahan_ajar_belajar_pembelajaran_penja_sx
 
Pendekatan pembelajaran up
Pendekatan pembelajaran upPendekatan pembelajaran up
Pendekatan pembelajaran up
 
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURUPENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PCK) DALAM KALANGAN GURU
 
Makalah model-pembelajaran
Makalah model-pembelajaranMakalah model-pembelajaran
Makalah model-pembelajaran
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaran
 
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi KandunganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
 
Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan Pengertian pendekatan
Pengertian pendekatan
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
 
Strategi strategi belajar
Strategi strategi belajarStrategi strategi belajar
Strategi strategi belajar
 
Team teaching
Team teachingTeam teaching
Team teaching
 
Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj
 
makalah PAIKEM
makalah PAIKEMmakalah PAIKEM
makalah PAIKEM
 
Jenis jenis strategi pembelajaran
Jenis jenis strategi pembelajaranJenis jenis strategi pembelajaran
Jenis jenis strategi pembelajaran
 
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
Kepentingan pck kpd_prestasi_guru-group_work_dr_sulaiman[1]
 
asas pedagogi
asas pedagogiasas pedagogi
asas pedagogi
 
Klasifikasi Strategi Pembelajaran
Klasifikasi Strategi PembelajaranKlasifikasi Strategi Pembelajaran
Klasifikasi Strategi Pembelajaran
 

Viewers also liked

Viewers also liked (11)

Rph psk t4 kebersihan di sekolah
Rph psk t4 kebersihan di sekolahRph psk t4 kebersihan di sekolah
Rph psk t4 kebersihan di sekolah
 
Phototalk 2
Phototalk 2Phototalk 2
Phototalk 2
 
Rph psk t4 kebersihan diri
Rph psk t4 kebersihan diriRph psk t4 kebersihan diri
Rph psk t4 kebersihan diri
 
contoh Rph pedagogi bermain
contoh Rph pedagogi bermaincontoh Rph pedagogi bermain
contoh Rph pedagogi bermain
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
 
Nota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjjNota kpf 3012 pjj
Nota kpf 3012 pjj
 
TITAS USM
TITAS USMTITAS USM
TITAS USM
 
Contoh jawapan karangan
Contoh jawapan karanganContoh jawapan karangan
Contoh jawapan karangan
 
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
 
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islamsains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
sains teknologi dan kejuruteraan dalam Islam
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Similar to 55632188 isi-isi-sivik-good

Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranshare with me
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaranStrategi pembelajaran
Strategi pembelajaranNana Citra
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010AnandaOktari
 
Pembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryPembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryDewi Fitri
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn20080210965
 
Ppt uas tekno verika dian
Ppt uas tekno verika dianPpt uas tekno verika dian
Ppt uas tekno verika dianvey_riecha
 
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaranMetode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaranLutfy Nikmah
 
Tugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nikaTugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nikaNIKAPUTRIMUSTIKADEVI
 
PPT perencanaan pembelajaran UAS.pptx
PPT perencanaan pembelajaran UAS.pptxPPT perencanaan pembelajaran UAS.pptx
PPT perencanaan pembelajaran UAS.pptxLelyRamadhanti
 
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaranMetode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaranUkhty Nicken
 
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)Hariyatunnisa Ahmad
 
Tugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriTugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriirna zuzy
 

Similar to 55632188 isi-isi-sivik-good (20)

Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaranStrategi pembelajaran
Strategi pembelajaran
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010Bab ii 10401241010
Bab ii 10401241010
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
Pembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discoveryPembelajaran inquiry dan discovery
Pembelajaran inquiry dan discovery
 
Kesiapan guru mengajar
Kesiapan guru mengajarKesiapan guru mengajar
Kesiapan guru mengajar
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Ilmu pendidikan
Ilmu pendidikanIlmu pendidikan
Ilmu pendidikan
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum PembelajarannnnnnTuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
Tuti Herawati Tugas Kurikulum Pembelajarannnnnn
 
Ppt uas tekno verika dian
Ppt uas tekno verika dianPpt uas tekno verika dian
Ppt uas tekno verika dian
 
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaranMetode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
 
Tugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nikaTugas uas teknologi pendidikan nika
Tugas uas teknologi pendidikan nika
 
PPT perencanaan pembelajaran UAS.pptx
PPT perencanaan pembelajaran UAS.pptxPPT perencanaan pembelajaran UAS.pptx
PPT perencanaan pembelajaran UAS.pptx
 
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaranMetode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
Metode dan tekhnik pembelajaran dan konsep dasar pembelajaran
 
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
Strategi Belajar Mengajar (Mulyana Sumantri)
 
Tugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teoriTugasan 2 kk edu teori
Tugasan 2 kk edu teori
 

