Unit6

25,780 views

Published on

J1003 - Teknologi Worksyop 1

Published in: Education
0 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
25,780
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
1,113
Comments
0
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Unit6

  1. 1. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 1 Dapat mengetahui jenis-jenis mesin larik dan mata alat serta berkebolehan mengendalikan mesin larik. Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Mengenali jenis-jenis mesin larik. Mengetahui fungsi bahagian-bahagian mesin larik tetengah. Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja dipegang pada mesin larik. Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat. Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata alat. Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata alat. Mengetahui langkah pengendalian kerja-kerja menggerek, menggerudi, melorek, melarik tirus, memotong ulir skru dan melarik tak sepusat. Unit 6-1
  2. 2. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 2 INPUT 6.0 PENGENALAN Mesin larik ialah satu-satunya mesin yang paling versatil dalam bengkel kejuruteraan. Walaupun pelbagai betuk mesin pelarik telah digunakan sebelum kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang boleh memotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris bernama Henry Maudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam pembinaan enjin stim kereta api rekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu pada zaman revolusi industri England.sejak dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapat mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah mesin. 6.1 JENIS-JENIS MESIN LARIK Mesin pelarik boleh dijumpai dalam beberapa bentuk dan saiz. Jenis yang terkecil digunakan dalam pengeluaran komponen kecil jam tangan sementara yang besar sekali digunakan untuk memesin syaf berat. Mesin pelarik boleh dikelaskan kepada dua kategori : Mesin Pelarik Jentera Dalam kategori ini terdapat empat jenis mesin pelarik. 6.1.1 Jenis bangku Unit 6-2
  3. 3. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 3 Mesin ini kecil dan boleh dipasang diatas bangku atau kabinet besi. Ia digunakan untuk menghasilkan kerja yang ringan dan halus. 6.1.2 Mesin pelarik piawai (mesin larik tetengah) Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran. Rajah 6.1 : Mesin larik piawai 6.1.3 Jenis toolroom Jenis mesin ini lebih persis dan digunakan dalam pembinaan Tool dan Die. Mesin ini juga dilengkapi dengan alat tambahan khas dan aksesori supaya beberapa operasi Tool dan Die boleh dilakukan. 6.1.4 Jenis gap-bed Saiz mesin ini lebih besar daripada jenis bangku. Sebahagian daripada landasannya di bawah cuk boleh ditanggalkan supaya bahan kerja atau kompenen dengan diameter yang lebih besar boleh dipegang. Jenis Mesin Pengeluaran Ada lima jenis mesin pelarik untuk kategori ini : (a) Pelarik turret pelana Pelarik turret pelana juga disebut jenis mesin pelarik turret. Mesin ini mempunyai kepala turret yang dipasang pada pelana yang bergerak diatas Unit 6-3
  4. 4. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 4 landasan. Kepala turret boleh memegang beberapa jenis mata pemotong dan boleh digunakan untuk melarik beberapa operasi tanpa memberhentikan mesin untuk menukar mata alat. (b) Pelarik kapstan Pelarik kapstan juga disebut pelarik turret pelantak. Mesin ini kecil sedikit saiznya daripada jenis pelarik turret. Ia digunakan untuk melakukan kerja- kerja sederhana dan ringan sahaja. Kepala turret mesin ini terletak diatas satu kekesot berbentuk landasan pendek. Landasan pendek ini pula menggelongsor diatas landasan utama mesin dan boleh dikunci pada sebarang kedudukan yang dikehendaki. Rajah 6.2 : Mesin pelarik kapstan (c) Pelarik automatik Jenis mesin pelarik automatik dicipta untuk pengeluaran kuantiti diantara beberapa ratus sehingga beberapa puluh ribu kompenen sehari. Semua pergerakan mata pemotong dan bahan kerja dikawal oleh sesondol (cam), sistem hidraulik atau sistem elektro mekanik. (d) Pelarik kegunaan khas Pelarik jenis ini dicipta untuk melakukan kerja-kerja khas seperti : *pelarik roda kereta api *pelarik aksel *pelarik penampang Unit 6-4
