SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN KUBANG KERIAN,  16150 KOTA BHARU KELANTAN E-mel : shahimran@kb.usm.my TATABAHASA BAHASA MELAYU BICARA BIJAK CAKNA BAHASA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DIBENTANGKAN  OLEH :
BICARA BIJAK CAKNA BAHASA -Perbincangan  secara bestari dalam keprihatinan tentang bahasa TATABAHASA BAHASA MELAYU -pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat  atau nahu dalam bahasa Melayu.
KESALAHAN TATABAHASA KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA 1. Kesalahan ejaan 2. Kesalahan tanda baca 3. Kesalahan imbuhan 4. Kesalahan hukum tatabahasa  5. Kesalahan struktur ayat 6. Kesalahan kata majmuk 7. Kesalahan kata sendi nama 8. Kesalahan ayat pasif
 
Kisah dari kawasan perkuburan  Kisah dari kawasan perkuburan  Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa  melalui jalan pintas yang bersebelahan dengan sebuah kawasan perkuburan.  Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu, tambahan pula  pada masa itu hujan renyai-renyai dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar  bunyi burung hantu dan  ketukan dari kawasan perkuburan itu.  Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu.  Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur  dan ternampak  seorang tua sedang mengetuk batu nisan dengan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu,  orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan.  Ali dan Abu bersuara  "Fuuufff...terkejut kami,  ingatkan Pak cik ni hantu tadi, Pak cik, pak cik,  buat kami terkejut aje".  Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya : "Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??"  T iba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah... "Bodoh betul dia orang ni ! Dia orang salah eja nama aku !" Moral di sebalik cerita ini
BUKU BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400 ) 1.   Kata nama dan frasa nama -  Ramai pelajar-pelajar ……… - Kebanyakan negara-negara……. - Pelajar-pelajar USM……. - Para-para atlet………. - Rakyat-rakyat Malaysia………. 2. Ganti nama  tanya “ apa “ dalam ayat penyata. -  Apa yang anda saksikan sebentar tadi………  . - Apa yang mengganggu fikirannya…………….  . - Apa yang menjadi masalah ……………………..  . 3.  Kata ganti nama  “ ia  “ dan “  nya “  sebagai kata ganti nama  diri yang ketiga. -terdiri daripada beberapa unsur…… .   4. Kata Pemeri - “ ialah ’’  FN + FN  ( Subjek dan Predikat ) Contoh:  Thailand adalah jiran Malaysia. Sepatutnya: Thailand ialah jiran Malaysia.  - “ adalah “  FN + FA  dan FN + FS Contoh:  a. Bangunan KOMTAR adalah tinggi.  b. Surat ini adalah daripada Kementerian Kesihatan. - Kata pemeri tidak boleh dimasukkan dalam  FN + FK  Contoh:  a.  Adalah dimaklumkan bahawa  pemohonan tuan telah ditolak. b. Tuan-tuan adalah dijemput untuk menikmati jamuan….
Kata Sendi nama dan Frasa Sendi nama. a. Kata sendi nama “ di “ ( pengertian geografi dan arah sahaja tidak boleh masa) - Ahmad berada di kedai runcit itu. - Rumah Aminah terletak di kiri jalan itu. -  Di zaman Jepun, ramai orang yang menderita. b. Kata sendi nama “ pada “ ( keterangan waktu dan tempat bukan geografi/ruang ) -Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. -Notis itu ditampal pada papan kenyataan. c. Kata sendi nama “ dari “ ( menyebut tempat, arah, masa dan waktu ) - Ayah dan ibu bari sampai dari Kota Bharu. - Bola itu ditendang dari penjuru padang. - Dia tidak berhenti menulis dari pukul 12.00 tengah malam tadi. d. Kata sendi nama “ daripada “(menyebut asal kejadian, abstrak dan perbandingan) - Tali pinggang itu diperbuat daripada kulit buaya. - Kejayaan itu diperoleh daripada usaha yang gigih. - Kain sutera itu lebih mahal daripada kain kapas. e.  Kata sendi nama “ ke “ (menyebut tempat, arah dan waktu) - Mereka akan bertolak ke Pulau Pinang esok. - Burung-burung itu terbang ke selatan. -  (Kata sendi nama “ ke“ juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama “dari” -  dari hati ke hati, dari semasa ke semasa,  dari penjuru kiri ke penjuru kanan.
[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],g. Kata sendi nama “ dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak) a. Dalam kalangan pelajar itu, dialah yang paling baik. b  Dalam hal ini, kita semua telah bersepakat. ( Kata “ dalam “ juga digunakan sebgai kata adjektif ) Contoh: Sungai itu sangat dalam. h.  Kata sendi nama  “ di dalam “ ( digunakan di hadapan kata nama  sesuatu yang konkrit) a. Mereka belajar  di dalam Makmal Bahasa 2. b. Dia kehilangan kad pengenalan semasa di dalam bas. ,[object Object],[object Object],[object Object],j.  Kata sendi nama “ bagi “ ( menyatakan maksud bukan untuk tujuan ) a. Bagi kami, kalah menang memang adat pertandingan.
j.  Kata sendi nama “ akan “  ( digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang  menyatakan perasaan  kasih, benci, sayang, takut dan seumpamanya) Kata sendi nama “ akan “ tidak boleh disingkatkan menjadi –kan atau digabungkan  dengan kata adjektif sebelumnya. a. Saya sayang akan keluarga saya. b. Orang Malaysia gemar akan buah durian. k.  Kata sendi nama “ di antara “ ( kedudukan kata arah yang ada jarak ruang fizikal ) a. Jambatan itu terletak di antara Georgetown dengan Butterworth. b. Dia duduk di antara Ahmad dan Aminah. l.  Kata sendi nama “  antara “  i. membuat perbandingan – diikuti  dengan kata “dengan” bukannya “ dan “. a. Antara Johor dengan Singapura ada banyak persamaan. ii. diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. a. Antara lagu persembahannya ialah Dondang Sayang dan Joget Lambak. iii. mengikuti kata nama  yang mengalami penggandaan separa. a. Mereka berbincang antara adik beradik. iv. diikuti oleh kata bilangan tentu dan tak tentu. a. Perhubungan antara kedua-dua negara itu bertambah baik. b. Mereka adalah antara beberapa pelajar yang cemerlang. v. diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita, -nya. a. Antara kita semua ada banyak persamaan. b. Ramai antara mereka telah keluar daripada parti.
Kata sendi nama  “ oleh ”, “  kerana”, dan  “ oleh sebab ” ( tidak boleh digunakan  sebagai  “ oleh kerana ”) ( “ oleh sebab ” boleh  dipendekkan menjadi “oleh ” tetapi tidak boleh dipendekkan   menjadi kata “  sebab ”  kerana “ sebab ” ialah kata nama  ). a. Dia dihukum oleh guru kerana kenakalannya. b. Oleh sebab kelaparan, dia sanggup mencuri. Contoh ayat : 1.  Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti sebab  kematian pesakit itu. 2.  Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti kerana  kematian pesakit itu.
PELBAGAI  PENGGUNAAN KATA  YANG BETUL 1.  Kata “ dapat  dan  boleh ”  2.  Kata “ berbagai, berbagai-bagai, pelbagai ”  3.  Kata “ setengah, separuh, seperdua , sesetengah”  4.  Kata  “ bermula  dan mulai  5.  Kata “ memakai dan menggunakan ” 6.  Kata  “ bila dan apabila ”  7.  Kata  “ yang mana dan di mana ”
KESALAHAN UMUM STRUKTUR A.  Besar kemungkinan  projek empangan Bakun  itu akan ditangguhkan.   Kemungkinan besar  projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan. B. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai  RM 5000 manakala RM  3000 untuk penerima hadiah khas. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala   penerima hadiah khas bernilai RM 3000 . C. Soal keamanan dan peperangan bukan  urusan kerajaan sahaja. Soal ini juga urusan rakyat. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja.  Soal ini urusan rakyat juga. D.  Pameran ini akan dibuka  kepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 E.  Sembahyanglah kamu sebelum kamu  disembahyangkan. (Engkau, kamu)Bersembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
KESALAHAN UMUM TANDA BACA 1.  Tanda sempang ( -  ) a. Awalan  se – diikuti oleh Kata nama Khas  ( huruf awalnya huruf besar) Contohnya: se – Malaysia, se - Nusantara b. untuk menulis kata ulang ( kata Ganda ) Contohnya: anak-anak, gunung-ganang c. untuk memperjelaskan ungkapan Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi. d. untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar  pada kata yang sama ( bentuk terikat diikuti dengan kata nama khas)  Contohnya: anti-Amerika, hamba-Mu, pro-Iran, rahmat-Nya e. untuk merangkaikan imbuhan “ ke ”  dengan angka Contohnya: ke – 20 ( kedua belas), ke- 2000 (kedua ribu) f. untuk merangkaikan angka yang  menunjukkan tahun akhiran –an Contohnya: tahun 90-an ( tahun sembilan puluhan) g. untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkaikata  setara tertentu/rangkai kata istilah/kata majmuk. Contohnya: alat pandang-dengar
KESALAHAN UMUM TATABAHASA (1) 1. Bila / Apabila 2. Antara / di antara 3. Bermula / Mulai 4. Dalam / di dalam 5. Apa / apa-apa 6. Boleh / dapat 7. Berasa / merasa 8. Rindu akan / rindukan 9. Di mana / ianya 10. Di zaman / pada zaman   11. Oleh kerana / oleh sebab 12. Di kalangan / dalam kalangan
KESALAHAN UMUM TATABAHASA (2) 13. Selain daripada itu / selain  itu 14. Mengenai / tentang / terhadap 15. Ialah / adalah / merupakan 16. Suatu / sesuatu / satu 17. Menghadiahkan / menghadiahi 18. Bagi / untuk / demi 19. Berbagai / pelbagai / berbagai-bagai 20. Yang mereka hasilkan / Yang dihasilkan oleh mereka 21.  Yang saya baca / Yang dibaca oleh saya 23.  Kami tidak akan lupakan / Tidak akan kami lupakan
KESALAHAN UMUM TATABAHASA (3) 24. Adakah  / apakah 25. Bukan  / tidak 26. pedalaman / pendalaman 27.  banyak / ramai 28. Dia senyum kepada saya  ../ Dia tersenyum kepada saya….. 29. Dia memberikan saya sebatang pen./ Dia memberi saya sebatang pen. 30. Saya bertemu Ali … / saya bertemu dengan Ali … 31. Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. 32.  Soalan inilah paling sukar sekali. 33.  Berdasarkan pada keterangan itu.
KESALAHAN UMUM TATABAHASA (4) 34.  Jawaban / jawapan 35.  semakin kecil / semakin mengecil . 36.  berbanding dengan……. / jika dibandingkan dengan….. 37. Saling membantu / saling bantu -membantui 38.  Merbahaya / berbahaya 39. Kamu ingin bertemu dekan esok 40. Surat itu saya akan balas 41. Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu 42. Kami  membincangkan tentang  masalah itu 43.  Para hadirin sekalian diminta berdiri.
KESALAHAN UMUM TATABAHASA (5) 44.  Buku cerita itu ada dengan Haryati. 45.  Penghawa dingin / pendingin hawa 46. Temu janji / janji temu 47. Beliau ditahan lokap untuk membantu siasatan 48. Tokoh Korporat itu mempunyai banyak kereta mewah. 49. Bintang-bintang berkerdipan di langit.
mat rempit   Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi  itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.  Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata:  "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."  Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya:  "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?".   Sampuk si bapa:  " Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK,  kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!". Moral di sebalik cerita ini:  i.  Gunakanlah  Otak Anda  ii.  Kenal pasti kesalahan bahasa
KESALAHAN UMUM TATABAHASA 26  contoh kesalahan penggunaan kata 1.  bila / apabila bila – Merupakan sejenis kata tanya yang merujuk kepada masa Hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sahaja Contoh ayat:  Sampai bila kamu akan terus begini? apabila – Merupakan kata hubung yang menghubungkan ayat besar dengan  ayat kecil dan digunakan dalam ayat penyata sahaja. Contoh ayat: Mereka sungguh gembira apabila menerima berita itu 2.  antara / di antara Antara – (i) menunjukkan perbandingan, kata nama  Contoh ayat: Banyak perbezaan antara Ali dengan Abu. (ii) mengikuti kata nama yang tidak perlu diulang Contoh ayat: Antara lagu yang dipersembahkan ialah dikir barat  di antara  - menunjukkan ruang / jarak yang konkrit Contohnya ayat: Bangunan itu terletak di antara bank dengan pasar.
3. bermula / mulai bermula – bentuk kata kerja tak transitif  Contoh : Ekspo kampus akan diadakan bermula pada hari Ahad ini. mulai – (i).  bentuk kata kerja pasif yang pelakunya terdiri daripada ganti nama diri pertama dan kedua Contoh : Dia mulai majlis ini dengan bacaan doa. (ii). Menunjukkan ayat perintah  Contoh : Anda boleh mulai menjawab kertas peperiksaan sekarang. 4. dalam / di dalam dalam – (i). kata sendi nama yang digunakan sebagai kata adjektif Contoh ayat: Lombong  itu sangat dalam. (ii). Digunakan di hadapan kata nama  sesuatu yang abstrak Contoh: Dalam hal ini kita tidak boleh bertindak membabi buta. di dalam -  digunakan di hadapan kata nama  sesuatu yang konkrit Contoh: Di dalam rumah itu terdapat perabot yang mahal-mahal.
