1.0 PENGENALAN 
Futsal dipopularkan di Montevideo, Uruguay pada 1930 oleh Carlos Ceriani. Keunikan 
futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutama Brazil. Kita dapat melihat 
kemasyhuran futsal melalui gaya pemain terkenal dunia seperti Kaka dan Ronaldinho. Futsal 
sekarang dimainkan di bawah perlindungsn Federation Internationale de Football Association di 
seluruh dunia. 
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 , permainan memberi makna sesuatu yang digunakan 
untuk bermain , sesuatu untuk bermain-main sahaja, perihal bermain, perbuatan yang dilakukan 
tidak dengan bersungguh-sungguh .Manakala futsal adalah sejenis permainan bola sepak yang 
terdiri daripada lima orang pemain sepasukan, gelangganya sebesar gelanggang bola keranjang. 
Futsal merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. Futsal dimainkan tanpa format 
pada penghujung tahun 1980 di Brazil. Permainan ini dimajukan dengan peraturan dan cara yang 
agak berbeza sedikit berbanding bola sepak. Permainan ini digelar futsal menerusi gabungan 
'futbol' (bola sepak dalam bahasa Brazil) dan 'sal' iaitu 'sallon' (dewan tertutup). 
Pertandingan peringkat antarabangsa pertama telah diadakan pada 1965. Paraguay 
memenangi Piala Amerika Syarikat. Enam perebutan Piala Amerika Syarikat berikutnya 
dimenangi oleh Brazil dan meraih Piala Amerika yang pertama pada 1980 dan 1984. Kejuaraan 
Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggotanya bergabung dengan 
FIFA) di Brazil dan Brazil menjadi juara dalam kejuaraan tersebut. 
Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bola Sepak (FAM) pada tahun 2000 yang 
diketuai oleh Encik Jay Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama Skuad Futsal Malaysia, Encik 
Bhawandi Hiralal. Futsal diminati terutama di kawasan Lembah Klang pada tahun 2001 dan 
kemudian berkembang pesat di negari lain. Futsal kini selari dengan perkembangan Street 
Soccer. Dengan adanya pusat-pusat permainan, futsal menjadi sukan yang popular dalam 
kalangan remaja dan belia. 
Selain itu, futsal semakin berkembang luas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa 
Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu 
perkembangan futsal dengan membina gelanggang futsal di setiap Parlimen di seluruh Malaysia 
mulai 2010. 1 
Walaupun banyak permainan lain boleh dilakukankan pada waktu lapang seperti 
bowling, bola sepak dan sebagainya, permainan futsal tetap menjadi pilihan utama penduduk di 
Jalan Suria 71-81 sebagai aktiviti rekreasi mereka kerana permainannya yang lebih santai. 
1 Modul Latihan Sukan Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengenalan.gegejdocx

Pengenalan.gegejdocx

  • 1.
    1.0 PENGENALAN Futsaldipopularkan di Montevideo, Uruguay pada 1930 oleh Carlos Ceriani. Keunikan futsal mendapat perhatian di seluruh Amerika Selatan, terutama Brazil. Kita dapat melihat kemasyhuran futsal melalui gaya pemain terkenal dunia seperti Kaka dan Ronaldinho. Futsal sekarang dimainkan di bawah perlindungsn Federation Internationale de Football Association di seluruh dunia. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 , permainan memberi makna sesuatu yang digunakan untuk bermain , sesuatu untuk bermain-main sahaja, perihal bermain, perbuatan yang dilakukan tidak dengan bersungguh-sungguh .Manakala futsal adalah sejenis permainan bola sepak yang terdiri daripada lima orang pemain sepasukan, gelangganya sebesar gelanggang bola keranjang. Futsal merupakan pecahan daripada sukan bola sepak. Futsal dimainkan tanpa format pada penghujung tahun 1980 di Brazil. Permainan ini dimajukan dengan peraturan dan cara yang agak berbeza sedikit berbanding bola sepak. Permainan ini digelar futsal menerusi gabungan 'futbol' (bola sepak dalam bahasa Brazil) dan 'sal' iaitu 'sallon' (dewan tertutup). Pertandingan peringkat antarabangsa pertama telah diadakan pada 1965. Paraguay memenangi Piala Amerika Syarikat. Enam perebutan Piala Amerika Syarikat berikutnya dimenangi oleh Brazil dan meraih Piala Amerika yang pertama pada 1980 dan 1984. Kejuaraan Dunia Futsal pertama diadakan atas bantuan FIFUSA (sebelum anggotanya bergabung dengan FIFA) di Brazil dan Brazil menjadi juara dalam kejuaraan tersebut. Penubuhan unit futsal bermula di Persatuan Bola Sepak (FAM) pada tahun 2000 yang diketuai oleh Encik Jay Singh Mutthiah dengan jurulatih pertama Skuad Futsal Malaysia, Encik Bhawandi Hiralal. Futsal diminati terutama di kawasan Lembah Klang pada tahun 2001 dan kemudian berkembang pesat di negari lain. Futsal kini selari dengan perkembangan Street Soccer. Dengan adanya pusat-pusat permainan, futsal menjadi sukan yang popular dalam kalangan remaja dan belia. Selain itu, futsal semakin berkembang luas dengan penubuhan unit atau jawatankuasa Futsal Persatuan Bola Sepak Negeri. Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut membantu perkembangan futsal dengan membina gelanggang futsal di setiap Parlimen di seluruh Malaysia mulai 2010. 1 Walaupun banyak permainan lain boleh dilakukankan pada waktu lapang seperti bowling, bola sepak dan sebagainya, permainan futsal tetap menjadi pilihan utama penduduk di Jalan Suria 71-81 sebagai aktiviti rekreasi mereka kerana permainannya yang lebih santai. 1 Modul Latihan Sukan Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia