SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
1
PERLEMBAGAAN
KELAB PENCINTA HAIWAN
2
PERLEMBAGAAN KELAB PENCINTA HAIWAN
FASAL 1: NAMA
Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Pencinta Haiwan atau dengan nama
inggerisnya ialah ‘Animal Lover Club’. Dalam perlembagaan ini, Kelab Pencinta
Haiwan diringkaskan dan disebut sebagai Kelab.
FASAL 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN
2.1 Alamat Berdaftar:
Sekolah Kebangsaan Taman Kenari,
Taman Kenari,
09000 Kulim, Kedah.
2.2 Alamat pendaftaran dan alamat surat-menyurat ini tidak boleh diubah tanpa
kelulusan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran
bertulis daripada Pendaftar.
FASAL 3: TUJUAN
Penubuhan Kelab ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid dalam
membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang manusia secara seimbang dan
menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial. Kelab
Pencinta Haiwan ini juga dapat menjadi platform murid untuk menyalurkan rasa
tekanan kurikulum murid melalui penglibatan kokurikulum.
3
Dengan adanya penubuhan Kelab yang menjaga kebajikan haiwan seperti ini,
murid-murid akan lebih menghargai dan mempunyai kesedaran tentang kewujudan
haiwan di muka bumi ini. Selain itu, Kelab ini yang menekankan aktiviti dalaman serta
penerokaan luar juga dapat melahirkan modal insan kompeten yang menjadi teras
pembangunan kemajuan negara Malaysia seperti yang dimatlamatkan Wawasan
2020.
FASAL 4: OBJEKTIF
Penubuhan Kelab Pencinta Haiwan mempunyai objektif seperti berikut:
1. Menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para murid terhadap haiwan-haiwan di
muka bumi tanpa sebarang diskriminasi.
2. Melahirkan murid yang mahir dan mengenali spesies haiwan yang wujud serta
habitat tertentu.
3. Memastikan murid dapat menyemai sifat berani dalam diri untuk berjinak-jinak
dengan spesies selain manusia.
4. Menyediakan platform untuk murid mendekati dan membela nasib haiwan terbiar
dalam kawasan sekolah dan kawasan berhampiran sekolah.
5. Menerapkan semangat kerjasama antara murid dan kesukarelawanan dalam
menjalankan aktiviti kebajikan untuk memberi makan kepada haiwan yang
memerlukan.
FASAL 5: KEAHLIAN
5.1 Syarat-syarat Asas
5.1.1 Merupakan murid Tahap Dua (berumur tidak kurang dari 9 tahun dan
tidak lebih daripada 12 tahun).
5.1.2 Warganegara Malaysia dan warga sekolah Sekolah Kebangsaan
Taman Kenari.
4
5.1.3 Ahli-ahli menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan
dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan
kelab ini.
5.2 Pendaftaran Ahli
5.2.1 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan dan menyerahkan kepada Setiausaha Kelab.
5.2.2 Membayar Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan dan Yuran Bulanan
sebagaimana ketetapan perlembagaan.
FASAL 6: KEWANGAN DAN YURAN
6.1 Kewangan
6.1.1 Sumber kewangan Kelab boleh diperoleh melalui:
(a) yuran tahunan dan penalti kemasukan semula ahli;
(b) derma dan tajaan guru atau pihak luar;
(c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang dibenarkan;
(d) hasil-hasil perniagaan kelab; dan
(e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
6.1.2 Pendapatan Kelab yang diperoleh hendaklah digunakan untuk
mencapai objektif penubuhan Kelab.
6.1.3 Semua cek pembayaran Kelab hendaklah ditandatangani oleh
Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha.
6.1.4 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 200
pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti
dimasukkan ke dalam akaun Kelab.
6.1.5 Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember
pada tiap-tiap tahun.
5
6.2 Yuran
6.2.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran, yuran bulanan dan
tahunan kepada Bendahari Kelab seperti berikut:
Jenis Yuran Jumlah (RM)
Yuran Pendaftaran RM 5.00
Yuran Bulanan RM 1.00
Yuran Tahunan RM 2.00
6.2.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan pada ketetapan sebelum 28
Februari.
6.2.3 Kegagalan menjelaskan Yuran Tahunan akan menyebabkan tidak
dapat menyertai Mesyuarat Agung Tahunan sebagai perwakilan atau