  5. 5. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 5 *pelarik menegak (e) Pelarik N.C dan C.N.C Mesin pelarik terbaru ini berfungsi dibawah kawalan komputer. Mesin ini lebih produktif dan hasil pengeluarannya lebih persis jika dibandingkan dengan mesin lain. Terdapat dua jenis mesin iaitu : *Jenis yang mempunyai turret dipasang pada landasan mesin sahaja. *Jenis yang mempunkyai dua turret dimana satu turret dipasang pada landasan dan satu lagi pada kekesot lintang. Rajah 6.3 : Mesin CNC 6.2 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN LARIK TETENGAH Bahagian-bahagian utama mesin pelarik terdiri daripada landasan, alatan hadapan, alatan belakang, kekotak gear cepat tukar dan kereta. 6.2.1 Landasan (a) Landasan adalah tulang belakang sebuah mesin pelarik. Kejituan mesin pelarik bergantung pada ketegaran, penjajaran dan ketepatan pada landasannya. (b) Bahagian atas landasan boleh berbentuk ‘V’ atau rata dan diatasnya terletak peralatan lain seperti alatan hadapan, kereta dan alatan hadapan. Unit 6-5
  6. 6. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 6 (c) Landasan diperbuat daripada besi tuangan yang bermutu tinggi. Rawatan haba kekerasan dilakukan keatasnya supaya boleh tahan haus. Rajah 6.4 : Bentuk-bentuk landasan mesin pelarik 6.2.2 Alatan hadapan (a) Bahagian ini terletak di sebelah kiri landasan mesin. (b) Spindal utama yang berbentuk satu syaf geronggang yang disokong oleh beberapa galas terletak di dalam bahagian ini. Hujunjg spindal atau muncungnya yang terkeluar daripada alatan hadapan yang berbentuk jenis tirus, jenis ulir atau jenis kekunci sesondol ( kam lock ) (c) Pada hujung spindal ini beberapa peraltan seperti cuk, piring pelarik dan tetengah hidup boleh dipasang dan digunakan untk memegang bahan kerja atau kompenen yang hendak dilarik. (d) Untuk memutarkan spindal utama, alatan hadapan mempunyai perlatan takal atau beberapa siri rangkaian gear. Alatan hadapan bergear mempunyai lebih rangkaian kelajuan dan lebih tepat putarannya jika dibandingkan dengan alatan hadapan yang bertakal. Lagipun takal boleh tergelincir bila terkena minyak dan ini menyebabkan hasil larikan yang tidak rata atau licin. 6.2.3 Alatan Belakang (a) Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakan disepanjang landasan dan juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki. Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama, badan dan tapak. Unit 6-6
  7. 7. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 7 (b) Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse. Alat pemotong bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh dipasang pada spindal tersebut. (c) Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan tetengah hidup atau mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus dengan kaedh ini. Rajah 6.5: Alatan Belakang 6.2.4 Kotak gear cepat tukar (a) Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan. Kotak ini mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk memutarkan skru pemandu atau aci penghantar. (b) Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir. Aci penghantar pula digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang tertentu secara otomatik. Unit 6-7
  8. 8. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 8 Rajah 6.6 Kotak Gear Cepat Tukar 6.2.5 Kereta (a) Sela Bahagian ini ialah tuangan berbentuk huruf H dan boleh bergerak diatas landasan. Apron dan kekesot lintang dipasang pada sela. (b) Apron Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai beberapa gear dan peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan sela dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pinan jejaring dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan apabila hendak menggerakkan kereta secara insani ( manual ). Keseluruhan bahagian kereta dan kekesott lintan boleh digerakkan secara otomatik atau insani Rajah 6.7: Bahagian Apron Unit 6-8
  9. 9. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 9 (c) Kekesot Lintang Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula dipasang diatas kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini dilonggarkan kekesot bergbung boleh dikilaskan pada sudut yang dikehendaki. Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik. Pada hujung kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapi dengan relang yang ditanda jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan dengan tepat. Rajah 6.8 : Bahagian Kekesot Lintang Unit 6-9
  10. 10. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 10 AKTIVITI 6 A 6.1 Senaraikan empat jenis mesin pelarik. 6.2 Nyatakan fungsi kotak gear cepat yang ada pada sesebuah mesin larik. 6.3 Senaraikan empat bahagian utama mesin larik. 6.4 Nyatakan dua kelebihan mesin pelarik N.C dan C.N.C. berbanding dengan mesin pelarik biasa. a. ________________________________________________ b. ________________________________________________ Unit 6-10
