SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Petua Orang Tua
Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu
hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum
kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga
selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu
destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh
menakjubkan.
Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering
selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.
Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke
muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta
menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika
boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada
cagu. Cagu akan beransur pulih.
Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi
iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah
wajah anda. Selamat mencuba.
Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana
tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk
membersihkan kulit.
Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya.
Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan
lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga.
Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung
hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut
dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.
Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji
kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata
semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air.
Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan
pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur
ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih
kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.
Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati
supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia
dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai
dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.
Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit
akan cerah, licin dan harum.
Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera
disapukan ke seluruh rambut.
Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum
tidur.
Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia
kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut
seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut
sahaja, amalkan setiap malam.
2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air
tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi,
jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya.
Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan
kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.
Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .
Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi
senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah
1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan.
Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan
kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan
anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air
suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga
menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga
kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke
dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan
selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa
kesegarannya selepas itu.
Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh
minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda
akan melihat hasilnya.
Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan
di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan
berkilat semula jadi.
Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan
kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi
embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh
hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal
Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak
sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan
beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam.
amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang
tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.
Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik,
biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan
pening kepala.
Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit
perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn
getah.
Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan
tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.
Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga
ketumbit hilang.
Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis.
Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.
Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut.
Amalkan sebelum mandi.
Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan
menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah
dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi InsyaAllah, esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah,
jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti
ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut
keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda
akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan
kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah
dibilas.
Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah
seperti memakai gincu.
Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa
tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan
kering lalu dibasuh dengan air bersih.
Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua
tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat
tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan
berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.
Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu
ketika hendak masuk tidur.
Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.
Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah.
Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah
telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau
melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada
waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala
masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri.
Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu
adalah ibadat.
Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada
kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan
beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

More Related Content

Viewers also liked

Kewirausahaan coklat
Kewirausahaan coklatKewirausahaan coklat
Kewirausahaan coklatNobita Nian
 
Kebaikan buah buahan
Kebaikan buah buahanKebaikan buah buahan
Kebaikan buah buahanIris Ma
 
Kebaikan vitamin c
Kebaikan vitamin cKebaikan vitamin c
Kebaikan vitamin csaadros
 
Buah buahan tempatan slideshow
Buah buahan tempatan slideshowBuah buahan tempatan slideshow
Buah buahan tempatan slideshowNorashikin Musa
 
BUAH-BUAHAN TEMPATAN
BUAH-BUAHAN TEMPATANBUAH-BUAHAN TEMPATAN
BUAH-BUAHAN TEMPATANsiti75
 
Buah tempatan
Buah tempatanBuah tempatan
Buah tempatanSchool
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)JANGAN TENGOK
 
Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3
Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3
Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3norarbaayahramli
 
Makanan segera dan fakta mengenainya
Makanan segera dan fakta mengenainyaMakanan segera dan fakta mengenainya
Makanan segera dan fakta mengenainyaSiti NorHalida
 
14 tips untuk awet muda buat cewek juga
14 tips untuk awet muda buat cewek juga14 tips untuk awet muda buat cewek juga
14 tips untuk awet muda buat cewek jugauzaenudin38
 

Viewers also liked (13)

Kewirausahaan coklat
Kewirausahaan coklatKewirausahaan coklat
Kewirausahaan coklat
 
Kebaikan buah buahan
Kebaikan buah buahanKebaikan buah buahan
Kebaikan buah buahan
 
Makanan ringan (2)
Makanan ringan (2)Makanan ringan (2)
Makanan ringan (2)
 
Kebaikan vitamin c
Kebaikan vitamin cKebaikan vitamin c
Kebaikan vitamin c
 
Terapi warna
Terapi warnaTerapi warna
Terapi warna
 
Buah buahan tempatan slideshow
Buah buahan tempatan slideshowBuah buahan tempatan slideshow
Buah buahan tempatan slideshow
 
BUAH-BUAHAN TEMPATAN
BUAH-BUAHAN TEMPATANBUAH-BUAHAN TEMPATAN
BUAH-BUAHAN TEMPATAN
 
Buah tempatan
Buah tempatanBuah tempatan
Buah tempatan
 
Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)Esei bm (kesan makanan ringan)
Esei bm (kesan makanan ringan)
 
Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3
Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3
Modul Kemahiran Hidup Tingkatan 3
 
Makanan segera dan fakta mengenainya
Makanan segera dan fakta mengenainyaMakanan segera dan fakta mengenainya
Makanan segera dan fakta mengenainya
 
MAKAN SECARA SIHAT
MAKAN SECARA SIHATMAKAN SECARA SIHAT
MAKAN SECARA SIHAT
 
14 tips untuk awet muda buat cewek juga
14 tips untuk awet muda buat cewek juga14 tips untuk awet muda buat cewek juga
14 tips untuk awet muda buat cewek juga
 

Similar to Petua Kebersihan Dan Kecantikan Alami

Petua menghilangkan jerawat
Petua menghilangkan jerawatPetua menghilangkan jerawat
Petua menghilangkan jerawatHaniey Samiri
 