bertanding sebarang jawatan mahupun pengundi.
6.2.4 Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh satu tahun
menyebabkan keahliannya terbatal.
6.2.5 Ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula,
hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan
bayaran yuran pendaftaran dan yuran tahunan untuk tahun tersebut.
Penerimaan semula keahlian ini tertakluk kepada kelulusan
Jawatankuasa Induk.
6
FASAL 7: LOGO
Logo Kelab Pencinta Haiwan
Logo yang berlatarbelakangkan bentuk perisai menunjukkan keutuhan kelab
yang akan bersama-sama melindungi dan mempertahankan hak-hak haiwan di muka
bumi ini sama ada yang terpelihara ataupun haiwan liar. Warna hijau dipilih untuk
menghiasi perisai kerana warna hijau dapat keadaan semulajadi seperti kehidupan,
pokok dan hutan, keseimbangan dan kedamaian. Secara psikologinya, warna hijau ini
juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti yang realistik dan saintifik.
Pada bahagian atas sekali logo, adanya sebuah bentuk ala kain rentang
berwarna ungu dengan tulisan bertulis Kelab Pencinta Haiwan. Warna ungu pada
bentuk tersebut menekankan tentang pengetahuan, kecerdasan dan kehormatan. Hal
ini kerana tujuan kelab ini ditubuhkan bukan semata-semata untuk membela nasib
haiwan, tetapi mengajar murid mengenal haiwan dengan lebih mendalam. Selain itu,
murid juga diajar untuk menghormati hidupan haiwan di muka bumi ini kerana haiwan
juga mempunyai hak untuk hidup aman di dunia ini.
Gambar enam ekor haiwan berbeza menunjukkan enam jenis spesies haiwan
yang terdapat di bumi ini iaitu ikan, burung, mamalia, reptilia, amfibia dan vertebrata.
Seekor ikan mewakili spesies ikan, burung mewakili spesies burung, kucing pula
mewakili spesies mamalia, ular mewakili spesies reptilia, katak mewakili spesies
amfibia dan tulang mewakili semua haiwan vertebrae iaitu haiwang yang mempunyai
tulang belakang. Semua haiwan tersebut diwarnakan dengan warna hitam kerana
7
ingin menunjukkan tiada diskriminasi terhadap haiwan tertentu. Semua haiwan akan
disayangi dan dilindungi sama rata.
Bulatan merah jambu yang berada di tengah bentuk perisai menunjukkan
semangat, keberanian dan kekuatan ahli-ahli kelab yang akan sentiasa bekerjasama
membela nasib haiwan-haiwan di dunia ini. Warna merah jambu juga dapat dikaitkan
dengan rasa sayang dan cinta terhadap haiwan. Gambar bekas makanan yang
disertakan bentuk cap tapak kaki haiwan tersebut menunjukkan sebahagian daripada
usaha utama kelab yang akan cuba untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan
yang memerlukan makanan. Pada bahagian kiri bulatan terdapat selempang dengan
#AnimalAwareness yang memfokuskan tentang kesedaran tentang haiwan.
8
FASAL 8: LAGU
Hei...
Haiwan-haiwan di muka bumi,
Akan cuba untuk kuselami,
Melihat dunia dari pandanganmu,
Stereo dan monoskopik…
Woi...
Mana boleh menyerah,
Ayuh kita lindungi semua haiwan,
Haiwan juga perlukan kasih sayang,
Sepertimu...
Terdapat enam spesies utama haiwan,
Burung-ikan-vertebrata,
Mamalia-reptilia-amfibia,
Kita perlu sedar,
Bukan manusia sahaja yang hidup di
bumi ini,
Jangan dilupakan,
Sebenarnya kita juga spesies haiwan,
Hiya-hiya-hiya...
9
FASAL 9: PERATURAN
9.1 Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas Kelab.
9.2 Peraturan khas yang ditetapkan dan diluluskan oleh Guru Pemimpin
hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
FASAL 10: PEMAKAIAN
10.1 Semua ahli Kelab diwajibkan memakai pakaian yang sesuai dan sopan pada
setiap aktiviti Kelab.
10.2 Pakaian yang disyorkan ialah baju sukan sekolah atau baju-T putih, seluar
panjang gelap dan berkasut sukan. Sekiranya ada baju Kelab, baju Kelab
mestilah dipakai setiap kali perjumpaan atau aktiviti.
10.3 Ketika aktiviti penerokaan luar dijalankan, murid digalakkan untuk memakai
topi hitam.
FASAL 11: KEHADIRAN
11.1 Ahli mestilah hadir pada hari aktiviti dengan membawa Buku Rekod
Kehadiran Kokurikulum.
11.2 Kegagalan berbuat demikan sebanyak 3 kali berturut-turut akan
dimaklumkan kepada ibu bapa secara bertulis.
11.3 Peratus kehadiran perlulah sekurang-kurangnya 70%.
10
FASAL 12: JAWATANKUASA
12.1 Jawatankuasa Penaja