  11. 11. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 11 MAKLUM BALAS 6A 6.1 Mesin pelarik piawai/tetengah Mesin pelarik turret pelana Mesin pelarik kapstan Mesin pelarik N.C. dan C.N.C. 6.2 Fungsi kotak gear cepat tukar ialah untuk membuat pertukaran kelajuan PPM, menukar gerakan semasa memotong ulir skru dan membuat kadar penghantaran tertentu secara automatik. 6.3 Empat bahagian utama mesin larik ialah (a) Kereta (b) Kotak gear tukar cepat (c) Alatan belakang (d) Alatan hadapan dan (e) landasan 6.4 Dua kelebihan mesin pelarik N.C.dan C.N.C. ialah : (a) Menghasilkan kerja yang lebih produktif dan (b) hasil kerja yang dilakukan lebih persis Unit 6-11
  12. 12. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 12 6.3 KAEDAH MEMEGANG BAHAN KERJA DI MESIN LARIK 6.3.1 Kaedah memegang bahan kerja dengan bindu Jenis-jenis muncung spindal Terdapat tiga jenis muncung spindal yang biasa terdapat pada mesin pelarik. Aksesori seperti pelbagai jenis cuk dan piring pelarik dipasang pada muncung ini. Tiga jenis muncung spindal adalah : (1) Jenis berulir Muncung spindal jenis berulir biasanya terdapat pada mesin-mesin kecil dan yang lama. Ulir yang terdapat pada muncung ini biasanya dari jenis bentuk ‘V’. Satu plat penyesuai yang mempunyai ulir dalam dan bentuk yang sama, dipasang pada belakang cuk. Semasa memmasang cuk ini pada muncung spindal dua perkara yang perlu diperhatikan ialah : (a) Ulir luar dan dalam mestilah bersih. Kalau tidak pemasangan akan menjadi tidak tepat. (b) Ulir luar pada muncung spindal tidak rosak atau sumbing, kerana ini akan menyebabkan cuk tidak boleh dipasang. (2) Jenis tirus Amerika Muncung spindal ini bertirus piawai Amerika iaitu 89 mm untuk setiap 305 mm (3.5 inci untuk setiap kaki). Tirus ini tajam dan membolehkan aksesori seperti cuk dan pirin pelarik dibersih dan dipasang atau ditanggal dengan pantas. Satu kekunci pada muncung tirusdigunakan untuk menempatkan cuk atau piring pelarik pada kedudukan yang tepat. Gelang kekunci yang berulir itu pula digunakan untuk mengikat cuk pada spindal utama mesin. (3) jenis Kam-Lock Permukaan muncung spindal ini mempunyai tiga atau enam lubang telusan. Fungsi lubang ini adalah untuk menempatkan dan mengunci stad kekunci sesondol yang ada pada aksesori yang perlu dipasang. Separa putaran kam-lock akan melepaskan stad ini dan membolehkan aksesori itu dikeluarkan dengan mudah dan cepat. Dari segi penggunaan, jenis kam-lock adalah cepat jika dibandingkan dengan yang lain. Unit 6-12
  13. 13. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 13 6.3.2 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang Rajah dibawah menunjukkan tiga kaedah digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk tiga rahang. Walaubagaimanapun berhati-hatilah semasa menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam rajah (a) dan (c) kerana kaedah ini bahan kerja munngkin tergelincir keluar jika hantaran dan kedalaman pemotongan berlebihan dilakukan. Bahan kerja bulat dan berbentuk heksagon boleh dipegang dengan cuk tiga rahang. Rajah 6.9 : Kaedah Memegang Dengan Cuk Tiga Rahang 6.3.3 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang Rajah dibawah menunjukan tiga kaedah yang digunakan untuk memegang bahan kerja dengan cuk empat rahang. Bahan kerja boleh dipegang dengan lebih persis dengan cuk jenis ini dari cuk tiga rahang. Pemusatan bahan kerja secara kasar boleh dilakukan dengan bantuan lengkung sepusat yang ada pada muka cuk. Dua cara yang lebih persis adalah dengan bantuan tolok permukaan dan tolok dail. Rajah 6.10 : Kaedah Memegang Dengan Cuk Empat Rahang Unit 6-13
  14. 14. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 14 6.3.4 Kaedah memegang bahan kerja dengan cuk kolet Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahn kerja dengan cuk kolet jenis ‘draw back’. Cuk kolet ini biasanya digunakan untuk memegang dan memesin komponen-komponen yang kecil dengan cepat dan tepat. Untuk mengunci, bar penarik diputarkan dan ini menyebabkan kolet ditarik ke dalam sarung tirus. Proses ini membolehkan kolet mencengkam bahan kerja dengan lebih jitu dan tepat. Rajah 6.11 : Memegang Bahan Kerja Dengan Cuk Kolet 6.3.5 Kedah memegang dengan sangga tetap Rajah dibawah menunjukkan kaedah memegang bahan kerja dengan sangga tetap. Aksesori ini palingsesuai sekali digunakan untuk menyokong bahan kerja yang panjang dan yang perlu dimesin pada hujungnya. Biasanya bahan kerja yang ukuran panjangnya 3 kali ganda diameter perlu disokong oleh sangga atau tetengah untuk mengelak bahan kerja dari bengkok atau memegas (spring). Unit 6-14