Buah n sayur sebagai kecantikan
Buah n sayur sebagai kecantikanBuah n sayur sebagai kecantikan
Buah n sayur sebagai kecantikanyulis adriana
 
KHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
KHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo NugrahaniKHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
KHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo NugrahaniArma Setyo Nugrahani
 
14 khasiat daun sirih untuk kesehatan
14 khasiat daun sirih untuk kesehatan14 khasiat daun sirih untuk kesehatan
14 khasiat daun sirih untuk kesehatanKhoirul Hu
 
Resep kecantikan
Resep kecantikanResep kecantikan
Resep kecantikanrahma wati
 
Petua umum pengamalan madu kelulut
Petua umum pengamalan madu kelulutPetua umum pengamalan madu kelulut
Petua umum pengamalan madu kelulutAker Derashid
 
pilis bengkung.ppt
pilis bengkung.pptpilis bengkung.ppt
pilis bengkung.pptHamidi8
 
PEMBINAAN TOGA.pptx
PEMBINAAN TOGA.pptxPEMBINAAN TOGA.pptx
PEMBINAAN TOGA.pptxDonna991453
 
Perawatan rambut alami
Perawatan rambut alamiPerawatan rambut alami
Perawatan rambut alamiaddiinahaqiqi
 
6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudah
6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudah6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudah
6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudahFikria Hasanah
 

Similar to Petua Kebersihan Dan Kecantikan Alami (20)

pkn
pknpkn
pkn
 
Petua menghilangkan jerawat
Petua menghilangkan jerawatPetua menghilangkan jerawat
Petua menghilangkan jerawat
 
Petua
PetuaPetua
Petua
 
Manfaat jeruk nipis
Manfaat jeruk nipisManfaat jeruk nipis
Manfaat jeruk nipis
 
Buah n sayur sebagai kecantikan
Buah n sayur sebagai kecantikanBuah n sayur sebagai kecantikan
Buah n sayur sebagai kecantikan
 
Mengobati jerawat dengan bahan alami
Mengobati jerawat dengan bahan alamiMengobati jerawat dengan bahan alami
Mengobati jerawat dengan bahan alami
 
Mengobati jerawat dengan bahan alami
Mengobati jerawat dengan bahan alamiMengobati jerawat dengan bahan alami
Mengobati jerawat dengan bahan alami
 
Mengobati jerawat dengan bahan alami
Mengobati jerawat dengan bahan alamiMengobati jerawat dengan bahan alami
Mengobati jerawat dengan bahan alami
 
KHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
KHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo NugrahaniKHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
KHASIAT BELIMBING Guru Mapel : Arma Setyo Nugrahani
 
14 khasiat daun sirih untuk kesehatan
14 khasiat daun sirih untuk kesehatan14 khasiat daun sirih untuk kesehatan
14 khasiat daun sirih untuk kesehatan
 
Kumpulan resep obat tradisional mujarab
Kumpulan resep obat tradisional mujarabKumpulan resep obat tradisional mujarab
Kumpulan resep obat tradisional mujarab
 
Bio umum mentimun (presentasi)
Bio umum mentimun (presentasi)Bio umum mentimun (presentasi)
Bio umum mentimun (presentasi)
 
Aing promosi AKPER PEMKAB MUNA
Aing promosi AKPER PEMKAB MUNA Aing promosi AKPER PEMKAB MUNA
Aing promosi AKPER PEMKAB MUNA
 
PPT_TOGA_FIX.pptx
PPT_TOGA_FIX.pptxPPT_TOGA_FIX.pptx
PPT_TOGA_FIX.pptx
 
Resep kecantikan
Resep kecantikanResep kecantikan
Resep kecantikan
 
Petua umum pengamalan madu kelulut
Petua umum pengamalan madu kelulutPetua umum pengamalan madu kelulut
Petua umum pengamalan madu kelulut
 
pilis bengkung.ppt
pilis bengkung.pptpilis bengkung.ppt
pilis bengkung.ppt
 
PEMBINAAN TOGA.pptx
PEMBINAAN TOGA.pptxPEMBINAAN TOGA.pptx
PEMBINAAN TOGA.pptx
 
Perawatan rambut alami
Perawatan rambut alamiPerawatan rambut alami
Perawatan rambut alami
 
6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudah
6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudah6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudah
6 cara menghilangkan bulu ketiak dengan mudah
 

Recently uploaded

Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptxSediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptxwisanggeni19
 
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosikarbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosizahira96431
 
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah SakitPresentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah SakitIrfanNersMaulana
 
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docxCAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docxPuskesmasTete
 
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod SurabayaToko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabayaajongshopp
 
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptxPEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptxpuspapameswari
 
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptxpenyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptxagussudarmanto9
 
Presentasi farmakologi materi hipertensi
Presentasi farmakologi materi hipertensiPresentasi farmakologi materi hipertensi
Presentasi farmakologi materi hipertensissuser1cc42a
 
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh DiriAsuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diriandi861789
 
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal DiabetesFARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal DiabetesNadrohSitepu1
 
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdfMeboix
 
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAnatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAcephasan2
 