Penaung : Puan Hajah Latifah Binti Haji Awang nama gb
Penasihat : Puan Norisyah Binti Dan pk koko
Pengerusi : Fahmi Syafiq Bin Selamat
Naib Pengerusi : Aimi Athirah Binti Abdul Haris
Setiausaha : Norsyazwina Binti Abdul Kahar
Penolong Setiausaha : Muhammad Aiman Bin Mustaffa
Bendahari : Siti Solehah Munirah Binti Ahmad Syukri
12.2 Jawatankuasa Induk
Penaung : Guru Besar SK Taman Kenari
Penasihat : Penolong Kanan Kokurikulum
Pengerusi : Guru Penasihat Persatuan
Naib Pengerusi : Murid Tahun 6
Setiausaha :
Penolong Setiausaha :
Bendahari :
Penolong Bendahari :
12.3 Jawatankuasa Kerja
AJK Tahun 3 :
AJK Tahun 4 :
AJK Tahun 5 :
AJK Tahun 6 :
AJK Keselamatan :
11
AJK Makanan :
AJK Aktiviti :
AJK Pengurusan Tempat :
AJK Pengangkutan :
AJK Dokumentasi :
FASAL 13: SPESIFIKASI TUGAS
Bil. Jawatan Tugas
1. Penaung dan
Penasihat
Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang
aktif dalam pengendalian persatuan, tetapi nasihat
mereka akan diminta jika diperlukan.
2. Pengerusi  Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan
yang sewajarnya.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Penasihat dari masa ke masa.
3. Naib Pengerusi  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diberi.
 Mengetuai mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
Penasihat dari masa ke masa.
4. Setiausaha  Bekerja dalam satu pasukan bersama AJK lain.
 Menguruskan surat-menyurat.
 Menghebahkan maklumat dan pekeliling.
12
 Memanggil mesyuarat sekiranya perlu.
 Mencatat minit mesyuarat.
 Membantu pengerusi merancang dan menyelaras
aktiviti.
 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan Kelab.
 Mencatat kehadiran ahli.
5. Penolong
Setiausaha
Membantu Setiausaha dan memangku jawatan tersebut
apabila ketiadaan Setiausaha.
6. Bendahari  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Kelab.
 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan
semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di
atas kesahihannya.
 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan
tahunan serta menandatanganinya.
 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta
di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7. Penolong
Bendahari
Membantu Bendahari dan menjalankan tugas-tugas
Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
8. Ahli Jawatankuasa
Tahun
Membantu menjalankan tugas dalam segala program
dan aktiviti yang dilaksanakan.
9. AJK Keselamatan  Memastikan semua ahli tidak tertinggal sewaktu
menjalankan aktiviti.
 Memastikan setiap ahli memberi kerjasama.
10. AJK Makanan Merancang dan menyediakan kos perbelanjaan untuk
keperluan makanan.
11. AJK Aktiviti  Memastikan peralatan/bahan/barang yang
diperlukan untuk menjalankan sesebuah aktiviti ada.
 Memastikan aktiviti berjalan mengikut perancangan.
13
12. AJK Pengurusan
Tempat
 Merancang dan menempah tempat perjumpaan atau
aktiviti sekiranya perlu.
 Memastikan tempat aktiviti dijalankan bersih selepas
perjumpaan selesai.
13. AJK Pengangkutan Mengganggarkan kos perbelanjaan pengangkutan ke
sesuatu tempat.
14. AJK Dokumentasi  Mengambil gambar dan video untuk dijadikan
laporan dokumentasi projek.
 Mengumpulkan minit mesyuarat untuk dimasukkan
ke dalam laporan akhir projek.
 Membuat laporan akhir projek sebagai
kenang-kenangan.
FASAL 14: PEMBUBARAN
14.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung Khas dan dengan
keputusan oleh Dua Pertiga (2/3) daripada ahli Kelab yang layak mengundi.
14.2 Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Kelab hendaklah dijelaskan dan baki wang
yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh
Mesyuarat Agung.
14.3 Keputusan pembubaran perlulah dimaklumkan kepada Pendaftar dalam
tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu melalui Borang PPB
06 beserta Minit Mesyuarat Agung Khas.
14.4 Adalah menjadi kewajipan Pengerusi dan Bendahari menyerahkan kepada
Setiausaha segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya berserta
dengan penyata kira-kira yang dimiliki daripada tarikh akhir pengemukaan
penyata kira-kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