55632188 isi-isi-sivik-good

  • 1. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pengenalan Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994) menyatakan bahawa kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar dan merupakan gabungan beberapa pembolehubah. Pembolehubah yang penting dalam kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran adalah kaedah penyampaian bahan ajar, pola organisasi yang digunakan guru untuk menyampaikan materi, dan bentuk komunikasi yang dipergunakan. Secara terperinci, kaedah dan teknik pengajaran pembelajaran seperti yang dikemukakan di atas dapat diuraikan satu-persatu sebagai berikut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain- lain.
  • 2. Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan pelajar. Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah: 1. Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran. 2. Kaedah mesti sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. 3. Kaedah juga haruslah sesuai dengan tabiat (nature) pelajaran yang diajar. 4. Kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar. 5. Kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru. 6. Mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan. 7. Kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik. Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
  • 3. 1. Tujuan am (learning goal) 2. Objektif pelajar (specific objective) 3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran. 4. Perlu ada mekanisma untuk memantau kemajuan pelajar. 5. Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar. Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Umumnya ³Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran´. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan ³perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan´.
  • 4. 1.Kaedah Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah: saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table). Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas
  • 5. itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. 2.Pembelajaran Masteri (Mastery Learning) Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya µThe Condition of Learning¶ mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini. Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk
  • 6. memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom 1981). 2.1 Konsep Pembelajaran Masteri 1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya: ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. 2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain. 4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai. 5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai. 6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar. 7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri. 2.2 Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri Terdapat empat elemen-elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu: 1. Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran. 2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkat-
  • 7. peringkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1. Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya: i. Modul dan pakej pembelajaran. ii. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (³Programmed Instruction´). iii. Audio-tutorial. iv. ³Keller Plan´ iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. v. Pembelajaran berbantukan komputer. 3. Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai. Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan. 4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan. 2.3 Langkah-Langkah Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah, iaitu: 1. Penentuan hasil pembelajaran.
  • 8. 2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. 3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan 4. Pelaksanaan tindakan susulan. 2.4 Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut: 1. Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari. 2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran. Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan. 3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya. 4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%. 5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu.
  • 9. Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran. 8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid. Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan. 3.Kaedah Pembelajaran Kontekstual APAKAH yang dimaksudkan dengan kontekstual dan apalah pula keistimewaan kaedah kontekstual? Kontekstual jika diambil daripada ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris (asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa maksud keadaan, situasi dan kejadian. Secara umum, kontekstual membawa pengertian:
  • 10. Yang berkenaan, releven, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan. Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjah.Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Terbentuk daripada pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer,
  • 11. tampat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman. Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. Konsep dihayati melalui proses penemuan, pengukuhan dan menghubungkaitkan. Contohnya, pelajar yang mengikuti satu pelajaran Fizik berkenaan tajuk Pengkonduksian Terma mungkin mengukur bagaimana kualiti dan amaun bahan pendebat bangunan mempengaruhi jumlah tenaga yang diperlukan untuk menyejuk atau memanaskan bangunan itu. Satu kelas Biologi atau Kimia mungkin sedang mempelajari konsep saintifik asas dengan mempelajari penyebaran AIDS atau cara bagaimana peladang menghadapi dan menyumbang kepada kemerosotan persekitaran. Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. 4. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pengajaran berasakan kajian masa depan mengandungi lima bahagian: Bahagian 1: mengandungi penerangan am daripada aspek objektif modul latihan, prinsip organisasi dan pengoperasian modul latihan. Bahagian 2: Mengandungi konsep belajar sendiri (apa? mengapa? bagaimana?) yang menerangkan konsep utama dan pemahaman pengajaran berasaskan kajian masa depan. konsep utamanya ialah: berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal masa-masa depan.
  • 12. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan. Membina sikap dan nilai tentang masa depan. Bahagian 3: Cara menjalankan pengajaran berasaskan kajian masa depan (rangka perancangan) serta renungan dan penilaian kendiri. 4.1 Senarai Aktiviti Inkuiri Penemuan : Aktiviti Bahan/keadaan Carta, spesimen,benda maujud, model Memerhati situasi,proses. Panjang, lebar, tinggi, dalam, diameter, Mengukur perimeter, jarak,pepenjuru. Menyukat Isipadu, suhu. Menimbang berat Melukis dan melabel Gambar, gambarajah, peta, graf, pelan, carta. Cerita, ucapan, laporan, radio, rakaman, Mendengar syarahan,ceramah. Membaca Bahan-bahan bertulis dan cetakan Menonton Tayangan vedio, filem,slid, televesyen,