  15. 15. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 15 Rajah 6.12 : Kaedah Memegang Dengan Sangga Tetap 6.3.6 Kaedah memegang dengan sangga bergerak Rajah dibawah menunjukkan kaedah penggunaan sangga bergerak semasa melarik bahan kerja yang panjang. Sanggabergerak mengelakkan bahan kerja memegas pada kedudukan mata alat semasa proses memesin sedang dijalankan. Amat sesuai digunakan semasa melarik selari pada bahan kerja yang berdiameter kecil dan panjang. Rajah 6.13 : Kaedah Memegang Dengan Sangga Bergerak Unit 6-15
  16. 16. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 16 6.3.7 Lelabah Rjah dibawah menunjukka sebuah lelabah (spider) dan penggunaannya. Lelabah biasanya digunakan untuk menyokong paip atau tiub yang panjang. Satu hujung dipegang pada cuk tiga rahang dan satu lagi dipasang dengan lelabah. Pada pusat lelabah terdapat lubang tetengah dimana tetengah dipasangkan. Rajah 6.14 : Lelabah 6.3.8 Kepala kekucing Rajah dibawah menunjukkan kepala kekucing. Alat ini perlu digunakan bersama dengan sangga tetap. Kepala kekucing berfungsi sebagai penyokong dan pengalas untuk syaf yang panjang. Syaf ini mungkin telah dimesin dengan jitu dan licin. Dengan penggunaan kepala kekucing permukaan syaf boleh dielak dari tercalar semasa melarik. Syaf panjang yang berbentuk heksagon juga boleh dipasang dengan kepala kekucing supaya dapat disangga dengan mudah. Rajah 6.15 : Kepala Kekucing 6.4 MEMAHAMI FUNGSI DAN JENIS-JENIS MATA ALAT Faktor yang menentukan kecekapan sebuah mesin larik ialah bentuk dan jenis mata alat yang digunakan. Bahan mata alat yang digunakan haruslah memepunyai sifat-sifat berikut: (a) Bahan mestilah keras Unit 6-16
  17. 17. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 17 (b) Mempunyai rintangan kehausan (c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong (d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik eksentrik dan larikan kasar. Diantara jenis-jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa ialah : a. Mata alat pemotongan biasa b. Mata alat melurah c. Mata alat membenang -Jenis ‘V’ -Jenis Acme -Jenis Buttres -Jenis Bersegi d. Mata alat jenis sisip (Throwaway) e. Mata alat menggerek dan sebagainya 6.5 SUDUT-SUDUT YANG ADA PADA MATA ALAT 6.5.1 SUDUT SADAK ATAS (top rake) Fungsi utama sudut ini adalah dalam pengeluaran tatal semasa larikan dibuat. (sudut ini curam positif atau negetif, lihat rajah). Sudut ini bergantung kepada jenis bahan yang dipotong. Sudut sadak atas untuk bahan lembut seperti loyang adalah lebih besar daripada misalnya bahan keluli lembut. Untuk memesin yang terlalu keras atau lembut sudut sadak atas dicadangkan bersudut negetif. Rajah 6.16 : Sudut Sadak Atas 6.5.2 SUDUT SADAK TEPI Sudut ini bergantung kepada bahan yang dilarik dan jenis operasi yang dilakukan, contohnya melarik kasar, penyudahan dan sebagainya. Sudut tepi yang besar membolehkan tatal keluar dengan mudah dan mengurangkan geseran tetapi Unit 6-17
  18. 18. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 18 melemahkan sudut pemotongan. Sudut sadak tepi yang kecil dan negetif akan memperkuatkan sudut pemotongan tetapi ini akan menjejaskan pengeluaran tatal dan akan menambahkan bebanan keatas mata alat. Rajah 6.17 : Sudut Sadak Tepi 6.5.3 SUDUT TELUSAN HADAPAN Sudut telusan hadapan mengelakan mata alat daripada menggesel bahan kerja yang dimesin. Saiz sudut ini bergantung pada kadar dataran dan diameter bahan kerja yang dimesin. Jika sudut ini terlalu kecil, mata alat akan menggesel bahan kerja dan tidak akan memotong dengan baik serta menghasilkan penyudahan yang kasar. Jika terlalu besar pula, poin mata alat akan menjadi lemah, mudah terbakar dan patah. Rajah 6.18 : Sudut Telusan Hadapan 6.5.4 SUDUT TELUSAN TEPI Sudut telusan tepi bergantung kepada kekerasan bahan yang dilarik dan kadar hantaran pemotongan. Untuk bahan kerja keluli sudutnya adalah antara 6 hingga 10 dan untuk bahan yang lebih keras suditnya adalah 4. sudut ini boleh Unit 6-18