More Related Content

Similar to Perlembagaan Penubuhan Kelab: Kelab Pencinta Haiwan

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Jamaludin Mohamad Nawi
 
Perlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepakPerlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepak
Razuna Othman
 
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moralPerlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
EFFY HARIDTH
 
Perlembagaan pertubuhan pengakap kanak
Perlembagaan pertubuhan pengakap kanakPerlembagaan pertubuhan pengakap kanak
Perlembagaan pertubuhan pengakap kanak
wahida32
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
Sharon Er
 
Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuan
Aurakaya6966
 
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahPenubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Abdullah Kadir
 

Similar to Perlembagaan Penubuhan Kelab: Kelab Pencinta Haiwan (20)

Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
Perlembagaan PRISMA KUIS
Perlembagaan PRISMA KUISPerlembagaan PRISMA KUIS
Perlembagaan PRISMA KUIS
 
Perlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepakPerlembagaan kelab bola sepak
Perlembagaan kelab bola sepak
 
Kertas kerja icc
Kertas kerja iccKertas kerja icc
Kertas kerja icc
 
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moralPerlembagaan persatuan pendidikan moral
Perlembagaan persatuan pendidikan moral
 
Perlembagaan pertubuhan pengakap kanak
Perlembagaan pertubuhan pengakap kanakPerlembagaan pertubuhan pengakap kanak
Perlembagaan pertubuhan pengakap kanak
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2Pengurusan Kokurikulum sk bb2
Pengurusan Kokurikulum sk bb2
 
Persatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docxPersatuan Bhs Ing.docx
Persatuan Bhs Ing.docx
 
Kertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negaraKertas kerja kelab rukun negara
Kertas kerja kelab rukun negara
 
4. perlembagaan
4. perlembagaan4. perlembagaan
4. perlembagaan
 
Perlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuanPerlembagaan persatuan
Perlembagaan persatuan
 
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_strAktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
Aktiviti kokurikulum konsep_matlamat_str
 
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdfStruktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
Struktur organisasi & peraturan (BRAVO 5).pdf
 
Tugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaanTugasan 1 perlembagaan
Tugasan 1 perlembagaan
 
