SEMESTER 2 SESI 2010/2011                    KOD & NAMA KURSUS       CSG 2021/UKS 1091 : KOKURIKULUM PING PONG            ...
1.0 PENGENALAN PINGPONG       Permainan ping pong atau lebih dikenali sebagai ‘table tennis’ adalah satu sukanyang dimaink...
Walau bagaimanapun, Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pongdan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (n...
Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, ...
pingpong. Dalam bahagian wanita pula,pemain-pemain dari China, Korea Utara, KoreaSelatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya ...
Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelakitelah pertama kali dapat menyertai Kejohanan P...
3.0 PERALATAN PERMAINAN PING PONG       Sebelum memulakan permainan ping pong, setiap peralatan haruslah disediakandengan ...
Contoh Meja Ping Pong
3.2 Bola Ping Pong       Bola ping pong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola ping pongboleh diperbuat darip...
3.3 Jaring       Jaring untuk permainan ping pong terdiri dari jarring dan peralatan untukmemasangnya ke meja ping pong, d...
3.5 Kawasan ( Arena ) Permainan       Permainan ping pong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdafter,seperti di k...
Dewan tertutup untuk meletakkan meja Ping PongContoh Kawasan Permainan Ping Pong
4.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG1. UNDANG-UNDANG PERMAINANPertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Pi...
3. BAHAGIAN UMUR3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ...
6. KELEWATAN6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minitsebelum perlawanan dimulakan.6.2 ...
9. GELANGGANG PERMAINAN9.1 Ruang permainan setiap gelanggang sekurang-kurangnya 12m x 6m x 4m        9.1.1   Setiap   gela...
13. LEMBAGA JURI RAYUAN14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANSemua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diput...
Nota:        1. Permukaan permainan boleh diperbuat daripada Seberang bahan, berwarna           tua seragam dan tidak berk...
5.0 TEKNIK DAN KEMAHIRAN BERMAIN PING PONG5.1 Pengenalan      Dalam permainan Ping Pong, teknik dan kemahiran memainkan pe...
pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan atau beregu dansama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita...
Selepas setiap lima set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehinggalima servis dan proses ini berterusan sehingg...
kaki apabila diukur dari jaring- Jika bola menyentuh ‘net’ maka servis terpaksa dilakukan semula.              Gerakan mem...
2.Kegagalan memukulnya mencecah jarring3. Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan terlalu kuat5.5...
1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja (kawasanpermainan anda) dan servis anda mestilah melantun...
Dalam permainan pingpong, masa yang dihabiskan untuk mempelajari kemahiran-kemahiran asas merupakan masa yang paling berfa...
Cara Cekak Pen Jepun ( Gambarajah sebelah) dan Cara Cekak Pen China( Gambarajah Bawah)Cara ini digemari oleh pemain-pemain...
Cara Cekak SuduCara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain eropah ataupun barat.iakelihatan seolah-oleh berjabat ta...
badan, memelihara penglihatan yang elok dan membolehkan pemain melompat dengancepat untuk membalas pukulan.Tapak haruslah ...
Perlu diingatkan, dalam pertandingan terdapat pelbagai pembolehubah yang salingbertindak. Selain lawan, kedudukannya, kepa...
5.9.10 Servis dan Menerima ServisDalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting. Tujuanservis i...
5.10 Jenis-jenis ServisSecara amnya, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan servistidak berputar. ...
Jenis servis yang digemari oleh pemain pingpong ialah servis dua lantunan (two bounceservice). Ia merupakan servis yang pe...
berlaku pada titik yang sama. Ini merupakan titik kritikal yang memastikanlantunanhypotheti cal kedua akan berlaku di seki...
Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada penjurumata kita dan lawan kita agak terkel...
Lawan anda terpaksa menangani bukan sahaja kelajuan bola tetapi putaran bolatersebut.            Dari segi melakukan Gelun...
banyak digunakan diperingat tertinggi permainan. Di lakukan dengan pukulan depanatau kilas tetapi pukula kilas adalah lebi...
13 JANUARY 2010 (RABU)8.00 pg - 9.00 pg     Sarapan Pagi                      Latihan Kecergasan9.00 pg - 1.00 ptg        ...
RAJAH 1: JADUAL LATIHAN HARIAN20 JANUARY 2010 (RABU)8.00 pg - 9.00 pg      Sarapan Pagi                       Latihan Kece...
RAJAH 2: JADUAL LATIHAN HARIAN                         RAJAH 3: JADUAL LATIHAN BULANANMASA               4 /2/2010       1...
8.0 KAEDAH MENINGKATKAN KEADAAN FIZIKAL PEMAIN8.1 Prinsip Tambah Beban          Tambah beban adalah penting untuk meningka...
8.1.4 Tahap Kecergasan Yang Diingini       Bagi mencapai tahap kecergasan yang tinggi, sseorang perlu bersenam denganinten...
8.2.3 Prinsip Ansur- majuLatihan harus dijalankan dalam tahap-tahap yang sentiasa meningkat sesuai denganproses pengubah s...
Jeda Pendek                  Jeda PanjangKelajuan                85% - 90%                    80% - 85%Rehat              ...
Jeda Pendek                     Jeda PanjangKerja                     5 – 30 saat                     30 saat hingga 3    ...
8.2.5 Latihan LitarLatihan ini berkesan untuk membangunkan otot dan kardiovaskular kerana iamengakibatkan permintaan berte...
Komponen                      Beban                Kesan        Kekuatan                      < 10 UM              Positif...
a) Larian bukit   b) Larian mendaki tangga   c) Latihan litar   d) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat   e) Latih...
d) Pencapaian permainan kualitas tertinggi dalam pertandingan resmi (tidak demam         panggung).    e) Bertampang (prof...
xi. Pengamatanxii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lainxiii. Latihan daya kepimpinanxiv. Manipulasi tangan...
10.0 PERSEDIAAN DARI SEGI PSIKOLOGI PEMAIN10.1 Senaman Sebelum Memulakan PermainanPerkembangan dan prestasi seseorang pema...
8. Ayunkan tangan ke hadapan dan belakang, kaki setempat dan lenturkan lutut.9. Ayunkan tangan ke tepi dan mengufuk. Ayunk...
5. Pegang tangan dengan satu kaki menentang satu kaki kawan, iaitu dengan menariksecara kuat-kuat6. Baring dengan muka ke ...
11.2 ProteinProtein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertamakebanyakannya boleh diperolehi darip...
11.6 SeratSerat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelaksembelit. Sayuran dan buah segar (term...
12.0 BIBLIOGRAFIGordon Steggall, 1988, Table Tennis : The Skill of The Game, Marlborough, The      Crowood Press.Lee Chin ...
ping pong
ping pong
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

ping pong

21,690 views

Published on

Published in: Sports

ping pong

  1. 1. SEMESTER 2 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS CSG 2021/UKS 1091 : KOKURIKULUM PING PONG TAJUK: PING PONG KUMPULAN KULIAH: A NAMA TENAGA PENGAJAR: EN. MOHD FITRI BIN AB GHANI NAMA INSTRUKTOR: EN. ROSZAIRI BIN HARON NAMA KUMPULAN DAN AHLI KUMPULAN: ANDRO NAMA NO. ID EDWARD BATIN ANAK WIL D20091035845 HARITH WANWIKLAI A/L FEEN D20091035870 NGEW CHOON YIAN D20091036697 SEOW LING YING D20091036690 LIM XIN YI D20091036698 LIM TUCK HOCK D20091036707 CHUAH SIEW KIM D20101038769 BAVANI A/P KRISHENAN D20101038129 TAN HONG PENG D20091036701 POOK ZHONG LING D20091036699 TANG XIN JIE D20101038113TARIKH HANTAR: 01 APRIL 2011
  2. 2. 1.0 PENGENALAN PINGPONG Permainan ping pong atau lebih dikenali sebagai ‘table tennis’ adalah satu sukanyang dimainkan oleh dua atau empat orang pemain, dan menggunakan raket (jugadikenali sebagai ‘bats’ atau ‘paddles’) untuk memukul bola (bola pingpong) ke kawasanlawan. Biasanya, permainan Ping Pong dimainkan secara “Single” dan double sahaja.Gambar rajah di bawah menunjukkan perlawanan Ping pong secara single dan secaradouble yang tengah berlangsung: Perlawanan secara “Single” Perlawanan secara “double”
  3. 3. Walau bagaimanapun, Permainan ini memerlukan meja khas untuk ping pongdan di tengah-tengah meja perlu diletakkan jaring (net) setinggi lebih kurang 15 cm.Semasa permainan berlangsung, pemain perlu membenarkan bola melantun hanyasekali sahaja dalam kawasan sendiri sebelum dapat memukul bola tersebut ke kawasanpihak lawan. Mata pula akan dikira bila pemain gagal mengembalikan bola mengikutperaturan yang telah ditetapkan.2.0 SEJARAH PERMAINAN PING PONG Pada mulanya, permainan ping pong merupakan kegiatan masa lapang yangdisukai oleh penuntut-penuntut university di Britain. Pada tahun 1891, Charles Barterdari Gloucestershire telah mendaftarkan corak dan bentuk permainan ping pong. Padamasa yang sama, seorang pelopor Persatuan Olahraga Amatur Britain yang bernamaJames Gibb telah membawa balik bola mainan seluloid dari Amerika. Kemudiandiperkenal sebagai alternative kepada bola getah ataupun getas yang digunakan padamasa itu. Tindakan ini membawa kejayaan serta-merta dan beberapa pengilang mualmemasarkan satu rangkaian nama-nama seperti Gossima,Whiff Waff,Flim Flam danTable Tennis. Apabila raket yang kosong disaluti velum dipernalkan, istilah ping pong telahdicipta.Nama ping pong diambil daripada bunyi “ping” apabila bet bertembung dengandengan bola.Bunyi “pong” terhasil akibat daripada bunyi bola melantun di mejapermainan. James Gibb mencadangkan keoada pengilang John Jaque Ltd bahawanama ini sesuai untuk bet, bola dan jaring keluaran . Pada tahun 1902, seorang professor pelawat Jepun telah membawa balikpermainan ini ke Jepun dan memperkenalkannya kepada pelajar-pelajar universiti disana. Tidak lama kemudian seorang penjual berbangsa British, iaitu Edwards Shirestelah memperkenalkan permainan ini kepada orang-orang Vienna dan Budapest.Dengan ini benih untuk perkembangan sukan ini telah tersemai dan ia kini telahmendatangkan sambutan hampir di semua tempat di dunia. Persatuan Pingpong (ThePingpong Association) telah dibuka.
