Dokumen tersebut membahas tentang teori-teori asal usul kehidupan seperti teori ciptaan, teori mantap, teori kosmozoan, teori generatio spontanea, teori abiogenesis, dan teori biogenesis. Juga membahas tentang eksperimen Francesco Redi, Lazzaro Spallanzani, dan Louis Pasteur yang mendukung teori biogenesis. Selain itu, dokumen tersebut menjelaskan tentang hipotesis Alexander Ivanovich Oparin, Harold Urey, dan Stanley Miller mengenai terbentuk
2. TEORI-TEORI TENTANG ASAL USUL KEHIDUPAN
1. Teori Ciptaan (Special Creation) : menyatakan bahwa kehidupan dicipta oleh
suatu zat supranatural
2. Teori Mantap : menyatakan bahwa kehidupan tiada asal-usul (keadaan
mantap)
3. Teori Kosmozoan : menyatakan bahwa kehidupan berasal dari spora
kehidupan yang datangnya dari luar angkasa
4. Teori Generatio Spontanea : menyatakan bahwa makhluk hidup tercipta
secara spontan.
5. Teori Abiogenesis : menyatakan bahwa makhluk hidup berasal dari benda
bukan hidup.
6. Teori Biogenesis : menyatakan bahwa makhluk hidup berasal dari makhluk
hidup sebelumnya.
7. Teori Naturalistik/Evolusi Organik/Neoabiogenesis/Oportunistik :
menyatakan bahwa kehidupan tercipta melalui proses evolusi kimia dan
evolusi biologi berdasarkan pada konsep biologi moden.
3. TEORI ABIOGENESIS
Teori yang dikemukakan Aristoteles ini menyatakan bahawa makhluk hidup
terciptadari benda bukan hidup yang berlaku secara spontan (generatio
spontanea).
Misalnya cacing berasal dari tanah, ikan dari lumpur, dan sebagainya.
4. TEORI BIOGENESIS
Teori ini bertentangan dengan teori Abiogenesis, kerana menganggap bahawa
makhluk hidup berasal dari makhluk hidup yang telah ada sebelumnya.
Tiga tokoh terkenal yang mempercayai teori ini adalah Francesco Redi,
Lazzaro Spallanzani, dan Louis Pasteur.
5. FRANCESCO REDI
Redi merupakan orang pertama yang melakukan eksperimen untuk
membantah teori abiogenesis.
Dia melakukan eksperimen dengan menggunakan bahan daging segar yang
dimasukkan dalam balang.
•
Balang I
•
Balang II : diisi daging segar dan ditutup dengan kain kasa
•
Balang III : diisi daging segar dan ditutup rapat
: diisi daging segar dan dibiarkan terbuka
6. Ketiga-tiga balang tersebut diletakkan di tempat yang sama selama beberapa hari dan
hasilnya seperti berikut:
Balang I
: dagingnya busuk, banyak terdapat berenga
Balang II : dagingnya busuk, terdapat sedikit berenga
Balang III : dagingnya tidak busuk, tidak terdapat berenga
Menurut Redi berenga yang terdapat pada daging berasal dari telur lalat. Balang ke III
tidak terdapat berenga kerana tertutup rapat sehingga lalat tidak dapat masuk.
7. LAZZARO SPALLANZANI
Spallanzani juga melakukan eksperimen untuk membantah teori
Abiogenesis, tetapi menggunakan air rebusan daging.
•
Bekas I : diisi air rebusan daging, dipanaskan dan dibiarkan terbuka
•
Bekas II : diisi air rebusan daging, ditutup dengan gabus dan kemudian
dipanaskan
8. Setelah sejuk kedua-dua bekas tersebut diletakkan di tempat yang sama.
Beberapa hari kemudian keputusannya adalah seperti berikut.
•
Bekas I : berubah busuk dan keruh, banyak mengandungi mikrorganisma.
•
Bekas II : tetap jernih, tidak mengandung mikrorganisma.
Menurut Spallanzani mikrorganisma yang wujud dan menyebabkan air rebusan
daging tersebut berubah busuk berasal dari mikrorganisma yang wujud di
udara.
9. LOUISE PASTEUR
Louise Pasteur berjaya menyempurnakan eksperimen Redi dan Spallanzani.
Beliau menggunakan air rebusan daging dalam balang yang disumbat dengan
gabus.
Gabus tersebut disambung dengan paip berbentuk leher angsa (huruf S) dan
kemudian dipanaskan. Setelah sejuk, balang tersebut dibiarkan selama
beberapa hari.Ternyata air rebusan daging tetap jernih dan tidak wujud
mikrorganisma.
10. Menurut Pasteur, mikrorganisma yang wujud dalam air rebusan daging
tersebut berasal dari udara. Mikrorganisma tidak dapat masuk kerana
disekat oleh bentuk paip.
Perkara ini dapat dibuktikan apabila balang tersebut dicondongkan sehingga
air rebusan daging mengalir dan menyentuh hujung paip dan beberapa hari
kemudian air rebusan daging tersebut berubah menjadi busuk.
11. TEORI EVOLUSI ORGANIK
Alexander Ivanovich Oparin, Harold Urey dan Stanley Miller adalah orang yang
pertama mengajukan hipotesis tentang kewujudan sel hidup yang pertama
berdasarkan konsep biologi moden, terutama biokimia.
12. ALEXANDER IVANOVICH OPARIN
Alexander Ivanovich Oparin mengajukan hipotesis, bahawa atmosfera bumi
pada suatu ketika dahulu terdapat air (H2O), hidrogen (H2), amonia (NH3), dan
metana (CH4).
Dengan bantuan tenaga yang ada pada ketika itu misalnya seperti tahap
kepanasan bumi, sinar matahari, sinar ultra ungu, sinar kosmo ataupun petir,
menyebabkan bahan-bahan tersebut terurai, maka terbentuklah molekulmolekul organik.
13. HAROLD CLAYTON UREY
Harold Clayton Urey menyatakan bahawa pada suat ketika dahulu atmosfera
bumi sangat kaya dengan molekul metana, hidrogen, wap air, dan amonia.
Berpunca daripada pengaruh radiasi sinar kosmik dan aliran kilat, maka
terjadilah reaksi yang menghasilkan zat hidup.
Menurut Urey, zat hidup yang pertama telah mengalami perkembangan dan
perubahan selama berjuta-juta tahun. Hasilnya, wujud berbagai jenis makhluk
yang hidup seperti hari ini.
14. STANLEY MILLER
Stanley Miller, mahasiswa dan pelajar Urey di Chicago University, mencipta alat
yang digunakan untuk membuktikan hipotesis Urey.
Beliau memasukkan gas hidrogen, metana, amonia, dan air, kemudian
dipanaskan selama seminggu sehingga gas-gas tersebut bercampur di
dalamnya. Sebagai pengganti kepada pancaran petir,
Miller menggunakan pancaran elektrik bervoltan tinggi. Berberapa ketika
kemudian, pemeriksaan yang dilakukan terhadap air tersebut menjujukkan
wujudnya senyawa organik sederhana seperti asid amino, adenin, dan gula
sederhana seperti ribosa.