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH KOKURIKULUM DI SEKOLAH
KOKURIKULUM DI SEKOLAH
 
3 perlembagaan persatuan
3 perlembagaan persatuan3 perlembagaan persatuan
3 perlembagaan persatuan
 
Perlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktpPerlembagaan pibg sktp
Perlembagaan pibg sktp
 
Piagam SRIHBP
Piagam SRIHBPPiagam SRIHBP
Piagam SRIHBP
 
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendahPenubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
Penubuhan sukan dan permainan sekolah rendah
 

More from rosedainty

EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
rosedainty
 

More from rosedainty (20)

Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
Quiz Guess the Country (English Year 2; At the Beach)
 
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
Ujian Sumatif 2 Sains Tahun 3 (Latihan Pengukuhan)
 
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
EDUP3083 Slaid Perbahasan: Cabaran Terhadap Pencapaian Standard Kualiti Pendi...
 
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni VisualSDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
SDDK3013 Konsep & 4 Bidang Seni Visual
 
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & PenganodanSCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
SCES3163 Esei Kegunaan Elektrolisis: Pengekstrakan Logam & Penganodan
 
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
Laporan Pelaksanaan Internship: Witch Cupboard (Asid & Alkali)
 
Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)Jurnal Internship (Minggu 4)
Jurnal Internship (Minggu 4)
 
Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)Jurnal Internship (Minggu 3)
Jurnal Internship (Minggu 3)
 
Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)Jurnal Internship (Minggu 2)
Jurnal Internship (Minggu 2)
 
Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)Jurnal Internship (Minggu 1)
Jurnal Internship (Minggu 1)
 
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet ReliefBahan Relief: 100 Worksheet Relief
Bahan Relief: 100 Worksheet Relief
 
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur ClothespinBahan Relief: Dinosaur Clothespin
Bahan Relief: Dinosaur Clothespin
 
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: TumbuhanNota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
Nota Digital Sains Tahun 3: Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas TumbuhanSCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
SCES3013 Amali 4: Ransangan dan Gerak Balas Tumbuhan
 
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk FotosintesisSCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
SCES3013 Amali 3: Keperluan Cahaya Untuk Fotosintesis
 
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi HaiwanSCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
SCES3013 Amali 2: Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan
 
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian MakananSCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
SCES3013 Amali 1: Ujian Makanan
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
PRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei InovasiPRKA3012 Esei Inovasi
PRKA3012 Esei Inovasi
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 