5.  apa / apa-apa apa – merupakan kata ganti nama tanya dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata Contoh : Apa gunanya anda datang ke sini? Apa-apa – merupakan kata nama am- sesuatu, segala apa Contoh: Mintalah apa-apa sahaja yang anda suka.   6. boleh / dapat boleh – menyatakan keizinan atau kebenaran Contoh: Negara itu tidak boleh dilawati kerana berlaku peperangan. Dapat – menyatakan keupayaan atau kesanggupan Contoh : Dia tidak dapat datang kerana banjir .
.  7.  berasa / merasa berasa – mempunyai atau memperoleh rasa ( terutama yang dialami oleh badan)  Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas. Merasa – mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah. Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu. 8.  Oleh kerana –Penggunaannya adalah salah. Kata oleh dan kata kerana ialah kata sendi  dan tidak boleh digabungkan bersama-sama. Oleh sebab –Penggunaannya adalah betul. Kerana kata  oleh  ialah kata sendi nama Manakala kata sebab ialah kata nama.
9 .  di kalangan / dalam kalangan di kalangan –penggunaanya adalah salah. Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan Jadi adalah salah kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau  di golongan.  dalam kalangan – penggunaannya adalah betul. Iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan   10.  selain daripada itu / selain itu selain daripada itu –Kata sendi nama ini  salah kerana perkataan ‘selain’ dan ‘daripada’ kedua-duanya merupakan kata sendi nama. Begitu jugalah perkataan ‘ selain’ dan ‘dari’ atau selain dari itu adalah salah. Jadi perkataan ‘Selain itu’ adalah tepat dan gramatis
11.  di zaman / pada zaman Perkataan  ‘di zaman’  adalah salah dari segi tatabahasa Perkataan ini hanya digunakan dalam sastera/penulisan kreatif sahaja. Penggunaan perkataan ‘pada zaman’ adalah tepat dan gramatis  Kata sendi nama ‘pada’ merujuk kepada masa/waktu dan tempat.   12.  menghadiahkan / menghadiahi  Perkataan ‘menghadiahkan’  bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah. Contoh: Bapa menghadiahkan basikal kepada adik. Perkataan ‘menghadiahi’ bermaksud memberikan   hadiah kepada seseorang. Contoh: Bapa menghadiahi adik sebuah basikal.
13. rindukan / rindu akan Perkataan ‘rindukan’ adalah salah sepatutnya ‘rindu akan’ kerana sebarang perkataan yang membawa maksud perasaan/emotif seperti ‘ marah’, ‘sayang’, ‘benci’,’ rindu’ perlu diikuti dengan kata sendi nama ‘akan’. Contohnya: perkataan “rindu akan’ bermaksud rindu buat, rindu pada, rindu untuk  (perkataan ‘rindukan’ hanyalah bentuk bahasa lisan )   14.   dari sudut / daripada sudut Perkataan ‘dari’ digunakan untuk menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contohnya: dari kanan,  dari Pasir Mas, dari  subuh. Perkataan ‘daripada’ digunakan untuk menyatakan punca, sumber, dan perbandingan. Contohnya: daripada beruang, daripada logam, daripada harga barangan. Jadi perkataan ‘dari sudut’ adalah  tepat dan gramatis.
15.  perlaksanaan / pelaksanaan Kata perlaksanaan bermaksud hasil melaksanakan. Contoh: _ _ _ _ _ meninjau perlaksanaan projek  Kata pelaksanaan bermaksud perbuatan melaksanakan. Contoh: Pelaksanaan KBSR sedang dijalankan_ _ _ _ 16. ialah / adalah / merupakan Kata ‘ialah’  hadir di hadapan frasa nama secara persamaan/ekuatif. Contoh: Dia ialah seorang pensyarah/ Dia pensyarah Kata ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh: Dia adalah sangat peramah/ Dia peramah Kata ‘merupakan’  bermaksud menggambarkan  sesuatu perkara dan bukannya kata pemeri tetapi kata kerja transitif.
17.  mengenai / tentang/ terhadap Perkataan ‘mengenai’ bermaksud ‘kena pada’ Contoh: Bola itu mengenai tiang gol. Perkataan ‘tentang’ bermaksud ‘berkenaan dengan’ Contoh: Kuliah ini berkisar tentang tatabahasa bahasa Melayu Perkataan ‘terhadap’ bermaksud rujukan/berkenaan Contoh: Kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat 18.  bagi / untuk / demi
BICARA  BAHASA  BERSAMA  MUNSYI Antara “ demi”,” untuk”  dan “ bagi”   yang mengelirukan Oleh:  Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA.( MUNSYI DEWAN DBP) 1.  Rakyat Malaysia mestilah bersatu padu  demi untuk  menjaga kestabilan negara. 2. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan dan disiplin yang  ditetapkan  demi untuk  mengelakkan daripada kemalangan jalan raya. Kata sendi nama  “demi”  membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan  kata nama atau frasa nama.  Contohnya: 1.  Demi kestabilan dan keamanan negara, marilah kita  bersama-sama  berganding bahu  menentang musuh negara.  2.  Rakyat Malaysia mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain demi  perpaduan dan kesejahteraan negara .  Selain itu, “demi” digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan atau ayat.  Contohnya: Demi Allah, aku tidak akan  berlumba haram lagi.  Demi cinta suciku, akan kuserahkan jiwa dan ragaku. “ Demi” juga digunakan dalam ungkapan atau ayat untuk menghasilkan makna  urutan  satu atau kumpulan. Contohnya:  1.  Dia menterjemah perkataan itu satu  demi  satu. 2.  Mereka menang setelah menewaskan pasukan  demi  pasukan yang sememangnya kuat-kuat belaka.
Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu iaitu menunjukkan kegunaan untuk sesuatu.  Contohnya:  1.  Rumah  untuk/bagi  orang tua itu sudah uzur.  2.  Kenderaan pacuan empat roda itu  untuk/bagi   kegunaan rasmi kerajaan negeri sahaja . Selain berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu kata sendi nama “untuk” juga berfungsi menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam konteks ini kata sendi nama “untuk” tidak boleh ditukar ganti dengan kata sendi nama “bagi”. Contohnya: 1.  Cenderahati itu kubeli khas  untukmu . 2.  Pakaian itu  untuk  pelarian Bosnia. Jelaslah, kata sendi nama “untuk” dan “bagi” mempunyai makna yang sama tetapi perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Bagi penutur jati bahasa Melayu ,secara umumnya mereka tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kata sendi nama “untuk” atau “bagi”. Hal ini disebabkan oleh rasa bahasa atau intuisi seseorang penutur itu yang dapat membezakan fungsi dan penggunaannya berdasarkan kelaziman dalam pertuturan atau ujaran
19.  Yang mereka hasilkan / yang dihasilkan oleh mereka Yang mereka hasilkan – salah  Sepatutnya mereka menghasilkan_ _ _ _ Yang dihasilkan oleh mereka – betul Kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan 20.  Yang saya baca / yang dibaca oleh saya Yang saya baca – betul ( ayat pasif kata ganti nama diri pertama) Yang dibaca oleh saya – salah Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh dipasifkan  Hanya kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan
21.  k ami tidak akan lupakan / tidak akan kami lupakan kami tidak akan lupakan – salah sepatutnya- kami tidak akan melupakan budi baik…(Ayat aktif) tidak akan kami lupakan – betul  ( Ayat pasif ) 22.  berbagai / pelbagai / berbagai-bagai Perkataan ‘berbagai’ bermaksud tandingan atau saingan. Perkataan ‘pelbagai’ bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis Perkataan ‘berbagai-bagai’ bermaksud berjenis-jenis Jadi disyorkan penggunaan perkataan ‘pelbagai’ dalam  kebanyakan hal dan  dianggap lebih ekonomik.
23.  mengandungi banyak protein / banyak mengandungi protein mengandungi banyak protein – salah mengandungi protein yang banyak – betul  banyak mengandungi protein  - betul   24.  penggunaan kata majmuk Kata majmuk mengandungi dua kata dasar atau dua morfem  bebas  atau lebih. Namun begitu terdapat beberapa kata  majmuk yang utuh dan mantap dan dieja sabagai satu  perkataan. Contohnya: antarabangsa  bumiputera  beritahu sukacita  dukacita  sukarela kakitangan  kerjasama  warganegara pesuruhjaya  setiausaha  tanggungjawab suruhanjaya  tandatangan matahari  jawatankuasa
BICARA  BAHASA  BERSAMA  MUNSYI " Di manakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga  adanya hukum persona" ? Hukum Aneksi Persona Bahasa Melayu Oleh:  Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA(Munsyi Dewan DBP)   Salam bicara bersama Munsyi, Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah Munsyi merenung seketika, teringatlah Munsyi akan beberapa peristiwa bahasa yang tidak dapat Munsyi lupakan. Namun begitu, pada kali ini Munsyi ingin berkongsi satu peristiwa yang Munsyi alami sendiri ketika bersama-sama pelajar asing dari luar negara yang begitu berminat belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu.  Katanya "  Dimanakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ?  Tersentak juga Munsyi apabila mendengar soalan yang sedemikian apatah lagi pertanyaan itu datangnya daripada pelajar asing yang tidak Munsyi sangka-sangkakan tahu akan adanya hukum aneksi persona dalam bahasa Melayu . Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada beberapa  hukum tatabahasa yang begitu penting dalam bidang sintaksis atau binaan ayat.  Namun begitu terdapat dua hukum yang sering digunakan iaitu hukum DM  ( diterangkan dan menerangkan) dan hukum aneksi persona.  Hukum DM  merujuk kepada frasa atau struktur sesuatu perkataan atau ayat iaitu 'diterangkan' mendahului 'menerangkan'  Sebagai contohnya dalam frasa  “buku tebal”, “rumah panjang” atau “kereta besar”. Kata adjektif atau kata sifat ‘teba’l, ‘panjang’ atau ‘besar’ yang menerangkan kata nama ‘buku’, ‘rumah’ atau ‘kereta’ tidak boleh didahulukan menjadi ‘tebal buku’, ‘panjang rumah’ atau ‘besar kereta’ seperti struktur bahasa Inggeris.
Hukum aneksi persona pula ialah hukum pembentukan frasa dengan kata kerja pasif  yang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan dengan sesuatu kata yang lain. Sebagai contohnya:   a.  Buku itu  kamu sudah baca  ( x )  Buku itu sudah kamu baca.  (  / ) b. Alasan itu saya tidak dapat terima  ( x ) Alasan itu tidak dapat saya terima  ( /  ) Dari segi hukum aneksi persona,  dua patah kata iaitu ‘ kamu baca’  dan  ‘saya terima’.   merupakan bentuk paduan aneksi atau bentuk frasa yang terikat erat tidak boleh terpecah ikatannya  oleh sebarang sisipan seperti ‘sudah’ dalam ayat a. atau ‘dapat’ dalam ayat b. Sekiranya ayat a. dan b. diterima sebagai ayat yang betul maka kita sudah melanggar hukum tatabahasa dan ayat tersebut  juga tidak gramatis atau sempurna kerana ayat atau ujaran yang gramatis dan sempurna mestilah suatu binaan yang terjadi oleh sebab adanya susunan atau struktur tertentu yang menurut ketetapan  yang dikenali sebagai sistem atau hukum bahasa. Di sinilah indahnya dan terpesonanya bahasa Melayu kerana tidak mengambil bulat-bulat struktur bahasa lain malah sederhana dalam mengambil kira aspek-aspek yang dapat meningkatkan lagi susunan dan struktur bahasa sehingga menjadi sistem atau hukum bahasa yang mantap, utuh dan berwibawa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa sejagat.  Diharapkan sidang pembaca dan pelajar tadi ( dari negara matahari terbit) faham dan bertambah faham dengan hukum aneksi persona dan terus terpesona dengan bahasa Melayu yang mempesonakan. Nota: (Perkamusan)  persona - istilah bahasa  mempesona  - menggoda, mengagumkan
OLEH: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN, KELANTAN A. Jalan ini tidak boleh dilalui. B. Jalan ini tidak dapat dilalui.
KATA BANTU  "BOLEH" DAN "DAPAT" Nyatakan dengan jelas perbezaan ayat-ayat di bawah ini. 1. Jalan itu tidak  dapat  dilalui kerana tanah runtuh. 2. Jalan itu tidak  boleh  dilalui kerana tanah runtuh. "Kata bantu  "boleh" bermakna "diizinkan atau dibenarkan".  Kata bantu  "dapat" bermaksud "berupaya atau berpotensi". Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud  yang sama sehingga ketepatan makna terjejas. Misalnya tidak betul jika kita mengatakan: * Adik saya yang berumur tiga belas tahun "'boleh" memandu kereta, tetapi betul jika kita mengatakan:  Adik saya yang berumur tiga belas tahun "dapat" memandu kereta.