  4. 4. Kejohanan Sedunia yang pertama telah diadakan di London pada tahun 1927.Pemenangnya ialah seorang yang berbangsa Hungary, iaitu Dr. Jacobi. Selain daripadaFred Perry dari England, yang memenangi pada tahun 1929, pemain-pemain Hungaryboleh dikatakan menguasai permainan ini sepanjang tempoh tahun 1930-an. Pasukanmereka diketuai oleh pemain terkenal, Victor Barna, yang mana kemahiran dan inspirasibeliau telah banyak membantu membawa sukan ini ke tahap semakin mendapatperhatian serius masyarakat dunia. Pemain-pemain Eropah boleh dikatakan telahmenguasai dunia pingpong sehingga akhir tahun 1940-an menggunakan cara berjabattangan untuk mementingkan corak pertahanan lebih dari corak menyerang. Permainanini telah mengalami corak perubahan yang besar pada tahun 1950-an dengankemunculan sandwich atau span terbalik iaitu satu bahan baru untuk membuat mukapukulan bet. Sebelum ini muka pukulan yang diperbuat daripada getah berbintik nipistelah banyak digunakan. Sehingga masa itu putaran hanya memainkan peranan kecildalam permainan yang dikuasai oleh corak pertahanan. Tetapi senjata-senjata baru iniyang diperkenalkan oleh orang-orang Jepun amat menakjubkan. ITTF sebagai badanpengawal dengan cepat mengadakan peraturan untuk mengawal perkembangan baruini kerana pada pandangan sesetengah pihak ia membekalkan kelebihan yang tidak adilkepada sesetengah pemain. Ketebalan span dan getah sandwich adalah dalam kawalandan ia kekal sedemikian hingga kini. Tetapi sifat permainan ini telah pun berubah. Parajuara kini telah mengukuhkan gaya kepantasan dan putaran serangan laju. Pada tahun 1950-an, pemain Jepun telah menguasai dunia pingpong dengan corakpermainan dan cara cekak yang mementingkan corakmenyerang dan gerak kaki yangpantas. Pasukan lelaki Jepun telah menjadi johan dunia pada tahun 1954 hingga 1959.Dalam tahun 1960-an negara China muncul sebagai sebuah negara kuasa pingpongyang handal. Mereka menguasai dunia pingpong melalui penggunaan corak laju dandekat dengan meja. Dalam tahun 1970-an, pemain-pemain Eropah menunjukkankebolehan dan keyakinan mereka sekali lagi dan bertanding hebat dengan pemain-pemain Asia dalam beberapa pertandingan penting dunia. Dalam tahun 1980-an,pemain-pemain Eropah dianggap lebih handal daripada pemain-pemain Asia,terutamanya pemain-pemain Sweden yang telah menewaskan pasukan China dalamperlawanan antara pasukan lelaki walaupun China masih menguasai negara-negara laindalam bahagian wanita. Pemain-pemain perseorangan Eropah seperti Grubba, Waldner,Applegren, Persson, dan Lindh, manakala Guo Yuehua, Jiang Jialiang, Chen Longcan,Chen Xinhua dan Yoo Nam Kyu dari asia adalah pemain lelaki yang menguasai dunia
  5. 5. pingpong. Dalam bahagian wanita pula,pemain-pemain dari China, Korea Utara, KoreaSelatan, Kepun, Hong Kong dan sebagainya masih mendahului pemain-pemain dariSweden, Hungary dan Rusia. Kini baik di Malaysia ataupun di peringkat dunia kedudukan sukan ini semakinkukuh dan ia terus berkembang dari setahun ke setahun. Kemuncak daripadaperkembangan ini ialah pengiktirafan yang diberikan kepada permainan ini sebagaisalah satu acara olimpik dan ia mula diperkenalkan di Sukan Olimpik di Seoul padatahun 1988. Menurut laporan, liputan televisyen ke atas pertandinganakhirperseorangan lelaki telah menarik seramai 2 bilion penonton di seluruh dunia. Pada1927, Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) yang ditubuhkan pada tahun ituhanya mempunyai 9 ahli sahaja. Tetapi pada tahun 1990, ITTF mempunyai 145persatuan di bawahnya. Di samping itu ada pula empat persekutuan peringkatbenua,iaitu Recognised Continental Federation di bawah naungan ITTF, Persekutuan tersebutterdiri African Table Tennis Federation, Asian Table Tennis Union,Europian TableTennis Union dan South American Table Tennis Confederation. Pada tahun 1952, sebuah persatuan ping pong ditubuhkan.Persatuan ping pongdirasmikan pada tahun 1958 dan dikenali sebagai Persatuan Ping Pong Malaya.Padatahun 1964, Persatuan Ping Pong Malaya(TTAM) ditubuhkan dan selepas ituperkembangan pingpong di Negara ini dipesatkan.Hal ini membuktikan aktiviti-aktivitipersatuan tersebut. Persatuan ini telah melaksanakan banyak kegiatan dalam negerimahupun luar negara. Pada masa sekarang, semua kaum telah mengenali tentangpermainan ping pong dan ramai penduduk menjadikannya sebagai rekreasi ringan. Pada tahun 1974, boleh dikatakan semua yang terlibat dalam pertanding anantaranegeri-negeri Malaysia adalah dari keturunan cina. Pada tahun 1974 sehingga 1982,pertandingan untuk kaum lain yang bukan kaum cina telah dimulakan. Ini adalah satulangkah yang baik dan diharapkan kelama-lamaan, tidak akan wujud perasaanperkauman dalam permainan ini. Pada tahun 1982, pertandingan bukan cina ditukarmenjadi pertandingan perpaduan di mana pemain-pemain cina yang belum pernahmewakili dibenarkan bertanding. Selain itu,diharap juga dengan lebih ramai pemainbukan cina bermain ping pong, pemilihan pemain untuk pasukan negara kita akandiperluaskan dan bakat-bakat baru dapat dicungkil.