  19. 19. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 19 dikurangkan jika berlaku gelatuk (chatter). Sebaliknya sudut ini ditambah jika berlaku getaran. Rajah 6.19 : Sudut Telusan Tepi 6.5.5 SUDUT PEMOTONG TEPI Sudut ini adalah antara 10 hingga 25 dan bergantung kepada aplikasinya, mislnya operasi jenis melarik penampang, melarik kasar dan sebagainya. Jika sudut pemotong tepi terlalu besar ini akan menyebabkan mata alat menggelatuk. 6.5.6 SUDUT PEMOTONG HUJUNG Sudut ini juga boleh berubah mengikut aplikasinya. Untuk melarik kasar suduut 5 hingga 15 digunakan. Sudut yang kecil akan memperkukuhkan hujung mata alat. Untuk melarik biasa sudutnya antara 15 hingga 30. Sudut yang besar mata alat dikilas kekiri supaya operasi melarik bahu dan larikan hampir dengan cuk boleh dilakukan. Unit 6-19
  20. 20. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 20 AKTIVITI 6 B 6.5 Nyatakan tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin pelarik. 6.6 Senaraikan tiga kelebihan menggunakan cuk empat rahang berbanding dengan cuk tiga rahang. 6.7 Senaraikan empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat. 6.8 Nyatakan empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa. 6.9 Nyatakan tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa. Unit 6-20
  21. 21. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 21 MAKLUM BALAS 6 B 6.5 Tiga jenis muncung spindal yang bisa terdapat pada mesin pelarik ialah : (a) Jenis Berulir (b) Jenis Tirus Amerika (c) Jenis Kam-Lock 6.6 Tiga kelebihan menggunakan cuk empat rahang berbanding dengan cuk tiga rahang ialah : (a) Boleh memegang bahan kerja dengan lebih persis (b) Memegang bahan kerja dengan lebih kukuh (c) Boleh memegang bahan kerja untuk melarik sipi 6.7 Empat ciri-ciri yang harus ada pada mata alat ialah : (a) Bahan yang keras (b) Mempunyai rintangan kehausan (c) Menahan sifat kekerasan pada suhu yang tinggi semasa memotong (d) Menyerap kejutan semasa melakukan operasi seperti melarik eksentri dan larikan kasar. 6.8 Empat jenis mata alat yang biasa digunakan bagi kerja-kerja melarik biasa ialah : (a) Mata alat melurah (b) Mata alat membenang (c) Mata alat menggerek dan (d) Mata alat memotong biasa. 6.9 Tiga sudut yang penting bagi sebuah mata alat biasa ialah : (a) Sudut sadak atas (b) Sudut telusan hadapan dan (c) Sudut telusan tepi. Unit 6-21
  22. 22. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 22 6.6 JENIS BAHAN MATA ALAT. 6.6.1 Keluli karbon tinggi. Keluli ini mengandungi diantara 0.9% hingga 1.2% karbon. Bahan ini murah dan mudah dibentuk menjadi mata alat seperti jenis mata alat menggerek. Kelemahannya ialah mudah terbakar dan hilang kekerasannya apabila melakukan larikan pantas atau cepat. Sesuai digunakan untuk memesin bahan lembut seperti loyang. 6.6.2 Keluli tahan lasak Bahan mata alat ini mengandungi campuran bahan-bahan berikut a. tungsten b. kromium c. vanadium d. molibdenum e. kobalt peratusan komposisi diatas akan berubah mengikut jenis bahan yang dilarik dan jenis operasinya.satu komposisi yang banyak digunakan adlaah 18% tungsten, 4% kromium dan 1% vanadium. Jenis bahan mata lat ini amat sesuai untuk larikan dalam, menahan kejutan dan mengekalkan mata pemotong yang tajam pada suhu tinggi. Kelajuan pemotongan adalah tiga kali ganda keluli karbon tinggi. 6.6.3 Tuangan aloi Jenis mata ini juga dikenali sebagai stelit dan menggandungi 25% hingga 35% kromium, 4% hingga 25% tungsten, 1% hingga 3% karbon dan bakinya kobalt. Sesuai digunakan pada ppm yang tinggi dan tidak mudah haus. Bagaimanapun ia tidak sekuat Dan Mudah retak jika dibandingkan dengan keluli tahan lasak. Kelajuan pemotongan adalah dua kali ganda keluli tahan lasak. 6.6.4 Karbida terdiri daripada dua jenis : i. Jenis yang dikimpal loyang ( brazed ) kepada batang keluli ii. Jenis yang digunakan sebagai mata alat tumpang Komposisinya adalah 82% karbida, 10% titanium dan tantulum serta 8% bahan pengikat kobalt. Bahan ini keras dan boleh melakukan pemotongan pada suhu tinggi tetapi kurang tahan lasak. Biasanya digunakan untuk memesin besi tuangan dan logam bukan ferus. Pelbagai jenis keluli juga boleh dimesindengan bahan ini. Kelajuan pemotongan adalah tiga hingga empat kali lebih keluli tahanlasak Unit 6-22