26.  penggunaan imbuhan menge- ( kata ekasuku) Terdapat banyak kata ekasuku (satu sukukata) dalam bahasa  Melayu. Kesemua perkataan ini menerima imbuhan ‘menge-’ Contohnya: cat  -  mengecat  bukannya mencat cas  -  mengecas bukannya mencas bom  -  mengebom bukannya membom pos  -  mengepos bukannya mempos pin  -  mengepin bukannya menpin pam  -  mengepam bukannya mempam * terdapat 118 kata ekasuku dalam perkamusan bahasa Melayu  yang aktif dan efektif  digunakan secara meluas.
KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul.  Kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu:  (i).  "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan.  (ii).  "Adalah" diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu.  (iii).  Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu.  Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut:  (i).  Dengan ini dimaklumkan  bahawa permohonan tuan telah diluluskan.  (ii). Dengan ini diisytiharkan  bahawa Hari Raya puasa jatuh pada han Rabu.  (iii). Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu.  Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu  wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan.  Contoh:  (i).  Gadis yang pintar itu  ialah  anak Pak Ahmad.  (ii). Pakaian yang dipakai oleh artis itu adalah  terlalu mahal.
APAKAH PERBEZAANNYA ANTARA ‘DI ANTARA’ DENGAN ‘ANTARA’,? A.    Perkataan ‘ antara ’ dapat berfungsi sebagai kata  sendi   nama .    ... antara  adik beradik          ... antara  sektor awam dengan sektor swasta          ... antara  mereka  B. Perkataan ‘antara’ yang menunjukkan arah atau kedudukan seperti  ‘atas,  bawah, tengah, depan, belakang, luar,dalam, antara dan seumpamanya.’ Kata arah ‘ antara ’  hanya dapat bergandingan dengan kata sendi nama  dalam pembentukan frasanya. i. Tambak Johor terletak  di antara  Johor Bahru dengan Singapura.  ii. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkat tiga. C.  Frasa-frasa ‘Johor Bahru dan Kota Bharu’, tingkat dua dengan tingkat lima’,  ‘ Shahrul dengan Shahril ’, kedua-dua ibu bapanya’,  boleh  mengikuti kata sendi nama antara di dalam ayat yang menunjukkan perbandingan.  Contohnya:  i.  Antara Johor Bahru dengan Kota Bharu, banyak perbezaannya.    ii.  Antara tingkat dua dengan tingkat lima,tingkat lima lebih baik kedudukannya . iii.  Banyak persamaannya antara Shahrul dengan Shahril.    iv.  Antara kedua-dua ibu bapanya sudah tidak ada persefahaman lagi.
D. Kata sendi nama ‘antara’ yang biasanya diikuti oleh kata nama am tidak  perlu  diulang. Kesilapan yang selalu berlaku ialah kata nama am yang  mengikutinya diulang. Contohnya:  3.  Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...  2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi  antara  kedua-duanya.  1.  ...hubungan antara kedua-dua insan  istimewa yang penuh bermakna.  BETUL ,[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],SALAH
F. kata sendi nama ‘antara’ boleh juga diikuti oleh kata bilangan tentu  (seperti ‘dua, tiga, sepuluh, seribu dan seumpamanya.’), kata bilangan  tidak  tentu (seperti ‘beberapa, semua dan seumpamanya.’),  dan kata bilangan  himpunan (seperti ‘kedua-dua,  keenam-enam, beratus- ratus, berjuta-juta dan seumpamanya'). 3.  Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...  2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi  antara  kedua-duanya.  1.  ...hubungan antara kedua-dua insan  istimewa yang penuh bermakna.  BETUL 3.  Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga...  2.  ...dalam mempertimbangkan untung rugi  antara  keduanya.  1.  ...hubungan antara kedua insan istimewa yang penuh bermakna.  SALAH
1.  Antaranya , kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan  maju dengan mempunyai  keyakinan  terhadap diri sendiri, bangga  dengan apa-apa yang ada, dengan apa-apa yang dicapai, gagah  menghadapi pelbagai masalah.  ii.  Malah ramai  antara  mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial  yang melampau sehingga ada yang dibuang daripada parti.  iii.  Antara kita , sememangnya banyak yang sama.   G. Kata sendi nama ‘antara’ juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri  seperti  ‘mereka, kita dan -nya’. Contohnya:
KESALAHAN UMUM TATABAHASA 1.  HUKUM DM ( Diterangkan dan Menerangkan) Hukum ini mestilah dimulakan  oleh inti yang bertindak sebagai unsur yang  diterangkan” manakala “menerangkan” bertindak sebagai penerang  kepada inti.  SALAH    BETUL a.  cili sos      b.  Jaya Klinik    c.  lain-lain hal 2.  KATA PENGUAT SALAH   BETUL   a. sangat tinggi sekali   b. paling indah sekali   c. amat menakutkan sekali  d. terbesar sekali
3. KATA BILANGAN SALAH   1. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. 2. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. 4. PENGGUNAAN “ di “  SALAH   BETUL a. diSarawak   b. di makan 5. PENGGUNAAN “ ke “ SALAH   BETUL a. Imran mendapat tempat ke tiga   b. Imran mendapat tempat ke 3   c. Kearah melahirkan masyarakat cakna..  d. Kedua ibu bapa saya telah tiada
6.PENGGUNAAN “adakah”/ “apakah “ Adakah  - untuk mendapat jawapan Ya atau Tidak Contoh ayat: Adakah benar cerita awak itu ?  Adakah kamu sakit ? Apakah  _ untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda,  keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang khusus.  Contoh ayat: Apakah nama haiwan dua alam ? Apakah benda di atas meja itu ? 7. PENGGUNAAN “ bukan “/ “ tidak “ bukan  - diikuti oleh kata nama atau frasa nama sahaja Contoh ayat: Dia bukan adik saya  : Lili bukan anak perempuan En. Ahmad  tidak – diikuti oleh frasa kerja dan frasa adjektif Contoh ayat: Saya tidak pergi ke kuliah hari ini.  : Beg itu tidak berat
8. “ Pedalaman”/ “Pendalaman“ pedalaman  –  pendalaman –   9. Penggunaan Kata Adjektif pada bentuk jamak SALAH (a). Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka. (b). Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka.
10. Penggunaan kata sendi nama pada imbuhan “ber___an” SALAH (a). Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan…………. (b). Bertanyakan tentang khabar berita di kampung…………. 11.  SALAH  BETUL a. Hasil daripada kajian ini…  b. Akibat daripada peristiwa itu..  c. Ekoran daripada kejadian tersebut..  d. Susulan daripada penemuan itu..  e. Kesan daripada penyelidikan ini..
SOALAN PEPERIKSAAN  ,[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object]
SOALAN PEPERIKSAAN  3. Sebagai seorang kanak-kanak saya amat takut sekali dengan mati  terutama sekali bila memikirkan tentang ajal saya nanti, hinggakan ini  menyebabkan saya mengigau di waktu tidur. Sebagai kanak-kanak, saya amat takut mati terutamanya apabila  saya  memikirkan ajal hingga menyebabkan saya mengigau pada  waktu malam . 4. Kita pernah kemukakan memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan  Jun lalu dan kita telah rangka memorandum itu hasil daripada  pandangan mereka yang pakar dalam ekonomi yang dibincangkan  bersama. Kita telah mengemukakan memorandum itu berdasarkan   pandangan pakar ekonomi yang berbincang bersama-sama dan kita merangka  memorandum penyelesaian ekonomi   pada bulan Jun lalu. 2/5
SOALAN PEPERIKSAAN  ,[object Object],[object Object],[object Object],[object Object],[object Object]
SOALAN PEPERIKSAAN  7. Mulai daripada sekarang kita tidak lagi akan menggunakan penyataan ”  hujahan yang baik “ dan “ hujahan yang tidak baik ‘‘ sebaliknya kita  memakai guna hujahan yang sah atau tidak sah. Bermula dari sekarang kita tidak lagi menggunakan penyataan  “ hujahan  yang baik” dan “hujahan yang tidak baik” sebaliknya kita  akan  menggunakan hujahan yang sah atau tidak sah. 8.  Anugerah skrin adalah merupakan anugerah yang terbaik sekali anjuran  akhbar Berita Harian dan TV3. Ianya dianugerahi kepada artis Malaysia  yang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan  perlu memenuhi semua syarat-syarat yang di senaraikan . Anugerah skrin merupakan anugerah yang terbaik anjuran Berita Harian dan  TV3. Ia dianugerahkan kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang . Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syarat  yang disenaraikan 4/5
SOALAN PEPERIKSAAN  9. Kepimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan tauladan yang baik  kepada rakyat. Apa yang amat membimbangkan adalah masalah yang  dihadapi golongan ini akan memberi impak ke atas keselamatan dan  kemakmuran negara. Kepemimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan teladan  yang  baik  kepada rakyat. Yang amat membimbangkan ialah  masalah  yang dihadapi oleh golongan ini akan memberikan  impak/kesan  terhadap keselamatan dan kemakmuran negara . 10. Mengikut penulis, ramai yang menyalah tanggapan erti globalisasi  dimana mereka mengganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah  pasaran besar yang tidak bersempadan dan oleh kerana itu batasan  politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran. Mengikut penulis, ramai memberikan tanggapan yang salah tentang  erti  globalisasi  iaitu mereka menganggap seluruh dunia ini sebagai  sebuah  pasaran  besar yang tidak bersempadan. Oleh sebab itu  batasan  politik tidak  harus dianggap sebagai halangan pasaran .   5/5
LEMBAR BAHASA - DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA  PILIH SALAH SATU PERKATAAN YANG BETUL m/s : 1/9 cendekiawan cendikiawan 10. catatan catitan 9. cahayamata cahaya mata 8. di alaf pada alaf 7. draf deraf 6. deligasi delegasi 5. dialog dailog 4. e-mel e-mail 3. ingkar engkar 2. eka bahasa ekabahasa 1. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s : 2/9 ada kala adakala 20. ambil- alih ambil alih 19. aljebra algebra 18. adapun ada pun 17. acap kali acapkali 16. 1800- an 1800 an 15. beli belah beli-belah 14. baucar baucer 13. barang kali barangkali 12. baikpulih baik pulih 11. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s :  3/9 ganti rugi gantirugi 40. gilang gemilang gilang-gemilang 39. guna tanah gunatanah 38. gotong- royong gotong royong 37. gembeleng gembleng 36. gelak ketawa gelak- ketawa 35. gambarajah gambar rajah 34. fotostet fotostat 33. faxs fax 32. faksimili faksimile 31. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s : 4/9 istirahat istirehat 50. insurans insuran 49. iltizam iktizam 48. ibu bapa ibubapa 47. ingkar engkar 46. hierarki hirarki 45. hipotisis hipotesis 44. hapuskira hapus kira 43. hamba-Mu hamba Mu 42. hak milik hakmilik 41. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s : 5/9 ke- 2 ke 2 60. kerenah karenah 59. komersial komersil 58. kadang kala kadangkala 57. juwita juita 56. justeru justru 55. juruukur jurukur 54. jaket jeket 53. jawatankuasa jawatan kuasa 52. janakuasa jana kuasa 51. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s : 6/9 organisme organisma 70. nasionalisma nasionalisme 69. marhain marhaen 68. mengagumkan mengkagumkan 67. memperoleh memperolehi 66. mestika mustika 65. manafaat manfaat 64. mihun bihun 63. lalu lintas lalulintas 62. lagipun lagi pun 61. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s : 7/9 sayugia seyogia 80. sediakala sedia kala 79. raket reket 78. reka bina rekabina 77. rebet rebat 76. ramah tamah ramah-tamah 75. raksaksa raksasa 74. rahmat-Nya rahmatnya 73. pascamerdeka pasca merdeka 72. pantomin pantomim 71. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s : 8/9 pekej pakej 90. usahasama usaha sama 89. urusetia urus setia 88. ulang alik ulang-alik 87. taukeh tauke 86. tauge taugeh 85. tata susila tatasusila 84. tata nama tatanama 83. tali –temali tali temali 82. tidak berlampu tak berlampu 81. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
m/s : 9/9 zohor zuhur 100. Yang Di Pertua Yang Dipertua 99. ke  X ke – X 98. walau pun walaupun 97. vokasyenal vokasional 96. tatatertib tata-tertib 95. sanwic sandwic 94. sateria sastria 93. ramah tamah ramah- tamah 92. ruang niaga ruang- niaga 91. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA  ( A ) BIL.
Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Morfologi Bahasa Melayu   Golongan Kata Bahasa Melayu Sintaksis Bahasa Melayu Pembentukan  Ayat   ( Ketebalan 582 muka surat ) PERMASALAHAN BAHASA a. Kesalahan bahasa b. Kesalahan ayat c. Kesalahan kata Kamus Dewan Edisi ke – 4 (2005) 82900 kata masukan (entri) 5848 kata masukan baru 1817 muka surat Cetakan pertama 1970
Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa "Sesungguhnya  segala kecantikan dan keindahan itu  datangnya daripada Allah s.w.t  dan sebarang kekurangan dan kelemahan itu sepanjang pertemuan ini  adalah daripada kedaifan saya sendiri. . . Sekian, terima kasih.