  • 13. pertunjukan, simulasi Mencerita Idea, masalah, sifat benda, keadaan, peristiwa Menghurai Prosedur, proses, pemerhatian Menerang, bersoal Kesan, sebab, akibat, situasi, proses, jawab,berbincang peristiwa Memasang Alat, radas, model Hasil kajian,eksperemen, lawatan, Membuat laporan pemerhatian Menemubual Tokoh, pakar, pekerja dan orang-orang lain. Membuat rujukan Bahan bacaan, spesimen, tokoh Ke tempat bersejarah, kawasan perusahaan, pameran, pertunjukan, ekspo, pusat pelancongan, tempat rekreasi, zoo, taman tanaman, ladang, hutan rimba, tasik dan lain- Membuat lawatan lain. Merancang Aktiviti pembelajaran Membuat hipotesis Berkenaan idea, kejadian,fenomena, masalah Untuk mengumpul data, menjelaskan sifat dan Membuat eksperimen fakta, mencari bukti konsep, prinsip dan teori
  • 14. Membuat kajian Semua situasi Mengumpul data dan maklumat Menggunakan berbagai-bagai cara Berdasarkan kepada konsep atau prinsip dengan menggunakan format seperti tangga- ular,teka-teki, silang kata, mencari benda Permainan tersembunyi, jigsaw dan lain-lain. Melakon simulasi Peristiwa, situasi dan kejadian. Memeta Taburan dan lokasi Alatan, binaan bentuk bumi, rumah dan lain- Membuat model lain. Membanding Objek, situasi, proses Benda yang mempunyai persamaan dan Mengelas perbezaan Menjadual Aktiviti, kepurusan, prosedur. Menyenarai Sifat, benda, langkah, aktiviti, contoh. Menyusun Benda dalam kumpulan atau kategori Menganalisa/mentafsir Data, maklumat
  • 15. Membuat perkiraan Berdasarkan data dan maklumat terkumpul Membuat ramalan telahan Cuaca, kejadian, peristiwa, kemungkinan Menyelesaikan masalah Isu, situasi Membuat kesimpulan Berdasarkan ujikaji, lawatan, kajian Membuat generalisasi Keputusan, Prinsip, hukum, teori Bahagian 4: Mengaplikasikan konsep berkongsi apa yang saya tahu yang merangkumi perincian dan nota guru. Bahagian 5: Berkonsepkan penambahan ilmu. Kajian masa depan merupakan satu strategi pengajaran dan pembelajaran boleh memberi kesan penting kepada guru dan murid yang bersedia menghadapi abad baru (penuh dengan cabaran dan dugaan). Mereka diharapkan dapat merancang masa depan dan ini akan mewujudkan masyarakat berwawasan yang lebih rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima dan menangani perubahan. Teori Kecerdasan Pelbagai Konsep dan Definisi Mengikut pandangan tradisi, kecerdasan adalah ditakrifkan sebagai keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur. Pada tahun 1904, Alfred Binet seorang psikologis dari Perancis telah berjaya membina satu ujian kecerdasan ± Skala 1905. Skala 1905, untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari aspek
  • 16. keupayaan sentuh dan mereka bentuk sehingga keupayaan mentakrif konsep yang abstrak. Pada tahun 1912, William Stern telah memperkenalkan konsep darjah kecerdasan (IQ) dan berjaya membina rumus. Mengikut sesetengah pendidik, kecerdasan bukan serupa dengan umur, tinggi atau berat (tidak boleh diukur secara langsung) tetapi sebagai kemahiran penyelesaian masalah, termasuk keupayaan mengadaptasi kehidupan dan belajar daripada pengalaman harian. Menurut Vygotsky, keupayaan menggunakan kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan dengan scaffolding. Potensi Dan Kecerdasan Manusia Potensi ialah keupayaan dan kebolehan terpendam dalam individu, dan jika dicungkil boleh digunakan untuk melakukan sesuatu. Dikaitkan dengan bakat manusia yang menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia ± kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya. Ditinjau dari aspek- aspek jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial ³« memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan «´ (Falsafah Pendidikan Kebangsaan ) Kecerdasan-Kecerdasan Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Kecerdasan Linguistik Kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita.
  • 17. kecerdasan logikal-matematikal Kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual. Kecerdasan visual-spatial Kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual Kecerdasan muzik Kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. Kecerdasan tubuh kinestetik Kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari. Kecerdasan interpersonal Kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Kecerdasan intrapersonal Kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri. kecerdasan spritual Ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama. Kepentingan Mengetahui Kecerdasan Pelbagai 1. Menyokong pembelajaran bersepadu secara menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid.
  • 18. 2. Menerima persamaan dan perbezaan individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. 3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. 4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. 5. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. 6. Mewujudkan kolaboratif disekolah. 7. Mempelbagaikan penilaian. Melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1. Mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. 2. Memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kecerdasan murid 3. Memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah Kontekstual Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds- on dan hands-on. Matlamat Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 19. Objektif Guru berupaya: 1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. 3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan. 4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. Teori Kontekstual Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Teori pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur-unsur berikut: 1. Konteks pembelajaran yang pelbagai ‡ Budaya ‡ Sosial ‡ Psikologi ‡ Fizikal 2. Kepelbagaian persekitaran pembelajaran ‡ Bilik darjah ‡ Makmal ‡ Tempat kerja
  • 20. ‡ Kehidupan harian 3. Kepelbagaian disiplin ilmu ‡ Matematik ‡ Sains ‡ Komunikasi ‡ Teknikal dan Vokasional ‡ Kemanusiaan Unsur-unsur tersebut menegaskan bahawa pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan bahawa penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pendekatan konteksual juga merentas pelbagai disiplin ilmu seperti Matematik, Sains, Komunikasi, Kemanusiaan, Teknikal dan Vokasional. Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut ,ia dapat diringkaskan menjadi ³REACT´ a) Relating (menghubungkait) Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak.
