SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Mahu lebih banyak tempat di Kolej Vokasional
13 April 2013




Muhyiddin Yassin merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 Peringkat Kebangsaan di Kolej Vokasional Klang hari
ini. - Foto Bernama

KLANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu langkah segera diambil
bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar
ke Kolej Vokasional yang kian meningkat.

Ini berikutan 117,000 permohonan memasuki kolej berkenaan diterima bagi sesi pengambilan tahun
ini tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanya lebih 21,000 orang sahaja," katanya semasa
berucap merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 di sini.

Selain membina lebih banyak lagi kolej-kolej vokasional bagi menampung permintaan kemasukan
pelajar, beliau berkata kerjasama dengan kolej swasta juga mungkin boleh dilaksanakan bagi tujuan
itu.

Muhyiddin berkata permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha Bahagian
Pendidikan Teknikal dan Vokasional kementerian dan Kolej Vokasional (KV) yang banyak melakukan
promosi melalui media arus perdana, program jelajah KV, taklimat penataran transformasi
pendidikan vokasional, program konsolidasi serta Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk
sistem semester selama empat tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan
Diploma Vokasional Malaysia.

Dalam tempoh empat tahun itu, mereka akan mengikuti latihan sambil kerja, pendidikan berasaskan
pengeluaran, sekolah perusahaan dan aspek kokurikulum yang mantap bagi melahirkan kumpulan
tenaga mahir yang mempunyai kelebihan dalam kemahiran yang diperlukan sektor pekerjaan,
katanya.

Pendidikan vokasional di Malaysia telah melalui perubahan yang besar semenjak Transformasi
Pendidikan Vokasional bermula 6 Jan 2012 yang menyaksikan 15 sekolah menengah vokasional
dinaik taraf kepada Kolej Vokasional pada tahun yang sama dengan pengambilan 3,120 pelajar
lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Pada tahun ini, Muhyiddin berkata 72 lagi KV beroperasi dengan pengambilan pelajar lepasan PMR
seramai 21,250 manakala di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3) bilangan sekolah
yang menawarkan Pendidikan Asas Vokasional meningkat kepada 65 pada 2013 daripada 15 buah
sekolah menengah harian sebelum ini.

Beliau berkata selain itu terdapat dua institusi swasta yang telah melaksanakan Program Kolej
Vokasional dengan kursus berimpak tinggi iaitu Penyelenggaraan Kapal Terbang dan Mekatronik dan
pada tahun ini dua buah lagi institusi telah dikenal pasti tetapi beliau tidak memberikan butirannya.

Kerajaan telah mengambil langkah proaktif sejak 2009 bagi memastikan pendidikan teknikal dan
vokasional di negara ini setaraf dengan negara maju dan serantau, katanya.

"Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas hanya 10
peratus di Malaysia berbanding 44 peratus bagi negara Pertubuhan kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan (OECD)," katanya.

Muhyiddin berkata kekuatan utama dalam sistem pendidikan di negara maju seperti Jerman, Finland
dan Austria ialah teknikal dan vokasional di mana hampir 50 hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti
pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa di antara empat
hingga lima tahun.

Bagi Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas
telah menjangkau 40 hingga 60 peratus dan ini bermakna Malaysia masih ketinggalan, katanya.

Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata beliau gembira kerana banyak pihak telah menyokong
usaha mengiktiraf Diploma Vokasional Malaysia seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), City &
Guild dan LCCI sekiranya syarat-syarat dipenuhi.

"Sekiranya jurutera di negara ini boleh memperoleh pengiktirafan profesional daripada Lembaga
Jurutera Malaysia maka graduan Kolej Vokasional yang dianugerahkan diploma ini boleh
memperoleh pengiktirafan profesional melalui pengwujudan Malaysian Board of Technology
(MBOT)," katanya.

Muhyiddin berkata MBOT akan bertanggungjawab memberi pengiktirafan kepada ahli teknologi dan
juruteknik bertauliah dan ini merupakan satu perkembangan memberangsangkan dan beliau
berharap usaha dipergiatkan agar lebih ramai anak muda berkecimpung dalam bidang vokasional
bagi merancakkan lagi ekonomi negara, katanya.

Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang aliran teknik dan vokasional,
Muhyiddin menyarankan BPTV memberi tumpuan kepada bidang penjenamaan supaya bidang ini
menjadi pilihan utama.

Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan
dan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran, ia secara tidak langsung
dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuh alam
pekerjaan yang sebenar.
Beliau berkata kerjasama dua hala sedang dijalankan antara Kementerian Pelajaran dan Jaringan
Universiti Teknikal Malaysia terdiri daripada empat universiti teknikal, Universiti Malaysia Perlis,
Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka bagi
memastikan artikulasi pelajar KV untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

"Maka bagi tahun 2013 sahaja sebanyak 100 MoU atau perjanjian kerjasama akan diusaha untuk
ditandatangani yang merupakan salah satu KPI (petunjuk prestasi utama) BPTV (Bahagian Pendidikan
Teknik dan Vokasional)," katanya.

Selain daripada program sepenuh masa, KV juga menawarkan program jangka pendek melalui
program perantis 'Timber Processing and Finishing' (TPF) serta kursus rintis ekuin yang dilaksanakan
sejak 2010.

Seramai 35 peserta kursus ekuin telah mendapat persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan
telah diambil bekerja oleh industri ekuin dengan gaji minimum RM1,200 dan 16 graduan TPF pula
telah diterima bekerja di industri-industri yang memerlukan mereka, katanya.

Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan hadiah Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat
Kebangsaan yang dijuarai oleh Muhamad Aqiel Irham Rozaimin dari KV Klang yang membawa pulang
wang tunai RM500 dan piala pusingan.

Muhyiddin juga menerima sumbangan untuk Wira Lahad Datu dari Gabungan Persatuan Alumni
Sekolah Teknik dan Vokasional Malaysia (Maltivo) berjumlah RM30,000 yang disampaikan
Presidennya Rusly Nasution.

Karnival yang bermula sejak Khamis lepas dan berakhir esok dianjurkan bersama oleh Bahagian
Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Persatuan Alumni KV Klang dan KV Klang.
- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mahu-lebih-banyak-tempat-di-kolej-vokasional-1.149655
PENGENALAN KOLEJ VOKASIONAL


Jika beberapa tahun lalu aliran teknik dan vokasional pernah dianggap sebagai bidang
buat pelajar yang ‘malas belajar’, kini tidak lagi. Kemahiran merupakan ‘bakat’ yang
amat berharga dalam pasaran pekerjaan. Keperluan industri terhadap lulusan
berkemahiran semakin terbuka luas.



TIADA SPM, TERUS DIPLOMA

Sistem pengajian Kolej Vokasional merangkumi 30 peratus akademik dan 70 peratus
menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga akan dipanjangkan iaitu
daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. kemasukan bermula daripada peringkat
lepasan PMR. “Untuk memasukikolej ini, pelajar-pelajar lepasan PMR yang melepasi
syarat-syarat kelayakan ditetapkan boleh memohon.

        Pelajar dinasihatkan agar memilih kolej ini bukan kerana sudah jemu dengan
sekolah lama atau tidak minat belajar. Sebaliknya biarlah keinginan itu kerana
mereka benar-benar berminat dalam bidang kemahiran. Penting untuk mereka ingat
bahawa sistem kolej tidak sama seperti sekolah lagi di mana mereka mempunyai
peperiksaan akhir pada setiap semester. Sememangnya keputusan untuk berada di
kolej ini perlu diambil serius oleh pelajar kerana ketika sepatutnya berada di
tingkatan empat, mereka sudah belajar dengan sistem semester. Sebanyak lapan
semester atau empat tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. Mereka juga
tidak perlu lagi menduduki peperiksaan SPM.



KELEBIHAN MILIKI KEMAHIRAN TINGGI

Keistimewaan pert ama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah
memperoleh Diploma di usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutan di pasaran
kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat SKM.
Malah, beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. Dua tahun pertama,
pelajar akan belajar subjek-subjek asas manakala dua tahun terakhir pembelajaran
lebih spesifik dengan adanya praktikal atau latihan industri pada tahun terakhir.