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Kepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitarKepentingan alam sekitar
Kepentingan alam sekitar
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Laporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaanLaporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaan
 
Penanda wacana karangan
Penanda wacana karanganPenanda wacana karangan
Penanda wacana karangan
 
Panduan menulis laporan
Panduan menulis laporanPanduan menulis laporan
Panduan menulis laporan
 
kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)kata pinjaman ( bahasa melayu)
kata pinjaman ( bahasa melayu)
 
Kata ganda penuh
Kata ganda penuhKata ganda penuh
Kata ganda penuh
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Kata Pinjaman
Kata Pinjaman Kata Pinjaman
Kata Pinjaman
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
 

Similar to Kesalahan tatabahasa

Paket soal tes umum semua
Paket soal tes umum semuaPaket soal tes umum semua
Paket soal tes umum semua
surgituan
 
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang carubanPretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Eko Tri Budiyanto
 
Menangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasaMenangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasa
sitiintanmastura
 
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET DTRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
Kasmadi Rais
 
Kata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepanKata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepan
Kholid Hamdun
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
MTs DARUSSALAM
 

Similar to Kesalahan tatabahasa (20)

24 NOTA TATABAHASA.pdf
24 NOTA TATABAHASA.pdf24 NOTA TATABAHASA.pdf
24 NOTA TATABAHASA.pdf
 
Bahasa Indonesia tentang jenis kata
 Bahasa Indonesia tentang jenis kata  Bahasa Indonesia tentang jenis kata
Bahasa Indonesia tentang jenis kata
 
Perubahan makna
Perubahan maknaPerubahan makna
Perubahan makna
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Nota papan bahasa Melayu #2 2012
Nota papan bahasa Melayu #2 2012Nota papan bahasa Melayu #2 2012
Nota papan bahasa Melayu #2 2012
 
Paket soal tes umum semua
Paket soal tes umum semuaPaket soal tes umum semua
Paket soal tes umum semua
 
soal matematiaka
soal matematiakasoal matematiaka
soal matematiaka
 
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang carubanPretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
Pretest bin lbb gajahmada exact group cabang caruban
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1Tatabahasa Tingkatan 1
Tatabahasa Tingkatan 1
 
Menangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasaMenangani kesilapan tatabahasa
Menangani kesilapan tatabahasa
 
Soal uas bahasa indonesia kelas 10 smt 2
Soal uas bahasa indonesia kelas 10 smt 2Soal uas bahasa indonesia kelas 10 smt 2
Soal uas bahasa indonesia kelas 10 smt 2
 