  • 21. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah. Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. b) Experiencing (mengalami) Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar- pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh murid dibawa melawat kawasan bersejarah dan diceritakan sumbangan tokoh-tokoh. Pengalaman ini boleh digunakan sebagai satu tauladan dan meningkatkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap tokoh-tokoh dan tempat bersejarah. c) Applying (Mengaplikasi) Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan, merayakan hari kebudayaan, dan sebagainya.
  • 22. Contohnya, apabila murid mempelajari teori dan konsep menghormati orang yang lebih tua. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu dengan orang yang lebih tua seperti guru, atuk, nenek dan sebagainya. d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan sewaktu melakukan aktiviti berkumpulan di dalam kelas. Penyelesaian untuk meyiapkan tugasan tersebut memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu kumpulan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya. e) Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara menghormati orang tua di sekolah, seterusnya dengan ilmu yang diperolehi tersebut, murid dapat mempraktikkan ilmu tersebut apabila bertemu dengan orang yang lebih tua dengan cara memberi salam, senyum dan sebagainya.
  • 23. Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, dan terdorong melakukan aktiviti hands-on. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan: Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contohnya sebelum cikgu mengajar tajuk keluarga kembangan, guru boleh menyuruh murid melakonkan watak dalam suatu ahli keluarga tersebut dan ini akan membuat murid tertarik dan bermotivasi serta bersedia dengan apa yang akan di ajar oleh guru selepas aktiviti tersebut. Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian. Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio Kesimpulan
  • 24. Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. Konstruktivisme Definisi dan Konsep Menurut pendapat John Dewey (1910), ³Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P.´ Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanak-kanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : · Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. · Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. · Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. · Fasa Keempat
  • 25. Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme ‡ Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif ‡ Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid ‡ Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha ‡ Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar ‡ Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme y Guru merasa mereka tidak mengajar. y Kawalan kelas agak merosot. y Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik. y Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional. Implikasi Konstruktivisme
  • 26. 1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. 2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. 3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Semasa menyampaikan pengajaran sivik dalam kelas, guru harus boleh memilih dan menggunakan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. Teknik-teknik itu haruslah berasaskan kajian-kajian daripada bidang-bidang yang berkaitan dengan ilmu pendidikan, seperti bidang psikologi, sosiologi, teknologi pengajaran dan sebagainya. Ia bukanlah seharusnya lahir daripada gerak hati atau institusi guru itu sahaja. Jika demikian halnya, tentulah teknik pengajaran yang digunakan oleh guru itu kurang berkesan. Dalam pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan, sememangnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pengajarannya, namun begitu tiada satu teknik pun yang dianggap sesuai dan dapat digunakan untuk semua keadaan, atau terbaik untuk semua situasi pengajaran. Teknik yang digunakan harus bergantung kepada umur dan berdasarkan kepada minat murid serta pengajaran yang hendak disampaikan. Teknik pengajaran Sivik dan Kewarganegaraan mempunyai beberapa objekif. Di antaranya ialah : a) Untuk menyampaikan bahan pengajaran dengan cara ang yang boleh menarik minat murid-murid dan untuk mengekalkan perhatian serta mencungkil rasa ingin tahu mereka.
  • 27. b) Untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif-objektif pengajaran yang dipelajari dengan mudah dan berkesan. Teknik mengajar yang dimaksudkan di sini ditakrifkan sebagai cara atau alat yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Cara-cara atau peralatan itu meliputi pelbagai jenis cara bermain (permainan), perbincangan, penyelesaian masalah, bercerita, bersyarah, berlakon, latih tubi, tunjuk ajar dan menghafaz. Cara- cara lain seperti menggunakan filem 16 mm, televisyen, radio, video, simulasi, buku teks, lawatan boleh digunakan sebagai teknik mengajar. Berikut adalah di antara teknik-teknik mengaar yang biasa digunakan. Teknik Bercerita. Teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru, malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakan kepada mereka itu dapat segera difahami dan kadang kala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu tadi. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pembelajaran akan lebih berkesan. Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Janganlah disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar hendak disampaikan ketika itu menjadi menjadi kabur, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan adalahlebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.
  • 28. Cara perlaksanaan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pengajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita adalah seperti berikut: a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut. c) Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilai yang hendak disampaikan itu. d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang- kurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini. e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu. f) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar, atau lain-lain alat bantu mengajar. g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya. Teknik Bersyarah. Teknik bersyarah sering juga diertikan sebagai teknik kuliah dan ia melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Teknik ini sebenarnya banyak menerima tentangan kerana dikatakan murid-murid selalunya pasif, dan tidak mengambil bahagian yang cergas. Interksi satu hala seperti yang biasnya berlaku, tidak banyak dapat melibatkan aktiviti murid.