  6. 6. Pada tahun 1972, satu pasukan yang terdiri daripada tiga orang pemain lelakitelah pertama kali dapat menyertai Kejohanan Pingpong Dunia di Nagoya, Jepun dankita telah mencapai tempat ke-25 daripada 39 pasukan yang mengambil bahagian. padatahun 1973, Malaysia telah mencapai tempat ke-18 daripada 52 buah negara dalambahagian lelaki manakala bagi wanita ialah ke-19 daripada 40 buah Negara dalamKejohanan Ping pong Dunia ke-32 di Yugoslavia. Seterusnya pada tahun 1972,Persatuan Ping pong Malaysia menjadi pengasas Asian Table Tennis Union.Sejak masaitu, Malaysia telah memainkan peranan penting dalam perkembangan ping pong di Asianegara. Dalam kalangan Negara Asean , Malaysia pernah menjadi pengerusi danjawatankuasa teknik untuk mengelola Kejohanan Pingpong Belia Asean. Pada tahun 1979, Dato’ Michael Chen talah dilantik menjadi ahli ITTF. Ini adalahkali pertama seorang wakil dari Malaysia dalam sebuah badan sukan pingpong tertinggidunia. Pada tahun 1983 pula, seorang lagi rakyat Malaysia iaitu Encik Yap Yong Yihtelah dilantik menjadi ahli ITTF. Oleh yang demikian, Persatuan Pingpong Malaysiaberjaya memainkan peranan aktif dalam sukan pingpong dunia. Kepercayaan yangdiberikan ITTF kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia ke-2 (1981),ke-5 (1984) dan ke-12 (1991) dengan jelasnya membuktikan Malaysia mempunyaikebolehan teknikal yang tinggi. Sejak tahun 1990, Malaya telah menghantar beberapapemain muda ke luar negeri seperti ke Jepun dan Korea Selatan untuk mendapat latihanintensif yang lengkap. TTAM juga berhasrat untuk mencari bakat baru yang terdiri daripelbagai latar belakang kaum untuk menganggotai persatuan ini. Kini TTAM mempunyai15 ahli gabungan termasuklah 14 negeri dan Majlis Sukan Angkatan Tentera.Keahliannya adalah seramai 20 000 orang. Selain itu, TTAM telah menghasilkan 35orang pengadil bertaraf antarabangsa dan 400 pengadilkebangsaan yang menjalankantugas mereka di persatuan masing-masing dan juga pertandingan kebangsaan. Logo Persatuan Ping Pong Malaysia
  7. 7. 3.0 PERALATAN PERMAINAN PING PONG Sebelum memulakan permainan ping pong, setiap peralatan haruslah disediakandengan teliti dan teratur. Ping pong dapat dimainkan sama ada di dalam ataupun di luardewan kerana ia hanya memerlukan sedikit ruang sahaja dan tidak memerlukanpenyelenggaraan yang tinggi. Permainan ping pong memerlukan sebuah meja, sebijibola ping pong, dua buah bet ( bagi permainan secara individu).3.1 Meja Meja ping pong mestilah berbentuk segiempat tepat, berukuran 2.74 m panjangdan 1.56 m lebar dan tingginya dari lantai ialah 76 cm. Permukaan meja boleh diperbuatdari pelbagai bahan tetapi mestilah member lantunan ( bounce ) bole lebih kurang 23 cmtinggi apabila bola dijatuhkan dari ketinggian 30 cm. Permukaan meja mestilah berwarnagelap dan pudar keseluruhannya dengan satu garisan putih yang tebalnya 2cm di setiapempat sisi meja itu. Permukaan meja dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh satu jarringyang selari dengan kedua-dua garisan permukaan meja. Untuk permainan beregu,kedua-dua permukaan meja itu dibahagi kepada dua bahagian yang sama oleh garisantengah yang tebalnya 3 mm selari dengan garisan tepi meja.
  8. 8. Contoh Meja Ping Pong
  9. 9. 3.2 Bola Ping Pong Bola ping pong mestilah berdiameter 38 mm dan berat 2.5 gram. Bola ping pongboleh diperbuat daripada seluloid atau bahan plastic yang sama dan berwarna putihatau kuning yang pudar. Bola ping pong digred kepada satu bintang sehingga tigabintang, masing-masing untuk latihan dan pertandingan. Bola ping pong mudahdiperolehi dan harganya tidaklah mahal. Contoh bola ping pong
  10. 10. 3.3 Jaring Jaring untuk permainan ping pong terdiri dari jarring dan peralatan untukmemasangnya ke meja ping pong, dan sering disebut gabungan jarring ( net assembly ).Panjang jaring ialah 1.83 m dengan 1.525 di atas meja dan 15.25 panjang di luar setiapgarisan tepi. Tinggi jarring adalah 15.25 cm di atas permukaan. Contoh Jaring ping pong3.4 Bet Untuk pertandingan, semua getah yang digunakan mestilah mempunyai logoITTF. Getah yang digemari ramai ialah getah terbalik ( reverse ) yang boleh mengubahsifat-sifat kelajuan dan putaran bola secara meluas. Secara am, semakin tebal dankeras lapisan span, semakin cepat bola memantul ( rebound ) daripada bet. Di bawahundang-undang ping pong, tebal keseluruhan getah span tidak boleh melebihi 4 mm.Walau bagaimanapun, warna getah bet ping pong juga telah ditetapkan melaluiperaturan Ping Pong apabila perlawanan berlangsung. Antara warna getah yangdiiktirafkan untuk pertandingan Ping Pong adalah warna Merah dan Hitam sahaja. Jenis-jenis Bet Ping Pong adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:
  11. 11. 3.5 Kawasan ( Arena ) Permainan Permainan ping pong boleh dijalankan di mana-mana tempat yang berdafter,seperti di kaki lima, tepi jalan, di dalam bilik, di dewan dan sebagainya. Arena permainanping pong berubah-ubah bergantung kepada keadaan pertandingan atau perlawanandan pihak penganjur. Tetapi dalam pertandingan antarabangsa, arena ini tidak bolehkurang dari 14 meter panjang, 7 meter lebar, dan 4 meter tinggi untuk satu-satugelanggang. Begitu juga, kawasan tempat yang digunakan untuk perlawanan Ping Pongadalah merupakan dewan yang tertutup. Hal ini demikian bagi mengelakkan perlawananterganggu daripada tiupan angin.
  12. 12. Dewan tertutup untuk meletakkan meja Ping PongContoh Kawasan Permainan Ping Pong
  13. 13. 4.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG1. UNDANG-UNDANG PERMAINANPertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Ping PongAntarabangsa (ITTF) dan Peraturan-Peraturan Am MSS yang sedang berkuatkuasasekarang.2. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN2.1 Perseorangan2.2 Bergu2.3 Perseorangan bagi pemain bukan kaum Cina
  14. 14. 3. BAHAGIAN UMUR3.1 Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah3.2 Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah3.3 Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah3.4 Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah4. PENYERTAAN4.1 Tiap-tiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 4 orang pemain bagi acara perseorangandan 2 pasang pemain bagi acara bergu. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18tahun).4.2 Bagi acara bukan kaum Cina, setiap MSSD dibenarkan mendaftarkan 2 orangpemain perseorangan. (Lelaki dan Perempuan bawah 12 dan 18 tahun).5. SISTEM PERTANDINGAN5.1 Pertandingan ini dijalankan secara kalah mati.5.2 Keutamaan pemain (Seeding) hendaklah diadakan.5.3 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 18 tahun dan ke bawah, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainansehingga Peringkat Suku Akhir. Perlawanan dalam peringkat Separuh Akhir dan Akhirakan diputuskan dengan empat kemenangan daripada tujuh perlawanan.5.4 Dalam pertandingan perseorangan bagi peserta umur 12 tahun dan ke bawah, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tiga kemenangan daripada lima permainan.5.5 Bagi acara BERGU, tiap-tiap perlawanan akan diputuskan dengan tigakemenangan daripada lima permainan untuk semua peringkat umur.5.6 Satu minit rehat akan dibenarkan di antara 2 permainan..5.7 Seseorang permain/regu dibenarkan mengambil satu kali “time out” selama 1 minitdalam satu perlawanan.
  15. 15. 6. KELEWATAN6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minitsebelum perlawanan dimulakan.6.2 Hanya lima minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat,selepas itu pihak lawannya akan dibenarkan kemenangan percuma dengan 11-0, 11-0,11-0.7. PAKAIAN7.1 Semua pemain mestilah berpakaian sukan yang sesuai, kemas dan sopan.7.2 Semua pemain ditegah memakai pakaian berwarna oren( sama dengan warna bola)7.3 Bagi acara beregu, kedua-dua pemain hendaklah memakai baju yang seragam.8. BUTIR-BUTIR PENGENALAN8.1 Tiap-tiap pemain daripada sekolah menengah, Kad Pengenalan akan dijadikandokumen pengesahan had umur. Jika salinan digunakan itu hendaklah disahkan olehPengetua / Guru Besar Sekolah yang berkenaan.8.2 Pemain yang gagal menunjukkan dokumen yang tersebut seperti 8.1 tidakdibenarkan bertanding.8.3 Hanya pemain yang telah didaftarkan sahaja dibenarkan bertanding.8.4Bagi pemain sekolah rendah, Sijil Beranak akan dijadikan dokumen pengesanan hadumur.8.5 Setiap pemain diwajibkan mengisi Borang Pendaftaran Individu, sertakan satusalinan Kad Pengenalan / Sijil Beranak yang telah disahkan oleh Pengetua / GuruBesar Sekolah yang berkenaan dan 2 keping gambar berukuran passport.
  16. 16. 9. GELANGGANG PERMAINAN9.1 Ruang permainan setiap gelanggang sekurang-kurangnya 12m x 6m x 4m 9.1.1 Setiap gelanggang hendaklah dilingkungi dengan penghadang bola( surrounds) berwarna gelap yang seragam setinggi 75cm9.2 Bahagian permukaan atas meja pula yang dikenali sebagai “permukaanpermaianan”hendaklah berbentuk segi empat tepet iaitu 2.74m panjang dan 1.52m lebardan mestilah terletak pada satumendatar 76cm dari aras lantai.9.3 Jaring mestilah digantung oleh seutas benang yang diikat pada setiap hujungnyakepada satu tiang 15.25cm tinggi. Had bahagian luar tiang itu juga mestilah 15.25cmdari garisan sisi.10. ALATAN10.1 Bola jenama TIBHAR3 star berwarna oren akan digunakan.10.2 Getah rakat yang disenaraikan dalam “AUTHORISED RACKET COVERINGSITTF” yang berkuat semasa sahaja boleh digunakan dalam kejohanan ini.10.3 Getah “long pimple” dan anti spin tidak dibenarkan untuk kumpulan umur 12 tahundan ke bawah.11 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAHMenarik diri( walk-over ) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, peserta yang berkenaanakan dihukum sebagai menarik diri daripada kesel uruhan pertandingan.12 BANTAHAN12.1 Segala bantahan atau rayuan hendaklah sibuat selewat-lewatnya dalam masasetengah jam selepas tamatnya pelawanan yang berkenaan melalui PengurusPasukan / Ketua Pasukan atau berkenaan secara bertulis dengan bayaran RM 200.00sebagai wang pentaruhan.12.2 Jika bantahan atau rayuan gagal diterima, wang pertaruhan tersebut tidak akandikembalikan.