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET DTRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET D
 
Kata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepanKata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepan
 
Kata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepanKata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepan
 
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmpSoal try out bahasa indonesia mtssmp
Soal try out bahasa indonesia mtssmp
 
Kata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepanKata ganti-dan-katadepan
Kata ganti-dan-katadepan
 
Kata ganti dan kata depan
Kata ganti dan kata depanKata ganti dan kata depan
Kata ganti dan kata depan
 
LATIHAN MENYUNTING PENGGUNAAN EJAAN_ DEVANTO.docx
LATIHAN MENYUNTING PENGGUNAAN EJAAN_ DEVANTO.docxLATIHAN MENYUNTING PENGGUNAAN EJAAN_ DEVANTO.docx
LATIHAN MENYUNTING PENGGUNAAN EJAAN_ DEVANTO.docx
 
Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa Kesalahan umum tatabahasa
Kesalahan umum tatabahasa
 

Recently uploaded

mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
saptari3
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
dpp11tya
 

Recently uploaded (20)

CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

Kesalahan tatabahasa

  • 1. MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH @ M'SIA PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN KUBANG KERIAN, 16150 KOTA BHARU KELANTAN E-mel : shahimran@kb.usm.my TATABAHASA BAHASA MELAYU BICARA BIJAK CAKNA BAHASA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DIBENTANGKAN OLEH :
  • 2. BICARA BIJAK CAKNA BAHASA -Perbincangan secara bestari dalam keprihatinan tentang bahasa TATABAHASA BAHASA MELAYU -pembentukan perkataan dan proses pembinaan ayat atau nahu dalam bahasa Melayu.
  • 3. KESALAHAN TATABAHASA KESALAHAN UMUM PENGGUNAAN KATA 1. Kesalahan ejaan 2. Kesalahan tanda baca 3. Kesalahan imbuhan 4. Kesalahan hukum tatabahasa 5. Kesalahan struktur ayat 6. Kesalahan kata majmuk 7. Kesalahan kata sendi nama 8. Kesalahan ayat pasif
  • 4.  
  • 5. Kisah dari kawasan perkuburan Kisah dari kawasan perkuburan Ali dan Abu baru pulang dari bandar. Untuk sampai ke kampung, mereka terpaksa melalui jalan pintas yang bersebelahan dengan sebuah kawasan perkuburan. Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu, tambahan pula pada masa itu hujan renyai-renyai dan dalam sayup-sayup malam mereka terdengar bunyi burung hantu dan ketukan dari kawasan perkuburan itu. Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datangnya bunyi itu. Dengan perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang mengetuk batu nisan dengan menggunakan tukul besi dan pahat. Dalam keadaan yang agak gelap itu, orang tua tersebut tekun mengukir sesuatu di atas batu nisan. Ali dan Abu bersuara "Fuuufff...terkejut kami, ingatkan Pak cik ni hantu tadi, Pak cik, pak cik, buat kami terkejut aje". Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya : "Apa yang pak cik buat malam-malam buta kat kubur ni??" T iba-tiba lelaki tua itu menjawab dengan marah... "Bodoh betul dia orang ni ! Dia orang salah eja nama aku !" Moral di sebalik cerita ini
  • 6. BUKU BAHASA MALAYSIA IV (LKM 400 ) 1. Kata nama dan frasa nama - Ramai pelajar-pelajar ……… - Kebanyakan negara-negara……. - Pelajar-pelajar USM……. - Para-para atlet………. - Rakyat-rakyat Malaysia………. 2. Ganti nama tanya “ apa “ dalam ayat penyata. - Apa yang anda saksikan sebentar tadi……… . - Apa yang mengganggu fikirannya……………. . - Apa yang menjadi masalah …………………….. . 3. Kata ganti nama “ ia “ dan “ nya “ sebagai kata ganti nama diri yang ketiga. -terdiri daripada beberapa unsur…… . 4. Kata Pemeri - “ ialah ’’ FN + FN ( Subjek dan Predikat ) Contoh: Thailand adalah jiran Malaysia. Sepatutnya: Thailand ialah jiran Malaysia. - “ adalah “ FN + FA dan FN + FS Contoh: a. Bangunan KOMTAR adalah tinggi. b. Surat ini adalah daripada Kementerian Kesihatan. - Kata pemeri tidak boleh dimasukkan dalam FN + FK Contoh: a. Adalah dimaklumkan bahawa pemohonan tuan telah ditolak. b. Tuan-tuan adalah dijemput untuk menikmati jamuan….
  • 7. Kata Sendi nama dan Frasa Sendi nama. a. Kata sendi nama “ di “ ( pengertian geografi dan arah sahaja tidak boleh masa) - Ahmad berada di kedai runcit itu. - Rumah Aminah terletak di kiri jalan itu. - Di zaman Jepun, ramai orang yang menderita. b. Kata sendi nama “ pada “ ( keterangan waktu dan tempat bukan geografi/ruang ) -Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. -Notis itu ditampal pada papan kenyataan. c. Kata sendi nama “ dari “ ( menyebut tempat, arah, masa dan waktu ) - Ayah dan ibu bari sampai dari Kota Bharu. - Bola itu ditendang dari penjuru padang. - Dia tidak berhenti menulis dari pukul 12.00 tengah malam tadi. d. Kata sendi nama “ daripada “(menyebut asal kejadian, abstrak dan perbandingan) - Tali pinggang itu diperbuat daripada kulit buaya. - Kejayaan itu diperoleh daripada usaha yang gigih. - Kain sutera itu lebih mahal daripada kain kapas. e. Kata sendi nama “ ke “ (menyebut tempat, arah dan waktu) - Mereka akan bertolak ke Pulau Pinang esok. - Burung-burung itu terbang ke selatan. - (Kata sendi nama “ ke“ juga digunakan untuk mengimbangi kata sendi nama “dari” - dari hati ke hati, dari semasa ke semasa, dari penjuru kiri ke penjuru kanan.
  • 8.
  • 9. j. Kata sendi nama “ akan “ ( digunakan sebagai pelengkap kata adjektif yang menyatakan perasaan kasih, benci, sayang, takut dan seumpamanya) Kata sendi nama “ akan “ tidak boleh disingkatkan menjadi –kan atau digabungkan dengan kata adjektif sebelumnya. a. Saya sayang akan keluarga saya. b. Orang Malaysia gemar akan buah durian. k. Kata sendi nama “ di antara “ ( kedudukan kata arah yang ada jarak ruang fizikal ) a. Jambatan itu terletak di antara Georgetown dengan Butterworth. b. Dia duduk di antara Ahmad dan Aminah. l. Kata sendi nama “ antara “ i. membuat perbandingan – diikuti dengan kata “dengan” bukannya “ dan “. a. Antara Johor dengan Singapura ada banyak persamaan. ii. diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. a. Antara lagu persembahannya ialah Dondang Sayang dan Joget Lambak. iii. mengikuti kata nama yang mengalami penggandaan separa. a. Mereka berbincang antara adik beradik. iv. diikuti oleh kata bilangan tentu dan tak tentu. a. Perhubungan antara kedua-dua negara itu bertambah baik. b. Mereka adalah antara beberapa pelajar yang cemerlang. v. diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita, -nya. a. Antara kita semua ada banyak persamaan. b. Ramai antara mereka telah keluar daripada parti.
  • 10. Kata sendi nama “ oleh ”, “ kerana”, dan “ oleh sebab ” ( tidak boleh digunakan sebagai “ oleh kerana ”) ( “ oleh sebab ” boleh dipendekkan menjadi “oleh ” tetapi tidak boleh dipendekkan menjadi kata “ sebab ” kerana “ sebab ” ialah kata nama ). a. Dia dihukum oleh guru kerana kenakalannya. b. Oleh sebab kelaparan, dia sanggup mencuri. Contoh ayat : 1. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti sebab kematian pesakit itu. 2. Doktor pakar itu membuat bedah siasat untuk mengenal pasti kerana kematian pesakit itu.
  • 11. PELBAGAI PENGGUNAAN KATA YANG BETUL 1. Kata “ dapat dan boleh ” 2. Kata “ berbagai, berbagai-bagai, pelbagai ” 3. Kata “ setengah, separuh, seperdua , sesetengah” 4. Kata “ bermula dan mulai 5. Kata “ memakai dan menggunakan ” 6. Kata “ bila dan apabila ” 7. Kata “ yang mana dan di mana ”
  • 12. KESALAHAN UMUM STRUKTUR A. Besar kemungkinan projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan. Kemungkinan besar projek empangan Bakun itu akan ditangguhkan. B. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala RM 3000 untuk penerima hadiah khas. Hadiah untuk pemenang tempat pertama bernilai RM 5000 manakala penerima hadiah khas bernilai RM 3000 . C. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja. Soal ini juga urusan rakyat. Soal keamanan dan peperangan bukan urusan kerajaan sahaja. Soal ini urusan rakyat juga. D. Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai mulai 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 Pameran ini akan dibuka kepada orang ramai bermula 18 Ogos hingga 27 Nov.2006 E. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. (Engkau, kamu)Bersembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan.
  • 13. KESALAHAN UMUM TANDA BACA 1. Tanda sempang ( - ) a. Awalan se – diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf awalnya huruf besar) Contohnya: se – Malaysia, se - Nusantara b. untuk menulis kata ulang ( kata Ganda ) Contohnya: anak-anak, gunung-ganang c. untuk memperjelaskan ungkapan Contohnya: ber-evolusi dengan ber-revolusi. d. untuk merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama ( bentuk terikat diikuti dengan kata nama khas) Contohnya: anti-Amerika, hamba-Mu, pro-Iran, rahmat-Nya e. untuk merangkaikan imbuhan “ ke ” dengan angka Contohnya: ke – 20 ( kedua belas), ke- 2000 (kedua ribu) f. untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun akhiran –an Contohnya: tahun 90-an ( tahun sembilan puluhan) g. untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkaikata setara tertentu/rangkai kata istilah/kata majmuk. Contohnya: alat pandang-dengar