       Sasaran graduan KV adalah 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus
bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Kelebihan pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanya
memiliki mentaliti ‘makan gaji’ tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri.
Walaupun fokus utama kepada peningkatan kemahiran, kerajaan juga
memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran.
‘Soft Skills’ juga ditekankan di sini supaya para pelajar bukan hanya cemerlang di
dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor ‘persembahan diri’ dan
komunikasi.

        Beliau juga turut menjelaskan bahawa tanggapan segelintir masyarakat bahawa
aliran teknik dan vokasional hanyalah untuk mereka yang kurang cemerlang akademik
dan sahsiah sebagai sebuah tanggapan yang tidak relevan lagi. Ini kerana semakin
ramai para pelajar yang cemerlang akademik juga turut memilih untuk mengambil
aliran ini sebagai penentu masa depan.




Memertabatkan pendidikan vokasional di
sekolah
APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi
dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar
yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang
untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran
akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan
peperiksaan SPM.


Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara.
Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui
pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga.


Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih
jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu.


Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan
negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi
dan tuntutan ekonomi sesebuah negara.


Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan
kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang
menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan
satu.


Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu
iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga.
Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang
mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat.


Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan
lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.


Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas,
ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini.


Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku
perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa
seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju.


Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti
pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea
Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%.
Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%.


Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan
ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi
peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.


Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini diperlukan tidak
lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi
keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan.


Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak
dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam
pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat
diperlukan oleh pihak industri pada masa kini.


Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah
mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini
akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan
sekitar RM600 hingga RM800 sebulan.


Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara
RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program
Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha
menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020.


Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi
menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang
meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak
kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan.


Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang
memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan
pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak
mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini.


Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha
untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi
menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.


PENULIS adalah bekas
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


http://retibahasa.blogspot.com/2012/01/memertabatkan-pendidikan-vokasional-di.html

More Related Content

What's hot

Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
Junaidah Jusoh
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
Mohd Hafiz Aziz
 
PENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptx
PENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptxPENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptx
PENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptx
MuhammadIzuan6
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
cikgusuepkhas
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
Hayati Mustaffa
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
Izzat Najmi
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitif
Nur Liz
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
Zul Isa
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
Janet Jouti
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Haryati Ismail
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
tamya65
 

What's hot (20)

Kertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakanKertas cadangan kajian tindakan
Kertas cadangan kajian tindakan
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
PENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptx
PENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptxPENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptx
PENGOPERASIAN PBPP 2022-VERSI PPD.pptx
 
Bidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelabBidang tugas guru penasihat kelab
Bidang tugas guru penasihat kelab
 
Kepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiranKepentingan pentaksiran
Kepentingan pentaksiran
 
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdfBAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
BAHAN BULI JPN JOHOR.pdf
 
Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitif
 
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANINOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
INOVASI DIGITAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
JPU dan pembinaan item
JPU dan pembinaan item JPU dan pembinaan item
JPU dan pembinaan item
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
 
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUMCONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
CONTOH PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektifPembinaan soalan objektif dan subjektif
Pembinaan soalan objektif dan subjektif
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIRPENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DAN KEPERLUAN GUNA TENAGA MAHIR
 

Viewers also liked

Konsep kolej vokasional kpm
Konsep kolej vokasional kpmKonsep kolej vokasional kpm
Konsep kolej vokasional kpm
pengetuasmtjb
 
Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...
Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...
Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...
Tazkirah Shamsuddin
 
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SinopsisPENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
abemiusa
 
Dokumen perniagaan dalam negeri
Dokumen perniagaan dalam negeriDokumen perniagaan dalam negeri
Dokumen perniagaan dalam negeri
Asrina Ahmad
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5
CIKGU LOLITA
 
Contoh penulisan literature
Contoh penulisan literatureContoh penulisan literature
Contoh penulisan literature
yurlisalim
 

Viewers also liked (16)

Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh MalaysiaProgram-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
Program-Program yang ditawarkan di Kolej Vokasional seluruh Malaysia
 
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia LandskapTesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
Tesis Diploma Vokasional Malaysia Landskap
 
Konsep kolej vokasional kpm
Konsep kolej vokasional kpmKonsep kolej vokasional kpm
Konsep kolej vokasional kpm
 
Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpv
 
Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...
Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...
Penyelarasan bayaran elaun bulanan serta elaun & kemudahan bagi perkhidmatan ...
 
Kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik bagi tahun 2016
Kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik bagi tahun 2016Kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik bagi tahun 2016
Kursus-kursus yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik bagi tahun 2016
 
Bidang Vokasional
Bidang VokasionalBidang Vokasional
Bidang Vokasional
 
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIMPENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN MUSLIM
 
Overview pentaksiran kv
  Overview pentaksiran kv     Overview pentaksiran kv
Overview pentaksiran kv
 
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SinopsisPENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
 
PAV
PAVPAV
PAV
 
Dokumen perniagaan dalam negeri
Dokumen perniagaan dalam negeriDokumen perniagaan dalam negeri
Dokumen perniagaan dalam negeri
 
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN TINGKATAN 4 DAN 5
 
Contoh penulisan literature
Contoh penulisan literatureContoh penulisan literature
Contoh penulisan literature
 
Laporan Projek Akhir
Laporan Projek AkhirLaporan Projek Akhir
Laporan Projek Akhir
 
Kajian literatur
Kajian literaturKajian literatur
Kajian literatur
 

Similar to Maklumat kolej vokasional

Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
Hayati Mustaffa
 
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikalMengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Atunn Ismail
 
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysTugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Mitha Ye Es
 
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfPELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
ssuserb8872a
 
Ketua pengarah.ucapan
Ketua pengarah.ucapanKetua pengarah.ucapan
Ketua pengarah.ucapan
yusofkub
 
Transformasi vokasional
Transformasi vokasionalTransformasi vokasional
Transformasi vokasional
Mohd Noor Noor
 

Similar to Maklumat kolej vokasional (20)

Transformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasionalTransformasi pendidikan vokasional
Transformasi pendidikan vokasional
 
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikalMengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
 
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIRPERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
PERANAN DASAR PTV DALAM RBT BAGI MENJAMIN MASA HADAPAN PELAJAR-PELAJAR TERCICIR
 
PIMA(MBK)
PIMA(MBK)PIMA(MBK)
PIMA(MBK)
 
Hawati
HawatiHawati
Hawati
 
Tvet di msia
Tvet di msiaTvet di msia
Tvet di msia
 
Transformasi Vokasional
Transformasi VokasionalTransformasi Vokasional
Transformasi Vokasional
 
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mysTugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
Tugas ilmu pendidikan(vokasi nonformal)-mys
 
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdfPELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
PELAN_STRATEGIK_PKT2021_2025.pdf
 
Forum 2
Forum 2Forum 2
Forum 2
 
SKMJOUNAL.pdf
SKMJOUNAL.pdfSKMJOUNAL.pdf
SKMJOUNAL.pdf
 
Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3Proposal sma double track v3
Proposal sma double track v3
 
Tugas 4 ptk
Tugas 4 ptkTugas 4 ptk
Tugas 4 ptk
 
Ketua pengarah.ucapan
Ketua pengarah.ucapanKetua pengarah.ucapan
Ketua pengarah.ucapan
 
Pendidikan vokasi
Pendidikan vokasiPendidikan vokasi
Pendidikan vokasi
 
exe summary_dec2022_final.pdf
exe summary_dec2022_final.pdfexe summary_dec2022_final.pdf
exe summary_dec2022_final.pdf
 
PROGRAM LINK AND MATCH.docx
PROGRAM LINK AND MATCH.docxPROGRAM LINK AND MATCH.docx
PROGRAM LINK AND MATCH.docx
 
Buku panduan pelajar Kolej Matikulasi
Buku panduan pelajar Kolej MatikulasiBuku panduan pelajar Kolej Matikulasi
Buku panduan pelajar Kolej Matikulasi
 