  17. 17. 13. LEMBAGA JURI RAYUAN14. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANSemua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan olehJawantankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalahmuktamad.MEJA DAN KAWASAN GELANGGANG
  18. 18. Nota: 1. Permukaan permainan boleh diperbuat daripada Seberang bahan, berwarna tua seragam dan tidak berkilau dan hendaklah menghasilkan lantunan setinggi 22cm hingga 25cm, apabila sebiji bola dilepaskan ke atasnya dari setinggi 30.5cm. 2. Punca lampu hendaklah tidak kurangdari 4m di atas lantai.
  19. 19. 5.0 TEKNIK DAN KEMAHIRAN BERMAIN PING PONG5.1 Pengenalan Dalam permainan Ping Pong, teknik dan kemahiran memainkan peranan yangamat penting dalam sesuatu perlawanan. Setiap teknik yang digunakan berPermainan
  20. 20. pingpong boleh dimainkan secara perseorangan atau berpasangan atau beregu dansama ada dalam kalangan lelaki sahaja, wanita sahaja atau campuran (lelaki danwanita) Untuk memulakan servis, bola mesti dipukul oleh bet permainan yang membuatservis supaya bola melantun pada kawasan sebelah jaring pembuat servis dankemudian pada kawasan sebelah penerima sebelum penerima dibenarkan memukulnya.Kebanyakan permainan mempunyai 3 permainan (game) walaupun dalam pertandinganantarabangsa biasanya dipanjangkan sehingga 5 permainan terutamanya dalampertandingan perseorangan. Sesuatu permainan dimenangi oleh pemain pertama atauberegu pertama yang berjaya memungut 21 mata, atau sekiranya pungutan mata terikat20 sama, pemain pertama yang berjaya mengutip dua mata berturut-turut dikira sebagaipemenang.5.2 Memulakan PermainanUndian secara lambungan duit syiling akan memberi hak kepada pemain untukmembuat beberapa pillihan. Pilihan-pilihan ini termasuklah hak memilih salah satudaripada berikut :1. Membuat servis terlebih dahulu2. Menerima servis terlebih dahulu3.Memilih sebelah mana meja untuk bermain (gelanggang permainan)4. Memilih pemain lawan membuat pemilihan terlebih dahulu Sekiranya anda telah memilih salah satu cara di atas, misalnya pilihan hendakmenerima servis permulaan terlebih dahulu, pemain lawan berhak memilih sebelahmana meja untuk bermain dan juga membuat servis (kerana anda memilih menerima). Jika anda menang dalam undian dengan cara melambung duit syiling danmemilih untuk memulakan servis dalam permainan pertama, anda akan menjadipenerima pada permulaan permainan kedua dan dalam permainan ketiga pula andasekali lagi berpeluang untuk memulakan servis.
  21. 21. Selepas setiap lima set, servis akan berpindah tangan ke pihak lawan sehinggalima servis dan proses ini berterusan sehingga permainan tamat. Walaubagaimanapun,sekiranya pungutan mata terikat pada 20 sama, servis akan bertukar tangan secarabergilir-gilir sehinggalah berjaya memungut dua mata berturut-turut. Dalam permainanpingpong, mata boleh dipungut oleh mana-mana pemain pada sesuatu servis, tidak kirasiapa yang membuat servis. Beberapa peraturan yang ditetapkan khusus untuk melakukan servis, jika tidakdikaji dengan berhati-hati boleh menyebabkan anda didenda dengan pemberian matapercuma kepada pihak lawan. Berikut adalah peraturan-peraturan tersebut :1. Servis bermula dengan bola diletakkan dalam tapak tangan bebas yang pegun,terbuka dengan jari tertutup dan ibu jari bebas2. Tangan bekas yang membawa bola mesti sentiasa berada di atas permukaan mejadan di belakang garisan belakang meja3. Semasa membuat servis, bet mestilah berada di atas permukaan meja dan memukulbola di belakang garisan belakang meja4.Bola mestilah dilempar tegak sekurang-kurangnya 16 cm ke atas oleh tapak tangantanpa menjanakan sebarang putaran5.Bola mestilah dipukul semasa ia menurun kecuali :• Dalam permainan perseorangan, ia melantun di kawasan penerima servis (pemukul)dan kemudian di kawasan penerima• Dalam beregu ia melantun di kawasan kanan pembuat servis (pemukul) dan kemudiandi kawasan kanan penerima- Pemain yang membuat servis perlu memastikan bahawa tindakannya dapat dilihatsepenuhnya oleh pengadil- Servis tidak boleh terlalu jauh dari bahagian badan kecuali lengan, kepala atau
  22. 22. kaki apabila diukur dari jaring- Jika bola menyentuh ‘net’ maka servis terpaksa dilakukan semula. Gerakan membuat dan menerima Servis dalam perseorangan5.3 Pertukaran TempatSelepas tamat setiap permainan, sama ada perseorangan atau beregu, pemain- pemainakan membuat pertukaran tempat bermain. Jika perlawanan itu berlarutan hingga kepermainan penentu, pertukaran tempat permainan akan dilakukan apabila salahseorang pemain atau salah satu pasangan memungut mata ke-10.5.4 Rali (Rally)Rali boleh berterusan sehingga salah seorang pemain membuat kesilapan. Terdapatbeberapa cara bagaimana pemain boleh melakukan kesilapan ini dan cara yang palinglazim ialah seperti berikut :1.Terlepas bola sama sekali
  23. 23. 2.Kegagalan memukulnya mencecah jarring3. Bola tidak mencecah kawasan meja sebelah penerima akibat pukulan terlalu kuat5.5 Kiraan dan Pungutan MataDalam permainan pingpong, pemain boleh mendapatkan mata sama ada atas usahanyaataupun disebabkan kesilapan lawan. Walaupun mata penamatnya ditentukan, setiappemain berpeluang membuat servis, iaitu lima kali berturut-turut dengan diselang-seliantara pasangan tersebut. Mata yang dipungut oleh pemain yang memulakan servis,disebut dahulu. Selepas servis berpindah tangan setiap lima servis, sebutan matabertukar daripada pemain pertama kepada pemain kedua. Mata tamat ialah 21. Jikakedudukan terikat 20-20, permainan diteruskan dan pemenang ditentukan oleh mana-mana pemain yang berjaya mendahului dua mata dari lawannya.5.6 Bergu Gerakan Pemain dalam Bergu Beregu bermaksud berpasangan sama ada lelaki dengan lelaki, perempuandengan perempuan ataupun lelaki dengan perempuan. Terdapat beberapa peraturanyang dikhaskan kepada pemain-pemain beregu seperti berikut :
  24. 24. 1. Anda mesti memulakan servis dari sebelah kanan permukaan meja (kawasanpermainan anda) dan servis anda mestilah melantun di sebelah kanan permukaan mejalawan2. Anda dan pasangan anda mesti memukul bola secara bergilir-gilir mengikut urutan(sequence) yakni berselang-seli antara satu sama lain sehingga tamat rali. Jika andagagal memukul dengan giliran yang betul, pasukan anda akan kehilangan mata secaraautomatik3. Selepas anda membuat lima servis, anda dikehendaki bertukar tempat denganpasangan anda supaya dia menjadi penerima kepada lima servis lawan sebelum diasendiri memulakan lima servis4. Pada permulan permainan kedua, anda mestilah memastikan bahawa anda tidakmenghantar servis atau menerima servis daripada pemain yang sama dalam permainanpertama. Jika perlawanan ini berlarutan hingga permainan penentu dan anda bertukartempat pada mata ke-10, penerima mesti menukar tempat dengan pasangannya.5.7 Kemahiran Asas5.7.1 Pengenalan Kemahiran Asas