  • 29. Bersyarah bukanlah bermakna membaca sahaja daripada sesuatu teks, tetapi guru mestilah menerangkan, memberikan intepretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Ini akan dapat memudahkan murid- murid memhami prinsip dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Teknik ini tidaklah semestinya digunakan untuk keseluruhan waktu mengajar dan ia boleh disingkatkan. Waktu-waktu yang selebihnya boleh dijalankan perbincangan. Waktu yang terlalu panjang untuk satu-satu syarahan itu hanya akan membosankan dan murid tidak berupaya memberikan tumpuan kepada pengajaran sepenuhnya. Teknik ini tidak sesuai digunakan untuk murid-murid sekolah rendah kerana masa penumpuan perhatian mereka singkat . Teknik bersyarah ini mempunyai beberapa kelebihan. Guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru dapat dikmukakan sekaligus. Dengan itu masa tidak terbuang sebagaimana yang berlaku apaila murid-murid itu dibiarkan belajar sendiri atau berbincang. Walaubagaimanapun, kejayaan teknik ini sebagai salah satu cara mengajar bergantung kepada kebolehan guru yang menyampaikan syarahan tersebut. Di sudut lain, kelebihan-kelebihan yang ada pada teknik boleh menjadi lemah jika ia disalahgunakan. Guru-guru yang tidak mahir menggunakannya akan hanya menambahkan kesusahan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus terlebih dahulu menyelidik dan meninjau setakat manakah kebolehan murid-murid mereka unttuk mengikuti syarahan yang disampaikan.Pastikan sama ada mereka telah boleh memahami konsep-konsep, pekara-perkara asas yang menjadi isi bagi bahan yang dikuliahkan. Setelah mengkaji maklumat-maklumat mengenai mengenai muid, guru harus merancang dan menyusun kuliahnya dengan rapi. Disamping perancangan ini, guru harus juga menyediakan rangka kuliah, dicetak dan diedarkan kepada kelas. Rangka kuliah seperti ini menjadi panduan kepada murid- murid. Selain daropada itu guru harus banyak menggunakan rangsangan seperti peta, bahan pengajaran sebenat, papan tulis dan sebagainya.
  • 30. Berikut diperlihatkan beberapa langkah untuk mempertingkatkan mutu teknik bersyarah: a) Sediakan nota-nota yang mencukupi. b) Mulakan syarahan dengan mengulang secara ringkas perkara-perkara yang telah dikaji terdahulu daripada itu. c) Syarahan boleh dimulakan dengan menimbulkan atau mengemukakan satu atau beberapa masalah. Masalah-masalah itu boleh dituliskan di papan tulis. Kaitkan isi pelajara dengan masalah-masalah ini. d) Kandungan syarahan hendaklah terdiri daripada perkara-perkara yang penting sahaja. e) Syarahan tersebut harus disampaikan dalam bentuk peraturan biasa. Jangan baca sahaja, guru harus menerangkan, membuat interpretasi, menghuraikan idea-idea dan sebagainya. f) Tunjukkan rasa yakin semasa menyampaikan syarahan. g) Hidupkan syarahan dengan menyemai minat dan semangat untuk pelajaran tersebut. h) Soalan-soalan boleh digunakan untuk mendorong pemikiran murid-murid. i) Guru harus membuat kesimpulan di akhir syarahannya. Ini boleh dilakukan dengan cara mengulang-ulangkan perkara-perkara yang penting. Teknik Berbincang. Perbincangan adalah satu teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan dalam kalangan murid-murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Sewaktu perbincangan dijalankan, murid-murid diberi peranan aktif untuk menyatakan pandangan, atau pendapat mereka mengenai sesuatu topik, sambil guru memandu dan mengarahkan pandangan ±pandangan mereka ke suatu prinsip yang menyeluruh. Melalui teknik mengajar ini, murid-murid dapat memperkembangkan pertumbuhan dan diri dan sosial mereka dengan baik. Mereka digalakkan berfikir dengan jelas, mengutamakan pendapat-pendapat di samping bekerjasama
  • 31. bekerjasama dengan murid-murid lain untuk mencapai matlamat atau menyelesaikan masalah perbincangan. Dengan cara ini, penglibatan murid dalam pembelajaran amat menggalakkan. Mereka kelihatan cergas, berani dan tegas. Ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu menjalankan aktiviti perbincangan: a) Guru harus memilih tajuk yang berkaitan dengan pengalaman dan latar belakang murid-murid. Ia juga harus mengambil kira kebolehan dan kecerdasan mereka. b) Bahan-bahan yang dipilih haruslah menarik minat dan dianggap penting oleh murid. c) Bahan-bahan juga harus terdiri daripada isu-isu terbaru dan ia mungkin dapat mengekalkan minat ketika perbincangan dijalankan. d) Bahan-bahan harus mempunyai skop yang khusus sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut: a) Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan . b) Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dicapai. c) Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan mereka. d) Ketika perbincangan, guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke jalan yang betul¶ e) Setelah tamat perbincangan, guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut mana- mana yang penting. Selepas itu guru bolehlah meneruskan dengan aktiiviti- aktiviti seperti penulisan.
  • 32. Teknik Main Peranan. Main peranan adalah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Melalui teknik ini murid-murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya, main peranan melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut sebagai µambil peranan¶ atau µsosiodrama¶yang mementingkan interaksi iindividu serta kumpulan dan sentiasa pula dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar. Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada murid-murid dengan cara membacakannya, atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya. Selepas itu diminta mereka melakonkannya. Teknik ini menekankan perkara-perkara berikut : a) Main peranan tersebut hendaklah dirancangkan oleh guru dengan teliti. Tentukan peranan-peranan yang diperlukan, pelakon-pelakon yang sesuai, alat kelengkapan yang diperlukan dan sebagainya. b) Sebelum peranan-peranan itu dilakonkan, terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasi dan masalahnya. c) Sewaktu main pernan itu dijalankan, murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila sampai pada penghujung masa yan sesuai, guru harus menamatkannya. d) Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid. Perbincangan harus menumpukan kepada kekuatan dan kelemahan peranan terutama dari segi perkara yang dituturkannya an mnilai sama ada main peranan itu telah dapat menyelesaikan masalah asal.