Pivote ivan
Pivote ivanPivote ivan
Pivote ivan
 
Transformasi vokasional
Transformasi vokasionalTransformasi vokasional
Transformasi vokasional
 

More from Fatin Aminah Abdul Latif

More from Fatin Aminah Abdul Latif (8)

Slide taklimat kemasukan ke kolej vokasional 2021 ( oleh: En Shahril Anuar Bi...
Slide taklimat kemasukan ke kolej vokasional 2021 ( oleh: En Shahril Anuar Bi...Slide taklimat kemasukan ke kolej vokasional 2021 ( oleh: En Shahril Anuar Bi...
Slide taklimat kemasukan ke kolej vokasional 2021 ( oleh: En Shahril Anuar Bi...
 
JOM MASUK KOLEJ VOKASIONAL TAIPING BAGI SESI 2019
JOM MASUK KOLEJ VOKASIONAL TAIPING BAGI SESI 2019 JOM MASUK KOLEJ VOKASIONAL TAIPING BAGI SESI 2019
JOM MASUK KOLEJ VOKASIONAL TAIPING BAGI SESI 2019
 
KURSUS YANG DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA...
KURSUS YANG DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA...KURSUS YANG DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA...
KURSUS YANG DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA...
 
Pamplet KV Taiping
Pamplet KV TaipingPamplet KV Taiping
Pamplet KV Taiping
 
Outreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
Outreach Kemasukan ke Kolej VokasionalOutreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
Outreach Kemasukan ke Kolej Vokasional
 
Cara print sijil secara automatik
Cara print sijil secara automatikCara print sijil secara automatik
Cara print sijil secara automatik
 
Ujian personaliti diri anda
Ujian personaliti diri andaUjian personaliti diri anda
Ujian personaliti diri anda
 