  25. 25. Dalam permainan pingpong, masa yang dihabiskan untuk mempelajari kemahiran-kemahiran asas merupakan masa yang paling berfaedah untuk kita gunakan. Jika kitaberjaya menguasai asas-asasnya dengan cepat, kemungkinan besar kita dapatmenghasilkan satu permainan yang baik.Pingpong adalah sejenis permainan yang mempunyai pukulan yang beraneka jenis.Oleh kerana pukulan yang berlainan, maka kemahiran asas pun berubah denganpukulan tertentu. Kemahiran asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu :-Kemahiran asas tertentu sahaja, misalnya kemahiran untuk membuat servis.Kemahiran-kemahiran seperti ini mesti dimahirkan oleh pemain-pemain yang barubelajar atau pemula.-Kemahiran-kemahiran gabungan, misalnya daripada kemahiran membuat servis danmenyerang. Kemahiran-kemahiran gabungan ini adalah asas untuk mempergunakandan mempraktikkan taktik-taktik selanjutnya.Umumnya, kemahiran asas boleh dibahagikan kepada lima jenis atau peringkat, iaitucara memegang bet, kesediaan untuk bermain, servis dan menerima servis, jenis- jenispukulan dan pergerakan kaki.5.8 Cara Memegang BetCara memegang bet akan menentukan cara pukulan bola dan cara pukulan bola pulaakan menentukan cara kita memegang bet. Dengan itu adalah sangat penting untukmemegang bet mengikut cara pukulan yang diiingini. Cara memegang bet bolehdibahagikan kepada 2 iaitu cara cekak pen dan cara cekak sudu.5.8.1 Cekak Pen
  26. 26. Cara Cekak Pen Jepun ( Gambarajah sebelah) dan Cara Cekak Pen China( Gambarajah Bawah)Cara ini digemari oleh pemain-pemain Asia, dan tidak hairanlah ia dikenali juga sebagaicekak Asia. Ia dikenali sebagai ‘cekak pen’ kerana bet dipegang oleh ibu jari dan jaritelunjuk sebagaimana sebatang pen dipegang. Tiga batang jari lain sama adadirehatkan ataupun dibentangkan (Spread Across) menyeberangi sebelah belakang bet,yang mana tidak seperti cara cekak sudu (Shakehand Grip), cara ini tidak atau jarangdigunakan untuk memukul bola. Bagaimanapun cara pegangan ini telah digunakansecara berkesan oleh juara dunia.5.8.2 Cekak Sudu
  27. 27. Cara Cekak SuduCara memegang bet yang digemari oleh pemain-pemain eropah ataupun barat.iakelihatan seolah-oleh berjabat tangan dengan pemegang bet dan dicirikan oleh jejaritelunjuk yang memanjang sepanjang belakang (base) mata bet (blade) dan ibu jaridiletakkan di sebelah yang bertentangan. Tiga batang jari lain mengelilingi bahagianpemegang dan bahu bet seharusnya berada dalam lingkungan kulit yang terletak diantara ibu jari dan jari telunjuk.Salah satu kelebihan cekak sudu ini ialah ia membenarkan penyesuaian serta- merta keatas sudut bet semasa bermain. Darjah kawalan yang baik ini berupaya dilakukankerana kedudukan ibu jari dan jari telunjuk.5.9 Kesediaan untuk BermainDalam permainan ini, seorang pemain itu haruslah mempunyai penumpuan yang tinggiterhadap permainan untuk memastikan kedudukan pukulan, putaran dan kepantasanbola pihak lawan. Kemudian barulah ia boleh menggunakan cara pukulan yangbersesuaian dan pergerakan kaki yang kuat untuk memulangkan pukulan dengan tepatdan betul.5.9.1 Berdiri Tindak (Stance)Satu kedudukan yang betul akan memberi kita satu dasar (base) yang baik untukberoperasi. Ia dapat membantu untuk mengekalkan keseimbangan, mengalih berat
  28. 28. badan, memelihara penglihatan yang elok dan membolehkan pemain melompat dengancepat untuk membalas pukulan.Tapak haruslah mempunyai kangkangan seluas bahu dan membiarkan lutut beloksedikit. Halakan badan ke hadapan dengan membongkokkan tulang belakang danmembiarkan dagu berada dalam garisan tegak dengan lutut. Tangan yang memegangbet hendaklah berada di hadapan dalam kedudukan hampir 90 darjah. Tangan yangmemegang bet haruslah bebas untuk mengekalkan keseimbangan keseluruhan danmestilah berada sejajar dengan tangan yang bermain. Juga harus dipastikan beratberada di tengah kaki dan bukanlah di tengah kaki.5.9.2 Kedudukan BadanCara meletakkan posisi badan sewaktu perlawanan juga penting kerana dapat menjadifaktor utama untuk membolehkan pemain bergerak untuk membalas pukulan. Secaraidealnya, pemain haruslah memukul dan menghadapkan bahu dan dada kepada haluanbola pingpong. Selain itu untuk mencapai kedudukan ini, kaki juga haruslah dihadapkanke arah yang sama dengan bahu dan dada. Kedudukan badan pemain
  29. 29. Perlu diingatkan, dalam pertandingan terdapat pelbagai pembolehubah yang salingbertindak. Selain lawan, kedudukannya, kepantasan bola, putarannya, arahnya dantahap kesediaan turut mempengaruhi peserta pertandingan.5.9.3 Perhitungan ( Timing )Perkembangan dalam sukan mengatakan bahawa kebanyakan pukulan dilakukan ketikalantunan bola pada titik yang tertinggi. Ia biasanya berlaku pada tahap yang lebih tinggidari ketinggian jaring. Jika kita memulakan permainan dengan penggunaan titik lantunanbola pada titik yang tinggi pada permulaan kalinya, besar kemungkinan kita akanmenggunakannya buat selamanya.Namun bukan semua pemain berjaya dalam memupuk tabiat ini. Kebanyakan pemainmemerlukan masa yang panjang untuk berlatih menggunakan teknik ini, jesteru merekatidak mempraktikkannya dan hanya membalas pukulan lawan dengan bola pingpongyang berkelajuan rendah.salah seorang pemain terhandal di dunia berkenaan kaedah iniialah Li Gun Sang yang telah berjaya menempatkan diri di peringkat antarabangsakerana kaedah ini.5.9.4 AntisipasiBeza diantara pemain handal dan pemain biasa adalah dengan adanya antisipasi.Pemain seperti ini dapat menjangka ke arah mana bola akan pergi sebelum ia membuatpukulan. Jon Ove Waldner dari Sweden dan Jiang Jiliang dari China merupakan contohyang terbaik tentang perlaksanaan antisipasiDalam permainan jika anda hanya dapat memerhati bola sahaja bermakna andabertindak selalu lambat. Seandainya teknik ini dapat dikuasai maka akan memberikelebihan masa untuk bertindak awal.
  30. 30. 5.9.10 Servis dan Menerima ServisDalam pertandingan pingpong, servis memainkan peranan yang sangat penting. Tujuanservis ialah seperti berikut :1. Mendapatkan masa secara langsung apabila pemain lawan membuat kesalahansemasa menerima servis atau gagal menerima servis2. Merampas inisiatif dan merebut kedudukan aktif serta menguasai pemain lawansetelah ia memulangkan servis dengn lemah .Oleh kerana itu, kecekapan servis merupakan satu kemahiran yang penting dan harusdikuasai oleh setiap pemain pingpong.5.9.11 Cara Membuat Servis yang Betul Cara membuat servis yang betul, berubah-ubah dan mempunyai variasi supayatidak disedari atau sukar difahami oleh lawan kita. Secara am, semasa membuat servis,jarak antara kedudukan pemain dengan meja adalah lebih kurang 50 cm dan jarakantara tangan yang memegang bola dengan meja adalah lebih kurang 15 cm. Kedua-dua tangan yang memegang bola dan tangan yang memegang bet mestilah di ataspermukaan meja dan di belakang garisan hujung. Bola mesti dilempar sekurang-kurangnya 16 cm ke atas tanpa menjanakan sebarang putaran di belakang garisanhujung meja. Semasa bola menurun dari puncak, pukulan dibuat. Apabila kita membuat servis dengan pukulan kilas (backhand) kita hendaklahberdiri di sebelah kiri hujung meja. Kedua-dua belah kaki berdiri berdamping tetapibercerai, dan kaki kanan hendaklah bengkok sikit ke hadapan. Untuk membuat servisdengan pukulan ke hadapan, anda hendaklah meletakkan kaki kiri di hadapan. Tempatberdiri ialah di tengah kiri hujung meja sedikit. Jika seorang pemain lemah dalampukulan kilas, adalah lebih baik menggunakan servis pukulan hadapan (forehand)dengan berdiri sedikit ke sebelah kiri.