Perlembagaan Penubuhan Kelab: Kelab Pencinta Haiwan

  • 2. 2 PERLEMBAGAAN KELAB PENCINTA HAIWAN FASAL 1: NAMA Kelab ini dikenali dengan nama Kelab Pencinta Haiwan atau dengan nama inggerisnya ialah ‘Animal Lover Club’. Dalam perlembagaan ini, Kelab Pencinta Haiwan diringkaskan dan disebut sebagai Kelab. FASAL 2: ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN 2.1 Alamat Berdaftar: Sekolah Kebangsaan Taman Kenari, Taman Kenari, 09000 Kulim, Kedah. 2.2 Alamat pendaftaran dan alamat surat-menyurat ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan dan hanya boleh dikuatkuasakan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pendaftar. FASAL 3: TUJUAN Penubuhan Kelab ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid dalam membina kualiti peribadi dan nilai sebagai seorang manusia secara seimbang dan menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek serta sosial. Kelab Pencinta Haiwan ini juga dapat menjadi platform murid untuk menyalurkan rasa tekanan kurikulum murid melalui penglibatan kokurikulum.
  • 3. 3 Dengan adanya penubuhan Kelab yang menjaga kebajikan haiwan seperti ini, murid-murid akan lebih menghargai dan mempunyai kesedaran tentang kewujudan haiwan di muka bumi ini. Selain itu, Kelab ini yang menekankan aktiviti dalaman serta penerokaan luar juga dapat melahirkan modal insan kompeten yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia seperti yang dimatlamatkan Wawasan 2020. FASAL 4: OBJEKTIF Penubuhan Kelab Pencinta Haiwan mempunyai objektif seperti berikut: 1. Menyemai dan mengukuhkan rasa cinta para murid terhadap haiwan-haiwan di muka bumi tanpa sebarang diskriminasi. 2. Melahirkan murid yang mahir dan mengenali spesies haiwan yang wujud serta habitat tertentu. 3. Memastikan murid dapat menyemai sifat berani dalam diri untuk berjinak-jinak dengan spesies selain manusia. 4. Menyediakan platform untuk murid mendekati dan membela nasib haiwan terbiar dalam kawasan sekolah dan kawasan berhampiran sekolah. 5. Menerapkan semangat kerjasama antara murid dan kesukarelawanan dalam menjalankan aktiviti kebajikan untuk memberi makan kepada haiwan yang memerlukan. FASAL 5: KEAHLIAN 5.1 Syarat-syarat Asas 5.1.1 Merupakan murid Tahap Dua (berumur tidak kurang dari 9 tahun dan tidak lebih daripada 12 tahun). 5.1.2 Warganegara Malaysia dan warga sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Kenari.
  • 4. 4 5.1.3 Ahli-ahli menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan kelab ini. 5.2 Pendaftaran Ahli 5.2.1 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan dan menyerahkan kepada Setiausaha Kelab. 5.2.2 Membayar Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan dan Yuran Bulanan sebagaimana ketetapan perlembagaan. FASAL 6: KEWANGAN DAN YURAN 6.1 Kewangan 6.1.1 Sumber kewangan Kelab boleh diperoleh melalui: (a) yuran tahunan dan penalti kemasukan semula ahli; (b) derma dan tajaan guru atau pihak luar; (c) bantuan dari kerajaan atau badan-badan yang dibenarkan; (d) hasil-hasil perniagaan kelab; dan (e) sumber-sumber lain yang dibenarkan oleh undang-undang negara. 6.1.2 Pendapatan Kelab yang diperoleh hendaklah digunakan untuk mencapai objektif penubuhan Kelab. 6.1.3 Semua cek pembayaran Kelab hendaklah ditandatangani oleh Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha. 6.1.4 Bendahari boleh menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 200 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mesti dimasukkan ke dalam akaun Kelab. 6.1.5 Tahun kewangan Kelab ini ialah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun.
  • 5. 5 6.2 Yuran 6.2.1 Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran, yuran bulanan dan tahunan kepada Bendahari Kelab seperti berikut: Jenis Yuran Jumlah (RM) Yuran Pendaftaran RM 5.00 Yuran Bulanan RM 1.00 Yuran Tahunan RM 2.00 6.2.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan pada ketetapan sebelum 28 Februari. 6.2.3 Kegagalan menjelaskan Yuran Tahunan akan menyebabkan tidak dapat menyertai Mesyuarat Agung Tahunan sebagai perwakilan atau bertanding sebarang jawatan mahupun pengundi. 6.2.4 Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh satu tahun menyebabkan keahliannya terbatal. 6.2.5 Ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran dan yuran tahunan untuk tahun tersebut. Penerimaan semula keahlian ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Induk.