  • 14. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (1) 1. Bila / Apabila 2. Antara / di antara 3. Bermula / Mulai 4. Dalam / di dalam 5. Apa / apa-apa 6. Boleh / dapat 7. Berasa / merasa 8. Rindu akan / rindukan 9. Di mana / ianya 10. Di zaman / pada zaman 11. Oleh kerana / oleh sebab 12. Di kalangan / dalam kalangan
  • 15. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (2) 13. Selain daripada itu / selain itu 14. Mengenai / tentang / terhadap 15. Ialah / adalah / merupakan 16. Suatu / sesuatu / satu 17. Menghadiahkan / menghadiahi 18. Bagi / untuk / demi 19. Berbagai / pelbagai / berbagai-bagai 20. Yang mereka hasilkan / Yang dihasilkan oleh mereka 21. Yang saya baca / Yang dibaca oleh saya 23. Kami tidak akan lupakan / Tidak akan kami lupakan
  • 16. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (3) 24. Adakah / apakah 25. Bukan / tidak 26. pedalaman / pendalaman 27. banyak / ramai 28. Dia senyum kepada saya ../ Dia tersenyum kepada saya….. 29. Dia memberikan saya sebatang pen./ Dia memberi saya sebatang pen. 30. Saya bertemu Ali … / saya bertemu dengan Ali … 31. Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi. 32. Soalan inilah paling sukar sekali. 33. Berdasarkan pada keterangan itu.
  • 17. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (4) 34. Jawaban / jawapan 35. semakin kecil / semakin mengecil . 36. berbanding dengan……. / jika dibandingkan dengan….. 37. Saling membantu / saling bantu -membantui 38. Merbahaya / berbahaya 39. Kamu ingin bertemu dekan esok 40. Surat itu saya akan balas 41. Saya hendak menjelaskan lagi perkara itu 42. Kami membincangkan tentang masalah itu 43. Para hadirin sekalian diminta berdiri.
  • 18. KESALAHAN UMUM TATABAHASA (5) 44. Buku cerita itu ada dengan Haryati. 45. Penghawa dingin / pendingin hawa 46. Temu janji / janji temu 47. Beliau ditahan lokap untuk membantu siasatan 48. Tokoh Korporat itu mempunyai banyak kereta mewah. 49. Bintang-bintang berkerdipan di langit.
  • 19. mat rempit Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan. Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya." Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan insya'Allah pun pak cik tak sebut?". Sampuk si bapa: " Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!". Moral di sebalik cerita ini: i. Gunakanlah Otak Anda ii. Kenal pasti kesalahan bahasa
  • 20. KESALAHAN UMUM TATABAHASA 26 contoh kesalahan penggunaan kata 1. bila / apabila bila – Merupakan sejenis kata tanya yang merujuk kepada masa Hanya boleh digunakan dalam ayat tanya sahaja Contoh ayat: Sampai bila kamu akan terus begini? apabila – Merupakan kata hubung yang menghubungkan ayat besar dengan ayat kecil dan digunakan dalam ayat penyata sahaja. Contoh ayat: Mereka sungguh gembira apabila menerima berita itu 2. antara / di antara Antara – (i) menunjukkan perbandingan, kata nama Contoh ayat: Banyak perbezaan antara Ali dengan Abu. (ii) mengikuti kata nama yang tidak perlu diulang Contoh ayat: Antara lagu yang dipersembahkan ialah dikir barat di antara - menunjukkan ruang / jarak yang konkrit Contohnya ayat: Bangunan itu terletak di antara bank dengan pasar.
  • 21. 3. bermula / mulai bermula – bentuk kata kerja tak transitif Contoh : Ekspo kampus akan diadakan bermula pada hari Ahad ini. mulai – (i). bentuk kata kerja pasif yang pelakunya terdiri daripada ganti nama diri pertama dan kedua Contoh : Dia mulai majlis ini dengan bacaan doa. (ii). Menunjukkan ayat perintah Contoh : Anda boleh mulai menjawab kertas peperiksaan sekarang. 4. dalam / di dalam dalam – (i). kata sendi nama yang digunakan sebagai kata adjektif Contoh ayat: Lombong itu sangat dalam. (ii). Digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang abstrak Contoh: Dalam hal ini kita tidak boleh bertindak membabi buta. di dalam - digunakan di hadapan kata nama sesuatu yang konkrit Contoh: Di dalam rumah itu terdapat perabot yang mahal-mahal.
  • 22. 5. apa / apa-apa apa – merupakan kata ganti nama tanya dan tidak boleh digunakan dalam ayat penyata Contoh : Apa gunanya anda datang ke sini? Apa-apa – merupakan kata nama am- sesuatu, segala apa Contoh: Mintalah apa-apa sahaja yang anda suka. 6. boleh / dapat boleh – menyatakan keizinan atau kebenaran Contoh: Negara itu tidak boleh dilawati kerana berlaku peperangan. Dapat – menyatakan keupayaan atau kesanggupan Contoh : Dia tidak dapat datang kerana banjir .
  • 23. . 7. berasa / merasa berasa – mempunyai atau memperoleh rasa ( terutama yang dialami oleh badan) Contoh: Kedua-dua kakinya berasa lenguh dan kebas. Merasa – mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah. Contoh : Nenek hendak merasa bubur yang saya buat itu. 8. Oleh kerana –Penggunaannya adalah salah. Kata oleh dan kata kerana ialah kata sendi dan tidak boleh digabungkan bersama-sama. Oleh sebab –Penggunaannya adalah betul. Kerana kata oleh ialah kata sendi nama Manakala kata sebab ialah kata nama.
  • 24. 9 . di kalangan / dalam kalangan di kalangan –penggunaanya adalah salah. Perkataan kalangan bermakna kelompok, kumpulan, atau golongan Jadi adalah salah kalau kita katakan di kelompok, di kumpulan atau di golongan. dalam kalangan – penggunaannya adalah betul. Iaitu dalam kelompok, dalam kumpulan atau dalam golongan 10. selain daripada itu / selain itu selain daripada itu –Kata sendi nama ini salah kerana perkataan ‘selain’ dan ‘daripada’ kedua-duanya merupakan kata sendi nama. Begitu jugalah perkataan ‘ selain’ dan ‘dari’ atau selain dari itu adalah salah. Jadi perkataan ‘Selain itu’ adalah tepat dan gramatis
  • 25. 11. di zaman / pada zaman Perkataan ‘di zaman’ adalah salah dari segi tatabahasa Perkataan ini hanya digunakan dalam sastera/penulisan kreatif sahaja. Penggunaan perkataan ‘pada zaman’ adalah tepat dan gramatis Kata sendi nama ‘pada’ merujuk kepada masa/waktu dan tempat. 12. menghadiahkan / menghadiahi Perkataan ‘menghadiahkan’ bermaksud memberikan sesuatu sebagai hadiah. Contoh: Bapa menghadiahkan basikal kepada adik. Perkataan ‘menghadiahi’ bermaksud memberikan hadiah kepada seseorang. Contoh: Bapa menghadiahi adik sebuah basikal.
  • 26. 13. rindukan / rindu akan Perkataan ‘rindukan’ adalah salah sepatutnya ‘rindu akan’ kerana sebarang perkataan yang membawa maksud perasaan/emotif seperti ‘ marah’, ‘sayang’, ‘benci’,’ rindu’ perlu diikuti dengan kata sendi nama ‘akan’. Contohnya: perkataan “rindu akan’ bermaksud rindu buat, rindu pada, rindu untuk (perkataan ‘rindukan’ hanyalah bentuk bahasa lisan ) 14. dari sudut / daripada sudut Perkataan ‘dari’ digunakan untuk menyatakan arah, tempat, waktu atau masa. Contohnya: dari kanan, dari Pasir Mas, dari subuh. Perkataan ‘daripada’ digunakan untuk menyatakan punca, sumber, dan perbandingan. Contohnya: daripada beruang, daripada logam, daripada harga barangan. Jadi perkataan ‘dari sudut’ adalah tepat dan gramatis.
  • 27. 15. perlaksanaan / pelaksanaan Kata perlaksanaan bermaksud hasil melaksanakan. Contoh: _ _ _ _ _ meninjau perlaksanaan projek Kata pelaksanaan bermaksud perbuatan melaksanakan. Contoh: Pelaksanaan KBSR sedang dijalankan_ _ _ _ 16. ialah / adalah / merupakan Kata ‘ialah’ hadir di hadapan frasa nama secara persamaan/ekuatif. Contoh: Dia ialah seorang pensyarah/ Dia pensyarah Kata ‘adalah’ hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama Contoh: Dia adalah sangat peramah/ Dia peramah Kata ‘merupakan’ bermaksud menggambarkan sesuatu perkara dan bukannya kata pemeri tetapi kata kerja transitif.
  • 28. 17. mengenai / tentang/ terhadap Perkataan ‘mengenai’ bermaksud ‘kena pada’ Contoh: Bola itu mengenai tiang gol. Perkataan ‘tentang’ bermaksud ‘berkenaan dengan’ Contoh: Kuliah ini berkisar tentang tatabahasa bahasa Melayu Perkataan ‘terhadap’ bermaksud rujukan/berkenaan Contoh: Kerajaan memberi perhatian terhadap kebajikan rakyat 18. bagi / untuk / demi
  • 29. BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI Antara “ demi”,” untuk” dan “ bagi” yang mengelirukan Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA.( MUNSYI DEWAN DBP) 1. Rakyat Malaysia mestilah bersatu padu demi untuk menjaga kestabilan negara. 2. Semua pengguna jalan raya dinasihatkan mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan demi untuk mengelakkan daripada kemalangan jalan raya. Kata sendi nama “demi” membawa makna tujuan dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Contohnya: 1. Demi kestabilan dan keamanan negara, marilah kita bersama-sama berganding bahu menentang musuh negara. 2. Rakyat Malaysia mestilah hormat-menghormati antara satu sama lain demi perpaduan dan kesejahteraan negara . Selain itu, “demi” digunakan juga sebagai unsur penegas dalam ungkapan atau ayat. Contohnya: Demi Allah, aku tidak akan berlumba haram lagi. Demi cinta suciku, akan kuserahkan jiwa dan ragaku. “ Demi” juga digunakan dalam ungkapan atau ayat untuk menghasilkan makna urutan satu atau kumpulan. Contohnya: 1. Dia menterjemah perkataan itu satu demi satu. 2. Mereka menang setelah menewaskan pasukan demi pasukan yang sememangnya kuat-kuat belaka.