  • 33. Teknik Bersoal Jawab. Teknik ini adalah satu cara penyampaian pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan guru-guru di sekolah. Pemilihan guru-guru ke atas teknik ini bukanlah kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Di samping itu ia menjadi teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan percaya diri dalam kalangan murid-murid. Teknik soal jawab mementingkan perkara-perkara berikut : a) Soalan-soalan yang dikemukakan mestilah jelas dan keruan. Ia tidak dikaburkan dengan hentian-hentian yang tidak diperlukan. Soalan itu harus disebut dengan cara yang tenang, ringkas dan tepat, dan ditujukan khusus kepada orang tertentu dalam kelas. Soalan-soalan itu tidak seharusnya menimbulkan jawapan-jawapan yang bertentangan dan tidak pula mengelirukan murid-murid. b) Hentian dan cepat-lambat dalam penyoalan harus diberi perhatian. Sebaik-baik sahaja menyoal, guru harus berhenti sekejap dan memerhatikan seluruh kelas. Biasanya memang ada isyarat-isyarat bukan lisan yang dapat menyatakan sama ada seseorang murid itu sudah bersedia untuk menjawab. Mengangkat tangan itu menyatakan secara formal bahawa seseorang itu telah ada jawapannya tetapi sebelum ini ada-ada tanda lain yang harus diperhatikan. c) Soala-soalan yang dikemukakan haruslah tersebar dengan baik. Guru harus mengurangkan kecenderungannya untuk mengarahkan soalan-soalan kepada murid-murid tertentu d) Soalan-soalan yang dikemukan itu juga haruslah bersifat mencungkil. Guru patutlah membentu murid-murid untuk mengeluarkan jawapan yang betul. Galakkan mereka berfikir dan mencuba menjawab soalan-soalan tersebut secara mendalam dan berkesan. e) Soalan-soalan yang baik biasanya tidak mengandungi terlalu banyak maklumat. Soalan-soalan ini mungkin akan mengelirukan.
  • 34. KOMPONEN UTAMA PENGAJARAN Komponen utama pengajaran berasaskan model Glaser Secara umum, sesuatu proses pengajaran mempunyai empat komponen asas iaitu: 1.Objektif pengajaran 2.Pengetahuan sedia ada, 3.Kaedah pengajaran 4.Proses penilaian. Pada setiap komponen, guru memberikan maklum balas untuk membantu dan membimbing pelajar untuk mempelajari sesuatu konsep. Model umum proses pengajaran yang melibatkan empat komponen ini adalah sebagaimana yang dicadangkan oleh Glaser (1968) adalah seperti rajah di bawah Proses pengajaran berasaskan Model Glaser Model Robert Glaser Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian. Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan
  • 35. pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan,agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas. Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Sim Selain membahagikan sesuatu pengajaran kepada empat komponen asas di atas, terdapat juga kecenderungan melihat proses pengajaran sebagai interaksi antara sumber pengajaran (persekitaran dan isi pelajaran) dengan manusia (guru dan pelajar), berasaskan kepada matlamat tertentu(objektif). Interaksi antara kelima-lima komponen dalam sesuatu proses pengajaran ini adalah sebagaimana ditunjukkan dalam rajah dibawah. Model pengajaran Sim
  • 36. Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pengajaran Generatif Model pengajaran ini diperkembangkan oleh Osborne & Freyberg (1985). Model ini adalah berguna untuk tujuan mengembangkan idea pelajar terhadap sesuatu topik pelajaran yang telah sedia diketahui dengan lebih lanjut. Ciri utama model ini adalah fasa cabaran iaitu semasa pandangan beberapa tokoh seperti tokoh kemerdekaan yang menerangkan tentang erti kemerdekaan sebenar. Guru akan cuba mewujudkan satu keadaan sama ada pandangan itu diterima sebagai lanjutan kepada pemahaman awal pelajar mahupun pandangan itu bertentangan dengan pemahaman awal mereka. Oleh itu, objektif pengetahuan yang ingin dicapai adalah pada asasnya menumpu. Model ini sengaja mengenakan cabaran minda ke atas konsep awal pelajar yang berbeza daripada idea asal mereka supaya pelajar dapat mengubahsuai apa yang telah diketahuinya. Model pengajaran interaktif melibatkan empat komponen/fasa seperti jadual di bawah. Komponen/fasa Aktiviti guru Aktiviti pelajar Persediaan Meninjau pendangan pelajar secara informal Mencetuskan satu pandangan tokoh Mengenalpasti pandangan lama dan sebabnya pandangan lama ditolak. Fokus Menetapkan konteks. Mula memberi sumbangan Menyediakan pengalaman kepada perbincangan yang memotivasikan tentang konsep Memikirkan apa yang berlaku, menanya soalan
  • 37. Menyertai dan menanya berkaitan dengan konsep. soalan terbuka dan Menentukan dan berorientasikan diri dan memerihalkan apa yang individu. diketahuinya tentang Mentafsir gerak balas peristiwa berkenaan. pelajar. Menjelaskan pandangan Mentafsir dan menjelaskan diri tentang konsep. pandangan pelajar Membentangkan pandangan diri kepada kumpulan dan kelas melaui perbincangan dan persembahan. Cabaran Memperkenalkan Membandingkan pandangan tokoh-tokoh pandangan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan, dengan pandangan kelas. menggunakan analogi, Menguji kesahan mengemukakan konsep pandangan dengan cara alternatif dan mentakrif mendapatkan bukti. semula istilah. Mengemukakan bukti-bukti yang menyokong pandangan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan. Aplikasi Meminta pelajar Menimbangkan aplikasi menggunakan pandangan untuk diri sendiri, waktu tokoh-tokoh kemerdekaan lapang, pekerjaan dan dalam konteks diri mereka. persekitaran.
  • 38. Memudahkan pelajar Menikmati permainan, teka- mengaitkan konsep ini teki, kuiz, perbincangan dengan konsep lain yang yang mengeratkan konsep dipegang mereka. baru dengan bidang pemahaman yang lain. Memikirkan masalah yang dapat diselesaikan dengan Menyelesaikan masalah mudah dan elok dengan yang praktikal dengan menggunakan pandangan menggunakan konsep tokoh pejuang yang sebagai asas. diterima umum Contohnya pandangan; Tunku Abd Rahman,Tun Hussein Onn dan sebagainya. Komponen/Fasa Model Pengajaran Generatif Komponen Utama Pengajaran Dari Model Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif melibatkan pelajar-pelajar bekerjasama dalam struktur dengan matlamat bekerjasama, berlainan dengan struktur yang bermatlamat bersaing atau berindividu secara kaedah pembelajaran tradisional. Pembelajaran koperatif dicirikan melalui saling bergantungan secara positif di kalangan setiap ahli kumpulan, tanggungjawab individu kepada kejayaan kumpulan, interaksi bersemuka dalam ahli- ahli kumpulan, kemahiran kolaboratif dengan interaksi sosial serta pemprosesan refleksi tentang cara perbincangan dijalankan. Kajian telah menunjukkan bahawa model pembelajaran ini membawa kesan positif kepada pencapaian akademik, harga diri,
  • 39. saling hormat antara budaya, tingkahlaku, kerjasama, dan sikap terhadap ahli yang kurang upaya. Pembelajaran koperatif menekankan kemahiran berfikir aras tinggi seperti analisis dan penilaian. Guru perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan pembelajaran jenis ini. Persediaan bahan dan maklumat bacaan adalah paling penting kerana memerlukan bahan rujukan secukupnya semasa perbincangan dijalankan. Terdapat beberapa jenis pembelajaran koperatif. Tiga jenis yang popular ialah Student Team Achievement Division (STAD), Jigsaw, dan Group Investigation (GI) yang disenaraikan mengikut format tiga fasa dalam pembelajaran koperatif seperti jadual di bawah. Persediaan Kelas bersama guru memilih tajuk lalu mencari maklumat latar belakang. Pandangan terdahulu Kelas atau individu menyatakan apa yang diketahui tentang tajuk Aktiviti penerokaan Melibatkan pelajar secara aktif tentang tajuk Penyoalan pelajar kelas dijemput untuk menanyakan soalan tentang tajuk