Cara belajar betul
Cara belajar betulCara belajar betul
Cara belajar betul
 

Maklumat kolej vokasional

  • 1. Mahu lebih banyak tempat di Kolej Vokasional 13 April 2013 Muhyiddin Yassin merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 Peringkat Kebangsaan di Kolej Vokasional Klang hari ini. - Foto Bernama KLANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mahu langkah segera diambil bagi menyediakan lebih banyak tempat untuk menampung permintaan kemasukan pelajar-pelajar ke Kolej Vokasional yang kian meningkat. Ini berikutan 117,000 permohonan memasuki kolej berkenaan diterima bagi sesi pengambilan tahun ini tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanya lebih 21,000 orang sahaja," katanya semasa berucap merasmikan Karnival Kolej Vokasional 1Malaysia 2013 di sini. Selain membina lebih banyak lagi kolej-kolej vokasional bagi menampung permintaan kemasukan pelajar, beliau berkata kerjasama dengan kolej swasta juga mungkin boleh dilaksanakan bagi tujuan itu. Muhyiddin berkata permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional kementerian dan Kolej Vokasional (KV) yang banyak melakukan promosi melalui media arus perdana, program jelajah KV, taklimat penataran transformasi pendidikan vokasional, program konsolidasi serta Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk sistem semester selama empat tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia. Dalam tempoh empat tahun itu, mereka akan mengikuti latihan sambil kerja, pendidikan berasaskan pengeluaran, sekolah perusahaan dan aspek kokurikulum yang mantap bagi melahirkan kumpulan tenaga mahir yang mempunyai kelebihan dalam kemahiran yang diperlukan sektor pekerjaan, katanya. Pendidikan vokasional di Malaysia telah melalui perubahan yang besar semenjak Transformasi Pendidikan Vokasional bermula 6 Jan 2012 yang menyaksikan 15 sekolah menengah vokasional
  • 2. dinaik taraf kepada Kolej Vokasional pada tahun yang sama dengan pengambilan 3,120 pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada tahun ini, Muhyiddin berkata 72 lagi KV beroperasi dengan pengambilan pelajar lepasan PMR seramai 21,250 manakala di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3) bilangan sekolah yang menawarkan Pendidikan Asas Vokasional meningkat kepada 65 pada 2013 daripada 15 buah sekolah menengah harian sebelum ini. Beliau berkata selain itu terdapat dua institusi swasta yang telah melaksanakan Program Kolej Vokasional dengan kursus berimpak tinggi iaitu Penyelenggaraan Kapal Terbang dan Mekatronik dan pada tahun ini dua buah lagi institusi telah dikenal pasti tetapi beliau tidak memberikan butirannya. Kerajaan telah mengambil langkah proaktif sejak 2009 bagi memastikan pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini setaraf dengan negara maju dan serantau, katanya. "Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas hanya 10 peratus di Malaysia berbanding 44 peratus bagi negara Pertubuhan kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)," katanya. Muhyiddin berkata kekuatan utama dalam sistem pendidikan di negara maju seperti Jerman, Finland dan Austria ialah teknikal dan vokasional di mana hampir 50 hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas melalui program sepenuh masa di antara empat hingga lima tahun. Bagi Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil aliran ini di peringkat menengah atas telah menjangkau 40 hingga 60 peratus dan ini bermakna Malaysia masih ketinggalan, katanya. Pada masa yang sama, Muhyiddin berkata beliau gembira kerana banyak pihak telah menyokong usaha mengiktiraf Diploma Vokasional Malaysia seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), City & Guild dan LCCI sekiranya syarat-syarat dipenuhi. "Sekiranya jurutera di negara ini boleh memperoleh pengiktirafan profesional daripada Lembaga Jurutera Malaysia maka graduan Kolej Vokasional yang dianugerahkan diploma ini boleh memperoleh pengiktirafan profesional melalui pengwujudan Malaysian Board of Technology (MBOT)," katanya. Muhyiddin berkata MBOT akan bertanggungjawab memberi pengiktirafan kepada ahli teknologi dan juruteknik bertauliah dan ini merupakan satu perkembangan memberangsangkan dan beliau berharap usaha dipergiatkan agar lebih ramai anak muda berkecimpung dalam bidang vokasional bagi merancakkan lagi ekonomi negara, katanya. Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang aliran teknik dan vokasional, Muhyiddin menyarankan BPTV memberi tumpuan kepada bidang penjenamaan supaya bidang ini menjadi pilihan utama. Kementerian amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU) antara institusi latihan dan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan kepakaran, ia secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan para pelajar untuk menempuh alam pekerjaan yang sebenar.
  • 3. Beliau berkata kerjasama dua hala sedang dijalankan antara Kementerian Pelajaran dan Jaringan Universiti Teknikal Malaysia terdiri daripada empat universiti teknikal, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Tun Hussein Onn dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka bagi memastikan artikulasi pelajar KV untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. "Maka bagi tahun 2013 sahaja sebanyak 100 MoU atau perjanjian kerjasama akan diusaha untuk ditandatangani yang merupakan salah satu KPI (petunjuk prestasi utama) BPTV (Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional)," katanya. Selain daripada program sepenuh masa, KV juga menawarkan program jangka pendek melalui program perantis 'Timber Processing and Finishing' (TPF) serta kursus rintis ekuin yang dilaksanakan sejak 2010. Seramai 35 peserta kursus ekuin telah mendapat persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan telah diambil bekerja oleh industri ekuin dengan gaji minimum RM1,200 dan 16 graduan TPF pula telah diterima bekerja di industri-industri yang memerlukan mereka, katanya. Pada majlis itu, beliau juga menyampaikan hadiah Pertandingan Kemahiran Malaysia Peringkat Kebangsaan yang dijuarai oleh Muhamad Aqiel Irham Rozaimin dari KV Klang yang membawa pulang wang tunai RM500 dan piala pusingan. Muhyiddin juga menerima sumbangan untuk Wira Lahad Datu dari Gabungan Persatuan Alumni Sekolah Teknik dan Vokasional Malaysia (Maltivo) berjumlah RM30,000 yang disampaikan Presidennya Rusly Nasution. Karnival yang bermula sejak Khamis lepas dan berakhir esok dianjurkan bersama oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Kementerian Pelajaran, Persatuan Alumni KV Klang dan KV Klang. - Bernama http://www.sinarharian.com.my/mahu-lebih-banyak-tempat-di-kolej-vokasional-1.149655
  • 4. PENGENALAN KOLEJ VOKASIONAL Jika beberapa tahun lalu aliran teknik dan vokasional pernah dianggap sebagai bidang buat pelajar yang ‘malas belajar’, kini tidak lagi. Kemahiran merupakan ‘bakat’ yang amat berharga dalam pasaran pekerjaan. Keperluan industri terhadap lulusan berkemahiran semakin terbuka luas. TIADA SPM, TERUS DIPLOMA Sistem pengajian Kolej Vokasional merangkumi 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga akan dipanjangkan iaitu daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. kemasukan bermula daripada peringkat lepasan PMR. “Untuk memasukikolej ini, pelajar-pelajar lepasan PMR yang melepasi syarat-syarat kelayakan ditetapkan boleh memohon. Pelajar dinasihatkan agar memilih kolej ini bukan kerana sudah jemu dengan sekolah lama atau tidak minat belajar. Sebaliknya biarlah keinginan itu kerana mereka benar-benar berminat dalam bidang kemahiran. Penting untuk mereka ingat bahawa sistem kolej tidak sama seperti sekolah lagi di mana mereka mempunyai peperiksaan akhir pada setiap semester. Sememangnya keputusan untuk berada di kolej ini perlu diambil serius oleh pelajar kerana ketika sepatutnya berada di tingkatan empat, mereka sudah belajar dengan sistem semester. Sebanyak lapan semester atau empat tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. Mereka juga tidak perlu lagi menduduki peperiksaan SPM. KELEBIHAN MILIKI KEMAHIRAN TINGGI Keistimewaan pert ama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah memperoleh Diploma di usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutan di pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat SKM. Malah, beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. Dua tahun pertama, pelajar akan belajar subjek-subjek asas manakala dua tahun terakhir pembelajaran lebih spesifik dengan adanya praktikal atau latihan industri pada tahun terakhir. Sasaran graduan KV adalah 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelebihan pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanya memiliki mentaliti ‘makan gaji’ tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri. Walaupun fokus utama kepada peningkatan kemahiran, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. ‘Soft Skills’ juga ditekankan di sini supaya para pelajar bukan hanya cemerlang di
  • 5. dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor ‘persembahan diri’ dan komunikasi. Beliau juga turut menjelaskan bahawa tanggapan segelintir masyarakat bahawa aliran teknik dan vokasional hanyalah untuk mereka yang kurang cemerlang akademik dan sahsiah sebagai sebuah tanggapan yang tidak relevan lagi. Ini kerana semakin ramai para pelajar yang cemerlang akademik juga turut memilih untuk mengambil aliran ini sebagai penentu masa depan. Memertabatkan pendidikan vokasional di sekolah APABILA transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan mulai tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM. Pengumuman sistem baru pendidikan vokasional oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini telah melonjakkan kedudukan aliran tersebut dalam sistem pendidikan negara. Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga. Apa yang menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu. Sesungguhnya peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi dan tuntutan ekonomi sesebuah negara. Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 nanti memberi penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) akan diperkenalkan kepada pelajar mulai tingkatan satu. Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang
  • 6. mengikuti pendidikan selama empat tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan, pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini. Dengan kata lain usaha memartabatkan pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di negara-negara maju. Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia 62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara puratanya ialah sebanyak 44%. Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan kemudahan pendidikan tersebut. Mengapakah perlu dilakukan transformasi pendidikan vokasional ini? Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan negara untuk memasuki pasaran pekerjaan. Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini. Dilaporkan juga hampir 80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar RM600 hingga RM800 sebulan. Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan. Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu kerajaan bagi
  • 7. menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan. Transformasi pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Diharapkan dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020. PENULIS adalah bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia http://retibahasa.blogspot.com/2012/01/memertabatkan-pendidikan-vokasional-di.html