  • 6. 6 FASAL 7: LOGO Logo Kelab Pencinta Haiwan Logo yang berlatarbelakangkan bentuk perisai menunjukkan keutuhan kelab yang akan bersama-sama melindungi dan mempertahankan hak-hak haiwan di muka bumi ini sama ada yang terpelihara ataupun haiwan liar. Warna hijau dipilih untuk menghiasi perisai kerana warna hijau dapat keadaan semulajadi seperti kehidupan, pokok dan hutan, keseimbangan dan kedamaian. Secara psikologinya, warna hijau ini juga sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti yang realistik dan saintifik. Pada bahagian atas sekali logo, adanya sebuah bentuk ala kain rentang berwarna ungu dengan tulisan bertulis Kelab Pencinta Haiwan. Warna ungu pada bentuk tersebut menekankan tentang pengetahuan, kecerdasan dan kehormatan. Hal ini kerana tujuan kelab ini ditubuhkan bukan semata-semata untuk membela nasib haiwan, tetapi mengajar murid mengenal haiwan dengan lebih mendalam. Selain itu, murid juga diajar untuk menghormati hidupan haiwan di muka bumi ini kerana haiwan juga mempunyai hak untuk hidup aman di dunia ini. Gambar enam ekor haiwan berbeza menunjukkan enam jenis spesies haiwan yang terdapat di bumi ini iaitu ikan, burung, mamalia, reptilia, amfibia dan vertebrata. Seekor ikan mewakili spesies ikan, burung mewakili spesies burung, kucing pula mewakili spesies mamalia, ular mewakili spesies reptilia, katak mewakili spesies amfibia dan tulang mewakili semua haiwan vertebrae iaitu haiwang yang mempunyai tulang belakang. Semua haiwan tersebut diwarnakan dengan warna hitam kerana
  • 7. 7 ingin menunjukkan tiada diskriminasi terhadap haiwan tertentu. Semua haiwan akan disayangi dan dilindungi sama rata. Bulatan merah jambu yang berada di tengah bentuk perisai menunjukkan semangat, keberanian dan kekuatan ahli-ahli kelab yang akan sentiasa bekerjasama membela nasib haiwan-haiwan di dunia ini. Warna merah jambu juga dapat dikaitkan dengan rasa sayang dan cinta terhadap haiwan. Gambar bekas makanan yang disertakan bentuk cap tapak kaki haiwan tersebut menunjukkan sebahagian daripada usaha utama kelab yang akan cuba untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan yang memerlukan makanan. Pada bahagian kiri bulatan terdapat selempang dengan #AnimalAwareness yang memfokuskan tentang kesedaran tentang haiwan.
  • 8. 8 FASAL 8: LAGU Hei... Haiwan-haiwan di muka bumi, Akan cuba untuk kuselami, Melihat dunia dari pandanganmu, Stereo dan monoskopik… Woi... Mana boleh menyerah, Ayuh kita lindungi semua haiwan, Haiwan juga perlukan kasih sayang, Sepertimu... Terdapat enam spesies utama haiwan, Burung-ikan-vertebrata, Mamalia-reptilia-amfibia, Kita perlu sedar, Bukan manusia sahaja yang hidup di bumi ini, Jangan dilupakan, Sebenarnya kita juga spesies haiwan, Hiya-hiya-hiya...
  • 9. 9 FASAL 9: PERATURAN 9.1 Peraturan Sekolah adalah menjadi peraturan asas Kelab. 9.2 Peraturan khas yang ditetapkan dan diluluskan oleh Guru Pemimpin hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. FASAL 10: PEMAKAIAN 10.1 Semua ahli Kelab diwajibkan memakai pakaian yang sesuai dan sopan pada setiap aktiviti Kelab. 10.2 Pakaian yang disyorkan ialah baju sukan sekolah atau baju-T putih, seluar panjang gelap dan berkasut sukan. Sekiranya ada baju Kelab, baju Kelab mestilah dipakai setiap kali perjumpaan atau aktiviti. 10.3 Ketika aktiviti penerokaan luar dijalankan, murid digalakkan untuk memakai topi hitam. FASAL 11: KEHADIRAN 11.1 Ahli mestilah hadir pada hari aktiviti dengan membawa Buku Rekod Kehadiran Kokurikulum. 11.2 Kegagalan berbuat demikan sebanyak 3 kali berturut-turut akan dimaklumkan kepada ibu bapa secara bertulis. 11.3 Peratus kehadiran perlulah sekurang-kurangnya 70%.