  • 40. Penyiasatan Guru dan pelajar memilih soalan untuk disiasat, katakan 2-3 soalan sehari. Pandangan kemudian Kenyataan individu atau kumpulan dikumpul dan dibandingkan dengan kenyataan awal mereka. Refleksi Masa untuk mengukuhkan apa yang telah dibuktikan dan apa yang masih perlu diselidiki. Komponen dalam pengajaran koperatif
  • 41. Komponen Utama Pengajaran Mengikut Model Lima Fasa Needham Model Pengajaran dan Pemelajaran (P&P) Lima Fasa Needham ini dicadangkan dalam "Children's Learning in Science Project" (Needham, 1987). Terdapat lima fasa/komponen dalam model ini. Fasa pertama dimulakan dengan pencetusan idea, sama seperti set induksi, fasa ini bertujuan untuk menarik perhatian murid supaya bersedia mengikuti sesi pemelajaran. Fasa kedua, iaitu dalam pencetusan idea, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran. Fasa ini dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Seterusnya menerusi fasa ketiga, iaitu penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberikan peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah dipercayai bahawa idea baru yang dibina oleh murid itu sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka sekiranya idea tersebut mudah difahami dan berguna. Dalam fasa keempat, iaitu penggunaan (aplikasi) idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali (refleksi) merupakan fasa yang terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah menyebabkan perubahan terhadap idea mereka. Fasa ini juga dapat mengembangkan kemahiran meta kognitif. Fasa-fasa berasaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham adalah seperti berikut: 1. Orientasi: Fasa ini bertujuan untuk menimbulkan minat murid dan menyediakan mereka dengan suasana pemelajaran. Kaedah/teknik yang digunakan seperti amali penyelesaian masalah sebenar, tunjuk cara oleh guru, penggunaan perisian atau permainan komputer, tayangan video dan keratan akhbar.
  • 42. 2. Pencetusan Idea: Fasa ini bertujuan supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu. Kaedah/teknik yang digunakan seperti soal jawab, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konsep dan laporan. 3. Penstrukturan Semula Idea: Tujuan fasa ini ialah untuk mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik, menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubah suai, dikembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik, mengenal pasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri, menguji kesahan idea-idea sedia ada, melakukan pengubahsuaian, pengembangan/pertukaran idea. Kaedah/teknik yang digunakan biasanya ialah perbincangan dalam kumpulan kecil dan membuat laporan, pembacaan, input guru, amali, kerja projek, eksperimen dan tunjuk cara oleh guru. 4. Penggunaan Idea (Aplikasi Idea): Fasa ini pula bertujuan untuk mengukuhkan atau mengaplikasikan idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa. Kedah/teknik biasanya dengan cara penyelesaian masalah yang baharu seperti penulisan kerja projek dan reka cipta. 5. Renungan Kembali (Refleksi): Fasa terakhir ini untuk menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh mana idea asal mereka telah berubah. Biasanya fasa ini menggunakan kaedah/teknik seperti penyoalan reflektif, penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain. Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham ini sesuai dilaksanakan jika sesuatu P&P Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran itu menekankan aktiviti ³hands-on´ dan ³minds- on´.
  • 43. Unsur-Unsur Pengajaran Berkesan Pendahuluan Tugas utama seorang guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para murid-muridnya. Untuk memenuhi tugas ini, guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga perlu menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang dapat merangsangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi meransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga haruslah mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Seorang guru perlu bijak menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih mestilah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep diterjemahkan secara jelas. Aktiviti juga harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Dalam merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik serta diselaraskan dengan isi kandungan dan objektif pengajaran bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Dalam pendidikan formal, proses pengajaran dan pembelajaran haruslah diberi penekanan yang sewajarnya. Proses yang disinonimkan dengan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah melibatkan guru dan pelajar ini sememangnya memerlukan suatu usaha berterusan ke arah menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif terhadap segala isi pelajaran yang disampaikan. Koh Boh Boon (1992) menyatakan
  • 44. bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan murid. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan isi pelajaran. Selain itu, ia juga merujuk kepada perihal pengajaran guru yang lebih memusatkan kepada para pelajarnya sehingga mereka tertarik mengikuti aktiviti pembelajaran. Oleh itu, pembentukan proses pengajaran berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza namun ia masih bermatlamat untuk melihat hasil daripada isi pelajaran yang disampaikan. Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, terdapat tiga bahagian penting iaitu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Rancangan Pengajaran Proses pengajaran yang berkesan memerlukan persediaan dan perancangan yang mantap oleh seorang guru sebelum ia terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sebagai seorang guru,ia perlu tahu kelompok pelajar yang hendak diajar, isi kandungan pelajaran dan matlamat serta objektif yang dihasratkan untuk dicapai oleh pelajar di akhir pelajaran nanti. Oleh sebab itu, sebelum bermulanya proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pada awal semester lagi , seseorang guru mestilah membuat Rancangan Pengajaran Semester (RPS) berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Modul PSVK yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan penuh teliti dan bertanggungjawab. Guru juga mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pada setiap hari dan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti
  • 45. persembahan ³power point´, kertas edaran, keratan video dan sebagainya. Memanglah terbukti, dengan adanya perancangan pengajaran yang baik dan teratur ini akan membantu seseorang guru itu untuk melangsungkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar dan cukup berkesan. Membuat Rujukan Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran bermula juga seseorang guru juga mestilah membuat rujukan mengenai tajuk yang hendak diajar semasa dalam kelas sewaktu sesi P&P Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Selain dari membaca dari buku-buku rujukan, guru juga boleh mendapatkan maklumat melalui internet dan akhbar. Selain itu juga, guru boleh mengadakan perbincangan ilmiah ³ intellectual discouse ´ bersama rakan guru yang lain untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai penemuan-penemuan baru untuk dikongsikan bersama dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Seorang guru Pendidkan Sivik seharusnya melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan yang luas dan sebanyak mungkin kerana pelajar masa kini tidak akan menerima sesuatu maklumat secara bulat ± bulat tanpa diterangkan rasionalnya. Seorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam berbanding dengan pelajar dan kepakaran di dalam bidang yang diajar atau subject content adalah merupakan faktor dominan yang menyumbang ke arah keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Komunikasi Berkesan. Bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru mesti bijak dalam menggunakan kemahiran komunikasi lisan dan bukan lisan dengan berkesan. Menurut Sulaiman Md. Yassin (2002), komunikasi adalah merupakan satu proses pemindahan makna iaitu maklumat, idea, pengetahuan, persefahaman, lambang-lambang lain daripada sumber atau penyampai kepada penerima melalui saluran-saluran tertentu dengan harapan mewujudkan persamaan.
  • 46. Selain menyampaikan kuliah dengan suara yang jelas, nyata dan bersemangat, seorang guru juga perlu memastikan nada suaranya sentiasa berubah- ubah rentaknya agar pelajar tidak berasa bosan dan jemu. Komunikasi guru dan pelajar berlaku dua hala iaitu dengan kaedah penyoalan dan pelajar menjawab. Dengan ini pelajar akan merasakan diri mereka dihargai dan kewujudan mereka di dalam bilik kuliah adalah disedari. Hasilnya pelajar akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada isi pelajaran. Untuk memastikan pelajar memahami apa yang diajar, maka guru perlu menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan kemampuan kognitif kanak- kanak sekolah rendah. Kaedah komunikasi berkesan yang diamalkan ini terbukti telah membantu untuk memastikan objektif pengajaran tercapai dari segi perubahan tingkah laku, pencapaian dan prestasi akademik pelajar. Selain komunikasi secara lisan, seorang guru juga perlu mempraktikkan komunikasi bukan lisan yang merangkumi pergerakan badan, penampilan dan persembahan diri, suara dan alam persekitaran pelajar itu sendiri. Kajian oleh Ray Birdwhistell ( 1955), menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi lisan dan 65% komunikasi bukan lisan perlu dilakukan oleh seorang guru semasa mengajar bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kaedah komunikasi yang berhikmah, bijaksana, lemah-lembut dan percakapan yang baik diharap akan menjadi asas bagi mewujudkan komunikasi dan interaksi yang baik bagi menjamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Berjenaka. Menurut Kamus Dewan, jenaka dapat diistilahkan sebagai sesuatu perbuatan dan perilaku yang mencuit hati. Melakukan jenaka merupakan unsur hiburan dan perkara yang disampaikan tidak pula dianggap sebagai fakta kerana ia hanya merupakan suatu gurauan. Apabila seorang guru itu melihat keadaan bilik kuliah menjadi suram dan pelajar menunjukkan tanda-tanda keletihan dan mengantuk , maka ia sepatutnya berusaha untuk menceriakan keadaan dengan unsur-unsur kecindan. Namun begitu ia perlu dipastikan bahawa bahan jenaka tersebut mesti ada kaitan atau releven dengan isi pengajaran, menepati masa dan suasana, tidak menyentuh peribadi
  • 47. seseorang individu dan tidak menghalang objektif pengajaran tercapai dengan sempurna. Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 ) guru yang baik mempunyai kualiti dan sifat tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang menjadikan pengajaran mereka tidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula dalam bukunya bertajuk Competencies For Teacher Education, menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri mereka guru yang berkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka adalah amat penting dan merupakan salah satu ciri guru yang baik kerana mereka dapat menghasilkan perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. Dengan ini jelaslah kepada kita bahawa unsur kecindan juga memainkan peranan penting di dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Refleksi & Penilaian Menurut Hanipah ( 1999 ) , refleksi bermaksud proses merenung, menganalisis, mencari alasan, membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan berterusan. Apabila proses pengajaran dan pembelajaran telah selesai, seseorang guru perlu membuat refleksi terhadap pengajaran yang telah disampaikan kepada pelajar sama ada pelajar dapat memahami atau tidak isi kandungan yang telah disampaikan. Guru juga boleh meminta supaya pelajar menilai pengajarannya dengan mengisi borang soal selidik. Proses refleksi ini memang amat penting untuk menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru juga boleh membuat penilaian semula terhadap kefahaman pelajar dengan beberapa cara, seperti menyoal balik tentang isi pelajaran, meminta pelajar menyenaraikan sedikit ringkasan pelajaran, membuat kuiz dan menjalankan kajian tindakan. Dapatan atau tindak balas yang diterima daripada pelajar akan berguna
  • 48. untuk seseorang guru memperbaiki cara pengajaran demi pengajaran dan pembelajaran berkesan di masa hadapan. PENUTUP Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan kerana ia bukan sahaja bertugas untuk menyampaikan isi pengajaran secara berkesan , tetapi dalam masa yang sama juga ia berperanan untuk menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa setiap pelajar. Guru adalah pendidik dan pengasuh generasi muda yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya . Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Di samping itu, guru juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam menjayakan Wawasan Negara . Kenyataan ini adalah selari dengan perutusan Mantan Menteri Pelajaran Malaysia yang berbunyi:³ Sebagai golongan yang berada di barisan paling hadapan dalam menjayakan Wawasan Negara,peranan guru amat penting untuk memastikan Nilai Nasional dapat disempurnakan.´( Y.B Dato¶ Sri Hishamuddin bin Tun Hussein , Perutusan Hari Guru 2006 ). Oleh sebab itu hanya seorang guru yang mempunyai komitmen, iltizam dan kompetensi yang tinggi terhadap tugasnya serta mempunyai akhlak, budi pekerti dan tatasusila yang tinggi sahaja mampu untuk mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga akan berjaya menjalankan tugas sebagai seorang pendidik dengan sempurna dan efektif. Sekian.