  31. 31. 5.10 Jenis-jenis ServisSecara amnya, servis boleh dibahagikan kepada dua iaitu, servis berputar dan servistidak berputar. Servis berputar pula boleh dibahagikan kepada 4 jenis seperti berikut :1.Servis putaran atas (topspin service)2. Servis putaran belakang (backspin service)3. Servis putaran ke kiri (forehand side)4. Servis putaran ke kanan Jenis-jenis Servis5.11 Servis yang Popular Masa KiniMengikut peredaran zaman, jenis-jenis servis juga turut berubah. Kini terdapattiga jenis servis berikut yang sering digunakan :1. Servis dua lantunan2. Servis lontaran jauh3. Servis jarak jauh5.11.1 Servis Dua Lantunan
  32. 32. Jenis servis yang digemari oleh pemain pingpong ialah servis dua lantunan (two bounceservice). Ia merupakan servis yang pendek dan mengambil namanya daripada hakikatbahawa jika bola dibenarkan meneruskan perjalanan, ia akan melantun dua kali padapermukaan meja sebelah lawan. Terdapat beberapa sebab mengapa servis ini telahmenjadi begitu berfaedah secara teknikal :- Adalah sukar bagi lawan untuk menolaknya secara pendek- Jika pihak lawan berjaya juga menolaknya kembali secara panjang atau menguis (flick)bola tersebut, sudut sasaran yang tersedia antara bandingan adalah kecil. Inimemungkinkan kita sebagai pemukul mempunyai sedikit masa tambahan untukmenjangka arah bola yang ingin dikembalikan.- Pihak lawan selalunya berada dalam keadaan yang serba salah untuk menentukanadakah jarak bola cukup panjang untuk cuba melakukan pukulan putaran atas atauadakah ia terlalu pendek dan harus ditolak.Jika kita mengambil keputusan untuk menolaknya, kita seharusnya berupaya untukmengenakan putaran ke atas bola terlebih dahulu untuk menjadikannya sukar dikawal.Tanpa mengambil kira sama ada kita melakukan servis dengan pukulan hadapan ataukilas, servis cara ini dicapai dengan mengikut beberapa peraturan yang terus terangtetapi asa secara relatif. Servis Dua LantunanMula-mula pastikan lantunan bola kita berlaku di tengah-tengah antara garisan belakangdengan jaring. Ini bermakna bahawa lantunan pada sebelah pihak lawan juga akan
  33. 33. berlaku pada titik yang sama. Ini merupakan titik kritikal yang memastikanlantunanhypotheti cal kedua akan berlaku di sekitar garisan belakang lawan.Kedua, untuk mengawal ketinggian lantunan bola, kita seharusnya memukul pada satutitik sewaktu bola turun, pada ketinggian yang sama dengan jaring, iaitu pada paras 15cm. memukul bola pada satu titik yang lebih tinggi akan mengakibatkan lebihan lantunan(bouncy) pada servis dan memberi peluang kepada lawan membuat pukulan smash.5.11.2 Servis Lontaran TinggiBagi pemain terkemuka asia, servis yang tingginya 6 meter bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Bagi pihak lawan, servis ini mengganggu penumpuan dan secara psikologinya iamemberi ancaman. Ia kelihatan menakutkan dan dengan kemahiran bermain ia mungkinmeletupkan titik sentuhan bet ke atas bola dengan tangan yang bebas melindungiputaran yang dihasilkan.Untuk mahirkan diri dalam bentuk sukar ini, seorang pemain hendaklah memperbaikisentuhannya terhadap bola dengan servis yang sederhana dengan satu lontaran yangkonsisten tidak lebih dari 1 atau 2 meter maksimum. Kita juga seharusnya membentuktabiat membiarkan membiarkan pergelangan tangan dan sendi siku bebas.Bagi pukulan kilas, kepala kita ditunduk lebih tinggi daripada titik sentuhan untukmembantu kita mencapai kawalan yang diperlukan. Bagi pukulan hadapan, pastikanlontaran kita tidak menyebabkan bola jatuh terlalu jauh dari badan sehingga kitaterpaksa menjangkau.5.11.3 Servis Jarak Jauh
  34. 34. Masa terbaik untuk menyelit satu servis jauh ialah apabila kita mendapati pada penjurumata kita dan lawan kita agak terkeluar dari kedudukannya. Satu perubahan mendadakpada kecepatan dan arah mungkin berjaya menghasilkan satu pulangan yang lemahyang mana boleh memanfaatkan kita.6.0 TARTIKAL UNTUK MENGHADAPI LAWAN Cara tartikai ping pong untuk menghadapi lawan adalah menggunakan cara kerasputaran atas yang dilakukan dengan meragut bola keatas dan ke depan. Denganserangan putaran ini dan menggelung ia akan membantu pemain mematikan servisseterusnya mendapat mata. Sebagai seorang pemain dia harus mengetahui tentangmengambil bola yang mengelung dan menghantar kembali ke arah pihak lawan. Putaran atas suatu gelungan meliputi tiga perkara. Langkah yang pertama ialahmembuat bola melompat sebaik ia mencecah meja. Langkah keduanya ialah membuatlawan yang tidak tahu melakukan penyesuaian ke atas putaran atas mengembalikanbola tinggi atau jauh melepasi hujung meja. Lankah ketiga ialah menarik bola ke bawahsemasa ia bergerak bagi membolehkan anda memukul bola lebih pantas tetapi masihboleh jatuh ke meja sebelah lawan. Selain itu, langkah menggelung ini mempunyai tiga jenis tahap kelajuan. Tahappertamanya ialah perlahan,tahap kedua ialah sederhana dan ketiganya ialah laju.Kepentingan gelungan adalah dengan menggunakan kaedah gelungan.Putaran yangdihasilkan amat laju dan boleh menghasilkan kesan yang maksimum. Dengan sedikitputaran atas, apa jua bola boleh dipukul dengan keras. Bagaimanapun ketepatandiperlukan ke atas pukulan kencang dan pemain mudah melakukan kesilapan.Walaupun pukulan itu menjadi lawan yang bertindak balas dengan cukup pantasberkemungkinan dapat mengembalikan bola. Gelungan dapat memberikan lebih banyakruang untuk melakukan kesilapan. Putaran atas yang ekstrem akan menarik bola kebawah. Jadi walaupun pukulan anda tersasar, bola masih boleh jatuh ke bawah meja.
  35. 35. Lawan anda terpaksa menangani bukan sahaja kelajuan bola tetapi putaran bolatersebut. Dari segi melakukan Gelungan Pukulan Depan mempunyai pelbagai kaedah.Biasanya,berdiri manghadap meja, kaki kanan sedikit ke belakang. Pusing pinggang ,pinggul dan bahu ke belakang sambil mambawa raket dan lengan ke belakang. Luruslengan sehingga sehingga ia menunjuk ke belakang dan ke bawah ambilmembengkokan pergelangan tangan. Bagi melawan putaran belakang, lengan perluperlu menunjuk lebih ke bawah dan lutu perlu lebih dibengkokan. Jatuhkan bahu untukmenghadapi putaran atas Arahkan lengan lebih ke belakang dan sedikit ke bawah.Anjak berat badan anda ke kaki kanan. Mulakan pukulan depan dengan memusingkanpinggul dan pinggang ke depan. Pusingkan bahu dengan menaraknya dengan bahu kiri.Sentap lengan atas ke dalam bola dengan lembut tetapi bertenaga. Sentuh bolasemasa ia jatuh untuk mendapat putaran dan kawalan maksimun, sebaik-baiknya padalantunan tertnggi untuk melakukan gelungan yang lebih laju dan agresif. Sentuhandilakukan di depan dan ke kanan badan. Libas raket di sekeliling luar bola danmenutupnya untuk menghasilkan putaran. Lengan harus di hayun terus ke atas dan kedepan dan berakhir raket diparas dahi atau lebih tinggi untuk menghasilkan pukulanyang baik.Melakukan Gelungan Pukulan Kilas Di samping itu, tartikal ping pong menghadapi lawan ialah melakukan gelunganpukulan kilas.Kaedahnya ialah menghadap meja dngan kedua-dua kaki dijarakan lebihjauh dari meja dari biasa. Hayun ke belakang hampir lurus ke bawah diuantara kedua-dua kaki. Dengan hujung atas raket ke bawah. Kedua-dua lutut dibengkokan hayun kebelakang ke pinggul kiri. Jatuh sedikit bahu kanan. Pusingkan pinggul ke kiri untukmengalihkan sebahagian berat badan ke kaki kiri. Condongkan bahagian atas badansedikit ke depan. Bengkokkan pergelangan tangan ke belakang. Tarik raket ke depan,mula-mula dengan menggunakan bahu dan kemudian siku. Sentap pergelangan tanganke dalam bila semasa sentuhan.Pusingkan raket sekta bola, dan ketika melakukan tutupraket untuk menghasilkan putaran. Lakukan sentuhan di bahagian separuh atas raket.Anjakkan berat badan ke kaki kanan. Bagi melawam purtaran belakang, sentuhbelakang bola. Bagi melawan putaran atas, sentuh belakang atas bola. Gelungan Pukulan Balas juga adalah teknik menghadapi lawan.Gelungan pukulanbalas adalah pukulan gelung melawan pukulan gelung. Ia amt sukar dipeljari dan