  • 30. Kata sendi nama “untuk” dan “bagi” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang mempunyai fungsi tertentu iaitu menunjukkan kegunaan untuk sesuatu. Contohnya: 1. Rumah untuk/bagi orang tua itu sudah uzur. 2. Kenderaan pacuan empat roda itu untuk/bagi kegunaan rasmi kerajaan negeri sahaja . Selain berfungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu kata sendi nama “untuk” juga berfungsi menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan. Dalam konteks ini kata sendi nama “untuk” tidak boleh ditukar ganti dengan kata sendi nama “bagi”. Contohnya: 1. Cenderahati itu kubeli khas untukmu . 2. Pakaian itu untuk pelarian Bosnia. Jelaslah, kata sendi nama “untuk” dan “bagi” mempunyai makna yang sama tetapi perbezaannya hanya terletak pada penggunaannya dalam ayat. Bagi penutur jati bahasa Melayu ,secara umumnya mereka tidak mempunyai masalah untuk menggunakan kata sendi nama “untuk” atau “bagi”. Hal ini disebabkan oleh rasa bahasa atau intuisi seseorang penutur itu yang dapat membezakan fungsi dan penggunaannya berdasarkan kelaziman dalam pertuturan atau ujaran
  • 31. 19. Yang mereka hasilkan / yang dihasilkan oleh mereka Yang mereka hasilkan – salah Sepatutnya mereka menghasilkan_ _ _ _ Yang dihasilkan oleh mereka – betul Kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan 20. Yang saya baca / yang dibaca oleh saya Yang saya baca – betul ( ayat pasif kata ganti nama diri pertama) Yang dibaca oleh saya – salah Kata ganti nama diri pertama dan kedua tidak boleh dipasifkan Hanya kata ganti nama diri ketiga sahaja boleh dipasifkan
  • 32. 21. k ami tidak akan lupakan / tidak akan kami lupakan kami tidak akan lupakan – salah sepatutnya- kami tidak akan melupakan budi baik…(Ayat aktif) tidak akan kami lupakan – betul ( Ayat pasif ) 22. berbagai / pelbagai / berbagai-bagai Perkataan ‘berbagai’ bermaksud tandingan atau saingan. Perkataan ‘pelbagai’ bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis Perkataan ‘berbagai-bagai’ bermaksud berjenis-jenis Jadi disyorkan penggunaan perkataan ‘pelbagai’ dalam kebanyakan hal dan dianggap lebih ekonomik.
  • 33. 23. mengandungi banyak protein / banyak mengandungi protein mengandungi banyak protein – salah mengandungi protein yang banyak – betul banyak mengandungi protein - betul 24. penggunaan kata majmuk Kata majmuk mengandungi dua kata dasar atau dua morfem bebas atau lebih. Namun begitu terdapat beberapa kata majmuk yang utuh dan mantap dan dieja sabagai satu perkataan. Contohnya: antarabangsa bumiputera beritahu sukacita dukacita sukarela kakitangan kerjasama warganegara pesuruhjaya setiausaha tanggungjawab suruhanjaya tandatangan matahari jawatankuasa
  • 34. BICARA BAHASA BERSAMA MUNSYI " Di manakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ? Hukum Aneksi Persona Bahasa Melayu Oleh: Mohd Shahrul Imran Lim Abdullah @ M’SIA(Munsyi Dewan DBP) Salam bicara bersama Munsyi, Bertemu lagi kita pada kali ini. Setelah Munsyi merenung seketika, teringatlah Munsyi akan beberapa peristiwa bahasa yang tidak dapat Munsyi lupakan. Namun begitu, pada kali ini Munsyi ingin berkongsi satu peristiwa yang Munsyi alami sendiri ketika bersama-sama pelajar asing dari luar negara yang begitu berminat belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu. Katanya " Dimanakah terpesonanya bahasa Melayu sehingga adanya hukum persona" ? Tersentak juga Munsyi apabila mendengar soalan yang sedemikian apatah lagi pertanyaan itu datangnya daripada pelajar asing yang tidak Munsyi sangka-sangkakan tahu akan adanya hukum aneksi persona dalam bahasa Melayu . Dalam tatabahasa bahasa Melayu ada beberapa hukum tatabahasa yang begitu penting dalam bidang sintaksis atau binaan ayat. Namun begitu terdapat dua hukum yang sering digunakan iaitu hukum DM ( diterangkan dan menerangkan) dan hukum aneksi persona. Hukum DM merujuk kepada frasa atau struktur sesuatu perkataan atau ayat iaitu 'diterangkan' mendahului 'menerangkan' Sebagai contohnya dalam frasa “buku tebal”, “rumah panjang” atau “kereta besar”. Kata adjektif atau kata sifat ‘teba’l, ‘panjang’ atau ‘besar’ yang menerangkan kata nama ‘buku’, ‘rumah’ atau ‘kereta’ tidak boleh didahulukan menjadi ‘tebal buku’, ‘panjang rumah’ atau ‘besar kereta’ seperti struktur bahasa Inggeris.
  • 35. Hukum aneksi persona pula ialah hukum pembentukan frasa dengan kata kerja pasif yang tidak boleh dipisahkan atau disisipkan dengan sesuatu kata yang lain. Sebagai contohnya: a. Buku itu kamu sudah baca ( x ) Buku itu sudah kamu baca. ( / ) b. Alasan itu saya tidak dapat terima ( x ) Alasan itu tidak dapat saya terima ( / ) Dari segi hukum aneksi persona, dua patah kata iaitu ‘ kamu baca’ dan ‘saya terima’. merupakan bentuk paduan aneksi atau bentuk frasa yang terikat erat tidak boleh terpecah ikatannya oleh sebarang sisipan seperti ‘sudah’ dalam ayat a. atau ‘dapat’ dalam ayat b. Sekiranya ayat a. dan b. diterima sebagai ayat yang betul maka kita sudah melanggar hukum tatabahasa dan ayat tersebut juga tidak gramatis atau sempurna kerana ayat atau ujaran yang gramatis dan sempurna mestilah suatu binaan yang terjadi oleh sebab adanya susunan atau struktur tertentu yang menurut ketetapan yang dikenali sebagai sistem atau hukum bahasa. Di sinilah indahnya dan terpesonanya bahasa Melayu kerana tidak mengambil bulat-bulat struktur bahasa lain malah sederhana dalam mengambil kira aspek-aspek yang dapat meningkatkan lagi susunan dan struktur bahasa sehingga menjadi sistem atau hukum bahasa yang mantap, utuh dan berwibawa sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi dan bahasa sejagat. Diharapkan sidang pembaca dan pelajar tadi ( dari negara matahari terbit) faham dan bertambah faham dengan hukum aneksi persona dan terus terpesona dengan bahasa Melayu yang mempesonakan. Nota: (Perkamusan) persona - istilah bahasa mempesona - menggoda, mengagumkan
  • 36. OLEH: MOHD SHAHRUL IMRAN LIM ABDULLAH PUSAT BAHASA DAN TERJEMAHAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA KAMPUS KESIHATAN, KELANTAN A. Jalan ini tidak boleh dilalui. B. Jalan ini tidak dapat dilalui.
  • 37. KATA BANTU "BOLEH" DAN "DAPAT" Nyatakan dengan jelas perbezaan ayat-ayat di bawah ini. 1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana tanah runtuh. 2. Jalan itu tidak boleh dilalui kerana tanah runtuh. "Kata bantu "boleh" bermakna "diizinkan atau dibenarkan". Kata bantu "dapat" bermaksud "berupaya atau berpotensi". Sekarang ini kedua-dua kata tersebut digunakan orang dengan maksud yang sama sehingga ketepatan makna terjejas. Misalnya tidak betul jika kita mengatakan: * Adik saya yang berumur tiga belas tahun "'boleh" memandu kereta, tetapi betul jika kita mengatakan: Adik saya yang berumur tiga belas tahun "dapat" memandu kereta.
  • 38. 26. penggunaan imbuhan menge- ( kata ekasuku) Terdapat banyak kata ekasuku (satu sukukata) dalam bahasa Melayu. Kesemua perkataan ini menerima imbuhan ‘menge-’ Contohnya: cat - mengecat bukannya mencat cas - mengecas bukannya mencas bom - mengebom bukannya membom pos - mengepos bukannya mempos pin - mengepin bukannya menpin pam - mengepam bukannya mempam * terdapat 118 kata ekasuku dalam perkamusan bahasa Melayu yang aktif dan efektif digunakan secara meluas.
  • 39. KATA pemeri merupakan salah satu aspek tatabahasa yang amat penting, walaupun penggunaannya amat terbatas dan tidak digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Namun, pengguna bahasa Melayu sering keliru akan penggunaan kata pemeri yang betul. Kata-kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh yang demikian, penggunaan kata pemeri "adalah" dalam ayat-ayat berikut dianggap menyalahi tatabahasa Bahasa Melayu: (i). "Adalah" dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). "Adalah" diisytiharkan bahawa hari Raya Puasa jatuh pada hari Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya "adalah" disebabkan oleh kecuaian pemandu. Ayat-ayat yang salah di atas seharusnya berbentuk seperti yang berikut: (i). Dengan ini dimaklumkan bahawa permohonan tuan telah diluluskan. (ii). Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya puasa jatuh pada han Rabu. (iii). Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kecuaian pemandu. Satu lagi aspek menarik dalam kata pemeri, iaitu "ialah" dan "adalah" tidak perlu wujud dalam sesuatu ayat, yakni kata pemeri ini boleh digugurkan. Contoh: (i). Gadis yang pintar itu ialah anak Pak Ahmad. (ii). Pakaian yang dipakai oleh artis itu adalah terlalu mahal.
  • 40. APAKAH PERBEZAANNYA ANTARA ‘DI ANTARA’ DENGAN ‘ANTARA’,? A.    Perkataan ‘ antara ’ dapat berfungsi sebagai kata sendi nama .   ... antara adik beradik         ... antara sektor awam dengan sektor swasta         ... antara mereka B. Perkataan ‘antara’ yang menunjukkan arah atau kedudukan seperti ‘atas, bawah, tengah, depan, belakang, luar,dalam, antara dan seumpamanya.’ Kata arah ‘ antara ’ hanya dapat bergandingan dengan kata sendi nama dalam pembentukan frasanya. i. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura. ii. Lif itu terhenti di tengah-tengah di antara tingkat dua dengan tingkat tiga. C.  Frasa-frasa ‘Johor Bahru dan Kota Bharu’, tingkat dua dengan tingkat lima’, ‘ Shahrul dengan Shahril ’, kedua-dua ibu bapanya’, boleh mengikuti kata sendi nama antara di dalam ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: i. Antara Johor Bahru dengan Kota Bharu, banyak perbezaannya. ii. Antara tingkat dua dengan tingkat lima,tingkat lima lebih baik kedudukannya . iii. Banyak persamaannya antara Shahrul dengan Shahril. iv. Antara kedua-dua ibu bapanya sudah tidak ada persefahaman lagi.
