Edu 3103 tutorial 1 (azimah, nadia, ernnywantie, salehan, christy)
1. EDU3103 MURID & ALAM BELAJAR
Permainan Tradisional
‘Baling Selipar’
Disediakan oleh :
Azimah binti Asmadi
Christy Kilis
Ernnywantie binti Joseph
Nadia Rozaila binti Rahiman
Salehan binti Mohd Ariffin
2. PENGENALAN
Antara permainan tradisional tertua dalam kalangan orang Malaysia.
Sering dilihat menjadi aktiviti menghiburkan ketika berkumpul
bersama rakan dan taulan.
Permainan ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah
selipar yang selalunya dipakai oleh orang-orang di Malaysia.
Permainan ini tidak terkenal di negara sejuk seperti United Kingdom
dan Russia memandangkan orang-orangnya selalu memakai kasut
dan permainan baling kasut boleh mengakibatkan para peserta
menjadi koma jika kasut dibaling terkena kepala.
3. PERATURAN PERMAINAN
Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan
perempuan dan mereka bermain bersama-sama.
Jumlah ahli bagi satu kumpulan tidak tentu atau tidak tetap.
Jumlah ahli kumpulan pertama dan kumpulan kedua mestilah
sama (adil).
Peralatan yang diperlukan adalah 3 belah selipar (disusun
bentuk piramid) dan 1 selipar maut (untuk dibaling).
Pemain pertama daripada kumpulan pertama memulakan
permainan dengan cara membaling selipar maut ke arah selipar
yang telah disusun (berbentuk piramid).
4. Setiap kumpulan dibenarkan membuat 3 kali lontaran sahaja
bagi menjatuhkan kesemua selipar (piramid).
Pemain kedua dari kumpulan pertama boleh menyambung
permainan dengan melontar selipar bagi menjatuhkan baki
selipar yang ada.
Jika kesemua selipar berjaya dijatuhkan, maka pemain
kumpulan kedua berusaha mematikan lawannya (kumpulan
pertama) dengan membuat balingan selipar dan disasarkan ke
arah anggota badan pemain kumpulan pertama.
Satu mata diberikan jika pemain kumpulan pertama berjaya
menyusun semula kesemua selipar tersebut.
6. Kepentingan Terhadap Perkembangan Fizikal
Kanak-kanak
1. Dapat belajar mengawal kekuatan tangan
2. Kemahiran psikomotor dapat dibina;
• Motor kasar – berlari, melompat, mengelak, menyambut
selipar, membaling selipar
• Motor halus – memegang
3. Ketangkasan pergerakan lokomotor dapat dibina dan dilatih
4. Melatih stamina dan ketahanan fizikal
5. Melatih koordinasi mata dan tangan
8. Belajar berinteraksi sesama ahli kumpulan sendiri dan ahli
kumpulan lain.
Belajar menghormati hak orang lain.
Belajar bersabar dalam menunggu giliran.
Belajar untuk berkongsi alatan.
Membentuk semangat berpasukan.
Belajar menerima kekalahan dengan positif.
Gembira dan puas hati memperoleh kemenangan.
Membantu mencapai kematangan.
Belajar mengawal emosi ketika bermain.
9. Kepentingan Terhadap Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak
1. Belajar konsep
2. Melatih dan meningkatkan keupayaan kognitif
3. Belajar menyusun strategi/cara menyelesaikan masalah
*Kebijaksanaan otak untuk membina pyramid dengan
menggunakan hanya 3 selipar sahaja.
*Kepintaran menyusun strategi –mengelak terkena selipar.
*Kepintaran mengukur jarak piramid yang hendak dirobohkan
(pihak lawan).
4. Memupuk pemikiran yang inovatif, kritis dan kreatif.
5. Mempelajari dan meningkatkan penguasaan bahasa.
6. Membina kemahiran kendiri yang positif.