  36. 36. banyak digunakan diperingat tertinggi permainan. Di lakukan dengan pukulan depanatau kilas tetapi pukula kilas adalah lebih sukar. Jika anda menyentuh bola lebih jauhdari meja daripada kebiasaan, putaran atas dan tarikan graviti mempunyai lebih masauntuk menarik bola ke bawah. Ini meningkatakan ketekalan anda tetapi memberikanlaan lebih banyak masa untuk bertindak balas. Untuk permulaan, pukul bola semasa iasedang jatuh. Hasil putaran selaju yang bolah. Apabila permainan anda semakinmeningkat, cuba sentuh bla lebih dekat dengan meja kerana lebih sukarlah lawan untukmengembalikanya. Sesetengah pemain malahan telah menguasai sepenunya caramelakukan gelungan sejurus selepas lantunan.7.0 CONTOH JADUAL LATIHAN HARIAN SERTA BULANAN ( yangdiamalkan oleh jurulatih )
  37. 37. 13 JANUARY 2010 (RABU)8.00 pg - 9.00 pg Sarapan Pagi Latihan Kecergasan9.00 pg - 1.00 ptg Latihan Intensif1.00 ptg - 2.30 ptg Makan Tengahari Dan Rehat Bilik Sukan & Rekreasi Latihan Intensif2.30 ptg – 6.30 ptg Latihan Gimnasium7.00 mlm - 8.45 Makan Malam Dan Rehatmlm8.45 mlm - 10.45 Perlawanan Persahabatanmlm Team Strategy
  38. 38. RAJAH 1: JADUAL LATIHAN HARIAN20 JANUARY 2010 (RABU)8.00 pg - 9.00 pg Sarapan Pagi Latihan Kecergasan9.00 pg - 1.00 ptg Latihan Intensif1.00 ptg - 2.30 ptg Makan Tengahari Dan Rehat Bilik Sukan & Rekreasi Latihan Intensif2.30 ptg – 6.30 ptg Latihan Gimnasium7.00 mlm - 8.45 mlm Makan Malam Dan Rehat Perlawanan Persahabatan8.45 mlm - 10.45 mlm Team Strategy
  39. 39. RAJAH 2: JADUAL LATIHAN HARIAN RAJAH 3: JADUAL LATIHAN BULANANMASA 4 /2/2010 11/2/2010 18/2/2010 25/2/2010 KHAMIS KHAMIS KHAMIS KHAMIS9.00pg-12ptg Latihan Latihan Latihan Latihan Kecergasan & Kecergasan & Kecergasan & Kecergasan & latihan Intensif latihan Intensif latihan Intensif latihan Intensif12ptg-2.00ptg Rehat Rehat Rehat Rehat2.00ptg-6.00ptg Latihan Latihan Latihan Latihan Intensif& Intensif& Intensif& Intensif& Latihan Gimnasium Latihan Latihan Latihan Gimnasium Gimnasium Gimnasium6.00ptg-8.00mlm Rehat Rehat Rehat Rehat8.00mlm-10.00mlm Perlawanan Perlawanan Perlawanan Perlawanan Persahabatan Persahabatan Persahabatan Persahabatan & & Team & Team & Team Team Strategy Strategy Strategy Strategy
  40. 40. 8.0 KAEDAH MENINGKATKAN KEADAAN FIZIKAL PEMAIN8.1 Prinsip Tambah Beban Tambah beban adalah penting untuk meningkatkan kecergasan. Tubuh badankita akan menyesuaikan diri dengan beban yang dikenakan itu. Terdapat empat faktoryang mempengaruhi prinsip tambah beban agar dapat disesuaikan dengan tubuh badaniaitu :8.1.1 KekerapanKekerapan merupakan bilangan kali seseorang itu bersenam di dalam seminggu.Blanksby (1987) menegaskan bahawa kesan positif bersenam akan diperolehi jikakekerapan bersenam dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali seminggu.8.1.2 IntensitiIntensiti boleh diertikan sebagai darjah kesukaran senaman dan dinyatakan sebagaiperatus(%) misalnya 60% atau 90%. Menurut Blanksby (1987) pemilihan intensitibergantung kepada tiga perkara, iaitu:8.1.3 Tahap kecergasan permulaan Individu yang mempunyai tahap kecergasan permulaan yang rendah tidak bolehbersenam dengan intensiti yang tinggi kerana ini boleh menyebabkan kesulitanpernafasan dan mungkin juga menyebabkan kematian.Sebaliknya,individu yangmempunyai tahapa kecergasan yang tinggi pula perlu bersenam dengan intensiti yangtinggi supaya kesan senaman boleh dicapai.
  41. 41. 8.1.4 Tahap Kecergasan Yang Diingini Bagi mencapai tahap kecergasan yang tinggi, sseorang perlu bersenam denganintensiti yang lebih tinggi. Namun begitu, peningkatan intensiti perlulah secaraberansur-ansur8.2 Sifat Aktiviti Yang Dipilih Aktiviti yang dipilih boleh membantu mencapai intensiti yang diingini.8.2.1 Tempoh Pada amnya, tempoh yang sesuai ialah antara 15 hingga 60 minit. Inimelibatkan aktiviti aerobik yang berterusan. Tempoh sebenarnya bergantung kepadaintensiti; senaman intensiti rendah memerlukan tempoh senaman yang lebih panjangdan senaman intensiti tinggi memerlukan masa yang lebih pendek.8.2.2 Ulangan Ulangan merupakan bilangan kali sesuatu senaman atau aktiviti diulang. Iaharusnya ditingkatkan secara beransur-ansur untuk mencapai tahap kecergasan yangdiperlukan.
  42. 42. 8.2.3 Prinsip Ansur- majuLatihan harus dijalankan dalam tahap-tahap yang sentiasa meningkat sesuai denganproses pengubah suaian tubuh kepada rangsangan latihan. Anda perlu mencatatkanbeban latihan supaya kemajuan tertentu dapat dikesan.Tanda-tanda anda mengalami kesan hasil latihan yang terlalu membebankan : a) Sakit dibahagian dada b) Pening kepala c) Rasa hendak muntah d) Kesukaran bernafas e) Keletihan yang keterlaluan f) Kesakitan pada sendi-sendi g) Keperitan atau kesakitan otot yang berlanjutan8.2.4 Latihan JedaLatihan ini membangunkan daya tahan kardiovaskular dan otot. Ia membangun sistemtenaga aerobik dan anaerobik. Ia menggunakan prinsip asas kerja dan rehat ataunisbah kerja-rehat iaitu tempoh latihan rancak diselangselikan dengan tempoh rehatpendek. Latihan jeda boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:Jeda panjang – tegaskan stamina iaitu daya tahan kardiovaskular dan daya tahan ototJeda pendek – tegaskan kelajuan
  43. 43. Jeda Pendek Jeda PanjangKelajuan 85% - 90% 80% - 85%Rehat 10 saat – 2 minit 3 – 15 minitUlangan 8 – 30 kali 4 – 15 kali Jadual 1 : Latihan Jeda : Jeda pendek dan panjangJeda Pendek Jeda PanjangMemanaskan badan Memanaskan badanLari 100% untuk 10 saat Lari 90% kelajuan untuk 60 saatRehat aktif 10 saat – berjalan Rehat aktif 4 minit – berjalanperlahan senangUlang 2 dan 3 sebanyak 10 ulangan Ulang 2 dan 3 untuk 5 larian Jadual 2: Contoh Aktiviti Latihan Jeda
  44. 44. Jeda Pendek Jeda PanjangKerja 5 – 30 saat 30 saat hingga 3 minit 30 saat hingga 3Rehat 15 – 90 saat minit 1:1@1:2Nisbah 1:3 80% - 85%Intensiti 85% - 90%Ulangan 15 – 25 5 – 20 Jadual 3 : Contoh Latihan Jeda: Kerja, intensiti, rehat, ulangan (Blanksby, 1987)
  45. 45. 8.2.5 Latihan LitarLatihan ini berkesan untuk membangunkan otot dan kardiovaskular kerana iamengakibatkan permintaan berterusan terhadap jantung dan paru-paru dalamjangkamasa yang lama. Latihan litar dibahagikan kepada dua jenis iaitu litar beban tetapdan litar beban individu.8.2.6 Litar beban tetapLebih daripada satu litar digunakanPelaku menghabiskan senaman di litar A dalam masa yang ditetapkan, bergerak ke litarB dan seterusnya.8.2.7 Litar beban IndividuBagi setiap senaman yang dipilih, ujian ulangan maksimum (UM) diadakan. Contoh,bilangan ulangan maksimum dilakukan dalam masa 30 saat atau 60 saat.Beban disetengahkan apabila 2 set digunakan. Jika 3 set digunakan maka beban dibahagikan 3.Beban yang disetengahkan atau disatupertigakan dipanggil dos latihan.
  46. 46. Komponen Beban Kesan Kekuatan < 10 UM Positif Dayatahan otot > 10 UM Positif Kekuatan dan dayatahan < 30 UM Positif otot Jadual 4 : Keputusan kajian kesan Latihan Litar8.2.8 Latihan AnaerobikKaedah latihan anaerobik adalah kaedah latihan yang berupaya meningkatkan kapasitianaerobik iaitu keupayaan untuk bekerja dengan cekap dan berkesan tanpa oksigen.Latihan ini membantu untuk meningkatkan keupayaan tubuh untuk menghasilkansemula ATP dengan cepat semasa rehat antara kerja. Antara objektif latihan ini adalahbagi meningkatkan komponen-komponen kecergasan berikut: a) kelajuan b) kekuatan c) daya tahan otot d) kuasa e) ketangkasan8.2.9 Jenis-jenis latihan anaerobik
  47. 47. a) Larian bukit b) Larian mendaki tangga c) Latihan litar d) Latihan jeda jarak sederhana dan jarak dekat e) Latihan pecutan berulang f) Latihan bebanan g) Latihan pliometrik9.0 UJIAN EGOMETRIK DAN TEKNIKALDalam tenis meja hari ini, adalah kemungkinan kecil untuk menilai tanda-tanda secaratepat pada perkembangan pemain berdasarkan pengukuran yang objektif. Namunbeberapa faktor yang harus harus dipertimbangkan dalam proses ini untuk kemungkinanmemperoleh seorang berkarakter juara di masa depan adalah: a) Kualitas tinggi dalam pelatihan tahap2 awal. b) Kemajuan cepat. c) Rasio yg bagus antara hasil-baik dan waktu-pelatihan.Secara umum dapat diyakini, seorang pemain yang telah mencapai hasil-baik dalamwaktu-singkat akan terus berlanjut maju seperti berikut: a) Konsistensi dalam pelatihan. b) Disiplin. c) Konsentrasi selama pelatihan dan pertandingan.