  23. 23. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 23 6.6.5 Seramik kebanyakkan dihasilkan daripada aluminium oksida. Bahan mata yang terbaru ini adalah campuran aluminium oksida dan zirkorminium oksida. Oleh kerana bahan ini sangat keras ia digunakan sebagai bahan mata alat tumpangyang digunakan untuk memesin keluli keras dan logam yang sukar di mesin oleh mata lain. Tidak memerlukan bahan penyejuk ketika melarik. Kelajuan pemotongan adalah dua kaliganda kardiba. 6.6.6 Intan. Digunakan untuk memesin logam bukan ferusdan bukan logam. Memeberikan penyudahan yang amat licin serta memesin sehingga kejituan 0.002 mm – 0.005 mm. Biasa digunakan sebagai mata alat penyudahan kerana mata alat ini mudah rapuh dan tidak tahan hentakan kuat. Terdapat dua jenis iaitu asli dan tiruan. Oleh kerana memerlukan kos yang tinggi jenis tiruan sahaja biasanya digunakan dibengkel-bengkel. 6.7 PENGENDALIAN KERJA-KERJA MENGGEREK, MENGGERUDI, MELOREK, MELARIK TIRUS, MEMOTONG ULIR SKRU DAN MELARIK TAK SEPUSAT. 6.7.1 MENGGEREK Operasi menggerek adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi. Lubang yang telah digerudi biasanya tidak sepusat dan saiz lubang luga tidak begitu tepat. Ini berlaku kerana semasa menggerudi, mata gerudi kadangkala menyeleweng apabila menemui bintik-bintik keras (hard spots) dan lubang-lubang pasir (sand holes). Untuk menghasilkan satu lubang yang lebih persis, berlokasi sepusat dengan bahan kerja dan mempunyai penyudahan yang licin, lubang tersebut perlu digerek dan kemudian diulas kesaiz yang tepat. Berikut adalah langkah pengendalian operasi menggerek : a. Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin ( 1mm hingga 2mm. b. Batang penggerek disetkan selari dengan arah hantaran yang diberikan. c. Pemilihan dan kadar hantaran bergantung pada saiz lubang, bahan yang hendak digerek, jenis bahan mata alat dan ketegaran persediaan operasi tersebut. d. Teknik dan kaedah menggerek secara konvensional akan mengalami tekanan keatas mata alat menggerek yang boleh menyebabkan bahan kerja terangkat, oleh yang demikian laraskan panjang batang mata penggerek sependek mungkin. Unit 6-23
  24. 24. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 24 Rajah 6.20 : Operasi Menggerek 6.7.2 MENGGERUDI DIMESIN PELARIK Bahan kerja yang dipegang pada cuk atau yang telah dipasang pada plat permukaan boleh digerudi dengan cepat dan tepat. Mata gerudi yang bertangkai turus boleh dipegang pada cuk gerudi dan dipasang pada tirusan dalam spindal alatan belakang. Berikut adalah langkah-langkah kerja menggerudi dimesin pelarik : a. Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan paksi mesin. b. Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin. c. Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat. d. Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam lubang alatan belakang. e. Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari badannya. f. Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin gerudi 6 mm dari bahan kerja. g. Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin. h. Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang digerudi. i. Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja. Unit 6-24
  25. 25. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 25 Rajah 6.21 : Proses Menggerudi 6.7.3 MELOREK Melorek atau dalm perkataan lain adalah membunga merupakan satu proses pembentukan corak pada sebatang silinder. Terdapat dua corak bunga, iaitu bentuk intan dan bentuk lurus. Bunga bentuk intan dibentuk pada bahagian- bahagian yang memerlukan pegangan yang tetap (tidak licin). Contohnya pemegang alat-alat pengukur. Bentuk lurus biasanya digunakan untuk menambahkan diameter silinder, dimana satu gegasan tekan diperlukan. Berikut adalah prosedur membunga/melorek dimesin pelarik : a. Bahan kerja dipegang dengan kukuh pada cuk. Jika bahan kerja panjang, sokongkannya dengan tetengah mati. Jika lebih panjang lagi sokongkannya dengan sangga tetap ditengah. b. Setkan alat membunga ditiang mata alat dengan pusat alat membunga sama tinggi dengan poin tetengah mati. c. Laraskan kedudukan mata alat membunga bersudut tepat dengan paksi benda kerja. d. Tankdakan bahagian yang hendak dibunga pada bahan kerja. e. Setkan kelajuan mesin ¼ dari PPM yang biasa digunakan dan pilih kadar hantaran yang perlahan. f. Laraskan kereta kehujung bahan kerja sehingga hanya setengah dari muka roda bunga sahaja terkena pada bahan kerja. g. Gerakkan kekesot lintang dan kenakan roda bunga pada permukaan bahan kerja. h. Hidupkan mesin dan beri kedalaman pemotongan 0.5 mm kepada bahan kerja atau sebelum menghidupkan mesin. i. Hentikan mesin dan lihat keadaan corak yang dibentuk. j. Gunakan pelincir pemotong untuk mengurangkan geseran dan membolehkan tatal keluar dengan mudah. k. Gunakan hantaran automatik untuk menyiapkan proses membunga. Unit 6-25