  • 10. 10 FASAL 12: JAWATANKUASA 12.1 Jawatankuasa Penaja Penaung : Puan Hajah Latifah Binti Haji Awang nama gb Penasihat : Puan Norisyah Binti Dan pk koko Pengerusi : Fahmi Syafiq Bin Selamat Naib Pengerusi : Aimi Athirah Binti Abdul Haris Setiausaha : Norsyazwina Binti Abdul Kahar Penolong Setiausaha : Muhammad Aiman Bin Mustaffa Bendahari : Siti Solehah Munirah Binti Ahmad Syukri 12.2 Jawatankuasa Induk Penaung : Guru Besar SK Taman Kenari Penasihat : Penolong Kanan Kokurikulum Pengerusi : Guru Penasihat Persatuan Naib Pengerusi : Murid Tahun 6 Setiausaha : Penolong Setiausaha : Bendahari : Penolong Bendahari : 12.3 Jawatankuasa Kerja AJK Tahun 3 : AJK Tahun 4 : AJK Tahun 5 : AJK Tahun 6 : AJK Keselamatan :
  • 11. 11 AJK Makanan : AJK Aktiviti : AJK Pengurusan Tempat : AJK Pengangkutan : AJK Dokumentasi : FASAL 13: SPESIFIKASI TUGAS Bil. Jawatan Tugas 1. Penaung dan Penasihat Kedua-dua jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian persatuan, tetapi nasihat mereka akan diminta jika diperlukan. 2. Pengerusi  Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.  Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke masa. 3. Naib Pengerusi  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.  Mengetuai mesyuarat semasa ketiadaan Pengerusi.  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke masa. 4. Setiausaha  Bekerja dalam satu pasukan bersama AJK lain.  Menguruskan surat-menyurat.  Menghebahkan maklumat dan pekeliling.
  • 12. 12  Memanggil mesyuarat sekiranya perlu.  Mencatat minit mesyuarat.  Membantu pengerusi merancang dan menyelaras aktiviti.  Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan Kelab.  Mencatat kehadiran ahli. 5. Penolong Setiausaha Membantu Setiausaha dan memangku jawatan tersebut apabila ketiadaan Setiausaha. 6. Bendahari  Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab.  Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.  Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.  Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 7. Penolong Bendahari Membantu Bendahari dan menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari. 8. Ahli Jawatankuasa Tahun Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. 9. AJK Keselamatan  Memastikan semua ahli tidak tertinggal sewaktu menjalankan aktiviti.  Memastikan setiap ahli memberi kerjasama. 10. AJK Makanan Merancang dan menyediakan kos perbelanjaan untuk keperluan makanan. 11. AJK Aktiviti  Memastikan peralatan/bahan/barang yang diperlukan untuk menjalankan sesebuah aktiviti ada.  Memastikan aktiviti berjalan mengikut perancangan.
  • 13. 13 12. AJK Pengurusan Tempat  Merancang dan menempah tempat perjumpaan atau aktiviti sekiranya perlu.  Memastikan tempat aktiviti dijalankan bersih selepas perjumpaan selesai. 13. AJK Pengangkutan Mengganggarkan kos perbelanjaan pengangkutan ke sesuatu tempat. 14. AJK Dokumentasi  Mengambil gambar dan video untuk dijadikan laporan dokumentasi projek.  Mengumpulkan minit mesyuarat untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek.  Membuat laporan akhir projek sebagai kenang-kenangan. FASAL 14: PEMBUBARAN 14.1 Kelab ini boleh dibubarkan dalam Mesyuarat Agung Khas dan dengan keputusan oleh Dua Pertiga (2/3) daripada ahli Kelab yang layak mengundi. 14.2 Sekiranya Kelab ini hendak dibubarkan secara yang tersebut di atas, maka segala hutang dan tanggungan Kelab hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diurus mengikut cara yang dipersetujui oleh Mesyuarat Agung. 14.3 Keputusan pembubaran perlulah dimaklumkan kepada Pendaftar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu melalui Borang PPB 06 beserta Minit Mesyuarat Agung Khas. 14.4 Adalah menjadi kewajipan Pengerusi dan Bendahari menyerahkan kepada Setiausaha segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya berserta dengan penyata kira-kira yang dimiliki daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kira-kira itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.