  • 41.
  • 42. F. kata sendi nama ‘antara’ boleh juga diikuti oleh kata bilangan tentu (seperti ‘dua, tiga, sepuluh, seribu dan seumpamanya.’), kata bilangan tidak tentu (seperti ‘beberapa, semua dan seumpamanya.’), dan kata bilangan himpunan (seperti ‘kedua-dua, keenam-enam, beratus- ratus, berjuta-juta dan seumpamanya'). 3. Di antara ketiga-tiga patukan ini, patukan ketiga...  2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara kedua-duanya.  1. ...hubungan antara kedua-dua insan istimewa yang penuh bermakna.  BETUL 3. Di antara ketiga patukan ini, patukan ketiga...  2. ...dalam mempertimbangkan untung rugi antara keduanya.  1. ...hubungan antara kedua insan istimewa yang penuh bermakna.  SALAH
  • 43. 1. Antaranya , kita mahu masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa-apa yang ada, dengan apa-apa yang dicapai, gagah menghadapi pelbagai masalah. ii. Malah ramai antara mereka yang terkenal sebagai pengkritik sosial yang melampau sehingga ada yang dibuang daripada parti. iii. Antara kita , sememangnya banyak yang sama. G. Kata sendi nama ‘antara’ juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti ‘mereka, kita dan -nya’. Contohnya:
  • 44. KESALAHAN UMUM TATABAHASA 1. HUKUM DM ( Diterangkan dan Menerangkan) Hukum ini mestilah dimulakan oleh inti yang bertindak sebagai unsur yang diterangkan” manakala “menerangkan” bertindak sebagai penerang kepada inti. SALAH BETUL a. cili sos b. Jaya Klinik c. lain-lain hal 2. KATA PENGUAT SALAH BETUL a. sangat tinggi sekali b. paling indah sekali c. amat menakutkan sekali d. terbesar sekali
  • 45. 3. KATA BILANGAN SALAH 1. Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan. 2. Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya. 4. PENGGUNAAN “ di “ SALAH BETUL a. diSarawak b. di makan 5. PENGGUNAAN “ ke “ SALAH BETUL a. Imran mendapat tempat ke tiga b. Imran mendapat tempat ke 3 c. Kearah melahirkan masyarakat cakna.. d. Kedua ibu bapa saya telah tiada
  • 46. 6.PENGGUNAAN “adakah”/ “apakah “ Adakah - untuk mendapat jawapan Ya atau Tidak Contoh ayat: Adakah benar cerita awak itu ? Adakah kamu sakit ? Apakah _ untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu dan bertanyakan sesuatu yang khusus. Contoh ayat: Apakah nama haiwan dua alam ? Apakah benda di atas meja itu ? 7. PENGGUNAAN “ bukan “/ “ tidak “ bukan - diikuti oleh kata nama atau frasa nama sahaja Contoh ayat: Dia bukan adik saya : Lili bukan anak perempuan En. Ahmad tidak – diikuti oleh frasa kerja dan frasa adjektif Contoh ayat: Saya tidak pergi ke kuliah hari ini. : Beg itu tidak berat
  • 47. 8. “ Pedalaman”/ “Pendalaman“ pedalaman – pendalaman – 9. Penggunaan Kata Adjektif pada bentuk jamak SALAH (a). Bangunan-bangunan di Kuala Lumpur tinggi-tinggi belaka. (b). Anak-anak Pak Mat pandai-pandai belaka.
  • 48. 10. Penggunaan kata sendi nama pada imbuhan “ber___an” SALAH (a). Berdasarkan kepada keterangan yang diberikan…………. (b). Bertanyakan tentang khabar berita di kampung…………. 11. SALAH BETUL a. Hasil daripada kajian ini… b. Akibat daripada peristiwa itu.. c. Ekoran daripada kejadian tersebut.. d. Susulan daripada penemuan itu.. e. Kesan daripada penyelidikan ini..
  • 49.
  • 50. SOALAN PEPERIKSAAN 3. Sebagai seorang kanak-kanak saya amat takut sekali dengan mati terutama sekali bila memikirkan tentang ajal saya nanti, hinggakan ini menyebabkan saya mengigau di waktu tidur. Sebagai kanak-kanak, saya amat takut mati terutamanya apabila saya memikirkan ajal hingga menyebabkan saya mengigau pada waktu malam . 4. Kita pernah kemukakan memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan Jun lalu dan kita telah rangka memorandum itu hasil daripada pandangan mereka yang pakar dalam ekonomi yang dibincangkan bersama. Kita telah mengemukakan memorandum itu berdasarkan pandangan pakar ekonomi yang berbincang bersama-sama dan kita merangka memorandum penyelesaian ekonomi pada bulan Jun lalu. 2/5
  • 51.
  • 52. SOALAN PEPERIKSAAN 7. Mulai daripada sekarang kita tidak lagi akan menggunakan penyataan ” hujahan yang baik “ dan “ hujahan yang tidak baik ‘‘ sebaliknya kita memakai guna hujahan yang sah atau tidak sah. Bermula dari sekarang kita tidak lagi menggunakan penyataan “ hujahan yang baik” dan “hujahan yang tidak baik” sebaliknya kita akan menggunakan hujahan yang sah atau tidak sah. 8. Anugerah skrin adalah merupakan anugerah yang terbaik sekali anjuran akhbar Berita Harian dan TV3. Ianya dianugerahi kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang. Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syarat-syarat yang di senaraikan . Anugerah skrin merupakan anugerah yang terbaik anjuran Berita Harian dan TV3. Ia dianugerahkan kepada artis Malaysia yang berkebolehan cemerlang . Mereka yang layak dipertimbangkan perlu memenuhi semua syarat yang disenaraikan 4/5
  • 53. SOALAN PEPERIKSAAN 9. Kepimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat. Apa yang amat membimbangkan adalah masalah yang dihadapi golongan ini akan memberi impak ke atas keselamatan dan kemakmuran negara. Kepemimpinan yang ditunjukkan tidak menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Yang amat membimbangkan ialah masalah yang dihadapi oleh golongan ini akan memberikan impak/kesan terhadap keselamatan dan kemakmuran negara . 10. Mengikut penulis, ramai yang menyalah tanggapan erti globalisasi dimana mereka mengganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah pasaran besar yang tidak bersempadan dan oleh kerana itu batasan politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran. Mengikut penulis, ramai memberikan tanggapan yang salah tentang erti globalisasi iaitu mereka menganggap seluruh dunia ini sebagai sebuah pasaran besar yang tidak bersempadan. Oleh sebab itu batasan politik tidak harus dianggap sebagai halangan pasaran . 5/5
  • 54. LEMBAR BAHASA - DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA PILIH SALAH SATU PERKATAAN YANG BETUL m/s : 1/9 cendekiawan cendikiawan 10. catatan catitan 9. cahayamata cahaya mata 8. di alaf pada alaf 7. draf deraf 6. deligasi delegasi 5. dialog dailog 4. e-mel e-mail 3. ingkar engkar 2. eka bahasa ekabahasa 1. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 55. m/s : 2/9 ada kala adakala 20. ambil- alih ambil alih 19. aljebra algebra 18. adapun ada pun 17. acap kali acapkali 16. 1800- an 1800 an 15. beli belah beli-belah 14. baucar baucer 13. barang kali barangkali 12. baikpulih baik pulih 11. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 56. m/s : 3/9 ganti rugi gantirugi 40. gilang gemilang gilang-gemilang 39. guna tanah gunatanah 38. gotong- royong gotong royong 37. gembeleng gembleng 36. gelak ketawa gelak- ketawa 35. gambarajah gambar rajah 34. fotostet fotostat 33. faxs fax 32. faksimili faksimile 31. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 57. m/s : 4/9 istirahat istirehat 50. insurans insuran 49. iltizam iktizam 48. ibu bapa ibubapa 47. ingkar engkar 46. hierarki hirarki 45. hipotisis hipotesis 44. hapuskira hapus kira 43. hamba-Mu hamba Mu 42. hak milik hakmilik 41. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 58. m/s : 5/9 ke- 2 ke 2 60. kerenah karenah 59. komersial komersil 58. kadang kala kadangkala 57. juwita juita 56. justeru justru 55. juruukur jurukur 54. jaket jeket 53. jawatankuasa jawatan kuasa 52. janakuasa jana kuasa 51. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 59. m/s : 6/9 organisme organisma 70. nasionalisma nasionalisme 69. marhain marhaen 68. mengagumkan mengkagumkan 67. memperoleh memperolehi 66. mestika mustika 65. manafaat manfaat 64. mihun bihun 63. lalu lintas lalulintas 62. lagipun lagi pun 61. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 60. m/s : 7/9 sayugia seyogia 80. sediakala sedia kala 79. raket reket 78. reka bina rekabina 77. rebet rebat 76. ramah tamah ramah-tamah 75. raksaksa raksasa 74. rahmat-Nya rahmatnya 73. pascamerdeka pasca merdeka 72. pantomin pantomim 71. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 61. m/s : 8/9 pekej pakej 90. usahasama usaha sama 89. urusetia urus setia 88. ulang alik ulang-alik 87. taukeh tauke 86. tauge taugeh 85. tata susila tatasusila 84. tata nama tatanama 83. tali –temali tali temali 82. tidak berlampu tak berlampu 81. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 62. m/s : 9/9 zohor zuhur 100. Yang Di Pertua Yang Dipertua 99. ke X ke – X 98. walau pun walaupun 97. vokasyenal vokasional 96. tatatertib tata-tertib 95. sanwic sandwic 94. sateria sastria 93. ramah tamah ramah- tamah 92. ruang niaga ruang- niaga 91. RUJUKAN JAWAPAN KATA ( B ) KATA ( A ) BIL.
  • 63. Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Morfologi Bahasa Melayu Golongan Kata Bahasa Melayu Sintaksis Bahasa Melayu Pembentukan Ayat ( Ketebalan 582 muka surat ) PERMASALAHAN BAHASA a. Kesalahan bahasa b. Kesalahan ayat c. Kesalahan kata Kamus Dewan Edisi ke – 4 (2005) 82900 kata masukan (entri) 5848 kata masukan baru 1817 muka surat Cetakan pertama 1970
  • 64. Yang kurik itu kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa "Sesungguhnya segala kecantikan dan keindahan itu datangnya daripada Allah s.w.t dan sebarang kekurangan dan kelemahan itu sepanjang pertemuan ini adalah daripada kedaifan saya sendiri. . . Sekian, terima kasih.