  26. 26. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 26 Rajah 6.22 : Proses Melorek 6.7.4 MELARIK TIRUS Tirusan boleh dikatakan sebagai perubahan seragam diameter bahan kerja diukur selari dengan paksinya. Gegasa tiorusan adalah satu amalan pasangan yang popular kerana dengan kaedah ini komponen-komponen yang tirus boleh dipasang dan diceraikan dengan cepat dan tepat. Kaedah tirusan ini boleh dilihat pada pemasangan alat-alat seperti gerudi, tetengah, pelulas dan lain-lain. Terdapat empat kaedah membuat penirusaan iaitu menggunakan mata alat yang dibentuk tirus, me ggunakan kekesot bergabung, mengofset alatan belakang dan menggunakan pesawat pelarik tirus. Berikut adalah salah satu prosedur membuat larikan tirusan dengan menggunakan kekesot bergabung : a. Periksa lukisan dan dapatkan sudut tirusan yang perlu dipotong. b. Longgarkan nat kunci pada kekesot bergabung. c. Kilaskan kekesot bergabung kepada sudut tirusan yang perlu dipotong. Peringatan : kekesot bergabung hanya disetkan kepada separuh sudut kandungan tirusan. d. Ketatkan nat pengunci kekesot kergabung. Berhati-hati semasa mengetatkan nat pengunci ini kecil dan mudah rosak jika kuasa berlebihan digunakan. e. Set mata alat tepat pada tinggi paksi mesin. f. Dengan menggerakkan kereta dan kekesot lintang, bawa mata alat dekat dengan bahan kerja. g. Mula potongan tirusan dengan menggerakkan tuil penghantar skru kekesot bergabung. h. Periksa sudut tirusan yang dipotong dan jika betul siapkan kepada saiz yang dikehendaki. Unit 6-26
  27. 27. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 27 Rajah 6.23 : Tiga Persedian Untuk Larikan Tirusan Dengan Pengilasan Kekesot Bergabung 6.7.5 MEMOTONG ULIR SKRU Mesin –mesin yang baru sekarang tidak perlu lgi dikira dan dipasang dengan rangkaian-rangkaian gear. Walau bagaimanapun tiga lagi bahagian mesin perlu dipelajari sebelum boleh memotong ulir skru dimesin pelarik. Tiga bahagian itu adalah : i. Kotak gear Fungsi utama kotak gear adalah untuk membolehkan pemilihan pc-pic yang perlu dipotong dengan cepat. ii. Pedoman ulir skru Unit ini dipasang disebelah kereta dan mempunyai gear belitan yang dipasang pada skru pemandu. iii. Nat belah Ia boleh dibuka dan dipasang pada skru pemandu melalui mekanisma alur sesondol. Apabila dicantumkan gerakan berputar skru pemandu ditukarkan kepada gerakan linear. Berikut adalah tatacara mengulir dimesin pelarik bagi memotong benang kanan : a. Setkan mesin sesuai unktuk memotong pic yang diperlukan. b. Setkan mata alat pada ketinggian paksi mesin. Dengan menggunakan tolok tetengah laraskan mata alat supaya berkedudukan bersudut 90 dengan paksi bahan kerja. Unit 6-27
  28. 28. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 28 c. Pilih PPM yang tepat untuk mengulir. Biasanya pada PPM 1/3 dari yang biasa digunakan untuk kerja melarik. d. Hidupkan mesin dan kenakan mata alat pada bahan kerja. e. Hetikan mesin. Setkan dial senggatan kekesot lintang dan kekesot bergabung kepada 0. f. Undurkan mata alat dan kembalikannya kepermulaan seperti dalam langkah (b). berikan suapan 0.2 mm. g. Lihat dial pada pedoman dan pasang nat belah pada kedudukan yang tepat sebelum mula memotong. h. Hentikan mesin dan periksa pic yang dipotong dengan tolok pic. i. Undurkan mata alat dan bawa mata alat kepermulaan ulir (langkah (d) dan (e) ). j. Ulang operasi pemotongan sehingga ulir skru itu cukup dalam dan licin. Periksa pemasangan dan gegasan dengan tolok atau nat jodohnya. Rajah 6.24 : Prosedur Memotong Ulir Vee 6.7.6 MELARIK TAK SEPUSAT Terdapat dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi iaitu dengan menggunakan cuk empat rahang dan kaedah memegang bahan kerja diantara tetengah. Berikut adalah langkah kerja melarik sipi dengan cuk empat rahang : i. Buat penandaan pada sebelah permukaan bahan kerja. j. Pegang bahan kerja pada cuk empat rahang. Bawa tetengah alatan belakang rapat dengan bahan kerja sehingga tetengah menyentuh titik tengah sipi yang telah ditandakan. k. Kunci rahang cuk dengan ringan supaya kedudukan bahan kerja tidak berubah. l. Periksa dan laraskan posisi bahan kerja supaya panjang sipi yang perlu dilarik itu keluar dari rahang untuk dimesin. m. Kunci semua rahang dengan kuat.keluarkan alatan belakang. Unit 6-28
  29. 29. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 29 n. Pegang mata alat yang sesuai dan laraskannya pada ketinggian paksi mesin. o. Pilih PPM yang sesuai, biasanya 1/3 dari PPM biasa. Kelajuan PPM boleh ditambah bila larikan sipi hampir siap. p. Larik sipi secara kasar dengan meninggalkan 0.75 mm untuk larikan penyudahan. q. Tukar mata alat untuk lakukan larikan penyudahan. Pastikan panjang sipi itu berukuran tepat dengan melarik penampang. r. Keluarkan bahan kerja dan lakukan penyudahan. Rajah 6.25 : Melarik Sipi Unit 6-29