  48. 48. d) Pencapaian permainan kualitas tertinggi dalam pertandingan resmi (tidak demam panggung). e) Bertampang (profil) psiko-kinetik. f) Memilik motivasi dan keinginan untuk menang (semangat juang). g) Memiliki kemampuan untuk mengatasi kesulitan dalam kompetisi. h) Berpengetahuan teknis. i) Kemampuan fisik yang cukup.9.1 Kepentingan HidroterapiHidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan,memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaanyang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini ialah:i. Menghilangkan tekananii. Keupayaan berkomunikasiiii. Simulasi sistem otakiv. Bina keyakinan diriv. Kreativitivi. Kawalan dirivii. Latihan ‘Social skill’viii. Merangsang pertuturanix. Melatih sikap bekerjasamax. Meningkatkan kesabaran
  49. 49. xi. Pengamatanxii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lainxiii. Latihan daya kepimpinanxiv. Manipulasi tangan dan jari-jemarixv. Daya konsentrasixvi. Pembentukan ‘body image’xvii. Peningkatan ‘self-esteem’ Kepintaran Kinetik Tubuh merujuk kepada keupayaan untuk mengkoordinasikanpergerakan tubuh kita. Kebanyakan penari dan atlet mempunyai kepintaran kinetik tubuhyang tinggi.Ibu bapa boleh membantu meningkatkan kepintaran kinetik tubuh anakmereka dengan menggalakkan mereka bermain di tempat yang lapang supaya merekaboleh berlari dan memanjat. Satu jam setiap hari di padang permainan sudah memadaibagi anak-anak anda kerana mereka boleh memproses maklumat bagaimana tubuhmereka bergerak dan meregang.Ramai kanak-kanak yang minat menari. Ia adalah satuaktiviti semula jadi yang menggambarkan keseronokan dan tahap tenaga mereka. Iajuga satu cara efektif untuk meningkatkan kepintaran kinetik tubuh.Bila umur merekameningkat 4 hingga 5 tahun, ibu bapa sudah boleh mendedahkan mereka kepada sukanasas dan yang mudah seperti bola sepak dan bola keranjang. Lama kelamaan andaboleh perkenalkannya kepada sukan yang lebih kompleks dan lebih halus koordinasinyaseperti badminton dan ping pong. Tapi ingat, ibu bapa jangan terlalu memikirkan tentangkemenangan dan memaksa memandangkan usia mereka yang masih muda.
  50. 50. 10.0 PERSEDIAAN DARI SEGI PSIKOLOGI PEMAIN10.1 Senaman Sebelum Memulakan PermainanPerkembangan dan prestasi seseorang pemain bergantung kepada jenis dan tingkatlatihan yang dijalankan. Latihan berbeza dari satu tahap ke satu tahap yang lain, tetapisemuanya berdasarkan kepada empat bidang yang sama, iaitu fizikal, kemahiran atauteknik, taktik, atau strategi dan mental. Latihan-latihan selalunya dijalankan dalambentuk permainan kecil yang bervariasi supaya pemain-pemain tidak merasa bosansemasa menjalankan latihan.10.2 Senaman Secara PerseoranganSenaman-senaman yang dapat dilakukan secara berseorangan sebelummemulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan.1. Dengan perlahan-lahan, tangkaskan pergelangan tangan dan tumit dalam pergerakanbulatan (circular Motion)2. Pusingkan bahu dalam pergerakan bulatan ke hadapan dan ke belakang.3. Pusingkan lutut dalam bulatan supaya menangkaskan tumit, lutut dan pinggang4. Lenturkan dan hulurkan lutut5. Pegang tangan kiri dan kanan dan hulurkan ke atas kepala supaya menghulurkanotot-otot di tepi badan6. Pegang kedua-dua tangan dan ukirkan nombor 8 diudara untuk membinakeseimbangan dan ketangkasan. Lengan dan lutut mesti dihulurkan.7. Pergerakan untuk ketangkasan tekak, iaitu dengan menggerakkan kepala dalambulatan supaya dagu menyentuh dada, telinga menyentuh bahu dan kepala menyentuhbelakang bahu.
  51. 51. 8. Ayunkan tangan ke hadapan dan belakang, kaki setempat dan lenturkan lutut.9. Ayunkan tangan ke tepi dan mengufuk. Ayunkan tangan dalam bulatan ke hadapandan belakang.10. Lenturkan badan ke tepi11.Lenturkan badan ke hadapan dan cecahkan kaki kanan dengan tangan kiri dansebaliknya12. Pulas badan dan lengan kiri dan ke kanan13. Gerakkan seluruh badan dalam bulatan14. Cecahkan lantai dengan tapak tangan dan kaki bertegak15. Lentur ke belakang, dengan kaki terkangkang, sehingga kepala mencecah lantai16.Untuk mencapai keselesaan (relaxation), berdiri tegak dengan tangan menghulur keatas. Perlahan-lahan lingkarkan badan sehingga anda betul-betul bergulung. Tariknafas.10.3 Senaman Secara BerpasanganSenaman-senaman juga dapat dilakukan secara berpasangan sebelummemulakan latihan permainan pingpong untuk merengangkan otot-otot badan.1. Dukungkan pasangan anda pada bahagian belakang sambil melenturkan danmenghulurkan lutut2. Duduk membelakang dan berbaring atab bahu kawan3.Duduk dengan kaki terkangkang dan kawan menolak dari belakang supaya andamencecah kaki bergilir-gilir4. Duduk dengan kaki terkangkang berhadapan kawan. Memegang tangan kawan danmelentur ke belakang. Buat bergilir-gilir.
  52. 52. 5. Pegang tangan dengan satu kaki menentang satu kaki kawan, iaitu dengan menariksecara kuat-kuat6. Baring dengan muka ke bawah, kawan anda duduk di belakang anda dan membantumelenturkan ke belakang7. Senaman untuk memperkukuhkan otot-otot perut dengan cara menolak kaki kanan,dan biarkan kaki hulur semula8. Memegang pemberat dan lentur9. Menghayunkan pemberat11.0 PEMAKANANSebagai seorang atlet ping pong, pemakanan seimbang merupakan tabiat memilihmakanan yang hendak dimakan dengan tujuan memperbaiki ataumengekalkan kesihatan. Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat,protein, lemak, vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapatdiperolehi dari buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain.11.1 KarbohidratKarbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalamsistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripadapengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripadagula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayudan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyakterdapat dalam bijiran seperti beras, gandum, dan sepertinya.
  53. 53. 11.2 ProteinProtein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertamakebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pulamengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.11.3 LemakLemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripadakarbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepadamanusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukanuntuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripadapengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yangpenting kepada penyatuan selaput sel.11.4 GalianZat galian yang mengandungi kompaun bukan organik yang penting kepada pemakananmanusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukandalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah. Zat mineral banyakterdapat dalam susu dan telur. Ia juga banyak terdapat dalam buah dan sayuran.11.5 VitaminVitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan makanan. Iamembantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidratdan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon,bahan genetik dan kimia dalam system saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein danlemak, vitamin dan mineral tidak membekalkan kalori tetapi membantu badanmendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan protein amat penting untukkesihatan tubuh badan.
  54. 54. 11.6 SeratSerat atau serabut dalam diet permakanan membantu penghadaman dan mengelaksembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakansumber serat penting. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting untuk minumbanyak air.
  55. 55. 12.0 BIBLIOGRAFIGordon Steggall, 1988, Table Tennis : The Skill of The Game, Marlborough, The Crowood Press.Lee Chin Choy, 1994, Pingpong, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Sidang Pengarang Penerbitan Fargoes, 1984, Siri Sukan : Ping Pong, Kuala Lumpur, Penerbitan Fargoes Sdb. BhdTiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 15 September 2010, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Ping_pongTiada Nama Pengarang, Sejarah dan Perkembangan Pingpong, Diperoleh pada 22 September 2010, daripada http%3A%2F%2Finsani.tripod.com%2Ftabtennis.html &ei=TlvHStbWDIBkQW7yok5&rct=j&q=sejarah+ping+pong&usg=AFQjCNFG6Kj UhElxEM1t5ul-LET4oCf5ggTiada Nama Pengarang, Sejarah Ping Pong, Diperoleh pada 25 September 2010, daripada http://suterawave.com/sports/?p=27Tiada Nama Pengarang, Peraturan-peraturan Permainan Pingpong, Diperoleh pada 27 September 2010, daripada http%3A%2F%2Fsrisbn.edu.my%2FYTP%2Fteknik% 2Fping%2520pong.doc&ei=xnfHSv3BEdWTkAWTrO3bBQ&rct=j&q=teknik+perm ainan+ping+pong&usg=AFQjCNFLln3tuvWKlp8kncS4og3qxmqP7ATiada Nama Pengarang, Table Tennis, Diperoleh pada 27 Oktober 2010, daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Table_tennis

×