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptxgizifik
 
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdfPEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdfMeboix
 
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa HalusinasiMateri Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasiantoniareong
 
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.pptkonsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.pptKianSantang21
 
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptxKONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptxDianaayulestari2
 
ppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptx
ppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptxppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptx
ppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptxmarodotodo
 
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatanWebinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatanDevonneDillaElFachri
 
Presentasi materi antibiotik kemoterapeutika
Presentasi materi antibiotik kemoterapeutikaPresentasi materi antibiotik kemoterapeutika
Presentasi materi antibiotik kemoterapeutikassuser1cc42a
 

Recently uploaded (20)

Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptxSediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
Sediaan Kream semisolid farmasi Industri.pptx
 
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosikarbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
karbohidrat dalam bidang ilmu farmakognosi
 
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah SakitPresentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
Presentasi Pelaporan-Insiden KTD di Rumah Sakit
 
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docxCAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
CAPAIAN KINERJA UKM dalam peningkatan capaian .docx
 
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod SurabayaToko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
Toko Jual Alat Bantu Penis Ikat Pinggang 081388333722 Cod Surabaya
 
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptxPEMBUATAN STR  BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
PEMBUATAN STR BAGI APOTEKER PASCA UU 17-2023.pptx
 
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptxpenyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
penyakit jantung koroner pada Prolanis.pptx
 
Presentasi farmakologi materi hipertensi
Presentasi farmakologi materi hipertensiPresentasi farmakologi materi hipertensi
Presentasi farmakologi materi hipertensi
 
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh DiriAsuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
Asuhan Keperawatan Jiwa Resiko Bunuh Diri
 
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal DiabetesFARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
FARMAKOLOGI HORMONAL obat hormonal Diabetes
 
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
2. Kebijakan ILP di Posyandu-1234567.pdf
 
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.pptAnatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
Anatomi Fisiologi Sistem Muskuloskeletal.ppt
 
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
1. Penilaian Konsumsi Pangan dan Masalah Gizi.pptx
 
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdfPEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
PEDOMAN PROTOTYPE PUSKESMAS_KEMENKES ALL by zb NERMI.pdf
 
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa HalusinasiMateri Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
Materi Asuhan Keperawatan Jiwa Halusinasi
 
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.pptkonsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
konsep komunikasi terapeutik dalam keperawatan.ppt
 
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptxKONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
KONSEP DASAR KEGAWATDARURATAN MATERNAL NEONATAL.pptx
 
ppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptx
ppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptxppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptx
ppt hipotiroid anak end tf uygu g uygug o.pptx
 
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatanWebinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
Webinar MPASI-Kemenkes kementerian kesehatan
 
Presentasi materi antibiotik kemoterapeutika
Presentasi materi antibiotik kemoterapeutikaPresentasi materi antibiotik kemoterapeutika
Presentasi materi antibiotik kemoterapeutika
 

Petua Kebersihan Dan Kecantikan Alami

  • 1. Petua Orang Tua Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh) Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut. Penawar Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan. Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali. Menegangkan Kulit Muka Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar. Menghilangkan Cagu Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih. Menyerikan Wajah Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba. Menghaluskan Kulit Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit. Menghilangkan Bau Badan Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.
  • 2. Melembutkan Rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu. Merawat Kulit Berkedut Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan. Melentikkan Bulu Mata Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut. Melebatkan Rambut Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu. Awet Muda Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang. Kulit Cerah dan Licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. Rambut Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut. Mengurangkan Dengkur Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. Menghilangkan Ketuat Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.
  • 3. Mengempiskan Perut 1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam. 2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit. Mengekalkan Kecantikan Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. Menghasilkan Kulit Cantik Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan . Mengatasi Senggugut Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah 1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya. 2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada. Menyegarkan Mata Gatal dan Letih Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. Menyegarkan Mata Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu. Menaikkan Seri Muka
  • 4. Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya. Mengelak Rambut Gugur Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi. Mengurangkan Air Pada Faraj Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam. Sihat Tubuh Badan Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun. Melangsingkan Tubuh Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal Menghilangkan Parut di Kulit Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah. Mengelak Keguguran Rambut Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur. Menghilangkan Bau Ketiak Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak. Menghilangkan Kelemumur Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. Rambut Gugur
  • 5. Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah. Menghilang Sakit Kepala Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala. Menghilang Ketumbit Mata Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang. Menurunkan Berat Badan 1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan 2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam. Mengatasi Tumit Pecah Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi. Awet Muda 1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. 2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini. Mudah Bangun Pagi Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi InsyaAllah, esok terjaga dengan sendirinya. Menghilangkan Jerawat Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang. Meluruskan Rambut Kerinting Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
  • 6. Menghaluskan Kulit Muka Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas. Memerahkan Bibir Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. Memutih dan Mengilatkan Gigi Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat. Tegangkan Payudara Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab. Menghaluskan Kulit Muka Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka. Menghilangkan Bau Mulut Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali. Menghilangkan Lebam Mata Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu. Mengelak Santau Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah
  • 7. telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu. Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat. Menghilangkan Sakit Kepala Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.