  30. 30. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 30 AKTIVITI 6 C 6.10 Senaraikan empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik. 6.11 Senaraikan lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat keluli tahan lasak. 6.12 Senaraikan lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah selain daripada melarik penampang dan melarik selari. 6.13 Nyatakan dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi. 6.14 Mengapakah mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin (1 mm hingga 2 mm). Unit 6-30
  31. 31. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 31 MAKLUM BALAS 6 C 6.10 Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah : (a) Keluli karbon tinggi (b) Keluli tahan lasak (c) Karbida (d) Intan (e) Seramik 6.11 Lima jenis bahan campuran yamg ada pada sebatang mata alat keluli tahan lasak ialah : (a) Tungsten (b) Kromiun (c) Vanadium (d) Molibdenum (e) Kobalt 6.12 Lima kerja-kerja yang boleh dijalankan dimesin pelari tetengah selain daripada melarik penampang dan melarik selari ialah : (a) Menggerudi (b) Menggerek (c) Melorek (d) Memotong ulir skru (e) Melarik tirus Unit 6-31
  32. 32. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 32 6.13 Dua kaedah untuk melarik tak sepusat/melarik sipi ialah : (a) Dengan menggunakan kaedah cuk empat rahang dan (b) Kaedah memegang bahan kerja diantara tetengah. 6.14 Mata alat menggerek disetkan lebih tinggi sedikit dari paksi mesin (1 mm hingga 2 mm) bertujuan untuk memberikan dua kelebihan iaitu : i. Tekanan ke bawah mengurangkan kedalaman pemotongan dan dengan itu mengelakan mata alat dari termasuk kedalam bahan kerja. ii. Memberikan ruang yang lebih di bawah mata alat penggerek dan ini mengurangkan kesesakan tatal di bawah batang penggerek. Unit 6-32
  33. 33. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 33 PENILAIAN KENDIRI 1. Namakan lima bahagian utama pada mesin pelarik. 2. Nyatakan berapakah kelajuan PPM untuk membuat proses melorek. 3. Namakan dua corak bunga untuk proses melorek yamg biasa digunakan. 4. Senaraikan tiga peralatan mesin yang mempunyai tirus. 5. Nyatakan tiga kaedah melarik tirus dimesin pelarik. 6. Senaraikan empat jenis mata alat membenang. 7. Senaraikan tiga kaedah memegang benda kerja di mesin pelarik. 8. Lakar dan lebelkan sudut-sudut yang ada pada mata alat biasa. 9. Senaraikan langkah kerja bagi melakukan proses menggerudi dimesin pelarik. 10. Senaraikan empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik. Unit 6-33
  34. 34. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 34 MAKLUM BALAS 1. Lima bahagian utama pada mesin pelarik ialah : (a) Landasan (d) Kereta (b) Alatan Hadapan (e) kotak Gear Cepat Tukar (c) Alatan Belakang 2. Kelajuan PPM untuk membuat proses melorek ialah ¼ daripada kelajuan yang biasa digunakan dengan kadar hantaran yang perlahan. 3. Dua corak bunga untuk proses melorek yamg biasa digunakan ialah mata bentuk intan dan mata bentuk lurus. 4. Tiga peralatan mesin yang mempunyai tirus ialah (a) Spindal (b) Alatan Belakang (c) Tetengah 5. Tiga kaedah melarik tirus dimesin pelarik ialah : (a) Ofset Alatan Belakang (b) Kilaskan Kekesot Bergabung (c) Pesawat Pelarik Tirus 6. Empat jenis mata alat membenang ialah : (a) Jenis ‘V’ (b) Acme (c) Buttres (d) Bersegi 7. Tiga kaedah memegang benda kerja di mesin pelarik ialah : (a) Menggunakan Cuk Kolet (b) Menggunakan Cuk Empat Rahang (c) Menggunakan Cuk Tiga Rahang Unit 6-34
  35. 35. MESIN LARIK J 1003 / 6/ 35 8. Lakar dan lebelkan sudut-sudut yang ada pada mata alat biasa. Sudut sadak tepi Sudut telusan tepi 9. Langkah kerja bagi melakukan proses menggerudi dimesin pelarik ialah : Buat penjajaran supaya tetengah hidup dan tetengah mati selari dengan paksi mesin. Pasang bahan kerja .yang telah ditampang pada cuk mesin. Gerudi lubang permulaan dengan lubang pusat. Pasang gerudi yang tepat pada cuk gerudi dan masukkannya kedalam lubang alatan belakang. Hulurkan spindal alatan belakang tidak melebihi 25 mm dari badannya. Bawa alatan belakang hampir dengan bahan kerja sehingga poin gerudi 6 mm dari bahan kerja. Kunci tapak alatan belakang pada landasan mesin. Pilih PPM yang sesuai berdasarkan saiz gerudi dan jenis bahan yang digerudi. Hidupkan mesin dan putarkan tuil alatan belakang dengan perlahan, mulakan operasi menggerudi sehingga diameter penuh sahaja. 10. Empat jenis mata alat yang biasa digunakan dimesin pelarik ialah : (a) Mata Alat Melurah (b) Mata Alat Membenang (c) Mata Alat Menggerek (d) Mata Alat Jenis Sisip (Throwaway) Unit 6-35

×